You are on page 1of 5

Bagaimana kanak-kanak Belajar Matematik?

SINOPSIS

Artikel ini menerangkan secara ringkas mengenai perkembangan pembelajaran matematik di


kalangan kanak-kanak menerusi beberapa teori yang diketengahkan oleh pakar-pakar
pembelajaran antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes. Seterusnya, para
pembaca akan diperkenalkan dengan satu teori yang dikenali sebagai teori Konstruktisvisme -
teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta
memudahkan pemahaman pelajar.

Artikel ini amat baik untuk diteliti oleh para guru dan sesiapa juga yang berminat untuk
mengetahui sedikit sebanyak mengenai psikologi kanak-kanak dalam pembelajaran matematik.
Adalah diharapkan, artikel ini memberi anda idea bagaimana untuk menjadikan pembelajaran
matematik itu seronok, mencabar, bermakna dan berguna!

PENGENALAN

Manusia mula belajar sejak dari peringkat bayi lagi. Bayi yang baru lahir mewarisi berbagai-
bagai bentuk gerakan pantulan. Contohnya apabila sesuatu objek menyentuh bibirnya, bayi
terus menghisap objek tersebut tanpa perlu diajar kepadanya.
Ini bererti wujud satu atur cara genetis semula jadi dalam diri bayi untuk menyerapkan
kewujudan sesuatu objek. Hari demi hari, maklumat dalam ingatan bayi semakin bertambah
selaras dengan peningkatan fizikalnya daripada seorang bayi ke dunia kanak-kanak seterusnya
menjadi dewasa. Maklumat-maklumat yang diterima akan dipecah-pecahkan menjadi
pengetahuan dan memperkembangkan keupayaan kognitifnya.

Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan
seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep-
konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan (matching), penjenisan (sorting), reguan (pairing),
dan susunan aturan (ordering).

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana


kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat
yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne
dan Dienes.

TEORI PIAGET
Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget, berasal daripada Switzerland, merupakan ahli
psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman bagaimana kanak-kanak belajar. Dari
kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak
berbeza dan berubah melalui empat peringkat iaitu peringkat deria motor (0 – 2 tahun), pra-
operasi (2 – 7 tahun), operasi konkrit (7 – 11 tahun) dan operasi formal (11 tahun ke dewasa).
Walau bagaimanapun, usia ini tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan pelajar itu sendiri.
Menurut Jere Confrey (1999), “ Piagetian theory kindled my intense enjoyment of children and
deep respect for their capabilities.”

"Guru sekolah rendah harus memberi tumpuan terhadap perkembangan murid-murid pada
peringkat operasi konkrit, iaitu ketika berumur 7 hingga 11 tahun...Piaget"

Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus memberi tumpuan terhadap
perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak
hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantuan
mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Paiget berpendapat
bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Beliau juga
menegaskan kepentingan interaksi idea-idea antara kanak-kanak tersebut dengan kawan-
kawan sejawatannya penting untuk perkembangan mental.

TEORI BRUNER
Jerome Bruner, seorang ahli psikologi yang terkenal telah banyak menyumbang dalam
penulisan teori pembelajaran, proses pengajaran dan falsafah pendidikan. Bruner bersetuju
dengan Piaget bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui peringkat-peringkat
tertentu. Walau bagaimanapun, Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu
mengolah apa yang diketahui pelajar itu kepada satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada
prinsip konstruktivisme).
Menurut kajian dan pemerhatian yang telah dibuat oleh Bruner dan pembantunya, Kenney,
pada tahun 1963 mereka berjaya membina empat teorem pembelajaran matematik ( Mok Soon
Sang, 1996) iaitu:
1: Teorem Pembinaan
Cara yang paling berkesan bagi kanak-kanak mempelajari konsep, prinsip atau hukum
matematik ialah membina perwakilan dan menjalankan aktiviti yang konkrit.

2: Teorem Tatatanda
Tatatanda matematik yang diperkenalkan harus mengikut perkembangan kognitif murid
tersebut.

3: Teorem Kontras dan Variasi


Konsep yang diterangkan kepada murid harus berbeza dan pelbagai supaya murid dapat
membezakan konsep-konsep matematik tersebut.

4: Teorem Perhubungan
Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan dengan konsep, prinsip
dan kemahiran matematik yang lain.

Selain daripada kajian tersebut, Bruner percaya bahawa kanak-kanak lebih dimotivasikan oleh
masalah yang menarik yang tidak mampu diselesaikan oleh mereka dengan mudah seandainya
tidak menguasai isi kandungan mata pelajaran dan kemahiran

Robert M. Gagne, seorang professor dan ahli psikologi yang telah banyak membuat
penyelidikan mengenai fasa dalam rangkaian pembelajaran dan jenis pembelajaran matematik.
Teori pembelajaran Gagne berbeza dengan Teori Piaget dan Bruner. Menurut Gagne, terdapat
empat kategori yang harus dipelajari oleh kanak-kanak dalam matematik iaitu fakta, kemahiran,
konsep dan prinsip.
Gagne mempunyai hierarki pembelajaran. Antaranya ialah pembelajaran melalui isyarat,
pembelajaran tindak balas rangsangan, pembelajaran melalui rantaian, pembelajaran melalui
pembezaan dan sebagainya. Menurut Gagne, peringkat yang tertinggi dalam pembelajaran
ialah penyelesaian masalah. Pada peringkat ini, pelajar menggunakan konsep dan prinsip-
prinsip matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang belum pernah
dialami.

TEORI DIENES
Professor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli psikologi dan pendidik, pernah
memberi banyak sumbangan dalam teori pembelajaran. Beliau telah merancang satu sistem
yang berkesan untuk pengajaran matematik untuk menjadikan matematik lebih mudah dan
berminat untuk mempelajari. Mengikut Dienes konsep matematik boleh dipelajari melalui enam
peringkat iaitu permainan bebas, permainan berstruktur, mencari ciri-ciri, perwakilan gambar,
perwakilan simbol dan akhirnya formalisasi.

Teori Dienes mengariskan beberapa prinsip bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik


iaitu:

1: Prinsip Konstruktiviti
Pelajar haruslah memahami konsep sebelum memahaminya dengan analisa yang logik.

2: Prinsip Perubahan Perspeptual


Kanak-kanak didedahkan pelbagai keadaan supaya dapat memaksimakan konsep Matematik.

3: Prinsip Dinamik
Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui pendedahan dan eksperimen untuk membentuk satu
konsep.

KANAK-KANAK BELAJAR MATEMATIK


Setelah melihat teori-teori yang digariskan oleh Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes kita dapat
melihat ia ada kaitan dengan konsep konstruktivisme. Konstruktisvisme merupakan satu teori
mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta
memudahkan pemahaman pelajar. Di samping itu, konstruktivisme menyarankan kanak-kanak
membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada kanak-kanak tersebut.

Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan eksperimentasi di


samping pembelajaran koperatif. Apabila kanak-kanak bekerjasama, mereka berkongsi dalam
proses pembinaan idea. Secara tidak langsung, kanak-kanak tersebut dapat membina
pengetahuan baru hasil daripada pembelajaran secara kendiri.

Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan kanak-kanak


menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator. Kanak-kanak juga didorong
untuk mengemukakan idea dan teori bagi menyelesaikan masalah. Dalam pendidikan
matematik, kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit
supaya mereka memperolehi pengalaman yang akan digunakan untuk dikaitkan dengan
pembelajaran matematik yang dipelajari akan datang.

Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan


sesuatu perkara. Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan pemikiran dengan
menghasilkan konsep baru. Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-
konsep dan tindakan-tindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang
diperlukan.

PENUTUP
Kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru berperanan untuk memenuhkan bekas
tersebut dengan ilmu pengetahuan. Guru juga berperanan untuk membimbing kanak-kanak
untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui
pengalaman dan membentuk ilmu pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan
tidak bergantung sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah seorang fasilitator yang akan
memantau perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep.

Menurut pandangan konstruktivime, kanak-kanak membina pengetahuan barunya dengan


sendiri dengan menyesuaikan pengetahuan sedia ada. Melalui konsep konstruktivisme ianya
mungkin akan sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam
pendidikan matematik masa kini. Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan
warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari
dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah
mereka temui sebelum ini.

Sesungguhnya, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pembelajaran secara konstruktivisme


dan koperatif. Selain daripada itu, guru juga harus bersedia dengan pelbagai kaedah
pengajaran supaya dapat membuka minda kanak-kanak tentang keindahan dan kepentingan
pendidikan matematik dalam kehidupan seharian

You might also like