You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN (2) PETALING JAYA

KERTAS KERJA CADANGAN


PROGRAM CINTAI MALAYSIA
SEMPENA
MINGGU PUSAT SUMBER
(26 – 30 Julai 2010)

Disediakan oleh:
Noor Nadihah bt. Hj. Salleh
Taiebah bt. Mohamad Sagir
(Guru Pelatih IPG – KBA)

1
1.0 TUJUAN

1.1 Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan daripada
Guru Besar, untuk mengadakan program Cintai Malaysia, pada 26 Julai 2010.
1.2 Memohon sedikit peruntukan dari pihak pentadbiran sekolah untuk menampung kos bagi
mengadakan program ini.

2.0 LATAR BELAKANG

Dalam melahirkan generasi berilmu, masyarakat masa kini perlu sentiasa didedahkan
dengan penggunaan Pusat Sumber secara optimum. Pusat Sumber tidak harus dilihat
sebagai tempat membaca buku sahaja, tetapi peranannya perlu dikembangkan kepada
pusat akses maklumat yang mana maklumat tersebut diperolehi melalui, bahan bacaan,
carta, gambar bersiri, pameran, permainan dalaman, peta dan sebagainya.

Oleh itu, bersempena Minggu Pusat Sumber yang dijalankan bermula daripada 26 –
30 Julai 2010, Panitia Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan (PSK)
ingin mengambil kesempatan untuk mengadakan Program Cintai Malaysia yang
membabitkan beberapa aktiviti. Aktiviti yang dirangka adalah rangkuman daripada mata
pelajaran Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan. Antara aktiviti
tersebut ialah, Pameran Kenegaraan, Kuiz Kenegaraan dan Pertandingan Nyanyian Lagu
Patriotik. Dengan aktiviti yang dirancang ini diharap murid-murid akan semakin berminat
untuk datang ke Pusat Sumber sekaligus akan menjadikan mereka lebih celik ilmu.

3.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

3.1 Butiran mengenai program adalah seperti berikut:

Tajuk Program : Program Cintai Malaysia


Tarikh Cadangan : 26 Julai 2010
Hari : Isnin
Masa : 1.10 – 6.00 ptg
Tempat Cadangan : Pusat Sumber, SK (2) PJ

3.2 Bagi melancarkan program ini Ahli Jawatankuasa Pelaksana telah dibentuk (Rujuk
Lampiran 1)
3.3 Program ini akan melibatkan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 serta guru-guru mata
pelajaran Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik & Kewarganeraraan (PSK).
3.4 Tentatif program telah disediakan seperti dalam Lampiran 3.

2
4.0 OBJEKTIF

4.1 Meningkatkan minat murid untuk lebih kerap datang ke pusat sumber sekolah.
4.2 Menambahkan pengetahuan murid dalam mata pelajaran Kajian Tempatan dan PSK
4.3 Merangsang murid untuk lebih tekun belajar dan melibatkan diri dalam semua aktiviti
sekolah serta meningkatkan tahap keterampilan murid
4.4 Menggalakkan persaingan yang positif dalam kalangan murid.

5.0 CADANGAN
Antara aktiviti yang dicadangkan untuk program ini ialah:
5.1 Pameran Kenegaraan
5.2 Kuiz Kenegaraan
5.3 Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik

6.0 IMPLIKASI

6.1 Meningkatkan pencapaian akademik murid.


6.2 Membuka minda murid untuk lebih terdedah dengan ilmu-ilmu kenegaraan
6.3 Menjadikan murid lebih berani untuk tampil ke hadapan dan menunjukkan bakat dan
kebolehan mereka

7.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Bil. AKTIVITI PELAKSANAAN


1. Pameran Kenegaraan a) Pameran ini adalah berdasarkan tajuk-tajuk yang dipelajari
dalam mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 4, 5 dan 6
b) Murid akan datang ke pusat sumber mengikut jadual
(selama 10 minit) yang telah ditetapkan dan melihat
pameran tersebut.
2. Kuiz Kenegaraan a) Guru akan mengedarkan soalan kuiz kenegaraan kepada
setiap murid.
b) Murid akan menjawab kuiz tersebut berdasarkan Pameran
Kenegaraan yang telah mereka lawati di pusat sumber
sekolah.
c) Murid diberi masa 20 minit untuk melengkapkan kuiz
tersebut dan diserahkan kepada guru Kajian Tempatan
untuk disemak
d) Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah jawapan yang
tepat.
3. Pertandingan Nyanyian a) Guru akan memaparkan 5 buah pilihan lagu patriotik untuk
Lagu Patriotik dinyanyikan oleh murid 3 hari sebelum pertandingan
berlangsung.
b) Setiap murid diberi masa 5 minit untuk mempersembahkan
nyanyian mereka.
c) Para pengadil pertandingan akan menilai nyanyian peserta
berdasarkan beberapa kriteria yang terdapat dalam borang
kriteria yang diedarkan kepada pengadil.
3
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Senarai bagi anggaran perbelanjaan adalah seperti dalam Lampiran 2.

9.0 KESIMPULAN

Aktiviti yang dirancang adalah bertepatan dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia
dalam melahirkan murid yang cemerlang, berdisiplin, tabah menghadapi cabaran dan
beriltizam dalam apa jua bidang. Diharap agar permohonan ini diluluskan dengan segera
supaya aktiviti yang dirancangkan dapat dijalankan dengan jayanya.

Disediakan oleh,
Disediakan oleh,

………………………..
………………………..
(Noor Nadihah Hj. Salleh)
(Taiebah Mohamad Sagir)
Guru Pelatih IPG KBA
Guru Pelatih IPG KBA

Disemak oleh,

………………………..
(Pn. Yusniza Mohd. Lawi)
Guru Pembimbing

Disokong oleh,

………………………
(Pn. Fatimah Said)
GPK Akademik
SK (2) PJ

Diluluskan oleh ,

….……………………
(Pn. Hjh. Salmah Abd. Rahman)
Guru Besar SK (2) PJ

4
LAMPIRAN 1

STRUKTUR JAWATANKUASA,
PROGRAM CINTAI MALAYSIA

PENASIHAT
Pn. Hjh. Salmah bt.
Abd. Rahman
Guru Besar SK (2) PJ

PENYELARAS
Ketua Panitia Kajian
Tempatan & PSK

PELAKSANA PROGRAM PELAKSANA PROGRAM


KAJIAN TEMPATAN PENDIDIKAN SIVIK &
Taiebah bt. Mohd. Sagir KEWARGANEGARAAN
Noor Nadihah bt. Hj. Salleh

Pameran Kenegaraan Kuiz Kenegaraan Pertandingan Nyanyian


Lagu Patriotik

Juri-juri pertandingan
Guru – guru
Kajian Tempatan

5
LAMPIRAN 2

Anggaran perbelanjaan untuk Program Cintai Malaysia

Perkara Anggaran perbelanjaan

Hadiah Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

- Kuiz Kenegaraan Tempat Pertama = RM5 RM5 RM5

Tempat Kedua = RM4 RM4 RM4

Tempat Ketiga = RM3 RM3 RM3

- Pertandingan Tempat Pertama = RM5 RM5 RM5


Nyanyian
Lagu Patriotik Tempat Kedua = RM4 RM4 RM4

Tempat Ketiga = RM3 RM3 RM3

JUMLAH RM72
KESELURUHAN

Pengesahan anggaran perbelanjaan.

Disediakan oleh, Disediakan oleh,

……………………….. ………………………..
(Taiebah Mohamad Sagir) (Noor Nadihah Hj. Salleh)
Guru Pelatih IPG KBA Guru Pelatih IPG KBA

Disemak oleh,

………………………..
(Pn. Yusniza Mohd. Lawi)
Guru Pembimbing

Diluluskan oleh ,

….……………………
(Pn. Hjh. Salmah Abd. Rahman)
Guru Besar SK (2) PJ
6
LAMPIRAN 3

Tentatif Program Cintai Malaysia

Tarikh: 26 Julai 2010

MASA PERKARA

1.10 – 1.20 ptg Murid Tahun 4 menyaksikan Pameran Kenegaraan di Pusat Sumber

1.40 – 1.50 ptg Murid Tahun 5 menyaksikan Pameran Kenegaraan di Pusat Sumber

2.00 – 2.10 ptg Murid Tahun 6 menyaksikan Pameran Kenegaraan di Pusat Sumber

3.10 – 3.30 ptg Murid Tahun 4, 5 dan 6 menjawab soalan Kuiz Kenegaraan
berdasarkan Pameran Kenegaraan di kelas masing-masing.

4.00 – 5.00 ptg Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik

Cadangan:

* Guru yang mengajar pada waktu yang dinyatakan di atas, akan membawa murid
tersebut ke Pusat Sumber untuk menyaksikan pameran.