You are on page 1of 18

Pemulihan

Aktiviti pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang

belum dicapai. Aktiviti ini dilaksanakan mengikut kadar kemampuan murid. Aktiviti

pengayaan perlu diberikan penekanan kerana murid berbeza tahap kebolehan, keupayaan,

bakat, dan minat. Murid yang menguasai hasil pembelajaran lebih awal atau dalam jangka

masa yang ditetapkan boleh diberikan aktiviti yang lebih mencabar untuk dilaksanakan

secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.


Murid – murid berbeza dari segi kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran. Oleh
itu, untuk memenuhi hasrat menyediakan kemudahan – kemudahan yang cukup serta
memberi peluang menerima pelajaran yang sama untuk semua, Rancangan Kurikulum
Rendah mengandungi program pemulihan dan pengayaan. Berasaskan prestai murid yang
dikesan melalui sistem penilaian, murid – murid yang mencapai taraf yang ditentukan diberi
peluang mengikuti program pengayaan. Murid – murid yang tidak mencapai taraf tersebut
diberi kegiatan pemulihan. Sungguhpundemikian, mereka juga akan mendapat peluang mengikuti
aktiviti – aktiviti
pengayaan berdasarkan kebolehan dan keupayaan mereka.
Langkah2 Khusus Dalam Pengelolaan Sesi Pemulihan

1. Mengenal pasti murid2

2. Penganalisisan Masalah

3. Perancangan dan penyedian bahan

4. Pengajaran dan pembelajaran

5. Ujian dan penilaian

6. Tindakan susulan

Mengenal Pasti murid

- Memerhatikan murid belajar

- Temu ramah interaksi dengan murid

- Menganalisis hasil kerja bertulis

- Menggunakan ujian saringan untuk mengasingkan kumpulan murid lambat

daripada kumpulan sederhana dan kumpulan cerdas.

2. Menganalisis Masalah

- Menganalisis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid tertentu

- Ujian diagnostik biasanya digunakan untuk menentukan punca kelemahan

murid selepas sesuatu kemahiran dijalankan.


- Guru hanya memulihkan masalah pembelajaran sahaja. Masalah lain dirujuk

kepada pihak tertentu.

3. Perancangan dan Penyediaan Bahan (Membuat perancangan)

- Membuat rancangan program pemulihan berdasarkan punca kelemahan

pembelajaran murid yang berkenaan.

- Guru harus mematuhi beberapa prinsip asas pengajaran pemulihan


Guru harus mematuhi prinsip tersebut :
Aktiviti p&p harus ditumpukan kepada bidang kelemahan yang dikesan
-Langkah penyampaian harus dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak
dan daripada mudah kepada susah mengikut kebolehan dan pengalaman murid

Di peringkat permulaan, pelnagai jenis ABM perlu digunakan untuk membantu

murid2 memahami konsep yang diperlukan dalam menguasai kemahiran.


- Semua simbol dan istilah harus dikaitkan dengan pengalaman murid atau
alat bantu
mengajar supaya murid itu dapat mengenal pasti kesilapan yang telah
dilakukan dahulu.

- Latihan congak dan latihan bertulis harus diadakan selepas aktiviti pengajaran

guru. (utk matematik). Soalan2 yg diberikan harusalah daripada mudah kepada susah, demi
membina keyakinan murid terhadap kebolehan
mempelajarinya.
- Aktiviti penilaian harus diberikan kepada murid selepas aktiviti latihan bertulis
di dalam
kelas. Oleh itu, guru perlu merancang dan menyediakan soalan secara
bertulis.
Penilaian ini akan menentukan sama ada objektif pengajaran itu
tercapai atau tidak.

. Pengajaran dan pembelajaran

- Melaksanakan pengajaran pemulihan yang telah dirancang

- Pengajaran pemulihan dalam kelas biasa dijalankan semasa murid2 lain

membuat latihan atau menjalani aktiviti pengayaan.

- Semua aktiviti pemulhan hendaklah ditumpukan kepada pengajaran satu

kemahiran tertentu

- Masa yang digunakan biasanya di antara 10-15 minit.

- Aktiviti ujian/penilaian harus diadakan selepas pengajaran pemulihan.

Keputusan penilaian haruslah dimasukkan dalam profil murid. Rekod ini akan

menjadi rujukan untuk merancang aktiviti p&p seterusnya.


5. Ujian dan Penilaian

- Aktiviti ujian /penilaian harus diadakan selepas pengajaran pemulihan.

-Keputusan penilaian haruslah dimasukkan dalam profil murid. Rekod ini akan

menjadi rujukan untuk merancang aktiviti p&p seterusnya.


6. Tindakan Susulan
Murid pemulihan / bermasalah telah berjaya dalam program pemulihan itu,
mereka boleh mengikuti pelajaran baru dengan murid sekelas yang lain.
- Jika murid pemulihan masih gagal, guru harus menggunakan senarai semak
untuk mengkaji punca kegagalan program pemulihan yang dijalankan.

Senarai Semak Tanda

1. Adakah program dirancang berdasarkan punca kelemahan murid

2. Adakah program disediakan mengikut pengalaman dan kebolehan

murid.

3. Adalah objektif pengajaran terlalu tinggi?


4. Adakah penggunaan ABM berkesan?

5. Adakah langkah2 mengajar dikembangkan daripada konkrit kepada

abstrak?

6. Adakah masa pengajaran mencukupi

7. Adakah aktiviti pemulihan itu menarik minat murid?

8. Adakah aktiviti pembelajaran yang diberikan kepada muridmencukupi?

9. Adakah latihan diberikan sejajar dengan objektif pengajaran?

10. Adakah latihan itu terlalu sukar?


Berdasarkan senarai semak, guru boleh ambil tindakan berikut:
– Merancang semula program pemulihan
– Merujuk murid kepada guru pemulihan khas.

Pengayaan

- Penekanan program ini adalah untuk memberi aktiviti-aktiviti tambahan kepada murid-

murid yg dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau

lebih awal dari itu.


Dalam program pengayaan, murid-murid akan dapat meluaskan pengetahuan

berhubung dengan perkara –perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaranberkenaan secara

mendatar. Sementara itu, murid –murid yang diberi kegiatan pemulihan berpeluang

mengatasi kelemahan dan masalah yang dihadapi di dalam unit pembelajaran berkenaan.
Dengan cara ini, semua murid dapat memulakan sesuatu unit pembelajaran bersama –

sama. Walau bagaimanapun, murid – murid yang mengikuti kegiatan pemulihan berpeluang

juga membuat kegiatan pengayaan

- Aktiviti-aktiviti pengayaan dibahagikan kepada dua kategori:

1. Pilihan murid – tidak formal

2. Pilihan guru – formal


Konsep Pendidikan Pengayaan
-Pengayaan ialah aktiviti2 tambahan kepada aktiviti2 asas pembelajaran yang
djalankan sam ada di dalam atau di luar waktu sekolah.
- Ia mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta
mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari

Melalui aktiviti2 ini murid akan mendapat peluang tambahan untuk mengembangkan minat

murid, daya kreativiti, sifat ingin tahu, sikap berdikari, bakat kepimpinan serta melibatkan diri

dalam membuat satu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.
Objektif pengayaan
-Membolehkan murid menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar
kebolehan mereka.
-Menambahkan minat dan pengalaman yang boleh menbantu ke arah
perkembangan diri.
-Menggunakan masa lapang yang berfaedah mengikut keperluan, minat dan bakat
mereka.
-Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan daripada pelbagai
bahan dan sumber pengetahuan.
-Berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan
murid menerusan pembelajaran seumur hidup.
-Melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja
mereka sendiri.
-Mempunyai asas kepimpinan untuk diperkembangkan ke peringkat yang tinggi
sesuai dengan kemampuan mereka.

Sekiranya terdapat murid yang menghadapi masalah pembelajaran yang tidak boleh diatasi

oleh guru di bilik darjah murid itu seharusnya diberi tumpuan khas oleh pihak tertentu seperti

guru pemulihan khas. .

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang

seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani selaras dengan falsafah pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran

asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi

membolehkan
murid-murid
berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, program Pemulihan Khas mengutamakan
Prinsip ‘Menyelesaikan masalah seawal mungkin’ supaya tidak menjadi kronik
berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan menengah rendah.

Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan

segolongan mereka lebih lambat atau ‘terkebelakang’ menguasai sesuatu kemahiran

berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka

mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam.

Justeru melalui program pemulihan khas, keperluan–keperluan murid berpencapaian rendah

dapat dikenal pasti dan dipenuhi.


Latar Belakang / Sejarah Pendidikan Pemulihan di Malaysia
1967 - Kementerian Pelajaran telah melaksanakan Program Pemulihan dengan menggunakan strategi
“ Withdrawal System.....”
1975 -Pusat Perkembangan Kurikulum menjalankan projek “Pendidikan Imbuhan” bagi
Tahap 1 ( Tahun 1 hingga Tahun 3) dengan menggunakan strategi di mana pemulihan dijalankan oleh
guru kelas / guru mata pelajaran. 1994 -Program Khidmat Guru Pendamping bagi
meningkatkanaktiviti pengayaan dan pemulihan dalam kelas KBSR.
1999 - Program jangka pendek (INTERVENSI 3M) diperkenalkan khas untuk murid tahun 4 di
sekolah rendah dan Tingkatan 1/peralihan. Instrumen IPCH digunakan bagi menilai
pencapaian kemahiran asas 3M. Program bermula 1999 hingga 2002.
2000 - Program IPP3M dilancarkan iaitu program jangka panjang bagi mengatasi penguasaan
kemahiran asas 3M bagi murid tahap 1 di sekolah rendah ( Tahun 1 hingga Tahun 3 ).
Program IPP3M dilancarkan bersama satu pendekatan P&P secara Pelbagai Kecerdasan
( Multiple Intelligences ).

2006 -IPP2M ( Instrumen Penentu Penguasaan 2M ) yang menekankan kepada Bahasa Melayu –

membaca dan menulis dibina.


2007 -Ujian Pelepasan 2 KIA 2M telah digunakan untuk pelepasan
murid pemulihan tahun 3, 4, 5 dan 6.
KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN

Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi

kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis

dan mengira.

Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan

imbuhan.Ianya juga disebut sebagai ‘Remedial education’ di dalam bahasa Inggeris iaitu

suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah

atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.Pendidikan Pemulihan

berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. dan Guru yang mengajar kelas

pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya
lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak ‘

menjadikan pulih ‘.

Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu

yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat.

Kesimpulan Definisi

Secara kesimpulannya, pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan

untuk membantu murid-murid lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka tidak

terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan

rakan mereka yang lain.


Tujuan Pengajaran Pemulihan

Berdasarkan Buku Panduan Program Pemulihan Kurikulum Baru Sekolah untuk Tahap Satu

Kementerian Pendidikan Malaysia (1984), tujuan utama pengajaran pemulihan ialah untuk:
a) Membantu mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-
kemahiran tertentu.
b) Membantu murid mengubah sikap yang negatif dan tingkah laku
yang menjejaskan pembelajaran.
c) Memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap
positif terhadap pembelajaran.
Tujuan-tujuan pendidikan pemulihan adalah:
a) Mengenal pasti pelajar yang memerlukan pemulihan.
b) Untuk mewujudkan alat-alat diagnostik supaya dapat mengesan
kesulitan-kesulitan pembelajaran tertentu.

) Mengeluarkan bahan-bahan kurikulum dan kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai untuk

memenuhi keperluan setiap kanak-kanak.


d) Mencegah sesuatu kurang upaya supaya tidak menjadi satu
kecacatan.

e) Merapatkan hubungan antara guru biasa dan guru khas supaya layanan yang diberi oleh guru

khas dapat diteguhkan oleh guru biasa.

f) Membentuk komunikasi yang berkesan dengan pakar-pakar dan agensi-agensi untuk

perkembangan optimum setiap kanak- kanak.


Ciri-Ciri Murid Pendidikan Pemulihan

Murid-murid pendidikan pemulihan juga mempunyai bermacam ciri yang membezakannya

dengan murid-murid yang tahap pembelajarannya adalah normal di dalam kelas.

Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan juga boleh dikelaskan kepada 5 kategori, iaitu emosi

dan tingkahlaku, sosial, kesihatan, kesediaan belajar dan pengamatan.


a)
Dari segi Emosi dan Tingkahlaku
i. Perasaan rendah diri
ii. Perasaan risau
iii. Perasaan sedih, hiba atau duka
iv. Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran
v. Perasaan takut akan perkara-perkara baru
vi. Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
vii. Pasif
viii. Malas
b)
Sosial
i. Gelisah dan selalu bergerak di dalam kelas serta
mengganggu kawan-kawan.
ii. Lemah / kurang interaksi dengan rakan
iii. Gemar menghisap atau menggigit kuku
iv. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan
v. Menangis – enggan masuk darjah
vi. Hyper aktif
c) Kesihatan
i. Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
ii. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang gemuk/kurus)
iii. Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan)
iv. Lemah gerakan motor-kasar dan halus
v. Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
vi. Kurang menjaga kebersihan diri.
d) Kesediaan Belajar
i. Belum bersedia untuk belajar
ii. Perbendaharaan kata kurang
iii. Lemah pemahaman
iv. Kurang keyakinan diri dan rangsangan
v. Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.
e) Pengamatan
i. Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
ii. Lemah pendengaran bunyi dan rentak
iii. Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
iv. Lambat mengkelaskan benda.
v. Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
vi. Tidak dapat menyelesaikan masalah.
vii. Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
viii. Tidak kreatif
ix. Lemah pergerakan dan perbuatan
x. Lemah daya pemikiran / ingatan
xi. Tidak boleh mengingat kembali
Punca-punca
permasalahan
pembelajaran
kanak-kanak
Pemulihan.
Dalam penyampaian kertas kerja untuk pensyarah-pensyarah
maktab perguruan bertajukPengenalan Kurikulum Baru Sekolah
Rendah, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah menganjurkan ciri-ciri kanak-kanak pemulihan
sebagai “ murid-murid di kelas biasa “ yang menghadapi :
a) Masalah pembelajaran dengan sebab:
i) Ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru
ii) Tidak hadir ke sekolah
iii) Cuai dalam menjalankan aktiviti-aktiviti
v) Leka dan lambat
b) Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran termasuklah masalah :
i) peribadi
ii) psikologi
iii) kurang kecerdasan – lambat berfikir dan bertindak.
iv) lekas lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan.

Pada umumnya, murid-murid pemulihan ini tidak mempunyai masalah kecacatan akal atau

terencat akal. Bagi murid yang menghadapi masalah yang lebih serius, kerjasama pakar dan

pihak-pihak tertentu diperlukan. Murid-murid ini ditempatkan di kelas khas di sekolah biasa

atau di sekolah yang sesuai untuknya. Dengan nama lain, murid ini dipanggil ‘ murid

pendidikan khas ‘.

Kini kanak-kanak pemulihan dikenal pasti sebagai murid-murid dalam Tahap 1 iaitu dari

tahun 1 hingga tahun3, yang kerap menunjukkan kesulitan untuk membaca, menulis,

mengira,

mendengar, berfikir, bercakap, melukis, mentaakul, memahami dan mengingatkan kembali.

Mereka juga menunjukkan kesulitan untuk membuat kerja-kerja atau pergerakan yang

memerlukan penggunaan koordinasi otot-otot seni.


Kesulitan belajar ini mungkin disebabkan oleh faktor seperti di
bawah :
a) Perkembangan dan kematangan jasmani, emosi, intelek dan sosial yang bermasalah.
b) Makanan dan pemakanan yang tidak sempurna.
c) Penerimaan baka yang cacat.
d) Alam sekitar yang tidak mencabar akal atau rencat budaya.
e) Salah diasuh atau diajar
f) Kesediaan untuk belajar lewat, dan pengajaran diberi sebelum berlakunya kesediaan.
g) Otak yang tidak berfungsi dengan betul dan sempurna.
h) Kecacatan sejak dilahirkan atau disebabkan oleh kecelakaan dan berbagai-bagai sebab lagi.
PEMULIHAN
Konsep Pemulihan:

Menurut Kamus Dewan, pulih bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh.

Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau


membetulkan sesuatu yang tidak betul.

Program Pendidikan Pemulihan adalah

~ satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami

kesusahan pembelajaran dalm darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri
oleh pelajar secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa atau

dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.


~
satu pembelajaran kesedaran bertujuan untuk membolehkan murid
menjalinkan kontak
mesra dengan persekitarannya.
~
satu program yang lebih sesuai untuk murid-murid yang lemah dalam
pencapaian akademik mereka.
Tujuan dan Rasional Pendidikan Pemulihan:

Untuk membantu murid yang lemah mencapai objektif pembelajaran yang


belum dicapainya dalam pelajaran lampau. Untuk membantu murid dalam memperkembangkan diri
dan menunjukkan
potensi mereka.

Untuk membantu murid memikirkan alternatif-alternatif yang berlainan dalam


menyelesaikan masalah.

Untuk membantu murid membina keyakinan diri.


Unruk membantu murid yagn lemah membina konsep sesuatu kemahiran


dengan betul yang mungkin disalah tanggap oleh pelajar sebelum ini.

Untuk memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sesuatu mata pelajaran
misalnya matematik mengikut kebolehannya.

Sebab utama pengajaran pemulihan dijalankan dalam kelas KBSR ialah


disebabkan oleh PERBEZAAN INDIVIDU.

Perbezaan individu ini perlu dijadikan satu pedoman atau pegangan guru
dalam usaha merancangkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
~ menjalankan ujian dignostik
Masalah Pembelajaran:

Masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang menyebabkan mereka


memerlukan kelas pemulihan

Boleh merupakan satu masalah kecil atau besar yang menjejaskan proses
pembelajaran murid-murid itu di dalam bilik darjah.

Terdapat beberapa masalah pembelajaran yang dikenalpasti di mana murid- murid yang

menunjukkan ciri-ciri masalah ini perlu menjalankan kelas pemulihan


Jenis-jenis Masalah Pembelajaran:


~ Belajar secara lambat, selalu gagal
~ Pencapaian akademik yang tidak tinggi kerana penyesuaian diri dan konsep kendiri yang rendah.
~ Kerencatan akal menyebabkan pencapaian akademik yang lebih rendah
daripada potensi
sepenuh.
~ Kekurangan sosial: mempunyai kemahiran interpersonal yang rendah dan
tidak suka
melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
~ Mundur prestasinya tidak sebaik yang dijangkakan
Faktor-faktor Penyebab:

Faktor-faktor penyebab yang menyebabkan murid memerlukan


pendidikan pemulihan
(i)Faktor psikologi

Faktor kecerdasan mental


~ Semua murid mempunyai kecerdasan mental yang berbeza yang
mungkin disebabkan
oleh faktor genetik/diwarisi daripada ibubapa
~ Kesannya: murid-murid tidak dapat mengikuti pengajaran guru pada
kadar atau
intensiti yang sama

Faktor emosi yang tidak stabil


~ Murid-murid tidak dapat membuat penumpuan mental dan latihan-
latihan dengan baik di dalam bilik darjah
~ Murid-murid tidak berminat untuk mengikuti pengajaran guru
~Kesannya: murid-murid sering ketinggalan dalam pembelajaran akademiknya
(ii) Faktor Biologi/Kesihatan

Murid-murid mempunyai masalah kesihatan • Kesannya: murid-murid tidak dapat menumpukan


perhatian kepada pengajaran guru

Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah gangguan otak/neurologi

~ mereka tidak dapat mengikuti proses pembelajaran dengan baik

~ mereka mempunyai masalah tingkah laku


(iii) Faktor Persekitaran

Masalah bahasa
~ Masalah bahasa merupakan salah satu masalah pembelajaran di
mana murid-murid
tidak dapat menguasai bahasa dengan baik atau mempunyai masalah
menyebut
perkataan atau membaca.
~ Untuk mengatasi masalah ini, guru mesti memastikan yang murid-
murid dalam kelas
pemulihan nanti perlu didedahkan kepada pengalaman-pengalaman
bacaan yang positif
serta mengikut satu program bacaan yang berkesan

Amalan Sekolah
Guru-guru sibuk menyiapkan sukatan pelajaran
Aspek kemampuan murid yang pelbagai diabaikan
Wujud jurang akademik yang besar di antara murid
Murid-murid mundur dalam pembelajaran
Memerlukan pendidikan pemulihan
Amalan ini merujukkan kepada pengajaran guru, cara pentadbiran serta susunan kurikulum
yang tidak

mengambil kira keupayaan murid yang pelbagai


(iv)
Faktor Emosi dan Sosial

Kanak-kanak yang terencat dalam pembelajaran mungkin bersifat


lebih ganas dan agresif.

~ sangat sensitif kepada kritikan guru

~ menunjukkan respon negatif dalan situasi tertentu

~ tidak dapat menyelesiakan masalah mereka dengan positif


Untuk murid-murid seperti ini, guru perlu meningkatkan tahap motivasi dan aspirasi murid-

murid serta memastikan murid-murid mempunyai sikap positif terhadap buku dan bahan

pembacaan
Cara mengesan murid bermasalah

Masalah yang dihadapinya adalah bagaimana hendak mengesan masalah murid yang
diajarnya. Saya pun memberikan pandangan berikut ;

1. Pemerhatian
2. Pentafsiran rekod prestasi
3. Pentafsiran rekod profil
4. Ujian kertas dan pensel
5. Temu bual dengan guru darjah
6. Temu bual dengan ibu bapa / penjaga murid.

PEMERHATIAN ;

Guru boleh melakukan pemerhatian ini secara tidak langsung di bilik darjah masing.
Melalui cara ini, guru akan mengetahui perubahan yang mungkin jelas kelihatan misalnya
dari aspek emosi, ketegangan murid, kedudukan tubuh badan yang tidak semula jadi dan
perubahan tingkah laku.

Dalam strategi ini ada beberapa teknik pemerhatian yang sesuai dilaksanakan.
Antaranya :

1. Teknik pemerhatian dengan senarai semak


2. Pemerhatian di luar bilik darjah
3. Pemerhatian tingkah laku

PENTAFSIRAN REKOD PRESTASI

Rekod prestasi merupakan rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian


akademik murid dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid dalam
kelas.

Pentingnya rekod prestasi ini antaranya dapat membantu guru menilai secara jangka
panjang dan membolehkan guru sentiasa mempunyai pengetahuan tentang murid-murid
mereka.
Bagi ibu bapa pula, rekod prestasi dapat membantu mereka memahami prestasi
akademik, perkembangan sosila, fizikal dan emosi anak-anak. Melalui sumber berkenaan,
ibu bapa dapat membantu pihak sekolah seperti menilai anak-anak, meningkatkan
tanggungjawab sebagai penjaga dengan menasihati dan memberi tunjuk ajar di rumah

REKOD PROFIL

Rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran
yang diikuti disekolah dan ditunjukkan menggunakan markah dan gred.

UJIAN KERTAS dan PENSEL

Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan dan secara tidak langsung menguji
penguasaan bahasa murid.

TEMU BUAL dengan GURU DARJAH

Perbincangan dengan guru darjah dapat memberi maklumat tentang seseorang murid yan
hendak dikenal pasti. Melalui teknik ini, guru akan dapat  maklumat seperti kehadiran,
pencapaian akademik, tingkah laku dan perbezaan individu.

TEMU BUAL dengan IBU BAPA

Saya kerap menggunakan kaedah ini kerana ibu bapalah individu yang paling rapat
dengan murid di rumah selain guru semasa di sekolah. Banyak maklumat yang boleh
diperolehi daripada ibu bapa berkaitan murid termasuklah latar sosio-ekonomi keluarga,
faktor baka, kesihatan, penceraian, faktor kelahiran dan sebagainya.

cikguhaidi.wordpress.com/.../strategi-mengesan-masalah-pembelajaran-murid /

PENGENALAN
Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan
insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi
intelek, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai
pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba
ilmu pengetahuan. Justeru, Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip
“menyelesaikan masalah seawal mungkin” supaya tidak menjadi kronik dan
berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan
menengah rendah.

      Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid
mengakibatkan segolongan mereka tercicir atau terbelakang menguasai sesuatu
kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi
pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperolehi pendidikan yang perlu
dan potensi mereka akan terbenam. Justeru, melalui Program Pemulihan Khas
keperluan-keperluan murid yang mempunyai pencapaian yang rendah akan
dikenalpasti dan dipulihkan.
 
KONSEP
Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang
menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas
3M
 
MATLAMAT
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai
kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dikuasai dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
OBJEKTIF
Setelah mengikuti program ini dalam jangka masa yang ditentukan murid boleh:
a. Menguasai kemahiran asas 3M.
b. Meneruskan pembelajaran di kelas biasa.
c. Menambah sikap keyakinan diri dan sikap  positif terhadap pembelajaran. 

Pencalonan Murid Pemulihan Khas

Written by Administrator Thursday, 18 June 2009 23:45

Pencalonan murid untuk mengikuti Program Pemulihan Khas boleh dilakukan


oleh guru biasa, guru besar dan ibu bapa atau penjaga.

•          GURU KELAS boleh mencalonkan murid-murid untuk mengikuti kelas


berdasarkan pencapaian murid dalam kemahiran asas 3M, hasil kerja murid
dalam kelas atau keputusan ujian yang diikuti seperti ujian bulanan, semester
atau ujian setiap kemahiran.

•          GURU BESAR boleh mencadangkan murid-murid berdasarkan penelitian


kad-kad laporan murid dan pemerhatian secara am sama ada di sekolah atau di
luar sekolah.

•          IBU BAPA ATAU PENJAGA boleh mencalonkan anak-anak mereka


untuk mengikuti Program Pemulihan Khas berdasarkan masalah pembelajaran
anak mereka.

(Murid Tahun 1 akan terus kekal di kelas mereka tetapi mengikuti program
pemulihan KIA2M. Apabila tahun 2 dan seterusnya baru mereka akan mengikuti
program pemulihan khas sekiranya masih belum menguasai kemahiran asas
3M)

PENGUMPULAN MAKLUMAT

Maklumat peribadi dan prestasi murid akan dapat menolong guru pemulihan
khas memahami murid yang dicalonkan. Ini membolehkan guru pemulihan khas
membuat keputusan samada murid itu akan mengikuti program pemulihan khas 
atau sebaliknya. Daripada rekod peribadi guru pemulihan khas dapat
mengetahui tentang aspek penting seperti kesihatan dan taraf sosio-ekonomi
murid.

Sumber- sumber untuk mendapatkan maklumat adalah seperti berikut:-

GURU BESAR -  Berdasarkan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan.

GURU KELAS - Boleh menambahkan maklumat dengan mengambil tahu


berkenaan dengan kehadiran, ketetapan masa ke sekolah dan perhubungan
dengan murid-murid lain.

IBU BAPA -  Boleh memberitahu tentang tingkahlaku umum, kegemaran dan


perkara-perkara yang tidak digemari serta sikapnya terhadap pelajaran.
Perbincangan dengan ibu bapa amat digalakkan bagi membolehkan
pelaksanaan program Pemuliham Khas berjalan lancar.

Objektif Program Pemulihan Khas


3. membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan
kemahiran-kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan
pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan dan
potensi serta minat mereka

JENIS-JENIS PROGRAM
Pemulihan Dalam Kelas
Pemulihan KBSR
dalam kelas biasa - bantu murid lemah menguasai
kemahiran yang telah dipelajari
KIA2M
oleh BPK -bantu murid th 1 menguasai kemahiran asas
2M (membaca dan menulis) dikehendaki menduduki
Ujian Pelepasan sebelum di’bebas’kan
gagal Ujian Pelepasan 3 – masuk ke kelas
PROTIM
Program Pemulihan 3M
Membantu murid th 6 menguasai 3M
Dilaksana selepas menduduki UPSR
www.scribd.com › Presentations › School Work

Peranan Guru Biasa Dalam Pelaksaan Pemulihan


Untuk proses pemulihan menjadi efektif, ia perlu dijalankan pada peringkat pra sekolah atau

awal sekolah rendah. Ia diperlukan di peringkat sekolah menengah jika seseorang pelajar

memerlukannya

Pencari dan pemulih kelemahan murid-murid

Menjalankan ujian dignostik


Seseorang guru berjaya atau tidak dalam melaksanakan program pendidikan

pemulihan bergantung kepada:

a) kebolehan dan kecekapannya

b) kerjasama dari rakan-rakan sejawat dan guru besar

c) sokongan dari pihak sekolah

d) kemahiran mengendalikan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran

e) sumber dan personel yang disediakan dalam sekolah


Aktiviti Pemulihan:

Guru menjalankan program bacaan tambahan


~ murid-murid membuat bacaan meluas dengan membuat pelbagai rujukan
daripada buku
dan Internet
~ memberi murid-murid bahan bacaan yang sejajar dengan perkembangan
kognitif murid-
murid
~ tujuan: mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid-murid dalam
kelas
Pemulihan
Guru mengalakkan murid-murid membuat kerja projek
~ dijalankan secara individu atau kumpulan
~ contohnya aktiviti projek yang meminta murid-murid membuat sesuatu
hasilan atau
menyelesaikan sesuatu masalah mudah
~ tujuan: menggalakkan murid-murid untuk berfikir menyelesaikan masalah-
masalah dalam
kelas pemulihan

Guru memikirkan aktiviti-aktiviti dan contoh-contoh permainan dna rekreasi


yang penting
~ tujuan: mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan dalam
setiap aktiviti pemulihan

Guru menggalakkan pembelajaran akses kendiri di kalangan murid-murid


~ murid-murid membina bahan akses kendiri daripada pelbagai media
seperti bahan cetak,
rakaman audio, radio dan computer
~ tujuan: memenuhi keperluan kognitif murid-murid
Bahan-bahan Untuk Aktiviti Pemulihan:

Guru perlu menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai untuk


digunakan dalan kelas pemulihan

Untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan visual yang kurang:


(i)
Bahan-bahan pemulihan mestilah menarik dan berwarna-warni
(ii)
Tulisan yang digunakan dalam bahan pemulihan mesti besar saiznya

Untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan mendengar yang rendah:


(i)
Guru perlu memberikan semua penerangan dengan suara yang kuat,
terang dan jelas.
Begitu juga dengan alat bantuan mengajar. Untuk murid-murid yang mempunyai kecergasan fizikal
yang rendah:
(i)
Alatan mengajar perlu cukup besar supaya murid-murid boleh
memegangnya atau
memanipulasinya dengan mudah
Konsep Pengayaan:

Satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih

tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah
Tujuan dan Rasional Pengayaan:

Untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada


murid

Untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka


Untuk membekalkan peluang-peluang tambahan untuk mengembangkan lagi daya kreatif,

minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan murid-murid dalam pelbagai

bidang

Untuk memperkembangkan potensi murid kepada tahap maksima


Jenis-jenis Aktiviti Pengayaan:

Sejajar dengan keperluan kognitif murid-murid


Bercorak belajar kendiri berdasarkan modul dan pembelajaran arah kendiri


Berbentuk lembaran kerja atau projek


Cara-cara Mengelolakan Aktiviti Pengayaan:

Dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadual waktu tetap sekolah

Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan


bercorak belajar kendiri

Hasil aktiviti dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya, kemudian guru akan memberi

ganjaran supaya murid-murid merasai yang semua usaha mereka dihargai

'SIAPA' & 'MENGAPA'


DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN
Bimbingan Khas Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan
Penulis: Syed Abu Bakar Syed Akil
Penerbit: DBP

No. KK: 370 68253101


No. ISBN: 9836241027
Tahun Terbitan: 1997

Harga Buku: RM24.00

Harga Kami: RM19.20


Jimat: RM 4.80 ( 20% )

.Sinopsis Buku
"Bimbingan Khas Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan cuba membuka satu lembaran
baru bagi ibu bapa dan guru-guru untuk mengenali masalah kesulitan pembelajaran
kanak-kanak sejak awal-awal lagi. Beberapa petanda dan ujian yang mudah untuk
mengenali masalah tersebut dibincangkan dalam buku ini. Selain itu, buku ini juga
membincangkan faktor yang mempengaruhi keupayaan pembelajaran kanak-kanak
seperti faktor genetik, proses pengamatan, proses penerimaan, pemikiran dan
pernyataan. Pelunjuran program pemulihan atau saringan dibuat, cara
menggubalkan ujian saringan, ujian diagnostik adalah satu cara merekodkan
keputusan. Teknik pengajaran juga diberi untuk membimbing guru dalam pendidikan
pemulihan.""

You might also like