*Batuk Kering Batuk kering atau Tuberkulosis adalah jangkitan bakterium Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru

-paru (TB pulmonari ) juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), sistem limfatik, sistem peredaran atau "circulatory system" (TB miliari ), sistem genitourinari, tulang, sendi dan lain-lain. Di Malaysia, seramai 15,852 orang dilaporkan menghidap penyakit batuk kering di negara ini pada 2003 iaitu bersamaan dengan kadar insiden sebanyak 64 kes bagi setiap 100,000 penduduk menurut lapuran Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad. Secara umumnya, terdapat penurunan trend kadar insiden batuk kering di Malaysia iaitu pada kadar dua peratus setahun sejak sepuluh tahun lepas.

Gambar besar kultur Mycobacterium tuberculosis Sabah dan Sarawak pula menunjukkan kadar penurunan yang ketara iaitu hampir lima peratus setahun dalam tempoh yang sama, katanya semasa menjawab soalan asal dan tambahan Dr. Mohamed Hayati Othman (Pas-Pendang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mendapati imunisasi BCG yang diberikan kepada bayi baru lahir tidak memberi perlindungan sepenuhnya terhadap jangkitan batuk kering. Imunisasi BCG hanya melindungi kanak-kanak daripada mendapat penyakit batuk kering yang teruk. Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan ini adalah sama dengan orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG. WHO menetapkan dua sasaran utama menjelang 2005 iaitu mengesan sekurang-kurangnya 70 peratus kes baru batuk kering kahak positif dalam masyarakat dan menyembuhkan sekurangkurangnya 85 peratus daripada mereka yang dikesan. Malaysia telah mencapai sasaran ini sejak tahun 2002. Adalah sukar untuk menentukan bilakah penyakit batuk kering dapat dihapuskan di Malaysia ini memandangkan banyak faktor yang menyumbang kepada kemunculan semula penyakit ini, antaranya termasuk :y y

Pendatang asing secara haram tidak disaring daripada penyakit ini. Pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana jahil tentang penyakit ini.

Kementerian Kesihatan khususnya bahagian kawalan penyakit berjangkit sentiasa berusaha secara intensif untuk membasmikan semua penyakit berjangkit daripada terus menular di Malaysia. Mengikut turutan penyakit berjangkit dunia, penyakit tibi berada di tangga ketujuh dan ia tidak pernah berubah sejak tahun 1990.

Tanda dihidapi penyakit
y y y y y y y y

Batuk berdarah atau berkahak. Sakit di bahagian dada. Lemah dan keletihan. Susut berat badan. Kehilangan selera. Menggigil. Demam. Berpeluh waktu malam.

Mereka Mungkin Diserang:
Menyerang tidak kira kaum, bangsa atau umur, namun kumpulan berisiko tinggi adalah:
y y y y y y

Mereka yang dijangkiti AIDS (virus HIV). Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering. Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan batuk kering yang tinggi. Sesetengah bangsa dan etnik minoriti. Mereka yang kekurangan zat dan vitamin. Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV.

Cara Batuk Kering Merebak
Batuk kering merebak melalui udara. Apabila penghidap batuk atau bersin, mereka mengeluarkan bakteria dalam udara akan dihidu orang sekeliling. Apabila seseorang menghidu bakteria batuk kering, bakteria tersebut akan bertapak di dalam paru-paru dan membesar serta bergerak melalui darah kepada buah pinggang, tulang

mekanisma pertahanan mengalami kemusnahan yang teruk dan sudah tidak mampu lagi untuk melawan serangan bakteria. pesakit AIDS lebih mudah terdedah kepada : pelbagai kuman. sel-sel ini tidak lagi mampu melaksanakan tanggungjawab mereka kerana telah dimusnahkan secara perlahanlahan oleh HIV. Di dalam fasa ini. Ini kerana kuman HIV telah memusnahkan sel T CD4+ yang bertanggungjawab melawan penyakit yang disebabkan oleh kuman bakteria.bermula dengan HIV menjangkiti seseorang individu Fasa 2 . Penerangan AIDS melumpuhkan kemampuan tubuh untuk melawan penyakit (sistem imun tubuh).membiak dan berkembang membawa kepada kewujudan beberapa tanda dan gejala yang memburukkan lagi mekanisma pertahanan tubuh.pesakit mula mengalami penyakit-penyakit yang jarang berlaku yang digelar 'infeksi oportunistik' seperti Pneumocystis Carinii Pneumonia dan kanser termasuk Sarkoma Kaposi. Fasa 4 . Sebenarnya AIDS merupakan peringkat lanjutan bagi jangkitan HIV. AIDS bukanlah satu penyakit yang tersendiri. virus dan lain-lain. Fasa 5 . Dalam keadaan normal.di mana virus tersebut membiak tetapi pesakit masih tidak mempamerkan sebarang tandatanda atau gejala-gejala yang tertentu Fasa 3 . Apabila HIV telah menyerang badan seseorang.*Penyakit HIV dan AIDS Pengenalan "Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit" ataupun AIDS adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai HIV (Human Immunodeficiency Virus) yang menyebabkan kegagalan sistem imun tubuh ataupun kebolehan semulajadi tubuh untuk melawan penyakit. HIV tidak dapat hidup di luar tubuh manusia dan hanya boleh dipindahkan apabila bendalir badan daripada individu yang telah dijangkiti memasuki ke dalam tubuh . termasuklah yang tidak membahayakan manusia yang normal beberapa jenis kanser yang jarang-jarang berlaku Asas Saintifik HIV menyerang dengan perlahan-lahan dan memusnahkan sesetengah sel darah putih di dalam badan (sel T CD4+). sel-sel ini membantu tubuh melawan jangkitan kuman dan penyakit yang disebabkan oleh virus dan bakteria. Ini bermaksud bahawa HIV akan turut memusnahkan keupayaan tubuh badan untuk melawan penyakit. Dengan kegagalan sistem imun. virus dan kuman-kuman lain. Perkembangan penyakit ini melalui beberapa fasa : Fasa 1 . Penyebab Penyebab bagi AIDS ialah HIV.pesakit tersebut disahkan sebagai pesakit AIDS.

tisu atau air mani mereka yang telah dijangkiti (contohnya seperti melalui pemindahan organ) AIDS tidak boleh merebak melalui sentuhan ataupun konteks biasa seperti: Berpegangan tangan Bersentuh-sentuhan di kawasan yang sesak Berjabat tangan Bekerja bersama Bermain Ciuman ringan . HIV berjangkit melalui pemindahan sebarang bendalir dari tubuh mereka yang telah dijangkiti kepada orang lain. Melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan dari kedua-dua jantina 2. Berkongsi jarum dan picagari di kalangan penagih dadah Transmisi/Jangkitan Virus AIDS Virus HIV wujud di dalam bendalir tubuh manusia yang telah dijangkiti seperti di dalam cecair seminal. Virus ini boleh merebak dari individu yang telah dijangkiti kepada orang lain melalui perkara-perkara berikut: Melakukan hubungan seks tanpa perlindungan (cth : memakai kondom) bersama-sama individu yang telah dijangkiti Pertukaran darah atau produk darah dari individu yang telah dijangkiti ke dalam sistem peredaran darah orang lain. Berdasarkan fakta di atas. semen (air mani) dan rembesan faraj mereka yang telah dijangkiti virus AIDS. Daripada ibu yang dijangkit kepada janin yang dikandung Daripada organ. Virus ini boleh didapati di dalam bendalir-bendalir tubuh seperti: Darah Cecair seminal/air mani (dan juga air mazi) Rembesan faraj Susu badan Perebakan AIDS merebak terutamanya melalui darah. AIDS juga boleh merebak dari ibu yang telah dijangkiti kepada bayi yang dikandungnya. rembesan faraj dan darah. Melakukan hubungan seks dengan pelacur 3.individu yang belum dijangkiti. aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan anda terdedah kepada jangkitan AIDS adalah seperti berikut: 1.

menggunakan kemudahan awam seperti kolam mandi atau tandas ataupun melalui gigitan nyamuk menderma darah kerana peralatan yang digunakan untuk mengambil darah tersebut adalah steril dan hanya digunakan sekali sahaja. Majoriti mereka yang dijangkiti di Malaysia (iaitu lebih kurang 84%) berada dalam lingkungan umur antara 20 . semua darah yang didermakan di Malaysia telah disaring untuk mengesan kehadiran antibodi AIDS. Peralatan tersebut apabila dibasuh seperti biasa akan membunuh virus AIDS. Faktor-Faktor Risiko Jika anda mengamalkan perkara-perkara berikut. Antibodi AIDS adalah bahan yang dihasilkan oleh tubuh mereka yang dijangkiti sebagai tindak balas terhadap jangkitan virus AIDS. proses pemindahan darah kerana pada masa sekarang.39 tahun.349 kes HIV dilaporkan sehingga 30 Jun 1996. 300 kes baru HIV yang baru dikesan setiap bulan. menggunakan pinggan. Mereka yang tiada risiko AIDS adalah digalakkan untuk menderma darah. Demam ini berlaku samada secara berkala ataupun berterusan Pembengkakan nodus limfa terutamanya di leher. Tanda-tanda dan gejala Pesakit AIDS akan mengalami gejala-gejala seperti di bawah: Penurunan berat badan sehingga 10% yang tidak diketahui puncanya Cirit-birit dan batuk yang kronik dan berterusan Demam yang berpanjangan. Di Malaysia. Semenjak itu ia telah menjadi masalah kesihatan yang penting di seluruh dunia. manakala lebih kurang 4% lagi adalah berumur antara 13 ke 19 tahun.Anda tidak boleh dijangkiti AIDS dengan : berkongsi makanan. Herpes zoster merupakan infeksi saraf oleh virus yang . Sejumlah 448 kes AIDS dan 16. anda adalah golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat HIV/AIDS Melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan dari kedua-dua jantina Melakukan hubungan seks dengan pelacur Berkongsi jarum di kalangan penagih dadah Insidens AIDS pertama kali dilaporkan di Amerika Syarikat pada tahun 1981. ketiak dan kelengkang. sudu dan gelas yang digunakan oleh pesakit AIDS kerana virus AIDS tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia. Jangkitan herpes zoster yang berulang-ulang.

Herpes simpleks merupakan jangkitan virus pada kulit yang dilihat sebagai lepuhan di sekeliling mulut dan alat kelamin. Ia berwarna merah jambu atau ungu. Komplikasi-komplikasi yang mungkin berlaku ialah: Pneumocystis Carinii Pneumonia (sejenis penyakit radang paru-paru). yang boleh membawa maut. Kandidiasis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis kulat (fungus).dicirikan oleh kehadiran lepuhan pada kulit Kandidiasis di mulut dan tekak. Komplikasi Oleh kerana pesakit AIDS telah mengalami kelumpuhan fungsi sistem imun. Penyakit ini memusnahkan paru-paru pesakit AIDS Cytomegalovirus Retinitis merupakan penyakit mata berkaitan AIDS yang serius dan boleh menyebabkan buta. Sarkoma Kaposi merupakan kanser berkaitan AIDS yang menyebabkan ketumbuhan/tumor pada kulit. Infeksi herpes simpleks yang berulang-ulang. AIDS Waiting Syndrome melibatkan penurunan berat badan yang ketara. Gejala yang dialami berbeza dari seseorang ke seorang yang lain bergantung kepada Ketahanan seseorang Jenis racun . cirit-birit yang kronik atau rasa lemah dan demam yang berpanjangan atau berkala selama sekurang-kurangnya 30 hari *Keracunan Makanan Apakah Keracunan Makanan? Keadaan di mana seseorang itu mengalami Loya dan muntah Memulas dan sakit perut Cirit-birit Kadangkala demam dan kesejukan Bilakah Gejala-Gejala Ini Timbul Biasanya gejala-gejala ini timbul beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar (beracun) atau beberapa hari kemudiannya. mereka lebih mudah jatuh sakit berbanding dengan mereka yang memiliki tindak balas imun yang sihat.

cendawan. habuk dan sebagainya Pengguna tidak peduli tentang kebersihan makanan yang dibeli Bolehkah Masalah Ini Diatasi? Masalah ini boleh diatasi jika kita semua sebagai pengguna. Tercemar oleh kuman yang merbahaya Tercemar oleh bahan-bahan kimia Tercemar oleh lalat. menyimpan. Jika tidak mengikut amalan-amalan kebersihan semasa menyedia.Jumlah racun yang termakan Umur seseorang Apakah Punca Keracunan Makanan? Punca utama ialah makan makanan yang Mengandungi toksin atau racun semulajadi seperti setengah jenis kulat.. makanan laut ( shell-fish ) dan sebagainya. habuk dan sebagainya Bagaimana Cara Jangkitan Penjaja/penjual tidak menghirau kebersihan diri dan juga kebersihan gerainya Penjaja/penjual tidak mengamalkan kebersihan ketika menyediakan makanan Menjamah makanan dengan tangan yang kotor Penjaja/penjual mendedahkan makanan kepada lalat. menghidang dan juga semasa makan makanan Patuhi amalan-amalan yang baik untuk mencegah keracunan makanan seperti : . menuntut hak-hak kita untuk Memilih makanan yang dijual oleh penjual yang mengamalkan kebersihan Menjauhi gerai-gerai yang kotor dan tidak mengikut peraturan kebersihan Mendapatkan sokongan dan kerjasama kawan dan saudara mara supaya menjauhi dari membeli makanan dari gerai yang kotor Menegur penjual yang tidak mengamalkan kebersihan Melaporkan penjaja/peniaga yang kotor kepada Pejabat Kesihatan/Majlis Bandaran Bolehkan Keracunan Makanan Berlaku Di Rumah? Ya .

Jika tidak mempunyai peti sejuk. Pastikan orang lain tidak makan makanan tersebut Laporkan semua kejadian keracunan di Pejabat Kesihatan atau Pusat Kesihatan yang berhampiran dengan segera. Simpan semua bahan makanan yang mudah rosak seperti daging. menyedia dan menyentuh makanan Jangan ambil makanan dengan tangan. . Gunakanlah penceduk.1. sebaikbaiknya beli bahan makanan untuk keperluan hari itu sahaja. Gunakanlah alat-alat yang bersih untuk menyediakan makanan. supaya pihak kakitangan kesihatan dapat membuat kajian selanjutnya. garpu. Simpan atau tudung makanan supaya terlindung dari lalat. sayur dan susu di dalam peti sejuk sehingga diperlukan. Basuh tangan selepas ke tandas dan sebelum mengendali. sudu atau penyepit yang bersih 2. ayam. ikan. Jangan gunakan alat-alat yang sama bagi makanan mentah dan yang dimasak 3. JIKA TERJADI KERACUNAN MAKANAN KEPADA ANDA ATAU KELUARGA ANDA Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan Simpan makanan yang disyaki menyebabkan keracunan. serangga dan habuk 4.

PENYAKIT TANGAN. Deskripsi Jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak. EV71 telah disah menyebabkan 4 dari 31 kematian akibat penyakit ini di Sarawak pada 1997. Penyebab Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit tangan. Virus yang biasa yang menjadi penyebab penyakit ini ialah virus Coxsackie A16. kaki dan mulut ialah penyaki berjangkit yang sederhana. Virus Coxsackie merupakan salah satu dari jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus Polio. tangan (tapak tangan). kaki dan mulut ialah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus (setakat ini terdapat 66 jenis telah dikenalpasti). kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Cara penyakit ini merebak Penyakit tangan. baru-baru ini. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempuh 5 hingga 7 hari. Kadang-kala terdapat jenis kuman virus lain seperti virus Coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. kaki dan mulut tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang peliharaan ataupun binatang-binatang lain. kaki dan mulut. tonsil. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Wabak penyakit HFM yang berlaku tempoh hari (Sarawak 1997) adalah disebabkan oleh virus Coxsackie dan Enterovirus 71 (EV71). Di Malaysia. Penyakit tangan. KAKI DAN MULUT (HFMD) Pengenalan Penyakit tangan. . kuman Echovirus 7 atau Echo7 telah dikenalpasti sebagai virus yang menjadi punca kematian seorang kanak-kanak dan mungkin juga tiga kanak-kanak yang lain. Ia merebak melalui sentuhan atau kontak secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. virus Coxsackie dan Echovirus.

Jangkitan ini akan menghasilkan daya tahan (imuniti) terhadap virus tertentu tetapi serangan atau episod yang kedua mungkin akan berlaku berikutan jangkitan dari beberapa jenis virus yang lain dalam kelompok enterovirus. Tanda-Tanda Dan Gejala Di antara gejala jangkitan ialah: Demam Sakit tekak Ulser pada tekak dan mulut Sakit kepala Ruam bersama lepuh terdapat di tangan. kaki dan mulut. Kemungkinan berlakunya jangkitan pada sistem saraf (seperti Meningitis virus atau Ensefalitis). Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39 C. Komplikasinya sangat merbahaya dan boleh membawa maut. lebih daripada 1000 kanak-kanak di Singapura telah didiagnoskan mengidap penyakit tangan. Ujian-Ujian Diagnosis penyakit tangan. penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. kaki dan mulut boleh dilakukan berasaskan sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal. Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara 2 hingga 6 hari. Ulser mulut akan hilang pada hari ke 5 hingga 7 tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan. Biasanya pengesahan diagnosis melibatkan ujian darah yang dilakukan di makmal khas yang akan menentukan jenis virus yang terlibat. kaki dan mulut yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana. Di Malaysia. pada bulan Oktober 2000. kaki dan mulut.Tempoh pengeraman dan peringkat bagi penyakit HFM. Kemungkinan terdapatnya keradangan pada otot jantung (Myocarditis). kaki dan di kawasan lampin Hilang selera makan Komplikasi Kemungkinan berlakunya sawan berikutan deman panas. Walau bagaimanapun. Pada bulan September 2000. Virus Coxsackie 16A ialah agen penyakit tangan. Faktor-Faktor Risiko Kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun amat mudah dijangkiti penyakit tangan. Insidens Biasanya penyakit ini menjangkiti kanak-kanak yang berumur di antara 2 minggu hingga 3 tahun. kaki akan hanya hilang dalam tempuh 10 hari. . sebanyak 137 kes telah dilaporkan di negeri Johor sahaja yang merupakan 40% dari keseluruhan jumlah kes (362) yang dilaporkan sepanjang tahun 2000.

Kesakitan pada mulut semakin teruk. kolam renang awam. . pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas. Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci. Prognosis Kebanyakkan kes penyakit HFM adalah yang ringan dan sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 7 hari. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan. mengantuk. tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri penyakit HFM jika telah disyaki. Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin. Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit HFM mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin. Jika anak anda ada menunjukkan simptom seperti di atas. Jangan terlambat dalam mendapatkan rawatan. Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin. Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasaraya. resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin) Demam yang berpanjangan sehingga lebih daripada 3 hari. Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan. Pencegahan Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar. Secara amnya. sehingga hari ini kita tidak boleh menjangka siapa yang boleh sembuh dan siapa yang akan mengalami komplikasi yang menjurus kepada kematian. Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. orang awam hendaklah mengikuti langkah-langkah berikut :Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan.Pemantauan Sila hubungi doktor jika :Anak anda tidak membuang air kecil lebih dari 8 jam Anak anda kelihatan begitu tidak sihat (kelihatan kusut. Jangan bersikap sambil lewa. sekolah-sekolah. Malangnya. dapat rawatan doktor segera. Sebarang kelewatan untuk mendapatkan rawatan mungkin boleh menyebabkan kematian. pucat atau berbelak-belak. pusat membeli-belah. Penyakit HFM boleh menjangkiti mana-mana kanak-kanak dan di mana saja tanpa mengira kawasan geografi.

turun berat badan.Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi. Kanak-kanak yang dijangkiti penyakit HFM tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak. . meragam. segera dapatkan rawatan doktor. 3. segera berjumpa doktor. Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat. berus gigi. Pihak kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya. Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mucus kering. segera berjumpa doktor semula. Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFM tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki. sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain. kurang air kencingl atau air kencing berwarna gelap). Langkah berikut adalah cara lain untuk pencegah yang boleh diambil:1. Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian. 2. Elakkan diri daripada mendekati pesakit penyakit HFM. keletihan. pakaian dan sebagainya.

. 3. Apa itu Penyakit Chikungunya? Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika. Adakah ia berjangkit? Ya. 5. Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya? Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari. Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda p yang menyerupai demam denggi. Indonesia dan Filipina.DEMAM CHIKUNGUNYA FAKTA-FAKTA MENGENAI PENYAKIT CHIKUNGUNYA 1. 2. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini? ¿Demam panas mengejut ¿Sakit teruk pada sendi ¿Ruam pada badan ¿Sakit kepala Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari). Ia endemik kebanyakan negara Sub Sahara Afrika. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes ae membawa virus tersebut. India. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian dar tahun 1953. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku? Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dal Togaviridae. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam dengg 4. Asia Tenggara.

Pesakit yang berumur boleh mengalami pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun. 8. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya? Boleh. . Sela rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau Tetapi. sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. 9. Kebanyakan kes memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Apakah rawatan bagi penyakit ini? Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus. 7. Adalah terbukti tiada k dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong. 10. ia tiada rawatan yang khusus. orang ramai adalah dinasi segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat. kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.royong. ¿Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.6. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit? Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya. Cara pencegahan penyakit Chikungunya ¿Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pem nyamuk Aedes. ¿Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes. Adakah penyakit ini boleh membawa maut? Di Malaysia. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

pakar virus di Universiti Airlangga pusat penyakit tropika di Surabaya. yang boleh bergabung (contoh. dan C. dan burung (PB2 dan PA). NA.[4] and H2N3. bertukar genome homologous sub-unit melalui penyusunan genetik dengan H5N1.[4] H3N1.[8] Pakar kesihatan menyatakan bahawa b*b* mampu membawa virus influenza manusia. tiga virus influenza A jenis (H1N1.[7] Interaksi dengan H5N1 Virus influenza burung H3N2 adalah wabak dalam populasi b*b* di China dan telah dikesan pada b*b* di Vietnam. virus H3N2 diasingkan dari stok b*b* dan ayam turki di Amerika Syarikat merupakan penyusunan tiga (triple reassortants). Kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang). memberi gen dan mutasi kedalam bentuk yang mudah tersebar dikalangan manusia.[6] Pada b*b*. Dia menguji darah dari 10 b*b* yang kelihatannya sihat terletak di ladang ayam di Jawa Barat di mana . Di Amerika Syarikat. sejak akhir Ogos 1998.[4] H1N2. meningkatkan kebimbangan kemunculan variasi baru. Kesemua tiga kled. mengandungi gen dari susur galur selesema manusia (HA. B.[10] In August 2004. b*b* (NS.H1N1 (selesema B*B*) Selesema b*b* merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae. berasal dari wabak yang menjangkiti populasi b*b*. SIV mampu bermutasi kepada bentuk yang membenarkannya menular dari manusia ke manusia. Jawa barat. Sehingga 2004. Pada b*b*. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza b*b* (swine influenza virus atau SIV). dan H1N2) tersebar di sekeliling dunia. berisiko dijangkiti dari haiwan tersebut sekiranya haiwan tersebut membawa jenis yang mampu menjangkiti manusia.[11] Majalah Nature melaporkan bahawa Chairul Nidom. H1N1 khususnya menular dalam populasi b*b* sebelum 1998. dan PB1).[9] H3N2 evolved from H2N2 by antigenic shift. nfluenza A Selesema b*b* diketahui disebabkan oleh influenza A jenis H1N1. dan M).[1] Sementara virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada b*b*. H3N2.[5] H3N2. boleh menjadi wabak pada manusia. researchers in China found H5N1 in pigs. bagaimanapun. sub-jenis H3N2 telah diasingkan dari b*b*. virus influenza A. NP. Jenis yang bertanggungjawab bagi wabak selesema b*b* 2009 dipercayai telah melalui proses mutasi ini. wabak ini sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan b*b* dan berpunca daripada salah satu jenis virus selesema. Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan b*b* terutama mereka yang terdedah secara langsung. melaksanakan kajian bebas pada 2005.

Di Amerika Syarikat.[14] Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention CDC) di Amerika Syarikat. Lima dari contoh b*b* mengandungi virus H5N1. Dalam sesetangah kes. Simptom ini termasuk demam.selesema burung berlaku. dan M). Beberapa pesakit lain turut melapurkan cirit-birit dan muntah. subjenis H1N1 merebak sejak 1998. Dalam tubuh b*b* terdapat tiga virus selesema A iaitu subjenis (H1N1. semasa wabak selesema b*b* 2009 di Amerika Syarikat. H3N2. Wabak ini boleh merebak dan berjangkit sesama manusia yang mempunyai hubungan rapat langsung. and PB1). Bagaimana ia menjangkiti manusia Wabak selesema b*b* ini menjangkiti manusia daripada b*b* yang telah dijangkiti virus. seram sejuk dan kelesuan. atau berada di dalam lima negeri Amerika Syarikat yang melaporkan kes selesema b*b* atau berada di Mexico dalam tempoh 7 hari sebelum permulaan penyakit mereka. sengal tubuh. sakit kerongkong. swine (NS. Virus H3N2 mengandungi gen-gen daripada manusia (HA. wabak ini boleh menjangkiti manusia di dalam persekitaran yang kurang mempunyai kaitan dengan b*b*. NA. simptom selesema b*b* pada manusia menyerupai dengan influenza."[16] Diagnosis bagi pengesahan selesema b*b* memerlukan ujian makmal bagi contoh pernafasan (calitan hidung atau tekak mudah). Sebagai contoh.[16] Selesema b*b* adalah penyakit berbahaya kerana dibawa virus dan mudah berjangkit kepada orang ramai. batuk. CDC menasihatkan doktor untuk "menjangka jangkitan influenza b*b* pada pesakit yang didiagnosis mempunyai penyakit pernafasan akut sama ada mempunyai hubungan dengan orang yang disahkan mengidap selesema b*b*. dan H1N2) tersebar ke seluruh dunia. Tanda dan simptom Simptom utama bagi selesema b*b* pada manusia.[15] Dalam mendiagnosis simptom wabak ini tidak hanya perlu melihat kepada tanda atau simptom yang khusus bagi selesema b*b* tetapi juga sejarah terkini individu. serta burung (PB2 Dan PA) . . NP. Kerajaan Indonesia sejak itu mendapati keputusan yang sama di daerah (region) sama. sakit kepala. Ujian tambahan pada 150 b*b* di luar kawasan tersebut adalah negetif.

air liur. Virus Hepatitis B Enlarge this imageReduce this image Click to see fullsize Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan hepatitis B sebagai penyebab utama yang kesembilan yang menyebabkan kematian di dunia. mukus.HEPATITIS B Apakah itu Hepatitis B Penyakit Hepatitis B ialah sejenis penyakit wabak (epidemik) yang 'senyap' dan merupakan masalah kesihatan awam sejagat yang utama. Pembawa kuman hepatitis B yang kronik mempunyai 200 kali ganda risikonya untuk mendapat kanser hati berbanding dengan mereka yang normal. Bagaimana Virus Hepatitis B Merebak? 1. Walau bagaimanapun. Virus Hepatitis B terdapat di dalam cecair badan mereka yang dijangkiti penyakit hepatitis B seperti darah. kebanyakan jangkitan adalah disebabkan oleh pemindahan darah . Lebih daripada 300 juta penduduk dunia dijangkiti oleh penyakit hepatitis B ini. Hepatitis bermaksud keradangan hati yang lazimnya menyebabkan hati membengkak dan terasa lembut. Kadangkala ia membawa kerosakan hati yang berkekalan. air mata. Mereka ini kelihatan sihat tetapi mampu secara senyap-senyap menjangkiti orang lain.3 juta rakyat Malaysia didapati menjadi pembawa kuman virus hepatitis B. Ia merupakan jangkitan pada organ hati oleh kuman virus Hepatitis B (HBV). air mani. rembesan dari faraj. Kira-kira 1. air kencing dan juga susu badan.

6 Ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV 7 Mereka yang mengidap penyakit kelamin 8 Mereka dari kumpulan etnik tertentu atau penduduk negara di mana HBV merupakan penyakit yang sangat endemik seperti di China. elektrolisis dan menindik telinga 2. b. berkongsi jarum (seperti penyalahgunaan dadah melalui suntikan). anggota dan penghuni penjara dan instituti orang-orang cacat mental). 3 Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks (homoseksual. negara Timur Tengah beberapa bahagian di benua Afrika dan Amerika Selatan. 4 Pesakit Hemodialisis 5 Penerima hasil atau produk darah seperti pesakit hemofilia dan lain-lain masalah bekuan darah (yang tidak dijangkiti Hepatitis B). mencacah tatu. Hubungan seks. terkena percikan darah ke mata atau ke tempat luka) d. doktor gigi. hemodialisis.daripada ibu kepada anak ketika kelahiran 3. Tanda dan Gejala Gejala seakan-akan mendapat selesema Demam Sakit-sakit badan (sendi dan otot) Keletihan dan lemah Hilang selera makan Loya dan muntah Jaundis (warna kulit dan mata kekuningan) . biseksual atau heteroseksual). Asia Tenggara. Penyakit ini boleh merebak melalui: a.yang mengandungi virus. Perinatal (sekitar kehamilan). jururawat. Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor. Sentuhan dengan darah orang yang dijangkiti melalui pemndahan darah. 9 Pengembara antarabangsa yang berada lebih dari 6 bulan di negara-negara di mana HBV tersangat endemik. akupunktur. berus gigi c. Kumpulan Berisiko Tinggi 1. pisau cukur. Penagih dadah yang menggunakan suntikan 2. kecederaan terutamanya kepada pegawai kesihatan (seperti tercucuk jarum.

Mereka boleh sembuh sepenuhnya. mengekalkan imbangan cecair dalam badan dan mengelak dari meminum alkohol. HBIG hanya digunakan sebagai pencegahan selepas terdedah kepada kuman virus Hepatitis B. Mereka boleh menjangkiti orang lain untuk jangka waktu yang tidak terhad. Mereka merupakan 'pembawa'. Kanser hati . Mereka hanya boleh dikesan melalui ujian darah yang dijalankan 2 kali. Berbentuk kronik (lebih serius selepas serangan yang akut) Lazimnya. terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang dapat mengawal jangkitan. Mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemindahan hati adalah pilihan yang boleh diberikan kepada pesakit yang mengalami peringkat akhir penyakit hati yang kronik akibat jangkitan kuman virus. Rawatan Untuk kes-kes tertentu. Komplikasi Sirosis hati (penyakit kronik yang berlaku secara perlahan-lahan di mana sel hati dimusnahkan secara beransur-ansur. . makan makanan berlemak dan mengambil beberapa jenis ubat yang boleh mengganggu fungsi hati (bertanyalah doktor anda). dengan jarak di antara kedua-dua ujian ialah 6 bulan.Jenis Hepatitis B Berbentuk akut: Kebanyakan penghidapnya mempunyai sedikit sahaja ataupun tidak menunjukkan sebarang gejala. mungkin perlu berehat di katil. sesetengah pesakit masih tidak menunjukkan sebarang gejala yang nyata.lazimnya berlaku di kalangan kaum lelaki Pengurusan Sendiri Langkah-langkah umum yang perlu diambil: Pesakit perlu mengelakkan diri dari keletihan. Mereka boleh menjangkiti orang lain dalam jangka waktu yang terhad. Petua Pencegahan Terdapat 2 jenis produk yang dapat mencegah jangkitan Hepatitis B: vaksin Hepatitis B yang dapat memberi keimunan aktif dan antibodi Hepatitis B dan HBIG (Hepatitis B Immunoglobulin) yang dapat memberi keimunan pasif sementara. Langkah-langkah yang boleh meningkatkan kemandirian atau survival pesakit yang menghidapi kegagalan hati termasuklah penjagaan sokongan yang intensif serta rujukan awal untuk pemindahan organ hati.

3. .suntikan kedua 3. 2. Imunisasi untuk penyakit Hepatitis B diberi selepas kelahiran. selepas sebulan . c) Elakkan dari menyalahguna dadah dan berkongsi jarum. b) Amalkan hubungan seks yang selamat (menggunakan kondom. 4. Bayi yang lahir dari seorang ibu yang menjadi pembawa virus Hepatitis B akan diberi antibodi Hepatitis B dan juga suntikan vaksin selepas dilahirkan. e) Tolak penggunaan semula jarum atau peralatan lain yang telah dipakai (seperti apabila menjalani rawatan akupunktur. Ia mungkin mengandungi darah atau cecair badan lain. menindik telinga atau mencacah tatu). selepas 6 bulan . pengesanan dan rawatan awal boleh memperbaiki kesan-kesan kesihatan dan dengan itu dapat mengurangkan kos penjagaan kesihatan.Vaksin Hepatitis B diberi secara suntikan otot sebanyak 3 kali dalam beberapa bulan untuk memberi perlindungan sepenuhnya. dapatkan ujian darah untuk memastikan anda tidak dijangkiti dengan hepatitis B. Jika anda tidak mendapat imunisasi Hepatitis B semasa dilahirkan. d) Jangan berkongsi barangan persendirian (seperti berus gigi. Antibodi Hepatitis B dan suntikan vaksin sepenuhnya selalunya didapati berkesan untuk merawat mereka yang terdedah kepada virus hepatitis B dan belum lagi imun.suntikan ketiga Kesan sampingan vaksin : kesakitan di sekitar tempat suntikan. kenali pasangan anda). Suntikan pertama 2. gunting dan pinggan-mangkuk). bisau cukur. Saringan untuk virus Hepatitis. tutup luka atau kudis dan buangkan barang-barang yang telah digunakan dengan berhati-hati. a) Suntikan Hepatitis B sebelum pendedahan kepada golongan penduduk yang berisiko tinggi. 1. pengetip kuku. Suntikan yang diberikan kepada bayi secara rutin merupakan strategi penghapusan primer untuk Hepatitis B. f) Jika anda seorang pembawa kuman virus. Semua penderma darah akan disaring secara rutinnya untuk penyakit Hepatitis B. sakit kepala. kelesuan dan demam 1.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful