KATA SENDI NAMA Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata

atau frasa-frasa dalam ayat. Berikut ini adalah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam ayat.

Kata Sendi Penggunaannya akan/ untuk menunjukkan kepada/ emosi dan sikap terhadap

Ayat Contoh 1. Adik sayang akan kucing. 2. Ya Allah, kepadaMu, aku berserah. 3. Dia mengambil berat terhadap pelajaran. 1. Pen itu dibeli untuk anaknya. 2. Jamuan itu bagi guru-guru baru. 1. Mereka baru pulang dari Johor. 2. Dia tidak sedar diri dari pagi tadi. 1. Pasukan Kedah lebih hebat daripada pasukan Johor. 2. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu. 3. Anggota pancaragam itu terdiri daripada murid-murid sekolah. Di dalam dompet itu ada wang. 1. Mak Jah ke klinik dengan anaknya.

bagi/untuk

dari

untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain untuk menunjukkan tempat dan masa untuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan

daripada

di dengan

untuk tempat untuk menyatakan makna bersama-lama, bandingan setara, 2. Dia dapat melepaskan diri dengan keterangan cara, dan bersusah payah. penggunaan sesuatu sebagai alat 3. Adik menulis dengan pensel. 4. Markah saya sama dengan markahnya. 1. Dia bekerja hingga malam. 2. Dia berjalan kaki sampai Ipoh.

hingga/ sampai ke

untuk menunjukkan peringkat masa, tempat, dan had tertentu untuk tempat dan benda konkrit untuk menunjukkan orang atau kata ganti

1. Kereta api menuju ke Padang Besar. 2. Cawan itu terhempas ke batu. Kes itu diserahkan kepada pihak polis.

kepada

oleh

pada

diri untuk menunjukkan perlakuan pasif yang berawalan di- dan teruntuk menunjukkan masa dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu

1. Buku itu dibaca oleh Salmi. 2. Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya. 1. Kereta api tiba pada pukul lima petang. 2. Novel itu ada pada Rahim. 3. Perkara itu benar pada pandangan saya. 4. Serikaya itu disapukan pada roti. Dia tidak makan sejak semalam.

sejak

untuk menyatakan makna suatu jangka masa seperti/ untuk menunjukkan persamaan dengan umpama/bak yang lain

1. Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan di pasar. 2. Badannya besar umpama ahli gusti. 3. Hidungnya mancung bak seludang. Beliau berucap tentang masalah penagihan dadah.

tentang

untuk menyatakan makna mengenai sesuatu

Arahan

: Betulkan penggunaan kata sendi nama dalam ayat-ayat berikut.

1. Saya bercita-cita menjadi seorang doktor di masa hadapan. _______________________________________________________ 2. Saya pulang di rumah pada pukul 6.00 petang. _______________________________________________________ 3. Setiap pagi Janaki bangun dari tidur pada pukul 6.30 pagi. _______________________________________________________ 4. Dia duduk bersila daripada waktu sesudah sembahyang Isyak sampailah menjelang dinihari. _________________________________________________________ 5. Aku memperkenalkan Ira padanya dengan perasaan bangga. _________________________________________________________ 6. Aku tidak takut . Rumah ini sudah cukup sesuai padaku. __________________________________________________________ 7. Sebenarnya, aku amat gembira mendengar puji-pujian tentang kejayaanku itu. ___________________________________________________________ 8. Dia berjalan menuju ke arahku dan diikuti dengan dua orang wanita yang tidak kukenali. ___________________________________________________________ 9. Remang fikiran lelaki tua itu berbaur akan keremangan senja. ____________________________________________________________ 10. Aku menceritakan kepada Natasha terhadap apa-apa yang aku dengar daripada Khatimah. ____________________________________________________________

SKEMA JAWAPAN Arahan : Betulkan penggunaan kata sendi nama dalam ayat-ayat berikut.

1. Saya bercita-cita menjadi seorang doktor pada masa hadapan.

2. Saya pulang ke rumah pada pukul 6.00 petang.

3. Setiap pagi Janaki bangun daripada tidur pada pukul 6.30 pagi.

4. Dia duduk bersila dari waktu sesudah sembahyang Isya sampailah menjelang dinihari. 5. Aku memperkenalkan Ira kepadanya dengan perasaan bangga.

6. Aku tidak takut . Rumah ini sudah cukup sesuai bagiku.

7. Sebenarnya, aku amat gembira mendengar puji-pujian terhadap kejayaanku itu. 8. Dia berjalan menuju ke arahku dan diikuti oleh dua orang wanita yang tidak kukenali. 9. Remang fikiran lelaki tua itu berbaur dengan keremangan senja. 10. Aku menceritakan kepada Natasha tentang apa-apa yang aku dengar daripada Khatimah.

Ahli Kumpulan: 1. ZURAIDA BINTI OTHMAN 2.NOREHA BINTI SARMADI 3. MAHANI BINTI M.AMIR 4. NORIAH BINTI MD. JIDIN 5. AIDAH BINTI SULAIMAN

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful