UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA 1

HBPS4203: PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

Integrasi

aktiviti

main hasil

dalam

pembelajaran yang

kanak-kanak berkesan di

adalah samping

penting

untuk

memaksimumkan

pembelajaran

mempengaruhi

perkembangan fizikal kanak-kanak.

1. Huraikan kenyataan di atas dengan teori-teori yang dikemukakan oleh Craig dan Kremis (1995) serta Doherty dan Brennan (2008). Kemukakan jurnal-jurnal yang berkaitan untuk menyokong ulasan anda.

Dalam alam kanak-kanak, bermain merupakan satu kegiatan yang penting dan tidak dapat dielakkan. Secara am aktiviti bermain boleh didefinisikan sebagai apa-apa kegiatan yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil atau akibat kegiatan itu. Kanak -kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu. Bermain bukanlah satu kegiatan yang dipaksa malah merupakan perkembangan semulajadi kanak-kanak.

Main dalam konteks prasekolah ialah satu proses yang berstruktur dalam tujuan meningkatkan proses perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Main juga

merupakan jambatan yang akan dilalui oleh kanak-kanak bermula dari nilai simbolik menuju ke arah situasi pengalaman yang sebenar (Meaning 1977). Menurut teori Rubin, Fein dan Vanderbergh (1983) sesuatu aktiviti itu perlu mempunyai lima perwatakan yang mustahak sebelum ianya dikategorikan sebagai main.

Pendidikan prasekolah telahpun mempunyai kurikulum yang sesuai serta strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan kognitif, afektif, fizikal dan sosial kanak-kanak. Kurikulum bukan sahaja meliputi mata pelajaran dan

pengalaman terancang yang berlaku dalam bilik darjah tetapi meliputi juga semua kegiatan kebudayaan, kesenian, permainan dan interaksi sosial yang dilakukan oleh kanak-kanak di dalam dan di luar kelas di bawah kelolaan sekolah (Al-Tourny AlSyaibany, 1979: Gordon and Brown, 1989).
1

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA | JUNAIDI BIN JUHARI

Beliau juga berpendapat bahawa melalui penerokaan alam menjadikan kanak-kanak berkebolehan dalam menyelesaikan masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif. Menurut Gordon Brown (2000). . drama dan main berperaturan. Almy (1984) pula menyatakan kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. Vygotsky (1967) berpandangan bahawa permainan juga dapat membantu perkembangan pembelajaran dan pengajaran. Kategori dalam bermain untuk kanak-kanak adalah untuk deria.UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA 2 HBPS4203: PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK Craig dan Kremis (1995) telah menyatakan bahawa terdapat enam kategori dalam bermain. Struktur mental dapat dibentuk dengan menggunakan kaedah nyanyian dan permainan membantu dalam pembentukan ini. Main dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak. kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Doherty dan Brennan (2008) pula mengkategorikan main kepada dua bentuk iaitu main bebas (free play) dan main berstruktur (structured play). Ianya bersifat universal sehingga para pengkaji menyebutnya sebagai refleksi tumbesaran kanak-kanak. gerakan. 2 UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA | JUNAIDI BIN JUHARI . main merupakan intipati kreativiti bagi kanak-kanak. bergusti. menyatakan kanak-kanak dapat menyusun pengalaman mereka dengan menggunakan kemampuan fizikal dan mental melalui permainan imaginatif. Setiap kategori ini mempunyai ciri dan fungsi khusus. Kanak-kanak akan berasa seronok dengan aktiviti fizikal tersebut dan seterusnya meningkatkan kemahiran motor mereka. Semasa bermain. Kanak-kanak dapat mengawal emosi di mana mereka akan laluidalam dunia sebenar. bahasa. mereka bebas dari segala peraturan. Melaluinya.

Di samping itu. keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki kea lam persekolahan formal. menyatakan bermain membolehkan kanak-kanak melepaskan ketegangan yang disebabkan oleh halangan persekitaran terhadap tingkah laku mereka. perkembangan kognitif (klasifikasi dan seriasi). kemahiran seni dan imaginasi. pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan seseorang kanak-kanak. perkembangan motor kasar dan motor halus. Dari sudut psikologi. terdapat duabelas bahagian perkembangan yang dapat dikenal pasti semasa memerhati kanak-kanak yang sedang bermain yakni perkembangan emosi. individu lain dan komunikasi yang berulang-ulang. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan. bahasa percakapan. bukannya menghalang anak-anak bermain kerana apabila anak-anak bermain. Seperti yang kita sedia maklum. mereka menunjukkan kemampuan untuk bermain bersama rakan secara tersusun dan berkerjasama. mereka belajar bersosial dan menyelesaikan masalah. bermakna dan menyeronokkan dapat memperkembangkan kemahiran. 3 UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA | JUNAIDI BIN JUHARI . belajar berkerjasama. Sharani (2006).UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA 3 HBPS4203: PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK Mohd. Kanakkanak banyak belajar melalui aktiviti main yang melibatkan sensori dan juga hasil interaksi mereka dengan orang sekeliling. bahasa penulisan. memori). secara tidak langsung memberi banyak faedah terhadap anak-anak tanpa disedari oleh ibu bapa. melepaskan perasaan mereka. belajar menj di a pemimpin dan pengikut. mengenal identiti diri sendiri. Apa yang utama ialah ibu bapa seharusnya lebih peka kepada keperluan anak-anak mereka dan sentiasa memberi galakan serta sokongan untuk anak -anak bermain. masa. bertoleransi dan bertolak ansur. perkembangan kognitif (nombor. Mereka juga akan cuba berdikari dan menunjukkan minat dalam aktiviti main melalui percubaan pelbagai jenis mainan dan mencuba pelbagai cara memanipulasinya. bermain dengan rakan sebaya. tingkah laku prososial. Apabila usia kanak-kanak bertambah. Main adalah satu cara bagaimana kanak -kanak boleh Terdapat banyak definisi main serta pelbagai pandangan yang berbeza terhadap konsep bermain. ruang. Mereka menajamkan skema melalui interaksi dengan objek.

Pada peringkat umur ini. 4 UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA | JUNAIDI BIN JUHARI . bahan sebear dan relevan kepada kehidupan kanak -kanak. salah satu pembelajaran yang amat berkesan ialah melalui model atau teladan yang sesuai.UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA 4 HBPS4203: PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK Justeru itu. kehilangan minat untuk belajar dan menimbulkan masalah pembelajaran di bilik darjah. pengajaran guru yang berkesan perlu mengambil kira gaya pembelajaran kanak-kanak. Di peringkat prasekolah proses pemodelan dan percontohan adalah amat baik untuk mencapai matlamat yang abstrak. Oleh itu penggunaan buku kerja. Khadijah Rohani (1992) mendapati program prasekolah yang menekankan akademik menyebabkan kanak-kanak mengalami kegagalan dan kehilangan kepercayaan diri. Pendekatan belajar melalui bermain dirancang supaya penekannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana melalui bermain mereka dengan gembira dan senang hati membuat penerokaan. Terdapat banyak teori dan kajian tentang gaya pembelajaran kanak -kanak prasekolah. buku warna dan model yang dibina oleh orang dewasa untuk disalin oleh kanak-kanak adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun. Aktiviti pembelajaran dan bahan yang digunakan dalam pembelajaran perlu terdiri daripada bahan konkrit. lukisan dan membuat persembahan lain-lain aktiviti seperti diarahkan oleh orang dewasa. kanak-kanak menunjukkan kebolehan dan keinginan belajar melalui latihan lisan. Keadaan ini akan menjadikan kanak-kanak tertekan. Kanak-kanak perlu bermain dengan bahan sebenar dan mengalami peristiwa sebenar sebelum mereka boleh memahami makna simbol sebenar seperti abjad dan nombor. Katz (1985) menyatakan pendedahan akademik kepada kanak-kanak yang terlalu awal akan merosakk an perkembangan minat belajar kanak-kanak. Menurut Teori Pembelajaran Sosial Bandura (1977). jelas dan menarik. penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semulajadi. Pusat Perkembangan Kurikulum menyarankan pendekatan belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna.

permainan µparallel¶. melibatkan penerokaan kanak-kanak persekitaran. memberi peluang kanakkanak untuk menumpukan perhatian dan kelonggaran masa bermain. Contohnya. µCooperative play¶ ialah di mana kanak-kanak bermain bersama kanak-kanak lain. beberapa orang kanak-kanak mahu menjadi emak dan ayah dalam kumpulan tersebut. Terdapat empat jenis permainan yakni permainan µsolitary¶.UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA 5 HBPS4203: PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK Oleh itu penekanan kepada pendekatan ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu menggembirakan di samping keupayaan kognitif. serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif. Mereka saling lengkap melengkapi. Terdapat kerjasama dan mengamalkan sikap bertolak ansur. Misalnya. Guru kurang untuk campur tangan. µAssociative play¶ ialah seorang kanak-kanak bersama kanak-kanak lain terlibat dalam aktiviti yang sama tetapi tidak ada kerjasama ataupun menjadikan minat sendiri kepada minat kumpulan. keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu. kemahiran motor kasar dan motor halus. 5 UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA | JUNAIDI BIN JUHARI . Permainan µsolitary¶ adalah di mana kanak-kanak bermain bersendirian dan tidak berkaitan dengan orang lain atau secara bebas. permainan µassociative¶ dan permainan µcooperative¶. Guru perlu campur tangan dan memberi cadangan. Minat sendiri boleh dijadikan minat dalam kumpulan. melibatkan percubaan idea kanak-kanak sendiri. Pusat Perkembangan Kurikulum menggariskan ciri-ciri pendekatan dan belajar interaksi sambil bermain yang dengan menggembirakan. Permainan ini dianggap kebudak-budakan dan tidak matang tetapi pengkaji percaya jenis permainan ini boleh menjadi pengalaman yang matang dan menggembirakan. dua orang kanak-kanak mungkin bermain benda yang sama tetapi tidak bermain bersama-sama. µParallel play¶ pula bermaksud kanak-kanak bermain secara bebas dan bersendirian tetapi berhampiran dengan kanak-kanak lain.

imaginasi dan yang terpenting sekali ialah permainan ini menarik minat dan menggembirakan murid. Ia juga dapat meningkatkan keupayaan kognitif. Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembangan kanak -kanak. seseorang kanak-kanak dapat belajar mengawal pergerakan dan mengimbang tubuhnya serta melicinkan perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf. Ini disebabkan bermain banyak mendatangkan faedah kepada mereka terutamanya dari segi fizikal. Pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain hendaklah dijalankan dengan mengambilkira hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan ditentukan. bersosial dengan rakan sebaya dan orang dewasa. 1979) menitikberatkan bermain bagi kanakkanak kerana dengan bermain kanak-kanak boleh mengembangkan sifat semulajadi mereka di samping menyuburkan tubuh dan menguatkan otot-otot.UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA 6 HBPS4203: PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK Imam Al-Ghazali (Hassan Langgulung. daya cipta. Melalui aktiviti bermain juga ianya mampu mengurangkan ketegangan mental. Kita tidak sepatutnya menyekat kebebasan kanak-kanak bermain. koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. menguasai kemahiran manipulasi. Bahan konkrit. main sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsaiah. kerehatan bagi kanak-kanak selepas penat belajar. Pendekatan ini turut meningka tkan penguasaan kemahiran emosi. benar dan bermakna perlu disediakan untuk menggalakkan komunikasi. 6 UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA | JUNAIDI BIN JUHARI . Melalui pendekatan bermain juga dapat mengukuhkan konsep pembelajaran dari umum kepada yang lebih spesifik. menguasai daya reka cipta secara konseptual dan di harap kanak kanak dapat melahirkan dan menyatakan perasaan sendiri. Di antara faedah yang diperolehi kanak -kanak dengan cara bermain terutamannya dalam permainan aktif. perkembangan intelek dan sosial di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal. mental dan sosial. Menurut Caplan dan Caplan (1973). Beliau juga menyatakan bermain boleh mendatangkan kegembiraan. kestabilan emosi. mengukuhkan perkembangan fizikal.

Dalam konteks main bebas. mempelbagaikan perbendaharaan kata serta membenarkan kesalahan dan pembetulan bahasa. mereka memperolehi kebolehan-kebolehan baru yang membawa kepada keyakinan diri serta ketabahan yang diperlukan bagi menghadapi cabaran-cabaran mendatang. Selain itu Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Kanak-kanak seharusnya dibenarkan bermain di luar rumah kerana ruang yang luas menggalakkan mereka bebas berlari. Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum). belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat. peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Secara ringkasnya. 7 UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA | JUNAIDI BIN JUHARI . kanak-kanak berupaya mengawal rasa takut sambil berlatih menjadi lebih dewasa atau matang. bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak.UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA 7 HBPS4203: PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan. menggembirakan dan bermakna. Pakar perkembangan kanak-kanak mengatakan bahawa kanak -kanak yang banyak menghabiskan masa di luar mempunyai perilaku yang lebih baik. aktiviti main dapat memberangsangkan perkembangan bahasa. kurang nakal serta lebih mudah dikawal. Dalam dunia tersebut. Langkah sebegini membantu mengurangkan risiko obesiti dan membantu mereka tidur lena di waktu malam. Melalui bermain. kanak-kanak dapat melatih bahasa yang baru dikuasai.

permainan merupakan aktiviti yang paling penting untuk kanak-kanak prasekolah.UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA 8 HBPS4203: PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK Kesimpulan Berdasarkan huraian di atas. adalah dipercayai kanak-kanak menggunakan permainan sebagai cara menghilangkan rasa kekecewaan dan emosi serta mengurangkan ketegangan. mereka dapat mengenal peranan-peranan diri mereka. Menurut Piaget pula. melalui permainan. Melalui permainan. permainan memainkan peranan asimilasi. Kanak-kanak belajar melalui permainan kerana permainan merupakan cara semula jadi kanak-kanak mengenal dunia dan persekitarannya. Kedua. Ada pelbagai teori tentang tujuan dan fungsi permainan. telah didapati kanak-kanak mempunyai tenaga yang berlebihan dan kita dapati kanak-kanak sentiasa bermain sama ada di dalam ataupun di luar bilik darjah. Menurut teori cathartic. iaitu kanak-kanak boleh menerima maklumat yang membantu perkembangan 8 UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA | JUNAIDI BIN JUHARI .

memanjat dan bermain bola. Adalah diharapkan semasa kanak -kanak ini berada di luar bangunan bilik darjah. rohani dan sosial kanak-kanak. melahirkan kanak kanak yang sihat dan cergas serta boleh menjadikan kanak -kanak itu seorang kreatif dan imaginatif. Jenis permainan luar bangunaan dapat diklafikasikan mengikut zon aktiviti yang akan diadakan. mengamalkan sikap berakhlak mulia dan beretika. Setiap zon akan memainkan peranan yang unik di dalam memperkembangkan tahap jasmani. 9 UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA | JUNAIDI BIN JUHARI . Sokong cadangan anda dengan mengambil kira ciri-ciri keselamatan dan ruang yang ada. berlari. Kanak-kanak biasanya gemar memilih aktiviti yang diminatinya semasa berada di ruang luar bangunan. melompat. ia akan dapat meningkatkan kecekapan berbahasa dan berkomunikasi. Aktiviti di luar bilik darjah boleh melibatkan pelbagai kemahiran gerakan motor kasar seperti keseimbangan. Aktiviti luar bilik darjah selain dapat mengembangkan perkembangan fizikal kanakkanak. Sebagai seorang guru prasekolah. berikan cadangan beberapa jenis mainan luar bangunan yang sesuai untuk dipraktikkan di sekolah anda.UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA 9 HBPS4203: PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK 2. ianya juga mampu menambah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi. berkerjasama dan menambah kemahiran bersosial kanak -kanak. sentiasa berkeyakinan dan berdisiplin. Guru perlulah menyediakan pelbagai peralatan dan bahan yang boleh diklafikasikan dan diletakkan kepada zon -zon tertentu. emosi. memperluaskan lagi tahap kemahiran berfikir.

Zon transisi: Ini merupakan zon peralihan yang diletakkan di bahagian hadapan tempat permainan. Ia diwujudkan bagi membolehkan murid menjalankan aktiviti sendiri. melahirkan emosi dan mengembangkan minat serta bakat. pakaian UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA | JUNAIDI BIN JUHARI 10 . Di zon ini juga kanak-kanak akan memikirkan di zon mana yang ia akan bermain. Zon main drama: Tempat yang sesuai untuk kanak-kanak bermain peranan dan amat berguna untuk memperkembangkan kemahiran sosialisasi dan kemahiran literasi kanak-kanak. melakonkan cerita berdasarkan pengalaman di rumah dan persekitaran serta mengalami suasana seperti rumah kediaman. Cadangan pengisian di ruang ini ialah set peralatan permainan memasak. guru hendaklah mengingatkan peraturan bermain pasir yakni pasir hanya dimainkan di dalam kawasan berpasir atau sandpit dan tidak dibenarkan membaling pasir kepada rakan. lori mainan dan sebagainya.UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA 10 HBPS4203: PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK Di antara jenis mainan luar bangunan yang sesuai untuk dipraktikkan di sekolah ialah seperti. ii. cangkul plastik. Ruang ini boleh dimasukkan permainan seperti alat permainan air. (a) Zon senyap i. iii. Pada zon ini perlu disediakan satu pondok agar kanak -kanak dapat memainkan peranan dan berinteraksi bersama. Zon main pasir: Di zon ini kanak-kanak dapat membina dan membentuk kekuatan tangan dan jari dan ini membolehkan kanak -kanak itu mengimbangi otot-otot motor halus di dalam mengkoordinasikan mata-tangan kanak-kanak. berinteraksi dan berkomunikasi. kedai dan klinik. pili air dan kotak main air. Ruang pondok boleh diwujudkan di dalam atau luar kelas. iv. penyodok plastik. Guru hendaklah menyediakan pasir yang bersih dan alat permainan pasir seperti baldi yang kecil. Zon main air: Di zon ini merupakan zon yang membolehkan kanak-kanak bermain air samada air itu diletakkan di dalam besin. kolam atau pada tempat khas yang telah tersedia bina. Semasa bermain pasir.

Saiz tempat duduk ialah 600 x 100 milimeter serta tali buaiannya berukuran 1250-1800 milimeter panjang. melompat. Alat permainan luar disediakan bagi membolehkan murid meningkatkan kemahiran motor kasar dan mendisiplinkan diri semasa menggunakannya. palang bergayut. guli. ii. Zon biasa: Ianya adalah sebuah padang yang mana menggalakkan kanak-kanak berlari. mengayuh basikal dan aktiviti yang banyak melibatkan motor kasar dan penglibatan koordinasi anggota badan. (b) Zon Bising i. Tali buaiannya ada lapisan plastisol atau yang setara untuk mengelakkan berlakunnya kecederaan. iv. papan imbangan. Kita hendaklah memastikan kerangka yang digunakan stabil dan memastikan tiada unit buaian yang bersentuhan. iii. jongkang-jongkit. Zon permainan motor kasar: Merupakan zon yang dilengkapi dengan peralatan permainan seperti papan gelongsor. Selain daripada itu set permainan tradisional seperti congkak. Tujuan permainan buaian ini adalah untuk latihan kekuatan tangan dan membina keyakinan diri.UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA 11 HBPS4203: PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK doktor dan peralatan perubatan. batu seremban dan konda-kondi. Zon main buaian: Ini merupakan permainan yang paling diminati oleh kanak-kanak dan aktiviti ini hendaklah diletakkan berjauhan dengan tempat permainan lain untuk tujuan keselamatan. 11 UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA | JUNAIDI BIN JUHARI . bermain bola dan sebagainya. Ketinggiannya antara 2000-2100 milimeter. Zon permukaan kasar: Zon ini mengandungi permukaan konkrit yang melibatkan aktiviti bermain seperti melantunkan bola. terowong dan getah pelapik. Seelok-eloknya terdapat banyak pokok dan tempat berpayung untuk kanak-kanak berehat.

ianya juga seharusnya dapat membantu kanak-kanak dalam pembentukan dan penyuburan dirinya secara menyeluruh dan seimbang. emosional dan fizikal mereka. Di samping itu. berupaya menilai kanak-kanak secara berterusan kerana bermain adalah cara belajar yang asas. Pembahagian ruang mestilah seimbang dengan peyusunan permainan memudahkan pergerakan murid supaya tidak berlanggar di antara satu dengan yang lain dan boleh mendatangkan kecederaan. memberi maklum balas ataupun memberi sokongan kepada kanak-kanak walaupun hanya mengangguk kepala ataupun senyuman. Guru perlu memahami keperluan bermain untuk kanak-kanak dan seterusnya mewujudkan ruang bermain ini secara bijaksana dan mengunakannya dengan sepenuhnya. Selain itu. sosial. Di samping itu juga setiap prasekolah perlu menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap dan berada di tempat yang selamat serta boleh dicapai. keselamatan yang memberikan manafaat untuk kanak-kanak. Memerhati kanak-kanak bermain adalah cara menilai perkembangan dan kemahiran intelektual. Guru juga dapat mengenal pasti tahap pemikiran.UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA 12 HBPS4203: PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK Guru juga perlu menitikberatkan soal keselamatan kanak-kanak yang menggunakan kemudahan dan peralatan bermain. kebolehan. Guru harus bijak menjana kreativiti untuk mewujudkan ruang bermain sebagai pusat pembelajaran tidak formal dengan mengambilkira aspek keselesaan. guru berupaya mengenal kanakkanak. Penyusunan permainan tidak melindungi pandangan guru untuk memerhati pergerakan murid. penyelia dan penilai. Semasa kanak-kanak bermain guru haruslah menjalankan peranannya sebagai pemerhati. Ini bertujuan agar guru dapat menentukan sama ada kanak-kanak menghadapi masalah ataupun memerlukan bantuan. perancang. UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA | JUNAIDI BIN JUHARI 12 . Guru juga sambil memerhati dan menyelia kanak-kanak bermain. interaksi dan kemahiran motor kanak-kanak.

Kawasan berpasir hendaklah sentiasa ditutup bagi mengelakkan daripada najis haiwan.UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA 13 HBPS4203: PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK Kanak-kanak juga perlu diasuh dan diajar untuk mencuci alat permainan. Guru juga harus memastikan peralatan yang rosak diperbaiki dan seelok-eloknya tidak menggunakannya sehingga dibaiki. 13 UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA | JUNAIDI BIN JUHARI . Peralatan sukan yang sudah digunakan perlu dibersihkan dan dikembalikan ke stor penyimpanan agar dapat digunakan pada masa yang lain. mengeringkannya dan mengembalikannya ke tempat asal selepas digunakan.

Kuala Lumpur. The language and thought of the child. Administrating for young children. Vygotsky. (1967). (1990). New York: Routledge Field. Nani Menon dan Dr. (1992). (1958). Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. M. (2008). Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). (1984). Early Education:What Should Young Children Be Doing? The National Debate: Yale University Press. (2006). Bahagian Pendidikan Guru. Perkembangan Kanak-kanak. Eaglewood Cliffs. MA: Harvard University Press.Washington:NAEYC. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. L. Craig dan Kremis. Children today.UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA 14 HBPS4203: PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK RUJUKAN Almy. S. Jean Piaget. Cambridge. Prentice-Hall. (1991). (1995). Mohd. MA:Harvard University Press. Kursus Perguruan Asas Lima Semester Awal Kanak-Kanak. Cambridge. Panduan Kurikulum 14 UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA | JUNAIDI BIN JUHARI . Infancy. Dewan Bahasa dan Pustaka. Physical Education and Development 3-11. Cergas (M) Sdn. Pendidikan dan Pendidik12.M. Kurikulum Pendidikan Awal: Ke Arah Pendidikan Holistik. Mind in Society. Sharani. A Child Right to Play. Doherty dan Brennan. (1992). Katz. L.C. Rohani Abdullah. (1985). Kuala Lumpur. Meridian Book. Dewan Bahasa dan Pustaka. Prasekolah. Khadijah Rohani. 33-44. Sukatan Pelajaran Ilmu Pendidikan. T. Bhd. Rozumah Baharuddin.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful