KHURAFAT • MAKSUD Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada

hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat • CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial membuang ancak bagi menghalau hantu mengunjungi kubur yang dianggap keramat FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT menyebabkan syirik dan batal iman membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik

pada 8hb Sya‘ban 1428H bersamaan 21hb. Manakala persoalan azimat adalah antara persoalan-persoalan yang diperincikan huraiannya oleh para ulama Islam. Anjuran Jabatan Perdana Menteri. bertempat Dewan Serbaguna. unsur khurafat juga dikatakan boleh menyumbang ke arah pembantutan kemajuan dan kecemerlangan ummah dalam kehidupan hariannya di dunia ini. Mudah-mudahan usaha yang kecil ini bakal memberikan maklumat-maklumat yang berguna bagi para pembaca sekalian. sehingga mereka berada dalam keadaan ketakutan dan tidak bebas untuk melaksanakan tuntutan sesuatu tugas dengan sempurna. Kertas yang tidak seberapa ini. saya dengan rendah hati mengalu-alukan apa-apa sahaja teguran dan pandangan yang membina. Di samping itu. Berakas. Sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke 61 Tahun. Dalam Islam. Hal ini boleh terjadi menerusi halangan-halangan dan sekatan-sekatan psikologi ke atas orang yang meyakini sesuatu unsur khurafat. Ini kerana persoalan yang dinyatakan itu mempunyai kaitan yang amat rapat dengan akidah seorang Muslim. Ogos 2007. semua perkara yang berkaitan dengan akidah dalam kehidupan seseorang Muslim mestilah sentiasa berada dalam keadaan yang jelas dan pasti. insyallah akan menjelaskan beberapa perkara khusus mengenai hukum beramal dengan khurafat dan azimat dan perkaraperkara yang berkaitan dengannya. telah memberikan panduan dan hukum yang jelas yang berkaitan dengan persoalan-persoalan tersebut agar manusia akan terus terbimbing ke jalan yang diredhai Allah. Definisi Khurafat Perkataan khurafat berasal daripada perkataan Arab yang bererti cerita bohong. akan terselamat dari tipu daya dan helah syaitan serta golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab dan juga dari amalan-amalan yang boleh membawa syirik kepada Allah yang bakal membawa kerugian kepada dirinya.HUKUM BERAMAL DENGAN KHURAFAT DAN AZIMAT 1 Oleh: Haji Mazanan bin Haji Yusof Pendahuluan Persoalan khurafat dalam keadaan-keadaan tertentu dikenalpasti sebagai faktor yang boleh menyumbang ke arah penggugatan keteguhan pegangan akidah ummah. ia tidak boleh sekali-sekali dibiarkan dalam keadaan ragu dan tidak menentu. 1 Kertas kerja ini dibentangkan di Majlis Ilmu Daerah Brunei/Muara. Dalam hal ini. Islam sebagai agama Allah yang terakhir untuk kesejahteraan manusia.2 Istilah khurafat telah muncul sejak Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam masih . Jabatan Bomba Dan Penyelamat. 2 Bagi para ilmuan Islam yang menatap kertas ini. Begitulah juga dengan khurafat kerana kesilapan di dalam menangani isu-isu tersebut boleh membawa kepada syirik. dongeng dan tahyul atau sesuatu yang tidak masuk akal.

atau setiap 2 Ensiklopedi Hukum Islam. Seseorang itu boleh dianggap mengamalkan perkara yang khurafat apabila dia berpegang dan . 3 Menurut Kamus Mu‘jam al-Wasit. Dalam konteks aqidah. khurafat bermaksud bid‘ah aqidah yang merupakan kepercayaan kepada sesuatu yang menyalahi syariat yang dibawa oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Lantas salah seorang isteri Baginda berkata: “Wahai Rasulullah! Cerita itu adalah cerita khurafat. Ia juga boleh diertikan sebagai amalan yang tidak mempunyai hakikat kebenaran. manusia tidak mungkin hidup bersama dan tinggal dengan makhluk jin. beliau menceritakan tentang pelbagai peristiwa dan kejadian yang aneh dan menakjubkan yang pernah beliau saksikan dan alami semasa berada bersama dalam kelompok jin tersebut. sebab bagi mereka. hlm 936-937 3 perkara yang menarik dan menakjubkan. yang berbeza situasi dan alamnya sekalipun cerita itu menarik dan menakjubkan. ‘Amir meriwayatkan daripada Masruq bahawa ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha telah berkata: ‫حد َ ث رسو ُ ل ال صلى ال عليه وسلم نساءه ذات َليلة حديثا َفقالتْ امرأة‬ ٌَ ْ َ َ ً ِ َ ٍ َْ َ َ ُ َ َ ِ َ َّ َ ِ ْ َ ّ َّ ّ ُ ِ َُ َّ ‫منهن يا رسو َ ل‬ ُ َ َ ّ ُ ِْ ‫ا ّ كا َ ن الحدي ُ ث حدي َ ث خرافة فقا َ ل َأتدرو َ ن ما خرافة إن خرافة كا‬ َ َ ََ ُ ّ ِ ُ ََ ُ َ ُ َْ َ َ َ ََ ُ َِ َِ ْ َ ِ ‫ل‬ ُ َْ َ َ ْ ُ ْ ِ ُ َ ‫َ ن رجل من عذرة َأسرته‬ ً ‫الجن في الجاهلية َفم َ ك َ ث فيهن دهرا َ طويل ُثم ردوه إلى النس َف َ كا َ ن‬ ِ ْ ِْ َ ِ ُ َّ ّ ً ِ ًَْ ِّ ِ َ ِ ّ ِِ َ ْ ِ ّ ِ ْ ‫يحد ُ ث الناس بما رأى‬ َ َِ َ ّ َّ ُ ‫فيهم من العاجيب فقا َ ل الناس حدي ُ ث خرافة‬ َ ََ ُ َِ ُ ّ َ َ ِ ِ َ َْ ْ ِ ْ ِ ِ (‫)رواه أحمد‬ Maksudnya: “Telah bercerita Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan para isterinya tentang sebuah cerita pada suatu malam. (Mendengar cerita itu). perkataan khurafat ialah cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuraduk dengan perkara dusta. Bahkan Baginda sendiri telah menjelaskan kepada umatnya tentang istilah dan pengertian khurafat.” (Hadis riwayat Ahmad) Bertitik tolak daripada peristiwa tersebut. Maka dia hidup bersama mereka dalam satu tempoh yang lama. Selain itu. orang ramai berkata: “Ini adalah cerita khurafat”.hidup. maka ungkapan khurafat digunapakai untuk merujuk kepada setiap cerita ataupun percakapan dusta. Kemudian lelaki itu kembali semula kepada kaumnya. ia merupakan perkara tahyul yang pada kebiasaannya tidak boleh diterima oleh akal.” Rasulullah bertanya: “Tahukah kamu apa itu khurafat?” Seterusnya Baginda bersabda: “Sesungguhnya Khurafat adalah seorang lelaki dari suku ‘Uzrah telah disembunyikan oleh makhluk jin di zaman Jahiliyyah. Manakala khurafat dalam Kamus Dewan pula bererti kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku. Ini kerana bagi masyarakat awam cerita (dalam riwayat di atas) itu tidak masuk akal.

hlm 276.beriktiqad dengan perkara-perkara yang bukan daripada ajaran Islam. Setiap malam Jumat. 1. jelas bahawa perkataan khurafat itu adalah merujuk kepada sesuatu cerita atau perkara yang dusta dan tidak masuk akal. Contoh-Contoh Perbuatan Khurafat Dan Pandangan Islam Mengenainya Di dalam kertas ini. membuat pemujaan dan percaya ianya membawa tuah dan menambah rezeki. telaga dan sebagainya serta memuja. Pemilik busut itu mendakwa telah bermimpi dengan seseorang yang dikatakan sebagai penunggu busut itu dan menasihatinya supaya busut itu dipelihara dengan baik. penulis hanya akan membawakan beberapa contoh amalan dan kepercayaan khurafat untuk dijadikan iktibar dan membuat sedikit ulasan mengenai pandangan Islam terhadap amalan dan kepercayaan berkenaan. percaya kepada benda-benda yang dijadikan sebagai benda keramat atau mempunyai kuasa luar biasa seperti pokok. memohon pertolongan pada benda-benda tersebut dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah Ta’ala. busut itu dipuja dengan membakar setanggi dan dibalut dengan kain kuning. busut tersebut dijaga dan dipagar dengan dawai besi. Berdasarkan pengertian yang disebutkan di atas. sekiranya engkau mengerjakan yang demikian. Contoh-contoh amalan dan kepercayaan khurafat itu adalah seperti berikut. Beliau memelihara busut tersebut dengan baik dan rapi di ruang bilik tamu rumahnya sejak tahun 1950an. Dalam Islam. 3 Ibid 4 Dato Paduka Seri Setia Prof. Ajaran Sesat Di Negara Brunei Darussalam: Satu Tinjauan. Pemujaan Terhadap Busut 4 Sebuah busut telah dipelihara oleh seorang tempatan yang beragama Islam. tidak munasabah dan tidak dapat diterima oleh akal yang waras. kubur. Oleh itu. Firman Allah Ta‘ala: َ ِ ِ َ ّ ِ َ ْ َ ْ ‫َ َْ ُ َ َ َض ّ َ إ‬ ‫و َ ل تدع من دون ال ما َ ل ينفعك و َ ل ي ُرك، َفِن َفعلت َفإنك إذا من‬ ً َ ِ ِ ْ ُ ْ ِ ُ َْ َ َ ِْ ِ ّ ‫الظالمين‬ ( (106 :‫سورة يونس‬ Tafsirnya: “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah. menegaskan bahawa perbuatan . 4 Sejak dari itu. yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu.” (Surah Yunus: 106) Menurut Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam dalam fatwanya tentang orang-orang Islam yang memelihara pungsu. Pemilik busut itu mempercayai bahawa ia mempunyai kuasa kerana dengannya pendapatan keluarga mereka semakin bertambah dan dipercayai tanah busut itu boleh mengubat penyakit gatal-gatal. maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu). Dr Awang Haji Mahmud Saedon bin Awang Othman & Awang Norarfan bin Haji Zainal.

hlm 9-18 6 . biasanya mempunyai maksud yang tertentu dalam pengubatan atau perubatan orang Melayu. Jika ini berlaku sudah tentu perbuatan sedemikian bertentangan dengan konsep akidah Islam. 2004. walaupun pada zahirnya harus. Menurut Fatwa Mufti Kerajaan.5 5 YDM. Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Upacara Pengubatan Mandi Di Wasai Mengadakan upacara atau pengubatan yang mensyaratkan para pesakit memakai kain kuning sepanjang 4 meter bagi tujuan mandi di wasai dan memberi minum 3 batang pokok untuk menghormati kawasan wasai tersebut. Firman Allah dalam hal ini: َ ِ ِ َ ّ ِ َ ْ َ ْ ‫َ َْ ُ َ َ َض ّ َ إ‬ ‫و َ ل تدع من دون ال ما َ ل ينفعك و َ ل ي ُرك، َفِن َفعلت َفإنك إذا من‬ ً َ ِ ِ ْ ُ ْ ِ ُ َْ َ َ ِْ ِ ّ ‫الظالمين‬ ( (106 :‫سورة يونس‬ Maksudnya: “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah. sebaliknya mempercayai pungsu sebagai mempunyai kuasa tersebut. Terbitan Jabatan Mufti Kerajaan. 6 YDM. Bahkan. bukit. bahkan boleh menjurus kepada perbuatan syirik. yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Biasanya pemilihan tempat seperti ini lebih menjurus kepada perbuatan atau amalan yang boleh menyesatkan seperti mempercayai tempat-tempat seperti itu mempunyai kuasa ghaib yang mampu menolong menyampaikan hajat. sekiranya engkau mengerjakan yang demikian. Terbitan Jabatan Mufti Kerajaan. Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Apakah istimewanya tempat-tempat yang sukar ini menjadi pilihan. hlm 1-11 5 2. warnanya itu ada kalanya dikaitkan dan dihubungkan dengan sesuatu kuasa ghaib selain Allah. namun ia menjadi tanda tanya dan sangat meragukan.” (Surah Yunus: 106) Adapun pemilihan kain berwarna kuning atau apa jua warna-warna lain.memuja pungsu dengan memberikan pakaian kuning dan memakaikannya dengan topi serta mendupa dengan setanggi pada tiap-tiap malam Jumat dengan kepercayaan bahawa pungsu itu mempunyai kuasa yang boleh membawa tuah atau menambah rezeki dan sebagainya adalah perbuatan sesat yang boleh membawa syirik kerana ia menafikan kuasa Allah yang Maha Pengurnia. maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu). Buku Fatwa Mufti Kerajaan Brunei.6 Negara Brunei Darussalam bahawa berubat dengan memilih tempat-tempat yang tertentu seperti wasai (air terjun). Jelas terdapat tanda-tanda yang lebih meragukan dan boleh menyesatkan akidah iaitu perbuatan memberi minum 3 batang pokok yang dikatakan untuk menghormati kawasan wasai (air terjun) itu. hutan atau seumpamanya. Buku Fatwa Mufti Kerajaan Brunei. Perbuatan ini sangat bertentangan dengan hukum syara‘ kerana ada unsur pemujaan terhadap pokok berkenaan. Oleh itu. 1999.

perkataan atau dengan niat. 7 Di dalam al-Qur’an terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan menolak kepercayaan terhadap yang selain daripada-Nya bagi mendapat kebaikan atau menolak keburukan. perkataan atau dengan niat. maka yang dikerjakannya itu tertolak. ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ّ َ َ ُ َُ ْ ِ ْ َ َ ْ ‫من عم َ ل عم ً ل َليس عليه َأمرنا َفهو رد‬ ََ َِ ْ َ (‫)رواه مسلم وأحمد‬ Maksudnya: “Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkerjaan (mengada-adakan) yang tiada di dalam agama kami. Antaranya firman Allah Ta‘ala: ُ ‫ق ْ ل َأفرأيتم ما تدعو َ ن من دون ال إ ْ ن َأرا َنى ال بضر ه ْ ل هن َ كشف‬ ‫ُّ ِت‬ َ َ ّ ُ ِ ُ َ ِ‫َ د‬ ِِ ُِْ ْ ِ ُ ْ َ َ ْ ُْ َ َ ٍ َ ْ َ ِ َِ َ ْ ِ ّ ُ ‫ضره َأو َأرادنى برحمة‬ ‫ه ْ ل هن ممس َ كت رحمته، ُق ْ ل حسبي ال عليه يتوكل المتوكلو َ ن‬ ْ ُّ َ َ ُ ْ ُ ّ َ َ ِ ِ ْ َ ُ َ ِ ْ َ ِ َِ ْ َ ُ ِ ْ ُ ّ ُ َ ( (38 :‫سورة الزمر‬ Tafsirnya: “Katakanlah (kepada mereka): “Kalau demikian. Orang-orang yang terlibat sama ada tukang ubat atau orang berubat hendaklah bertaubat supaya selamat akidah mereka daripada perkara-perkara syirik itu. sangat tersembunyi. Segala amalan dan kepercayan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Qur’an. maka perbuatan ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Oleh yang demikian. yang demikian hendaklah berhati-hati dan berjaga-jaga. jika ianya ada kaitan dengan pemujaan atau terdapat sebarang unsur kepercayaan.” (Hadis riwayat Muslim dan Ahmad) Perkara akidah pula adalah perkara yang sangat sensitif. Pelakunya hendaklah bertaubat kepada Allah supaya dia terselamat daripada perbuatan yang boleh membawa kepada syirik. bahawa benda-benda tersebut mempunyai kuasa penyembuh dan seumpamanya. Sayugia diingat bahawa perkara akidah itu adalah perkara yang sangat sensitif. berubat dengan mensyaratkan pesakit memakai kain kuning dan memberi minum 3 (tiga) batang pokok di kawasan wasai tempat mandi itu. tidak syak lagi ia suatu pemujaan kepada selain Allah. sama ada yang menyalahi itu dengan perbuatan. Hadis. ijma’ dan qiyas adalah ditolak oleh Islam. kerana perbuatan syirik itu sangat halus.Berdasarkan penjelasan-penjelasan di atas. Apabila tersilap ia boleh membawa kepada kekufuran. Hukum Beramal Dengan Khurafat Islam sangat menitikberatkan soal-soal aqidah. Ini sudah barang tentunya bertentangan dengan akidah Islam. sama ada yang menyalahi itu dengan perbuatan. maka pengubatan dengan mensyaratkan pesakit memakai kain kuning bagi tujuan mandi di wasai dan perbuatan memberi minum kepada 3 batang pokok untuk menghormati kawasan wasai itu. yang apabila tersilap ia boleh membawa kepada kekufuran. bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah selain dari Allah itu? Jika Allah hendak . boleh membawa syirik.

memohon pertolongan dan melepas nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain Allah Subhanahu wa Ta‘ala. tidak ada burung (seperti burung hantu) yang membawa sial. sial seseorang individu dan sebagainya yang terdapat di dalam amalan khurafat. telaga dan sebagainya. dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahaya-Nya itu. dan tidak termasuk dalam golongan kami melainkan (orang-orang yang beriman) sahaja.” (Surah az-Zumar: 38) Ayat di atas memperlihatkan konsep tawakkal kepada Allah dalam semua keadaan. Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda: َ ‫ل عدوى و َ ل طيرة و َ ل هامة و َ ل صفر‬ َ َ َ َ َ َ َ َِ َ ََْ (‫)رواه البخاري‬ Maksudnya: “Tidak ada jangkitan (yang berlaku tanpa izin Allah). Allah yang menyebabkan segala-segalanya. Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. sial majal hari dan bulan.” (Hadis riwayat al-Bukhari) Dalam Islam. tidak ada serangga yang membawa kerugian dan tidak ada bala pada bulan Safar (seperti yang dipercayai). Allah (yang menolong dan memeliharaku).menimpakan aku dengan sesuatu bahaya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Abu Daud) Sabda Baginda lagi: َ‫ليس منا من تَ طيرَأو تُ طيرَلهَأو تَ كهنَأو تُ كهنَلهَأو َحر ْأو‬ ْ َ َ ‫ْ َ ِّ َ ْ َ ّ َ ْ ُ ّ َ ُ ْ َ ّ َ ْ ُ ّ َ ُ ْ س‬ ُ َُِ ‫سحرَله‬ (‫)رواه الطبرانى‬ Maksudnya: “Bukan daripada golongan kami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan kesialannya atau menilik nasib atau minta ditilikkan atau menyihir atau minta disihirkan. kepada-Nyalah hendaknya berserah (bertawakkal) orang-orang yang mahu berserah diri. atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku. dan Allah akan menghilangkan syirik itu dengan tawakkal. Dalam satu riwayat daripada Ibn Mas’ud Radhiallahu ‘anhuma bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: َ‫الطيرة من الشرك َما منا ولكن ال يذهبه بالتوكل‬ ِ ّ َ ّ ِ ُ ُِ ْ ُ ّ ّ ِ َ ِّ َ ‫ّ َ َ ُ ِ ْ ّ ْ ِ و‬ َ (‫)رواه الترمذى وأبو داود‬ Maksudnya: “Menyandarkan keburukan kepada sesuatu adalah syirik. adalah syirik dan 8 bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah Ta’ala. serta memuja. Kebaikan dan kejahatan adalah daripada Allah. dapatkah mereka menahan rahmat-Nya itu? Katakanlah lagi: “Cukuplah bagiku. kubur. percaya kepada benda-benda yang dijadikan sebagai benda keramat seperti pokok.” (Hadis riwayat ath-Thabarani) Semua penjelasan daripada ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah . bukannya atas lintasan burung atau ramalan.

Kepercayaan sebegini adalah kepercayaan yang jahil dan sesat. Kadang-kadang ia juga berbentuk bacaan daripada al-Qur’an. hlm. ‘ruqyah’ adalah ayat pelindung yang ditulis dan digantung pada seseorang untuk mengelak ‘ain (kejahatan mata).7 Perbezaan Antara Azimat Dan Tangkal Berdasarkan pengertian di atas. limau kapas. azimat adalah bahan yang terdiri daripada tulisan yang ditulis pada kertas. Karachi. Ash-Shadaf bi Balsyarz. tetapi Baginda enggan mengakui taat setia lelaki yang seorang lagi. datang menghadap Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Sedangkan tiada yang dapat memberi keuntungan dan menolak bencana kecuali Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Mereka pun bertanya sebab keengganan Baginda. Manakala azimat pula berupa bahan tulisan yang mengandungi ayat-ayat pelindung sama ada daripada al-Qur’an atau selainnya. 1407H/1986. benang. tangkal adalah benda-benda yang digunakan untuk tujuan perlindungan atau penyembuhan sesuatu penyakit dan digantung pada anggota badan atau disimpan pada tempat-tempat tertentu. hlm. 309. Ia termasuk dosa besar dan membawa kepada syirik (menyekutukan Allah). kalakati/kacip. Beirut. bukan ada kaitan dengan kejadian-kejadian yang berlaku di dalam hidup ini yang boleh memberi kesan kepada kebahagiaan dan kecelakaan manusia. 274. Sabda Baginda: 7 Muhammad ‘Amim al-Ihsan al-Majdadi al-Barkati. Hukum Menggunakan Tangkal Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah. pemakaian tangkal biasanya ada kaitan dengan kepercayaan bahawa ia mempunyai kuasa atau kesan dalam mendapatkan kebaikan atau menolak kemudaratan. Definisi Azimat Menurut Kamus Dewan. termasuklah juga azimat dalam kategori tangkal kerana ia merupakan benda yang digantung pada anggota badan atau disimpan pada tempat-tempat tertentu untuk tujuan perlindungan. batu permata tertentu dan tulang binatang.Shallallahu ‘alaihi wasallam di atas. keratan kayu tertentu. Allah Ta‘ala sahaja yang mengatur segala-galanya. 9 Azimat dalam bahasa Arab digelar sebagai ‘ruqyah’ ( ‫ . kekejutan dan sebagainya. Qawa‘id al-Fiqh. memperlihatkan konsep baik dan buruk hanya daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. 10 . Lalu sembilan orang daripadanya telah mengaku taat setia kepada Baginda. 1418H/1998. 8 Abi al-‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin ‘Ali bin Hajar al-Makki al-Haitami. bencana dan sebagainya. kain.8 Peringatan ini ada disebutkan dalam hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada ‘Uqbah bin ‘Âmir Radhiallahu ‘anhu bahawa satu kumpulan yang terdiri daripada sepuluh orang. atau sisik tenggiling yang dipakai pada bahagian tertentu tubuh (seperti di pinggang) yang dianggap mempunyai sakti dan boleh mengelakkan penyakit. kunyit. Benda-benda itu ialah seperti inggu. Dar al-Fikr. Juz 1. Az-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair. Dalam hal ini. Juz 1.) رقي ٌة‬Menurut al-Majdadi َ ُْ Rahimahullah. ayat-ayat pelindung dan doa-doa ma’tsur.

maka ia telah menyekutukan Allah”. Maka orang itu pun memasukkan tangannya lalu memutuskan tangkal itu dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pun mengakui taat setia orang itu. ‫َأشرك‬ (‫)رواه أحمد‬ Maksudnya: “Sesungguhnya padanya ada tangkal. maka Allah tidak akan menyempurnakan baginya. Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir Radhiallahu ‘anhu. َفأدخ َ ل يده َفق َ طعها فباي َه.” (Hadis riwayat Ahmad) Berdasarkan hadis-hadis di atas. dan sesiapa menggantung wada‘ah (sebiji kulit siput). قا َ ل: َأما إنها َ ل تزيدك إل وهنا! انب‬ َ ِّ َ َ ِ َِ َ ْ ْ ِ َ ِِ َ َ َ َْ ‫__________ ذها عنك َفإنك َلو‬ ْ َ ِّ َ ْ َ َ ْ ‫مت وهي عليك ما َأفلحت َأبدا‬ ً َ َ ْ َْ َ َ ْ َ َ ِ َ ّ ِ . وقا َ ل: من علق تميمة َفقد‬ ً َ َ ُ ‫َ َ َ َ َع‬ َ َُ َ َ ْ َ َ ِ َ ِ ْ َ ّ ِ ً َ َْ . kamu tidak akan beruntung untuk selama-lamanya”. Baginda pun bersabda: ِ ْ ًْ َ ّ ِ َ ُ ِ َ ‫ويحك ما هذه؟ قا َ ل: من الواهنة.من تعلق تميمة َف َ ل َأتم ال َله، ومن تعلق ودعة َف َ ل ودع ال َله‬ ُ ً َ َ َ َ َّ َ ْ َ َ ُ ّ ّ َ ُ ً َ ِ َ َ َّ َ ْ َ (‫)رواه أحمد‬ Maksudnya: “Sesiapa menggantung (memakai) tangkal. Tanggalkanlah ia daripadamu.” (Hadis riwayat Ahmad) Dalam hadis lain juga ada menyebutkan akibat buruk menggunakan tangkal. Lantas Baginda meminta agar lingkaran itu ditunjukkan kepada Baginda. Maka adalah wajib menjauhinya supaya tidak berlaku . Azimat yang dibuat oleh orang-orang Jahiliah daripada perkara yang tiada difahami maknanya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ُ ّ َ ََ ‫. Hukum Menggunakan Azimat Adapun tangkal yang berbentuk azimat (yang terdiri dari bahan tulisan) menurut Imam al-Qurthubi Rahimahullah. kerana kalau kamu mati dan ia masih ada di badanmu. Lelaki itu pun memberitahu kepada Baginda bahawa lingkaran itu berasal daripada tembaga. Baginda pun bersabda: “Sesiapa yang menggantung (memakai) tangkal. penggunaan tangkal yang ditegah atau dikira suatu dosa besar itu ialah apabila ia diiktikadkan atau dipercayai boleh menolak bencana atau mendatangkan keuntungan. ada 3 jenis: 1. (‫)رواه أحمد‬ Maksudnya: “Celaka Engkau! Apa ini?” Lelaki itu menjawab: “Ini daripada jenis wahinah (tangkal bagi penyakit). maka Allah tidak akan memberinya ketenangan.” (Hadis riwayat Ahmad) Manakala hadis daripada ‘Imran bin Hushain Radhiallahu ‘anhuma mengkhabarkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah terpandang pada lengan atas seorang lelaki terdapat suatu halaqah (lingkaran).ْ َ َ ِ َ َ َّ ْ َ ‫إن عليه تميمة.” Sabda Baginda: “Sesungguhnya wahinah itu tidak menambahkan kamu melainkan menambahkan kelemahan pada tubuh 11 badan.

Berkemungkinan ayat yang tidak difahami itu mengandungi kata-kata sihir atau kufur. 353. Maka ia tidak termasuk dalam perkara yang wajib dijauhi dan tidak juga termasuk dalam perkara yang disyariatkan dalam memohon pertolongan kepada Allah serta memohon berkat dengan nama-namaNya. 12 i.” (Hadis riwayat Abu Daud) Menurut al-Khaththabi Rahimahullah dalam kitab Syarh Sunan Abi Daud. Adapun apa yang dibuat oleh isteri untuk mendapatkan atau menimbulkan kasih suaminya daripada kata-kata yang diharuskan seperti kata-kata godaan dan apa yang dipakainya sebagai perhiasan atau apa yang diberinya makan daripada . atau nama yang diagungkan daripada makhluk seperti ‘Arasy. Namun jika ayat yang digunakan dapat difahami maknanya dan mengandungi zikir Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Juz 11. 9 Al-Hafizh Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalâni. 2. Namun sekiranya ia mengandungi perkara mengagungkan nama-nama selain Allah. ia lebih baik ditinggalkan. ayat-ayatNya atau doa-doa ma’tsûr. seperti bersumpah dengan nama selain Allah. hlm. orang salih. maka adalah patut untuk menjauhinya. Maka adalah harus menggunakannya bahkan menjadi sunat jika bersumber daripada hadis atau atsar sahabat. Demikian juga dilarang jika mempercayai tangkal tersebut boleh menolak kejahatan sepertimana yang telah dijelaskan sebelum ini. Manakala tangkal yang dilarang menggunakannya dalam hadis di atas adalah tangkal yang dipakaikan pada kanak-kanak serta tidak mengandungi namanama Allah. maka hukumnya adalah sunat sekiranya bertujuan untuk mengambil berkat daripadanya. Azimat yang digunakan bukan daripada nama-nama Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Azimat yang digunakan dengan kalamullah (al-Qur’an) atau nama-nama Allah Subhanahu wa Ta‘ala.syirik atau membawa kepada syirik (menyekutukan Allah). Fath al-Bari bi Syarh Shahîh al-Bukhâri. penggunaan azimat menurut perspektif Islam terbahagi kepada dua iaitu.9 Oleh yang demikian. At-tiwalah (ilmu guna-guna atau pengasih) pula adalah sejenis sihir. Penggunaan Azimat yang Diharamkan Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud Radhiallahu ‘anhu.إن الرقى والتمائم والتولة شرك‬ َ (‫) رواه أبو داود‬ Maksudnya: “Sesungguhnya azimat dan tangkal-tangkal dan at-tiwalah (gunaguna atau pengasih) adalah syirik. azimat yang dilarang itu ialah jika menggunakan ayat selain daripada bahasa Arab dan tidak difahami maknanya. penggunaan yang diharamkan dan penggunaan yang diharuskan. seperti nama-nama malaikat.10 Ia adalah benang yang dibacakan padanya sihir ataupun kertas yang ditulis padanya sihir agar suami kasih kepada isterinya atau isteri kasih kepada suaminya. Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ٌ ْ ِ ََ ّ َ َ ِ َ ّ َ ّ ّ ِ ‫. 3. Oleh itu.

Nail al-Authar Syarh Muntaqa al-Akhbar. b.12 ii. 3. Az-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair. Juz 9. 97. daripada ‘Auf bin Malik al-Asyja‘iy telah berkata: ُ :‫كنا نرقي في الجاهلية. Hendaklah beriktikad bahawa bukan tangkal dan azimat itu yang mendatangkan kesan manfaat atau mudharat.herba atau binatang yang diharuskan. 11 Muhammad ‘Ali bin Muhammad asy-Syaukâni. berdosa besar dan boleh membawa kepada syirik apabila: a. maka hukumnya adalah harus. tidak mengapa menggunakan azimat selagi ia tidak mengandungi perkara syirik”. Bukan pula kerana mempercayai benda-benda itu sendiri yang memberikan kesan. Dar alFikr. jampi dan guna-guna atau pengasih yang disebutkan dalam hadis di atas dihukumkan haram. Mengandungi sihir atau kata-kata yang tidak difahami yang berkemungkinan memberi maksud kufur atau sihir. 274. 13 Ibid.11 10 Al-‘Allâmah Abi Thayyib Muhammad Syams al-Haqq al-‘Azhim Abadi. tetapi yang memberi kesan itu ialah Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Dar al-Fikr. Lalu kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah pandangan Tuan tentang itu?” Baginda bersabda: “Tunjukkan kepada saya azimat kamu itu.13 Dalil penggunaan azimat yang diharuskan itu ada disebutkan dalam hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Hendaklah menanam kepercayaan bahawa Allah telah mentakdirkan bahawa herba tersebut mempunyai khasiat dalam penyembuhan sesuatu penyakit dan bukan herba itu sendiri yang memberi kesan. ‘Aun al-Ma‘bud Syarh Sunan Abi Daud. Oleh itu. Juz 10.رقا ُ كم، َ ل بأس بالرقى ما َلم ي ُ كن فيه شرك‬ َ ْ َ ُ (‫)رواه مسلم‬ 12 Abi al-‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin ‘Ali bin Hajar al-Makki al-Haitami. Penggunaan Azimat Yang Diharuskan Menurut Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah. 293. ulama telah sepakat mengenai keharusan menggunakan azimat apabila tiga syarat berikut terkumpul: 1. azimat atau tangkal. Beirut. hlm. Juz 1. 13 Demikian juga jika berubat dengan sesetengah herba seperti kunyit. 352 14 Maksudnya: “Kami telah menggunakan azimat di zaman jahiliah. limau kapas dan sebagainya. hlm. Beirut. hlm.” (Hadis riwayat Muslim) . dengan kepercayaan bahawa Allah telah mentakdirkan pada semua itu khasiat atau keistimewaan yang boleh menimbulkan kasih suaminya. Mengiktikadkan atau mempercayai benda-benda itu sendiri boleh mendatangkan manfaat atau menolak mudharat. 2. Hendaklah azimat itu dengan menggunakan bahasa Arab atau bahasa lain yang diketahui maknanya. Hendaklah azimat itu dengan menggunakan kalamullah (al-Qur’an) atau nama-nama Allah dan sifat-sifatNya. hlm. َفقلنا: يا رسو َ ل ال! َ كيف ترى في َذلك؟ فقا َ ل‬ ََ َ ِ ِ َ َ َ ْ ِ ُ َ َ َ ْ ُ ِ ّ ِِ َ ْ ِ ِ ْ َ ّ ّ َ ُ ِْ ‫اعرضوا علي‬ ٌ ْ ِ ِ ِ ْ َ ْ َ ّ ِ َ َْ ‫.

” Menghormati Ayat al-Qur’an Yang Dijadikan Azimat Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menjelaskan bahawa al-Qur’an merupakan ubat segala macam penyakit. beliau akan menulis doa ini lalu mengantungnya di leher mereka.‫ل بأس َأ ْ ن يرقى بكتاب ال وما يعرف من ذكر ال‬ ِ ِ ْ ِ ْ ِ ُ َ ْ ُ َ َ ِ ِ َِ ِ ِ ْ َ َ َْ Ertinya: “Tidak mengapa memakai azimat dengan kitab Allah (al-Qur’an) dan apa yang diketahui daripada zikir Allah. Baginda membaca: “Hilangkanlah kesengsaraan. sama ada rohani ataupun jasmani: ∩∇⊄∪ #Y‘$|¡yz ωÎ) tÏϑÏ=≈©à9$# ߉ƒÍ“tƒ Ÿωuρ tÏΖÏΒ÷σßϑù=jÏ9 ×πuΗ÷qu‘uρ Ö!$xÏ© uθèδ $tΒ Èβ#uöà)ø9$# zÏΒ ãΑiÍ”t∴çΡuρ ( (82 :‫سورة السراء‬ .” (Hadis riwayat Abu Daud) 15 Imam asy-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu juga pernah berkata ketika ditanya oleh arRabi‘ Radhiallahu ‘anhu tentang pemakaian azimat atau jampi: َ 14 . dari seksaanNya dan dari kejahatan hamba-hamba-Nya dan dari bisikan-bisikan syaitan dan daripada mereka yang menghampiriku”. Sembuhkanlah! Engkaulah Maha Penyembuh. (Menurut riwayat ini) Abdullah bin Umar mengajarkan ungkapan doa ini kepada anak-anaknya yang telah baligh dan menyuruh mereka membacanya ketika tidur. aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kemurkaan-Nya. manakala terhadap anak-anaknya yang kecil dan tidak mampu untuk menghafalnya. wahai Tuhan manusia.الناس، ٱشف وأنت الشافي، َ ل شفاء إل شفاؤك، شفاء َ ل يغادر سقما‬ ً َ ُ ِ َ ُ ً َِ َ ُ ِ ّ ِ َ َِ َ ِّ َ َْ ِ ْ ِ ّ (‫)رواه البخارى‬ Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila menziarahi orang yang sakit atau Baginda dijumpai oleh orang yang sakit. penyembuhan yang tiada meninggalkan suatu sakit”. َ ‫أن رسو َ ل ال صلى ال عليه وسلم كا َ ن يعل ُهم من الفزع كلمات َأعوذ ب‬ ِ ُ ُ ٍ َ َِ ِ َ َْ ْ ِ ْ ُ ‫ُ َّم‬ َ َ َّ َ ِ ْ َ ّ َّ ّ ُ ِ َُ ّ ِّ ّ ّ ِ َِ ‫كلمات ال التامة‬ ِ ِ ّ ُ ْ‫ع‬ ‫من َ غضبه وشر عباده ومن همزات الشياطين وأن يحضرون وكا َ ن َبد ال‬ َ َ ِ ُ ُ ْ َ ْ َ ِ ِ َّ ِ َ َ َ ْ ِ َ ِ ِ َِ ّ َ َ ِ َِ ِْ ّ ُ ُ َّ ُ َ َ ُ ُ ْ ‫بن عمر يعلمهن‬ ِ ْ َ ُ ََْ َ ُ َ َ ‫من عق َ ل من بنيه ومن َلم يعق ْ ل َ كتبه َفأعلقه عليه‬ ِ ْ َ ْ ْ َ َ ِ َِ ْ ِ َ َْ (‫)رواه أبو داود‬ Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengajar mereka beberapa rangkaian doa dibaca (ketika tidur) terutama apabila seseorang itu mengalami ketakutan iaitu: “Dengan nama Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhâri) Dalam satu riwayat yang lain.Hadis daripada Sayyidatina ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata: َ:‫أن رسو َ ل ال صلى ال عليه وسلم كا َ ن إذا َأتى مريضا َأو أتي به، قا َ ل‬ َ ِ ِ َ ُِ ْ ً ِ َ َ ِ َ َ َ َّ َ ِ ْ َ ّ َّ ّ ُ ِ َُ ّ ّ َ ‫ْ ِ ِ َْ س‬ ‫َأذهب الباْ َ رب‬ ‫. Tiada penyembuhan melainkan penyembuhanMu.

” (Surah Al-Isra’: 82) Dalam satu riwayat daripada ‘Ali Radhiallahu ‘anhu. kemudian barulah lubang itu ditutup. Akan tetapi seeloknya dicurahkan di tempat yang bersih dan tidak dipijak-pijak. hlm. azimat atau jampi yang mengandungi ayat-ayat al-Qur’an.15 Sebagai menjaga kemuliaan al-Qur’an juga. azimat tersebut hendaklah disimpan di tempat-tempat yang tidak terdedah kepada pencemaran seperti tempat yang dilangkahi. diduduki atau kotor.” (Hadis riwayat Ibnu Majah) Namun perlulah diambil ingatan bahawa tangkal. maka ia tidak lagi digelar sebagai azimat menurut kebiasaan. air tersebut boleh juga dialirkan ke sungai supaya larutan itu akan mengalir bersama. Namun sekiranya ayat yang ditulis itu keseluruhan al-Qur’an atau banyak.خير الدواء القرآ ُ ن‬ ْ ُْ ِ َ ّ ُ ْ َ (‫)رواه ابن ماجه‬ Maksudnya: “Sebaik-baik ubat itu ialah al-Qur’an. adalah haram menyentuhnya dalam keadaan tiada wudhu. Antara tuntutan at-tauhid yang murni ini ialah seseorang Muslim itu hendaklah beriktiqad dan beriman dengan sepenuh jiwa bahawa tidak ada yang dapat memberi manfaat dan menolak serta menegah kemudharatan melainkan Allah Ta‘ala semata-mata dan bahawa sesungguhnya kesemua yang berlaku itu adalah dengan kekuasaan Allah. atau ke tempat yang dipijak. kerana Allah Subhanahu wa Ta‘ala akan menunaikan kehendaknya mengikut apa yang diniatkan. oleh itu azimat sedemikian adalah boleh disentuh atau dibawa dalam keadaan tiada wudhu. nama-nama dan sifat-sifat Allah yang Maha Suci. 353 16 Menurut Imam ar-Ramli Rahimahullah. maka jangan dicurahkan di tempat yang kotor dan bernajis. 14 Ibid. hendaklah dipelihara daripada perkara-perkara yang hina atau keji. Ia juga tidak dibawa masuk ke dalam tandas kecuali setelah dimasukkan dalam sarung kulit atau perak atau sebagainya kerana dengan berbuat yang demikian itu ia (al-Qur’an) seperti berada di dalam dada. Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‫. Sekiranya ia berupa air untuk diminum yang dijampi dengan tulisan atau bacaan ayat al-Qur’an. . dan (sebaliknya) al-Qur’an itu tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. Sekiranya tulisan al-Qur’an dilarutkan ke dalam air untuk dijadikan bahan mandian kerana berubat.Tafsirnya: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Qur’an ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadaNya. Selain daripada cara itu.16 Penutup Islam mewajibkan umatnya merealisasikan dan menghayati konsep at-tauhid (pengesaan Allah) di dalam kehidupan mereka. maka hendaklah membaca basmalah setiap kali minum dan membetulkan niat. azimat daripada ayat al-Qur’an pada kebiasaannya hanya mengandungi beberapa ayat pelindung daripada al-Qur’an. Oleh itu. atau ke lubang yang digali di tempat yang bersih supaya airnya jatuh ke dalam lubang itu.

i. Mempercayai kuasa azimat dan tangkal. dan segala sesuatu yang selain daripada Allah 15 Syamsuddin Muhammad bin Abi al-‘Abbas Ahmad bin Hamzah bin Syihabuddin arRamlî. Abu Daud As-Sajastani. Ketiga-tiga perkara di atas dan segala amalan-amalan yang termasuk di dalam kategori tersebut adalah daripada perkara-perkara mungkar yang wajib diperangi oleh umat Islam. Islam melarang seseorang Muslim bergantung dan berpaut hati (bertawakkal) kepada sesuatu objek ataupun makhluk yang lain daripada Allah Ta‘ala. 17 tidak berupaya untuk memberi manfaat ataupun menolak kemudharatan sama ada terhadap diri mereka ataupun terhadap orang lain. syirik dan kebatilan. 16 Abi ‘Abdullah Muhammad al-Hakîm at-Tirmidzi. hlm. ii. Sunan Abi Daud. sejak dari dahulu sehinggalah ke hari ini. 333-335. dan Dialah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam Pengetahuan-Nya”. Beirut Abi ‘Abdullah Muhammad al-Hakîm at-Tirmidzi. (Surah al-An‘am: 17-18) Justeru itu.kehendak-Nya dan keizinan-Nya. iii. Dar Shadir. bersandarkan dan bertawakkal kepadanya. Juz 1. Sesungguhnya fenomena-fenomena syirik dan penyembahan objek-objek yang selain daripada Allah. Di antara kebatilan-kebatilan ini adalah seperti berikut. maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri. Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj. maka Dia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Syirkah Maktabah wa Muthabi‘ah Mushthafa alBâbi al-Halabi wa Auladuh. telah berjaya mengembangkan pelbagai rupa bentuk amalan-amalan khurafat. Nawadir al-Ushul fi Ma‘rifah Ahadits arRasul. dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan. Dan Dialah yang Berkuasa atas sekalian hamba-Nya (dengan tadbir dan takdir). Mendakwa mengetahui perkara-perkara yang ghaib dengan menggunakan jalan dan kaedah yang bermacam-macam. Beirut.(17 :‫سورة النعام‬ Tafsirnya: “Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana. Membaca jampi yang melibatkan unsur-unsur syirik kepada Allah dan unsur-unsur penyembahan terhadap makhluk-makhluk Allah. 1386H/1967. ِ َ ّ ِ ُ َْ ّ َ ‫وال َأعلم بالصواب‬ ُ 18 Rujukan Al-Qur’an al-Karim. 124-125. ‘Aun alMa‘bûd Syarh Sunan Abî Daud. Hakikat ini adalah berasaskan kepada firman Allah: َ ُ ٍ ْ َ ِ َ ْ َ ْ َ َِ َ ُ ّ ِ ُ َ ِ ‫وإ ْ ن يمسسك ال بضر َف َ ل َ كاشف َله إل هو، وإ ْ ن يمسسك بخير َفهو‬ ّ ُ ِ ُ َ ْ َ ْ َ َِ ‫،على ُ كل شىء َقدير‬ ٌ ِْ ٍ ْ َ ّ َ ‫وهو القاهر َفوق عباده وهو الحكيم الخبير‬ ُ ْ َِ ْ ُ ْ ِ َ ْ َ ُ َ ِ ِ َِ َ ْ ُ ِ َ ْ َ ُ َ (18. Beirut: Cetakan Dar alKutub al-Ilmiyah Al-‘Allâmah Abi Thayyib Muhammad Syams al-Haqq al-‘Azhîm Âbâdî. hlm. melainkan amalan-amalan yang melibatkan pembacaan ayat alQur’an ataupun doa-doa yang sah dan tidak bercanggah dengan Islam. Dar al-Fikr. Mesir. 1416H/1996. Juz10. Nawâdir al-Ushûl fî Ma‘rifah .

Kementerian Hal Ehwal Ugama. Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz). Terbitan Jabatan Mufti Kerajaan. Haji Awang Abdul Aziz bin Juned (YDM. Beirut: Cetakan Dar al-kutub al-Ilmiyah Haji Awang Abdul Aziz bin Juned (YDM. Dar al-Fikr. Beirut.th. Buku Fatwa Mufti Kerajaan. Negara Brunei Darussalam. AzZawâjir ‘an Iqtirâf al-Kabâir. Ajaran Sesat Di Negara Brunei Darussalam Satu Tinjauan. Cetakan Darul Kutub al-Ilmiyah. Al-Hâfizh Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalâni. Buku Fatwa Mufti Kerajaan. Juz 11. 1416H/1995. 1999. Shahih Al-Bukhari. 1418H/1998. Al-Bukhari. Juz 1. Negara Brunei Darussalam. Terbitan Dar Kutub alpIlmiyah. Beirut Abi al-‘Abbâs Ahmad bin Muhammad bin ‘Ali bin Hajar al-Makki al-Haitami. Beirut . Tuhfah al-Murid. Terbitan Pusat Dakwah Islamiah. t. Negara Brunei Darussalam. Beirut Awang Haji Mahmud Saedon bin Awang Othman (Dato Paduka Seri setia Prof Dr) & Norarfan bin Haji Zainal. Fath al-Bârî bi Syarh Shahîh alBukhâri. Dâr Shâdir. Terbitan Jabatan Mufti Kerajaan. az-Zawajir ‘an Iqtitaf al-Kabair. Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz).Ahâdîts ar-Rasûl.1407H/1987. Ibnu Hajar al-Haitami. Ibrahim Muhammad al-Baijuri. Beirut. 1423H/2002. 2004. Dar al-Fikr.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful