MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN DUA SUKU KATA TERBUKA DAN

TERTUTUP KV + KVK . Oleh Puan Aspalaila Ramli Puan Maslinda Mahmud SK Sawah Dato’, Mersing, Johor. ABSTRAK
Membaca merupakan kunci kejayaan seseorang murid. Kemahiran membaca bermula daripada mengenal, mengecam dan menyebut huruf dan suku kata, membatangkan dan membaca perkataan, ayat seterusnya petikan ataupun karangan. Aspek membaca perkataan dua suku kata KV + KVK salah satu isi kandungan Sukatan Pendidikan Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Kegagalan murid untuk menguasai bacaan perkataan dua suku kata ini akan menyekat penguasaan mereka kepada kemahiran membaca perkataan yang lebih mencabar. Oleh kerana Bahasa Merentasi Kurikulum, penggunaan perkataan dua suku kata ini terdapat dalam sebahagian besar tajuk-tajuk dan isi kandungan mata pelajaran lain sehinggalah ke tahap dua. Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti punca kesukaran murid menguasai kemahiran membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup KV + KVK dan mengubah amalan pengajaran guru ke arah pendekatan yang lebih baik. Kajian ini dijalankan ke atas 15 orang murid Tahun 3 Kemboja, di Sekolah Kebangsaan Sawah Dato’, Mersing, yang juga merupakan murid –murid pemulihan. Hasil dapatan daripada Ujian Pra yang dijalankan didapati ramai murid yang lemah dan tidak dapat meneruskan pembacaan apabila bertemu perkataan KV + KVK ini. Keadaan ini menyukarkan mereka meneruskan pembacaan petikan, memahami dan menjawab soalan pemahaman yang dikemukakan secara bertulis. Dapatan daripada Ujian Pos menunjukkan peningkatan prestasi berbanding Ujian Pra. Program latih tubi menyebut suku kata KVK lima minit sebelum setiap pengajaran Bahasa Melayu, didapati telah dapat meningkatkan kecekapan murid membaca perkataan KV + KVK. Kelas bimbingan selepas sekolah turut dijalankan bertujuan untuk memantapkan bacaan murid dan yang lebih memberangsangkan terdapat sebilangan murid-murid ini telah dapat menjawab soalan pemahaman yang dikemukakan secara bertulis.

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kelemahan 15 orang murid Pemulihan Khas dalam membaca perkataan dan ayat-ayat yang mengandungi gabungan dua suku kata terbuka dan tertutup KV + KVK. Lazimnya murid-murid ini akan duduk dalam kelompok mereka, membuat bising, dan mengganggu murid-murid lain semasa dalam kelas, serta kurang berminat dalam pembelajaran. Mereka juga kurang berminat dalam pembelajaran. Tugasan yang dibekalkan jarang sekali disiapkan dengan sempurna serta tidak memenuhi kehendak guru kerana masalah yang mereka hadapi ini. Melalui pemerhatian dalam kelas tersebut, punca murid tidak dapat menguasai kemahiran ini kerana aras pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas biasa yang terlalu tinggi, objektif pengajaran dan pembelajaran sukar dicapai berbanding dengan kebolehan dan Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

1

Berpegang kepada prinsip memulihkan masalah seawal mungkin. 2.0 Fokus Kajian Melalui refleksi di atas. sesuatu perlu dilakukan dalam usaha memantapkan murid menguasai kemahiran 3M. Sekiranya kemahiran ini tidak dapat dikuasai. kad bergambar. iaitu saya mengunakan kaedah nyanyian belajar menerusi seni kata lagu.2 1. mereka kurang keyakinan diri. sesuatu yang amat digemari oleh murid-murid (mengikut rentak lagu bahasa Inggeris. 3. hal ini akan memberi kesan yang besar kepada masa hadapan mereka. 3. murid-murid ini tidak boleh membaca. kad perkataan KVK.1 Objektif Am Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid membaca ayat-ayat yang mengandungi perkataan gabungan dua suku kata terbuka dan tertutup KV+KVK.0 Kumpulan Sasaran. Mereka sering mengeja pada perkataan sedemikian semasa ujian dijalankan. Murid murid menjalankan aktiviti ini di pusat pembelajaran Ritma. Aktiviti latih tubi 5 minit sebelum sesi pengajaran dan kelas bimbingan selepas waktu persekolahan berkesan membantu murid-murid ini membaca perkataan yang mengandungi gabungan perkataan KV + KVK. Seramai 15 orang murid Pemulihan Khas tidak boleh membaca perkataan dan ayat-ayat yang mengandungi gabungan dua suku kata terbuka dan tertutup KV + KVK. dari hari Isnin hingga Khamis pula memfokus kepada mendengar dan membaiki kesalahan murid membaca 2. Daripada temu bual semasa. Mersing. tidak berminat dan berasa sering dipinggirkan. Hal ini dikukuhkan lagi semasa sesi pengajaran di dalam kelas pemulihan. 3. didapati tahap pembacaan murid adalah kurang memuaskan. MuridJurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 2 . Oleh itu. kad perkataan KV + KVK. Oleh itu. Bahasa dan Alam Semulajadi yang terdapat di kelas pemulihan. Saya rasa terpanggil untuk membantu mereka menguasai kemahiran membaca di peringkat yang lebih awal. saya telah mengesan dan mengenal pasti daerah kelemahan yang dihadapi oleh murid dalam membaca perkataan yang mengandungi dua suku kata terbuka dan tertutup KV + KVK. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) seperti kad suku kata KVK. Objektif Khusus Murid dapat meningkatkan penguasaan suku kata dan perkataan KVK Murid boleh membaca perkataan KVKVk hasil gabungan suku kata KV + KVK Mempastikan murid-murid boleh membaca ayat-ayat yang mengandungi sekurang-kurangnya enam ke lapan patah perkataan gabungan dua suku kata KV + KVK dengan lancar 4. Kelas bimbingan selepas sekolah selama 30 minit. Kajian ini berfokuskan kepada meningkatan penguasaan membaca murid yang mengandungi suku kata KV+KVK. BINGO). Ternyata ia sesuai dipraktikkan dan memberi hasil pembelajaran yang positif.0 Objektif Kajian 3. kad ayat selapis dan kad petikan pemahaman mudah sebagai bahan rangsangan amat penting dan dapat membantu murid ini menguasai kemahiran yang sedang dikaji. Kajian ini difokuskan kepada 15 orang murid-murid Tahun 3 Kemboja yang juga merupakan murid-murid pemulihan di Sekolah Kebangsaan Sawah Dato’. Kemahiran membaca amat penting bagi seorang murid.keupayaan murid ini. guru memainkan peranan penting memberi kesedaran dan mendekati mereka supaya mereka lebih dihargai dan berasa bertanggungjawab untuk memajukan diri di bidang pelajaran. Berdasarkan Ujian Pra yang dijalankan pada Mac 2002.

3 5.2 5.1 Tinjauan Masalah Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil. membaca perkataan.2. Kaedah Temu bual Kaedah temu bual tidak berstruktur yang dijalankan untuk mengesan perasaan murid semasa belajar mata pelajaran Bahasa Melayu di Kelas 3 Kemboja. Hal ini disebabkan guru mata pelajaran tidak membimbing murid-murid ini. Contohnya.1. itu) 5. ini. ayat-ayat yang mengandungi perkataan gabungan suku kata KV + KVK. juga.1 Perbincangan dengan guru mata pelajaran Guru Bahasa Melayu Tahun 3 Kemboja telah menyatakan kegusarannya kerana bilangan murid yang gagal dalam Ujian PKSR 1 adalah 43%. Murid ini tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan baik. ‘badak’.1. tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti bertujuan memahami secara mendalam masalah tersebut. saya. Ternyata masalah utamanya murid terbiasa membaca secara mengeja perkataan. Murid-murid juga tidak dibantu untuk membuat pembetulan semasa. perkataan yang dikuasai pula terbatas pada perkataan KV+KV dan V+KV (kami. cara-cara membuat pembetulan bertulis (tiada pemulihan dalam kelas).murid telah dikenal pasti mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran membaca ayat-ayat yang mengandungi perkataan yang mempunyai gabungan dua suku kata dan tertutup KV + KVK melalui ujian diagnostik yang dijalankan.2 Analisa Tinjauan Masalah 5. Instrumen yang digunakan berpandukan Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas. Hal ini disebabkan amalan guru yang mengajar membaca ayat-ayat dalam petikan frasa demi frasa dan diikuti oleh murid-murid di dalam kelasnya.0 Pelaksanaan Tindakan 5. untuk mengesan masalah membaca. lambat menyudahkan bacaan.4 5. Kaedah Pemerhatian Pemerhatian dilakukan untuk mengesan dimanakah punca kelemahan murid. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 3 .1 Analisa Perbincangan Guru Mata Pelajaran Murid-murid terlalu bergantung kepada guru untuk membaca petikan pemahaman dan membuat pembetulan bertulis. iaitu sekiranya berlaku kesalahan ejaan dalam penulisan. Kaedah Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian Pra dan dan Ujian Pos dilaksanakan kepada mereka di kelas pemulihan berdasarkan bacaan tiga buah petikan. ‘papan’. 5. 5.1. dan ‘sudip’. Maklum balas mengenai tingkah laku murid ini sering bising dan mengganggu rakan-rakan yang lain.1.

Kesan daripada masalah ini.2. mereka dan sebagainya. Masalah mula timbul apabila mereka tidak dapat membaca suku kata KVK disebabkan mereka kurang menguasai kemahiran membaca suku kata tertutup KVK.2. ini.39) E( 0 – 19 ) 2 7 11 3 12 1 10 9 4 11 Berdasarkan Ujian PKSR Bulan Februari. KV+KV dan KV+KV+KV seperti ada.2. Analisa Kaedah Pemerhatian Pemerhatian yang dijalankan ke atas murid-murid ini mendapati mereka tidak bermasalah membaca perkataan V+KV. 5.2 5.3 4 .Jadual 1: Ujian PKSR 1 (Bahasa Melatu Tahun 3 Kemboja) GRED(MARKAH) PEMAHAMAN PENULISAN A (80 .1 Analisa Kaedah Temu bual Melalui temubual yang dijalankan mereka menyatakan perasaan kurang yakin dan berasa rendah diri kerana tidak lancar membaca. murid-murid ini telah gagal dalam mata pelajaran pemahaman dan penulisan Bahasa Melayu kerana lemah penguasaan bacaan. Analisa Ujian Pra Jadual 2 : Perolehan markah murid mengikut kumpulan sasaran Kumpulan Ujian Pra ( 40) Sasaran Murid 1 2 5% Murid 2 4 10% Murid 3 3 8% Murid 4 8 20% Murid 5 1 3% Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 5. itu. kini.100) B (60 . seterusnya mereka menjadi kurang minat membaca.79) C (40 – 59) D ( 20 . mereka gagal menguasai kemahiran membaca perkataan seterusnya ayat-ayat yang mengandungi perkataan KVKVK. tetapi. Mereka tiada inisiatif membuat pembetulan bertulis kerana tidak tahu bagaimana cara hendak melakukannya sendiri. sana. kawan-kawan lain sering ketawa apabila menyebut perkataan yang salah.

2 Aktiviti nyanyian. 5.Murid 6 Murid 7 Murid 8 Murid 9 Murid 10 Murid 11 Murid 12 Murid 13 Murid 14 Murid 15 1 2 1 8 1 2 2 1 4 4 3% 5% 3% 20% 3% 5% 5% 3% 10% 10% Berdasarkan Jadual 2. Refleksi Selepas tiga minggu aktiviti ini dilaksanakan. 5. Carta / Kad Suku kata KVK Beg ber Hat Jam Sih tas Wan yat Bas Dam Sih Wah Bot jin Van zip Walaupun pada permulaannya murid sukar membaca. Murid-murid diberi kad suku kata KVK yang sama dengan carta suku kata KVK yang dipamerkan. murid-murid akan mengangkat kad-kad huruf membentuk ejaan perkataan KVKVK. Ini dikenalpasti semasa guru meminta murid membaca kad perkataan KV+KVK secara individu. Mereka telah boleh membaca perkataan-perkataan tersebut kerana telah biasa dengan ejaan dan sebutan suku kata KVK yang dikukuhkan amalannya semasa aktiviti latih tubi tersebut. Pusat Bahasa dan Alam Semulajadi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 5 .3.3 Pelaksanaan Tindakan 5. Hal ini menunjukkan mereka belum menguasai kemahiran membaca yang diuji. murid ini telah menunjukkan kemajuan dan dapat meningkatkan penguasaan bacaan perkataan KVKVK. Kaedah nyanyian dijalankan di pusat pembelajaran Ritma. Murid-murid diberi kad-kad huruf yang bersaiz 20 X 30 cm.1 Latih tubi membaca suku kata KVK. Semasa aktiviti nyanyian diajar. Aktiviti ini dijalankan selama 5 minit sebelum sessi pengajaran dan pembelajaran dimulakan di kelas pemulihan semasa mata pelajaran Bahasa Melayu.3. keputusan Ujian Pra ini menunjukkan semua murid telah gagal dalam ujian yang diberi. tetapi saya membimbing murid mengeja dan sebut suku kata secara berulang bersama-sama sehingga murid-murid boleh membaca siri-siri kad suku kata yang disediakan.

Midah. ( 3x ) Gulai ketam emak sedap s e d a p dinyanyikan mengikut rentak lagu bahasa Inggeris B I N G O Refleksi Murid amat menggemari aktiviti ini. selama dua bulan secara intensif. kad ayat gabungan pelbagai suku kata dan petikan pemahaman yang mudah. Gulai ketam Mimah sedap s e d a p. masak. ketam.3. 5. ianya telah dapat meningkatkan penguasaan bacaan murid terutamanya perkataan yang mengandungi gabungan suku kata KV+KVK.Contoh : Mimah masak gulai ketam. sedap). Lijah. pedas dan sebagainya. Secara tidak langsung murid boleh membaca seni kata lagu yang diajar. Contoh kad perkataan KV+KVK Siri 2 Siri 3 Siri 4 Dadah Sirap Badak Gagah Kicap Sajak Barah Malap Kakak Lebah Gelap Tidak Susah Silap Budak Puluh Kurap Bedak Subuh Kelip Didik Buluh Srip Lobak Sedih Sudip Betik Pedih Celup Tarik Jumlah Jumlah Jumlah Refleksi Hasil daripada penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar. kicap. Murid-murid menunjukkan minat. Limah. saya mengajar menggunakan dengan bahan bantu mengajar seperti kad perkataan KVK.3 Kelas bimbingan selepas waktu persekolahan Kelas bimbingan ini dilaksanakan selama 30 minit setiap hari Isnin hingga Khamis. Siri 1 Balas Nanas Panas Kupas Keras Manis Pedas Rebus Bulus Bilis Jumlah Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 6 . perkataan ketam kepada bayam. dengan menggantikan perkataan Mimah kepada Milah. Untuk memantapkan bacaan murid. kerana boleh meluahkan perasaan sambil mengukuhkan ejaan perkataan KV+KVK (Mimah. kad perkataan KV+KVK.

5.1 Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian Pra dan Ujian Pos yang dijalankan memberi hasil seperti berikut : Jadual 2 : Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos Kumpulan Sasaran Ujian Pra ( 40) Ujian Pos (40) Murid 1 2 5% 35 88% Murid 2 4 10% 36 90% Murid 3 3 8% 40 100% Murid 4 8 20% 40 100% Murid 5 1 3% 32 80% Murid 6 1 3% 30 75% Murid 7 2 5% 34 85% Murid 8 1 3% 30 75% Murid 9 8 20% 38 95% Murid 10 1 3% 28 70% Murid 11 2 5% 34 85% Murid 12 2 5% 32 80% Murid 13 1 3% 32 80% Murid 14 4 10% 36 90% Murid 15 4 10% 37 93% Jadual di atas menunjukkan perbezaan peratus pencapaian setiap murid setelah ujian pra dan ujian pos dilaksanakan Didapati bahawa semua murid gagal dalam ujian pra. Dapatan daripada ujian pos pula ini menunjukkan peningkatan iaitu semua murid lulus aspek kemahiran yang diuji . 2 dan 3 telah dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran murid membaca ayat yang mengandungi perkataan gabungan suku kata KV + KVK. 5. Refleksi Berdasarkan keputusan ujian pos. murid mencapai keputusan yang lebih baik berbanding keputusan ujian pra.4 Refleksi Keseluruhan Peratus 120 100 80 60 40 20 0 A B C D E F G H I J K L M N O Ujian pra Ujian pos Murid Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 7 .3. Aktiviti 1.

Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas ( Masalah Penguasaan 3M ). Onn. Musa (2000).al. Kementerian Pendidikan Malaysia. Sharida Sharudin(2001).Farid M. hasil daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Bacalah Sayang.Saya dapati bahawa murid yang dahulunya amat lemah dalam kemahiran membaca. 6. Associated Educational Distributors (M) Sdn. Ini membuktikan bahawa semua murid mempunyai potensi untuk berjaya sekiranya diberi tumpuan dan bimbingan yang mencukupi dalam usaha meningkatkan penguasaan kemahiran bacaan mereka. Semoga hasil kajian saya dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Memandangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan telah dapat meningkatkan penguasaan murid membaca ayat-ayat yang mengandungi perkataan gabungan suku kata KV+KVK. saya bercadang untuk mengaplikasikannya kepada murid-murid tahun 2 dan tahun 1 yang menghadapi masalah yang sama. Hashim Hj. Nik Safiah Karim. kini telah menunjukkan perubahan yang begitu ketara. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 8 . Tatabahasa Dewan Jilid 2. Jabatan Pendidikan Khas. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Buku Panduan(1998). Perkataan. Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Bibliografi Juriah Long. Saya juga berpendapat aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga boleh diterapkan kepada guru-guru transisi dan prasekolah. (1992). Murid-murid juga semakin seronok kerana boleh membaca bukan sekadar perkataan KVKVK tetapi perkataan yang lebih mencabar lagi.0 Cadangan untuk kajian seterusnya. Bhd. et.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful