You are on page 1of 2

BIODATA - DATO' KHALID BIN ABDUL KADIR

Profesor Dato' Dr. Khalid, 46 tahun, dilahirkan di Johor dan telah mendapat pendidikan awal di Ipoh, Alor Setar, dan Maktab Tentera Di Raja Malaysia. Beliau mempunyai rekod akademik yang cemerlang sejak di peringkat sekolah lagi di mana pada kemuncaknya beliau telah memenangi Hadiah Kehormat Komandan (Prestigious Commandant's Prize) pada tahun 1968. Beliau juga aktif di dalam sukan dengan menjadi juara tinju kategori "Bantam Weight" dan "Penembak Terbaik" di Maktab Tentera DiRaja pada tahun yang sama 1968. Beliau seterusnya berjaya memenangi biasiswa untuk meneruskan pelajarannya di dalam bidang perubatan di Universiti Monash, Melbourne, Australia, dan di sana beliau telah mencipta rekod akademik yang cemerlang dengan memperolehi Kelas Pertama berganda (double first) -Kelas Pertama Kepujian Sarjanamuda Sains Perubatan ( B.Med. Sc. Hons) pada tahun 1973 dan Kelas Pertama dalam Perubatan (MBBS Hons) pada tahun 1975. Pencapaian akademiknya yang cemerlang dalam bidang perubatan menyebabkan beliau telah dianugerahkan hadiah Henry Hindlip Green dan hadiah Harriet Power. Dato' Khalid kemudiannya telah bekerja di Hospital Alfred dan Hospital Prince Henry, Melbourne, dalam mendapatkan latihan bagi Ijazah kepakaran FRACP dalam bidang endokrinologi yang diperolehi pada tahun 1982. Pada masa yang sama juga beliau telah dihadiahkan "Ansel International Fellowship" dan biasiswa siswazah Universiti Monash untuk mempelopori bidang penyelidikan yang diakihiri dengan ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang perubatan pada tahun 1984. Dato' Khalid pulang ke tanah air pada tahun 1982 dan terus menceburi bidang akademik sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dengan kecemerlangan beliau yang terserlah, beliau telah meningkat dengan cepat dimana telah dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Madya pada tahun 1984 dan dilantik sebagai Ketua Jabatan Perubatan pada bulan Mei 1985. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Dekan pada tahun 1988 dan seterusnya dilantik sebagai Dekan Fakulti Perubatan pada bulan Februari 1990. Pada bulan Mei 1990, beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor. Kecemerlangan beliau dalam bidang penyelidikan dan pendidikan terus bersinar di mana pada tahun 1992 beliau telah menerima empat anugerah Fellow iaitu, FRCP (Edinburgh), FRCP (Glasgow), FRCP (Ireland), dan juga anugerah Fellow FRCPA (Australia) dalam bidang Patologi Kimia. Tumpuan penyelidikan beliau ialah dalan bidang endokrinologi asas dan klinikal hormon steroid dan tiroid. Beliau talah menerbitkan lebih daripada135 karya saintifik di dalam jurnal antarabangsa dan tempatan, serta mengarang sebuah buku endokrinologi dan bab dalam tiga buah buku teks antarabangsa dalam bidang endokrinologi dan diabetes. Beliau talah juga membentangkan lebih daripada 150 kertas kerja serta pascasidang di persidanganpersidangan endokrinologi dan perubatan tempatan. Beliau telah dijemput sebagai penceramah undangan di berbagai persidangan antarabangsa, termasuklah penceramah undangan di "Asia Oceania Congress of Endocrinology" di Tokyo (1982), Bangkok (1986) , Jakarta (1990) dan Beijing (1994). Beliau telah juga dijemput sebagai penceramah undangan di "International Diabetes Federation Congress" di Sydney (1988), Washington (1991) dan Kobe (1994). Pada tahun 1992, beliau dilantik sebagai Presiden,"Asean Federation of Endocrine Societies".

Beliau juga aktif dalam Akademi Perubatan Malaysia. Norella Kong dan mempunyai tiga orang anak lelaki. Pada 1986. dan menjadi Bendahari Kehormat. kegemaran dan minat beliau ialah menanam bunga orkid dan juga durian di dusun. dan Johan Setia Mahkota (JSM) oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 1992. Selain daripada Perubatan dan Sains. .Beliau juga amat aktif dalam kegiatan luar kampus. Beliau telah berumah-tangga bersama Profesor Datin Dr. menjadi ahli Majlis Akademi sejak 1986 dan kini selaku Bendahari Kehormat. termasuklah Persatuan Perubatan Malaysia di mana beliau telah dilantik sebagi ahli Majlis Persatuan selama enam tahun sejak 1984. beliau telah dianugerah Tun Abdul Razak Research Award dan Darjah Setia Mahkota Johor (SMJ). beliau telah dianugerah Darjah Paduka Mahkota Johor (DPMJ) yang membawa gelaran Dato' oleh DYMM Sultan Johor. Pada tahun 1988. Beliau juga aktif dalam Persatuan Diabetes Malaysia dan dilantik sebagai Presiden selama lima tahun hingga 1990.