Terapi cara kerja

Pengenalan Terapi cara kerja adalah sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang. Ia bertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan aktiviti hidup seharian, penjagaan diri dan kemandirian di tempat kerja dan riadah. Terapi cara kerja melibatkan penilaian fungsi kognitif dan persepsi murid-murid Pendidikan Khas, kebolehan menjalankan tugas harian seperti berjalan, mandi, memakai baju, makan dan membuat kerja rumah. Konsep Terapi cara kerja juga merupakan aktiviti yang menjurus kearah membantu individu bermasalah fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin. Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan kerjaya. Pemulihan cara kerja atau lebih dikenali dengan nama Occupational Therapy adalah profesyen kesihatan yang memberi fokus kepada penghakupayaan individu dalam merawat kecederaan , penyakit, kecacatan dan keuzuran bagi mencapai kehidupan produktif, berdikari dan bermakna. Terapi cara kerja melibatkan peniaian fungsi kognitif dan persepsi mangsa strok, kebolehan menjalankan tugas harian seperti berjalan, mandi, memakai baju, makan dan membuat kerja rumah. Memandangkan skop yang luas ini, terdapat sedikit pertindihan dengan tugas ahli fisioterapi dan ahli patologi pertuturan. Secara ideal, semua ahli terapi perlu bekerja secara berkumpulan untuk mengatasi masalah yang timbul. Guru Pendidikan Khas boleh menerapkan terapi cara kerja kepada murid Pendidikan Khas dengan proses P&P yang dijalankan. Contohnya terapi ini boleh diterapkan dalam mata pelajaran Pengurusan Diri atau Kemahiran Hidup. Diharapkan dengan terapi yang dijalankan, murid-murid dapat menjalani kehidupan dengan lebih tersusun dan sempurna. Kepentingan terapi cara kerja y y Membantu kanak-kanak dalam pekembangan asas seperti mandi, berpakaian, memberus gigi, dan makan sendiri. Membantu kanak-kanak dengan gangguan perilaku emosi dengan mempelajari teknik-teknik penggurusan emosi. Sebagai contoh, tidak memukul orang lain ketika marah ataupun bertindak ganas bila menghadapi sebarang masalah. Kanak-kanak akan belajar cara-cara yang positif untuk menghadapi kemarahan, seperti menulis tentang perasaan atau menyertai dalam aktiviti fizikal.

y

peralatan mandi. dan pengurusan pakaian. . Menilai kemampuan setiap anak dalam setiap peralatan khusus seperti kerusi roda.y y y Mengajar kanak-kanak dengan kecacatan fizikal kemahiran koordinasi yang diperlukan seperti makan sendiri. atau meningkatkan kelajuan dan keterbacaan tulisan tangan mereka. Menggunakan komputer.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful