You are on page 1of 8

AKTIVITI PRATULISAN DAN TULISAN MEKANIS

PERINGKAT PRATULISAN

Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pratulisan, peringkat
mekanis dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat pertama iaitu pratulisan adalah
tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat
menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot,
tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari awal-
awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-
lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah
sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pratulisan yang berbentuk bebas. 

Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukan


latihan-latihan pergerakan tangan terebih dahulu seperti mengerakkan jari diatas
garisan atau corak yang dilakarkan di atas kertas supaya murid-murid dapat menguasai
gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Latihan
seperti membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di atas rumput
tanpa mengunakan alat tulis seperti melukis bulatan besar dan kecil juga boleh
dilakukan. Di samping itu murid-murid boleh melakukan latihan pergerakan jari dengan
memainkan jari, menekan jari, mengoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan
sebagainya. 

Setelah mahir aktiviti tersebut murid-murid boleh melakukan latihan-latihan


pergerakan mata dan seterusnya melakukan latihan-latihan yang melibatkan koordinasi
tangan dan mata. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti latihan
mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan, latihan membentuk
garisan lurus, latihan mewarnakan rajah berbentuk mudah dari kiri ke kanan atau dari
kanan ke kiri dan seterusnya membentuk corak-corak gabungan antara bulatan dan
garis lurus secara bebas. 
PERINGKAT TULISAN MEKANIS

Setelah murid-murid menjalankan latihan pratulisan, faham dan tahu memegang


pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk
lambang-lambang tulisan. Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf di
atas kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati
memuaskan barulah dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Apabila
murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu
dilakukan. Ia harus bermula daripada garisan lebar hingga kepada lembaran satu garis.
Di bawah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran satu garis itu. Contoh
aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti latihan membentuk bulatan dan garis lurus
dalam keadaan terkawal, latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua, latihan
menulis huruf di atas kertas bergaris satu dan latihan membentuk lambang tulisan
dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman cara menulis bagi menghasilkan
tulisan yang seragam. 

Semasa menyampaikan kemahiran tersebut guru haruslah memberi perhatian


kepada beberapa perkara iaitu kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-
lambang huruf dengan menggunakan gambar. Sebelum melatih menulis, baik juga
diberi latihan bebas untuk membetulkan urat-urat daging kanak-kanak. Selain itu guru
haruslah memberi perhatian kepada kanak untuk menulis dengan mengeja dan
menyebut nama-nama huruf. Latihan juga dilakukan dengan menggunakan kertas yang
dimulakan dengan tidak bergaris dan selepas itu barulah menggunakan buku yang
bergaris. Seterusnya apabila kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat dengan baik ,
baruah dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai. 

Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti menekap dan barulah menulis
mengikut urutan yang ditetapkan. Kemudian murid-murid disuruh memadan dan
menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna. Seterusnya
menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan. Latihan ini
diteruskan dengan menyalin perkataan yang mudah dan menyalin ayat-ayat yang
mudah dan sebagainya.
Analisis pratulisan dan tulisan mekanis

Kedua-dua peringkat pratulisan dan tulisan mekanis merupakan peringkat


persediaan kepada pelajar sebelum mereka diperkenalkan dengan penulisan abjad
yang betul. Peringkat ini penting sebagai pengenalan pelajar kepada cara penulisan
supaya mereka dapat menghasilkan lamban-lambang tulisan yang kemas dan jelas
pada peringkat seterusnya.

Pada peringkat pratulisan pelajar akan didedahkan tentang asas-asas penulisan


sebelum mereka diajar untuk menulis abjad dengan betul. Motor halus mereka serta
koordinasi mata dan tangan mereka akan dilatih sebagai persediaan untuk mereka
memegang pensel untuk menulis dan membentuk huruf. Pelbagai kaedah boleh
dilakukan kepada pelajar seperti yang telah diterangkan dan kaedah-kaedah ini
seharusnya dilakukan kepada pelajar sebelum mereka diajar untuk menulis abjad
supaya mereka dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan jelas. Aktiviti yang
dijalankan kepada pelajar haruslah berperingkat. Mereka seharusnya dapat kuasai
gerak tangan bebas sebelum melakukan aktiviti melibatkan pergerakan mata dan
tangan.

Peringkat tulisan mekanis seharusnya dilakukan setelah kita ketahui bahawa


pelajar telah bersedia dan tahu untuk memegang pensel dengan betul. pada peringkat
ini, mereka akan mula diajar untuk mengenal lambang-lambang tulisan dan mula
melakukan aktiviti menulis. Pelajar juga akan diajar untuk menyebut abjab yang ditulis
untuk membiasakan mereka untuk mengenal huruf yang ditulis bagi mengelakkan
kekeliruan kepada pelajar sekaligus mereka dapat membiasakan diri dengan abjad.

Kedua-dua kaedah ini penting untuk pelajar kuasai sebelum mereka diajar ke
peringkat seterusnya dalam penulisan supaya mereka dapat menghasilkan lambang
huruf yang kemas dan jelas.
Lampiran:

AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA

Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 1

Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain.

Bahan: plastisin, tanah liat, dan bubur kertas.

Kaedah: 1. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh.

2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau
model yang disukainya.
3. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.

Gambar rajah: Contoh doh mainan yang boleh disunakan dan bentuk yang boleh
dihasilkan.

Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2

Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke
bawah untuk membolehkan membentuk huruf.

Bahan: Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok, model
tiang bendera, bola, manik, cawan air) kertas pendua yang mengandungi
perjalanan atau arah yang dibuat dengan garisan putus-putus.

Kaedah: 1. Murid menggolekkan bola dia atas dulang berpasir dengan jari dari kiri
ke kanan dan sebaliknya.
2. Murid memegang cawan plastic yang penuh dengan air menggunakan
tangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kiri
ke kanan dan sebaliknya. Teknik memegang cawan dipelbagaikan.
3. Murid membilang manik yang digantung dengan menggunakan jari dari
atas ke bawah dan sebaliknya.
4. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang
bendera.

PRATULISAN / PRAMENULIS
Peringkat Pramenulis
i. Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan dan depan ke
belakang.
ii. Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus.
iii. Menyambungkan titik-titik di atas kertas.
iv. Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah
dan bawah ke atas.
v. Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung dan bulatan arah jarum jam.
vi. Melukis garis condong.
vii. Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk.
viii. Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan
bentuk huruf-huruf tersebut.

Contoh aktivi pramenulis seperti berikut:


i. Latihan menulis dari kiri ke kanan.
ii. Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri.

iii. Latihan membentuk bulatan di udara. Di atas meja, pasir, lantai tanpa
menggunakan alat tulis.

iv. Latihan membentuk garis lurus.


v. Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan
secara bebas.

vi. Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat.
PENULISAN MEKANIS
Peringkat Mendirikan Asas
i. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaanyang terkawal.

ii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua / tiga.

iii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu.

iv. Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul.

v. Melengkapkan tempat kosong mengikut urutan yang betul abjad a-z.


vi. Melengkapkan tempat kosong mengikut urutan songsang abjad z-a.
vii. Membina satu suku kata KV dan KVK
viii. Menggabungkan suku kata menjadi perkataan.
ix. Membina ayat tunggal.

You might also like