TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU 551) Matlamat Dan Ciri-ciri Tamadun Islam

Pengertian Tamadun Dan Tamadun Islam Tamadun sering digambarkan dengan pembangunan yang sedang pesat membangun serta kemajuan dari pencapaian sains dan teknologi. Pelbagai versi fahaman tentang pengertian “tamadun” di dalam dunia ini namun generasi sekarang melihat ia dari segi luaran sahaja tanpa mendalami pengisiannya. Terdapat pelbagai bahasa di dunia ini, yang memberi takrif “tamadun”. Perkataan “tamadun” dari segi bahasa ialah sama dengan perkataan dalam bahasa Inggeris “Civilize” iaitu memperbaiki tingkahlaku, menjinakkan dan menyelaraskan mengikut keperluan masyarakat. Ia juga membawa maksud keluar dari kehidupan barbarian (primitif) kepada kehidupan yang baik iaitu mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan1 .Teuku Iskandar di dalam Kamus Dewan mencatakan pengertian tamadun sebagai kebudayaan, peradaban, kemajuan, sopan santun dan sebagainya. Manakala Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi di dalam Qamus al-Marbawi , menjelaskan bahawa kata tamadun yang berasal daripada perkataan Arab “Maddana” yang bermaksud membuat bandar atau kota serta memperhalusi budi pekerti. Daripada perkataan tersebut maka muncul perkataan “madani”2. Perkataan tersebut sebenarnya merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta menghaluskan budi pekerti. Oleh itu,, tamadun itu bolehlah diertikan sebagai kemajuan, dalam semua aspek baik pemikiran, budi pekerti, kesopanan dan sebagainya.

1 2

sarip_notaringkasTITAS.htm (internet) Mustafa Haji Daud, “Tamadun Islam”, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, 1991 hlmn 2.

1

3 Yussamir Yusof aljohori. tetapi serentak dengan kerohanian. bukan manusia yang membentukya.matlamat Tamadun Islam adalah terbahagi kepada 3 iaitu menjaga hubungan manusia dengan Allah. Kemunculan agama dan ajaran adalah merupakan salah satu ciri penting dalam perkembangan tamadun manusia..Di dalam proses pembentukan tamadun. penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni maka lahirlah satu ketamadunan iaitu “Tamadun Islam”. Pencapaian manusia dalam konteks “Tamadun Islam” meliputi dari segi pemurnian kerohanian3 di kalangan masyarakat iaitu berlandaskan ad-din maka daripada pencapaian tersebut terciptalah daya pemikiran yang seimbang. hubungan manusia dengan manusia serta hubungan manusia dengan alam. Di dalam prespektif Islam. Pembangunan yang pesat membangun telah menyebabkan mereka gagal memahami erti sebenar tamadun. Al-Din sebagai asas membentuk tamadun. Dengan adanya pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran. journal “Di mana Tamadun Kita setelah merdeka 50 tahun” Ogos 2007 2 . kebudayaan sahaja. Masalah Pembangunan tamadun hari ini ialah generasi sekarang lebih terarah kepada kebendaan dan mengabaikan teras-teras kerohanian. Matlamat Tamadun Islam Tamadun Islam tidak terbatas kepada kemajuan. ia bukannya berteraskan materialisme semata-mata tetapi ia perlu diseimbangkan dengan teras-teras kerohanian.

T. Bhd. Semua perkara ini diperolehi kerana mereka tidak ada kepentingan tersendiri di dalam menjalankan aktiviti mereka.T setiap kali berlakunya peperangan antara umat Islam dengan Musyrikin Mekah. Segala daya dan keringat diusahakan hanyalah atas dasar untuk mendapatkan keredhaan Allah S. “Tamadun Islam”.Keimanan jugalah yang menyebabkan banyak para sahabat yang berkesanggupan untuk menyeberangi padang pasir dan lautan luas ke seluruh pelusuk dunia untuk menyebarkan Islam. Mereka tidak perlu terlalu ghairah untuk mendapat sesuatu dan tidak sesekali merasa resah atau 4 5 Yussamir Yusof aljohori. 1991 hlmn 3 . semuanya dilakukan atas nama Ibadah. Jadi. dan inilah yang dinamakan Ikhlas. manusia diberi pilihan untuk menentukan cara yang mereka sukai.Walaupun begitu manusia perlu sedar dengan batas-batas mereka. Contohnya keimananlah yang menyebabkan Abu Bakar al-Siddiq.a) Hubungan manusia dengan Allah Hubungan dengan Allah adalah antara matlamat dasar di dalam tamadun Islam. dan cara manusia berhubungan denganNYA yang terkandung di dalam rukun Islam.W. journal “Di mana Tamadun Kita setelah merdeka 50 tahun” Ogos 2007 Mustafa Haji Daud.W. Uthman bin Affan dan para sahabat yang lain menyedekahkan segala hartanya ke jalan Allah S. bahagia dan tenteram. Utusan Publications & Distributors Sdn.5 Di dalam melakukan pekerjaan. mereka bebas berusaha (ikhtiar) untuk menentukan nasib mereka sendiri. kerana ia merupakan cara bagaimana manusia mengenali Allah sebagai Pencipta yang terkandung di dalam rukun Iman. Keimananlah yang menjadikan manusia bebas dari cengkaman hawa nafsu dan kebendaan.4 Orang yang beriman sentiasa di dalam keadaan tenang.

“Tamadun Islam”.misalnya mereka yang berkenderaan mewah dipandang tinggi. dengan adanya keimanan dan percaya kepada ketentuan Allah. ketinggian dan kemuliaan yang diberikan oleh Allah kepada mereka tidak boleh dianggap remeh dan dipersiakan. apa yang kita dapat simpulkan di sini.7Kekecewaan mereka ini bertitik tolakkan dengan sikap keterlaluan manusia yang materialistik iaitu membeza-bezakan kedudukan atas dasar kebendaan atau material. Maka.gundah gulana apabila sesuatu yang diusahakan tidak berhasil. Utusan Publications & Distributors Sdn. di dalam tamadun Islam. 1991 hlmn Hashim Ahmad “Terlalu fikir kesempitan hidup boleh jejas akidah” http://www. jika tidak ada rumah yang besar maka tidak akan dilayan dan sebagainya. berusaha untuk mencapai sesuatu dengan mendapatkan keredhaan Allah. Ia telah pun dijelaskan dalam Surah At Tin.Bagi orang-orang yang beriman mereka akan bersabar dan menganggapnya sebagai Qada’ dan qadar dari Allah 6.8 Oleh yang demikian.com.bharian. matlamat ini menuntut kita berfikir. kita tidak terpesong daripada akidah kita. Perkara ini amat berbeza bagi mereka yang tidak beriman. Mata manusia ketika itu telah dikaburi dengan kebendaan .Jadi.menurut beberapa laporan bahawa pada tahun 1974 seramai 10 ribu orang Jerman telah membunuh diri kerana kekecewaan mereka dengan tamadun kebendaan.my/Current_News/BH/Monday/Agama/20080302221914/Article/ 25/02/2008 8 4 . b) Hubungan manusia dengan manusia 6 7 Mustafa Haji Daud. Bhd. ayat 4 yang bermaksud “ Bahawa Kami (Allah) menciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian.

W.W.WT kerana manusia adalah khalifah di sisi Allah S.W. Perkara ini haruslah diberi penekanan yang wajar di dalam proses menyempurnakan hubungan manusia dengan manusia. Hal ini disebabkan manusia tidak boleh hidup bersendirian dan sesungguhnya manusia itu secara semula jadi saling memerlukan di antara satu sama lain bagi melengkap dan melengkapi.Kemudian matlamat seterusnya adalah hubungan Manusia dengan manusia.T Menyedari hakikat persamaan taraf ini. Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Setiap manusia diberikan penghormatan yang sama oleh Alah S. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah S. Manusia sebagai khalifah Allah S. Mereka yang paling mulia di sisi Allah S.W. (Surah al-Hujuraat 49:13)9 Di dalam terjemahan surah al-Hujuratt tersebut.htm upsi 5 . adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk bermu’amalah secara yang ditentukan oleh Allah S.T ialah mereka yang bertakwa kepadaNYA. Manusia dituntut untuk saling tolong-menolong.geocities.T. Sesungguhnya Allah Maha megetahui lagi Maha Mengenal . nasihat- 9 “matlamat tamadun islam”-http://us.ia menyedarkan kita akan kesempurnaan hidup bermasyarakat.W.T dalam ayat terjemahannya: Wahai manusia.T di atas muka bumi perlulah bermu’amalah secara Islam kerana Islam sentiasa memperjuangkan kesatuan umat manusia.com/tamadunislam/index002. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa antara kamu.

dan saling mengajak melakukan perkara yang baik. mereka dijanjikan pembalasan azab yang pedih sebahagiannya di dunia lagi dan yang pasti di akhirat.W. Jadikan kejatuhan-kejatuhan empayar-empayar Islam seperti Kerajaan Uthmaniah yang hebat itu dan kisah penduduk di Jerman tadi sebagai pengajaran. ayat 2) 10 Matlamat ini juga menginsaf dan menyedarkan manusia agar sentiasa ingat dan bersyukur kepada Allah S. harta. Takutlah kamu kepada Allah.iaitu amal ma’aruf nai munkar.my/Current_News/BH/Monday/Agama/20080302221914/Article/ 25/02/2008 6 . Mereka yang bersyukur dengan nikmat Allah S. Sesungguhnya Allah itu sangat keras seksaannya’’. nikmat dan rahmat.(Surah alMaidah .W. kuasa. Jika manusia itu kufur dengan nikmat Allah S.T apabila dikurniakan pangkat. Ini jelas dalam firman Allah yang bermaksud “Bertolonglah kamu berbuat kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya. 10 Hashim Ahmad “Terlalu fikir kesempitan hidup boleh jejas akidah” http://www.bharian.T dengan meningkatkan ibadat dan melakukan maksiat.W.menasihati.com.T akan neningkatkan lagi ibadat kepada-NYA .

W menjamin perlindungan dan hak kepada semua makhluk untuk hidup sejahtera di muka bumi seperti digambarkan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: "Dan Kami tidak mengutuskan engkau Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam (Surah al-Anbiya. Cara yang terbaik untuk manusia itu bertindak apabila berhubungan dengan alam sekitarnya adalah dititikberatkan oleh tamadun Islam.gunung dibelah.pokok ditebang.A. Di atas muka bumi contohnya terdapat pelbagai haiwan yang liar dan jinak yang boleh diternak bagi dijadikan makanan yang enak dan berkhasiat. Hubungan ketiga ini selalu dianggap enteng dan remeh oleh masyarakat kita sekarang di dalam pembentukkan tamadun. Oleh demikian. ia amat menitikberatkan dan turut mengatur serta menyempurnakan hubungan antara manusia dengan alam sekitarnya. usaha memakmurkan bumi dan penjagaan alam semesta adalah sejajar denga tuntutan syariatIslam11.. Tumbuh-tumbuhan pula dijadikan oleh Allah S. “Jendela Hikmah: Nikmati dunia dengan prinsip Illahi” http://www.com. Di dalam Tamadun Islam.my/Current_News/BH/Friday/Agama/20080229001316/Article/(internet) 29/02/2008 7 .T untuk membolehkan manusia mendapatkan kenyamanan 11 Che Asmah Ibrahim.pencemaran udara.W.bharian.c) Hubungan manusia dengan alam sekitar Matlamat yang terakhir sekali adalah hubungan Manusia dengan alam. Bukit digondol.Sedangkan perkara itu semua perlu dijaga.pencemaran air dan pelbagai lagi perbuatan-perbuatan yang tiada belas kita lakukan terhadap Alam. ayat 107).Syariah Islam yang disempurnakan melalui perutusan Nabi Muhammad S.

bumi dan gunung- 12 “matlamat tamadun islam” http://us. terjemahannya: Dan ialah yang telah menurunkan air hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuhan.Hal ini diperjelaskan oleh Allah S. manusia adalah penerima amanat terbesar yang tidak sanggup diterima makhluk lain.htm Upsi 8 .geocities.W. Di dalam perut bumi pula terdapat pelbagai galian yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dalam industri berat yang menghasilkan pelbagai kenderaan. dijadikan bahan binaan rumah. perabot dan buahnya pula dijadikan makanan yang lazat12. alat binaan rumah.(Dan daripada itu Kami keluarkan pula) kebun-kebun anggur dan Kami kelarkan pula zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Sesungguhnya pada yang demikian itu tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang yang beriman.berteduh di bawahnya.T dalam ayat. Perhatikanlah buah-buahnya pada waktu pohonnya berbuah dan (perhatikanla pula) kematangannya. maka kami keluarkan daripada tumbuhtumbuhan itu tanam-tanaman yang menghijau. Perkara ini dirakamkan dalam firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit. (Surah al-an’aam 6:99) Sebagai khalifah.com/tamadunislam/index002. Kami keluarkan daripada tanaman yang menghijau itu butir-butir yang banyak dan daripada mayang kurma yang mengurai tangkai-tangkai yang menjurai. perhiasan dan lain-lain lagi.

com." – (Surah al-Ahzab. Kegagalan menghormati ketiga-tiga perhubungan ini akan menyebabkan kehancuran kehidupan. ia akan menjejaskan mutu kehidupan seperti melakukan ibadat solat yang memerlukan kita menyucikan diri dengan air bersih. Apabila sungai yang menjadi sumber bekalan air utama kepada kehidupan manusia. ayat 72) 13 Manusia seharusnya sedar setiap langkah dan perbuatan akan memberi kesan kepada alam sekeliling. maka kita tiada pilihan melainkan menghirup kembali udara tercemar itu untuk tujuan pernafasan.ganang. dan dipikul amanat itu oleh manusia. hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam semesta. “Jendela Hikmah: Nikmati dunia dengan prinsip Illahi” http://www. Begitu juga apabila udara tercemar akibat perbuatan tangan kita sendiri. maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya. Keadaan ini akan menjejaskan ekosistem yang mendatangkan mudarat kepada kesihatan dan membawa kerugian kepada kita14. Ketiga-tiga perkara ini adalah dasar kepada tindak tanduk manusia sebagai khalifah yang dapat melindungi manusia dan alam.bharian. 13 Che Asmah Ibrahim. Kerosakan dan kemusnahan alam yang berlaku memberi kesan secara langsung kepada perjalanan hidup manusia. Sebagai contoh.my/Current_News/BH/Friday/Agama/20080229001316/Article/(internet) 29/02/2008 14 ibid 9 . tumbuhan dan haiwan tercemar. Kejadian seperti itu sepatutnya memberi kesedaran dan pengajaran kepada manusia bahawa setiap usaha pembangunan yang hendak dilaksanakan perlu mengambil kira tiga perkara iaitu hubungan dengan Penciptanya.

Ciri-ciri Tamadun Islam Ciri-ciri tamadun Islam juga disebut sebagai ciri-ciri khusus Islam. dengan aspek-aspek fisikal. kawan atau lawan dan sama ada mempunyai hubungan keluarga atau sebaliknya. yang merangkumi seluruh aspek hidup manusia dan tamadunnya. sosial. akidah. dengan akidah dan hidup rohaniahnya. perkembangan ilmu sastera dan sains. Islam meliputi seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah undang-undang (syariah).T dan hubungan sesama manusia. berserta dengan nilai-nilai akhlaknya. akhlak. Tidak ada institusi yang lebih mulia selepas institusi kehakiman kecuali institusi kehakiman di dalam tamadun Islam( hisbah) kerana ia melaksnakan urusan agama dan ia menuntut kita menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran15. sama ada Islam atau bukan Islam. Bermula daripada aspek yang paling batin. moral. Ia juga menekankan keadilan untuk semua insan. “Institusi Hisbah Pemangkin Kepada Kesejahteraan Masyarakat dan Negara” Minda Madani online 10 .W. cara-cara pemerintahan. Dalam bidang kehakiman. tamadun Islam telah terbukti dapat mengembalikan hak kepada yang berhak. Kita boleh bermula dengan melihat agama (“al-din”) menerusi pengertiannya yang menyeluruh sebagaimana sifat Islam yang membawa kepada timbulnya “diri” peradaban tertentu dengan ciri-ciri yang semuanya berpaksikan tauhid atau keyakinan terhadap Keesaan Tuhan yang Mutlak. yang membawa kepada timbulnya institusi-institusi. dan rohani peradaban atau tamadun yang 15 Mohd Rumaizuddin Ghazali. Di antara ciriciri utama tamadun Islam ialah menyeluruh (sempurna) . hingga kepada peraturan-peraturan hidup yang menyeluruh. hubungan dengan Allah S. sebagaimana dalam sejarah.

bertoleransi terhadap sistem kepercayaan atau kebudayaan orang lain.htm 11 . Masyarakat bukan Islam di bawah pemerintahan Islam bebas mengamalkan agama dan kepercayaan mereka.Segala apa yang disyariatkan itu pada hakikatnya sesuai dan menepati fitrah manusia. Sejagat bernaksud tidak terikat dengan lokasi geografi dan bangsa tertentu. 16 “Peranan Agama Islam alam Kehidupan manusia“Ciri-ciri islam Syumul ”www.dibinanya. al Baqarah:164)16 Istilah terbuka pula memberikan gambaran tamadun Islam bersifat terbuka di dalam aspek iaitu ia menerima perkara yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Ini bermakna Islam adalah agama untuk seluruh ummat manusia di mana juga berada dan hingga akhir zaman (al-anbiya:107) Agama Islam yang diamalkan dalam tamadun Islam juga bersesuaian dengan fitrah dan akal manusia. Ini jelas dalam al-Quran. Ia wujud di seluruh dunia dalam lingkungan umat yang berpegang kepada al-Din. Ciri-ciri utama yang kedua bagi agama Islam ialah umum. kerana Allah sajalah yang mengetahui hakikat dan kejadian manusia (al-Rum. Dengan itu timbullah “peribadi” peradaban yang berupa keseluruhan yang organik itu.anglefire. 30. Ia juga tidak dibatasi sempadan politik dan budaya.com/maridjan/agama. Selain itu. Tamadun Islam bersesuaian dengan semua orang setiap masa dan tempat kerana ciri umumya bersifat sejagat dan terbuka. Tamadun juga mengiktiraf sumbangan masyarakat bukan Islam dalam Negara Islam.

A. Agama Islam yang diturunkan oleh Allah kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.T.W untuk disampaikan kepada umatnya adalah tetap dan tidak berubah-ubah. Ia tidak ada sempadan waktu dan zaman. tetap anjal dari sudut cara dan teknik pelaksanaannya. Ini bermakna Islam merupakan suatu yang tetap dan tidak berubah dari segi tujuan dan matlamat pembinaan tamadun manusia. Ciri utama Islam yang berikutnya adalah ideal dan realistik. ini berbeza dengan undang-undang manusia yang selalu berubah dan dipinda. dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah dengan ajaran Allah S.17 Tamadun Islam menerima semua kemajuan umat yang berteraskan akidah Islam. Oleh kerana itu. Ia juga memberikan tafsiran agama Islam itu adalah sepanjang zaman.. kerana fiqh Islam sebenarnya dapat menjawab 17 12 . adapun yang berkembang dalam fiqh Islam iaitu Ijtihad.W. Hal ini menjelaskan syari’at yang Allah tetapkan tidak akan berubah.Agama Islam juga mempunyai ciri yang bersifat tetap dan anjal. Setiap hukum dalam Islam mengambil kira keadaan manusia dan memberikan keringanan bila berhalangan.Tidak ada yang kurang lengkap atau yang salah dalam Syari’at Allah. dengan syarat tidak bercanggah dengan nash yang telah ada dalam Qur’an dan Sunnah. tidak boleh dikatakan tidak sesuai dengan perkembangan zaman. masing-masing ulama berijtihad sesuai dengan keadaan dan perkembangan semasa. Islam sentiasa menekankan dan meletakkan manusia d tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat dicapai.

18 13 .Barulah ketamadunan Bangsa Malaysia dicapai dengan jayanya.segala masalah atau perkembangan baru dalam kehidupan manusia.. Kesimpulan daripada kupasan matlamat dan ciri-ciri tamadun islam memberikan kita gambaran tentang Ketamadunan Islam.Perkara ini perlu diambil perhatian lagi-lagi dikalangan para pemimpin kerana kita tidak mahu kemerdekaan ke 50 tahun kita hanya diisi dengan kemajuan kebendaan semata-mata tapi perlulah diisi dengan kerohanian dan kebendaan. Zaman kegemilangan tamadun Islam akan pudar ditelan zaman sekiranya sikap kita yang masih terlalu melihat dan mementingkan kebendaan..Ketamadunan yang berjaya ialah tamadun yang mementingkan dalaman dan luaran.kerana kecantikan diluar tidak semestinya di dalamnya baik.barulah kita mencapai Tamadun bangsa Malaysia..Pada zaman berkembang dan terkenal dengan tamadun islam amat Kita sepatutnya mengambil iktibar dan mencontohi di atas kejayaan tamadun Islam.Oleh itu kita perlu memastikan bahawa kecantikan luaran kita mesti selari dengan kecantikan didalamnya. selama pintu ijtihad terbuka kepada mujtahid18.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.