INDUSTRI BURUNG WALET Industri Sarang Burung Layang-Layang hari ini telah mencetuskan satu lagi industri

yang berpotensi besar bagi semua usahawan untuk merealisasikan kehidupan mewah selain dari bidang-bidang perniagaan yang lain. Pada tahun 2004, industri sarang burung layang-layang di Malaysia telah diiktiraf oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai penyumbang kepada tukaran mata wang asing bagi Negara ini. Sehubungan dengan itu, pihak kementerian telah mewujudkan satu Garis Panduan Penternak Burung Layang-Layang untuk semua pihak berkuasa tempatan di peringkat daerah, majlis tempatan dan majlis bandar raya di seluruh negara. Sebagai tambahan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan juga mempunyai garis panduan untuk pembiakkan burung layang-layang. Sarang burung dipercayai kaya dengan kalsium, zat besi, potassium, dan magnesium yang amat berguna kepada kesihatan. Industri burung layang-layang di Malaysia telah menyaksikan lantunan serta lonjakan pertumbuhan dalam tempoh lima tahun ini. Akan tetapi ianya amat berkurangan di kalangan usahawan bumiputra kerana itulah industri ini disifatkan sebagai industri yang dirahsiakan, ianya telah lama dimonopoli oleh usahawan bukan bumiputra yang melihat potensi kekayaan yang wujud dari bidang ini, mereka sanggup mengeluarkan modal jutaan ringgit untuk dilaburkan. Kebanyakkan rumah-rumah burung dibina di bandar- bandar kecil di mana sumber makanan yang banyak pada tahap pencemaran yang masih rendah.

Kerajaan negeri Perak misalnya, menawarkan 10 kawasan berpotensi untuk dibangunkan industri ini, manakala negeri Johor mencadangkan sebuah taman eko burung layang-layang di Endau dan Desaru. Kerajaan Negeri Sembilan juga menunjukkan minat yang sama untuk membina sebuah taman bagi tujuan tersebut. Bank Pertanian Malaysia atau kini dikenali sebagai AgroBank menawarkan pembiayaan sehingga 85% berikutan industri sarang burung kini menjadi sebahagian daripada industri berasaskan tani. Suruhanjaya Koperasi Malaysia pula telah mengiktiraf enam buah syarikat industri sarang burung layang-layang bagi menjalankan usahasama perniagaan di bawah program pemadanan perniagaan.

Sehingga akhir tahun 2006, terdapat hampir 36000 buah rumah burung layang-layang di seluruh Negara dengan kadar purata pertumbuhan sebanyak 35% setahun sepanjang tempoh lima tahun lepas. Jumlah nilai pengambilan sarang burung diseluruh dunia pada tahun 2006 dianggarkan RM8 billion

Burung Walet merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur. Hasil dari perternakan walet ini adalah sarangnya yang terbuat dari air liurnya (saliva). melancarkan peredaran darah dan penambah tenaga. menghasilkan tenaga dan menguatkan fungsi SPLEEN perut. Sifat-sifat yang ada pada sarang burung adalah rasa manis. Fungsi sarang burung menghasilkan yin untuk mengurangkan kekeringan. Burung ini berwarna gelap. Hong Kong merupakan pembeli sarang burung terbesar iaitu 50% manakala China 8% .sehingga RM12 billion. remang-remang sampai gelap dan menggunakan langit-langit untuk menempelkan sarang sebagai tempat beristirahat dan berbiak. lembut dan sesuai untuk penyakit yang berkaitan paru-paru. Akan tetapi permintaan ini tidak termasuk negara-negara Eropah dan Arab disebabkan pembekalan yang tidak mencukupi. perut dan hati. Burung walet mempunyai kebiasaan berdiam di gua-gua atau rumah-rumah yang cukup lembab. . Sarang walet berguna untuk menyembuhkan paru-paru. juga dapat bermanfaat bagi dunia kesihatan. Harganya berganda lebih tinggi di China dan Hong Kong. panas dalam.Taiwan 4% dan Macau 3% dengan jumlah pengambilan kira-kira 160 tan pada tahun 2006. Sarang walet ini selain mempunyai harga yang tinggi. kakinya sangat kecil begitu juga paruhnya dan jenis burung ini tidak pernah hinggap di pohon. Malaysia kini merupakan pengeluar sarang burung dengan nilai pembekalan kasar sebanyak 7% selepas Indonesia 60% dan Thailand 20%. terbangnya cepat dengan ukuran tubuh sedang / kecil. Harga sarang burung putih yang belum diproses dijual pada harga RM4500 hingga RM6000 sekilogram pada 2006. dan memiliki sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing.

kurang selera makan . Cara pemasakan ini disyorkan bagi mereka yang telah melalui proses pemulihan terapi. hemotysis (batuk berdarah). masalah dada. tuberculosis. kemudian tambah gula batu atau garam secukup rasa. batuk kering. phlegmdyspnea (kesusahan bernafas). Sarang ini hendaklah di masak sebanyak satu setengah cawan sekurang-kurangnya 2 jam bergantung kepada gred sarang burung yang digunakan. demam malaria yang kronik. Pada awalnya proses soaked dilakukan selama satu jam didalam air panas untuk membolehkan sarang mengembang. sarang kering yang mempunyai berat 4 ke 5 gram adalah disyorkan. batuk berdarah.Sarang burung . Rebus dengan kepanasan yang sederhana selama 15 minit. masalah perut berpunca dari sakit berpanjangan. Gula batu ditambah bagi bagi menambahkan rasa semasa 10 minit terakhir masakan tersebut. . berpeluh malam. muntah darah. Bagi masalah kurus. Sesetengah orang gunakan daun pandan ataupun ginseng bagi menambahkan lagi rasanya. Keringkan sarang burung di dalam air sejuk. Cara yang biasa dilakukan ialah dengan merebus sarang burung ini sebanyak dua kali di dalam porcelain pot. asma. tukar air sekali dan rendam dalam air selama 5 ke 6 jam. Untuk penyediaan sarang ini kepada orang dewasa. prolonged dysentery. batuk. Kemudian kerat dan letakkan didalam mangkuk yang besar dengan secawan air bagi setiap 20 gram. hematoma (penyakit berkaitan sel-sel darah).Penggunaan sarang burung ini untuk mengubat masalah penghadaman. alihkan bagi mengeringkannya. dysphagia (masalah menelan). Sarang yang berkualiti tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak. lemah secara umum. Terdapat pelbagai cara untuk menyediakan sarang burung ini dan ia bergantung kepada citarasa masingmasing. dahaga dan lainlain lagi. Bersihkan bulu dan bahan-bahan lainyang terdapat pada sarang tersebut.Rebus sarang burung dengan susu atau dengan ayam atau jus daging.

yang dikukus perlu dihidang semasa masih panas dan sudu porcelain digunakan sebelum tidur dan disyorkan diambil pada awal pagi untuk kesan maksimum. Waktu tersebut adalah waktu yang disyorkan oleh Jab Veterina dan kekuatan bunyi (decibel) pula di antara 0. tepi pantai dan kolam atau lombong yang mempunyai potensi pemakanan seperti serangga dan sumber minuman yang banyak. Pihak Jab Veterina juga ada menerbitkan sebuah buku bertajuk Garis Panduan Amalan Penternakan Burung Walit (GAHP) untuk dijadikan panduan dan asas kepada pengusaha. Adakah industri perniagaan ini sah di sisi undang-undang? Ya. Apakah yang dikatakan burung layang-layang (walet)? Burung walet atau Aerodramus Fuchipagus adalah burung pemakan serangga yang mampu terbang dengan kelajuan dan pergerakan yang cepat. habitat yang berkayu serta di kawasan pantai atau lombong. ladang kelapa sawit. pelaburan dan industri yang sah yang mendapat perhatian serta diikitiraf oleh pihak kerajaan dengan penglibatan pihak Jabatan Perhilitan.1578dB atau frekuensi 1khz 16khz iaitu di bawah pendengaran manusia.00pagi 12 tengahari) dan petang (5. Namun. Adakah jangkitan penyakit seperti selsema burung boleh berlaku? Selesema burung tersebar disebabkan sisa kotoran najis di atas tanah yang dimakan oleh binatang ternakan seperti ayam sebaliknya burung walet mencari makan di udara.30 malam). Bagaimanakah kawasan yang sesuai untuk membina rumah burung dan menjalankan pembiakan burung walet? Kawasan pembiakan burung walet yang sesuai adalah di kawasan habitat yang berkayu seperti pinggir hutan. Berapakah pulangan pelaburan yang boleh didapati melalui sebuah rumah burung walet yang berjaya? Anggaran pendapatan sesebuah rumah burung walet berkeluasan 20 x 70 x 2 tingkat adalah RM40RM60k sebulan atau 10-15kg sebulan selepas tempoh matang atau kebiasaannya selepas tahun ke-4. ia merupakan satu peniagaan. sawah. Jabatan Veterina (Haiwan). sawah. Perlukah sebuah rumah bururng walet dipasang bunyi suara burung berterusan (24 jam) sejak beroperasi? Rumah burung walet dibenarkan dipasang bunyi dalaman burung walet selama 24 jam tetapi bunyi luaran hanya perlu dipasang pada waktu-waktu tertentu sahaja iaitu pagi (7. sisa kotoran najis burung di dalam rumah burung perlu dibersihkan secara berkala bagi mengelakkan hama atau penyakit lain boleh merebak.0525dB 0. Burung ini mampu terbang dalam kegelapan melalui kaedah eccholation dan membuat sarang menggunakan air liurnya. Ia tidak boleh mendarat di tanah atau hinggap pada dahan pokok kerana kakinya yang pendek dan biasanya boleh didapati di gua-gua pinggir hutan.00 petang -7. Saya memiliki sebuah rumah kedai 20 x 70 x 2 tingkat dan ingin mengubahsuai rumah tersebut kepada . pihak berkuasa tempatan serta Kementerian Kesihatan.

helang. Apakah yang perlu saya lakukan dan berapakah anggaran kos yang diperlukan? Lesen mengubahsuai bangunan perlu diperolehi dari pihak Majlis Daerah terlebih dahulu seterusnya pihak perunding yang dilantik perlu membuat lawatan dan penilaian ke atas rumah kedai tersebut sebelum pengiraan jumlah anggaran kos dibuat serta mengenalpasti adakah rumah burung sesuai dibina di kawasan tersebut. Apakah material atau bahan binaan yang paling sesuai untuk mendirikan rumah burung walet samada . Siapa dan apakah pemangsa utama burung walet? Pemangsa semulajadi bagi burung walet adalah cicak. ini bermakna pada malam hari ada burung walet tidur di dalam rumah tersebut. lipas. makanannya yang terdiri dari serangga perlu disediakan dan kos akan bertambah serta tidak efektif dan apabila burung tersebut meningkat dewasa ianya akan kembali membesar secara semulajadi. Sarang rumah vs sarang gua. biawak dll tetapi manusia (pencuri sarang burung) kini merupakan pemangsa yang utama. Susunan kayu beluti juga perlu selari dengan ruang masuk serta banyak faktor lain lagi yang turut menyumbang kepada minat burung walet untuk berdiam.rumah burung walet. Bagaimana boleh saya mengenalpasti atau mengira jumlah burung walet yang telah melawat rumah burung walet saya? Jumlah burung walet boleh dikenalpasti dengan memerhatikan dan menanda tompokan tahi burung yang terdapat di lantai. kelembapan dan pencahayaan yang sesuai tetapi mengapa burung walet masih tidak berminat untuk membuat sarang? Rumah burung yang berjaya bukan sekadar perlu diadaptasikan suasananya seperti gua tetapi memerlukan ruang legar (rooving room) untuk berpusing atau terbang yang sesuai (minima 10 x10 ) di samping sistem bunyi yang mampu menarik minat burung walet untuk bermain dan membuat sarang. Bolehkah burung walet ini diternak dan bagaimana boleh kita mempelajari tentang penternakan burung walet? Kehidupan asal burung walet adalah burung yang terbang bebas dengan mencari makan sendiri secara semulajadi sebaliknya jika diternak.. apakah perbezaan antara keduanya? Sarang rumah berwarna putih dan lebih bersih serta terdiri dari 85-95% air liur dengan harga yang tinggi sedangkan sarang gua biasanya berwarna hitam dan lebih kotor di mana 85% adalah bulu atau pelepahnya pada harga nisbah 1:5 lebih rendah berbanding dengan sarang rumah. tikus. burung hantu. Rumah burung saya telah dibina 6 bulan yang lalu dan mempunyai suhu. Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan sarang burung berwarna merah? Sarang merah terjadi disebabkan serapan mineral dari makanan laut (kandungan zat besi yang tinggi) serta banyak terdapat di kawasan Borneo dan bukan disebabkan burung tersebut kepenatan sehingga mengeluarkan darah. Anggaran kos adalah berbeza antara sesuatu tempat bergantung kepada lokasi dan kedudukan kedai tersebut.

Malaysia (7%)dan lain-lain Negara (13%) merupakan pengeluar utama sarang burung cuma mampu menyumbang 30% dari permintaan pasaran dunia dan burung walet ini tidak terdapat di tempat lain sedangkan permintaannya bertambah setiap tahun. cahaya. bata blok atau dinding foam kerana ianya terbukti dapat menstabilkan suhu dalaman rumah burung pada waktu siang dan malam serta mempunyai aroma atau bau tanah yang bersesuaian dengan kehendak burung. Rumah burung juga memerlukan penyelenggaraan yang berkala dan berpengalaman bagi mengekalkan suhu. kualiti bunyi dll adalah pada tahap maksima. kelembapan. Sebaliknya dinding foam (campuran simen + pasir + bahan kimia) lebih digemari di kawasan pendalaman dan kosnya lebih murah tetapi tidak begitu sesuai di kawasan terbuka. bata blok atau dinding foam ? Penggunaan bata merah (tanah liat) adalah paling sesuai berbanding bata pasir. Ramai yang mendakwa seorang kontraktor binaan mampu membina sebuah rumah tetapi tidak untuk rumah burung. Di samping itu hasil sarang burung juga dapat dituai 2x sebulan selepas tahun ke-5 dan seterusnya. Apakah caranya untuk meningkatkan mutu dan kuantiti sarang burung dalam sebuah rumah burung yang telah mempunyai hasil? Mutu sarang burung dapat ditingkatkan dengan mengawal suhu pada kadar 25-29 darjah Celcius dan kelembapan antara 85-90% di samping kebersihan dan keadaan dalam rumah burung perlu dititikberatkan. Jika semakin banyak rumah burung didirikan setiap bulan.com . Adakah sarang burung walet ini halal dimakan? Sarang burung walet adalah halal untuk dimakan dan anda bolehlah merujuk dengan jabatan yang berkaitan (JAKIM) untuk mengesahkannya.menggunakan bata merah. Kuantiti sarang burung pula dapat ditingkatkan dengan menambah kayu meranti samada secara rak berlapis/bertingkat atau ditambah satu lapisan lagi tetapi ketinggian rumah burung tersebut mestilah >8 kaki. pengalaman dan kajian terhadap teknik-teknik dan kesesuaian mengikut kehendak burung menyebabkan faktor utama kegagalan sesebuah rumah burung walet. AVM usahawantani. kebersihan. apakah kemungkinan terdapat lebihan penawaran sarang burung di pasaran dunia? Indonesia (60%). Mengapakah masih terdapat banyak rumah burung walet yang gagal dan apakah kesilapan yang sering dilakukan? Kurangnya pengetahuan. Thailand (20%). bata pasir.

Pencinta burung sekali pun tidak mungkin tertarik kepadanya semata-mata kerana bunyi yang dikeluarkan. sebuah syarikat tempatan Walit World Sdn. dengan keluasan purata 5. telah mengambil inisiatif untuk membangunkan kawasan µperumahan walet' di Port Dickson. berbanding Malaysia di tangga kelima dengan lima peratus sahaja walaupun burung walet ini juga terdapat dengan amat banyaknya di negara ini. hanya segelintir sahaja yang tahu mengenainya. rantau Asia Tenggara terutama Malaysia. 25 x 50 kaki. ramai telah menanam minat untuk menjadi pengusaha sarang burung walet ini kerana nilainya yang begitu lumayan. Thailand. ³Cukup sekadar membuat rumah di kawasan habitat makro burung ini. Azman Shah Omar dari Bina Agro Nusantara Resources Sdn. harga sarang burung mentah boleh mencecah antara RM2. Indonesia merupakan pengeluar utama sarang walet iaitu sebanyak 80 peratus.´ katanya kepada Mega. Menyedari senario ini. Empat jenis saiz setiap blok yang ditawarkan ialah 25 x 60 kaki. Bhd. 25 x 40 kaki dan 25 x 30 kaki bermula pada harga RM265. Justeru di Malaysia.Ramai daripada kita mengenali burung layang-layang tetapi apabila disebut walit atau walet. ³Ini satu usaha yang lumayan kepada pengusaha dan mereka tidak perlu menternak dan memberi makan. katanya. Indonesia. katanya. . Filipina dan Singapura menjadi tumpuan pergerakan burung ini.500 sekilogram. manakala yang telah diproses atau dibersihkan boleh mencapai antara RM10. Nasir Che Fa. Sebanyak 63 buah blok tiga tingkat akan dibangunkan yang dijangka dimulakan bulan ini yang melibatkan tiga fasa. nilai sarang burungnya mencecah ribuan ringgit sekilogram kerana khasiatnya yang sudah diketahui ramai.000. sebaliknya sarang burung ini umpama emas yang diburu oleh manusia. Apa pun. Mohd. Tambahan pula. Melihat kepada potensi tersebut. baru-baru ini. Bhd. ia lebih dikenali sebagai burung layang-layang tetapi jika dibuat perbandingan. projek perumahan bersepadu ini berpotensi besar untuk memberi pulangan lumayan kepada bakal pemilik rumah walet tersebut. Menurut Pengarah Projek Walit World. rumah yang dibangunkan berbentuk blok bangunan dengan empat jenis atau saiz yang berbeza. nilai burung ini bukanlah terletak kepada bulu. itu pun di kalangan mereka yang terbabit dengan industri sarang burung. paruh atau pada mana-mana bahagian tubuhnya.000 dan RM5. terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua spesies tersebut. Di sesetengah tempat.000 kaki persegi setiap satu. Negeri Sembilan dengan menggunakan teknologi binaan dan sistem audio oleh Bina Agro Nusantara (BAN) yang telah terbukti berjaya di Indonesia. Seorang perunding mengenai ternakan burung walet.000 dan RM12. memberitahu. Masakan tidak.000 sekilogram.

Menurut beliau. . dan jumlah deposit sebanyak 10 peratus daripada harga blok. burung walet membuat sarang di kawasan yang bercahaya remang dalam bangunan menggunakan air liur. Setiap blok bangunan. mampu mengeluarkan hasil maksimum setahun antara 100 kilogram (kg) dan 150 kg bermula tahun keenam. langit-langit. Burung yang terbang secara koloni bagaimanapun memerlukan kawasan yang sesuai termasuk kelembapan antara 85 dan 90 peratus. aroma dan suhu. berhampiran kawasan sungai. Sementara itu. Katanya.´ katanya. Burung walet sukakan suhu antara 26 dan 31 darjah Celsius. Mengenai pasaran. ia menjanjikan pulangan lumayan memandangkan pengeluarannya masih kurang. 21 blok pada fasa kedua dan 22 blok pada fasa ketiga. mereka yang berminat perlu membuat tempahan sebanyak RM5. dinding. pihaknya berusaha untuk membantu mendapatkan pinjaman dari AgroBank dengan tempoh pinjaman yang bersesuaian untuk para pelabur. pintau masuk. mencari tempat membuat sarang atau mula bertelur.Harga tersebut meliputi lot kawasan. sirip. lantai. Azman Shah berkata. Kata beliau. ³Sepasang burung membuat sarang bersama dan sarang matang dalam tempoh tiga bulan berikutnya. Nasir. beliau membawa masuk teknologi dari Indonesia dalam perusahaan burung walet iaitu menggunakan alat pemikat daripada cakera video digital (DVD) dan MP3 dan twiter yang memainkan rakaman kicauan atau suara burung. pengeluaran sarang burung walet seluruh dunia ialah bernilai RM4 bilion. nilai eksport tempatan pada masa ini mencecah RM500 juta. ruang utama.000. antaranya serangga. kamera litar tertutup televisyen (CCTV) dan juga kawasan pagar yang tujuan keselamatan. Setiap kilogram pula katanya mengandungi 120 sarang burung. Azman Shah menambah. kata beliau. Rumah burung pula katanya perlu mempunyai bilik bersarang. ³Kita akan membangunkan 20 buah blok pada fasa pertama. lagi konsep pembelian lebih kurang sama dengan sistem pembelian rumah kediaman pada masa ini. lubang pengudaraan. Ketika ini. Walit World dan Bina Agro Nusantara Resources akan menganjurkan seminar dalam masa terdekat mengenai perusahaan burung walet yang bakal memberi peluang kepada peserta memahami lebih dekat sistem perumahan walet. kolam atau tepi laut atau berhampiran dengan sumber makanan. kolam atau tong air dan pagar. Bunyi rakaman dimainkan di tempat tertentu mengikut keadaan termasuk ketika musim burung mengawan.´ ujar beliau. satu angka yang lumayan untuk mereka yang mahu menceburkan diri. rumah burung yang dilengkapi dengan sistem audio. Beliau berkata. Menurut Mohd.

13 Sept (Bernama)-.000 pengusaha burung walet di seluruh negara dengan nilai pengeluaran sarang mencecah RM1 bilion setahun. Berita Timur September 13.com atau menghubungi talian 03-26940595 atau melayari laman web www. pelaksanaan pembiayaan dan permintaan pasaran. Seminar tersebut akan memfokus mengenai keistimewaan burung walet.com. peluang bumiputera. -. "Kalau kita lihat ada potensi. Mereka yang berminat menyertai seminar tersebut tersebut boleh menghubungi talian 06-8502600 atau melayari laman web www. kawasan taburan. mungkin kita akan perluaskan kaedah konvensional ini ke tempat lain. Abd Aziz berkata pada masa ini terdapat 200. katanya. Ketua Pengarah JPV Datuk Abd Aziz Jamaluddin berkata pihaknya percaya industri itu boleh berkembang di kawasan kampung kerana ia mempunyai pelbagai sumber makanan untuk burung itu seperti tanaman dan dusun buah-buahan.Beliau adalah wakil kepada Arief Budiman iaitu pengasas Bina Agro Nusantara Indonesia yang berjaya menghasilkan 13 judul buku berkaitan burung terbabit dengan jualan jutaan naskah. Abd Aziz berkata lawatannya ke kawasan perusahaan burung walet di kampung itu bertujuan membuat perbandingan sarang walet konvensional di Pengakalan Berangan dengan sarang yang ada di pantai barat. ciri-ciri dan populasi. Dengan adanya pakar dan konsultan berkelayakan." katanya.ban-walitworld. Beliau berkata JVP bersedia memberikan bantuan dari segi pemasaran sarang burung walet bagi mengelak pengusaha dipermainkan orang tengah. di sini Ahad. 2009 17:31 PM Industri Burung Walet Diperluas Ke Kampung MARANG. "Kalau boleh kita hendak melihat lebih ramai ramai bumiputera terlibat dalam industri burung walet ini.Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan memperluaskan industri sarang burung walet ke kampung-kampung bagi menggalakkan lebih ramai pengusaha bumiputera menceburi industri itu. Beliau berkata daripada jumlah pengusaha itu hanya lapan peratus merupakan pengusaha bumiputra.walitworld. peserta memperoleh maklumat sebenar mengenai perusahaan burung walet dan potensinya sebelum memulakan hasrat menjadi pengusaha sarang burung. peranan dan tanggungjawab. JPV juga akan membina sebuah pusat latihan veterinar di Cermin Kiri Jerangau sebagai pusat sehenti untuk memberi khidmat kaunseling burung walet.BERNAMA ." katanya kepada pemberita selepas meninjau perusahaan burung walet di Kampung Pengkalan Berangan.

Rezeki µemas putih¶ Oleh Norfaisal Jahuri am@hmetro. Timbalan Presiden Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia (PPPSBM). Katanya. Menurutnya. Datuk Tok Teng Sai. Melaka. Pahang.com. namun keuntungan diperolehi setiap tahun RM1. perusahaan terbabit dimonopoli masyarakat Cina membabitkan 99 peratus. . Disebabkan pembabitan orang Melayu boleh dikira dengan jari. Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2009 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh.000 yang sudah dibersihkan. orang ramai dapat melihat sendiri dengan lebih dekat demonstrasi membersih sarang burung walet serta kaedah memelihara haiwan itu. Atas alasan itu. baru-baru ini. ³Sebab itulah pengusaha sarang burung walet menggelar sarang unggas itu sebagai µemas putih¶ kerana nilainya tinggi dalam pasaran tempatan dan antarabangsa. kata Tok. ³Dengan hanya menjadikan tempat perlindungan burung untuk bersarang pada saiz sebesar rumah.2 juta.my INDUSTRI sarang burung walet bukan baru di negara ini tetapi tidak ramai pengusahanya.´ katanya.´ katanya. perusahaan sarang burung walet tidak memerlukan modal besar seperti pekerja serta kos penyelenggaraan. pengusahanya mampu memperolehi sarangnya pada jumlah antara tiga hingga 10 kilogram setiap bulan. Menurutnya.´ katanya kepada Metro Ahad. Presiden Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia (PPPSBM) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengadakan pameran sempena Hari Peladang. berkata PPPSBM buat julung kalinya bersama JPV mengadakan pameran perusahaan sarang burung walet di HPPNK. ³Dia hanya mempunyai satu rumah untuk pembiakan burung itu. beliau hanya mengenali seorang pengusaha sarang burung Melayu di Kuantan. Pada masa ini. ³Mereka hanya perlu bersabar untuk menarik burung bersarang di tempat disediakan dan hanya menuai hasilnya selepas itu. sudah tentu mampu memungut keuntungan lebih besar.000 bagi setiap satu kilogram yang belum dibersihkan dan RM7. jika seseorang pengusaha mempunyai rumah sarang burung yang banyak. ³Perusahaan ini mempunyai potensi untuk memperolehi keuntungan besar kerana sarang burung walet boleh mencecah RM4. terutama Bumiputera disebabkan kekurangan informasi mengenainya walaupun mampu memberi pulangan jutaan ringgit setiap tahun.

jentera. Hong Kong.000 rumah dijadikan sebagai tempat perusahaan itu di seluruh negara. Taiwan. jika diperluas dan dilakukan dalam skala besar. Jepun. Posted by jutawanagro at 12:17 AM . Sebanyak 340 gerai dan kios disediakan membabitkan penyertaan daripada agensi kerajaan selain usahawan tani dan peniaga untuk mempamerkan teknologi pertanian serta produk baru untuk dipromosikan. Beliau menjelaskan masih ramai tidak mengetahui burung walet berbeza dengan burung layang-layang. sarang burung walet mempunyai pelbagai khasiat untuk membantu menjaga kesihatan seperti awet muda dan kecergasan. Amerika Syarikat dan Kanada. Menurut Tok. Majlis perasmian HPPNK 2009 disempurnakan Timbalan Perdana Menteri.Setakat ini. ada 50.´ kata Tok. Beliau berkata. Forum Perdana Hal Ehwal Islam dan Konvensyen Peladang. Jumlahnya masih sedikit berbanding perusahaan dijalankan di Indonesia serta Thailand. Malaysia hanya menyumbangkan 10 peratus kadar pengeluaran sarang burung walet untuk pasaran antarabangsa berbanding Indonesia (70 peratus) dan Thailand (20 peratus). Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ia adalah untuk anaknya bertelur dan membesar saja. Walaupun fizikalnya hampir sama. demonstrasi dan pertandingan masakan makanan hasil keluaran pertanian. aktiviti lain dijalankan adalah pertandingan menghias akuarium antara sekolah di seluruh negara. ikan. ³Setakat ini. Sarang burung walet mempunyai pasaran luas di peringkat antarabangsa dan antaranya China. ³Burung walet membuat sarangnya daripada air liur dan ia dibuat bukan untuk burung berkenaan tinggal di situ. tetapi burung layang-layang membuat sarang dengan bahan seperti rumput atau daun.´ katanya. industri sarang burung walet mampu menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara dan setanding dengan pengeluaran kelapa sawit dan getah. Selain pameran. Khamis lalu. Acara lain membabitkan pameran sektor swasta. haiwan ternakan. Penternak dan Nelayan 2009.

Justeru kerana nilainya. Nilai sarang burung layang-layang gua ini sangat tinggi.Potensi industri burung layang-layang gua Oleh LAUPA JUNUS INDUSTRI burung layang-layang gua atau segelintir menyebutnya sebagai walet. Kajian menunjukkan sarang burung tersebut mengandungi asid amino (unit asas protein) yang tinggi. Menurut Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Industri ini menawarkan peluang perolehan berlipat ganda kepada pengusaha asalkan mereka menggunakan pendekatan yang betul. Burung tersebut memerlukan perhatian yang sangat teliti dan tempat bersarang yang sangat spesifik bersesuaian dengan cara hidup burung itu sendiri.000 dan RM25. Sarang putih burung ini yang belum dibersihkan boleh dijual antara RM3. ramai berminat untuk mengusahakan sarang burung ini jumlahnya pengusaha semakin bertambah. Spesies burung ini dikatakan banyak terdapat di Asia Tenggara terutama di Malaysia dan Indonesia. tetapi tidak ramai yang sanggup melibatkan diri kerana masalah kos yang tinggi dan tidak cukup pengetahuan. Cecair yang dihasilkan bukan daripada air liur yang mungkin dianggap kotor. Ramai masih keliru bagaimana rupa burung berkenaan tetapi mereka yang lama terlibat dalam industri ini menggambarkan fizikalnya sebagai burung yang sifatnya tidak suka bertenggek.000 sekilogram. Meskipun penghasilan sarang burung yang amat bernilai ini dapat menawarkan peluang perniagaan. Satu lagi masalahnya ialah pengurusan dan pemasaran sarang burung yang perlu diberi perhatian. Sarang burung layang-layang yang tinggi nilainya. Sarang burung itu dihasilkan menerusi rembesan cecair daripada kelenjar tepi kelenjar air liurnya. Bagaimanapun tidak semua rumah burung yang telah dibina ini didiami oleh burung layang-layang gua ini. . dianggarkan terdapat lebih daripada 30.000 buah rumah sarang burung layang-layang gua di seluruh Semenanjung Malaysia setakat ini. Pembinaannya perlu mempunyai ciri-ciri tertentu yang boleh menarik minat burung layang-layang tersebut untuk masuk dan bersarang di dalamnya. kian popular kerana menjanjikan pulangan lumayan.

struktur pembinaan rumah burung dan sebagainya.000 peserta telah mengikuti program anjuran Perhilitan dan 10 peratus atau 200 orang peserta telah menceburi bidang ini dengan membina rumah burung. seramai 2. peserta khususnya pengusaha baru. . punca air seperti sungai dan sebagainya. helang dan sebagainya. Melalui bengkel ini. Tujuan bengkel diadakan bertujuan membincangkan permasalahan yang berbangkit dalam bidang yang diceburi ini terutamanya dari aspek pengurusan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam mengatasi masalah berkaitan. Melalui pendekatan ini. Bengkel seperti itu juga boleh dijadikan platform meningkatkan bilangan pengusaha bumiputera di samping memastikan setiap pengusaha dan rumah burung layang-layang gua mempunyai permit dan lesen yang sah di samping meningkatkan pertambahan populasi burung layang-layang gua di Semenanjung Malaysia khasnya. habitat dan reka bentuk rumah burung itu sendiri. kawasan. Perhilitan mahu supaya jumlah tersebut meningkat dari semasa ke semasa dengan pendedahan yang diberikan melalui bengkel seperti itu. tiada satu pendekatan penyelesaian yang standard diwujudkan kerana isu yang berbezabeza mengikut negeri. satu cara dan kaedah pengurusan akan diwujudkan untuk kepentingan bersama. Perhilitan menganjurkan bengkel ketiga mengenai burung layang-layang gua bermula hari ini. sentiasa bersedia memberikan khidmat nasihat kepada orang ramai yang berminat dalam memulakan perusahaan sarang burung layang-layang ini di samping menjadikan ia sebagai satu bidang perindustrian yang sah di sisi undang-undang. keamatan cahaya. didedahkan dengan pengurusan yang sistematik dan berkesan bagi menjamin kejayaan rumah burung mereka. sehingga kini. Ini kerana. manakala satu bengkel telah dijalankan pada tahun lepas. Berdasarkan kepada minat orang ramai yang semakin mendalam itu. Kedua-dua faktor ini amat penting selain dari lokasi pembinaan rumah burung itu sendiri dalam menentukan kejayaan sesebuah rumah burung. Antara faktor persekitaran luaran (makrohabitat) termasuklah kawasan rumah burung. Perhilitan pada masa sama. kelembapan udara. Faktor dalaman pula termasuk (mikrohabitat) melibatkan suhu.Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kemasukan burung layang-layang adalah faktor persekitaran luaran (makrohabitat) dan persekitaran dalaman (mikrohabitat). Sehingga kini. Bengkel tersebut merupakan lanjutan daripada program kesedaran awam yang telah dijalankan sebelum ini. kehadiran pemangsa seperti burung hantu. sebanyak 16 program kesedaran awam telah dijalankan sejak 2008 hingga Jun lalu. Sehubungan itu. Hasil daripada program dan bengkel tersebut.

bengkel ini merupakan satu platform untuk mengutara dan membincangkan permasalahan yang timbul dan berkongsi pendapat serta pengalaman untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.Oleh yang demikian. . Segala perbincangan akan direkodkan dan dibukukan untuk rujukan peserta.

menambah tenaga. LOKASI SESUAI Kawasan tanah rendah yang ketinggiannya tidak melebihi 1.Lokasi punca makanan pula merupakan tempat tumpuan burung walit mencari makan ia itu ditanah lapang atas kawasan paya bakau dan sebagainya. Lokasi ini hendaklah berhampiran samada dengan sawah. Antara ubahsuai utama dilakukan ia lah :- . Manakala lokasi laluan merupakan tempat laluan antara kedua lokasi di atas. Bagi bangunan seluas 4. pantai atau sungai. Ia merupakan makanan kesihatan yang di percayai dapat mengubati penyakit paru-paru. Kini masyarakat Eropah dan Arab mula meminati yang menyebabkan permintaan terus bertambah. Pengubahsuaian premis asasnya ialah menjadikan suasana dalamannya sama dengan gua. null PENGUBAHSUAIAN PREMIS PERNIGAAN DAN KEDIAMAN Bermula sedekat yang lalu apabila burung walit berhijrah dari gua ke bandar menjadikan bangunan lama yang mempunyai suasana hampir sama dengan keadaan dalam gua sebagai habitat barunya Akibat mempunyai nilai pasaran yang tinggi banyak premis dalam kawasan bandar telah diubahsuai untuk perladangan walit.Contoh rumah burung layang walit Burung layang layang boleh diternak dalam bangunan yang tidak digunakan atau dalam bangunan yang didirikan khusus sebagai rumah burung. penghasilan maksima ialah 120 kilogram sarang burung layang-layang setahun.000 setahun. Dengah harga pasaran RM4. panas badan. Utusan Sarawak edisi internet 30 Mac 2004 melaporkan bahawa di Negara China harga satu kologram sarang burung layang-layang putih besar boleh mencecah RM 26. Sarang burung dihasilkan dari air liur (saliva) burung layang-layang. terutamanya gelap dan lembab. Penawaran semasa sarang burung hanya mampu memenuhi 40 hingga 60 peratus sahaja dari jumlah permintaan. Lokasi pusat merupakan pusat burung walid dihabitat asalnya di kepulauan dalam lautan atau habitat barunya di pusat bandar dan pesisiran pantai.000 ia itu sama dengan dua pertiga harga emas.000 hingga RM5.000 meter dari aras laut. padang rumput. melancarkan perjalanan darah dan lain-lain lagi.000 sekilogram dapat menghasilkan pendapatan RM 600. hutan. Menyedari potensi industri ini bengkel dan seminar sering di adakan bagi mempromosikan potensi industri ini. Tiga jenis lokasi dikelaskan bagi burung walit.500 kaki persegi (20 X 70 ) 3 tingkat . Sarang ini mempunyai nilai pasaran yang tinggi sehingga menyamai harga emas di China kerana ia merupakan amalan pemakanan masyarakat berkenaan di seluruh dunia.

ular. Bumbung bangunan hendaklah dibuat daripada bahan-bahan yang dapat menahan kepanasan matahari. Disamping itu kelulusan daripada Pihakberkuasa Tempatan perlu diperolihi. Antara ciri-ciri lain rumah walit yang perlu diambil kira dalam pembinaannya ialah . kelembapan antara 80 hingga 90 peratus dan kegelapan remang-remang. PEMBINAAN RUMAH WALIT Mengikut buku Amalan Baik Untuk Perladangan Burung Walit Aerodramus dan Perumahannya terbitan Jabatan Perkhidmatan Haiwan.Penutupan pintu dan tingkap Pembinaan lubang pengudaraan Penyediaan pintu masuk Penyusunan bluti di siling sebagai tempat pembiakan Sistem irigasi dalam dan luar bangunan bagi mengawal suhu Memasang sistem audio Suasana persekitaran yang diperlukan dalam rumah burung ialah suhu yang setabil antara 25 hingga 28 darjah celsius. Resting room perlu disediakan sebagai tempat burung walit beristerehat dan membina sarang.Mengadakan tahap mikroklimat yang sesuai Sistem ventilasi bagi mengawal suhu Bahagian dalam terlindung dari cahaya matahari Ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi Penyediaan beluti untuk burung bersarang Kalis tikus. Rumah walit perlu disediakan roving room kerana semasa memasuki bangunan burung walit akam berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya. premis hendaklah dibina di atas tanah pertanian atau perusahaan pada jarak minima 100 meter dari kawasan kediaman. Pembinaan persekitaran yang sesuai telah menyebabkan burung walit sesuai dengan habitat barunya dan memberi pulangan yang tinggi kepada pemiliknya. Lubang keluar masuk burung sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam bangunan. . biawak dan pemangsa. Reka bentuk bangunan perlulah berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung bagi menjamin burung walit akan menetap dan terus menetap.

750. Ketinggian dari lantai ke bumbung antara 6 hingga 15 kaki. cicak . ANGGARAN PUNGUTAN HASIL WALIT TAHUNAN Tahun Pertama Kedua Ketiga Keempat KG 0 60 66 72. Lebih ekonomik jika dibina bertingkat.00 272.000/ KG 0 300. minima 10 buah tweeter dipasang pada bahagian siling bangunan secara tersebar bertujuan untuk mengundang burung bersarang dalam bangunan. Bila cuaca panas paip dipasang bagi menjamin suhu sentiasa rendah dan kelembapan tinggi. PEMASANGAN SISTEM AUDIO Sistem audio dipasang bagi dimainkan suara burung pada waktu tertentu bertujuan bagi memanggil burung masuk kedalam bangunan .500. sarangnya diambil sementara telurnya dipindah kesarang seriti atau incubator untuk penetasan. burung hantu dan helang yang samada akan merosakan atau menakutkan burung untuk terus tinggal dalam bangunan. Jika audio sistem dipasang secara yang betul mengikut nasihat perunding.Ini merupakan cara yang terbaik menjamin populasi burung walit terus meningkat dan industri ini akan terus berkembang.00 330. Cara penetasan iaitu sarang diambil setelah telurnya menetas dan anak burung layang-layang terbang.00 247. semut.6 Rm5. biawak.00 90. Cara ini diamal di Indonesia kerana jumlah seriti banyak disana tetapi jarang kedapatan di Malaysia. Tempat burung layang-layang berehat dan membuat sarang dibuat petak-petak daripada papan yang kuat serta dilekatkan di bahagian siling bangunan.000.500. membuat sarang dan meningkatkan pengeluaran. Pada pintu masuk dipasang minima 2 buah tweeter dan dimainkan pada awal pagi dan petang bertujuan memandu burung masuk kedalam bangunan. Cara buang telur iaitu setelah burung layang-layang bertelur.00 363. CD dengan suara burung yang berlainan digunakan untuk memanggil burung . kemungkinan burung akan masuk kedalam rumah walit dalam jangka masa dua hingga tiga bulan adalah tinggi.000. MUSUH DAN PENYAKIT Mengawal bangunan daripada tikus.Pemasangan sistem audio Notis amaran di lokasi sesuai. Bahagian luar dengan campuran pasir dan simen sahaja. membuat sarang dan seterusnya meningkatkan pengeluaran. Sistem paip jaringan (sprinkle) diletakan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan. Bahagian dalam bangunan diplaster dengan campuran pasir. Keluasan minima 20 X 30 kaki. Cara ini akan menyebabkan kepupusan burung walit kerana tidak dapat membiak.000. Pintu keluar masuk burung berukuran 20 X 20 cm dibina dibahagian atas bangunan. Kadar penetasan yang rendah dan kadar kehidupan yang rendah juga tidak menjamin perkembangan jumlah burung walit. MEMUNGUT HASIL Cara rampasan iaitu sarang yang telah siap dibina tetapi belum sempat burung layang-layang bertelur diambil. Audio sistem sebenarnya berfungsi untuk menarik perhatian walit menuju kearah sumber suara. kapur dan simen.00 75% 0 225.00 . Bagi bangunan berukuran 20 X 70 kaki.00 82.000.00 25% 0 75.250.000.

00 Jumlah RM1.Kadar harga pasaran rm5.044.000.825.00 99. KUNCI KEJAYAAN Menghadiri kursus dan seminar untuk mendapat ilmu Memahami teknik membudidaya walit.475.86 399. Strategi jitu memikat walit Fahami saluran pemasaran Sabar dan tawakkal menunggu dalam teknik yang betul Khidmat nasihat atau perunding jika perlu .300.00 299.00 Nota:. Kadar peningkatan hasil 10% setiap tahun adalah di paras kenaikan biasa padang.Kelima 79.00/ kg adalah berpandukan Harga PasaranAntarabangsa 2007.225.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful