PRINSIP DAN KONDISI DISIPLIN ETIKA DALAM TRANSAKSI KOMERSIL ISLAM Islam mengharapkan kelakuan spesifik dari agen

ekonomi – pengguna dan pengeluar. Kelakuan tersebut diharapkan untuk unit ekonomi dalam masyarakat digubal untuk pengguna supaya dapat menikmati keadaan hidup yang bahagia yang mana ianya adalah tujuan utama dalam Islam. Pasaran dalam Islam mempunyai karakteristik yang akan menjaga pihak penjual dan pembeli. Terdapat beberapa etika atau disiplin dalam transaksi komersil Islam yang mana tanpanya kontrak perniagaan akan dianggap tidak lengkap dalam memahami kod kelakuan baik, amanah dan kecemerlangan etika. Prinsipprinsipnya adalah seperti berikut:1. Kecenderungan dalam mendapatkan pendapatan yang halal. Islam memberi penekanan yang berat keatas kod yang sah dan tidak sah dalam transaksi perniagaan. Terdapat beberapa ayat Quran yang menekankan ketidakpersetujuannya dalam mengambil harta orang lain tanpa persetujuan. “Janganlah sebahagian kamu memakan harta orang dengan yang batul (tiada hak) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian dari harta orang dengan berdosa, sedang kamu mengetahuinya” (Al-Baqarah : 188) “Hai orang2 yang beriman, janganlah kamu makan harta orang lain dengan jalan yang batil, kecuali dengan perniagaan (jualbeli) dengan suka sama suka diantara kamu” (An-Nissa’ : 29) Kedua-dua ayat diatas dengan tegasnya melarang orang-orang yang beriman untuk mengambil harta orang lain dengan cara yang salah. Nabi Muhammad SAW menegaskan betapa pentingnya mendapatkan harta melalui jalan yang sah: Ditanya ‘apakah cara yang paling baik untuk mendapatkan harta’ Nabi Muhammad SAW menjawab, “Pekerjaan seseorang dengan tangannya, dan melalui jualbeli yang sah”. (Ahmad, No.: 1576) Daripada diatas, adalah jelas bahawa peniaga Muslim mestilah medapatkan pendapatannya dengan cara yang halal dan sah. Dia bukan sahaja perlu mengelakkan dari mendapatkan harta haram malah perlu menjauhkan dirinya dari pekerjaan yang agak kabur dan ragu-ragu. Nabi Muhammad SAW seterusnya bersabda: “Tinggalkan perkara-perkara yang diragui dan dekatilah perkara-perkara yang jelas” (Tirmidhi, No.: 2442) Perkara-perkara yang halal dan haram sememangnya dengan jelas diperkatakan dalam Islam, dan antaranya adalah perkara yang diragui, yang mana ianya patut dijauhi. Peniaga Islam yang sebenar sepatutnya menjauhi perkara yang diragui bagi meletakkan dirinya

jelas dalam keimanannya dan amanah kerana sesiapa yang memasuki perkara yang diragui akan semestinya jatuh kedalam kategori haram. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Akan tiba masanya apabila manusia sudah tidak lagi peduli tentang bagaimana caranya seseorang mendapatkan pendapatannya samada cara yang halal atau haram” (Bukhari, No.: 1941) Perkara paling utama yang paling dibenci dalam perniagaan Islam adalah Riba. Riba (faedah), dar segi maksudnya, adalah jumlah lebihan yang mana pemberi pinjaman mengenakan keatas peminjam bagi pembayaran secara ansuran. Islam mengharamkan segala bentuk Riba memandangkan ianya mengandungi penindasan dan eksploitasi. Islam juga begitu tegas menghalang dan mengecam bentuk penindasan ini. Qur’an menyatakan seperti berikut: “Allah membenarkan perniagaan dan mengharamkan Riba” (Al-Baqartah: 275) “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba yang berlipat kali ganda dan takutlah kepada Allah, mudah-mudahan kamu menang” (Al-Imran: 130) “Hai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah dan tinggalkan sisa-sisa riba itu, jika kamu orang yang beriman. Kalau kamu tidak membuatnya, ketahuilah ada peperangan dari Allah dan Rasulnya terhadapmu dan jika kamu bertaubat, maka untukmu pokok-pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak pula teraniaya” (Al-Baqarah: 278-279) Nabi Muhammad SAW bersabda: “Moga Allah menurunkan kemurkaannya ketasa mereka yang mengambil riba dan sesiapa yang membayar riba tersebut, dan dua saksi yang menyaksikannya dan sesiapa yang menulisnya” (Ahmad, No.: 624) Semua diatas dan banyak lagi ayat-ayat Quran yang lain dan sabda Nabi Muhammad SAW yang dengan jelas menyatakan bahawa setiap transaksi yang melibatkan riba tidak kra dalam bentuk yang macamanapun, adalah haram dalam pandangan Islam. Mengikut ajaran Al-Quran, terdapat perbezaan ketara diantara keuntungan perniagaan yang sebenar dan faedah; yang mana keuntungan tu adalah digalakkan dan faedah itu dibenci dan dicemuh. 2. Perniagaan melalui persetujuan bersama Persetujuan bersama diantara pihak terbabit adalah satu kondisi yang diperlukan bagi mendapatkan transaksi perniagaan yang sah. Oleh yang demikian perniagaan yang dipaksa adalah tidak diterima dalam Islam. Hanya perniagaan yang dipersetujui bersama dikira sah. Mengambil kesempatan diatas kelemahan seseorang dan mengenakan harga yang tinggi adalah salah satu bentuk eksploitasi dan dengan yang demikian adalah ditegah dalam Islam.

“Hai orang2 yang beriman, janganlah kamu makan harta orang lain dengan jalan yang batil, kecuali dengan perniagaan (jualbeli) dengan suka sama suka diantara kamu. Janganlah kamu bunuh dirimu (saudaramu). Sesungguhnya Allah Penyayang kepadamu” (An-Nissa’ : 29) Kesimpulannya terdapat dua elemen dalam teori kontral Islam, iaitu persetujuan bersama dan pertukaran yang menguntungkan. Seseorang itu akan dapat mengenalpasti kepentingan persetujuan bersama dalam mendapatkan transaksi yang sah. Nabi Muhammad SAW bersabda: “ Jualan akan hanya akan dikenalpasti sebagai jualan yang sah hanya apabila dibuat melalui persetujuan bersama” (Ibnu Majah, No: 2176) 3. Ketelusan/kejujuran dalam transaksi perniagaan Islam menggalakkan ketelusan/kejujuran dalam transaksi perniagaan dan menaikkan status peniaga yang telus/jujur sehinggakan mereka ini ditempatkan dalam satu taraf yang sama dengan pejuang syahid dihari akhirat nanti. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Peniaga yang telus/jujur akan dihadiahkan pada hari kebangkitan bersama-sama dengan nabi-nabi, manusia yang ikhlas, pejuang syahid dan ulamak” (Tirmidhi, No: 1130) Nabi Muhammad SAW seterusnya menegaskan bahawa orang yang beriman hendaklah menganuti fahaman ketelusan/kejujuran dalam transaksi perniagaannya. Nabi Muhammad SAW bersabda: “ Penjual dan pembeli mempunyai hak untuk menyimpan atau memulangkan barangan tersebut selama mana mereka tidak lagi berpisah dipasar, dan jika kedua pihak bercakap benar dan menerangkan kebaikan dan kelemahan barangan tersebut, maka mereka itu akan dirahmati dalam transaksi, dan jika mereka menipu atau menyembunyikan sesuatu, maka kerahmatan tersebut akan hilang” (Bukhairi, No.: 1937) Kesimpulannya Allah merahmati transaksi perniagaan sekiranya penjual dan pembeli adalah telus/jujur sesama mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Peniaga adalah orang yang berdosa”, Sahabat kemudiannya bertanya, adakah Allah tidak membenarkan perniagaan? Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sudah semestinya Allah membenarkan perniagaan, tetapi para peniaga ini kemudiannya akan bersumpah dengan nama Allah tetapi tetap berbuat jahat, mereka tidak akan bercakap kecuali menipu” (Ahmad, No. 14982) 4. Kepercayaan/amanah dalam transaksi perniagaan Kepercayaan/amanah adalah salah satu dari prinsip dan disiplin etika perniagaan komersil. Amanah adalah nilai moral dan tugas yang mesti dipenuhi oleh setiap orang Islam dalam segenap aspek kehidupannya. Ia menagih keikhlasan dalam pekerjaan dan

niat yang suci dari setiap insan. Peniaga Islam tulin tidak akan menggadaikan akhiratnya untuk keuntungan dunia. Dia akan mengelak dari penipuan, disepsi, dan segala macam cara untuk menipu dalam perniagaannya. Keperluan amanah menghendaki kelemahan dan kebaikan komoditi diserlahkan kepada pembeli supaya pembeli dapat membelinya dengan selesa dan tanpa syak. Allah berfirman, “ Hia orang-orang yang beriman, janganlah kamu khianat terhadap Allah dan rasul dan jangan kamu pula khianat terhadap barang-barang yang diamanahkan kepadamu, sedang kamu mengetahui” (Al-Anfaal: 27) 5. Pemurah dan bertolak ansur dalam transaksi perniagaan Seseorang itu mestilah bertolak ansur dan pemurah dalam transaksinya. Oleh yang demikian, sesiapa yang mengutip hutang dari penghutang hendaklah melakukannya dalamn bentuk berhemah. Nabi Muhammad SAW bersabda: “ Moga Allah merahmati sesiapa yang bertolak ansur dalam pembelian, penjualan dan dalam mengutip hutang” (Bukhari, No: 1934) Nabi Muhammad SAW begitu tegas dalam menghendaki pemiutang bertolak ansur dan pemurah dalam mengutip hutang. Peminjam, pada masa yang sama hendaklah membayar hutangnya dengan baik dan ikhlas. Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang paling baikm dalam membayar hutang. Abu Rafi’ melaporkan Nabi Muhammad SAW pernah mengambil satu ekor anak unta sebagai pinjaman. Apabila membayar hutangnya, nabi Muhammad meminta Abu rafi’ supaya membayar pemiutangnya dengan seekor anak unta yang paling baik. Nabi Muhammad SAW bersabda: Berilah kepadanya yang terbaik, kerana mereka yang terbaik diantara kamu adalah mereka yang membayar hak orang lain dengan lebih baik. (muslim, No.: 3002) 6. Memenuhi dan menyempurnakan tanggungjawab perniagaan Islam juga begitu menekanklan kepentingan mematuhi dan memenuhi tanggungjawab dan janji dalam kontrak. Islam mengajar umatnya dan peniaganya untuk memenuhi tanggungjawab, amanah, janji dan kontrak. Prinsip asas kejujuran, amanah, ikhlas dan integriti adalah termasuk dalam perniagaan. Quran begitu menitikberatkan obligasi moral dalam memenuhi tanggungjawab kontrak dan akujanji. Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, tepatilah segala janjimu….” (Al-Maidah: 1) Nabi Muhammad SAW bersabda: “Orang-orang Islam adalah terikat dengan janji-janjinya” (Abu Daud: No. 3120) Nabi Muhammad SAW menceritakan tanduk-tanduk orang tidak amanah:

“ Jika ia berbuat janji, ia mungkirinya dan jika ia berbuat satu amanah, ia menghancurkan amanah tersebut” (Bukhari, No.: 32) Bagi menjaga kepentingan pembeli dan penjual, adalah penting untuk menjelaskan perkara-perkara jelas dalam setiap perjanjian. Setiap perjanjian mestilah dengan jelas mengenalpasti kualiti, kuantiti dan harga komoditi tersebut. Yang demikian, bai satu transaksi jualbeli, dalam tawaran dan penerimaan, ianya mestilah dibuat oleh pihak terbabit dan mampu dipenuhi. Bagi komoditi yang tidak wujud atau kabur, ianya tidak boleh diperdagangkan. Setiap kontrak mestilah jelas terhadap tanggungjawan dan obligasi pihak terbabit suapay ianya tidak menjurus kearah pertelingkahan diantara mereka. 7. Layanan adil terhadap pekerja Islam meletakkan kondisi dan halangan bagi mengelakkan peluang adanya masalah diantara majikan dan pekerja. Islam menggalakkan semangat kekitaan dan persaudaraan diantara mereka. Mengikut ajaran Islam, adalah menjadi tanggungjawab agama dan moral bagi majikan untuk menjaga kebajikan perkerja mereka. Gaji yang munasabah, tempat kerja yang sesuai dan layanan yang baik mestilah diberikan kepada pekerja. Nabi Muhammad SAW bersabda: “ Mereka adalah saudara kamu (pekerja) yang mana mereka dikelilingmu, Allah telah meletakkan mereka dibawah jagaanmu. Jadi, jika sesiapa mempunyai pekerja, mereka sepatutnya menyuap mereka seperti apa yang kamu makan, memberi pakai mereka seperi apa yang kamu pakai, dan janganlah kamu bebankan mereka atas kesanggupan yang tidak dapat dipenuhi, jika begitu, maka tolonglah mereka” (Bukhari: 2359) Nabi Muhammad SAW bersabda: “Aku akan menjadi mush bagi tiga jenis manusia ini dihari akhirat, salah seorang dari mereka adalah mereka yang apabila mengambil pekerja untuk menyempurnakan tugas, tetapi tidak memberikan gaji yang setimpal” (Bukhairi, No. 2109) Nabi Muhammad SAW bersabda: “Gaji setiap pekerja mestilah dibayar kepada mereka sebelum peluh mereka kering dibadan mereka” (Ibn Majah, No: 2434).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful