You are on page 1of 170

Areila Sahimi

bab 1
T
AK nak, abah…” rengek Syakirin
persis budak kecil.
“Nak ke… tak nak ke…
abah tak peduli. Kali ni, Kirin kena ikut cakap abah!” Abah
bersuara keras.
“Tapi abah…” Syakirin cuba membantah.
“Tak ada tapi-tapi lagi. Ini keputusan abah!” Abah
memotong cakap-cakap Syakirin.
Syakirin terus terduduk apabila abah sudah
membuat keputusan yang dia tidak rela langsung nak ikut.
Boleh tak pada zaman orang sibuk pegang handphone 3G,
orang sibuk main Facebook, Internet pun dah pakai
broadband, abah boleh minta dia buat perkara macam zaman
tuk kaduk. Kahwin atas dasar pilihan keluarga. Oh tidak…
sungguh dia tak rela. Tak sanggup!!! Walaupun calon
suaminya itu adalah lelaki yang pernah terpahat di hatinya.
Syakirin percaya pada cinta. Kalau tidak ada cinta,
masakan dia dan lelaki itu boleh hidup bersama. Tak
mungkin! Sayang dari sebelah pihak bukannya boleh bawa ke

1
2x5

mana. Lagipun dia balik ke sini sekadar untuk merehatkan


mindanya sahaja. Dia sudah lama tidak bercuti di kampung.
Tidak disangka pula ada yang datang membawa pinangan dari
rumah, nun di seberang jalan. Dahlah dia ni calon tangkap
muat. Terasa macam pemain simpanan la pulak! Walaupun
abah tak cakap macam tu, dia bukan budak kecil yang
langsung tak tahu apa-apa!
Hampir dua tahun cerita Zaim tidak jadi kahwin
dengan Sofea berlalu. Alih-alih malam ini abah meminta
persetujuan daripadanya untuk menerima Zaim sebagai
suami. Padahal dari awal lagi abah sendiri sudah bersetuju.
On behalf la konon. Minta tolong… bagi laluan… dia bukan
kategori teringin hendak kahwin free.
“Mak…” Kirin cuba pula meraih simpati emaknya
yang duduk di sebelah abah. “Tolonglah… tak naklah main
paksa-paksa macam ni.”
“Abahnya… dahlah tu! Dah budak tu tak nak, buat
apa nak dipaksa-paksa.” Emak cuba memainkan peranan.
Alhamdulillah… ada orang back up. Mendengarkan
emak sudah berpihak kepadanya, laju aja kepala Syakirin
mengangguk. Betullah apa kata mak, dah dia tak nak, buat
apa nak dipaksa-paksa. Lagipun, takkan abah tak terfikir
langsung perasaan anak orang depan rumah tu, nak ke kat
dia ni. Dia memanglah ada sikit-sikit feel pada mamat tu…
tapi mamat tu? Huh!!! Dahlah mereka berdua jauh panggang
dari api. Satu kampung tahu yang mamat tu lulusan
universiti luar negara. Dia ni pula, setakat sijil SPM tu ajalah
yang dibawa ke mana-mana. Salah dia juga, masa ada peluang
nak belajar tinggi-tinggi, kononnya gayat. Pemalas
sebenarnya!
Eh… tapi sikit-sikit feel tu, dulu-dulu aja tau.

2
Areila Sahimi

Lagipun bukan banyak-banyak. Itu pun masa zaman sekolah.


Masa dah rasa diri tu akhil baligh, teringin sangatlah nak
kenal apa makna cinta. Tapi rasanya masa tu pun, feel yang
ada tu macam suka-suka gitu aja. Ala… budak-budak sekolah,
kan memang suka simpan admire. Dia pun salah seorang
daripadanya juga.
Perasaan admire tu pun dah lama hilang bilamana
Zaim masuk asrama. Masa tu dia dapat tahu, Zaim ni dah
mula pandai nak bercinta-cinta dengan Sofea, budak RPS
(Raja Perempuan School) yang duduk dekat Kampung Sri
Kinta tu. Yalah… kena la terima kenyataan, budak STAR
(Sekolah Tunku Abdul Rahman) memang matchinglah
dengan budak RPS yang konon-kononnya ‘Ratu Pilihan
STAR’. Lepas tu, Zaim ke luar negara. Cinta hatinya pula
melanjutkan pelajaran di Malaysia aja.
Ikutkan dia, mana pernah nak bawa perasaan yang
entah apa-apa tu sampai ke besar macam ni. Lagipun, apabila
dah besar ni, terjumpa pula dengan Megat Zakuan yang
dirasakan seperti lelaki Melayu terakhir itu pada mulanya.
Lelaki Melayu Terakhir ke? Lebih baik panggil lelaki hidung
belang atau buaya darat jadian kat mamat sorang ni.
Kenapalah dia dipertemukan dengan lelaki yang hampeh dan
langsung tak boleh pakai itu?
Kes terpaksa terima Zaim ni, abah ingat macam
dalam babak novel cinta ke? Kalau kahwin paksa pun, boleh
hidup aman bahagia forever. Ini reality la, abah. Dia tak
sanggup nak memperjudikan hidup sendiri sekalipun yang
abah berkenan tu, Ahmad Zaim Haji Hamidi. Dia ada juga
dengar-dengar cerita dari sumber yang boleh dipercayai, yang
mengatakan begitu utuh sekali Zaim dan Sofea ini menyulam
cinta. Tiba-tiba bilamana tarikh pernikahan dah dekat, pergi
putuskan hubungan pulak. Apa kes? Tak semena-mena nama

3
2x5

Nur Syakirin Abdul Majid yang kena gantikan tempat


pengantin perempuan. Apa cerita ni? Ingat cerita dah habis
sampai situ aja. Sebab memang dah ‘berabad’ dah kes ni
berlaku.
“Awak diam! Abah tak kira, ya Nur Syakirin. Selama
ini abah bagi kebebasan untuk Kirin berkawan dengan sesiapa
sahaja yang Kirin nak. Tapi sampai sekarang, Kirin tetap tak
ada siapa-siapa lagi. Kirin dengan Zaim bukannya tak pernah
kenal. Dah berkawan sejak kecil lagi. Takkan Kirin tak
kasihankan Mak Ton dengan Pak Midi. Dia orang berhajat
sangat nak buat Kirin jadi menantu. Mak Ton takut sangat
kalau Zaim tak kahwin lepas budak perempuan tu buat dekat
dia. Takkan tak boleh berkorban sikit Kirin!” hambur abah
dalam satu nafas.
Syakirin memandang abahnya dengan muka tak
puas hati. Sekarang abah nak bercakap pasal pengorbanan.
Tapi, kenapa dia yang dipilih? Takkan di kalangan saudara-
mara terdekat Mak Ton dan Pak Midi, tak ada yang sanggup
nak tolong. Takkanlah tak ada sorang pun yang rela
berkorban? Kenapa mesti dia yang kena berkorban apa saja.
Sudahlah pengorbanan itu pun termasuk berkorban bodi
juga. Kut ya pun Mak Ton takut anak teruna dia jadi bujang
lapuk, alasan itu langsung tak boleh pakai. Apa kena-mengena
Zaim jadi bujang lapuk dengan dirinya? Kenapa pula dia yang
kena berkorban jadi isteri Zaim? Masuk akal ke nak buat
semua benda tu? Lagipun, kalau dia masih tak ada siapa-
siapa, itu bukan masalah besar padanya. Dah belum ada yang
berkenan di hati lepas tragedi putus cinta dengan Megat
Zakuan tu. Nak buat macam mana, dah nasib badan tersalah
jumpa orang yang boleh dibuat jodoh. Nasib baik juga tahu
cerita sebenar sebelum sempat hidup bersama. Kalau tak…
tak dapek den nak nolong!

4
Areila Sahimi

“Tapi, kenapa mesti Kirin, abah?” Syakirin bertanya


sebak. Dia sedih apabila abah meninggikan suara padanya.
“Sebab Zaim yang pilih….” Abah bersuara rendah.
Hah??? Mulut Syakirin sudah ternganga luas.

“TAK nak, ayah!” bentak Zaim keras.


“Ini keputusan ayah. Kamu mesti terima!” hambur
Haji Hamidi.
“Tapi ayah… takkan tak ada orang lain? Kenapa
mesti Kirin, ayah?” Zaim menukas.
“Ahmad Zaim, kita dah tak ada masa. Syakirin tu
aja yang rela nak bersama-sama menutup malu keluarga kita.
Lagipun, umi dengan ayah dah lama berkenankan Si Kirin tu.
Kamu aja yang sibuk terkejar-kejarkan budak perempuan tu!”
Haji Hamidi membalas.
Zaim mengeluh. Ayah cakap benda betul. Gadis
yang dipuja rupa-rupanya bukanlah seperti yang dibayangkan.
Memang dia terlalu cintakan gadis itu. Tetapi dia sendiri tidak
tahu, kenapa kesetiaannya dibalas dengan pengkhianatan.
Bertahun-tahun di negara orang, dia tahankan diri daripada
tersungkur di hati gadis lain, tetapi sebaliknya pula berlaku.
“Umi… please, umi. Sungguh, Zaim tak ready nak
kahwin, umi. Benda tu dah lama umi…” rayu Zaim sayu. Dia
sebenarnya tak memerlukan langsung mana-mana calon
sekarang ini. Nak bercinta pun dia fobia, apatah lagi nak
berumah tangga. Benda ni pun dah dua tahun berlalu. Tapi
kenapa baru sekarang ayah dan umi nak bangkitkan isu yang
dah basi ni? Dia pun dah seronok hidup single macam ni,
kenapa ayah dan umi beria-ia pula nak carikan somebody.

5
2x5

Perkara ni dah lama berlalu, tapi ayah dan umi saja yang
masih melatah. Kejadian pengantin perempuan hilang
setengah jam sebelum berlangsungnya majlis akad nikah,
memang ‘sakit’ kalau diingatkan kembali.
Selepas kejadian itu, macam-macam calon
diperkenalkan kepada Zaim. Dari senarai pendek, terus jadi
senarai panjang. Dia punya sengsara pun tak habis lagi ni,
kena paksa pula terima calon umi dan ayah dalam masa yang
terdekat ini. Itu pun calonnya… Nur Syakirin Abdul Majid.
Budak perempuan depan rumah. Syakirin yang dah lama tak
bertegur sapa semenjak dia tamat sekolah. Syakirin yang dia
langsung tidak pernah jumpa selepas terbang ke luar negara.
Syakirin yang tak boleh nak dibayangkan macam mana
orangnya sekarang ini, walhal kami memang jiran tetangga.
“Memang benda ni dah lama berlaku. Tapi sampai
sekarang pun malu ayah dan umi takkan hilang macam tu
aja, Ahmad Zaim,” kata Haji Hamidi garang. Makin melentik
misai Haji Hamidi apabila dia buat muka garang macam tu.
“Zaim ikut ajalah cakap ayah. Lagipun, umi takut
Zaim terkena badi tak kahwin sampai ke tua. Buat apa nak
ditunggu bulan jatuh ke riba. Orang tu dah tentu-tentunya
ada yang punya. Kita pun tak tau dia tu kat mana sekarang.
Takkan sebab tu, Zaim sampai bila-bila pun nak guna alasan
tak sedia tu. Lagipun umur Zaim dah masuk tiga puluh
pun…” pujuk Hajah Zaiton lembut.
Sekali lagi Zaim melepaskan keluhan lemah.
Habislah dia. Umi pun tak nak backing anak sendiri. Umi ni
macam-macam. Kut ya pun nak menakutkan dia, takkanlah
sampai terkeluar badi tak kahwin sampai ke tua. Umi ni tak
tau ke yang semua kata-katanya tu, boleh jadi satu doa. Dia
pun tak sanggup juga kalau tak kahwin sampai gigi dah
tinggal dua. Ayah yang suka sangat dengan Kirin tu, dah

6
Areila Sahimi

siasat ke budak tu dah ada yang punya ke tak? Kang tak pasal-
pasal ada pula yang kena hentam sebab merampas hak orang.
Ni yang sampai sekarang masih tak faham lagi dengan
mentaliti orang veteran. Apa pelik ke, kalau umur mencecah
tahap three series, langsung tak berumah tangga lagi. Kalau
tengok betul-betul dalam kalendar kuda pun, angka tiga
puluh masih pakai lagi tau!!!
“Tapi, ayah…”
“Tak ada tapi-tapi lagi. Keputusan ayah, muktamad!”
putus Haji Hamidi.
Muktamad! Langsung tak ada talian hayat.
Pelampung tak ada. Dua tapak kosong pun ilek. Pilihan
objektif tak termasuk langsung. Aznil Haji Nawawi pun tak
boleh nak tolong kalau abah dah guna pakai word ‘muktamad’
dia tu.
Zaim masuk ke dalam biliknya dengan perasaan
berbuku di hati. Badan dihempas ke atas katil bertilam
empuk. Ayah buat keputusan terbesar untuk dirinya. Dia nak
menolak. Tapi ayah bermati-matian dengan apa yang telah
diputuskannya. Lengan kanan dia letak ke dahi. Melayang
fikiran pada masa lalu antara dia dan Syakirin.
“Sakitlah!!!”
“Tahan sikit boleh tak?”
“Pedihlah!”
Syakirin menyapu kuat luka di tangan Zaim.
“Adoi!” Zaim terjerit. Mukanya berkerut-kerut
menahan pedih. Aku kalau tak sebab Kirin ni anak Pak Majid,
dah lama aku katuk kepala budak ni.
Syakirin membuat muka toya. Tak berdosa aja
gayanya. Tu la… degil sangat. Siapa suruh pergi racing

7
2x5

petang-petang macam ni. Kalau ya pun teringin sangat nak


pergi berlumba, pergilah ke track, bukan main racing basikal
jipang dekat atas jalan raya. Macam tak tau pulak luka
terkena jalan tar sangat berbisa.
“Padan muka!” balas Syakirin selamba.
Zaim ambil tuala Good Morning yang dah berbau
masam itu, lalu dengan sengaja dia menekup ke muka
Syakirin.
“Apa ni?”
Meloncat Zaim berlari sambil terhinjut-hinjut.
Syakirin membaling kasar tuala masam itu.
“Hampeh!!!”
Bunyi pintu bilik dikuak, mengejutkan Zaim.
“Umi!”
Dia bingkas bangun dan bersila menghadap umi
yang sudah duduk di atas katil.
“Zaim, janganlah lawan cakap ayah. Kirin budak
baik. Umi tahu dia boleh jadi isteri yang terbaik untuk Zaim,”
tutur Hajah Zaiton lembut. Ditepuk-tepuk bahu anak
terunanya itu.
“Umi, boleh bahagia ke kalau main kahwin macam
ni aje? Zaim tak nampak langsung kebaikan daripada apa
yang ayah fikirkan tu.” Zaim bersuara.
“Kenapa Zaim cakap macam tu? Kalau dah kahwin
nanti, Zaim dan Kirin sendiri yang kena saling melengkapi
untuk memastikan hidup kamu berdua boleh jadi bahagia.”
“Tapi umi…”
“Jangan banyak tapinya. Zaim anak umi. Umi
sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak umi, tau.
Lagipun, kita kenal Kirin dengan keluarga dia. Mereka orang

8
Areila Sahimi

baik-baik,” pujuk Hajah Zaiton lagi. Ya Allah, lembutkanlah


hati anak teruna aku ni....
“Umi…”
“Zaim tak teringin ke nak jadi macam Abang Zain?
Ada famili sendiri?”
Zaim menjulingkan matanya ke atas. Umi dah mula
dah. Memang tak ada nama lain yang nak dibuat contoh.
Nama Abang Zain naik lagi sekali. Memanglah teringin nak
jadi macam Abang Zain. Tapi keadaan dia dan Abang Zain
beza macam langit dengan bumi. Beza lebih kurang kawah
rendang tuk dengan kuali goreng burger. Abang Zain dengan
Kak Aleeya kahwin atas dasar suka sama suka. Dia dengan
Kirin tak tau nak cakap apa. Main paksa pun, ya. Main rela
pun, ya. Yang dia tahu, dia rela dalam terpaksa. Nak ikut
senang, main redah aja….
“Kalau umi dengan ayah suka, Zaim ikut ajalah.”
Ujar Zaim mengalah.
Hajah Zaiton tersenyum. Misi selesai!!!

9
2x5

bab 2
S
YAKIRIN memandu laju Satria
Neonya itu merentasi Lebuh Raya
Utara Selatan. Dia memicit-micit
kepalanya dengan tangan kanan yang ditopangkan pada
tingkap kereta. Dia sebenarnya bukan pening, tetapi lebih
kepada sakit kepala dibuat abah.
Syakirin mengeluh. Seketika kemudian, dia menukar
posisi tangan yang memegang stereng. Tangan kirinya
mencari-cari CD lagu yang boleh dimainkan pada saat
kepalanya berserabut memikirkan apa lagi yang bakal terjadi
selepas ini. CD mengandungi lagu campur-campur yang
diburn oleh Fiqa (teman serumahnya), dipasang kuat.
Bergegar Neo maroon 1.6 itu dibuatnya.
Dalam hingar bunyi lagu yang membingitkan
telinga itu, terdengar kuat Syakirin mendengus geram.
Betullah… apa saja yang dia cakapkan sekarang ni, sorang
pun tak nak ambil peduli. Emak dah senyap aja. Abang
lagilah, memang takkan masuk campur punya. Amir pula,
budak bawah umur yang tak patut nak diajak involve sekali
memandangkan Amir tu pun masih di bawah tanggungan

10
Areila Sahimi

emak dan abah. Syakirin mengomel sendiri. Lagu di radio


sayup-sayup aja kedengaran di telinganya.
Untuk kesekian kalinya, Syakirin mengeluh lagi.
Hal abah malam semalam, buat dia sudah tidak betah lagi
nak duduk kat kampung lama-lama, walaupun cutinya masih
berbaki dua hari lagi. Abah jelas memaksa, siap bagi ugutan
pula tu. Kalau dia ingkar atas arahan abah, dia bukan anak
abah lagi. Ya ampun! Sampai ke situ sekali abah boleh cakap.
Macamlah abah ada anak perempuan lain, selain daripada dia
ni. Dia nilah satu-satunya anak perempuan yang abah dan
emak ada.
Malam tadi juga, buat pertama kali dalam sejarah,
dia memberanikan diri menelefon anak orang depan rumah
tu. Emak yang bagi contact number Zaim. Dia telefon bukan
sebab dia gatal. Dia telefon sebab nak slow talk dengan Zaim
pasal hal ni. Zaim pun terkejut bila tahu yang bercakap
dengannya malam tadi, anak jirannya sendiri, merangkap
bakal bini yang entahkan jadi, entahkan tidak. Tapi apa yang
pasti, memang dia tersenyum panjang sebaik aja habis
bercakap dengan Zaim. Terasa kecilnya dunia. Rupa-rupanya
Zaim tinggal di Bangi. Dia pula menyewa di Serdang.
Walawei… dekat sesangat dah tu!
Malam tadi juga, dia dan Zaim sudah puas
berbincang. Tapi orang kata, bincang dalam telefon pun
bukannya boleh nak selesaikan masalah. Tak bawa ke mana
pun. Buat habis kredit aja... tak pun, meningkatkan bil.
Akhirnya dia dan Zaim ambil kata sepakat untuk
berjumpa esok saja. Sepakat membawa berkat. Tempat dah
set. Dekat food court Rasa Alamanda. Kat situ paling sesuai.
Anggap saja hal ini bakal diselesaikan bilamana Zaim pun
sudah bersedia untuk membincangkan hal ini dengan
seriusnya esok.

11
2x5

Lagi satu hal, macam mana nak bagitau Fiqa


tentang perkara ni? Aduhai... boleh baca macam mana riak
muka Fiqa apabila disampaikan cerita ni sekejap lagi. Fiqa
kenal Zaim tu. Mana tidaknya, kita orang dulu satu sekolah
rendah. Dan nak ikutkan, apa aja rahsia hati semua Fiqa tahu.
Fiqa tu sahabat yang paling dipercayainya. Fiqa tu penasihat
kiri kanan depan belakang, merangkap pembantu peribadi
yang tak dibayar gaji.
Neo maroon yang dipandu, dibelok ke kiri simpang
ke dalam kawasan rumah pangsa lima tingkat di belakang
Minlon ini. Rumah pangsa yang memang dah season aja
rupanya ni. Kalau nak diikutkan, Syakirin dengan Fiqa tak
pernah memilih nak duduk kat mana. Tak ada hal. Asalkan
bukan rumah setinggan. Sini murah. Kira okeylah tu
walaupun dinding dah berkulat. Tak apa, rumah kita orang
luar nampak memang macam flat kos rendah, tapi kat dalam,
macam kondo tu. Kondo pun tak macam rumah kita orang.
Syakirin menapak perlahan-lahan mendaki anak
tangga satu per satu. Ini ajalah yang paling tak tahan. Nasib
baik rumah kat tingkat dua aja. Nasib jugalah rumah pangsa
ni hanya lima tingkat. Dibuatnya lapan belas tingkat.
Dibuatnya lif rosak. Tak ke jenuh nak memanjat anak tangga?
Sampai di muka pintu rumah, Syakirin membuka
kunci mangga besar di pintu jeriji besi. Di sini tempat tinggal
ramai orang antarabangsa. Lebih kurang macam dekat Flat
Hijau, Presint 9 tu jugalah. Walaupun bukan terletak di Bukit
Antarabangsa, tapi jolokan flat antarabangsa yang orang sini
berikan, memang kena dan tepat sekali. Ada dari Nepal,
Madras, Indonesia, Bangladesh. Fuhhh! Macam channel
Astro. Macam-macam ada. Dekat Bukit Antarabangsa tu pun,
belum tentu ada golongan international macam dekat sini
tau. Apa yang pasti, memang kena berhati-hati. Tengok aja

12
Areila Sahimi

Fiqa beli mangga besar gedabak ni pun, dah boleh bajet tahap
keselamatan di sini.
Sebaik sahaja mangga dibuka, cepat-cepat Syakirin
menguncinya semula. Dia memang takut kalau sorang-
sorang macam ni. Sudahlah hari pun tenang aja. Bukan nak
berprasangka, tapi tak salah kalau berhati-hati. Pintu rumah
segera dibuka dan memboloskan dirinya ke dalam rumah.
“Argh!!!” Syakirin menjerit apabila melihat ada
orang di dalam rumah.
“Kau ni Kirin, nampak aku macam nampak
pontianak, tau tak!” gumam Fiqa yang terkejut mendengar
jeritan Kirin, boleh bergegar rumah flat yang dah masuk
umur orang pencen ni.
Melihat muka Fiqa yang sudah mencuka itu,
membuatkan Syakirin ketawa mengekek. Apehallah kawan
dia sorang ni. Menggeleng perlahan Syakirin melihat
transformasi pada diri Fiqa. Baru empat hari dia tak ada kat
rumah, Fiqa sudah berubah sampai begini sekali. Mana tak
terkejut, hari tu rambut hitam. Gaya Melayu habis. Hari ni
mak ai... macam kena paku karat. Very stylo! Tapi warnanya
tu macam ada yang tak kena. Apesal tak rata? Nak kata
highlight. Tu bukan!
Fiqa memandang Syakirin dengan geram. Dia
memang pantang kalau ada yang ketawa pasal rambut
barunya ni. Sebab rambut baru nilah, sudah dua hari dia
ambil EL. Malu punya pasal akibat tersalah teknik
menggunakan pewarna rambut. Cubalah kalau dia tak
termakan hasutan Jess, amoi rumah atas ni, minggu lepas.
Pasti rambut dia tak jadi macam ni.
“Boleh aku tau salun mana yang buat rambut kau
jadi macam ni?” tanya Syakirin bersama tawa yang masih

13
2x5

bersisa. Betul tak tahan tengok rambut baru Fiqa ni. Macam
balung ayam pun ada! Heh heh heh!
“Aku buat sendirilah...” jawab Fiqa dalam nada
rendah. Cermin yang dari dua hari lepas berada di atas sofa,
dicapai. Memang sejak dua hari lepas jugalah, dia sibuk
membelek rambutnya yang dah jadi macam badut itu. Adoi…
apa dia nak buat ni?
Sedaya upaya Syakirin menahan tawanya dari
meletus. Hurm... patutlah pun. Buat sendiri, siapa suruh.
Patutnya pergi ajalah kat Salun Hairven di Alamanda tu.
Macam tak tau Kak Enny. ‘Adik-adik’ yang kerja kat situ,
sangat pro dalam mewarna, menghighlight dan memotong
rambut.
“Apesal kau tak pergi ke Hairven aja?” tanya
Syakirin lagi sambil menggeleng kepala. Dia bangun. Rambut
Fiqa diselak-selak. Alah... tak adalah teruk sangat pun.
“Aku bukan tak nak ke sana. Kau pun tau, kan. Ini
first time aku nak warnakan rambut. Lagipun, kat sana tu,
aku tak tau dia orang pakai pewarna apa. Yang ni, aku pakai
inai yang aku beli kat jalan TAR tu. Halal. Boleh bawa
sembahyang,” ujar Fiqa. Dia membiarkan Syakirin membelek-
belek rambut barunya itu.
Syakirin mengerutkan dahi. “Ye ke inai? Aku tengok
karat semacam aja ni. Jangan nak tipu akulah, Fiq. Macam
aku tak tau nak bezakan inai dengan pewarna rambut.”
Fiqa tersengih malu. Kantoi.
“Ala... memanglah. Tapi kau jangan risau, benda ni
halal,” kata Fiqa yakin.
Syakirin menjongket bahu. Dia pun tak berani nak
jamin yang pewarna rambut yang ada di pasaran tu halal ke
tak. Lagipun, dia tak minat langsung nak tukar warna rambut

14
Areila Sahimi

yang dah semula jadi hitam ni. Biarlah... Dia suka Nicole
Scherzinger, bekas penyanyi kumpulan Pussycat Doll itu
sebab rambut hitamnya. Dia bukan Pan Asian yang nak
rambut warna perang. Perang macam mana pun, dia tetap
Melayu tulen. Takkanlah belacan nak jadi keju kut. Dan nak
cakap lebih-lebih pasal hukum mewarnakan rambut yang
macam Fiqa buat ni… errr… susah nak cakap. Dia pun
bukannya terror sangat nak cakap soal agama. Yang basic-
basic tu, taulah. Dia ni pun, tudung terbang entah ke mana.
Pakai tudung masa kat sekolah aja. Itu pun sebab sebahagian
daripada peraturan. Kalau tak, jangan haraplah!
Sekarang ni, kalau nak balik kampung aja baru
bertudung litup. Nak kena parang dengan abah kalau balik
rambut mengerbang macam hantu langsuir. Jangan dibuat
dengan abah. Pantang sungguh anak dara yang sorang ni
buat perangai macam ni. Tapi, sekerat jalan nak balik ke KL,
tudung terbanglah.
Susahnya hidup jadi orang hipokrit dan plastik ni.
Abah dan emak tak pernah tahu semua ni. Maklumlah, abah
dan emak pun bukannya pernah nak datang melawat dia yang
tinggal di sini. So, buat ajalah apa yang dia suka. Tak ada
siapa yang nak pantau pun. Janji, tak buat yang bukan-bukan.
Pernah juga dulu-dulu, masa The Castle tengah buka kat
Bangsar, dia pergi ‘mencucuk langit’ di situ. Adalah dua tiga
kali masuk. Konon nak merasa keadaan malam minggu di
pusat hiburan yang selalu sangat dikatakan happening tu.
Tapi, memang tempat tu tak kena dengan tastelah. Baik taste
dia ataupun Fiqa. Sesak dan menyakitkan telinga. Sakit mata
juga. Nak dijadikan cerita juga, kat The Castle tu la dia
berjumpa dengan Megat Zakuan. Patutlah hubungan tak
berpanjangan. Dah berjumpa pun dekat tempat macam tu.
Jadi, sendiri mahu ingatlah. Lu pikirlah sendiri!

15
2x5

“Eh, cakap balik Rabu,” kata Fiqa tiba-tiba.


Cermin yang digunakan untuk membelek
rambutnya itu, diletakkan kembali di atas sofa. Pelik.
Diberitahu hari tu, katanya nak balik bercuti. Katanya nak
bercuti sakan. Sombong sangat. Beria-ia keluar dari bilik bos
dengan hidung kembang sebab cuti seminggunya diluluskan.
Hari ini, rasanya baru tiga hari bercuti, teman yang sorang ni
dah kembali ke sarang. Apa hal?
Syakirin melepaskan keluhan. “Aku ada besar punya
masalah....”
Giliran Fiqa pula ketawa. Alah... macam tak kenal
budak seorang ini. Lampu rumah tak boleh menyala pun dia
kata masalah besar juga.
“Apa masalah yang besar sangat tu? Aku tengok
beria-ia aja dahi tu berkerut. Masalah negara ke?” tanya Fiqa
lagi.
“Lebih kurang gitulah....”
Fiqa laju menaikkan kaki ke atas sofa. Dia duduk
menghadap Syakirin. Bunyi macam cerita best ni. Lagi-lagi
cerita dari kampung. Dah lama juga tak updated story orang
kampung. Akak suka... akak suka...! katanya riang di dalam
hati.
Syakirin memandang wajah Fiqa. Fiq… Fiq…! Kau
dari sekolah sampai sekarang, pantang kalau aku cakap ada
cerita baru. Automatik kau terus jadi macam ni. Excited
semacam! getus Syakirin di dalam hati.
“Abah aku paksa aku kahwin,” jawab Syakirin
lemah.
“What???” Fiqa separuh menjerit. Whooo… biar
betul! Dia yang sound trouble atau Kirin yang tersalah cakap.

16
Areila Sahimi

“Fiq, kau boleh tak jangan nak jerit kuat-kuat


macam tu. Aku belum pekak lagi tau!”
“Abah kau paksa kau kahwin?” tanya Fiqa seakan
tidak percaya.
“Haah...” jawab Syakirin sambil mengangguk
lemah.
“Habis, kau terima?”
Syakirin mengangguk lagi.
Fiqa membuntangkan matanya.
“Apehal ni? Dulu cakap lain... sekarang lain pula
jadinya. Dulu kata tak mainlah kahwin pilihan orang tua.
Kata nak pilih sendiri,” kata Fiqa mengingatkan.
“Tu aku taulah. Tapi aku dah tak ada pilihan. Kau
tau, kan abah aku tu macam mana?”
Fiqa menaikkan mata ke atas. Yalah... faham sangat
dengan Pak Majid tu. Dia pun bukannya berani sangat dengan
abah Kirin yang garang semacam tu. Mengerikan!
“Habis tu, siapa calonnya yang abah kau berkenan
sangat nak dipasangkan dengan kau tu?” tanya Fiqa.
“Ahmad Zaim.”
Ngehhh… mulut Fiqa sudah terbuka luas.

CERITA mereka dulu-dulu….


“Nah!!!” Fiqa menghulurkan dompet Syakirin yang
tertinggal di dalam kelas. Bibirnya mengukir sengih nakal.
“Ini apehal sengih semacam aja ni?” tanya Syakirin
lagi. Majalah Galaxie yang baru dibeli di Bright N Nobel

17
2x5

semalam, selamat diseludup masuk ke sekolah. Selamba aja


dia baca majalah tersebut di tepi padang. Macamlah ini bukan
benda salah. Kalau baca novel cinta, adalah ampunnya juga.
Ini baca Galaxie yang terang-terangan setiap muka surat ada
gambar seksi apabila dibuka.
Ini kalau terkantoi dengan pengawas, memang sah
bungkus macam nasi lemaklah jawabnya. Tapi tak ada hal!
Bilik disiplin tu dah macam rumah kedua. Cikgu disiplin tu
dah macam bapak angkat pun ya. Ingat dekat rumah ada
masa ke nak baca benda-benda ni semua. Tak ada maknanya.
Ingat abah nak bagi ke tengok benda-benda yang merosakkan
kepala otak ni. Itu definisi abah. Pada dia, alah... sebulan
sekali nak baca majalah buat release tension lepas baca buku
ilmiah, salah ke? Abah tu memanglah... semuanya tak boleh.
Semuanya salah. Rumah tu dibuat macam kem PLKN aja.
Semuanya kena ikut peraturan. Abah tu macam mejar bersara
aja. Padahal, abah pegawai gomen dekat pejabat tanah negeri
aja. Sangat diktator cara mendidik anak-anak. Tak lalu!!!
Fiqa sengih tak habis. Dia tersenyum penuh makna.
Pap!!!
Peha Fiqa dipukul dengan Galaxie di tangan.
“Apehal kau? Tersengih-sengih macam kerang
busuk.”
Fiqa tersengih lagi.
Syakirin menggeleng perlahan. Apa teringin sangat
ke nak masuk Tanjung Rambutan, sengih-sengih macam tu.
Fiqa dibiarkan sahaja. Letih nak melayan Fiqa ni.
“Kau Kirin, tak patut...” kata Fiqa dalam nada
rendah. Senyumannya masih setia lagi di bibir.
“Apa yang tiba-tiba tak patut ni?” tanya Syakirin

18
Areila Sahimi

tanpa mengangkat wajah. Matanya masih ralit membaca


gosip-gosip terkini persada hiburan antarabangsa. Gaya baca,
macamlah ini yang akan ditanya dalam PMR nanti. La la la
la….
“Apa maknanya kau simpan gambar Zaim dalam
dompet kau tu?” tanya Fiqa straight to the point. Mukadimah
panjang berjela, siap sengih menyindir lagi, Syakirin
bukannya boleh faham. Pending lama sangat. Terus terang
ajalah jawabnya.
Cepat Syakirin menoleh ‘lipat maut’. Matanya
membulat. Cesss!!! Pantang sangat apabila barang peribadinya
diselongkar tanpa izin. Tak tau ke barang-barang dalam
dompet seseorang itu termasuk dalam perkara privasi. Fiqa
macam budak tak pergi sekolah, main belasah aja buka
dompet orang.
“Sejak bila kau pandai buka dompet aku ni?” tanya
Syakirin geram dengan mata menjeling tajam ke arah Fiqa.
Sengih Fiqa terus mati akibat jelingan itu.
Tajamnya! Kalau tak pandai nak betulkan keadaan, tak
mustahil dalam masa lima minit dari sekarang, Kirin boleh
bertukar jadi Incredible Hulk.
“Aku tak… tak… tak sengaja...” jawab Fiqa gagap.
Memanglah pun. Tadi dompet Syakirin ni terjatuh. Terus
terbuka. Isi dalam terkeluar. Macam-macam khazanah ada.
Kad nama kawan-kawan Syakirin yang ada macam-macam
gambar tu, habis berterabur. Gilalah! Budak sekolah dah
pandai buat name card. Name card tu pula macam-macam
fesyen (jenis) gambarnya. Ada Hello Kitty, Doraemon, Siti
Nurhaliza dan macam-macam lagilah. Paling tak tahan,
gambar Shah Rukh Khan pun ada juga. Dalam sibuk nak
menyusun semula khazanah Syakirin dalam dompet, matanya

19
2x5

terpandangkan sekeping gambar yang memang dia kenal


sangat. Apa maknanya letak gambar jiran depan rumah dalam
dompet? Itu yang menimbulkan tanda tanya. Bila buat
kesimpulan sendiri, mulalah fikir yang maknanya tuttt….
Faham-faham sendiri dahlah!
Syakirin membuka kasar dompet duitnya. Kureng
betul Fiqa ni! Memandai aja dia. Syakirin membelek satu per
satu kad nama di dalam dompet duitnya. Betul! Dia dah tak
tau macam mana nak cover malu. Selama ni apa yang dia
rasa, dia simpan sendiri. Mana pernah nak sharing benda-
benda ni semua dengan orang lain, hatta dengan Fiqa
sekalipun. Malulah nak mengaku yang dia ni admire dengan
anak jiran depan rumah sejak dari sekolah rendah lagi. Dia
diam aja. Lagipun Zaim tu anggap dia macam adik aja. Tak
pun Zaim anggap dia ni sekadar teman untuk main aci
jengket, main guli, main getah zero point aja kut. Dia ni yang
melebih-lebih sampai boleh terbawa-bawa macamlah diri tu
dah besar sangat. Sampai dah pandai nak simpan perasaan
pada anak teruna orang. Makan minum pun mak abah yang
tanggung lagi, dah pandai nak bercinta-cinta pula.
“Fiq, kau janji dengan aku, ni rahsia kita tau,” pesan
Syakirin.
“Laaa… apesal kau tak bagitau Si Zaim tu?”
“Eh! Kau ni dah gila ke? Nak bagi tujuh keturunan
aku malu ke? Diakan dah ada Sofea, budak RPS tu. Lagipun
diakan dah nak ke oversea. Mananya nak layan budak kecik
macam aku ni.”
“Eh... kau ingat budak SMKKPPI macam kita ni tak
ada kelas ke?”
Eee… Fiqa ni! Apa kelas-kelas. Ingat Kelas
Memandu Ravi ke?

20
Areila Sahimi

“Janji dengan aku, Fiq. Kalau dia tau, malu gila


aku. Pindah rumah aku. Tak sanggup lagi dah nak berjiran
dengan dia.”
“Kau admire ke... atau kau memang betul-betul
suka.”
“Admirelah!”
“Teori aku mengatakan yang ia lebih macam suka
aja.”
“Aku nak masuk kelas!”
Syakirin mengangkat punggung. Dia tinggalkan
Fiqa dengan teorinya yang bukan-bukan itu. Teori sains pun
tak berapa nak pandai lagi, dah masuk teori suka, apa ke
bendanya tu. Blahlah kau Fiq!

“EH… kau ni apa hal?” Kusyen kecil dibaling ke muka Fiqa.


Tersentak Fiqa sejenak. Dia tersenyum. Bukan ke
temannya ini mendapat lamaran daripada lelaki yang dia
pernah admire bagai nak rak zaman sekolah dulu.
“Kalau dengan Ahmad Zaim, tu aku pun setuju
juga.” Fiqa ketawa kecil.
Laju Syakirin bagi ‘jelingan maut’ pada rakannya
itu.
Lagi kuat ketawa Fiqa apabila tidak semena-mena
dapat jelingan free daripada Syakirin.
“Kenapa kau ketawa, Fiq?”
“Aku rasa macam kelakar giler pulak bila kau kata,
kau kena kahwin dengan Ahmad Zaim tu. Yalah, kan...
punyalah kecik-kecik dulu korang selalu main kahwin-

21
2x5

kahwin. Kalau main mak-mak pun, kau mesti volunteer nak


jadi mak, Zaim tu jadi bapak.” Fiqa ketawa tak habis lagi
apabila terus mengenangkan zaman kanak-kanak mereka.
Syakirin tersenyum geram mendengarkan kata-kata
Fiqa itu. Memang betul pun!
“Aku rasa macam tak percaya pun ada,” kata Fiqa
lagi.
Fiqa tahu yang Syakirin memang sukakan Zaim
sejak kecil lagi. Zaim tu berkubang air bomba masa nak
berkhatan dulu pun, Syakirin juga yang volunteer jadi tukang
pegang tuala mamat tu. Zaim jatuh basikal jipang pun,
Syakirin juga yang jadi misi tak bertauliah tolong sapu
minyak gamat kat luka Zaim. Zaim main bola dekat padang
sebelah surau, Syakirin juga jadi ketua pasukan sorak untuk
pasukan Kampung Chempaka Sari.
“Kalau rasa macam tak percaya, aku ni lagi la!”
keluh Syakirin berat.
“Isy! Biar betul kau ni?” kata Fiqa dengan ketawa
yang masih bersisa. Ingatannya masih tidak terlepas daripada
mengenangkan zaman kanak-kanak mereka. Banyak benda
yang Zaim buat, Syakirin pun ada sama. Cuma bilamana
Zaim masuk asrama STAR, terus aja mereka masing-masing
menjauhkan diri. Bila tahu Zaim buat skandal dengan budak
RPS tu, lagilah mereka terus tak bertegur sapa. Masa tu cuba
juga korek apa yang Syakirin rasa. Tapi mak cik ni kata, dia
admire aja. Bukannya suka. Alah... itu ayat selamat. Macamlah
dia tak tau.
“Fiq, ni bukan benda kelakar. Tak ada sebab pun kau
nak ketawa sampai macam ni tau!” kata Syakirin rendah.
“Kenapa?”
“Entah. Cuma aku tak rasa ada feel nak kahwin

22
Areila Sahimi

sekarang ni. Gilalah. Aku baru aja lepas frust dengan Zack,
abah aku pandai-pandai pula adjust Zaim kat aku.”
“Alah... Zack tu tak boleh pakai. Aku tak fikir kau
akan frust sampai macam ni. Bunga bukan sekuntum,
kumbang bukan seekor.”
“Halo... aku kalau nak kahwin, nak kahwin dengan
oranglah. Bukan dengan kumbang.”
“Habis tu, Zaim tu bukan orang ke?”
“Memanglah orang! Tapi….”
Matanya dijulingkan ke atas. Mencari-cari apa ayat
yang patut dikatakan pada Fiqa sekarang ini.
“Tapi apa?” Fiqa bertanya sambil mengangkat dua-
dua belah keningnya.
“Padan ke aku dengan dia tu? Dia tu orang baik-
baik, Fiq. Aku ni dahlah otak songsang. Hidup kelam-kabut
pulak tu.”
“Kau tu orang jahat-jahat ke? Mafia? Pengganas?
Penjenayah? Macam tu?”
Syakirin mendengus geram. Ngok-ngek betul budak
seorang ni. Takkanlah nak samakan aku dengan mafia,
pengganas, penjenayah semua tu. Agak-agak la sikit, ngomel
Syakirin di dalam hati.
“Aku rasa... aku tak sepadan dengan dia la, wei!”
luah Syakirin.
“Apa pulak yang tak sepadannya? Dia lelaki, kau
perempuan. Kalau dia perempuan, kau pun perempuan... tu
barulah tak sepadan dan kes yang sangat bahaya!”
Sekali lagi muka Fiqa jadi mangsa balingan kusyen
kecil. Nak main-main pula Fiqa ni.

23
2x5

“Eee... yang tu aku taulah.”


Syakirin bangun dari duduk. Terus menuju ke pintu
bilik. Makin dilayan Fiqa bersembang, makin jauh merapu
pula budak ni.
Pintu bilik ditutup. Selang beberapa saat, pintu
bilik tadi dibuka sedikit. “Fiq, esok lepas office hour,
temankan aku jumpa Zaim.”
Hah!!! Fiqa sudah buat muka blur.

24
Areila Sahimi

bab 3
S
YAKIRIN menanti dengan penuh
sabar. Fiqa, last minute ada
hallah pulak. Jadi tak dapat nak
temankan dia jumpa Zaim hari ni.
Jantung berdegup kencang, hanya Tuhan saja yang
tahu. Tak taulah... Zaim masih boleh cam atau tidak muka
dia ni. Kalau Zaim tak cam pun, bukan salah mata mamat tu.
Dah lama tak jumpa. Memang lama giler walaupun
macamlah rumah dekat kampung tu jauh sangat. Beberapa
langkah dah boleh sampai. Kalau jerit bagi salam pun, boleh
dengar dari beranda rumah.
“Kirin?” tegur seorang lelaki yang sudah terpacak
berdiri bagaikan tiang bendera di tengah Padang Merdeka
itu.
Syakirin menelan air liur yang terasa sedikit pahit.
Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Jantung semakin laju
berdegup. Dup dap-dup dap... macam enjin motobot
kehabisan minyak aje.
Perlahan-perlahan Syakirin mengangkat muka.

25
2x5

Melihat gerangan empunya suara itu. Alamak! Weh… betul


dah terasa macam poyo bila angkat muka pelan-pelan macam
ni. Apa dah jadi ni, Syakirin? Kontrol ayu. Kontrol jiwa.
Kontrol emosi. Kontrol, jangan tak kontrol. Syakirin
mengangguk perlahan.
Tanpa disuruh, Zaim duduk di kerusi berhadapan
dengan Syakirin.
Syakirin sekadar memerhati. Dia lihat Zaim dari
segala sudut pandangan mata. Zaim macam dulu juga. Tak
banyak yang berubah. Tingginya masih sama. Hitam
manisnya juga masih lagi sama. Ingat duduk dekat negara
empat musim ni, boleh mengubah Zaim yang agak gerhana
bulan penuh ini, jadi putih melepak macam tepung gandum
Cap Sauh. Alah… Zaim ni pun dah berapa tahun balik
Malaysia. Tak hairanlah juga kalau warna kulit Zaim boleh
maintain macam sediakala. Cuba kalau jumpa Zaim masa dia
mula-mula balik Malaysia dulu, confirm macam MJ baru
lepas operation putihkan kulit muka.
Tiba-tiba Syakirin teringat pula teka-teki bodoh
yang pernah Zaim bagi masa zaman muda-muda dulu. Masa
tu kalau tak silap, Zaim balik bercuti dari asrama kut. Masa
tu kira masih bertegur sapa lagilah. Sebab masa tu mana ada
Sofea lagi dalam hidup Zaim. Soalan yang Zaim bagi, apa
benda yang kecik-kecik dia hitam, tapi bila dah besar dia jadi
putih? Masa tu rasa macam bodoh sungguh teka-teki budak
STAR ni. Bila ingat-ingat balik, banyak juga kenangan dengan
Zaim ni semasa zaman kecil kami berdua.
“Kirin sihat?” soal Zaim.
Syakirin mengangguk lagi. Eee... tak ada mulut nak
jawab ke?
“Sihat,” jawabnya sepatah.

26
Areila Sahimi

“Kirin, Zaim tak tau kenapa parents kita nak sangat


satukan kita. Padahal mereka tahu yang kita sebenarnya tak
ada langsung feeling sesama sendiri.” Zaim memulakan
bicara pada topik utama.
“Tu la pasal! Kirin ni lagilah tak faham....”
“Ayah Zaim, betul-betul paksa Zaim kali ni.”
“Abah Kirin pun....”
“Apa yang kita boleh buat?”
Syakirin menjongketkan bahu. Dia pun dah jenuh
berfikir. Tapi satu jalan penyelesaian pun tak nampak lagi.
Harap-harap dah jumpa Zaim pada petang ni, bolehlah
mamat ni menyumbangkan sedikit buah fikirannya.
“Kirin dah ada boyfriend ke?” tanya Zaim.
Syakirin tersentak dengan soalan yang tiba-tiba itu.
Tak sangka langsung yang Zaim nak bertanyakan hal itu.
“Tak ada?” Dahi Zaim berkerut.
Syakirin mengangguk laju. Macam Woody
Woodpecker la pulak!
“Tipulah!” tukas Zaim sambil tersenyum nipis.
“Betul... mana ada!” jawab Syakirin tegas. “Dia tu...
takkan tak ada girlfriend lain kut?”
Giliran Syakirin pula bertanya.
Zaim sekadar tersenyum. Tangannya dibawa ke
rambut dan direhatkan sebentar di tengkuk. Manakala siku
menopang kepala. Dia tersenyum lagi. Soalan budak ni betul-
betul tak boleh blah. Macam tak tau lepas insiden dulu, mana
pernah dia berani nak cari buah hati lain.
“Hah!!! Ini mesti tak boleh nak lupa dengan budak
Peah tukan?” Syakirin pantas meneka.

27
2x5

Seketika kemudian dia menelan air liur. Adoi... apa


pasal boleh terlepas ‘Peah’ pula ni? Itu nama samaran masa
tengah bengang giler dengan budak Sofea tu dulu. Itu pun
Fiqa yang ubah nama orang. Dia ikut aja. Peah. Sofia. Lebih
kuranglah!
“Peah?”
Muka Zaim sudah blur. Peah mana pula ni? Yang
dia tau, Peah tu nama kucing kat rumah umi. Bila masa pula
dia angau dengan kucing kat rumah kampung tu?
Syakirin ketawa kecil. Zaim memang macam dulu.
Walaupun kategori budak pandai, tetapi selalu blur.
Zaim mengangkat kening.
“Sofealah!” jawab Syakirin laju.
“Tak baiklah main-mainkan nama orang macam
tu,” tegur Zaim.
Sekelip mata wajah Syakirin berubah. Sengih tak
ikhlas. Senyum plastik apabila mendengar Zaim cakap
macam tu. Dah kena tinggal pun, masih nak backing lagi ke
budak Peah tu? Dah dapat malu berlori-lori pun, ada hati nak
membela lagi ke budak Peah tu? Kalau ikutkan, dia tak adalah
nak terus-menerus menolak usul abah nak menjodohkannya
dengan Zaim. Dia okey aja. Tapi tengok ajalah macam sekarang
ni. Macam manalah dia tak sangsi nak kahwin dengan Zaim,
kalau baru nak main-mainkan nama bekas kekasihnya tu aja,
Zaim dah bagi warning.
“Ya... ya... I’m sorry!” jawab Syakirin. “Sofea.”
Dia memperbetulkan balik sebutan nama Sofea itu.
“Sebenarnya, Kirin... Zaim masih sayangkan Sofea
tu lagi.” Zaim berterus terang.
Syakirin buat derk aja. Buat endah tak endah. Dah

28
Areila Sahimi

agak dah. Macam mana nak kahwin ni kalau bakal suami


sendiri asyik duk teringat dekat ex dia. “Jadi?”
“Kirin cakaplah dengan abah dan mak Kirin. Minta
dia orang tak payah nak teruskan rancangan ni,” pinta Zaim.
Cepat-cepat Syakirin memandang muka Zaim. Eh,
apa pasal aku pulak? Kalau tak ayah umi dia yang datang
merisik, benda ni tak jadi, getus Syakirin di dalam hati.
“Zaimlah cakap dengan ayah dan umi, Zaim. Dia
orang yang datang merisik untuk Zaim,” tolak Syakirin.
“Kalau benda tu senang, dah lama Zaim buat....”
“Habis tu, kalau Kirin yang buat, ingat benda ni
boleh jalan dan bergerak laju macam KLIA Express ke?”
“Kirin cakaplah, Kirin dah ada somebody.”
“Cakap senanglah. Masalahnya mana nak cekau
somebody tu? Kirin ni masih single lagi. Single and available
gitu.”
“Kelentonglah.”
Hisyyy... jahat betul kepala otak mengajar anak
orang kelentong. “Kenapa tak Zaim aja yang kencing kata dah
ada pengganti?”
“Bajet, umi dengan ayah nak percaya ke?”
“Habis tu, bajet mak dengan abah nak percaya ke
kalau Kirin cakap macam tu?”
“Tak!!!”
“Tau tak apa.”
Masing-masing mendiamkan diri. Jalan penyelesaian
memang tak nampak lagi ni. Masih samar-samar. Serius
muka sorang-sorang. Berkerut semacam. Masa mukadimah
bercakap, tak ke sikit punya sopan. Masuk point penting,

29
2x5

masing-masing dah keluar aura kerek semacam. Macam masa


jadi budak berhingus dulu.
Syakirin memandang Zaim. Zaim membalas
pandangan Syakirin itu. Kedua-duanya melepaskan keluhan
lemah. Keadaan masih senyap.
“Syakirin!!!” tegur seseorang dari belakang.
Macam pernah aku dengar suara ini… tapi di mana
ya? Syakirin berpaling. Eee… macam manalah pula mamat
ni boleh tersesat sampai ke mari. Syakirin sekadar menjeling
sahaja Megat Zakuan yang sudah berdiri di tepi mejanya.
Zaim sekadar memerhati.
“Hei! Makin sombong you, ya!” tegur Megat Zakuan,
penuh dengan ciri-ciri seorang lelaki buaya darat yang bukan
setakat stok mak janda kaya aja dia sapu, lelaki kaya pun dia
bedal juga.
Syakirin menaikkan kening macam ‘da Rock is
cooking. Dia pandang Megat Zakuan dengan pandangan
tajam. Tak tau macam mana boleh tersalah masuk plug
terberkenalan, terjatuh hati dengan mamat jenis yang
macam ni. Sudahlah kasanova kelas pertama. Gelaran gay
dan ‘anak ikan’ pun dia pegang juga. Betul kata Fiqa. Bahaya
kalau kita duduk dekat-dekat dengan lelaki metroseksual
berwajah jambu ni. Syakirin membatu aja... buat tak tau.
Megat Zakuan tersenyum sinis. Makin kebal
perempuan ni!
“Hei... kenapa ni sayang?” tanya Megat Zakuan
menggoda sambil jari-jemarinya mengelus rambut hitam
Syakirin.
“Apa ni???” Syakirin menepis laju.
“Sejak bila you pandai marah-marah ni sayang?”

30
Areila Sahimi

“Zaim balik!” Syakirin bingkas bangun.


Zaim sekadar menurut. Mengikut Syakirin dari
belakang.
“Sayang!!!”
Tangan Syakirin disentap.
“Lepaslah, Zack!” Suara Syakirin kedengaran di
sebalik gigi yang dikatup rapat itu. Dia sedikit meronta.
Megat Zakuan buat-buat tak dengar. Mata-mata
keliling dah mula usha semacam. Buat drama sebabak dekat
sebelah kedai jual majalah ni apehal?
“Ini bukan cara nak layan seorang perempuan
brother,” tegur Zaim. Perlahan tangan Zaim cuba melepaskan
pegangan tangan Megat Zakuan.
“Kau siapa?” soal Megat Zakuan, tak puas hati.
“Pak su dia!”
Hah!!! Syakirin ternganga. Pak su? Adoi... bila masa
aku ada pak su ni? Setahu aku, Cu Adda tu lepas Pak Su
Lukman meninggal dunia, pun sampai sekarang tak kahwin-
kahwin lagi. Kut ya pun tak ada hati dengan aku, takkanlah
boleh senang-senang mengaku diri tu pak su aku. Cubalah
cakap abang angkat ke... abang saudara ke... okeylah juga.
Sedap telinga ni dengar. Ini pak su, ngomel Syakirin sendiri.
Megat Zakuan menggelabah. Terus dia melangkah
meninggalkan Syakirin dan ‘pak su’nya itu.
“Siapa tu?” soal Zaim.
“Bekas boyfriend....”
“Hah!!! Okeylah tu!” Jari dipetik. Mata Zaim
bersinar.
“Apa yang okey?” Syakirin bertanya pelik.

31
2x5

“Zaim tengok, mamat tu macam nak balik aja kat


Kirin. Apa salahnya kalau korang berdua bersama balik.
Selesai satu masalah.” Zaim berkata senang.
Langkah yang dihayun perlahan, lalu terhenti. Kaki
macam sudah kena simen di atas lantai Alamanda di tepi
Habib Jewels. Banyaklah Zaim punya selesai masalah! Ini
namanya keluar dari mulut buaya, masuk dalam mulut bapak
buaya. Ada ke nak suruh dia bersama balik dengan mamat
gay tu. Adoi... tak rela! Dia lagi rela berkahwin dengan Zaim
daripada bersama dengan Zack tu. Tak mahu!!!
“Kira mamat tu okey apa?”
“Tak naklah!”
“Kenapa?”
“Dia tu gaylah...” bisik Syakirin sambil memerhati
keadaan sekeliling.
Pecah ketawa Zaim tanpa dapat ditahan. “Macam
mana Kirin boleh tersalah orang ni?”
Syakirin bungkam. Melihat Zaim ketawa, rasa
memang nak aja marah mamat ni. Kalau bab gelakkan orang
nombor satu. Tapi lama-lama dia pun tergelak juga. Nak kata
frust dengan Megat Zakuan, memanglah frust. Tapi nak kata
benda ni jadi macam cerita lawak pun, betul juga. Tak taulah
macam mana mata yang elok terang ni, tak dapat nak
bezakan lelaki yang betul-betul lelaki, dengan lelaki yang
pesen (jenis) lelaki suka lelaki ni.
Syakirin mengeluh. Macam mana tak boleh syak
masa mula-mula couple dulu, dia sibuk nak beli pencuci
muka L’oreal, Si Zack pun sama tak mahu kalah. Nak juga.
Macam tak boleh nak agak, takkanlah mamat kerja jual
insurans ni, mampu pakai Accord dan tinggal kat apartmen
mewah siap ada swimming pool lagi, kalau tak ada orang

32
Areila Sahimi

yang nak support. Dah tentu-tentunya ada penaja utama.


Tukang spaydo semua maintainance. Tapi saja aja buat-buat
tak nampak. Tuhan nak tunjuk terang-terang kut. Jadi depan
mata baru nak percaya.
Syakirin tiba-tiba diserang rasa geli-geleman. Megat
Zakuan kantoi depan Hilton ketika sedang bercumbu dengan
seorang perempuan tua. Tak sangka. Perempuan tua pun
Megat Zakuan sanggup nak layan! Macam sangap aja. Lepas
tu apa lagi? Siasat punya siasat. Dengan kaum sejenis pun
Megat Zakuan sosak juga. Betul haru-biru bila kenal dengan
mamat ni.
“Tak baiklah gelakkan orang macam tu...” kata
Syakirin rendah. Nak gelak tu agak-agaklah. Yang dah macam
kena sawan gelak tengah-tengah pintu masuk Habib Jewels
tu, sakit apa.
“Kak, jemput masuk kak. Abang, mari masuk bang.
Kita sekarang sedang buat promosi cincin perkahwinan.”
Tiba-tiba adik jurujual Habib Jewels yang cantik
berbaju uniform biru tua itu menegur.
Syakirin dan Zaim sama-sama menggeleng laju.
Terus mereka berlalu bersama tawa yang masih bersisa
membuatkan adik jurujual Habib Jewels tu terpinga-pinga.

33
2x5

bab 4
“A
KU rasa sejak seminggu yang
lepas, kau punya senyum
meleret tu tak habis-habis
lagi tau,” tegur Fiqa ketika dia dan Syakirin sibuk memilih
sayur untuk dijadikan stok makanan selama seminggu.
Ini memang rutin wajib pada pagi Sabtu. Pagi-pagi
akan bergerak ke pasar borong dekat Dengkil ini untuk
membeli bahan makanan basah. Beli dekat pasar borong
bolehlah dapat murah sikit. Nak jimatlah katakan. Jadi,
jangan jadi anak dara pemalas yang tau nak tapau nasi dekat
luar aja. Kenalah masak. Ringan-ringankan tulang tu.
Syakirin masih tersenyum. Angau melampau
Syakirin ni apabila dah berjumpa dengan buah hati,
merangkap (kekasih-gelap-tak-ada-sorang-pun-tahunya) itu.
Timun diambil lalu diketuk pada tangan Syakirin
yang sedang leka memilih sayur kangkung.
“Apa ni?!” marah Syakirin.
Apek jual sayur tu pun dah jeling semacam sebab
Fiqa main ketuk-ketuk timun yang dia jual itu.

34
Areila Sahimi

“Tauke, kira ni!” arah Syakirin pada apek jual sayur.


“Itu timun?” Apek jual sayur tanya balik. Muka dia
macam tak puas hati.
“Hisy! Yalah... yalah... kasi angkat. Kasi angkat!”
jawab Syakirin sambil meletakkan timun yang Fiqa gunakan
untuk mengetuk tangannya tadi ke dalam bakul. Sambil-
sambil tu sempat juga dia mengajuk cara apek ni membebel
sebab tak puas hati timun dia ni dibuat main.
Selesai membayar harga semua sayur yang dibeli,
terus saja Syakirin berjalan meninggalkan Fiqa. Semua dah
cukup. Dah tak ada apa yang nak dibeli lagi. Mereka terus ke
kereta. Sementara menunggu Fiqa terkedek-kedek berjalan,
Syakirin bersandar di sebelah Kelisa bawah kuning atas hitam
milik Fiqa itu.
“Kau apesal?” Fiqa menyiku Syakirin. Dia turut
sama bersandar di tepi badan Kelisanya itu. Beg plastik yang
sarat dengan bahan makanan basah diletakkan di bawah.
Tangannya diberi regangan ringan untuk mengurangkan
lenguh akibat membawa beg plastik yang boleh tahan
beratnya ini.
Syakirin menoleh. “Tak ada apa-apa....”
“Sengih sorang-sorang ni kau kata tak ada apa-
apa?”
“Mana ada apa-apa.”
“Yalah tu....”
“Fiq. Jom kita balik.”
“Selagi kau tak cerita kat aku apa yang ada dalam
kepala kau tu, selagi tu aku tak nak balik.” Fiqa berpeluk
tubuh. Buat-buat keras.
Hek eleh... main ugut-ugut pulak.

35
2x5

“Jomlah balik Fiq. Aku nak qada tidur aku ni. Gila!
Awal kau kejutkan aku pagi tadi,” kata Syakirin. Mulut dia
yang menguap luas, cepat-cepat ditutup dengan tangan. Mata
dah kuyu aja ni. Stim semacam. Dah tak sabar nak panjat
katil.
“Tak ada maknanya awal. Baik kau cerita kat aku
cepat.”
“Okey... okey... aku janji. Balik rumah nanti, lepas
aku bangun dari tidur, lepas kau dah siap masak semuanya
nanti, lepas kita habis makan nanti, aku cerita.”
Syakirin mengaku kalah. Dia angkat dua-dua belah
tangannya. Tak ke naya kalau datang angin Fiqa, jadi batu
terus-menerus kat sini. Mata dia betul-betul dah tak boleh
tahan dah ni. Silap hari bulan, masuk dalam Kelisa comel ni,
terus aja lebuh (tidur lena) ke Bidor.
“Banyaklah kau! Takkan semua benda aku kena
buat? Jomlah!” Arah Fiqa. Beg plastik tadi dimasukkan ke
dalam bonet sebelum mereka masuk ke dalam perut kereta.

“KESAN-KESAN lukalah… kesan-kesan lukalah....” Syakirin


berkata sendiri dengan fokus pada tapak-tapak yang salah di
skrin televisyen. Epal hijau dicecah dalam garam pada piring
kecil sebelum dibawa ke mulut.
“Kau ni kalau tengok TV, boleh diam tak? Kalau
pandai sangat, kenapa tak kau aja yang masuk TV!” marah
Fiqa. Epal hijau dikokak (digigit) penuh nikmat. Kirin ni
mengganggu konsentrasi orang nak menonton televisyen aja!
“Kalau suara aku sedap, dah lama dah aku masuk
pertandingan ni tau,” balas Syakirin selamba.

36
Areila Sahimi

Fiqa ketawa kecil. Betul juga tu. Buat hujan lebat


aja nanti kalau Kirin mula buka suara ong kedek-kedek dia
tu. Hujan seminggu belum tentu boleh berhenti.
Mata Syakirin masih lagi setia di kaca televisyen.
Fokus giler tu. Macamlah dia yang nak menang RM25,000.00
tu. Beberapa minit kemudian… dia mendengus kuat.
Penumbuknya dihentam kuat pada kusyen kecil. “Kan betul
aku kata! Kesan-kesan luka. Punyalah terang Mila sebut
perkataan tu, peserta ni boleh salah nyanyi pula. Gila!
Terbang RM5,000.00 tu....”
Panjang aja mulut Syakirin menyebut perkataan tu.
Peserta dalam TV tu yang kalah, dia pula yang over.
“Musim ketiga nanti, aku rasa better kau pergi
audition. Kut ya kau tu terror sangat nak menghafal lirik,”
perli Fiqa. Epal yang dah nak habis kena kokak (gigit) itu, dia
letak di atas piring berisi garam halus.
Tamat saja rancangan Jangan Lupa Lirik, channel
televisyen dikalih pada siaran lain. Hampa. Satu siaran pun
tak kena dengan seleranya. Syakirin duduk menghadap
kabinet TV. Mencari-cari DVD baru yang mana dia tak sempat
nak tengok lagi. Bride Wars, lakonan Anne Hathway dan Kate
Hudson diambil. Remote TV ditekan pada fungsi video. Tray
DVD player sudah terbuka. Kepingan DVD dimasukkan.
Tutup kembali. Tunggu beberapa saat untuk cerita loading
dan… layan... zzzz….
“Kirin…!!!” panggil Fiqa panjang.
“Apa dia?” Syakirin menjawab malas. Kalau dah
menghadap DVD, memang konsentrasi dua ratus peratus
dekat situ ajalah. Cakaplah apa pun, memang tak diambil
pusing.
“Aku dari tadi dok tunggu bila kau boleh buka

37
2x5

cerita yang buat kau senyum panjang tu,” cucuk Fiqa. Kata
Kirin, lepas makan tengah hari baru dia nak bercerita. Ini dah
sampai habis makan malam pun, tak ada ura-ura nak update
story. Ni tak boleh jadi ni!
Syakirin menoleh ke arah Fiqa sekilas.
“Takkanlah time-time aku nak tengok DVD ni pun,
kau nak juga aku cerita pasal benda tu. Postpone esok pagi
aja, tak boleh ke? Lepas kau buatkan aku punya sarapan,”
kata Syakirin selamba. Mukanya langsung tak ada rasa
bersalah buat kawan sendiri macam orang gaji.
Kusyen yang melayang, terkena tepat pada kepala
Syakirin. Tak agak-agak betul. Agak-agak Kirin ni nak kena
kut dengan aku. Tadi kata lepas aku siapkan dia punya makan
tengah hari. Aku ikut. Lepas tu beralih pula siapkan makan
malam dia. Tak apa. Sabar aja. Aku ikut lagi. Ini dah nak
terus-menerus buatkan sarapan dia esok pagi, dah masuk
tahap melampaulah tu. Ingat aku ni Mak Jah ke? Suka-suka
hati dia aja, bebel Fiqa di dalam hati. Remote DVD player
ditekan butang pause. Kate Hudson dengan Anne Hathway
betul dah kena sumpah jadi batu.
Syakirin pandang tepat ke muka Fiqa.
“Aku rasa, aku nak ikut cakap abah mak aku kali
ni,” katanya penuh yakin. Tak ada talian hayat buat masa
sekarang pun tak apa. Memang dah habis tahap confident
giler dah ni. Confirm!!!
“Ikut apa?” Fiqa bertanya. Dia buat muka pelik tidak
faham.
“Kira onlah kahwin dengan Zaim.”
Pengakuan berani mati dah terang-terang bagi Fiqa
dengar. Tak salah terima lamaran orang depan rumah tu.
Bukan tak kenal Pak Midi dengan Mak Ton satu famili. Dah

38
Areila Sahimi

macam keluarga sendiri pun. Zaim tu pun memang dia dah


berkenan dari kecil lagi. Kalau ikut frust dengan Zack tu, tak
ke mana. Katalah Zack tu dah berubah pun, sungguh dia tak
lalu nak balik semula pada Zack. Itu pun kalau Zack dapat
petunjuk nak berubah. Tapi sampai sekarang, tak ada
sebarang tanda perubahan pun pada mamat sorang ni. Baru
dua hari lepas terserempak lagi dengan Zack masa tengah
beratur panjang kat mesin ATM Maybank. Kali ini Zack
mengangkut perempuan tua. Sah! Lagi seorang janda kaya
yang dia berjaya jinakkan. Gelilah. Macam ubat batuk ‘Cap
Ibu dan Anak’ apabila diperhatikan pasangan merpati dua
sejoli itu.
Mata Fiqa sudah terbeliak. Sikit aja lagi nak
terkeluar. “Betul ni Kirin?”
Syakirin mengangguk.
“Bukan ke minggu lepas kau kata kau tak sanggup
nak kahwin dengan Ahmad Zaim tu? Kenapa masuk minggu
lain, kata-kata kau tu dah berubah?” tanya Fiqa lagi. Ini baru
betul orang bilang ‘cakap tak serupa bikin’. Beria-ia hari tu
menidakkan perasaan, hari ini dah lain jadinya.
Syakirin tersenyum mempamerkan sebaris giginya
yang cantik tersusun. Dalam seminggu ini, dia sudah puas
berfikir. Ini yang dia dapat putuskan. Ini yang dapat dia
pastikan. Dia terima tanpa ada sikit pun rasa berbelah bahagi.
Tekad sudah di hati. Pada emak dan abah di kampung telah
dinyatakan yang dia sudah bersedia. Tetapkan sahaja
tarikhnya. Dia bukan desperate sangat pun. Tapi tak ada yang
kurangnya pada lamaran orang di hadapan rumahnya itu.
Syakirin tersenyum lagi. Apa salahnya dia menerima
pinangan tu? Kecil tapak tangan, Stadium Bukit Jalil hamba
tadahkan. Yang kurangnya, mungkin anak teruna dia orang

39
2x5

itu aja yang masih tak boleh nak melupakan bekas kekasihnya
itu. Perkara kecil aja tu. Dulu dia pernah merelakan Zaim
bersama dengan perempuan yang Zaim suka. Tak ada yang
lebih pun pada Sofea tu dengan dirinya. Kalau lebih pun,
mungkin latar belakang pendidikan mereka tu ajalah yang
setara. Yang lain, dia dan Sofea sama level. Banyak kelebihan
juga apabila berkahwin dengan jiran sendiri ni.
Jiran tu dah tentu-tentu kita kenal. Dah anggap
macam saudara sendiri. Susah senang bersama. Insya-Allah
tak akan ada krisis latar belakang punyalah. Kenduri pula
boleh sekali harung. Kenduri besar gitu walaupun tak adalah
boleh challenge Wedding of The Year macam Datuk Siti dan
Datuk K atau macam Mawi dan Ekin. Tapi majlis ‘Grand
Sekampung’ tu haruslah. Bukan nak menunjuk, tapi majlis
sekali seumur hidup... apa salahnya, kan?
Best juga kahwin sekampung ni, kalau balik
kampung tu, boleh merasa masakan dari air tangan mak
sendiri dengan mak mertua dalam satu hari. Tengah hari,
makan kat rumah mak mertua. Malam, makan dekat rumah
mak sendiri. Kat mana nak dapat semua tu, kalau tak sebab
rumah mak dengan mertua berdepan-depan.
Ini antara sebab yang boleh pakai dan tak mungkin
ada yang berani nak sangkal lagi. Kalau dah kahwin, tak
payahlah terpaksa nak menempuhi fasa balik kampung ikut
turn bila Hari Raya. Kan rumah dekat. Bahagia rumah
tangga. Tak ada yang nak bermasam muka time-time nak
dekat raya. Bolehlah kasi meriah di pagi Hari Raya hari yang
mulia.
“Betul kau dah habis fikir ni Kirin?” tanya Fiqa lagi.
Dia susah nak percaya dalam sekelip mata, Syakirin boleh
mengubah fikirannya. Minggu lepas dia memang sokong
habis kalau Syakirin kahwin dengan Zaim. Masa tu dia bajet

40
Areila Sahimi

cerita antara Zaim dengan Sofea sudah jumpa jalan penamat.


Sad ending. Masa tu pun ingat kalau buat sequal cerita baru,
Nur Syakirin Abdul Majid jadi heroin, harap akhirnya boleh
jadi happy ending. Tapi tak sekarang ni. Tambah-tambah lagi
Syakirin ada mengatakan yang sehingga kini pun, Zaim tu
bukannya boleh lupakan Sofea. Nak main dengan api ke
Syakirin ni?
Soal nikah kahwin bukan boleh dibuat main-main.
Janganlah nak samakan time main kahwin olok-olok masa
kecik-kecik. Dia sayang Syakirin. Dia tak mahu akhirnya
nanti Syakirin kecewa lagi. Sudahlah dulu agak frust
menonggeng jugalah member sorang ni bila sudah tersebar
satu Kampung Chempaka Sari, Zaim buat skandal dengan
budak Sri Kinta.
“Sebab aku dah habis fikirlah, aku berani cerita kat
kau,” kata Syakirin bersahaja.
“Kahwin bukan benda main-main Kirin.”
“Siapa pulak yang nak main-main?”
“Zaim tu macam mana? Buatnya tiba-tiba Sofea tu
muncul balik, hah... macam mana?”
“Tak ada yang macam mana. Hal Sofea kalau dia
muncul nanti, baru aku fikir apa nak buat. Sekarang ni kau
kena tolong ajar aku macam mana caranya nak jadi isteri
solehah ni. Aku semangat ni. Aura nak jadi pengantin baru!”
“Zack?”
“Zack tu, Zacklah!”
“Kira dah sembuh lukalah ni?”
“Bila masa aku terluka sebab Zack?”
“Masa putus dulu tu apa? Menangis sampai kering
air mata!”

41
2x5

Ketawa meletus.
“Kau ingat, aku betul-betul syok kat Zack tu ke?
Sorry la beb! Dia tu macam saja-saja aja. Kau kawan aku. Aku
rasa kau tau siapa sebenarnya yang aku suka. Kes aku
menangis sampai kering air mata dulu tu, bukan apa. Aku
menangis sebab aku clash dengan Zack sebelum sempat dia
nak bayar komisen sepuluh orang client yang aku rekomen
beli insurans kat dia.”
“Kau ni, mata duitan sungguh! Hutang duit yang
kau nangiskan.” Fiqa turut sama ketawa. Mati-mati dia ingat
budak ni frust sebab putus cinta.
“Hutang perasaan tak ada ke?” pancing Fiqa lagi.
“Sikit-sikit tu ada la. Aku sayang juga Si Zack tu.
Tapi tak tau nak describe sayang lagu mana.”
“Habis tu, yang kau mengamuk sakan masa putus
dulu tu, kenapa?” Fiqa masih mahu menggali sedalam boleh
apa sebenarnya yang dirasakan oleh temannya itu.
“Yang tu sebab terlebih emosi. Aku rasa macam tu
sebab aku tak dapat terima kenyataan kut, kenapa aku yang
agak-agak vogue da vass ni boleh tertewas di tangan
perempuan-perempuan tua dengan lelaki-lelaki tua tu.”
Galak Syakirin ketawa. Mata Syakirin berair sebab
ketawa tidak berhenti. Tercabar beb sebab kalah dengan
saingan standard umur mak abah sendiri. Umur mak tu kira
ada ampunnya. Ni, kes umur abah ni saper nak jawab. Betul
dunia nak dekat kiamat.
Fiqa menggeleng perlahan. Itu macam punya
feeling pun ada ke?
“Tapi, kalau kau nak tahu, Fiq... seumur hidup aku,
pernah sekali aku frust menonggeng.”

42
Areila Sahimi

“Aku tau....”
“Kau tau?”
Fiqa sekadar menarik senyum segaris.
“Kalau pun masa kau frust menonggeng dulu tu,
kau tak nak kongsi dengan aku, aku dah tau. Akukan ke
kawan kau.” Fiqa menaikkan kening.
Kusyen kecil Syakirin dibawa ke muka. Cover malu.
Aiyo!!! Malu giler tu! Fiqa boleh baca apa yang dia rasa saat
tu. Malu giler sebab makan minum pun emak abah masih
tanggung, dah pandai nak bercinta-cinta sampai frust macam
tu sekali.
“Fiq, aku nak peluk kau.” Syakirin berkata dari
balik kusyen kecil.
“Yalah. Tu ajalah modal kau.” Kata Fiqa.
Dapat kebenaran, terus aja kusyen kecil dicampak
ke tepi. Fiqa dipeluk erat. Fiqa memang sahabat sejati. Benda
yang tak bagitau pun, dia boleh tahu. Love you babe.

43
2x5

bab 5
“K
IRIN kat mana?”
“Kat tempat kerja
Kirin la.”
“Balik pukul berapa?”
“Pukul lima.”
“Zaim nak jumpa.”
“Boleh aje.”
“Malam ni boleh tak?”
“Okey. Tapi kat mana?”
“Kirin set tempat. Zaim ikut.”
Perbualan ringkas di telefon bimbit selepas makan
tengah hari tadi membawa Syakirin ke sini. Punggung betul-
betul sudah naik kematu dan keras. Zaim tidak juga
menampakkan batang hidungnya. Syakirin mendengus. Jus
epal yang sudah tinggal separuh gelas disedut perlahan.
Tangannya bermain-main dengan batang straw.
Ini apa punya janji ni? Kata lepas maghrib. Ini isyak
pun dah lama lepas, abang sorang ni tak juga muncul. Kalau

44
Areila Sahimi

nak kata tolong tuk siak lipat sejadah pun, rasanya kerja tu
dah lama selesai. Janji Melayu memang tak boleh pakai.
Syakirin mengomel sendiri di dalam hati. Nak melenting pun
bukan ada gunanya. Dah orangnya pun tak ada. Lagi sekali
jus epal disedut. Kali ini sudah menampakkan dasar gelas
panjang. Jus epalnya sudah habis. Syakirin mengangkat
tangan ke arah pelayan restoran itu.
“Jus epal satu lagi, dik,” pintanya bersama senyuman
manis di bibir. Dia memang biasa begitu. Murah dengan
senyuman.
Selesai meminta pesanan, Syakirin menongkat
dagu. Media Hiburan diselaknya lagi untuk kesekian kalinya.
Nasiblah tadi semasa mengisi minyak di Petronas, dia sempat
mencapai majalah, dapat juga dibuat alat untuk
menghilangkan bosan. Tapi kalau dah masuk kali kesepuluh
majalah ini dibelek, siapa yang lalu? Balik-balik baca gosip.
Selak muka surat mula-mula, cerita wartawan tu mencaras
artis yang tu. Masuk muka surat seterusnya, cerita artis yang
ini dengan Datuk yang ini. Bila buka lagi, tak habis-habis
cerita hal rumah tangga artis tu, artis ni. Habis baca gosip,
balik-balik tengok gambar artis yang sama jugalah. Dunia
hiburan Malaysia, yang mana tengah popular memang muka
dia ajalah yang akan keluar tiap-tiap bulan dalam majalah.
Saham tengah meningkatlah katakan. Bosan giler!!!
“Sorry lambat!”
Tiba-tiba suara dari depan menyapa.
Syakirin yang sedikit terperanjat, mengangkat
kepala. Alhamdullillah... ingat mamat ni tak ingat tadi yang
dia ada date dengan aku malam ni.
“It’s okay!” kata Syakirin bersahaja. Konon-konon
sikit pun dia tak terasa dengan kelewatan Zaim. Padahal

45
2x5

dalam hati, masya-Allah... Tuhan sahaja yang tahu. Rasanya


sudah berkontena Zaim itu dikutuk sebab buat dia jadi
penunggu setia di sini.
“Apa dah jadi ni, Kirin?”
Zaim bertanya terus. Dia tak toleh kanan. Dia tak
toleh kiri. Main redah aja.
Syakirin konon-konon buat muka pelik. Muka
innocent pun ada juga. Di dalam hati dia mengekek
ketawakan Zaim yang menggelabah tak tentu pasal tu.
Memang sudah diagak apabila mendapat panggilan daripada
Zaim tadi. Ini tak lain tak bukan, pasti Mak Ton sudah
menetapkan tarikh majlis perkahwinan mereka. Kalau tidak,
tak ada maknanya arkitek sorang ni beria-ia mahu berjumpa
dengannya pada kadar segera malam ini juga walaupun sudah
lewat satu jam tiga puluh minit. Last jumpa pun dulu ajalah.
Masa dekat Alamanda tu. Lepas tu mana ada dah nak jumpa
ke... nak beramah mesra ke.... nak merapatkan silaturahim
ke? Kalau nak ajak keluar, minta maaf banyak-banyak. Bukan
dia yang memanjang sibuk untuk keluar, tapi Zaim tu yang
busy semedang (sibuk memanjang). Zaim punya busy tu
mengalahkan Tuk Ketua Kampung Talang.
“Jadi apa?” Syakirin pura-pura bertanya.
“Umi call malam semalam. Kata semua dah okey.
Tarikh dah tetap.” Dalam satu nafas, Zaim berkata tanpa ada
satu pun traffic light menyala. Bunyi nafasnya turun naik
sebab bercakap tidak berhenti. Laju.
“Mana Kirin tau!” Dengan muka yang sangat suci
dan macam tak tau apa yang dah berlaku, Syakirin membalas
kata-kata Zaim itu tadi.
“Umi kata Kirin dah setuju.”
Syakirin menelan air liur. Eee… Mak Ton ni pun

46
Areila Sahimi

satu. Sudah dipesan awal-awal, jangan ar bagitau Zaim yang


dia ni setuju. Lagi mahu bagitau!
“Kirin setuju sebab…” kata-kata Syakirin mati
sekerat.
“Sebab apa?” Zaim bertanya.
Syakirin menelan air liur yang sedikit berpasir
dirasakan di tengah kerongkong. Korek kubur sendiri la
kalau mengaku yang dia dah lama jatuh cinta dengan Zaim.
“Sebab emak dan abah. Sebab Mak Ton dan Pak
Midi,” kelentong Syakirin.
Cubalah kalau bukan Zaim calon yang abah letak
depan mata, confirm dia lari dari rumah. Keluar daerahlah
jawabnya sebab mana rela main paksa-paksa macam ni. Abah
dapat kredit sebab calon menantu yang dia pilih, Ahmad Zaim
Hamidi.
“Zaim, apa salahnya kalau kita ikut kata orang tua
kita.” Syakirin berkata lembut. Wahai Ahmad Zaim, terimalah
hakikat yang kau memang untuk aku.
Zaim melepaskan keluhan keras. “Kenapalah Kirin
tak tau nak menolak. Kirin tau tak... Kirin sekarang buat
Zaim betul-betul hilang akal!”
Zaim berkata agak keras.
Syakirin memandang wajah serabut Zaim. La...
macam tu pula dia. Hari tu bukan main lagi elok Zaim
berkata-kata. Hari ini lain pula jadinya. Baru lepas bersalin
kulit ke? Kut ya pun bengang dengan semua ni, janganlah
marah-marahkan aku. Kenapa tak tanya umi ayah dia dengan
apa yang dah jadi semua ni.
“Zaim, macam nilah. Sebelum Zaim nak marah-
marahkan Kirin, nak angin tak tentu pasal, baik Zaim tanya

47
2x5

diri Zaim sendiri kenapa tak Zaim aja yang tolak. Cakap
sendiri yang Zaim tak sanggup nak berdepan dengan semua
ini. Cakap aja yang Zaim sebenarnya masih lagi menaruh
harapan pada Sofea. Jangan nak marahkan Kirin sesedap hati
kalau Zaim pun sebenarnya tak tau apa yang Zaim nak.
Sebelum nak cakap, fikir dulu.”
Syakirin berkata dalam nada sedikit tegas. Cara
Zaim bercakap macamlah dia yang terhegeh-hegeh sangat.
Tak ada walau sekali pun dia bercakap dengan emak dan Mak
Ton yang dia memang cintakan Zaim. Memang dia nak
kahwin dengan Zaim. Langsung tak ada. Macamlah dia tak
sedar kedudukan seorang perempuan itu tentu punya rasa
malu part nak luahkan isi hati. Pada emak dengan Mak Ton,
dia sekadar mengatakan persetujuan untuk terima semua ini
dengan rela. Rahsia hati hanya dia dan Fiqa sahaja yang tahu.
Sekali lagi Zaim melepaskan keluhan. “Okey... Zaim
betul-betul minta maaf. Zaim takut kita macam
memperjudikan masa depan kita. Masa depan Kirin. Kirin
muda lagi....”
“Kirin percaya pada jodoh. Kenapa? Zaim tak
percaya pada ketentuan Tuhan ke?”
“Bukan macam tu. Kirin taukan Zaim masih
cintakan Sofea.”
Syakirin mengangguk. Tenang.
“Kirin tak takut ke kalau kita kahwin nanti dan
tiba-tiba berlaku sesuatu dalam perkahwinan kita. Sesuatu
yang tak elok....”
“Kalau tu yang dah tertulis... siapa kita untuk
menolaknya.”
“Kirin, kenapa Kirin tenang aja dengan semua ni.
Atau ada benda yang Kirin sembunyikan. Jangan-jangan…”

48
Areila Sahimi

kata-kata Zaim mati sekerat jalan. Syakirin dipandang dari


atas ke bawah. Bola matanya turun naik. Tengok gaya bukan
boleh pakai. Tak tau tang mana budak depan dia ni yang umi
berkenan sangat. Songsang tu ada juga. Senget sikit pun ya
dari gayanya.
Syakirin menjegilkan mata apabila Zaim memandang
dirinya dari atas ke bawah. Bukan main lagi memandang
anak dara orang macam tu.
“Zaim, Kirin rasa... Zaim sangat kurang ajar
memandang Kirin macam tu. Buat pengetahuan Zaim, Kirin
ni masih anak dara lagi tau. Jangan Zaim ingat Kirin terima
Zaim sebab Kirin dah terlanjur. Kalau Zaim tak nak kahwin,
Zaim cakap sendiri dengan umi ayah Zaim. Kalau macam ni
cara Zaim simpan prasangka pada Kirin, Kirin pun tak ingin
jadi isteri Zaim!”
Terus Syakirin mengangkat punggung dan
memeluk tubuh. Hidungnya kembang kempis menahan
geram. Panas hati apabila tengok Zaim macam tu. Lagi panas
apabila sudah dapat menangkap apa yang Zaim tengah
fikirkan tadi. Suka-suka hati aja anggap orang macam tu.
Apa? Ingat orang free hair semua jahat ke? Apa? Dia ingat
kalau pakai skinny jeans dengan baju body tu semua tak baik
ke? Ermmm… kalau ikutkan yang betul-betul atas nama
Islam, memanglah tak elok pakai macam ni. Tapi perubahan
tu menuntut kesediaan. Kalau tak sedia macam mana nak
berubah. Buat benda terpaksa, mana nak dapat pahala. Nanti-
nanti kalau dah bersedia, tak payah nak suruh pun aku tau
nak pakai tudung sendiri. Nak membetulkan yang mana
songsang, yang mana senget, yang serabut tu sendiri.
“Apesal nak melenting pula ni?” Zaim bertanya. Dia
sudah berdiri tegak. Tangannya menopang ke meja restoran.
Mujur meja mereka berkedudukan jauh di belakang. Kalau

49
2x5

dibuatnya babak-babak Samarinda ini ditonton oleh


pelanggan kedai yang kebanyakannya tengah duduk di
bahagian hadapan restoran ini, tentu malu dibuatnya.
“Zaim tu la! Dahlah datang lambat, lepas tu fikir
yang bukan-bukan. Sudahlah! Kirin pun dah tak ada mood
nak kahwin dengan Zaim!” balas Kirin. Dia terus berlari ke
kaunter pembayaran. Not sepuluh ringgit diletakkan di atas
meja cashier.
“Keep the change!” katanya sebelum berlalu ke arah
tempat kereta diparkir.
Zaim mengejar dari belakang. Langkahnya mati
apabila telefon bimbit di dalam poket jean yang dipakainya,
menjerit minta diangkat. Bunyi irama lagu kegemaran umi
bergema. Sah umi yang menelefon.

“MAK, Kirin tak jadilah nak kahwin dengan Zaim tu,” kata
Kirin di hujung talian. Lengan kanan dia bawa naik ke dahi.
Badan sudah siap landing di atas katil. Sampai aja rumah,
memang tak ada tempat lain dia pergi. Masuk bilik. Cari
katil.
“Kirin... kamu janganlah nak memeningkan kepala
emak dengan abah ni, Kirin. Kalau abah kamu tahu, mahu
diparangnya kamu nanti. Cakap tak pernah nak betul. Tak
pernah nak ambil serius. Tarikh dah siap tau!” bebel emak.
“Tak naklah emak. Kirin tak nak. Kirin tak nak.
Lagipun, Zaim tu bukannya nak kahwin dengan Kirin. Buat
malu keturunan kita aja nanti,” balas Syakirin.
“Apa yang kamu cakap ni, Syakirin? Mak Ton baru
aja lepas telefon mak ni. Katanya Zaim dah setuju.”

50
Areila Sahimi

“Apa mak cakap ni? Kirin baru lepas jumpa Zaim ni.
Dia kata, dia tak nak kahwin.”
“Alasan kamu aja tu. Macamlah mak tak kenal
perangai kamu. Jangan-jangan kamu tu yang tak nak. Lepas
tu, pandai-pandai aje mengata Zaim pula.”
“Mana ada mak. Betullah! Entah-entah, Mak Ton aja
kut yang setuju bagi pihak anak dia. Lepas tu, kirim berita
pada mak. SK pada Pak Midi. Padahal, anak dia tak kata apa
pun.”
“Jangan nak menyalahkan Mak Ton pula. Memang
Zaim dah setuju. Tadi Mak Ton telefon mak kata Zaim okey
aja. Kalau kamu tak percaya, pergi tanya Zaim. Zaim sendiri
cakap minggu ni dia balik kampung dengan kamu untuk
bincang hal ni.”
“Mak!”
Syakirin menjerit perlahan apabila emak sudah
mematikan talian. Habis setakat tu aja. Balik dengan Zaim?
Biar betul!

51
2x5

bab 6
P
IN!!! PIN!!!
Pin!!! Pin!!!
“Abang kau dah tunggu
kat bawah tu. Apa ke halnya lambat bebenor kau nak siap ni,
Kirin,” tegur Fiqa. Dah satu jam menghadap cermin pun,
Syakirin tak siap-siap lagi. Agak kalau cermin tu boleh
berkata-kata, mahunya seikhlas hati cermin tu akan berkata
yang dia dah naik muak tengok muka Syakirin ini. Manusia
dalam kereta dekat bawah tu pun, bukannya boleh bersabar.
Naik bergegar rumah flat ini dengan bunyi hon kereta dia.
Syakirin memandang cermin lagi. Sekejap-sekejap
kepala diteleng ke kiri. Sekejap-sekejap ke kanan. Melihat
setiap inci mukanya sendiri di dalam cermin. Macam dah
okey dah ni.
Pin!!! Pin!!!
Pin!!! Pin!!!
“Hisyy… macamlah kereta dia aja yang ada hon,”
omel Syakirin sambil memasukkan bedak dan gincu yang
dipakai tadi ke dalam beg mekap yang comel. Beg comel

52
Areila Sahimi

berwarna merah jambu itu dimasukkan pula ke dalam beg


pakaian yang sudah terbuka. Beg pakaian yang nampak sarat
dengan muatan ditutup.
Fiqa sekadar memerhati.
“Kelam-kelibut. Itulah... aku suruh bangun awal-
awal kata malas. Kata lambat lagilah. Banyak bunyi. Ini bukan
ke dah tergesa-gesa namanya,” leternya kemudian.
“Okey, Fiq! Aku gerak dulu. Apa-apa hal nanti, kau
telefon aku.” Syakirin bersalaman dengan Fiqa. Kemudian dia
terus menuju ke pintu.

“SORRY... lambat!” kata Syakirin tercungap-cungap. Nafasnya


turun naik. Semput betul berlari-lari menuruni tangga
rumah flat ini. Beg pakaiannya dicampak ke tempat duduk
belakang. Selamba. Macam dalam kereta sendiri. Kemudian
dia memandang muka di cermin sisi kereta. Membetulkan
tudung di kepala. Dia tidak perasan yang tingkah lakunya itu
sedang diperhatikan oleh Zaim di sebelahnya.
“Sejak bila naik haji?” tanya Zaim sarkastik.
Hari tu jumpa mak ai… dressing giler punya stylo.
Rambut mengerbang macam iklan syampu. Hari ni, lain
benar rupanya. Tudung bawal labuh dengan baju kurung
bunga kecil-kecil lagi. Zaim pandang Syakirin lagi.
Serta-merta Syakirin menoleh. Sedikit berubah
wajahnya apabila belum apa-apa, sudah kena sindir dengan
Zaim. Zaim dijeling tajam. Amboi... amboi... amboi!!! Zaim
Haji Hamidi. Lasernya dia. Aku baru masuk kereta, dia dah
melaser macam tu sekali. Cubalah cakap ‘cantiklah Kirin hari

53
2x5

ni’ ataupun ‘Kirin nampak manis’. Bukan ke boleh


menyejukkan hati. Ini tak, main lepas aja, gumam Syakirin di
dalam hati.
“Zaim tak tau Kirin bertudung sebenarnya.” Zaim
berkata-kata lagi apabila Syakirin sekadar mendiamkan diri.
“Bila kita nak gerak ni? Kang lambat pula sampai,”
ujar Syakirin. Dia tidak menghiraukan kata-kata Zaim itu.
Yang dia tahu, cepat-cepatlah lori pick up ni bergerak. Cepat
sampai, lagi senang.
Semenjak Zaim memperlihatkan sikapnya yang
cukup gemar main cakap lepas tu, Syakirin tidak berapa suka
untuk berlawan borak dengan Zaim. Dahulu Zaim lain. Masa
di Alamanda dulu pun lain. Cuma lepas peristiwa di kedai
makan malam kelmarin, membuatkan Syakirin sedikit jelik
dengan perangai Zaim. Mungkin itu cara Zaim memprotes
dan menunjukkan ketidakpuasan hatinya. Lantaklah! Sikit
pun dia tak kesah.
Zaim menurut. Mitsubishi Storm terus bergerak
meninggalkan pekarangan rumah pangsa di belakang Minlon
ini.

KEADAAN dari tadi senyap lagi sunyi. Keluar dari Minlon,


masuk tol Jalan Duta, sehinggakan sudah menghampiri
lorong Touch ‘n Go Tol Simpang Pulai, Syakirin dan Zaim
sama-sama mendiamkan diri.
Cuma tadi, Syakirin bersuara agar Zaim
memberhentikan keretanya di mana-mana stesen minyak
yang terdekat kerana dia sudah tidak dapat menahan rasa
terkucilnya. Dan memang pun, Syakirin sudah tidak tahan.

54
Areila Sahimi

Elok sahaja kereta berhenti di Stesen Minyak Petronas


Simpang Pulai, terus aja dia berlari-lari menuju ke tandas
wanita.
Zaim pula sekadar memandang sambil menggeleng
kepala. Banyak yang patut dibetulkan dengan budak Syakirin
ini, fikirnya.
“Okey, jom!” arah Syakirin sebaik sahaja dia sudah
masuk ke dalam kereta Zaim semula.
“Eh... tapi boleh tak kita singgah kat kedai jual
limau bali tu. Kirin nak beli untuk mak,” sambung Kirin
cepat-cepat. Baru dia teringat, yang tidak ada buah tangan
untuk orang kampung.
“Zaim tak fikir Mak Cik Midah lalu nak makan
limau bali lagi. Limau bali buat buah tangan orang KL,
sesuailah. Ini, mak abah Kirin tu duduk kat sini. Anytime
boleh beli,” balas Zaim.
“Tak kiralah! KL ke... sini ke... nanti kita berhenti,
okey. Lima minit aja. Beli-beli terus naik kereta balik.”
“Malaslah nak belok ke sana.”
“Please... please....” Syakirin merayu sambil dua
tangan dilekapkan bersama. Ini sebab Zaimlah ni. Nak cepat
sangat. Habis tertinggal kek lapis Sarawak yang baru dibeli
dari Mek Na, budak Kelantan yang baru balik bercuti dari
Sarawak tu. Sudahlah memang niat nak bawa balik kampung.
Tapi, akhirnya tinggal kat rumah pula. Memang rezeki Fiqa
ajalah kek lapis Sarawak tu.
“Benda lain tak boleh beli ke? Zaim malaslah nak
membelok ke sebelah sana. Jauh nak buat U-turn.” Zaim
membeli alasan. Kirin ni pun macamlah tak tau kepayahan
nak masuk lane sebelah sana tu.

55
2x5

“Tak nak berhenti, dahlah.” Kirin buat-buat merajuk.


Zaim sekadar tersengih. Dia terus memandu laju
keretanya tanpa sedikit pun ada perasaan belas pada
kemahuan Syakirin itu.
Hantu punya Zaim! Betul-betul dia tak nak singgah,
kutuk Syakirin di dalam hati apabila kereta Zaim selamba aja
bergerak terus ke hadapan tanpa membelok ke lane pusingan
U. Sekarang memang jelas lagi bersuluh yang hatinya sedang
berbelah bahagi untuk hidup bersama Zaim. Kalau macam ni
pun dah sakit hati, tak tau macam mana kalau dah kahwin
nanti. Nak reverse benda ni balik, tak mungkin terjadi. Mak
aja dah siap kasi ugutan. Kalau buat perangai, tiba-tiba kata
tak nak kahwin, siaplah kena parang dengan abah. Gila tak
gila. Kalau nak adegan filem Tamil, main parang tu terjadi,
boleh try buat. Mengerikan betullah kalau dengan Pak Majid
ni. Anak sendiri pun sanggup nak diparangkannya.

ZAIM memberhentikan kereta betul-betul di hadapan


rumah orang tuanya. Alah... nak diikutkan, rumah Kirin ni
kalau disuruh budak kecil baru nak belajar merangkak pun
tak sempat berpeluh untuk pergi ke sana. Cik Kirin balik
sendirilah. Takkan nak dihantar sampai ke pintu rumah yang
hanya sekadar dua tiga langkah aja ni.
“Dah sampai,” kata Zaim. Dia tahu, Syakirin mesti
tengah sebal sebab tak dapat singgah kat kedai apek jual
limau bali tu. Tengok aja muncungnya yang panjang tu, Zaim
dah dapat agak.
“Taulah!” balas Syakirin. Cepat-cepat dia keluar dari
lori pick up Zaim ini. Dengan kasar dia membuka pintu
belakang untuk mengambil beg pakaiannya. Dengan kasar

56
Areila Sahimi

juga dia menutup kembali pintu kereta di hadapan dan


belakang itu. Lepas tu terus aja dia berlalu pergi ke
rumahnya. Beberapa langkah ke hadapan, sempat juga dia
menoleh.
“Terima kasih,” ucapnya sepatah. Orang berbudi
kita kenalah berbahasa. Dah orang tu hantar sampai ke
rumah, takkan nak main blah macam tu aja. At least, buat-
buatlah gaya perempuan Melayu terakhir sikit. Tu bakal
suami tu. Bakal suamilah sangat!
“Hah! Dah balik dah pun!!”
Terdengar jeritan emak dari muka pintu.
Syakirin tercengang. Amboi... lain benar cara emak
menyambut kepulangannya hari ini. Selalunya, semua orang
pakat buat derk aja. Sebab emak kata, kalau dah hampir tiap-
tiap minggu balik ke kampung, emak pun dah tak terasa
rindu. Lainlah kalau balik setahun sekali.
Budak Amir yang tengah mengelap motor dekat
garaj tu pun buat tak tau aja akak dia yang sorang ni balik. Tu
bukan apa tu... nampak akak dia balik lenggang kangkung,
mulalah buat tak ambil peduli. Sebab mesti budak ni dah
dapat bajet tak ada apa-apa buah tangan dari akak dia.
Bersabar ajalah dengan adik yang seorang ini....
“Ooo... dah balik dah!!!”
Tiba-tiba muncul Hajah Zaiton dari dapur rumah.
Kali ini bebola mata Syakirin memang nak
tersembur keluar. Apa dibuatnya Mak Ton kat rumah dia
tengah-tengah hari buta ni? Mulutnya ternganga luas juga
apabila mendengar dari ruang tamu rumah, suara abah
dengan Pak Midi sedang ketawa. Nampaknya emak, abah, Mak
Ton dengan Pak Midi bersungguh-sungguh benar ni.

57
2x5

“Tercegat apa lagi tu? Cepat masuk. Ajak Zaim tu


sekali. Makan tengah hari semua dah siap dah. Tunggu kamu
berdua aja ni,” balas emak.
Syakirin menggaru kepala yang tidak terasa gatal.
Zaim dah masuk ke dalam rumah.
“Zaim dah balik mak.” Dia berkata sepatah-sepatah
sambil kepala dan ibu jarinya dihala sekilas ke rumah Mak
Ton di seberang sana.
“Pergi la panggil.” Hajah Zaiton pula menambah.
Syakirin tersengih.
“Mir! Pergi panggil Abang Zaim,” arah Syakirin
kepada si adik yang tak habis-habis kerja mengelapnya itu.
“Apa pula Amir. Kamulah yang pergi panggil!” selar
emak.
Arahan. Arahan. Arahan, omel Syakirin sendiri di
dalam hati. Berat rasanya dia mengatur langkah ke rumah
Zaim. Pintu pagar besi digoncang-goncangkannya perlahan.
Mangga pada selak pintu diketuk-ketuknya.
“Kenapa? Ada benda tertinggal dalam kereta ke?”
tanya Zaim sebaik sahaja dia muncul di muka pintu rumah.
“Mak panggil makan. Mak Ton dengan Pak Midi pun
ada sama!” Syakirin menjerit kecil. Keadaan yang agak jauh
antara pintu pagar dan pintu rumah Zaim itu, memerlukannya
untuk menggunakan tune suara yang sedikit berfrekuensi
tinggi.
“Seganlah,” balas Zaim.
“Jangan segan-seganlah. Jomlah cepat. Nanti mak
bising!”
“Malulah....”

58
Areila Sahimi

“Nak malu amendenya? Mak Ton dengan Pak Midi


pun ada sekali. Cepatlah, Zaim! Panas ni!” kata Syakirin lagi
sambil menggoyang-goyangkan kakinya.
Mengada-ada betul Zaim ni. Aku kat sini nak
terbakar berdiri bawah panas matahari, dia pulak boleh
banyak songeh. Seganlah... malulah, desis hati Syakirin.
“Cepatlah!” sambung Syakirin lagi. Matanya sudah
mula mengecil akibat silauan pancaran matahari. Dua-dua
tangan sudah dipayungkan di atas dahi untuk mengelak silau
cahaya.
“Yalah! Yalah!” Cepat-cepat Zaim menjawab dan
terus keluar dari rumah. Pintu dikunci lalu berjalan ke pintu
pagar.
Syakirin tersengih di dalam hati. Tak susah pun
sebenarnya mamat sorang ini. Naikkan sikit suara, lemah
longlailah dia.
“Jom!” ajak Zaim selepas mengunci pintu pagar
rumahnya.
“Agak-agaknya, apa agenda dia orang ni hah?” Zaim
bertanya rendah. Seakan berbisik apabila mereka sudah mula
melepasi pagar rumah Syakirin.
Syakirin menjongket bahu. Lagi mahu tanya ke?
Macamlah tak dapat nak agak kunjungan penuh mesra umi
ayah dia dekat rumah aku hari ni. Siap masak bagai segala
macam makanan, Syakirin menjawab di dalam hati sahaja.
“Hah! Zaim. Meh-meh masuk. Dah nak sejuk dah
semua makanan ni tunggu kamu berdua balik. Mak cik masak
gulai tempoyak ikan patin dengan sambal tempoyak
kegemaran kamu ni. Meh, masuk cepat!” pelawa Puan
Hamidah apabila Zaim, merangkap bakal menantunya itu
sudah masuk ke dalam rumah.

59
2x5

Zaim sekadar tersengih apabila diberitahu makanan


kegemarannya itu adalah lauk utama tengah hari ini. Wuish!
Penangan gulai tempoyak ikan patin dilawankan pula dengan
sambal tempoyak, dicecah dengan timun sama kacang botol.
Masyuk tak hengat!
Syakirin pula sudah terasa nak menangis dalam
hati aja ni. Aduhai... patutlah masuk rumah aja dah terasa
nak pitam terciumkan bau tempoyak. Dia dikatakan terkeluar
dari Perak sebab langsung tak boleh nak makan segala
makanan berasaskan daripada buah durian. Fiqa kata, dia
murtad dari Perak. Sia-sia jadi anak Perak kalau tak dapat
nak menikmati keenakan gulai tempoyak makanan fofular di
tempat sendiri. Syakirin tak peduli. Betul. Sekarang dia dah
pening!

KOYOK sudah bertampal di kiri kanan dahi. Bau Minyak


Angin Cap Kapak sudah harum semerbak di segenap bilik.
Dia masih terbaring lesu. Puan Hamidah yang masih lagi setia
memicit kepala anak dara sorang ni, sekadar menggeleng
perlahan. Tak tau apa ke halnya Syakirin cukup alah dengan
bau buah durian.
“Mak, kenapa hari ni semua orang jadi kejam
sangat? Masak semua makanan yang ada kena-mengena
dengan durian...” rengek Syakirin perlahan. Punyalah tadi dia
bertahan aje menahan bau tempoyak yang boleh buat dia jadi
migrain tiba-tiba. Kalau tak pasal ada tetamu yang
berkunjung di rumah dia tadi, rela aja dia tahan bas Parit
Enterprise tu pergi makan tengah hari kat TKK (Taman
Kanak-Kanak). Mana tidaknya, emak dan Mak Ton masak
gulai tempoyak ikan patin, sambal tempoyak, masak ikan

60
Areila Sahimi

kembung bakar tu pun turut sama dilumur dengan sambal


tempoyak. Apa yang dia boleh makan selain sayur kangkung
belacan. Itu saja! Tak cukup dengan lauknya, bubur pulut
hitam kegemaran dia pun emak main letak durian juga dalam
tu. Sungguh dia dianaktirikan. Dia menangis di dalam hati
apabila hari ini terpaksa jadi vegetarian.
Yang lain, semua bukan main lagi makan. Tambah-
tambah lagi Si Zaim tu. Isyyy… habis hati sungguh tengok
mamat ni menyudu kuah tempoyak dengan mencolek timun
ke dalam sambal tempoyak. Tak kira makan kat rumah orang,
Zaim tetap makan bertambah tiga kali.
“Mana ke gayanya nanti ni, Nur Syakirin. Zaim tu
mak tengok bukan main lagi berkenan dengan gulai
tempoyak. Kamu pula jangankan nak makan, baunya aja dah
boleh buat nak pengsan,” kata Puan Hamidah.
“Zaim tu memanglah mak. Tolak batu, kayu dengan
besi aja yang dia tak telan. Yang lain, semunya sumbat,” balas
Syakirin. Matanya dipejamkan sejenak. Mahu menikmati
kenikmatan apabila kepalanya diurut oleh emaknya.
“Hisy, kamu ni!” Puan Hamidah memukul lembut
bahu anaknya. “Ada ke cakap macam tu.”
“Yalah. Betul apa!” Syakirin menjawab.
“Ini hah. Tarikhnya dah siap. Mak Ton dengan Pak
Midi kamu tu tak nak bertangguh-tangguh lagi. Bulan depan
bolehlah buat persiapan sikit-sikit. Kad kahwin, mak andam
kalau kamu nak buat survey harga dari sekarang pun, dah
boleh mula dah,” beritahu Puan Hamidah.
“Ermmm...” jawab Syakirin malas.
“Dengar ke tak ni?”
“Dengar….”

61
2x5

Sekali lagi Puan Hamidah menggeleng perlahan.

“ZAIM, tarikh dah siap tau. Cuti sekolah bulan enam nanti
majlis kamu,” beritahu Hajah Zaiton kepada anak terunanya
yang begitu asyik menonton siaran bola sepak tertunda
Arsenal menentang Manchester United di saluran ESPN.
“Emmm….”
Zaim sekadar menjawab malas. Mata dan
konsentrasinya masih tertumpu pada skrin LCD Sony Bravia
di hadapan. Alat kawalan jauh Astro, awal-awal lagi sudah
disorok di bawah bantal yang menjadi alas kepalanya ketika
ini. Bila umi dah datang kat depan TV ni, apa lagi, mesti nak
ganggu orang menonton. Mesti umi tengah get ready nak
menonton sinetron Intan dekat Aruna sekarang ini.
“Cuba bagi umi remote Astro ni, Zaim. Dah dari
tadi kamu dok menatap aja orang main bola ni. Turn umi
pula nak tengok TV,” kata Hajah Zaiton sambil badannya
terbongkok-bongkok mencari alat kawalan jauh Astro di tepi
kabinet televisyen. Kalau dah sepuluh minit mencari di
tempatnya juga tiada, tidak syak lagi. Tak lain tak bukan, pasti
remote ini disorok oleh anak teruna yang tengah tengok bola
tu. Sekarang ni, memang dah time Intan start kat Aruna. Hal
yang macam ni, Hajah Zaiton sudah pandai mengagak.
“Mana ada umi,” ujar Zaim cuba berdalih. Alah umi
ni... betullah tak bagi can.
“Meh, sini!” Hajah Zaiton sudah mengunjukkan
tangan.
Zaim bingkas. Remote Astro di bawah bantal
dikeluarkan dan dihulurkan kepada umi.

62
Areila Sahimi

Umi dengan rakus telah menukar kepada siaran


kegemarannya.
“Nak ke mana tu?” tanya Hajah Zaiton apabila Zaim
sudah menuju ke pintu.
“Keluar kejap. Ambil angin.”
Terus aja dia berlalu keluar dari rumah dan duduk
di atas buaian besi di halaman rumah. Dari pagar besi, dapat
dilihat anak dara jiran di rumah hadapan tu turut sama
duduk di atas kerusi batu sambil membaca. Pasti sangat yang
anak dara tu tengah membaca majalah. Nama pun Syakirin,
kan. Dari kecil dah kenal budak ni. Tahu aja yang memang
membaca majalah tu adalah hobi tangga teratas dia. Sekejap-
sekejap dia melihat Syakirin ketawa. Sekejap-sekejap dia
melihat Syakirin tersenyum. Sekejap-sekejap dia melihat
Syakirin tersengih. Sah. Tu... adalah tu gosip yang menarik
perhatian Syakirin tu.
Zaim bersandar di belakang buai. Rambutnya
dilurut dengan dua belah tapak tangan. Dia melepaskan
keluhan lemah. Sejak dua tiga menjak ni, selalu sangat dia
mengeluh.
Dia bukan apa. Tadi aja dah macam berita ngeri
yang umi sampaikan. Cuti sekolah bulan enam nanti, majlis
akan berlangsung. Maknanya, kurang dari lima bulan dari
sekarang, dia akan memikul tanggungjawab sebagai suami
orang.
Sekali lagi Syakirin yang asyik sangat membaca
majalah itu dicuri pandang. Syakirin ni manis juga. Siang
tadi apabila Syakirin pakai tudung, lagilah bertambah manis.
Dan rasanya, kecil-kecil dulu pun, budak ni boleh tahan
comelnya juga. Tapi entah kenapa, hatinya langsung tidak
terpikat pada anak jiran di depan rumahnya ini. Padahal, time

63
2x5

kecik-kecik dulu, bukan main lagi main kahwin-kahwin


together-gether. Main pondok-pondok pun bersama-sama.
Nak kata macam couple olok-olok budak-budak kecil cakap
‘ai-lebiu-yu-lep-mi’ masa masing-masing berak pun emak
ayah yang cebukkan tu pun dah biasa. Cuma pada dia, itu
hanya cerita budak-budak kecil yang tak cukup umur. Bila
dah besar panjang dan menginjak dewasa, dia tahu antara dia
dan budak perempuan depan rumah tu, sekadar teman
sepermainan sahaja.
Cerita dia dengan budak yang bermain bersama-
sama tu pun mati apabila dia masuk asrama. Lepas tu jumpa
pula dengan seseorang yang telah berjaya mencuri hatinya.
Lagilah dah tak ingat apa-apa pasal budak tu. Kalau ikutkan
dia, tak adalah nak memilih yang cantik di mata saja untuk
dijadikan couple, walaupun kalau boleh disukat mengikut
skala kecantikan antara Sofea dan Syakirin, dia mengaku
juga, Sofea berganda lawanya berbanding Syakirin. Syakirin
tu biasa-biasa aja, cuma manisnya yang lebih. Sofea pula,
memang cantik. Gadis kacukan, anak mami dari Pulau
Pinang yang sudah lama bermastautin di tanah Ipoh ini.
Tetapi itu bukan faktornya. Soal hati ini susah nak ditafsirkan.
Sangat subjektif.
Breng!!! Breng!!!
Bunyi motor EX5 Amir membingitkan suasana
malam.
Breng!!! Breng!!!
Sekali lagi pedal minyak ditekan. Sengaja mahu
menyakitkan telinga kakaknya.
“Agak-agaklah sikit. Tak nampak ke akak ada kat
sini?!” marah Syakirin.
Amir ni sengaja tau! Suka mengganggu

64
Areila Sahimi

ketenteraman orang. Apa, dia ingat rumah abah sebuah aja


ke yang ada kat kampung ni. Tu bukan apa tu. Nak menarik
perhatian budak Ayu kat sebelah rumah Mak Ton la tu. Amir
pun ada hati nak cop calon orang satu kampung juga ke?
Amir ketawa. Muka akak dah berkerut seribu. Dia
memang tahu. Akak bukan boleh dengar bunyi motosikal
memekak. Automatik akak pun akan memekak sekali.
Breng...!!! Breng...!!!
Plastik Twisties yang sudah kosong isi dalamnya,
direnyuk dan dibaling ke arah Amir yang mengekek ketawa.
Apalah maknanya plastik kosong tak berisi itu dibaling
macam tu. Bukannya boleh landing tepat kat kepala pun.
Buat mengotorkan laman rumah aja!
Breng!!!
Panjang bunyi motor Amir.
“Amir!” jerit Syakirin. Bengkek betul dengan adik
yang dah tumbuh tanduk ni. Sudahlah tak lekat kat rumah.
Pantang lepa (alpa) sikit, dia pun lesap. Kalau tak disebabkan
motosikal tu dia yang belikan, dah lama dia hempuk (pukul)
dengan merton (tukul besi). Lepas tu pergi hantar timbang
kati kat Jalan Bendahara.
“Apehal ni?”
Datang satu suara mencelah dari belakang Amir.
Amir tersentak.
Syakirin terkejut.
Zaim ketawa apabila melihat ekspresi muka dua
beradik ini. Beria-ia aja terkejut dengan kehadirannya yang
datang secara tiba-tiba ini.
“Zaim tengok la budak ni. Memekak aja tengah-
tengah malam,” adu Syakirin.

65
2x5

“Eleh akak tu! Mentang-mentang future husband


ada kat sini, dan-dan tu nak mengadu.” Amir mencebik. Zaim
disalamnya.
“Kau main-mainlah. Zaim, awak pelangkung sikit
budak ni. Buat bising satu kampung.” Syakirin membuat
pakatan dengan Zaim.
Amir membuat muka. Eleh… macamlah dia takut
sangat dengan Abang Zaim ni. Abang Zaim dengan dia, dia
lagi besar tau. Sikit pun tak gerun. Akak pun nak carikan dia
lawan, biarlah sesuai sikit.
Dia ni kategori lapan puluh kilogram. Abang Zaim,
dia tak tau. Yang dia tau, bakal abang iparnya ini kurus kering
aja orangnya.
“Lawa motor Mir,” puji Zaim.
Syakirin membulatkan matanya. Terlupa pula yang
Zaim ni dulu masa kecil, kaki racing basikal jipang. Agak tak
sempat nak merempit motor, kerajaan dah hantar pergi
oversea sambung degree kat sana.
“Biasalah bang. See the leglah sape (siapa) tuan dia.
Awek berderet tunggu turn nak duduk kat belakang.” Amir
berkata riak. Bangga giler!
Tapi tang awek tu, dia cuma tokok tambah aja.
Menyedapkan cerita. Menghebatkan gaya. Padahal, sampai
sekarang mana ada seorang pun budak perempuan yang
pernah duduk kat belakang ini. Ayu tu? Fuhhh!!! Sungguh
jual mahal. Haram dia nak pandang motor EX5 ni. Spesies
gedik kat sekolah tu adalah yang rela hati nak naik. Tapi awal-
awal lagi, sorry to say, dia orang tu semua bukan taste dia.
Taste dia dari dulu sampai sekarang ni, tetap juga Ayuni. Tu
ajalah buah hatinya.
“Eee... keluar muntah hijau akak dengar, Mir!” kata

66
Areila Sahimi

Syakirin jengkel. Perah santan buat pengat betullah budak


Amir ini. Nak ajak Ayu keluar pergi Parade pun, sampai
sekarang tak berjaya. Lagi mahu nak riak kembang hidung
macam tu. Awek berderet konon. Hakkk… tuih!!!
“Satu sikap buruk akak ni, abang... dia kuat
membebel. Abang kena sedia baldi besarlah nanti kalau dah
kahwin. Buat tadahan. Sebab Amir confirm, telinga abang
mesti tak tahan dengar mulut mak cik ni membebel.” Sengaja
Amir menyakat kakaknya.
Berdesing telinga Syakirin mendengarnya. Amir ni
memang nak kena. Jatuhkan saham dia depan Zaim. Siaplah
kau, Mir! Sebelum balik KL nanti, akak sorok kunci motor ni
dalam handbag. Bawa balik KL. Tunggulah akak balik lagi
sekali, baru kau boleh nak merempit lagi.
“Dah, dah... masuk. Kau sibuk merempit satu
kampung, homework tak buat. Pergi! Pergi! Nak periksa, tapi
main lebih,” kata Syakirin buat-buat tegas.
Amir menjuihkan bibirnya. Akak sajalah tu. Tak
mahu orang kacau dia berasmaradana dengan Abang Zaim
dekat tepi pagar. Padahal bukan akak tak tau, kerja sekolah
semua dah siap. Ingat EO pencen tu nak bagi keluar ke kalau
homework tak siap, kalau buku tak selak. Jangan harap!!!
“Okeylah, bang. Masuk dulu,” kata Amir sebelum
berlalu. Motosikalnya dituntun masuk ke dalam kawasan
rumah.
“Akak pun jangan lama-lama. Mana boleh anak dara
berembun tengah-tengah malam,” giat Amir lagi sebelum dia
bolos ke dalam rumah.
“Hantu punya budak!” gumam Syakirin rendah.
“Amir merempit lagi?” tanya Zaim.

67
2x5

“Entah.” Syakirin menjongket bahu. “Agaknyalah....”


“Isyyy... mana boleh macam tu. Nasihatkanlah dia.
Kalau minat, race kat track. Jangan buat cara haram. Sepang
Curcuit tu cukup besar kalau nak dibuat track berlumba.”
“Amir tu saja aje. Lagipun dah berbuih mulut nak
nasihat. Bukan makan saman. Lagipun dia tu bukannya
berani nak merempit sangat. Nampak aja otai, tapi penakut.
Takut dengan abah,” kata Syakirin diselangi dengan ketawa
kecilnya.
Ketiga-tiga anak abah, dia sorang ajalah yang paling
selamba dengan garang abah tu. Sebab tu dalam tiga-tiga
anak abah, dia aja yang belajar boleh kata setakat SPM aja.
Abang lepasan UIA. Mantan student Ahmad Ibrahim Kulliyah
of Laws. Amir tu walaupun mat rempit, tetap juga best
student kat sekolah. Katanya nak ikut macam abang. Nak jadi
peguam. Gasak (lantak) koranglah. Syakirin? SPM, 1A2, 2B4,
3C6, yang lain cangkul (P7). He he he… kira okey la juga
walaupun tak belajar tinggi mana pun. Ada kerja. Kerja tetap.
Walaupun sekadar jaga kaunter bayaran bil di TMPoint tu aja.
Okeylah tu. Uniform tip top. Jenama Edmundser gitu. Ingat
tukang baca berita TV3 aja ke boleh pakai suit Edmundser.
Orang TMPoint merasa jugalah.
“Jadi, kalau Amir pun takut dengan Pak Majid,
sejarah korang adik-beradik, Kirin ajalah yang kebal dengan
Pak Majid, ya?”
“Mana tahu?”
“Instinct.” Dah nampak songsangnya. Boleh bajet
dah.
“Bagus juga. Belum apa-apa dah ada instinct. I
like!!!” Syakirin ketawa kecil.
“Nak menggoda Zaimlah tu.”

68
Areila Sahimi

“Poyo gila!” balas Syakirin.


Syakirin memeluk tubuh tatkala terasa sejuk angin
malam sudah mula menyucuk ke tulangnya. “Eh... dahlah.
Kirin nak masuklah. Tak elok orang tengok. Kita kat
kampung ni. ‘Internet bergerak’ banyak. ‘Zubir Intip’ pun
kalah. Abang Naz Melodi memang angkat tangan surrender.
‘Internet bergerak’ ni memang hebat menyampaikan berita
terkini.”
Pecah ketawa Zaim mendengar kata-kata Syakirin
itu. ‘Zubir Intip’ tu dia kenal. Abang Naz Melodi tu memang
popular. Kirin... Kirin... macam-macam betul dalam kepala
tu.
“Yalah. Sebelum wartawan-wartawan tak bergaji ni
menyampaikan cerita lebih cepat daripada berita, lebih baik
kita cuba elakkan.”
“Tau tak apa. Good night!”
“Good night...!”

“MACAM tu aja, kak?” tanya Amir sebaik sahaja akaknya


masuk ke dalam rumah.
“Macam tu apanya kau ni, Mir?” Syakirin kembali
bertanya. Tak faham soalan Amir tadi.
“Say good night aja ke?” tanya Amir.
“Good night ajalah. Kau ingat akak nak buat apa
lagi tadi?”
“Kut ya pun haram nak buat goodbye kiss, takkan
flying kiss pun tak boleh kut.”

69
2x5

“Gilalah kau ni, Mir! Sejak bila adik akak pandai


sangat ni, hah? Luka sunat tu pun baru nak kering, dah
pandai nak gatal-gatal pula ya.”
“Akak ni! Orang masuk jawi masa darjah empat tau.
Sekarang dah masuk form five. Baru nak kering amendenya
pula. Dah akhil baligh la...!”
“Tak kuasa akak nak melayan kau ni.”
Syakirin mencapai remote TV. ESPN bertukar pada
E Entertainment. PCD tengah terkinja-kinja menyanyi sambil
menari di dalam video klip Button.
“Akak malu ke... atau akak cover tadi tu?” giat Amir
tak sudah.
Syakirin bingkas bangun. Budak ni bukannya sekolah
esok. Jadi, Amir takkanlah nak masuk tidur awal malam-
malam minggu macam ni. Dia yang dah tak terasa nak
melayan merapu adik bongsu ni, pandai-pandailah cari jalan
tamatkan perbualan ini.
“Akak nak tidur. Good night!”
Belum sempat Amir nak berkata apa-apa, pintu bilik
sudah ditutup rapat.

70
Areila Sahimi

bab 7
Bila Syakirin mula bercerita. Tersebut al-kisah…..

S
EJAK balik kampung bersama
tiga bulan yang lepas tu,
hubungan antara aku dan Zaim
dah semakin okey. Okeylah kalau sekadar kawan-kawan tu.
Tapi apabila timbul isu majlis kahwin yang dah nak dekat tu,
masing-masing berserabut balik. Aku okey. Bersemangat aja
nak kahwin. Tambah-tambah lagi bila tengok Zaim itu pun
dah semakin okey dengan aku. Lagipun sekarang kita orang
dah tak pakai ganti nama Kirin-Zaim. Sekarang dah tukar jadi
saya-awak. Sweet juga, kan?
Semakin dekat harinya, aku semakinlah excited.
Tapi Zaim tak tau. Bila nak diajak berbincang pasal persiapan
perkahwinan, ada aja modal dia nak mengelak. Untuk
memastikan semuanya berjalan lancar dan persiapan siap
mengikut masa yang dah suntuk ini, aku buat cara kejam.
Kalau Zaim banyak bunyi, aku akan terus buat panggilan ke
rumah Mak Ton. Hantar repot. Kata bakal pengantin lelaki
buat endah tak endah. Melecetlah pak cik tu. Takut umi

71
2x5

sendiri membebel. Itu aja caranya yang boleh buat Zaim akur
untuk turut sama membuat persiapan perkahwinan ini.
Zaim hanya mengikut, tapi gayanya memang
macam orang yang kena paksalah. Itu tak kena. Ini tak kena.
Orang tak ikhlaslah katakan. Contohnya macam masa nak
tempah kad undangan perkahwinan hari tu.
“Tak boleh ke kalau pilih yang biasa-biasa aja. Ini
nak yang wangilah. Nak ada bling-blinglah. Nak bereben
bagai. Membazir ajelah.”
“Kalau tak nak membazir, jangan bawa saya kat
sini. Patutnya awak bawa saya kat Kedai Runcit Noridah dan
Che In. Tak pun, kat Pasar Mini Ratnam Enterprise yang ada
mesin fotostat gedabak tu aja. Senang. Kad kahwin kita pergi
fotostat kat kedai runcit. Jimat!”
“Poyo ar letak gambar kat depan kad.”
“Apa pulak poyo? Ini trendlah!”
“Trend apanya? Emmm... yalah! Yalah! Ikut
awaklah!”
Entah apa-apa Zaim tu. Dia ingat nak buat kad
kahwin ni, sama macam nak buat iklan anak kucing hilang?
Senang-senang boleh fotostat, tak pun macam iklan orang
jual top-up kat asrama kampus. Itu situasi masa nak tempah
kad kahwin dekat Central Market.
Lepas tu dia buat perangai di butik Pengantin Mat
Kacau dekat Green Town Mall. Agak memang nak flying kick
aja Si Zaim tu sebab bunyi tak henti-henti. Dia kutuk baju
kahwin yang aku nak pakai nanti. Ada ke patut?
“Wajib pakai ke semua ni?”
“Tak adalah wajib. Tapi ni untuk upacara potong
kek malam sanding tu.”

72
Areila Sahimi

“Lain macam aja saya tengok awak pakai kembang-


kembang macam ni.”
“Apa pula lain macamnya? Cantik apa. Saya nak
juga merasa pakai gaun Cinderella macam ni.”
“Cinderella apanya? Saya tengok dah macam mak
Shin Chan, Puan Misae tu aja....”
Mulut busuk betul kata aku yang cantik ni kalau
pakai gaun kembang warna krim tu, macam Nohara Misae.
Dia ingat aku tak tengok Shin Chan apa. Aku tengok tau.
Favourite kartun selepas Upin dan Ipin. Itu pun nasiblah aku
bawa pergi Butik Mat Kacau. Agak kalau aku bawa masuk
Cosry ke... Radzwan Radzwill ke... Jovian Mandagie ke...
mahu sampai malam nikah Zaim membebel-bebel sebab tak
agak-agak pergi masuk butik perkahwinan macamlah bintang
popular yang nak kahwin.
Barang hantaran lain pula ceritanya.
“Beg apa yang rege (harga) sampai lima ratus ni?”
soal Zaim sewaktu masuk ke Butik Bonia KLCC.
“Beg tanganlah.”
“Kenapa tak ambil beg kaki sekali? Kan ke senang?
Satu set.”
“Beg kaki tak ada. Saya ganti dengan beg duit boleh?”
“Jangan nak mengada! Bajet untuk beg tangan aja.”
“Habis tu, yang offer beg kaki tu saper suruh?”
“Maksud saya, kasutlah!”
“Ada-ada. Ini hah!”
“Dua ratus?”
“Normal la tu... Bonia, kan.”
“Dua ratus letak kat kaki?”

73
2x5

“Mak Ton kata, okey aja.”


“Ambil ajalah!”
Itu bahagian aksesori. Lain pula ceritanya time nak
beli minyak wangi untuk hantaran.
“Kalau minyak atar buat hantaran, boleh tak? Halal
pun halal,” usul Zaim.
Cadangan Zaim yang langsung tak masuk dek akal
ketika aku sibuk mencuba pelbagai jenis wangian di Sogo.
“Janganlah main-main. Saya rasa ni okey untuk
awak. Issey Miyaki. Untuk saya Lancome Hypnose.”
“Saya tak pakai Issey Miyaki. Saya nak Bvlgari.”
“Okey.”
“Saya rasa awak sesuai dengan perfume
Syahirahlah.”
“Helo, Mak Ton…”
“Okey! Lancome Hypnose!”
“Good boy!”
Selesai membeli-belah di Sogo, aku heret Zaim ke
Jakel pula. Walaupun Zaim sibuk nak balik sebab dah penat,
aku buat bodoh aja.
“Saya rasa, banyak kain lace yang murah-murah kat
sana, kenapa lace dari Dubai ni juga yang awak nak?”
“Sebab saya suka.”
“Poket saya dah nipis ni pun awak sukalah?”
“Berkiralah awak ni. Kita kahwin sekali tau seumur
hidup. Apa salahnya nak yang grand sikit. Lagi satu, kita
bukan kahwin koboi. Kalau kahwin koboi, kes lain la.
Bolehlah, ya? Tak mahal. Tujuh ratus aje.”

74
Areila Sahimi

“Sebelum awak mengadu kat Mak Ton awak tu,


baiklah saya kata okey.”
“Bagus! Bagus! Bagus!”
Kejam, kan gaya mengena Zaim ini? Tu la. Main-
main lagi!
Macam aku pernah kata... mungkin aku bukan artis
popular femes sekampung nak buat wedding of the year. Tapi
grand satu kampung tu harus.
Lagipun Mak Ton dengan emak dah cucuk-cucuk
nak buat majlis ni nampak besar sikit. Emak kata, aku anak
perempuan tunggal dia. Mak Ton pula kata, ni untuk anak
bongsu dia. So, bukan salah aku kalau mengopakkan poket
Zaim. Semua hal persiapan rasanya sudah beres.
Alhamdulillah....

75
2x5

bab 8
Hikayat Ahmad Zaim. Pada suatu hari....

S
EJAK balik dari kampung dengan
Kirin dulu, keadaan aku dengan
dia kira dah makin okey la. Aku
pun kiranya pasrah aja la kalau dah Si Kirin tu memang
jodoh aku.
Tapi bila nak bercerita tentang persiapan majlis
perkahwinan kami berdua tu nanti, alamak... aku seriau
dengan mak cik ni. Kirin memang pandai memilih. Dia pun
pandai membeli. Pada aku dia lagi pandai mengenakan aku di
kaunter bayaran.
Kirin memang seronoklah membeli itu ini, aku
juga yang terpaksa berkorban duit nak memenuhi kehendak
dia. Bila aku protes, dia mulalah mengeluarkan senjata
utamanya itu. Handphone Nokia model N-Sekupang. Nokia
dolu-dolu, yang jatuh tingkat lima hancur berderai pun boleh
pakai balik tu (Nokia 3310). Saat apabila Kirin memegang
handphone dia tu, aku terasa nak aja rampas dan pergi buang
dalam Sungai Klang. Tapi aku rasa mak cik ni bijak juga. Dia

76
Areila Sahimi

boleh baca apa yang aku nak buat. Keji betul cara Kirin
mengugut macam semasa nak tempah kad kahwin hari tu.
Masa duk melawan ni, rasa dah hangin juga. Aku
pun tak adalah bodoh sangat nak pergi bagi tetamu jemputan
kad kahwin fotostat. Tapi Kirin macam selamba aja. Masa ni
budak yang sedang mengambil pesanan dah terkekek-kekek
ketawakan aku.
“Poyo ar letak gambar kat depan kad.”
“Apa pulak poyo? Ini trendlah!”
“Trend apanya? Emmm... yalah! Yalah! Ikut
awaklah!”
Masa ni aku dah terdiam. Tak tau nak kata apa
apabila dengan bangganya, Kirin mengeluarkan N-Sekupangnya
untuk membuat panggilan telefon ke rumah umi. Fuhhh!!!
Berasap aja aku tengok gaya Kirin. Akhirnya aku akur juga.
Cash money aku keluarkan untuk membayar duit muka
tempahan kad kahwin. Lepas tu masa kat butik Mat Kacau,
haihhh… pening kepala dibuatnya.
“Wajib pakai ke semua ni?”
“Tak adalah wajib. Tapi ni untuk upacara potong
kek malam sanding tu.”
“Lain macam aja saya tengok awak pakai kembang-
kembang macam ni.”
“Apa pula lain macamnya? Cantik apa. Saya nak
juga merasa pakai gaun Cinderella macam ni.”
“Cinderella apa pula. Saya tengok dah macam mak
Shin Chan, Puan Misae tu aja....”
Aku mula terfikir. Orang perempuan memang
macam nikan. Kalau nak kahwin, semua nak grand. Semua
nak nampak mewah. Pada aku, gaun kembang macam

77
2x5

kelambu nyamuk ni tak ada pun tak apa. Ini Kirin nak juga.
Kali ni aku tak kuasa nak bertekak lidah pasal duit muka
khidmat Mat Kacau.
Tapi yang aku suka masa pergi pilih baju kahwin,
bila Kirin jadi senyap, tak membidas bila aku cakap dia pakai
macam tu dah macam emak Shin Chan. Aku tau mak cik ni
berangin. Yes!!!
Cerita tak habis sampai situ aja. Masuk hal barang
hantaran pun sama juga. Nak yang mahal-mahal, Bonia la...
apa la... hish!
Kirin selamba aja. Setiap kali aku komen, setiap kali
itulah dia menjawab. Aku tak cakap banyak pasal rege (harga)
dua barang yang dia ambil ini. Dah umi yang rekomenkan
suruh Kirin pilih Bonia, aku nak cakap apa lagi? Aku diam
dan macam biasa tunggu di kaunter aja. Kredit kad aku swap.
Kemudian kami ke Sogo. Sekali lagi aku tidak puas
hati dengan sikap pandai membeli minah ni.
Minyak wangi. Kali ini aku tak rasa boring. Sebab
aku memang nak cari minyak wangi untuk kegunaan aku
sendiri. Tapi, memandai aja Kirin pilihkan aku Issey Miyaki,
dia pula ambil Lancome Hypnose. Ooo… bijaklah sangat.
Issey Miyaki aku, murah seratus ringgit daripada dia punya
Lancome Hypnose tu. Tak aci!!! Banyak cantik muka dia!
Lastnya, aku ambil Bvlgari. Bila aku offer brand Syahirah kat
dia, cepat-cepat buat phone call dengan umi. Finally, dia
Lancome Hypnose, aku Bvlgari. Yang pasti kat kaunter, aku
juga yang kena keluarkan dompet.
Keluar dari Sogo, dia seret aku ke Jakel pula.
Kali ini aku rasa Kirin memang dah tau apa yang
dia nak dalam Jakel ini. Aku bajet dia dah buat survey
terlebih dahulu. Masuk aja dalam Jakel, dia terus aja

78
Areila Sahimi

menonong ke bahagian lace Dubai ini. Aku cuma mampu


menggeleng. Dan macam biasa, Kirin akan menjawab balik.
Dan aku pasrah jugalah dengan pilihan hatinya itu. Lace
Dubai berharga tujuh ratus ringgit sepasang. Tujuh ratus
beb!!! Kalau dibundarkan harganya, dah nak dekat
RM1,000.00 tu....
Pengalaman aku masa nak bernikah dengan Sofea
dulu, tak adalah teruknya macam sekarang ini. Dulu aku
suka. Jadi, apa yang Sofea nak, aku bagi ajalah. Sebab dah
memang sayang punya pasal.
Ini bila aku tak bagi, dia mengugut. Macam mana
ke gaya ceritanya tu? Kalau dulu tu pun, Sofea tak adalah
kejam macam Si Kirin ini. Sofea dulu, beli barang-barang
untuk dia dengan duit sendiri. Kirin pula, bayar setakat
sengih dengan gigi sebaris dia aja. Yang keluar duit, tetap
aku.
Walau apa pun, persiapan hampir sempurna. Ya.
Hampir sempurna semuanya dibuat dengan Cik Syakirin tu.
Dia memang seronok sakanlah. Nak itu ini, orang tolong
bayarkan. Aku? Dompet kopak! Kocek koyak! Kad kredit
sampai haus kena swap. Dan aku pun dah terasa nak buat
loan pinjaman perkahwinan kat Bank Rakyat aje ni.

79
2x5

bab 9
“K
AU rasa betul tak apa yang
aku buat ni, Fiq?” Syakirin
bertanya. Sedikit riak
gelisah jelas kelihatan pada raut wajahnya.
Fiqa memandang sekilas bakal pengantin baru di
sebelahnya ini. Cantik apabila profesional yang mencanting
warna solekan pada wajah Kirin. Kehebatan Mat Kacau tidak
dapat disangkal lagi. Tabik spring pada Mat Kacau.
“Apesal kau cakap macam tu?” soal Fiqa. Dah lawa-
lawa macam ni, yang muka sememeh tu apa hal entah budak
ni. Setahu aku, dari minggu lepas, Kirin ni happy semacam.
Muka berseri-seri. Maklumlah bakal naik pelaminlah katakan.
Tapi bila sudah tiba harinya, berubah rupa pula dia. Confuse!
Confuse!
“Tak adalah. Kau tengok ajalah aku ketuk (kenakan)
Si Zaim tu macam mana. Mesti dia bajet aku perempuan
materialistik. Lepas tu, aku takut juga. Yang excited, aku
sorang aja. Dia tu macam tak ada rasa apa-apa pun....”
Syakirin bersuara lemah. Sekarang dia berasa cuak nak

80
Areila Sahimi

berdepan dengan semua ini. Hal kahwin bukan benda main.


Sekarang dia dah terasa macam buat percaturan hidup mati
pula rasanya.
“Mana kau tau? Korangkan dah okey? Kalau dia tak
rasa apa-apa, tak adalah dia dah duduk tercongok depan tuk
kadi sekarang ni.” Fiqa berkata di sebalik pintu bilik Syakirin
yang sudah terbuka sedikit. Dari tadi dia terintai-intai apa
yang sedang berlaku di ruang tamu rumah Pak Majid.
Kelihatan Zaim segak dengan baju Melayu cekak
musang berwarna krim dipadankan pula dengan samping
tenunan Terengganu, tekun mendengar tazkirah daripada tuk
kadi.
Syakirin dipandang semula. Air muka Syakirin
masih seperti tadi. Tidak berkocak. Kelihatan blur dengan
keadaan sekarang ini.
“Relakslah. Kau janganlah nak buat muka macam
ni. Nanti pelik semua tetamu. Apesal muka pengantin
perempuan kelat semacam,” ujar Fiqa menyedapkan hati
Syakirin. Tisu ditekap perlahan-lahan pada wajah Syakirin
yang sudah berpeluh sedikit.
“Tapi Fiq…”
“Kau diam boleh tak? Cubalah dengar apa yang tuk
kadi tu cakap. Ini pot-pet pot-pet,” potong Fiqa sebelum
Syakirin meneruskan kata-katanya.
Terdengar bunyi orang mendengus kuat. Syakirin
melontar pandang ke tepi. Fiqa bukannya faham apa yang dia
rasa sekarang ini.
Fiqa menghampiri Syakirin yang duduk di tepi
katil. Dia melabuhkan punggung di sebelah Syakirin.
“Senang-senang macam ni. Kalau kau rasa tak

81
2x5

yakin, aku rasa kau ada masa lagi nak lari. Tingkap bilik kau
ni, tak adalah tinggi sangat aku tengok. Boleh aja kalau kau
nak melompat keluar. Guna skil lompat tinggi macam masa
kau jadi wakil rumah biru hari sukan sekolah kita dulu. Lepas
tu, kau pun akan jadi ala-ala Runway Bride,” kata Fiqa
selamba.
“Kau ni, ke situ pulak. Tak adalah sampai nak lari
pakai baju pengantin ni. Aku cuma nak tau, apa yang aku
buat ni betul ke tak?” balas Syakirin geram.
“Kau suka Zaim?”
Angguk.
“Kau nak kahwin dengan dia?”
Angguk.
“Gatal!!!” Lengan Syakirin dicubit manja.
“Fiq, aku nervous la.”
“Biasalah tu....”
“Fiq, aku takut.”
“Syyy....” Fiqa meletakkan telunjuk di mulut.
Syakirin diam.
“Aku nikahkan akan dikau dengan Nur Syakirin
Abdul Majid dengan mas kahwinnya lima ratus satu ringgit
tunai.”
“Aku terima nikahnya Nur Syakirin Abdul Majid
dengan mas kahwinnya lima ratus satu ringgit tunai.”
Air mata mengalir perlahan tanpa dapat ditahan,
saat Zaim melafazkan akad nikah dengan begitu tenang.
Fiqa di sebelah awal-awal dah standby dengan tisu.
Tugas pengapit. Mekap cair, kena lap. Air mata mengalir, kena
lap juga.

82
Areila Sahimi

Zaim masuk ke dalam bilik pengantin dengan


seutas gelang tangan emas di tangan. Gelang tangan tadi
dipakaikan di pergelangan tangan Syakirin. Tangan dia dan
Syakirin bertaut erat. Hangat terasa saat Syakirin mencium
tangannya. Kemudian dahi isteri yang baru dinikahinya tadi,
dicium. Tanggungjawab sudah sedia untuk dipikul oleh
kedua-duanya.

SYAKIRIN mengeringkan rambut yang basah dengan tuala


mandi. Penat terasa seluruh badan. Teruklah dia orang ni. Ada
ke patut pengantin baru kena dera cuci kawah rendang tuk.
Zaim masih di luar. Sedang berborak dengan abah
dan abang.
Krekkk…. Bunyi pintu bilik ditolak.
Zaim masuk ke dalam bilik. Dia lihat Syakirin
sedang duduk di hadapan meja solek.
Syakirin sedikit tersentak. Segan. Sekarang ini dia
relaks aja pakai speggeti dengan seluar pendek atas lutut.
Zaim dah pandang tak berkelip. Amboi... Zaim memandang
dia macam geram aja.
Semalam, lepas aja tamat acara memotong kek,
Syakirin terus cepat-cepat masuk tidur. Masuk tidur cepat
sebab takut. Mengerikan apabila mengenangkan malam
pertama. Fiqa punya kureng, seminggu sebelum majlis
berlangsung siap hadiahkan buku Cakar Harimau. Paling tak
tahan, siap highlight lagi lepas baca ‘hari-hari mau’. Fuhhh!
Fiqa punya penerangan sangat mengerikan. Tokok tambah
memang juara. Yang auta melebihi daripada yang fakta.
Padahal buku tu tak ada apa-apa pun, hanya sekadar rujukan

83
2x5

di dalam hubungan suami isteri berlandaskan hukum Islam


aja. Itu setakat sempat membaca helaian yang diselak ajalah.
Paginya, apabila bangun dari tidur untuk solat subuh, baru
perasan yang semalaman Zaim hanya tidur di atas lantai
sekadar beralaskan karpet sahaja. Okey. Ini siapa yang takut
sebenarnya. Agaknya, Zaim lagi teruk kut. Siap rela tidur atas
karpet daripada tidur atas tilam empuk jenama King Koil
yang emak baru beli dari Courts Mammoth.
Suasana di dalam bilik senyap sunyi. Hari dah jauh
malam. Jarum jam pun sudah menginjak ke pukul dua belas
tengah malam. Mata dah berat. Jawabnya nak tidurlah.
Zaim duduk di birai katil belah kanan.
Syakirin masih lagi duduk di atas kerusi kecil di
hadapan meja solek. Mukanya dah siap disapu krim malam
Artistry.
“Ermmm…” ucap Syakirin ringkas sekadar untuk
membuka bicara. “Awak nak tidur kat bawah ke, kat atas?”
“Ermmm….” Zaim teragak-agak.
“Awak nak saya tidur kat atas ke, kat bawah?” Zaim
bertanya kembali.
“Ermmm….” Syakirin mengerut dahi. Ikutkan, dia
tak kisah. Zaim nak tidur atas pun boleh. Tidur bawah pun
dia tak halang. “Kat bawah sejuk nanti. Awak ambil site kiri,
saya pergi site kanan. Boleh?”
Syakirin angkat kening. Okeylah idea tukan?
“Okey. Kalau awak tak kisah,” kata Zaim.
“Saya tak kisah.”
“Okey.”
Badan sudah berbaring sedap di atas tilam di
bahagian kiri katil. Sedapnya. Nikmat. Semalam habis sengal

84
Areila Sahimi

satu badan tidur atas karpet. Sudahlah kat sini apabila malam
menjelma, keadaannya sejuk semacam. Kirin tu pulak
kemain lagi dia, conquer katil queen size ini sorang-sorang.
Haram tak bagi ruang barang seinci. Macam mana dia nak
tidur di atas katil? Nak dikejutkan minta ganjak sedikit, tak
sampai hati. Muka penat gila. Akhirnya landing atas karpet
pun... jadilah....
Syakirin memandang raut wajah Zaim yang sudah
jauh bermimpi. Penat sebenarnya tu. Mana tidaknya? Zaim
lagi teruk kena dera tadi. Abang memang tak bagi can. Dia
suruh Zaim cuci kawah rendang tuk. Periuk belanga kenduri-
kendara dah la besar-besar gedabak. Masak orang pun boleh
tu. Kasihan Zaim. Dia ni sekadar tukang tolong aja. Tolong
sikit-sikit. Mana larat nak berus pakai berus sabut jelaga,
kalau tak ada kederat (tenaga) lelaki yang kena buat. Dia
sekadar tukang curah air aja. Itu pun air paip. Kalau air
telaga, confirm macam semalam jugalah. Masuk bilik terus
tidur.
Zaim dipandang lagi. Alhamdulillah... selamat
sudah majlis. Dalam hati, Syakirin mengucapkan syukur.
Bantal ditepuk-tepuk perlahan. Bimbang akan mengejutkan
Zaim. Badan diletak lembut di sebelah kanan katil. Tangannya
menutup suis lampu tidur. Mata dipejamkan. Zzzz….

85
2x5

bab 10
“R
UMAH,” kata Zaim ringkas.
Syakirin sekadar
mengangguk. Yalah. Tahulah
ini rumah. Takkan reban ayam kut.
Kunci mangga pagar dibuka.
“Masuk!” arah Zaim sepatah.
Syakirin mengangguk lagi. Langkah kaki diatur
masuk ke dalam rumah teres setingkat di Bandar Baru Bangi
itu.
Ermmm… okey juga. Tak besar sangat. Cukuplah
untuk dua orang duduk. Siap perabot. Lengkap. Banyak juga
gaji Si Zaim ni.
Syakirin meninjau seluruh ruang rumah ini. Dari
ruang tamu, bawa ke dapur, stor dan seterusnya ke setiap
bilik. Bilik ada tiga. Bilik air ada dua. Satu kat dapur, satu
lagi di dalam master bedroom.
“Bilik kita yang mana satu?” Syakirin buat-buat
bertanya. Padahal bukan dia tak tau. Sememangnya dekat

86
Areila Sahimi

master bedroomlah tempat dia dan juga Zaim akan duduk


dan tidur.
“No... no... no....” Zaim menggeleng kepala. “Bukan
bilik kita. Kita tidur bilik asing-asing.”
“Hah!!!” Syakirin sedikit terkejut. Matanya
memandang tepat ke muka Zaim yang tak berkocak. Tidak
beriak langsung.
“Macam mana tu?” Dia bertanya kemudian. Pelik.
Kata suami isteri. Apesal tidur bilik asing-asing pulak?
Musykil. Musykil.
“Awak tidur kat bilik nombor dua ni. Saya kat
master bedroom,” beritahu Zaim dengan tenang.
Buat masa sekarang, ini aja benda yang dia dapat
fikirkan. Kalau dia tak suka, buat apa nak dibuat apa-apa pada
anak orang tu? Lebih baik macam ni. Kalau duduk sekali
dalam satu bilik, dia boleh bayangkan apa yang bakal terjadi.
Selama duduk sebilik seminggu di kampung pun, dah buat
jiwa lelaki dia macam tak kena. Tu hah... Kirin tu. Sudahlah
seksi ya amat. Pakai seluar pendek dengan singlet tali halus
tu. Betul-betul menaikkan nafsu. Tapi ditahan juga. Sebab
hatinya selalu berpesan, jika tiada perasaan, dia tidak akan
buat perkara yang satu itu.
Syakirin memandang lagi wajah Zaim yang cukup
tenang mengutarakan perkara itu. Ooo... jadi sekarang ni dia
bukan mahu isteri, tapi sekadar housemate ajalah. Fuh...
sedikit sebanyak timbul perasaan tersinggung di dalam hati.
Macam ni dia dilayan sebagai seorang isteri. Pengantin baru
yang masih fresh lagi. Pengantin yang belum lagi disentuh.
Zaim tu egonya aja yang meninggi. Baiklah. Kalau itu yang
Zaim nak, dia ikut.
“Okeylah tu. Bagus juga. Sekurang-kurangnya ada

87
2x5

privasi untuk diri saya sendiri. Lagipun saya tak sukalah


kongsi-kongsi ni,” balas Syakirin bersahaja. Dia ada cara
bagaimana mahu mematahkan ego lelaki itu. Helo! Ini Nur
Syakirin, okey. Tahulah apa yang dia nak buat nanti. Ahmad
Zaim... baiklah kau berjaga-jaga dari sekarang.
“Awak tak kisah ke?”
“Nak kisah apa? Mana bilik saya? Saya nak start
berkemas ni.” Bagai tidak sabar Syakirin berkata.
“Tu hah!” tunjuk Zaim.
Syakirin buat muka selamba sambil menonong aja
masuk ke dalam bilik yang ditunjukkan oleh Zaim tadi.
Zaim berasa sedikit pelik. Betul la Si Syakirin ni tak
makan saman punya orang. Agaknya, Syakirin pun berasa
perkara yang sama kut. Itu sebab dia buat no hal aja.
Ermmm... apa-apa ajelah!

“SEBAL!!! Sebal!!!” Syakirin merungut-rungut di atas katil.


Bantal tidak bersarung diletak di atas sila. Tangan kanan yang
sudah digenggam penumbuk, menumbuk-numbuk ke muka
bantal. Geramnya. Sudahlah tidur kat bilik kecil. Yang Zaim
tu tidur kat master bedroom. Cadar tak ada. Sarung bantal tak
ada. Lain kali kalau nak buat plan macam ni, bagitaulah siang-
siang. Senang aku standby macam-macam barang. Standby
macam budak baru nak masuk asrama. Eee… Zaim!!!
Tok! Tok! Tok! Bunyi pintu diketuk dari luar.
Syakirin bingkas bangun. Pintu dibuka sedikit.
“Apa dia?” tanyanya penuh bersahaja. Sebal di hati,
dia cover dengan senyuman manis di muka.

88
Areila Sahimi

“Saya lupa nak bagitau awak tadi, yang rumah ni


tak ada cadar lebih,” kata Zaim sambil tersengih. Dia
bukanlah kejam sangat pun. Jiran sebelah bilik dia ini tetap
juga isteri dia. Cuma tak bersedia nak tidur bersama, tu yang
buat dia dan Syakirin duduk di bilik berasingan.
“Tak apalah. Saya alas dengan kain batik,” kata
Syakirin malas. Hatinya sakit. Badannya penat. Belasah ajelah
apa yang ada kalau sudah darurat macam ni. Tapi kain
batik??? Alamak! Selama jadi orang KL ni, langsung dia tak
pernah pakai kain batik. Leceh! Pakai seluar pendek juga
yang senang. Habis tu, malam ni macam mana? Tilam ni
nampak okey. Tapi mahunya miang satu badan kalau tidur
tak ada lapik dengan apa-apa. Syakirin mengerutkan dahi.
Kemudian dia mempamerkan gigi sebaris di hadapan Zaim.
“Saya tak ada kain batik,” beritahu Syakirin jujur.
“Tak apalah. Kita keluar pergi beli cadar awak.
Lepas tu makan sekali. Lagipun kita berdua belum makan
lagi. Awak siap sekarang,” arah Zaim.
“O…” Syakirin menjulingkan mata ke atas. Belum
habis nak sebut ‘okey’, Zaim pun dah lesap. Okey!
sambungnya di dalam hati.

“CUKUP?” Zaim bertanya.


Syakirin yang sedang enak menghirup kuah sizzling
dipandang. Memang pantang dioffer. Mentang-mentanglah
semua barang yang dia nak, aku yang bayar, sampai penuh
satu troli dia pergi ambil. Lepas ni memang kena berjaga-jaga
kalau nak bawa Si Kirin keluar membeli-belah, Zaim berleter
di dalam hati.

89
2x5

“Cukup! Saya limit makan sepinggan aja. Mana


boleh lebih-lebih. Takut gemuk,” kata Syakirin bersahaja.
“Bukan cukup makan. Barang-barang keperluan
awak tu, cukup ke?”
“Ooo… lebih daripada cukup.”
“Awak jangan bagitau parents kita pasal hal ni.
Kalau boleh, biarlah hal ni kita berdua aja yang tau. Lagipun
ni rumah tangga kita berdua,” kata Zaim panjang lebar.
“Okey, bos!!!” Tabik spring Syakirin berikan pada
Zaim.
“Awak ni macam relaks aja. Kalau perempuan lain,
mesti dah melenting kalau dia orang berada di tempat awak.”
“Itu perempuan lain, bukan saya. Saya malas nak
kecoh-kecoh. Lagi satu... peraturan bilik asing-asing ni, awak
yang buat, ya. Jadi, jangan pandai-pandai nak masuk bilik
saya tanpa kebenaran. Saya tak suka. Kita buat hal masing-
masing kat rumah tu. Jangan sibuk-sibuk nak jaga tepi kain
orang pula,” ujar Syakirin pula.
“Okey. Set!!!”
“Set!!!” Syakirin mengenyitkan matanya sebelah.
Tangan dihulurkan, tanda kata sepakat telah dicapai.

90
Areila Sahimi

bab 11
B
UNYI lagu dari mikro mini di
dalam bilik, sedikit menceriakan
suasana. Ini tabiat biasa. Kalau
nak bersiap atau sedang berdandan di hadapan cermin,
muzik latar wajib kena ada. Semua orang dekat flat belakang
Minlon tu dah tak kisah dah. Tabiat di sana dibawa ke mari.
Di sini, masih baru. Jadi volume tak adalah kuat sampai
boleh menggegarkan satu rumah. Tapi kalau dekat rumah
lama, bergegar satu flat itu perkara biasa. Kalau tidak rumah
dia yang kasi gegar, budak bujang tingkat atas tu akan
menggegarkan suasana juga. Jiran bersepakatlah katakan.
Sama-sama kita kasi gegar!!!
Muka ditilik di hadapan cermin. Foundation, bedak,
blusher, mascara, eyeliner, eye shadow semua dah bertempek
di muka. Dah namanya pun kerja depan kaunter pembayaran
bil, kan.
Rambut sudah siap disanggul ala-ala pramugari
MAS. Skarf warna biru dengan corak TM kecil-kecil dicapai
dari penyangkut. Benda alah ni sebenarnya multi purpose.
Kalau yang mana bertudung, buat tudunglah. Kalau yang

91
2x5

mana tak bertudung, buat skaf la. Senang aja. Ikat dekat
tengkuk cantik-cantik. Tada… dah siap. Blazer berwarna
kelabu pada penyangkut baju ditarik keluar dari dalam
almari. Dikenakan ke badan. Final touch. Loose powder
dilekapkan ke muka. Siap!
Syakirin keluar dari bilik dengan semangat baru.
Dah lama bercuti ni. Kena positifkan kepala. Jangan nak
malas-malas walaupun hakikatnya, adoyai… sangat berat
badan nak bangun tidur tadi.
“Lambatnya siap,” tegur Zaim dari meja makan.
Syakirin sekadar tersenyum. Kelihatan Zaim begitu
tekun menyapu roti bakar dengan seri kaya. Wah... ni betul
punya bagus dapat housemate macam ni. Ini cakap betul ni.
Masa dengan Fiqa dulu pun, tak adalah mak cik tu sampai
rajin bebenor nak siapkan sarapan pagi. Ini siap ada roti
bakar, telur gegar. Ermmm... sedapnya! Bau air Milo tu pun
dah cukup buat terliur. Macam manalah Zaim tau yang pagi-
pagi dia memang suka minum Milo. Minum Milo anda jadi
sihat dah kuat!!!
“Berdiri apa lagi? Duduklah,” pelawa Zaim.
Syakirin tersipu-sipu malu. Ini siapa jadi isteri,
siapa jadi suami sekarang ni? Bukan ke patutnya dia yang
kena siapkan semua ni. Dalam malu, Syakirin duduk jugalah
di atas kerusi.
“Roti?” tanya Zaim. Lembut.
Syakirin mengangguk. Dia tersengih lagi. Sengih
orang malu. Fiqa pun tak pernah layan dia sampai macam ni
sekali. Emak? Kalau nak makan, pandai-pandailah buat
sendiri. Baiklah Zaim ni. Tak adalah teruk sangat pun. Cincai-
cincai, kira okeylah.

92
Areila Sahimi

“Air?” Zaim bertanya lagi. Macam gaya seorang


pelayan kedai makan aja.
“Mai sechewan…” kata Syakirin mengajuk iklan
Kopi Radix. Hidung dia tu siap dinaikkan sekali. Biar betul
real cara dia mengajuk mat salih dalam iklan tu bercakap.
Zaim ketawa kecil.
“Macam-macamlah awak ni,” katanya sambil
menuangkan Milo panas ke dalam cawan.
“Rajinnya awak. Pukul berapa bangun? Siap buat
breakfast lagi. Hari-hari awak memang macam ni ke?” tanya
Syakirin tidak berhenti sebelum roti bersapu kaya itu
dimasukkan ke dalam mulut.
“Tak adalah hari-hari. Hari ni aja saya terlebih rajin.
Mengalu-alukan kedatangan awak ke sini.”
Syakirin mengulum senyuman segaris. Sweetnya
ayat. Kedatangan dia dialu-alukan. Ha ha ha… patutlah
belum apa-apa, dah standby bilik kosong satu untuk dia.
“Terima kasih,” jawab Syakirin dengan senyuman
tak lekang.
“Macam mana tidur semalam? Okey, tak?”
“Okey. Tapi macam panas sikit. Nanti awak letak
air-cond ya dalam bilik tu. Baru sedap nak tidur.”
“Banyak songeh awak!” balas Zaim. “Sudahlah
duduk free. Nak macam-macam pula.”
“Main-main ajalah!” Syakirin mencebik. Baru
duduk satu hari pun, dah mengungkit. Cehhh!!!
“Kat sini tempat dia seram sikit. Awak hati-hati.
Kalau nak pergi toilet, jangan pandang belakang. Tambah-
tambah lagi kalau malam Jumaat.” Sengaja Zaim mengusik.
Dia bukan apa. Sejak kenal Syakirin sampai sekarang,

93
2x5

dirasakan gadis ini cukup tenang dalam apa aja yang dia
lakukan. Macam sekarang. Kirin relaks aja. Sikit pun tak
melatah.
“Ha ha ha....” Syakirin ketawa sepatah sepatah.
“Takutnya saya dengar.” Dia buat-buat gaya takut.
“Jangan pandang belakang!!!” katanya lagi sambil
disela dengan ketawa yang mengekek. Ada hajat nak
momokkan dia dengan jangan pandang belakang tu. Sorry
okey. Salah oranglah! Sikit pun tak takut.
“Jangan riak sangat.” Zaim cuba mengingatkan.
Syakirin menjulingkan mata ke atas. Dia bangun.
Cawan dan piring dibawa ke singki. Basuh ala kadar sebab
bukannya kotor sangat pun. Syakirin kembali ke meja
makan.
“Okeylah. Saya nak gerak dulu ni,” kata Syakirin.
Beg tangan dicapai. Kunci kereta dikeluarkan. Dia berlalu
begitu sahaja meninggalkan Zaim dengan cerita jangan
pandang belakangnya itu.
“Betul tak berperasaan! Hmph!” Ujar Zaim apabila
terdengar Neo maroon itu mengaum kuat.

“SELAMAT pengantin baru ceng... ceng... ceng... Selamat


berbahagia....”
Syakirin membulatkan matanya apabila sampai aja
di TMPoint, terus semuanya buat koir menyanyikan lagu
pengantin baru untuk dia. Koir ini nampaknya telah pun
dikuasakan oleh bos besar, merangkap pengurus cawangan,
diaktifkan oleh anak-anak buah yang tiga suku dan
diperhebatkan lagi oleh muzik iringan mak cik cleaner yang

94
Areila Sahimi

siap bergendang baldi lagi sebaik sahaja dia melepasi pintu


pejabat. Mentang-mentang kedai belum buka, dia orang
bukan main lagi bergembiranya.
Lupa pula, ketua kumpulan siapa lagi kalau bukan
Cik Fiqa tu. Rasanya nak aja baling kasut tumit tinggi dekat
Fiqa ni. Langsung tak agak-agak buat koir macam tu untuk
menyambut pengantin baru macam dia ni. Macam tak tau
yang dia bukan suka sangat nak dengar semua ni. Tapi
mereka ni memang suka buat benda yang dia tak suka. Suka
buat orang malu, tau. Jahat!!!
Melihat muka Syakirin masam mencuka, semua
kembali senyap dan menjalankan tugas masing-masing. Tuan
Manjit yang merupakan pengurus di sini pun, dah masuk
balik ke dalam biliknya. Surprise macam tak menjadi. Operasi
gagal.
Fiqa mengintai temannya itu. Dilihat Syakirin sibuk
benar gayanya menghadap komputer. Tetikus digerak-gerak
kasar. Seketika kemudian, tangannya ligat sahaja mengemas
kaunter nombor dua itu. Ini kalau dengar lagu orang kahwin
pun muncung boleh panjang sedepa, mesti ada yang tak kena.
Fiqa kembali ke tempat duduknya. Kaunter nombor tiga.
Betul-betul bersebelahan Syakirin.
“Kirin, relaks la... Emosi sangat pagi-pagi ni, apa
hal?” tanya Fiqa.
Syakirin menjeling.
“Banyaklah kau punya relaks. Cuba kalau kau ada
kat tempat aku sekarang ni, apa yang kau rasa!” hambur
Syakirin.
“Alah aku main-main ajalah,” kata Fiqa sambil
tersengih. “Tapi apa hal? Zaim buat apa kat kau semalam?”
“Tak adalah buat apa-apa. Cuma…” kata-kata

95
2x5

Syakirin mati sekerat jalan. Masakan hendak membuka


pekung di dada sendiri. Takkan cerita hal rumah tangga yang
baru dua minggu dibina ini pun nak diceritakan pada Fiqa.
Agak-agaklah sikit. Zaim dah pesan. Hal dalam rumah tu, biar
dia dan Zaim aja yang tahu.
“Cuma apa?” tanya Fiqa tidak sabar.
“Cuma… cuma… cuma….” Syakirin masih
teragak-agak. Nak bagitau ke tak ni? Bagitau. Tak bagitau.
Bagitau... tak bagitau.
“Cuma apa???” soal Fiqa sedikit kuat.
“Cuma aku malu dia buat breakfast untuk aku pagi
tadi,” beritahu Syakirin laju. Macam bunyi meriam buluh
yang tengah meletup.
Pecah ketawa Fiqa.
“Aiyoo... orang buat breakfast pun nak stres ke?
Bukan ke best giler namanya tu. Kau tak payah susah-susah
nak ke kafe,” kata Fiqa bersama ilai tawanya. Nasib sahaja
TMPoint belum dibuka. Kalau tidak, pasti pelanggan tertanya-
tanya, sawan apa yang dah serang Fiqa pagi-pagi buta yang
boleh buat dia ketawa macam orang gila tiga suku ini?
Syakirin menarik sengih plastik. “Tu la. Zaim tu
mesti bajet aku pemalas, kan?”
Syakirin cuba berdalih, padahal itu bukanlah
sebabnya. Sebal duduk bilik asing-asing, tu yang jadi
penyebabnya. Mungkin layanan Zaim tu nampak baik. Tapi
pada dia, semua tu tak ada maknanya kalau hati disakiti
secara halus macam tu.
Zaim tu tak pandai langsung nak menghormati
isteri sendiri. Dahlah dibiar tidur sorang-sorang. Lepas tu
pagi-pagi buat lawak antarabangsa pula pergi momokkan

96
Areila Sahimi

yang kat kawasan tu tempat jin bertendang, bunian


bergendang, hantu-hantu berdondang sayang.
“Bukan kau memang pemalas ke?” usik Fiqa.
“Blah la kau!” Ujar Syakirin.
Pelanggan sudah pun masuk ke dalam TMPoint.
Kerja bermula. Syakirin menjalankan tugas seperti biasa.
Fiqa yang masih lagi tidak lekang sengih mengusiknya,
dibiarkan sahaja.

“HEY, pengantin baru! Amacam life? Ada seronok ke?” Hairi


menegur sebaik sahaja terpandang kelibat Zaim yang baru
sahaja memasuki pejabat.
“Gila best. Rugi kau tak kahwin,” balas Zaim
bersahaja. Best ke? Entahlah! Yang dia tau, hari ini pagi-pagi
lagi sarapan ‘madam’ besar tu dia yang sediakan. Kalau
diikutkan, kerja-kerja memasak ni memang tugas isteri.
Musykil! Apa pasal hari ini dia terlebih rajin buat semua tu?
Dah terbiasa kut? Dua minggu lepas bersarapan bersama,
sampai terbawa-bawa ke rumah sendiri. Tak ada hal sangat.
Cuma bakar roti dengan buat air aja tadi pun. Tak sempat nak
berpeluh, air dah siap berbancuh, roti dah siap berbakar.
“Wah!!! Bahagia gila aku dengar. Kaki ada ketar ke?
Patut, pagi-pagi skema... butang kancing sampai ke atas,
necktie sampai nak mencekik leher sendiri.” Hairi bersuara
nakal.
Ketawa Zaim tidak semena-mena pecah. Biru
kekuningan sungguh kepala otak engineer sorang ni. Kaki
ada ketar. Butang dikancing ke atas.
“Banyaklah kau!” kata Zaim terus sahaja mengatur

97
2x5

langkah ke biliknya. Melayan lawak kotor Hairi belum tentu


satu hari boleh habis.
“Hey, member! Ceritalah sikit apa feel sekarang ni?”
Hairi masih lagi menggiat pengantin baru yang baru hari ini
masuk ke pejabat.
Refleks tangan Zaim mencapai highlighter dari
bekas pen, lalu dibaling ke arah Hairi yang tercongok di
muka pintu biliknya. Ingatkan tadi dah habis. Ingatkan tadi
Hairi ni terus pergi buat kerja dia sendiri. Ini, tak habis lagi
nak menyibuk hal orang. Macam tak tau orang yang dah
bercuti panjang, tentu-tentu sahajalah banyak kerja nak kena
buat. Boleh pula Hairi datang nak tanya pasal perasaan lepas
kahwin ni macam mana.
“Agak-agak kalau kau nak rasa feel, kau kahwinlah.
Baru boleh rasa. Setakat dengar aku cerita, mana nak best.
Mana nak ada feel,” kata Zaim sambil tangannya mula
membentang pelan rumah teres kos rendah di atas meja
kerjanya. Engineer yang tak ada kerja dan makan gaji buta tu
dia layankanlah juga.
“Aku bukan tak nak kahwin macam kau, Im... tapi
takde saper yang nakkan aku ni. Kau macam tak tau kriteria
calon menantu cikgu bersara Hajah Samsiah Haji Sulaiman,
emak aku tu. Jenuh pusing satu Malaysia, tapi tak jumpa-
jumpa juga,” beritahu Hairi dengan suara mendatar. Siapa
yang tak nak kahwin? Sementelah umur dah mencapai angka
tiga kat depan. Emak di kampung tu dah bising aja suruh dia
berbini cepat. Tapi nak buat macam mana? Stok-stok yang dia
kenal, semuanya jenis rugged, daring dan sangat-sangat up-
to-date. Gaya memang terpesong ke barat. Takkan nak bawa
balik salah sorang stok ni jumpa emak? Mahu tak pasal-pasal
kena penggal dengan parang cikgu bersara Hajah Samsiah
Haji Sulaiman!

98
Areila Sahimi

Huh! Mak dah pesan awal-awal, calon menantu dia


kenalah pakai tudung. Tak kisahlah kerja apa pun. Janji,
kelakuan dan tingkah laku dijaga. Bukan main rembat kat
mana-mana kelab. Tu yang susah tu.
“Kalau dah kau pusing masuk Hard Rock, pergi
Castle, redah Modesto’s, keluar Mutiara Dangdut, mana nak
jumpa? Kalau ikut kriteria yang mak kau nak, aku rasa kau
patut masuk kampung. Lepas tu, bolehlah kau cari mana-
mana gadis Melayu, yang betul-betul Melayu, yang macam
mana emak kau nak. Kat bandar macam kat sini, gadis
Melayunya mana nak nampak Melayu. Semua dah jadi orang
putih celup. Semua jenis Melayu lupa diri,” sindir Zaim.
Sengaja Zaim berkata begitu. Dia bukan tak kenal
dengan Hairi ini. Bukan main lagi setiap malam, berlibur di
kelab. Nasib aja Hairi tak pernah terasa nak meneguk air
setan tu kalau dia masuk ke dalam mana-mana kelab di ibu
kota. Kalau tidak, habislah setan pun takde air untuk
diminum. Ada hati nak menyalahkan cikgu bersara Hajah
Samsiah Haji Sulaiman pula sebab letak kriteria yang sangat
susah nak dicari. Dah cari kat tempat yang salah, mana nak
jumpa?
“Aku masuk ke sana, tak pernah buat benda jahat,
Im. Aku masuk, sebab suka-suka aja. Nak release tension
kerja. Kut ya pun awek kelab berderet nak kat aku, sebab dia
orang yang nak kat aku. Bukan aku yang nak kat dia orang.
Aku sebelah mata tak pandang perempuan jenis macam tu.
Aku pun ada taste juga,” ujar Hairi.
“Banyak lagi tempat kau boleh pergi untuk release
tension kau tu, Ri. Masjid Putrajaya tu tak cukup besar ke
untuk kau jadikan tempat tenangkan fikiran? Daripada masuk
ke dalam kelab yang sesak dengan macam-macam jenis
manusia tak tau halal haram tu.”

99
2x5

Ceramah Zaim sudah berjela. Boleh dikira agaknya


berapa kali aja Hairi menjejakkan kaki ke dalam Masjid
Putrajaya yang tersergam indah itu, padahal rumah dia dekat
Pinggiran Putra aja. Jarak masjid yang sekangkang kera tak
tau nak jejak, kelab malam yang jauh berkilometer tu juga
dia masuk. Kurang bijak tang situ cara Hairi berfikir.
“Aku masuk pejabat aku dulu, Im. Kena prepare
untuk presentation depan consultant pukul sebelas karang,”
balas Hairi sebelum berlalu ke muka pintu.
Apabila Zaim dah masuk mode aura macam ustaz
baru balik dari Al-Azhar, bukan boleh dia nak duduk lama-
lama di situ. Ini pun dah cair tahi telinga mendengar
tazkirah. Kalau biasa orang bagi tazkirah hari Jumaat, hari ni
dia kena dengar tazkirah free pada pagi Isnin yang indah. Dia
nak membidas lebih-lebih pun tak boleh. Semua benda yang
Zaim ceramahkan tu, benda betul. Mana berani dia nak
membangkang gaya loyar menegakkan kebenaran di dalam
mahkamah.
Jadi, paham-paham sendirilah. Agak-agak tak tahan
nak dengar lebih lama, pandai-pandailah cari jalan nak
melepaskan diri. Selalu sangat kena ceramah dengan Zaim.
Bukan dia jenis budak degil yang ketegar (keras kepala) ya
amat. Ada juga ceramah Zaim yang menusuk hati tu dia ikut
juga. Kalau dulu tiap-tiap malam merambu ke kelab,
sekarang ini seminggu sekali aje. Paling tidak pun, sebulan
sekali untuk melepaskan gian.

100
Areila Sahimi

bab 12
“B
ARU pindah ke?”
Syakirin menoleh
ke rumah sebelah. Kelihatan
seorang wanita berumur penghujung tiga puluhan sedang
mengulum senyum ke arahnya. Syakirin membalas
senyuman itu.
“Haah,” jawabnya sepatah.
“Wife Zaim, ya?” tanya wanita itu lagi.
“Haah.”
“Saya, Zainab. Panggil Kak Nab aja.”
Syakirin tersenyum lagi apabila wanita itu
memperkenalkan dirinya.
“Panggil saya Kirin aja, kak.” Syakirin pula
memperkenalkan diri. Dia bersalaman dengan Kak Nab.
“Tak patut betul Zaim tak kenalkan wife dia dengan
akak. Sudahlah kahwin pun tak jemput,” kata Kak Nab dalam
nada bergurau.
Syakirin sekadar tersengih malu. Memang tak

101
2x5

patut. Ada ke jiran tetangga pun tak dijemput ke majlis


kenduri kahwin sendiri.
“Nanti senang-senang, jemputlah ke rumah, kak,”
pelawa Syakirin ramah.
“Yalah. Kirin pun bila-bila masa nak datang rumah
akak, jemputlah. Pintu sentiasa terbuka.”
“Yala, kak. Masuk dulu ya, kak.”
“Yalah....”
Syakirin memboloskan diri ke dalam rumah.
“Ini, apa hal terhendap-hendap macam pencuri ni?”
Dia bertanya pada Zaim apabila melihat lelaki itu begitu asyik
mengintai Kak Nab dari balik tingkap rumah. Kalau ya pun
nak skodeng, takkanlah nak skodeng bini orang. Apa punya
taste entah Zaim ni.
Zaim yang sedang melutut di atas sofa sambil
memerhati Kak Nab di luar, terus sahaja duduk apabila
ditegur oleh Syakirin.
“Lambat balik?” Dia bertanya sebaik sahaja Syakirin
melabuhkan punggung ke sofa satu tempat duduk di
hadapannya.
“Biasalah. Ingat kerja jaga kaunter tu senang. Kena
buat kira-kira. Tengok balik ada yang miss ke tak. Lepas tu
kena rekod. Banyak kerja kena buat tau,” cerita Syakirin.
Kepalanya dibuat satu pusingan sebagai senaman untuk
meregangkan urat-urat yang dah bersimpul.
“Selalu memang balik time-time macam ni ke?”
soal Zaim.
Syakirin yang sudah bersandar kepenatan hanya
mengangguk.
“Dah makan?”

102
Areila Sahimi

“Belum. Awak masak ke?” Laju Syakirin menjawab


dan bertanya. Ini betul-betul bahagia kalau makan malam
pun dah siap masak. Ini betul baik punya jaga makan minum.
“Awaklah pula masak. Breakfast tadi saya dah
sediakan.”
“Eh, apesal pulak? Tak paksa pun suruh buat
breakfast tadi, kan?”
“Gilir-gilirlah. Tolak ansur kalau dah namanya duduk
serumah.”
Syakirin mendengus perlahan. “Apa kata hari ni
awak masak. Esok saya. Lepas tu awak. Awak. Awak lagi.”
“Ini fesyen (jenis) apa ni? Kalau saya, saya, saya....”
“Demokrasi.”
“Demokrasi apanya?”
“Demokrasi terpimpin.”
“Demokrasi terpimpin ek, la awak.”
“Habis tu, kena masak jugak ke ni?”
“Yalah. Kira adillah. Pagi saya dah sediakan breakfast.
Malam awak sediakan dinner.”
“Kalau tak nak?”
“Siapkan sebulan duit sewa rumah berserta deposit
dua bulan.”
“Ugut nampak....”
“Yalah. Dah duduk free, mana boleh malas-malas.”
“Ungkit nampak....”
“Pergi mandi cepat. Lepas tu masak untuk makan
malam. Saya tak suka makan kat luar.”
Syakirin bangun sambil mendengus kuat.

103
2x5

“Yalah! Yalah!” Dia akur juga apabila mengenangkan


nasib diri yang duduk free di dalam rumah kecik ni.
Fuhhh….

MATA memandang ke dalam kabinet dapur. Diam. Tegak


dan statik. Yang kelihatan di dalamnya hanya mi segera. Itu
aja. Pintu peti sejuk dibuka pula. Dia mengeluh perlahan.
Dalam peti ais hanya ada telur dan air sejuk. Atas peti ais, roti
Gardenia, stok breakfast pagi tadi.
Nak masak apa kalau semua benda tak ada kat
rumah? Kabinet bawah dibuka. Bekas beras digoncang
perlahan. Ringan gila! Beras pun langsung tak ada. Mati akal
nak masak apa ni? Malas nak cakap banyak. Mi segera dua
bungkus dikeluarkan. Telur dua biji diletakkan bersebelahan
dengan bungkus mi segera.
Okey, puan-puan... kaedahnya nak masak mi segera.
Syakirin berlawak antarabangsa sendiri di dalam hati. Dia
mengulum senyum seorang diri di dapur. Namanya dah kahwin,
tapi masih lagi makan mi segera.
Periuk berisi air diletakkan di atas tungku dapur.
Api sudah menyala. Air dibiarkan menggelegak seketika. Mi
dimasukkan, diikuti dengan perencah karinya. Selang lima
minit, telur dipecahkan ke dalam mi yang sudah mengembang.
Aroma kari berapi sudah menyusuk ke dalam rongga hidung.
Tada!!! Siap! Maggi kari telur gegar dua.
Syakirin menatang dua mangkuk Maggi kari
dengan berhati-hati. Air Milo yang sudah siap dibancuh
sorang satu di dalam mug, dibawa ke hadapan.
“Makanan siap!!!” kata Syakirin sedikit kuat untuk

104
Areila Sahimi

menarik perhatian Zaim yang asyik menonton Buletin


Utama.
Zaim bergegas bangun menuju ke meja makan.
Mukanya manis berseri-seri. Tapi sebaik sahaja sampai ke
meja makan, muka yang manis berseri itu sudah bertukar
jadi muka kelat-kelat masam. Mata tertancap pada dua
mangkuk mi segera dengan telur mata kerbau bergegar di
atasnya.
“Maggi aja?” soalnya sedikit kerek. Kalau setakat
Maggi, lebih dari Maggi telur gegar ni pun dia pun boleh
buat.
“Maggi ajalah. Dah ni aja yang ada dalam rumah
awak,” balas Syakirin bersahaja. “Tunggu apa lagi? Cepatlah
duduk. Kata lapar tadi.”
Tanpa sepatah kata, Zaim duduk di hadapan
Syakirin. Tangan ditadah. Doa dibacakan. Selesai aja berdoa
mi segera tadi disudu perlahan masuk ke mulut.
Di meja makan, masing-masing diam melayan mi
segera perisa kari. Sungguh nikmat rasanya. Kalau sudah
lapar, balun ajalah apa yang ada walaupun tekak sebenarnya
bukan boleh nak terima sangat mi segera ni. Licin mi di
dalam mangkuk. Milo yang sudah menjadi suam-suam kuku,
diteguk perlahan. Kenyang juga akhirnya. Alhamdulillah....
“Letak aja. Nanti saya basuh sekali.” Syakirin berkata,
tatkala melihat Zaim yang sudah berkemas-kemas mangkuk
dan mugnya untuk dibawa ke singki.
“Sure?” Zaim bertanya kembali.
“Ya... ya... letak aja. Nanti saya basuh sekali.”
“Thanks!”
“Welcome.”

105
2x5

“KIRIN…!!!” panggil Zaim panjang.


“Ermmm....” Syakirin mengangkat muka.
Pembacaannya terhenti seketika apabila tiba-tiba Zaim
memanggilnya. Lalu wajah lelaki yang duduk di sebelahnya
dipandang sekilas sebelum matanya kembali kepada novel
cinta di tangan, Biarlah YM Berbicara.
“Tak boring ke duduk macam ni?” tanya Zaim. The
Star dilipat dan diletakkannya di bawah meja kopi.
“Kenapa? Takkan tak sampai sebulan hidup dengan
saya, awak dah jadi boring?” Syakirin menjawab acuh tak
acuh. Dia betul-betul tengah feeling sekarang ni. Dia
sekarang ni betul-betul sedang perasan sendiri, konon-konon
Adiya Fatiha tu dia. Firdaus tu... ermmm... Zaim kut. Ha ha
ha… ketawanya di dalam hati. Ada hati nak samakan situasi
diri sendiri macam dalam novel. Penyakit jiwang karat yang
sangat berbahaya!
“Tak adalah. Kita ni macam kelakar pun ada. Yalah...
kahwin. Tapi tidur bilik lain-lain. Nak kata kita gaduh, tak.
Kita baik aja.” Zaim berkata sambil ketawa sendiri. Ketawa
tak ikhlas yang dibuat-buat.
Kata-kata Zaim tadi itu membuatkan sedikit sebanyak
penghayatannya terganggu. Penanda buku diletakkan pada
muka surat terakhir yang dia baca. Dia memandang Zaim
yang sudah menghalakan aktiviti membaca The Star kepada
siaran ulangan Bolos.
“Tu tanya diri awak sendirilah. Yang buat cadangan
kelakar tu saper suruh....” Syakirin bersuara rendah. Lagipun
ini idea Zaim yang kononnya bergeliga, yang boleh berfikir
sampai macam tu sekali. Macamlah aku nak mengapa-apakan
dia. Macam takut aja teruna dia tu ternoda. Helo! Kalau tak
nak, orang pun tak paksalah, getus hati Syakirin.

106
Areila Sahimi

Cepat-cepat Zaim memandang orang yang bersuara


perlahan di sebelahnya itu. Muka toya aja. Relaks aja Syakirin
menyambung pembacaannya.
“Awak ni nak perli ke... atau nak mengata saya,”
gumam Zaim.
“Dua-dua.” Tak rasa bersalah langsung Syakirin
menuturkannya.
“Wah! Jujurnya awak berkata-kata,” kata Zaim
sambil ekspresi mukanya buat-buat terharu di atas kejujuran
yang dipamerkan oleh Syakirin.
“Tu la. Awak ni kira untung tau dapat saya yang
sangat jujur ni.” Syakirin masuk bakul angkat sendiri.
“Perasan!” Nakal tangan Zaim menarik rambut
lurus Syakirin yang sengaja dilepaskan.
Ouch!!! Refleks Syakirin menjerit. Amboi!!! Ingat
jual mahal sangat. Ni, main tarik-tarik rambut, apa kes? Ni,
siapa yang mulakan dulu? Dia ke aku?
Zaim sekadar ketawa. Seketika kemudian dia
tersenyum malu. Sedar tindakannya itu macam sudah
melebih. Alamak!!! Terlebih sudah!
“Sorry!” katanya sepatah. Memang dia yang
melampau pergi tarik rambut anak orang tu secara tak
sengaja.
“Tak apa. Saya tak kisah awak nak tarik rambut ke...
nak tarik apa ke...” kata Syakirin bersahaja dengan gaya yang
sangat manja dan gedik.
Bukankah dia mahu melumpuhkan ego Zaim?
Bukankah dia mahu lihat setakat mana Zaim boleh bertahan?
Tengok dia pakai speggeti dengan seluar pendek pun, Zaim
macam dah tergugat aja iman dia. Belum lagi dia pakai baju

107
2x5

tidur satin dengan renda di keliling. Mahunya menangis pak


cik ni.
“Awak stop goda saya ya,” ujar Zaim sambil
menjauhkan sedikit duduknya di hujung sofa. Dia pandang
semula ke kaca televisyen.
Syakirin ketawa menggoda. Penuh seksilah konon-
kononnya. Rambut panjang mengurai diselit ke tepi telinga.
Dia meliuk ke kanan. Dia meliuk ke kiri. Macam pokok kelapa
ditiup angin pantai. Bibir bawah digigit dengan mata
dikenyitkan. Sengaja dia menggiat Zaim. Lutut tu mesti dah
ketar la tu. Syakirin tersenyum dengan gigi cantik tersusun
dipamerkan. Adik penggoda berbisa dah mai dah ni....
“Kirin, stop!!!” Zaim memberi arahan.
Pecah ketawa Syakirin tanpa dapat ditahan lagi.
Baru acah macam tu pun dah cuak. Apa daaa….
“Okeylah! Saya masuk tidur dulu. Selamat malam!”
Kata Syakirin manja sambil mengenyitkan mata. Dia berjalan
berlenggang masuk ke dalam bilik. Sesudah pintu bilik
ditutup rapat, dia ketawa semahunya. Kelakarlah Zaim ni.
Muka merah bila kena usik macam tu. Baru sikit aja tu.
Tengoklah nanti. Lagi teruk dia dikerjakan.
Astaghfirullahalazim… Zaim beristighfar di dalam
hati apabila Syakirin sudah hilang dari pandangannya.
Dadanya diurut perlahan. Selamatkanlah aku daripada godaan
makhluk Tuhan paling seksi itu. Amin....

108
Areila Sahimi

bab 13
T
OK! TOK! TOK!
Bunyi ketukan di pintu
bilik membingitkan suasana pagi.
Syakirin menggeliat malas. Siapa la budak tak sekolah yang
suka mengganggu tidurnya time-time hari cuti macam ni?
Tok! Tok! Tok!
Sekali lagi pintu bilik diketuk. Kali ini bunyinya
sedikit kuat daripada tadi. Syakirin bangun malas. Matanya
digosok perlahan. Mulut yang menguap cepat-cepat ditutup
dengan telapak tangan. Dengan langkah longlai dia menapak
perlahan menuju ke pintu bilik.
Ops!!! Matanya bulat apabila pintu dibuka. Serta-
merta matanya jadi segar-bugar. Ya Allah! Ini kalau betul
kena ketuk batang hidung, mahu landai jadinya. Sudahlah
dari caranya macam nak diketuk sekuat hati. Nafas Syakirin
turun naik. Nasib dia menjerit terlebih dahulu sebelum
ketukan maut itu sipi-sipi terkena batang hidungnya.
“Dah sembahyang subuh?” soal Zaim persis seorang
warden asrama perempuan sedang buat spot-check.

109
2x5

Dahi Syakirin berkerut seribu. Saja tau. Habis yang


tadi terserempak kat bilik air masa tengah ambil wuduk
subuh tadi tu, sape? Kembar aku ke?
“Dahlah!” Syakirin menjawab malas. Dia pun taulah
tanggungjawab orang Islam. Sembahyang lima waktu tu
perkara wajib. Abah tu pantang tau kalau anak-anak dia tak
sembahyang.
“Bagus!” kata Zaim sepatah. Dia sengaja bertanya.
Eloknya cara orang perempuan yang sorang ini. Dia yang
lelaki pun lepas subuh terus bangun. Yang Kirin pula sedap
aja landing balik.
“Jom!” arah Zaim sepatah.
“Pergi mana?” Syakirin masih terpinga-pinga. Dia
mamai lagi ni. Tiba-tiba jom. Dia pun blur.
“Pergi pasar,” jawab Zaim.
“Buat apa?”
“Shopping baju raya.”
“Hah!!!” Mata Syakirin membulat.

“BANYAKNYA awak beli. Nak buat apa ni?” Syakirin bertanya


pelik. Kiri kanan tangan Zaim sarat dengan barangan dapur.
Tangan dia juga. Macam nak buat kenduri satu taman
perumahan aja ni.
“Senang. Stok untuk seminggu. Tak adalah tiap-tiap
hari makan Maggi,” jawab Zaim. Barang-barang di tangan,
dimasukkan sahaja ke belakang Storm yang terbuka. Beg
plastik di tangan Syakirin dia ambil lalu dimasukkan sekali
ke belakang.

110
Areila Sahimi

“Stok seminggu?”
“Yalah. Senang awak nak masak kalau semua
barang ada kat rumah. Saya dah muaklah makan Maggi.”
“Saya yang kena masak?” Syakirin membulatkan
mata dengan jari telunjuk dihalakan ke dirinya sendiri.
“Masuk kereta.” Zaim mengarah.
Syakirin menurut. Dia masuk ke dalam Storm milik
syarikat Zaim bekerja.
“Takkanlah hari-hari saya kena masak.” Syakirin
membebel tidak puas hati.
“Yalah. Awak isteri saya. Jadi, awaklah kena masak.”
Zaim menjawab selamba. Enjin Storm dihidupkan.
“Isteri?” Syakirin bertanya dengan kening
terjongket di sebelah.
Zaim memandang Syakirin di sebelah. Adui...
kening Syakirin dah jadi macam kening Ziana Zain la pulak!
Sedar dia sudah terlepas cakap. Isteri? Dia mengguna pakai
istilah isteri pada Syakirin. Padahal dari mula dia sudah
katakan, anggap saja Syakirin itu sebagai teman serumah jika
tidak yakin pada perasaan sendiri.
Kenapa lancar saja mulutnya mengucapkan perkataan
isteri di hadapan Syakirin? Apa dah jadi pada perasaan dia
sekarang ini? Bila sudah hampir sebulan tinggal bersama, dia
memang menyenangi sikap Syakirin, kecuali gaya menggoda
Syakirin itu sahaja yang buat dia rasa imannya tak cukup
mantop nak tepis perasaan yang halus itu. Yang lain, Syakirin
okey aja. Sangat seronok dibuat kawan. Lagipun, Syakirin ni
mulut aja pot pet-pot pet. Tapi, bila orang suruh buat itu,
buat ini, mak cik ni ikut aja. Tak melawan pun. Cuma
mulutnya aja yang akan bising. Tapi lama-lama diam sendiri.

111
2x5

Atau Syakirin buat semua ini sebab terpaksa kut.


Maklumlah setiap kali disuruh Syakirin buat sesuatu kerja,
pasti disertakan sekali ugutan sebulan sewa rumah berserta
dua bulan deposit pada Syakirin. Takut betul Syakirin bila
diugut dengan bayaran sewa rumah. Sebab itu dia buat. Kalau
ikut logik akal, bila kena ugut baru buat kerja... macam tak
ikhlas aje. Tapi rasanya, Si Syakirin tu buat apa saja kerja
yang disuruh dengan cermat, elok dan teratur. Contohnya,
masa masak Maggi, kuning telur yang bergegar tu tak pecah
langsung. Bila gosok kemeja, orang bergesel sebelah pun
boleh luka tangan pasal side tajam yang dia gosok itu.
“Saya ni cuma teman serumah awak aja tau,” ujar
Syakirin cuba mengingatkan apabila Zaim sudah terdiam
tidak berkutik.
Zaim terbatuk kecil. Hari ni dia terkena!
“Tapi saya tak kisah pun kalau setakat nak masak
untuk awak. Janji, awak jangan paksa saya masak gulai
tempoyak. Tu saya tak sanggup.”
Syakirin cuba berjenaka walaupun hakikatnya dia
rasa macam timing tak berapa nak tepat aja nak buat lawak
antarabangsa ketika ini. Itu untuk menyedapkan hatinya
sendiri. Dia tahu Zaim masih belum bersedia. Lagipun Zaim
bukan mudah tergoda. Sudah pakai seksi. Sudah cukup
manja pun, lelaki ini buat tak tau aja. Paling-paling kuat pun,
setakat muka Zaim jadi merah. Tak apalah... dia cuba cara
lain. Dia akan gunakan kepakaran masak-memasak yang
tidak seberapa ini. Yang best. Yang Zaim hargai. Buat bekal
roti sapu Nutella pun Zaim belasah aja. Sebulan tiga puluh
hari makan mi Maggi pun dia bedal aja. Tak banyak cakap
pun. Cuma hari ini apabila sudah dibeli bermacam-macam
barang, tu yang buat kecut sikit. Masak Maggi dua minit aja.
Sapu Nutella pada roti, kurang dari satu minit. Habis tu,

112
Areila Sahimi

kalau diminta masak ayam masak merah, daging masak


hitam, Rendang Tuk Mak Nik, Nasi Bukhari, sayur lemak ikan
masin, paling ngeri gulai tempoyak ikan patin, tu macam
mana pula? Mahu tak tumpo (mati). Dia dulu kat dapur
sekadar tukang menyibuk dan tukang tengok aja. Tukang
masak memang jarang, melainkan kalau suruh masak mi
segera ataupun nasi goreng perencah segera. Itu memang
terror dan dia pastinya juara!
Zaim ketawa kecil apabila Syakirin membangkitkan
soal gulai tempoyak kegemarannya itu. Dia tahu Syakirin
alergi pada buah durian dan suku sakatnya. Alergi yang
melampau. Cium bau pun boleh pengsan.
“Alah, awak masak aja apa yang awak rasa nak
masak. Saya makan aja. Janji, jangan masak mi segera lagi
sudahlah. Saya dah nak naik botak makan mi segera hari-
hari,” ujarnya selamba.
Syakirin turut sama ketawa.
“Haahlah. Dah macam Uncle Zaibo saya tengok,”
katanya bersahaja dengan tawa masih berbisa.
“Hei.. melebihlah tu. Tak adalah sampai macam
Uncle Zaibo.”
Syakirin menjelirkan lidah.
Zaim sekadar tersenyum. Konsentrasinya kembali
pada pemanduan. Itu dia Syakirin yang semakin dia kenal
luar dan dalam. Dia mengaku, Syakirin memang manis
apabila ketawa dan tersenyum seperti tadi. Maklumlah,
ditambah pula dengan barisan gigi putih yang tersusun
cantik dah lesung pipit yang melekuk di kedua-dua belah
pipinya membuatkan gadis ini bertambah manis. Cuma, dia
aja yang masih tidak mampu lagi untuk memberikan sedikit
ruang buat Syakirin di dalam hatinya.

113
2x5

“UITTT!!! Baru balik pasar ke?”


Zaim dan Syakirin berpandangan.
“Haah!”
“Bahagianya. Beli barang dapur sama-sama....”
Syakirin menjulingkan mata ke atas. Dia buat
muka. Kepalanya digeleng perlahan. Siapa sangka, mula-
mula berkenalan dengan Kak Nab sebelah rumah ni dulu,
bukan main lagi dia tunjuk muka manisnya. Belum sampai
sebulan tinggal berjiran, Kak Nab dah mula menyampaikan
cerita rumah tangga dia dengan orang di sekitar taman
perumahan ini. Teruk betul! Pandai-pandai mereka cerita hal
rumah tangga orang. Patutlah Zaim tak berapa berkenan bila
dia berbaik-baik dengan Kak Nab masa mula-mula dulu.
Kak Nab tu bukannya apa. Dia bengang bila Zaim
menolak cinta adik bongsunya yang baru tamat belajar di
UiTM dulu tu. Itu sebab Kak Nab buat cerita yang bukan-
bukan.
Zaim suruh dia bersabar aja dengan mulut Kak Nab
tu. Tapi kalau orang tu dah heboh menjaja cerita dia laki bini
satu taman ni, siapa dapat bersabar? Sekarang ini bila Kak
Nab fire dia, dia fire Kak Nab balik. Bila Kak Nab pakai laser,
dia melaserlah balik. Etika bersama pelanggan di tempat
kerja, terus dilupakan apabila dah berjumpa dengan Kak Nab.
Mulut jahat tu. Buat apa nak diam? Dia mencaras kita, kita
caraslah dia balik. Baru adil!
“Mestilah, Kak Nab. Kami ni pasangan suami isteri
yang saling menyayangi dan saling mencintai,” kata Syakirin
manja sambil tangannya merangkul tangan Zaim yang sedang
memunggah barang-barang dari dalam kereta.
Zaim sedikit tercengang apabila tiba-tiba dirasakan
tangannya dirangkul. Dia memandang Syakirin. Bukan

114
Areila Sahimi

rangkul aja lagi ni, tetapi sudah kena lock. Tak boleh nak
lepaskan diri dah ni!
“Kan darling... kan…” kata Syakirin lagi disertakan
dengan sengihan. Matanya berkelip-kelip memandang Zaim.
Zaim hanya tersenyum lucu melihat mata Syakirin
yang sudah berkelip-kelip itu. Kak Nab yang tengah berasap
tu dipandang. Ready for take. One, two, three and action!
“Haah, Kak Nab. Kami ni saling menyayangi dan
mencintai. Kan, sayang....” Zaim dan Syakirin sudah
bersekongkol untuk mengenakan Kak Nab.
“Tu la ling... kita ni hidup bahagia suami isteri, ada
pula yang jahat mulut buat cerita. Tu la, kan... hal orang
sibuk aja nak ambil tahu. Hal rumah tangga sendiri, tak tau
nak jaga.” Syakirin mula mencuci Kak Nab.
“Eee... korang berdua nikan….” Kak Nab
menggetap bibir menahan geram.
“Kami berdua ni memang pasangan contoh, sehati
sejiwakan, Kak Nab. Dah agak dah Kak Nab nak cakap benda
tu.” Syakirin pantas menambah.
Makin berasap telinga Kak Nab mendengarnya.
Eee… terus dia masuk ke dalam rumah sambil menghentak-
hentakkan kakinya.
Automatik ketawa Syakirin dan Zaim pecah.
Padan muka! Ingat mulut dia aja yang jahat? Mulut
aku lagi jahat, tau! Jangan berani-berani nak mencabar!
Syakirin berkata bangga di dalam hati.
“Saya rasa lepas ni, mulut Kak Nab mesti stop
daripada bercakap hal kita,” kata Zaim apabila mereka berdua
telah pun masuk ke dalam rumah.
“Saya tak rasa macam tu. Orang macam Kak Nab

115
2x5

tu, mulut dia bukan boleh duduk diam.” Syakirin menyanggah.


Dia faham benar dengan mulut sesetengah orang yang suka
duk menghebohkan cerita orang. Buat ketupat (mengumpat)
tak menyempat nak tunggu raya. Kalau tidak, ahli mesyuarat
tingkap tak adalah kerja nak dibuat. Menyampai cerita lebih
cepat daripada berita. Nasib baik cerita-cerita ahli mesyuarat
tingkap ini tak sampai ke telinga ‘Normah Becok’. Kalau
tidak, panas mak, nyahhh!!!
“Tapi saya tak berapa gemarlah awak duk membalas
balik kata-kata Kak Nab tu. Awak diam ajalah,” tegur Zaim.
Dia tidak mahulah sampai ada insiden tarik menarik
rambut antara Kak Nab dengan Syakirin suatu hari nanti.
Syakirin ni pula pantang aja bila Kak Nab buka
mulut. Dia pun tak mahu kalah juga.
Patutnya hidup berjiran haruslah muafakat. Ini duk
kata mengata sesama sendiri... apa ke halnya?
“Saya, kalau Kak Nab tak bersuara, saya diam aja.
Dia tu yang mulakan dulu,” kata Syakirin geram.
Mulutnya diherot-herotkan, mengajuk cara Kak
Nab beranak tiga itu bercakap. Sambil dia bersembang hal
Kak Nab dengan Zaim di dapur, tangannya masih lincah
mengemas barang-barang yang baru dibeli tadi ke dalam peti
ais dan kabinet dapur. Ada masanya, barang-barang yang
dibelinya tadi diketuk-ketuk sebagai melepaskan geram
terhadap Kak Nab yang bermulut jahat itu.
“Awak buat bodoh ajalah,” usul Zaim.
“Mana boleh. Takkan nak dibiarkan aja dia pijak
kepala kita!” Syakirin membidas. Dia ni fesyen (jenis) kalau
orang tak kacau, dia pun tak akan kacau orang juga. Tapi
kalau orang tu yang mengacau, dia sama-sama akan buat
kacau juga.

116
Areila Sahimi

“Kalau macam ni, sampai bila-bilalah awak takkan


boleh berbaik-baik dengan Kak Nab tu?”
“Biarlah!” Syakirin mendengus kuat serentak pintu
peti ais ditutup rapat.
“Suka hati awaklah! Janji jangan sampai bertarik
rambut, sudah.” Ujar Zaim mengalah.
Letih tau kalau bercakap dengan orang yang keras
hati ni. Kita bagi nasihat, bukan dia nak dengar. Ada aja yang
nak dibantah. Gasaklah (lantaklah)!

117
2x5

bab 14
K
EROPOK ikan Terengganu di
dalam tupperware besar sudah
hampir licin. Siaran di dalam
kaca televisyen nampaknya langsung tak kena dengan selera.
Zaim di meja makan sangat tekun membuat kerja.
Syakirin yang sorang-sorang di ruang tamu, gaya
dah bosan habis. Sekejap-sekejap remote ditekan-tekan.
Syakirin melepaskan keluhan lemah. Tak tau nak
buat apa dah sekarang ini. Perlahan-lahan Syakirin turun
dari sofa tempat dia bersila, lalu menghampiri rak DVD yang
tersusun kemas dengan macam-macam filem. DVD orang
putih, Melayu, Hindustan, Hong Kong, Korea semua ada.
Mata tertancap pada kotak DVD yang terpampang gambar
Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee. Perghhh!!!
Cerita ni betul dah jadi evergreen. Kotak DVD Kuch-Kuch
Hota Hai dibuka. Remote DVD player ditekan. Kepingan DVD
dimasukkan ke dalam tray yang sudah terkeluar. Dan… tum
pa se air… yu mus korae.. tum mera jani kya… la la la la
la….

118
Areila Sahimi

Melayanlah Syakirin sorang-sorang menyaksikan


aksi-aksi romantik SRK-Kajol-Rani dalam cerita tu. Sat dia
senyum. Sat dia sengih. Waduhhh!!! Masyuk aja cerita ini
walau sudah berpuluh kali tengok. Walaupun ini cerita zaman
tuk kaduk!!!
Zaim mengangkat sedikit mukanya. Syakirin
dipandang dari meja makan. Khusyuknya. Bila part nyanyi-
nyanyi, siap jadi back up singer lagi. Tune lari. Pitching
lintang-pukang. Bahasa tu tak berapa nak pasti, sebab dia
bukannya tahu sepatah haram pun cakap Hindi. Tapi yang dia
dengar dari tadi mulut Syakirin duk menyanyi ‘tumpah si
air-tumpah si air’ aja dari tadi. Air apa yang tumpah, dia pun
tak tau.
Seketika kemudian perhatiannya beralih semula
pada pelan di atas meja makan. Biarlah Syakirin dengan
cerita Hindustannya itu. Janji Syakirin tak kacau dia buat
kerja kat sini, sudahlah.
“Zaim…!” panggil Syakirin panjang. Dia sudah pun
berbaring di atas karpet lembut dengan kepala hanya beralas
dua belah tangan sambil mata masih lagi pada skrin TV.
“Apa dia?” Zaim bertanya tanpa mengangkat muka.
“Awak ni boringlah. Malam-malam minggu pun
sibuk dengan kerja...” rungut Syakirin perlahan. Dia buat
muka boring yang amat sangat sebab sekarang ni dia sudah
boring gila. Boring gila sampai tak tau nak cakap macam
mana. Zaim ni pun satu. Isnin sampai Jumaat memang dia
tak berani nak kacau pak cik sorang ni. Zaim kalau dah
menghadap pelan bangunan, berselerak satu meja makan.
Takkanlah malam minggu pun menghadap kerja juga. Tak
terasa muak ke tengok benda alah tu?
Zaim sekali lagi mengangkat mukanya memandang

119
2x5

Syakirin yang sedang berbaring beralaskan karpet dan


berbantalkan kusyen kecil di kepala. Astaghfirullahalazim...
mengucap panjang Zaim di dalam hati apabila melihat seluar
pendek yang Syakirin pakai sudah terselak sedikit. Kalau
iman tak kuat, memanglah dia ngap aja makhluk Tuhan paling
seksi dalam rumah ni.
Siapa yang berani kata salah tengok wife sendiri
pakai macam ni. Yang tengok, mata sendiri bukan mata orang
lain. Yang dah tentu halal selepas ijab dan kabul itu. Yang dah
tentu sah menjadi hak milik suami, detik hati Zaim. Dia tak
tau apa yang dia rasa pada hubungannya dengan Syakirin
sekarang ini. Syakirin tu bukanlah tak baik pun. Baik aje.
Tanggungjawab sebagai seorang isteri dia tunaikan dengan
sebaik-baiknya. Tetapi seperti ada sesuatu yang menghalang
dia apabila mahu bersama dengan Syakirin. Ada yang
menyekat. Dia masih sangsi pada perasaannya sendiri.
“Zaim…!” panggil Syakirin lagi apabila Zaim masih
tekun dengan kerjanya. Sikit pun Zaim tidak berkutik dari
kerusi yang dia duduk. Konsentrasinya seratus peratus.
Macamlah tak ada esok-esok lagi nak disiapkan kerjanya. Apa
projek kondo ‘sting garden’ (setinggan) ke yang kompeni
Zaim ni tengah buat?
“Apa dia?” Zaim menyahut malas.
Hisyyy!!! Syakirin mendengus geram. Bingkas dia
bangun dan berlalu masuk ke dalam bilik. Boring! Boring!!!
Boring!!! Orang tu buat dek aja. Tak ada perasaan langsung!
Zaim sekadar tersenyum menghadap lukisan pelan
di hadapannya apabila melihat Syakirin masuk ke dalam bilik
dengan muka seposennya itu. Lantak kaulah mak cik! Dia
malas nak melayan kalau tengah sibuk dengan kerjanya.

120
Areila Sahimi

“GOOD MORNING!!!”
“Cepat bangun.”
“Yalah... saya ikut awak joging hari ni.” Mata
Syakirin berkelip-kelip.
Ketawa Zaim pecah tidak semena-mena. “Joging?”
Syakirin mengangguk laju.
“Bukan biasa hari Ahad macam ni awak buat kuak
lentang atas katil ke?” Zaim bertanya sarkastik. Niatnya hanya
sekadar mengusik. Dia suka melihat muka Syakirin yang
boleh tahan comel juga apabila mencebik dan buat muka
seposen itu.
Syakirin menarik muka masam. Amboiii... bukan
main lagi mulut Zaim ni. “Saya nak bersenamlah. Nak
pecahkan kolestrol yang ada kat badan ni.”
Dengan selamba dia menunjukkan part-part yang
banyak sangat kolestrol berkumpul di badannya. Dia kurus
aja. Tapi adalah juga certain tempat kena diberi perhatian
kalau agak-agak dah ada spare tyre. Karang takut
menggelebeh pula. Umur tu muda lagi. Kenalah jaga. Kalau
dah menggelebeh baru nak jaga, jawabnya kena minta tolong
orang kat Slim World, Marie France Body Line ataupun
London Weight Managementlah uruskan. Itu pun kalaulah
ada yang nak sponsor macam artis popular. Macam sekarang
ni pun, dah jadi macam trend, yang mana artis popular baru
lepas bersalin pasti akan berbaris di pusat pengurangan berat
badan nak bagi tajaan. Ataupun, kahwin dengan somebody
yang kerjanya cap duit. Yang senang-senang boleh longgokkan
RM10,000.00 hanya untuk kuruskan badan.
Zaim memandang Syakirin atas bawah. Cukup
serba-serbi pakaian macam orang nak pergi bersenam.
Dengan seluar dan sweater Adidas berpotongan mengikut

121
2x5

badan warna hitam tersarung di badan. Rambut panjang


lurus sudah ditocang tinggi. Cap Nike berwarna putih sudah
terletak di kepala dengan lebihan rambut yang ditocang
dikeluarkan. Tuala kecil sudah bersangkut pada tengkuk.
Begitu juga botol air mineral. Cuma tinggal untuk
menyarung kasut sukan aja lagi.
“Okeylah.”
Senyum Syakirin melebar. “Jom!”
Zaim ditarik. Terkocoh-kocoh Zaim mengikut dari
belakang.
“Nak berjoging ke Im pagi-pagi ni?” tegur Abang
Zainal yang sedang mencuci kereta.
“Haah!!!” Syakirin menjawab bagi pihak Zaim.
Sengaja. Bukan apa, nak bagi Kak Nab yang tengah menyapu
sampah tu berasap sikit.
Zaim sekadar menghadiahkan senyuman ikhlas
untuk Abang Zainal sebelum berlalu mengikuti langkah laju
Syakirin.
Kak Nab mencebik mendengar suara Syakirin.
Jengkel benar dia melihat isteri kepada bakal adik ipar tak
jadinya itu. Entah apalah yang ada pada Syakirin tu sampai
Zaim boleh menolak cinta adiknya itu. Nak kata pandai, tak
juga. Kerja jaga kaunter dekat TMPoint aja. Nak kata cantik,
taklah cantik mana pun. Biasa-biasa aja. Bolehlah daripada
tak ada. Mulut tu tak berinsurans. Senang-senang aja
Syakirin bagi serangan balas sehinggakan dia sendiri sudah
jadi malas nak duk bercerita perihal rumah tangga orang di
sebelah rumah ini. Tapi kadang-kadang, kalau dah terjumpa
angkatan ahli mesyuarat tingkap dekat van Leman jual ikan,
terlepas juga cerita pasal mereka berdua ini. Dia bukan apa,
tengok pasangan suami isteri sebelah rumahnya ini macam

122
Areila Sahimi

lain macam aja. Macam tak normal. Macam bukan macam


pasangan suami isteri lain-lain tu. Tapi bila di depan dia,
bukan main romatik sungguh. Yang menimbulkan syak
wasangka di hati, sebab romantik dia orang ni macam dibuat-
buat. Muka Zaim tu macam gelabah aja bila kena pegang
dengan Syakirin.

KETIKA beriringan joging, Zaim menjeling Syakirin di


sebelah. Hmph! Tak habis-habis nak buat Kak Nab ni jadi
musuh. Bila nak buat perjanjian damai pun tak taulah. Tak
nampak langsung dua-dua pihak nak berbaik-baik. Makin
ribut, makin kalut adalah. Kak Nab masih lagi dengan cerita-
cerita sensasinya. Syakirin pula tak bagi muka. Ada peluang,
memang Kak Nab teruk kena kata. Katanya, tak berdosa
mengata depan-depan, sebab itu dia berterus terang. Yalah
tu... banyaklah dia punya berterus terang. Ni tunggu masa nak
kena cabai burung aja mulut dia tu.
“Bila awak nak berbaik-baik dengan Kak Nab tu?”
soal Zaim ketika membuat senaman regangan.
“Amboiii... membela bekas bakal kakak ipar
nampak.” Syakirin menjawab acuh tak acuh. Peluh yang
menitik dilap dengan tuala di tengkuk. Penutup botol mineral
dibuka. Air diteguk rakus. Penatnya mengalahkan berjoging
dua kilometer. Padahal baru buat satu pusingan padang yang
jaraknya kurang daripada satu kilometer pun.
“Ke situ pula. Saya memang tak ada apa-apalah
dengan adik Kak Nab tu.” Zaim menjawab geram.
Ada aja modal Syakirin ni nak mengenakannya
kembali. Orang tanya baik-baik, macamlah tak boleh nak
jawab elok-elok. Dirampasnya botol air mineral di tangan

123
2x5

Syakirin. Saja. Nak tunjuk rasa geram sebab budak ni jawab


ayat pedas tadi. Gaya nak berjoging, tip-top atas bawah.
Mengalahkan kontinjen Malaysia nak beraksi kat Sukan
Olimpik. Tapi baru buat satu pusingan padang yang tak
seberapa besar ni pun, dah kondem. Macam ni nak
mengurangkan kolestrol? Kirim salam awal-awal!
“Apa ni?!” marah Syakirin apabila suka-suka hati aja
Zaim merampas botol air mineralnya.
Tahu tak, ni bukan sebarang air. Ini air dari Bio
Aura tau. Botol aja dia guna botol mineral terpakai yang ada
kat dalam kabinet dapur. Pemalas sungguh Zaim ni. Dah tau
nak berjoging, tak nak bawa air sendiri. Air aku juga dia nak
songlap, omel Syakirin di dalam hati. Melihat Zaim yang
dengan rakus sahaja meneguk air Bio Auranya itu, terlintas
sesuatu yang nakal di dalam kepala.
“Awak minumlah sungguh-sungguh air tu. Pagi
tadi, sempat saya jampi air yang awak minum tu. Malam ni
sahlah awak tak lena tidur terkenangkan saya,” kata Syakirin
bersahaja.
Habis tersembur keluar air di dalam mulut Zaim.
Syakirin yang sekadar memerhati, hanya ketawa
berdekah-dekah sambil memegang perut. Padan muka! Jahat
sangat. Rasakan!
“Awak boleh tak kalau saya tengah minum, jangan
nak buat lawak macam ni,” kata Zaim diselangi dengan
batuk-batuk kecil. Gila betullah Si Syakirin ni. Dah dua kali
dia buat lawak spesies macam ni.
“Awak tu memanglah. Takut sangat saya ni
mandremkan awak, kan? Takut sangat nak hilangkan Sofea
tu dari hati. Apa yang bagus sangat dengan Si Peah tu pun
saya tak tau!” selar Syakirin pedas. Dia bukannya tau takut

124
Areila Sahimi

pun dengan Zaim ni. Kalau agak-agak nak melaser, dia


memang main lepas aja.
“Nama dia…”
“Okey... okey... nama dia Sofea. Bukan Peah.”
Syakirin menyambung apa yang Zaim ingin katakan
itu dengan nada yang penuh sarkastik. Dah berpuluh kali
Zaim mengajar. Bukannya dia ni benak hati sangat tak faham
Bahasa Melayu. Cuma menyampah aja bila nama itulah yang
diulang berkali-kali.
“Awak ni selamba betul ya mengutuk Sofea tu
depan-depan saya. Saya tak suka okey,” balas Zaim.
“Ha ha ha....” Syakirin ketawa sepatah-sepatah.
Ah!!! Noks!!! Ada aku kisah? “Kalau awak tak suka saya
mengutuk dia depan-depan awak, saya kutuk dia belakang-
belakanglah!”
Pantas Syakirin membelakangkan Zaim.
Kemudian… “Peah tu tak adalah bagus mana pun. Sudahlah
curang, lagi mahu diingat. Bajet cantik, padahal tak adalah
cantik mana pun sebab saya lagi cantik. Konon bajet diri tu
diva… bla... bla….”
Habis semuanya diluahkan. Tanpa henti. Pot pet pot
pet. Memang kali ini dia lepaskan semuanya. Dah kutuk
belakang-belakang, kan?
“Kirin!!!” Zaim menjerit kuat.
Syakirin yang terlebih dahulu dapat menghidu apa
yang Zaim ingin lakukan, terus saja membuka langkah
seribu. Dia buat larian pecut mengelilingi padang.

125
2x5

bab 15
“E
H!!!” tegur Fiqa dari
belakang.
“Kau Fiq kalau tak
kejutkan aku macam tu, tak boleh ke? Kalau aku ada lemah
jantung, dah lama kojol kat tengah kafe ni tau!” marah
Syakirin. Cukup tidak gemar dengan perangai Fiqa yang satu
itu. Suka betul mengejutkannya tak kira tempat. Nasib tak
berterabur dia melatah apabila dikejutkan sebegitu. Kalau
tidak, mana nak letak muka ni?
“Kau ni lepas kahwin makin sensitif la. Tak boleh
diusik langsung. Mulalah nak tarik muka,” kata Fiqa. Dia
sekadar tersengih sumbing. Kerusi di hadapan, ditarik
sebelum punggung dilabuhkan.
“Banyaklah kau! Aku rasa, aku akan automatik naik
bengkek setiap kali kau buat perangai macam ni. Tak kiralah
masa dah kahwin ke... ataupun masa belum kahwin,” omel
Syakirin. Kuah mi sup dihirup perlahan. Menyambung
kembali makan tengah harinya yang terganggu dek kedatangan
Fiqa.

126
Areila Sahimi

“Selamba giler kau keluar setengah jam awal,” kata


Fiqa sebelum membuat isyarat tangan kepada pekerja kafe
untuk mengambil order di food court berhadapan dengan
bangunan TMPoint ini.
Melihat kenikmatan yang jelas terpancar di muka
Syakirin yang sedang menghirup sup panas ini, seleranya
sedikit terbuka untuk makan benda yang sama walaupun
hakikatnya dia dari semalam duk teringin nak makan bihun
kari. Alah... belasah ajalah! Kari ke... sup ke... sama aja.
“Bihun sup satu, dik!”
“Apesal kau keluar awal? Suka-suka hati aja minta
budak baru tu cover counter kau,” kata Fiqa lagi.
“Adatlah tu. Nama pun budak baru. Kena ragging
tu benda normal. Macam aku tak pernah kena dulu,” jawab
Syakirin acuh tak acuh. Kesian juga dengan budak Naemah
yang baru hari ini masuk bertugas. Teruk Naemah kena
dengan dia selaku senior yang sangat-sangat garang dan
straight giler! Nasiblah, Naemah... dapat dia sebagai mentor.
Dia ni cikgu yang garang. Ala-ala Mas Idayu mengajar Black
juga. Naemah menaip macam ayam patuk dedak pun dia
marah.
“Budak tu mengadu kat aku tadi, Kirin. Kata kau tu
garang sangat mengajar,” beritahu Fiqa.
Bukanlah sengaja nak jadi batu api, tapi Syakirin ni
tak patut juga. Budak tu baru first day masuk kerja, sudah
teruk kena bambu. Pantang silap, mulalah kedengaran suara
Syakirin memarahi Naemah. Macamlah Syakirin tu dulu
bagus sangat masa mula-mula masuk kerja. Slow. Lambat
pick up pun ye jugak. Mentang-mentang sekarang dah cukup
senior, nak tunjuk eksen tak bertempat pula.
“Aku tau....” Syakirin membalas rendah. Kalau dah

127
2x5

buat gaya mak tiri Cinderella dengan budak baru macam tu,
memang sah akan jadi bahanlah. Kalau budak Naemah tu nak
mengadu dengan penolong pengurus, dia tak kisah pun. Dia
ada alasan. Dia dulu pun kena macam tu juga. Bila flashback
balik macam mana Kak Hajar yang garangnya mengalahkan
misi hospital bersalin tu, memang dia ketar lutut. Tapi ada
kebaikannya. Kalau Kak Hajar tak transform jadi ala-ala misi
hospital bersalin yang sangat garang macam Incredible Hulk
tu, dia tak akan boleh jadi antara juruwang yang terbaik dekat
cawangan TMPoint di sini.
Ingat senang ke nak jaga kaunter? Nak pegang duit.
Duit short tak pasal-pasal kena potong gaji. Kalau potong gaji
benda boleh settle, tak apalah. Ini tak pasal-pasal kena tuduh
pecah amanah. Siapa nak jawab? Yang kes menaip macam
kura-kura terkemut-kemut tu, kalau tak ditegur, kalau tak
dimarah, sampai bila nak pandai menaip? Nak bagi pelanggan
yang datang untuk membayar bil tu berbaris sampai ke pintu
masuk ke? Semua tu bersebablah. Budak sekarang ini manja
sangat. Marah macam tu sikit, sudah mahu disensasikan satu
kedai. Mengadu pada semua orang.
“Slow-slowlah kalau kau nak mengajar budak tu.
Ini macam nak lepas geram kau aja,” kata Fiqa cuba
menasihati Syakirin. Semenjak berumah tangga, makin lain
macam aja angin Kirin. Kejap okey. Kejap K.O. Serba tak
kena. Bila ditanya, dia kata tak ada apa-apa.
“Lepas geram apa pula ni, Fiq?” Syakirin bertanya.
Dia angkat muka memandang Fiqa yang sedang sedap
menghirup kuah sup.
Nampak sangat ke gaya dia mengajar budak
Naemah tu, macam orang lepas geram? Nampak sangat ke
sejak dua menjak ni, angin dia tak berapa nak betul? Boleh
juga dikatakan sejak empat lima enam bulan lepas, dia

128
Areila Sahimi

memang berkeadaan macam ni. Ribut taufan tak semena-


mena. Pernah dia marah kat apek yang selalu lepak nak
merasa air-cond kedai. Siap sound sekali pada apek tu. Tapi
tu memang salah apek tu pun. Sesedap rasa aja nak ambil air-
cond free. Lepas tu duk mengurat Tuty budak cleaner tu.
Memang saja cari penyakitlah tu namanya!
“Kau ada masalah dengan Zaim, ke?” Fiqa bertanya
lembut. Syakirin dengan dia mana pernah berahsia. Tapi,
daripada apa yang dia perhatikan, semenjak Syakirin
berkahwin, temannya itu seolah-olah menyimpan sesuatu
yang dia sendiri tidak dapat nak agak. Nak kata rumah tangga
berantakan, mereka baru saja enam bulan sah bergelar pasangan
suami isteri. Tak mungkin! Zaim dengan Syakirin nampak
macam okey aja.
“Sejak kahwin, kita orang duduk bilik asing-asing,
Fiq....”
Rendah nada Syakirin menuturkannya. Dia malu
untuk menyatakan perkara ini dengan Fiqa. Dengan umi dan
emak pun dia cuma katakan yang dia bahagia menjadi isteri
Zaim. Tapi hakikat di dalam hati, siapa yang tau? Lagi dia
pendam, lagi dia merana. Luaran, dia nampak sangat happy.
Tapi dalamnya, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Zaim tu dalam
pandai, ada juga bodohnya. Buat apa nak kahwin kalau
tinggal bilik asing-asing.
Fiqa membuntangkan mata. “Apa dia?”
Syakirin yang salah cakap atau dia yang kurang
dengar sekejap tadi.
“Kita orang duk bilik asing-asing sejak kahwin.”
Syakirin mengulang semula dengan nada yang mendatar.
“Maknanya sejak enam bulan lepas?” Suara Fiqa
sedikit menekan.

129
2x5

Syakirin mengangguk lemah. “Aku nak marah Zaim


pun tak boleh, Fiq. Dia tu layan aku baik sangat.
Tanggungjawab dia tak pernah nak abaikan. Bulan-bulan,
elaun aku tetap masuk. Separuh Neo aku tu pun, dia juga
yang tolong bayarkan. Duit makan, bil api, air, semua cukup.
Tapi tanggungjawab yang satu tu, aku rasa dia gagal nak
lunaskan.”
Syakirin mula bercerita perihal rumah tangganya
yang disimpan kemas selama ini.
“Enam bulan dia tak sentuh kau? Dia tu normal ke
tak, Kirin?” soal Fiqa geram. Entah-entah Zaim pun spesies
Zack juga. Kurang normal kalau ikut bahasa nak jaga hati.
Kalau main cakap tak bertapis, mamat tu gay!
“Aku tak suka kau kutuk Zaim macam tu, okey. Tak
baik betul kau ni. Ada ke doakan laki aku tu gay. Minta
simpang,” marah Syakirin. Fiqa ni main cakap aja apa yang
terlintas di kepala. Langsung tak jaga hati kawan baik sendiri.
“Sorry!” ujar Fiqa selepas tersedar kelancangan
mulutnya bersuara. Bukannya dia sengaja. Dah terrr… lajak.
Mana boleh nak undur balik. Minta maaf ajalah ubatnya.
“Sorry naik lorilah,” gumam Syakirin rendah.
“Ceritalah lagi. Kau ni tahan betul tak cerita dengan
aku ya. Kata kawan baik. Kata kawan kamceng. Ini lepas
enam bulan, baru kau cerita kat aku....” Giliran Fiqa pula
bersuara rendah. Terasa juga. Macamlah dia ni jenis mulut
tempayan, tak tau nak simpan rahsia. Macamlah selama ini
dia pernah jaja merata-rata rahsia Syakirin. Mana pernah!
“Aku bukan tak nak cerita dengan kau, tapi aku
malulah nak bercerita hal rumah tangga aku pada orang
luar.”
“Aku orang luar? Maknanya lepas kau kahwin, kau

130
Areila Sahimi

betul-betul buang aku dalam hidup kaulah ya, Kirin,” duga


Fiqa.
Syakirin memandang Fiqa. Isyyy… Fiqa ni. Dia
dahlah stres sebab hal Zaim. Fiqa pula nak merajuk tak
bertempat dan tak kena masa. “Kau janganlah salah anggap,
Fiq. Aku tak nak bebankan kau dengan masalah aku ni.”
“Wei! Kata member? Mana ada member yang terasa
terbeban kalau best friend sendiri cerita masalah yang
dihadapi. Kalau cerita masalah kewangan, tu lain hallah.
Memang terbeban sebab aku pun jenis sengkek semedang
juga.”
“Macam-macamlah kau ni, Fiq.” Syakirin ketawa
kecil.
“Aku pelik jugalah sebab Zaim tu boleh tahan tidur
berasing dengan kau.”
“Tau tak apa. Aku ni dah enam bulan memikirkan
apa yang tak kena dengan aku ni sampai Zaim tak terasa apa
pun bila duduk berdua-dua dengan aku.”
“Buku cakar harimau tu dah khatam ke?” Fiqa
bertanya nakal.
“Banyaklah kau. Tiga kali aku khatam.” Syakirin
berkata sambil tersenyum. Bila Fiqa membangkitkan hal
buku yang satu tu, dia mulalah rasa nak tergelak. Ingat lagi
ayat ‘hari-hari mau’.
“Tanggungjawab kau, tip-top tak?” Fiqa cuba
mengorek lagi. Post-mortem la konon-kononnya. Kali ini dia
dah mula masuk aura kaunselor rumah tangga tak
bertauliah.
“Makan minum, gosok baju, basuh baju, kemas
rumah, semua aku buat,” beritahu Syakirin.

131
2x5

“Ye ke kau buat semua tu? Macam tak boleh percaya


aja,” gurau Fiqa.
Syakirin membulatkan mata. Dia mendengus geram.
“Huh... aku pun taulah tanggungjawab jadi bini
orang,” katanya seakan-akan merajuk.
“Yalah. Yalah! Kau memang dah makin baik pun.
Makin elok. Tapi aku musykil hal Zaim tu.” Fiqa memandang
ke atas. Tangan kanannya mengosok-gosok dagu. Dahinya
pula berkerut seribu.
“Kau tak payahlah fikir sampai macam tu sekali,
Fiq,” kata Syakirin datar. Beria-ia sungguh Fiqa berfikir hal
rumah tangga orang. Dia sendiri belum kahwin, ada hati
mahu jadi penasihat hal dia dengan Zaim.
“Something wrong somewhere....” Fiqa bersuara
perlahan, tetapi masih boleh didengar oleh Syakirin.
“Sofea.” Syakirin menjawab sendiri.
“What?!” Fiqa sedikit terkejut. Sofea menjelma
kembali ke? Kalau betul Sofea menjelma kembali, ini berat
punya masalah.
“Zaim tu, pantang aku duk terlepas mengutuk
bekas awek dia, mulalah bersuara tak puas hati. Membela
sangat perempuan tu. Geram aku!” luah Syakirin.
Dia bukan boleh kalau Zaim tu membela Sofea.
Tambah-tambah lagi hal kat padang masa berjoging minggu
lepas. Sakit hati ni bila nama Sofea tu juga disebutnya.
Patutnya Zaim kena join sama-sama marahkan Sofea. Bukan
ke perempuan tu yang buat hidup Zaim lintang pukang? Ini
lagi mahu menyebelahi Sofea yang terang-terangan membuat
onar. Lepas aja peristiwa tu, dia boikot haram nak bercakap
dengan Zaim. Dah seminggu. Tapi yang tetap rasa boring, dia

132
Areila Sahimi

juga. Dia yang merajuk, last-lastnya hari ini minta tolong


pada Fiqa juga untuk tolong kurangkan sikit rajuk di hati.
Zaim tu keras hati. Sofea satu hal. Hal sibuk tiga
puluh enam jam tu pun, buat dia bengang juga. Buat kerja
macam ruang tamu rumah tu, opis dia. Kadang-kadang
terfikir juga, patutnya Zaim ni dikahwinkan aja dengan pelan,
pensel, pemadam dan pembaris yang dia gunakan untuk buat
kerja dia tu. Benda-benda tu aja yang boleh buat Zaim tu lupa
sikit kat Sofea.
“Sofea datang balik ke?” Fiqa bertanya.
“Kalau Sofea tu datang balik, bagus juga. Tahulah
aku macam mana nak ajar. Ini, dibela orang yang tak tau
ntah ke mana lesapnya. Entah hidup, entah dah mati. Aku
yang ada di depan mata, dibuat dek aja.”
Lagi sekali Syakirin melepaskan rasa amarah yang
berbuku di hati. Dah lama dia pendam. Hari ini baru dia
berkesempatan nak luahkan.
“Macam nilah. Aku rasa Zaim tu gurau aja kut.”
Fiqa cuba menenangkan keadaan.
“Tak ada maknanya bergurau nak sebut nama
perempuan tu. Aku lagi rela kalau Zaim nak bergurau guna
nama Harun Salim Bachik ke... Apek Senario ke....”
“Harun Salim Bachik dengan Apek Senario tu ada
kena-mengena ke dengan korang?” Fiqa berkata geram.
Dalam tengah hot-hot macam ni pun, boleh buat lawak
bodoh juga Si Kirin ni. Fuhhh!
“Fiq, apa aku patut buat untuk bagi Zaim tu cair kat
aku?”
“Jumpa Mak Esah.”
“Gila!”

133
2x5

Syakirin terus bangun. Hangin dia mendengar idea


Fiqa tu. Mak Esahlah. Mak Munahlah. Mak Itamlah. Fiqa
ingat dia ratu mandremkan orang ke? Dulu tu masa tanya
macam mana nak bagi cantik kulit muka, selamba aja Fiqa
suruh pergi jumpa Degawan. Biar Degawan cucuk tang sini,
cucuk tang situ. Idea gila! Macam la tak tau itu idea gila yang
sangat khurafat dan memesongkan akidah.
Fiqa hanya ketawa sahaja melihat muka Syakirin
yang sudah mencuka. Zaim... Zaim... apalah yang kau dah
buat pada kawan aku yang sorang tu?

“SEMINGGU rupa macam ayam berak kapur aje. Apesal kau


ni?” Hairi bertanya kerek.
“Aku ada rupa ayam ke?” Zaim bertanya kembali.
“Bapak ayam tu adalah sikit,” gurau Hairi bersahaja.
Ala... gurau sikit-sikit aja. Agak-agak tak boleh nak bergurau,
pergi lepak belakang suraulah.
“Wah, kau ni... mengata aku face to face,” balas
Zaim.
Terasa macam nak simbah aje sisa kuah kari kepala
ikan ni ke muka Hairi. Suka-suka hati aja menyamakan dia
dengan bapak ayam. Kalau tauke ayam goreng kat pasar
malam tu pun, okeylah juga. Tau tak bapak ayam tu apa
maknanya? Cetttt!!!
“Apehal kau ni?” Hairi masih lagi bertanya soalan
yang sama.
“Kirin kelat semacam minggu ni,” beritahu Zaim.
Dia perasan perubahan Syakirin minggu ini. Kalau
tak ada yang perlu, Syakirin tidak akan bercakap. Selalunya,

134
Areila Sahimi

letih telinga ni menadah butir bicara yang kadang-kadang


merapu itu. Tu belum masuk lagi apabila Syakirin mula buat
review novel terbaru yang dia baca. Belum masuk cerita Kak
Nab dekat sebelah rumah. Belum masuk cerita pelanggan
yang datang ke TMPoint. Memang selalu Syakirin banyak aja
ceritanya.
Tapi dalam minggu ini, senyap aja. Lepas makan,
terus masuk bilik. Langsung tak bertegur. Dia mengaku juga.
Minggu ini semuanya sepi. Minggu ini semuanya sunyi. Si
mulut murai yang diam tidak berkutik tu, menimbulkan gusar
di dalam hatinya.
“Datang bulan kut.”
Selamba aja Hairi menuturkan. Nama pun
perempuan. Bila tiba ‘masa’ tu, memang confirm hormon tak
stabil punyalah. Kalau setakat kelat seminggu, tu perkara
biasa la tu.
“Dulu-dulu tu, hormon dia stabil aja. Tak kiralah
datang bulan ke, datang bintang ke...” selar Zaim.
“Entah-entah, kau ada buat salah kut?” teka Hairi.
Manalah tahu isteri temannya itu tersentap kut.
Boleh jadi juga. Zaim, mulut bukan boleh blah sangat pun.
Kalau agak-agak nak menyedas tu, memang dia kasi pedas-
pedas punyalah! Takde ampun punye!
Zaim terfikir-fikir apabila mendengar kata-kata
Hairi tadi. Salah? Tak perasan pula kalau dalam minggu lepas,
dia ada buat salah.
Sofea? Sebut nama Sofea tu pun benda salah ke?
Bukan selama ni Kirin tak kisah ke kalau nama Sofea yang
menjadi sebutan.
Cemburu?

135
2x5

Maknanya, Kirin cemburu dengan Sofea?


Ya Allah... apalah kau ni Zaim. Perempuan mana
tak cemburu kalau setiap masa, suami sendiri tak habis-habis
menyebut nama perempuan lain, hati Zaim mengutuk dirinya
sendiri.
Yang gatal-gatal sangat dah berbini, tapi masih lagi
nak terkenang-kenang bekas kekasih, siapa suruh? Tak ke dah
merajuk Si Kirin tu.
Kirin merajuk? Biar betul? Susah nak percaya.
Zaim, Kirin tu perempuan. Otak letak dekat lutut
ke? Perempuan merajuk pun tak boleh nak agak. Sekali lagi
hati Zaim mengutuk.
“Eh, nak ke mana?” tanya Hairi bila tiba-tiba Zaim
sudah bangun.
“Balik opislah. Masa rehat dah habis.”
Zaim terus berlalu ke kaunter bayaran. Selesai
bayar harga makan tengah harinya dan Hairi, dia terus
menuju ke kereta Hairi di seberang jalan. Dia ingin segera
sampai ke pejabat. Dia ingin cepat-cepat menyudahkan segala
tugas. Yang pasti, malam ini takkan ada kerja yang dibawa
pulang ke rumah. Dia ingin betulkan keadaan yang tegang.
Dia tidak suka keadaan begini berterusan.

136
Areila Sahimi

bab 16
J
AM di dinding, ditala untuk
kesekian kalinya. Jarum pendek
sudah menginjak ke angka sebelas
malam. Perasaan resah, gelisah, risau bercampur baur
menjadi satu. Syakirin masih belum pulang dari pejabat.
Berkali-kali dia menelefon, tetapi tidak juga berjawab. Betul-
betul merajuk gayanya budak sorang ini. Memboikot sampai
tak nak balik rumah. Mana nak dicari? Mustahil TMPoint
beroperasi sehingga pukul sebelas malam.
Zaim mundar-mandir di sekeliling ruang tamu
rumah. Dia tawaf mengeliling meja kopi di hadapan
televisyen. Sekejap-sekejap tingkap rumah dipandang.
Namun bayang orang yang ditunggu tetap tidak kunjung
tiba.
Akhirnya dia merebahkan badan di atas sofa. Lengan
tangan kiri dibawa ke dahi. Kipas siling yang ligat berputar,
dipandang sepi. Mata yang baru terpejam, terbuka luas
apabila telinga menangkap bunyi kereta dari garaj rumah.
Sah. Itu bunyi Neo maroon milik Syakirin.

137
2x5

Sebaik sahaja pintu rumah terbuka, Zaim pantas


buat-buat tidur. Matanya dipejam rapat.
Syakirin yang baru pulang, terus sahaja menuju ke
bilik. Tombol pintu dipulas.
“Lambat balik?”
“Arghhh!!!”
Astaghfirullahalazim. Dia nilah... bisa lemah
jantung aku dibuatnya. Syakirin memandang Zaim yang
sudah duduk di atas sofa. Tidak sedar bila masa pula Zaim
bangun dari tidurnya. Tadi rasanya macam lena aje mamat ni
tidur. Tiba-tiba tidak sampai beberapa saat, terus duduk tegak
macam tu pula. Takut. Macam kena sampuk aje gayanya.
“Saya tanya. Kenapa balik lambat?” soal Zaim
sedikit tegas.
Syakirin buat muka pelik. Ni apesal malam-malam
jadi cikgu disiplin merangkap warden asrama pulak ni?
“Saya ada kerja tadi,” jawab Syakirin jujur.
Memang dia ada kerja yang perlu diselesaikan tadi.
Tak pasal-pasal tadi, tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Sama
ada rela atau tidak, dia dan semua budak TMPoint terpaksa
berkampung di kedai sehingga bekalan elektrik disambung
semula. Mana boleh main balik aja selagi penyelarasan
bayaran tak dibuat? Habis sahaja kerja, terus budak-budak
TMPoint tu ajak pergi makan kat Putrajaya. Perut pun dah
lapar. Jadi ikut ajalah. Kalau dah melepak kat mapley tu,
alamatnya memang tak sedar dirilah jawabnya. Layan pula
Arsenal vs Chelsea malam ni. Lagilah lupa diri. Ini pun nasib
aja minta kebenaran untuk gerak pulang dahulu sebab fikir
Zaim ada di rumah. Kalau tidak, memang wassalamulah
jawabnya. Ikut Fiqalah. Tidur kat rumah dia.

138
Areila Sahimi

“Kerja apa sampai malam-malam macam ni? Mana


awak merayap?” soal Zaim lagi. Suaranya sudah semakin
keras. Melampau ni! Dah pandai keluar malam. Ingat dia kat
rumah ini tunggul kayu? Yang kena menunggu kepulangan
tuan puteri?
“Kenapa awak ni?” Syakirin menyoal kembali.
Ewah... ewah… sedap-sedapnya nak marah orang. Hisyyy!!!
Macam Zaim sorang aja tahu apa makna sibuk bekerja.
Macamlah dia ni tak pernah sibuk bekerja. Macamlah Zaim tu
seorang aja boleh buat overtime. Dia tak boleh nak buat OT.
“Awak tak jawab lagi soalan saya. Mana awak pergi?”
“Saya kerjalah.”
Keadaan semakin tegang.
“Jangan nak tipu!”
“Tipu apa pulak?”
“Saya call, kenapa tak jawab?”
“Bateri kong!”
“Tak tau nak caj?”
“Charger kat rumah.”
“Alasan!”
“Awak ni, kenapa?”
Syakirin memeluk tubuh. Tadi macam warden
asrama. La ni dah macam polis kat Bukit Aman. Tensionnya!
Dahlah penat. Sampai rumah sendiri kena soal siasat macam
kat balai polis pula. Dia tak buat salah pun... kenapa mesti
disoal macam tu sekali?
Zaim hanya mendiamkan diri. Syakirin direnung
tajam. Menjawab aja kerjanya!
“Zaim, saya penat sangat ni. Kalau awak tak percaya,

139
2x5

awak boleh tanya Fiqa esok. Saya letih ni. Nak mandi. Nak
tidur.” Syakirin mengendurkan intonasi suaranya. Kalau nak
ajak bertekak ke, bergaduh ke, esok-esok ajalah. Malam ni
kirim salam banyak-banyak. Tak larat! Terus Syakirin masuk
ke dalam bilik.
Zaim pula masih diam di sofa. Sepatutnya malam
ini dia berbaik-baik dengan Syakirin. Big Mac atas meja
makan dipandang sepi. Dari petang tadi Big Mac itu setia di
meja makan. Dia lapar. Tapi terpaksa bertahan kerana ingin
makan sekali dengan Syakirin. Ingatkan bila sudah
dipayungkan dengan burger kegemaran Syakirin tu, bolehlah
menjernihkan keadaan. Tapi plan tidak menjadi. Akibatnya
sebu perut sebab terpaksa berlapar. Big Mac atas meja
langsung tak lalu hendak dijamah. Zaim masuk ke dalam
bilik. Tidur adalah perkara terbaik untuk dibuat sekarang ini.

MATA digosok-gosok terlebih dahulu sebelum jam digital


pada skrin telefon bimbit ditala. Pukul dua pagi. Bunyi pintu
pagar dari luar rumah sangat-sangat menyeramkan. Selimut
ditarik menutupi seluruh badan. Namun bunyi pintu pagar
masih tidak berhenti. Ya Allah... janganlah time-time macam
ni, jembalang datang mengganggu. Syakirin berdoa di dalam
hati.
Bunyi pagar semakin kuat. Syakirin pejam mata.
Malam ini malam? Errr... Sunday, Monday, Patolo, Patanday.
Aduh!!! Malam Jumaat. Kecik-kecik dulu abah selalu
momokkan malam Jumaat ini sebagai malam hantu
jembalang memunculkan diri. Itu mitos untuk budak-budak
yang kuat merambu tengah-tengah malam. Takkan dah besar
panjang macam ni pun mitos tu masih relevan lagi untuk

140
Areila Sahimi

diguna pakai. Yang dulu tu, keluar pergi ke Castle tak kira
malam Jumaat ke... malam minggu ke... tak ada hal pun!
Errr... dulu tu lain. Dulu tu dia pun lebih kurang hantu juga.
Hantu jumpa hantu, tak ada maknalah nak takut. Mitos
malam Jumaat dia tak percaya. Tapi yang ketar satu badan ni
apa kes? Hish! Terbayang pula filem Indonesia ‘Jumaat Malam
Keliwon’. Keliwon? Tidak!!!!
Perlahan-lahan Syakirin bangun dari katil. Dalam
keadaan mata terpejam, dia meraba-raba mendapatkan pintu
bilik. Tombol dipulas. Dia menapak keluar secara senyap-
senyap. “Ouchhh!!!”
Mata terbuka. Tangan pula menggosok-gosok dahi
yang sedikit perit berlanggar dengan sesuatu. Ni, sah baru
berlanggar dengan makhluk bertulang besi berurat dawai.
Zaim ni, badan aja kurus, tapi keras.
“Awak tak nampak ke?” marah Syakirin. Kepalanya
masih terasa sengal akibat berlanggar dengan Zaim.
“Awak ni nak ke mana?” Zaim menyoal kembali.
Sekali lagi bunyi pintu pagar mengejutkan kedua-
duanya. Serta-merta tangan Syakirin merangkul erat lengan
Zaim. Dia takut. Bukan sengaja mahu mengambil kesempatan.
Zaim memandang wajah Syakirin di sebalik samar
lampu jalan yang menembusi celah langsir yang sedikit
terbuka. Dalam hati dia tersenyum lucu. Eee!!! Dulu bukan
main lagi kata tak takut langsung dengan anasir sebegini. Ini
baru dengar bunyi orang ketuk pintu pagar, dah menggigil
satu badan. Apa cerita?
“Bu… bu… bunyi apa tu?” Syakirin bertanya
terketar-ketar. Lemah lutut dah ni.
“Takkan tak tau tu bunyi pintu pagar,” balas Zaim
bersahaja.

141
2x5

Eee… Syakirin menggetap bibir. Tahulah itu bunyi


pintu pagar. Maksud dia, siapa yang tengah-tengah malam
macam ni nak ketuk pintu pagar rumah orang? Zaim ini
pun….
“Awak, malam ni malam Jumaat.” Syakirin
mengingatkan Zaim. Jelas telinganya dapat menangkap Zaim
ketawa kecil. Syakirin menggetap bibir lagi. Tu nak cari point
membahan dialah tu. “Zaim, janganlah gelak!”
Hinggap cubitan halus pada lengan Zaim.
“Adui!!! Sakitlah!”
“Awak sa... sa... saya takut ni....”
“Jom kita pergi tengok. Siapa la yang ketuk pintu
pagar rumah orang malam-malam macam ni,” ajak Zaim.
“Hah!” Mulut Syakirin melopong luas. Terus dia
mengikut jejak Zaim dari belakang. “Ouch!!!”
Sekali lagi terdengar suara Syakirin menjerit halus.
“Zaim, awak boleh tak kalau nak gostan tu, bagi
signal dulu. Kita ni dalam gelap, tahu tak!” getus Syakirin
geram selepas dua kali dahinya menjadi mangsa akibat
berlanggar dengan Zaim. Betulah Zaim ni, tulang besi urat
dawai. Badan kurus, tapi boleh tahan keras juga tulang-
tulang dia. Yang tadi tak habis sengalnya, dah ditambah lagi
dengan sengal baru. Sakit gila!
“Yang awak tu, kenapa berjalan dalam gelap
sedangkan letrik kat rumah kita ni belum kena potong lagi.”
Automatik tangan Zaim menekan suis lampu di
ruang tamu rumah. Kebetulan mereka sekarang ini betul-
betul berdiri di sebelah suis. Dua kali lima. Dua-dua minda
gagal berfungsi pada malam hari. Nasib aja dia terlebih alert
dapat perasan dari awal.

142
Areila Sahimi

Menyala sahaja lampu kalimatang, Syakirin


dipandang. Dahi Syakirin sedikit merah. Itu sebab bahana
kena langgar dua kali tadi. Mukanya masih lesu. Penat
agaknya. Ooo... balik lambat sebab buat OTlah katakan.
Syakirin dipandang atas ke bawah. Budak nilah! Takkan nak
keluar rumah pakai macam ni?
“Pergi tukar baju!” arah Zaim. Agak-agak la sikit
cara berpakaian tu kalau nak keluar rumah. Setakat mata dia
aja yang memandang, okey la. Kalau nak keluar rumah, main
redah aje pakai spegetti dengan short ketat macam ni,
memang sengaja nak cari penyakit!
“Saya takutlah!” Syakirin merengek perlahan. Dia
buat muka kesian.
“Takkan nak keluar pakai macam ni?”
“Zaim, please….”
“Saya temankan.” Syakirin terus ditarik masuk ke
dalam bilik.
Syakirin mengenakan sweater dan seluar track. Itu
aja yang sempat dicapai. Kira okeylah tu.
Mereka keluar semula ke ruang tamu rumah.
“Kalau awak takut, pegang saya kuat-kuat ye.”
Selamba Zaim berkata. Dia bagi offer baik punya.
Tangan Syakirin yang memang dari tadi sedia
memegang erat lengan Zaim, semakin dieratkan. Dalam hati
tetap bergetar hebat. Ini first time tau pegang kuat-kuat
macam ni. Bukannya dia rela. Zaim yang kasi offer.
Pintu dibuka perlahan.
“Kak Nab!!!”
Dua-dua berkata serentak. Dua-dua saling
berpandangan. Dua-dua jelas terpinga-pinga.

143
2x5

“MILO.” Zaim menghulurkan cawan polisterin berisi air


Milo panas yang dibeli di kafetaria hospital.
Walaupun jam sudah menginjak ke pukul tiga pagi,
keadaan di sekitar bilik kecemasan masih lagi sibuk.
Barangkali ada kejadian kemalangan kut. Sebab itu
keadaannya agak sibuk dan hingar.
“Thanks,” ucapnya perlahan. Segaris senyuman
Syakirin hulurkan sebaik sahaja menyambut huluran cawan
polisterin daripada Zaim.
“Saya tak sangka awak baik macam ni. Sanggup nak
tolong Kak Nab walaupun dia banyak mengumpat belakang
awak.” Zaim memulakan sesi bual bicara sementara
menunggu Kak Nab keluar dari bilik rawatan.
Alangkah terkejutnya Zaim dan Syakirin tadi
apabila melihat Kak Nab yang mengetuk pintu pagar rumah
mereka pukul dua pagi. Punyalah Kak Nab merayu meminta
bantuan untuk menghantar Afiq ke hospital kerana terkena
serangan asma yang teruk. Mujur cepat dihantar ke hospital.
Kebetulan Abang Zainal kerja di luar malam ini. Di atas
kesedaran hidup sesama jiran tetangga harus tolong-
menolong, dengan seikhlas hati dia dan Syakirin menghantar
Kak Nab dan Afiq ke hospital.
“Hari ini hari dia. Mana tahu esok lusa hari kita.
Saya bukan jenis berdendam pun....” Syakirin bersuara
perlahan. Milo dihirup cermat. Nikmatnya dapat minum Milo
berasap tengah-tengah keadaan sejuk macam ni.
Zaim yang mendengar, terasa sejuk hati. Syakirin
dipandang sekilas. Kelihatan gadis ini masih keletihan. Mana
tidaknya, tangan kanan memegang cawan polisterin, sebelah
kiri pula acap kali dibawa ke mulut akibat mahu menutup
mulut yang menguap luas. Sekejap-sekejap Syakirin

144
Areila Sahimi

tersengguk-sengguk menahan rasa mengantuknya. Kasihan


pula apabila melihat Syakirin berkeadaan letih macam tu.
“I’m sorry,” ucap Zaim perlahan.
Syakirin terpinga-pinga. “Sorry amendanya pulak
ni?”
Zaim sekadar ketawa mendengar soalan daripada
Syakirin. Tengah mamai Si Kirin ni.
“Pasal hal tadi. Saya tahu, saya tak patut
berprasangka pada awak,” katanya kemudian.
Syakirin memandang Zaim. Mata Zaim direnung.
“It’s okay,” jawabnya bersama senyuman yang
mekar di bibir.
“Marah?” soal Zaim lagi.
Syakirin menggeleng perlahan.
“Kecil hati?”
“Sikit,” jawab Syakirin jujur.
“Awak dendalah saya apa saja. Janji boleh hilangkan
rasa kecil hati awak yang sikit tu.”
Syakirin sedikit ternganga. Amboiii... ni baik punya
tawaran ni. So, apa lagi? Inilah masanya pun nak mengenakan
Ahmad Zaim ni. “Awak tak menyesal nanti kalau saya denda
awak buat benda yang bukan-bukan?”
“Kalau tu boleh buat rasa kecil hati awak tu hilang,
saya terima aja,” ujar Zaim pasrah. Apa denda pun dia
sanggup terima aja.
Syakirin berfikir-fikir sejenak. Kemudian dia
tersenyum melihat wajah Zaim. “Pinjam bahu. Saya nak
tumpang buat alas kepala. Ngantuk ni. Nak tidur sementara
tunggu Kak Nab dengan Afiq.”

145
2x5

Meletus tawa Zaim apabila mendengar permintaan


Syakirin itu. Sejak bila pula sudah insaf daripada menjadi
perempuan yang sangat demand dan bercita rasa tinggi. Ingat
apa lagilah benda yang Kirin nak ketuk. Rupa-rupanya ingin
meminjam bahu aja.
“Okey!” jawab Zaim ringkas di atas permintaan
Syakirin itu. Tangan kanannya menolak lembut kepala
Syakirin yang berselubung dengan hood sweater yang
dipakai. Kemudian dia menepuk-nepuk perlahan lengan
kanan Syakirin.
“Tak payahlah tepuk-tepuk. Saya dah besarlah.”
Omel Syakirin.
Ingat dia ni budak kecil apa! Nak tidur main tepuk-
tepuk macam ni. Mulutnya menguap lagi. Matanya dipejam
rapat. Satu, dua, tiga... krohhh… krohhh….
Zaim hanya tersenyum nipis. Dia turut sama
memejamkan mata sambil bersandar malas pada belakang
kerusi hospital.

146
Areila Sahimi

bab 17
“A
KAK memang pujilah kamu
berdua ni. Pasangan suami
isteri contoh. Sudahlah
secocok. Sehati sejiwa pula tu. Boleh dua-dua tidur kat
hospital yang bising dengan macam-macam bunyi tu,” kata
Kak Nab dengan ilai tawanya.
Syakirin sekadar tersenyum. Mukanya merah
menahan malu apabila Kak Nab sengaja mencari point untuk
mengenakan dirinya dengan membuka cerita romantika de
amor sama-sama tidur di atas bangku hospital beberapa
minggu yang lepas. Kak Nabkan, kalau sekali dia dapat
bercakap, payah nak berhenti. Zaim pun satu. Apehal la
malam tu dia turut sama buat taik mata sekali. Ini Kak Nab
dah dapat cerita, habislah! Asyik isu tu aja yang disebutnya.
Tangan kanan Syakirin berhati-hati memotong
puding roti di dalam lengat (bekas). Asyik melayan celoteh
Kak Nab yang tak sudah tu, satu kerja pun tak jalan. Lalu
celoteh Kak Nab itu dibiarkan sahaja.
Kak Nab sekadar tersengih apabila melihat muka

147
2x5

Syakirin sudah merona merah. Tangannya ligat menggoreng


bihun goreng tom yam di dalam kuali. Syakirin hanya
menikus sahaja. Malu barangkali diusik begitu.
Kak Nab meneruskan kerjanya. Sebentar lagi orang
masjid akan tiba. Hari ini ada majlis doa selamat di
rumahnya. Dia berhajat sangat nak buat majlis ini sempena
Afiq yang telah keluar dari hospital. Penyakit asma ini
bukanlah boleh sembuh dengan mudah. Tetapi apabila Afiq,
si bongsunya ini telah terselamat daripada bahaya,
membuatkan dia insaf di atas segala perbuatan busuknya
selama ini. Dia pun tidak menyangka suami isteri yang selalu
menjadi topik hangatnya itu, sudi menghulurkan bantuan.
Kalau tidak, pasti dia sendiri tidak tahu apa yang terjadi pada
Afiq. Dia benar-benar insaf. Semua yang berlaku ini memang
ada hikmahnya. Kini dia telah pun berbaik-baik dengan
Syakirin suami isteri. Dia pun telah pencen daripada menjadi
ahli mesyuarat tingkap. Tak nak dah buat dosa. Taubat!!!
“Kak Nab, puding ni Kirin dah siap potong. Nak
diletak kat atas apa?” Syakirin bertanya. Tuala Good Morning
putih bersih, dicapai. Tangan yang sedikit melengas itu dilap.
“Letak aja atas tray tu. Letak aja sebelah-
menyebelah dengan agar-agar pandan,” beritahu Kak Nab.
Dengan berhati-hati, Syakirin mengangkat satu per
satu puding roti yang telah dipotong itu dengan
menggunakan hujung pisau. Puding diletakkan di atas tray
bersebelahan dengan agar-agar pandan.
“Kak Nab! Orang masjid dah sampai!!!”
Terdengar suara dari muka pintu dapur.
“Hah! Im... tolong Kak Nab angkat bihun goreng ni
bawa ke depan. Kirin, nanti bawa semua kuih-muih ni ke
depan sekali ya. Akak nak sambut tetamu,” arah Kak Nab

148
Areila Sahimi

bagai seorang bos besar. Selesai memberi arahan, terus saja


Kak Nab berlalu ke hadapan.
“Siapa masak ni?” soal Zaim perlahan di tepi telinga
Syakirin.
“Eee... Encik Zaim. Behave yourself, okay. Ini
rumah orang. Jangan nak bermanja tak kena tempat...”
gumam Syakirin perlahan.
Zaim hanya ketawa kecil apabila tak pasal-pasal
kena sound dengan isterinya. Dia terus menatang tray berisi
bihun goreng untuk dibawa ke meja hidangan.
Dia tau Syakirin sudah rimas. Tapi dia sengaja
mahu mengusik. Dia suka apabila muka Syakirin bertukar
merah. Dia suka apabila Syakirin mula mencebik. Dia suka
apabila Syakirin mula membebel dengan kata-kata pedasnya
itu. Itu yang buat dia terpikat. Itu yang buat dia terpesona.
Jika bukan kerana gila-gila bahasa Syakirin, tak mungkin dia
bisa jatuh cinta lagi pada gadis yang tidak pernah langsung
terfikir di kepala, terlintas di hati dan termasuk di dalam
carta gadis-gadis idamannya sebelum ini.
Bukankah rasa sayang itu boleh dipupuk dan
disemai? Walaupun di hati bukan seratus peratus cinta untuk
Syakirin, tetapi setiap malam usai sahaja solat, dia tidak lupa
berdoa kepada Tuhan agar dipermudahkan jalan untuk dia
terus melupakan cintanya terhadap Sofea dan diganti dengan
Syakirin. Sofea hanya kenangan. Syakirin adalah masa depan.
Itu kenyataan. Lagipun dia tidak mahu merosakkan
hubungan yang suci ini.
Syakirin mencebik. Mukanya memerah kembali.
Membahang sahaja.
Eee… Zaim ni! Tak kenal mana port nak romantik.
Naik lemas. Sejak malam di hospital itu, hubungan dia dan

149
2x5

Zaim semakin pulih. Mulut Zaim pun sudah pandai tidak


menyebut nama Sofea lagi.
Malah, sekarang ini hubungan mereka adalah atas
nama suami isteri yang sebenar-benarnya. Bukan lagi hanya
sekadar teman serumah. Sekarang ini sudah jadi teman
sebilik. Zaim yang menyuruh dia pindah ke bilik Zaim.
Katanya, pelik sangat rasanya husband and wife tidur bilik
asing-asing.
Eleh… tu siapa punya idea pelik? Kalau bukan dari
kepala otak Zaim tu. Syakirin akur. Sekarang ini dia benar-
benar bahagia. Tapi tu la. Dah terlebih romantik pun payah
dibuatnya. Langsung main redah aja nak bermanja-manja.
Tak tau yang sekarang ini dekat rumah orang. Zaim suka buat
dia tersipu-sipu malu dan terus tiba-tiba terasa macam nak
kontrol ayu aje.

150
Areila Sahimi

bab 18
“B
UAT apa tu?”
Zaim segera
menoleh ke kiri. Syakirin
sudah melabuhkan punggung di sebelahnya. Matanya ditala
kembali ke dada langit yang terbentang luas.
“Satu... dua… tiga….” Syakirin mengira macam
budak TADIKA baru nak belajar ilmu hisab. Kepalanya
didongak ke atas sambil jari telunjuk ditala pada bintang-
bintang di langit.
“Awak buat apa ni?” Zaim bertanya geram. Ek
elehhh… ni perli namanya.
“Kira bintang,” jawab Syakirin bersahaja. Dia
tersengih mempamerkan gigi putih bersihnya.
“Banyaklah awak,” kata Zaim sambil nakal
tangannya menarik tocang Syakirin yang diikat tinggi.
“Janganlah,” omel Syakirin. Zaim dijeling. Paling
tak suka apabila kena tarik rambut macam ni. Zaim macam
abang. Suka main tarik-tarik rambut. Sakit tau!!!

151
2x5

“Ooo... Kirin…” panggil Zaim panjang.


“Apa dia?” Syakirin bertanya malas.
“Saya rasa awak cantik tau kalau bertudung. Sampai
bila nak jadi manusia hipokrit yang plastik semata-mata?
Kalau abah dengan mak tau yang awak ni bolen (tidak
bertudung) aja macam ni, mesti dia orang kecewa. Lagipun,
awak tak cantik la bila buat rambut macam ni. Fiqa pun dah
berhijrah. Awak bila lagi?” tutur Zaim perlahan. Sudah lama
dia ingin menegur hal yang satu itu. Baru malam ini terluah.
Pada dia, aurat Syakirin itu biarlah untuk tatapan matanya
seorang, bukan untuk dikongsi dengan orang lain.
Syakirin menjulingkan mata ke langit. Janganlah
nak disamakan dirinya dengan Fiqa. Fiqa tu dah sampai seru.
Tapi Fiqa tak boleh blah juga. Di sebalik tudung yang dipakai,
di dalamnya tetap upgrade. Digital perm!!! Itu yang tak tahan
tu.
“Saya tak ready lagi,” katanya jujur.
“Takkan nak buat benda yang dituntut tu pun, nak
tunggu ready ke tak. Kirin, dosa awak tu tergalas di bahu
saya tau. Sekarang, awak tu dah jadi tanggungjawab saya.”
Sekali lagi Syakirin menjuling mata ke langit. Argh!
Bila Zaim sudah masuk mode ustaz macam tu, tidak berani
dia nak membidas. Karang terkeluar semua hukum, semua
hadis, semua dalil, siap bagi contoh sekali malam-malam
buta macam ni. Bukannya dia ni tak nak dengar apa yang
Zaim katakan. Betullah apa yang Zaim cakap tu. Tak ada yang
tak betul melainkan yang betul-betul belaka. Tapi sungguh
dia tak bersedia lagi.
Kalau boleh biarlah dia buat sesuatu dengan
seikhlas hati. Buat tak ikhlas, jadi macam yang sekarang
nilah. Setiap kali balik kampung, masuk aja tol Simpang

152
Areila Sahimi

Pulai, baru sibuk-sibuk cari tudung Ekin yang dibeli kat pasar
malam Presint 2 tu. Main sauk aja. Janji bertutup. Kalau
tidak, memang teruk kena dengan abah. Tu yang nak
dielakkan tu.
“Okey… okey… saya akan buat kalau saya betul-
betul dah ready okey. Saya janji. Bagi masa sikitlah,” kata
Syakirin mengalah.
Kedua-dua tangan diangkat. Dia akan buat. Cuma
bagi masa sikit. Bukan dalam masa terdekat ini. Bagilah dia
boleh master fesyen-fesyen bertudung zaman sekarang ni.
Tak mahulah sekadar pakai ala-ala mak minah nak ke pasar
aja. Tak ada kelas!!! Paling tidak, nak pakai tudung macam
yang dijual kat Ariani ataupun Ratu. Sangat teruk kau
Syakirin. Nak pasang niat pakai tudung pun kena pakai ikut
standard yang dijual kat Ariani ataupun Ratu. Fuh... teruk
lagilah Zaim kena lepas ni. Syakirin senyum penuh makna.
Zaim melepaskan keluhan lemah. Susahnya nak
bercakap dengan orang yang tak reti nak dengar cakap ni.
Nak aja disekeh-sekeh Syakirin ni. Nak tunggu Syakirin
punya ready tu, dia rasa kucing dah tumbuh tanduk pun
belum tentu Syakirin dah ready.
Kotak rokok jenama Benson and Hedges dibuka.
Sebatang rokok dikeluarkan dari dalamnya. Pemetik api
dipetik lalu dicucuh pada rokok yang terselit di antara jari
telunjuk dan jari hantu. Menyala sahaja hujung rokok, terus
dibawa masuk ke dalam mulut. Disedut perlahan penuh
nikmat. Asap dilepaskan perlahan. Dia start merokok masa
mula-mula ditinggalkan oleh Sofea dulu. Rasionalnya adalah
untuk menghilangkan stres. Dia bukan perokok tegar. Tapi
sekali-sekala tu, layan jugalah. Barulah stylo gitu. Asap rokok
dihembuskan keluar dari dalam mulut.

153
2x5

Melihat Zaim yang sedap sangat merokok di


sebelah, membuatkan duduk Syakirin tidak selesa. Dia
memang pantang dengan orang yang merokok depan orang
ramai. Walaupun keadaan sekarang ni, hanya dia sorang aja
di sebelah Zaim, tapi dia tetap orang juga. Agaknya arkitek
sorang ni tak tau kut bahaya rokok ni bukan pada perokoknya
sahaja, tapi melibatkan orang sekeliling juga. Arkitek sorang
ni mungkin jugak tak takut kut dengan amaran keras
kerajaan dan gambar-gambar yang menakutkan pada kotak
rokok itu. Hmmm... mungkin jugak kesedaran siviknya
kurang. Ataupun arkitek sorang ni macam dia juga. Degil!!!
Ooo… dia tak pakai tudung, Zaim tau pula kata dosa. Habis
tu yang Zaim duk merokok tu, tak dosa juga ke? Mengata
orang nombor satu!
Melihat Zaim begitu menikmati rokok Benson and
Hedges di mulut, tangan nakal Syakirin menariknya keluar.
Cepat-cepat rokok yang masih tinggal separuh itu, dibuang
ke lantai garaj dan dipijaknya dengan selipar Jepun yang
dipakai. Siap buat twist sekali. Selesai satu tugas.
“Apa ni?!” Zaim mendengus geram sambil terbatuk
kecil. Nasib tak lemas tadi. Baru nak sedut, tiba-tiba kena
tarik keluar.
“Ooo... cakap saya pandai. Yang awak tu hisap rokok
kat depan saya bolehlah pula ek? Saya tak bertudung pun, tak
pernah nak menyusahkan orang tau. Tapi, kalau awak nak
tau, asap rokok awak tu boleh membahayakan kesihatan saya
tau.” Syakirin pula sudah masuk mode ala duta kempen.
“Tapi…”
“No tapi-tapi. Tau tak dah berapa banyak duit
kerajaan habis buat kempen bahaya merokok. Jangan degil,
okey. Saya paling tak suka orang yang merokok. Duit rokok

154
Areila Sahimi

awak tu baik simpan dalam ASB. Lagi baik. Bila dah tua nanti,
boleh beli rumah banglo sebiji,” potong Syakirin sebelum
Zaim sempat nak membalas.
Eee… dia nilah. Taste tak boleh rendah sikit.
Semuanya nak high. Banyaklah dia punya rumah banglo. Apa
dia ingat, dia kahwin dengan sedara Bill Gates ke sampai
boleh sediakan banglo sebiji untuk dia. Huhhh.… “Baik. Saya
akan berhenti merokok kalau awak boleh pakai tudung.”
“Zaim… tak bolehlah macam tu. Benda tu
memerlukan saya untuk bersedia dari segi fizikal dan mental.”
Cehhh!!! Mengalahkan nak masuk Amazing Race
aja gayanya.
“Kalau macam tu, anggap aja saya pun tak bersedia
dari segi fizikal dan mental lagi nak lepaskan benda ni.”
“Zaim!!!”
“Dah. Jom masuk.” Zaim terus bangun dan berlalu
masuk ke dalam rumah.
“Za...”
“Masuk.”
“Tapi…”
“Cepat!!!”
Akhirnya, Syakirin mendengus geram. Dalam dah
berbaik-baik macam ni pun, tetap juga nak buat orang
hangin. Nak aja halau tidur kat luar. Tapi tak bolehlah pula.
Tu la bantal peluk merangkap bantal bucuk juga. Akur juga
Syakirin. Lalu dia menapak masuk ke dalam rumah. Dalam
kepala duk menimbang-nimbang, pakai tudung... tak payah
pakai. Pakai... tak pakai. Pakai... tak pakai. Saja betullah Zaim
ni. Sengaja buat deal macam ni. Tak suka!!!

155
2x5

bab 19
L
IMA minit.
Sepuluh minit.
Lima belas minit.
Zaim keluar dari perut kereta setelah lima belas
minit menunggu. Syakirin nikan. Nak bersiap ke tempat
kerja mengalahkan nak pergi majlis makan malam. Hari ini,
sah Syakirin mekap ala-ala diva sekampung. Lambat sangat!!!
Sudahlah ada perbincangan dengan konsultan pagi ini. Hairi
saja sudah lima kali menghantar mesej mengingatkannya
agar tidak terlewat pagi ini.
“Kirin!!!” Pintu bilik dibuka kuat.
Tersentak Syakirin sejenak.
Zaim pula terkesima. Amboiii... berfesyen tak ingat
pula mak cik ni. Ada reben pula tu. Tapi pada pandangan
mata Zaim, sangat manis. Kan ke dah cakap. Memang cantik.
Ayu gitu bila skaf berwarna biru itu dibuat tudung dan
diletak di atas kepala daripada diikat pada tengkuk. Buat
tercekik aja. Sweet sangat mak cik ni pagi ini.

156
Areila Sahimi

“Zaim!” tegur Syakirin. Kurang selesa apabila


ditenung semacam. Eee… merenung orang macam nak
terkeluar bola mata dari soketnya.
“Helo…!” Syakirin menegur lagi sambil tangannya
melambai-lambai ke muka Zaim. Ya Allah, Zaim yang
tersayang. Janganlah pandang macam tu. Tak senang dia
dibuatnya.
Zaim yang sedikit tersentak dengan lambaian
tangan Syakirin, hanya tersengih.
Syakirin mencapai tas tangan di atas katil. Terus
berlalu menuju ke pintu bilik.
Tetapi tangan Zaim pantas menyentap tangannya.
Didekatkan wajah Syakirin yang sudah merona merah itu ke
mukanya. Mata Syakirin yang sudah tersedia dengan
pembayang mata berwarna hitam kelabu, bersama alis mata
yang telah dipantis dengan celak berwarna hitam, direnung
redup.
Ya ampun… cukup-cukuplah tu Zaim. Takut esok
demam aku dibuatnya disebabkan panahan mata menggodanya
itu. Tak sanggup! doa Syakirin di dalam hati. Zaim ni tak
sedar ke yang sekarang ni dia dah lambat nak ke pejabat. Dia
pun sama juga. Sudah lambat dah ni. Zaim ni suka macam
ni. Time-time genting ni, nak romantik-romantik la pulak!
Eee... pak cik ni, cepatlah!
“Zaim, saya tak rasa sekarang ni masa yang sesuai
untuk awak menjadi sangat romantik,” kata Syakirin
perlahan. Dia memberanikan diri melawan panahan mata
Zaim itu. Ni kena sedarkan cepat ni. Kalau tidak lebur mamat
ni. Hari ini bukan hari minggu, tapi hari Rabu. Tolong ingat
sikit ek….
Zaim mengerut dahi.

157
2x5

“Zaim, dah lambat ni…” rengek Syakirin manja


sambil meronta minta tangannya dilepaskan segera.
Zaim sekadar senyum menggoda. Rangkulan tangan
tidak dilepaskan.
“Zaim, sekarang dah pukul tujuh empat puluh lima
pagi. Awak ada temu janji dengan konsultan, kan?” Syakirin
mengingatkan.
Mendengar perihal temu janjinya itu, segera Zaim
menala pada jam loceng di tepi meja katil. Kemudian
matanya kembali merenung wajah Syakirin yang cantik
dengan tudung litupnya. Perlahan, bibirnya hinggap pada
dahi Syakirin. Hadiah ciuman tanda kasih buat Syakirin
sebab mendengar kata-katanya untuk segera berhijrah kepada
sesuatu yang baik. Tangan Syakirin dilepaskan.
“Jom,” ucapnya perlahan.
Syakirin terkulat malu. Masih statik berdiri di
tempatnya tadi. Ini kali pertama Zaim mencium dahinya
ketika mahu ke tempat kerja. Bahagia. Itulah perasaannya
ketika ini.
“Tunggu apa lagi? Cepatlah. Saya dah lambat ni,”
kata Zaim yang sudah terlebih menghala ke muka pintu bilik.
Syakirin melangkah perlahan menuju ke arah Zaim
berdiri.
“Awak pun jangan hisap rokok lagi, ya…” pesan
Syakirin. Matanya dicerunkan memandang Zaim.
“Kalau kat tempat kerja, mana awak nak tau.”
“Tuhan tahu,” jawab Syakirin.
Pecah tawa Zaim.
“Jomlah.” Terus tangan Syakirin ditarik perlahan
untuk mengikutnya ke kereta.

158
Areila Sahimi

bab 20
Selepas setahun setengah menempuhi saat-saat yang
bahagia….

“M
ISYA ELLANA MOHD
AMINUDDIN!!!” jerit
Syakirin pada anak
buahnya yang ketegar (keras kepala) sangat tu. Abang
sengaja menyuruh dia menjaga Misya sementara abang
berdating dengan Kak Yati. Suka menjadikan rumah dia
macam nurseri. Lepas tu dia ni jadi babysitter tak bergaji.
Bukannya abang tak tau yang Syakirin dengan puteri
sulungnya itu langsung tidak ada chemistry. Budak ni pun
satu, degil ya amat. Main panjat-panjat macam lelaki.
Buatlah kalau terjatuh nanti. Siapa yang akan disalahkan?
Mami ngah juga....
“Misya… turun sayang,” tegur Zaim lembut. Gadis
kecil menginjak usia enam tahun itu didukung dari atas
palang tempat dia sedang berdiri. Manja sahaja gaya Misya di
dalam dukungan Zaim.

159
2x5

Syakirin sekadar mencebik apabila Misya tersengih


memandangnya. Saja tau Misya ni. Mami ngah pun tak
pernah kena dukung dengan pak ngah dia macam tu.
“Misya, kalau nakal-nakal macam ni, mami ngah
repot kat papa, okey!” ugut Syakirin.
“Pak ngah tengok mami ngah ni. Sikit-sikit repot
papa. Sikit-sikit repot papa....” Petah Misya mengajuk gaya
mami ngahnya itu bercakap.
“Tak padan dengan kecik,” gumam Syakirin. Tocang
ekor kuda Misya ditarik.
“Pak ngah...” rengek Misya manja di sisi Zaim.
“Awak ni dahlah tu,” kata Zaim.
“Jom kita balik. Dah nak dekat senja dah ni.” Ajak
Zaim. Sudah berjam-jam mereka duduk di taman permainan
ini. Hari pun dah nak keluar mambang kuning aja ni.

DI DALAM kereta, Syakirin dan Zaim sekadar mendiamkan


diri. Cuma sesekali terdengar suara kecil di tempat duduk
belakang menyanyi girang. Tak tahan betul dengan anak
lawyer sorang ni. Umur baru nak masuk enam tahun,
sudah pandai menyanyi lagu Yuna. Misya dibiarkan sahaja
menyumbangkan suara di belakang. Cuma Zaim aja sesekali
tertawa kecil apabila mendengar Misya tersasul menyanyikan
bait-bait kata di dalam lagu ‘Dan Sebenarnya’ dendangan
Yunalis Zarai yang merupakan anak seorang lawyer itu juga.
“Pak ngah…” panggil Misya manja.
“Apa dia, sayang?” sahut Zaim.
“Malam ni Misya tidur sekali dengan pak ngah, ek?”

160
Areila Sahimi

Zaim sekadar tersenyum mendengar permintaan


gadis kecil yang sudah pun bersandar di belakang. Penat
memencak (beria-ia pusing) satu padang permainan tadi.
“Mana boleh. Pak ngah tidur dengan mami ngah.
Awak tidur depan TV.” Syakirin menjawab bagi pihak Zaim.
Sengaja mahu menyakat anak dara abangnya tu.
“Tak nak... nak tidur sekali dengan pak ngah dengan
mami ngah…” rengek Misya. Matanya sudah mula berkaca.
“Kirin....” Zaim bersuara panjang sambil menjeling
ke arah Syakirin.
Syakirin sedaya upaya menahan tawa apabila
melihat gadis kecil itu sudah mula menitiskan air mata. Salah
satu hobinya dua tiga menjak ini adalah menyakat Misya.
Itulah satu-satunya anak saudara yang menjadi pengarang
jantung hatinya. Dia sayangkan Misya. Sayang sangat. Tapi
semakin besar, semakin menjadi-jadi mulut si kecil ini
membidas kata-katanya kalau ada yang tidak kena padanya.
Tu yang geram tu.
“Pak ngah, tak nak tidur kat luar,” kata Misya
teresak-esak.
“Yalah. Malam nanti sayang tidur dengan mami
ngah dengan pak ngah, okey. Tak mahu nangis-nangis. Tak
cantik dah pak ngah tengok.”
Mendengar kata-kata daripada pak ngahnya itu,
membuatkan Misya tersenyum kelat. Apabila sahaja
mendengar diri sudah tidak cantik, terus sahaja dia berhenti
menangis. Air mata yang mengalir diseka. “Pak ngah…”
“Apa dia, sayang?”
“Suruhlah mami ngah tidur luar. Biar dia kena
kacau dengan momok.”

161
2x5

Kata-kata Misya itu benar-benar melucukan. Ketawa


besar Zaim dibuatnya.
Syakirin bengkek. Matanya dibuntangkan pada
Zaim yang masih rancak mentertawakannya tanpa sebarang
tanda mahu berhenti. Amboiii... budak kecik ni! Dahlah pak
ngahnya panggil sayang. Dia pun Zaim tak pernah nak
panggil sayang, tau. Lepas tu ada hati nak menghalau mami
ngahnya keluar dari bilik. Sabar ajalah Syakirin dengan anak
abang ni. Abang!!! Ambillah anak awak cepat. Betul-betul
mengganggu privasi rumah tangga orang, tau tak!!! omel
Syakirin di dalam hati.

“SYYY!!!” Jari telunjuk Syakirin diletakkan pada bibir apabila


melihat wajah Zaim terpacul dari luar pintu bilik.
Zaim yang baru sahaja pulang dari masjid,
menjenguk ke dalam bilik. La... dah tidur budak ni. Dia
duduk di atas katil bersebelahan Syakirin yang masih lagi
menepuk lembut badan anak saudaranya itu. Seketika
kemudian tangannya membelai rambut panjang Misya.
Kemudian dahi si kecil itu dicium. Zaim yang sekadar
memerhati, mengulum senyum. Misya... Misya... mami ngah
awak ni tak adalah teruk sangat pun, detik hatinya.
“Buatkan saya Nescafe,” pinta Zaim lembut di tepi
telinga Syakirin.
“Tak boleh buat sendiri ke?” jawab Syakirin acuh
tak acuh. Tangannya masih lagi membelai Misya yang sudah
jauh diulit mimpi.
“Boleh. Tapi saya paling suka Nescafe yang awak
buat.”

162
Areila Sahimi

“Sama aja, kan rasanya.”


Zaim menggeleng perlahan.
“Awak…” panggil Zaim panjang. “Nescafe satu ek?”
“Mengadalah awak ni.” Lengan Zaim dicubit manja.
“Please….”
“Yalah....”
Syakirin bangun dari duduk dan menuju ke dapur.
Dia mengeluarkan mug dari kabinet dapur. Botol Nescafe
dicapai dari raknya. Tangannya menyudu Nescafe dan
dimasukkan ke dalam mug. Kemudian beralih pula kepada
Coffee Mate. Setelah semuanya dimasukkan ke dalam mug,
air panas dari termos dituangkan. Aroma Nescafe bersama
Coffe Mate yang telah bercampur, membangkitkan selera.
“Ouchhh!!!”
Syakirin memusingkan badannya. Dilihat Zaim
sedang ketawa mengekek sebab berjaya mengejutkannya buat
kesekian kalinya. Saja tau Zaim ni. Suka main kejut-kejutkan
dia macam tu. Buatlah kalau tertumpah Nescafe panas ni
tadi. Tak ke melecur nanti?
“Pergilah duduk depan. Nanti saya bawakan air
awak,” kata Syakirin malas. Tangannya menyambung kembali
mengacau air Nescafe yang diminta oleh Zaim tadi.
Zaim menggeleng perlahan. “Saya nak duduk kat
sinilah. Temankan awak.”
“Suka hatilah. Ambil ni. Air awak dah siap. Saya nak
jenguk Misya kejap. Karang menangis pula tengok diri
sorang-sorang kat dalam bilik tu.”
“Tak payahlah. Siang tadi jenuh bermain. Penat.
Lena aja saya tengok Misya tidur. Apa kata awak temankan
saya minum, okey. Kita share air Nescafe ni.”

163
2x5

“Awak nikan… berapa lama dah kahwin dengan


saya? Saya tak minum Nescafelah. Milo panas satu, ya....”
Tiba giliran Syakirin pula membuat pesanan.
Keningnya terangkat sebelah sambil tersengih nakal.
“Okey, madam!!!” Zaim tabik spring sebelum dia
pula mengambil tugas tukang bancuh air untuk madam
besar yang sudah pun ke ruang tamu.
“Milo panas satu.”
“Thank you boss!”
Tin biskut Marie coklat yang dibawa tadi, dibuka.
Dicelup ke dalam Milo panas dan dibawa ke mulut. Sedapnya.
Tak hingat!!!
“Kirin….”
“Emmm…” sahut Syakirin tanpa menoleh. Matanya
tertumpu pada filem Summer Holiday yang membariskan
bintang terkenal dari Hong Kong dan Taiwan seperti Sammy
Cheng dan Jerry Jen.
Syok betul layan filem ni. Dah lama tak tengok.
Bagus tau Channel 8 ni. Macam tau-tau aja dia sudah lama
merindui untuk menonton filem lakonan Sammy Cheng ini.
Satu-satunya pelakon wanita Hong Kong yang diminatinya.
Sammy Cheng yang punya bakat yang superb dalam bidang
lakonan, mahupun bidang nyanyian. Jerry Jen tu pula, harap
muka handsome aja yang menarik perhatian mahu menonton
apa-apa filem apek ni. Tu pun tengok juga siapa pasangan
heroinnya.
“Kita dah kahwin hampir setahun setengah. Tapi
saya tak taulah bila kita boleh merasa ada baby sendiri. Asyik
tumpang sayang dengan anak abang, anak Along Zain aja kita
ni.” Perlahan Zaim menuturkannya.

164
Areila Sahimi

Dia tahu, kalau Syakirin sudah melagut (leka)


menonton filem yang dia suka, bukannya diambil port sangat
dengan orang di sebelah. Sudah masak sangat dengan
perangai isterinya itu. Kaki tengok wayang. Kaki tengok TV
juga. Tak rugi bayar Astro apabila duduk satu rumah dengan
orang yang kerjanya memanglah suka tengok TV.
Syakirin berpaling. Dia memandang Zaim yang
sedang membelek Reader’s Digest di tangan. Kemudian dia
melepaskan keluhan lemah. Sudah berpuluh kali Zaim
bertanya soalan yang sama. Dan sudah berpuluh kali juga dia
pening memikirkan jawapan terbaik yang harus diberikan.
Kalau kira-kira pakai jari tangan, jari kaki, tak payah nak
tekan kalkulator digital pun dia memang tau yang usia
perkahwinannya itu sudah pun menjangkau setahun
setengah. Bab kira-kira, Zaim memang terror. Langsung tak
ada error. Tapi Zaim lupa kut, yang enam bulan buat hal
sendiri-sendiri tu, tak pula Zaim nak tolak. Kalau nak
diikutkan, yang betul-betul jadi suami isteri tu pun dalam
setahun aja.
“Zaim. Saya tak pernah merancang tau. Belum ada
rezeki lagi. Insya-Allah, nanti-nanti adalah tu.”
“Saya teringin nak ada anak sendiri.”
Sekali lagi Syakirin melepaskan keluhan lemah.
Sah. Zaim ni dah buat dah perangai tak paham Bahasa
Melayunya tu.
“Saya pun teringin nak ada anak sendiri. Kita
berdoalah. Semoga Tuhan makbulkan permintaan kita,” jelas
Syakirin. Dia pun berharap benar agar dapat menimang anak
sendiri. Sudah lama sangat dia mengidam mahu melengkapkan
kehidupan mereka suami isteri dengan kehadiran cahaya
mata. Tapi nak buat macam mana? Tuhan belum nak bagi.

165
2x5

Hari-hari dia tidak pernah lupa berdoa agar dikurniakan


zuriat yang soleh dan solehah lewat sembahyangnya. Zaim ni
macam tak tau yang setiap orang ‘power’nya lain-lain. Tak
kiralah kalau saban hari membedal pemangkin Pearl Kacip
Fatimah mahupun Ali Café yang boleh menambahkan power
daripada Power Root tu. Kalau yang ‘di atas’ sana tidak
berkehendak untuk memberi, kita selaku hamba-Nya
haruslah sentiasa berdoa dan bertawakal di samping usaha
yang mantop! Zaim, tu pun nak kena ajar ke?
Zaim merenung raut wajah Syakirin yang tiba-tiba
berubah menjadi sugul. Terasa bersalah pula dia
membangkitkan hal ini. Bukan mereka berdua tidak pernah
berbincang mengenai hal ini. Malah sudah acap kali juga hal
ini dijadikan topik perbualan utama. Tapi bila terpandangkan
wajah Misya, perasaan ingin memiliki cahaya mata sendiri
semakin meluap-luap. Tak taulah pula Syakirin akan touching
lebih malam ini.
“Sorry...” ujarnya perlahan.
“Sorry? Kenapa?” Syakirin menyoal pelik. Eleh…
macamlah tak tau sorry tu untuk apa. Kura-kura tercekik
tauhu, buat-buat tak tahu. Dei… piiirah!!!!
“Saya tau awak mesti terasa hati sekarang nikan?
I’m so sorry....”
“Tak apa. Saya tak kisah. Kita jangan berhenti
berdoa, okey.”
“Dan berusaha juga,” sambung Zaim dengan
senyuman nakal menggoda.
Merah muka Syakirin tidak dapat dibendung lagi.
Eee… gatal!!! Madam kecil tu ada dalam bilik. Jangan nak
buat pasal.
“Awak tidur kat luarlah, ya. Lagipun malam ni MU

166
Areila Sahimi

lawan Chelsea,” kata Syakirin dengan sengih kerang


busuknya.
Macam biasalah... kalau madam kecil itu tumpang
tidur di sini, Zaim kenalah tidur di luar ataupun di bilik
sebelah. Misya ni jenis lasak. Katil bersaiz queen tu pun dia
sipi-sipi aja muat.
“La… pak ngahlah pula kena tidur kat luar,” kata
Zaim buat-buat merajuk. Mukanya monyok.
Ketawa kecil Syakirin apabila melihat muka seposen
Zaim tu. “Yalah... takkan pak ngah nak bagi mami ngah tidur
kat luar pula, kan? Pak ngah sayang mami ngah, kan?”
Syakirin bersuara manja. Mata kirinya dikenyit
sebelum terus masuk ke dalam bilik.
“Yalah…” sahut Zaim malas.
Mami ngah... mami ngah… dah macam Auntie
Zaza aja rupanya. Mug sendiri pun main letak aja kat sini.
Ops! Lupa pula. Pak ngah kan ke ada?

167
No. ISBN:- 978-967-5067-39-6
Jumlah muka surat: 516
Harga Runcit:-
Semenanjung M’sia: RM19, Sabah/Sarawak: RM22
Harga Ahli KKN:-
Semenanjung M’sia: RM15, Sabah/Sarawak: RM18

Sinopsis:-
Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee pernah
berpujangga: Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami
isteri. Itulah asam garam hidup berumah tangga, pahit manis
pastinya akan terasa.
Pada Syakirin, Zaim bukan lelaki jahat. Zaim itu
lelaki baik. Cuma perlu ada teknik yang mantap sahaja untuk
menjinakkannya.
Pada Zaim, Syakirin itu okey juga. Cuma hatinya
sahaja belum terbuka untuk menerima kehadiran wanita lain
selepas peristiwa pengantin perempuannya hilang di hari
pernikahannya dahulu.
Setebal mana tembok ego lelaki, pasti akan runtuh
juga akhirnya apabila melihat haknya yang halal itu sudah
indah berdiri di depan mata. Masakan dia mahu menolak.
Dari rasa dingin, mereka berdua mula membina mahligai
bahagia bersama.
Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di
tengah hari. Datangnya Sofea dengan tiba-tiba mengganggu
kehormanian rumah tangga yang dibina. Bila datang insan
ketiga memang payah untuk meletakkan rasa percaya pada
pasangan kerana wanita biasa pasti sahaja punya rasa marah
bila mana haknya cuba dirampas oleh wanita lain.
Di dalam kalut dengan kehadiran Sofea, muncul
pula Johan Razi, si hartawan punya harta tak habis makan
menimbulkan cemburu di hati Zaim. Masakan dia tidak
berperasaan begitu andai isterinya bukan main bermanis
bahasa dengan duda beranak satu itu.
Antara Syakirin dan Zaim, mereka saling menuduh
siapa yang curang. Mereka mula mencemburui sesama
sendiri. Bila sudah masing-masing 2×5 memang susah nak
tentukan siapa salah siapa betul. Syakirin atau Zaim?

“Seorang kecewa menonggeng. Seorang kecewa


berguling. Seorang merentas Lebuh Raya Utara Selatan.
Seorang terbang menyeberangi laut China Selatan. Agak
kalau seorang kata sudah sampai ke pusat angkasa ISS. Mahu
yang seorang lagi akan kata dia sudah menjejakkan kaki ke
bulan!!!! ”

Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, segera


dapatkan 2 X 5 di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan
kedai-kedai berdekatan anda.
Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki
Novel Enterprise melalui online atau pun pos.
Untuk melanggan melalui online, sila layari laman
web kami di:- www.kakinovel.com.
Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu
tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang
ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/
kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan
poskan ke alamat berikut:-

Kaki Novel Enterprise


No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,
D’Wangsa, Wangsa Maju,
53000 Kuala Lumpur.
No. Telefon:- 03-4149 0096
No. Faks:- 03-4149 1196