PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM TEKNIK DAN VOKASIONAL MASALAH REMAJA MASA KINI - SEKS BEBAS

Remaja dan seks bebas adalah dua perkara yang boleh dikatakan tidak boleh terlepas dari digandingkan bersama.Dan ia kini sudah menjadi trend dan jika ada remaja yang tidak tahu dan pernah melakukan seks dikatakan kolot dan ketinggalan zaman. Pandangan saya ini bukan hanya satu sangkaan tapi mempunyai asas bukti untuk menyokong dakwaan saya. Kajian yang dilakukan menunjukkan terdapat lebih kurang 400,000 remaja dibawah umur di Amerika yang berkerja sebagai pelacur1,dan menurut The Washington Post, sebanyak 80% daripada bahan-bahan lucah yang melibatkan kanak-kanak atau dikenali dengan istilah Child Pornography adalah datangnya dari asia iaitu Negara Jepun.2 Dan baru-baru ini juga kita dikejutkan dengan kajian seorang penyelidik yang mengatakan bahawa boleh dikatakan setiap seorang remaja wanita dalam sepuluh wanita melakukan seks secara bebas.Dan ini betul-betul mengejutkan. Ada juga remaja yang mengaitkan cinta dengan seks dan jika ada cinta yang tidak menyediakan seks maka ia bukan dinamakan cinta. MasyaAllah begitu bahaya dan dangkal pemikiran sebegini dan menakutkan bagi masyarakat Malaysia khususnya. Saya mengatakan begini kerana saya pernah bersama dengan remaja begini dan mereka beranggapan bahawa seks ini adalah satu perkara yang enteng dan tidak perlu diperbesarkan. Memang nyatalah apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam sahihnya ³Akan muncul daripada umatku yang menghalalkan Zina, sutera bagi lelaki, minuman arak dan lagu-lagu yang melalikan.´

Zina adalah perlakuan seks diantara berlainan jantina tanpa apa-apa ikatan yang menghalalkannya,dan memang kini sudah berlambak dan dan menjadi barah dikalangan remaja kita. Dan apa yang menyedihkan ialah tiada sesiapa yang perduli mengenai isu ini dengan serius. Sedangkan zina ini amatlah dilarang dalam Islam,malahan untuk mendekatinya pun Islam melarang. Sepertimana Allah berfirman: ³Janganlah kamu mendekati kepada zina,sesungguhnya Zina itu adalah satu perbuatan yang keji.Dan satu jalan yang buruk´ 3

Memanglah kita bahawa gelora seks ini adalah satu fitrah tapi kita perlu sedar dan ingat bahawa gelora seks ini perlu disalurkan berdasarkan petunjuk yang telah digariskan Islam itu sendiri bukan berdasarkan hawa nafsu kita.Dan memag kita sedar bahawa. Islam menggangapnya sebagai satu fitrah yang sengaja Allah ciptakan pada manusia (terutama remaja) kerana dsitu terdapat beberapa hikmah yang amat besar. Dorongan atau keinginan ini tidaklah satu perbuatan yang jijik. Tidak sesekali tapi ia akan berubah

1 2 3

Kajian oleh Universiti Pensylvania
The Washington Post yang bertarikh 11 Februari 2000

Surah Al-Israk , ayat 32

jumlah kes penyakit jangkitan seksual semakin meningkat pada hari ini.apakah jika salah seorang diantara kami menyalurkan shawatnya akan mendpat pahala?´ Sabda Nabi ³Bukankah apabila hubungan itu dilakukan dalam bingkai haram ia berdosa? Maka. Di Amerika saha ia menjangkiti 13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah kaum wanita(sumberperubatan islam dan bukti sains moden).http://www.PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM TEKNIK DAN VOKASIONAL MASALAH REMAJA MASA KINI .ini disebabkan ramai remaja terlibat dengan hubungan seks tanpa perkahwinan disamping berleluasa seks bebas didalam masyarakat.at-tirmidzi.gonorrhea. Sesungguhnya dengan pernikahan.An Introduction to sexually transmitted disease.genital art. Antara komplilasi yang timbul melalui penyakit-penyakit ini ialah mengandung diluar rahim atau dikenali sebagai ectopic pregnancy.dan penyakit ini kerap menjangkiti inidividu melalui seks bebas. ganguan sistem saraf dan sakit mata.July 1999. barah kemandulan.ifeksi cytomegalovirus. Dan bagi bayi yang dilahirkan pula akan mengalami penyakit radang paru-paru.muslim.jika dilakukan dalam bingkai halal ia akan mendapat pahala´ Antara komplikasi atau kesan seks bebas menurut perubatan moden antaranya ialah penyakit jangkitan seksual atau dikenali sebagai STD.trichomoniasis.bacterial vaginosis. Sabda Nabi Muhammad : ³Wahai pemuda.dan an-nasai.6 4 5 6 Hadis Ibnu Mas ud yang diriwayatkan oleh Bukhari.4 Penyataan sanffup dalam hadis tersebut bermana berkemampuan untuk membiayai pernikahan dan memberi nafkah5 . Lebih kurang dua puluh jenis penyakit daripada kumpulan ini sudah dikednal pasti antarnya ialah. Al-muntaqa min kitab at-tarhib wa targib.htm) .syphilis.al-Qardhawi:2/549 no 1095 Institusi Alahan dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan(NAID) Amerika.penglihatan akan lebih terpelihara dan kemaluan akan lebih terjaga. terencat akal.nih.gov/facsheet/stdinfo. Antara jalan yang paling tepat untuk menyalurkan keinginan nafsu ini ialah dengan pernikahan. infeksi dan sakit puan. STD bermaksud sexually transmitted disease. sakit jantung. Dan Nabi juga bersabda tentang adanya bentuk ibadah dalam perlakuan seks yang halal diantara suami dan isteri iaitu ³Dalam perhubungan badan terdapat nilai sedekah´ Sahabat bertanya ³Wahai RasulAllah. Menurut sumber tertentu.SEKS BEBAS menjadi kotor dan jijik apabila kita melampaui batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah dan melanggar syariat.infeksi Chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS. (rujuk NAID fact sheet.naid.genital herpes.siapa diantara kalian sanggup untuk bernikah maka nikahlah. Dan kos yang diperlukan bagi merawat dan mencegahnya menjangkau $ 10 Billian.

Pengguguran menyebabkan kesihatan wanita tersebut terjejas dan peluang untuk dijangkiti penyakit akan meningkat. Masalah ini akan bertambah serius apabila mereka melangkah ke dunia dewasa. Tambahan pula. Globalisasi tidak saja ditandai dengan dominasi ekonomi tetapi ia merentasi ke arah budaya dan pemikiran. Contohnya seperti mewarnakan rambut. pengguguran juga akan mengakibatkan gangguan emosi dan mental seperti kemurungan. yakni bukan dari budaya ketimuran. masyarakat moden mempunyai cita-cita tinggi. kompetitif dan tidak lagi menganggap saudara-mara atau jiran-jiran sebagai kelompok rujukan.SEKS BEBAS Dapat jua dilihat dengan jelas peningkatan kes pengguguran dan pembuangan bayi. individu yang membuat perancangan untuk membuang bayinya tidak akan meminta bantuan perubatan dari doktor. Pembudayaan kota (city culture) menuruti landasan Barat berlaku dengan lebih pantas dan agresif dengan adanya teknologi maklumat dan multi media sebagai kenderaan yang amat berkesan untuk melakukan agenda globalisasi. Hal ini disebabkan akan menjejaskan bukan sahaja individu tersebut malah lapisan masyarakat. Mungkin sesetengah orang menganggap ini merupakan satu fenomena yang biasa namun di negara yang masih berpegang teguh pada falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) seperti Brunei Darussalam. kita sebagai manusia mempunyai sifat ingin tahu terhadap perkara baru dan trendy. implikasinya jauh lebih serius berbanding dengan pengguguran. Sikap mereka yang ekstrem akan mendorong mereka ke arah penjenayahan. Dalam dunia serba moden ini. Tidak mustahil kita akan jatuh terpengaruh dan mengikut arah aliran kebaratan. perasaan rasa bersalah. mereka menjadi semakin individualistik dan materialistik. Mereka berkemungkinan besar akan menghadapi masalah-masalah seperti kemandulan. Hal ini menyebabkan individu tersebut berkemungkinan kehilangan darah. ia merupakan satu perkara yang keterlaluan dan perlu dielakkan. jangkitan kuman dan kecederaan semasa bersalin. bahkan adat tradisional seperti . memakai anting-anting atau tattoo bahkan sampai kepada hal-hal yang sangat teruk seperti pengambilan minuman keras dan pergaulan bebas yang boleh menjurus kepada masalah -masalah gejala sosial yang lebih serius. Lazimnya. Globalisasi bergerak seiringan dengan modenasasi. Punca-punca utama yang mendatangkan gejala sosial adalah globalisasi dan modenasasi. Untuk kes pembuangan bayi. terutama sekali golongan belia. resah gelisah dan hilang keyakinan diri. masyarakat mementingkan prestij dan kemewahan. Bayi yang dibuang akan mengalami masalah mental dan bersikap ekstrem jika tidak diberi tumpuan dan kasih sayang yang secukupnya. Selain masalah-masalah fizikal yang telah dibincangkan.PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM TEKNIK DAN VOKASIONAL MASALAH REMAJA MASA KINI . Perubahan-perubahan pantas tahap nasional berlaku kerana perubahan pada arus global yang digelar globalisasi. kadar kematian bayi akan meningkat kerana tidak mendapat jagaan perubatan yang rapi dan sempurna. Individual tersebut akan mengalami gangguan mental dan emosi tidak tenteram serta rasa bersalah. jangkitan pada organ pembiakan dan kematian. Bandingkan denganmasyarakat tradisional. oleh sebab itu. Lebih-lebih lagi.

1950. . Seks merupakan desakan reproduktif yang semula jadi bagi seseorang untuk memulakan satu keluarga dan juga tarikan seksual yang biasanya dikongsi di antara satu pasangan. Ukhuwah atau persaudaraan adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam memandangkan ianya akan dapat mengukuhkan perpaduan sesama manusia. malah di sekolah luar bandar. Pada zaman modenisasi ini. sama ada dari segi fizikal. malah persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka.PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM TEKNIK DAN VOKASIONAL MASALAH REMAJA MASA KINI . Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orangyang paling takwa di antaramu. khususnya sesama muslim. Perubahan secara tidak terkawal ini mengakibatkan kecelaruan dalam diri mereka dan akhirnya membawa mereka kearah satu keinginan untuk mencuba. sikap. Pelajar yang sering melanggar disiplin atau salah laku sekolah digelar pelajar devian.´7 Namun. maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Perlakuan seks bebas ialah pergaulan seks tanpa mengira pasangannya. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. perlakuan seks bebas merupakan sesuatu yang agak umum di kalangan masyarakat. dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak. Remaja juga belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempoh-tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku.SEKS BEBAS memuncang-muncang juga sudah ditinggalkan. emosi mahupun sosial. keadaan seperti ini bukan sahaja berlaku di sekolah bandar dan di pinggiran bandar. Bukan saja ini berpaling daripada budaya kita sebagai orang Melayu tetapi juga daripada tuntutan agama Islam. supayakamu saling berkenalan. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita. Seks bebas merupakan aktiviti yang tidak sihat kerana ianya membawa banyak 7 8 Surah Al Hujuraat : Ayat 13 Bettelheim. Pada zaman inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah. seseorang individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali. oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara. Sayangnya. Pada peringkat pelajar dan remaja. dan nilai. lagi MahaMendalam Pengetahuan-Nya. Firman Allah SWT : ´ Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan. malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasai8 .

apakah yang mendorong orang ramai terjebak dalam perlakuan seks bebas ini? Seks bebas dan jenayah seksual kini semakin menular dan membimbangkan kita terutamanya pelajar di kawasan bandar dan kota . Kuala Lumpur. Datuk Mat Zain Ibrahim. sehingga bulan Jun tahun ini. Persoalannya. Di antara jenayah seksual yang mereka lakukan seperti mencabul kehormatan . Mangsa yang dicabul oleh mereka bukan sahaja pelajar wanita tetapi juga wanita-wanita dewasa. lelaki dan perempuan meneguk minuman keras tanpa segan silu di khalayak ramai. penanaman rasa . dan terbuka. Dalam pendidikan seks diberikan pengetahuan yang fakta. Banyak sekali perbezaan persepsi mengenai pendidikan seks ini. merogol dan juga pelacuran . Peningkatan pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiat juga adalah satu lagi petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia bertambah serius. Selain jenayah seksual. Beliau juga mendedahkan terdapat seorang pelajar wanita di sekolahnya terlibat dalam pengedaran pil ecstasy. Apa yang menyedihkan kita ialah penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13 tahun ketika mereka mereka berada di tingkatan satu dan dua. pihak sekolah mendapati pelajar itu adalah ketua pengedar pil ecstasy di sekolah itu. Menurutnya. bukan merupakan hanya bertautan dengan moral belaka. hamil luar nikah dan pelacuran dikalangan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT). Kondom itu ditemui ketika pemeriksaan mengejut dilakukan di sekolah tersebut. Malah hal ini juaga menjadi isu hangat akan keperluannya diperwujudkan. Antara cara yang telah disarankan oleh pihak kerajaan ialah dengan mengadakan pendidikan seks di sekolah. Perbezaan persepsi ini berimplikasi pada masalah perlu dan tidaknya pendidikan seks diberikan kepada remaja. Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur. beliau mendedahkan mengenai masalah seks rambang. jenayah seksual di kalangan pelajar terutamanya di sekitar Kuala Lumpur semakin meningkat sejak kebelakangan ini. seramai 141 gadis bawah umur berjaya diselamatkan daripada kancah pelacuran dan kegiatan seks haram di seluruh negara dan sepanjang tahun lalu pula seramai 230 remaja bawah umur yang terlibat berjaya diselamatkan dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak. Pelajat terbabit kerap ponteng sekolah dan apabila disiasat . Seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah mendedahkan bahawa beliau menemui kondom yang disimpan dalam beg oleh pelajar wanita di sebuah sekolah di Taman Melawati. menempatkan seks pada perspektif yang tepat. perlu dan tidaknya remaja mendapat pendidikan seks masih menjadi bahan perdebatan.PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM TEKNIK DAN VOKASIONAL MASALAH REMAJA MASA KINI . Apakah pendidikan seks itu? Pendidikan seks merupakan sebuah perbincangan yang realisti.SEKS BEBAS implikasi yang negatif. Seorang lagi guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendedahkan bahawa beliau pernah membuat tinjauan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada waktu malam dan merasa sungguh terkejut kerana mendapati pelajarnya. jujur. berhubungan dengan self-esteem (rasa penghargaan terhadap diri).

Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab untuk melakukan amar ma¶ruf dan nahi mungkar. Islam dengan keras mengharamkan penganutnya daripada melakukan seks bebas9. Kedua ialah Keluarga. dan Kristian menuturkan perkara yang sama seperti Islam iaitu mengharamkan penganut mereka daripada perbuatan zina10. anggota masyarakat seharusnya berusaha menguatkan perpaduan diantara satu dengan lain. mempertimbangkannya. Maka penganut seharusnya patuh dan taat kepada seruan agama. Hindu. Anak-anak yang sudah dewasa tanpa dilentur dengan agama akan menjadi keras untuk beragama. Janganlah dibiarkan pendidikann agama ditinggakan jauh dibelakang. Kerajaan dengan kuasa yang ada. Anak-anak perlu kepada pemantauan untuk memastikan mereka tidak melencong daripada tujuan. Dalam pengambilan keputusan hal-hal yang perlu diperhatikan adalah mengetahui informasi.SEKS BEBAS percaya diri dan difokuskan pada peningkatan kemampuan dalam mengambil keputusan. Hubungan diantara lelaki dan perempuan hanya akan menjadi halal dengan akad perkahwinan. khususnya untuk mengubati penyakit seks bebas ini. Keluarga seharusnya mengambil berat diantara satu sama lain. Peribahasa µJaga Tepi Kain Orang¶ perlu dihapuskan daripada kamus hidup anggota masyarakat. Di bawah adalah cadangan-cadangan penyelesaian. Keempat ialah Kerajaan. Setiap rakyat Malaysia perlu kembali kepada agama masing-masing khususnya di dalam hal akhlak dan tabiat. dan ketrampilan mengkomunikasikan. Ridhuan Tee Abdullah 10 . Ibu dan ayah yang menjadi tunjang kepada keluarga seharusnya menyediakan pendidikan agama kepada anak-anak bermula daripada bangku sekolah lagi. Ibu bapa yang mempunyai kemampuan seeloknya mengahwinkan anak-anak mereka yang dilihat cenderung kepada perbuatan seks bebas. Kerajaan seharusnya menyedari tugas yang besar ketika memerintah. keluarga khususnya ibu dan ayah perlu istiqamah memantau pergerakkan anak-anak. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. setiap pihak bermula daripada diri sendiri hinggalah kepada pihak kerajaan perlu berganding bahu menyelesaikan penyakit seks bebas. Hal yang lain. mengambil keputusan. seharusnya mengubah sistem pendidikan dengan mamberi suntikan pendidikan agama.PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM TEKNIK DAN VOKASIONAL MASALAH REMAJA MASA KINI . Ketiga ialah Anggota Masyarakat. Tujuan yang tetap dan jernih akan membendung daripada melakukan perkara yang sia-sia. Surah Al-Furqan: 68 Dr. Agama Buddha. Pelajaran moral perlu kembali 9 Surah Al-Isra : 32. Hal yang lain. Hal yang lain. setiap rakyat Malaysia perlu menetapkan dan menjernihkan tujuan hidup masing-masing di atas muka bumi Allah ini. Setiap agama menyeru penganutnya berakhlak dengan akhlak yang baik. Seorang ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berpendapat. menegur dan jika perlu melaporkan kepada pihak berkuasa pasangan-pasangan tidak berkahwin yang dilihat cenderung kepada perbuatan seks bebas. pertama ialah diri sendiri. Kembali kepada agama bermaksud patuh dan taat kepada agama. Sebagai contoh. Setiap agama melarang penganut daripada melakukan seks bebas dan seharusnya penganut taat dan patuh dengan larangan tersebut.

Kita masyarakat yang lebih dewasa haruslah menitikberatkan masalah ini kerana hanya merekalah penerus bangsa kita ini. pada masa yang sama diberi racun padanya. Majalah-majalah. . Malaysia pada masa hadapan akan dipenuhi dengan anak-anak tanpa ibu dan ayah. guru dan kerajaan jua masyarakat lainnya. Nasihat dan pantauan perlu diberikan kepada remaja. Kesimpulannya. Kerajaan dengan jumlah majoriti di Parlimen seharusnya memperkenalkan atau mengubal undang-undang yang sepatutnya supaya penguatkuasaan dan apa-apa yang berkaitan menjadi lebih efisien dan berkesan. Penguatkuasa yang menjadi sub-kerajaaan perlu menguatkuasa dengan penuh rasa takwa dan tanggungjawab. pihak kerajaan seharusnya menapis dan jika perlu menyekat media massa yang mempengaruhi perbuatan seks bebas. Janganlah pula hanya berkata: ³Lelaki juga perlu bertanggungjawab´ tanpa melakukan apa-apa tindakan.SEKS BEBAS diperkenalkan dan dikuatkan perlaksanaaannya. Hal yang lain. kerana perubahan keatsa dirinya akan diketahui paling oleh orang yang berada disekitarnya. mereka dapat melakukan penyimpangan social atau kemungkaran dan mereka akan lebih berani untuk mencuba apa sahaja yang dating dalam hidup mereka. Kerajaan tidak seharusnya terpedaya dengan mainan politik pembangkang. Penyakit seks bebas perlu disembuhkan dengan kadar segera dengan cara menyuntik penawar agama dan menyekat racun-racun barat dengan menghormati adab-adab timur. Pemimpin yang baik akan berusaha melaksanakan penawar agama.PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM TEKNIK DAN VOKASIONAL MASALAH REMAJA MASA KINI . dan siaran radio perlu ditapis daripada menyiarkan perkara-perkara yang berunsur lucah dan memberi ruang yang lebih untuk hal-hal berkaitan dengan agama. Dan mereka inilah generasi penyambung masyarakat kita kini. Pemerhatian dan pemantauan kepada mereka sangat perlu untuk memupuk rasa patriotisme dan nasionalisme bangsa kita. Jika penyakit seks bebas tidak diubati. Penulis yang beragama Islam mengakhiri dengan berkata: ³Al-Quran diutamakan. remaja haruslah selalu diperhatikan karana tanpa perhatian dar iorang tua. Memberi kondom dan mendirikan lagi pusat asuhan bayi-bayi tanpa ayah bukanlah penyelesaian yang bagi orang-orang yang berakal. As-Sunnah didahulukan´. Ini seharusnya dilakukan oleh pihak kerajaan untuk patut dan taat kepada perintah agama sekaligus menjaga adab-adab timur. Juga dengan cara ini dapatlah kita mengelakkan dari maslah social keatas anakanak remaja ini menular ke sesuatu yang sukar tuk dijangkau oleh minda kita. Seorang pesakit tidak akan sembuh jika dia diberi ubat. siaran televisyen. surat khabar. Setiap pihak perlu berganding bahu untuk mengubati penyakit seks bebas ini.

manakala 61 peratus daripada 67 pelajar lelaki tingkatan dua pula didapati telah menonton dan terdedah kepada gejala seks bebas. Lukman Midin berkata. 30 peratus daripada responden pula mengakui sudah terdedah kepada bahan pornografi atau unsur seks melalui telefon bimbit dan cakera padat video (VCD).PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM TEKNIK DAN VOKASIONAL MASALAH REMAJA MASA KINI . beliau berkata. Kajian sebuah pertubuhan baru-baru ini mendapati gejala seks bebas termasuk pendedahan kepada bahan pornografi di kalangan remaja Melayu di luar bandar juga semakin membimbangkan." katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. Naib Pengerusi GPMS Kedah. bahan pornografi yang terlalu mudah dibeli dan diakses menjadi punca utama gejala seks bebas semakin membimbangkan di kalangan remaja Melayu. era multimedia dan teknologi maklumat dengan trend penggunaan telefon bimbit yang berleluasa serta penjualan video lucah di tempat terbuka dan boleh dibeli oleh sesiapa tanpa mengira usia nyata meruncingkan lagi masalah tersebut. Melihatkan peratusan tersebut.Masalah sosial seperti seks bebas kebiasaannya dihubungkaitkan dengan para remaja yang tinggal di bandar-bandar besar yang sentiasa terdedah kepada gejala itu. keputusan kajian pastinya akan lebih menggerunkan jika ia dilakukan terhadap remaja Melayu berusia 16 tahun dan ke atas terutama yang tinggal di kota besar. kajian itu mendapati lima peratus daripada remaja berusia 14 tahun di sekolah itu telah melakukan hubungan seks secara sukarela. Kesimpulan itu diperoleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah selepas menjalankan kajian terhadap 127 pelajar perempuan di sebuah sekolah luar bandar di negeri tersebut. "Keadaan ini bukan sahaja memalukan malah menjadi antara punca berlakunya kes pembuangan bayi yang begitu berleluasa kebelakangan ini. ." katanya. Katanya. . Menurut Lukman. "Manakala. Katanya.SEKS BEBAS ARKIB : 17/02/2010 Seks bebas remaja luar bandar membimbangkan KUALA LUMPUR 16 Feb. kajian terhadap 56 pelajar lelaki tingkatan satu pula mendapati 43 peratus daripada mereka terdedah kepada filem lucah.

SEKS BEBAS ARKIB : 21/09/2010 Atas jejantas pun sempat buat maksiat PAKAIAN dalam wanita ditinggalkan bersepah di atas jejantas di Mersing. Penduduk memberitahu. Baru-baru ini. pihak penguat kuasa Majlis Daerah Mersing (MDM) mengesan satu sudut di atas jejantas berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mersing dijadikan lokasi kegiatan negatif itu.PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM TEKNIK DAN VOKASIONAL MASALAH REMAJA MASA KINI . . MERSING 20 Sept. apatah lagi di tempat awam begitu. masalah itu berlaku kerana terdapat dua kain rentang atas jejantas tersebut yang menutupi pandangan orang ramai seterusnya memberi peluang kepada mereka yang tidak bermoral untuk melakukan maksiat. Selain itu. . perbuatan tidak bermoral dan memalukan tersebut sepatutnya tidak berlaku. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati. Anggota penguat kuasa MDM yang membuat pemantauan telah menjumpai pakaian dalam wanita yang ditinggalkan di atas jejantas tersebut dipercayai tidak sempat dipakai kerana tergesa-gesa untuk melarikan diri. mereka tidak perasaan dan mengetahui gejala itu berlaku di lokasi tersebut kerana memang menjadi kebiasaan kenderaan memberhentikan kereta di bawah jejantas berkenaan untuk berehat. semalam. lokasi berkenaan didapati amat terlindung daripada pandangan umum dan sebab itu ia strategik bagi pasangan yang melakukan maksiat.Penduduk di daerah ini runsing dengan gejala maksiat yang semakin berleluasa hingga terdapat pasangan remaja sanggup menjadikan sebuah jejantas di sini sebagai sarang melakukan kegiatan tidak bermoral dan seks bebas. rata-rata penduduk berpendapat. Datin Khalizah Kahar memberitahu. Pengerusi Persatuan Anggota Wanita dan Suri Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Mersing.

Rosnani Bustani.SEKS BEBAS "Saya berasa sedih dan terkejut dengan sikap remaja sekarang yang terlalu berani melakukan maksiat tanpa segan dan takut akan kesan yang mereka terima. "Sudah tentu perkara itu dilakukan oleh golongan muda yang tiada hubungan yang sah dan tidak memikirkan kesan buruk yang akan berlaku kepada mereka. 39.PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM TEKNIK DAN VOKASIONAL MASALAH REMAJA MASA KINI . berkata. dia kesal dengan kejadian tersebut dan berharap ia tidak akan berlaku lagi. . hari ini." katanya kepada Utusan Malaysia di sini. Beliau menasihatkan remaja terbabit agar berhenti melakukan perbuatan berkenaan dan menjaga moral serta adab kerana mereka adalah pelapis negara pada masa depan. seorang penduduk.'' katanya. malah tidak takut kepada ibu bapa dan Tuhan. Sementara itu.

apakah hal ini masih dalam kewajaran? dan apa yang menyebabkan mereka melakukan hal tersebut? Diluar batas kewajaran jika usia remaja melakukan hubungan seks bebas. dari informasi yang ada kenakalan remaja dewasa ini sangat meningkat drastis. Tapi kita tidak bisa menetralisasikannya begitu saja. . Maka ternyata tidak ada hubungannya antara agama apa yang mereka anut ataupun kondisi keluarga mereka. narkoba dan tindak kriminal. dalam bahasa gaulnya disebut ³shock cultural³. Pada kenyataannya mereka bukan hanya berasal dari keluarga µbroken homeµ ataupun keluarga atheis.PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM TEKNIK DAN VOKASIONAL MASALAH REMAJA MASA KINI . Memang. narkoba. tindak kekerasan.SEKS BEBAS Kenakalan Remaja (makin) Merajarela September 5. sumber foto : disini sumber foto : disini Dengan pengetahuan minim mereka berani coba-coba dan ikuti nafsu dan kebodohan tanpa berfikir akibat nyata yang langsung mereka rasakan. dll. dan itu bisa saja disebabkan karena perubahan zaman yang begitu cepat. 2008nonoTinggalkan komentarGo to comments SUDAH bukan rahasia lagi kalau siswi/siswa SMP apalagi SMA banyak yang sudah melakukan hubungan intim seperti suami istri.

SEKS BEBAS Kelemahan orang tua yang masih saja tabu. juga hanya sekedar menakut-nakuti tentang bahaya narkoba tanpa mampu mendalami dan memberikan pengarahan yang lebih baik. walaupun keluarga dan lingkungan baik tapi kalau iman individu itu lemah maka dia bisa berbuat kerusakan. Baik ilmu pengetahuan agama maupun ilmu pengetahuan umum sangat menentang kerusakan ini.ck«) bintang-bintang di bawah umur«masih seragam SD! Keluarga dan lingkungan juga sangat berperan penting. Dan jika keluarga dan lingkungan tidak mengarahkan kita pada kebaikan maka secara otomatis yang kita lakukan pun hanya kerusakan-kerusakan. tapi balik lagi ke iman. jika keluarga dan lingkungan mengajarkan nilai-nilai moral yang baik maka secara otomatis kita pun tidak akan terjerumus. Pendidikan menjadi faktor yang berperan penting untuk mendukung maupun menghambat kerusakan (peradaban umat manusia) ini. tapi jika iman individu itu kuat maka tidak akan terpengaruh walau pun keluarga dan lingkungan tidak mendukung pada arah yg baik.. bingung dan malu untuk memberikan pendidikan sex. Jadi peningkatan pendidikan sangat diperlukan untuk mengatasi masalah besar ini« MASIH PENGEN COBA-COBA ? .PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM TEKNIK DAN VOKASIONAL MASALAH REMAJA MASA KINI . Pemerintah juga konyol. dengan memberikan izin siar untuk sinetron-sinetron gak mutu yang mempertontonkan adegan pacaran«rebutan pacar«dengan (ck.

Mungkin gambar di bawah akan memberi gambaran kepada punca masalah sosial dan jenayah di kalangan remaja. Setiap hari media sibuk melaporkan kes dadah. Semua kaum hadapi masalah yang sama. pergaulan bebas. bunuh bayi dan sebagainya. Tetapi bagi saya pergaulan bebas dan salah pilih kawan adalah punca utama. Banyak sebab pergaulan bebas jadi begitu merebak: . Punca utama ialah BUDAYA PERGAULAN BEBAS di kalangan muda mudi dan remaja. Salah siapa semua ini. buang bayi. rempit. Terutama sekali di kalangan remaja. belia dan muda mudi negara ini.PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM TEKNIK DAN VOKASIONAL MASALAH REMAJA MASA KINI . seks bebas. bertambahnya masalah sosial dan jenayah di kalangan remaja.SEKS BEBAS Budaya Pergaulan Bebas Punca Maksiat Dikalangan Remaja IN: AGAMA 13Aug 2010 Apa yang boleh saya katakan di sini ialah masalah sosial sekarang ini semakin parah.

Terlalu ramai ibubapa dan anak-anak muda yang tak sembahyang. Jarang sekali saya dengar PM atau TPM cakap. Longgarnya pihak kerajaan mendidik masyarakat. Memang parah isu ini. 3. Tarikan kuat media luar dan TV dalam Malaysia dan Luar. Berdiri sahaja di pentas mereka akan cakap pembangunan yang mereka buat.SEKS BEBAS 1. Ibu bapa dah tak kisah anak dara dia kawan dengan jantan mana pun. Kenapa kita agungkan budaya ini. dalam program budaya bebas adalah antara punca merebaknya budaya pergaulan bebas. soal sembahyang anak-anak muda Islam negara ini. 4. Apabila penekanan agama tidak di ajar sejak kecil oleh ibubapa atau penjaganya 2. pelacuran meningkat. Cadangan kerajaan perbagai tetapi masalah semakin meningkat. . dadah meningkat.PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM TEKNIK DAN VOKASIONAL MASALAH REMAJA MASA KINI . Apa sudah jadi. Kalau kita lihat sekarang ini pergaulan bebas sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita. minum arak meningkat. Itu sebahagian punca utama. Mereka tidak fokus kepada masalah ini sejak awal dengan memperkenalkan dasar yang lebih keagamaan ke arah mendidik masyarakat. kalau kita masih begini sampai bila masalah tak akan selesai. tempat maksiat meningkat. Kes buang bayi semakin meningkat. Pemimpin negara banyak fokus kepada ekonomi dan politik.

SEKS BEBAS .PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM TEKNIK DAN VOKASIONAL MASALAH REMAJA MASA KINI .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful