Masyarakat Mabisa-Iya Oleh Azrul Affandi Sobry azr@bharian.com.

my 2010/10/10

y

ANTARA aktiviti dan rutin harian masyarakat Bisaya membabitkan budaya dan sumber rezeki.

y

Sabah NAMA mereka bukanlah asing untuk diperkatakan tetapi sejarah dan cara hidup mereka di satu lokasi 90 kilometer (km) di selatan Kota Kinabalu.PENDUDUK Padas Damit. Dalam kelembutan bahasa mereka. Sabah. Mereka bukan saja cantik tetapi ilmunya juga tinggi.000 etnik Bisaya bertapak di Beaufort. Said Masi menunjukkan replika baju kebal dipakai pahlawan wanita Bisaya. Antara keunikan mereka yang diakui ramai adalah fizikal mereka yang tampak seperti orang Cina atau mungkin campuran Filipina. Sebelum penulis mendekati mereka. sebenarnya tersimpan banyak khazanah misteri yang layak diungkapkan mengenai masyarakat Bisaya yang juga satu etnik Islam dengan majoritinya bertumpu di daerah Beaufort. Ada gurauan dan tidak kurang juga yang kedengaran serius. Sabah. y y Majoriti 50. sememangnya menarik untuk dikongsi bersama. Ketika . mereka memang cantik. Dang Isum. rakan-rakan di Kota Kinabalu sudah menitipkan pesanan. Pendek kata. Jaga-jaga dengan orang Bisaya.

tetapi boleh ditemui di Kuala Penyu. Kota Klias. Di Klias pula. Gadong. Lubak. Menumbok. Penulis bukan mahu menceritakan sesuatu yang negatif kerana realitinya sudah ramai mengetahui mengenai kehebatan ilmu mereka. realiti yang dapat dilihat ialah orang Bisaya ramah dan berbudi bahasa. Ilmu mereka bukan calang-calang. Lago. Malikai dan di pekan Menumbok. Di sepanjang Sungai Padas pula. Kebajang. Garama. . Kabidang. balik ke Semenanjung. kami selalu dihidangkan dengan cerita yang bisa meremangkan bulu roma mengenai kehebatan ilmu mereka. Tambah unik kerana raut wajah mereka tidak sepenuhnya seperti orang Cina tetapi lebih menarik. Padas Damit. Sinapokan. tidak dinafikan kecantikan gadis Bisay a pasti menarik perhatian. Klias Kecil. ia menonjolkan keayuan dan kelembutan tersendiri. Apa pun. Kita pasti leka apabila bersembang dengan sesiapa saja di situ. Lupak. Suasa. Batandok. Bagaimanapun. Ada kebenaran juga kata-katanya kerana sepanjang empat hari bersama masyarakat itu. Laba dan Nukahan. penempatan mereka ialah di Kilugus. Dengan kulit putih dan wajah seperti orang Cina bermata sepet. Di Beaufort. Tiada seorang pun yang lokek melontarkan senyuman. Pasti ramai yang mungkin pernah mendengar cerita mengenai kemaluan berasa ada di dahi dan itulah antara kehebatan yang disebut-sebut dimiliki etnik ini. kerisauan itu kendur apabila dimaklumkan tiada apa yan g akan berlaku selagi kita tahu menjaga kelakuan di situ. mereka mendiami kawasan perkampungan seperti Kampung Kebatu. majoritinya berkampung di Beaufort dengan jumlah masyarakatnya melebihi 50. Kepawa. takut nanti lain pula ceritanya. Takut nanti. Sipitang dan sekitar Wilayah Persekutuan Labuan. masyarakat ini mendiami kawasan Klias dan sepanjang tebing Sungai Padas. Manggis. jangan buat perangai tak tentu hala. Jabang dan Bangkalalak.di sana. Pintas. tak senang nak dikesan. Berbeza versi cerita menakutkan mengenai kehebatan ilmu kebatinan mereka. manakala di Kuala Penyu. Siaun. Mempagar.000 orang . Beringin. terpaksa pula kembali semula ke sini untuk berubat! Itu pesanan Ali Karimi Dahlan. Luagan. Silaun. Malabau. Namun. tidak kira yang muda mahu pun tua. Kukut. pada hakikatnya penduduknya mempunyai akhlak yang tinggi dan kuat pegangan agama. Limbawang. seorang guru yang mengiringi kami dari Kota Kinabalu ke Beaufort dan bertindak sebagai penunjuk jalan bertemu dengan masyaraka t itu. Lawa. Etnik Bisaya bukan saja ada di Beaufort. mereka mendiami kawasan Kampung Malalugus. Di sebalik cerita negatif mengenai mereka. Takuli.

Datuk Seri Lajim Ukin yang turut bertindak . Tenom. Hester E. kebanyakannya berada di Kota K inabalu. mereka utuh mempertahankan budaya masyarakat Bisaya kerana masih ada kumpulan kebudayaan bergerak aktif memainkan alat muzik seperti kulintangan dan gambang. Menurut kepercayaan orang tempatan. 1972). sudah ada yang menjadi pemimpin dalam pelbagai badan politik dan bukan kerajaan. malah ramai juga hidup mewah kerana menceburi bidang perniagaan. selain sektor pertanian juga memberi pendapatan lumayan.O pada 1926. Papar dan Membakut. Versi lain yang memetik Beyer H. Dalam kemewahan dan keselesaan hidup itu.D pada 1954 dan Harrison pada 1956 ialah perkataan Bisaya kemungkinan berasal daripada Empayar Srivijaya (Sonza. Sebutan itu kemudian bertukar kepada Bisaya sehingga hari ini. Pada 1960. perkataan Bisaya berasal daripada sebutan Mabisa Iya yang membawa maksud seseorang lelaki atau wanita nampak tampan dan gagah serta cantik. Keningau. Sebagai contoh. bandar lain seperti Tawau. Mereka hidup dalam kawasan kampung terancang dan menjalankan aktiviti pertanian. John Carol menyatakan perkataan Bisaya b erasal daripada pahlawan yang bernama Sri Visaya. Derek Headly (1950) pula menyatakan Sultan Brunei ketika kunjungannya untuk meninjau kawasan penduduk Bisaya dan baginda menyebut: Bisai Yah! yang bermaksud betapa cantiknya ketika melihat gadis di situ. peninggalan sejarah serta cerita mengenai mereka lebih tepat diperoleh daripada masyarakat di Beaufort kerana menurut orang lama di situ. malah menjadikannya sebagai makanan asasi pula menggantikan nasi.Dalam daerah Sipitang. Namun. Di daerah lain pula. Bisaya bukan masyarakat terpencil kerana realitinya mereka mempunyai sistem pengurusan yang mantap. malah mempunyai rutin latihan mereka sendiri di lokasi khusus. Melihat taraf dan kualiti hidup mereka di sekitar Beaufort. Meskipun masyarakat ini banyak di lokasi lain di Sabah. nampak jelas kebanyakan mereka mempunyai kedudukan kewangan yang stabil. sebahagian kecil mereka mendiami kawasan Sindumin. beberapa lokasi sekitar daerah itu menjadi titik tolak perkembangan masyarakat Bisaya di Sabah. Wilayah Persekutuan Labuan. selain ada yang mengusahakan produk sagu kerana hampir semua masyarakat Bisaya gemar memakan sagu. mereka juga ada di Sarawak. Sandakan. Kudat dan di pekan kecil seperti Kota Belud. Ranau. siapa tidak kenal Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. malah kisah mengenai kehebatan mereka juga berakar umbi di situ. Masyarakat Bisaya boleh dikatakan majoritinya beragama Islam. Mesapol serta di pekan itu sendiri. Dalam kalangan masyarakat itu.

selain tidak pernah gagal menganjurkan keramaian Adau Janang Gayuh setiap 15 Julai yang membawa maksud hari besar pemimpin sebagai satu simbol penghormatan serta mengenang jasa pemimpin masyarakat itu pada masa lalu hingga kini. namun ia dikatakan semakin sukar dilihat akibat arus kemodenan yang semakin menghimpit mereka. Ketua Bisaya yang pertama ialah Awang Alak Betatar atau Sultan Mohammad Shah. Hubungan perdagangan yang dijalin dengan pedagang dari tanah Arab menjadi antara faktor etnik ini cepat memeluk Islam berbanding etnik lain di kepulauan Borneo. Selain badaup. Visaya di Filipina dipercayai berasal dari Borneo dan penghijrahan beramai-ramai mereka ke sana adalah disebabkan pelbagai faktor. Etnik Bisaya memiliki minat dalam bidang pertanian dan ia kini menjadi sumber utama pendapatan mereka. Bisaya terkenal dengan budaya unik yang diamalkan sejak sekian lama. selain penghijrahan belia ke lokasi yang lebih membangun terutama di bandar. Antaranya. Jika dilihat dari segi kehidupan sosial. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin.sebagai Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS). Lagu rakyat pula dipertahankan iaitu badaup yang dinyanyikan beramai-ramai ketika menuai padi. 'Terima Islam seawal kurun 13' ETNIK Bisaya sudah wujud di Kepulauan Borneo sejak ribuan tahun lalu dan menjadi antara suku kaum digeruni dan dihormati oleh suku kaum Asli lain di Sabah. Banyak lagi kebudayaan masyarakat yang dipimpin oleh Janang Gayuh. ada juga nyanyian lain iaitu Oh Aki-aki dan King-king Batudan. Mereka juga dipercayai antara yang pertama menerima Islam pada awal kurun ke-13. sedikit sebanyak pengaruh Arab memainkan peranan dalam urusan seharian mereka. kebiasaannya oleh wanita dalam masyarakat itu. termasuk tarian dan muzik tradisi. Bukan sukar untuk mengenali dan berjumpa orang Bisaya di Beaufort kerana mereka seolah - . Persatuan itu juga bergerak aktif dengan jawatankuasa yang dilantik dan dirombak setiap kali mesyuarat agung. termasuk politik. makanan tradisi yang paling digemari mereka ialah sagu yang diambil dari batang rumbia. terutama dalam hal makanan tradisi dan kesenian. Bisaya hanya ada di Sabah dan Sarawak. Masyarakat ini walaupun dipercayai ada kaitan dengan suku Visaya di Filipina. iaitu rangkaian pantun kanak-kanak untuk mendodoi anak.

Karukan dan Kelias. perjalanan ke Beaufort hanya memakan masa lebih dua jam. Ini sekali gus menunjukkan masyarakat itu memonopoli hampir segenap lokasi di Beaufort. Bisaya hanya ada di Sabah dan Sarawak. termasuk politik. Ia sekali gus menjadikan Padas Damit sebagai lokasi wajib dikunjungi sekiranya mahu mengenali lebih dekat mengenai Bisaya.olah ada identiti tersendiri. Difahamkan. . Mereka juga dipercayai antara yang pertama menerima Islam pada awal kurun ke-13. Masyarakat ini walaupun dipercayai ada kaitan dengan suku Visaya di Filipina. perkampungan di Padas Damit menjadi satu lokasi utama perkembangan masyarakat Bisaya di Beaufort dan mempunyai banyak tinggalan sejarah. Ketua Bisaya yang pertama ialah Awang Alak Betatar atau Sultan Mohammad Shah. Meskipun semua kampung itu berada dalam daerah sama. Menjejakkan kaki ke pekan Beaufort saja sudah cukup untuk bertemu orang Bisaya tetapi ia tidak memadai kerana sejarah dan misteri masyarakat itu tersimpan di ceruk pedalaman daerah itu. Paling ketara ialah raut wajah mereka seperti kacukan Cina dan Melayu. Jika berkunjung ke kampung Padas Damit. Jika dilihat dari segi kehidupan sosial. lokasinya agak jauh di antara satu sama lain. terutama ketika pertempuran masyarakat itu dengan tentera British pada suatu ketika dulu. boleh dikatakan semuanya orang Bisaya. Visaya di Filipina dipercayai berasal dari Borneo dan penghijrahan beramai-ramai mereka ke sana adalah disebabkan pelbagai faktor. Kota Kinabalu. sama ad a menaiki bas atau teksi yang boleh didapati dengan mudah di Padang Merdeka. (Bersambung esok) 'Terima Islam seawal kurun 13' ETNIK Bisaya sudah wujud di Kepulauan Borneo sejak ribuan tahun lalu dan menjadi antara suku kaum digeruni dan dihormati oleh suku kaum Asli lain di Sabah. Hubungan perdagangan yang dijalin dengan pedagang dari tanah Arab menjadi antara faktor etnik ini cepat memeluk Islam berbanding etnik lain di kepulauan Borneo. malah ada yang memakan masa sehingga dua jam perjalanan. Etnik Bisaya memiliki minat dalam bidang pertanian dan ia kini menjadi sumber utama pendapatan mereka. sedikit sebanyak pengaruh Arab memainkan peranan dalam urusan seharian mereka. Dari Kota Kinabalu.

Lagu rakyat pula dipertahankan iaitu badaup yang dinyanyikan beramai-ramai ketika menuai padi. . Difahamkan. Bukan sukar untuk mengenali dan berjumpa orang Bisaya di Beaufort kerana mereka seolah olah ada identiti tersendiri. perjalanan ke Beaufort hanya memakan masa lebih dua jam. Meskipun semua kampung itu berada dalam daerah sama. iaitu rangkaian pantun kanak-kanak untuk mendodoi anak. makanan tradisi yang paling digemari mereka ialah sagu yang diambil dari batang rumbia. Ia sekali gus menjadikan Padas Damit sebagai lokasi wajib dikunjungi sekiranya mahu mengenali lebih dekat mengenai Bisaya. termasuk tarian dan muzik tradisi. Bisaya asal daripada kecantikan legenda Tatanak DANG Insum bukan saja terkenal handal dalam peperangan serta mempunyai kesaktian tetapi juga sangat ayu sehingga dikatakan menjadi punca wujudnya nama Bisaya. sama ada menaiki bas atau teksi yang boleh didapati dengan mudah di Padang Merdeka. Menjejakkan kaki ke pekan Beaufort saja sudah cukup untuk bertemu orang Bisaya tetapi ia tidak memadai kerana sejarah dan misteri masyarakat itu tersimpan di ceruk pedalaman daerah itu. namun ia dikatakan semakin sukar dilihat akibat arus kemodenan yang semakin menghimpit mereka.... nama baru yang diberikan Sultan Brunei selepas sekian lama masyarakat itu dikenali sebagai Tatanak. perkampungan di Padas Damit menjadi satu lokasi utama perkembangan masyarakat Bisaya di Beaufort dan mempunyai banyak tinggalan sejarah. Jika berkunjung ke kampung Padas Damit. ada juga nyanyian lain iaitu Oh Aki-aki dan King-king Batudan. Dari Kota Kinabalu. Bersambung. Ini sekali gus menunjukkan masyarakat itu memonopoli hampir segenap lokasi di Beaufort. Selain badaup. lokasinya agak jauh di antara satu sama lain. terutama dalam hal makanan tradisi dan kesenian. Karukan dan Kelias. kebiasaannya oleh wanita dalam masyarakat itu. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin. Paling ketara ialah raut wajah mereka seperti kacukan Cina dan Melayu. malah ada yang memakan masa sehingga dua jam perjalanan. Antaranya. Banyak lagi kebudayaan masyarakat yang dipimpin oleh Janang Gayuh. selain penghijrahan belia ke lokasi yang lebih membangun terutama di bandar.Bisaya terkenal dengan budaya unik yang diamalkan sejak sekian lama. terutama ketika pertempuran masyarakat itu dengan tentera British pada suatu ketika dulu. Kota Kinabalu. boleh dikatakan semuanya orang Bisaya.

Nama Bisaya muncul dalam pertandingan ratu cantik yang dianjurkan kerajaan Brunei dan bagi menghormati jemputan sultannya. kebanyakan orang Bisaya tidak beragama. sekali gus membolehkan Dang Insum memenangi pertandingan berkenaan. Budaya Bisaya di Limbang dikatakan lebih dekat dengan masyarakat Iban. Pengiran menghantar rombongan masyarakat Tatanak untuk menonton pertandingan itu.Menurut Ketua Kampung Padas Damit. ramai mengakui nama Bisaya juga muncul disebabkan sejarah di wilayah ini. . sebelum nama Bisaya muncul. Tenom. Malah. bisai yang membawa maksud cantik. Kecantikan Dang Insum itu juga berjaya menarik perhatian Sultan Brunei sehingga berkalikali baginda menyebut: Bisai. Oleh kerana itulah dikatakan Bisaya memang berasal daripada Padas Damit. Keningau. Dang Insum memang orang sini. Sebenarnya Dang Insum membawa maksud seorang yang sangat cantik. Nyata kecantikannya sukar digugat sesiapa termasuk warga Brunei. Tawau. Masyarakat Bisaya di Limbang dan Filipina mempunyai budaya serta agama berbeza kerana mereka menganut Kristian. Ia sekali gus menukar nama suku itu menjadi Bisaya yang kekal hingga hari ini. Pujian berkali-kali Sultan Brunei itu kedengaran di telinga orang Tatanak lain sehingga bermain di bibir mereka tetapi disebut Bisaya. Mewakili masyarakat itu untuk bertanding ialah Dang Insum yang dipilih sebulat suara oleh penduduk Padas Damit kerana kecantikannya dikatakan tiada tolok bandingnya di wilayah jajahan Brunei itu. Penghijrahan keluar dari Beaufort mewujudkan lebih banyak perkampungan baru masyarakat Bisaya iaitu di Labuan. bisai. Kudat dan malah hampir semua daerah di Sabah ada orang Bisaya. Kini. Bisaya memang wujud sejak dulu di sepanjang Sungai Padas Damit. Mereka bukan Islam. katanya lagi. semua penduduk di Padas Damit berketurunan Bisaya. Budaya Bisaya di Sabah pula tidak jauh berbeza dengan masyarakat Melayu di Semenanjung. Ini kampung asal kami sebelum ada yang berhijrah keluar. Ia berlaku sebelum zaman kemasukan Pengiran Shahbandar Hassan sebagai wakil Sultan Brunei di sekitar daerah Beaufort. Keadaan ini menguatkan hujah bahawa memang wujud perbezaan antara Bisaya dan Visaya. Tidak dari negeri lain seperti kata sesetengah orang bahawa masyarakat kami bermula di Filipina kerana di sana ada Visaya tetapi sebenarnya di sana mungkin juga mereka yang berasal dari sini. Said Masi.

Nama seperti Dang Insum Temenggong Gaja dan Pengiran Shahbandar Hassan paling ketara dalam kebanyakan cerita kebangkitan masyarakat itu menentang penjajah. Namun. memperkenalkan undang-undang wilayah baru. perbincangan antara Pengiran dengan orang kampung mencetuskan rasa kurang senang penduduk terutama mengenai syarat yang diminta. Lebih buruk. cucu Datuk Laksamana Idris Datu Orang Kaya Setia. selain watikah yang mengesahkan Padas Damit diserahkan kepada masyarakat Bisaya. Dalam undang-undang itu kompeni mengenakan cukai kepala. mereka menghasut orang tempatan untuk menentang Pengiran dengan mendakwa menjadi hamba di bawah pemerintahannya. Namun. Cerita mengenai pahlawan wanita itu juga masih kuat dalam ingatan Said. Ketua Kampung Padas Damit. . sekali gus memegang hak tulen terhadap wilayah Padas Damit. Dang Insum. Kompeni membuat penawaran untuk mengambil alih pemerintahan Pengiran dengan mengajukan undang-undang baru yang bakal dilaksanakan jika hasrat mereka dipersetujui. Kehebatannya menyebabkan beliau dipilih mengetuai perisai hadapan menentang North Bornoe Chartered Company pada 1888 hingga 1889 dengan sokongan Pengiran Shahbandar. semuanya menjadi huru-hara apabila North Bornoe Chartered Company memasuki kawasan itu dan enggan mengiktiraf Pengiran sebagai pemerintah. Pengiran Shahbandar ialah pemerintah tunggal yang diamanahkan Sultan Brunei. dikatakan wanita hebat yang mempunyai kesaktian sehingga menimbulkan masalah kepada tentera British untuk menakluk Padas Damit.Ayam putih senjata Dang Insum tentang penjajah [Serikandi Bisaya miliki kesaktian dipilih ketuai penentangan terhadap British yang mahu menguasai Padas Damit] BISAYA dan Padas Damit mempunyai hubungan sangat rapat kerana di situlah kehebatan masyarakatnya terserlah dalam usaha menentang penjajahan British. Kawasan takluknya merangkumi sepanjang tebing Sungai Padas hingga ke Kampung Bengkalakak dan ke timur Jimpangah. pemansuhan kuasa Pengiran serta semua pemb esar di bawahnya. Di Padas Damit juga pelbagai cerita misteri mengenai perjuangan orang Bisaya menjadi bualan sehingga kini. Ia bukan cerita dongeng kerana banyak tinggalan sejarah mengaitkan mereka dengan cerita itu. Ketika itu. mengukur tanah untuk dibuat geran. Pada permulaannya. mempunyai koleksi dan tinggalan sejarah yang dikatakan milik Dang Insum. menjadikan Padas Damit wilayah Labuan. cukai tanah. Said Masi.

Gabenor Labuan memanggil wakil Bisaya untuk berbincang kerana tidak mahu pertumpahan darah lebih banyak. Kemudian. meninggalkan Dang Insum sendirian mengetuai orang Bisaya. Seorang lelaki di kalangan mereka berpura-pura sakit dan tidak bersama Mat Jagar bertemu Pengiran. Dikhabarkan 20 orang tua dan kanak-kanak dicencang di dalam kubu. rombongan Mat Jagar turut disertai kebanyakan lelaki yang handal. hanya ada wanita dan kanak-kanak. Hampir sehari suntuk pertarungan itu berlangsung sebelum Dang Insum tewas yang menyaksikan ramai wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa. Itupun selepas Pengiran tumpas dalam serangan di tengah laut yang membuka jalan kepada British untuk menjajah dan undang-undang khas di Padas Damit. satu mesyuarat diadakan untuk memilih siapa paling layak memimpin barisan hadapan. Ia membuka peluang tentera kompeni membuat serangan mengejut tanpa disedari Dang Insum kerana tiada lagi isyarat kokokan ayam. Pengiran mengarahkan mereka membina kubu sedalam 10 kaki. sekali gus menghilangkan kuasa ajaib Dang Insum. Semua sepakat memilih Dang Insum yang dikatakan paling handal dan berilmu tinggi dengan dibantu pemuda. Setiap serangan musuh pasti ia mudah dipatahkan Bisaya kerana sudah bersedia selepas mendapat isyarat daripada ayam itu. sedangkan James Brooke mahu melihat tawanan hidup. Kebetulan. James Brooke sebagai pemerintah British di Sarawak kuga tidak mengiktiraf kemenangan kompeni kerana tentera British hanya membawa balik bendera putih. Tindakan itu menimbulkan kemarahan dan membimbangkan kompeni. simbol tentera Bisaya dari kubu. malah mengisytiharkan perang sebagai tanda membantah. Kesaktiannya terletak pada ayam putih yang memberi isyarat dengan berkokok kuat setiap kali musuh menyerang. cerita Said. Apabila tentera kompeni gunakan sampan untuk menyeberang dan cuba menaiki tebing yang dibina tinggi. Selepas perang Padas Damit reda.Dikhabarkan kebanyakan kampung lain bersetuju menerima tawaran kompeni. Ada yang lemas di tengah sungai kerana sampan itu pecah. Di Kota Makarang. Tak sempat nak masuk kota pun. Orang Bisaya di Padas Damit tidak bersetuju dengan keadaan itu dan nekad untuk menentang. Detik kekalahan pasukan tentera Bisaya di Kota Makarang bermula apabila ada di kalangan mereka belot. Strategi Dang Insum juga hebat. tetapi penduduk Padas Damit enggan patuh. Perbincangan antara mereka akhirnya mencapai kata putus untuk berdamai. Ketika menyedari semua orang leka. Ia terjadi apabila Mat Jagar meninggalkan kubu untuk bertemu Pengiran Shahbandar. dia membunuh ayam putih itu. semua mereka akan dipancung. Ayam putih itu dianggap senjata utama Dang Insum. Mereka menyerang penduduk yang belot dan setia kepada kompeni. Mat Jagar Datu Salleh. Manakala 60 tentera kompeni turut maut. Mereka buat beberapa sampan daripada batang rumbia di seberang sungai sebagai umpan. Ia dianggap sebagai pemberontakan dan bukan kemenangan mutlak mereka. .

40 ilmu kebatinan berbahaya masih diamal BUKAN sedikit ilmu yang dimiliki masyarakat Bisaya. Dulu kerap ilmu itu dijadikan permainan. sebenarnya bukan sekadar bertujuan untuk melepaskan kemarahan tetapi ada ketikanya sekadar digunakan sebagai bahan permainan dan uji menguji. Ia akan berbalas-balas sehingga keduaduanya puas. Kehebatan orang Bisaya dalam ilmu kebatinan sudah terbukti ketika perang Padas Damit. jika terkena buatan itu. Namun. . dia juga akan menjadi gila. Ia selalunya disebabkan rasa tak puas hati atau mungkin juga sekadar mencuba dan main-main. Said Masi. itulah antara yang paling digeruni ada pada dimiliki orang Bisaya. Jika sesama mereka memang tak ada kesan teruk tetapi jika terkena orang yang tak tahu membela diri. adat dalam permainan dalaman. katanya. sakitnya boleh membawa maut. Ia menjadi senjata sakti mereka menentang musuh. ilmu itu semakin kurang diamalkan tetapi masih kekal diwarisi hampir kebanyakan masyarakat itu. jika ada bisa pasti ada penawarnya. Malah. Jika sesiapa pernah terbaca mengenai ilmu menghilangkan kemaluan seseorang. Difahamkan ada 40 jenis kepakaran dalam masyarakat itu yang berbahaya dan boleh menyebabkan sesiapa saja hidup tidak selesa jika terkena buatannya. Sekarang sudah tak ramai yang guna ilmu itu sebarangan sebab pegangan agama yang kuat tetapi sebenarnya masih ramai yang mahir termasuk orang muda dan remaja. Mengejutkan apabila Said memberitahu bahawa semua ilmu itu bukan sukar untuk diamalkan menyebabkan dengan mudah ramai orang muda turut menguasainya. Seseorang yang tak puas hati atas apa saja sebab akan menghantar ilmu yang membuatkan ada orang dalam majlis menjadi gila. Paling menakutkan tentulah apabila tiba-tiba menyedari yang anu hilang atau terasa ada di dahi. Ketika itu mereka boleh mencipta tebuan yang hanya akan menyerang orang bukan Islam. Jika ada sesiapa yang memegang orang itu. Ubat yang paling popular adalah menggunakan kura-kura kerana sifat penyakit itu sama seperti tabiat haiwan itu yang menyorokkan kepala ketika takut. ada yang tak tahu untuk menceritakan kepada sesiapa. Ia adalah ilmu yang sudah lama ada dalam masyarakat itu dan difahamkan sehingga kini masih ramai yang mahir mengamalkannya. Seorang yang hebat akan sengaja mengirim tuju kepada seorang lagi untuk menguji kehebatannya. Dikatakan. ada juga ilmu yang kerap digunakan untuk mengganggu sesuatu majlis perkahwinan. Ada pula yang mengkhianati majlis perkahwinan dengan membuatkan nasi atau lauk pauk jamuan kenduri kahwin tidak masak. Dalam zaman moden ini. Kehebatan ilmu dalaman yang digelar Gayong Dalam oleh Ketua Kampung Padas Damit. Semua sakit akibat tuju itu boleh diubati dan ramai pakarnya di kampung ini.

Kadangkala pemilik ilmu dalaman itu sengaja menguji kemampuan diri. Kepercayaan terhadap pantang larang ketika mengandung dan kehidupan seharian juga sudah semakin ditinggalkan meskipun dulu merekalah antara masyarakat paling kuat berpegang dengan pantang larang sehinggakan suami tidak boleh berulang alik keluar masuk rumah jika isteri mengandung kerana khuatir anak dalam kandungan susah untuk dilahirkan. Jangan risau. mana ada sangat orang berani lawan bola sepak dengan orang Bisaya. Teringat cerita Ali Karimi Dahlan mengenai orang Bisaya dulu: Dulu. Itulah antara kebiasaan yang diamalkan dalam adat perkahwinan masyarakat Bisaya sejak dulu namun sudah semakin kurang diamalkan kini. meredakan rasa risau penulis dengan semua cerita itu. apatah lagi di kampung mereka kerana ada saja ilmu yang digunakan ketika perlawanan. terlanggar kaki mereka pun kita boleh sakit teruk. Begitulah permainan pelik orang Bisaya dulu dan sebahagiannya kini. Adat itu biasanya dilakukan sebagai satu . keluarga lelaki perlu tinggal cuci kawah selepas majlis] TEMPOH memberi kata putus selepas adat merisik dibuat menjadi petunjuk sama ada pihak perempuan sudi atau tidak menerima lelaki sebagai menantu. kejadian buruk pasti akan berlaku jika burung itu berbunyi. Silap-silap. sudah tentu dia mudah memenangi permainan dengan orang yang hanya ada 20 ilmu. Dulu memang mereka suka mencuba tapi sekarang orang Bisaya kuat beragama. Jika kamu tak buat apa-apa dan tak ganggu sesiapa. Kehebatan orang Bisaya juga mungkin ada kaitan amalan mereka suatu ketika dulu yang begitu percaya kepada sesuatu yang pelik termasuk konon ada berita buruk yang disampaikan oleh burung juriak setiap kali ia berbunyi. Difahamkan. tandanya mereka bersetuju tetapi jika sudah memasuki tempoh seminggu maka boleh dianggap lelaki itu tidak bernasib baik. Adat. sebenarnya masih ada orang lama yang menguasai semua 40 ilmu itu. Sekiranya dia memiliki 30 ilmu. tak perlu takut terkena buatan orang sini. budaya perkahwinan Bisaya semakin terhakis [Banyak perkara dianggap menyusahkan. tempoh merisik tiga hari. Jika dalam masa tiga hari keputusan dapat dibuat.Kini. ramai boleh tolong ubatkan. Ia mungkin disebabkan pegangan agama yang kuat dalam kalangan mereka selain pencerapan gaya pemikiran moden akibat perubahan zaman. Namun. kata seorang penduduk di Suasa. kini kepercayaan sebegitu sudah semakin terhakis dan tidak pula ada kejadian buruk berlaku meskipun berpuluh kali burung itu berbunyi. Jika ada rasa apa-apa yang pelik.

000. Jika sekali pandang. nilai hantarannya adalah kira-kira RM6. . Adat perkahwinan juga sudah semakin berubah. Pelamin juga tidak ada dalam adat Bisaya kerana dulu pengantin hanya bersanding di atas kotak kayu yang dihias cantik. katanya. mungkin kerana mereka juga beragama Islam. wang hantaran dianggap hangus. Biasanya hubungan itu diikat setahun. Wang hantaran biasanya perlu diserahkan semuanya sebulan sebelum majlis perkahwinan. Jika tidak bekerja. Soal rupa tak penting sangat.000 tetapi kini sesiapa yang mahu berkahwin dengan gadis Bisaya perlu menyediakan paling kurang pun RM6. Yang paling utama ialah taraf pendidikan dan kerjaya perempuan itu. berkata sama seperti Melayu. perubahan dalam adat perkahwinan masyarakat Bisaya antara lain disebabkan berlaku perkahwinan campur dan perubahan zaman selain mengelakkan kos yang sangat tinggi jika kekal dengan cara lama.000 dan ada yang boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit. Paling unik dalam adat perkahwinan mereka ialah penggunaan gulungan rokok daun yang perlu diselit di mul ut pasangan pengantin sepanjang tempoh bersanding dan kini. Perjanjian ketika bertunang mengikut keadaan. cukup dengan menyarung cincin dan bertukar dulang hantaran. konsep perkahwinan dalam masyarakat ini agak ringkas dan tidak banyak berbeza dengan orang Melayu. hantaran kahwin tidak sampai RM1. Kida berkata. Kedudukan keluarga dan tahap pendidikan lebih utama. masih ada yang mengamalkan adat itu tetapi menggunakan rokok tembaga yang berukir cantik. 62. Ketua Kampung Suasa. Ada yang lebih lama dan ada yang cepat tapi kebanyakan setahun. Dulu ada adat paling utama selepas majlis perkahwinan iaitu pasangan pengantin perlu tinggal selama tiga hari di rumah keluarga pihak perempuan sebelum ke rumah keluarga lelaki untuk tinggal pula di situ selama seminggu dan kemudian berpatah balik ke rumah perempuan untuk tiga hari lagi. Jika dulu.peringkat awal sebelum peminangan secara rasmi dibuat dan perbincangan selanjutnya mengenai jumlah berian (hantaran) diputuskan. Bisaya juga tidak banyak bezanya dengan orang Melayu dalam menentukan jumlah hantaran. Kida Assan. Ketika bertunang. Namun jika lelaki yang meminta perceraian. nilai hantaran perkahwinan ditentukan berdasarkan beberapa faktor. Bisaya juga mengamalkan sistem yang melindungi sesuatu ikatan perkahwinan dengan meletakkan syarat sekiranya berlaku perceraian yang berpunca daripada pihak wanita maka wang hantaran perlu dipulangkan sebanyak dua kali ganda. Dalam konteks pakaian untuk majlis perkahwinan juga menampakkan semakin kurang orang Bisaya memakai pakaian tradisi mereka meskipun masih ada butik perkahwinan menyewakan pakaian itu selain menghias pelamin dengan adat lama.

Sehari saja sudah selesai majlis. paling kurang pun tiga ekor kerbau ditumbangkan. Banyak sebenarnya perkara yang dianggap menyusahkan dalam adat perkahwinan sebelum ini. patah balik ke rumah perempuan dan bersanding lagi. masih ada beberapa perkahwinan yang cuba mengembalikan konsep perkahwinan asal masyarakat itu. Langkah bendul atau kataliban (berkahwin dengan adik sedangkan kakaknya belum berkahwin) dalam masyarakat Bisaya adalah sesuatu yang dianggap serius kerana sehingga hari ini. kini nilai denda itu digantikan dengan duit di mana pengantin lelaki perlu membayar RM100 untuk seorang kakak. Namun. denda akan dikenakan seperti tidak dibenarkan naik ke rumah ketika majlis perkahwinan. semua ahli keluarga lelaki perlu tinggal di situ juga. Ia jelas dilihat kerana hampir setiap . beberapa hari sebelum kenduri kahwin keluarga pihak lelaki perlu hadir di rumah bak al pengantin perempuan untuk membantu kerja persiapan. Gotong-royong dilakukan sepenuhnya dalam perkahwinan Bisaya. Lebih unik. selama tiga hari di rumah pengantin perempuan. Kerja cuci kawah dan mengemas sisa daging kerbau adalah kerja pengantin lelaki. tiga hari tiga malam pun belum selesai. setiap kali kenduri kahwin. Sekarang. Kerana itulah belanja dulu sebenarnya lebih tinggi. pihak lelaki perlu membayar denda seperti sepersalinan pakaian kepada kakak pengantin perempuan. sekiranya berlaku sebegitu. tidak banyak lagi orang Bisaya mengamalkan budaya ini. Banyak adat yang perlu dipatuhi. Sekiranya tidak hadir. Namun. kos sewanya mahal kerana banyak aksesori yang digunakan. katanya. Dulu. Mungkin kerana mereka bukan sekadar dikenali dengan kehebatan dalam bertempur tetapi terkenal dengan sifat ketimuran sejati. Bayangkan. Kini. semuanya dipermudahkan. seminggu di rumah lelaki. Majlis jamuan biasanya bermula selepas majlis persandingan dan dilakukan secara berhidang.Adat lama memang tinggi belanjanya. Jamilah masih menyimpan hampir semua koleksi wajib aksesori yang perlu dipakai oleh pasangan pengantin supaya kelihatan benar-benar mengikuti adat Bisaya selain menyediakan pelamin seumpama konsep lama. kata Kida. Dalam konteks kebudayaan. Bisaya sebenarnya cukup kaya dengan nilai dan khazanah seni budaya. Selepas tiga hari di rumah perempuan. adat dan budaya dalam perkahwinan Bisaya sudah semakin terhakis. Menambah keunikan majlis perkahwinan dalam adat Bisaya ialah tetamu tidak boleh makan selagi pengantin lelaki belum sampai. Jika nak buat majlis dengan pakaian budaya Bisaya. Namun dengan adanya seorang pengusaha butik di Beaufort yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Jamilah. Dulu.

termasuk untuk makan tengah hari. ada beberapa kumpulan bergerak aktif seperti di Suasa yang membabitkan dua kumpulan iaitu kanak-kanak dan wanita. Industri pembuatan sagu ekonom i tradisi masyarakat Bisaya [Perkembangan positif dalam bidang pendidikan mengubah taraf hidup. kami dihiburkan irama bagandang baru yang menerima suntikan melodi lagu moden oleh kumpulan kanak -kanak. gusti kaki (mibinti) dan gusti tangan (miambit) menonjolkan imej kekuatan masyarakat itu sejak dulu. boleh di katakan kiri dan kanan jalan dipenuhi tumbuhan menghijau berselang seli dengan sebuah rumah besar (banglo).lokasi kampung penduduk Bisaya di Beaufort. Selain muzik. Di sini. Di Beaufort. Ada tanaman kelapa sawit dan hamparan sawah padi menghiasi pemandangan. Mereka ada banyak lagu rakyat yang masih dinyanyikan sebahagian orang Bisaya seperti badaup yang dianggap paling popular menjadi irama dalam pesta menuai padi serta ketika mendodoi anak. kebergantungan terhadap aktiviti pertanian di Padas Damit] PERTANIAN menjadi kemahiran utama dan penyumbang terbesar dalam menggerakkan ekonomi masyarakat Bisaya terutama di sekitar Beaufort. Permainan seperti pulas jari (mitompulas). Ia biasanya aktif dihidupkan kembali setiap kali tiba musim hari keramaian seperti ketika menyambut Adau Janang Gayuh pada 15 Julai setiap tahun. Sepanjang perjalanan merentasi lokasi perkampungan di sekitar Beaufort menyerlahkan industri itu. Ada juga tekanan dialami penduduk kerana Beaufort adalah kawasan paling kerap dilanda banjir setiap kali hujan lebat dan ada ketikanya hampir mengancam nyawa penduduk. perusahaan sagu paling penting dalam masyarakat itu kerana sagu menjadi makanan utama mereka. Bisaya terkenal dengan pelbagai jenis permainan tradisi. akan ada satu jenis kebudayaan yang dimainkan secara aktif sama ada oleh orang tua atau generasi muda dengan nafas dan irama baru. masih ada kumpulan badaup bergerak aktif dalam masyarakat itu. iaitu alat muzik yang digunakan ketika bagandang membabitkan beberapa jenis alat muzik seperti gong dan caklempong. Ia dinyanyikan wanita dan kini. malah tidak keterlaluan jika dikatakan ia lebih penting daripada nasi. Kebergantungan terhadap sagu sebagai makanan rutin membolehkan industri pembuatan sagu terus berkembang pesat dengan perubahan terhadap kaedah memproses daripada . Selain padi dan kelapa sawit. Sumber air mudah kerana ada sungai merentasi hampir setiap kampung merancakkan aktiviti pertanian. Penulis berkesempatan melihat persembahan badaup dan kulintangan. Mungkin tanah lembap di Beaufort memudahkan aktiviti pertanian. ditambah dengan keadaan serta struktur geografi yang sesuai membolehkan pelbagai aktiviti bertani dapat dijalankan.

Ia hanya makanan kedua. hanya isinya diambil setiap kali dimasukkan ke dalam mesin. Pemilikan tanah pertanian yang besar untuk mengusahakan kelapa sawit membolehkan mereka hidup lebih selesa. kebanyakan mereka hidup sederhana. malah ada yang mewah dengan rumah besar. selain potensinya untuk meneruskan ekonomi tra disi masyarakat Bisaya. Masih ada sebahagian kecil penduduk menggunakan cara tradisional tanpa bantuan mesin. Padas Damit serta menemui pengusahanya. Sagu adalah makanan utama. selain berkedudukan tidak begitu jauh dari Beaufort. kata Matrik. membolehkan aktiviti perniagaan dan pemasaran produk pertanian dijalankan dengan mudah. Matrik Tumboh. Melihat kepada perusahaan sagu di Kuala Balik. Prosesnya menggunakan mesin nampak lebih mudah kerana selepas memasuki mesin. Kami sempat melawat ke kilang sagu di Kuala Balik. selesa serta mempunyai perniagaan yang stabil seperti dapat dilihat di kebanyakan rumah sekitar Suasa.cara tradisional kepada penggunaan mesin canggih yang dapat menghasilkan lebih banyak sagu untuk memenuhi permintaan bu kan sekadar di Beaufort. Ada juga giat menjalankan aktiviti kraf tangan untuk dipasarkan di sekitar Sabah kerana sumber untuk bahan mentah membuat kraf tangan begitu mudah diperoleh di sekeliling mereka. Semua menggunakan tenaga manusia bermula daripada proses mengambil air sehinggalah menumbuk dan memijak sagu sehingga hancur. Daripada batang sagu. jelas ia diusahakan secara besar-besaran di situ membabitkan kaedah lama dan tradisional. masyar akat Bisaya diakui sudah menunjukkan perkembangan memberangsangkan terutama dengan kemasukan lebih ramai lepasan sekolah melanjutkan . Tuaran dan Lahad Datu. untuk mengetahui bagaimana perusahaan itu dijalankan. manakala hampasnya diberi kepada penternak kambing. Padi tak penting. Ketika itu. malah di seluruh Sabah. Menyentuh soal pendidikan. Bercerita mengenai kedudukan ekonomi masyarakat Bisaya. semua orang Bisaya dan sebilangan kecil masyarakat Tionghua yang ada di Beaufort bergantung kepada sagu. Ia sekali gus menjadikan sagu begitu penting dalam hidup kami. Sagu dari Beaufort sudah terkenal dan mendapat permintaan dari banyak lokasi sekitar Sabah terutama Kudat. Sagu sebenarnya menjadi makanan utama masyarakat ini sejak zaman penjajah dan ia mampu membekalkan sumber makanan ketika berdepan dengan kemelut peperangan. ia terus menjadi serbuk sagu dan sedia untuk dipasarkan. Sagu dihasilkan daripada batang rumbia yang setiap batang sebesar sepemeluk mampu menghasilkan antara lima hingga enam karung seberat 25 kilogram.

Masih ramai yang lemah dalam Matematik. Pelajar Bisaya lebih cenderung dan cemerlang dalam subjek berasaskan keman usiaan seperti Sejarah. Sekarang tidak lagi. Malah. . kebanyakan perkampungan Bisaya masih jauh di pedalaman. persaingan dalam bidang pendidikan semakin rancak. Nak ke sekolah pun bukan dekat. kepesatan dalam bidang pendidikan yang turut dikuasai wanita Bisaya bakal mewarnai struktur masyarakat itu sendiri yang selama ini terkenal dengan kaedah menjaga anak perempuan. Perubahan dalam pendidikan dan taraf hidup agak ketara dalam lima tahun kebelakangan ini. Selepas tahun 2000. sekali gus menyebabkan pelajar tidak banyak mendatangkan masalah sosial. kata Tukiman. semuanya sudah dapat ke sekolah dengan selesa. Geografi dan Bahasa Melayu. Kini. Kebetulannya. yang berkata berbanding dulu. mereka lebih suka kepada subjek yang memerlukan pembacaan berbanding angka. nampak jelas wanita Bisaya juga boleh mengorak langkah lebih jauh melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Ramai juga yang hidup kais pagi makan pagi. Berbeza dengan sekarang mereka lebih stabil dan mampu hidup selesa. Tak ada jalan raya. Mungkin juga kerana dulu. Pendek kata. pelajar sekarang lebih keinginan belajar disebabkan kemudahan infrastruktur lebih baik. Namun. selain terbukti sudah ada daripada mereka berjaya menempa nama dalam pelbagai bidang termasuk politik. Tukiman yang sudah lebih 15 tahun berkhidmat di situ melihat perkembangan positif dalam bidang pendidikan itu akan mengubah cara hidup dan kebergantungan ekonomi masyarakat Bisaya pada masa akan datang kerana setakat ini semakin tiada waris mahu meneruskan aktiviti bertani. Dari Suasa ke Gadong perlu naik bot menyebabkan tak ramai mampu ke sekolah.pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan perkembangan itu mula pesat sejak 10 tahun kebelakangan ini. kegiatan ekonomi masyarakat ini pun tidak begitu berkembang. selain motivasi tinggi melihat sudah ramai dalam kalangan mereka berjaya membina kerjaya dalam pelbagai bidang. meskipun Beaufort sudah maju dengan pelbagai kemudahan. boleh dikatakan bukan lagi sesuatu yang mengejutkan sekiranya ada dalam kalangan masyarakat itu sudah berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah pertama dan kedoktoran. Ia disahkan guru daripada masyarakat itu yang kini mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong. Dulu. Tukiman Ratin. 42. belajar cukuplah sekadar tahu membaca dan menulis. selepas kejayaan demi kejayaan dalam bidang pendidikan.

malah ada yang masih sedia ke laut untuk menangkap ikan. Siti Saadiah Matjiah. Boleh dikatakan sepanjang kami di Beaufort. Ramai sebenarnya wanita Bisaya pandai menganyam hasil kraf tangan. Boleh dikatakan hampir semuanya pandai. ketika menemu bual beberapa wanita di Suasa. Beberapa tradisi orang Bisaya sebenarnya sudah semakin terhakis kerana enggan dituruti orang muda seperti mengunyah sirih yang dikatakan menjadi kebiasaan wajib mereka sejak . mungkin kerana mereka (wanita) lebih gemar melakukan aktiviti di rumah atau bersama suami di kebun. tetapi bukan semua tahu mengenai perkara ini. Kebanyakan yang ditemui di beberapa kampung masyarakat itu tidaklah seperti gambaran orang Bisaya yang digambarkan sebelum ini. Kebanyakan orang Bisaya di sekitar Beaufort termasuk di Padas Damit dan Suasa mempunyai campuran darah dengan masyarakat lain sekali gus mengurangkan ciri-ciri asli yang ada pada wajah tulen orang Bisaya iaitu wajah seperti Cina sepenuhnya. Dikatakan.Ramai wanita pandai hasil kraf tangan. tetapi wanita Bisaya memang tidak merayau sembarangan. ketika ini amat sukar untuk menemui mereka yang masih mempunyai darah Bisaya tanpa campuran masyarakat lain dan kebanyakan mereka hanya ada di kawasan pedalaman. Wanita Bisaya pula sangat aktif dalam aktiviti masyarakat termasuk menubuhkan pasukan kulintangan seperti yang ada di Suasa. kecuali jika adapun sedang bekerja. jauh dari Beaufort. Cuma. jarang sekali kelibat mereka kelihatan. tetapi memang kami jarang begitu. Kami buat kerja di rumah dan bantu suami di ladang. wanita Bisaya ini terkenal dengan kemahiran menjala. mereka juga aktif dalam membantu ekonomi rumah tangga dengan meringankan beban suami di kebun. kuat amal awet muda SEIRING peredaran zaman. Dalam kerja di laut pula. Tak ada pula larangan wanita Bisaya untuk keluar merayau di luar. ada seorang saja wanita daripada sembilan yang hadir mempersembahkan permainan kulintangan mempunyai wajah mirip orang Cina dan dikatakan tidak ramai sepertinya masih ada di kampung itu. kata seorang wanita Bisaya di Suasa. Jika adapun. 42. agak sukar menemui wanita Bisaya berlegar di kampung. Kami bukan pemalu.

49. bukan makan herba seperti kebanyakan wanita lain. Malah. Guati Samai. 22. tapi saya tak suka. Pemakaian lilitan kain di kepala juga kami tak pandai. Suriyati Syamsul. Berkemban? Semua wanita di Bisaya (warga tua) gemar dan tak kisah berkemban di rumah. Rasa tak selesa. kata seorang lagi wanita Bisaya. Wanita Bisaya kuat amalkan ilmu dalaman dan cara mengamalkan awet muda juga berbentuk bacaan. malah kebanyakan gadis seusia saya tak pandai pun berkemban. Malah. sukar sebenarnya untuk membezakan orang Bisaya dengan Melayu jika dinilai dari segi cara pemakaian. kata seorang gadis Bisaya. Bercakap mengenai ilmu kebatinan seperti diceritakan dalam sebelum ini. ada juga ketikanya mereka tak ubah pula seperti Melayu Minang di Negeri Sembilan. wanita Bisaya juga sebenarnya hebat dengan amalan ilmu dalaman termasuk mengamalkan petua awet muda yang berbentuk bacaan dan amalan. . termasuk pemakaian batik dan baju kurung Kedah. Sama juga dengan orang Melayu. cara pemakaian wanita dulu turut tidak digemari gadis muda.dulu. Memang tak dinafikan. raut wajah dan kebiasaan lain.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful