Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia

PENDAHULUAN Tajuk ini membincangkan mengenai Pendidikan Islam di Tanah Melayu, Pendidikan Islam zaman penjajah, Pendidikan Islam selepas merdeka dan sekolahsekolah agama Arab masa kini. Ia membolehkan kita memahami perkembangan Pendidikan Islam di Tanah Melayu, peringkat pendidikan rumah Imam, institusi pondok, instiusi madrasah dan pendidikan sekular. Perbahasan ini juga mendedahkan tentang perkembangan Pendidikan Islam zaman penjajah dan perkembangan Pendidikan Islam selepas merdeka.

1.0

DEFINISI PENDIDIKAN Plato telah menakrifkan pendidikan sebagai latihan jasmani dan rohani bagi

mencapai kecantikan dan kesempurnaan.

(1)

John Dewey mendefinisikan pendidikan

sebagai proses membentuk kecenderungan asasi yang berupa aqliah dan perasaan terhadap alam serta sesama manusia. (2) Manakala Ibnu Jama'ah memandang pendidikan dari kaca mata falsafah dan beliau mengatakan tujuan asas pendidikan ialah membina akhlak dan jiwa.(3) Kesimpulannya dapat dirumuskan bahawa pendidikan merupakan suatu proses yang berterusan untuk membentuk manusia ke arah kehidupan bermakna di dunia dan di akhirat.

_________________________
1. KUIS - .Tamadun Islam - m/s 64 2. .Ahmad Mohd Salleh- Pengajian Agama Islam & j-Qaf.- m.s 3 3. Mustafa Hj. Daud - Tamadun Islam -. m.s 271

1.1

DEFINISI PENDIDIKAN ISLAM MENGIKUT SARJANA PENDIDIKAN

Diploma in education ( Islamic Studies ) -

KUIS

1

1.UKM.Tamadun Islam . jasmaniah dan rohaniah manusia berasaskan nilai-nilai Islamiah yang bersumberkan wahyu al-Quran dan sunnah bagi melahirkan manusia yang bertakwa dan mengabadikan diri kepada Allah.m.3 1.1.s 2 Dr. Pendidikan Islam merupakan proses mendidik dan melatih aqliah. rohani.m. Dr.Quran Saintifik .s: 7.s 132 Ahmad Mohd Salleh . Sidek Baba .1.Pengurusan Pendidikan Islam:Satu Pendekatan Sepadu .Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia ISLAM BERDASARKAN AL-QURAN DAN HADIS 1.m. Al-Qardhawi mendifinisikan Pendidikan Islam sebagai pendidikan bagi keseluruhan hidup termasuk akal dan hati. 4.1. KUIS . Danial Zainal Abidin .تأليف جماعه من كبار اللغويين العراب . 5. Ini disebut di dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 31 yang bermaksud: "Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala nama benda-benda dan gunanya…" 1. kehidupan".. 502 ‫المعجم العربي الساسي . 6. jasmani dan tingkah laku .4 Ta'dib juga digunakan dalam istilah pendidikan.Pengajian Agama Islam & j-Qaf. ______________________ 1.5.2 Ta'lim berasal dari kata dasar allama (2) yang bererti mengajar.(1) 1.صفحه‬ 2.m. (5) Umum mengetahui bahawa pendidikan Islam adalah pendidikan yang bersepadu dalam konteks ilmu dan ianya dibahagikan kepada ilmu asas tentang agama dan ilmu yang diperolehi hasil pemikiran dan penyelidikan.s 65 Syed Mahmud Sultan .1 Pendidikan dikenali sebagai tarbiah.s. Perkataan tarbiah berasal dari kata kerja ( ‫ ) ربى _ يربى _ تربية‬yang membawa maksud tumbuh.1. 74 (4) Imam Hassan Al-Bana berkata "ajaran Islam adalah menyeluruh mencakupi kesemua bidang Diploma in education ( Islamic Studies ) - KUIS 2 . 3. Mahmud Syed Sultan mengatakan: (3) "‫أن التربية هي تنمية حسنه وعقلية ووجدانية وروحية تقوم على‬ ‫أصول وقواعد علمية لتحقيق أقصى نمو للفرد نمكنه منه قدراته‬ ‫"واستعدادته‬ 1.Mafahim Tarbiah Al-Islamiah . berkembang dan memelihara.m.(6) Kesimpulannya.

0 PENDIDIKAN ISLAM AWAL DI TANAH MELAYU Berdasarkan kenyataan yang disebutkan dalam dokumen Sejarah Melayu dan Hikayat Abdullah. Arab.s 72 3.. KUIS .1 Institusi Rumah Imam atau Guru Sebelum wujudnya sistem persekolahan. Abdullah Munsyi dalam hikayatnya menyatakan.. Sejak ia diperkenalkan. Institusi Madrasah dan Sistem Sekular (2) 2. Kajian yang dibuat setakat ini menunjukkan bahawa Pendidikan Islam di negara ini bermula dari rumah imam atau guru. Selain Al-Quran.s47 Diploma in education ( Islamic Studies ) - KUIS 3 . Guru-guru terdiri dari mereka yang datang daripada Parsi. Pengajian Al-Quran ini dilakukan di rumah guru itu sendiri.Ahmad Mohd Salleh. pada peringkat awal kana-kanak diajar membaca dan menulis. Imam akan mengajar tentang cara bersopan santun.Pengajian Agama Islam & j-Qaf. Apabila sudah boleh membaca dan menulis. kemudian berkembang menjadi pondok. Pendidikan Islam terus berkembang. .Ahmad Mohd Salleh.m.Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia 2. kitab-kitab agama juga dipelajari seperti Usul Fiqh dan hakikathakikat yang mendatangkan pengajaran baik.m.Pengajian Agama Islam & j-Qaf. Pendidikan rasmi untuk kanak-kanak Melayu bermula sejak ia berumur enam tahun di kelas Al-Quran. _____________________ 1. selepas itu madrasah dan akhirnya menjadi sekolah-sekolah agama. Pendidikan Islam berlangsung di rumah guru. perkembangan Pendidikan Islam di Semenanjung Tanah Melayu telah bermula sejak abad ke-5 lagi.m. membaca doa dan mengaji Al-Quran. . India dan lain-lain. mereka disuruh oleh ibu bapa belajar mengaji Al-quran daripada guru-guru yang berkelayakan . Pembelajaran seperti ini dilakukan di rumah ulama yang biasanya diberi kepada golongan dewasa (3). ( 1) Menurut kumpulan pengarang buku Tamadun Islam keluaran KUIS mengatakan perkembangan pendidikan agama di Tanah Melayu mengalami empat tahap iaitu Institusi Rumah Imam.Tamadun Islam .s47 2. Institusi Pondok.

s 49 di pondok Diploma in education ( Islamic Studies ) - KUIS 4 .(3) Maziah Yunus (1988) dalam kajiannya menyatakan. (6) ________________________ 1.m. (2) Ia juga bermaksud sekumpulan rumah yang terletak di sekeliling masjid atau rumah guru.Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada murid dan jangka masa pengajian bergantung kepada kemajuan pelajar itu sendiri Pembelajaran mempunyai jadual waktu yang hampir sama iaitu pagi. cara bersuci. tasawuf dan lain-lain. (5) Struktur pendidikan dan pembelajaran pondok lebih berbentuk tradisional.m.Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia Kesimpulanya pengajian peringkat ini ditumpukan kepada perkara-perkara asas dalam agama khususnya yang berkaitan fardu ain seperti cara-cara sembahyang.s 16 Ahmad Mohd Salleh .KUIS . 2. 3.(4) Mohamad Redzuan dalam bukunya "Islam dan Masyakat Melayu" menyatakan bahawa pondok yang terawal yang diwujudkan di Kelantan diasaskan pada tahun 1820 di Pulau Condong oleh Haji Abdul Samad Abdullah. Kesimpulannya kurikulum institusi pondok Tanah Melayu tidak mempunyai bentuk yang selaras yang dapat dijadikan panduan kepada pondok-pondok lain.Pengajian Agama Islam & j-Qaf.2 Institusi Pondok Pondok merupakan institusi pengajian dan pengajaran yang mula-mula di tubuhkan dan berperanan untuk menerapkan ajaran Islam ke jiwa penganut-penganutnya. Setiap pondok mempunyai kurikulum tersendiri. halal haram dan lain-lain.m. Mereka diterima masuk jika boleh membaca tulisan jawi dan Quran. puasa. (1) Perkataan "pondok" berasal dari perkataan arab yang bermaksud tempat menginap atau hotel. Fiqh.s 72 Ahmad Mohd Salleh .Pengajian Agama Islam & j-Qaf . 4.Madrasah Al-Ulum Al-Syariah Perak .m. pendidikan pondok merupakan satu pengajian agama berbentuk institusi yang terawal di Kelantan. 2.s 49 Tamadun Islam . Calon pelajar tidak dihadkan umur dan kebolehan. Selain itu mata pelajaran yang diajar termasuklah Tauhid. Sabri Hj Said . petang dan malam.

Sejarah Tingkatan 2 . Akhbar al-Imam diterbitkan di Singapura pada tahun 1906. 6.s 71 2.s 73 4.m. Ekoran daripada itu beratus-ratus pelajar dari semenanjung telah belajar di Mekah dan al-Azhar Mesir.s 69.Islam dan Masyarakat Melayu .Rujukan Sejarah Tingkatan 2 KBSM. Setelah kembali ke tanah air mereka berusaha untuk mengubah sikap orang melayu supaya memahami Islam dalam bentuk yang lebih lengkap. Beliau mendapat pendidikan di Makkah dan Universiti al-Azhar. Tamadun Islam .Pengajian Agama Islam & j-Qaf m. Beliau telah menerbitkan majalah Al-Imam dan pernah dilantik sebagai Mufti Negeri Perak 3.3 Institusi Madrasah Selain institusi pondok. Hasil dari itu lahirlah sebuah madrasah pada tahun 1906 di Bukit Mertajam yang diberi nama al-Madrasah alMisriyyah Pada hakikatnya system pendidikan berbentuk madrasah lebih sistematik dan formal. satu lagi bentuk pendidikan agama dalam masyarakat melayu iaitu Pendidikan Madrasah.(6) __________________________ 1 Moamad Redzuan Othman . Antara saranan Al-Imam ialah menyeru orang melayu berpegang kepada al-Quran dan hadis.Islam dan Masyarakat Melayu -m.m.KUIS .Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia 5. Gerakan ini di bawa masuk ke Tanah Melayu oleh Syeikh Tahir Jalaluddin al-Falak(2) sebagai pelopornya.m. (1) Institusi Madrasah lahir atas gerakan islah di Timur Tengah yang dipelopori oleh Sayed Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. Muhamad Redzuan Othman . .s 203 Diploma in education ( Islamic Studies ) - KUIS 5 . Mesir.KPM m. Al-Imam bermaksud pemimpin.s 50 2. Institusi Madrasah di dasarkan kepada konsep yang secara relatifnya moden jika dibandingkan dengan institusi pondok. Antara pelajar Melayu yang terawal ialah Syekh al-Hadi dan Syekh Tahir Jalaluddin.(5).KBSM . Ahmad Mohd Salleh .s 203 5. menekankan pentingnya ilmu pengetahuan untuk mencapai kemajuan disamping menasihati ibu bapa supaya memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak. Menurut Syeikh Al-Hadi dalam majalah al-Imam "Sistem pendidikan Islam haruslah merangkumi pelajaran yang bersifat agama dan moden". Syekh Muhammad Tahir Jalaluddin dilahirkan di Sumatra pada tahun 1869. (3) Langkah pertama yang dilakukan oleh Syed al-Hadi ialah menerbitkan sebuah majalah yang diberi nama al-Imam(4) pada tahun 1906.

institusi madrasah berkembang dengan pesatnya di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dengan jumlah yang menggalakkan.m. maka tidak hairanlah jika ibu bapa lebih banyak dan tertarik menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah kerajaan .. Dalam tempoh 40 tahun. sekolah-sekolah agama atau madrasah menghadapi satu cabaran yang belum pernah berlaku dalam sejarah perkembangannya di Semenanjung Tanah Melayu iaitu kelahiran dasar pelajaran kerajaan Malaysia yang sekular.(2) Oleh sebab rakyat Malaysia menyedari bahawa ekonomi merupakan satu daripada faktor asas dalam kehidupan manusia. Sekolah-sekolah agama atau madrasah menjadi lumpuh kerana dua factor utama iaitu kekurangan pelajar dan sumber kewangan.Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia 6. Tenaga pengajar dari pendidikan agama kononnya tidak sesuai dengan keperluan tenaga buruh yang dikehendaki oleh sesebuah Negara yang sedang membangun seperti Malay sia.4 Sistem Sekular.(1) Sekolah-sekolah agama dianggap tidak mampu untuk membangun masyarakat ke tingkat yang lebih baik. Ahmad Mohd Salleh . Pada peringkat inilah kerajaan mendapat peluang untuk campur tangan dengan mengambil alih sekolah-sekolah agama atau madrasah yang lumpuh dengan mengubahsuai kurikulum supaya lebih selari dengan Dasar Kerajaan Malaysia. Ilmu Hisab dan lain-lain. Kesimpulannya sistem pendidikan madrasah telah memberi sumbangan yang amat besar dalam perkembangan Islam tanah air di dalam bidang Pendidikan Islam. 2.(3) ___________________________________ madrasah. Setelah merdeka.m.Satu Kajian Pendidikan Islam .s 52 Diploma in education ( Islamic Studies ) - KUIS 6 . iaitu jaminan ekonomi yamg lebih jelas bagi pelajar yang lulus dari sekolah- 1.s 96 Kurikulumnya meliputi fardu ain dan fardu kifayah seperti Bahasa Arab. Sabri Haji Said .Pengajian Agama Islam & j-Qaf. mengaakibatkan akhirnya sekolah-sekolah agama atau madrasah menjadi lumpuh. Ini kerana dasar dari segi prospektif dan system pelajaran pelajaran kerajaan ini ( Penyata Razak 1956 dan Penyata Abdul Rahman Talib 1960 ) memberi gambaran yang amat berbeza sekolah kerajaan.

Sabri Haji Said . Begitu juga dengan pengajian agama dan alQuran di sekolah-sekolah Melayu telah diketepikan daripada jadual rasmi sekolah dan diarah supaya diajar pada waktu petang. Biasiswa untuk melanjutkan pelajaran Islam di luar negara tidak disediakan. sama ada dibuka oleh kerajaa atau mubaligh telah membuka pintu seluas-luasnya kepada anak-anak melayu khususnya anak-anak orang berada di Bandar.0 PENDIDIKAN ISLAM DI ZAMAN PENJAJAH Penghakisan Pendidikan Islam oleh penjajah khususnya di Tanah Melayu dibuat secara halus melalui pengenalan pendidikan sekular bermula sejak tahun 1618 dengan penubuhan Penag Free School. Bahagian Vernakular Melayu telah diwujudkan di bawah Malacca Free School.s 73 3. Akibat dari penubuhan sekolah tersebut dan penerimaan masyakat Melayu terhadap pendidikan sekular maka telah wujud jurang pemisah antara golongan moden dan golongan tradisional yang mana satu golongan meneruskan sistem pendidikan sekular dan satu golongan lagi mempertahankan sistem pendidikan Islam. Bagi menjaga golongan elit Melayu pihak penjajah telah menubuhkan sekolah untuk anak-anak raja dan anak-anak pembesar. Malacca Free School (1878) dan lain-lain. seterusnya Raffle Institution (1823).Satu Kajian Pendidikan Islam .m.KUIS . Proses presekularisasai pendidikan anak-anak Melayu terus berlaku dengan pesat dan redikal sekali. Sekolah-sekolah Inggeris. Dalam bidang pelajaran Melayu. kewujudan sekolah agama ( madrasah) amat terbiar. Diploma in education ( Islamic Studies ) - KUIS 7 .98 3 Tamadun Islam . Pihak penjajah dengan tektik hal agama adalah hak raja-raja negeri telah melupakan sama sekali kewujudan madrasah-madrasah dan hiduplah sekolah ini melalui biaya Majlis atau Jabatan Agama Islam negeri masing-masing. Kurikulum antara astu negeri dengan negeri lain berbeza dan peperiksaan serta pengiktirafan sijilnya juga berbeza-beza.Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia 2. Akibat daripada keadaan ini. Dalam situasi kemajuan sekolah sekular. Madrasah atau sekolah agama masih lagi dibiayai oleh kerajaan negeri kecuali beberapa buah sekolah telah diambil alih oleh kerajaan pusat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dijadikan Sekolah Kebangssan Agama. Keadaan ini masih lagi wujud sehingga kini. kemudahan belajar menjadi terhad.

segalan tuntutan tersebut telah menjadi kenyataan. Pendidikan Islam telah beroperasi di bawah zaman penjajahan selama lebih 400 tahun sehinggalah wujudnya Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960(1) Dalam kedua-dua penyata tersebut. pendidikan Islam telah dibicarakan untuk diletakkan bersama di dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. desakan anak-anak muda tersebut telah diterima oleh pemerintah. Pada akhir tahun 1980-an merupakan tahun-tahun reformasi dan penjelmaan kembali pendidikan Islam dalam sistem pendidikan Negara. maka cadangan untuk meletakkan Pendidikan Islam pada tempatnya yang asal dalam masyarakat Melayu (Islam) semakin bersemarak. khasnya pelajar-pelajar Islam yang terdidik di sekolah berasrama penuh. Pada akhir tahun 1960-an segolongan pelajar telah menuntut agar masa untuk pelajaran agama Islam ditambah dan Pendidikan Islam perlu diajar di matab-maktab perguruan. Suara-suara meminta agar mata pelajaran agama ditambah. Maktab perguruan Islam dan Universiti Islam ditubuhkan. Pengajian Islam (Tamadun Islam ) telah dijadikan sebagai satu mata pelajaran yang mesti dipelajari oleh semua pelajar dan akhirnya pada tahun 1988 mata pelajaran agama ( Pendidikan Islam ) telah ditambah dari 120 minit kepada 240 minit seminggu. dimasukkan di institusi pengajian tinggi dan seumpamanya lahir daripada pelajar-pelajar berpendidikan sekolah menengah kebangsaan. Subjek Agama Islam atau Tamadun Islam perlu diajar di pusat Pengajian Tinggi. malahan pernah dijelmakan dalam bentuk tindakan tunjuk perasaan di hadapan pintu menara gading. Falsafah pendidikan Negara ( FPN ) dengan berani telah menjadikan " kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan " ______________________ Diploma in education ( Islamic Studies ) - KUIS 8 . Apatah lagi dengan adanya kegiatan ABIM pada masa itu. Pada akhir tahun 1970-an dan awal tahun 1980-an. Akhirnya. Universiti Islam hendaklah diwujudkan dan mata pelajaran Agama Islam wajib diambil dalam peperiksaan awam. Akta Pelajaran 1961 telah memasukkan mata pelajaran Agama Islam di dalam jadual waktu dengan peruntukan masa belajarnya sebanyak 120 minit seminggu.0 PENDIDIKAN ISLAM SELEPAS MERDEKA Menurut Zainal Abidin Abdul Kadir.Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia 4.

1 SEKOLAH AGAMA ( ARAB ) MASA KINI Kewujudan institusi pendidikan agama atau sekolah agama arab dibiayai oleh pihak-pihak berkuasa yang berlainan. keseluruhan Struktur Kurikulum Pendidikan Kebangsaan telah diubahsuai agar setiap mata pelajaran sama-sama mendokong cita-cita FPN dengan menerapkan nilai-nilai murni sejagat ( yang mana keseluruhan nilai-nilai tersebut ialah nilai atau ajaran Islam ). Kelas aliran agama di sekolah-sekolah menengah kebangsaan dan wujudnya mata pelajaran elektif seperti Tasawwur Islam.1.Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia 1.1 4. Institut Tadbiran Awam Negara ( INTAN ) .1. Manakala Sekolah Agama Negeri lebih baik dari segi pengurusan jika dibandingkan dengan SEkolah Agama Rakyat. (SAR) Kesimpulannya boleh dikatakan bahawa perjalanan Sekolah Menengah Agama lebih tersusun kerana ia dibawah pengawasan Kementerian Pendidikan.m.3 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sekolah Agama Kerajaan Negeri (SAN) Sekolah Agama Rakyat. Kewujudan dan perkembangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Malahan tidak keterlaluan jika FPN telah mendokong cita-cita dan hasrat Falsafah Pendidikan Islam. Al-Quran dan Sunnah dan Syariah Islamiah di peringkat pengajian menengah atas ( Tingkatan 4 dan 5 ) serta mata pelajaran Syariah dan Usuluddin di peringkat menengah tinggi ( tingkatan 6 ) membuktikan bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan telah mendokong pembangunan Pendidikan Islam.Malaysia Kita .Corak dan keupayaan pentadbiran yang berbeza-beza khususnya antara SAN Diploma in education ( Islamic Studies ) - KUIS 9 .2 4. Malahan dari segi pendekatan pengajarannya.1. FPN telah meletakkan pembinaan insan seimbang dari segi intelek. iaitu: 4. rohani dan jasmani ke arah melahirkan insan sepadu yang tunduk dan patuh kepada Tuhan. 4. terdapat beberapa mata pelajaran ( Sains dan Geografi umpamanya ) telah diserapkan dengan akidah dan syariat Islamiah. Dari segi pentadbiran ianya boleh dibahagikan kepada tiga jenis.s 780 & 781 sebagai teras dan dasar penjurusan segala aktiviti pendidikan. emosi. Bertolak dari FPN.

4. Sementara pihak penjajah memperkenalkan pendidikan sekular. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sekolah Agama Kerajaan Negeri Sekolah Agama Rakyat. RUMUSAN Perkembangan Pendidikan Islam di Semenanjung Tanah Melayu mengalami empat tahap.Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia dengan SAR telah menimbulkan asas dan peluang pendidikan yang berbeza-beza kepada pelajar di sekolah tersebut. 3. Diploma in education ( Islamic Studies ) - KUIS 10 . d imana berlakunya penghakisan secara langsung terhadap Pendidikan Islam. iaitu: 1. 2. Pendidikan Islam selepas merdeka dibahagikan kepada tiga. 3. iaitu: 1. 2. Institusi rumah imam atau guru Institusi pondok Institusi madrasah Sistem sekular Pendidikan Islam di zaman penjajah di bawah kelolaan dan dibiayai oleh Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.

Danial Zainal Abidin -Penerbit PTS Millennia Sdn.Maktabah Al-Qahirah 12. Sejarah Tingkatan 2 .Dr.Ahmad Salleh Oxford Fajar Sdn.Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia RUJUKAN 1. Tamadun Islam . Bhd. Al-Quran dan Terjemahan .KBSM . Sidek Baba UKM (1993) 9.Larus 3.Kuala Lumpur: Utusan Publicatioan & Distributors Sdn. Mafahim Tarbiah Al-Islamiah . Siri Pendidikan Guru. Islam dan Masyarakat Melayu .Mohamad Redzuan Othman .DBP-KPM 1983 10.KPM & DBP 2008 7. BHD 2007 Diploma in education ( Islamic Studies ) - KUIS 11 .Sabri Haji Said .Penerbit Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor 4. Tamadun Islam . Pengajian agama Islam & j-Qaf . Malaysia kita -Penerbit Institut Tadbiran Negara ( INTAN ) 1991 8. Bhd. Pengurusan Pendidikan Islam: Satu Pendekatan Sepadu .Syed Mahmud Sultan .Mustafa Haji Daud . 2008 5. Quran Saintifik . Madrasah Al-Ulum Al-Syariah .Jakarta 1971 2. ( 1996 ) 6. Mukjam Al-Arabi Al-Asasi .UM 11.Dr.Jamaah min Kibar Al-Lughawiyyin Al-Arab .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful