Safina Mohamed JMG 101 T1

JM/11160/10

SOALAN 4 Bagaimanakah sumber dan maklumat dapat diterjemahkan kepada peta?

Pengenalan Penggunaan peta telah wujud lebih daripada empat ribu tahun yang lampau.Tidak dinafikan penggunaannya dalam kehidupan seharian manusia yang memerlukan petunjuk atau arah untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.Tempat-tempat, kawasan-kawasan yang hendak dicari dapat diketahui dengan merujuk peta.Ini memudahkan para pelancong, pengembara dan ahli geomorfologi untuk mengesan sesuatu lokasi dengan lebih mudah dan tepat. Peta juga merupakan alat yang paling efektif dalam merakam maklumat tentang dunia.Peta memain peranan yang signifikan dalam menunjukkan perkaitan dan perbezaan antara suatu ciri lokasi dengan lokasi yang lain.Contohnya corak taburan ke atas permukaan bumi seperti permukaan bandar, corak pembangunan guna tanah bidang pertanian, bidang perindustrian dan sebagainya dapat diterjemahkan di dalam peta.Maklumat-maklumat penting yang terdapat di dalam peta akan membantu untuk kita mengenali sesuatu kawasan dengan lebih mendalam. Penggunaan peta memberi banyak faedah kepada manusia.Peta yang ada masa kini digunakan dengan pelbagai tujuan sama ada untuk tujuan umum atau lebih khusus digunakan oleh ahli geografi fizikal yang akan menggunakan peta topografi untuk menunjukkan ketinggian permukaan tanah menerusi gharisan kontur.Tidak ketinggalan dengan ahli pelayaran dan juruterbang menggunakan carta hidragrafi dan carta aeronautical untuk memandu arah perjalanan mereka.
1

peta ialah tanda-tanda yang menyatakan atau yang menggambarkan bentuk bumi. Loxton. gambar rajah atau analog-nanlog yang selalunya mempunyai dua damensi dan menunjukkan permukaan bumi atau kawasan-kawasan yang oleh dipetakan.Maklumat atau objek ini tidak ditunjukkan dalam bentuk atau saiz yang kelihatan tetapi dipersembahkan melalui simbol-simbol yang mungkin sama atau boleh jadi juga tidak dengan bentuk objek yang diwakilinya. Pengenalan Kartografi Untuk Perancang Bandar: Dewan Bahasa dan Pustaka. h. 1992.Ia berasal daripada perkataan Latin µmappa¶yang bermaksud kain alas. Dalam navigasi darat digunakan peta topografi.Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10 Definisi peta Dalam bahasa Inggeris peta diistilahkan sebagai µmap¶. Peta ini memetakan tempat-tempat di permukaan bumi yang berketinggian sama dari permukaan laut menjadi bentuk garis kontur.1 Melalui pendapat-pendapat ini dapatlah diertikan peta ialah penggambaran dua dimensi (pada bidang datar) dari sebahagian atau keseluruhan permukaan bumi yang dilihat dari atas.Ia dilukis menggunakan skala tertentu dalam unjuran mengufuk dan perkataan digunakan untuk menerangkan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya.Menurut beliau.Menurut Foziah Johar peta merupakan hasil fikiran dan kreativiti manusia hanya menggambarkan apa yang dimahukan oleh pembuatnya. 1 Foziah Johar.11. 2 . kemudian diperbesar atau diperkecil dengan perbandingan tertentu.Istilah peta dari sudut kartografi membawa berbagaibagai pengertian. peta ialah gambar. John (1980) dalam buku Practical Map Production memberikan makna yang lebih luas.Mengikut Encyclopedia Americana 1972.

sempadan kawasan. 2003.Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10 Jenis-jenis peta Fenomena geografi yang dapat diukur dan dilihat di muka bumi ini boleh dipetakan dalam bentuk perletakan reruang. a)Peta dunia memberikan maklumat tentang bentuk dan letaknya wilayah setiap negara di dunia. b)Peta karografi menggambarkan seluruh atau sebahagian permukaan bumi yang bercorak umum dan berskala kecil.Berdasarkan fenomena dan maklumat yang ingin disampaikan. 3 .Elemen-elemen seperti sistem perhubungan.Tiga jenis peta umum iaitu peta dunia.34. peta karografi dan peta topografi.Contohnya peta topografi Semenanjung Malysia L7010. h. c)Peta topografi memberi gambaran tentang permukaan bumi dan reliefnya.2Objektif utama peta umum ialah untuk menunjukkan hubung kait reruang fenomena geografi. kawasan petempatan. Pengenalan Kepada Kartografi : Prentice Hall. aliran air merupakan elemen-elemn yang lazimnya wujud dalam peta umum. 2 Mohd Faris Dziaudin dan Ruslan Rainis. peta dapat diklasifikasikan kepada jenis yang berikut : 1)Peta Umum Peta yang menggambarkan perhubungan ruangan pemilihan cirri-ciri geografi yang pelbagai.Peta ini mempunyai skala yang besar iaitu kurang daripada 1:10 000 dan lazimnya dikeluarkan secara bersiri.

3Biasanya peta jenis ini dilukis pada skala kecil bagi tujuan mempotretkan fenomena terpilih.18. suhu atau bentuk muka bumi. peta laluan bas dan peta pelancong bertujuan untuk menunjuk arah jalan untuk ke sesuatu destinasi. 2)Perjalanan Peta jalan. warna. hasil pertanian. maka cara penyampaiannya harus jelas. Pengenalan Kartografi Untuk Perancang Bandar: Dewan Bahasa dan Pustaka. kualitatif/kuantitatif.Peta merupakan alat atau bahan rujukan untuk memberi panduan dalam kehidupan seharian. 1)Peta sebagai sumber maklumat dan sistem perhubungan kepada manusia. membenarkan perancangan perjalanan dengan beberapa tempat untuk berhenti dan 3 Foziah Johar. simbol. 4 . h. contohnya hujan dan bentuk muka bumi. dengan bahasa yang sederhana. hujan.Peta jenis ini membenarkan seseorang itu mengenal pasti laluan alternatif yang boleh diikuti .Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10 2)Peta Tematik Peta tematik hanya menumpukan kepada kepelbagaian satu fenomena sahaja seperti taburan penduduk. garis dan luasan/areal. Bahasa peta adalah simbol-simbol (titik. Fungsi peta Kepentingan peta kepada manusia tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi peta adalah menyajikan suatu informasi kepada pembaca peta. skala dan sebagainya) yang merupakan sistem komunikasi antara pembuat peta dengan pembaca peta. 1992. Agar informasinya mudah diterima dan cepat difahami.Di samping itu peta tematik juga digunakan untuk menunjukkan hubung kait antara satu fenomena dengan fenomena yang lain. pendapatan purata.

legenda.Peta juga boleh digunakan untuk memantau perubahan sesuatu kawasan berdasarkan tempoh tertentu. penunjuk arah (mata angin). Peta yang baik memuat sejumlah unsur. perimeter dan sebagainya dapat dilakukan dengan mudah menerusi penggunaan peta yang bersesuaian. 4)Pengukuran Kerja-kerja pengukuran seperti kawasan.Penggunaan skala dalam peta membolehkan seseorang itu mengenal pasti dan memahami kepelbagaian corak dan pertalian ruangan. 5 . dan garis astronomi. garis tepi peta. Komponen Peta Peta yang baik memberikan maklumat yang benar.Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10 ia juga membenarkan penerokaan semula daripada laluan yang salah tadi tanpa perlu mengikut laluan asal. Peta yang baik memberikan maklumat keadaan suatu daerah. jarak. Terdapat enam unsur utama sesebuah peta iaitu judul peta. Peta yang baik menunjukkan letak dan jarak suatu tempat secara jelas dan pasti. Unsur-unsur itu membantu kita mengetahui keadaan sebenarnya. 3)Visualisasi Peta membenarkan seseorang itu melihat sendiri tentang perhubungan yang wujud dalam ruang yang kadangkala sukar dicerap. ketinggian. skala.

Garis tepi peta Garis tepi peta adalah batas-batas pinggir gambar peta. bertepatan dengan tajuk petunjuk peta. Judul peta Judul peta menunjukkan nama peta. Fungsi garis tepi untuk menulis angkaangka derajat astronomis. 4 David J.66. h. Peta Tematik Reka Bentuk dan pengeluaran : Dewan Bahasa dan Pustaka.Tajuk seharusnya dipilih bagi menerangkan tema peta dengan tepat dan konsisten dengan simbol yang digunakan. Judul peta ditulis di bagian atas dengan huruf yang menonjol.Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10 Di sini diberikan contoh peta untuk menunjukkan fungsi-fungsi setiap kompenan di atas. serta pentingnya. Misalnya. peta Provinsi Gorontolo.4 2. 1.Mattson. 6 .Cuff Mark T. 1993.

Pemakai peta boleh melihat keadaan suatu wilayah. garis. Simbol yang ada dalam sebuah peta mestilah simbol yang baik dan benar. dan gambar. mencerminkan data dengan teliti. garis. berbentuk seragam dalam suatu peta dan bersifat umum. dan sebagainya. ibukota provinsi. batas kabupaten. Penggunaan simbol peta dari waktu ke waktu selalu berkembang mengikuti dan sesuai dengan kemajuan ilmu pengetahuan tentang perpetaan dan menyesuaikan pula dengan jenis peta sehingga memungkinkan simbol suatu seri peta berbeza dengan simbol seri peta lain. Simbol-simbol yang ditempatkan pada sebuah peta dapat dianalisa dan dapat menentukan tema dari peta tersebut. Misalnya simbol untuk danau. Simbol-simbol peta berbentuk warna. rel kereta.Simbol kuantitatif pula ialah simbol yang menyatakan 7 . mudah digambar. Simbol hendaknya mudah digambar dan dibaca oleh pembaca peta atau users serta usahakan dibuat semenarik mungkin. Simbol kualitatif ialah simbol yang menyatakan keadaaan sebenarnya apa yang digambarkan dengan bentuk yang lebih sederhana. sungai. jalan.Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10 3. Peta selalu dilengkapi dengan pemberian simbol-simbol yang merupakan generalisasi dari suatu benda atau bidang sebenarnya. Simbol ini hanya mewakili unsur yang berupa titik. Sedangkan simbol ialah gambar yang digunakan untuk mewakili objek-objek dalam peta. Biasanya legenda terletak di bahagian bawah sebelah kiri ataupun kanan. Legenda Legenda adalah keterangan-keterangan yang menjelaskan simbol. Dalam buku ³Desain dan Komposisi Peta Tematik´ karangan Juhadi dan Dewi Liesnoor.simbol pada peta. disebutkan bahawa syarat simbol yang baik secara umum adalah sederhana. Untuk membuat simbol dan peta lebih menarik biasanya simbol-simbol tersebut diberi warna atau colouring. mudah dibaca. maupun luasan.

simbol kawasan dan simbol bergambar. luas. 8 .Penggunaan teknik ini menghasilkan peta titik.61. 5 Foziah Johar.5 Contoh simbol garisan dan ertinya.Garisan sempadan boleh ditafsirkan dalam dua cara iaitu yang pertama garisan dilihat sebagai sebahagian daripada kawasan yang dilingkunginya seperti sempadan hutan atau tepian tasik. dan sebagainya. Pengenalan Kartografi Untuk Perancang Bandar: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992. ia dilihat sebagai simbol garisan yang terasing secara sendirinya seperti sempadan politik.Selalunya titik berbentuk bulat digunakan sebagai simbol untuk mewakili fenomena yang mungkin terdiri daripada bilangan manusia. b)Simbol garisan Simbol garisan digunakan apabila sesuatu fenomena atau ciri geografi yang ingin digambarkan mempunyai cirri-ciri linear. simbol garisan. a)Simbol titik Simbol titik digunakan untuk menunjukkan bilangan dan lokasi sesuatu fenomena atau cirri geografi sesuatu kawasan.Kedua. jumlah. Nilai atau kuantiti tersebut dapat menunjukkan ketinggian.Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10 keadaaan sebenarnya apa yang digambarkan dengan bentuk yang lebih sederhana dengan disertai dengan nilai atau kuantitinya. Simbol boleh diklasifikasikan secara am kepada simbol titik. h. ternakan atau sebuah bandar.

Simbol ini lazimnya menyerupai gambar fenomena yang terdapat di muka bumi.Contohnya sebuah bandar bagi peta berskala 1/1000 mungkin digambarkan sebagai satu perbandaran dalam lingkungan garisan sempadan bandar tetapi untuk skala 1/1 000 000 hanya merupakan satu titik. Contoh simbol bergambar/deskripsif 9 . d)Simbol bergambar/deskriptif Simbol jenis ini sering digunakan untuk menggambarkan identiti dan lokasi fenomena geografi yang dipetakan.Bentuk dan saiz simbol ini ditentukan juga oleh ciri kawasan secara fizikal di samping skala peta itu sendiri.Pembaca dengan mudah dapat mengetahui fenomena geografi dengan merujuk simbol ini tanpa merujuk petunjuk peta.Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10 c)Simbol berkawasan Simbol ini digunakan untuk menunjukkan sifat sesuatu kawasan yang besar iaitu hubungannya dengan skala peta.

sungai.Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10 d)Simbol warna Warna telah digunakan dalam kerja-kerja pemetaan kerana ia bukan sahaja mempunyai ciri-ciri estetik tetapi yang lebih penting ialah peranannya dalam menimbulkan lihatan yang jelas.Warna juga telah digunakan untuk menunjukkan air dan tanah. Contoh-contoh penggunaan warna dalam peta . 10 . warna biasa dijelaskan melalui tiga damensi iaitu rona.84.Ia meninggalkan kesan yang menarik dan mudah ditafsir oleh pengguna. 4. 1992. h. Warna hijau menunjukkkan dataran rendah Warna kuning menunjukkan dataran tinggi Warna coklat menunjukkan derah pergunungan Warna biru menunjukkan daerah perairan (laut. Skala Skala peta merujuk kepada nisbah antara jarak di atas peta dan jarak yang sebenar di atas permukaan bumi. tasik).Skala merupakan unsur penting sebab ia dapat menentukan jarak. Secara praktisnya. satu daerah dengan daerah yang lain. satu guna tanah dengan guna tanah yang lain dan rangkaian-rangkaian perhubungan.6Penggunaan warna untuk menimbulkan perbezaan di antara kelas-kelas dan kelas kecil sesuatu fenomena.Dibezakan kedalamannya Seperti biru pekat kawasan perairan yang dalam dan biru cair untuk perairan yang dangkal. keluasan dan 6 Foziah Johar. Pengenalan Kartografi Untuk Perancang Bandar: Dewan Bahasa dan Pustaka. keamatan (kekuatan) dan nilai (ton) warna.

000. Jika skala angka tersebut ditukar ke skala garis ia dapat digambarkan seperti berikut. Ini bererti jarak yang sebenarnya dari bandar A ke bandar B adalah 5 cm X 10. iaitu skala angka dan skala garis. 1 cm pada peta sama dengan 50 km pada jarak sesungguhnya. dan arahnya seperti keadaan yang sebenarnya. a.000 cm di permukaan bumi.000 cm = 50.000 cm pada jarak yang sebenarnya (di muka bumi). Misalnya. Misalnya dalam sebuah peta kita temui Skala 1:10.Ini bererti 1 cm pada peta sama dengan 5. 11 . Atau 1 cm pada peta sama dengan 100 m atau 0.Ini bererti bahawa 1 cm di peta sama dengan 1 km di tempat sebenarnya. Ada dua jenis skala. h. Ini bererti bahwa jarak 1 cm pada peta sama dengan 10.000. 7 Mohd Faris Dziaudin dan Ruslan Rainis. jarak antara bandar A ke bandar B di peta adalah 5 cm. 2003. b. jarak. Pengenalan Kepada Kartografi : Prentice Hall.000).5 km.Contohnya dalam sebuah peta tertulis skala angka 1 : 5.000 (dibaca 1 berbanding 10. Skala angka (skala numerik) Skala angka disebut juga skala perbandingan. Skala ini biasanya ditulis di bahagian bawah.7 Sebuah peta selalu dibuat jauh lebih kecil dari keadaan yang sebenarnya tetapi.101.Skala angka boleh ditukar menjadi skala garis. Skala garis Skala ini ditunjukkan oleh garis lurus yang diberi dalam bahagian-bahagian yang sama. letak.000 cm. Atau.000. Jika dalam meter bererti 500 meter dan jika dinyatakan dalam kilometer bererti 0.1 km jarak yang sebenarnya.Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10 kejituan kawasan-kawasan di dalam sesebuah peta. Panjang masing-masing ruas = 1 cm.

Tanda arah atau sering pula disebut mata angin. jurusan.Arah Utara Benar perlu ditunjukkan dalam peta untuk menunjukkan kedudukan lokasi. Penunjuk mata angin membantu kita untuk menjelaskan posisi suatu tempat. atau kiblat suatu tempat. biasanya menyerupai panah yang hujung nya runcing menunjukkan arah utara. Penunjuk arah mata angin dalam peta sangat penting. Mata angin juga bererti arah.Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10 5. Mata angin adalah jarum pedoman atau garis yang menunjukkan arah suatu tempat. Contoh petunjuk mata angin 6. Garis astronomis Sebilangan peta mempunayai nilai geografi untuk menunjukkan kedudukannya iaitu garis lintang (latitud) atau garisan yang terdapat di peta yang dilukis selari dengan khatulistiwa dan garis 12 . Petunjuk arah (mata angin) Mata angin atau penunjuk arah ini juga merupakan salah satu unsur yang penting dalam sebuah peta.Arah mata angin hendaklah dibuat dalam saiz yang cukup besar supaya mudah kelihatan tetapi ia tidak perlu menonjol.

Garis-garis yang tegak disebut garis bujur. letak Provinsi DKI Jakarta itu di antara 106°22µ sampai 106°58µ Bujur Timur (BT) dan 5°19µ sampai 6°24µ" Lintang Selatan (LS). Garisgaris itu disebut garis astronomis.Garis astronomis berguna untuk menentukan letak suatu tempat atau wilayah.Gambar peta 1. Misalnya. Contoh Inset Peta 13 . Inset peta bertujuan untuk : 1) menunjukkan lokasi yang penting. 7. Sementara yang garis-garis yang mendatar disebut garis lintang. tetapi kurang jelas dalam peta.Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10 bujur(logitud) iaitu garisan yang menghubungkan Kutub Utara Benar dengan Kutub Utara Selatan.3 terdapat garis-garis tegak (vertikal) dan mendatar (horizontal). b)Inset Peta berupaya memberikan tekanan terhadap sesuatu yang ada dalam peta.Maklumat Lain a) Lettering ialah semua tulisan atau pun angka yang lebih mempertegas erti dari simbol-simbol yang ada. dan 2) mempertajam atau memperjelas salah satu bagian peta.

Tahun Pembuatan atau reproduksi berlainan dengan tahun keadaan peta.Peta digunakan oleh manusia untuk merancang perjalanan dari suatu destinasi ke destinasi yang lain agar perjalanan itu lebih tepat dan cepat.9Oleh itu peta harus dipermudahkan. Garis ini dapat dijadikan pertolongan dalam membuat peta pulau. Misalnya.118. Selain itu ada beberapa maklumat lain yang mungkin perlu ditunjukkan di dalam peta. maka dalam judul harus dicantumkan ³Peta Sebaran Penduduk Indonesia Tahun 2000´. Ibid. Garis Tepi biasanya dibuat rangkap. dinyatakan secara jelas dengan menggunakan simbol-simbol dan maklumat-maklumat yang bersesuaian. simbol mampu memberikan nyawa pada peta sehingga peta menjadi lebih mudah dimengertikan. Sedangkan. d. atau suatu wilayah agar tepat di tengah-tengahnya. 14 .Ini meliputi bahan sumber. h. peta tentang sebaran penduduk Indonesia tahun 2000. 8 9 Foziah Johar.Pernah dikatakan bahawa peta membawa seribu makna tetapi jika makna terpaksa dicari dengan bertungkus lumus maka ia tidak akan berfaedah.8 Kesimpulan Kepentingan peta kepada manusia tidak dapat dinafikan lagi. Pengenalan Kartografi Untuk Perancang Bandar: Dewan Bahasa dan Pustaka. iaitu tahun 2006. 1992.Simbol merupakan salah satu unsur peta yang sangat penting. Peta yang baik juga menunjukkan letak dan jarak suatu tempat secara jelas dan pasti. tarikh ukur atau pengesahan dan sebagainya. h. Peta yang baik memberikan informasi yang benar keadaan sesuatu daerah.Kesemua kenyataan ini harus ditempatkan dalam kotak di sebelah kanan atau kiri penjuru peta. Peta yang baik memuat sejumlah unsur-unsur yang membantu kita untuk mentafsir peta dengan tepat.118. di luar garis kita tuliskan tahun pembuatannya . yang dibuat pada tahun 2006.Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10 c.

Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10 Segala maklumat dan pengetahuan yang diperolehi melalui peta dapat digunakan oleh manusia untuk tujuan penyiasatan dan pembangunan sesuatu tempat. 15 .Seorang pengembara menjadikan peta sebagai petunjuk arah untuk mengetahui lokasi-lokasi dan tempat bersejarah yang menarik di negara-negara yang dikunjunginya.

R. Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.. G. Peta Tematik Reka Bentuk dan pengeluaran. 7. 1985. Selangor.Cuff Mark T. Pengenalan Kepada Kartografi . 2. 3.Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10 BIBLIOGRAFI 1. Kuala Lumpur. 6. 1971.Jahi. Kuala Lumpur. Cartography Method.Mohd Yusof Abdullah.Chong Seck-Chim. 2003.Mattson 1993. Prentice Hall. 5. Buku Kerja Kontor. 1971. Pengenalan Kartografi Untuk Perancang Bandar. Mohd Faris Dziaudin dan Ruslan Rainis. Pengantar Kerja Ukur untuk Ahli Geografi. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1993. Dewan Bahasa dan Pustaka.Jamaluddin Md.Lawrence. 4. 1992. 16 . Teknik Pandu Arah. Kuala Lumpur.P. Dewan Bahasa dan Pustaka. David J. Dewan Bahasa dan Pustaka. Foziah Johar. Dewan Bahasa dan Pustaka. Methuens.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful