Dasar Pembangunan Nasional (DPN

)
Latarbelakang Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971-1990), ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Sesuatu yang tidak boleh disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh namun banyak kejayaan telah dicapai. Jelas bahawa proses socio-economic engineering ala DEB ini memerlukan masa yang lebih lama daripada apa yang telah diperuntukkan dengan mengambil kira kesan-kesan daripada pergolakan dunia amnya. DPN telah dilancarkan oleh Y .A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Objektif Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.

Strategi Pelaksanaan DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspekaspek kritikal seperti berikut:

(i) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama; (ii) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan;

(iii) Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia;

(iv) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar;

(v) Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara; (vi) Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat;

(vii) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden; dan

(viii) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka panjang bagi

1 di Semenanjung Malaysia. Pendapatan Garis Kemiskinan adalah sebanyak $370 sebulan bagi saiz isi rumah 5.4 di Sabah dan $452 bagi saiz isi rumah 5. $544 bagi saiz isi rumah 5. dan untuk (iv) Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.memastikan berterusan. Program Pelaksanaan Beberapa pendekatan baru yang diambil melaksanakan DPN adalah seperti berikut: dalam usaha .000 isi rumah atau 4% daripada jumlah isi rumah adalah tergolong sebagai keluarga termiskin). Dimensi-dimensi baru DPN adalah seperti berikut: (i) Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin hardcore poor di samping mengurangkan kemiskinan relatif. (Golongan yang termiskin adalah keluarga berpendapatan 50% atau kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan. Ia mengandungi beberapa peralihan pendekatan dengan tujuan mengadakan satu dimensi baru dalam usaha pembangunan.2 di Sarawak. Bagi tahun 1990. terutamanya dalam membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Kira-kira 143. (iii) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat. (ii) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting kearah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi. pembangunan negara dapat dikekalkan secara DPN telah mengambil kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini di bawah DEB serta kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa pelaksanaannya.

2% dalam tahun 2000 berbanding dengan 19. (ii) Persaingan Dalam Pasaran Antarabangsa DPN telah mengambil kira kemampuan negara untuk bersaing dengan lebih terdaya dalam pasaran antarabangsa di samping menghadapi cabaran baru.1% dalam tahun 1990. Oleh kerana setiap kaum mempunyai sifat dan kekuatannya sendiri maka adalah penting untuk semua kaum di negara ini saling melengkapi dan bantu membantu antara satu sama lain untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. Oleh yang demikian pelaksanaan strategi serampang dua mata DPN akan terus menggalakkan penggemblengan sumbersumber negara dan menggunakan potensi kecerdasan masyarakat berbilang kaum untuk membina ekonomi yang teguh serta meningkatkan ketahanan negara bagi mengatasi ketidakstabilan dan ketidaktentuan ekonomi dunia. Dalam proses menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin dan juga mengurangkan ketidakseimbangan. Dalam bidang eksport pula.(i) Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan Pendekatan yang lebih terpilih akan dibuat dengan mengambil kira keperluan untuk mencapai hasil yang berkualiti dan berkekalan. penekanan akan diberikan kepada aspek-aspek pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberikan. Kadar pengangguran pula dijangka berkurangan ke tahap 4% . Malaysia akan terus mengamalkan dasar liberal yang boleh menggalakkan sektor swasta lebih bersedia menghadapi risiko berkaitan. Untuk mengatasi masalah ini. Para pengeksport negara juga perlu mengurangkan pergantungan mereka kepada Sistem Keutamaan Am (GSP) dan menjadi pengeksport yang mempunyai daya saingan yang tinggi. dan (iv) Pembasmian Kemiskinan Kadar kemiskinan negara dijangka akan dapat dikurangkan ke paras 7. (iii) Wawasan 2020 Penyertaan semua kaum di negara ini adalah sangat penting untuk memajukan Malaysia ke taraf negara yang maju menjelang tahun 2020. halanganhalangan (perlindungan) perdagangan antarabangsa akan meningkat. Di dalam menghadapi persaingan antarabangsa. Malaysia perlu meningkatkan daya tarikan kepada pelabur dan pengusaha supaya dapat memperluaskan urusan mereka di negara ini.

perumahan .kesihatan . Peranan ini lebih sesuai untuk dikendalikan oleh estet-estet komersial. Peranan sektor awam dalam pembasmian ditumpukan pada program-program berikut: . Ramai di antara mereka telah berhijrah untuk bekerja di bandar-bandar.latihan .dalam tahun 2000. . Dalam melaksanakan strategi pembasmian kemiskinan. Dengan itu pembukaan tanah baru oleh agensi kerajaan untuk mengatasi masalah pengangguran tidaklah ekonomikal lagi. Tambahan pula anak-anak peneroka dan petani yang berpendidikan lebih tinggi kurang berminat untuk bekerja di luar bandar. Pengalaman telah menunjukkan bahawa kos penyelenggaraan skim pembangunan tanah seperti yang diuruskan oleh FELDA adalah lebih tinggi daripada kos pengendalian estet yang serupa oleh sektor swasta. khususnya di antara negeri Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain.pendidikan dan . Latihan yang diberikan kepada belia-belia di luar bandar akan membolehkan mereka mendapatkan kerja-kerja yang berkemahiran dan berpendapatan lebih tinggi. pelaksanaan DEB (1971 .jalan-jalan luar bandar . Aspek latihan ini akan dipertingkatkan untuk menggantikan pemberian subsidi yang dilaksanakan sehingga ini. Pemberian subsidi dan sokongan akan diteruskan untuk golongan penanam padi dan nelayan tetapi ianya akan ditumpukan ke arah mempertingkatkan produktiviti pengeluaran mereka.pengangkutan .DPN akan mengambil kira beberapa perubahan dibuat terhadap peranan sektor awam.90) telah memperlihatkan penglibatan terus perkhidmatan awam melalui pembukaan tanah-tanah dan pemberian subsidi besar-besaran kepada petani-petani kecil untuk mewujudkan pekerjaan dan membantu meningkatkan pendapatan mereka. Oleh kerana kadar kemiskinan yang terlalu tinggi di kawasan luar bandar pada akhir tahun 1960-an.bekalan air dan elektrik kemiskinan akan Usaha-usaha yang lebih gigih akan dilaksanakan untuk mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayah-wilayah.

Bagi membolehkan Bumiputera bersaing dalam perniagaan moden. Sebagai langkah jangka panjang. DPN akan menggalakkan penyertaan Bumiputera secara meluas dalam sektor-sektor moden seperti pembuatan dan perkhidmatan. matlamat DPN adalah untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat Bumiputera ke tahap yang lebih berdaya maju dan teguh. Berhubung dengan ini. Ini bukan sahaja akan dapat mengawal pertumbuhan kawasan-kawasan setinggan tetapi juga menyediakan peluang-peluang kepada golongan yang terlibat dalam perniagaan dan industri kecil. mereka akan didedahkan kepada teknologi terbaru di samping kemudahan- . Usahasama secara aktif di antara Bumiputera dan bukan Bumiputera akan digalakkan untuk membolehkan syarikat Bumiputera meningkatkan prospek perniagaan. Kedudukan ini boleh dicapai dengan pelaksanaan strategi meningkatkan guna tenaga dan penyertaan Bumiputera dalam pengurusan sektor-sektor moden dan membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Perhatian khusus diberi kepada penyertaan Bumiputera di dalam industri kecil dan sederhana menerusi program sub-kontrak dan franchise. Langkah-langkah juga akan diambil oleh Kerajaan melalui perancangan dan penetapan zon pembangunan bandar yang sesuai dalam usaha membangunkan bandar-bandar secara teratur. pengangkutan dan kemudahan awam. Walaupun dasar dan program Kerajaan akan terus menyediakan sokongan kepada usahawan Bumiputera. kemiskinan relatif akan dikurangkan menerusi penyediaan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan dan kemudahan asas seperti perumahan. Di kawasan bandar. Sehubungan dengan ini latihan dalam bidang pengurusan harta dan etika perniagaan akan diutamakan. (v) Penyusunan Semula Masyarakat Penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan penyusunan semula hakmilik akan terus menjadi program penting di bawah strategi ini. tetapi adalah menjadi harapan kerajaan usahawan Bumiputera akan memajukan perniagaan berasaskan daya usaha sendiri dan kurang bergantung kepada bantuan dan subsidi kerajaan. program untuk memupuk usahawan muda juga akan diberi tumpuan.Program pelaksanaan untuk mengatasi kemiskinan di bandar-bandar juga akan dipertingkatkan.

Daripada 2.8% akan diambil oleh Bumiputera (706. Dalam tempoh 10 tahun yang akan datang. maklumat pasaran dan hubungan perniagaan dengan pasaran antarabangsa. Agensi-agensi amanah dan perbadanan awam perlu merancang dan menyelaras tindakan masing-masing dengan lebih berkesan dalam mewujudkan harta-harta baru dan membeli kepentingan tertentu bagi pihak Bumiputera.4 juta pekerjaan baru yang dijangka akan dapat diwujudkan dari tahun 1991-2000. pengurusan dan teknikal. Peranan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan diperkukuhkan dalam menggembleng tabungan Bumiputera dan pembangunan keusahawanan. Jawatankuasa Pelaburan Asing akan meneruskan pengawasan proses penyusunan semula modal saham dengan menggalakkan lagi syarikat-syarikat mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. dasar ini akan memastikan bahawa Bumiputera mendapat bahagian yang saksama daripada pekerjaan baru yang diwujudkan. sasaran secara kuantitatif yang khusus tidak ditetapkan dalam DPN. Penutup . Berhubung dengan strategi penyusunan semula hak milik dan pengawalan dalam sektor swasta. langkah-langkah akan diambil untuk memperbaiki tahap pendidikan dan kemahiran.000 dalam sektor pembuatan. kira-kira 55. Matlamat penyusunan semula gunatenaga akan memastikan corak gunatenaga di pelbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi mencerminkan komposisi pelbagai kumpulan etnik dalam negara. khususnya dalam kategori profesional. Penswastaan akan digunakan sebagai suatu cara untuk mempercepatkan dan memperluaskan penyertaan Bumiputera dalam sektor swasta serta mencapai hasrat penyusunan semula modal saham. untuk meningkatkan mobiliti tenaga kerja.kemudahan modal.700 dalam sektor perkhidmatan dan 534. Langkah-langkah akan diambil untuk melengkapkan Bumiputera dengan kemahiran-kemahiran yang sesuai bukan sahaja bagi mengurus dan menjalankan pemiagaan dengan berkesan tetapi juga bagi mengekalkan kekayaan mereka.) Di sektor luar bandar. Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) merupakan sebahagian daripada strategi keseluruhan PNB untuk meneruskan usaha menggembleng tabungan Bumiputera sepanjang tempoh DPN.

mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk. proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik. . Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara. Dasar Kebudayaan Kebangsaan Latarbelakang Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Rasional Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.Seperti DEB. DPN akan meneruskan usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan miskin dan antara wilayah.

Singapura. kekayaan alam. Filipina. Dengan yang demikian. (ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar boleh . Dengan yang demikian. kedudukan geografi. Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup. telah melahirkan proses interaksi. kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan. penwujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu: (i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia. sebagai satu proses yang berterusan. pengalaman sejarah. penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Indonesia. kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Rantau ini merupakan pusat pemancaran. pengenalan. Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu Austronesia. Brunei. lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama.

Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. perpaduan bangsa dan negara melalui .Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. (iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan . India Arab. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu: (i) Mengukuhkan Kebudayaan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Objektif Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu.diterima Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik. sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya. Dengan itu unsurunsur budaya Cina. di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.

(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan. pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan. (iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya. (iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan. pengembangan dan perhubungan budaya. Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut: (i) Pemulihan. dan . mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan. pendidikan. dan (iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. (ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usahausaha membimbing dan melatih peminat. kenegaraan dan nasionalisme Malaysia. pembangunan.

khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badanbadan antarabangsa.(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian. Usahausaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan. Peranan Kementerian/Jabatan. Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan. pembangunan dan penggalakan. Antara lain Kementerian ini menguruskan penyelidikan. badanbadan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan. Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan. penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Kerajaan-kerajaan Negeri dan badanbadan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan. Majlis Kebudayaan Negeri. Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat. Kerajaan-kerajaan Negeri. persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa. Penutup . Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting.

Perbahasan tentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan sering diadakan. masalah yang kerap diperkatakan berhubung dengan perpaduan ialah masalah polarisasi. Harapan negara untuk menyatupadukan masyarakat melalui kebudayaan kebangsaan adalah tidak mustahil asalkan rakyat Malaysia sanggup menerima kebudayaan kebangsaan sebagai kebudayaan setiap kaum di negara ini. Latar belakang Dasar Kebudayaan Kebangsaan Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan dapat memupuk perpaduan menerusi satu gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui dan dihayati . sudah tentulah negara-negara yang menghadapi masalah ini akan cuba mencari jalan untuk menyelesaikan sebarang keretakan dan konflik perkauman di negara masing-masing. terutamanya di kalangan para ahli politik. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. namun persoalan dan masalah pembentukan kebudayaan kebangsaan masih menjadi satu perkara yang ditinggalkan untuk dibincangkan oleh para pengkaji budaya. Walaupun negara kita telah mencapai kemerdekaan sejak tahun 1957. Dasar Dalam Negara : Dasar Kebudayaan Kebangsaan Sesebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia tentu tidak akan dapat lari daripada menghadapi pelbagai masalah sosial dan perpaduan. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah. Oleh sebab perpaduan amat penting dalam memupuk semangat nasionalisme dan kenegaraan. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Di Malaysia. badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan tertentu yang ada hubungan dengan kebudayaan.Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza.

Sebagai contoh. Islam merupakan unsur yang penting di dalam pembentukan kebudayaan . 2. “Rantau” membawa maksud alam Melayu. evolusi dan akulturasi. China. Kerajaan Malaysia telah menitikberatkan pembentukan secara beransur-ansur yang baik daripada berbagai-bagai kebudayaan yang terdapat di negara kita dengan berteraskan kebudayaan asli tempatan. Kebudayaan kebangsaan negara ini hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. kebudayaan kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat setempat rantau ini. 3. Jawa. Minang. Bugis. Masyarakat pribumi telah banyak menerima unsur-unsur ini sejak zamanberzaman. Begitu juga terdapat pengaruh bahasa Sanskrit. Prinsip ini memberi pengakuan bahawa unsur-unsur kebudayaan kaum lain yang sesuai dan wajar memanglah telah lama diamalkan. Oleh yang demikian. Menurut prinsip ini. Portugis. yakni warisan tradisi kebudayaan Kepulauan Melayu yang sebahagian besar suku bangsanya terdiri daripada orang Melayu. Kadazan dan lain-lain lagi. Murut. Iban. India dan Eropah. Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan Terdapat tiga prinsip : 1.bersama oleh semua kaum. Ia juga dapat mewujudkan satu identiti negara yang dapat dikenali oleh negara-negara luar. Kemasukan unsur-unsur ini ke dalam kebudayaan tempatan kaum pribumi terjadi melalui pelbagai proses seperti asimilasi. proses asimilasi wujud hasil daripada kekerapan perhubungan dan pertembungan di antara kebudayaan dan bahasa dari negera China. Inggeris dan lain-lain dalam bahasa Melayu. difusi. Tempatan. Merekalah yang dimaksudkan sebagai rakyat asal rantau ini. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.

Selaras dengan kehendak kebudayaan kebangsaanlah. masyarakat Malaysia masih belum mempunyai satu identiti kukuh. Ia haruslah terlebih dahulu disesuaikan dengan ciri-ciri atau nilai universal Islam. Tujuan ini sangat wajar kerana setelah lebih 45 tahun merdeka. Segala unsur budaya yang mewarisi pelbagai warisan budaya rakyat tidaklah menjadi status kebudayaan kebangsann secara automatis.kebangsaan itu. pelaksanaan prinsip pertama dan kedua dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan perlulah disesuaikan dengan agama Islam. Perpaduan Negara Tujuan ini dapat dilihat dari aspek keseluruhan penduduk yang berbilang kaum dan keturunan di negara ini. tanahair dan sebagainya masih kabur. Ini kerana Islam merupakan agama Persekutuan yang telah lama tersurat dan diterima oleh Perlembagaan. Membentuk keperibadian atau identiti Malaysia. . Justeru. Masyarakat majmuk Malaysia perlu dipupuk dengan nilai-nilai yang dapt dikongsi bersama. Tujuan Kebudayaan Kebangsaan 1. Nilai-nilai budaya yang suci ini akan membawa kepada titik-titik persamaan dalam kehidupan masyarakat. Meletakkan Islam sebagai unsur penting dalam kebudayaan kebangsaan memang kena pada tempatnya. 2. kerajaan telah berusaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam. Semangat sayangkan bangsa.

. barulah kualiti kehidupan boleh meningkat. falsafah. Kebudayaan sukuan atau kaum pula adalah apa yang dijamin oleh Perlembagaan dan Rukunegara sebagai yang boleh diamalkan oleh pelbagai suku atau kaum ini boleh diserapkan ke dalam kebudayaan kebangsaan sekiranya ia tidak bertentangan dengan tiga tujuan dasar kebudayaan kebangsaan.Sikap dan imej penduduk Malaysia haruslah dapat dikenalkan di kalangan antarabangsa. Jika dua tujuan di atas tercapai. Keadaan ini memberi peluang kepada setiap kaum di Malaysia mengecapi pembangunan sosioekonomi dan politik yang seimbang. setiap kaum sudah hilang perasaan prejudis. Meningkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi dan politik. Kesimpulan Kebudayaan kebangsaan adalah budaya yang sama bagi masyarakat seperti undang-undang. Peningkatan kehidupan bermaksud. nilai sosiobudaya dan sebagainya. kesenian. 3.

KMK merupakan satu mekanisme di mana pekerja-pekerja boleh menyertai dalam proses penyelesaian masalah demi meningkatkan lagi kualiti dan produktiviti jabatan/ pejabat mereka.Kumpulan (KMK) Konsep KMK Meningkatkan Mutu Kerja Definisi KMK adalah sekumpulan kecil pekerja-pekerja (6-10 orang) daripada unit kerja yang sama yang bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti. Pengurusan secara kemanusiaan bermakna pengurusan yang mementingkan manusia dan perasaan mereka. Kumpulan ini mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan. . Seterusnya. Ini adalah kerana manusia merupakan aset yang terpenting dalam sesebuah jabatan/pejabat. memilih dan menganalisis masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja mereka. Pengurusan secara penyertaan pula bermakna bahawa tiap-tiap pekerja tidak kira kedudukannya dalam organisasi diberi peluang untuk memberikan sumbangan yang bermakna kepada jabatan/pejabat. mereka melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan. Falsafah Falsafah KMK adalah berdasarkan kepada konsep pengurusan secara penyertaan dan kemanusiaan.

Mengeratkan perhubungan di antara pekerja dan pengurusan. Penglibatan dan minat terhadap kerja. e. Prinsip-prinsip Asas KMK Prinsip-prinsip Asas KMK KMK adalah berdasarkan kepada prinsip-prinsip asas seperti berikut: a. Memberi kepuasan bekerja. e. c.Matlamat Matlamat KMK adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti kerja melalui: a. Di antaranya ialah: a. d. c. Bekerja secara berkumpulan. Menambah dorongan untuk bekerja. Kesedaran tanggungjawab terhadap diri sendiri. b. Memajukan pekerja sebagai ahli jabatan/pejabat yang berguna. Projek adalah berkaitan dengan tugas-tugas harian. Semangat bekerja secara berkumpulan. Penyertaan dan sokongan dari semua peringkat. Kebolehan menyelesaikan masalah di kalangan pekerja. . dan f. b. Penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja yang positif. kumpulan. Memupuk kerjasama di kalangan pekerja. c. dan f. d. d. Dorongan kerja yang tinggi. b. jabatan/pejabat dan negara. Faedah-faedah daripada KMK Terdapat banyak faedah yang boleh diperolehi hasil dari pelaksanaan KMK. Pekerja-pekerja diiktirafkan sebagai sumber yang paling bernilai disamping lain-lain sumber pengurusan. Kreativiti sentiasa digalakkan.

Fasilitator ini adalah bertanggungjawab untuk satu KMK atau lebih. b. Peranan fasilitator adalah seperti berikut: i. Mengasah bakat kepimpinan di kalangan pekerja-pekerja. Jawatankuasa Pemandu KMK. Memperbaiki sistem dan cara kerja. Berhubung dengan semua peringkat pengurusan dan mendapat sokongan dan bantuan mereka. Memberi latihan kepada ketua-ketua Kumpulan dan membantu melatih ahli-ahli Kumpulan apabila diperlukan. . ii. Fasilitator adalah terdiri dari ketua-ketua Bahagian atau pekerjapekerja yang dipilih oleh pihak pengurusan. Memberi keyakinan mengenai kebolehan diri sendiri. dan h.e. Fasilitator. iii. f. Jawatankuasa Pemandu ialah sebuah jawatankuasa yang merangka dasar pelaksanaan KMK dan memberi pertimbangan serta keputusan kepada cadangan-cadangan penyelesaian masalah yang dikemukakan oleh KMK. Sistem pengiktirafan yang berkesan. Latihan yang berkesan. g. Mengekalkan suasana yang terbuka dan menyokong (supportive). Menggalakkan daya kreativiti di kalangan pekerja. Struktur KMK Struktur KMK yang sedang diamalkan sekarang mengandungi komponen-komponen berikut: a. Pelaksanaan KMK Syarat-syarat yang diperlukan bagi melaksanakan KMK ialah: a. b. Pewujudan struktur KMK. iv. Memastikan bahawa Kumpulan akan menumpukan aktivitiaktiviti mereka terhadap masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja mereka. dan c.

Ibrahim Ismail . Sebagai pakar rujuk kepada Kumpulan. Sebagai orang tengah dalam penyelesaian masalah. Ahli-ahli: 1. ii. Menunjukkan minat dan sokongan kepada Kumpulan. Membantu ahli-ahli menyelesaikan masalah-masalah. menjalankan penyelidikan dan penyiasatan (dimana perlu) dan membantu Kumpulan ke arah penyelesaian masalah-masalah. menyumbangkan idea-idea.v. Menyertai persembahan pengurusan. vi. Menggalakkan pekerja-pekerja lain menjadi ahli. dan viii. Ketua Kumpulan. Membantu Kumpulan menyimpan rekod dan membuat persediaan bagi persembahan pengurusan. Menilai hasil program serta kos dan melaporkan kepada pengurusan. d. Menguatkuasakan disiplin bekerja secara berkumpulan. vii. Menghadiri mesyuarat secara tetap. vi. iv. iii. Melatih ahli-ahli mengenai teknik penyelesaian masalah dengan bantuan fasilitator di mana perlu. dan viii. Mengelolakan mesyuarat dengan teratur dan berkesan. Mengesan kemajuan Kumpulan. vii. c. Tn Hj Zawawi Hj Itam Osman . ii. Jawatankuasa Pemandu KMK JMM Pengerusi: Y Brs. Ahli-ahli KMK Ahli-ahli KMK yang dipilih memainkan peranan seperti berikut: i. dan iv. En. iii. v. Ketua Kumpulan yang terdiri dari ketua-ketua Unit atau pekerjapekerja yang dipilih mempunyai peranan seperti berikut: i. Bertanggungjawab terhadap kelancaran aktiviti-aktiviti Kumpulan dan memupuk semangat kerjasama dan harmoni. Mengenalpasti masalah-masalah. Menumpukan usaha menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja.

Mohd Razaimi Hamat En. 7. Pn Zarinah Sarifan (KMK 1) 2. Mohd Harris Faizal Abd Jalil Fasilitator KMK JMM Fasilitator: 1. Mahani Muhammad En. 5. Juana Saerah Jamaluddin En. Pn. 3. 3. Pn Eyo Leng Yan (Ketua) 2. 6. Pn. En. Samsol Sahar (KMK 2) Kumpulan KMK 1 Ahli Kumpulan KMK 1 1. 4. 7. En. 9. 2. 6. Farizawati Sabri Pn. Farizawati Sabri (Ketua) En. Suhaimi Osman Cik Zaitun Isa Cik Zaitun Abd Rahim Kumpulan KMK 2 Ahli Kumpulan KMK 2 1. Zainal Ariffin Pn. 8. 9. Zamrul Amri Zakaria En. 8. Mohd Syahrul Abd Ghani En Mokhtar Tamby Ahmad Pn. Nor Hanisah Ahmad En. 4. Mohd Harris Faizal Abd Jalil . Abd Jamil Mohd Nor Pn Azian Othman En. Saiful Bahari Mohd Sabtu En. 5.2.

Brahim Musa . 4. 9.3. 7. Abd Jamil Mohd Nor Cik Hajah Hamidah Kusnan Pn Nor Asmah Abu Samah Cik Clarice Ak Pain Cik Siti Rokiah Ibrahim En Azmi Ahmad En. 8. En. 6. 5.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful