You are on page 1of 2

PENDIDIKAN KHAS

Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an dengan penglibatan
sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah cacat penglihatan dan pendengaran.
Laporan Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran melalui perakuan169
membawa kepada satu penekanan dan tumpuan kepada perkembangan Pendidikan Khas di
Malaysia.

Pendidikan Khas ini bertujuan untuk melatih kanak-kanak mengurus diri untuk menjalani
kehidupan seperti biasa. Ianya juga adalah untuk menyediakan kemudahan pengajaran dan
pembelajaran bagi memastikan murid berkeperluan khas mendapat pendidikan yang
sewajarnya.

Menurut Akta Pendidikan 2013, “Pendidikan Khas” ertinya pendidikan bagi murid
berkeperluan khas di sekolah khas atau di sekolah yang menjalankan Program Pendidikan
Khas Integrasi atau Program Pendidikan Inklusif pada peringkat –

(a) pendidikan prasekolah;


(b) pendidikan rendah;
(c) pendidikan menengah; dan
(d) pendidikan lepas menengah

“Murid berkeperluan khas”atau MBK ertinya murid yang diperakukan oleh pengamal
perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana yang berkenaan,
samada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai MBK yang mempunyai –

(a) Ketidakupayaan penglihatan;


(b) Ketidakupayaan pendengaran;
(c) Ketidakupayaan pertuturan;
(d) Masalah pembelajaran;
(e) Ketidakupayaan fizikal; atau
Mana-mana kombinasi; perenggan (a) hingga (e) di atas;
SEJARAH PENUBUHAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK BUKIT ROKAN(LKTP)

Sejarah penubuhan Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan (LKTP) bermula pada tahun 1964. Lokasi
sekolah ini adalah 40 km dari Pejabat Pendidikan Daerah Tampin dan dikategorikan sebagai
sekolah luar Bandar. Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SK Bukit
Rokan (LKTP) telah dibuka pada tahun 2001. Bangunan kelas PPKI adalah bangunan Pusat
Sumber Sekolah yang telah diubahsuai. Bangunan Pusat Sumber sekolah telah dibina pada
tahun 1981. Ia mengandungi perpustakaan, bilik tayangan dan bilik kerja. Oleh kerana
bilangan kelas tidak mencukupi untuk menempatkan murid berkeperluan khas, maka
bangunan Pusat Sumber ini telah diubahsuai seluas dua bay untuk dijadikan kelas PPKI. Kini,
pada tahun 2019 bilangan murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi ini
seramai 8 orang (5 orang lelaki dan 3 orang perempuan) dengan menempatkan 2 orang guru
dan seorang pembantu pengurusan murid.

You might also like