LANGKAH KESELAMATAN DI BENGKEL 1.

1 Pengenalan

Keselamatan merupakan satu aspek yang amat penting dan perlu dititikberatkan dalam semua hal. Semua pihak mesti berwaspada dan sentiasa mengamalkan langkah keselamatan semasa bekerja, terutamanya ketika menggunakan peralatan mesin. Sehubungan dengan itu, peraturan tentang keselamatan perlu dimaklumkan kepada pengguna untuk dipatuhi bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. Kemalangan yang biasa berlaku di tempat kerja, umumnya boleh dikelaskan kepada tiga jenis, iaitu: i. Kecuaian manusia seperti tidak berhati-hati ketika bekerja dan tidak menggunakan alat keselamatan seperti gogal dan pelindung muka. Peralatan dan mesin yang digunakan dalam keadaan tidak selamat seperti mesin pemampat udara yang tidak mempunyai pelindung atau menggunakan tukul yang mempunyai hulu yang telah longgar. Persekitaran tempat kerja yang kurang selamat seperti bekerja di kawasan yang gelap,sempit, dan lantai yang berminyak.

ii.

iii.

1.2

Tingkah Laku Dan Pakaian

Semasa berada di tempat kerja, pengguna perlu menjaga tingkah laku dan mematuhi peraturan pemakaian yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan dan mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku. Untuk itu, beberapa peraturan keselamatan tentang tingkah laku dan pakaian telah ditetapkan. 1.2.1 Tingkah Laku Di Tempat Kerja

Untuk menjauhi kemalangan ketika berada di tempat kerja, beberapa peraturan hendaklah dipatuhi. Biasanya, di setiap tempat kerja terdapat peraturan am yang telah di tetapkan dan peraturan ini boleh dikelaskan kepada dua, iaitu keselamatan diri dan keselamatan di tempat kerja.

1.2.2 Keselamatan Diri i. Pengguna perlu mematuhi peraturan berpakaian ketika berada di tempat kerja.

1

rambut hendaklah diikat supaya tidak 2 . Pakaian yang terlalu longgar boleh menyebabkan kemalangan kerana mudah tersangkut pada peralatan dan mesin. Pengguna hendaklah mengikut kaedah yang betul ketika menggunakan dan mengendalikan peralatan dan mesin semasa berada di tempat kerja. Bagi pekerja lelaki.1 Pakaian Am Pakaian yang dipakai semasa bekerja hendaklah sesuai. rambut mestilah pendek dan kemas. Pakaian di tempat kerja boleh dikelaskan kepada tiga. Peralatan perlindungan 1. Tempat kerja mestilah mendapat cahaya yang mencukupi dan sistem pengudaraan yang baik bagi memastikan kerja yang dilakukan tidak menghadapi sebarang masalah.4 Pakaian Dan Alat Perlindingan Di Tempat Kerja Cara berpakaian juga perlu dititikberatkan bagi menjamin keselamatan pengguna ketika melaksanakan kerja.2. iaitu: a. Pakaian yang terlalu ketat pula menyukarkan pergerakan dan menyebabkan pemakai berasa kurang selesa untuk bekerja. Tempat kerja hendaklah sentiasa bersih daripada sebarang sisa kerja seperti serpihan besi dan minyak bagi mengelakkan kemalangan yang disebabkan oleh bahan tersebut.bagi pekerja perempuan yang berambut panjang pula. ii.4.ii. 1. Pengguna tidak dibenarkan bermain-main dan bergurau senda dengan rakan-rakan sama ada dengan peralatan dalam bengkel atau tidak. Pakaian am b. iii. Tempat kerja mestilah mempunyai susun atur yang baik bagi membolehkan kerja dijalankan dengan baik dan lancar.iaitu tidak terlalu longgar atau terlalu ketat. 1.2. terutamanya pada mesin yang sedang bergerak. Pakaian perlindungan c.3 Keselamatan Tempat Kerja i.2. iii.

bahan yang berat dan panjang. 1. Barang perhiasan seperti jam tangan. Barang-barang tersebut hendaklah disimpan kerana ianya boleh menyebabkan berlakunya kemalangan akibat tersangkut atau menjadi pengalir elektrik semasa litar pintas berlaku. Sarung tangan yang sesuai perlu digunakan ketika memegang bahan kerja atau peralatan bagi mengelakkan kecederaan semasa kerja mengimpal. Kasut ini dapat melindungi kaki daripada terkena serpihan atau sekiranya ditimpa benda berat.1 dan tempat simpanannya hendaklah ditanda amaran 3 .Antara bahan yang biasa digunakan di tempat kerja ialah bahan mudah terbakar. 1.3. diesel. Bahan tersebut hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan mudah disenggara. Pekerja yang memakai tudung hendaklah menyisipkan tudung ke dalam baju.2 Pakaian Perlindungan Kasut yang dipakai hendaklah mempunyai pelindung keselamatan.3 Pengalihan Dan Penyimpanan Bahan-bahan Terdapat pelbagai jenis bahan yang digunakan dalam aktiviti kejuruteraan.1 Bahan Mudah Terbakar Bahan mudah terbakar terdiri daripada silinder gas yang berisikan gas asetilena dan oksigen yang digunakan dalam kerja kimpalan dan cecair bahan api seperti petrol.3 Peralatan Perlindungan Alat pelindung keselamatan yang sesuai seperti gogal (semasa mencanai dan menggerudi) serta pelindung muka (semasa mengimpal arka) perlu digunakan.2.4. Simpan bahan tersebut di tempat yang selamat serta jauh dari punca api. memotong dan merivet.tersangkut pada mesin yang sedang berputar. kerosin.4. 1.2.Ia juga mesti dilabel seperti Rajah 1. 1. dan sebagainya. cincin dan rantai hendaklah ditanggalkan sebelum kerja dimulakan.Bahan berbentuk cecair hendaklah disimpan dalam bekas yang bertutup dan tidak mudah terdedah pada udara. Tapaknya yang tebal juga dapat melindungi kaki daripada benda tajam dan tergelincir kerana tapaknya tidak mudah haus. serta bahan toksik. Apron atau pakaian keselamatan yang diperbuat daripada kulit perlu dipakai bagi mengelakkan kecederaan pada tubuh ketika melakukan kerja mengimpal.

3. Bahan yang 4 .2.2 Bahan Berat Dan Panjang Bahan berat dan panjang pula terdiri daripada bahan berbentuk pepejal pelbagai saiz seperti bahan logam dan komponen-komponen mesin.1 Label bahan mudah terbakar Bahan mudah terbakar perlu disimpan atau diletakkan di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik bagi memastikannya sentiasa dalam keadaan selamat. Silinder gas 1. Apabila bahan tersebut ingin dipindahkan.3. Rajah 1.3.seperti Awas Mudah Terbakar bagi mengingatkan pengguna supaya sentiasa berhati-hati semasa berada di tempat tersebut dan ketika menggunakannya. Rajah 1. silinder tersebut hendaklah sentiasa dalam keadaan tegak seperti dalam Rajah 1.2. Bagi silinder gas yang mengandungi oksigen dan asetilena. gunakanlah troli dan bekas yang bertutup bagi mengelakkannya daripada tertumpah.

b. Pastikan peralatan dalam keadaan baik sebelum digunakan seperti dalam Rajah 1. Rajah 1.alihkan bahan tersebut dengan bantuan rakan-rakan bagi memudahkan pengalihan. seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Pastikan bahagian mesin yang berputar mempunyai pelindung keselamatan.3. 1. lakukan dengan berhati-hati dengan bantuan rakan-rakan atau dengan menggunakan bantuan jek atau troli.3. Rak yang dibina bagi menyimpan bahan berat dan panjang hendaklah tidak terlalu tinggi sehingga sukar hendak dicapai. c. 1.1 Pemampat udara yang mempunyai pelindung. Apabila bahan berat hendak dialih. manakala bahan yang kecil seperti skru dan rivet hendaklah disimpan dalam bekas kecil yang bertutup dan berlabel bagi mengelakkannya daripada berselerak dan hilang. Jika salah menggunakannya atau mengendalikannya mungkin boleh menyebabkan kemalangan. Apabila bahan tersebut hendak dialihkan. Bekas bahan tersebut hendaklah dilabelkan. Penggunaan peralatan yang telah rosak seperti pahat 5 .3 Bahan Toksik Bahan toksik yang terdiri daripada bahan kimia hendaklah diasingkan daripada bahan mudah terbakar dan bahan lain.berat dan panjang seperti logam hendaklah diletakkan di atas rak yang kukuh dan kuat. gunakan troli dan bekas yang bertutup bagi mengelakkan tumpahan. Bagi bahan yang panjang pula.4 Penggunaan Alat Dan Kelengkapan Peraturan penggunaan alat dan kelengkapan juga perlu dipatuhi bagi menjamin keselamatan pengguna di tempat kerja. Tujuannya adalah untuk mengelakkan tumpahan yang boleh menyebabkan kemalangan kepada pengguna. Contohnya.3.3. Elakkan daripada menggunakan peralatan atau mesin sekiranya tidak tahu kaedah penggunaannya. Antara peraturannya adalah seperti yang berikut: a.4.

3. (b) pahat yang tidak selamat digunakan a. Rajah 1.3 Pemasangan soket tiga pin yang betul b. Penggunaan kuasa elektrik dengan cara yang tidak selamat seperti boleh menyebabkan renjatan elektrik dan kebakaran. 6 . Bagi mengelakkan kemalangan elektrik. penggunaan elektrik yang tidak disenggara dengan baik boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna. Bagaimanapun. selamat dan sistematik. Kuasa elektrik digunakan bagi membolehkan kerja dilakukan dengan lebih cepat.Contohnya. Antara langkah yang perlu diberi perhatian bagi mengelakkan kemalangan elektrik adalah dengan memastikan setiap penggunaan bahan elektrik dilengkapi dengan pembumian dan penebatan. Gunakan peralatan dan mesin dengan betul. Pastikan peralatan yang mengelakkan kemalangan.3.2 (a) pahat yang selamat digunakan. Rajah 1. kikir berfungsi hanya untuk mengikir dan bukannya mengetuk c. rosak perlu segera dibaiki bagi 1. Pastikan setiap alat dan mesin mempunyai pembumian sempurna seperti dalam Rajah 1. pekerja mestilah sentiasa berwaspada dan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan.5 Penggunaan Kuasa Elektrik Kuasa elektrik digunakan dengan meluas dalam bidang perindustrian dan pembuatan.5 bagi mengelakkan bahaya elektrik semasa digunakan.yang berkepala cendawan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan akibat penyerpihan logam pahat semasa memahat.

Pembumian ialah satu sambungan antara pendawaian elektrik dengan bumi yang terdapat pada alat elektrik. Biasanya.6 Kebakaran 7 . renjatan elektrik boleh menyebabkan kematian sekiranya tidak dirawat dengan segera. mungkin boleh mengakibatkan kematian kepada mangsa. d. c. Peranti pelindung berfungsi memutuskan aliran elektrik dalam litar jika berlaku kebocoran elektrik atau sekiranya tenaga elektrik digunakan secara berlebihan.1 Renjatan Elektrik Apabila berlaku renjatan elektrik. 1. c. Berikan bantuan pernafasan sekiranya mangsa pengsan atau pernafasannya terhenti. b. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. jangan sesekali menyentuh mangsa sebelum bekalan diputuskan. Renjatan juga akan menyebabkan mangsa melecur. alat pelindung diperlukan Alat pelindung atau peranti pelindung yang biasa digunakan ialah fius dan pemutus litar. b. Alihkan mangsa renjatan ke tempat yang selamat. Fungsi pembumian adalah untuk menghindarkan pengguna daripada bahaya renjatan elektrik apabila berlaku kebocoran pada pendawaian elektrik. Berikut merupakan langkah yang perlu diambil apabila berlaku renjatan elektrik: a. Antaranya termasuklah: a. sambungan yang rosak dan tiada pembumian. Kesilapan pendawaian elektrik semasa dibaiki dan diubahsuai oleh orang yang tidak bertauliah. pengguna akan terdedah kepada bahaya elektrik sehingga masalah yang menyebabkan renjatan dapat diatasi. Kerosakan alat elektrik. 1. pengsan dan perlu di beri rawatan segera. Semasa renjatan elektrik berlaku. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan renjatan elektrik. Sebab itu. Arus dan voltan yang berlebihan semasa alat elektrik digunakan boleh membahayakan pengguna dan merosakkan alat tersebut. Penebatan pula amat perlu bagi setiap alat elektrik sebagai pelindung untuk mengawal pengaliran arus. d.Jika tiada peranti perlindung. Kebocoran pendawaian seperti kabel pecah.5. Persekitaran yang basah. kemalangan elektrik mungkin boleh berlaku.badan mangsa akan berfungsi sebagai pengalir arus elektrik. Sekiranya tidak dirawat dengan segera. Putuskan bekalan utama elektrik.

Dengan mengambil langkah berjaga-jaga.1 Pencegahan Kebakaran Kebakaran yang berlaku boleh menyebabkan kecederaan. Pastikan pendawaian elektrik di tempat kerja dalam keadaan sempurna. terdapat beberapa faktor yang menyebabkan hal ini berlaku. Antara langkah yang perlu diambil dan dipatuhi ialah: i. Bahan mudah terbakar seperti gas. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kebakaran. Bagi mengelakkan kebakaran. Antaranya ialah: i. peralatan dan mesin. ii. sistem penebatan kabel yang b. iii. iv.6.6. Berlaku litar pintas yang disebabkan oleh kerosakan pada pendawaian. Pastikan peralatan dan mesin yang menggunakan kuasa elektrik sentiasa dalam keadaan selamat untuk digunakan. c. Penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan. pengguna mesti sentiasa mematuhi peraturan dan langkah keselamatan yang telah ditetapkan. Letakkannya di tempat yang mudah dicapai. iii. petrol dan sebagainya. kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. ii. Penyambungan litar yang longgar pada peranti 1. Kecuaian pekerja yang tidak mematuhi peraturan semasa bekerja dengan bahan api dan merokok di tempat kerja. pengguna dapat mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini demi keselamatan semua pihak. Pastikan bahan mudah terbakar tersimpan di tempat yang selamat dan jauh dari punca api Pastikan alat pemadam api sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan. 1. Umumnya. antaranya : a. Penggunaan fius yang salah d.Elektrik juga boleh menyebabkan kebakaran.2 Alat Pemadam Api 8 . Berlaku kerosakan pada menyebabkan litar pintas.

1 Peti kecemasan dan peralatannya. Peti ini hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai dan mudah diperolehi apabila ingin digunakan.kayu dan perabot. Senarai kelengkapan dan ubat-ubatan yang perlu ada dalam kotak peti pertolongan cemas serta kegunaannya ditunjukkan dalam Jadual 1. Kaedah menggunakan alat pemadam api perlu dipelajari oleh semua pihak agar dapat bertindak dengan cara yang betul. alat pemadam api yang terdapat di tempat kerja digunakan untuk memadamkan kebakaran yang kecil dan punca kebakaran sebelum pihak bomba datang membantu. pasir dan air juga boleh digunakan bagi memadamkan kebakaran yang berpunca daripada bahan seperti tilam. 1.6. Di samping itu.kain.setiap pekerja yang berada di tempat kerja perlu bersedia mengambil tindakan yang cepat dan tepat.1. tempat kerja juga perlu dilengkapi dengan peti pertolongan cemas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Adalah satu kesalahan sekiranya mana-mana bangunan tidak menyediakan alat pemadam api kerana ia amat penting bagi mengelakkan kebakaran kecil daripada terus merebak ke tempat lain.6. Alat pemadam api yang disediakan mesti digunakan dengan betul dan dapat membantu memadamkan kebakaran. Selain itu. Rajah 1.Alat pemadam api ialah alat yang digunakan untuk memadam kebakaran. Alat pemadam api yang sering digunakan adalah dalam bentuk silinder. Biasanya.3 Peti Pertolongan Kecemasan Semua pekerja perlu mempunyai pengetahuan asas tentang pertolongan cemas supaya dapat membantu sekiranya berlakunya kemalangan atau kecemasan di tempat kerja. Terdapat pelbagai alat pemadam api yang boleh digunakan untuk memadamkan kebakaran. 9 . Apabila berlaku kebakaran.6.

6. Gunting 4. Tinggikan bahagian anggota memperlahankan darah keluar. Kain Pembalut Kasa 3. Gantungkan anggota yang patah dengan menggunakan kain anduhuntuk mengampuanggota tersebut dengan berhati-hati. Alat/Ubat 1. Larutan Flavin 5. rawatan segera hendaklah di berikan kepada mangsa sebelim bantuan perubatan tiba. Krim Antiseptik 7. Larutan Antiseptik 6. a. tambahkan balutan kain itu. Antara beberapa langkah segera perlu di ambil ialah. 10 . Lekatkan penampal luka. balutkan dengan kain kasa. Penampal Luka (Plaster) 1.4 Rawatan Kecederaan Apabila berlaku kecederaan seperti luka dan melecur. yang berdarah untuk b. Kain anduh 2.6. Kapas Kegunaan Mengampu lengan yang patah atau terseliuh Membalut luka atau anggota yang terseliuh Memotong Merawat luka Merawat luka Merawat luka Mencuci luka serta menyapu ubat pada luka Membalut luka kecil 8. Rawatan luka • • • • • Sapukan ubat antiseptic pada bahagian luka.1 Senarai alat dan ubat yang perlu ada dalam peti pertolongan cemas serta kegunaannya.Jadual 1. Jika darah keluar banyak. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Rawatan mangsa patah • • • Anggota yang patah tidak boleh di gerakan dan jangan sesekali bertindak kasar. Sekiranya luka besar.

Alihkan mangsa ke tempat yang lapang untuk mendapatkan pengaliran udara yang lebih baik. Rawatan melecur • • • • Jangan sentuh pada tempat melecur Jangan letakan sebarang ubat jika keadaan tempat yang melecur kelihatan teruk. Sesak nafas • • • • Longgarkan ikatan seperti leher dan tali pinggang yang terdapat pada badan mangsa. yang d. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Balutkan tempat melecur dengan kain pembalut bersihsementara menunggu bantuan perubatan.c. Tenangkan dan rehatkan mangsa. 11 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful