You are on page 1of 10

JAMALULHASLINA,NORCHAKINA,& HANITA

PSK 3101

PGSR SAINS 2008/2012

PENGENALAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

TEMA : KENALI BUDAYA MALAYSIA

TAJUK : HARGAI WARISAN BUDAYA MALAYSIA

Pada akhir pelajaran, murid dapat :

 Mengenalpasti pelbagai warisan budaya masyarakat kita.


 Hidup bersama-sama dalam masyarakat pelbagai kaum.
 Mengapresiasi dan berbangga dengan kekayaan warisan budaya Malaysia.

Masyarakat di Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Setiap
kaum di Malaysia mempunyai budaya yang unik dan warisan budaya tersendiri.
Misalnya, terdapat perbezaan antara tarian, muzik, bahasa dan dialek yang
digunakan oleh pelbagai kaum. Walaubagaimanapun, semua kaum saling
mengenali warisan budaya tersebut.

Seni tari merupakan sebahagian daripada budaya kita. Dalam masyarakat


tradisional, tarian dipersembahkan semasa majlis keramaian. Budaya ini wujud
sehingga ke hari ini. Terdapat juga tarian tradisional yang diubah suai mengikut
perkembangan semasa. Jenis-jenis tarian ialah tarian Ngajat, tarian Sumazau, tarian
Inang, tarian Kipas dan tarian Bharata Natyam. Tarian-tarian ini adalah mengikut
kaum masing-masing.Tarian biasanya diiringi dengan muzik . Aalat-alat muzik pula
terdapat dalam pelbagai jenis dan berbeza mengikut kaum. Contohnya alat muzik
kompang digunakan oleh orang Melayu, Erhu oleh orang-orang Cina, orang India
pula menggunakan alat muzik yang dipanggil Nadaswaran, Sape dan Sompoton
pula digunakan oleh orang Iban dan juga Kadazan Dusun.

1
JAMALULHASLINA,NORCHAKINA,& HANITA

PSK 3101

PGSR SAINS 2008/2012

Keunikan budaya masyarakat Malaysia juga boleh diketahui melalui pelbagai


bahasa dan dialek. Bahasa merupakan satu cara berkomunikasi. Terdapat pelbagai
bahasa di Negara kita seperti bahasa Melayu, bahasa Cina dan Tamil.

Dialek pula muncul apabila sekelompok manusia mengubahsuai bahasa mengikut


budaya tempatan. Misalnya, terdapat pelbagai dialek dalam bahasa Melayu seperti
dialek Kelantan, dialek Kedah dan dialek Negeri Sembilan.

Antara dialek yang terdapat dalam bahasa Cina pula ialah dialek Kantonis,
Hokkien, Hakka, Teochew dan Foochow. Kaum India menggunakan bahasa Tamil,
Malayalam dan Telegu.

Walaupun budaya masyarakat kita berbeza, namun kita masih boleh hidup
dalam keadaan aman dan harmoni. Negara kita menjadi teladan kepada Negara lain
yang mempunyai masyarakat majmuk.

BAHASA DAN DIALEK

JADUAL DIALEK

Contoh:
Dialek Kaum Apa khabar ? Terima kasih
Melayu
Kelantan Apo kaba? Trimo kaseh
Melaka Apa kabau? Terima kasih
Negeri Sembilan Apo koba? Terima kasih
Sarawak Apa khaba? Trimak kaseh
Sabah Apa kabar? Tarima kasih

Contoh:

2
JAMALULHASLINA,NORCHAKINA,& HANITA

PSK 3101

PGSR SAINS 2008/2012

Dialek Kaum Cina Apa khabar ? Terima kasih


Kantonis Lei hou ma? To che
Hokkien Lu ho bo? Kam sia
Hakka Ni hao mao? Mn koi

Contoh:
Dialek Kaum India Apa khabar ? Terima kasih
Tamil Nalamaga irukkinrirkala? Nandri
Malayalam Sugamthanne? Valare upagaram
Telegu Kshemama? Dhanya vadhalu

ALAT MUZIK KEBANGGAAN KITA.

NOBAT

Digunakan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Nobat dimainkan


di Istana semasa istiadat diraja seperti pertabalan,. Perkahwinan, hari keputeraan
dan kemangkatan.

PERALATAN NOBAT

 Nafiri
 Gendang
 Serunai
 Nakara
 Gong

GAMELAN

3
JAMALULHASLINA,NORCHAKINA,& HANITA

PSK 3101

PGSR SAINS 2008/2012

Gamelan berasal dari Riau – Lingga dan sudah berada di Malaysia sejak kurun
ke- 17. Gamelan dimainkan semasa istiadat diraja dan majlis formal.

PERALATAN GAMELAN

 Gong
 Gendang
 Banang atau Kromong
 Saron barong
 Kenung
 Gambang Kayu
 Saron Pekin

SENI TARI DAN MUZIK

Terdapat pelbagai seni tari kebudayaan pelbagai kaum di Negara kita. Pada
musim perayaan orang Cina terdpat tarian Naga ataupun dikenali juga sebagai tarian
Singa. Tarian ini dipersembahkan sebelum hari perayaan dan juga pada hari perayaan.
Selain daripada tarian kebudayaan, dengan mengikuti dan menganggotai kumpulan
tarian ini akan member semangat kerjasama yang kuat .

Orang Cina juga mengamalkan permainan gendang. Permainan gendang ini


juga sudah diminati oleh semua kaum di Malaysia.

Persembahan tarian, permainan alat muzik dan juga pakaian tradisional telah
banyak diperkenalkan kepada generasi sekarang .Antaranya sering diadakan bulan
kebudayaan dan juga festival “ Kenali Budaya Malaysia”. Dengan adanya pelbagai

4
JAMALULHASLINA,NORCHAKINA,& HANITA

PSK 3101

PGSR SAINS 2008/2012

promosi tersebut , maka murid-murid sekarang mudah faham dan tahu mengenai
kebudayaan yang terdapat di Negara kita.

Murid sekarang juga telah sedar betapa pentingnya kita mengetahui dan
memahami kebudayaan pelbagai kaum. Mereka juga hendaklah menghormati
kebudayaan kaum –kaum lain. Tidak boleh menghina dan mengejek tarian, pakaian,
makanan,serta percakapan kaum lain.

Mereka harus faham bahawa Negara kita Malaysia mempunyai pelbagai bahasa
dan budaya.

CARA BERPAKAIAN MASYARAKAT MALAYSIA

Terdapat pelbagai jenis pakaian di Negara kita. Pakaian melambangkan bangsa


masing-masing. Pakaian kebudayaan ini selalunya digayakan pada hari perayaan
sesuatu kaum. Contoh pakaian bagi orang melayu ialah baju Kurung dan Kebaya bagi
perempuan, Baju Melayu dan Sampin bagi orang lelaki. Bagi orang Cina pula ,mereka
memakai Ceongsam dan Samfu. Orang India pula memakai Sari dan Dhoti.

Tetapi zaman sekarang , perpaduan kaum di Malaysia, kaum lain boleh memakai
pakaian kaum lain, contoh sudah ramai orang Cina yang memakai baju kurung dan
kebaya. Ini melambangkan Negara kita telah bersatu dan majmuk dan mengamalkan 1
Malaysia.

KUNJUNG MENGUNJUNG SESAMA KITA.

5
JAMALULHASLINA,NORCHAKINA,& HANITA

PSK 3101

PGSR SAINS 2008/2012

Pelbagai kaum di Malaysia sudah mengamalkan tradisi kunjung mengunjung


antara kaum. Contohnya pada musim perayaan, jika pada hari raya Aidilfitri, ramai
orang Cina dan India telah menziarahi rumah orang Melayu untuk berhari raya.
Begitulah sebaliknya.

Selain perayaan, majlis kenduri juga telah dihadiri oleh pelbagai kaum.Perpaduan
setiap bangsa di Malaysia begitu kukuh dan meriah. Setiap bangsa faham dan tahu
pantang larang kaum lain.

Ziarah menziarahi juga di amalkan oleh semua kaum, seperti menziarahi rakan
di hospital dan menziarahi kematian. Semua kaum di Malaysia telah mengamalkan
aktiviti ziarah menziarahi ini.

KESIMPULAN

Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah mengenali Budaya Malaysia,
dan mengamalkan setiap peradaban yang baik dan menghormati setiap budaya orang
lain. Sesungguhnya Negara kita akan lebih harmoni lagi sekiranya semua rakyat
mengetahui dan menghormati kebudayaan setiap masyarakat. Kita juga hendaklah
berbangga dengan kemeriahan budaya kita.

AKTIVITI :

6
JAMALULHASLINA,NORCHAKINA,& HANITA

PSK 3101

PGSR SAINS 2008/2012

SOALAN

1. Apakah yang akan mengiringi sesuatu tarian?

___________________________________________________

2. Bilakah tarian dipersembahkan?

___________________________________________________

3. Nyatakan fungsi bahasa dalam masyarakat kita?

___________________________________________________

4. Kenapakah pelbagai dialek wujud dalam bahasa?

____________________________________________________

5. Mengapakah kita dapat hidup dalam keadaan harmoni walaupun terdapat


pelbagai budaya di Negara kita?

PERMAINAN KIRIMAN PERKATAAN

7
JAMALULHASLINA,NORCHAKINA,& HANITA

PSK 3101

PGSR SAINS 2008/2012

1. Buat empat kumpulan dan lantik seorang ketua bagi setiap


kumpulan.Setiap kumpulan mestilah berada dalam barisan.
2. Ketua hendaklah mendapatkan senarai alat muzik daripada guru. Masa
satu minit diberikan untuk menghafal senarai peralatan tersebut.
3. Ketua perlulah bergerak dan membisikkan senarai peralatan yang
dihafalnya kepada ahli kumpulan yang pertama.
4. Ahli kumpulan yang pertama hendaklah membisikkan senarai peralatan
tersebut kepada ahli kumpulan kedua. Begitulah seterusnya diulangi oleh
ahli kumpulan yang lain.
5. Ahli kumpulan yang terakhir mestilah mencatat senarai peralatan yang
didengarinya.
6. Senarai yang telah siap perlu ditulis nama kumpulan dan diserahkan
kepada guru.
7. Kumpulan yang paling banyak menyenaraikan peralatan yang betul dikira
sebagai pemenang.

1. Berdasarkan gambar, jawab soalan yang berikut.

8
JAMALULHASLINA,NORCHAKINA,& HANITA

PSK 3101

PGSR SAINS 2008/2012

a) Namakan setiap tarian yang ditunjukkan dalam gambar


tersebut.

b) Kenal pasti kaum yang mempersembahkan tarian yang


ditunjukkan.

c) Bilakah tarian tersebut dipersembahkan?

_________________________________________________

2. Secara berkumpulan, cari maklumat tentang tarian yang terdapat dalam


kaum atau masyarakat setempat kamu.

Pengawas disiplin 2011

9
JAMALULHASLINA,NORCHAKINA,& HANITA

PSK 3101

PGSR SAINS 2008/2012

1. Mohd zuraimie
2. Nurmasturina
3. Amnart
4. Nurul syafinas
5. Maliwan
6. Firdaus hanim
7. Abd rahim
8. Alissa rosyafini
9. Muhd nabil
10. Muhd zulhilmi
11. Alissa boonyarit
12. W.nurain mahirah
13. Muhd syahir iyad
14. Muhd faris farhan
15. Isnani nasuha
16. Nurzulaika
17. Nur amilia farisya
18. wansukthi

10

You might also like