Kandungan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu: 1.

Menggambar 2. Membuat Corak dan Rekaan 3. Membentuk dan Membuat Binaan 4. Mengenal Kraf Tradisional Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu. PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR Mengambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Ia boleh melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya sangat di tekankan. Aktiviti seperti lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek adalah aktiviti yang boleh di laksanakan semasa proses menggambar selain meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. Oleh itu pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan dapat di pelajari. Persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya boleh di tingkatkan.

Apa itu menggambar Mengambar adalah membuat atau menghasilkan gambar di mana ia adalah salah satu bidang daripada empat kegiatan yang terdapat dalam sukatan Pendidikan Seni Visual. Mengambar juga adalah penterjemahan atau penghasilan visual/ilustrasi sesuatu objek atau imej yang ada dalam minda secara dua dimensi diatas kanvas atau kertas. Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata

Marker pelukisan (rendering marker) .Krayon adalah lembut dan mempunyai kesan lilin .kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu.Kertas lukisan biasa sesuai di gunakan untuk pensel.8B) merupakan jenis pensel lembut . Ia terdapat dalam pelbagai warna yang cerah. . namun agak mahal. kertas sampul surat. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel . .Pen marker boleh membentuk kesan garisan tebal . pen.Lain-lain kertas seperti µbrown paper¶.Kapur boleh member kesan garisan yang tebal namun mudah terpadam (c) Jenis-jenis Kertas Lukisan . Selaian itu penggunaan alat tulis samada media kering atau basah.merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen.Pensil B (2B . Alat.Kertas Ingres . . . kertas tisu.dan kertas arkitek.Pensil warna mengandungi pelbagai jenis warna -Arang mampu menghasilkan kesan legap dan cepat member kesan kesan . majalah.Bod bristol . kertas pembungkus hadiah. kertas komputer.Alat. Media dan Teknik Murid akan lebih berminat menghasilkan kerja-kerja seni jika di beri alternatif dari aspek bahan iaitu jenis kertas yang mempunyai tekstur. arang atau krayon. berwarna atau tidak berwarna mempunyai fungsi tersendiri untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar. warna dan saiz yang berlainan seperti kertas surat khabar.Pensil HB adalah pensel jenis keras .Pen dan dakwatakan menghasilkan kesan garisan yang lebih halus . Media dan Bahan Jenis ± jenis alat tulis yang biasa di gunakan dalam menggambar adalah seperti .Kertas cat air pula lebih tebal dan berkualiti.Soft Pastel pula mempunyai pelbagai warna serta mempunyai kesan lembut .

membuat interpretasi pandangan atau merakamkan gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak.Kapur plaster KOLAJ Penghasilan kolaj adalah dengan cara memotong. menampal. MONTAJ . Jenis Warna yang lazim di gunakan ialah cat guac . cat Minyak.. dan Fresko . Ia memberi ruang kepada pelukis meluahkan perasaan. menggunting. mengoyak. menindih bahan-bahan di atas permukaan rata atau 2D . warna Air. warna Poster. CATAN Catan adalah hasil seni bahantara pigmen warna di atas permukaan rata.bahan terbuang. berbagai jenis kertas dan fabrik. cetakan atau mural. Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan. jenis kekacang. Unsur garisan amat di tekankan di mana ia adalah kerja asas untuk menghasilkan catan.LUKISAN Ia adalah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan di atas permukaan rata dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit seperti pensil warna dan krayon. Ia terhasil melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus atau alatan lain . cat Akrilik. Ia juga adalah terhasil secara spontan mengikut garak hati atau perasaan pelukis itu. cat Tempera.

Aktiviti montaj lazimnya menggunakan teknik memotong. peperangan atau alam sekitar. alam benda. image editing photography digunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj. figura dan corak huruf. GOSOKAN .Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama untuk menimbulkan mesej pengajaran. CETAKAN Cetakan adalah kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan blok atau plat ke atas permukaan rata. menampal dan mencantum. Ia boleh dilaksanakan melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat Teknik cetakan mono. diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) boleh digabungkan digunakan dalam aktiviti montaj. kecuaian. Namun. Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema lanskap. teknik cetakan timbul. (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. kemalangan.Teknik super impose. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatianpemerhati. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.

Untuk menghasilkan cetakan. barang dll) menggunakan sesuatu untuk menggosok.Mengikut Kamus Dewan. menggunakan pelbagai warna atau monokrom iaitu menggunakan warna putih dan hitam sahaja dan gosokan potongan kertas RESIS Menurut Glosari Seni Lukis. Pelbagai teknik gosokan boleh di teroka iaitu gosokan satu lapis dan satu arah sahaja.Menurut Glosari Seni Lukis pula gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan. pensel. gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang kali atau berulang kali dari arah dan sudut yang berlainan. bergesel.. menggosok dengan (tangan. secara pusingan. resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan.Lilin bertindak sebagai pelindung kepada warna asal atau menghasilkan garisan di atas permukaan ketas. . murid boleh menggosok dakwat. Gosoka adalah proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan serta member ruang kepada murid meneroka proses mengambar menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka.Warna pada resis kain dapat di kekalkan dengan menggunakan . maka canting diperlukan untuk membuat garisan lilin bagi menghasilkan corak batik. Sekiranya kain di gunakan. gosokan bermakna bergeser.

kad ucapan. Dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. corak. Kayu. rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut. seperti permukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas.Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik. Makna kedua ialah menghambur ke sana sini.Percikan boleh dihalang dengan menggunakan sesuatu objek atau kertas yang boleh di ubah kedudukannya untuk mengahasilkan kesan tindanan apabila warna kedua dipercikkan. Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis.Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. cat air dan lilin. memantul berselerak ke sana sini. . mengetuk. menyebabkan berpercikan. menyembur dan memercik boleh menhasilkan percikan. Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan2 yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak. Makna ke tiga ialah sesuatu yang memercik. merenjisi. Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap. paku atau plastic di gunakan untuk melakar gambar di atasnya .Sodium silikat . warna-warna basah dan kertas. Setelah selesai. GURISAN Alat yang tajam di perlukan untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. MOZEK . Aktiviti seperti mendetik. tumbuh-tumbuhan. Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas didalam proses penghasilan batik lukis dan batik canting. merenjis. setem dan catan. PERCIKAN Glosari Seni Lukis menyatakan bahawa percikan adalah corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat.

Mozek dalam bentuk foto boleh terhasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema /tajuk. Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas. Ia menekankan perkembangan imaginasi. menggambar merupakan satu cara untuk berkomunikasi dengan orang lain. mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca. kreativiti dan ekspresi diri murid. di susun di atas dinding.Biasanya ia disusun secara bersebelahan dan tidak bertindih. . Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan RUMUSAN Bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid dari aspek k melukis dan membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.Selain itu.Glosari Seni Lukis. bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. kayu. lantai atau permukaan yang tidak rata untuk menghasilkan pantulan /kilauan. marmar atau pecahan tembikar. Mozek juga boleh menghasilkan gambar atau corak hiasan dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca. marmar dan seramik (tessera). meluahkan perasaan atau menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik b) MEMBUAT CORAK DAN REKAAN . STENSILAN Menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.

Corak tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai namanama tertentu yang berunsur tradisi. Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis. Ia terdiri daripada motif flora.TEORI MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Definisi Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur. fauna. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan. . termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Motif ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. mengayak. meniup. menggolek dan sebagainya. geometrikal dan organik. PENGHASILAN CORAK Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu: a) Corak Terancang b) Corak Tidak Terancang Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. terancang atau secara bebas.

Susunan Beralun Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang sekata atau tidak. Susunan Batu Bata Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya. Motif akan kelihatan dalam posisi yang bertentangan. Susunan Berselang Seli Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik dan teratur. Susunan Berpusat Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Susunan Bertimbal Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang sama atau berbeza. Motif . Susunan Bertindih Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain sehingga membentuk corak yang menarik.JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK DAN REKAAN Susunan Ulang Sekata Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan.

oktagon dan sebagainya. Ikatan dan celupan Teknik ikat dan celup yang biasa digunakan ialah simpulan.Bahan yang berasaskan minyak akan terapung diatas permukaan dalam semua arah mengikut aliran bahan tersebut. lipatan dan jahitan. ikatan. coraknya yang terhasil adalah kecil. segi empat. Antaranya melalui kegiatan seperti: Corak tidak terancang secara: Pualaman Pualaman adalah satu penghasilan corak teknik cetakan mono dimana warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit dimana sejenis catan yang tidak bersatu antara air dan minyak di gunakan. Garam digunakan sebagai bahan penyerapan. Haji Che Su b. Titisan Warna akan di titiskan menjadi motif yang menarik. sebaliknya jika dicelup cetek. Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang besar.ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan. hexagon. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Ishak adalah antara tokoh batik yang terkenal di Malaysia. . Teknik ikat dan celup dalam batik juga dikenali sebagai batik pelangi. Tiupan Warna air di tiup sama ada terus di atas kertas atau menggunakan straw untuk menghasilkan corak seperti ranting pokok. Corak pualaman boleh di jadikan sebagai kulit buku.

Kolaj dan kaligrafi 3. Mencipta reka corak renjis melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan. Cetakan. Resis . alat dan teknik penghasilan. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: Alat dan Bahan Penggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam proses penghasilan karya Membentuk dan Membuat Binaan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan. struktur. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan.Renjisan dan percikan Ia didefinisikan sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corak terancang atau tidak terancang dengan cara semburan. semasa menjalankan proses penghasilan seni. ruang. Corak terancang secara: Lukisan. Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan . Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. imbangan dan kestabilan. Catan. Capan. Membentuk dan Membuat Binaan Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk. percikan atau tiupan. Lipatan dan guntingan.

plastersin. guntingan. Teknik penghasilannya adalah kimpalan. tanah liat. Arca timbul Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. luakan dan sebagainya. kertas yang sesuai untuk origami. Cantuman. lipatan. guntingan dan luakan.seperti tanah liat. pembungkusan . serbuk papan. Asemblaj Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan objek membentuk satu konsep yang bermakna. Lipatan . cantuman. Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan seperti teknik picitan. pembungkusan. sabun dan sebagainya 4. Mobail . Potongan. kayu. binaan atau asemblaj. Teknik-Teknik Membentuk dan Membuat Binaan Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau membuat binaan. tampalan. kertas tumbuk. cantuman skru/paku atau gam. binaan. Antaranya ialah melalui teknik picitan. potongan. Ia boleh dihasilkan secara acuan.

Contohnya model buahbuahan. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . lakonan. Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama. berputar atau berombak. ikatan. Model Bentuk yang digubah untuk tujuan membuat sesuatu objek konkrit. didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. gam. skru dan lipatan. Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Digantung untuk menjadikan objek bergerak. nyanyian dan cerita. puisi. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan. gam dan kimpalan. acuan atau binaan. Mobail biasanya digantung di atas siling. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yang ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. Ianya boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan. Objek yang hendak disusun boleh digantung. Diorama Gubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu cerita. Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Bahan-bahan yang selalunya . fenomena atau peristiwa. maklumat. skru dan acuan. skru.Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak . berputar atau berombak. Teknik yang lazimnya digunakan dalam penghasilan diorama adalah cantuman. Stabail Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail. kimpalan. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Teknik yang biasa digunakan untuk menghasilkan arca mobail adalah kimpalan. Antara teknik yang digunakan adalah gam.

assemble dan ukir. pita pelekat. binatang. buah-buahan. meraut. . 2 Alat permainan yang lazimnya di mainkan selepas musim menuai seperti wau dimana proses yang terlibat adalah memilih buluh. Boneka Model yang mewatakkan figura manusia. Alat domestik ialah alatan yang biasa di gunakan untuk aktivti seharian seperti senduk di buat daripada tempurung kelapa. membina rangka. Tekniknya ialah luakan. Mengenal Kraf Tradisional Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turuntemurun. pengokot . menampal kertas dan corak. gam. kertas warna. gam. serta tenggala daripada kayu.digunakan untuk menhasilkan diorama adalah seperti kotak kosong. benang dan bahan hiasan yang sesuai. serangga dan lain-lain. Teknik yang digunakan adalah lupatan dan guntingan. plastik lutsinar. Di sekolah rendah. Topeng Objek konkrit yang dibentuk melalui lipatan atau konsep topologi. murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti: 1. Teknik untuk penghasilan boneka adalah jalitan. kukur kelapa diperbuat daripada besi dan kayu. kimpalan dan skru. 4. plastisin.

Prosesnya agak rumit . rotan. lawi ayam. 7.batik lukis atau batik canting .3. Perhiasan diri (ornamen) seperti manic. mahupun tebar layar. lidi. Batik merupakan sejenis kraf yg dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mewarnakan kain. Batik boleh di hasilkan melalui kaedah batik tulis. Tekat merupakan tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang ke atas kain dasar dari jenis baldu. Ukiran kayu adalah kraf tangan untuk menghiasi rumah seperti hiasan pada bahagian pintu. Setelah bahan campuran lilin dipanaskan. dan sumpit. 8. persiapan pemidang. Anyaman adalah satu proses menjalin atau menjaring-jaringkan helaian daun buluh. 5.atau paku pakis ribu ± ribu dengan menggunakan cara serta peraturan tertentu melalui teknik menyelang-yelikan antara satu sama lain. lembing. 9 . Kain diregangkan untuk proses melakar motif dan corak menggunakan pensil. bertam. tombak. Alat pertahanan diri pula seperti keris. Teknik mengukir sepertu bunga timbul atau papan tebuk adalah yang paling digemari . siling. Ia melibatkan proses dimana kain akan dibasuh untuk membuang kanji seterusnya dikeringkan. 6. tumbuk lada. Proses adalah penciptaan motif. proses melakar diatas fabrik dibuat menggunakan canting seterusnya bahan warna disapu pada motif. dinding. Tenunan pula adalah seni kraf tekstil paling popular kerana hasilnya yang halus dan bermutu tinggi mencerminkan kreativiti dan kemahiran penenun. 4. membentuk mempulur dan akhirnya menyulam. rantai atau hiasan kepala.

Selain itu pelajar akan lebih menghargai diri sendiri dan alam sekitarnya seterusnya menjadi inspirasi kepada mereka untuk menghasilkan karya yang bermutu dan berprestij. kayu pembentuk dan papan gelek Rumusan : Pendidikan Seni Visual menekankan kepada aspek perkembangan kognitif selaras dengan emosi pelajar untuk melahirkan atau mencetuskan idea kepada penciptaan baru atau meluahkan idea ± idea yang tersemat di kalbu mereka dalam pelbagai bentuk demi mempertingkatkan kemahiran pelajar. pengayak. Ia memiliki pelbagai medium untuk menghasilkan karya bukan hanya sekadar menghasilkan lukisan secara manual apatah lagi catan yang sememangnya menjadi titik kelemahan saya hingga saya meminggirkan Pendidikan Seni visual. dawai pemotong. Tembikar adalah sejenis barang kraf yg dihasilkan daripada tanah liat. Proses anyaman dimulakan dengan lagang iaitu bilah daun dibentuk menjadi V. Refleksi : - Sesungguhnya tugasan ini telah membuka minda saya untuk memahami Pendidikan Seni Visual dari perspektif yang lebih fleksibel dan kreatif. Anyaman yang tidak bercorak kelerai dipanggil ghadas. penggelek. Alat yg digunakan adalah pisau.dimana daun akan dilayur supaya tahan lama. Daun akan di lurut supaya mudah di anyam seterusnya di rendam dalam pewarna. Jangka digunakan untuk melerai daun menjadi saiz tertentu. 10. Kelarai adalah corak atau motif berbentuk dam. Ia dibentuk kemudian dibakar. Kepelbagaian teknik mengammbar membuat saya lebih fleksibel . pinggan.

namun kepuasan dan keseronokan melaksanakan kerja amali itu lebih utama. Penerbitan Pelangi . Bangi.com/2009/12/menggambar. Selangor 2010 wareyzseni.blogspot.dan optimis untuk meneroka dan cuba menghasilkan pelbagai karya pada masa akan datang memandangkan pada ketika ini tiada ruang untuk saya menurunkan ilmu yang di perolehi kepada pelajar. Pendidikan Seni Visual SPM.htm . Sememangnya. tertanam hasrat untuk memperbaiki hasil karya dan meneroka pelbagai teknik yangtidak pernah di rasai selama ini. Apapun. saya mula mengorak langkah meminati Pendidikan Seni Visual yang sememangnya tidak pernah bertempat di hati saya. Kathleen Chee. Walaupun karya yang terhasil kurang berkualiti. Rujukan :- Focus Goal.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful