KEBAIKAN INTERNET

Pengenalan Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996). Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluasluasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.

Peranan komputer dan internet dalam pendidikan
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebut an dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Lim, 1989 ). Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992; Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa: y Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan. Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara.

y y

Kementerian Pendidikan telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan pendidik di samping menyediakan program latihan yang berterusan kepada guru-guru. semua sekolah menengah akan mendapat akses ke internet menjelang tahun 2000. majalah. Guru-guru ini dipilih daripada 90 buah sekolah yang dijangka akan melaksanakan kurikulum baru bestari mulai tahun 1999. Dalam kursus ini. Mesej yang dihantar sejauh 25.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara (Zoraini. 1996 ). Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan-bahan yang amat menarik perhatian. Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia. sedang menjalankan Kursus Dalam Perkhidmatan (14 Minggu ) Bestari kepada guru-guru di seluruh negara bertempat di beberapa buah maktab perguruan. audio. multimedia dan internet. 1994 ). Walau bagaimanapun jurang perbezaan sosial ekonomi di kalangan pelajar harus diambil kira semasa pendedahan teknologi komputer dan internet diberikan (Bier et. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Aktiviti komunikasi dalam internet seperti mel eletronik akan dapat menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir-akhir ini banyak menggunakan proses perhubungan telekomunikasi yang canggih ( Everett and Ahern.y Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain. melalui Bahagian Pendidikan Guru. Kementerian PendidikanMalaysia dengan kerjasama serta bantuan kepakaran MIMOS. Melalui projek ini. lebih daripada 6. telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan (Sulaiman. tapi sekurang-kurangnya telah dapat memberi pendedahan awal kepada guru-guru dan pelajar tentang penggunaan dan peranan internet kepada dunia pendidikan. kertas persidangan. Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Bahan-bahan ini termasuklah artikel. seperti spreadsheet. Amalan ini akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa. selain daripada semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning). Kumpulan ini mungkin terdiri daripada . 1996). Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik. al. Telah pun diumumkan bahawa. Internet akan menjadi sebahagian dari sekolah bestari menjelang Januari 1999 kelak. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi. khususnya bahasa Inggeris. perisian komputer. Kementerian Pendidikan Malaysia . permainan. imej grafik. Kang (1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel eletronik ke atas sikap pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik kepada internet. 1995). Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. 1998) dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain ( Crumlish. video. Para pelajar juga amat berhati-hati semasa menulis mesej supaya tidak terdapat kesalahan ejaan dan maksudnya boleh difahami oleh sipenerima dengan mudah. Integrasi internet dalam pendidikan Internet atau µInternasional Network of Networks¶ ialah sebuah rangkaian gergasi komputer di peringkat antarabangsa (TMB. terdapat berbagai jenis bahan yang berjuta-juta bilangan dan sentiasa bertambah dari sehari ke sehari. walaupun kurang berjaya. 1996). Dalam perkembangan terbaru. Program ini. projek dan sebagainya. pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin.000 batu jauhnya boleh sampai dalam masa beberapa minit sahaja. Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (e-mail) dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa. guru-guru akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran generik termasuklah kemahiran teknologi maklumat yang seterusnya akan menjadi asas dan keperluan utama dalam pembinaan pakej pembelajaran bestari. Para peserta akan berpeluang menjadikan internet sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat dan berkesan. Dalam rangkaian Internet. para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka 'alam yang baru ditemui' (virtual reality).

Semua aplikasi tersebut boleh digunakan sama ada sebagai sumber maklumat atau pun sebagai bahan bantu yang diintegrasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Internet telah menyediakan beberapa kemudahan. khususnya dalam bidang IT.beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama. Seorang guru atau pensyarah boleh menerima dan memeriksa hasil tugasan pelajarnya melalui kemudahan e-mail. teratur dan sistematik. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama. Malah sebaliknya . Oleh itu. perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan . Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan. khususnya warga pendidik dan para ibubapa. Ketiga Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas. Keempat Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. antaranya: y y y y y y E ± mail (Mel Eletronik) Laman Web (WWW) Internet Relay Chat (IRC) Telnet Kumpulan Diskusi dan Berita File Transfer Protocal (FTP) Semua kemudahan di atas boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. supaya murid-murid dapat menggunakan internet secara maksimum dan optimum. Para guru harus bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Pertama Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Kedua Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. . perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat. termasuklah matematik.guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

dan Pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir. dan pihak jabatan serta kementerian. y Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah: y y y y Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain. kemahiran bahasa atau kemahiran berkomunikasi . Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar negara. 1996): y y y Pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia Pelajar dapat membiasakan diri dengan aplikasi komputer Pelajar berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan . ibu-bapa. Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal. 1998): y y y Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru. Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa. teknik pengajaran terbaik. pelajar. Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran . Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara "online". latihan dan penilaian. Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program dan polisi yang di gunakan khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Aktiviti-aktiviti seperti di atas akan memberi banyak faedah kepada para pelajar ( Zoraini.Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah (Zulkifli. idea kreatif dan inovatif. bahan bantu mengajar dan sebagainya.

Dalam kita mengejar arus kemodenan. Kemudahan yang ada membolehkan pelbagai jenis laman web baru ditubuhkan untuk tujuan tidak sihat. tidak mahu ketinggalan dalam mengejar arus perkembangan teknologi yang begitu pesat. Banyak faedah yang boleh didapati menerusi penggunaan Internet. ia boleh memotong dan juga membunuh. seperti . Bahkan. Kita khuatir terhadap kecenderungan sesetengah golongan masyarakat terutama belia yang membuang masa di depan komputer dan tidak memanfaatkan maklumat yang boleh ditimba. Penggunaan komputer dan rangkaian yang diwujudkan memudahkan perdagangan bebas merentasi sempadan negara. Internet telah banyak memberi input dan merupakan salah satu penyalur maklumat penting dan terkini. anak-anak kecil juga sudah mula mengenali apa itu Internet kerana pendedahan awal ibu bapa dan sekolah yang mahu generasi muda tidak ketinggalan dalam mengenali teknologi maklumat dan komunikasi.P ENDEDAHAN kepada komputer dan teknologi maklumat (IT) mewujudkan budaya celik komputer di kalangan masyarakat terutama belia. Antara penyalahgunaan Internet pula ialah Internet digunakan untuk melayari laman-laman web lucah dan tidak berfaedah. Antara kebaikan Internet adalah maklumat begitu mudah dan cepat disalurkan untuk digunakan dalam pelbagai urusan. Sektor awam dan swasta telah memanfaatkan penggunaan komputer dan IT dalam memantapkan operasi mereka. di mana kos perhubungan begitu murah jika dibandingkan dengan penggunaan telefon dan juga begitu cepat jika kita membuat perbandingan dengan penghantaran surat biasa melalui pos. Kini. seperti dalam bidang penyelidikan dan pengumpulan data. pornografi . Urusan perniagaan dan perbankan semakin mudah dengan pengenalan e-banking . ³Technology changes every second. Adalah lebih baik jika kita kupaskan serba sedikit kebaikan serta keburukan Internet di negara ini. Selain itu komunikasi antara negara di dunia menjadi semakin mudah dan ringkas dengan wujudnya e-mel dan chat . Pembayaran bil juga kini dilakukan menerusi Internet dan ini merupakan kemudahan yang paling mendapat sambutan ramai kerana kemudahan ini nyata menjimatkan masa pengguna. dan permainan video. cuma manusia saja yang menyalahgunakan Internet ke arah kerosakan moral dan etika. Ada belia yang duduk sepanjang hari di depan komputer untuk melayari talian chat . Kalau komputer boleh diibaratkan sebagai sebilah pisau. jika boleh. pelanggan bank tidak perlu bersusah payah beratur di kaunterkaunter bank kerana urusan perbankan boleh dilakukan menerusi Internet. setiap penduduk dunia. Pembaziran waktu bekerja kerana sering berada di chat room untuk berbual sesama rakan.´ Berdasarkan pengertian ini.

terutama dari barat. telah merosakkan minda masyarakat kita. pengaruh budaya luar. nilai kerugian terkumpul dari segi kewangan tidak mustahil boleh mencecah jutaan ringgit. kita tidak perlu menggadaikan maruah dan jati diri kita sebagai orang timur. Sesetengah pihak yang membuat kajian terhadap isu jenayah dan keselamatan komputer sebelum ini pernah mendedahkan bahawa sebahagian respondan yang terlibat dalam tinjauan tersebut melaporkan kerugian dari segi kewangan akibat serangan penceroboh. yang selama ini terkenal dengan adab ketimuran dan penuh dengan sopan santun. Sejauh manakah kesan buruk ini akan merosakkan generasi muda negara? Adakah kita akan membiarkan saja. kita hendaklah cuba mewujudkan satu budaya Internet yang sihat dalam usaha kita memperlengkapkan diri sebagai seorang yang berilmu dan berpengetahuan. Ini membolehkan kita terus bersaing dalam dunia yang dikuasai dan dimonopoli oleh pelbagai teknologi terkini yang menggerak pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Mampukah kita? . Akan tetapi. Kita perlu ingat. kerana berpendapat ini adalah akibat daripada impak globalisasi seperti yang diwar-warkan Kerajaan? Adakah masih menjadi tugas ibu bapa sematamata untuk memastikan anak-anak mereka tidak terdedah kepada budaya negatif ini? Atau perlukah penapisan laman Internet dikuatkuasakan demi menjaga budaya dan tatasusila timur? Masyarakat perlu sedar Internet bertujuan mempermudah urusan dan untuk memperkaya ilmu. Tidak kurang juga dengan kes pemalsuan yang antara lain melibatkan pengubahsuaian laporan dan data sesebuah organisasi swasta dan awam.laman-laman web politik yang tidak memberi maklumat sebenar kepada rakyat. Sebagai rakyat Malaysia yang bijak. Wujud juga kes penyebaran virus dan ugutan menggodam. dan untuk melengkapkan diri seiring dengan negara maju yang lain. Jika ditafsirkan. Selain itu penyalahgunaan yang sering kita dengar adalah pengiriman spam dikategorikan sebagai sampah Internet merupakan salah guna yang terbesar. serta menjadi medan pertukaran pendapat dan idea. dalam mengejar arus globalisasi yang semakin pantas.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). khususnya dalam bidang ilmu ekonomi dan perniagaan. dan mempertingkatkan kebolehan tinggi tenaga manusia (Utusan Malaysia. menyebut bahawa RMK-9 memberikan penekanan pada usaha mendidik generasi muda dengan nilai-nilai murni. Dengan itu manusia hanya dilihat sebagai buruh dan pengusaha.A. apabila Y. Seperti beberapa dasar terdahulu yang dikemukakan Perdana Menteri. Perubahan dan kemajuan yang dicapai oleh dunia secara keseluruhannya. 17 Januari 2005). kepentingan sumber manusia dilihat secara perbandingan. Dengan kata lain. Maklumat terkini hanya menunjukkan betapa ´varified´ (pelbagainya) kemampuan manusia. Pembangunan minda kelas pertama memerlukan persekitaran mesra ilmu. Modal insan diperlukan mempunyai ciri yang memenuhi keperluan pembangunan individu. dinikmati negara ini tidak membawa makna sekiranya pembangunan modal insan diketepikan. Perdana Menteri telah mengklafikasikan ciri-ciri minda kelas pertama yang meranngkumi aspek pendidikan. Pakar Perunding Kaunseling UIAM. Minda kelas pertama tidak bercambah jika ukuran ilmu hanya diasaskan kepada jenis sijil dan tahap kelayakan akademik. Semasa Y. Namun. negara dan dunia. Ciri-ciri inilah yang terangkum dalam gagasan minda kelas pertama. kerajaan tetap memberi penekanan kepada pembangunan modal insan bagi memastikan Malaysia terus berdaya saing pada masa depan. Dari istilah ini juga jelas ia menggambarkan daripada fahaman kapitalisme. pembangunan modal insan dalam RMK-9 turut memberi tumpuan kepada aspek keinsanan yang terbina menerusi falsafah hidup. Walau bagaimanapun. iaitu Islam Hadhari dan pelan integriti nasional. Dalam persekitaran merangsang pembangunan minda kelas pertama. agama dan moral. menyeluruh dan bersepadu. khususnya ketika menjadi negara maju menjelang 2020. prointelektual dan berasaskan pencapaian. sumbangan konkrit dan gaya hidup berasaskan kepentingan nilai ilmu´. dan pelbagai sumber kekayaan semula jadi lain lagi.B Perdana Menteri Malaysia. Semua ini tidak akan berfungsi dan bermakna. ampuisme dan rasuah.Pengenalan Istilah modal dan modal insan bukanlah istilah baru. aktif dan inovatif.B Perdana Menteri menyampaikan perutusan Tahun Baru 2005 (dalam mood yang terkesan oleh Tsunami yang melanda beberapa bahagian dunia pada 26 Disember 2004) yang menyentuh perihal RMK-9. Malah.B Perdana Menteri. dalam konteks ekonomi. sekiranya usaha manusia tidak dilibatkan secara langsung. KEPENTINGAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN Pembangunan infrastruktur moden dan canggih yang.A. Demikianla di antara ungkapan Perdana Menteri. antara lain. Pada ketika itu Y. istilah modal insan menjadi popular¹ dalam kalangan rakyat Malaysia (khususnya orang Melayu) hanya setelah Y. dan kemahiran dalam pelbagai bidang. ³Dalam konteks dunia global. modal insan bermutu tinggi satu keperluan. hasil galian. Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menggunakannya semasa membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada 30 Mac 2006. Selepas 49 tahun merdeka. ukuran ilmu dan pencapaian ialah kegigihan. iltizam. istilah ini belum diketengahkannya (rujuk Berita Harian. pengetahuan. membuatkan pakar ekonomis melihat manusia mempunyai kualiti yang lebih dari sekadar buruh atau pun pengusaha. ³Minda kelas pertama tidak terbentuk dalam persekitaran sinonim dengan budaya hedonisme. Setakat ini. Kualiti ini pula dilihat dari sudut aset´. masyarakat. bukan lagi kemewahan´. Beliau mentakrifkan modal insan sebagai :³Suatu istilah ekonomi yang baru. keluarga.B Perdana Menteri memperkatakan perihal RMK-9 sekali lagi pada 16 Januari 2005. iaitu dengan sumber semula jadi lain seperti tanah. istilah itu belum timbul. pembangunan modal insan dalam RMK-9 juga dirangka supaya bersifat holistik. . belum ada pihak yang dapat menentukan secara spesifik ´extent´ (tahap) kemampuan sumber itu. Beliau juga menyatakan manusia adalah suatu sumber yang sungguh besar dalam mengaktifkan segala kegiatan ekonomi. 1 Januari 2005).A.A. Antara definisi yang agak komprehensif tentang modal insal ialah definisi yang ditampilkan oleh Aini Jaafar.

manusia dilihat sebagai suatu jenis modal yang dinamakan sebagai modal insan. ³Kecenderungan kini adalah menumpukan kepada pemulihan golongan belia bermasalah atau meraikan belia cemerlang dengan pelbagai insentif. Pastinya nanti pembaharuan dalam sistem pendidikan negara secara berperingkat-peringkat itu bakal melahirkan insan yang serba boleh lagi berketerampilan. Sehubungan itu. ampuisme dan rasuah. dinamik dan berpengetahuan untuk melakukan pembaikan dan inovasi. iaitu sebagai suatu aset tenaga yang sungguh penting dan bermakna kepada kegiatan ekonomi. berbanding usaha memajukan golongan majoriti belia yang mungkin tidak menonjol kerana kurang bimbingan untuk memaksimumkan keupayaan. kerajaan menerusi RMK-9 bakal melaksanakan program pembangunan modal insan itu secara bestari. Inisiatif lain seperti melahirkan institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa juga perlu dirangka dalam perspektif minda kelas pertama. individualistik dan sebagainya. Begitu juga dengan aspek patriotik. Minda kelas pertama tidak bercambah jika ukuran ilmu hanya diasaskan kepada jenis sijil dan tahap kelayakan akademik. pengetahuan sains dan teknologi. Dalam persekitaran merangsang pembangunan minda kelas pertama. Modal ini perlu digerudi. gemilang dan terbilang dalam peperiksaan´. Inisiatif ini diharap dapat membuka mata dan minda agar lebih proaktif. Tamadun Malaysia perlu dibangunkan mengikut acuan sendiri dan ia hanya dapat ditampilkan melalui penguasaan sains dan teknologi serta tidak lupa kepada jati diri bangsa . Penimbaan ilmu secara berterusan pastinya dapat menjana kelahiran modal insan bertaraf minda kelas pertama´.³Dengan itu. Shamsuddin Abdul Rahim. ³Apa yang perlu kita lihat ialah pendidikan secara menyeluruh dan lengkap atau disebut sebagai holistik. dan samseng memerlukan penerapan nilai murni dalam kegiatan di luar bilik darjah supaya nanti anak didik ini menjadi warga yang tahu menghormati hak orang lain khususnya ketika di jalan raya. penekanan terhadap modal insan di kalangan remaja dan belia perlu ditekankan dalam semua aspek kerana merekalah generasi pelapis´. Pensyarah Fakulti Sains Sosial Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merangkap Ketua Pegawai eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. memiliki sikap. nilai dan etika positif serta progresif menerusi pendidikan dan latihan. ekstremis. ³Usaha murni ini tentunya perlu bermula pada peringkat awal lagi iaitu seawal sekolah rendah. Bagi maksud ini. iltizam. Bagi memastikan negara terus maju. dan diganti dengan toleransi dan sebagainya. Penguasaan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang sains dan teknologi serta kemanusiaan membolehkan Malaysia membina satu tamadun yang disegani di dunia. sumbangan konkrit dan gaya hidup berasaskan kepentingan nilai ilmu. memang wajar guru diberi pendedahan dan kursus intensif untuk mendapatkan pendekatan baru bagi menggiatkan bidang berkenaan´. Pendekatan strategik yang bakal digunakan termasuk keupayaan keusahawanan. mahupun kemajuan bangsa dan ummah. Pembangunan modal insan di kalangan remaja dan belia juga perlu diseimbangkan supaya tidak pihak terpinggir. rupa diri hingga kepada pencapaian akademik dan aktiviti kokurikulum. dibangunkan dan diuji bagi menentukan kemampuannya sebelum memanfaatkannya. ataupun amalan rasuah kolar putih.´ tambah beliau lagi.´ ujar beliau. kroni. Samsuddin menambah. boleh didedahkan kepada mereka dengan menyelami secara menuding ke arah diri sendiri´. merangkumi pemerolehan ilmu pengetahuan serta kemahiran atau modal intelek yang praktikal.´ ujar Shamsuddin lagi. perlu diteruskan bersesuaian dengan tahap ketinggian ilmu yang mereka sedang pelajari. Beliau turut menyentuh isu masalah remaja yang terbabit dengan vandalisme. sejarah dan bangunan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan peralatan canggih tetapi insan di dalamnya perlu mempunyai kekuatan fizikal. Pendidikan tidak harus dilihat semata-mata untuk kepentingan peperiksaan. ³Pendedahan dan pendidikan mengenai kemanusiaan yang mengetepikan prejudis. ³Mencapai kemerdekaan hanyalah permulaan. Prof Dr. Shamsudin menjelaskan bahawa pendekatan paling wajar ke arah merealisasikan kelahiran insan kelas pertama ini ialah pemerolehan ilmu pengetahuan sepanjang hayat. menjelaskan bahawa pembangunan modal insan penting sebagai pengisian utama di kalangan remaja dan belia khususnya pelajar masa kini. di samping pemantapan asas akhlak dan keinsanan yang kukuh. penagihan dadah. salah laku. ³Minda kelas pertama tidak terbentuk dalam persekitaran sinonim dengan budaya hedonisme. Justeru. pembangunan negara. inisiatif RMK-9 untuk meningkatkan akses kepada pendidikan dan latihan berkualiti pada semua peringkat perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. mental dan rohani. sesebuah universiti ternama bukan hanya pada nama. ³Kecemerlangan pelajar harus dilihat daripada semua aspek mencakupi sahsiah. ukuran ilmu dan pencapaian ialah kegigihan. Hal demikian dapat dilakukan apabila sistem pendidikan jangan terlalu menekankan keputusan cemerlang.

lebih-lebih lagi dalam zaman ekonomi sejagat yang amat mencabar ekonomi yang berlandaskan ilmu pengetahuan yang mantap bersifat holistik dan menyeluruh serta bertunjangkan sains dan teknologi´. jangan sampai lupa bumi yang dipijak. ³Sememangnya modal insan negara perlu terus digilap kerana ianya merupakan elemen terpenting dalam memastikan negara terus berdaya saing dan berdaya tahan. termasuk pesaing dalam menangani aspek nilai dan jati diri sebagai pemacu kepada pertumbuhan negara. sekali gus akan menjana pendapatan lebih baik di samping mewujudkan peluang pekerjaan´. Perdana Menteri yang mengharapkan rakyat sebagai modal insan pula perlu terus memperkasakan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membudayakan semangat pendidikan sepajang hayat. Apabila kita tawan dunia ia turut disertai jati diri bangsa Malaysia yang asli dan utuh. Bagi memastikan Malaysia maju mengikut acuan yang tersendiri. Prof Datuk Dr Ismail Mohd Salleh. Dalam perutusan sempena Hari Pekerja 2006 Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyatakan bahawa pembangunan modal insan bermindakan kelas pertama perlu diberi keutamaan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju beridentiti sendiri. ³Dengan nilai modal insan yang tinggi. malah pekerjaan. Melihat kepada contoh negara yang mana aset materialnya rendah seperti Korea Selatan dan Jepun. mereka berjaya membuktikan bahawa pembangunan modal insan dapat membantu memajukan diri dan negara setanding negara maju lain. malah memberi kesan besar kepada pertumbuhan ekonomi. Dengan memperkukuhkan modal insan itu sendiri. ³Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuan serta ingin menjadi bukan sahaja sekadar mana-mana negara maju tetapi negara maju yang mempunyai identitinya sendiri serta mampu terus kekal pada tahap itu.´ ujar Ismail.sendiri.´ ujarnya. berkata pembangunan modal insan bukan saja penting kepada pertumbuhan masyarakat.´ ujar beliau lagi . Bangsa Malaysia perlu berciri global dan glokal. masyarakat dan ekonomi. ³Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang kian meningkat. rakyat Jepun dan Korea Selatan berjaya membuka mata dunia terhadap kemajuan yang dicapai. ³Modal insan mempunyai dimensi yang luas iaitu daripada aspek individu. pembangunan modal insan berminda kelas pertama harus diutamakan´ . Kejayaan yang dicapai kedua-dua negara itu sering dijadikan model oleh negara lain. Menurut beliau lagi. pembangunan modal insan secara menyeluruh dan bersepadu perlu dijalankan supaya dapat membentuk individu berketerampilan dan berkualiti dalam melahirkan modal insan yang cemerlang. Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech. peranan pembangunan sosial perlu diseimbangkan dengan pembangunan fizikal kerana modal insan juga mampu meningkatkan mobiliti masyarakat dalam membentuk anjakan paradigma ke arah mencapai masyarakat yang cemerlang. ia akan menggalakkan peningkatan produktiviti negara. Kesimpulannya pemahaman mengenai kepentingan modal insan perlu diberi penekanan di kalangan rakyat supaya mereka memahaminya dan memastikan apa yang dirancang dapat dilaksanakan serta mencapai matlamat .´Memperkasa sumber modal insan bakal menyediakan Malaysia dengan satu corak pembangunan berasaskan acuan sendiri yang tidak menolak faedah dari Barat dan Timur. gemilang dan terbilang. ³Ini penting agar modal insan negara sentiasa menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terkini dan ditunjang pula dengan nilai-nilai murni agar menjadi tenaga kerja yang dinamik dan menghayati budaya kerja berprestasi tinggi´. Rakyatnya mempunyai kesetiaan tinggi bukan saja terhadap negara. . Perdana Menteri memfokuskan golongan pekerja yang merupakan aset terpenting sesebuah negara hingga mampu menentukan turun naik dan jatuh bangunnya sesebuah negara. Selain itu.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful