GARIS PANDUAN HIBURAN DALAM ISLAM - JAPIM 1.

TUJUAN Garis Panduan Hiburan Dalam Islam ini disediakan untuk memberi panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan merangkumi nyanyian, muzik, tarian dan lain-lain. Garis Panduan ini juga akan dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat awam yang menyertai persembahan rancangan hiburan. 2. PENDAHULUAN 2.1. Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud: Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita. (Riwayat Ibnu Majah) Berdasarkan Hadis tersebut, nyatalah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa. (al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hal. 273). 2.2 Dalam membincang isu ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut: a) Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat[1], tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah[2] adalah harus; b) Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram; c) Pancaragam yang melalaikan[3] hukumnya haram; d) Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan e) Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.

iii. iv.4 Tarian Maksud tarian ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. iii. (Kamus Dewan). ii. menggambarkan arak. ii. Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai. (Kamus Dewan).2. 3.2 Nyanyian Maksud nyanyian ialah gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan. (Kamus Dewan). Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat. perkataan lucah. iii.2 Takrif 3. 3. Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat. a) Program Hiburan i. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam. c) Lirik i. Mengambilkira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam. GARIS PANDUAN Garis panduan yang memisahkan sama ada hiburan itu boleh atau sebaliknya menurut Islam adalah sejauh mana hiburan tersebut mencapai maksud dan prinsip Islam yang menekankan ke arah kesejahteraan umat manusia. .3. Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan. (Kamus Dewan). Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat. vi. benda dll) untuk menghiburkan (menyenangkan. 3.3 Muzik Maksud muzik ialah gubahan bunyi untuk memperoleh keindahan bentuk dan pernyataan perasaan. Tidak melalaikan. b) Persembahan Muzik i.2. Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan. dan memberi perangsang melakukan dosa. Tidak menimbulkan gerakgeri liar. v. mententeramkan) hati.2. Antara garis panduan tersebut adalah seperti berikut. 4.1 Hiburan Maksud hiburan ialah sesuatu (perbuatan. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi. ii.2.

v. vi. Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan. Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah. iv. Ia juga dijadikan usaha untuk mewujudkan masyarakat yang dapat mengamal dan menikmati hiburan berteraskan nilai-nilai akhlak dan syariat Islam. Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan. mengaib. Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilainilai kemanusiaan. viii. Tidak melakukan gerak geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasaan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam. e) Persembahan Tarian i. Tidak mengandungi unsur mengutuk nasib dan lucah. sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam. vii. sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam. . Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam. memfitnah dan seumpamanya. Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah. iii. Berpakaian kemas. ii. iii. Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam. Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam Islam. d) Persembahan Artis i. iv.iv. 5. Tidak mengandungi unsur menghina. ii. Berpakaian kemas. f) Tanggungjawab Penganjur Penganjur hendaklah mempastikan acara hiburan yang dianjurkan menepati garis panduan yang telah disediakan. mencaci. Kesimpulan Garis Panduan ini diharap memberikan panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan. Tidak boleh menjadikan teks al-Quran sebagai lirik. v.

Seni tarian dilakukan dengan menggerakkan tubuh secara berirama dan diiringi dengan muzik-muzik tertentu. 3.BLOG UTM Oleh : Nur Sabrina Binti Risman Antara matlamat utama manusia ini diciptakan oleh Allah s.Pergerakan dan permainan perempuan yang terbuka kepada khalayak boleh menimbulkan fitnah dan hukumnya haram. menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa di samping mematuhi adab-adab Islam. Lujnah Sukan dan Kebudayaan PMIUTM terpanggil untuk meletakkan beberapa garis panduan hiburan sesuai dengan kehendak Islam: . Oleh itu.Perempuan haram menari walaupun dengan suaminya sendiri dikhalayak ramai dan termasuk didalam kumpulan yang melakukan dosa. Allah SWT berfirman dalam surah Al Luqman ayat 6 yang bermaksud : "Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkaraperkara hiburan yang melalaikan. 2.Keadaan seperti ini adalah satu perkara yang tidak boleh dipertikaikan lagi dan tidak memerlukan kepada dalil yang jelas bahkan ia boleh difikirkan secara akal sahaja.Sesiapa yang meredhai perbuatan tersebut samada hadir ataupun tidak maka ia adalah maksiat.w.t adalah untuk mengabdikan diri kepada Nya seperti yang firmankan oleh Allah dalam surah Az Zariyyat ayat 56 yang bermaksud: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu" Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali menyekat naluri fitrah manusia termasuklah berhibur dan berseni seperti mendengar muzik. Ini menuntut kesedaran yang tinggi dari setiap Muslim supaya membentuk hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat Kuffar. Seni tarian juga turut menjadi sebahagian daripada hiburan masa kini malah menjadi amalan sejak zaman Jahiliyyah lagi. bunyi-bunyian dan tarian asalkan sahaja hiburan itu tidak menyalahi hukum-hukum syara'. dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejekejekan. kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang sesuai dengan penetapan dan susur galur Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia.Syaitan selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan melaghokan manusia. Namun. kita akan mendapati keterangan-keterangan seperti berikut: Antara intisari yang dapat disimpulkan : 1. merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan". 4. Sebarang percubaan Kuffar untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan. yang bertujuan menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan. apakah pandangan syara' terhadap seni tarian ini? Apabila kita merujuk kepada fatwa yang telah dikeluarkan di dalam Fataawa Al-Azhar.

w. ~hadis riwayat ibnu majah~ 5. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan khinzir. dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram. meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita. : Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang solah telanjang.w.t.melekehkan para sahabat.Sabda Nabi s." 3. Ini adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja dan mengghairahkan.t. tiada majlis tari-menari. dalam surah al-Qasas ayat 55 : Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha).. pakaian yang sesat dan menyesatkan.maka terlebih teruk dari itu apabila disertai dengan pergerakan yang gemalai dan membawa kepada fitnah. Sesungguhnya sebahagian daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan.t.Suatu persembahan yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah. Daripada Abu Malik al-Asy'ari daripada Nabi saw bersabda. sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik.Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi. mereka berpaling daripadanya. tidak melakukan gerak badan yang memberahikan.w. menuntut ilmu dan sebagainya. ia adalah dikategorikan sebagai lagho dan sia-sia. 2. 4. hak mencari dan memberi nafkah. Diharapkan kita semua semua sentiasa berada dalam petunjuk dan pimpinan Allah s.Penyanyi. Maka apabila berlaku sedemikian. Oleh itu. memburuk-burukkan Rasulullah SAW.a. Maka menjadi tanggungjawab bagi kita semua untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa berada di dalam ruang lingkup ibadah kepada Allah s. *Penulis merupakan Timbalan Pengerusi Lujnah Sukan Dan Kebudayaan PMIUTM sesi 2009/2010 .Orang yang melakukan persembahan tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan persembahan tersebut dari kalangan wanita.w. tidak berlakunya lakonan-lakonan liar dan seumpamanya. ~hadis riwayat Muslim~ Islam mengharamkan menampakkan susuh tubuh dibahagian dada dan pinggul. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.1. pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya.Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang tidak mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT. ia hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah s.

sedang Nabi s. sebab hari ini adalah hari raya (hari bersenang-senang). kemudian Rasulullah s. sesungguhnya Abubakar pernah masuk kepadanya. 5.a. bertanya lagi. Oleh karena itu bagaimana mungkin permainan itu diharamkannya? Dilarangnya Abubakar dan Umar dengan alasan.w.a. Berdirinya Nabi yang begitu lama sambil menyaksikan dan mendengarkan nyanyian yang disetujui Aisyah." (Riwayat Bukhari) Dan diriwayatkan pula: "Dari Ibnu Abbas r. bahwa hari itu adalah hari raya dan hari gembira. kemudian Ghazali berkata: Bahwa hadis-hadis ini semua tersebut dalam Bukhari dan Muslim dan merupakan nas yang tegas. . bersabda: Sesungguhnya orang-orang Ansar adalah suatu kaum yang merayu. cabul dan yang kiranya dapat mengarah kepada perbuatan dosa. 4. Sabda Nabi kepada orang-orang Habasyah: karenamu aku melihat hai Bani Arfidah. 3. bahwa nyanyian dan permainan. aku melihat hai Bani Arfidah. sedang di sampingnya ada dua gadis yang sedang menyanyi dan memukul gendang pada hari Mina (Idul Adha). Bahkan disunatkan dalam situasi gembira. perkawinan. dan perkataan Nabi kepada Aisyah: engkau senang ya Aisyah melihat permainan ini. bahwa metode yang baik untuk menghaluskan budi perempuan dan anakanak dengan cara menyaksikan permainan adalah lebih baik daripada kekasaran ruhud dan berkekurangan dalam suasana terhalang dan dihalang. saat walimah.HARAM DAN HALAL DLM ISLAM-YUSUF QARDAWI 4.w.w. Perkataan Nabi kepada Aisyah yang didahului dengan kalimat bertanya: senangkah kamu untuk melihat? 6. bukanlah haram. menutup wajahnya dengan pakaiannya. ia berkata: Aisyah pernah mengawinkan salah seorang kerabatnya dengan Ansar. Dalam hadis diterangkan: "Dari Aisyah r.3. selama tidak dicampuri omong kotor. Permainan boleh dilakukan di masjid. guna melahirkan perasaan riang dan menghibur hati. permainannya orang-orang Habasyah di dalam masjid Nabawi yang didukungnya oleh Nabi dengan kata-katanya: karena kamu.a.w. maka Nabi bertanya: Hai Aisyah! Apakah mereka ini disertai dengan suatu hiburan? Sebab orang-orang Ansar gemar sekali terhadap hiburan. bahwa ketika dia menghantar pengantin perempuan ke tempat laki-laki Ansar. maka diusirlah dua gadis itu oleh Abubakar.a. Bermain anggar sebagaimana yang biasa dilakukan oleh orang-orang Habasyah. adalah suatu perintah dan anjuran untuk bermain. seperti pada hari raya. selamat datang kamul" (Riwayat Ibnu Majah) "Dan dari Aisyah r. Oleh karena itu alangkah baiknya kalau kamu kirim bersama dia itu seorang yang mengatakan: kami datang.a. Apakah kamu kirim bersamanya orang yang akan menyanyi? Aisyah menjawab: Tidak! Kemudian Rasulllah s.9 Menyanyi dan Muzik Di antara hiburan yang dapat menghibur jiwa dan menenangkan hati serta mengenakkan telinga. adalah cukup sebagai bukti. kami datang. dan berdirinya Nabi bersama Aisyah sehingga dia sendiri yang bosan serta permainan Aisyah dengan boneka bersama kawan-kawannya itu. selamat datang kami. Dan tidak salah pula kalau disertainya dengan muzik yang tidak membangkitkan nafsu." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Imam Ghazali dalam Ihya'nya27 setelah membawakan beberapa hadis tentang bernyanyinya dua orang gadis itu. 2. datang dan bertanya: Apakah akan kamu hadiahkan seorang gadis itu? Mereka menjawab: Betul! Rasulullah s.a. sedang bernyanyi adalah salah satu daripada jalan untuk bergembira. ialah nyanyian. Hal ini dibolehkan oleh Islam.4.a. Lantas Nabi membuka wajahnya dan berkata kepada Abubakar Biarkanlah mereka itu hai Abubakar. kedatangan orang yang sudah lama tidak datang. Dan dari situ juga menunjukkan dibolehkannya bermacam-macam permainan: 1. aqiqah dan di waktu lahirnya seorang bayi.

Namun di situ ada beberapa ikatan yang harus kita perhatikan sehubungan dengan masalah nyanyian ini. dan seperti orang yang duduk-duduk di depan sofa sekedar melihat-lihat. dan termasuk suatu kesesatan.7. Dan barangsiapa tidak berniat untuk taat kepada Allah dan tidak juga untuk bermaksiat. maka perbuatannya itu dianggap main-main saja yang dibolehkan. semuanya ada cacat. seperti yang dituturkan al-Ghazali dalam Kitabus Sama' (fasal mendengar).w. bahwa nyanyian itu sama sekali tidak dapat dibenarkan.w." Dan berkata pula Ibnu Hazm: "Semua hadis yang menerangkan tentang haramnya nyanyian adalah batil dan palsu.nengatakan: bahwa sesungguhnya nyanyian itu termasuk lahwul hadis (omongan yang dapat melalaikan) sebagai yang dimaksud dalam firman Allah: "Di antara manusia ada yang membeli omongan yang dapat melalaikan untuk menyesatkan (orang) dari jalan Allah tanpa disadari. seperti halnya seorang pergi ke kebun untuk berlibur. Mereka itu kelak akan mendapat siksaan yang hina. maka dia adalah orang yang taat dan berbuat baik dan perbuatannya pun termasuk perbuatan yang benar. pernah bersabda "Sesungguhnya semua perbuatan itu harus disertai dengan niat dan tiap-tiap orang akan dinilai menurut niatnya. hijau dan sebagainya." Selanjutnya Ibnu Hazm menolak anggapan orang yang mengatakan. minum-minum arak dan perbuatan-perbuatan haram." (Yunus: 32) Maka kata Ibnu Hazm: Rasulullah s. dan seperti orang yang mengkelir bajunya dengan warna ungu. seperti kata al-Qadhi Abubakar bin al-Arabi: "Tidak ada satupun hadis yang sah yang berhubungan dengan diharamkannya nyanyian. "Tidak ada lain sesudah hak kecuali kesesatan. Oleh karena itu kalau nyanyian-nyanyian tersebut penuh dengan pujian-pujian terhadap arak dan menganjurkan orang . maka jelas dia adalah kafir. Sebagian mereka ada yang . seperti firman Allah.a. Perkenan untuk menyanyi dan memukul rebana dari dua anak gadis itu dan seterusnya. yaitu: 1. bahwa mereka itu pernah mendengarkan nyanyian. Itulah yang kemudian oleh ulama-ulama dianggapnya haram atau makruh." Banyak sekali nyanyian-nyanyian dan muzik yang disertai dengan perbuatan berlebih-lebihan. Dan barangsiapa berniat untuk menghibur hati supaya dengan demikian dia mampu berbakti kepada Allah dan tangkas dalam berbuat kebajikan. maka jelas dia adalah fasik --termasuk semua hal selain nyanyian. tidak ada satupun yang selamat dari celaan oleh kalangan ahli hadis. dan dijadikannya sebaqai permainan. Inilah yang dicela Allah s. Oleh karena itu jika dia membeli sebuah al-Quran untuk dijadikan ayat guna menyesatkan orang banyak dan dijadikannya sebagai permainan. Adapun hadis-hadis Nabi yang melarang nyanyian." (Luqman: 6) Ibnu Hazm berkata: "Ayat tersebut menyebutkan suatu sifat yang barangsiapa mengerjakannya bisa menjadi kafir tanpa diperselisihkan lagi. sedang mereka tidak menganggapnya suatu perbuatan dosa. Dan dari beberapa sahabat dan tabi'in diriwayatkan." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Jadi barangsiapa mendengarkan nyanyian dengan niat untuk membantu bermaksiat kepada Allah.t. Nyanyian itu harus diperuntukkan buat sesuatu yang tidak bertentangan dengan etika dan ajaran Islam. yaitu apabila dia menjadikan agama Allah sebagai permainan. Samasekali Allah tidak mencela orang-orang yang membeli lahwal hadis itu sendiri yang bisa dipakai untuk hiburan dan menggembirakan hati. bukan untuk menyesatkan orang dari jalan Allah.

Sehingga dengan demikian dia dapat tenang dan gembira. Syaitan selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan melaghokan manusia. Di antara yang sudah disepakati.a. KENYATAAN LAJNAH DAKWAH Antara matlamat utama manusia ini diciptakan oleh Allah s. tetapi apa yang dimaksud dirombak jiwanya dan rohnya.supaya minum arak. bunyi-bunyian dan tarian asalkan sahaja hiburan itu tidak menyalahi hukum-hukum syara'. 5. melainkan di balik itu ada suatu kewajiban yang terbuang. jiwa kera dan rohnya roh babi. pelakunya. dan pendengarnya diancam dengan siksaan yang sangat." 4." (Riwayat Ibnu Majah) Bukan merupakan kelaziman kalau mereka itu dirombak bentuk dan potongannya.w. demi melindungi hatinya. Sebagaimana agama akan selalu memberantas sikap berlebih-lebihan dan kesombongan dalam segala hal sampai pun dalam beribadah.t adalah untuk mengabdikan diri kepada Nya seperti yang firmankan oleh Allah dalam surah Az Zariyyat ayat 56 yang bermaksud: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu" Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali menyekat naluri fitrah manusia termasuklah berhibur dan berseni seperti mendengar muzik. maka begitu juga halnya berlebih-lebihan dalam hiburan dan menghabiskan waktu untuk berhibur. maka menyanyikan lagu tersebut hukumnya haram. maka dia harus menjauhi nyanyian tersebut dan dia harus menutup pintu yang dari situlah angin fitnah akan menghembus. Begitulah nyanyian-nyanyian lain yang dapat dipersamakan dengan itu. 2. Bentuknya bentuk manusia tetapi jiwanya.w. padahal waktu itu sendiri adalah berarti hidup! Tidak dapat diragukan lagi. bahwa berlebih-lebihan dalam masalah yang mubah dapat menghabiskan waktu untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban. mereka namakan dengan nama lain. 3. Tinggal ada beberapa hal yang seharusnya setiap pendengarnya itu sendiri yang memberitahu kepada dirinya sendiri. agamanya dan budi luhurnya. kepala mereka itu bisa dilalaikan dengan bunyi-bunyian dan nyanyian-nyanyian. Allah SWT berfirman dalam surah Al Luqman ayat 6 yang bermaksud : . dicampur dengan perbuatan cabul dan maksiat. dan si pendengarnya pun haram juga. yaitu apabila nyanyian atau satu macam nyanyian itu dapat membangkitkan nafsu dan menimbulkan fitnah serta nafsu kebinatangannya itu dapat mengalahkan segi rohaniahnya. Mungkin subyek nyanyian itu sendiri tidak menghilangkan pengarahan Islam. maka Allah akan tenggelamkan mereka itu kedalam bumi dan akan menjadikan mereka itu seperti kera dan babi. tetapi cara menyanyikan yang dilakukan oleh si penyanyi itu beralih dari lingkungan halal kepada I. maka di sinilah yang oleh Rasulullah s. misalnya. misalnya lenggang gaya dengan suatu kesengajaan yang dapat membangkitkan nafsu dan menimbulkan fitnah dan perbuatan cabul.ngkungan haram. yaitu sebagaimana sabda beliau: "Sungguh akan ada beberapa orang dari ummatku yang minum arak. bahwa nyanyian yang disertai dengan perbuatan-perbuatan haram lainnya seperti: di persidangan arak. Maka tepatlah kata ahli hikmah: "Tidak pernah saya melihat suatu perbuatan yang berlebih-lebihan.

"Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan.w. memburuk-burukkan Rasulullah SAW. Perempuan haram menari walaupun dengan suaminya sendiri dikhalayak ramai dan termasuk didalam kumpulan yang melakukan dosa. Namun. Seni tarian dilakukan dengan menggerakkan tubuh secara berirama dan diiringi dengan muzik-muzik tertentu. Oleh itu. kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang sesuai dengan penetapan dan susur galur Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s. 2.w. dalam surah al-Qasas ayat 55 : . Oleh itu. Keadaan seperti ini adalah satu perkara yang tidak boleh dipertikaikan lagi dan tidak memerlukan kepada dalil yang jelas bahkan ia boleh difikirkan secara akal sahaja. Maka apabila berlaku sedemikian. dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan. Sesiapa yang meredhai perbuatan tersebut samada hadir ataupun tidak maka ia adalah maksiat. ia hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah s. menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa di samping mematuhi adab-adab Islam. yang bertujuan menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan. melekehkan para sahabat. Seni tarian juga turut menjadi sebahagian daripada hiburan masa kini malah menjadi amalan sejak zaman Jahiliyyah lagi. kita akan mendapati keterangan-keterangan seperti berikut: Antara intisari yang dapat disimpulkan : 1. Sebarang percubaan Kuffar untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan. Pergerakan dan permainan perempuan yang terbuka kepada khalayak boleh menimbulkan fitnah dan hukumnya haram.Suatu persembahan yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah.t. merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan". hak mencari dan memberi nafkah. 4. ia adalah dikategorikan sebagai lagho dan sia-sia. 2. meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita. apakah pandangan syara' terhadap seni tarian ini? Apabila kita merujuk kepada fatwa yang telah dikeluarkan di dalam Fataawa Al-Azhar. 3.Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang tidak mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT. Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM terpanggil untuk meletakkan beberapa garis panduan hiburan sesuai dengan kehendak Islam: 1. menuntut ilmu dan sebagainya. Ini menuntut kesedaran yang tinggi dari setiap Muslim supaya membentuk hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat Kuffar. Hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia.a.

pakaian yang sesat dan menyesatkan. sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik. ~hadis riwayat Muslim~ Islam mengharamkan menampakkan susuh tubuh dibahagian dada dan pinggul. Daripada Abu Malik al-Asy'ari daripada Nabi saw bersabda. Rasulullah SAW juga bersabda : .~hadis riwayat ibnu majah~ 5. Diharapkan kita semua semua sentiasa berada dalam petunjuk dan pimpinan Allah s. mereka berpaling daripadanya.w.t. tiada majlis tari-menari. Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM 2009 .Penyanyi. pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya. Mohd Azrul Ismail Naib Presiden I." 3. : Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang solah telanjang. 4. tidak melakukan gerak badan yang memberahikan.. tidak berlakunya lakonan-lakonan liar dan seumpamanya.w.Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi. Maka menjadi tanggungjawab bagi para azhari untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa berada di dalam ruang lingkup ibadah kepada Allah s. dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram.t.:Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha). Sabda Nabi s. Ini adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja dan mengghairahkan.w. Siapa lagi yang perlu beramal dengan agama kalau tidak golongan agamawan.a.maka terlebih teruk dari itu apabila disertai dengan pergerakan yang gemalai dan membawa kepada fitnah. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan khinzir.Orang yang melakukan persembahan tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan persembahan tersebut dari kalangan wanita. Sesungguhnya sebahagian daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.

katalah apa yang engkau katakan sebelum itu. Kegembiraan pada hari perkahwinan dizahirkan secara nyata dengan hiburan kompang atau alatan yang lain dan suara. Hanya yang mengetahui apa yang akan berlaku esok hari ialah Allah. Suara di sini ada yang mentafsirkannya sebagai iklan pernikahan. Maka baginda membetulkannya. Cuma baginda melarang ungkapan atau lirik yang salah. Baginda bertindak bagaikan lembaga penapisan dan penilaian seni atau hiburan agar tidak menyanggahi batasan agama yang murni ini. Kemudian baginda bangun keranaku sehingga aku beredar (bosan). Saya menangguhkan jawapan terhadap kebanyakan soalan itu bimbang nanti disalahtafsirkan. Biar saya sendiri yang menulisnya agar lebih jelas maksud saya. RAMAI wartawan menghubungi saya bertanya pendapat tentang beberapa tindakan artis kita yang menimbulkan berbagai-bagai kontroversi. wajar dijelaskan terlebih dahulu bahawa saya bukan antihiburan atau seni. Islam tidak jumud sehingga menjadikan hidup ini kaku dan tidak ada langsung rempah-ratus kehidupan yang diselang-seli oleh hiburan dan keseronokan dengan kadar yang tidak melampaui batas sehingga boleh menghilangkan matlamat hidup yang sebenar. ada batasan dan disiplinnya. Sebabnya.a. Dalam riwayat al-Bukhari juga daripada Aisyah bahawa seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar. berada di pintu bilikku. Ini seperti hadis al-Bukhari. Juga boleh ditafsirkan sebagai nyanyian seperti hadis al-Bukhari sebelum ini. ketika itu orangorang Habsyah sedang bermain di dalam masjid.w. Cuma setiap perkara dalam Islam. Sebelum saya pergi lebih jauh. Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan.Apabila Dunia Hiburan Kita Terbabas Disiarkan pada Jun 24. Baginda bersabda: Jangan engkau kata begitu.a: Suatu hari Rasulullah s. baginda bersabda: Perbezaan antara yang halal dan yang haram adalah kompang dan suara dalam perkahwinan. maka baginda bersabda: Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan.a. Kata Aisyah r. Berbeza dengan perzinaan. *Masjid Bahkan baginda mengizinkan pertunjukan yang menghiburkan di masjid sekalipun. Dalam hadis tersebut baginda tidak melarang hiburan pada hari keramaian seperti perkahwinan. Dalam sahih al-Bukhari. . al-Rubaiyi binti Mu awwiz menceritakan bahawa Rasulullah s.w. datang ke majlis perkahwinannya dan mendengar beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa Peperangan Badar sehingga salah seorang daripada mereka berkata: Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok. Dalam hadis yang bertaraf hasan yang diriwayatkan oleh al-Nasai dan al-Tirmizi. Kamu andaikan kadar seorang anak gadis yang muda yang berminat dengan hiburan. Islam itu bukan agama antihiburan dan seni. Baginda melindungiku dengan selendangnya agar aku dapat melihat kepada permainan mereka. 2007 dalam kategori Komen & Pendapat | Islam tidak jumud sehingga menjadikan hidup ini kaku dan tidak ada langsung rempah-ratus kehidupan yang diselang-seli oleh hiburan dan keseronokan dengan kadar yang tidak melampaui batas sehingga boleh menghilangkan matlamat hidup yang sebenar.

Atau paling tinggi suatu galakan Nabi untuk suasana tertentu. dari dunia yang sempit kepada keluasan dunia dan akhirat. Maka kecuaian muda. Para artis mereka adalah lambang dan penyumbang kepada keruntuhan tersebut. Maka hiburan bukan suatu kemestian tetapi suatu keizinan dan peluang untuk insan. Ini kerana hidup yang diciptakan Allah akan menempuh berbagai-bagai situasi dan keadaan. Antaranya mereka telah berjaya membina tamadun kebendaan yang hebat yang menjadikan mereka dipandang megah oleh dunia. bahasa dan gaya mereka bukan sahaja tidak memperlihatkan kematangan dan tamadun. hiburan yang merupakan keizinan untuk meredakan ketegangan urusan hidup atau sebagai peluang menikmati keseronokan telah dijadikan fokus utama dalam kehidupan. Maka sehingga ada yang merasai gelagat buruk artis Barat sama ada Paris Hilton atau Britney Spears atau seumpama mereka mempunyai nilai seni yang tersendiri. pakaian. kebanyakan hiburan yang disebarkan itu bukan sahaja tidak mempunyai nilai kesopanan dan tamadun. ada pula insan lain yang tidak memerlukan itu semua. Hiburan yang diizinkan dengan kadar yang munasabah telah menjadi candu dan barah yang membunuh tumpuan remaja dan para pemuda untuk membina tamadun secara bermaruah dan merdeka. bahkan sebahagian adalah lambang keruntuhan akhlak dan ketidakmerdekaan jiwa. Untuk mereka melangsungkan apa yang sudah mantap tidaklah begitu sukar. dari kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam. Malangnya. hiburan bukan fokus utama dalam masyarakat Islam. apa yang kelihatan dalam masyarakat Muslim kita. Di samping itu.Hadis-hadis ini menunjukkan keizinan Islam untuk penganutnya menikmati hiburan dengan batasan yang ditetapkan. budaya asal mereka bahkan agama mereka sendiri. Lihat sahaja nama-nama program realiti hiburan yang ditampilkan. Lebih buruk lagi. Sebahagian yang melibatkan diri dalam dunia hiburan itu. Justeru. Ini kerana. Juga hiburan membantu memeriahkan acara yang patut dihidupkan suasana kegembiraan seperti perkahwinan atau Hari Raya. kisah. Lihat sahaja sesetengah adegan lawak jenaka zaman kita atau aksi sesetengah artis. kebanyakannya melambangkan jiwa yang tidak merdeka yang menceduk dari reka bentuk sehingga ke nama program pun tidak mampu diubah. ramai yang menjadikan Barat kayu ukur dalam kegiatan mereka. Nilai-nilai buruk dan hodoh telah bertukar menjadi sesuatu yang normal dalam kehidupan mereka sehingga merosakkan ikatan keluarga. Mereka lupa bahawa Barat sedang mengalami keruntuhan moral yang parah disebabkan para artisnya. bahkan menonjolkan ciri-ciri kebodohan diri. Di samping itu. Namun Barat masih mempunyai beberapa kelebihan. Para penggiat hiburan. seakan tidak ada agenda lain yang lebih utama dalam kehidupan generasi baru dari berhibur dan berseronok sepanjang masa. Keizinan Nabi untuk para sahabat menikmati hiburan dengan kadar yang munasabah tidak pernah mengganggu mereka membawa misi agung yang disebut oleh Rib i bin Amir di hadapan angkatan tentera Parsi: Allah yang membangkitkan kami agar kami mengeluarkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dari pengabdian sesama hamba menuju pengabdian kepada Allah.mudi mereka masih dapat ditampung dengan tamadun kebendaan yang telah mereka bina. acuan atau reka bentuk hiburan itu sendiri gagal menunjukkan jati diri umat yang mempunyai tamadun dan budaya yang tersendiri. hiburan jika berlebih-lebihan maka ia akan mengganggu tumpuan hidup umat yang agung iaitu menjadi khalifah dengan membina tamadun yang bertunjangkan akidah dan pengabdian diri kepada Allah dan membawa rahmat untuk manusia sejagat. . Media seakan mengajak generasi kita menumpukan sepenuhnya kemampuan diri untuk berlumba-lumba di bidang hiburan. Sehingga jika dilihat kepada media elektronik dan cetak. Kadangkala ia memerlukan kerehatan dengan hiburan yang berprinsip bagi membantu melegakan ketegangan urusan hidup.

Tanpa perlu mempamerkan watak yang menyanggahi agama atau menceduk aksi dan watak Barat. Namun saya akur industri filem di Iran telah berjaya pada suatu tahap menghasilkan filem-filem yang mempunyai disiplin yang tinggi dan kualiti yang baik. Setiap orang ada sumbangannya. gejala jenayah remaja. Namun perkara yang paling realiti bagi setiap program realiti hiburan itu adalah penajanya mengaut untung gilagila sementara kerugian langsung atau tidak langsung ditanggung oleh anak dan bapa orang kita. Anda boleh baca temu bual dengan saya oleh majalah Pentas terbitan Istana Budaya. Islam bukan jumud yang menuntut agar filem atau artis yang berdisiplin mesti mempamer lebai atau kopiah di atas kepala atau dibacakan nas-nas agama. filem Kasut dari Iran berjaya memenangi anugerahnya. Saya tidak antiartis secara melulu. Lebih malang lagi. sikap tidak bertamadun anak bangsa. saya bukan antiartis. kerosakan akhlak. Dalam industri perfileman. mahupun budaya seperti mereka. Dalam keadaan kita yang dilanda berbagai-bagai masalah yang gagal diselesaikan dengan kadar yang selesa. malas. Namun saya sedang membicarakan soal untung rugi jangka masa panjang terhadap umat jika terus dibiarkan generasi kita tenggelam dalam arus hiburan tidak berdisiplin yang sedang pesat sekarang. Anugerah filem yang berkualiti dan tidak menyanggahi syariah umpamanya mungkin boleh menjadi pemangkin kepada perkembangan seni yang lebih berdisiplin. Ini kerana. Anugerah-anugerah prestij agama yang sudah bersifat muzium itu patutlah digantikan dengan anugerahanugerah lain yang lebih utama untuk difokuskan. Sehingga hari ini para penggiat seni tidak mempunyai penasihat seni dari sudut agama yang praktikal dan produktif. Janganlah program kita hanya stereotaip yang tidak boleh dipasarkan untuk generasi baru. Pihak yang diberikan bajet besar untuk kemajuan Islam pula hendak merancang agar media benar-benar dimanfaatkan untuk pembangunan umat. Hiburan kita seakan hilang arah. Sekali lagi. kelihatan tidak banyak memberi sumbangan kepada pembangunan peradaban dan ketamadunan umat. Dalam banyak hal. belum berjaya membina tamadun kebendaan. kegiatan seni kita lebih banyak membazirkan wang bangsa sendiri dan gagal menghasilkan pulangan ekonomi untuk negara. Media adalah kuasa ajaib di zaman ini. Yang penting ialah disiplin dalam penampilan dan kandungan. Walaupun saya dalam banyak perkara pokok dan cabang amat berbeza dengan mazhab utama negara tersebut.Juga. . dadah. Bahkan banyak juga filem mereka yang memenangi berbagai anugerah di peringkat antarabangsa. aktiviti hiburan mereka telah membawa pulangan ekonomi yang tinggi. hiburan dan seni. saya rasa kita boleh puji Iran. dunia lain memandang tinggi jenama mereka dan sanggup membayar harga untuk menikmati hiburan mereka. Sekadar bersongkok atau berkopiah belum tentu isi seninya tidak melanggar batasan Islam. Kepentingan menguasai media atau memanfaatkannya lebih utama dari memikirkan bagaimana mengelakkan Mufti Perlis daripada muncul dalam Forum Perdana. Namun saya mengharapkan agar kegiatan seni tidak melanggari disiplin agama dan memusnah masa depan bangsa. Bahkan saya tahu ada artis-artis yang ternama juga membaca artikel saya. Adapun kita. adakah patut kita fokuskan tenaga dan kemampuan remaja kita ke arah hiburan tidak berhenti-henti atau hiburan tanpa sempadan ? Program realiti hiburan ada yang telah memerangkap cita-cita hidup anak muda sehingga gagal memikirkan kemampuan diri selain dari menjadi artis segera .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful