You are on page 1of 10

PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

KOLEKSI SOALAN SEBENAR


SEJARAH SPM
1249/1
TAHUN 2004
KERTAS 1
Masa : I jam

ARAHAN : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan
terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan
objektif anda.

1. Apakah faktor yang membawa kepada keruntuhan kerajaan di Mesopotamia?

A. Penguasaan Parsi
B. Perluasan tamdun Indus
C. Rampasan kuasa golongan pendeta
D. Kemusnahan Taman Tergantung Babylon

2
Tamadun Awal Raja

Sumeria Tuhan atau wakil tuhan


Mesir Jelmaan Tuhan,
anak Tuhan Matahari
Hwang Ho Mandat daripada tuhan

Apakah yang dapat dirumuskan daripada maklumat diatas?

I Raja penentu bencana alam


II Raja memiliki kuasa mutlak
III Raja berkuasa atas kehendak tuhan
IV Raja perlu mendapat sokongan bangsawan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

3. Mengapakah Kod Undang-Undang Hammurabi penting kepada masyarakat


Mesopotamia?

A. Menggalakkan mobiliti sosial


B. Merekodkan urusan pentadbiran
C. Mengukuhkan organisasi masyarakat
D. Mencatatkan harta golongan bangsawan

4. Apakah persamaan antara sistem demokrasi Yunani dengan sistem demokrasi di


Malaysia?

A. Raja sebagai ketua kerajaan


B. Rakyat terlibat dalam pemerintahan
C. Dewan Negara meluluskan belanjawan
D Dewan Rakyat menentukan ketua negara

1
5. Apakah faktor penyebaran agama Kristian secara meluas pada zaman Rom
280 – 337 S.M.)?

A Penulisan kitab Bible


B Pengaruh agama lain kurang
C Pengiktirafan oleh Constantine.
D Perkembangan teknologi percetakan

6 Mengapakah kerajaan Funan berkembang daripada kerajaan agraria kepada kerajaan


maritim?

A Kekayaan hasil laut


B Peningkatan hasil pertanian
C Perubahan dasar pemerintahan
D Kedudukan Oc-Eo yang strategik

7
Kerajaan Zaman

Kedah Tua Abad ke-5 M. hingga ke-13 M .


Srivijaya Abad ke-7 M. hingga ke-13 M.

Apakah persamaan antara kedua-dua kerajaan diatas?

A Perluasan kuasa
B Kawasan pertanian yang luas
C Pusat pengajian agama Hindu
D Ekonomi berasaskan perdagangan

8 Mengapakah pergaduhan sering berlaku antara kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah?

A Mengawal Kaabah
B Menguasai telaga zamzam
C Merebut hak pungutan cukai
D Mengamalkan semangat kesukuan

9 Mengapakah pada peringkat awal penyebaran Islam di Makkah, ramai hamba memeluk
Islam?

A Bersedia mati syahid


B Mendapat hak yang sama
C Mendapat keizinan tuannya
D Berpeluang menjadi pemimpin

10 Tiga tahun secara rahsia


X
Sepuluh tahun secara terbuka

Berdasarkan rajah diatas, X merujuk kepada

2
A Penerimaan Islam di Madinah
B Penyebaran Islam di Makkah
C Penghijrahan orang-orang Islam
D Pengumpulan ayat suci al-Quran

11 Antara berikut keadaan yang manakah membenarkan perang dalam Islam?

I Meluaskan wilayah
II Menguasai ekonomi
III Menjaga harta benda
IV Mempertahankan diri

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

12 Antara berikut yang manakah termasuk dalam golongan ai-Riddah yang muncul selepas
kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.?

I Mengaku sebagai nabi


II Menjadi ketua kafilah
III Memerangi pemberontakan
IV Mengingkari pembayaran zakat

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

13
Hubungan diplomatik

Pertembungan Penaklukan
tamadun

Hubungan diplomatik

Rajah diatas merujuk kepada cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun luar.
Apakah kesan daripada pertembungan tersebut?

I Peningkatan ilmu
II Penyerapan budaya
III Penguasaan ekonomi
IV Pembahagian kelas sosial

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II , III dan IV

3
14 Pengaruh Bani Umaiyah dalam Kesultanan Melayu dapat dilihat melalui

A bahasa istana
B amalan protokol
C adat kebesaran
D alat perkahwinan diraja

15 Mengapakah masyarakat di Eropah mengkritik Gereja Katolik semasa Gerakan


Reformasi?

A Kefahaman agama bercanggah


B Perpecahan dikalangan pengikut
C Pembaharuan ditentang penganutnya
D Kepincangan amalan penguasa Gereja

16 Apakah sumbangan Revolusi Pertanian kepada Revolusi Perindustrian di Britain pada


abad ke-18?

I Menyediakan sumber modal


II Menyediakan bahan makanan
III Menyediakan keperluan alat ganti
IV Menyediakan sistem pengangkutan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

17
Revolusi Pengeluaran
Perindustrian berlebuhan

Merujuk kepada rajah di atas, bagaimanakah kerajaan Britain mengatasi masalah


tersebut?

A Hasil dijadikan stok penimbal


B Harga pasaran barangan dikurangkan
C Barangan diagihkan kepada masyarakat tempatan
D Produk diperdagangkan di peringkat antarabangsa

18 Mengapakah stuktur kegiatan ekonomi peribumi di Tanah Melayu diubah oleh British?

A Menggalakkan pertumbuhan bandar


B Memenuhi keperluan industri di Britain
C Membuka lebih banyak peluang pekerjaan
D Meningkatkan taraf hidup penduduk

19 Mengapakah pengusaha Eropah dan Cina menguasai pertanian komersial di Tanah


Melayu pada abad ke-19?

I Tempoh pajakan yang lama


II Memiliki modal yang banyak
III Pekerja mahir mudah diperoleh

4
IV Mendapat konsesi tanah yang luas

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

20 Apakah kesan penggunaan kapal korek dalam kegiatan perlombongan bijih timah di
Tanah Melayu pada abad ke-20?

A Lombong orang Cina terpaksa ditutup


B Pembesar Melayu menyediakan modal
C Kuala Lumpur sebagai pusat pengeluaran
D Syarikat Eropah menjadi pengeluar utama

21 Kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu telah mewujudkan

I Pengasingan sosial dan budaya


II Perbezaan pendidikan dan pekerjaan
III Pertambahan keperluan bahan mentah
IV Peningkatan taraf hidup penduduk

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

22
 Beban orang putih
 Tugas mentamadunkan manusia

Pernyataan manakah berkaitan dengan maklumat di atas?

A Melaksanakan dasar imperialisme


B Mengatasi masalah kepadatan penduduk
C Memajukan ekonomi penduduk tempatan
D Masyarakat Timur memerlukan bantuan Barat

23 Antara berikut yang manakah berkaitan dengan pentadbiran birokrasi Barat di Asia
Tenggara?

I Kedudukan pemimpin setempat dikekalkan


II Pemimpin setempat berkuasa memungut cukai
III Jabatan kerajaan diketuai oleh pegawai Barat
IV Undang-undang Barat digunakan secara meluas

A I, II dan III
B I,II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

5
24 Antara berikut yang manakah ciri-ciri persamaan gerakan nasionalisme peringkat awal di
Asia Tenggara?

I Perjuangan secara malitan


II Membentuk organisasi politik
III Mengutamakan isu kebudayaan
IV Golongan intelek menjadi pemimpin

A I dan II
B II dan IV
C III dan IV
D I dan IV

25 Apakah matlamat golongan nasionalis di Asia Tenggara pada tahap kedua?

I Memajukan kegiatan ekonomi


II Menimbulkan kesedaran politik
III Menyebarkan ilmu pengetahuan
IV Membebaskan diri daripada penjajah

A I dan IV
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

26 Mengapakah kedatangan British ditentang oleh pemimpin setempat?

I Menguasai daerah mereka


II Mengeksploitasi ekonomi tempatan
III Menyelaraskan penggunaan mata wang
IV Memperkenalkan sistem pentadbiran baru

A I,II dan III


B I,II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

27 Mengapakah Naning berjaya mengalahkan British pada tahun 1831?

A Menggunakan askar upahan


B Mempunyai tentera yang terlatih
C Membina kubu pertahanan yang kukuh
D Mendapat sokongan pembesar tempatan

28
Akhbar Tempat
Utusan Melayu Singapura
Majlis Kuala Lumpur
Warta Negara Pulau Pinang

Apakah peranan akhbar di atas semasa Malayan Union diperkenalkan?

A Menyeru orang Melayu bersatu


B Menganjurkan pertubuhan politik

6
C Menyebarkan ideologi demokrasi
D Memulaukan upacara pelantikan Gabenor

29
Pemimpin Melayu Perikatan : Kami bersetuju
menerima prinsip kerakyatan
secara jus soli
Kesan daripada persetujuan di atas dalam Pakatan Murni menyebabkan pemimpin bukan
Melayu bersetuju menerima

I Agama persekutuan
II Bahasa kebangsaan
III Prinsip kehakiman negara
IV Kedudukan Raja-Raja Melayu

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II , III dan IV’

30
Tokoh Tuanku Abdul Rahman
Tarikh 27 Mei 1961
Idea Penggabungan Tanah Melayu,
Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei

Mengapakah tokoh di atas mengemukakan idea penggabungan tersebut?

I Mengembangkan ekonomi
II Menamatkan penjajahan British
III Menyediakan kemudahan sosial
IV Mengukuhkan institusi kesultanan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

31
Dari Seremban ke Felda Palong,
Singgah sebentar di Gerai Asia;
Bersatu hati, tolong-menolong,
Aman makmur rakyat Malaysia.

Berdasarkan pantun diatas, apakah unsur yang boleh dikaitkan dengan Perlembagaan
Malaysia?

I Kestabilan politik
II Perpaduan rakyat
III Kebebasan bercakap
IV Pembentukan kerajaan

A I dan II
B II dan II

7
` C III dan IV
D I dan IV

32
Unsur taat setia kepada negara termaktub
dalam Perkara 24 Perlembagaan Malaysia

Berdasarkan maklumat diatas, apakah perkara yang membolehkan kerakyatan seseorang


dilucutkan?
A Melanggar undang-undang
B ermastautin di negara lain
C Tidak mentaati Rukun Negara
D Mempunyai kerakyatan negara lain

33
 Majlis Amanah Rakyat (MARA)
 Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
(FELDA)

Apakah persamaan agensi kerajaan diatas dalam Rancangan Malaysia Pertama?

A Mempelbagaikan jenis tanaman


B Menumpukan pembangunan luar bandar
C Mengawal kemasukan bahan makanan import
D Melatih bumiputera dalam bidang perindustrian

34
Tahun Perkara Matlamat
1984 Dasar Meningkatkan jumlah penduduk
Malaysia menjadi 70 juta dalam tempoh
115 hingga 120 tahun

Mengapakah kerajaan melaksanakan dasar di atas?

I Menambahkan bilangan tenaga kerja


II Merapatkan jurang ekonomi antara kaum
III Mengimbangi kekuatan tentera negara jiran
IV Meningkatkan pasaran keluaran barangan tempatan

A I dan II
B II dan IV
C III dan IV
D I dan IV

35 Apakah kesan Perang Dunia Pertama terhadap negara-negara di Asia Tenggara?

A Kuasa raja dipulihkan


B Kerajaan republik dibentuk
C Semangat kebangsaan meningkat
D Wujud pelbagai aliran parti politik

8
36 Mengapakah Malaysia menjalin hubungan rapat dengan Amerika Syarikat dan Britain?

A Memperoleh bahan mentah


B Memerlukan pasaran modal
C Meningkatkan teknologi pertanian
D Mendapatkan bantuan ketenteraan

37 Mengapakah Malaysia tidak menjalinkan hubungan dengan negara Israel?

A Menjaga pendirian majoriti negara Islam


B Tidak mempunyai kepentingan ekonomi
C Tidak diiktiraf oleh negara sekutu Malaysia
D Bukan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

38
Hubungan Luar Negara Malaysia
 Negara-negara Komanwel
 Negara-negara Berkecuali
 Negara-negara Selatan

Apakah tujuan Malaysia mengadakan hubungan luar dengan negara diatas?

I Menjamin keselamatan
II Mengukuhkan ekonomi
III Mengadakan pakatan ketenteraan
IV Memantapkan struktur pentadbiran

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

39
Tempat Sukan Tahun
Kuala Lumpur Komanwel 1998

Apakah tujuan Malaysia menganjurkan temasya sukan di atas?

A Mengukuhkan semangat perpaduan


B Melambangkan kekuatan negara peserta
C Memupuk kerjasama antara negara anggota
D Menunjukan kecekapan mengendalikan sukan dunia

40 Apakah sumbangan Malaysia untuk menghapuskan Dasar Aparteid di Afrika Selatan?

A Membantah campur tangan asing


B Mencadangkan pemerintah yang baru
C Menggugurkan keahliannya dalam Komanwel
D Mengesyorkan penglibatan tentera Komanwel

9
10

You might also like