PENDAHULUAN Pendidikan merupakan suatu perkara yang amat penting dan mencabar dalam kehidupan manusia.

Tanpa pendidikan manusia tidak akan mengenal huruf, tidak mampu membaca dengan baik dan tidak mungkin mempunyai pengetahuan samada secara formal ataupun informal. Jaminan kepada perkembangan positif terhadap negara adalah dengan menitikberatkan pendidikan ke dalam diri individu umumnya dan masyarakan khususnya. Walaubagaimanapun, pendidikan agama perlu diterapkan dalam pendidikan moden supaya manusia khususnya umat Islam tidak akan mudah terpesong daripada ajaran Islam yang mencakupi aspek akhlak, aqidah dan syariah. Tuntutan supaya menuntut ilmu ini ternyata mempunyai nilai yang amat tinggi bilamana ayat Al-Quran yang mula-mula sekali diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. melalui peristiwa Nuzul Al-Quran itu, juga menerangkan secara umum tentang tuntutan menuntut ilmu melalui pendidikan. Firman Allah S.W.T dalam surah al-‘Alaq: ayat 1-5:                  

        



 

Mafhumnya: 1.Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk);2. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, -5. Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya. Namun, dewasa ini, hampir semua negara Islam mengamalkan sistem pendidikan yang berbentuk dualisme. Pendidikan berbentuk dualisme ini ialah dua aliran pendidikanyang dikenalai sebagai aliran sekolah kebangsaan dan aliran sekolah agama. Matlamat dan tujuan kedua-dua sistem ini jauh berbeza serta menimbulkan jurang pemisahan antara pelajar kedua-dua aliran tersebut.

1

sekolah aliran agama pula hanya menumpukan subjek yang bersifat keagamaan semata-mata tanpa memberikan perhatian yang secukupnya terhadap pendidikan umum.wujudnya dua sistem pendidikan yang berbeza iaitu sistem pendidikan tradisional Islam dan sistem pendidikan moden.Dualisme Dalam Pendidikan. bentuk.Aliran sekolah kebangsaan yang semua subjeknya bersifat duniawi lebih menekankan penguasaan ilmu-ilmu akademik dan ketrampilan. penjagaan. Memecah Dualisme Harmoniskan Ilmu : Reformasi Sistem Pendidikan Menurut Perspektif Syeikh Mohamad Abduh dan Sayyid Ahmad Khan.’ Sementara pendidikan pula membawa makna . KONSEP DUALISME DALAM PENDIDIKAN Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (cetakan ketiga. Haji Mohd Ramlee (2009). 2002). latihan. (Kamus Bahasa Melayu. 2001). dualisme dalam pendidikan ditakrifkan sebagai berikut :". lahirlah pelajar yang tidak mempunyai keseimbangan antara kehidupan duniawi dan ukhrawi. istilah dualisme membawa maksud ‘teori yang berasaskan dua dasar yang berlainan’ atau ‘perihal yang mendua. Tesis Sarjana Pendidikan Dalam Pengajian Islam. 2 . (i) Perihal mendidik. didikan). ilmu didik. namun kurang menumpukan aspek kerohanian dan mental para pelajar. sesuatu yang berasaskan dua hal yang bertentangan. (Tesaurus Melayu Moden Utusan. latihan. 2002) (ii) Proses belajar dan mengajar. Universiti Brunei Darussalam: Brunei Darussalam. 1997) (iii) Tarbiyah. 2 Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002).Institut Pendidikan Sultan Hasanal Bolkiah. didikan. Manakala. pengajaran. Sistem pendidikan tradisional Islam lebih menumpukan perhatiannya terhadap ilmu-ilmu keagamaan semata-mata dengan mengabaikan ilmu-ilmu 1 Haji Rose De Yusof b.. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. kaedah. pengasuhan. pengalaman menerima (ajaran..2 Menurut Abdul Halim Ramli..1 Oleh yang demikian. ajaran (Kamus Dewan edisi ketiga. didikan). Ilmu pendidikan. didalam rencana tulisannya. ilmu mendidik pengetahuan mendidik. perihal mendidik (dalam ajaran. latihan.

sistem dualisme dalam pendidikan merupakan penumpuan dan pemfokusan pendidikan yang menjurus hanya kepada satu aliran sahaja dalam sesebuah institusi pendidikan.moden. Manakala sistem pendidikan moden hanya menitikberatkan ilmu-ilmu moden dengan mengabaikan ilmu-ilmu keagamaan". Sebagaimana yang dinyatakan oleh Syed Naquib al-Attas (1978) bahawa asal usul konsep dualisme terkandung dalam pandangan hidup tentang alam (world view). tafsiran dualisme dalam pendidikan yang diberikan oleh Menteri Pendidikan. Rosnani Hashim (1996) menyatakan bahwa dualisme adalah dua fahaman yang memiliki asas dan landasan yang berbeza baik secara sejarah."4 Oleh yang demikian dapat disimpulkan bahawa.Ogos 1997 Dewan Budaya. Sedangkan “ismus” berfungsi membentuk kata nama bagi satu kata kerja.. serta nilai-nilai yang membentuk budaya dan peradaban Barat.masalah masyarakat Islam rata-rata. 5 3 Majalah Tamadun . bukan sahaja di Malaysia. dan ia adalah satu sistem atau teori yang berdasarkan kepada dua prinsip yang menyatakan bahwa ada dua keadaan. Oleh kerana itu. Asal idea ini pada hakikatnya merupakan doktrin falsafah dan metafizik yang lahir dari alam pemikiran para falsafah Barat dalam melihat ke dalam jiwa dan raga manusia.. ialah kita telah mewujudkan dualisme di antara ilmu wahyu atau naqliah dengan ilmu aqliah ataupun sciences. dualisme ialah keadaan yang menjadi dua. Dalam Ensiklopedi Columbia (1963) dualisme adalah suatu konsep yang berhubungan dengan kewujudan dua elemen yang berbeza pada suatu benda atau perkara. SEJARAH DUALISME Perkataan “dualisme” adalah gabungan dua perkataan dalam bahasa latin iaitu “dualis” atau “duo” dan “ismus” atau “isme”.3 Sementara itu. “Duo” memberi makna kata dua. Dato’ Seri Najib Tun Razak ialah :". Disember 1995 4 3 . falsafah mahupun ideologi.

Pemerintah akhirnya menyelesaikan masalah dualisme ini dengan menjadikan beberapa madrasah kepada sekolah negeri kerana dengan sebab wujudnya suasana politik yang semakin berkembang dan meluas. pondok. dalam pandangan tentang hubungan antara jiwa dan raga. Baginya yang real itu adalah akal sebagai substansi yang berfikir (substance that think). Plato dan Aristoteles berpendapat bahawa "kecerdasan" seseorang merupakan bahagian dari fikiran atau jiwa yang tidak boleh diidentifikasikan atau dijelaskan dengan fizik. IMPLIKASI DUALISME DALAM PENDIDIKAN 5 Amin. sekolah yang kurang mendapat perhatian dan menjadi tanggungjawab jabatan agama. 2003. Menyatukan kembali Ilmu-ilmu Agama dan Umum. Jiwa dan raga (mind-body) tidak saling berkaitan antara satu sama lain. Yogyakarta: Suka Press IAIN Sunan Kalijaga.Gagasan tentang dualisme sebenarnya dapat dijejaki sejak zaman Plato dan Aristoteles yang memiliki pandangan berhubung dengan perasaan jiwa yang berkaitan dengan kecerdasan dan kebijaksanaan. Dualisme yang dikenali secara umum ke hari ini diterapkan oleh René Descartes (1641). Oleh yang demikian demikian. Abdullah. fenomena mental adalah non-fizik dan raga adalah fizik. secara ideologinya diciptakan adanya dualisme pendidikan. Jadi. 4 . fahaman dualisme ini melihat kepada fakta secara mendua. Akal dan materi adalah dua keadaan yang secara asalnya terpisah. iaitu sekolah umum yang mendapat sokongan pemerintah dan menjadi tanggungjawab bahagian pendidikan nasional dan madrasah. yang berpendapat bahawa pemikiran adalah substansi nonfisik. Descartes adalah orang yang pertama kali memodifikasikan dualisme dan mengidentifikasikan dengan jelas pemikiran dengan kesedaran sebagai tempat kecerdasan. Oleh itu.

Kelebihan Dualisme Dalam Pendidikan Untuk memastikan sesuatu ilmu itu dapat dikuasai dengan mendalam dan mantap oleh para penuntutnya.6 Kelemahan Dualisme Dalam Pendidikan 6 http://sarjana. Oleh yang demikian. dan lain-lain. sosial. Walaubagaimanapun sistem pendidikan dualisme ini sebenarnya lebih membawa kepada kesan negatif berbanding yang positif. Sistem dualisme pendidikan yang dilaksanakan di negara ini memberi dua impak yang berbeza iaitu dari sudut kebaikan dan juga keburukan ke dalam masyarakat. pendidikan agama perlu diselaraskan dan dititikberatkan supaya semua perancangan dan tindakan dalam usaha membangunkan negara tidak menyimpang dan tidak menyalahi landasan yang telah ditetapkan oleh Syara’. Dan inilah sebenarnya yang dikehendaki oleh para pemikir pembaharuan pendidikan. dan memasukkan pendidikan agama ke dalam kurikulum sekolahsekolah moden. yang berorientasikan kepada ajaran Islam yang murni.Tinjauan umum mendapati bahawa kemajuan sesebuah negara banyak dibangunkan oleh unsur-unsur pendidikan umum. dengan jalan memasukkan kurikulum ilmu pengetahuan moden kedalam sistem pendidikan tradisional. Dualisme sistem dan pola pendidikan inilah telah mewarnai semua negara dan masyarakat islam. Muhammad Abduh.com/dualisme3. dengan mengasingkan sesuatu ilmu dengan ilmu yang lain dapat menjamin kemantapan penguasaan ilmu seseorang individu itu. Walaubagaimanapun. penumpuan yang jitu merupakan aspek utama yang perlu dititikberatkan. Samada dari segi ekonomi. sebagaimana yang dipelopori oleh Al-Afgani. hubungan antarabangsa dan sebagainya.tripod.html 5 . Dengan demikian sistem pendidikan tradisional akan berkembang secara beransur-ansur mengarah ke sisitem pendidikan moden. Pada umumnya usaha pendidikan untuk memadukan antara kedua sistem tersebut telah diadakan. kebudayaan.

1.8 2. Persaingan yang wujud pula bukanlah dalam keadaan yang membina bahkan mungkin menjatuhkan sesama sendiri walaupun beragama Islam.7 Golongan cendiakawan dan ilmuwan yang lahir dari dua sistem pendidikan yang didiskriminasikan ini juga akan saling bersaing antara satu sama lain. Muhammad Abduh. Inilah Kurikulum Sekolah. Ini kerana golongan cendekiawan dan ilmuwan yang lahir dari dua sistem pendidikan yang didiskriminasikan ini akan saling bersaing antara satu sama lain.Bhd: Kuala Lumpur 8 6 . bukan dalam keadaan yang membina bahkan mungkin menjatuhkan sesama sendiri walaupun beragama Islam.PTS Publication Sdn. menyatakan sistem pendidikan dualisme antara sekolah-sekolah yang hanya memberikan pelajaran pengetahuan agama yang hanya melahirkan golongan ulama-ulama yang tidak mempunyai pengetahuan ilmu-ilmu moden. Penghalang Membina Jati Diri 7 ibid Ishak Ramly (2003). Manakala sekolah-sekolah moden pula mengeluarkan ahli-ahli dalam pelbagai bidang keilmuan dan kemahiran yang sedikit pengetahuan agamanya. Sekumpulan manusia lebih cenderung ke arah akhirat dan sekumpulan manusia lagi lebih cenderung ke arah dunia. Inilah yang akan menyebabkan konflik pemikiran yang tidak selari malah bertentangan dengan ajaran Islam. Ishak Ramly (2003) juga menyatakan bahawa amalan kurikulum dualisme melahirkan individu yang mempunyai latar belakang premis orientasi yang berbeza dan akhirnya wujud manusia yang berbeza. impak yang negatif besar kemungkinan akan wujud melebihi kesan positif sekiranya diamalkan sistem dualisme ke dalam pendidikan. Kualiti Masyarakat Tokoh pembaharuan Islam yang banyak berkecimpung dalam bidang pendidikan.Secara globalnya.

malah tambah menggoyah dengan pemaparan gambargambar yang menjolok mata. Penerbitan majalah dan akhbar hiburan yang langsung tidak mengambil kira kesensitifan lunaslunas agama. Oleh yang demikian. Kebekuan Ilmu Dualisme dalam pendidikan membawa kepada kebekuan ilmu. editor. Tradisi ‘turath’ atau bercorak tradisi tidak dapat dikembangkan bagi menghubungi metodologi berfikir 9 Note from bear 7 . ia tidak bermakna ajaran Islam itu lemah atau tidak lengkap bagi mengatasi cabaran sezaman dan kerenah lingkungan.9 Situasi ini merupakan terhasil daripada golongan yang hanya mendapat pendidikan moden yangmana sedikit sahaja pengetahuan agamanya yang diperoleh melalui sistem pendidikan formal.Dualisme dalam pendidikan menjadi faktor penghalang kepada pembentukan jati diri golongan muda belia terutamanya. Namun. Seperti yang dijelaskan oleh Profesor Dr. keadaan seperti ini menghalang para belia membentuk jati diri yang utuh berpegang pada agama kerana pengaruh anasir seperti ini yang sangat kuat. Bahkan ia langsung tidak menampakkan akan kecenderungan untuk mengutuhkan nilai dan peradaban yang sekian longgar. lihat dari sudut media cetak dewasa ini.. Keadaan itu hingga menyebabkan umat Islam menjadi pengguna kepada kekuatan tamadun Barat. Sebagai contoh.Pada hari ini wujud kebekuan ilmu dan tradisi berfikir yang amat ketara. Tidak dinafikan bahawa terdapat juga majalahmajalah serta akhbar-akhbar yang mengetengahkan unsur-unsur keIslaman. Sidek Baba: “. Mereka belum mampu melepasi diri untuk menyumbang ke arah pembangunan tamadun umat manusia. budaya berpasangan serta pergaulan bebas dikalangan remaja. Penulis. 3. namun ianya tidak mampu mempengaruhi minda dan minat golongan belia kerana limpahan media cetak berunsur hiburan tanpa batasan itu. para wartawan serta individu-individu yang terlibat dalam proses penerbitan majalah dan akhbar berkaitan isu ini tidak mementingkan batasan Syara’ dek sedikit cuma pengetahuan mereka tentang agama. ia akibat suburnya dualisme dan sekularisasi ilmu serta pendidikan yang menyebabkan ajaran Islam sebenar atau sepatutnya terpinggir. Namun.

Kita Miskin Kerana Kurang Ilmu & Lemah Pengurusan. Kurang ilmu boleh ditafsirkan sebagai individu dari aliran kebangsaan kurang mempunyai ilmu dalam bidang agama manakala individu dari sekolah aliran agama pula kurang mempunyai ilmu moden.kini yang lebih banyak menumpu kepada tradisi kajian dan fakta yang terputus dengan nilai tauhid dan nilai murni. 4. Kumpulan Karangkraf Sdn. Maka ini menyebabkan para pelajar hanya memperoleh ilmu berdasarkan teori barat semata-mata.11 Hal ini dilihat merupakan antara impak daripada dualisme dalam pendidikan di negara ini. dua faktor utama yang menyebabkan umat Islam berada dalam kemunduran ialah kerana kurang ilmu dan lemah dari segi pengurusan. Mereka yang menceburi bidang pendidikan agama akan lebih mahir dalam bidang keagamaan (hukum hakam. Al-Quran Tidak Menolak Kebaikan Tradisi (atas talian) http://drsidekbaba.blogspot. 8 . Kedua-dua jenis pendidikan tersebut tidak disatupadukan sama sekali. Bhd: Selangor. Mementingkan Satu Aspek Pendidikan Ianya lebih menjurus kepada pendidikan agama ataupun lebih memfokus kepada pendidikan umum. 5. Ketua Jabatan Syariah dan Ekonomi Islam. Ramai dalam kalangan guru-guru kini tidak mengaitkan sesuatu pembelajaran itu dengan ciptaan Allah S. Apabila masing-masing saling kurang dalam penguasaan ilmu. Akibatnya tiada keseimbangan antara pendidikan agama dengan pendidikan umum. fiqh ibadat dan mu’amalat.bil 37 (November 2005).com/2009/06/al-quran-tidak-menolak-kebaikan-tradisi.html dicapai pada 17 September 2010 11 Zulina hassan (penulis).W.T. Dr Abdullah @ Alwi Hassan. Kemunduran Menurut Prof. Universiti Malaya. sudah pasti mereka tidak mampu untuk menguruskan sesuatu perkara dengan baik.”10 Hal seperti ini juga dapat dilihat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi subjeksubjek selain daripada pendidikan Islam. fardhu ‘ain dan fardhu kifayah) tanpa sedikitpun mengambil berat 10 Sidek Baba (2009). Majalah i.

Manakala mereka yang mempelajari bidang pendidikan umum seperti ilmu matematik. ilmu perubatan. Pendidikan umum (atau pendidikan sekular) dikatakan lebih tertumpu kepada hal ehwal urusan keduniaan. sebaliknya pendidikan agama pula lebih banyak menguasai bidang ibadat dan hal ehwal akhirat. pengalaman dan pemikiran manusia berasaskan kawalan syarak(Abdul Halim Muhamad. dinamik. Sumber ilmu – sumber utama (al-Quran dan al-Sunnah). CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Pendidikan bersepadu merupakan salah satu pendekatan yang perlu diambil untuk menyelesaikan isu dualisme dalam pendidikan. geografi dan sebagainya akan mempunyai kemahiran dalam bidang masing-masing tetapi tidak dicampuri dengan ajaran Islam yang syumul dan kamil. ilmu pelengkap – pembinaan masyarakat. seimbang.maka akal dan jasmani perlulah disuburkan dengan sumber daya usaha. relevan dan kontemporari sebagai pendekatan yang terbaik. Pengisian ilmu – meliputi semua aspek bersandarkan sumber utama.keperluan pendidikan umum sebagai ilmu pengetahuan tambahan yang perlu ada bagi setiap individu. Tauhid sebagai paksi ilmu – meyedari hakikat kejadian manusia yang bertujuan beribadat kepada Allah. akal dan jasad – akidah.terbahagi dua iaitu ilmu asas iaitu pembinaan kualiti peribadi manusia meliputi roh. Ia merujuk kepada pendekatan pendidikan yang komprehensif. Martabat ilmu . Ini penting untuk melahirkan generasi yang mampu melaksanakan peranan sebagai pemimpin dan berupaya berhadapan dengan cabaran-cabaran yang mendatang. Pendidikan yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah disamping adanya integrasi disiplin-disiplin ilmu akal ke arah membina komuniti ummah dengan berteraskan akidah (Forum Pendidikan Bersepadu. Langkah pertama yang perlu dibuat ialah setiap 9 . akhlak dan syariah. Maka atas sebab itulah pendidikan agama dipisahkan daripada pendidikan umum secara keseluruhan memandangkan faktor perbezaan tersebut. Islamisasi Ilmu Pengetahuan Islamisasi Ilmu Pengetahuan merupakan satu lagi kaedah penyelesaian isu dualisme dalam pendidikan. sains. 1985). Prinsip-prinsip Pendidikan Bersepadu seperti penciptaan manusia – diciptakan sebaikbaik kejadian. Kedua.1984:12). diberi akal fikiran.

. kita sememangnya tidak boleh lari daripada turut sama mengaitkan sistem pendidikan yang ada. Dato’ Seri Dr. Perubahan sosial dalam institusi Pendidikan Islam sebelum kedatangan penjajah menjadi teras pendidikan masyarakat dan tonggak kepada pembangunan nasional.slideshare. Mahathir Mohamad. Saranan Perdana Menter.net/realkamy/dualisme-pendidikan 10 . masa yang diperuntukkan untuk mata pelajaran berbentuk keagamaan perlulah ditambah untuk memastikan keberkesanan penerapan nilai. tidak kita nafikan bahawa komitmen pihak kerajaan untuk cuba memperbaiki keadaan. Langkah kedua. Institusi pendidikan telah terbeban bahkan ianya juga ‘terjejas teruk’ akibat dari perspektif masyarakat kepada para pendidik yang semakin hari semakin menurun. hendaklah dipastikan segala ilmu pengetahuan. Sikap lepas tangan sesetengah masyarakat tambah merumitkan lagi keadaan. Ini dapat dilihat melalui penggubalan kurikulum bersepadu di peringkat sekolah rendah dan menengah. segala kurikulum yang dijalankan mestilah mempunyai hubungkait secara langsung dengan Falsafah Pendidikan Islam. Langkah ketiga. Kecelaruan falsafah yang ada tambah mengeruhkan suasana. Cumanya. 12 Sesungguhnya di dalam kita membincangkan permasalahan gejala sosial hari ini. 1993).mata pelajaran yang dipelajari mestilah dilihat dari kaca mata Islam di mana Al Quran dan Sunnah di jadikan panduan. Pendekatan yang sedi ada pula perlu dikaji keberkesanannya. sejak awal hingga kini masih wujud perbezaan 12 Tradisi dan Kemodenan dalam konteks Islam : http://www. sama teruknya dengan penurunan kadar nilai mata wang negara. Namun begitu. Malang sekali. supaya kursus Tamadun Islam diperkenal dan dilaksanakan di IPT pada tahun 1993 yang lalu juga antara lain menunjukkan komitmen kerajaan untuk menghasilkan para intelek yang berilmu dan berakhlak. Pelajar diiktiraf oleh masyarakat dan tidak sukar meneruskan kehidupan samada kerjaya atau rumahtangga. mata pelajaran dan kursus yang ditawarkan bebas daripada anasir-anasir barat dan fahaman sekular yang bertentangan dengan prinsip-prinsip islam. Silibus dan tatacara perlaksanaan kursus ini yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan untuk memastikan keselarasannya. tiada sistem yang lebih unggul daripada pendidikan pondok (Azmi Omar. Tuan-tuan guru dihormati dan menjadi rujukan masyarakat.

Jika diimbas kembali sejarah ketamadunan Islam silam telah melahirkan banyak tokohtokoh ilmuwan Islam di zaman Bani Abbasiyah dan selepasnya. (iii) Bidang matematik : al-Khawarizmi seorang ahli matematik ulung yang telah menulis sebuah buku bertajuk al-Jabrwa al-Muqabalah yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan digunakan untuk mengajar di kebanyakan universiti Eropah. al-Farabi yang telah menghasilkan sebuah karya yang bertajuk Ihsan al-Mlum yang merupakan karya berbentuk politik berasaskan ajaran dan fahaman Plato dan Aristotle diadunkan dengan falsafah Islami.dari segi tafsiran dan kefahaman terhadap perlaksanaan kursus itu di peringkat IPT. Oleh itu setiap lapisan masyarakat perlulah turut sama berganding bahu dalam usaha mencerahkan kembali ‘jerebu’ yang telah menyelubungi negara ini. suara-suara rakyat tetap perlu diambil kira. Kita tidak lagi boleh bertangguh. dan mencipta kompas. walau tidak dinafikan akan betapa besarnya pengaruh ‘pendidikan’ yang terbentang di luar rumah. (i) Bidang Falsafah : al-Kindi yang menggabungkan falsafah dan pemikiran Yunani dengan falasafah dan pemikiran Islam. Beliau juga memperkenalkan teori asal usul angka serta ilmu aljabar (algebra) dengan menumpukan perhatian dalam bidang persamaan 11 . misalnya . (ii) Bidang astronomi dan astrologi : al-Biruni telah memperkenalkan Teori Auja iaitu teori jarak jauh dan dekat di antara sebuah planet daripada fokusnya. Namun begitu. Adalah tidak adil jika kita hanya bersikap menunding jari menyalahkan orang lain. Masalah gejala sosial ini perlu ditangani segera kerana semakin hari ianya kelihatan semakin kronik. yang tidak hanya menumpukan pendidikan umum semata-mata bahkan diintegrasikan pendidikan agama dengan pendidikan sekular. Ibnu Rusyd seorang ahli sarjana Islam yang banyak menterjemahkan karya-karya Aristotle. Duduk berdiam diri tidak akan menguntungkan sesiapa. Umar Khayyam yang menghasilkan karya Al-Tarikh Al-Jalani yang membincangkan ilmu astronomi. maka perlulah pihak-pihak yang bertanggungjawab segera mengorak langkah. Penghapusan dualisme ini adalah merupakan sesuatu yang melibatkan legislatif. Jika telah kita kenal pasti dengan penghapusan dualisme dalam sistem pendidikan boleh menjernihkan keadaan. (Berita Harian. Ibu-bapa dan keluarga tidak boleh lari dari tanggungjawab mengawal institusi keluarga masing-masing. 8 Julai 1997).

12 . Di 13 Dualisme Pendidikan(2008). Afrika Utara ke India. sakit jiwa dan peredaran darah dalam tubuh manusia. Ibnu al-Nafis seorang pakar bedah yang terkenal di Damsyik dan menghasilkan buku pembedahan bertajuk al-Shamil Fil-Sinaat at-Tabib. al-Razi pula seorang tokoh ilmu perubatan moden berbangsa Parsi yang terkenal dalam bidang perubatan penyakit cacar dan campak. serta telah berusaha menggabungkan falsafah dan teori sains. al-Battani pula memperkenalkan teori tangen. Dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sebenar. (iv) Bidang perubatan : Ibnu Sina yang juga dikenali dengan Avicenna di Eropah telah mengemukakan teori mengenai perubatan sakit saraf. Sepanyol salah seorang tokoh pengembara Islam yang telah menghasilkan sebuah karya berjudul Rihlah Ibn Jubayr (catatan segala pengalaman dan peristiwa yang ditempuhi sepanjang dalam pelayarannya). dan menguasai bidang perubatan fizik. Ibnu Jubayr yang berasal dari Andalus. manusia mengamalkan keadilan dan keadilan membawa kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. ekonomi dan sains kemanusian keseluruhannya. Mereka sentiasa membawa slongan kemajuan umat. Generasi yang lahir dari pendidikan pengislaman ilmu adalah generasi yang mempunyai rasa tawadu’. kimia dan astronomi. sinus dan kosinus dalam bidang trigonometri. biologi. Asia Tenggara hingga ke China. Adalah diharapkan dengan pengislaman ilmu ini merupakan satu titik tolak dalam proses pengislaman dari segi politik.kuodratik. bertanggungjawab dan disiplin yang tinggi. 13 Oleh kerana ilmu agama dan ilmu sains saling berkait rapat kerana mereka lahir dari sumber yang sama iaitu ilmu tuhan maka proses pengislaman ilmu amat penting supaya manusia dapat mengetahui cara untuk meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya yang sebenar dalam sistem kewujudan. Ibnu Battutah seorang pengembara yang telah menganalisa kebudayaan masyarakat dunia dan telah mengembara dari Tawjah. (v) Bidang pelayaran dan pengembaraan : al-Masudi menghasilkan karya Muruj al-Dhabab menceritakan kehidupan masyarakat di Semenanjung Tanah Melayu yang kemudiannya menjadi bahan penting dalam kajian antropologi dan sosiologi orang-orang Eropah. iaitu berkenaan teknik pembedahan dan rawatan.

dan mempunyai hubungkait yang rapat antara satu sama lain. Kita berkeyakinan pengislaman ilmu merupakan satu titik tolak ke arah kebangkitan umat seterusnya membawa umat ini kepada ‘izzah. KESIMPULAN Kesimpulannya.                       13    . Semuanya telah termaktub dalam Al-Quran dan Al-Hadith sebagai perlembagaan Islam yang berharga hingga ke akhir zaman. maka pihak yang berwajib perlulah mengawasi dan memerhati supaya proses pengislaman ilmu tidak terbantut dan terjejas disebabkan perkara tersebut. Dalam keghairahan kita mengimport kolej-kolej swasta dan universiti-universiti dari luar negara. Idea besar ini akan menjadi malap dan sulit apabila ia diambil dan dipermudahkan oleh pendukung-pendukung yang tidak berhati-hati dalam melaksanakannya. pendidik dan masyarakat dalam menghayati dan mengamali konsep pengislaman ilmu. usaha-usaha ke arah islamisasi ilmu di pusat-pusat pengajian tinggi di negara ini harus dikaji dari semasa ke semasa supaya keberkesannya terserlah seperti termaktub dalam gagasan awalnya. Sebagaimana firman Allah S.Malaysia. penggubal dasar. Sesungguhnya proses untuk melaksanakan dan menjayakan hasrat ini akan mengambil masa.W. Kejayaannya bergantung kepada kesediaan pihak pemimpin. Pengislaman ilmu ini haruslah bermula dari peringkat rendah hinggalah ke tahap pengajian tinggi. Ertinya ilmu-ilmu yang ada di dunia ini selain daripada agama Islam pokok pangkalnya memang berasal daripada agama Islam itu sendiri.T dalam surah al-Maidah:48. pengislaman ilmu masih bergiat lancar dan memerlukan sokongan dari semua pihak bagi menjayakannya. pendidikan agama yang bersumberkan kepada Al-Quran dan Al-Hadith adalah sebenarnya menjadi tunjang kepada semua pendidikan umum yang ada di dunia. Oleh itu.

. Ismail R. Kalam Cinta Dari Tuhan. dan kalau Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu Dalam ugama Yang satu).PTS Litera Utama Sdn. Konferensi Pertama tentang pendidikan Muslim yang digelar oleh King Abdul Aziz juga ada menyatakan: “. Percabangan sistem Islam dan sekular harus dilenyapkan dengan mengintegrasikan kedua-duanya ke dalam jiwa Islam secara total dan ideologi. Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Yang diperlukan sekarang ialah suatu sistem baru. maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu). Faruqi yang mula berkempen tentang Islamisasi pada tahun 1977 dalam satu persidangan yang berlangsung di Hotel Intercontinental Mekkah. kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya.umat Islam tidak akan bangkit jika sistem pendidikan tidak diubah dan segera dibaiki kelemahannya.                                            Mafhumny: dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran. dan janganlah Engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa Yang telah datang kepadamu dari kebenaran. maka ia akan memberitahu kamu apa Yang kamu berselisihan padanya. oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa Yang telah disampaikan kepada kamu.. Dualisme pendidikan Islam harus dihapuskan..Bhd:Kuala Lumpur 14 . bagi tiap-tiap umat Yang ada di antara kamu.”14 14 Ali Sobirin el-Muannatsy (2009)Kampus Hijau.

gemaislam.my/content/view/111/3/./tamadun_islam_dalam_bidang_falsafah. untuk menjamin perkembangan positif dari pelbagai aspek dalam sesebuah negara..com (dicapai pada 9September 2010) Tamadun Islam dalam Bidang Falsafah(2007).(atas talian)www..Oleh yang demikian.net/.mindamadani. pendidikan berbentuk dualisme mesti diubah kepada pendidikan berbentuk bersepadu yang menggabungkan antara ilmu agama dan ilmu moden.(atas talian) www. Bibliografi Dualisme Pendidikan(2008).pdf (dicapai pada 11September2010) 15 .

andalus.(atas talian) www.sg/dpia/nota_pensyarah/SPI3_Minggu3.Dualisme dalam Sistem Pendidikan(2005).ppt (dicapai pada 11September 2010) 16 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful