You are on page 1of 104

Qurratu'ain

PROLOG
“F AKRUL… bertahan!” Air
mata Yee-Ren tidak henti-
henti merembes keluar. Dia
menggenggam erat jari-jemari lelaki yang sedang terbaring
lemah itu. Kenapa? Kenapa bukan dia yang menerima
kesakitan itu? Oh Tuhan! Selamatkanlah dia.
Iman Fakrulsy tersenyum dalam kesakitan. Darah
masih membuak keluar dari luka di perutnya itu.
Lelaki berbaju putih bersama mereka itu sedaya
upaya cuba menghentikan pendarahan. Keringat dingin
memenuhi segenap ruang wajahnya. Dia juga cemas kerana
darah Iman Fakrulsy masih terus mengalir.
“Maafkan Yee… maafkan Yee, Fakrul,” ucap Yee-
Ren dalam sendu.
“Yee…” Iman Fakrulsy bingkas bangun. Lelaki
berbaju putih itu menahan tetapi dia tetap berdegil. Lantas

1
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

tubuh Yee-Ren dirangkul dalam pelukan. Termangu gadis itu


dengan tindakan mengejut Iman Fakrulsy.
“Fakrul…”
“Yee… aku… aku… cintakan kau...” bisiknya
perlahan namun jelas didengari oleh Yee-Ren. Bertambah
laju air mata Yee-Ren mengalir.
“Fakrul…”
“Yee… aku benar-benar cintakan kau.”
Iman Fakrulsy mengukirkan senyuman. Dia rasa
lega dapat mengucapkan kalimah cinta itu di saat akhir.
Begitu lama dia memendam perasaan ini di dalam hati.
Semuanya kerana mama. Mama membuatkan dia terpaksa
membenci gadis itu. Seksa dan menyakitkan. Dia tahu Yee-
Ren tidak punya sebarang perasaan terhadapnya. Pada Yee-
Ren, dia seorang sahabat yang tiada tolok bandingnya.
Sahabat yang paling dikasihi oleh gadis itu. Sahabat yang
berkongsi suka dan duka bersama. Namun dia jua yang
menyakiti hati gadis itu. Kejam sungguh sahabat yang
dianggap berhati mulia ini!
“Fakrul… maafkan Yee. Maafkan Yee.” Semakin
sebak hati Yee-Ren apabila mendengar luahan hati Iman
Fakrulsy. Tidak pernah dia terfikir Iman Fakrulsy menyimpan
perasaan terhadapnya. Layanan baik dan buruk Iman Fakrulsy
tidak pernah disalahertikan. Jika Iman Fakrulsy menyisihkan
dirinya, dia tidak ambil hati. Mungkin ada yang membuatkan
lelaki itu berkecil hati dengan sikapnya.
Iman Fakrulsy membisu. Dia memejamkan matanya
rapat-rapat.
“Letihnya…” ucapnya lemah. Dia masih belum
meleraikan pelukannya.

2
Qurratu'ain

“Fakrul…”
Senyap.
“Fakrul…”
Tiada jawapan daripada Iman Fakrulsy. Tubuh lelaki
itu terasa sejuk. Pelukannya yang erat itu jua sudah terlerai
kini.
Yee-Ren pandang lelaki berpakaian putih itu.
Lelaki itu menggelengkan kepalanya. Dia tahu tiada
lagi bunyi hembusan nafas Iman Fakrulsy.
Yee-Ren jadi tidak keruan. “Fakrul!!!”

“ABANG!!!” Iman Farhan bingkas bangun. Tubuhnya dibasahi


peluh. Dia meraba-raba perutnya. Entah mengapa perutnya
terasa sakit.
Zaid yang berada di bilik sebelah meluru masuk.
Jeritan Iman Farhan mengejutkan Zaid yang sedang khusyuk
menelaah.
“Kenapa ni Iman? Mimpi ngeri lagi?” Zaid renung
wajah Iman Farhan yang pucat lesi.
Iman Farhan mengangguk. “Abang... Abang Fakrul.
Aku mimpikan Abang Fakrul.”
“Kau mimpikan apa?”
“Aku nampak Abang Fakrul kena tikam. Dia
berlumuran darah. Aku tak sedap hati. Aku nak balik Malaysia
hari ni juga!”
“Iman… mimpi tu cuma mainan tidur. Lebih-lebih
lagi tidur di siang hari begini. Jangan fikir yang bukan-bukan.
Tengok, habis lencun baju yang kau pakai ni!” gerutu Zaid.

3
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

“Aku tak sedap hatilah, Zaid.”


“Iman… itu cuma mimpi aja. Tak ada apa-apa yang
berlaku pada abang kau, Iman. Kau kena rehat. Lagipun kau
demam panas ni...” Zaid memujuk.
Iman Farhan merebahkan semula tubuhnya.
“Kau jangan bimbang. Esok aku call papa kau kat
Malaysia. Kau kena berehat, Iman. Aku tengok demam kau
makin teruk! Final exam dah dekat...”
“Thanks Zaid.”
Zaid tersenyum. Sayang juga kau rupanya pada
abang kau, Iman. Zaid menarik selimut hingga ke paras dada
Iman Farhan. Kasihan dengan temannya itu. Sudah dua
minggu terlantar di atas katil gara-gara diserang demam
panas. Dua tiga hari ini pula Iman Farhan sering dihantui
mimpi ngeri. Harap-harap tiada apa-apa yang buruk berlaku
pada Iman Fakrulsy.

4
Qurratu'ain

1
K LIA. Iman Farhan menarik
bagasinya ke pintu keluar. Dia
menahan sebuah teksi. Harap-
harap dia sempat tiba sebelum jenazah abangnya selamat
dikebumikan. Dia ingin menatap wajah Iman Fakrulsy untuk
kali terakhir. Mujurlah dia dapat tiket penerbangan malam
itu. Demam yang masih belum kebah tidak dihiraukan. Apa
yang dia mimpikan telah benar-benar menjadi kenyataan.
Iman Fakrulsy ditimpa musibah!
Setibanya di vila mewah itu, hatinya dilanda
kehampaan. Vila itu sudah kosong. Jenazah abangnya
sudahpun selamat disemadikan.
Mama kelihatan menangis teresak-esak di pangkuan
papa.
Datin Junaidah merapati anak tirinya itu. Wanita

5
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

itu sahaja yang sudi menyambut kehadirannya di muka pintu


vila mewah mama.
Iman Farhan memeluk erat tubuh ibu tirinya, Datin
Junaidah. Air matanya mengalir. Dia bergegas pulang ke
Malaysia setelah menerima panggilan daripada papa.
Kematian abang kembarnya Iman Fakrulsy memberikan
tamparan yang hebat kepadanya. Dia cukup terkilan dengan
sikap mamanya. Kenapa tidak menunggu kepulangannya
terlebih dahulu? Dia ingin benar melihat wajah abangnya
untuk kali terakhir. Mama kejam! Mama langsung tidak
memandangnya sebagai seorang anak.
“Kenapa tak tunggu Iman?” tanyanya pilu.
“Bersabarlah Iman...” pujuk Datin Junaidah lembut.
Diusap lembut rambut anak tirinya itu.
“Apa yang berlaku itu semuanya adalah kehendak
Tuhan,” bisiknya lagi.
“Iman berehatlah dulu. Tentu Iman masih penat
sebab naik flight tadi, kan?” suruh Datin Junaidah.
Iman Farhan mengangguk lemah. Dia naik ke
biliknya untuk menyimpan bagasinya. Kemudian dia
memulas tombol pintu, melangkah masuk ke dalam bilik
yang telah ditinggalkan abangnya itu. Bilik itu kelihatan
kemas berbanding biliknya yang agak berselerak dengan
lukisan dan buku-buku cerita. Dia melabuhkan punggungnya
di atas tilam yang empuk itu. Dia mencapai bingkai gambar
yang terletak di atas meja sisi katil itu. Bibirnya mengukir
senyum melihat gambar dia bersama abangnya ketika kecil.
Air matanya menitik di atas gambar tersebut. Segera dia
menyeka air matanya.
Iman Farhan merebahkan dirinya di atas katil
tersebut. Sengaja dia berbuat demikian. Dia ingin mengimbas

6
Qurratu'ain

kembali kenangan-kenangan bersama abangnya. Akhirnya dia


tertidur di dalam bilik tersebut.

“APA Iman buat dalam bilik Fakrul ni?”


Suara yang membingitkan itu menusuk ke dalam
lubang telinga Iman Farhan. Terpisat-pisat dia bangun. Dia
meraba-raba kaca matanya yang terletak di atas meja bilik
itu. Apabila kaca mata itu melekat pada batang hidungnya,
jelas dia melihat wajah mama di hadapannya. Wajah mama
yang mencuka memandangnya.
“Mama…”
“Siapa benarkan kau masuk dalam bilik anak aku?”
mama melenting.
“Mama… kan ke Iman ni juga anak mama? Mama
yang lahirkan Iman. Mama tak boleh menafikan hakikat tu.”
“Anak yang hampir meragut nyawa aku tak layak
bergelar anak aku!”
Iman Farhan bingkas dari katil. Dia menghadap
tepat ke muka mamanya. Giginya diketap. Geram. Marah.
Terkilan... segala-galanya berbaur menjadi satu. Mengapa
mama masih tidak dapat menerima kehadirannya?
“Entah-entah abang mati kerana mama!” tuduh
Iman Farhan.
“Jangan kau nak kurang ajar dengan aku, Iman.
Perempuan sial tu yang menyebabkan kematian anak aku.
Perempuan tak guna!”
“Siapa yang menyebabkan kematian abang?”
“Kau tak perlu tahu! Itu bukan urusan kau!” tukas

7
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

Puan Elisha sambil menunjalkan jari telunjuknya yang


panjang meruncing itu pada dada bidang Iman Farhan.
“Lisa! Iman!” Dato’ Ferish terpacul di muka pintu.
Iman Farhan dan Puan Elisha pantang bersua muka. Mereka
pasti akan bertengkar. Isterinya itu tidak sudah-sudah
memandang Iman Farhan seperti musuh ketatnya.
Ketika melahirkan Iman Farhan, nyawa isterinya
bagaikan telur di hujung tanduk. Bayinya tersekat. Berhempas-
pulas doktor dan jururawat berusaha menyelamatkan kedua-
dua nyawa. Puan Elisha tidak mahu melihat kembar Iman
Fakrulsy itu ketika jururawat menyerahkan bayi itu
kepadanya. Dia benci dengan anaknya itu hingga kini.
“Abang, Lisa tak suka Iman usik barang-barang
Fakrul...” rengek Puan Elisha.
“Iman tak usik apa-apa papa. Iman cuma baring kat
katil arwah abang. Tak sedar tertidur pula. Salah ke?”
“Lisa, biarlah dia nak duduk di bilik abangnya. Tak
ada apa yang perlu dirisaukan, sayang. Iman bukannya orang
lain. Dia kan anak kita juga...”
“Huh! Dia anak abang, bukan anak Lisa!” tegas
Puan Elisha.
Iman Farhan amat terasa dengan kata-kata mamanya
itu. Benarlah... yakinlah dia kini bahawa dia memang tiada
tempat langsung di hati mamanya.
“Baik... kalau mama dah kata begitu, Iman tidak
akan jejakkan kaki ke rumah ni lagi. Iman akan keluar dari
sini. Tapi ingat mama, bila mama mengaku Iman ni anak
mama, masa tu mama dah terlambat. Iman dah buang mama
jauh dari hati Iman. Ingat tu mama!” Iman Farhan merenung
tajam ke mata mamanya. Dia berlalu keluar dari bilik
tersebut. Sakit hatinya dengan kata-kata kesat mamanya.

8
Qurratu'ain

Tiada kelembutan dan kasih sayang wanita itu untuknya. Dia


seharusnya sedar tiada gunanya merayu kasih sayang seorang
ibu dari wanita yang tidak pernah menerima kelahirannya.
“Iman nak ke mana tu?”
“Iman nak keluar dari rumah ni. Di sini bukan
rumah Iman!”
Dato’ Ferish menggeleng. Dia kesal. Dia mendengus
kecil. Tidak suka dengan sikap isterinya yang memilih kasih.
Jangan dikesali jika suatu hari kelak isterinya pula yang
menagih kasih anak itu.

9
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

2
J AM dua petang, Iman Farhan yang
ditemani oleh Zaid berada di Galeri
1A yang terletak di tingkat satu
Balai Seni Lukis Negara. Galeri ini sangat sesuai untuk pam-
eran berskala besar bagi pameran cat printing, sculpture,
photography dan installation. Terdapat lampu yang boleh
dikawal dan menghasilkan satu suasana yang sangat kreatif.
Di situ juga terdapat pameran sculpture daripada artis-artis
terkenal. Iman Farhan ialah salah seorang pencinta kesenian.
Tidak hairanlah jika dia mengetahui struktur dalaman Balai
Seni Lukis Negara itu secara terperinci. Seandainya dia ada
kelapangan masa, dia akan mengunjungi Balai Seni Lukis
Negara tersebut. Terutamanya ketika ada pameran yang
sedang berlangsung.

10
Qurratu'ain

Zaid kagum dengan penerangan yang diberikan


oleh Iman Farhan. Dia tidaklah terlalu berminat dengan
dunia kesenian ini. Setakat melihat lukisan pemandangan tu,
bolehlah. Jika lukisan-lukisan yang terlalu abstrak ini, dia
sukar memahami maksud yang tersirat pada lukisan tersebut.
Lukisan macam cakar ayam, tetapi harganya
berpuluh ribu ringgit! detik hati kecilnya.
“Zaid… kita pergi ke pusat sumber. I ada buku nak
pinjamlah,” usul Iman Farhan.
“Okey,” sahut Zaid lalu membuntuti Iman Farhan.
Iman Farhan seorang yang dingin dan agak sukar
untuk berinteraksi dengan orang di sekelilingnya. Zaid yang
merupakan sahabat karib lelaki itu pun susah mahu
memahaminya. Bagaikan ada tembok yang dibina oleh Iman
Farhan. Dia seolah-olah tidak mahu orang lain memahami
dirinya. Biar mereka sendiri menilai perilakunya. Baik atau
buruk perilakunya, terpulang kepada tafsiran masing-masing.
Dia tidak peduli.
Tiba-tiba mata Iman Farhan tertancap pada gadis
yang sedang sibuk mencari buku yang tersusun rapi di rak,
tidak jauh dari tempat dia dan Zaid berdiri.
Gadis itu mengeluh kecil lantas memanggil seorang
petugas yang kebetulan berada berdekatannya.
“Maaf encik, saya nak cari buku koleksi hasil kerja
Abdullah Ariff dan Bayu Utomo Radjikin tapi tak jumpa pun,”
kata gadis itu kepada petugas tersebut.
“Oh… buku yang cik mahukan tu berada di
bahagian rak sebelah sana,” balas petugas itu. Dia segera
menunjukkan ke arah tempat Iman Farhan dan Zaid sedang
berdiri.

11
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

“Thanks,” ucap gadis itu lantas segera membuka


langkahnya menuju ke bahagian yang dimaksudkan.
“Cantiknya dia...” bisik Zaid ke telinga Iman
Farhan.
Iman Farhan membisu. Dia hanya memerhati gadis
itu dengan ekor matanya. Dia tidak menafikan gadis itu
sememangnya jelita. Berkulit putih bersih dengan hidung
yang mancung. Ada tahi lalat kecil di bawah bibirnya yang
merah bak delima merekah itu. Tidak pernah pula dia terlihat
gadis itu sebelum ini. Bukankah dia pengunjung setia tempat
ini?
Gadis berambut panjang separas pinggang itu
menoleh. Wajahnya tiba-tiba berubah. Pucat lesi bagaikan
ternampak hantu. Namun dia cuba berlagak biasa dan
melemparkan senyuman kepada Iman Farhan dan Zaid.
Aduh! Boleh jatuh cinta dibuatnya. Memang cantik, sekalipun
hanya berbaju kurung biasa. Gadis itu bergegas pergi setelah
memperoleh buku yang dihajati.
“You tak kenal dia ke Iman?” tanya Zaid.
“Apa you ingat semua pengunjung tempat ni I kenal
ke?” balas Iman Farhan.
“Why not? Kan ke you selalu datang sini?” hujah
Zaid.
“Kalau you suka dia, kenapa tak pergi saja
perkenalkan diri you yang macho tu pada dia!” desis Iman
Farhan.
Zaid tersengih.
“I ingat you berani. Penakut jugak rupanya.”
“Bukan takut... I ni lelaki pemalu.”
“Hmmm…” Gumam Iman Farhan dengan nada

12
Qurratu'ain

yang sinis.
Kalau awak tu pemalu, takkanlah teman wanita
keliling pinggang! dengus hatinya.
Iman Farhan tidak melihat kelibat gadis itu lagi.
Dia perasan ada yang tidak kena pada gadis itu apabila mereka
bertemu mata tadi. Wajah jelita itu tampak pucat apabila
melihatnya. Kenapa agaknya?
“The Athlete’s Nightmare.” Zaid membaca nama
yang tercatat pada lukisan yang tergantung itu sebaik sahaja
mereka kembali semula ke Galeri 1A. Dipandangnya lagi
lukisan tersebut. Tiada apa yang menarik pun. Dia
memandang Iman Farhan di sebelah. Temannya itu begitu
khusyuk menghayati lukisan berkenaan.
“Iman… I dah boringlah!” gerutu Zaid. Air
mukanya kelihatan keruh.
“I tak ajak you temankan I pun. You aja yang beria-
ia nak ikut I.”
“Eh, sorry sikit ye! Mama you yang paksa I ikut
anak lelaki kesayangannya ni, tau? You dah besar panjang
macam ni pun kena ada ‘babysitter’ jaga you. Peliklah
perangai mama you tu!”
“Nonsense! Sejak bila pula I ni anak kesayangan
dia?” nafi Iman Farhan. Dia menggelengkan kepalanya
berkali-kali.
Mama risaukan Iman? Kelakar betul! Setahunya,
mereka tidak pernah sependapat dalam segala hal. Mereka
sering bertelagah. Mama tidak pernah cuba menyayanginya.
Semasa kecil hingga besar, dia hanya bermanja dengan nenek
di kampung. Apabila tamat sekolah menengah, papa hantar
dia belajar ke luar negara. Papa sengaja jauhkan dia dari
mama kerana tidak mahu keributan timbul apabila mereka

13
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

berdua berada di bawah satu bumbung.


“Bila you boleh berbaik dengan mama you, Iman?
Kesian I tengok dia.”
Iman Farhan membisu. Matanya masih tertumpu
pada lukisan-lukisan yang tergantung di dinding itu.
Zaid jongket bahu. Sudahnya dia turut membisu
dan mengikut sahaja langkah kaki Iman Farhan. Sesekali dia
membesarkan matanya melihat lukisan yang tidak ubah
seperti cakar ayam itu. Lukisan sebegitu pun dipamerkan.
Entah apa agaknya maksud lukisan tersebut, dia sendiri tidak
tahu. Dia bukan jenis yang tahu menilai seni. Malah dia juga
tidak ingin menilainya jika disuruh berbuat demikian.
“I nak pergi isi perut. Laparlah. You nak ikut tak?”
Iman Farhan menggeleng. Perutnya masih kenyang
lagi dengan sarapan pagi tadi. “You pergilah makan sorang. I
kenyang lagi ni.”
“Okey. Apa-apa hal you tunggu di sini. You pun tahu
I bukannya biasa sangat dengan tempat ni,” pesan Zaid sambil
berlalu pergi.
Iman Farhan meneruskan pemerhatiannya. Di
Galeri 1A itu Iman Farhan terserempak semula dengan gadis
di pusat sumber tadi.
Gadis itu sedang asyik menatap sebuah lukisan.
Dia mengamati lukisan yang menjadi perhatian
gadis itu. Iman Farhan tersenyum. Dia tahu akan perihal
lukisan tersebut. Iman Farhan mengatur langkah merapati
gadis berkenaan.
“Bujang Berani. Bayu Utomo Radjikin. Cetakan
Metal And Plaster of Paris. Tahun 1991. Antara koleksi kekal
di sini. Not bad!” tegur Iman Farhan.

14
Qurratu'ain

Gadis itu tersentak. Raut wajahnya berubah. Bulat


matanya memandang Iman Farhan yang kini tegak berdiri di
sebelahnya.
Mereka bertatapan mata seketika.
Gadis itu menggetapkan bibirnya. Dia mula
mengatur langkah untuk beredar dari situ.
“Wait up!”
Iman Farhan menarik lengan gadis itu. Dia tidak
mengerti akan kelakuan gadis itu. Mengapa takutkan dia? Dia
bukannya seorang penjenayah atau perogol bersiri!
Gadis itu meronta-ronta minta dilepaskan. Mujur
tiada orang di situ. Jika tidak, Iman Farhan sendiri tidak
berani memegang lengan gadis itu. Dia amati wajah gadis itu
dari dekat. Gadis itu tidak senang dengan lirikan matanya.
“Kenapa awak takut sangat bila nampak saya?”
soalnya.
Gadis itu tidak menjawab. Matanya masih terpaku
melihat raut wajah Iman Farhan.
“Awak bisu ke?” Iman Farhan tidak berpuas hati
dengan reaksi gadis itu. Cengkamannya pada lengan gadis itu
semakin kuat.
Berkerut seribu wajah gadis tersebut menahan
sakit.
“Selagi awak tak buka mulut, saya takkan lepaskan
awak!” ugut Iman Farhan. Dia lihat ada air bergenang dalam
kelopak mata si gadis. Raut wajah putih bersih itu kelihatan
sayu. Gadis itu seakan minta simpati agar dirinya dilepaskan.
Iman Farhan tidak peduli. Dia tetap bertegas.
“Iman! Kat sini you rupanya!” Zaid muncul tiba-
tiba.

15
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

Iman Farhan tersentak.


Gadis itu mengambil peluang yang ada dengan
menarik lengannya dari pegangan Iman Farhan. Dia segera
berlalu pergi.
Iman Farhan mendengus geram. Dia mengerling
Zaid dengan pandangan yang tajam. Marah. Hatinya
berbahang geram.
“What’s up? Kenapa you tengok I macam tu?” tanya
Zaid dengan wajah selambanya.
“Hmmm…” Iman Farhan masih menggumam. Ada
kemarahan yang bakal meletus.
“Hey! I nampak apa yang you buat dekat gadis tu!”
Zaid mengangkat keningnya ala-ala The Rock. Dia tersengih.
“Bukan urusan youlah. Sibuk betul!” marah Iman
Farhan. Dia mengatur langkah menjauhi Zaid. Panas hatinya
masih berbaki.
“Iman!” laung Zaid. Terkocoh-kocoh dia membuntuti
lelaki itu.

16
Qurratu'ain

3
S EMENJAK pertemuan pertama
mereka di Balai Seni Lukis
Negara kelmarin, Iman Farhan
tidak dapat melupakan gadis itu. Wajah itu sering terbayang
di ruang matanya. Tidurnya juga tidak lena. Gadis itu telah
mengganggu ketenangan hatinya yang selama ini tidak
pernah berkocak. Dia tertanya-tanya sendiri, mengapa gadis
itu memandangnya seperti melihat hantu? Jelas terbayang
ketakutan pada wajah jelitanya. Dia bingung memikirkan
hal tersebut. Perlukah dia mencari gadis itu? Dilemparkan
majalah Men’s Health itu ke atas meja. Iman Farhan bingkas
bangun. Dia menarik tombol pintu biliknya. Dia perlu keluar
mencari udara. Sesak nafasnya berkurung di dalam bilik itu.
“Tasha, I nak keluar ambil angin kejap. Kalau bos
cari I, katakan I perlu tenangkan fikiran I di luar. Batalkan
semua appointment I hari ni!”
Tasha tercengang. Gilakah? Bukankah hari ini

17
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

ketuanya ada meeting dengan Dato’ Ferish berkenaan projek


yang menelan belanja jutaan ringgit itu? Iman Farhan tidak
pernah membuat perkara yang boleh merosakkan nama baik
syarikat. Lelaki itu berdedikasi orangnya. Apa yang tidak kena
dengan lelaki kacak itu?
“Encik Iman, tapi appointment encik dengan Dato’
Ferish tidak boleh ditunda ke hari lain. Encik pun tahu,
kan?”
“I know. But otak I tengah berserabut. Apa pun tak
boleh nak fikir ni! Don’t you worry... I akan contact Dato’
Ferish nanti. Tahulah apa I nak cakap dengan dia.”
“But…”
“Don’t worry. I kenal benar dengan Dato’ Ferish tu.
I nak keluar.” Iman Farhan berlalu pergi.
Terkebil-kebil mata Tasha melihatkan perilaku Iman
Farhan. Dato’ Ferish adalah seorang ahli perniagaan yang
terkenal. Bukan mudah dapat berurusan dengan lelaki itu.
Ingin mendapatkan satu temu janji dengannya pun memakan
masa berbulan-bulan. Bila sudah dapat, senang-senang pula
Iman Farhan batalkan?

IMAN FARHAN masuk ke dalam perut kereta. Dia berkira-kira


mahu melepak di Suria KLCC sahaja. Telefon bimbit model
Nokia N70 dikeluarkan dari kocek seluar. Dia menekan punat
nombor pada telefonnya. Siapa lagi yang dia hubungi kalau
bukan Zaid! Harap-harap Zaid tidak sibuk hari ini.
“Helo…”
Suara garau dalam talian itu melegakan hati Iman
Farhan. “You busy tak?”

18
Qurratu'ain

“Sesi fotografi I baru aje selesai. Kenapa?”


“I nak ajak you keluar. Kita lepak kat Suria KLCC.”
“Give me about an hour. I nak tukar baju kejap.”
“No problem.”
Talian dimatikan. Kereta Honda Civic itu terus
meluncur laju menuju ke Suria KLCC.
Zaid, teman baiknya itu bekerja sebagai model
sepenuh masa. Wajahnya sering terpamer dalam iklan-iklan
di televisyen, majalah tempatan dan billboard. Zaid tidak
sombong orangnya. Dia boleh berkawan dengan sesiapa
sahaja, namun ada yang mengambil kesempatan di atas
kebaikannya. Terutamanya perempuan! Zaid pernah mengajak
dia menceburi bidang modeling. Kata Zaid, dia ada rupa yang
kacak dan tubuh yang sasa, satu aset untuk berkecimpung
dalam dunia tersebut. Namun dia menolak. Dia tidak
berminat menjadi perhatian umum. Geli rasanya apabila
berposing di hadapan kamera.
Zaid membuka cermin mata hitamnya. Dia
mengulum senyuman melihat Iman Farhan yang sedang
bersandar pada kereta Honda Civic berwarna hitam itu. Dia
melihat jam di pergelangan tangan. Tepat pada masa yang
dijanjikan.
“Sampai pun you.” Iman Farhan membetulkan kaca
matanya.
“Ajak I keluar ni, you tak kerjakah?” soal Zaid.
“Kerja. I tak senang duduk kat ofis tu.”
Zaid kerut dahi. Telinganya tidak salah dengarkah?
“Aik! Sejak bila you panas punggung ni? Setahu I,
dua puluh empat jam you melekat dalam ofis. I nak ajak you
keluar pun susah!” Zaid ketawa kecil.

19
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

“Hari ni fikiran I serabut sikit.”


“You? Serabut? Biar betul! Perempuan mana yang
dah berjaya buat hati you tergugat ni?” Zaid ketawa
mengekek.
Iman Farhan mencebik. Ada yang nak kena cepuk
ni nanti!
“Jom kita lepak kat kafe sambil minum. I belanja
you.” Iman Farhan buka langkah.
Zaid menggeleng. Ketawanya reda. Kadang-kadang
dia sendiri tidak faham mengapa dia boleh berkawan rapat
dengan lelaki itu. Boleh bergurau. Boleh ketawa. Banyak
bercakap, sedangkan Iman Farhan hanya diam dan kadang-
kadang mengeluh dengan sikapnya. Sikap mereka begitu
kontras. Bagai langit dengan bumi. Ada yang bertanya
bagaimana dia boleh bertahan dengan sikap Iman Farhan
yang dingin dan tidak mudah didekati itu. Ikut naluri hati,
itulah jawapan yang selalu diberikan.
“Sedap kapucino kat sini. Waitress dia pun cun.
Pandai you pilih tempat.”
Iman Farhan mengerling. Satu lagi kelemahan
Zaid. Mudah cair apabila melihat perempuan cantik.
“Bila you nak fly ke London? I dengar you dapat
offer jadi pelakon?”
“Bulan depan. Jadi watak bestfriend hero aje dalam
drama bersiri. Patutnya I yang jadi hero dalam drama tu.”
“Kat Malaysia ni banyak tempat yang menarik.
Kenapa nak shoot kat London pulak?”
“Banyak babak yang kena shooting kat sana. You
tak berminat ke? I boleh promote you. I boleh bayangkan
berpuluh-puluh perempuan menyerbu you bila you jadi top

20
Qurratu'ain

actor nanti.”
“I tak minatlah! So, berapa lama you di sana?”
Jawapannya bagaikan boleh diduga.
“Maybe a month or two. You mesti rindu pada I
nanti.”
“Nonsense!”
Zaid ketawa.
Iman Farhan menghirup air di dalam gelasnya.
Matanya liar memandang sekeliling. Tiba-tiba pandangan
matanya terhenti apabila melihat seorang gadis yang sedang
duduk di satu sudut yang agak terpencil. Gadis itu! Dia
meneliti sekali lagi. Matanya memang tidak silap pandang.
Iman Farhan bingkas bangun.
Zaid hanya melihat gelagat temannya tanpa mahu
bertanya lebih lanjut. Dia menongkat dagu. Dia tahu siapa
yang telah menarik perhatian Iman Farhan. Gadis jelita yang
mereka temui di Balai Seni Lukis Negara tempoh hari.
Bibirnya melirik senyuman nakal.
Iman Farhan mendekati meja gadis itu dari
belakang.
Gadis itu langsung tidak menyedari kehadirannya.
Dia begitu leka melorek pensel pada kertas lukisannya.
Pengunjung kafe itu menjadi sumber inspirasi hasil karyanya.
Begitu realistik lukisan gadis itu. Dia sememangnya berjiwa
seni.
“Excuse me…”
Gadis itu segera mengangkat kepalanya. Bulat anak
matanya sebaik sahaja terpandangkan lelaki itu. Jantungnya
bagaikan terhenti saat Iman Farhan muncul di belakangnya.
Dia ingin lari dari situ, tetapi tidak terdaya. Tubuhnya

21
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

bagaikan sudah terlekat pada kerusi yang didudukinya.


Jangan harap kau dapat lari kali ni! bisik hati kecil
Iman Farhan.
“Muka saya ni ada rupa penjenayah yang paling
dikehendaki atau perogol bersiri ke?” soalnya.
Gadis itu pantas menggeleng.
Iman Farhan merenung tajam wajah putih bersih
itu.
Gadis itu segera berpaling.
“Habis tu, kenapa awak asyik nak lari bila nampak
saya?”
Gadis itu terus-terusan membisu. Dia melarikan
pandangan matanya ke sudut lain, seolah-olah Iman Farhan
tiada di hadapannya. Wajahnya sedikit merona merah.
“Awak bisu ya? Maaf, saya tak tahu bahasa isyarat.”
Dia merampas buku lukisan di tangan gadis itu.
Gadis itu tersentak dengan tindakan spontan Iman
Farhan. Dia menggetapkan bibirnya.
Iman Farhan membelek setiap helaian kertas
lukisan tersebut. Pelbagai lorekan gambar ada di dalamnya.
Mata berwarna hazel itu terpaku pada sebuah lukisan potret
yang sudah siap lakarannya. Wajah dalam lukisan potret itu
begitu mirip dengan wajahnya. Dia melihat tarikh yang
tercatat di bahagian bawah lukisan potret itu. Iman Farhan
menjeling tajam gadis itu.
“Awak lukis gambar saya tanpa izin saya.” Dia
menarik lukisan itu dari buku lukisan tersebut.
Tercengang gadis itu melihat tindakan drastik Iman
Farhan.

22
Qurratu'ain

“Ini gambar saya so, it’s mine!” sambung Iman


Farhan.
Gadis itu mendengus.
“Muka saya ni, sama dengan muka seseorang yang
awak kenal ke? Atau muka saya ni memang menakutkan
awak? Kalau awak tak boleh jawab dengan mulut, awak jawab
dengan pen dan kertas. Maksud saya awak menulis.” Iman
Farhan menunjukkan gaya menulis.
Zaid mengekek ketawa melihat kelakuan Iman
Farhan. Pandai juga lelaki dingin itu membuat lawak.
Gadis itu tetap membisu. Dia merampas kembali
buku lukisannya dari tangan Iman Farhan.
Iman Farhan menongkat dagu.
“Yee-Ren… di sini kau rupanya. Puas aku cari!”
Seorang gadis bertudung ungu datang menghampiri. Mati
senyuman di bibirnya apabila melihat Iman Farhan. Dia
merenung lelaki itu atas dan bawah. Kemudian dia mengalih
pandang pada gadis yang dipanggil Yee-Ren itu.
Yee-Ren mengangguk.
“I don’t believe it!” Berubah reaksi wajah gadis
bertudung ungu itu. Pucat seketika. Apa yang Yee-Ren
katakan adalah benar!
Iman Farhan kehairanan. Seorang lagi gadis yang
menunjukkan ekspresi wajah yang sama. Mereka berdua
macam nampak hantu!
“Let’s go.” Gadis bertudung ungu itu menarik
tangan Yee-Ren untuk segera beredar dari situ.
Iman Farhan menghela nafas panjang. Yee-Ren dan
gadis bertudung ungu itu sudah hilang dari pandangan mata.
Lukisan di tangannya itu ditatap. Gadis jelita itu bernama

23
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

Yee-Ren. Dari namanya dia boleh agak gadis itu berketurunan


Cina. Mukanya ada iras-iras orang Cina tetapi matanya tidak
sepet. Berbaju kurung pula. Pandai dia melukis!
“Kenapa aku tak perasan namanya tertulis di bawah
gambar ni!” Dia bersuara sendiri. Menyesali kealpaan sendiri.
Dia melihat Zaid melambaikan tangan ke arahnya.
“Patutlah… rupanya you dah potong line I dulu...”
tegur Zaid sebaik sahaja Iman Farhan kembali ke kerusinya
semula. Lukisan yang sudah digulung itu diletakkan di atas
meja.
“Wah! Dapat hadiah nampak? Boleh I nak tengok
apa yang dia kasi?”
“Jangan cuba nak sentuh!” Iman Farhan menampar
tangan Zaid.
“Ceh! Kedekut!” Zaid mencebik. Sengaja mahu
mengusik Iman Farhan. Dia tahu apa yang berlaku. Dia
bukannya bodoh!
Telefon bimbit Iman Farhan berbunyi. Nombor
yang tertera pada skrin telefon itu cukup dikenali - Dato’
Ferish. “Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam… Iman di mana?”
Suara yang cukup dikenali oleh Iman Farhan. Tidak
sempat dia menelefon, papanya sudah membuat panggilan
terlebih dahulu.
“Minum dengan Zaid.”
“Papa call office Iman tadi. Your boss, Encik Bahar
said you’ve cancelled the appointment. Why? Projek tukan
penting pada company Iman?”
“Sorry papa. Iman tak ada mood.”
“Hmmm... Iman, malam ni mama ada masak sedap-

24
Qurratu'ain

sedap, tau? Mama ada masakkan makanan kegemaran Iman.


Iman datanglah makan dengan kami. Lama Iman tak jenguk
kami.”
“Hmmm… tengok dululah.”
“Iman…”
“Papa… papa dah lupa ke Iman ni bukan anak
mama! Anak mama hanya Abang Fakrul sorang.”
“Iman… mama dah mengaku Iman pun anak dia
juga. Baliklah. Papa tahu hati Iman terluka, tapi tak salah kan
kalau Iman mengalah? Papa juga tau Iman anak yang baik.”
“Hmmm...”
“Iman.”
“Papa cakap pada mama, dia dah terlambat!”
Tup! Iman Farhan mematikan talian. Dia malas
mahu berbual lama. Perkara itu sahaja yang sering diulang-
ulang. Papa ataupun mama sama sahaja. Mereka tidak pernah
ambil tahu akan isi hatinya. Orang yang menyayangi dia
hanyalah nenek seorang. Nenek yang memelihara dia,
menyekolahkannya, bukan mama dan papa. Mereka hanya
tahu memberi wang saraan pada nenek. Mereka tidak pernah
datang menjenguk dia dan nenek, apatah lagi untuk
mengambil tahu akan sakit peningnya. Bila nenek meninggal
dunia, baharu papa dan mama membawanya pulang ke vila.
Saban hari dia akan bergaduh dengan mama. Ada sahaja kata-
kata atau perbuatannya yang tidak kena pada pandangan
mama.
“Iman... are you okay?”
“I’m okay.”
“Iman, kau bukan keseorangan.”
“Terima kasih Zaid. Aku betul-betul okey. Don’t

25
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

worry.”
Zaid tahu apa yang sedang melanda di dalam hati
sahabatnya itu. Dia simpati dengan kisah hidup Iman Farhan.
Sejak kecil sudah dibuang ibu sendiri. Tidak pernah
merasai kasih sayang seorang ibu. Anak-anak kecil memegang
tangan ibu atau bapa ketika pulang dari sekolah tetapi tidak
dia. Dia keseorangan. Tiada sesiapa yang menjemputnya balik
dari sekolah. Kudrat nenek tidak mampu untuk berjalan
terlalu jauh. Dia iri hati melihat apa yang dimiliki oleh
teman-teman sekolahnya. Tambahan pula ada teman-teman
yang mengejek. Tidak mampu bertahan dengan ejekan, dia
akan bergomol dengan mereka. Nenek hanya gelengkan
kepala. Kadangkala rotan nenek hinggap di punggungnya.
Marah si nenek kerana sayangkannya... satu-satunya cucu
yang mengerti isi hatinya.

26
Qurratu'ain

4
P ERGELUTAN yang berlaku di
antara Puan Jasmine dan Elina
berakhir dengan sebuah trage-
di. Hujung gunting itu terbenam ke dalam perut Elina. Elina
jatuh terjelepok di atas lantai. Darah membuak keluar dari
luka tusukan gunting itu.
Tiada siapa menduga perkara buruk itu akan
berlaku. Elina yang ingin menikam Puan Jasmine, tetapi
telah tertusuk gunting pada perutnya sendiri.
Pekerja-pekerja di butik itu menjadi saksi. Puan
Jasmine tidak bersalah. Elina yang menyerang wanita itu.
Puncanya apabila Puan Jasmine ingin mendedahkan
penyelewengan wang butik yang dilakukan oleh Elina kepada
Puan Elisha. Dia tidak mahu butik yang dikongsi bersama
Puan Elisha itu musnah disebabkan oleh Elina. Elina menjadi

27
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

marah dan ingin membunuh Puan Jasmine agar wanita itu


tidak membuka mulut.
Puan Elisha muncul di muka pintu. Dia tersentak
melihat adiknya terbaring dengan berlumuran darah. Matanya
bulat memandang Puan Jasmine yang kaku berdiri tidak jauh
dari situ. Puan Elisha meluru mendakap tubuh Elina. Dia
mengerling tajam Puan Jasmine. Pastinya itu angkara dia!
“Kenapa kamu semua tercegat saja? Call the
ambulance!” jerit Puan Elisha.
“Lisa…” Puan Jasmine menyentuh bahu Puan
Elisha.
Puan Elisha menepisnya. “Pembunuh!”
Mata Puan Elisha menyorot penuh kebencian.
Tersentak Puan Jasmine dengan renungan tajam
Puan Elisha. Air muka Puan Elisha begitu mengejutkannya.
“Lisa… Lina tertusuk gunting pada dirinya sendiri.
Aku tak bunuh dia, Lisa. Percayalah!” Puan Jasmine cuba
meyakinkan sahabat baiknya itu.
“Kau jangan tipu aku, Jas. Kau bunuh dia kerana
dia tahu apa yang dah kau buat pada butik kita nikan? Kau
seleweng duit butik kita!”
“Tidak Lisa. Itu bukan perkara yang sebenarnya.
Aku ada saksi, Lisa.”
“Benar puan, kami semua nampak Cik Elina yang
menyerang Puan Jasmine. Cik Elina juga yang selewengkan
duit butik. Kami ada bukti yang kukuh puan,” sampuk
seorang pereka fesyen dalam butik itu.
Kenapa Puan Elisha asyik membela adiknya?
Beberapa kali duit butik digelapkan oleh Elina. Puan Jasmine
diamkan sahaja untuk menjaga hati Puan Elisha. Tetapi kali

28
Qurratu'ain

ini perbuatan Elina sudah melampaui batas. Ratusan ribu


ringgit sudah dilesapkan oleh Elina. Kini Puan Jasmine pula
hendak dibunuhnya.
“Sudah! Aku tak percaya pada kamu semua. Kamu
semua berpakat!”
Keadaan Elina semakin nazak. Wajahnya pucat lesi.
Tangan yang berlumuran darah itu cuba menyentuh wajah
kakaknya.
“Ka… ka... kakak…”
“Lina, bertahan dik. Ambulans dalam perjalanan.
Bertahanlah dik.” Air mata Puan Elisha merembes keluar.
Sayu hatinya melihat keadaan adik kesayangan sebegitu rupa.
“Ka… kakak maafkan Lina.”
Tangan Elina terkulai layu. Dia menghembuskan
nafas terakhir di pangkuan Puan Elisha. Puan Elisha
meraung sekuat-kuat hatinya. Dia memeluk tubuh yang kaku
itu seerat-eratnya.
Semenjak itu persahabatan di antara Puan Elisha
dan Puan Jasmine menjadi retak.
Puan Jasmine berusaha memulihkan semula
persahabatan mereka, tetapi kekerasan hati Puan Elisha
membuatkan usahanya menemui kegagalan.
Puan Elisha memanjangkan kes tersebut ke
mahkamah. Namun keputusan kes itu tidak menyebelahinya.
Bukti yang kukuh tidak mensabitkan kesalahan kepada Puan
Jasmine. Puan Jasmine bebas dari sebarang tuduhan
membunuh. Namun Puan Elisha masih tidak berpuas hati.
Dia menyimpan dendam yang tidak berpenghujung.
Tragedi itu masih terpahat kemas di dalam hati
wanita anggun pertengahan umur empat puluhan itu. Album

29
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

gambar yang agak usang itu diselak satu per satu. Hati wanita
itu tersentuh. Dia telah kehilangan dua insan yang paling
disayangi. Dendam dan kebencian makin bersarang di lubuk
hatinya.
Foto pemuda yang ada dalam album gambar itu
amat mirip sekali dengan wajah Iman Farhan. Dia tersenyum
sendiri melihat gelagat anaknya itu di dalam gambar. Anak
itu lembut hati orangnya. Anak itu amat menyayanginya dan
mendengar kata. Tidak pandai membantah.
Sehinggalah gadis itu muncul dalam hidupnya!
Kejelitaan yang dimiliki oleh gadis itu telah memukau mata
anaknya lantas hanyut dalam arus percintaan. Gadis itu
adalah punca kematian anaknya. Gadis itu adalah punca dia
kehilangan kasih anaknya. Tidak cukupkah ibu gadis itu
meragut nyawa adik kesayangannya dahulu? Hutang darah
perlu dibayar dengan darah. Dia tidak akan membiarkan gadis
itu hidup dengan tenang. Tidak sekali-kali!
“Fakrul…” Dia memeluk album gambar tersebut.
Kini hanya dengan melihat wajah saudara kembarnya itu,
rindunya pada Iman Fakrulsy seakan terubat.
“Sayang masih ingatkan anak kita?”
Dia tidak menyedari kehadiran suaminya di
belakang. Puan Elisha segera mengesat air matanya. Dia
mengangguk perlahan.
“Abang akan cuba pujuk Iman lagi. Budak tu
memang keras kepala tapi dia sebenarnya lembut hati macam
abangnya. Dia mahu uji sejauh mana kasih sayang kita pada
dia.” Suami itu memegang bahunya. Satu kucupan singgah
di pipinya.
“Abang tak perlu ambil hati Lisa. Lisa tahu Iman
bencikan mamanya sendiri.”

30
Qurratu'ain

“Sayang… Iman perlukan masa untuk bersama kita


semula. Bertahun-tahun dia telah kehilangan kasih sayang
kita. Sayang juga yang salah. Biarkan dia dipelihara oleh ibu
di kampung. Sayang yang sisihkan dia.”
Wanita itu termangu. Benar, itu salahnya. Dia yang
membuang anak itu. Dia tidak memikirkan kebajikan Iman
Farhan. Anak itu telah ketandusan kasih sayang papa dan
mamanya.
“Abang perlu dapatkan dia untuk Lisa. Lisa nak
Iman duduk di sini bersama Lisa. Lisa tak mahu kehilangan
Iman. Lisa dah cukup derita dengan kehilangan Fakrul.”
“Sayang juga kena bertindak sendiri. Sayang tahu
sikap dingin Iman. Sayang perlu tunjukkan kesungguhan dan
keikhlasan sayang pada dia.”
Wanita itu termangu lagi.

31
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

5
I MAN FAKRULSY dan Iman Farhan
adalah anak kembar seiras Dato’
Ferish bersama isteri keduanya,
Puan Elisha. Sekalipun mereka adalah kembar, perangai
kedua-duanya jauh berbeza. Bagai langit dengan bumi. Iman
Farhan lebih agresif berbanding abang kembarnya, Iman
Fakrulsy. Ketika berusia enam tahun, Puan Elisha bertindak
menghantar Iman Farhan ke kampung. Puncanya apabila
Iman Farhan telah menolak Iman Fakrulsy ketika mereka
berebutkan sebuah kereta mainan. Iman Fakrulsy terjatuh
dan dahinya terhantuk pada bucu meja. Akibat daripada
kemalangan itu, Iman Fakrulsy menerima enam jahitan di
dahi.
Iman Farhan tidak pernah lupa akan peristiwa
tersebut. Dia rasa bersalah pada Iman Fakrulsy namun dia

32
Qurratu'ain

terlalu ego untuk meminta maaf. Iman Fakrulsy tidak pula


memusuhinya malah cuba merapatkan hubungan mereka.
Bila ada kelapangan dan cuti semester yang panjang, Iman
Fakrulsy akan melawatnya di kampung. Mama membantah
tindakan Iman Fakrulsy itu namun tidak diendahkan.
Segala ceritanya dikongsi bersama Iman Farhan.
Iman Farhan bersikap acuh tak acuh, namun dia tetap
memasang telinga untuk mendengar. Dia yang tidak suka
bergaul itu mula rapat dengan abang kembarnya. Dia tidak
menunjukkan kemesraannya itu, namun Iman Fakrulsy
menyedarinya sendiri.
“Iman…” Iman Fakrulsy duduk di sebelah adiknya
yang sedang termenung di atas para.
Iman Farhan hanya menoleh sekilas. Dia merengus
kecil.
Iman Fakrulsy tersenyum. Sudah biasa dengan
sikap dingin Iman Farhan. Iman Fakrulsy menghulurkan
seutas loket perak kepada Iman Farhan.
Si adik mengerutkan dahi. Buat apa dengan loket
yang nampak agak buruk itu?
Iman Fakrulsy menarik tangan adiknya lantas
diletakkan loket itu di atas tapak tangan Iman Farhan.
“Hadiah birthday untuk Iman,” ucapnya sambil
mengulum senyuman.
“Huh! Iman tak perlukan hadiah birthday daripada
sesiapa.”
“Abang beli dengan duit tabung abang. Dalam loket
itu ada gambar kita berdua. Abang nak Iman ingat pada
abang.”
“Macam perempuan!” desis Iman Farhan.

33
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

“Ini first time Iman dapat hadiah birthday, kan?”


Iman Fakrulsy memeluk bahu adiknya itu.
Iman Farhan hanya membisu. Apabila cuti begini
baharu dia dapat bertemu dengan abang kembarnya itu.
Kalau papa tidak membenarkan Iman Fakrulsy balik ke
kampung, pastinya dia tidak ketemu abangnya itu. Mama
secara terang-terangan melarang keras abangnya pulang
bercuti di kampung. Mereka lahir dari rahim yang sama,
malah tahun, bulan dan tarikh yang juga sama, tetapi
mengapa mama begitu membencinya?
“Iman tak kisah dapat hadiah atau tak. Tak perlu
nak buat baik dengan Iman,” ujarnya sinis. Dalam diam dia
melonjak gembira menerima hadiah daripada abangnya itu.
Loket itu tidak mahal tetapi amat berharga buat diri Iman
Farhan. Ternyata Iman Fakrulsy memahami sikap adiknya
itu. Adiknya seorang yang tidak suka menunjukkan perasaan
sebenar.
“Abang harap sangat satu hari nanti kita dapat
bersama. Abang bosan sorang-sorang kat rumah, tak ada
kawan untuk perang mulut dan bergaduh.”
“Lepas tu mama hantar Iman ke pusat pemulihan
akhlak pula.” Iman Farhan ketawa kecil. Dia pasti tidak dapat
melupakan kecederaan yang meninggalkan parut di dahi
abangnya itu. Kerana luka itulah mama menghantarnya ke
kampung untuk dijaga oleh nenek.
“Kalau kita tak dapat bersama nanti, abang harap
sangat Iman simpan loket ni macam harta sendiri. Iman
adalah orang yang abang amat sayang selain papa dan
mama.”
Loket pemberian Iman Fakrulsy masih disimpan
sebaik-baiknya. Dalam loket itu terselit gambar mereka

34
Qurratu'ain

berdua. Itulah kenangan Iman Fakrulsy untuknya. Loket


berwarna perak itu digenggam erat. Dalam masa lima tahun
ini dia amat merindui gelak tawa abangnya itu.
Bunyi interkom mengejutkan Iman Farhan dari
lamunan. Dia menyimpan loket itu ke dalam briefcasenya.
“Ya, Tasha.”
“Encik Iman, Dato’ Ferish sudah sampai. Dia
menunggu encik di bilik tamu.”
“Hmmm… sediakan dua cawan lemon tea. I punya
macam biasa, lemon tea kurang manis. Bawakan sekali kek
coklat yang I beli tadi.”
“Baik, Encik Iman.”
Tasha menurut sahaja arahan Iman Farhan.
Ketuanya itu tidak banyak kerenah. Teh lemon kurang manis
dan kek coklat adalah sarapan rutin lelaki itu di pejabat.
Setiap pagi Tasha akan meletakkan sarapan itu di atas meja
ketuanya kecuali hari ini. Lelaki itu awal-awal lagi telah
memberitahunya agar tidak menyediakan sarapannya itu
seperti selalu. Dia ingin bersarapan bersama Dato’ Ferish.
Tasha menatang dulang berisi dua cawan teh lemon
dan sepinggan kek coklat yang telah siap dipotong. Bibirnya
mengukir senyuman memandang Dato’ Ferish. Lelaki itu
masih kelihatan segak dan bertenaga sekalipun sudah
berusia.
“Iman… sorry, papa terlewat sikit,” ujarnya sebaik
sahaja melihat Iman Farhan melangkah masuk ke dalam bilik
tamu itu.
Tasha mengerutkan dahi. Dia mengalihkan muka
menghadap Iman Farhan. Patutlah Iman Farhan mengatakan
dia kenal sangat dengan Dato’ Ferish. Mereka punya pertalian

35
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

darah rupanya. Ayah dan anak. Tasha tidak perasan wajah


Iman Farhan ada acuan wajah Dato’ Ferish.
“Tasha, tolong bawakan fail projek tu untuk I,”
pinta Iman Farhan.
“Baik.” Tasha beredar dari bilik tamu itu.
Iman Farhan melabuhkan punggung di atas sofa.
“Dalam urusan perniagaan, kita mesti bersikap
profesional. Tiada hubungan antara bapa dan anak untuk
sementara waktu. Papa dah lupa prinsip tu?” desis Iman
Farhan.
Dato’ Ferish tersenyum. Begitu tegas Iman Farhan
dalam menjalankan tugasnya. Suruh bekerja dengannya,
tidak mahu. Iman Farhan lebih suka berdikari.
“Iman… kenapa dah lama Iman tak jenguk mama?
Mama rindu sangat pada Iman.” Dato’ Ferish menggunakan
kesempatan itu untuk berbual urusan peribadi dengan
anaknya.
“Di sini hanya ada perbincangan dalam urusan
business. No personal discussions. Saya harap Dato’ faham
itu!” tingkah Iman Farhan.
“Please Iman. Just give papa ten minutes.”
Iman Farhan mendengus kecil. Dia mengangguk.
Dato’ Ferish tersenyum. Walaupun Iman Farhan
keras hati, tetapi masih boleh dilembutkan.
“Iman, papa tahu Iman marah pada papa dan mama.
Papa dan mama bersalah pada Iman. Tapi tak bolehkah Iman
maafkan mama? Kesian mama. Dia sunyi dalam rumah tu
sorang-sorang,” beritahu Dato’ Ferish.
Iman Farhan menjadi jemu. Tiada alasan lainkah
yang mama hendak berikan?

36
Qurratu'ain

“Kan ke mama ada bibik, ada Mek Milah dan Pak


Harun dalam vila itu. Kenapa mama sunyi pula?” tukasnya.
“Mama rindukan anak dia yang sorang ni. Tak mahu
langsung jenguk dia...”
“Iman bukan Abang Fakrul!”
“Iman...”
“Mama sees me like Abang Fakrul. I don’t like it.
Apa yang dah mama buat pada Iman, susah untuk Iman
maafkan. Mama lebih sayang Abang Fakrul daripada Iman.
Iman ni hanya bayangan Abang Fakrul!”
Apa yang dikatakan oleh Iman Farhan itu memang
ada benarnya. Mama tidak memandang dia sebagai anaknya
yang lagi satu, tetapi memandangnya seolah-olah Iman
Fakrulsy masih hidup dalam dunia ini.
“Iman… papa tak tahu macam mana nak pujuk
Iman lagi. Buntu fikiran papa dibuatnya...” keluh Dato’
Ferish.
“Kalau begitu, papa tak payah buang masa pujuk
Iman.”
Jelas hati Iman lebih keras daripada kerak nasi.
Dato’ Ferish sudah salah membuat tafsiran. Benar kata
isterinya, anak itu sukar dikekang.
Dato’ Ferish dan Iman Farhan berpaling apabila
pintu bilik tamu itu dikuak seseorang.
Dato’ Ferish mengulum senyuman melihat gadis
manis itu melangkah masuk.
Iman Farhan mengerutkan dahi. Siapa pula gadis
itu? Tidak pernah dia melihat gadis itu di pejabatnya. Tidak
mungkin orang baharu. Dia menjaga bahagian pengurusan
dan sumber manusia, sudah tentu dia terlebih dahulu

37
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

diberitahu jika ada kemasukan pekerja baharu.


“Mari, papa kenalkan Maya pada saudara kembar
arwah Fakrul.” Dato’ Ferish menarik lengan gadis manis itu.
Gadis yang memakai kot dan seluar panjang itu
mengikut sahaja. Dia juga tergamam melihat lelaki di
hadapannya itu. Tidak pernah dia diperkenalkan dengan
saudara kembar arwah tunangnya sebelum ini. Puan Elisha
juga tidak pernah membuka mulut perihal saudara kembar
arwah Iman Fakrulsy.
“Maya... inilah Iman Farhan, adik kembar arwah
Fakrul.”
Tidak berkelip mata Maya merenung Iman Farhan.
Rupa mereka amat mirip. Sukar untuk mencari perbezaan di
antara kedua-duanya jika Iman Farhan tidak memakai kaca
mata.
“Hai.” Sepatah sahaja perkataan yang diucapkan
oleh Iman Farhan. Dia tidak berminat untuk sesi suai kenal
pada waktu begini. Dia menyuap kek coklat ke dalam mulut.
“Iman ni macam arwah abangnya juga, suka makan
kek coklat.” Dato’ Ferish mengajak Maya duduk bersarapan
bersama mereka.
Maya menurut sahaja. Dia duduk di sebelah Dato’
Ferish.
Satu perkara yang membuatkan Dato’ Ferish agak
pelik memikirkan sikap Iman Farhan adalah apabila disuruh
pulang ke vila mamanya, dia tidak mahu tetapi masih tetap
menyampaikan salam untuk mamanya. Dan anak itu rajin
sekali makan tengah hari dengannya hampir setiap hari di
luar. Sekalipun sudah menjamah makan tengah hari bersama
isterinya di rumah, Dato’ Ferish tetap akan makan lagi
bersama Iman Farhan. Terutamanya apabila dia datang

38
Qurratu'ain

berkunjung ke syarikat itu.


“Bakal isteri nombor tiga papakah?” Selamba Iman
Farhan bertanya.
Tersedak Dato’ Ferish yang ketika itu sedang
menghirup teh lemonnya. Dato’ Ferish ketawa kecil. Dia
tidak mungkin akan berkahwin lagi. Dia sudah menemui
wanita yang benar-benar dicintainya. Perkahwinannya dengan
Datin Junaidah adalah atas kehendak orang tuanya. Tiada
sekelumit perasaan pun terhadap isteri pertamanya itu.
Tambahan pula Datin Junaidah disahkan tidak boleh
melahirkan zuriat untuknya. Alasan itu digunakan
sepenuhnya untuk mengahwini mama Iman Fakrulsy dan
Iman Farhan. Puan Elisha, wanita yang berjaya memaut
hatinya. Jarak usia yang jauh tidak menjadi halangan buat
pasangan kekasih itu. Datin Junaidah tidak membantah,
malah dia merelakan perkahwinan tersebut atas dasar untuk
meneruskan keturunan suaminya. Wanita itu reda berkongsi
kasih demi suami tersayang.
“Kamu nak mama kamu cekik papa sampai mati ke
Iman? Papa dah tua, Iman... tak berminat nak tambah dua
lagi kuota yang ada tu. Papa cintakan mama kamu.”
Iman Farhan mengangguk. Kalau bukan bakal isteri
ketiga papa, siapa pula perempuan ini? Bukankah papa
membahasakan dirinya sebagai papa kepada gadis itu tadi?
Anak angkat papakah? Ataupun… isy, tidak baik dia berburuk
sangka dengan papanya.
“Sesekali tu, kamu jenguk-jenguklah mama kamu,
Iman.”
“Tengoklah kalau Iman senang.”
“Kamu bila nak senangnya? Dua puluh empat jam
menghadap kerja!”

39
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

Iman Farhan diam. Malas mahu berdebat dengan


papanya lagi. Mereka berdebat tentang hal yang sama saban
hari. Semuanya berkaitan dengan mama. Sesak nafas
dibuatnya. Mama… mama… mama… seolah-olah tiada isu
lain yang lebih penting untuk diperbualkan. Iman Farhan
menyuap lagi kek coklat kegemarannya.
Maya memerhatinya dengan renungan yang tajam.

40
Qurratu'ain

6
Y EE-REN tidak mengerti men-
gapa dia harus mengekori Iman
Farhan. Setiap gerak-geri lelaki
itu dia intip dari jauh. Tidak sukar untuk mencari lelaki itu
kerana Iman Farhan adalah pengunjung tetap di Balai Seni
Lukis Negara. Mukanya sering dilihat berada di situ, malah
rata-rata pekerja di Balai Seni Lukis Negara itu mengenal-
inya. Yee-Ren terus mengekori langkah Iman Farhan. Gaya
dan penampilan Iman Farhan amat menarik perhatiannya.
Berpuluh-puluh lukisan gambar Iman Farhan memenuhi
ruang biliknya kini.
Iman Farhan menyedari ada orang mengintip
pergerakannya. Dia bukannya bodoh. Pada mulanya dia
berbuat tidak tahu sahaja. Namun dia mula rasa tidak senang
apabila diintip secara curi-curi sedemikian. Iman Farhan

41
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

mula memasang jerat untuk si pengintip itu. Inilah masanya!


Iman Farhan mempercepatkan langkah kakinya.
Tergesa-gesa Yee-Ren mengikuti langkah lelaki itu.
Yee-Ren mengeluh apabila kelibat Iman Farhan hilang dari
pandangan matanya. Dia mencari di kawasan sekeliling Galeri
IA itu. Apakah lelaki itu sudah menyedari perbuatannya? Agak
lama dia berpusing-pusing di sekitar ruang galeri itu, Yee-
Ren mengeluh hampa. Iman Farhan tidak ditemui. Dia
mengatur langkah menuju ke kafeteria. Tekaknya terasa
haus. Dia membeli segelas air kosong.
“Warghhh!”
Yee-Ren nyaris-nyaris menjerit. Berdegup kencang
jantungnya. Belum sempat dia meneguk air dalam gelas di
tangannya, dia disergah dari belakang. Hampir separuh
airnya tertumpah. Pantas Yee-Ren berpaling. Berubah reaksi
wajahnya. Rasa malu berpadu. Merona merah wajahnya.
Padan muka! kata hati Iman Farhan. Dia tidak
menyangka bahawa si pengintip itu rupa-rupanya adalah
gadis yang dia dan Zaid temui di Balai Seni Lukis Negara itu
tidak lama dahulu. Dia ketawa. Terserlah lesung pipit di
sebelah kanan pipinya.
Yee-Ren terpukau dengan tawa Iman Farhan. Tawa
lelaki itu memang mirip dengan seseorang.
“Si bisu, kenapa awak ekori saya? Baik awak jawab
sebelum saya apa-apakan awak. Saya tak kisah kalau
perbuatan saya jadi tumpuan pengunjung di sini,” ugut Iman
Farhan.
Yee-Ren menggetap bibirnya.
“Oh, ya! Hampir saya terlupa.” Iman Farhan
mengeluarkan sebatang pen dan sebuah buku nota dari dalam
beg sandangnya. Dihulurkan kepada Yee-Ren.

42
Qurratu'ain

Tercengang gadis itu. Yee-Ren pandang wajah Iman


Farhan. Apa dia mahu aku buat agaknya? bisik hati kecilnya.
“Sekarang kita boleh berbual melalui tulisan. Biar
saya mulakan dulu.” Iman Farhan menulis beberapa
perkataan di atas buku nota itu. Kemudian dia tunjukkan
kepada Yee-Ren.
Yee-Ren membacanya.

Nampaknya kita bertemu lagi cik bisu yang jelita.

Yee-Ren tersenyum.
Iman Farhan menulis lagi.

Kenapa awak mengekori saya?

Iman Farhan fikir dia seorang gadis yang bisu?


Lelaki itu ternyata sudah salah sangka! Dia mencapai pen di
tangan Iman Farhan. Biarlah Iman Farhan menyangka dia
seorang gadis bisu. Tidak perlu dia berbicara menggunakan
mulut.

Saya minta maaf. Saya tiada niat jahat. Muka


awak macam seorang kawan yang saya kenal.

Yee-Ren memberikan jawapannya kepada Iman


Farhan.
Iman Farhan menulis lagi.

43
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

Begitu miripkah wajah orang itu dengan saya?


Ya.
Dia seorang sahabat yang begitu istimewa pada
awakkah?
Ya. Terlalu istimewa.
Di mana dia berada sekarang?

Wajah Yee-Ren bertukar sayu tatkala membaca


soalan yang ditulis oleh Iman Farhan. Dia merenung buku
nota itu. Dia tidak dapat menjawab pertanyaan Iman Farhan
itu. Hatinya terasa sebak dan sedih. Air matanya menitis.
Dia sudah tiada dalam dunia ini. Dia sudah
meninggalkan sahabatnya ini, hatinya berkata-kata sendiri.
Iman Farhan kerut dahi. Kenapa dengan gadis Cina
itu? Iman Farhan menarik buku nota itu.

Why are you crying?

Dia menolak buku nota itu ke hadapan Yee-Ren.


Iman Farhan menanti dengan sabar.
Yee-Ren tidak membalas.
Iman Farhan menulis lagi.

Adakah dia sudah meninggalkan dunia ini? Maksud


saya, dia sudah tiada lagi?

Air mata Yee-Ren mengalir. Dia menulis pada buku


nota itu dan diberikan kepada Iman Farhan. Yee-Ren bingkas
bangun lalu meninggalkan Iman Farhan sendirian.

44
Qurratu'ain

Iman Farhan mencapai buku nota itu. Dia dapat


mengagak jawapan yang diberikan oleh Yee-Ren.

Wajah awak mengingatkan saya pada dia. Dia


seorang kawan yang amat saya sayangi. Seorang kawan
yang berkongsi suka duka bersama saya. Saya telah
kehilangan dia lima tahun yang lalu. Saya mohon maaf atas
perbuatan saya.

“Benarkah orang itu begitu mirip dengan wajahku?”


Mindanya dipenuhi tanda tanya. Dia perlu mencari jawapan
untuk persoalan itu.

YEE-REN memandang persekitaran di Tasik Permaisuri itu.


Terasa damai di waktu petang begini. Lima tahun dahulu
dia akan bersama Iman Fakrulsy dan Izah mengulang kaji
pelajaran bersama di tasik itu. Mereka sering bergurau senda
dan saling usik-mengusik di antara satu sama lain. Tawa riang
Iman Fakrulsy seakan-akan kedengaran dalam corong telinganya.
Apabila dia ketawa, lesung pipit pada sebelah pipi kirinya akan
terserlah.
“Saya suka tengok awak ketawa.”
Itulah kata-kata yang pernah diucapkannya kepada
Iman Fakrulsy.
Yee-Ren menyeka air yang mengalir di pipi gebunya.
Tidak tahu entah berapa kali dia mengalirkan air mata dalam
masa lima tahun ini.
“Aku dah agak dah, kau mesti ada kat sini.”

45
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

Suara serak-serak basah itu menyapa. Yee-Ren tahu


suara itu milik Izah. Yee-Ren memeluk tubuhnya bila angin
menyapa. Terasa sejuk pula. “Kau masih ingat lagi kenangan
kita di sini?”
“Aku masih ingat. Di sinilah tempat pertemuan
pertama kita dengan dia. Di sinilah kita menghabiskan masa
lapang bersama-sama dan mengulang kaji pelajaran. Dan di
sini juga dia ucapkan salam perpisahan kepada kau.”
“Kau terlupa Izah. Dan di sini jugalah tragedi
berdarah tu berlaku.”
Jika malam itu Yee-Ren berkeras tidak mahu
berjumpa, pasti dia masih bernafas dan bahagia bersama
isterinya.
“Aku masih tak dapat memaafkan diriku, Izah.”
“Sampai bila kau nak salahkan diri kau? Kalau dia
masih ada, dia tentu sedih tengok kau begini.” Izah memaut
bahu temannya itu.
“Aku tak tahu, Izah. Kini aku bersua pula dengan
lelaki yang mirip wajahnya.” Yee-Ren menekup mukanya.
“Lupakan kisah lalu, Yee. Kau tak seharusnya
menghukum diri kau. Bukan kau yang bersalah tapi
perempuan tu. Dia yang nak bunuh kau.”
Benar. Sasaran lelaki-lelaki itu sepatutnya adalah
dia. Entah mengapa mama Iman Fakrulsy begitu benci akan
dirinya. Wanita itu tidak akan puas selagi dia masih bernafas.
Pembunuhannya telah dirancang dengan teliti. Namun apa
yang dirancang tidak berlaku seperti yang sepatutnya dengan
kehadiran Iman Fakrulsy. Demi melindunginya, Iman
Fakrulsy berkorban nyawa yang tiada galang gantinya.
“Aku masih tak tahu apa permusuhan keluarga aku

46
Qurratu'ain

dengan keluarga Fakrul. Abang juga tak mahu beritahu aku,


Izah. Dia terlalu menyimpan rahsia.”
“Di mana agaknya abang kau sekarang? Joshua tu
panas baran orangnya. Aku risau juga keselamatan dia.
Kitakan dah macam keluarga...”
“Aku sendiri tak tahu di mana abang aku berada
Izah. Dia hilang tanpa berita.”
Keluarga bahagia Yee-Ren musnah dalam sekelip
mata. Syarikat papanya jatuh bankrap. Mamanya pula terlibat
dalam kemalangan langgar lari. Dua hari dalam keadaan
koma, mama meninggal dunia. Papa mengalami tekanan
perasaan yang melampau hingga terpaksa dimasukkan ke
hospital. Sejak itu Joshua meminta keluarga Izah menjaga
Yee-Ren, kemudian dia menghilangkan diri bagaikan angin
lalu. Yang peliknya setiap bulan dia akan memasukkan duit
ke dalam akaun simpanan Yee-Ren. Dia mahu Yee-Ren
memilih jalan kehidupannya sendiri. Tidak hairanlah jika
gaya dan penampilan Yee-Ren lebih terarah kepada budaya
kaum Melayu berbanding kebudayaan bangsanya sendiri.
“Kau marahkan dia?” soal Izah. Begitu lama Yee-
Ren dan abangnya terpisah.
Yee-Ren menggelengkan kepalanya. Joshua adalah
seorang abang yang baik. Mungkin ada alasan yang
menyebabkan Joshua meninggalkannya. Dia tidak dapat
membenci Joshua. Suatu hari nanti, pasti Joshua akan datang
mencarinya. Air yang dicincang takkan putus.
“Yee… boleh aku tanya sesuatu pada kau?”
“Tanyalah.”
“Kau masih ekori lelaki yang berwajah seiras arwah
Fakrul tu?”

47
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

“Hari ni aku termasuk ‘perangkap’ dia. Dia tahu aku


ekori dia. Dia masih fikir aku ni gadis yang bisu. Kami
berbicara melalui pen dan kertas,” jelas Yee-Ren. Dengan Izah
dia tidak pernah berahsia.
“Ya Allah! Tak baik kau tipu dia, Yee.”
“Aku tak mampu nak buka mulut bila berdepan
dengan dia, Izah. Mulut aku terkunci rapat.” Sukar baginya
untuk menuturkan kata apabila berhadapan dengan lelaki
tersebut. Suaranya seakan menghilang.
“Aku pun terkejut juga tengok dia. Serupa sangat
wajah dia dengan arwah Fakrul. Tapi dia nampak cool.”
Izah naik berang apabila Yee-Ren menyatakan dia
telah bertemu dengan lelaki yang raut wajahnya begitu mirip
dengan arwah Iman Fakrulsy di Balai Seni Lukis Negara. Dia
benar-benar marah dengan Yee-Ren. Katanya pandangan
mata Yee-Ren ada masalah. Yee-Ren terlalu teringat pada
arwah Iman Fakrulsy.
“Aku harap lepas ni aku tidak ketemu dia lagi.”
“Aik! Kau yang beria-ia ekori dia, takkan sekarang
nak menyerah kalah begitu aje...” Izah tersenyum.
Yee-Ren gigit bibir.

48
Qurratu'ain

7
I MAN FARHAN tidak pasti apa yang
telah berlaku dengan dirinya sejak
kebelakangan ini. Dia tidak betah
duduk diam. Panas sahaja punggungnya. Dia rasa resah dan
gelisah. Ketenangan pada wajahnya agak terganggu. Iman
Farhan menarik nafas dalam-dalam. Dia termenung. Gadis
itu memang jelita, sayangnya dia bisu. Ah! Tak kisahlah! Dia
cukup berkenan melihat wajah gadis itu. Malah bagaikan ada
suara yang mendesak agar dia mengenali gadis itu dengan
lebih mendalam. Raut wajah gadis itu seolah-olah menyimpan
seribu rahsia. Kejelitaannya cacat dengan kemurungan yang
terpamer pada wajah itu. Dia ingin berjumpa dengan gadis
itu lagi. Dia ingin tahu keperibadian gadis yang telah berjaya
menarik hatinya itu.

49
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

Bunyi ketukan pintu mengejutkan Iman Farhan


dari lamunan. Dia merengus kecil. Sepatutnya waktu kerja
begini dia tidak seharusnya mengelamun. Dia seorang yang
tegas dan berprinsip. Sentiasa menumpukan sepenuh
perhatian terhadap kerja. Urusan peribadi adalah di luar
waktu kerja. Tetapi kenapa kali ini dia tewas dengan
prinsipnya sendiri?
“Masuk.”
Tasha, setiausahanya melangkah masuk dengan
lenggoknya seperti biasa. Gadis itu tidak pernah lekang
dengan senyuman. Sekalipun Tasha sudah berkahwin dan
punya seorang anak, wanita itu masih kelihatan seperti anak
dara. Tasha meletakkan beberapa keping sampul surat di atas
meja Iman Farhan. Kemudian dia menghulurkan fail kertas
ke tangan lelaki itu.
“Bagaimana surat perjanjian Yayasan Murni dengan
Ferish Holdings? You dah siapkan? I mahukan surat tu atas
meja I pagi esok.” Iman Farhan mengingatkan Tasha.
“I dah siapkan, Encik Iman. Hari ini pun I boleh
serahkan pada you.”
“Good. I terlupa satu perkara. If Dato’ Ferish calls,
katakan I ada appointment dengan klien di luar. Minta dia
tunggu sampai I balik.”
Dengan ayah sendiri pun masih nak panggil Dato’
juga ke? Pelik lelaki ini. Kalau Dato’ Ferish tidak datang hari
itu, dia tidak tahu Iman Farhan adalah anak kepada ahli
perniagaan yang kaya dan ternama itu.
“Baik, Encik Iman.”
“I nak bergerak sekarang. Mimi dah tunggu I di luar
ke?”

50
Qurratu'ain

“Tak ada, Encik Iman. Sekarang dah pukul satu tiga


puluh tengah hari. Appointment tu pukul dua tiga puluh
petang. Ada satu jam aja lagi.”
“I solat zuhur dulu. Kalau Mimi tanya I, katakan I
pergi solat. Suruh dia tunggu di kereta I aja,” beritahu Iman
Farhan. Kemudian, tergesa-gesa lelaki itu berlalu pergi.
Tasha menggelengkan kepala. Bagai tidak percaya
Mimi akan menumpang kereta Iman Farhan. Gadis itu
selalunya menggunakan keretanya sendiri. Apa agaknya
mimpi gadis yang berhidung tinggi itu? Hendak pikat
ketuanyakah? Gadis itu sudah bertunang. Pening kepala
Tasha memikirkannya. Tasha menyusun kertas yang agak
berselerak di atas mejanya itu.
“Tasha! Mana bos you yang handsome tu?” Gadis
ayu berkot dan berskirt paras lutut itu tegak berdiri di
hadapan meja Tasha.
Tasha angkat kepala. Dia tersenyum nipis.
“Cik Mimi, Encik Iman pergi solat kejap. Dia minta
Cik Mimi tunggu di keretanya,” Tasha menyampaikan
pesanan Iman Farhan.
Mimi mendengus kecil.
“Malaslah I nak turun dulu. I tunggu dia di sini
sajalah,” desis Mimi. Dia duduk melabuhkan punggung pada
kerusi di hadapan meja Tasha.
Kekok Tasha dibuatnya. Gadis itu merenungnya
tajam. Anak manja pengarah syarikat, bolehlah berlagak!
“You rasa bos you tu dah ada girlfriendkah?” Mimi
membuka bicara.
Tasha jongket bahu. Dia tidak pernah mencampuri
urusan peribadi Iman Farhan. “I tak tahu.”

51
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

“Kan ke you sekretari dia? You yang angkat telefon


bila ada panggilan masuk, kan? Masakan tak ada perempuan
yang bercakap dengan dia?”
“Of course ada. Selalunya call dari klien ataupun
mama dia.”
“Tak ada yang istimewa?”
“Tak ada...” balas Tasha jujur. Dia tidak perlu
berbohong. Beria-ia benar gadis itu mahu mengetahui hal
peribadi ketuanya. Agaknya Mimi ada hati dengan Iman
Farhan. Gadis mana tidak terpikat dengan lelaki berkaliber
itu. Kacak dan anak orang ternama pula.
“So I ada peluang lagi. I nak goda bos you sampai
dia melutut pada I. Belum ada lelaki yang tak tunduk dengan
I.” Mimi tersenyum megah. Kekalahan lalu akan ditebus. Dia
tidak tegar menerima kekalahan.
“Tak baik membalas dendam. You tak boleh
salahkan dia kalau cinta you ditolak. Umur bukan ukuran...”
“Itu urusan I. You jangan nak pandai-pandai bagi
nasihat pada I. You perlu sedar siapa diri you tu dulu. You
cuma makan gaji dalam syarikat ni!” gerutu Mimi.
Terkedu Tasha. Dia tersenyum jua menadah kata-
kata sinis Mimi. Biasalah burung pipit sememangnya tidak
setanding burung merak.
Beberapa minit kemudian Iman Farhan muncul
sambil menjinjing briefcasenya. Lelaki itu hanya memandang
sekilas ke arah Mimi.
Gadis itu tersenyum sinis. Kakinya sengaja
disilangkan agar menampakkan betisnya yang putih gebu itu.
“Let’s go,” ujar Iman Farhan. Dia segera mengatur
langkah keluar dari ofis, meninggalkan Mimi yang masih

52
Qurratu'ain

enak duduk-duduk di kerusi.


Mimi ketap gigi. Dia geram kerana Iman Farhan
langsung tidak memandangnya.
“Tak cantikkah I ni Tasha?” soalnya pada Tasha. Dia
rasa terhina kerana diperlakukan begitu.
Tasha ketawa kecil. Buat apa cantik tapi perangai
buruk! Dia ingat semua lelaki hanya pandang pada kecantikan
dan tubuh yang menggiurkan. Dia tersilap! Iman Farhan
tidak tersenarai dalam kategori lelaki sedemikian.
“Iman, jalan tu jangan cepat sangat. Sakit kaki I
nak kejar you!” bebel Mimi.
Lelaki itu tidak melayan kerenah Mimi. Siapa suruh
pakai kasut tumit tinggi lima inci?
“Kita ada masa dalam setengah jam aja untuk
sampai ke Legend Hotel. So I akan pandu selaju mungkin.”
Iman Farhan sudah berada di dalam perut kereta.
Tergesa-gesa Mimi melangkah masuk ke dalam
kereta Iman Farhan. Gadis itu mendengus geram. “Kalau
kena saman polis jangan libatkan I!”
“Don’t worry. Ini kereta I, so I yang akan
bertanggungjawab.” Iman Farhan menghidupkan enjin
keretanya.
Dalam perjalanan Iman Farhan hanya mendiamkan
diri. Mimi rasa amat bosan. Lelaki itu masih tidak suka
membuka mulut. Mereka berbual hanya atas urusan pejabat.
Kecewa dengan penolakan Iman Farhan
membuatkan Mimi merana. Kecewa hingga dia tidak dapat
meneruskan pelajarannya. Dia pulang ke Malaysia lebih awal
dan menyambung pelajaran di tanah air. Dia bertunang
dengan Kamal pun atas desakan daddy dan mummynya.

53
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

Kamal, boleh tahan orangnya tetapi masih tidak setanding


dengan lelaki di sebelahnya itu. Lelaki ini cukup memenuhi
sifat-sifat lelaki impiannya. Dia sedar usianya dua tahun lebih
tua daripada Iman Farhan. Tetapi dia tidak sudi dirinya
dianggap sebagai seorang kakak oleh lelaki itu.
Mimi berdeham. Sengaja mahu menarik perhatian
Iman Farhan yang sedang memandu. Lelaki itu dilihatnya
semakin kacak. Jantungnya berdegup kencang.
“Iman…” Suara Mimi seakan berbisik. Lembut dan
halus.
“You dah ada girlfriend?” Dia ingin sekali mendengar
jawapan dari mulut lelaki itu sendiri.
“Belum,” balas Iman Farhan pendek. Dia tidak
senang menyentuh soal peribadinya. Gadis itu ingin
mengungkit kisah silam mereka. Tiada cintanya untuk gadis
itu.
“You jual mahal sangat. Siapa yang sanggup beli?”
kata-kata Mimi berbaur sindiran.
Iman Farhan tersenyum. Kata-kata itu sama sekali
tidak menggugatnya.
“I tak kisah kalau tak ada sesiapa yang sanggup
membeli. I tak akan meletakkan harga yang murah supaya
diri I dimiliki,” balas Iman Farhan. “You patut hargai apa
yang you ada. Jangan sia-siakan lelaki yang menawarkan
cintanya untuk you. Jangan menilai cinta tu sama dengan
emas dan permata.”
“Pandai juga you bercakap dalam soal cinta.”
“I just dengar apa yang arwah abang I cakap dalam
soal cinta.”
“Iman, I tak peduli cinta tu emas atau permata.

54
Qurratu'ain

Murah atau mahal. I hanya cintakan you dari dulu. Makin I


membenci, makin kuat perasaan sayang I pada you,” tutur
Mimi.
“Jawapan I tetap sama.”
“Why? Tak layakkah I jadi girlfriend you? Sebab I
tua daripada you?”
“I dah kata umur bukan penyebabnya. Please,
jangan ungkitkan soal peribadi you pada I lagi. I benci tengok
perempuan menangis depan mata I.” Agak keras nada suara
Iman Farhan berbicara. Dia benci terperangkap dalam soal
cinta. Sebab cinta itu pembunuh. Pembunuh yang sungguh
kejam!
Mimi terdiam. Hati Iman Farhan masih keras.
Lelaki itu seolah-olah tidak ada perasaan. Namun lelaki itu
juga yang dikejar dan menghantui mimpinya saban malam.
“I masih cintakan you, Iman. Tak kira berapa lama I
bersama Kamal, I tetap tak dapat lupakan you,” luah Mimi.
Dia menanti reaksi dari wajah dingin itu.
“You patut hargai Kamal. Dia cintakan you sepenuh
hatinya. Walau berapa kali you sebut you cintakan I, you
hanya buang masa you, Mimi. I takkan mencintai you.”
Mimi tidak puas hati. Sukarnya untuk lelaki itu
jatuh cinta! Tidak cantikkah dia? Perempuan jenis bagaimana
yang Iman Farhan akan pandang?
“You akan menyesal!”
“Stop it! I dah bosan bercakap soal cinta, hati dan
perasaan ni! Don’t act like a child, okay?” Iman Farhan
melenting. Dia menekan pedal minyak. Kelajuan keretanya
semakin meningkat. Rambut Mimi yang tersisir rapi tadi jadi
tidak terurus kini. Iman Farhan sengaja menurunkan cermin

55
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

tingkap keretanya.
“Kalau you nak mati jangan libatkan I, okey!”
“Shut your mouth!” Nadanya masih meninggi.
Terkatup bibir merah merekah itu. Jantungnya
berdegup kencang.

IMAN FARHAN melonggarkan tali lehernya. Dia lega kerana


perbincangan bersama klien tersebut berjalan dengan lancar.
Dalam masa beberapa hari lagi mereka akan menandatangani
kontrak seperti yang dijanjikan. Nasib baik dia dan Mimi
sempat tiba tepat pada masanya. Rambutnya yang agak kusut
itu dibiarkan sahaja. Mimi sudah hilang entah ke mana.
Barangkali gadis itu sudah kembali ke biliknya. Dia bergegas
ke bilik tamu. Papanya pasti sedang menunggu di situ. Terjegil
biji matanya melihat papanya datang bersama mamanya.
Puan Elisha tersenyum manis. Pantas dia memeluk
dan mencium pipi anaknya itu.
Dato’ Ferish memerhati riak wajah tidak senang
Iman Farhan. Tidak dibalas peluk cium mamanya itu. Iman
Farhan duduk melepaskan lelah yang masih bersisa.
“Mama dan papa dah minum?”
“Belum. Papa dan mama baru aja sampai.”
“Hmmm...” Iman Farhan mengangkat telefon
dalam bilik tamu tersebut.
Kedengaran suara Tasha di talian.
“Tasha, tolong buatkan tiga cawan lemon tea.
Thanks.”
“Muka Iman nampak letih. Kenapa tak ambil cuti

56
Qurratu'ain

untuk berehat? Tengok, pucat sikit muka anak mama ni.”


Puan Elisha menyentuh wajahnya. Diusap-usapnya perlahan.
Itu menunjukkan dia mengambil berat akan anak itu.
“Mama tak perlu risau dengan kesihatan Iman.
Iman boleh jaga diri Iman sendiri.” Iman Farhan menepis
perlahan tangan mamanya. Tidak perlu mama berlakon di
hadapannya. Mama tidak akan berjaya memujuk dia untuk
kembali ke sisinya. Mama yang telah membuang dia berpuluh
tahun dahulu.
“Iman… tak baik berkasar dengan mama Iman
begitu. Mama Iman datang nak tengok keadaan Iman. Lama
sangat Iman tak balik ke rumah.”
“Iman ada rumah sendiri.” Dia melonggarkan terus
tali lehernya. Rasa rimas pula. Beberapa butang baju
kemejanya dibuka. Datang pula rasa panas dalam bilik
berhawa dingin itu.
Puan Elisha tersenyum pahit. Iman Farhan sukar
menerima dirinya sebagai ibu. Anak yang sering diajak
bertelagah itu kini didambakan kasih sayangnya. Dia
kesepian. Puan Elisha yang angkuh dengan kemegahan dan
kemewahan hidupnya itu tidak mampu memperoleh secebis
kasih dari anak sendiri. Sungguh memalukan!
Iman Farhan menguak rambut yang terjuntai di
atas dahinya ke belakang. Dia tidak bersimpati dengan
kesedihan mamanya itu. Kehilangan abangnya cukup
menyeksa jiwa mamanya itu. Berhari-hari mama menangis
meratapi kematian abang. Kehadirannya bagaikan tidak
wujud langsung. Mama sering memandangnya sebagai
musuh. Bukan dia tidak mengharapkan kasih sayang dari
mama tetapi mama yang membunuh kasih sayang itu.
Hatinya sudah menjadi sekeras kelikir. Air matanya sudah

57
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

kering.
“Umi sihat ke papa?” Iman Farhan bertanyakan
perkhabaran ibu tirinya itu. Dia memang agak rapat dengan
wanita itu sejak pulang belajar dari luar negara. Wanita itulah
yang sering memujuknya dan berkongsi segala kesedihannya.
Dia cukup terkilan dengan sikap mama. Mama
menghalang dia menatap wajah abangnya untuk kali terakhir.
Bukannya mama tidak boleh menunggu kepulangannya!
“Umi sihat. Papa ada balik semalam ke rumahnya.
Dia bertanyakan kamu. Lama kamu tak jenguk dia?” Dato’
Ferish sedikit hairan. Kebelakangan ini Iman Farhan semakin
rapat dengan ibu tirinya tetapi tidak dengan mamanya
sendiri.
“Iman sibuk dengan kerja. Maybe next week Iman
lapang sikit. Rindu pula dengan masakan umi.” Sengaja dia
menaikkan rasa iri hati mamanya.
Puan Elisha tidak dapat menerima kemesraan Iman
Farhan dengan Datin Junaidah. Dia memprotes tetapi tidak
ditunjukkan melalui riak wajahnya. Mengapa ibu tirinya itu
yang mendapat lebih perhatian daripada dia? Keadaan yang
membuatkan Puan Elisha rasa menyampah!

58
Qurratu'ain

8
K EDEGANG!

Izah memandang Yee-Ren di sebelah. Kereta Kelisa


Izah mencium belakang kereta Honda Civic di hadapannya.
Izah dan Yee-Ren panik. Berdegup kencang jantung kedua-
dua gadis itu.
Seorang lelaki keluar dari kereta sambil bercekak
pinggang.
Izah menggigit bibir. Dia dan Yee-Ren meluru
keluar melihat kerosakan pada kereta Honda Civic itu. Kemik
belakang kereta tersebut.
“Ops! Sorry, kami tak sengaja.” Izah menyusun
sepuluh jari kepada lelaki itu.

59
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

“Tak reti pandu kereta ke? Eh!” Bulat mata lelaki


itu menatap wajah gadis di sebelah Izah. Rasanya dia kenal
dengan gadis tersebut. Marahnya serta-merta hilang.
Senyumnya melebar.
“Iman! Baik you keluar sekarang. You tentu tak
sangka siapa yang I jumpa ni!” panggil lelaki itu.
Izah panjangkan leher menjenguk kawan lelaki itu
yang sedang duduk di dalam kereta. Rasanya macam kenal.
Izah amati wajah lelaki yang bertindak sebagai pemandu itu.
Berpeluh-peluh mukanya. Pantas dia mencuit bahu Yee-Ren.
“Yee… hantu Fakrul,” bisiknya pada telinga Yee-
Ren.
Wajah putih bersih itu serta-merta berubah.
Iman Farhan melangkah keluar. Siapakah yang
dimaksudkan oleh Zaid itu?
“Apa hal? Kalau dia dah salah, minta ganti rugi aja.
Settle problem...” desis Iman Farhan.
“Cuba tengok dulu siapa tuan empunya Kelisa yang
langgar kereta kita tu. Kereta kontot ada hati nak cium kereta
besar.” Zaid memuncungkan mulutnya.
Iman Farhan memalingkan kepalanya. Dia melihat
gadis jelita yang agak takut-takut itu.
“Hmmm…”
Yee-Ren menyorok di belakang Izah. Dia takut
melihat jelingan tajam Iman Farhan.
Izah tampak tenang. Dia bukannya bersua dengan
hantu tetapi manusia yang masih bernyawa. Kenapa dia perlu
berasa takut pula?
“Well, apa you nak buat pada dua gadis cantik ni?
Teruk kemiknya belakang kereta you ni, Iman,” tanya Zaid.

60
Qurratu'ain

“You minta ganti rugi pada mereka. I tak mahu


bazirkan masa I di sini. I ada kerja lain yang lebih penting
dari hal sekecil ni.” Iman Farhan kembali masuk ke dalam
keretanya.
Zaid menjongketkan bahu.
Iman Farhan tidak memberi muka langsung kepada
dua gadis manis itu.
Zaid menadahkan tangan meminta ganti rugi.
Izah mengeluarkan beberapa keping not seratus
ringgit dari dompetnya. Dia menghulurkannya kepada Zaid.
“Thanks. I harap kita akan bertemu lagi. Bye-bye.”
Zaid mengenyitkan matanya.
Izah menjuihkan bibir. Gatal!
“Agaknya dia bengang dengan kita, Yee. Pokai
nampaknya aku bulan ni. Ingatkan dapatlah berjimat sikit.
Nampak gayanya, kempunan le aku nak beli baju yang aku
tengok hari tu,” keluh Izah.
Yee-Ren tersenyum. Apa nak buat, salah mereka
juga. Melanggar kereta dua lelaki segak bergaya itu. “Aku
boleh tolong support sikit.”
Izah tarik nafas lega. Bercahaya matanya. Harapan
yang hampir punah bersinar kembali. Sudah beberapa kali
dia mengintai baju kebaya berwarna kuning cair di butik
eksklusif itu. Dia cukup berkenan dengan fesyen baju kebaya
yang bersulam itu. Cantik jika dipakai untuk ke majlis
perkahwinan atau majlis-majlis istimewa. Memandangkan
harganya mencecah ratusan ringgit, Izah menyimpan wang
sedikit demi sedikit untuk memiliki baju impiannya itu.

61
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

“BUDAK Cina tu semakin cantiklah. Kalau dia jadi awek I, I


tak akan pandang perempuan lain dah.”
Iman Farhan membisu. Dia lebih menumpukan
perhatiannya kepada jalan raya ketika memandu.
“You dengar tak apa I cakap, Iman?” gerutu Zaid.
Iman Farhan masih membisu. Dia mengerling Zaid
sekilas lantas ligat tangannya membuka radio di dalam
keretanya. Dengar lagu lebih menyenangkan daripada
melayan Zaid bercakap, desis hatinya.
“Bercakap dengan you nikan... macam I bercakap
dengan tunggul kayu, tau!” Zaid memuncung, kecil hati
dengan sikap Iman Farhan.
Iman Farhan tersenyum kemenangan. Diam juga
temannya itu. Mereka membisu hingga tiba ke destinasi.
Iman Farhan merayau-rayau di sekitar Ampang
Park. Dia merengus geram. Zaid meninggalkannya sendirian
setelah mendapat panggilan daripada salah seorang
kekasihnya. Hal kecemasan katanya. Keretanya pula dibawa
oleh Zaid. Zaid meminta dia menunggu di tempat letak kereta
dan akan kembali semula dalam masa setengah jam. Namun
sudah hampir dua jam dia menunggu Zaid di situ sebelum
dia mengambil keputusan untuk merayau di sekitar Ampang
Park. Tahulah Zaid dia kerjakan nanti!
Sebuah kedai kek menarik perhatiannya. Melihat
dari keadaan kedai itu, mungkin masih baharu dibuka.
Rasanya tidak sampai setahun. Iman Farhan menarik pintu
kaca kedai kek tersebut.
Pelanggan di dalam kedai kek itu boleh tahan
ramainya. Iman Farhan memilih meja yang agak tersorok.
Dia mengeluarkan buku dari beg sandangnya, sebuah novel
hasil karya Stephen King, seorang penulis terkenal yang

62
Qurratu'ain

dilahirkan di Portland, Maine pada tahun 1947. Black House


merupakan salah satu karya yang diminati oleh Iman Farhan.
Sequel daripada novel The Talisman. Dia juga meminati
novel-novel seram dan misteri selain menghayati keindahan
lukisan-lukisan yang tergantung di dinding.
“Welcome to Elle’s Cake House. May I take your
order, sir?”
Suara gemeresik seorang gadis menusuk ke dalam
telinga Iman Farhan. Halus dan memukau. Iman Farhan
mencapai menu yang dihulurkan tanpa menoleh ke arah
gadis tersebut.
“Two pieces of chocolate cake and lemon tea.
Lemon tea I tu kurang gula...” balas Iman Farhan. Dia
mengalihkan pandangan matanya.
Gadis itu menekup mulut. Pen dan buku nota kecil
itu terlepas dari pegangan.
“It’s you again. Rupanya awak tak bisu!” Iman
Farhan tersenyum. Terpamer lesung pipit di pipi kanannya.
Lesung pipit itu membuatkan Yee-Ren terkesima.
“Tertipu rupanya saya,” sambungnya lagi. Iman
Farhan menanggalkan kaca matanya. Kali ini jelas sekali
wajahnya begitu mirip dengan ‘dia’.
Hati Yee-Ren kian berdebar-debar. Pertemuan dengan
lelaki itu di sini memang sama sekali tidak diduga.
“Eh, kenapa tercegat saja? Macam mana dengan
pesanan saya tadi?”
“Ah! Ya.” Bergegas dia mengatur langkah. Kenapa
mereka harus bertemu lagi?
Beberapa minit kemudian Yee-Ren kembali
membawa pesanan yang diminta oleh lelaki itu. Dia

63
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

meletakkan perlahan-lahan di hadapan Iman Farhan. Ada


sedikit getaran pada tangannya.
“Kenapa awak takut dengan saya?” Pantas Iman
Farhan memaut tangan gadis itu. Sejuk.
“Maaf…” Yee-Ren menarik tangannya.
Iman Farhan menyuap kek coklat yang dipesannya
tadi ke dalam mulutnya. Kek itu memenuhi cita rasanya.
Lebih sedap daripada kek yang selalu dibelinya sebelum ke
pejabat. Dia amat gemar makan kek coklat sejak kecil. Jika
kek itu tidak disediakan, pasti dia merengek atau merajuk
dengan neneknya. Agak aneh kegemarannya itu, hingga
dibawa ke alam dewasa.
“Oh! Kedai kek ni milik awak dengan… apa nama
kawan awak tu?”
“Izah.”
“Hmmm... sedap suara awak. Kenapa nak jadi orang
bisu pula?”
“Itu…” Yee-Ren menundukkan kepalanya. Dia
tergagap-gagap mahu menjawab. Dia meramas-ramas jarinya.
Dia bukan sengaja mahu menipu lelaki itu. Tiada niat
langsung! Lelaki itu yang fikirkan dia bisu.
“Tak baik menipu. Dari menipu boleh jadi mencuri
tau!”
Yee-Ren menelan air liur. Benar! Dia bukan sengaja
mahu menipu Iman Farhan.
“Bukan… bukan begitu.” Masih tergagap-gagap
Yee-Ren menjawab.
“So… why?” Iman Farhan merapatkan mukanya ke
arah Yee-Ren. Comel raut wajah gadis itu bila rambutnya
disanggul rapi.

64
Qurratu'ain

Berdegup pantas jantung Yee-Ren. Merona merah


wajahnya. Lelaki ini…
“Maaf kalau saya buat awak takut.” Iman Farhan
duduk seperti sediakala.
Yee-Ren menarik nafas panjang. Dia gerun dengan
renungan tajam Iman Farhan. Seperti mahu menelannya
hidup-hidup!
Mereka terdiam seketika. Masing-masing melayan
fikiran sendiri.
“Lukisan yang saya ambil tempoh hari tu saya akan
simpan baik-baik. Awak memang berbakat dalam bidang
lukisan potret. Lukisan-lukisan yang tergantung dalam kedai
kek ni pasti awak yang lukis, kan? Cantik!” Dia menongkat
dagu. Teh lemon dalam cawan itu dihirup perlahan.
Yee-Ren mengambil peluang itu untuk meneliti
setiap sudut dan gaya lelaki di hadapannya. Wajah mereka
memang sama tetapi perilaku mereka amat berbeza. Dia
bersikap lemah lembut dan ceria manakala lelaki ini berwajah
dingin dan agak kasar.
“Kenapa awak tengok saya macam tu?” tegur Iman
Farhan.
Yee-Ren tergamam. Alamak! Lelaki itu sudah
perasan!
“Muka saya mengingatkan awak pada orang itu
lagikah? I don’t like it!” protes Iman Farhan.
“Maaf.”
“Jangan asyik minta maaf dari saya.”
Iman Farhan menyuapkan lagi kek coklat itu ke
dalam mulutnya. Pinggan kecil itu akhirnya kosong. Tiada
lagi kek coklat yang tinggal. Sekadar sisa-sisa kecil.

65
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

“Rasanya saya belum tahu nama awak.” Iman


Farhan memandang tepat ke dalam anak mata yang jernih
itu. Dia sengaja tidak mahu mengingati nama gadis itu. Lebih
baik gadis itu memperkenalkan dirinya sendiri.
“Nama saya Yee-Ren,” balas Yee-Ren perlahan, serba
salah.
“Iman Farhan.” Iman Farhan memperkenalkan
dirinya. Dia mencapai kaca matanya. Jam tangan berjenama
Rolex itu dipandang sepintas lalu. Sudah setengah jam dia
berada di dalam kedai kek tersebut. Kemungkinan Zaid sudah
habis berurusan dengan teman wanitanya. Tidak mengapa.
Zaid boleh menunggunya.
“Apa lagi kek special di sini? Saya nak order setiap
satu.”
“Hah?”
“Please take my order, okay. Perut saya masih perlu
diisi.”
“Okey, tunggu sebentar ya.” Yee-Ren bingkas
bangun. Dia tergesa-gesa beredar dan hampir berlanggar
dengan Izah yang sedang membawa sekotak kek yang sudah
siap dibungkus.
Izah kehairanan melihat gelagat Yee-Ren apabila
mereka berselisihan. Apa yang tidak kena dengan gadis itu?
Gelabah semacam! Mata Izah membelingas, cuba mencari
jawapan. Ternganga mulut gadis itu apabila melihat Iman
Farhan berada di dalam kedai kek mereka. Patutlah pun! Dia
menghampiri meja Iman Farhan.
“Hai!” Iman Farhan menyapa.
“Apa awak buat kat sini?” Izah bertanya soalan
bodoh.

66
Qurratu'ain

“Makan kayu dengan batu,” balas Iman Farhan.


“Tak baik layan customer dengan muka cemberut
gitu,” tambahnya lagi.
Izah mencebik. Suka hati akulah!
“Awak ekori kami ya? Ganti rugi tadi tak
cukupkah?” tanya Izah sambil bercekak pinggang.
Iman Farhan tergelak di dalam hati. Gadis itu sudah
tersalah sangka. Kebetulan dia hanya mengikut rentak
langkah kakinya yang akhirnya membawanya ke kedai kek
tersebut. Tak sengaja!
Yee-Ren datang membawa semua jenis kek di dalam
kedainya lalu diletakkan di atas meja Iman Farhan.
Terbeliak biji mata Izah. Hah, lelaki ini memang
hantu kek! Badan kurus macam itu boleh ke habiskan semua
jenis kek ini?
“Handsome, kan kawan Kak Yee tu!” Wani datang
berbisik ke telinga Izah.
Bila masa pula Yee-Ren berkawan dengan lelaki
bermuka dingin itu? Kekacakan Iman Farhan telah menjadi
perhatian gadis remaja seperti Jaja dan Wani, dua pekerja di
kedai kek mereka.
“Muka stone macam tu kau kata handsome? Otak
kau ada masalah ke Wani?”
Wani tersengih.
Lancang sungguh mulut Izah!
“Dia memang handsomelah, Kak Izah. Mata Kak
Izah tu yang berkarat. Kena kasi cuci sikit.”
“Dah! Dah! Jangan menyibuk di sini. Pergi tolong
Si Jaja tu!” arah Izah.

67
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

Wani mengeluh kecil. Memang Jaja sedang sibuk di


kaunter hingga tak menang tangan.
“Orait bos!” Wani menerima arahan.
Yee-Ren menekup mulut. Terkejut besar dia melihat
Iman Farhan telah menghabiskan semua jenis kek yang
dipesannya itu. Biar betul! Licin kek di hadapan lelaki itu.
“Awak ada masalah ke?” tanya Izah.
“Saya takde masalah, cuma melepaskan geram!”
“Gaduh dengan girlfriend ke?” tebak Izah.
Iman Farhan tertawa kecil. Lesung pipit itu
menambahkan lagi kekacakan wajahnya. Satu lagi daya
tarikan lelaki itu.
“Girlfriend? Awak memang pandai buat lawak.”
“Betul jugak. Muka stone macam awak ni,
perempuan mana nak dekat... walaupun awak handsome
macam Johnny Depp,” selamba Izah menutur kata.
Yee-Ren mencubit lengan temannya itu. Galak betul
Izah bercakap dengan Iman Farhan.
“Muka saya ada iras Johnny Depp ke?”
“Taklah. Tapi muka awak seiras dengan seorang
teman lama Yee… Aduh!”
Yee-Ren mencubit kuat lengan Izah sebelum gadis
itu sempat menghabiskan kata-katanya.
Terjerit kecil Izah dengan muka yang berkerut-
kerut. Merah padam mukanya. Sakitnya bukan main! Merah
kesan cubitan pada lengannya.
“Iras dengan siapa? Awak tak habis cakap tadi,” soal
Iman Farhan. Dia tahu wajahnya itu iras dengan seseorang.
Ada sedikit syak wasangka di dalam hatinya. Dia cuba

68
Qurratu'ain

mendapatkan jawapan yang pasti. Kalau benar apa yang dia


fikirkan, gadis itulah orangnya. Gadis yang dicari-carinya itu.
Dia menjeling Izah dengan tajam.
Izah menekup mulut tiba-tiba. Nyaris dia terlepas
cakap.
“Errr… Saya nak pergi layan customer tu kejap.”
Izah berdalih. Kebetulan ada pasangan kekasih yang baharu
masuk ke kedai kek mereka. Dia bergegas meninggalkan Yee-
Ren.
Terkulat-kulat gadis itu menghadap Iman Farhan
seorang dri.
Iman Farhan mengalih pandangan matanya ke arah
Yee-Ren. Wajah comel yang kebudak-budakan itu menarik
perhatiannya.
Yee-Ren tidak selesa lelaki dingin itu meratah setiap
sudut wajahnya. Ingin beredar, kakinya bagaikan terpaku
ketika itu.
Bunyi telefon menyelamatkan Yee-Ren dari situasi
yang mulai tegang itu. Dia menarik nafas lega.
“Helo! Selamat tengah hari. Boleh saya bercakap
dengan Cik Loke Yee-Ren?”
“Ya, saya bercakap.”
“Saya Doktor Yani dari Hospital Kuala Lumpur.”
“Papa! Kenapa dengan papa saya?” tanya Yee-Ren
cemas. Janganlah ada sesuatu yang buruk berlaku pada papa.
Papa sudah tujuh tahun koma, dan hanya
bergantung hidup pada mesin sokongan hayat. Otak papa
sudah mati dan tidak boleh berfungsi lagi. Doktor
menyarankan agar dia mematikan mesin sokongan hayat itu
tetapi Yee-Ren enggan berbuat demikian. Dia yakin papanya

69
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

akan sedar jua suatu hari nanti. Mematikan mesin sokongan


hayat itu bermakna dia membunuh papa!
“Saya minta Cik Yee-Ren banyak-banyak bersabar
mendengar berita yang ingin saya sampaikan.”
“Ada sesuatu yang buruk telah berlaku pada papa
sayakah?” tanya Yee-Ren cemas.
“Cik Yee-Ren… kami dah lakukan yang terbaik.
Ayah cik telah menghembuskan nafas terakhirnya sebentar
tadi.”
“Papa!!!” Gagang telefon terlepas dari tangannya.
Yee-Ren jatuh terjelepok di atas lantai. Air matanya mencurah-
mencurah keluar membasahi pipinya.
Iman Farhan bingkas bangun apabila melihat
keadaan Yee-Ren itu.
Izah, Wani dan Jaja segera meluru mendapatkan
Yee-Ren.
Yee-Ren mendakap tubuh Izah erat.
“What’s wrong with her?” Iman Farhan mengalihkan
pandangan ke arah Izah.
Izah menggelengkan kepala. Dia sendiri tidak tahu.
“Yee… kenapa ni?” soal Izah bila Yee-Ren kelihatan
agak tenang sedikit.
Yee-Ren menyeka air matanya. Dia memandang
Izah dengan pandangan sayu. “Papa…”
“Kenapa dengan uncle, Yee?” Izah mengusap-usap
belakang temannya itu. Setahunya, papa Yee-Ren masih koma
di hospital. Tujuh tahun sudah berlalu namun papa Yee-Ren
masih belum menunjukkan tindak balas yang positif.
“Papa dah tak ada lagi, Izah! Papa aku dah tak
ada...” balas Yee-Ren. Air matanya mengalir semula.

70
Qurratu'ain

Izah memeluk Yee-Ren semula. Dia bersimpati


dengan temannya itu. Namun jauh di sudut hatinya berkata
bahawa adalah lebih baik papa Yee-Ren ‘pergi’ dari hidup
menanggung derita begitu.
“Aku nak ke hospital.” Yee-Ren bingkas bangun
mengatur langkah. Topi dan apron yang dipakai segera
dilucutkan.
Izah mengalihkan pandangannya kepada Iman
Farhan. Dia mengharapkan simpati lelaki itu. Dia tidak dapat
mengikut Yee-Ren buat masa ini. Siapa pula yang akan
menjaga kedai kek mereka? Pelanggan masih ramai. Nak
harapkan Wani dan Jaja, mereka masih baharu lagi. Takkan
mahu menghalau pelanggan pergi! Izah mengeluh.
“Yee-Ren tak pandai memandu. Risau pula saya!”
Izah menunjukkan kebimbangannya.
“I will take care of her.” Iman Farhan menawarkan
diri tanpa dipinta.
Izah tersenyum lega. Itulah hasratnya. Entah
mengapa, dia rasakan yang Iman Farhan boleh dipercayai.
“Thanks. Saya akan menyusul nanti. Tolong jaga
Yee-Ren untuk saya.”
Iman Farhan mengangguk. Dia segera membuka
langkah untuk mengejar Yee-Ren. Pastinya gadis itu sedang
mencari teksi di luar. Nasibnya baik. Yee-Ren masih belum
mendapat teksi.
Terasa bahunya disentuh, Yee-Ren berpaling.
“Biar saya hantar awak ke sana.” Iman Farhan cuba
memberikan pertolongan.
Yee-Ren menggeleng. Dia tidak mahu menyusahkan
orang lain. Air matanya diseka lagi.

71
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

“Susah awak nak dapatkan teksi waktu begini. Let


me get you there...” pujuk Iman Farhan.
Yee-Ren menatap seketika wajah lelaki itu. Dia
menggelengkan kepalanya lagi.
“Yee… please! Let me take you there,” pujuk Iman
Farhan lagi.
Yee-Ren diam seketika. Akhirnya dia menganggukkan
kepala tanda bersetuju.
“You wait here. I’ll get my car.” Iman Farhan
bergegas ke tempat parkir kereta. Rasanya Zaid sudah
menunggu dia di sana. Ternyata tekaan Iman Farhan tepat.
Kereta Honda Civicnya sudah ada di situ bersama Zaid.
Tersengih Zaid melihat kelibat Iman Farhan.
“Mana you pergi?” soal Zaid.
Tanpa menjawab pertanyaan Zaid, Iman Farhan
membuka pintu keretanya.
“You keluar!” arahnya dengan nada yang keras.
“What? Takkan you marah I sampai halau I keluar?
I tahulah ni kereta you!” Zaid melangkah keluar.
Iman Farhan mengambil alih di tempat pemandu.
“You nak ikut I, you duduk di belakang.” Iman
Farhan menghidupkan enjin kereta Honda Civicnya.
Walaupun Zaid terpinga-pinga, dia menurut sahaja
kata-kata Iman Farhan.
Iman Farhan memulas stereng keretanya. Perlahan-
lahan keretanya bergerak keluar dari tempat parkir itu.
“Ooo… ini rupanya.” Zaid tersenyum. Patutlah
Iman Farhan kelam-kabut semacam!
“You tak tahu hujung pangkal cerita, baik you

72
Qurratu'ain

jangan banyak cakap. Kalau tak, I humban you keluar!” ugut


Iman Farhan.
Zaid menekup mulutnya. Melihatkan wajah Iman
Farhan yang begitu serius membuatkan dia berasa gerun.
“Mari saya hantar awak ke sana,” ujar Iman Farhan.
Yee-Ren membuka pintu kereta. Dia duduk di
sebelah Iman Farhan.
Masing-masing membisu sepanjang perjalanan.
Yee-Ren masih tidak kering dengan air matanya.
Iman Farhan mengerling Yee-Ren. Biarlah gadis itu
melayan perasaan sedihnya. Dia tidak mahu mengganggu.
Sebaik sahaja tiba di hospital, Yee-Ren terus
mendapatkan Doktor Yani yang merawat dan menjaga
papanya selama berada di dalam keadaan koma.
Wanita itu lantas memeluk Yee-Ren. Dia turut
bersimpati di atas apa yang berlaku. Doktor Yani membawa
Yee-Ren masuk ke bilik yang menempatkan jasad papanya.
Iman Farhan turut menemani gadis itu.
Zaid menunggu di luar bilik berkenaan. Rasanya
lebih baik jika Iman Farhan sahaja yang menemani gadis itu.
Yee-Ren melangkah masuk ke dalam wad yang
bertahun-tahun menempatkan papanya itu. Dia hampir jatuh
terjelepok di atas lantai. Mujur Iman Farhan sempat memaut
tubuhnya. Sayu hati gadis itu melihat tubuh kaku papanya
yang sudah berselimut putih keseluruhannya.
“Papa!” teresak-esak dia menangis di dada lelaki itu
tanpa sedar.
Iman Farhan mengusap lembut rambut Yee-Ren.
Habis basah baju kemeja lelaki itu dek air matanya.

73
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

Raungan Yee-Ren bertambah kuat tatkala dia


menarik selimut yang menutupi wajah papanya. Dia terus
memeluk tubuh kaku itu.
Iman Farhan cuba menenangkan perasaan gadis
itu. Dipegangnya bahu gadis itu, erat.
“Papa... Kenapa papa tinggalkan Yee?” Dia mencium
dahi papanya dengan sepenuh kasih sayang. Hiba hatinya
tidak tertahan. Dia tidak pernah lupa melawat papanya di
hospital bila berkelapangan. Namun harapan untuk melihat
papanya sedar tidak kesampaian.
“Bertenang, Yee.”
Lembut suara itu menutur kata. Yee-Ren mengesat
air matanya. Dia sepatutnya lega kerana papanya sudah tidak
perlu menderita lagi. Papa sudah bebas. Papa akan bertemu
dan bersatu semula dengan mamanya.
“Thank you...” ucap Yee-Ren lembut.
Iman Farhan tersenyum nipis. Disekanya sisa-sisa
air mata di wajah gadis itu dengan hujung jarinya.
Yee-Ren perlu menguruskan mayat papanya. Tika
ini dia teringatkan abangnya. Bagaimana dia mahu
menguruskan pengebumian papa tanpa kehadiran Joshua?
Abang… papa sudah tinggalkan kita. Papa sudah bersama
mama... dia merintih di dalam hati. Sekali lagi dada bidang
Iman Farhan menjadi mangsa air mata Yee-Ren.

74
Qurratu'ain

9
Y EE-REN memeluk Izah erat.
Papanya telahpun selamat dis-
emadikan. Abangnya, Joshua
pula langsung tidak nampak muka. Yee-Ren sedikit terkilan.
Yee-Ren mengucapkan terima kasih di atas bantuan yang
telah Iman Farhan hulurkan. Lelaki itu tidak memandang
pada perbezaan kaum dan agama antara mereka. Terima kasih
juga dia ucapkan kepada model popular bernama Zaid itu.
Budi baik mereka akan Yee-Ren kenang sepanjang hayatnya.
Izah dan Puan Kalsom memapah Yee-Ren masuk ke
biliknya.
Iman Farhan dan Zaid turut membuntuti mereka.
Alangkah terperanjatnya Iman Farhan apabila kakinya
melangkah masuk ke dalam bilik Yee-Ren. Bulat anak mata
lelaki itu melihat lukisan potret yang tergantung di dinding

75
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

bilik itu. Dia pandang wajah Zaid. Temannya itu turut


memberikan reaksi yang sama. Iman Farhan mengamati
lukisan potret tersebut. Nyata lukisan potret itu bukan
dirinya tetapi…
“Siapa lelaki dalam lukisan ni mak cik?” soal Iman
Farhan kepada Puan Kalsom, ibu Izah.
Wanita itu tersenyum. Pada mulanya dia juga agak
terkejut melihat Iman Farhan. Usai diterangkan oleh Izah
secara mendalam, tahulah dia bahawa lelaki ini bukanlah
orang yang disangkakannya. Mereka memiliki wajah yang
seiras. Tak mungkin yang mati hidup kembali! Pelanduk dua
serupa.
“Lebih baik kita bercerita di ruang tamu,” cadang
Puan Kalsom.
Iman Farhan memandang tepat ke wajah Encik
Daud dan isterinya, Puan Kalsom. Jika benar lelaki dalam
lukisan itu adalah abangnya, inilah masanya untuk dia
menyiasat punca kematian abang kembarnya itu. Apa yang
bermain dalam fikirannya telah terjawab kini. Dia perlu tahu
cerita sebenar di sebalik kematian Iman Fakrulsy.
“Pak cik dan mak cik juga terkejut tengok wajah
Iman seiras dengan wajah dia. Susah nak percaya bila melihat
wajah kamu seiras dengan dia.” Encik Daud memulakan
bicaranya.
“Lelaki dalam lukisan potret yang Iman nampak itu
adalah kawan baik anak mak cik dan kawan yang amat Yee-
Ren sayang,” cerita Puan Kalsom.
Tidak hairanlah jika Yee-Ren dan Izah memberikan
reaksi sedemikian kepadanya sebelum ini. Mereka seolah-olah
melihat hantu.
“Di mana dia sekarang?” Iman Farhan menyoal.

76
Qurratu'ain

Zaid mengerutkan dahi. Mengapa Iman Farhan


perlu menyembunyikan identiti sebenarnya? Iman Fakrulsy
abang kembarnya. Beritahu sahajalah mereka tentang
perhubungan Iman Farhan dengan Iman Fakrulsy. Dia tidak
berani hendak bersuara apabila melihat Iman Farhan
mengerling tajam ke arahnya.
“Dia dah meninggal dunia lima tahun yang lalu.
Kehilangannya membuatkan Yee amat menderita.”
Air mata Puan Kalsom menitis. Yee-Ren bukan
seagama dengannya. Namun gadis itu telah dianggap sebagai
anaknya sendiri. Dia amat sayangkan Yee-Ren.
“Apa yang dah berlaku pak cik?” Iman Farhan cuba
menahan rasa. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menunjukkan
perubahan yang ketara pada riak wajahnya.
“Berlaku kemalangan yang tak diduga.” Encik Daud
menarik nafas panjang. Dia membuka kembali lembaran
cerita yang berlaku lima tahun lalu. Encik Daud
menceritakan segala-galanya kepada Iman Farhan.
Iman Farhan memasang telinga untuk mendengar
satu per satu cerita dari bibir Encik Daud dan Puan Kalsom.
“Perkara itu berlaku pada malam pernikahan arwah
dengan Maya...”
“Maya? Siapa Maya tu?”
“Maya adalah gadis pilihan mama arwah Fakrul.
Tunang arwah. Tapi arwah berubah fikiran pada saat akhir.
Arwah membatalkan perkahwinan tu mengikut naluri
hatinya. Dia tak dapat mencintai Maya. Hatinya hanya untuk
Yee-Ren. Kami tak sangka malam tu adalah malam terakhir
Yee-Ren bertemu dengan arwah.”
Kenapa lain yang dia dengar dari mulut papa dan

77
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

mama? Dia memandang Zaid yang sedang menghela nafas


panjang. Abang mati kerana selamatkan gadis itu.
Berbaloikah? Tidak! Itu tidak berbaloi! Dia kehilangan abang
yang amat disayangi. Satu-satunya saudara yang dia ada.
Mana mungkin dia akan menerima cara kematian abangnya
itu.
“Yee menyalahkan dirinya atas kematian Iman
Fakrulsy. Dia yang patut mati, bukan sahabat kesayangannya
tu...” Puan Kalsom makin sebak. Air matanya tidak henti-
henti mengalir.
Benar. Gadis itu yang patut mati, bukan abang
kesayangannya!
“Arwah begitu baik dengan kami semua,” sambung
Puan Kalsom.
“Arwah seorang yang ramah dan periang. Jenaka
dan gelak tawanya menceriakan kami. Tapi Tuhan lebih
sayangkan dia.”
Iman Farhan menggetap bibir. Jadi, Yee-Renlah
gadis yang dicintai abangnya itu. Gadis yang sering bermain
di bibir abang kembarnya itu. Gadis yang sentiasa memenuhi
ruang e-mel yang dikirimkan kepadanya saban waktu.
Bergetar jiwanya. Iman Farhan bingkas bangun. Digenggam
erat buku limanya. Kalau benar Yee-Ren gadis itu, maka tidak
perlulah dia mencari lagi. Apa yang diingini dengan
sendirinya sudah menyerah di hadapan mata.
“Adakah nama sebenar arwah adalah Iman Fakrulsy
bin Dato’ Ferish?”
“Ya, macam mana Iman boleh tahu nama penuh
dia?” Encik Daud dan isterinya saling berpandangan.

78
Qurratu'ain

Iman Farhan tersenyum pahit. Ini kerana aku


adalah adik sedarah sedaging dengan dia. Saudara kembar
dia! bisik hatinya...

PUAN ELISHA senang hati setelah menerima berita kematian


Tuan Loke. Si ayah dan si ibu sudah tiada. Tinggal dua adik-
beradik itu sahaja yang belum dibereskan. Si abang masih
belum dapat dijejaki. Si adik pula dengar khabarnya masih
menumpang di rumah kawan baiknya. Dendamnya tidak
akan reda selagi seluruh keluarga perempuan itu wujud.
Puan Elisha memeluk tubuhnya. Vila semewah ini sungguh
sunyi tanpa gelak tawa Iman Fakrulsy. Bukan sahaja dia perlu
membereskan keluarga Jasmine sahabat baiknya suatu ketika
dahulu, tetapi dia juga perlu membereskan madunya Datin
Junaidah, isteri pertama Dato’ Ferish. Perempuan tua itu
selalu membuat onar untuk menyingkirkannya. Perempuan
tua tidak sedar diri!
“Puan… tetamu puan udah ada di ruang tamu,
sih.” Bibik terpacul di muka pintu, memberitahu dengan
loghat Indonesianya.
“Bibik tak tahu ketuk pintu dulu ya? Sudah berapa
kali saya bilang sama bibik ketuk pintu dulu sebelum masuk!”
marah Puan Elisha terhadap pembantu Indonesia itu.
Bibik terkedu. Bukankah dia sudah mengetuk pintu
beberapa kali tadi?
“Pintunya udah beberapa kali saya ketuk, puan.
Puan enggak peduli...” balas bibik lembut.
Puan Elisha menggetap bibir. Dia merenung bibik
dengan tajam.

79
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

Bibik menundukkan kepala. Takut jika kata-katanya


tadi telah menambahkan kemarahan majikannya. Wanita itu
luarannya sahaja yang nampak lembut.
“Hmmm...” Puan Elisha merengus. “Bibik boleh
pergi sekarang.”
“Iya puan.”
Puan Elisha bersiap-siap sebelum turun menemui
rakan-rakannya. Dia cukup menjaga penampilan diri. Puan
Elisha menyambut kehadiran tetamunya dengan senyuman
manis. Teman-temannya itu selalu memuji kecantikan yang
dimilikinya. Sekalipun sudah berusia, dia masih nampak
bergetah dan menggiurkan. Patutlah Dato’ Ferish tidak
pandang perempuan lain! Puan Elisha pandai mengambil hati
suaminya.
“Bibik... buatkan air!” laung Puan Elisha.
Terkocoh-kocoh bibik membancuh air di dapur.
Nasib baik Mek Milah ada bersama untuk membantu.
“Siapa perempuan-perempuan tua kat depan tu
bik?” tanya Iman Farhan yang tiba-tiba terpacul di muka
pintu dapur.
“Astaghfirullahalajim! Encik Iman... Waduh! Kok
terperanjat bibik...” Bibik mengurut perlahan dadanya.
Iman Farhan tersenyum.
Mek Milah ketawa kecil.
“Apaan sih, kok mampirnya dari pintu dapur?
Selalu aja Encik Iman mampir ke sini dari belakang. Pintu
depannya kan ada...” bebel bibik.
“Bik, bik... Berapa kali saya cakap, panggil saja
Iman. Tak perlu panggil Encik Iman. Apa bibik sudah lupa
ya?” ujar Iman Farhan sambil tangannya mencapai sepotong

80
Qurratu'ain

kek coklat yang telah dipotong di dalam pinggan yang akan


dihidangkan pada tetamu mamanya.
Bibik menepuk tangan Iman Farhan. Terjegil biji
mata bibik kerana Iman Farhan tidak mencuci tangannya
terlebih dahulu. Main suap ke dalam mulut sahaja!
Iman Farhan tertawa kecil.
“Iman datang sini nak jumpa mama ke?” tanya Mek
Milah.
Iman Farhan menggelengkan kepala.
Mek Milah tersenyum tawar. Faham benar dia
dengan perangai Iman Farhan. Dia pernah mengasuh anak
muda itu ketika kecilnya. Iman Farhan sering sahaja
bertengkar dengan mamanya. Pertengkaran mereka dari isu
kecil hinggalah ke isu besar. Kedua-duanya tidak mahu
mengalah. Dato’ Ferish atau arwah Iman Fakrulsy akan
bertindak sebagai orang tengah. Namun sejak kematian Iman
Fakrulsy, Puan Elisha seperti ingin memulihkan hubungannya
dengan Iman Farhan. Mungkin dia sudah sedar akan
kesilapannya sendiri!
“Iman nak ambil barang aja,” beritahu Iman
Farhan. Dia bergegas ke ruang tamu. Dia tidak mempedulikan
mamanya yang sedang rancak berbual dengan tetamu-
tetamunya. Dia tidak akan datang ke vila itu jika tiada hal
yang mustahak.
Puan Elisha perasan akan kehadiran anaknya itu.
Dia mengulum senyuman.
“Iman,” panggil Puan Elisha lembut.
Kaki Iman Farhan terhenti dari memijak anak
tangga. Dia memalingkan muka menghadap Puan Elisha
dengan tetamu-tetamunya.

81
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

“Handsome anak you, Lisa. Very much like his twin


brother,” bisik salah seorang temannya.
Puan Elisha senyum bangga. Tengoklah siapa papa
dan mamanya! bisiknya bersama ego yang membusung.
“Iman, mari ke sini sayang. Mama nak kenalkan
Iman dengan kawan-kawan mama.”
“Sorry mama, Iman nak cepat. Nak ambil barang
aja.”
“Iman… please. Jangan malukan mama depan
kawan-kawan mama ni!” Puan Elisha bingkas bangun
menarik lengan anaknya.
Iman Farhan tiada pilihan selain mengikut sahaja
langkah mamanya.
“My son, Iman Farhan. Iman… mama kenalkan ini
Datin Sufi, Puan Linda, Datin Rose dan ini Puan Sri Tania.
Mereka semua ni kawan mama.”
Iman Farhan tersenyum kelat memandang tetamu-
tetamu mamanya itu. Kawan-kawan mamanya hanya terdiri
daripada golongan orang berada. Mama jijik jika berkawan
dengan wanita-wanita golongan bawahan. Dia tidak berminat
untuk berkenalan dengan wanita-wanita korporat ini. Sudah
berusia, tetapi gaya mengalahkan orang muda! Iman Farhan
menggelengkan kepala.
“Puan Sri Tania ni mama kepada Maya. Tentu Iman
dah lupa gadis yang papa kenalkan pada Iman tu. Gadis cantik
yang papa bawa ke pejabat Iman. Masih ingat lagi?”
Oh, gadis cantik yang papa perkenalkan pada dia itu
adalah anak Tan Sri Haris dan Puan Sri Tania. Bukankah Tan
Sri Haris dan isterinya itu kawan baik papa dan mamanya?
Pasti papa dan mama ada rancangan untuknya. Dia tidak
senang hati apabila memikirkannya. Lebih-lebih lagi apabila

82
Qurratu'ain

dia mendapat tahu bahawa Maya merupakan bekas tunangan


abangnya.
“Tak ingat!” jawab Iman Farhan pendek. Dalam
kepalanya hanya terbayangkan wajah lembut dan senyuman
manis Yee-Ren. Hanya wajah gadis itu yang kuat menerjah ke
dalam mindanya, gadis yang telah berjaya menarik
perhatiannya.
“Sibuk Maya bercerita tentang Iman. Dia terkejut
tengok muka Iman seiras dengan arwah Fakrul. Macam tak
percaya. Auntie sendiri pun terkejut.” Puan Sri Tania
mencelah.
“I pun kesian dengan Maya. Sejak Fakrul tak ada,
budak tu jadi pendiam dan tak ceria. You pun tahu Maya
cintakan sangat arwah Fakrul. Iman tak berkenankah dengan
Maya? Maya cantik dan berpelajaran tinggi. Sesuai sangat
dengan Iman.” Puan Elisha sudah merancang mahu
menjodohkan Iman Farhan dengan Maya.
“Nonsense!” Iman Farhan merengus. Mama ini
tidak sudah-sudah mencari kemarahannya. Dia berlalu pergi.
Agak kurang sopan perbuatannya itu, tetapi dia peduli apa!
Puan Elisha menggetap bibir. Geram pun ada.
Makin menjadi-jadi kedinginan Iman Farhan.
“I’m so sorry about my son. I hope you tak ambil
hati, Tania.”
“It’s okay. Dia dengan arwah Fakrul macam langit
dengan bumi. Tapi I berkenan dengan anak you tu. Maya pun
nampak happy bila berjumpa dengan dia. Maybe sebab muka
Iman looks like his twin brother. Tapi tak salah, kan...” Puan
Sri Tania tersenyum penuh makna.
“Of course not. I setuju sangat kalau Maya disatukan
dengan Iman. I ni memang berharap sangat kita dapat jadi

83
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

satu keluarga, Tania.” Puan Elisha sudah dapat membaca


fikiran Puan Sri Tania. Kedua-dua belah keluarga bakal
mendapat untungnya. Masakan Puan Sri Tania akan menolak
pinangan Puan Elisha. Dato’ Ferish adalah salah seorang
usahawan yang terbilang!
Iman Farhan membuka pintu bilik Iman Fakrulsy.
Dia sememangnya ada kunci pendua bilik itu. Iman Fakrulsy
sendiri yang memberikannya. Bilik itu perlu digeledah. Ada
benda penting yang ingin dicarinya - sebuah diari milik Iman
Fakrulsy.
Lima minit dia terperuk di dalam bilik itu, akhirnya
Iman Farhan memperoleh barang yang dicarinya. Lega.
Diari biru itu diselak perlahan. Apa yang bermain
dalam fikirannya kini telah tertulis di dalam diari tersebut.
Sekeping gambar membuatkan hati Iman Farhan bergelora.
Itu gambar Yee-Ren sewaktu menuntut di universiti bersama
arwah abangnya. Gadis itu tetap jelita dengan rambutnya
hanya separas bahu. Hanya dia yang tahu di mana Iman
Fakrulsy menyorokkan diari biru itu. Tetapi dia tidak berani
mengusik harta peribadi abangnya kecuali hari ini. Diari biru
itu amat penting padanya. Kalau betul Yee-Ren adalah gadis
itu, maknanya dia sudah berjumpa dengan gadis yang telah
menyebabkan dia kehilangan abang tersayang....

84
Qurratu'ain

10
A PA lagi yang dia perlu buat? Dia
sudah mencuba sedaya upaya
untuk menjauhkan diri dari
lelaki itu. Namun lelaki itu akan tetap muncul di hadapan
matanya. Pertemuan demi pertemuan tetap berlaku di antara
mereka berdua. Dia sendiri tidak pasti sama ada pertemuan
itu sememangnya dirancang ataupun tidak. Yee-Ren resah.
Dia tidak mahu bermain dengan perasaan. Tatkala mata
memandang Iman Farhan, dia teringatkan Iman Fakrulsy. Dia
rasa tertekan dengan keadaan itu. Bagaikan Iman Fakrulsy
yang berdiri di hadapan matanya. Kedua-duanya tidak banyak
berbeza. Rasa bersalah semakin kuat menyelubungi dirinya.
Dia tidak dapat tidur lena. Mimpinya sering kali hadir dengan
igauan ngeri. Bagaimana dia dapat melupakan semua itu!

85
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

MAYA menyerang Yee-Ren yang sedang menelaah bersama


Izah di pondok yang terletak di kawasan taman universiti.
Setelah beberapa hari dia mencari Yee-Ren, akhirnya ketemu
jua. Apabila melihat wajah Yee-Ren, Maya bagaikan tewas.
Yee-Ren gadis yang begitu jelita. Gadis berketurunan Cina
itu memiliki wajah seakan gadis Melayu tulen. Patutlah Iman
Fakrulsy tidak dapat melupakan gadis tersebut.
Yee-Ren dan Izah terkejut dengan kehadiran Maya.
Inikah gadis yang menjadi perbualan pelajar lelaki di
universiti tempat mereka belajar? Gadis seksi yang
membuatkan ramai lelaki menangis kerananya. Gadis yang
kini menjadi tunangan Iman Fakrulsy. Apa yang Maya
mahukan daripadanya dalam pertemuan pertama ini? Dia
tidak memusuhi Maya. Dan dia tidak lagi berhubung dengan
Iman Fakrulsy, malah dia sudah menjauhi lelaki itu atas
permintaan lelaki itu sendiri. Sebagai seorang sahabat, Yee-
Ren hanya mahu melihat sahabatnya itu bahagia.
Maya menjuihkan bibir sambil matanya galak
merenung Yee-Ren atas dan bawah dengan pandangan yang
tajam. Pandangan matanya menunjukkan yang dia sangat
membenci Yee-Rin.
Yee-Ren tersenyum. Dia gadis yang merendah diri.
Dia tidak suka mencetuskan persengketaan. Yee-Ren boleh
mengagak tujuan kedatangan Maya - Iman Fakrulsy.
“Apa hal kau cari Yee, Maya? Apa lagi yang kau tak
puas hati ni?” gerutu Izah. Izah bercekak pinggang. Dia tidak
suka Maya bertemu dengan Yee-Ren. Sudahlah serang Yee-
Ren berkali-kali melalui telefon, sekarang nak serang cara
bertemu empat mata pulak! Perempuan sakit mental itu
sepatutnya dikurung dalam hospital sakit jiwa sahaja.
“You jangan masuk campur, Izah. Baik you tutup

86
Qurratu'ain

mulut you tu sebelum I bisukan you! Yee-Ren, you masih tak


faham dengan amaran yang I berikan?”
“Jangan ingat aku takut dengan kau, Maya. Kau tu
dah kuat sangat ke? Kau lupa aku ni ada black belt dalam
taek wan do, Maya? FYI, Fakrul dah tak geng dengan kami
lagi. Kau puas hati? Apa yang kau nak mengarut lagi? Otak
kau patutnya dicuci dengan Clorox bleach, tau tak!” balas
Izah lantang. Mujur waktu itu tiada pelajar-pelajar lain yang
mengulang kaji pelajaran di kawasan itu.
“Maya… saya sudah ikut kata-kata awak. Saya dah
buat apa yang awak suruh. Kalau saya jumpa dia pun, secara
kebetulan. Lagipun kita duduk dalam satu universiti yang
sama dan tak mungkin kita takkan berjumpa setiap hari,”
celah Yee-Ren.
“I tak puas hati. I nampak you berbual dengan dia
semalam. Bukan main lagi mesranya. You patut sedar dia itu
tunang I. Kami akan berkahwin!” Maya halakan jari
telunjuknya ke muka Yee-Ren.
“Jangan nak kurang ajar dengan kawan aku!” Izah
menepis tangan Maya.
“Fakrul jumpa Yee sebab nak bincang aktiviti yang
akan mereka sediakan untuk ahli-ahli kelab. Kan ke Yee-Ren
setiausaha Kelab Pelajar dan Iman Fakrulsy pengerusinya.
Kau dah lupakah? Kau patut marahkan tunang kau tu.
Bukannya Yee! Kau yang perlu jaga tunang kau itu!” bidas
Izah, membela Yee-Ren.
“I tak boleh terima! Kalau you tak menggatal,
masakan Fakrul layan you! You memang perempuan tak tahu
malu! You yang tergedik-gedik nakkan Fakrul. I tahulah
Fakrul tu handsome dan anak orang kaya. You nak harta dia,
kan?” Maya menjegilkan biji matanya.

87
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

Mahu sahaja Izah mengganyang mulut celopar


Maya itu. Yee-Ren menahannya dari bertindak melulu.
Yee-Ren tidak mahu ada pergaduhan di antara
mereka kerana seorang lelaki. Kalau boleh diselesaikan
dengan baik, bukankah itu lebih bagus?
“Maya, biarlah saya berterus terang dengan awak.
Saya tak pernah anggap Fakrul lebih dari seorang kawan. Tak
terniat di hati saya nak merampas Fakrul dari awak. Saya
berani bersumpah, Maya. Fakrul dan saya hanya akan kekal
sebagai sahabat untuk selamanya...” ujar Yee-Ren lembut.
Gadis itu sentiasa tenang dalam berkata-kata.
“Celaka! Berani you menjawab ya?” Maya
mengangkat tangannya ingin menampar wajah gadis itu
namun pergerakannya disekat oleh Iman Fakrulsy. Serta-
merta wajah Maya berubah. Kecut perutnya.
“Apa you nak buat pada Yee?” soal Iman Fakrulsy
agak keras. Dia tidak mahu Yee-Ren diapa-apakan oleh Maya
lagi. Cukuplah selama ini dia bersabar dengan kerenah Maya.
“Kenapa you nak bela dia? Apa lebih dia dari I,
Fakrul? Apa yang ada pada dia hingga you tergila-gilakan
dia?” Maya melenting.
“Kalau you apa-apakan Yee, nahas you I kerjakan...”
Iman Fakrulsy memberi amaran kepada Maya.
Maya menarik kasar tangannya. Dia mengerling ke
arah Yee-Ren dengan tajam.
“You sukakan dia, kan?” tukas Maya kepada Iman
Fakrulsy.
“You jangan nak merepek, Maya. Kalau I sukakan
dia, I takkan jadi tunang you. You ni tak sudah-sudah
menyusahkan sahabat baik I,” bangkang Iman Fakrulsy.

88
Qurratu'ain

“Sahabat baik konon! You ingat you dapat tipu I,


Fakrul? I boleh nampak cara you pandang dia. You sukakan
perempuan Cina ni!” Suara Maya makin meninggi. Sekalipun
mereka sudah bertunang, Iman Fakrulsy tidak pernah
melayannya dengan baik. Lelaki itu kerap mengelakkan diri
dari keluar bersamanya.
“Yee dah terangkan hubungan I dengan dia. Dia
dengan I tak ada apa-apa. I jumpa dia atas sebab yang
berkaitan dengan pelajaran. I terpaksa minta tunjuk ajar dia
kerana subjek tu susah. I dengan dia juga perlu berurusan
pasal Kelab Pelajar. Baiklah. Untuk puaskan hati you, I takkan
bertegur sapa dengan Yee lagi malah I takkan pandang muka
dia. I akan letak jawatan sebagai pengerusi kelab. Puas hati?”
“I juga tak mahu you sebut nama dia depan I.”
“Okey!”
Maya tersenyum kemenangan. Iman Fakrulsy masih
menjaga hatinya juga.
Yee-Ren mencengkam kuat lengan Izah. Hatinya
sebak mendengar kata-kata Iman Fakrulsy. Sampai begitu
sekali Iman Fakrulsy memaksa dirinya untuk menjauhkan
diri dari sahabatnya ini.
Izah menepuk-nepuk bahu Yee-Ren. Dia dapat rasa
apa yang Yee-Ren rasakan. Iman Fakrulsy juga sahabatnya.
Dia tahu apa yang Iman Fakrulsy lakukan adalah untuk
kebaikan Yee-Ren.
“Maafkan saya, Yee.” Ucapan itu hanya berada di
dalam hatinya. Tidak mampu terluah dari bibir lelaki itu.
“Yee… jom kita pergi tempat lain. Aku takde mood
la nak study kat sini. Kita study kat library aje, okey? Lagipun
exam dah dekat. Kita kena concentrate pada pelajaran.” Izah
menarik tangan Yee-Ren.

89
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

Yee-Ren mengikut rentak kaki Izah. Dia sempat


menghadiahkan senyuman buat Iman Fakrulsy.
Iman Fakrulsy terasa sayu. Jika bukan kerana
mama, dia tidak perlu memendam rasa begini. Cinta kita
tidak bersatu, tetapi kau tetap dalam hatiku, Yee-Ren. Semoga
kau temui lelaki yang kau cintai suatu hari nanti. Cuma satu
yang aku harap, kau tak akan menyingkirkan namaku dalam
hatimu.

IMAN FAKRULSY mengalihkan pandangan matanya dari


menatap wajah sayu Maya. Dia bukan sengaja menyakiti
hati Maya. Dia rela menerima Maya dalam keterpaksaan.
Kebenaran membuatkan dia berasa sakit hati pada mama.
Dia terpaksa menyisihkan sahabat yang dikasihi dan dicintai.
Hari ini dia memutuskan segalanya. Dia tidak mampu menipu
dirinya lagi. Dia memutuskan hubungan dengan Maya di saat
mereka bakal diijabkabulkan. Kalut jadinya suasana majlis
pernikahan itu. Puan Elisha tidak dapat terkata apa-apa lagi.
Selembut hati Iman Fakrulsy, apabila ianya berubah menjadi
keras, sukar untuk dilenturkan kembali.
“I minta maaf, Maya. I tak boleh teruskan.”
“Jangan buat I begini, Fakrul. Hari ni hari bahagia
kita. Kenapa you tak boleh lupakan perempuan tu?” Maya
memaut lengan Iman Fakrulsy. Bersusah payah dia
mendapatkan lelaki itu. Dia sudah berjaya memisahkan Iman
Fakrulsy dan Yee-Ren tetapi kenapa begini pula
kesudahannya?
“I tak boleh, Maya. I tak boleh bernikah dengan you.
I tak boleh mencintai you. I tak boleh tipu diri I lagi, Maya.”
Iman Fakrulsy mengerling tajam ke wajah mamanya.

90
Qurratu'ain

Puan Elisha membisu. Dia tidak mampu menahan


Iman Fakrulsy lagi. Anak itu telah tahu segala-galanya.
Namun dia masih berlagak tenang.
“Fakrul…”
“Maafkan I, Maya.” Iman Fakrulsy meleraikan
pautan Maya dari lengannya.
Maya jatuh terjelepok di atas lantai yang
berpermaidani indah itu. Teresak-esak dia menangis tanpa
mempedulikan tetamu yang hadir.
Iman Fakrulsy melangkah keluar dari vila mewah
tersebut. Dia menekan nombor pada telefon bimbitnya. Dia
ingin menghubungi Yee-Ren. Malam ini dia akan meluahkan
segala-galanya pada gadis itu. Dia mahu Yee-Ren tahu akan
perasaannya. Dia mencintai gadis itu sepenuh hatinya.

“AWAK lari daripada majlis perkahwinan awak? Kenapa


Fakrul? Awak tak kesian ke pada Maya... pada mama awak?”
Suara Yee-Ren agak keras namun nadanya lembut. Pada
malam buta begini Iman Fakrulsy memaksa dia ke Tasik
Permaisuri untuk pertemuan ini. Lelaki itu nampak segak
dengan pakaian pengantinnya. Sepatutnya pada malam ini
lelaki itu memegang tangan tuk kadi, bukan bersama dia di
sini. Apa yang telah berlaku pada lelaki ini?
“Saya tak mencintai dia, Yee. Saya tak boleh
teruskannya,” beritahu Iman Fakrulsy.
Yee-Ren resah melihat Iman Fakrulsy berduka. Dia
tidak mahu menjadi perosak hubungan di antara Iman
Fakrulsy dengan mamanya. Dia sayangkan sahabatnya itu.
“Fakrul, pulanglah. Jangan awak hampakan harapan

91
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

mama awak kerana saya. Mama awak lebih penting. Jangan


awak sakiti hati dia. Berdosa!” nasihat Yee-Ren.
“Awak makin arif dengan ajaran Islam,” ujar Iman
Fakrulsy sambil tersenyum.
“Yee… ada satu lagi perkara yang awak perlu tahu,”
sambungnya lagi.
“Fakrul, pulanglah. Saya tak sedap hati tengok awak
macam ni. Pulanglah! Semua orang sedang tunggu awak. Tak
baik awak batalkan majlis pernikahan awak. Awak bakal jadi
pengantin baharu. Bina hidup baharu dengan Maya.” Yee-Ren
menghela nafas panjang. Entah mengapa malam itu dia rasa
bagaikan ada yang tidak kena. Iman Fakrulsy juga nampak
berbeza sekali.
“Yee… saya sayangkan awak.” Iman Fakrulsy
menggenggam jari-jemari Yee-Ren.
Yee-Ren tersentak. Apa kena dengan Iman Fakrulsy?
Aneh benar perangai dia malam ini.
“Awak tak sihatkah?” Yee-Ren merasai dahi Iman
Fakrulsy. Sejuk.
“Yee… saya tak boleh kehilangan awak. Awak
penting dalam hidup saya. Ada perkara yang perlu saya
sampaikan pada awak. Ia amat penting untuk saya dan masa
depan kita,” ujar Iman Fakrulsy perlahan.
Dahi Yee-Ren berkerut. Tidak mengerti akan
maksud kata-kata lelaki di hadapannya itu.
“Fakrul…” Yee-Ren menatap wajah Iman Fakrulsy
dengan sayu. Dia tidak bermaksud mahu merosakkan malam
bahagia Iman Fakrulsy. Rasa serba salah menyelubungi diri
Yee-Ren.
“Please Fakrul, saya tak mahu jadi perosak

92
Qurratu'ain

hubungan awak dengan Maya. Sebagai seorang kawan, saya


mendoakan kebahagiaan awak.” Kata-kata Yee-Ren ikhlas dari
lubuk hatinya.
“Awak memang sahabat yang baik, Yee. Tapi saya
tak dapat mencintai Maya. Saya dah cuba belajar untuk
mencintai dia, tapi tak boleh! Saya mencintai gadis lain.”
Iman Fakrulsy masih berkias.
Yee-Ren jadi bingung seketika. Dia masih tidak
dapat menangkap maksud sebenar yang cuba diungkapkan
oleh Iman Fakrulsy.
“Tak baik awak mempermainkan perasaan Maya.
Dia begitu mencintai awak. Dia menanggung malu atas
perbuatan awak tu.”
“Bagaimana dengan perasaan saya? Apa yang saya
tanggung selama ni, tak ada siapa kesiankan saya. Saya
menderita dan saya terseksa menanggung rindu,” gerutu
Iman Fakrulsy.
Yee-Ren terdiam. Hening suasana malam di tasik
itu.
Beberapa orang lelaki menghampiri pasangan
tersebut. Lagak mereka seperti samseng. Tiba-tiba sahaja
datang membuat onar. Iman Fakrulsy bertegang urat dengan
lelaki-lelaki yang tidak dikenali itu. Yee-Ren tersentak bila
salah seorang daripada lelaki itu memeluk tubuhnya. Hinggap
buku lima Iman Fakrulsy pada muka lelaki terbabit.
“Kurang ajar!” getus Iman Fakrulsy.
Yee-Ren menyorok di belakangnya. Ketakutan.
Siapa pula samseng-samseng ini? Lelaki yang bilangannya
dalam lima orang itu ketawa terbahak-bahak. Mereka
mengelilingi Iman Fakrulsy dan Yee-Ren.

93
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

“Jangan takut, Yee.”


“Kalau bagi perempuan di belakang kau tu, kami
akan lepaskan kau. Kau takkan terlawan dengan kami. Kami
berlima sedangkan kau berdua saja.” Lelaki yang bertindak
sebagai ketua itu bersuara.
“Kami tak kacau kamu, kenapa kamu nak mengacau
kami? Kalau kau nak duit, aku boleh bagi. Kau jangan berani
nak usik dia!”
“Garangnya... Kami bukan saja nak duit, kami juga
nakkan gadis jelita tu. Tak dapat cara baik, kami guna cara
kasar!”
Mereka menyerbu Iman Fakrulsy dan Yee-Ren
serentak. Berlaku pergelutan di antara Iman Fakrulsy dengan
lelaki-lelaki terbabit.
Yee-Ren menjerit meminta tolong. Bilangan mereka
yang ramai tidak memungkinkan Iman Fakrulsy akan
menang sekalipun lelaki itu punya ilmu mempertahankan
diri.
“Umar, kau tutup mulut perempuan tu!” arah salah
seorang temannya. Teruk jika ada orang datang menolong
mereka berdua. Rosak rancangan mereka nanti!
“Kau jangan bimbang.” Lelaki bernama Umar itu
mengeluarkan sebilah pisau yang terselit dalam jaket bajunya.
Dia meluru ke arah Yee-Ren.
Menyedari Yee-Ren dalam bahaya, Iman Fakrulsy
sedaya upaya melepaskan diri dari keempat-empat kawan
lelaki yang bernama Umar itu.
Yee-Ren terkaku dengan bahaya yang berada di
hadapan matanya. Saat bilah pisau itu ingin menembusi
perut Yee-Ren, Iman Fakrulsy bertindak menjadi

94
Qurratu'ain

pengadangnya. Pisau itu menusuk ke dalam perut Iman


Fakrulsy. Bukan sekali, malah dua lagi tikaman ditusuk ke
dalam perut lelaki itu.
“Fakrul!!!”
Iman Fakrulsy rebah ke tanah.
“Woi!!!” Dua orang anggota polis yang kebetulan
melakukan rondaan dalam kawasan terbabit menyergah.
Lelaki-lelaki terbabit bergegas melarikan diri.
Kedua-dua anggota polis itu pantas mengejar lelaki-
lelaki tersebut.
Yee-Ren segera memangku tubuh Iman Fakrulsy
yang berlumuran dengan darah. Dia menekup luka Iman
Fakrulsy itu dengan tapak tangannya. Wajahnya pucat lesi.
Oh Tuhan! Mengapa begini jadinya?
“Tolong!!!” jerit Yee-Ren sekuat-kuat hatinya.
“Fakrul… bertahan!” Air mata Yee-Ren tidak henti-
henti merembes keluar. Dia menggenggam erat jari-jemari
lelaki yang sedang terbaring lemah itu. Kenapa? Kenapa
bukan dia yang menerima kesakitan itu? Oh Tuhan!
Selamatkanlah dia.
Seorang lelaki berbaju putih yang terdengar jeritan
Yee-Ren segera datang menghampiri.
Iman Fakrulsy masih tersenyum dalam kesakitan.
Darah masih membuak keluar dari luka di perutnya itu.
Lelaki berbaju putih itu sedaya upaya cuba
menghentikan pendarahan. Keringat dingin memenuhi
segenap ruang wajahnya. Dia juga cemas kerana darah Iman
Fakrulsy masih terus mengalir.
“Maafkan Yee… maafkan Yee, Fakrul...” ucap Yee-
Ren dalam sendu.

95
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

“Yee…” Iman Fakrulsy bingkas bangun. Lelaki


berbaju putih itu cuba menahan namun dia tetap berdegil.
Lantas tubuh Yee-Ren dirangkul dalam pelukan.
Termangu gadis itu dengan tindakan mengejut
Iman Fakrulsy. “Fakrul…”
“Yee… saya… saya… cintakan awak,” bisiknya
perlahan namun jelas didengari oleh Yee-Ren. Bertambah
laju air mata Yee-Ren mengalir.
“Fakrul…”
“Yee… saya benar-benar cintakan awak.” Fakrul
mengukir senyuman. Dia rasa lega dapat mengucapkan
kalimah cinta itu di saat akhir. Begitu lama dia memendam
perasaan di hati. Semuanya kerana mama. Mama
membuatkan dia terpaksa membenci gadis itu. Seksa dan
menyakitkan. Dia tahu Yee-Ren tidak punya sebarang
perasaan terhadapnya. Pada Yee-Ren, dia adalah seorang
sahabat yang tiada tolok bandingnya. Sahabat yang paling
dikasihi gadis itu. Sahabat yang berkongsi suka dan duka
bersama. Namun dia jua yang menyakiti hati gadis itu. Kejam
sungguh sahabat yang dianggap berhati mulia ini!
“Fakrul… maafkan Yee. Maafkan Yee...” Semakin
sebak hati Yee-Ren apabila mendengar luahan hati Iman
Fakrulsy. Tidak pernah dia terfikir yang Iman Fakrulsy ada
menyimpan perasaan terhadapnya. Layanan baik dan buruk
Iman Fakrulsy tidak pernah disalahertikan. Jika Iman
Fakrulsy menyisihkan dirinya, dia tidak ambil hati. Mungkin
ada yang menyebabkan lelaki itu berkecil hati dengan
sikapnya.
Iman Fakrulsy membisu. Dia memejamkan matanya
rapat-rapat.
“Letihnya…” ucapnya lemah. Dia masih belum

96
Qurratu'ain

meleraikan pelukannya.
“Fakrul…”
Senyap.
“Fakrul…”
Tiada jawapan daripada Iman Fakrulsy. Terasa sejuk
tubuh lelaki itu. Pelukannya yang erat itu jua sudah terlerai
kini. Yee-Ren memandang lelaki yang berpakaian putih.
Lelaki itu menggelengkan kepalanya. Dia tahu tiada
lagi bunyi hembusan nafas Iman Fakrulsy.
Yee-Ren jadi tidak keruan. “Fakrul!!!”

TUBUH Yee-Ren terdorong ke belakang akibat ditolak oleh


Puan Elisha. Dia tidak dibenarkan melihat wajah Iman Fakrulsy
buat kali terakhir. Puan Elisha terus-terusan menuduh dia
pembunuh. Teruk gadis itu dikerjakan hingga kakitangan
hospital terpaksa bertindak untuk masuk campur.
Air mata Yee-Ren mencurah-curah membasahi
pipinya.
Izah memeluk erat tubuh gadis itu.
“Pergi!!! Aku tak mahu lihat muka kau di sini!” jerit
Puan Elisha. Wanita itu seperti orang kehilangan akal.
“Please Yee-Ren. Baliklah...” Dato’ Ferish bersuara.
Yee-Ren mengesat air mata yang bergenang. Dia
sekadar ingin menatap wajah jenazah sahabat kesayangannya
untuk kali terakhir. Namun hajatnya tidak kesampaian.
“Yee… mari kita pergi dari sini,” pujuk Izah.
“Tapi…”

97
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

“Yee… kau akan burukkan lagi keadaan kat sini.


Mari kita pergi dari sini,” kata Izah sambil menarik lengan
Yee-Reen.
Yee-Ren terdiam. Dia memandang sayu wajah
kedua-dua ibu bapa Iman Fakrulsy.
“Maafkan saya,” ucapnya lembut.
“Pembunuh! Kau bunuh anak aku!!!” Puan Elisha
melenting.
“Bertenang, sayang. Jangan tuduh sembarangan.
Polis dah mengesahkan kejadian yang menimpa Fakrul
adalah kemalangan. Dia tak bersalah dalam hal ni. Pembunuh
Fakrul akan dibawa ke muka pengadilan.” Dato’ Ferish
memeluk tubuh isterinya.
“Kau penyebab anak aku mati. Pembunuh!!!” laung
Puan Elisha.
“Yee, mari kita pergi.” Izah menarik perlahan
tangan Yee-Ren. Tiada gunanya mereka berada lebih lama di
situ.
Yee-Ren melangkah longlai. Dia sebak. Dia
penyebab Iman Fakrulsy ditimpa musibah. Dia penyebab
kematian Iman Fakrulsy. Yee-Ren tidak sudah-sudah
menyalahkan dirinya.
Mereka terserempak dengan Maya dalam perjalanan
keluar. Tanpa diduga, Maya menyerang Yee-Ren. Leher Yee-
Ren dicekiknya. Apa yang dia tahu, gadis itu menjadi punca
majlis pernikahannya dengan Iman Fakrulsy dibatalkan. Kini
gadis itu menyebabkan kematian lelaki yang dicintainya
separuh mati.
Izah tidak berpeluk tubuh. Digunakan segala
kudratnya untuk meleraikan Maya yang tidak siuman itu dari

98
Qurratu'ain

terus mencekik Yee-Ren. “Bawa mengucap, Maya!”


“Kau jangan campur tangan, Izah!” bentak Maya.
“Sudah, Maya! Kematian Fakrul tak ada kaitan
dengan Yee. Ianya satu kemalangan!”
“Apa pun alasan kau, dia tetap punca kematian
Fakrul. Dia rampas Fakrul dari I. Kenapa you muncul dalam
hidup Fakrul? Kenapa you yang dia cintai, bukan I?” Maya
menangis teresak-esak.
“Saya tak tahu dia cintakan saya. Sumpah Maya!”
Yee-Ren menyentuh lembut bahu Maya.
Gadis itu menepis kasar. “Jangan you nak berlakon
dengan I, Yee.”
“Yee... jangan pedulikan dia. Mari kita pergi!” Izah
menarik tangan Yee-Ren.
“I akan rampas apa yang you rampas dari I, Yee!”
“Maya…”
Yee-Ren mengesat air matanya. Rasa bersalah
menyelubungi dirinya. Saat itu dia berubah menjadi murung
dan suka termenung. Tiada senyuman manis terukir di
bibirnya lagi. Saban hari air mata menjadi teman setia.
Kehilangan Iman Fakrulsy menjadi tamparan yang hebat
pada Yee-Ren. Izah sekeluarga menjadi pendorong untuk
memulihkan kembali semangatnya.
Air matanya menitis di atas lukisan potret Iman
Fakrulsy. Adakah ini balasan untuk dia kerana kemalangan
yang menimpa sahabatnya itu? Hidupnya akan dihantui
bayangan Iman Fakrulsy. Kenapa bukan dia yang mati pada
malam itu? Kenapa Tuhan merampas sahabat kesayangannya?
Ibu Izah ada mengatakan apa yang berlaku itu adalah takdir
Tuhan. Kita perlu tabah dan sabar menghadapi dugaan-Nya.

99
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

Tetapi dia tidak mampu untuk menjadi setabah itu. Dia masih
lemah. Dia masih tidak mampu lari dari kenangan silam yang
menghimpit hidupnya selama lima tahun itu. Kadangkala dia
tidak terdaya untuk bangun semula. Satu per satu petaka
datang dalam hidupnya.
“Yee… aku benar-benar cintakan kau.”
Ucapan itu membuatkan Yee-Ren tidak tenang
selama lima tahun ini. Dia tidak tahu Iman Fakrulsy
mencintai dirinya dalam diam. Dia tidak pernah terfikir soal
cinta sebelum ini. Dia begitu menjaga batas persahabatan
mereka. Tidak dinafikan gadis-gadis di universiti cemburu
pada hubungan baik dia dengan Iman Fakrulsy. Lelaki itu
seorang yang ramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja.
Kerana itu Iman Fakrulsy disenangi oleh semua orang.
Hampir sebilangan besar gadis di universiti meminati sahabat
baiknya itu. Namun ada yang tidak suka mereka bersahabat
baik terutamanya Maya. Maya sememangnya menaruh hati
pada Iman Fakrulsy. Dia tidak pernah terniat untuk bercinta
dengan Iman Fakrusly. Dia sayangkan lelaki itu hanya sebagai
seorang sahabat. Dia bukan gadis yang mudah jatuh cinta.
Dia tidak pernah meminta persahabatan terjalin di
antara mereka. Hubungan persahabatan itu terjalin dengan
sendirinya. Persahabatan yang terbina mengundang cemburu
di hati Maya. Persahabatan itu disalahertikan oleh mama
Iman Fakrulsy. Dia tidak terlintas mahu membalas dendam.
Dia tidak tahu apa punca permusuhan di antara dia dengan
wanita itu. Bila Iman Fakrulsy menjauhkan diri, dia berasa
sedih. Saban hari dia menangis kerana kehilangan seorang
sahabat yang memahami. Tetapi itu tidak semestinya
dinamakan cinta. Temannya itu berbuat demikian demi
mamanya. Dia tahu. Dia tidak sesekali menyalahkan Iman
Fakrulsy. Dia tidak mahu menjadi punca pertelingkahan

100
Qurratu'ain

antara seorang anak dengan ibunya. Dia mahukan sahabatnya


itu hidup bahagia.
Yee-Ren menarik lukisan potret yang telah
dilakarkan dalam buku lukisannya itu. Dia membandingkan
kedua-dua lukisan tersebut. Mereka memang serupa. Kenapa
dia bersua dengan lelaki yang mirip sekali dengan Iman
Fakrulsy? Bukan sahaja mirip malah nama mereka hampir
sama. Apakah Iman Fakrulsy mempunyai saudara kembar?
Mana mungkin! Iman Fakrulsy anak tunggal. Tidak pula dia
bercerita tentang adik-beradik yang lain.
“Kau belum tidur lagi?” Izah melangkah masuk.
Sejak tadi dia hanya memerhati Yee-Ren dalam diam. Dia
merapati gadis itu dan duduk di sisinya. Dia menghela nafas
panjang apabila melihat lukisan di tangan Yee-Ren.
“Susah nak bezakan mereka,” kata Izah.
Yee-Ren menangguk.
“Muka mereka serupa tapi tidak pada sikap dan
tingkah laku mereka. Kau rasa siapa antara kedua-duanya
yang lebih kacak?” Izah masih sempat berseloroh.
“Entah.”
“Pada aku Iman Farhan lebih kacak. Penampilan
dia begitu segak dan bergaya. Nyata dia seorang yang
berkerjaya besar. Cool orangnya.” Izah memberikan
pendapatnya.
Yee-Ren tersenyum. Ya... Iman Farhan lebih kacak
dan bergaya. Sayangnya lelaki itu berwajah dingin.
“Izah, boleh minta tolong sikit?”
Izah kerutkan dahi. “Hmmm… kau nak aku tolong
apa?”
“Ianya berkaitan dengan Iman Farhan. Aku…”

101
Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia

Izah menepuk-nepuk bahunya. Faham benar dia


akan masalah Yee-Ren itu. Yee-Ren ingin mengelak lagi dari
bertemu muka dengan lelaki tersebut. Tetapi sampai bila?
Izah pun tidak dapat nak menolong. Takdir yang telah
menemukan mereka berdua.
“Itulah... kan ke aku dah suruh kau jangan
menghendap dia. Kau degil! Tengok! Sekarang dia dah
berkenan dengan kau.” Izah tersengih.
Yee-Ren tersenyum pahit. Kalau dia tidak
mengekori lelaki itu, pasti tidak jadi begini. Benar, salah itu
pada dirinya sendiri.

102
ISBN:- 978-967-5067-14-3
Jumlah muka surat :- 474
Harga Runcit :- S/M: RM19, S/S: RM22
Harga Ahli KKN :- S/M: RM15, S/S: RM18

Sinopsis:
Novel ini banyak berkisarkan antara cinta dan
dendam manusia. Kerana dendam ia membawa padah dan
kemungkinan dendam juga membawa kebahagiaan tapi
bagaimanakah kita dapat mengubah dendam membawa
kebahagiaan?
Kerana dendam…Puan Elisha tegar melampaui
batas-batas perundangan asalkan hatinya puas.
Kerana dendam… Iman Farhan memasang
perangkap untuk Yee-Ren atas nama persahabatan.
Kerana dendam… Puan Elisha kembali menghantui
kehidupan Yee-Ren.
Kerana dendam… Bolehkah dua hati bersatu?

“Cinta itu kulontar jauh dari hatiku, namun dalam


diam cinta itu hadir tanpa kusedari.”

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan


KUINTAI CINTA DI DALAM RAHSIA di rangkaian kedai buku
MPH, Popular dan kedai-kedai berdekatan anda.
Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki
Novel Enterprise melalui online atau pun pos.
Untuk melanggan melalui online, sila layari laman
web kami di:- www.kakinovel.com.
Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu
tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang
ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/
kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan
poskan ke alamat berikut:-

Kaki Novel Enterprise


No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,
D’Wangsa, Wangsa Maju,
53000 Kuala Lumpur.
No. Telefon:- 03-4149 0096
No. Faks:- 03-4149 1196

You might also like