You are on page 1of 15

SEPTEMBER 2007

JABATA PEDIDIKA KHAS


KEMETERIA PELAJARA MALAYSIA

KURIKULUM LATIHA PEDIDIKA KHAS


BERMASALAH PEMBELAJARA

PERIGKAT ASAS

MODUL
3

Pengurusan Bilik Darjah


Modul 3

PENGURUSAN BILIK DARJAH

1.0 Pengenalan
Kursus pengurusan bilik darjah ini memberi tumpuan kepada pengurusan
program pendidikan khas bermasalah pembelajaran di peringkat sekolah.
Guru-guru akan didedahkan pada pengetahuan merancang, mengurus
murid-murid di dalam bilik darjah dengan memberi penekanan khusus
kepada kemahiran penyusunan kemudahan fizikal, organisasi murid,
peraturan-peraturan bilik darjah, serta penggunaan bahan-bahan bantu
mengajar secara berkesan.
2.0 Matlamat
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan bilik darjah dalam
bidang Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
3.0 Objektif
Selepas mengikuti bidang ini, guru akan dapat :
3.1 merancang, mengurus dan melaksanakan program pendidikan khas
bermasalah pembelajaran.
3.2 Memperoleh pengetahuan terkini dari segi idea, konsep dan
pengurusan.
3.3 menentukan keperluan peralatan dan penggunaannya secara
berkesan dalam pengurusan bilik darjah pendidikan khas bermasalah
pembelajaran.
4.0 Jangka Masa : 3 jam

5.0 Kandungan

Bahagian 1 : Peranan guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran

Bahagian 2 : Pengurusan bilik darjah pendidikan khas bermasalah


pembelajaran
Bahagian 3 : Bahan Bantu Mengajar
6.0 Kuiz

2
Modul 3

BAHAGIAN 1

PERANAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH


PEMBELAJARAN

1.0 Peranan Guru Khas

Seseorang guru memainkan peranan penting dalam proses pengajaran-


pembelajaran. Ia lebih penting daripada alat-alat yang “canggih” kerana
jika guru tidak tahu menggunakannya dengan berkesan, peralatan yang
mahal akan menjadi satu pembaziran. Selain daripada kemahiran ini,
guru-guru pendidikan khas haruslah mempunyai kemahiran-kemahiran
berikut:
a) mencari kelemahan dan kekuatan murid-murid serta menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran.
b) membantu murid-murid berkeperluan khas bergaul dengan murid-
murid biasa dari segi sosial dan emosi.
c) bekerja rapat dengan guru-guru kelas normal untuk membantu murid-
murid berkeperluan khas mencapai perkembangan yang optimum.
d) menyediakan alat-alat bahan bantu mengajar untuk pengajaran yang
lebih berkesan dan menarik.
e) berhubung dengan badan-badan kebajikan, persatuan-persatuan
sukarela dan agensi-agensi yang berkenaan tentang perkara-perkara
seperti bantuan wang, lawatan ke rumah dan rawatan perubatan.

1.1 Ciri-Ciri Guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

• mengenali murid-murid
• menghormati murid-murid sebagai individu
• melayani soalan dan pertanyaan murid-murid
• mempunyai sifat-sifat kasih sayang

3
Modul 3

• tingkahlaku yang lembut


• periang dan mesra
• aktif dan kreatif
• adil
• tegas
• bertolak ansur dan bertimbang rasa dalam melayan murid-murid
• mendekatkan diri dengan murid-murid
• empati
*keberkesanan sesuatu aktiviti terletak pada kebijaksanaan dan daya usaha
guru.

1.2 Tugas-Tugas Guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Guru sebagai :
• fasilitator
• pemimpin
• pembimbing
• perunding-cara
• penyimpan maklumat/ rekod
• panel RPI
• merancang pengajaran dan pembelajaran
• sumber resos
• kaunselor
• role model
• menghadiri kursus bagi tujuan peningkatan profesionalisme

4
Modul 3

BAHAGIAN 2
PENGURUSAN BILIK DARJAH
PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2.0 Pengenalan
Bilik darjah merupakan satu tempat di mana setiap murid menghabiskan
sebahagian besar masanya di bangku sekolah. Pengurusan dan
pengelolaan yang berkesan dapat membantu proses P & P berjalan
dengan lebih baik.
Pengurusan bilik darjah secara umumnya mengandungi komponen-
komponen seperti berikut:
• penyusunan kemudahan fizikal/perabot bilik darjah.
• peraturan-peraturan bilik darjah.
• pembahagian kumpulan pengajaran dan pembelajaran.
• pengurusan tingkah laku.
• penjadualan.
• penyimpanan rekod.
• stesen-stesen pembelajaran.

2.1 Penyusunan Kemudahan Fizikal/Perabot Bilik Darjah


Aspek fizikal bilik darjah yang disusun dengan berkesan dapat :
• membolehkan aktivti dijalankan dengan terancang.
• mengurangkan kebisingan dan gangguan.
• memupuk interaksi murid.
• menambahkan masa yang dihabiskan dalam aktiviti pembelajaran.
• membolehkan guru memantau aktiviti murid.
2.1.1 Cara Penyusunan Bilik Darjah Harus Membolehkan :
• guru dan murid bergerak tanpa halangan.
• memudahkan guru untuk mendapatkan bahan bantu mengajar.
• guru dapat menumpukan perhatian kepada semua murid.

5
Modul 3

2.1.2 Ruang Sudut Pengajaran Dan Pembelajaran


• ruang belajar untuk kumpulan besar.
• ruang belajar untuk kumpulan kecil.b
• sudut rekreasi.
• tempat Audio-Visual.
• sudut bacaan.
• sudut pameran.
• sudut 'Time-Out".
• tempat letak peralatan membersihkan diri.
• sudut pengurusan kebersihan diri.
• tempat letak peralatan kebersihan bilik darjah.
• sudut maklumat. Contoh: Biodata murid.
• sudut rekod

2.1.3 Perabot Dan Bahan Bantu Mengajar


• papan buletin/maklumat.
• bahan-bahan cetak / carta-carta.
• OHP.
• APD.
• rak buku.
• rak kasut.
• komputer dll.

2.2 Peraturan Bilik Darjah


Peraturan perlu diwujudkan untuk situasi-situasi tertentu seperti:
• aktiviti keluar masuk kelas.
• menggunakan bahan-bahan yang dikongsi seperti almari, rak dll.
• ke kawasan-kawasan seperti tandas, kantin dll.
• meninggalkan tempat duduk.

6
Modul 3

• menyerah kerja yang telah siap.


• menjaga kebersihan bilik darjah.
• padang permainan.
• perhimpunan dsb.
2.3 Pembahagian Kumpulan Pengajaran Dan Pembelajaran.
Prosedur untuk aktiviti kumpulan kecil:
• membentuk kumpulan dengan cepat dan tanpa gangguan.
• tentukan bahan-bahan untuk dibawa dalam kumpulan.
• menguruskan tingkah laku ahli kumpulan dan bukan ahli kumpulan.
2.4 Pengurusan Tingkah Laku
• Tingkah laku yang tidak sesuai boleh diubah kepada tingkah laku baru.
• Tingkah laku baru boleh dipelajari sepanjang masa.
2.5 Penjadualan
Jadual waktu kelas khas disusun atur untuk :
• memberi struktur kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
• memastikan objektif pengajaran tercapai.
• menetapkan aktiviti yang akan dilaksanakan.
2.6 Penyimpanan Rekod
Mengumpul, menyimpan dan menggunakan data untuk tujuan pengajaran
dan pembelajaran seperti j
• laporan doktor.
• laporan kaunseling/temubual dengan ibu bapa.
• soal-selidik tingkah laku.
• biodata murid/profil murid.
• buku rekod kesihatan murid.
• borang-borang penilaian.
• borang-borang rekod prestasi.
• Rancangan Pendidikan Individu dll.

7
Modul 3

2.7 Stesen-Stesen Pembelajaran


Kepentingannya :
• dapat memupuk kemahiran pengajaran dan pembelajaran mengikut
subjek yang diajar.
• guru-guru menjadi pakar/mahir dalam sesuatu mata pelajaran.
• bahan bantu mengajar yang berkesan dan menarik dapat disediakan
dengan lebih efisyen.
• penilaian dan RPI dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, berkesan
dan berfokus.
• disiplin murid lebih terkawal.
• jadual waktu lebih bermakna.
• isi pengajaran dan pembelajaran dapat diseragamkan di peringkat
sekolah.

Refleksi :
Lakarkan pelan kelas anda. Adakah penyusunan kelas anda dapat
memberi keberkesanan kepada proses pengajaran dan pembelajaran
kepada murid-murid anda? Jelaskan.

8
Modul 3

BAHAGIAN 3

BAHAN BANTU MENGAJAR

3.0 Pengenalan
Semua bilik darjah pendidikan khas bermasalah pembelajaran hendaklah
dilengkapi dengan bahan-bahan asas untuk melicinkan pengajaran dan
pembelajaran. Bahan ini berubah mengikut kemampuan dan kepentingan
individu dan cara pengendalian bahan tersebut. Tanpa pengetahuan dan
cara pemakaian, bahan tersebut akan menjadi gajah putih dalam kelas
dan membazir sahaja. Bahan-bahan ini dapat dikategorikan sebagai:

3.1 Bahan Keperluan Asas


• Bahan ini digunakan untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang
mudah dan rencam bertujuan untuk menarik minat murid-murid
terhadap pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
• bahan carta : carta gambar, kad huruf, kad imbas, kad
manila dll.
• mobil : ayunan tali, rumbai payung, jejala dll.
• wall pocket : Fail RPI, Data Murid, Kemajuan Murid dll.
• alat tulis : pen maker, pensel, warna, pen dll
• bahan tulis : kertas, kertas warna dll.
• bahan binding : “masking tape”, “binding tape”, “eyelet”,
penebuk lubang dll.
• bahan tekapan getah : muka jam, haiwan dll.

3.2 Bahan Pusat Sumber


• bahan buku yang boleh digunakan sebagai bahan bacaan, rujukan
atau bahan pengulangan dalam bacaan dan sebutan untuk membina
pengamatan yang baik terhadap subjek pengajaran dan pembelajaran.

9
Modul 3

• bahan-bahan maujud yang boleh mendekatkan kefahaman murid-


murid kepada sesuatu topik semasa atau topik silam.
• bahan hasil kerja murid yang boleh dipamer untuk merangsang proses
pembelajaran.
• bahan rakam – OHP, VCR, VCD, TV dan komputer.
• bahan pengemas – sarung plastik, laminator/laminator film dll.

3.3 Bahan-Bahan Matematik


• bahan yang boleh digunakan untuk mengenal bentuk, warna dan nilai.
• bahan yang meransang kepada mengenal nombor, waktu, berat, tinggi
dan panjang.
• bahan yang boleh melatih murid mengira wang dan nombor.
• bahan pengamalan tambah, tolak, baki, darab, bahagi dsb.

3.4 Bahan-Bahan Bahasa Melayu


• bahan mengenal bentuk dan nama.
• sudut bercerita.
• bahan-bahan potongan akhbar dan bahan-bahan bacaan yang lain.
• bahan bacaan bergred.
• kad dll.

3.5 Bahan-Bahan Pendidikan Seni


• sudut penghayatan seni. .
• alatan pembancuh warna.
• bahan-bahan melukis dari pelbagai jenis.
• bahan kerja tangan dari bahan terbuang, rotan, kertas dan
sebagainya.
• bahan-bahan lukisan tentang haiwan dan sebagainya.

10
Modul 3

3.6 Bahan-Bahan Pendidikan Muzik


• radi
• VCD
• alat genderang.
• kaset-kaset
• kastenet
• tamborin dan lain-lain.

3.7 Bahan-Bahan Urus Diri


• sinki basuh muka
• cermin muka
• bahan-bahan pembersihan diri yang bersesuaian dll.

3.8 Bahan-Bahan Pendidikan Agama Islam


• papan rehal
• sejadah
• tasbih
• Al-Quran
• kitab
• telekong
• songkok
• kaset nasyid dan bacaan ayat-ayat Al-Quran.
• buku-buku cerita Nabi dll.

3.9 Peralatan Pendidikan Jasmani


• bahan-bahan permainan padang
• skital dan gelung rotan
• pundi kacang / beg pasir
• bola berbagai saiz dll.

11
Modul 3

3.10 Bahan-Bahan Rekreasi Luar/ Dalam


• trampolin
• gelongsor
• petak pasir
• tali lompat dll.

3.11 Bahan-Bahan Permainan Dalam


• catur
• dam
• tangga dan ular
• monopoli dll.

3.12 Peraralatan Vokasional


• peralatan yang boleh merangsang kognitif dan memajukan daya
pemikiran
• peralatan dapur
• peralatan berkebun
• peralatan bengkel / pertukangan kayu
• peralatan jahitan dll.

3.13 Bahan-Bahan Latihan Mengikut Tahap Keupayaan Murid

• peralatan pengawalan pernafasan

• bahan-bahan terapi pertuturan

• bahan-bahan latihan untuk murid palsi selebral yang ringan

• bahan latihan pergerakan yang difikirkan perlu dll.

12
Modul 3

Kesimpulan :

Guru hendaklah menjadi pemangkin kepada kejayaan murid sebagai seorang

individu yang berguna dan dapat berbakti kepada negara dan masyarakat.

Refleksi:
Murid B adalah seorang murid hiperaktif. Pada pendapat anda, apakah
jenis bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan semasa
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu (Tajuk : mengenal
perkataan 2 sukukata) untuk murid tersebut?

13
Modul 3

KUIZ

1. Berikut adalah ciri-ciri seorang guru khas bermasalah pembelajaran yang


efektif kecuali
(A) menghormati murid-murid sebagai individu.
(B) sentiasa mengambil berat tentang murid dan membantu mereka
melaksanakan tugasan.
(C) bersifat peramah tetapi tegas dalam tindakan yang membawa kesan
positif.
(D) berinovatif dan menggunakan bahan bantu mengajar secara berkesan.

2. Menyimpan rekod murid adalah satu tugas yang penting untuk seseorang
guru khas bagi tujuan
i. menyediakan RPI dengan lebih bersistematik dan berkesan.
ii. memudahkan guru mengesan kemajuan dan pencapaian murid
dalam pengajaran dan pembelajaran.
iii. membolehkan pihak hospital menjalankan rawatan dan terapi
yang diperlukan.
iv. membolehkan ibu bapa mendapat maklumat tentang
perkembangan anak-anak mereka.
(A) i,ii dan iii sahaja.
(B) i, ii, dan iv sahaja.
(C) ii, ii, iv dan v sahaja.
(D) i, iii, iv dan v sahaja.

3. Prinsip asas dalam merancang sesuatu program khas seperti yang telah
ditetapkan oleh Falsafah Pendidikan Khas perlulah berdasarkan:
(A) kemampuan deria
(B) kategori kecacatan
(C) kemahiran yang berbeza
(D) kebolehan dan kefungsian individu

14
Modul 3

4. Apakah perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa guru


menyusun penempatan murid dalam kelas?
i. ruang secukupnya untuk guru dan murid bergerak dengan bebas
ii. saiz bilik darjah
iii. kemudahan guru mencapai bahan bantu mengajar
iv. kebolehan interaksi sosial murid
v. masalah medical

(A) i, ii, dan iii sahaja


(B) i, iii dan iv sahaja
(C) iii, iv dan v sahaja
(D) ii, iii, iv dan v sahaja

15