HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 Definisi Muzik Hampir semua orang pernah mendengar perkataan muzik dan mungkin ramai

juga yang mengatakan yang ia tahu maksud perkataan muzik. Tetapi untuk mendapatkan persetujuan tentang definisi muzik mungkin tidak begitu mudah. Pada amnya adalah diakui muzik adalah sebagai satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyibunyi vocal dan atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu. Bunyi burung, semboyan keretapi, azan dari masjid, bacaan quran, bunyi kipas dan bunyi-bunyi lain yang didengar dipersekitaran boleh didefinisikan sebagai muzik juga. Bahasa Arab, pengertian muzik adalah sebagai handasah alsawt yang bermaksud ‘ kejuruteraan bunyi secara artistic ‘. Sebenarnya muzik adalah satu perkataan yang telah diwarisi daripada ceerita-cerita dongeng zaman purba Yunani diberi nama sebagai “ muses “ yang bermaksud semua bentuk seni halus termasuk muzik. Tetapi pada hari ini perkataan muzik ini digunakan secara universal dan bermaksud seni bunyi-bunyiaan. Pengenalan Muzik memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Malah kanak-kanak lebih mudah belajar melalui muzik daripada pembelajaran secara formal. Kanak-kanak mulai belajar muzik sejak dari tadika lagi, kerana dengan muzik dapat membangkitkan semangat yang ada dalam diri kanak-kanak itu untuk terus belajar. Perasaan ingin tahu dan belajar secara lebih mendalam lagi dapat diterapkan melalui muzik. Muzik dapat membantu perkembangan holistic kanak-kanak dari segi intelek, emosi, jasmani, dan rohani. Muzik juga dapat memberi kepuasan, ketengan dan juga kegembiraan di samping dapat berinteraksi dan berkomunikasi secara ekpresif semasa

1

HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 menyanyi, bermain alat dan membuat pergerakan. Muzik juga dapat membantu kanakkanak dalam mengekspresi emosi dan memberi kepuasan estetik serta dapat meluahkan perasaan melalui muzik yang dinyanyikan, dimainkan atau didengar. Dengan adanya muzik dapat membuka peluang kepada kanak-kanak memberi respon secara fizikal melalui pergerakan, tarian, dan ianya dapat meningkatkan pemahaman budaya murid-murid mengenai pengenalan bangsa, agama, adab resam, dan kebudayaan masyarakat berbilang kaum. Muzik juga dapat memupuk nilai patriotisme kanak-kanak dan dengan muzik juga dapat menciptakan lagu, irama, pemahaman, tentang konsep muzik dapat menajam dan memperkembangkan lagi intelek kanak-kanak. Pengenalan Asas Muzik Biasanya apabila disebut muzik, kita akan teringat kepada lagu-lagu nyanyian, Mainan alat-alat muzik, seperti gitar, dram, piano, dan sebagainya, atau mendengar lagulagu dari radio, televisyen, kaset, cakera padat dan lain-lain. Muzik mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan kita. Oleh itu pada hakikatnya tidak ada orang yang sepatutnya berkata “ Saya tidak suka muzik “. Melalui muzik seseorang itu akan dapat melahirkan dan mengatakan kegembiraan, keriangan, kesedihan, kemarahan, kedamaian, kemenangan, kekalahan, kekuatan dan lain-lain, fenomena kehidupan. Muzik boleh menggambarkan emosi seseorang mahupun boleh menggantikan pernyataan melalui pertuturan atau tingkah laku. Kegiatan muzik merupakan satu saluran yang sangat penting. Fahaman dan penglibatan pelajar dalam kegiatan muzik yang meluas dan sejagat akan dapat membantu masyarakat perhubungan dan kefahaman kemanusiaan.

2

HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 Muzik dan Kanak-kanak Tidak ada kanak-kanak yang tidak berminat di dalam sebarang bentuk muzik. Kebanyakan bayi yang sudah boleh duduk atau berdiri akan memperlihatkan pelbagai gelagat dan gerakan apabila terdedah kepada muzik iklan. Juga, setiap ibu akan tetap mendengdangkan anaknya dengan pelbagai nyanyian dodoi, semasa mententeramkan atau menidurkan anaknya. Malah sebelum lahir, semasa di dalam rahim ibupun, pada umur kira-kira lima bulan, bayi di dalam kandungan ibu sudah di tenteramkan oleh rentak irama degupan jantung ibunya. Di bilik lahir di hospital, bayi yang baru diserahkan kepada ibu untuk dipangku rapat kepada dada kirinya. Tangisan bayi ini akan berhenti dengan segera apabila mendengar semula degupan jantung ibunya. Inilah muzik semulajadi yang telah mendampingi kita semua sebelum kita lahir. Malah rakaman kaset bunyi degupan jantung ini pernah di pasarkan untuk mententeramkan anak yang baru lahir.. Maka tidak hairanlah mengapa semua kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk memahami dan menikmati muzik. Mereka juga dilahirkan kedalam alam yang kaya dengan pelbagai bunyi, dan sejak awal lagi mereka berinteraksi dengan pelbagai bunyi. Bayi mungkin mengenyitkan mata, menyuarakan kemanjaan atau teriakan, dan mengerakkan tangann, kepala atau badannya, terhadap sesuatu cirri bunyi, sama ada bunyi kayu yang di ketuk, logam yang berdenting, loceng yang berdering atau bunyi yang sedap dan menyenangkan, seperti suara ibu dan lain-lain. Dengan cara yang sama kanakkanak belajar mengenal dan memahami muzik, kerana muzik ialah bunyi yang terurus. Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang tidak boleh dipisahkan. Tanpa muzik bererti dunia bagi pelajar adalah kosong. Selain daripada itu muzik juga merupakan satu budaya kepada masyarakat. Pelajar senantiasa memberi respon kepada muzik dan akan merasa senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri apabila mendengar muzik.

3

bergerak. mental. tonality. Selain itu pengalaman muzik yang menarik akan membantu meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran lain. Peranan guru adalah kea rah memperkembangkan sifat-sifat yang merangkumi aspek emosi. Dengan penglibatan pelajar secara aktif dalam kegiatan muzik akan dapat membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal. berpura-pura dan mengambil keputusan sendiri. seperti irama. emosi dan social pelajar itu sendiri. Sifat cenderung kepada muzik yang sedia ada pada pelajar mempunyai peranan tertentu dalam proses perkembangan diri dari segi kualiti dan sahsiahnya. Mereka bernaluri. kreativiti. pemikiran dan motivasi sendiri. Akhirnya kanak-kanak belajar mengenal dan membezakan corak-corak bunyi muzik dan mengalami konsep-konsep muzik secara tidak langsung. ingin tahu. 4 . harmoni. mengajuk. suka menggunakan deria. nilai estetika dan etika tertentu. mencuba. tekstur dan bentuk. bermain. Secara inilah mereka menguruskan bunyi yang mereka gemar dengan perasaan. mencipta.HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 Asas muzik iaitu irama dan ton juga terdapat dalam amalan pertuturan dan interaksi harian. melodi. menyelidik. Kanak-kanak juga ialah insan pelaku. Muzik berperanan penting dalam usaha kea rah perkembangan ini.

pergerakan kod Konsep Muzik Ekspresi -dinamik -istilah -tanda isyarat Bentuk -pembinaan Bentuk ! frasa -jenis bentuk AB .triad .ABA Jalinan -monofoni -homofoni -polifoni 5 . Irama -corak irama -rentak -meter -tempo -detik Melodi -pic -skel -jeds -kontur -solfa -rangka lagu Warna ton -bunyi berbeza Harmoni .HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 (a) Secara individu anda dikehendaki menyediakan satu rumusan dalam bentuk pengurusan grafik tentang konsep muzik.apeggio .

4. 6 4 4 4 8 Tekanan-tekanan detik dalam meter 2. zapin. Sinkopasi 6 . minim. 6 4 4 4 8 Tempo Pelbagai tempo : lambat. 3.1 Irama Detik. inang. pendek bunyi dan rehat Nilai not dan nilai tanda rehat Nilai not : semibrif. Tekanan dan Meter Detik yang sekata Pembahagian meter 2. sumazau. semi kuaver. kuaver. krocet. kuaver Corak Irama Corak irama pada rentak : mac waltz. 4. sederhana Panjang.HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 1. joget. minim bertitik. 3. Corak irama pada Ostinato : ostinato irama. cepat. krocet. masri. Nilai Tanda Rehat : semibrif.

b. Konsep Melodi Melodi ialah rangkaian daripada beberapa ton atau sejumlah ton yang dibunyikan Secara berturutan. Melodi mempunyai sifat yang luas iaitu. menurun. Sifat Arah : melodi bergerak kedua arah. e. rendah atau tengah. menurun Biasanya melodi naik ke suatu kemuncak. turutan ‘ Conjunct ‘ ton yang bergerak satu langkah demi satu langkah b.HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 1. Sifat irama : Ia berasaskan meter dan nilai-nilai not yang berbeza. mendatar. bentuk dan kesinambungan. a. bertangga. Ia mempunyai haluan. menaik b. turutan ‘ Disjunct ‘ melodi yang mempunyai lompatan pic Pic Aras pic : pic tinggi dan pic rendah Jenis pergerakan pic : menaik. melompat Solfa : do re mi fah soh lah ti do re 7 . julat c. awal atau penghabisan melodi. Sifat Turutan a. Sifat dimensi : a. a. Sifat register : tingkat suara Register adalah tinggi-rendahnya ton dalam melodi. Tempat kemuncak boleh jadi di tengah. d. Sesuatu melodi boleh berada pada Register tinggi. Melodi ialah Satu turutan yang berbeza dari segi pic dan nilai.2. Melodi boleh juga mempunyai register yang berubah-ubah dan register inilah yang mempengaruhi kualiti melodi. panjang-pendek b.

bunyi alam sekitar.pentatonic . Perbezaan kualiti bunyi . melodic.3 Warna Ton Warna ton ialah kualiti bunyi hasil daripada berbagai ton terbitan. soh. bahan improvisasi.perubahan cara alat muzik dimainkan Kontor Melodi Naik dan turun Langkah dan melompat 8 .HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 Skel Skel Diatonik : major.kromatik Pic Skel Pentatonic. Warna ton digunakan untuk menerangkan tentang mutu bunyi dan suara ataupun alat-alat muzik.instrumental Kesan bunyi yang berbeza disebabkan oleh . mi. Warna ton pelbagai sumber bunyi : Suara. re. minor ( harmonic. dan la Ostinato Ostinato ialah ulangan frasa melodi biasanya dalam bahagian suara yang sama dan pic Yang serupa berterusan dalam satu komposisi yang panjang 1. perkusi badan. alat muzik.kombinasi bunyi . natural ) .vocal .skala pentatonic ialah skala lima nada yang terdiri daripada do.

4 Harmoni Penyusunan pic secara menegak kombinasi dua atau lebih pic melalui chart. suara dalam tekstur : melodi kaunter. ostinato bermelodi. 9 .5 Jalinan Monofomi Satu baris melodi tanpa iringan Muzik satu suara tanpa iringan Homofoni Satu melodi di iringi oleh kord System interpretasi yang berharmoni dalam siri muzik polifoni Polifoni Berbilang suara Dua atau lebih suara di gabungkan di mana setiap suara mempunyai melodi yang tersendiri. dron. nipis. jenis lapisan. 1.HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 Ulangan pic Conjunct dan disjunct 1. drone. Benda-benda yang digunakan sebagai alat untuk menghasilkan bunyi. Deskripsi tekstur dalam muzik solo dan muzik berkumpulan : tebal. Tekstur Cara melodi dan iringan di kombinasikan. ostinato dan descant kombinasi tiga atau lebih pic untuk membentuk kord kord major dan minor jenis iringan dalam harmoni : melodi kaunter. drone.

tone poem 1. ballet. Dinamik Dinamik ialah variasi tingkat bunyi dalam persembahan. ABA Frasa yang sama dan yang berbeza Ulangan yang kontras AB. Ciri muzikal ini ialah dinamiks. Gabungan aplikasi ciri muzikal boleh menghasilkan interpretasi tersendiri. beransur lembut 10 . oratorio. Symbol-simbol yang berkaitan dengan bunyi kuat atau lembut dalam muzik. simponi.6 Bentuk Pembinaan bentuk : frasa Jenis bentuk muzik : AB. istilah dan tanda isyarat. AABA Permulaan dan pengakhiran Rondo Tema dan variasi Kanon dan fugue Bentuk yang lebih besar seperti suite. Kekuatan atau kelembutan muzik dikaitkan dengan luasnya bilangan getaran yang dihasilkan bunyi. ABA.HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 Heferofoni Gaya improvisasi dalam siri muzik polifoni 1. lembut Perubahan dinamik Beransur kuat.7 Ekspresi Ekspresi Merupakan cirri muzikal yang mempengaruhi sesuatu persembahan vocal atau instrumental. concerto. opera. Aras dinamik : Kuat.

memang menjadi adapt pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Oleh itu penting bagi guru untuk menggalakkan pelajar untuk 11 . Untuk latihan menahan kesabaran dan penerapan nilai-nilai murni perlu ditekankan dalam sesuatu aktiviti permainan sebelum menjurus keperlawanan yang sebenar. b) Lisan Arahan yang dikemukakan secara lisan perlulah difahami dengan sebaik mungkn agar dapat difahami dengan jelas dan tidak salah ertikan. Terutama ketika sedang bermain. d) Emosi Emosi memainkan peranan penting dalam luahan ekspresi diri pelajar. Reaksi pelajar perlulah di dalam tahap sentiasa bersedia dan segala tindakan yang dibuat hendaklah tepat dan betul. Untuk itu menjadi tanggungjawab seorang guru agar dapat membantu pelajar supaya dapat mengawal perasaan apabila melakukan sesuatu perkara. Yang menang akan berperasaan gembira manakala yang kalah akan merasa kecewa. c) Reaksi Apabila melihat sesuatu masalah pelajar akan dapat membuat sesuatu tindakan yang tepat akibat daripada latihan dan pengalaman yang telah diterima. Perasaan atau Emosi yang ditonjolkan oleh pelajar kadangkala dapat diterima dan kadangkala dicemuh oleh individu-individu lain. dukacita dan sebagainya. Untuk itu beberapa latihan dan kemahiran perlu diadakan untuk mengawal perasaan. a) perasaan Perasaan yang dilahirkan merupakan hasil luahan daripada hati. riang. Kebanyakan pergaduhan atau perkelahian berlaku kerana arahan yang diterima secara lisan tidak jelas dan tidak difahami oleh penerima. Ia merangkumi perasaan sedih.HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 Bentuk Ekspresi Terdapat pelbagai bentuk/cara yang boleh dilahirkan oleh manusia untuk meluahkan perasaannya. Perasaan ini berkembang mengikut tahap umur dan pengalaman seseorang. Antaranya ialah.

Kongsep kendiri yang unggul berkait rapat dengan keupayaaan kawalan fizikal dan emosi.HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 menyertai aktiviti-aktiviti permainan supaya ia boleh mencetuskan suasana keriangan. Manakala sipenerima akan mengikut kehendak arahan tersebut. Tanda Isyarat Symbol-simbol yang digunakan dalam notasi muzik dengan maksud khusus. Oleh itu pengalaman-pengalaman jasmani bolelah dianggap sebagai salah satu cara terbaik yang boleh dimanfaatkan untuk memantapkan cirri-ciri konsep kendiri yang unggul itu. Kebiasaannya segala bentuk arahan yang berbentuk bukan lisan mudah difahami dengan jelas. e) Bukan Lisan Segala arahan-arahan yang bukan lisan dan gambaran-gambaran yang diperolehi akan ditafsirkan dengan sebaik mungkin agar tidak disalah tafsirkan. Untuk itu untuk meluahkan ide-ide yang bernas seseorang pelajar itu perlulah mengetahui kemahiran berfikir. bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Artikulasi Teknik tiupan dihasilkan Ornemun Not atau not-not tambahan yang dimainkan mengikut symbol tertentu Mud Deskripsi mud dalam muzik 12 . f) Idea Semua idea-idea dan kebolehan menjana minda perlulah digunakan di dalam melaksanakan ekspresi pelajar.

HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 Riang. sedih. takut dan tenang System Notasi Lambang not muzik dan Tanda Rehat Not Muzik Tanda Rehat 13 . bersemangat. cemas.

that word Would be ‘ SINGING ‘. Nyanyian Suara merupakan satu alat muzik yang semula jadi yang berkesan dan dimiliki oleh semua orang. merancangkan dua (2) aktiviti muzikal yang melibatkan kegiatan i. sedih. pembelajaran muzik harus dimulakan dengan alat semula Zolton Kodaly 14 . Ia merangkumi kedua-dua elemen seni dan sains di mana dua aspek mental dan fizikal memainkan peranan penting dan setara.“ if I were to try to express the essence of this education in one word. Kanak-kanak menggunakan suara sebagai alat untuk melahirkan perasaan gembira. “ Untuk menjiwai muzik. saying. Setiap aktiviti anda perlu ditulis dengan jelas dan terperinci.HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 (b) Secara esei. Jadi kanak-kanak. nyanyian ii. Justeru setiap pendidik perlu mengetahui cara menggunakkya dengan berkesan. iaitu suara mereka sendiri “. mengharap dan seronok. Nyanyian merupakan kegiatan penting dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dan asas yang terbaik dalam perkembangan dan kemahiran muzik. Hampir semua kefahaman dan kemahiran muzik boleh diperkembangkan melalui pengalaman dan kegiatan ynanyian di bilik darjah. permainan alat perkusi Anda dikehendaki mengaplikasi satu konsep muzik yang berlainan untuk setiap aktiviti. Cara yang baik bagi kanak-kanak menggunakan untuk menimba pengalaman muzikal ialah melalui kegiatan nyanyian.

b. gerakan. Oleh kerana muzik adalah untuk semua dan bukan segolongan kecil yang mempunyai hak istemewa dengan ini pengalaman muzik pertama perlu bermula dengan nyanyian di mana sesiapa sahaja boleh mengalaminya. c. Guru yang tidak berjaya menimbulkan minat dan motivasi dalam pengajaran nyanyian sudah gagal sebelum bermula. Mendengar dan mengenali melodi intro. Juga untuk memperkayakan imaginasi dan untuk mempertingkatkan daya pemikiran serta dapat memberi kegembiraan dan keseronokan dalam kehidupan. dan mengajuk lirik serta melodinya. Ini bererti 80% daripada kegiatan pendidikan muzik hendaklah ditumpukan kepada nyanyian. Kegiatan lain seperti aktiviti perkusi. d. nyanyian tonik solfa adalah bergantung kepada keupayaan dan minat murid-murud dalam nyanyian. Diiringi dengan muzik rakaman atau dimainkan oleh guru pada gitar / kibod. 15 . Kenapa belajar menyanyi?. Membuat gerakan bebas sambil mendengar rakaman dan menyanyi. huraian. Nyanyian ialah nadi utama dalam pendidikan muzik. Pada permulaannya. melodi sisipan dan melodi penamat. tetapi aktiviti nyanyian ini akan menjadi lebih menarik apabila murid-murid di beri peluang: a.HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 Suara adalah alat semulajadi yang berkesan. Memilih sendiri lagu-lagu yang mereka gemari dan member pandangan. Menyanyi adalah satu cara yang istimewa dalam penggunaan suara. Menepuk rentak irama sama ada mengikut rentak lagu atau detik pukulan. tentang lirik lagu. Kita semua belajar menyanyi unuk memperluaskan budaya dan memahami perasaan dan budaya sesebuah masyarakat. murid-murid akan belajar menyanyi. Secara mendengar guru atau penyanyi dalam kaset rakaman. e.

Kegiatan ensemble vocal diadakan bagi memastikan penglibatan semua pelajar secara harmonis dan seimbang.HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 Melalui nyanyian dapat memperbaiki kesihatan melalui pernafasan serta dapat memperbaiki kekuatan dan mutu suara dalam percakapan. Juga dapat mewujudkan warisan budaya kepada kita semua. pernafasan dan etnik pengeluaran suara. (a) Mari Menyanyi (i) Menyanyi lagu yang digemari-lagu beraksi .lagu pusingan dan . Serta dapat memberi kepuasan kepada diri sendiri dan orang lain. Melalui nyanyian juga dapat membina personaliti yang dinamik dan terpuji serta kualiti kepimpinan. Amalan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan disiplin diri dan kerjasama diutamakan dalam kegiatan ensemble. Ia juga dapat memperkuatkan daya ingatan dan konsentrasi seseorang. pendengaran. Juga dapat melepaskan perasaan yang kurang senang serta dapat membina keyakinan dalam diri seseorang itu. Antara kegiatan yang diadakan adalah seperti berikut . sebutan. Penerapan nilai-nilai murni juga dipupuk melalui lirik lagu terutama melalui lagu yang berunsur budaya tanah air masyarakat Malaysia. Penyampaian Konsep Muzik Dalam Aktiviti Muzikal Nyanyian Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur. Konsep muzik yang ditegaskan dalam bidang nyanyian ialah melodi dan irama.lagu suara berlapis (ii) Menyanyi secara spontan dan hafalan (iii) Menyanyi dengan menggunakan skor muzik 16 .lagu berentak tradisional .

(c) (i) Membuat latihan vocal dengan memberi tumpuan kepada latihan skel dan warna ton (ii) Membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur. urutan dan rangkai lagu dengan tumpuan kepada. corak irama. pernafasan pengeluaran suara artikulasi sebutan. melodi.pic. tempo. imama dan lirik seperti cara nyanyiannya. dan . lirik melodi cara persembahan: dan cara menyanyi 17 . dan postur (d) Meneroka dan Mengenal Muzik Nyanyian (i) Mendengar dan menyanyi dalam beberapa jenis jalinan suara seperti monofoni dan polifoni.HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 (b) Menyanyi Secara Muzikal (i) Menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan memberi penegasan kepada tekanan dan latihan sebutan berirama (ii) Menyanyi pelbagai jenis lagu dengan memberi tumpuan kepada : .ekspresi mengikut mud dan dinamik. (iii) Mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari aspek. (ii) Membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik seperti pic.

bongkah-bongkah batu dan kayu berongga secara tidak sengaja dan hasil bunyi dari ketukan dijadikan sebagai syarat atau suatu bentuk komunikasi bagi maksud tertentu. Sehingga kini sebilangannya masih mengalami proses evolusi yang berterusan dan menyahut perubahan masa serta perkembangan sains dan teknologi. lagenda dan tokoh. Manusia zaman dahulu mengetuk dinding-dinding gua. (vi) Memberi respon mengikut lagu dari segi perasaan dan pengalaman diri. Lama kelamaan ianya menjadi tradisi dan kebiasaan sebagai satu bentuk kesenian dan kekal sebagai adapt dan seni budaya suku kaum tersebut. 18 . ii. alam sekitar. Cara ketukan atau pola irama yang dimainkan juga digunakan bagi sesuatu upacara adapt kelompok kaum berkenaan. dipalu. Satu alat perkusi mungkin dicipta atau diubahsuai daripada bahan kayu. digoncang. logam dan pelastik dan mungkin diguna pakai dalam persembahan muzik sekarang mahupun masa depan. Alat-alat muzik perkusi lumrah didapati dalam muzik tradisional atau dalam sesuatu muzik etnik suku kaum di Malaysia khususnya. Sebahagian daripada alat perkusi ini digunakan di dalam persembahan orkestra masa kini.HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 (iv) Mendengar secara bebas dan berpandu dengan memberi perhatian kepada konsep muzik dan jenis muzik vocal (v) Berbual mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup. Permainan alat perkusi Pengenalan Alat-alat perkusi boleh didefinisikan sebagai alat-alat muzik yang bunyinya dihasilkan dengan cara diketuk. digores dan bermacam cara lagi yang bukan konvensional bagi menghasilkan bunyinya. (vii) Mendengar dan mengenali pelbagai jenis lagu yang berunsur tradisional dan lagu dari negara lain. Sejarah mengenai alat-alat perkusi telah lama wujud.

Contohnya seperti vibraphone. Alat-alat perkusi boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu alat perkusi berpic dan alat perkusi Tidak berpic atau tanpa pic. pendengaran. Terkandung di dalam bidang permainan alat muzik ialah amalan bekerjasama yang berlaku di dalam kegiatan permainan alat secara ensemble. rekoder dan pilihan beberapa alat tradisional tempatan yang difikirkan sesuai. xylophone. Cara bermain alat-alat perkusi tidak berpia ini berbeza di antara satu sama lain. digoncang. slentem. Seterusnya kegiatan dalam bahagian Ini memberi latihan asas untuk pendengaran secara selektif. gloken spiel. Alat-alat ini boleh memainkan melodi atau lagu. Konsep muzik yang ditegaskan di dalam permainan alat ialah corak irama. teknik permainan alat dan kreativiti melalui improvisasi susunan bunyi. Bidang ini menggalakkan pelajar meneroka dan mengeksperimen pelbagai alat muzik Termasuk penggunaan anggota tubuh badan mereka. Alat-alat Perkusi Tanpa Pic atau Tidak Berpic Alat perkusi jenis ini menghasilkan bunyi tanpa ketentuan pic dan kekal bunyinya. tubular. warna ton. Pelajar berpeluang merasai hasilan bunyi melalui penglibatan mereka bermain alat muzik. digesel atau digores. melodian. dan timpani. Alatalat perkusi ini hanya boleh dimainkan secara irama dan bukan tiun ( tune ). Alat Perkusi Berpic Alat perkusi jenis ini boleh dimainkan sekurang-kurangnya 2 not dalam pic yang tepat dan standard. bells. ditepuk atau diketuk. melodi dan ekspresi. Kebanyakan alat muzik yang digunakan di dalam permainan alat secara ensemble ini Ialah alat perkusi. gambang. caleste. Jenis alat perkusi yang dimainkan dengan cara dipalu. 19 .HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 Permainan alat muzik adalah untuk melatih pelajar dalam kordinasi mata. dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik.

Alat perkusi tidak berpic ini ialah mengenai bahan buatannya yang berbeza. pelastik serta kulit haiwan yang sudah tentunya menghasilkan bunyi ton yang berbeza. sleigh bells dan kayu tik-tok. kerincing. Contohnya bnyi gendang di mana lebih besar permukaan gegendangnya maka rendahlah bunyinya.HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 Tiap jenis alat perkusi tidak berpic ini terdiri daripada berbagai bentuk dan saiznya. Ada yang menghasilkan bunyi yang tinggi dan ada yang rendah tonnya. Ada alat perkusi yang dibuat dari bahan logam. Alat perkusi tidak berpic yang biasa dibekalkan di sekolah-sekolah rendah ialah seperti dram. Jika kecil permukaan gegendangnya maka tinggi atau nyaringlah bunyi yang dihasilkannya. A. kastenet. tamborin. Alat perkusi tidak berpic yang bentuk dan saiz yang berbeza menghasilkan bunyi ton yang tidak sama. Alat-alat genderang Yang memberi tekanan : -Dram tenor -Dram samping -Kastenet -Kayu tik-tok Yang memberi bunyi lanjut -Kerincing -Loceng -Simbal -Melodian 20 . maracas. kayu. Simbal tangan.

Simbal a. Berbeza dengan Handle Castanet. 1. 4. Pegang tali simbal dengan tangan kiri dan tangan kanan. trill 2. 21 . Kerincing Pegang kerincing dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan kanan. single stroke ii. 5. Loceng Pegang loceng dengan tangan kiri dan tumbuk tangan kiri dengan tangan kanan. Ketuk dari kiri ke kanan atau dari kanak ke kiri. Ketuk tepian luar kerincing atau tepian dalam kerincing. Pukul laying kedua-dua simbal ke atas dank e bawah. dipegang pada tangkai atau pemegangnya 3. Pastikan juga semua murid dapat peluang bermain semua alat gendering yang ada di sekolah. Pegang tali simbal dengan tangan kiri dan tumbuk tangan kiri dan ketuk bahagian tepi simbal dengan kayu pemukul dram dengan menggunakan tangan kanan. Kerincing dimainkan dengan dua cara iaitu : i. b.HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 B. Kastenet Pegang kastenet dengan tangan kiri dan ketuk dengan hujung jari tangan kanan. Cara memegang dan memainkan alat Guru hendaklah menunjukkan kepada murid cara memegang dan memainkan alat-alat gendering dengan betul. Kayu tik-tok Pegang kayu tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan kanan. Pastikan tangan kiri itu tidak terkena kerincing.

Dram samping juga dipanggil dengan nama dram getar kerana ada kawat bergetar yang dipasang di bahagian bawah gendang bagi mendapatkan bunyi getar ( snare ). Ketuk dram dengan kayu pemukul mengikut rentak dan teknik yang betul. Dram samping Pegang sebelah kayu pemukul dram dengan sebelah tangan kanan dan sebelah lagi dengan tangan kiri. Pegang tamborin dengan tangan kiri. dan mainkan dengan penjarian serta teknik yang betul. Dram samping boleh dilaraskan bahagian gegendang untuk mendapatkan bunyi yang tegang atau kendur. Tamborin Peganag tamborin dengan tangan kanan dan goyang mengikut rentak. mengikut rentak. Cara menggunakan tali galas khas ( strap ) sesuai untuk bermain sambil berkawat dalam sesuatu persembahan marching band. Ada beberapa nat berskru dipasang dibingkai alat tersebut bagi melaraskan ketegangan bahagian kulitnya. 9. Dram tenor Pegang kayu pemukul dram dengan tangan kanan. Dram samping dimainkan secara digalas alat itu atau diletakkan pada dirian khas. 8. 22 . Alat dirian khas untuk dram juga digunakan bagi permainan secara static atau setempat sahaja. Ketuk tepi tamborinatau kulit tamborin dengan hujung jari tangan kanan. 7. ketuk dengan kayu pemukul mengikut rentak tertentu dengan teknik yang betul. Bengkokkan jari tangan kanan seperti memegang bola dan letakkan jari di atas keyboard.HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 6. Melodian Cara A Masukkan tangan kiri dalam pemegang dibelakang melodian dan pegang dengan tegap. Mainan dram secara galas memerlukan tali galas khas yang dipasang pada alat itu yang boleh dilaraskan parasnya bagi keselesaan pemain. Dram samping memerlukan satu atau dua batang pemalu ( drum stick ) bagi memainkannya.

C. Bengkokkan dan letakkan jari di atas keyboard. tiap-tiap murid harus mempunyai alat peniupnya sendiri. Penyelenggaraan dan penyimpanan alat. c. keluarkan air liur dengan menekan kunci dihujung melodian simpan melodian dan bahagian meniup di dalam kotak dengan cara teratur untuk menjaga kesihatan murid. dan mainkan dengan penjarian dan teknik tiupan yang betul. Semua alat gendering dan alat muzik hendaklah disimpan di dalam sebuah almari khas. 23 . Bengkokkan jari tangan kanan seperti memegang bola dan letakkan jari di atas keyboard. Cara menjaga alat genderang/perkusi : i. b. dan mainkan dengan teknik serta penjarian yang betul. Murid hendaklah dilatih menyimpan alat gendering dan alat muzik dengan betul selepas menggunakannya.melonggarkan getar di bawah dram setiap kali sebelum disimpan .HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 Cara B Pegang hujung melodian dengan tangan secara sendeng 45 darjah. Dram . Cara C Letakkan melodian di atas meja.jangan meletakkan sebarang benda di atas kulit dram ii.disimpan secara berdiri tegak . Murid hendaklah digalakkan mengamal rasa tanggungjawab terhadap keselamatan alat genderang dan alat muzik kerana sebarang kecacatan akan menjejaskan kualiti bunyinya.jangan mengetuk dram dengan benda atau kayu yang tajam . a. Melodian selepas bermain.

Langkah ini dijalankan secara kelas. Alat perkusi tamborin ada berbagai bentuk dan saiz yang berbeza. dan lain-lain alat. Catatan : Pastikan setiap murid diberi peluang memainkan alat genderang Murid yang belum diberi alat gendering hendaklah digalakkan : menepuk tangan mengikut detik lagu atau rentak atau corak irama yang ditetapkan. kerincing. D. kumpulan dan perseorangan. dan corak irama yang ditetapkan. rentak.HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 iii. Langkah-langkah untuk menjalankan pengajaran genderang a. Pada kebiasaannya tamborin berukuran 8 hingga 10 inci. simbal. Lazimnya terdapat dua jenis tamborin iaitu yang ada kulit gegendang dan tanpa kulit gegendang. Tamborin disimpan secara baring dengan bahagian kulit di atas jangan letak sebarang benda di atas kulit tamboring Kastenet. Terdapat 2 pasang ceper loyang yang diletakkan di sekeliling bingkai tamborin. Membimbing murid menepuk tangan mengikut detik lagu. rentak. kayu tik-tok. Membimbing murid membuat beberapa latihan menggerakkan otot-otot tangan dan jari. Menunjukkan dan membimbung murid cara memegang alat gendering dan cara memainkanya. d. c.Harus disimpan di dalam kotak dengan teratur. dan corak irama yang ditetapkan. Kepingan-kepingan loyang ini menghasilkan lebih getaran bunyi bila diketuk atau di goncang. Langkah ini dijalankan secara kumpulan dan perseorangan. 24 . Membimbing murid memainkan alat gendering mengikut detik lagu. Ada yang mempunyai gegendang yang diperbuat dari bahan kulit lembu atau pelastik. menggayakan lakuan memegang dan memainkan alat genderang yang tertentu. b. Bentuknya lebih kurang seperti single headed drum. loceng.

sambil membuat gerakan tangan dan badan.suka jilat tangan .suka tunggu di pintu . -Putih bulunya . mengenal bunyi beberapa haiwan. Tunjuk gambar piano dan galakkan mereka mendengar. Bincangkan lirik lagu Anak Kucingku yang disayangi.HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 Aktiviti 1 Konsep : Lirik dan nyanyian lagu Anak Kucingku Objektif : 1.suka minum susu .manja dan tidak malu . 2. ii. 3. c. Nyanyian a. 25 . menepuk tangan dan mengenali bunyi piano. Lagu intro dimainkan dengan bunyi piano. Dengar seluruh rakaman dan belajar menyanyi dengan liriknya. Strategi : 1. Mencipta lirik baru untuk lagu ini. kemudian dengan lirik. Menyebut lirik lagu Anak Kucingku mengikut rentak irama.suka lompat ke atas riba b. Menyanyi lagu Anak Kucingku. dengan sebutan la…la…la…. Dengar rakaman lagu Anak Kucingku dan ikut melodinya dengan sebutan la…la…la… i. Belajar menyanyi dengan muzik minus one.

HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 2. Cuba ubah nama Anak Kucingku di dalam lagu ini kepada nama haiwan lain. Lirik baru a. Lirik dan rentak irama Setiap baris mempunyai rentak irama yang sama. Anak……………hijau bulu Dia manja tidak malu Suka hinggap di bahuku Oh anak……sayangku Anak ……………hitam bulu Sangat manja tidak malu Mengikut saya selalu Oh anak………sayangku kambing burung 26 . Ta ta A Di Oh Di Di Oh te ta ta ta tih di sa ta ri sa ta bu pin ta – a lu lu tu nak ku a a a a a cing pu ti ya cing lat mi ke cing sa man ja nak ku men ji su na ka ik dak ma Me nung gu yang ku ngan ku su ku ba num su Lom pat nak ku yang ku 3. Sebut bunyi rentaknya.

menjilat susu .menjilat bulu . Murid-murid meneka jenis haiwan daripada bunyinya : kucing.HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 Anak……………. gajah. Pura-pura membuat gerakan kucing seperti di bawah ini : . membuat bunyi dan gerakan haiwan i.melompat macam kuda .Ibu kucing bermain dengan anak-anaknya. . Guru sediakan kaset rakaman bunyi beberapa haiwan. burung. ii. apabila guru menamakan haiwan. . harimau.merayap macam semut -mencakar -mengejar .Ibu burung memberi ulat kepada dua ekor anaknya. . Buat gerakan : -berjalan macam gajah -berlari macam kuda -berenang macam ikan v. cicak dll. Murid-murid mengajuk bunyi haiwan ini.Kamu dengan ayah dan ibu di rumah. Lukis gambar : .bersembur marah ayam 27 . iii. ayam.melompat -mengeliat iv.mengiau . anjing.terbang macam burung .kuningku Sungguh jinak tidak malu Patut beras di tanganku Oh anak…………sayangku b.

tamborin. Membaca tonik solfa termasuk : re dan fa.a dan sa 28 . Mendengar dan mengenal nama empat alat muzik : piano. Objektif Murid-murid akan dapat : 1. gitar. tonik solfa do. violin. Strategi 1. re. Permainan perkusi ANAK KUCINGKU Jaga tiga not ini : Ta Dram 4 4 Kastanet 4 4 ta te ta . flut. 2.HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 Aktiviti 2 Konsep Perkusi. 3. fad an so. Memainkan alat perkusi membaca not sambil mengiringi lagu Anak Kucingku. mi. bunyi alat-alat muzik.

flut ) ii. piano ) iv. dan dengan bimbingan guru. Gitar iii. dipanjangkan ( violin. Violin iv. Tamborin. b. Piano ii. c. ditiup dengan mulut ( flut ) 29 . Mendengar bunyi empat alat muzik a.HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 Tik tok 4 4 Kerincing 4 4 2. Letak gambar kelima-lima jenis alat muzik ini di hadapan darjah dan suruh mereka tunjuk alat apabila bunyinya didengarkan ( daripada rakaman ). Dengar rakaman lagu Anak Kucingku. yang mana bunyinya boleh : i. dipetik talinya ( gitar. diketuk macam dram ( tamborin ) iii. Bincangkan. cuba kenal pasti bunyi alat-alat di bawah ini i. Flut v.

Asas muzik iaitu irama dan ton juga terdapat dalam amalan pertuturan dan interaksi harian. emosi. Terdapat tiga komponen 30 . Peranan guru adalah kea rah memperkembangkan sifat-sifat yang merangkumi aspek emosi. Sifat cenderung kepada muzik yang sedia ada pada pelajar mempunyai peranan tertentu dalam proses perkembangan diri dari segi kualiti diri dan sahsiahnya. dan social pelajar itu sendiri. Pelajar sentiasa memberi respon kepada muzik dan akan merasa senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri apabila mendengar muzik. Selain itu pengalaman muzik yang menarik akan membantu meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran lain. Di samping itu penekanan terhadap konsep muzik yang hendak disampaikan juga diberi penerangan secara teliti berserta dengan aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan semasa berinteraksi dalam pengajaran dan pembelajaran. nilai estetika dan etika tertentu. kreativiti. Selain daripada itu muzik juga merupakan satu budaya kepada masyarakat. Dengan penglibatan pelajar secara aktif dalam kegiatan muzik akan dapat membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal. Tanpa muzik bererti dunia bagi pelajar adalah kosong dan tidak bermakna.HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 Rumusan Muzik adalah sebahagian daripada alam hehidupan pelajar yang tidak boleh dipisahkan. mental.

muzik dengan gerakan dan permainan alat muzik. 31 .HBMS1203: Pengajaran Muzik 1 bidang penting yang diberi tumpuan di dalam mengajar pendidikan muzik iaitu bidang nyanyian.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful