1

BAB II

KEMUNCULAN PAKATAN PEMBANGKANG DI SEMENANJUNG MALAYSIA 1957-1969

2.1

Pengenalan

Perkembangan politik di Tanah Melayu di sekitar 1950 merupakan sesuatu yang cukup menarik dan ia menampakkan kematangan politik yang menuju ke arah kemerdekaan. Tempoh itu dilihat sebagai ‘titik peralihan’ dalam usaha mewujudkan integrasi politik di kalangan pemimpin yang mewakili masyarakat pelbagai kaum. Selain pembentukan parti Perikatan, parti-parti pembangkang turut bekerjasama untuk menyaingi kekuasaannya. Percubaan pertama muncul dengan kelahiran parti Socialist Front yang menggabungkan Parti Buruh dan Parti Rakyat. Ia kemudiannya diikuti dengan kerjasama Democratic Action Party ( DAP ) dan Parti Gerakan Malaysia ( PGRM ) yang didominasi oleh kaum bukan Melayu. 2.2 Ambang Permuafakatan Politik di Malaysia

Usaha untuk mencapai perpaduan kaum di Tanah Melayu telah pun bermula seawal tahun 1949 menerusi penubuhan Community Liaison Committee ( CLC ) atau Jawatankuasa Hubungan antara kaum. Ia terbentuk selepas satu pertemuan di kalangan pemimpin Melayu dan Cina yang telah berlangsung pada Januari 1949 di Pulau Pinang.1 Pada peringkat awal Jawatankuasa Hubungan antara kaum hanya diwakili oleh orang Melayu dan Cina, ia terdiri daripada 5 wakil orang Melayu dan 4 wakil Cina. Namun begitu, menjelang Ogos 1949, CLC turut dianggotai oleh kaum yang lain termasuklah India, Ceylon, Serani dan Eropah.

1

Gordon P. Means, Malaysian Politics, hlm. 123.

2

2.2.1

Kerjasama Ke Arah Perpaduan Kaum

United Malays National Organization ( UMNO ) dan Malayan Chinese Association (MCA ) telah mengorak langkah pertama dengan membentuk pakatan UMNO-MCA menjelang pilihan raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada 16 Februari 1952. Di mana Pengerusi MCA Selangor, Kolonel H.S. Lee dan Pengerusi Pilihan Raya Bahagian UMNO Kuala Lumpur, Dato Yahya Razak telah sepakat untuk bekerjasama dalam pilihan raya tersebut. Kerjasama itu mencapai kejayaan besar di Kuala Lumpur dan mendorong kepada kerjasama yang seterusnya dalam pilihan raya perbandaran yang lain. Di mana sepanjang tahun 19521953, kerjasama UMNO-MCA telah memenangi 94 daripada 124 kerusi yang dipertandingkan.2 Kejayaan yang memberangsangkan itu telah membawa kepada kerjasama UMNO-MCA di peringkat pusat sehingga melahirkan Perikatan UMNO-MCA pada tahun 1954. Menjelang Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955, parti Perikatan telah diperkukuhkan lagi dengan peryertaan parti Malayan Indian Congress ( MIC ). Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 telah diadakan pada 27 Julai 1955 dan ia telah menampakkan penguasaan sepenuhnya kuasa politik Melayu. Di mana seramai 1,280,000 yang mendaftar, 84.2% atau 1,078,000 terdiri daripada pengundi Melayu. Manakala pengundi Cina pula hanyalah seramai 143,000 orang yang merangkumi 11.2% daripada jumlah pengundi. Bakinya 3.9% atau 50,000 pengundi terdiri daripada pengundi India dan selebihnya 0.7% atau 9,000 terdiri daripada pengundi bangsa lain-lain.3 Menurut Ting Chew Peh ( 1976 ), senario itu jelas menunjukkan ketidak seimbangan dalam perwakilan pengundi bukan Melayu. Ini jelas daripada nisbah pengundi yang berdaftar yang menyaksikan orang Melayu menguasai 50 buah kawasan manakala pengundi Cina hanya mampu mencapai majotriti di 2 kawasan. Nasib masyarakat India lebih malang lagi apabila pengundinya yang hanya kira-kira 50,000 orang sahaja gagal menguasai sebarang kawasan. Lantaran itu, pilihan raya 1955 dianggap tidak mencerminkan scenario politik sebenar Tanah Melayu.

2

Mohd. Ainuddin Iskandar Lee Abdullah, Di Ambang permuafakatan Politik Malaya 1951-1955,

hlm. 24. K.J Ratnam, Political Parties and Pressure Groups, di dalam Malaysia: A Survey, Wang Gungwu ( ed. ), hlm. 401.
3

3

Parti Perikatan menghadapi tentangan daripada beberapa buah parti pembangkang yang terdiri daripada Parti Negara, Parti Buruh, Parti Islam Se-Malaya ( PMIP ), People’s Progressive Party ( PPP ), Liga Melayu Perak ( PML ) dan Parti Kebangsaan Perak ( NAP ). Parti Negara pimpinan Dato, Onn dilihat sebagai pencabar utama Parti Perikatan dan telah meletakan seramai 30 calon dan ia diikuti oleh People’s Progressive Party dan Parti Islam Se-Malaya yang masing-masing meletakkan 18 dan 11 calon. Manakala parti-parti yang lain hanya meletakan bilangan calon yang kecil sahaja.4 Parti Perikatan yang bertanding di ke semua 52 kerusi telah memperuntukkan 35 kerusi untuk calon UMNO dan memperuntukkan 15 kerusi kepada calon MCA dan 2 lagi kepada calon MIC. Parti Perikatan mencapai kejayaan yang di luar dugaan apabila memenangi 51 daripada 52 kerusi dengan meraih 81.7 % undi. Satu lagi kerusi dimenangi oleh Parti Islam Se-Malaya di Krian, Perak apabila Haji Ahmad b. Haji Hussain memperolehi 8,685 undi untuk menewaskan calon UMNO, Haji Sulaiman b. Haji Ahmad yang mendapat 8,235 undi.5 Kemenangan Parti Perikatan dikaitkan dengan sikap tolak ansur parti-parti yang bertanding dalam pembahagian kerusi pilihan raya di samping kesanggupan setiap kaum untuk berkongsi kuasa dalam politik negara. Di samping itu, is turut didorong oleh kebijaksanaan para pemimpin dalam kompoenen Perikatan berunding untuk mencari penyelesaian masalah dan kesepakatan dalam menolak pengaruh paeti Komunis Malaya (PKM ) Kejayaan cemerlang Parti Perikatan jelas menunjukkan sokongan padu rakyat terhadapnya dan seterusnya memberi mandat kepada Parti Perikatan untuk membawa misi kemerdekaan Tanah Melayu ke London pada 1956. Rombongan kemerdekaan ke London telah diwakili empat wakil parti Perikatan yang diterajui oleh Tunku Abdul Rahman dan diiringi oleh Dato Abdul Razak, Dr Ismail dan Kolonel H S Lee. Selain itu, ia turut disertai empat wakil raja-raja Melayu yang terdiri daripada Dato Panglima Bukit Gantang, Abdul Aziz bin Haji Abdul Majib, Dato Wan Idris dan Dato Nik Kamil.6

Parti Kebangsaan Perak meletakan 9 , Parti Buruh hanya menamakan 4 calon dan Liga Melayu Perak meletakan 2 calon.
5

4

Constitutional commission: letter from Sir D Macgillivary to A M Mackintosh on the views of Tunku Abdul Rahman, 5 Januarry 1956 in CO 1030/132, no. 3.

6

4

Anggota rombongan kemerdekaan ini telah diiringi oleh T H Tan Setiausaha Perikatan dan Abdul Kadir Samsuddin selaku Setiausaha Majlis Raja Melayu.7 Rombongan kemerdekaan telah kembali ke Tanah Melayu pada 20 Februari 1956 dan telah disambut meriah di Padang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka. 2.2.2 Kemunculan Barisan Nasional : Konsep dan Perkembangan

Istilah Barisan Nasional atau National Front muncul buat kali pertama dalam tahun 1972. Dalam ucapan sempena hari Kebangsaan pada Ogos 1972, Tun Abdul Razak menegaskan bahawa : “ Expect for a small group, there is the possibility of a national front among political parties to work together in facing national problems.”
8

Barisan Nasional telah

didaftarkan pada 1 Jun 1974 dan ia merupakan penstrukturan semula parti Perikatan selepas Pilihan Raya Umum 1969. Rusuhan kaum sejurus pilihan raya 1969 telah membawa kepada proses pengabungan parti-parti politik atas kesedaran perlunya wujud kerjasama yang lebih mantap di kalangan parti-parti politik yang bersifat komunal. Justeru itu, Barisan Nasional yang terbentuk kira-kira 80 hari sebelum pilihan raya umum 1974 telah menggabungkan sembilan buah parti politik yang bergerak cergas di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.9 Proses pembentukan Barisan Nasional bermula dengan kejayaan membentuk kerajaan campuran pertama di Sarawak. Perikatan Sarawak yang terdiri daripada Parti Bumiputra, Parti Pesaka dan Sarawak Chinese Association ( SCA ) telah bekerjasama dengan Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP ) untuk membentuk kerajaan campuran di Sarawak pada 7 Julai 1970.10 Ini membolehkan Barisan Nasional menguasai 36 daripada 48 kerusi undangan negeri Sarawak. Parti Bumiputra dan SCA menguasai 15 kerusi, Parti Pesaka pula menguasai 9 kerusi manakala bakinya dimiliki oleh SUPP. Kejayaan ini membolehkan Perikatan Sarawak membentuk sebuah kerajaan negeri yang kukuh di Sarawak dan gagal disaingi oleh Parti Kebangsaan Sarawak ( SNAP ) yang hanya mempunyai 12 kerusi sahaja.

Ibid. Ibid, hlm. 75. 9 Barisan Nasional merupakan gabungan sembilan buah parti iaitu UMNO, MCA, MIC, PPP, Gerakan, SUPP, PAS, Perikatan Sabah dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu. 10 Diane K. Mauzy, Barisan Nasional: Coalition Government In Malaysia, hlm. 48.
8

7

5

Pergolakan dalaman Parti Gerakan yang memegang tampuk pemerintahan di Pulau Pinang telah membawa kepada perubahan iklim politik di Semenanjung Malaysia. Perpecahan dalam Gerakan telah membawa kepada kelahiran sebuah parti baru, Parti Keadilan Masyarakat Malaysia ( Pekemas ) yang telah ditubuhkan pada 24 Disember 1971.11 Menurut Dr. Lim Chong Eu, Ketua Menteri Pulau Pinang dua aspek utama yang diberi penekanan utama semasa pembentukan kerajaan campuran di Pulau Pinang.12 Pertama ialah demi mengekalkan kestabilan perpaduan serta keselamatan negara. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik demi kemajuan sosio ekonomi penduduk Pulau Pinang. Kerjasama Gerakan dengan Perikatan telah diikuti dengan persefahaman di antara Perikatan dengan PPP di Perak. Langkah PPP turut menyertai Perikatan dikaitkan dengan krisis kepimpinan parti itu terutamanya selepas kematian Dr. Sennivasagam. Kegagalan membentuk kerajaan di Perak jelas mengecewakan ramai pemimpin serta penyokong parti itu. Justeru itu, langkah bekerjasama dengan Perikatan dilihat sebagai strategi PPP untuk meneruskan kesinambungannya dalam politik negara. Ia telah membawa kepada terbentuknya kerajaan campuran di Perak pada 28 April 1972. Pembentukan kerajaan campuran terakhir sebelum lahirnya Barisan Nasional telah berlaku di Kelantan. PAS telah bersetuju dengan cadangan UMNO untuk membentuk sebuah kerajaan campuran di Kelantan pada penghujung tahun 1972. Usaha ke arah itu dianggap sebagai langkah memperkukuhkan kedudukan ‘barganing politik’ bumiputera di samping memperatkan hubungan silaturahim di kalangan umat Islam. hidup orang Melayu di samping memperkukuhkan perpaduan nasional.13 Usaha penyatuan parti-parti politik di dalam Barisan Nasional dilihat sebagai satu langkah proaktif dalam usaha menstabilkan politik tanah air. Di mana menerusi pembentukan Barisan Nasional, ia berjaya mengurangkan politiking yang berlandaskan perkauman.
Pekemas telah menyertai pilihan raya 1974 dan berjaya memenangi sebuah kerusi parlimen menerusi, presidennya Dr. Tan Chee Koon. 12 Mingguan Malaysia, 20 Februari 1972. 13 Alias Mohamed, PAS Platform: Development and Change 1951-1986, Gateway Publishing House Sdn Bhd, Selangor, 1994, hlm. 121.
11

Ia seterusnya

membolehkan UMNO-PAS bekerjasama menumpukan usaha ke arah memperbaiki taraf

6

Walaupun pada dasarnya politik perkauman masih berlaku namun begitu, ia bergerak dalam lingkungan Barisan Nasional dan dapat diselesaikan secara perundingan di kalangan anggotanya. 2.3 Pembentukan Pakatan Pembangkang Dalam Politik Malaysia

Kerancakan politik negara selepas kemerdekaan telah menampakkan kemunculan kerjasama di kalangan parti pembangkang di Semenanjung Malaysia. Pakatan itu telah bermula seawal tahun 1957 lagi. Kesedaran tentang perlunya kerjasama politik yang bersifat non-komunal dalam usaha untuk meneruskan agenda politik di buah negara yang bersifat majmuk telah membawa kepada kelahiran Parti Socialist Front ( SF ). Ia telah menggabungkan Parti Buruh dan Parti Rakyat. Namun begitu, kerjasama itu hanya mampu bertahan bagi dua penggal pilihan raya sahaja iaitu pilihan raya 1959 dan pilihan raya 1964. Walaupun begitu, ia tidak mematahkan semangat barisan pembangkang yang terus mewujudkan kerjasama di kalangan mereka. Kemunculan DAP dan Parti Gerakan menjelang Pilihan Raya Umum 1969 telah membolehkan barisan pembangkang bukan Melayu berganding bahu dalam pakatan PPP-DAP dan Gerakan bagi memberi cabaran yang lebih bermakna terhadap dominasi politik Parti Perikatan 2.3.1 Kelahiran Parti Socialist Front ( 1957-1965 )

Percubaan secara serius dalam mewujudkan kerjasama di kalangan pembangkang bermula seawal tahun 1957. Ia berlaku selepas kegagalan Kongres Melayu yang melibatkan partiparti berasaskan orang Melayu seperti Parti Negara, Parti Rakyat, PAS dan Kesatuan Melayu Semenanjung dalam mencabar Perikatan. Pada Jun 1957, Parti Buruh, Parti Rakyat, PPP dan Liga Belia Sosialis telah berkumpul dan berrunding dalam usaha untuk membentuk satu barisan pembangkang. Namun begitu, hanya Parti Buruh dan Parti Rakyat yang berminat untuk bekerjasama dan seterusnya membawa kepada pembentukan Parti Barisan Sosialis Rakyat Tanah Melayu yang lebih dikenali sebagai Socialist Front ( SF ). Ia ditubuhkan pada 31 Ogos 1957 dan pengabungan kedua-dua parti itu disahkan dalam kongres pertama Socialist

7

Front pada Oktober 1958.14 Ahmad Boestamam telah dilantik sebagai Presidennya manakala D.S. Ramanathan pula sebagai timbalannya. Sebagai sebuah parti fahaman sosialis dan bersifat non-komunal, SF telah menyifatkan dirinya anti-kolonial dan mengamalkan pendekatan nasionalis. Ia mengkritik dasar luar Persekutuan Tanah Melayu yang menandatangani Perjanjian Pertahanan dengan Britian. Pada masa yang sama, SF turut mengesa agar kerajaan Komunis di China diperakui dan menjalin hubungan yang akrab dengan negara-negara Afro-Asian.15 Socialist Front menolak sebarang isu yang bersifat perkauman dalam usahanya untuk mendapat sokongan daripada segenap lapisan masyarakat. Ia berpendapat isu-isu yang bersifat perkauman bakal mencetuskan ketegangan dan membahayakan negara. Oleh yang demikian, Parti Buruh telah menperakui hak serta ketuanan Melayu dan pada masa yang sama menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Manakala Parti Rakyat pula berikrar untuk memberi layanan yang sama kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Dalam memorandum bersama pula, kedua-dua parti bersetuju untuk menyokong dasar pendidikan sekolah kebangsaan di samping sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Socialist Front telah bertanding buat kali pertamanya dalam Pilihan Raya Umum 1959. Sebelum pilihan raya 1959, Socialist Front telah pun berjaya bertapak dengan kukuh di negeri-negeri yang mempunyai penduduk bukan Melayu yang ramai seperti Pulau Pinang, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan . Ia memiliki rekod yang cemerlang dalam pilihan raya majlis bandaran terutamanya di Pulau Pinang. Kejayaan moral pertama parti itu dicapai pada tahun 1957 di mana Sosialis Front berjaya menguasai Majlis Bandaran George Town.16 Rekod cemerlang Socialist Front diteruskan dalam pilihan raya Bandaran George Town pada tahun 1961 apabila ia hampir-hampir memenangi 14 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan.

Gordon P. Means, Malaysian Politics , hlm. 189. Ibid, hlm. 243. 16 Ia memenangi 8 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan seterusnya berjaya menewaskan Perikatan yang hanya mendapat 5 kerusi manakala 2 lagi dimenangi calon bebas.
15

14

8

Menurut Ting Chew Peh, Pilihan Raya Umum 1959 memperlihatkan tiga aspek yang penting17. Pertama, ia berlaku selepas peninggalan British dan kemerdekaan Tanah Melayu. Kedua, perubahan saiz dan populasi pengundi serta peningkatan secara mendadak pengundi bukan Melayu. Pilihan Raya Umum 1959 melibatkan 2,144,000 pengundi berbanding 1,280,000 pengundi dalam pilihan raya 1955. Selain itu, ia turut menyaksikan peningkatan pengundi Cina daripada 143,000 ( 11.2% ) ke 764,000 (35.6% ). Manakala pengundi India pula bertambah dari 50,000 ( 3.7% ) ke 159,000 ( 7.4% ). Ketiga pula, perubahan kepimpinan yang menyaksikan kelahiran kumpulan “Young Blood” mahupun “Young Turks” dalam MCA. Barisan pemimpin ini yang diketuai oleh Dr. Lim Chong Eu lebih lantang dalam memperjuangkan hak serta kepentingan masyarakat Cina. Ia seterusnya telah membawa kepada keretakan hubungan antara MCA dan UMNO. Ia menyaksikan kehadiran lima buah parti pembangkang yang menentang Parti Perikatan dan ia terdiri daripada PAS, Socalist Front, Parti Progresif Rakyat ( PPP ), Parti Negara dan Parti Malaya. PAS muncul sebagai parti pembangkang utama dengan meletakkan 58 calon untuk peringkat parlimen dan 200 calon bagi kerusi undangan negeri dengan tumpuan di Pantai Timur dan Utara Semenanjung Malaysia.18 Ia diikuti Parti Socialist Front yang telah bertanding bagi 38 kerusi parlimen dalam pilihan raya 1959 dengan meletakkan 11 calon Melayu, 20 Cina dan 7 calon India. Di peringkat dewan undangan negeri pula, ia telah meletakkan 124 calon dengan tumpuan di Pulau Pinang dan Selangor.19 Langkah Socialist Front turut dijejaki oleh UDP dan PPP yang berusaha untuk memenangi kerusi di negeri yang mempunyai populasi penduduk Cina yang ramai seperti Perak, Melaka, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Parti-parti pembangkang yang lain terutamanya PAS, dan Parti Negara pula meletakkan sebahagian besar calon mereka di Pantai Timur dan berusaha untuk memenangi hati pengundi Melayu. Mereka berikrar untuk membela nasib masyarakat Melayu yang didakwa terpinggir dan ketinggalan dalam arus pembangunan akibat daripada dasar pembangunan kerajaan yang tidak seimbang.
Ting Chew Peh, The Chinese in Penisular Malaysia: A Study Of Race Relations In A Plural Society, hlm. 189. Pencabar BN Tidak Berubah, MASSA, 18 September, Utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur, 1999, hlm. 20. 19 R. K. Vasil, Ethnic Politics in Malaysia, hlm. 172-174.
18 17

9

Keputusan pilihan raya 1959 jelas menampakkan perubahan yang ketara dalam senario politik negara. Parti Perikatan yang menang besar dalam pilihan raya 1955 tidak mampu mempertahankan pencapaian cemerlangnya apabila hanya mampu meraih 51.8% undi majoriti dengan memenangi 74 daripada 104 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Parti pembangkang berjaya memenangi 30 kerusi parlimen termasuk tiga kerusi yang dimenangi oleh calon bebas di Perak dan Negeri Sembilan. PAS yang hanya memenangi sebuah kerusi dalam pilihan raya 1955 berjaya memenangi 13 kerusi parlimen iaitu 9 kerusi dari Kelantan dan 4 lagi dari Terengganu. Di Kelantan, PAS memenangi 9 daripada 10 kerusi parlimen yang dipertandingkan manakala Parti Perikatan yang mampu menawan kerusi Ulu Kelantan menerusi Tengku Indra Perta yang hanya mendapat majoriti undi sebanyak 4040 undi sahaja. Manakala di Terengganu, PAS turut menyerlah dengan apabila ia menguasai 4 daripada 6 kerusi parlimen yang dipertandingkan dan Parti Perikatan dan Parti Negara masing-masing memenagi satu kerusi.20 Pengaruh PAS di kedua-dua negeri itu terserlah apabila ia menawan kedua-dua negeri tersebut dalam pilihan raya 1959. PAS menguasai 28 kerusi daripada 30 kerusi undangan negeri Kelantan dan meraih 63.8% undi. Manakala di Terengganu pula, PAS berjaya memenangi 13 daripada 24 kerusi yang dipertandingkan dengan mencatat 36.9% undi. Parti Perikatan hanya memenangi 7 kerusi manakala baki 4 dimenangi oleh Parti Negara. Kejayaan PAS dikaitkan dengan manifesto parti tersebut yang berjanji akan mengaplikasikan prinsip-prinsip Islam dalam pemerintahannya dan mengamalkan prinsip demokrasi yang sebenar. Ia turut berikrar terus mempertahankan hak orang Melayu dan memperbaiki taraf hidup masyarakat serta mempromosikan keadilan sosial.21 Parti Socialist Front muncul sebagai pembangkang kedua terkuat dengan memenangi 8 kerusi parlimen dari dua buah negeri iaitu kubu kuatnya Pulau Pinang dan Selangor. Prestasi Sosialis Front di Selangor agak menonjol dan ia berjaya memenangi 5 buah kerusi parlimen. Presidennya Ahmad Boestamam berjaya memenangi kerusi parlimen Setapak manakala V. David pula memenengi kerusi Bangsar. Kawasan-kawasan lain yang berjaya dimenangi oleh calon Socialist Front termasuklah Damansara, Rawang dan Batu.
Perikatan memenangi kerusi parlimen Kemaman tanpa bertanding manakala Parti Negara memenangi kerusi Kuala Terengganu Selatan menerusi Dato Onn’ b. Jaafar. 21 Alias Mohamed, PAS Platform: Development and Change 1951-1986, hlm. 75.
20

10

Di Pulau Pinang pula, ia memperolehi 3 kerusi parlimen dengan didahului oleh V. Veerapan yang memenangi kerusi Seberang Selatan dan diikuti oleh Liew Kean Siew di Dato Keramat dan Tan Pock Kin di Tanjong. Di peringkat dewan undangan negeri, Socialist Front berjaya memperolehi 16 kerusi dari 4 buah negeri. Di Pulau Pinang, ia mendapat 7 kerusi dan menguasai kawasan Tanjong dengan menyapu bersih keempatempat kerusi yang dipertandingkan termasuklah Tanjung Utara, Tanjung Selatan, Tanjung Barat dan Tanjung Tengah. Kejayaan Sosialis Front lebih bermakna dengan kejayaan Presiden Parti Buruh, D.S Ramanathan memenangi kerusi undangan negeri kawasan Sungai Penang dengan undian sebanyak 1289.22 Selain itu, Sosialis Front turut memenangi kerusi Jeluntong dan Kota yang didominasi oleh pengundi Cina. Di Selangor pula, Socialist Front mendapat memperolehi 3 kerusi undangan negeri. Ia mencapai kejayaan berganda menerusi dua calonnya iaitu V. David dan K. Karam Singh. V. David telah memenangi kerusi DUN Pantai setelah menguasai kerusi parlimen Bangsar. K. Karam Singh pula merupakan pemenang bagi kerusi parlimen Damansara di samping memenangi kerusi DUN Serdang. Satu lagi kerusi undangan negeri diperolehi daripada Nazar Yong yang menguasai kerusi Sentul walaupun hanya dengan majoriti undi sebanyak 552 sahaja. Socialist Front turut berjaya menembusi kubu Parti Perikatan di Negeri Sembilan dan Johor. Di Negeri Sembilan, ia memenangi kerusi DUN bagi Rantau, Rompin, dan Labu. Di Johor pula, kerusi DUN Gunong Lambak, Senai-Kulai dan Tanjong Perti berjaya dikuasai menerusi calon-calon dari Parti Buruh. Secara keseluruhannya dalam pilihan raya 1959, Socialist Front meraih 12.9% undi bagi kawasan parlimen dan 9.7% bagi kerusi undangan negeri.23 People’s Progressive Party ( PPP ), Parti Negara dan Parti Malaya turut berjaya memenangi kerusi dalam pilihan raya 1959. PPP yang mempunyai pengaruh yang kuat di Perak terutamanya di daerah Kinta memenangi 4 daripada 5 kerusi parlimen yang dipertandingkan di daerah berikut. Ia memenangi kerusi Ipoh dan Mengelembu menerusi dua pemimpin utama iaitu Dharma Raja Seenivasagam dan Sri Radhmaraja Seenivasagam . Manakala Chan Swee Ho dan Khong Kok Yat memenangi kerusi Kinta dan Batu Gajah.

Report on the Parliamentary and State Legislative Assembly General Elections, 1964 of the state of Malaya, Jabatan Chetakan Kerajaan, Kuala Lumpur, 1965, hlm. 91. 23 Gordon P. Means, Malaysian Politics , hlm. 253.

22

11

PPP juga mencatatkan kemenangan gemilang di kerusi undangan negeri di kinta apabila menawan 8 daripada 10 kerusi yang dipertandingkan.24 Ia menandakan bermulanya era kegemilangan PPP di daerah Kinta. Parti Negara pimpinan Dato Onn pula memenangi sebuah kerusi parlimen dan 4 buah kerusi undangan negeri di Terengganu. Kerusi parlimen tunggal Parti Negara diperolehi oleh Dato Onn di Kuala Terengganu Selatan. Kejayaan Parti Negara dikaitkan dengan bantuan PAS yang memberi laluan kepada calon-calon parti tersebut untuk bertanding di Terengganu malah Dato Onn sendiri dikatakan diletakkan di kawasan yang selamat bagi memastikan kemenangannya. Secara keseluruhannya, Pilihan Raya Umum 1959 meninggalkan beberapa impak yang penting. Ia menunjukkan kemerosotan pengaruh Parti Perikatan terutamanya sokongan terhadap MCA. Pada masa yang sama, ia turut menandakan bermulanya pengaruh pembangkang di Malaya. Socailist Front mula menyemai pengaruhnya di Pantai Barat manakala PAS pula bertapak kukuh di Utara dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Namun begitu, kegagalan kedua-dua parti dominan ini wujud sebarang kerjasama atau persefahaman ternyata melemahkan barisan pembangkang . Pilihan Raya Umum 1964 yang telah diadakan pada 25 April menyaksikan penambahan parti pembangkang dalam politik di Semenanjung Malaysia. People’s Action Party ( PAP ) dan United Democratic Party ( UDP ) telah bertanding dalam pilihan raya ini. Ia telah berlangsung semasa negara diancam oleh konfrontasi Indonesia. Ia telah digunakan sepenuhnya oleh Parti Perikatan dalam meraih undi para pengundi khususnya pengundi Cina dan India. Isu kepentingan nasional dijadikan manifesto Perikatan dan parti-parti pembangkang telah dituduh anti-nasional dan pro- Indonesia. Peratusan undi Perikatan telah kembali ke margin yang selesa. Ia berjaya memenangi 89 daripada 104 kerusi yang dipertandingkan dan menunjukkan peningkatan 6.6% ( 58.4% ) berbanding 1959 ( 51.8% ). Parti Perikatan memenangi ke semua kerusi undangan negeri di Johor ( 32 ), Kedah ( 24 ), Negeri Sembilan ( 24 ), dan Pahang ( 24 ). Selain itu, ia turut merampas kembali Terengganu apabila memenangi 21 daripada 24 kerusi yang dipertandingkan. Di Kelantan, Parti Perikatan turut memperbaiki pencapaiannya apabila menawan 9 daripada 30 kerusi yang dipertandingkan dengan mencatatkan pertambahan 7 kerusi berbanding pilihan raya 1959.
PPP memenangi kerusi undangan negeri Pekan Bharu, Pekan Lama, Pasir Puteh, Kuala Pari, Chemor, Sungei Raja, Pusing dan Gopeng.
24

12

Dalam Pilihan Raya Umum 1964, Parti Socialist Front telah disertai oleh Parti Perhimpunan Kebangsaan yang turut dikenali sebagai National Convention Party ( NCP ) yang ditubuhkan oleh Abdul Aziz Ishak pada tahun 1963.25 Gabungan Parti Buruh, Parti Rakyat dan Parti Perhimpunan Kebangsaan telah berganding bahu dan meletakkan bilangan calon yang agak ramai. Socialist Front telah meletakkan seramai 63 calon bagi kerusi parlimen dan 167 calon bagi peringkat negeri. Dalam kempennya, Socialist Front terus mengkritik dasar pembentukan Malaysia yang dianggap sebagai punca ketegangan hubungan Malaysia dengan negara jiran. Ia mencadangkan agar gencatan senjata dikuatkuasakan di Borneo dan askar British dan Indonesia perlu berundur dari sana. Selepas itu perlu diadakan satu referendum bagi memastikan kehendak sebenar rakyat Sabah dan Sarawak. 26 Socialist Front gagal mencapai sebarang kejayaan yang bermakna dalam pilihan raya ini. Walaupun berjaya mencatat memperolehi undi sebanyak 12% tetapi ia hanya mampu memenangi 2 kerusi parlimen dan kehilangan 6 kerusi parlimen yang dimenangi dalam pilihan raya yang lepas. Kekalahan Socialist Front dalam pilihan raya 1964 bertambah perit apabila tokoh-tokohnya seperti Ahmad Boestamam, Ishak bin Haji Mohammed , V. Veerapan dan Abdul Aziz bin Ishak tewas mengejut dalam pilihan raya ini..27 Ahmad Boestaman gagal pertahankan kerusi parlimen di Setapak manakala V. Veerapan pula kehilangan kerusi DUN di Seberang Selatan. Aziz Ishak juga mengalami nasib yang sama apabila gagal pertahankan kerusi di Kuala Langat yang dimenangi semasa bersama dengan Perikatan. Beliau ditewaskan oleh Tahir Majid yang memperolehi 9,840 undi berbanding Aziz yang hanya mendapat 6,043 undi.

Prestasi yang kurang memberangsangkan dalam pilihan raya 1964 telah membawa kepada perpecahan dalam Socialist Front. Parti Rakyat telah bertindak berundur daripada Socialist Front dan bertanding bersendirian dalam pilihan raya 1969. Terdapat tiga faktor utama yang membawa kepada kemerosotan serta kejatuhan Sosialis Front. Menurut Ratnam
Abdul Aziz Ishak merupakan bekas anggota UMNO dan juga menteri di bawah cabinet Tunku. Beliau dipecat dari UMNO kerana kelantangannya mengkritik UMNO dan polisi BN. 26 Gordon P. Means, Malaysian Politics , hlm. 336. 27 Ibid, hlm. 338.
25

13

dan Milne ( 1967 ), Socialist Front gagal menonjolkan dirinya sebagai sebuah parti yang ‘terhormat’.28 Ia sering dianggap sebagai sebuah parti haluan kiri yang radikal dan dipengaruhi oleh anasir komunis. Perjalanan parti serta aktivitinya sering dipantau kerajaan dan beberapa orang ahlinya pernah ditahan di bawah Ordinan Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ). Kedua, pengaruh golongan radikal Cina dalam parti Buruh yang semakin kuat dan menguasai pakatan di dalam Socialist Front. Ini membawa kepada pertelingkahan antara Parti Buruh dan Parti Rakyat terutamanya dalam aspek bahasa, agama Islam, pemilihan calon dan dasar mengenai isu perkauman. Ketiga, kegagalan Parti Rakyat dalam mendapat sokongan orang Melayu dan terlalu bergantung kepada Parti Buruh telah menjadikan Socialist Front sebuah parti yang pro-Cina. Kegagalan Socialist Front turut dirasai oleh parti pembangkang yang lain terutamanya PAS yang hanya mampu memenangi 9 kerusi parlimen dan kehilangan kerajaan negeri Terengganu apabila hanya mendapat 3 daripada 24 kerusi di negeri berkenaan. PPP turut mengalami nasib yang sama apabila hanya mampu mengekalkan 2 kerusi parlimennya sahaja. Parti Negara yang kehilangan Dato Onn pula, gagal mempertahankan satu-satu kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya 1959 . Kehadiran People’s Action Party ( PAP ) dan United Democratic Party ( UDP ) turut gagal memperkasakan barisan pembangkang sebaliknya menyaksikan perpecahan undi pembangkang. PAP hanya berjaya memenangi sebuah kerusi parlimen menerusi Devan Nair di Bangsar, Selangor.29 Manakala UDP yang bertapak di Pulau Pinang memenangi kerusi parlimen Tanjong menerusi Presidennya, Lim Chong Eu dan 4 kerusi lagi kerusi undangan negeri iaitu kerusi Kota, Tanjong Utara, Tanjong Tengah dan Tanjong Barat.

2.3.2

Pakatan PPP, DAP dan Gerakan ( 1969 )

Pilihan Raya Umum 1969 menampakkan satu perkembangan baru dalam politik di Semenanjung Malaysia. Ia telah menyaksikan pembentukan pakatan di kalangan parti-parti
K. J . Ratnam and R. S. Milne, The Malayan Parliamentary Election of 1964, University of Malaya Press, Singapore, 1967, hlm. 48. 29 Devan Nair menewaskan V. David dari SF dengan majoriti undi sebanyak 808.
28

14

pembangkang. Walaupun begitu, kerjasama itu dilihat sekadar satu persetujuan bersama bagi menentang Perikatan dan tidak wujud sebarang percubaan untuk menyatukan idelogi yang berbeza.30 Kerjasama yang terbentuk di kalangan parti-parti pembangkang utama itu melibatkan persetujuan dalam membahagikan kerusi yang bakal ditandingi oleh calon-calon pembangkang. Senario ini berlainan dengan pilihan raya sebelum ini di mana pembangkang bukan sahaja sentiasa mengecam satu sama lain tetapi turut bertanding di kawasan yang lain. Ini bukan sahaja melemahkan parti-parti pembangkang malah mengakibatkan perpecahan undi dan menguntungkan Perikatan. Kerjasama pembangkang dalam Pilihan Raya Umum 1969 menyaksikan dominasi parti-parti politik masyarakat bukan Melayu dalam menentang Parti Perikatan yang diterajui UMNO. Kelahiran DAP dan Gerakan, dua parti yang didominasi orang Cina dan begitu lantang memperjuangkan konsep demokrasi berasaskan prinsip kesaksamaan kaum serta memanipulasi isu-isu bahasa dan pendidikan telah menimbulkan kebimbingan orang Melayu. Parti-parti yang dianggap cauvanis Cina itu dilihat bukan sekadar mempersoalkan hak orang Melayu malah berusaha untuk menghapuskan ketuanan Melayu. DAP secara rasmi menjadi sebuah parti politik yang sah di Malaysia pada 18 Mac 1966. Ia diketuai oleh Dr. Chen Man Hin sebagai Pengerusi Protem, Devan Nair sebagai Setiausaha Agung , Zain Azahari, Goh Hock Guan, D.P. Xavier, Dr. S. Seevaratnam, Chin Chang Sung, Chan Kot Kit, Michael Khong dan Tan Chong Bee 31. DAP yang dibentuk atas dasar ‘non-communal’ dan ia dilihat memperjuangkan konsep negara Malaysia yang bebas, demokratik dan sosialis berasaskan prinsip kesaksamaan kaum, keadilan sosial dan ekonomi32. Dasar perjuangannya yang melaung-laungkan persamaan hak antara kaum di Malaysia membolehkan DAP mendapat sokongan padu yang masyarakat bukan Melayu khususnya kaum Cina. Ini membolehkan DAP bertapak dengan kukuh di dalam arena politik Malaysia sejak awal penubuhannya.

R.S Milne dan Diane K Mauzy, Politik dan Kerajaan di Malaysia, Terj. Abd. Rauf Mohd Napis dan Ramlah Muhamad, hlm. 207. 31 Ulangtahun DAP ke 15, Democratic Action Party, Petaling Jaya, 1981, hlm. 18.
32

30

Lee Kam Hing and Tan Chee-Beng (ed.), The Chinese in Malaysia, hlm. 206.

15

Menurut DAP, terdapat beberapa prinsip asas yang harus dicapai bagi pembentukan sebuah negara bangsa Malaysia yang berjaya dalam negara yang berbilang kaum. Prinsipprinsip tersebut ialah : 33 i. . Sebagai sebuah negara yang majmuk, DAP menentang sebarang istimewa dan politik. Ia dianggap ii. sebagai satu penindasan kepada kaum lain. layanan

kepada mana-mana kaum yang memonopoli kepentingan ekonomi

DAP turut perjuangkan kebebasan mutlak dalam erti kata lain, ia mengecam corak pemerintahan diktator dan ia percaya bahawa setiap individu perlu diberi kebebasan beragama, menyuarakanpendapat, serta berhimpun.

iii.

Demokrasi yang benar-benar demokrasi, iaitu peluang rakyat melibatkan diri dalam semua peringkat institusi politik. Pada masa yang sama, demokrasi tidak pemerintahan golongan majoriti seharusnya dihadkan kepada pilihan raya dan kumpulan minoriti.

sahaja. Ia juga harus melibatkan toleransi dan jaminan kebebasan dan hak-hak

iv.

Dalam sosialisme berdemokratik pula, DAP pertahankan hak bekerja dan menjaga kebajikan manusia dalam semua kelas, hak menikmati alam sekitar yang bersih, hak mendapat pendidikan dan latihan mengikut pilihan sendiri.

Asas perjuangan dan prinsip DAP boleh dilihat dengan jelas dalam ‘Deklarasi Setapak’ yang diumumkan pada 29 Julai 1967.34 Ia menekankan kebebasan penggunaan bahasa lain dalam masyarakat. dan mendesak agar bahasa Cina, Tamil dan Inggeris turut diberi peranan dalam pentadbiran, pendidikan dan media massa. Dari segi sosio ekonomi dan budaya, DAP memperjuangkan persamaan hak dan mengkritik pengeksplotasian ke atas tenaga manusia berdasarkan kaum, ekonomi, sosial, dan kawasan di bandar dengan luar bandar. 35

33 34

Ulangtahun DAP ke 15, hlm. 10. Ibid, hlm.79. 35 Ibid, hlm. 82-84.

16

Parti Gerakan diasaskan oleh Lim Chong Eu , di samping beberapa pemimpin bekas pemimpin parti Buruh seperti Tan Chee Khoon dan V. Veerappen pada 24 Mac 1968. Pada masa yang sama, Gerakan turut mendapat perhatian daripada tokoh-tokoh akademik seperti Syed Hussein Al-Altas, Wang Gungwu dan J.B.A Peter.36 Dalam usaha untuk muncul sebagai sebuah parti yang benar-benar kuat, Gerakan turut berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada kesatuan pekerja dan ia berhasil apabila dua pemimpin utama dalam kesatuan sekerja, Yeoh Teck Chye dan V. David menyertai parti itu. 37 Di mana kedua-duanya telah menjadi calon Gerakan dalam Pilihan Raya Umum 1969. V. David telah memenangi kerusi parlimen Dato Keramat manakala Yeoh Teck Chye pula memenangi kerusi parlimen Bukit Bintang. Perjuangan asal parti itu berlandaskan kepada dasar bukan perkauman dan mengamalkan fahaman sosialis dan demokrasi.38 Selain itu, Parti Gerakan turut mengiktiraf hak istimewa orang Melayu, di samping sedia berkompromi mengenai isu bahasa dan pelajaran walaupun ia menegaskan pelajaran menengah Cina dan Tamil perlu dikekalkan. Dalam usaha mengekalkan imej bukan komunalnya serta mendapatkan sokongan masyarakat Melayu, Parti Gerakan telah melantik Syed Hussein Al-Atas sebagai pengerusi parti itu yang pertama. Dalam satu kenyataan parti itu yang bertarikh 15 April 1968, ia menegaskan bahawa: “ We recognize the need to accord special attention and emphasis on the economically weak Malays and other indigenous peoples. Their problems require a special approach and special remedies. They should be protected from exploitation and assisted to compete with other communities on a just basis in business, trade and the professions.39 Kenyataan itu jelas menunjukkan pendekatan Gerakan yang agak sederhana dalam usaha mendapat sokongan daripada orang Melayu walaupun pada dasarnya ia bergantung sepenuhnya kepada sokongan masyarakat Cina.

Hussein Alatas seorang pensyarah di University Singapura, manakala Wang Gungwu seorang pensyarah di Universiti Malaya dan J.B.A Peter pula merupakan presiden Majlis Perubatan Malaysia. Lihat R.K. Vasil, The Malaysian General Election of 1969, Oxford University Press, Singapore, 1972, hlm. 17. 37 Ting Chew Peh, The Chinese in Penisular Malaysia: A study of race in a plural society, hlm. 184. 38 R.S Milne dan Diane K Mauzy, Politik dan Kerajaan di Malaysia, Terj. Abd. Rauf Mohd Napis dan Ramlah Muhamad , hlm.192. 39 R.K. Vasil, Ethnic Politics in Malaysia, hlm. 162.

36

17

Pada Mac 1968, DAP telah membuat perjanjian dengan PPP dalam membahagikan kawasan pilihan raya di Perak.40 Menjelang Februari 1969 parti PPP, DAP dan Gerakan telah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama dalam pilihan raya 1969.41 Ketiga-tiga parti telah bersetuju untuk membahagikan kerusi bagi kawasan parlimen dan undangan negeri bagi mengelakkan pertembungan sesama pembangkang dan seterusnya mengakibatkan perpecahan undi. Dalam pakatan ketiga-tiga parti itu, mereka menumpukan perhatian ke atas negeri-negeri Melayu di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Pulau Pinang akan diserahkan kepada Parti Gerakan dan Selangor pula akan dibahagi di antara DAP dan Gerakan.42 Manakala di negeri Perak, PPP akan meletakkan sebahagian besar calonnya manakala DAP akan bertanding di negeri-negeri lain seperti Negeri Sembilan, Johor dan Melaka.43 Pada masa yang sama, PPP, DAP dan Gerakan dikatakan berjaya membuat satu pakatan dengan PAS yang bertujuan untuk memecahkan undi pengundi Melayu di kawasan majoriti Cina dan sebaliknya ketiga-tiga parti pembangkang itu akan berkempen bagi mendapatkan undi orang Cina di kawasan orang Melayu. Pada bulan April 1969, PAS mengumumkan bahawa ia akan menyokong 2 calon Gerakan di Pulau Pinang dan bersedia bagi menyediakan pengempen untuk parti itu.44 Tindakan PAS itu dilihat sebagai sebahagian usaha Gerakan dalam meletakkan calon Melayu di Pulau Pinang. Parti Rakyat yang bertanding bersendirian setelah keluar dari Parti Sosialis Front turut tidak menentang usaha Gerakan untuk menawan Pulau Pinang dengan tidak meletakkan calonnya di kawasan yang ditandingi oleh Gerakan. Ini telah menjadikan pilihan raya 1969 begitu menarik di mana PPP, DAP dan Gerakan menentang MCA dam MIC manakala PAS pula akan berhadapan dengan UMNO. Kempen pilihan raya 1969 bertumpu kepada isu perkauman yang berlanjutan berikutan kekurangan isu nasional yang menarik. Parti Perikatan terus berpegang kepada rekod perkhidmatannya yang cemerlang sejak kemerdekaan gagal membendung asakan pembangkang yang terus memperbesarkan isu-isu perkauman dan mengapi-apikan lagi
40 Ulangtahun DAP ke 15, Democratic Action Party, hlm. 26. Lihat juga, R.S Milne dan Diane K Mauzy, Politik dan Kerajaan di Malaysia, hlm.207. 41 R. K. Vasil, The Malaysian General Election of 1969, hlm. 21. 42 R.S. Milne and Diane K. Mauzy, Politics and Government in Malaysia, Times Books International, Singapore, 1978, hlm.162.. 43 Ibid. 44 R.S Milne dan Diane K Mauzy, Politik dan Kerajaan di Malaysia, Terj. Abd. Rauf Mohd Napis dan Ramlah Muhamad , hlm.207.

18

perasaan perkauman. DAP dalam manifestonya yang bertajuk “ Towards a Malaysian Malaysia”, telah memberi penekanan kepada pengamalan demokrasi politik, sosial dan ekonomi45. Dari segi politik pula, ia menggesa semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bahasa atau agama diberi kebebasan dalam berpolitik, hak serta peluang yang saksama. Dalam aspek ekonomi, DAP memperjuangkan agar eksploitasi yang berlaku antara individu mahupun kelas dihapuskan. Di samping, ia menggesa agar jurang perbezaan pendidikan dan sosio ekonomi antara bandar dengan luar bandar dikurangkan. DAP dalam mengulas manifestonya beranggapan : “ The Alliance government…ignores the principle of the indivisibility of Malaysian prosperity and social justice. They often that the have-nots in Malaysia are of all races. The are found inrural areas as well as in urban slums. The campaign against poverty and backwardness must accordingly be a national campaign, based on the criteria of need and not on the race.” 46 Dalam kenyataan itu, jelas DAP menuntut persamaan hak dalam semua aspek di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum kerana beranggapan ia perlu bagi menjamin hak semua bangsa di Malaysia. PPP yang mempunyai kerjasama yang erat dengan DAP telah mengemukakan manifestonya ‘ Malaysia for Malaysians ’ yang mirip kepada manifesto PAP ‘ Malaysian Malaysia ’ telah mengesa pindaan terhadap perlembagaan bagi menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu. Ia menegaskan bahawa “ the nation and the state is not identified with the supremacy, well-being and the interest of any one particular community or race.”47 Dalam pilihan raya 1969, DAP telah bertanding di 24 kerusi parlimen dan 57 kerusi undangan negeri. Ia diikuti Gerakan yang telah meletakkan calonnya di 14 kawasan parlimen dan 37 calon di kawasan undangan negeri. PPP pula hanya meletakkan 6 calonnya bagi kawasan parlimen dan 16 calon bagi undangan negeri. Kerjasama DAP , PPP dan Gerakan ternyata berkesan dan berjaya memenangi 25 daripada 104 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Di peringkat dewan undangan negeri pula, kerjasama ketiga-tiga parti ini
Ting Chew Peh, The Chinese in Penisular Malaysia: A Study Of Race Relations In A Plural Society, hlm. 181.
46 47 45

R. K. Vasil, The Malaysian General Election of 1969, hlm. 31. Ibid, hlm. 33.

19

berjaya menguasai 69 daripada 282 kerusi yang dipertandingkan dengan memperolehi 25.2% undi. DAP muncul sebagai parti pembangkang yang terkuat dan ia berjaya memperolehi 13 kerusi parlimen dan 31 kerusi undangan negeri. Perak muncul sebagai kubu terkuat DAP apabila ia berjaya memenangi 5 kerusi parlimen di kawasan Sitiawan, Batu Gajah, Kampar, Telok Anson dan Batang Padang.48 Di Selangor pula, DAP mendapat tiga kerusi parlimen berikutan kejayaan Setiausaha Agung, Goh Hock Guan memenangi kerusi Bangsar dengan majoriti sebanyak 27,402 undi. Selain itu, DAP juga menawan kerusi parlimen Damansara dan Setapak. Di Negeri Sembilan, ia menambah 3 kerusi parlimen apabila memenangi kerusi kawasan Seremban Timur yang menerusi Pengerusi DAP, Chan Man Hin. Dua calon Indianya, Soorian Arjunan dan Sinnathamby Seevartnam turut tidak mengecewakan apabila berjaya memenangi kerusi masing-masing di Port Dickson dan Seremban Barat. Baki dua kerusi parlimen diperolehi dari Melaka dan Pulau Pinang. Di Melaka, Lim Kit Siang menawan kerusi parlimen Bandar Melaka dengan majoriti undi yang begitu besar, 11,216 undi. Manakala di Pulau Pinang, parlimen Penang Utara menjadi kerusi tunggal yang dimenangi oleh DAP. Prestasi DAP di peringkat undangan negeri turut membanggakan khususnya Selangor, Negeri Sembilan dan Perak. Di ketiga-tiga negeri itu, DAP berjaya memenangi 23 buah kerusi masing-amsing 9 kerusi di Selangor dan 8 di Negeri Sembilan. Kemenangan DAP di Selangor diketuai oleh 3 tokoh utamanya iaitu Lee Lam Thye yang menawan kerusi Bukit Nanas, Goh Hock Guan menawan kerusi Salak dan Yap Pian Hon di Serdang.. Selain itu, kerusi undangan negeri Pencahala, Sementa, Ampang, Sentul, Bukit Raja dan Kampung Jawa turut ditawan oleh DAP. Pencapaian DAP di Perak turut memberangsangkan, ia memenangi 6 daripada 8 yang ditandinginya. Di mana dua daripadanya terletak di daerah Kinta iaitu kerusi Tanjong Tualang dan Kuala Dipang dan 4 lain terletak di kawasan lain iaitu kerusi Lumut, Batak Rabit, Tapah Road dan Lekir. Kejayaan DAP lebih bermakna apabila ia turut meluaskan pengaruhnya ke Melaka, Pulau Pinang dan Johor apabila menawan 4 kerusi di Melaka dan 3 lagi di Pulau Pinang dan 1 di Johor.

Penyata Pilehanraya Umum Dewan Ra’ayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak tahun 1969, Jabatan Chetak Kerajaan, Kuala Lumpur, 1972, hlm. 57-59.

48

20

Prestasi Gerakan juga agak memberangsangkan, ia berjaya memenangi 8 kerusi parlimen dan 5 daripadanya diperolehi dari Pulau Pinang. Kejayaan di Pulau Pinang diketuai oleh presiden Gerakan, Lim Chong Eu yang memenangi kerusi Tanjung, V. David di kerusi Datuk Keramat, V.Veerappan di Seberang Selatan. Mustapa b. Hussain muncul sebagai ahli parlimen tunggal Melayu Parti Gerakan di Pulau Pinang apabila berjaya menguasai kerusi Seberang Tengah. Sebuah lagi kerusi parlimen di Pulau Mutiara diperolehi di Penang Selatan menerusi Gabriel Thomas Selvaraj yang menewaskan Ismail bin Idris dari Perikatan dengan majoriti undi sebanyak 7,551.49 Di Selangor pula, Gerakan berjaya menguasai dua kerusi parlimen menerusi dua tokohnya iaitu Tan Chee Koon di Batu dan Yeoh Teck Chye di Bukit Bintang. Satu lagi baki kerusi parlimen datang dari kawasan Larut Selatan, Perak. Calon parti Gerakan, Ng Hoe Hun memenangi kerusi itu dalam pertarungan tiga penjuru yang melibatkan calon Perikatan Lim Swee Aun dan Calon PAS Haji Mohamed Tahir dengan undi majoriti sebanyak 4,867. PPP yang menfokuskan kekuatannya di Perak berjaya memenangi 4 kerusi parlimen dan kesemuanya di perolehi dari negeri Perak. Ia berjaya memenangi 3 daripada 5 kerusi parlimen di daerah Kinta.50 PPP memenangi kerusi Ipoh apabila R.C. Mahadeva Rayan menewaskan Toh Seang Eng dari MCA dengan majoriti undi sebanyak 18,748 undi. Di Menglembu pula, S.P. Seenivasagam berjaya mengekalkan kerusinya dengan menewaskan Hew Chai Kee. Di Ulu Kinta pula, Chan Yoon Onn berjaya menewaskan Chin Foo, penyadang kerusi itu pada pilihan raya 1964 dengan majoriti sebanyak 3,115 undi. Selain itu, PPP turut berjaya memenangi kerusi Bruas menerusi calonnya Su Liang Yu yang hanya mendapat majoriti undi sebanyak 468 dalam pertandingan tiga penjuru yang melibatkan calon Perikatan dan PAS.51 Di peringkat negeri, Gerakan, DAP dan PPP berjaya mengurangkan jumlah kerusi yang dimenangi Perikatan dengan begitu berjaya. Perikatan hanya mampu memenangi 66 kerusi berbanding 74 dan 89 pada pilihan raya 1959 dan 1964.Kejayaan ketiga-tiga parti itu diukur dengan kemampuan mereka menguasai Pulau Pinang, dan menafikan majoriti selesa
Penyata Pilehanraya Umum Dewan Ra’ayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak tahun 1969, hlm. 56. 50 Dua lagi kerusi, Batu Gajah dan Kampar dimenangi oleh parti DAP. Lihat Penyata Pilehanraya Umum Dewan Ra’ayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak tahun 1969, hlm. 58. 51 Ibid, hlm. 57.
49

21

Perikatan di Perak dan Selangor. Selain itu, Gerakan dan DAP turut berjaya memenangi kerusi di kesemua negeri di pantai Barat Semenanjung Malaysia kecuali di Perlis. Ia diperolehi daripada kawasan bandar yang didominasi oleh masyarakat bukan Melayu. Gerakan berjaya menawan Pulau Pinang apabila ia berjaya memenangi 16 kerusi undangan negeri dan pada masa yang sama DAP pula menyumbang 3 lagi kerusi di kawasan Kelawei, Tanjong Bungah dan Jeluntong. Kemenangan besar Gerakan di Pulau Pinang turut menyaksikan kekalahan mutlak MCA di negeri itu. Ia termasuklah kekalahan Wong Pow Nee di Bukit Mertajam kepada calon Gerakan, Ooh Chooi Cheng dengan majotiti undi sebanyak 4,420. Manakala Lim Chong Eu pula menang selesa di kerusi Kota dan membolehkannya beliau menjadi ketua Menteri Pulau Pinang. Kerusi-kerusi lain yang dimenangi Gerakan termasuklah Tanjong Utara, Tanjong Barat, Tanjong Selatan, Tanjong Timur, Sg. Bakam, Alma, Nibong Tebal, Butterworth, Bagan Alam, Glugor, Dhoby Ghaut, Tasik Gelugor, Sungai Pinang dan Air Hitam. Perikatan yang mampu memenangi 4 kerusi undangan negeri di Pulau Pinang menerusi 4 calon UMNO di kawasan Muda yang dimenangi oleh Haji Ismial b. Che Chik, Kepala Batas oleh Haji Ahmad b. Haji A. Fahin, Permatang Pauh oleh Haji Mohamad Nur b. Haji Bakar dan Bayan Lepas oleh Ismail b. Hashim. Ia jelas menunujukkan penolakan para pengundi Cina di Pulau Pinang terhadap MCA yang dianggap gagal membela nasib komuniti tersebut. Selain itu, Gerakan turut berjaya menawan 4 kerusi undangan negeri di Selangor apabila Tan Chee Khoon memenangi kerusi Kepong dan V. David memenangi kerusi Pantai di samping kerusi Serendah dan Kuang. Ia turut menawan 4 lagi kerusi undangan negeri di Kedah dan Perak. Di Kedah, parti tersebut memenangi dua kerusi yang terletak di kawasan bandar iaitu Pekan Alor Setar dan Pekan Sungei Petani. Manakala di Perak pula, ia menguasai kerusi Taiping dan Matang. Pengaruh Parti Gerakan turut dirasai di Melaka dan Pahang di mana ia berjaya memenangi satu kerusi di kedua-dua buah negeri tersebut. PPP pula telah berjaya memperolehi 12 kerusi undangan negeri di Perak dan telah berusaha untuk membentuk kerajaan campuran di Perak dengan bantuan DAP yang mendapat 6 kerusi. Pakatan PPP dan DAP berjaya menguasai 18 daripada 40 kerusi yang dipertandingkan. Ia hanya memerlukan dua buah lagi kerusi untuk merampas Perak dari Perikatan yang hanya mempunyai 19 kerusi undanagn negeri sahaja. Peluang PPP dan DAP

22

untuk membentuk kerajaan campuran begitu cerah berikutan kejayaan 2 calon Gerakan memenangi kerusi undangan negeri bagi Taiping and Matang menerusi Lim Eng Chuan dan Ang Chin Wah. Pada masa yang sama, PAS turut berjaya memenangi sebuah kerusi di Kampong Gajah menerusi Mahmud bin Zainal Abidin. Prestasi PAS dalam Pilihan Raya 1969 tidak kurang hebatnya, ia memenangi 12 kerusi parlimen dan 40 kerusi undangan negeri. Ia berjaya memperolehi kejayaan yang membanggakan di negeri-negeri Utara serta Pantai Timur Semenanjung Malaysia. PAS yang meletakkan sebahagian besar golongan ulama, guru agama serta pendakwah berjaya menarik undi para pengundi Melayu luar bandar yang dibelenggu masalah sosio ekonomi. Di Kelantan, PAS berjaya memenangi 6 kerusi parlimen termasuklah di Bachok, Kota Bharu Hulu, Kelantan Hilir, Pasir Mas Hilir, Pasir Mas Hulu dan Pasir Putih. Manakala di peringkat undangan negeri pula, ia berjaya mengekalkan pemerintahnnya di Kelantan apabila menguasai 19 daripada 30 kerusi yang dipertandingkan. PAS turut berjaya di Terengganu apabila ia menawan 2 kerusi parlimen dan 11 kerusi dewan undangan negeri. Ia berjaya menawan kerusi Kuala Besut, Jeram, Ladang, Bukit Besar, Batu Burok, Marang, Suria, Ulu Dungun, Kuala Terengganu Tengah, Kemaman Selatan dan Binjai.52 Di Kedah pula, PAS memenangi 3 kerusi parlimen termasuklah kerusi Kota Star Selatan yang menyaksikan Haji Yusof Rawa menewaskan Dr. Mahathir Mohamad dengan majoriti undi sebanyak 989. Selain itu kerusi Kubang Pasu Barat, Star Utara dan Kota Star Selatan turut dikuasai PAS. Manakala bagi peringkat negeri PAS memperolehi 8 kerusi dan ia termasuklah kemenangan di Alor Star Luar, Alor Star Barat, Kankong, Bukit Raya, Sik-Gurun, Tunjang, Pokok Sena dan Langgar-Limbang. Pengaruh PAS di Utara Semenanjung Malaysia turut terserlah dengan kejayaan memenangi kerusi undangan negeri Arau di Perlis dan Kampong Gajah di Perak. Parti Rakyat yang menuju ke era kesuraman gagal memenangi sebarang kerusi parlimen dan hanya memenangi 3 kerusi undangan negeri. Ia memenangi kerusi di Balik Pulau, Pulau Pinang menerusi Abdul Rahman Haji Yunus. Di Pahang, Parti Rakyat
Penyata Pilehanraya Umum Dewan Ra’ayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak tahun 1969, hlm. 78-81.
52

23

mendapat 2 kerusi di Ulu Kuantan dan Tanah Putih menerusi Mohd Ramli b. Ismail dan Sivasubramaniam a/l Sivasambadan. Keputusan itu tersebut jelas menunjukkan kegagalan Parti Rakyat dalam mendapatkan sokongan daripada para pengundi Melayu yang lebih selesa mengundi calon UMNO yang dilihat lebih menjamin kepentingan mereka. Manakala pengundi bukan Melayu pula tidak yakin dengan kemampuan parti tersebut memperjuangkan hak mereka.
Jadual 2.1 Jumlah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dimenangi oleh parti-parti politik dalam Pilihan Raya Umum 1969. Parti Perikatan UMNO MCA MIC Jumlah DAP Gerakan PAS PPP Parti Rakyat Parlimen 51 13 02 66 13 08 12 04 133 26 03 162 31 26 40 12 03 DUN Peratusan undi Parlimen DUN 33.6 13.5 1.2 48.4 13.7 8.5 23.7 3.8 1.2 33.5 12.7 1.7 47.9 11.7 8.7 22.8 4.7 1.5

Sumber : R.K. Vasil ( 1980 ), Ethnic Politics in Malaysia, hlm. 172-174, Malaysia : Facts and Figures (1990 ), hlm. 47-50.

Selepas keputusan rasmi pilihan raya 1969 diumumkan, pakatan pembangkang mempunyai harapan yang cerah untuk membentuk kerajaan campuran di Perak dan Selangor. Di Perak, pembangkang menguasai 21 daripada 40 kerusi undangan negeri yang dipertandingkan. PPP dan DAP memenangi 18 kerusi manakala Gerakan memenangi dua kerusi dan PAS memenangi satu kerusi. Dalam mengulas mengulas situasi di Perak selepas Pilihan Raya Umum 1969, Lee Kam Hing ( 1977 ), berpendapat: “ For a while immediately after the elections, there was a real possibility that the various opposition parties could form a coalition government in the state. The DAP and PMIP agreed to participate in such coalition and the sultan of Perak also

24

indicated, when approached by the PPP leaders, that he had no objection to a nonAlliance government in his state.” 53 Manakala di Selangor pula, Perikatan hanya mampu memenangi 14 daripada 28 kerusi undangan negeri. DAP berjaya mendapat 9 kerusi undangan negeri termasuk di kawasan Salak yang dimenangi oleh Goh Hock Guan, Bukit Nanas oleh Lee Lam Thye dan Serdang oleh Yap Pian Hon.54 Gerakan turut berjaya menguasai 4 kerusi di kawasan Kepong, Pantai, Serendah dan Kuang dan sebuah lagi kerusi diperolehi oleh calon bebas. Ia meletakkan Parti Perikatan dalam situasi yang genting. Menurut R.K. Vasil ( 1980 ): “ The Malay sense of insecurity in Selangor was further immensely accentuated by the determined and very often vocal attempts by the leaders of DAP, who forge a DAP-Gerakan coalition in the state. Although the two parties did not hane majority in the state lsgislature but the sheer noise about it unnerved the Malays.”55 Namun begitu, harapan pembangkang untuk membentuk kerajaan campuran di Perak dan Selangor berkecai apabila Gerakan mengambil keputusan untuk bersikap berkecuali dengan tidak menyertai kerajaan campuran PPP dan DAP.
56

Pendirian Gerakan jelas dalam sidang

media parti tersebut pada 14 Mei 1969 di mana Setiausaha Agung Parti Gerakan, Tan Chee Khoon yang menegaskan bahawa Parti Gerakan tidak akan bekerjasama dengan DAP ataupun PPP kerana beranggapan tindakan tersebut bakal menimbulkan kegelisahan orang Melayu dan mencetuskan ketegangan kaum.57 Namun begitu, Gerakan juga tidak akan bekerjasama dengan UMNO yang dilihat sebagai satu pengkhianatan terhadap masyarakat bukan Melayu dan parti tersebut akan kehilangan sokongan daripada para penyokongnya. Dalam melihat punca kegagalan Parti Perikatan dan kejayaan pembangkang di Semenanjung Malaysia, beberapa perkara perlu diberi penekanan. Pertama para pengundi Cina dan India telah hilang keyakinan terhadap MCA dan MIC yang dilihat gagal memainkan peranan masing-masing dengan efektif. Kedua-dua komponen Perikatan itu, dilihat gagal memperjuangkan hak serta kepentingan komuniti yang diwakili. Sebaliknya mereka tunduk terhadap desakan UMNO yang semakin menebal sifat kemelayuan akibat
Lee Kam Hing , Politics In Perak 1969-1974: Some Preliminary Observations with Particular Reference to the non-Malay Political Parties, Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1977, hlm. 4. 54 Kerusi-kerusi lain yang dimenangi DAP ialah Penchala, Sementa, Ampang, Sentul, Bukit Raja, dan Kampung Jawa. 55 R.K. Vasil, Ethnic Politics in Malaysia, hlm. 180 56 Ibid, hlm. 180-181. 57 Ibid.
53

25

daripada tekanan PAS. UMNO cuba memulihkan imejnya yang tercalar akibat daripada tindakan PAS yang menyelarnya ‘menjual orang Melayu’. Lantaran itu, UMNO bertindak dengan meningkatkan usaha-usahanya bagi memenangi hati pengundi Melayu sehingga menimbulkan perasaan kurang senang masyarakat bukan Melayu yang merasakan mereka terpinggir dan hak mereka dicabuli. Pada masa yang sama, MCA dan MIC gagal bertindak dan ini mengakibatkan para pengundi Cina dan India terutamanya di kawasan bandar cenderung memihak kepada parti-parti pembangkang yang menjanjikan persamaan hak kepada semua. Manifesto parti pembangkang ‘Malaysian Malaysia’ yang dimanipulasikan oleh DAP dan PPP turut berjaya mendapat sambutan para pengundi Cina dan India yang inginkan persamaan hak dalam pelbagai aspek termasuk politik, ekonomi dan sosial. Tempoh berkempen yang terlalu panjang dan tidak terkawal diambil kesempatan oleh partiparti pembangkang yang mengeksplotasikan isu-isu perkauman dalam usaha memenangi hati para pengundi. Parti-parti pembangkang membidas kerajaan Perikatan gagal mempertahankan hak golongan bukan Melayu dan tindakan itu ternyata berjaya menonjolkan parti-parti pembangkang sebagai jaguh kaum bukan Melayu. Lantaran itu, para pengundi yang terlalu ghairah telah bertindak mengundi barisan pembangkang yang bertindak agresif dalam kempennya.

Di samping itu, kewujudan kerjasama serta persefahaman antara parti-parti pembangkang turut menyumbang ke arah kemenangan barisan pembangkang. Persefahaman yang dicapai dapat mengelakkan pertelingkahan sesama sendiri dan pembahagian kerusi yang ditandingi antara parti-parti pembangkang pula mengelakkan perpecahan undi pembangkang. Di Perak misalnya, PPP dan DAP telah membuat persefahaman dengan meletakkan calon PPP di daerah Kinta manakala DAP pula menumpukan usahanya menguasai kerusi di daerah lain. Manakala di Pulau Pinang, Parti Gerakan diberi mandat penuh dalam usaha menawan negeri berkenaan tanpa ganguan parti pembangkang yang lain. Kerjasama ini dapat menyerlahkan kekuatan sebenar parti pembangkang dan mampu memberi saingan yang berkesan terhadap Parti Perikatan. Ini penting kerana kejayaan Perikatan dalam Pilihan Raya 1959 dan 1961 tidak melambangkan

26

kekuatan sebenar parti itu sebaliknya ia dibantu oleh kegagalan pembangkang dalam menjalin satu kerjasama yang utuh . Perubahan pucuk kepimpinan dalam kerajaan Perikatan turut memberi impak terhadap prestasi parti berkenaan dalam Pilihan Raya Umum 1969. Terdapat ura-ura bahawa Tunku Abdul Rahman akan menyerahkan kuasanya kepada Tun Abdul Razak selepas pilihan raya. Ia telah membawa kepada reaksi yang berbelah bagi di kalangan pengundi bukan Melayu. Ramai yang masih belum yakin dengan corak kepimpinan Tun Abdul Razak yang dianggap pro Melayu berbanding Tunku Abdul Rahman yang dilihat mempunyai toleransi yang lebih tinggi. Senario ini sedikit sebanyak menjejaskan peratusan undi yang diperolehi oleh Parti Perikatan terutamanya dari pengundi Cina dan India. 2.4 Tragedi 13 Mei: Impak Terhadap Politik Pembangkang

Pilihan Raya Umum 1969 telah berlangsung dalam klimaks politik yang tegang dan sarat dengan isu-isu perkauman. Ia menyaksikan pertembungan kuasa politik orang Melayu yang menerajui Parti Perikatan dan mendapat tentangan daripada politik pembangkang yang dikuasai oleh orang bukan Melayu. Malah pilihan raya 1969 dilihat sebagai kesinambungan daripada pilihan raya 1964 yang dibelenggu dengan politik perkauman.58 Keputusan pilihan raya yang tidak memihak kepada Parti Perikatan telah menimbulkan suasana yang cemas di kalangan orang Melayu. Parti Perikatan hanya mencatat 48.4% undi bagi kawasan parlimen dan 47.9% undi bagi undangan negeri serta gagal memenangi 50% undi popular di 5 buah negeri iaitu Selangor( 41.6% ), Perak ( 43.6% ), Negeri Sembilan ( 46.2% ), Melaka ( 48.1% )dan Terengganu ( 49.3 % ). 59 Pada masa yang sama kehilangan dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Kelantan kepada Parti Gerakan dan PAS. Kekalahan Perikatan di Pulau Pinang sememangnya telah diduga memandangkan populasi masyarakat Cina yang begitu besar manakala kekalahan di Kelantan pula tidak begitu dirasai kerana ia masih di bawah kekuasaan oarng Melayu. Sebaliknya orang Melayu
Sentimen perkauman telah digunakan oleh parti PETIR atau People Action Party ( PAP ) pimpinan Lee Kuan Yew yang telah menyertai Pilihan Raya 1964 di Semenanjung Malaysia. PAP telah memperjuangkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ yang menggesa agar setiap kaum diberi hak yang sama. Melalui kempen pilihan rayanya, PAP telah mengecam kerajaan pusat, mengkritik kedudukan raja-raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu. Lihat Nik Anuar Nik Mahmud, “ Perkongsian yang tidak serasi Singapura dalam Malaysia”, Seminar Kebangsaan Sempena Empat Puluh Tahun Penubuhan Malaysia, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 16 September 2003, hlm. 1 dan juga R.K. Vasil, The Malaysian General Election of 1969, hlm. 9 59 Ulangtahun DAP ke 15, Democratic Action Party, hlm. 27.
58

27

gelisah dengan perkembangan di Perak dan Selangor apabila Parti Perikatan gagal menang dengan majoriti yang selesa dan mennghadapi ancaman dari parti-parti pembangkang yang pro Cina. Peristiwa 13 Mei tercetus selepas keputusan rasmi Pilihan Raya Umum 1969 yang telah diadakan pada 10 Mei 1969 diumumkan.60 Ia dilihat sebagai ‘turning point’ dalam sejarah politik negara. Namun begitu, bibit-bibit ketegangan kaum telah tercetus lebih awal lagi dan keputusan pilihan raya 1969 hanya merupakan klimaks kepada ketegangan hubungan Melayu Cina itu. Kronologi peristiwa 13 Mei 1969 bermula dengan pembunuhan seorang ahli UMNO di Pulau Pinang, kira-kira dua minggu sebelum pilihan raya. Kira-kira sepuluh hari kemudiannya, seorang ahli Parti Buruh pula ditembak polis di Kuala Lumpur apabila enggan bekerjasama apabila ditahan. Dua insiden yang berasingan ini dilihat sebagai pencetus kepada ketegangan kaum di negara pada ketika itu. Rusuhan kaum 13 Mei 1969 telah membawa kepada satu perubahan drastik dalam politik Malaysia. Syed Hussein Alatas ( 1972 ) dalam mengulas perisitiwa itu, berpendapat kerajaan telah mengambil kesempatan daripada peristiwa itu untuk menekan pembangkang dan menguatkan cengkaman politiknya. Di mana beliau mendakwa perisitiwa 13 Mei telah berjaya dikawal dalam tempoh beberapa minggu sahaja tetapi parlimen dan proses demokrasi gagal dipulihkan dengan segera. Ini mengakibatkan parlimen tergantung bagi tempoh yang terlalu lama iaitu 25 bulan.61 Pada masa yang sama, pilihan raya di Sabah dan Sarawak turut ditunda walaupun tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini di sana. Tindakan itu jelas menunjukkan penyelewengan oleh Parti Perikatan yang bimbangkan keputusan pilihan raya di Sabah dan Sarawak tidak meyebelahi mereka dan seterusnya membawa kepada kejatuhan kerajaan tersebut. Para penganalisis politik serta sejarawan berpendapat tragedi 13 Mei 1969 telah memberi satu impak yang besar terhadap perkembangan poltik negara khususnya pembangkang.62 Sejurus tercetusnya rusuhan kaum 13 Mei, darurat telah diisytiharkan oleh
Stanley S. Bedlington, Malaysia and Singapore: The Building of New States, Cornell University Press, Singapore, hlm. 144. 61 Syed Hussein Alatas, The Politics of Coalition in Malaysia, Current History, Disember 1972, hlm. 271. 62 Lihat John Funston ( 1980 ), Malay Politics in Malaysia, R.K. Vasil ( 1980 ), The Ethnic Politics in Malaysia dan R.S. Milne dan Diane K. Mauzy ( 1982 ), Politik dan Kerajaan di Malaysia.
60

28

Yang di-Pertuan Agung atas nasihat kabinet berdasarkan Perkara 150 dalam Perlembagaan Malaysia.63 Selain itu, ia turut menyaksikan penggantungan persidangan parlimen dan dewan negeri serta penangguhan pilihan raya di Sabah dan Sarawak yang belum selesai.64 Akibatnya kuasa kabinet telah diserahkan kepada Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN ) dibawah kepimpinan Tunku Abdul Razak. Oleh itu, walaupun kabinet masih wujud tetapi ia kehilangan kuasa dan kehadirannya sekadar memenuhi ciri-ciri pemerintahan berparlimen yang diwarisi sejak kemerdekaan. Pembentukan Majlis Gerakan Negara dilihat sebagai satu penyalahan kuasa parti Perikatan. Di mana MAGERAN hanya diwakili oleh tokoh-tokoh Perikatan termasuklah Tun Abdul Razak, Tun Dr. Ismail, Datuk Hamzah, Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan tanpa memberi ruang kepada pembangkang dalam bersama-sama menangani masalah yang dihadapi negara pada ketika itu. Pada masa yang sama, badan itu hanya dianggotai oleh dua pegawai awam sahaja dan penglibatan tentera serta polis dalam badan ini turut menimbulkan tanda tanya. Dalam usaha untuk mengawal situasi di dalam negara, segala aktiviti politik diharamkan, ia termasuklah ceramah parti-parti politik, demonstrasi, pengedaran poster dan segala aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan politik. Pihak kerajaan turut dikatakan telah menggunakan kuasa ketenteraan dalam usaha mengekalkan kekuasaannya. Pasukan keselamatan telah digunakan sepenuhnya dalam usaha membendung kekacauan secara berterusan. Pasukan polis dan tentera telah dikerah untuk mengawal situasi di sekitar Kuala Lumpur dan Ordinan Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) turut digunakan bagi menahan mereka yang disyaki mengancam keselamatan negara. Sepanjang tempoh masa pemulihan dari 13 Mei sehingga 31 Julai seramai 9,143 orang telah ditahan dan seramai 5561 yang telah didakwa di mahkamah. 65 Walaupun sebahagian yang ditahan disyaki penyokong PKM dan ahli-ahli kongsi gelap, ahli-ahli politik terutamanya anggota parti pembangkang turut menjadi mangsa. Ramai yang telah ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negara ( ISA ) dan hak asasi mereka dicabuli.

Yang di-Pertuan Agung berdasarkan Ordinan Darurat 1969 mempunyai kuasa yang luas ke atas keselamatan awam, pertahanan dan menjaga ketenteraman awam, perbekalan dan perkhidmatan. 64 Pilihan raya di Sarawak telah diadakan semula pada 6-14 Julai manakala di sabah pula ia berlangsung dari 21-27 Jun. 65 Leon Comber, 13 May 1969: A Historical Survey of Sino-Malay Relations, 1983, hlm. 71.

63

29

Antara yang telah ditahan sejurus tragedy 134 Mei 1968 ialah Lim Kit Siang. Beliau telah ditahan sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Subang setelah kembali dari berkempen di Sabah. Beliau telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama 62 hari di lokap Balai Polis Kuala Selangor sebelum dihantar ke Kem Tahanan Muar.66 Dalam sidang akhbar pada 3 Oktober, 1970 selepas pembebasannya, Lim Kit Siang menyifatkan penahanannya: “ sebagai sebahagian daripada ‘reaksi anti-demokratik’ yang bertentangan dengan keputusan rakyat jelata. Belaiu menegaskan bahawa tugas utama semua pemimpin politik ialah memberi makna kepada proses demokrasi dan memulihkan keyakinan serta kepercayaan rakyat terhadap demokrasi.” 67 Lim Kit Siang turut memberi amaran tentang bahayanya usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan authoritarian di Malaysia. Ini kerana ia bakal membunuh amalan demokrasi dan membinasakan negara. Rakyat akan terus disogok dengan pelbagai propanganda yang bertujuan untuk mengelakkan mereka terlibat secara langsung dalam proses pendemokrasian dalam negara.

Kebebasan bersuara turut dikongkong untuk mengurangkan aktiviti ‘politiking’ yang dianggap memecah belahkan perpaduan negara. Kawalan yang ketat dikenakan ke atas media media bercetak dan media elektronik. Sebarang artikel, bahan mahupun gambar yang dianggap mampu mencetuskan ketegangan kaum diharamkan. Pada masa yang sama, tapisan dan kawalan ke atas media asing turut dilakukan. Ini telah membawa kepada pengharaman beberapa siri keluaran majalah antarabangsa termasuklah Far Eastren Economic Review, Newsweek dan Time.68 Dalam media elektronik pula, tumpuan banyak diberi ke atas perkembangan negara dan media masa digunakan sebagai mediaum propanganda kerajaan. Penyiaran program luar dikurangkan dan kemasukan berita luar negara banyak ditapis.

Lim Kit Siang merupakan ahli parlimen Bandar Melaka dan telah dilepaskan tanpa syarat pada 1 Oktober, 1970. 67 Ulangtahun DAP ke 15, Democratic Action Party, hlm. 33. 68 John Funston, Malay Politics in Malaysia: A Study of UMNO & PAS, hlm. 213.

66

30

Walaupun sekatan ke atas kebebasan berpolitik dihapuskan pada 30 Ogos 1970 namun situasi politik negara selepas itu jelas menampakkan perbezaan yang ketara. Ia telah menandakan bermulanya era hegemoni Melayu dan kemerosotan pengaruh pembangkang di Semenanjung Malaysia. Pada masa yang sama, ketelusan dalam demokrasi negara turut terjejas lantaran daripada pindaan terhadap beberapa perkara dalam Perlembagaan Malaysia. Persidangan semula parlimen Malaysia pada Februari 1971 dilihat sebagai satu gimik politik Perikatan yang dilakukan secara ugutan. Tun Abdul Razak secara terus terang memberi amaran bahawa sekiranya pindaan Perlembagaan 1971 gagal mendapat sokongan yang sewajarnya maka proses demokrasi tidak akan dipulihkan.69 Beberapa perkara dalam perlembagaan telah dipinda dan ia termasuklah Perkara 152, 153 dan 181. Di mana melalui pindaan perlembagaan itu, ia menjadi satu kesalahan dalam menyoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak yang diperuntukan dalam Peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan. Pindaan turut dilaksanakan ke atas Akta Hasutan dengan meminda Perkara 63 dan 72 dalam Perlembagan Rang Undang-Undang yang menghapuskan perlindungan ke atas ahli-ahli parlimen dan dewan negeri dalam membincangkan sesuatu isu yang dianggap sebagai sensitif.70 Akhirnya pindaan terhadap perlembagaan dilakukan setelah dibahaskan selama seminggu dan ia bukan sahaja mendapat sokongan padu dariapada anggota Perikatan malah turut mendapat sokongan daripada ahli-ahli pembangkang dari Parti Gerakan, PAS, SNAP dan SUPP. Ini membolehkan pindaan Perlembagaan 1971 dilakukan dengan undian 216:17. Di mana hanya DAP dan PPP yang menentang pindaan tersebut dan ia berdasarkan tiga perkara penting.71 Pertama kenyataan bahawa parlimen akan bersurai sekiranya lebihan suara dua pertiga tidak diperolehi dianggap sebagai satu ancaman terhadap anggota parlimen. Kedua, pengharaman ke atas isu-isu yang dianggap sensitif akan membataskan perjuangan parti-parti pembangkang dan melindungi MCA serta MIC daripada kecaman luar lantaran daripada kelemahan mereka dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan.
R. K. Vasil, Ethnic Politics in Malaysia, hlm. 191 dan John Funston, Malay Politics in Malaysia: A Study of UMNO & PAS, hlm. 215. 70 Nik Abdul Rahsid b. Nik Abdul Majid, Kebebasan Akhbar di Malaysia: Satu Tinjauan UndangUndang , Seminar Akhbar dan Majalah: Pembinaan Imej dan Pembangunan Masyarakat, hlm. 17. 71 R.S Milne dan Diane K Mauzy, Politik dan Kerajaan di Malaysia, Terj. Abd. Rauf Mohd Napis dan Ramlah Muhamad , hlm.126-127.
69

31

Ketiga pihak pembangkang beranggapan larangan terhadap ahli parlimen daripada bebas bercakap semasa membincangkan sesuatu isu di dalam dewan sebagai satu ‘pencabulan’ ke atas prinsip kedaulatan parlimen. Ahli-ahli parlimen DAP dalam mengulas tindakan mereka menentang Pindaan 1971 berpendapat mereka dipilih oleh rakyat bagi memperjuangkan hak pemilih bukan menyokong segala-galanya secara membabi buta dan membelakangkan kepentingan para pengundi serta mengkhianati kepercayaan mereka.72 Tindakan anggota pembangkang dari parti PAS, Gerakan, SNAP dan SUPP yang menyokong pindaan perlembangan tersebut dilihat sebagai satu tindakan yang mengorbankan prinsip perjuangan masing-masing demi mengejar kemewahan dan pangkat. 2.5 Kesimpulan

Kemunculan pakatan pembangkang di Semenanjung Malaysia telah pun bermula sejak negara mencapai kemerdekaan. Barisan Sosialis atau Socialist Front ( SF ) dilihat sebagai barisan pembangkang yang terbaik dalam memberi saingan kepada parti Perikatan. Socialist Front yang mengabungkan parti Buruh dan parti Rakyat memperjuangkan isu mewujudkan keadilan sosial dalam Malaysia yang demokratik, bebas dan bersatu. Sebagai sebuah parti kiri yang berfahaman sosialis, ia mencabar parti Perikatan yang dianggap pro-Barat dan kapitalis dalam Pilihan Raya Umum 1959. Socialist Front berjaya menawan 8 kerusi parlimen dan 16 kerusi undangan negeri. Namun begitu, menjelang tahun 60an, golongan pelampau mulai menyusupi Socialist Front dan menyaksikan penahanan ramai pemimpinnya. Ia seterusnya membawa kepada perpecahan dan Socialist Front berkubur selepas Pilihan Raya Umum 1964. Parti Rakyat telah bertanding dalam Pilihan Raya 1969 secara
bersendirian manakala Parti Buruh pula memboikotnya.

Kekosongan pakatan pembangkang di Semenanjung Malaysia segera diisi oleh 3 parti pembangkang yang bergerak atas landasan bukan perkauman. People’s Progressive Party ( PPP ) telah bekerjasama dengan Democratic Action Party (DAP ) dan Parti Gerakan Malaysia dalam Pilihan Raya Umum 1969. Pilihan raya yang diadakan dalam suasana yang tegang dan berbau perkauman telah menyaksikan Parti Perikatan gagal mencapai keputusan
72

Ulangtahun DAP ke 15, Democratic Action Party, hlm. 38.

32

yang memberangsangkan. Ia kehilangan Pulau Pinang, Kelantan serta gagal membentuk kerajaan negeri di Perak dan Selangor. Barisan pembangkang ternyata berjaya menawan hati para pengundi bukan Melayu dan menyifatkannya sebagai kejayaan masyarakat bukan Melayu. Pulau Pinang berjaya ditawan manakala di Perak, Negeri Sembilan dan Selangor barisan pembangkang berjaya membentuk satu kabinet bayangan yang kuat dan mencabar kedudukan Parti Perikatan. Ia berjaya memenangi 38 daripada 104 kerusi parlimen yang dipertandingkan dengan mendapat 51.6% undi berbanding Perikatan yang hanya mendapat 48.4% undi.73 Di peringkat dewan undangan negeri pula, pembangkang berjaya memenangi 120 daripada 282 kerusi dengan mendapat undi popular sebanyak 52.1% berbanding 47.9% yang diperolehi oleh Perikatan. Pencapaian pakatan DAP, PPP dan Gerakan terutamanya di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dilihat begitu menyerlah. Di mana, Pulau Pinang berjaya ditawan serta menafikan majoriti selesa Perikatan di Perak dan Selangor. Mereka mendapat 69 daripada 120 kerusi negeri yang dimenangi dengan mendapat undi sebanyak 25.2%. Di peringkat parlimen kerjasama ketiga-tiga parti itu menguasai 25 daripada 38 kerusi yang dimenangi parti pembangkang dengan mendapat 25.6% undi yang diperolehi pembangkang.

Namun begitu, kejayaan itu tidak bertahan lama lantaran daripada tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Akibatnya parlimen telah digantung, pilihan raya Sabah dan Sarawak telah ditunda dan segala aktiviti politik diharamkan. Tindakan drastik ini ternyata memberi impak yang mendalam terhadap politk pembangkang di Semenanjung Malaysia. Walaupun parlimen dan demokrasi dipulihkan pada tahun 1971, pembangkang gagal pulih semula dan mereka mengalami satu era kesuraman yang berpanjangan.

73

R. K. Vasil, The Malaysian General Election of 1969, hlm. 36.

33

34

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful