You are on page 1of 5

TINGKAH LAKU BERMASALAH DAN CARA-CARA MENGATASINYA

Pengenalan

Tingkah laku bermasalah merupakan femomena biasa yang dihadapi oleh kebanyakan sekolah
terutamanya di peringkat sekolah rendah dan menengah rendah. Cuma yang berbeza ialah tahap
keseriusannya sahaja. Ada sekolah yang menghadapi masalah yang serius dan ada yang
sebaliknya. Oleh kerana saya ditugaskan untuk mengajar di kelas tingkatan satu saya juga
menghadapi masalah yang sama terutamanya di kelas 1 Al Farabi iaitu kelas yang
menempatkan semua pelajar lelaki.

Tingkahlaku Bermasalah Jenis Disruptif


Tingkahlaku bermasalah yang saya kenal pasti di dalam kelas 1 Al Farabi ialah
tingkahlaku bermasalah jenis disruptif yang melibatkan seramai lima orang pelajar kelas ini.
Kebiasaannya pelajar-pelajar ini memang gemar mengganggu pelajar lain dengan membuat
bising atau melakukan perlakuan agresif dari segi perilaku dan lisan terutamanya apabila
mereka tidak dapat memahami sesuatu tugasan yang diberi.
Murid yang tingkahlaku bermasalah disruptif ini merupakan murid yang tidak dapat
mengawal diri sendiri dan sentiasa melakukan sesuatu aktiviti yang akan mengganggu murid
lain. Mereka sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dengan bertindak luar
dari kawalan seperti membuat bising dan mengganggu murid lain.
Saya percaya murid-murid ini berkemungkinan mengalami tekanan yang menyebabkan
mereka sering memberontak ketika di sekolah. Mereka juga lemah dan lambat untuk
memahami setiap pelajaran yang disampaikan oleh guru serta tidak mampu menyelesaikan
tugasan atau aktiviti yang diberikan guru dengan sempurna.

Mengatasi Masalah Disruptif – Mempelbagaikan Kaedah Pengajaran


Saya sedar dan menerima hakikat bahawa antara punca utama yang menyebabkan
tingkahlaku disruptif ini ialah cara penyampaian saya semasa pembelajaran yang kurang
menarik. Ada kemungkinan juga set induksi saya agak lemah ketika memulakan kelas yang
menyebabkan murid berasa terlalu sukar memahami keseluruahan aktiviti di dalam kelas. Ini

1
menyebabkan murid-murid tidak begitu bersedia untuk belajar terutamnya di kalangan mereka
yang bermasalah disruptif tadi.
Bagi membolehkan saya mengurangkan fenomena pelajar bermasalah disruptif ini saya
perlu mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran saya termasuklah bersedia menggunakan
set induksi yang lebih menarik serta menggunakan alat bantu mengajar yang boleh menarik
perhatian pelajar. Antara kaedah yang saya boleh gunakan ialah :

Kaedah Belajar Sambil Bermain


Saya boleh menggunakan kaedah pengajaran sambil bermain bagi matapelajaran
matematik. Ia adalah satu teknik dan kaedah mengajar yang memberi peluang kepada
murid-murid untuk melakukan aktiviti berpura-pura di bawah keadaan terkawal. Secara
tidak langsung murid yang mempunyai tingkah laku disruptif ini berminat untuk belajar
bersama-sama tanpa mengganggu murid yang lain.

Kaedah Main Peranan


Saya juga boleh menggunakan kaedah Main Peranan dalam aktiviti di dalam
kelas 1 Al Farabi ini. Ia merupakan satu lakonan oleh sekumpulan murid di hadapan
kelas tanpa mempunyai skrip. Saya akan mengarahkan murid-murid yang mempunyai
tingkahlaku disruptif ini menjadi pelakon. Saya percaya mereka tentu seronok beraksi di
hadapan pelajar-pelajar lain. Lakonan sekitar lima hingga enam minit adalah memadai.
Di akhir lakonan saya akan berbincang dengan murid-murid mengenai prestasi pelakon-
pelakon dan cara menyelesaikan masalah.

Kaedah dan Teknik Pengajaran Tematik


Saya juga boleh menggunakan kaedah dan teknk pengajaran Tematik. Strategi
pengajaran tematik ini mempunya perkaitan rapat dengan aktiviti pengajaran secara
kumpulan, khususnya kumpulan yang mempunyai pelbagai kebolehan. Murid yang
mempunyai tingkahlaku disruptif tadi akan saya pecah-pecahkan kepada kumpulan
yang berasingan yang mempunyai pelbagai kebolehan di dalamnya. Seterusnya saya
akan memberi tema yang sama kepada setiap kumpulan. Di akhir perbincangan setiap

2
kumpulan akan menghantar wakil ke hadapan untuk membentangkan hasil
perbincangan.

Kaedah dan Teknik Pemudahcaraan


Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya perlu menggunakan kaedah
dan teknik pemudahcaraan dimana teknik ini menumpukan kepada kemahiran saya
sendiri untuk memotivasikan murid-murid, membimbing dan menggalakkan mereka
aktif dalam proses pembelajaran tanpa sebarang gangguna. Di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, saya perlu menggunakan teknik penyoalan di mana soalan
ditanyakan kepada murid-murid secara berselang seli di antara murid yang mempunyai
tingkahlaku disruptif dengan murid yang lain supaya mereka akan sentiasa berwaspada
dan akan mengurangkan peluang mereka untuk mengganggu pelajar yang lain.

Tunjuk Cara (Demonstrasi)


Saya juga perlu menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan demonstrasi di hadapan murid. Ada beberapa tajuk di dalam Matematik
tingkatan satu yang say kira sesuai menggunakan kaedah ini. Adalah dharapkan kaedah
ini mampu menarik minat pelajar-pelajar yang mempunyai tingkahlaku disruptif kerana
kebiasaannya pelajar-pelajar ini memang gemarkan sesuatu yang baharu bagi mereka.
Selepas demonstari ini saya perlu menyediakan ruang untuk murid memberikan
pendapat.

Teknik Memodifikasikan Tingkah Laku Bermasalah


Selain mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran saya, saya juga akan
menggunakan teknik-teknik modifikasi tingkahlaku. Modifikasi tingkahlaku ialah satu
pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip
pelaziman. Saya boleh menggunakan banyak teknik-teknik untuk memodifikasikan tingkahlaku
murid-murid. Antara teknik yang sesuai saya boleh gunakan untuk pelaksanaan program
modifikasi tingkah laku murid-murid ialah memberi peneguhan secara positif mahupun
negative dan menggunakan teknik pencegahan.

3
Peneguhan Positif
Ini ialah satu proses di mana saya akan cuba mengawal tingkah laku pelajar dengan motivasi,
hadiah, ganjaran, dan sentuhan serta kata-kata perangsang yang dapat membaiki, mengubah
tingkah laku murid-murid saya. Ini berdasarkan pendapat skinner, bahawa apabila sesuatu
gerak balas operan diikuti dengan sesuatu peneguhan positif.
Terdapat banyak lagi aktiviti yang saya boleh lakukan untuk memberi peneguhan positif
kepada murid-murid saya, antaranya ialah:
(a) Saya akan memilih murid yang bermasalah ini menjadi sebagai pembantu saya pada
ketika tertentu bagi menimbulkan rasa bangga.
(b) Saya akan memberi ruang dan peluang antara 5 hingga 10 minit untuk murid-murid
melakukan aktiviti bebas bagi mengurangkan rasa tertekan.
(c) Saya juga boleh menulis nota pujian kepada ibu-bapa mengenai anak-anak mereka.
(d) Murid diberikan masa untuk ke perpustakaan.

Peneguhan Negatif
Ada kalanya kemngkinan peneguhan positif tidak berkesan, maka saya perlu
menggunakan peneguhan negative untuk mengawal tingkah laku murid-murid saya seperti
denda, memarahi mereka yang membuat kesalahan atau menyuruh mereka menjalani ‘time
out’.

Teknik Pencegahan
Saya boleh menggunakan teknik ini bagi mengatasi masalah tingkah laku pelajar di dalam bilik
darjah bagi meningkatkan kualiti persekitaran dan pembelajaran dengan mengurangkan tahap
ketegangan di dalam bilik darjah ini. Antara cara yang saya boleh gunakan untuk menghalang
tingkah laku yang bermasalah ini ialah:
(a) mewujudkan iklim positif untuk meransang dan menggalakkan tingkah laku yang baik.
(b) Memberi tumpuan pada hubungan dengan pelajar seperti menunjukkan sikap peramah
dan kasih sayang.
(c) Mengekalkan persekitaran yang terurus dan kondusif.
(d) Membentuk peraturan untuk menjelaskan kepada murid perlakuan yang boleh diterima
dan perlakuan yang tidak dapat diterima.

4
Kesimpulan
Daripada huraian yang telah dijelaskan berkenaan tingkah laku bermasalah negatif ini,
pemerhatian yang telah dibuat mendapati murid yang menghadapi simptom ini pada
kebiasaannya memerlukan perhatian yang lebih daripada guru. Dalam usaha menangani
masalah ini, semua pihak harus melibatkan diri sama ada ibu bapa, guru, masyarakat dan juga
pihak kerajaan. Usaha bersama akan membuahkan hasil yang tidak akan mengecewakan serta
dapat melahirkan murid yang berkaliber serta berwawasan.

Bibliografi
1.
2. Ee Ah Meng (1997), Psikologi Pendidikan II (Semester II), Fajar Bakti, K.L
3.