You are on page 1of 22

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Perlindungan Hak Pengguna: Satu Tinjauan Dari Sudut


Islam1

Prof. Madya Dr. Mohd Nasran Mohamad2, Ahmad Dahlan Salleh3,


Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani4
Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM

Abstrak
Tidak dinafikan bahawa arus kemodenan pemikiran manusia pada masa
ini telah menghasilkan pelbagai kreativiti dan ciptaan teknologi terkini di
pasaran yang menggamit citarasa dan kehendak pengguna. Teknologi-
teknologi moden yang semakin meriah dalam persekitaran perdagangan
pengguna telah mencetus satu fenomena baru kepada masa depan
perlindungan pengguna khususnya di Malaysia apabila pihak peniaga
mengambil kesempatan daripada pihak pengguna. Topik perlindungan
hak pengguna bukan suatu yang mudah sebagaimana yang digambarkan
oleh kebanyakan individu kerana perundangan-perundangan yang khusus
berkaitan pemakanan, peralatan dan sukatan telah mencukupi untuk
menjaga hak pengguna. Begitu juga kajian-kajian, seminar, iklan-iklan
untuk melindungi pengguna amatlah sempit dan tidak memadai untuk
menentang arus pembangunan yang pesat dan peredaran arus kemodenan
teknologi tanpa sempadan. Kesemua perkembangan arus teknologi
tersebut perlu diambil berat oleh badan-badan kerajaan dan institusi-
institusi lain bagi menjaga dan memberi perlindungan yang sewajarnya
kepada pengguna serta mengkaji semua peruntukan undang-undang dan
seumpamanya. Kertas kerja ini akan membincangkan cara-cara
melindungi hak pengguna sebagaimana yang telah digariskan oleh
perundangan Islam dan lunas-lunas syarak dengan mengambilkira kesan
globalisasi, liberalisasi perdagangan dan penggunaan lestari. Selain itu,
kertas kerja ini bertujuan untuk memastikan setiap undang-undang yang
berkait dengan pengguna mengandungi peruntukan yang menjamin
kebajikan dan kesejahteraan pengguna.

1 Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan bertajuk: “Seminar Keusahawanan Islam II”, pada
15 Oktober 2008, Universiti Malaya, anjuran Jabatan Syariah dan Pengurusan APIUM.
2 Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik dan Perhubungan Antarabangsa merangkap Pensyarah di Jabatan
Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
3 Pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
4 Pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

1
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

1.0 Definisi Pengguna


Setiap manusia secara amnya adalah pengguna. Mereka tidak dapat lari
daripada menggunakan isi alam ini. Ini merujuk kepada sifat manusia
yang bergantung dan bersandar kepada sesuatu yang lain di dalam
menjamin kelangsungan kehidupannya. Namun dalam konteks ilmu
ekonomi, perkataan pengguna merujuk kepada setiap orang yang
mendapatkan barangan mahupun perkhidmatan untuk diri dan
keluarganya. Pengguna dari segi Bahasa Melayu merujuk kepada
mengguna dan memakai sesuatu sama ada barang-barang, hasil
perusahaan, bahan makanan dan lain-lain1.

Pengguna atau dalam Bahasa Arab “al-Mustahlik” bermaksud seseorang


yang berbelanja samada hartanya atau selainnya2. Menurut undang-undang
pula ia bermaksud: “Setiap orang yang membeli sesuatu produk bertujuan
untuk menggunakannya”3 atau “seseorang yang membeli sesuatu barangan
atau perkhidmatan untuk kegunaan peribadi atau kegunaan ahli
keluarganya atau tanggungannya atau untuk dipersembahkan kepada
seseorang lain seperti hadiah, derma dan lain-lain”4. Definisi lain:
“Seseorang yang menetapkan sesuatu aktiviti menurut undang-undang
untuk mencapai harta atau khidmat bagi keperluannya yang berbentuk
individu atau keluarga”5.

Penulis tidak menemui definisi pengguna menurut istilah Syarak kerana


ianya adalah istilah baru, tetapi ada juga definisi yang ditemui iaitu:
“Menggunakan barangan atau sesuatu produk dan barangan buatan untuk

1 Hajah Noresah bt. Baharom etl., Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 418, 2002.
2 Ibrahim Anis etl., al-Mu’jam al-Wasit, Majma’ al-Lughah al-Arabiah, Kaherah, 1961, Maddah Ha la ka, jil.
2, hlm. 991.
3 Undang-undang Pelindungan Pengguna, Qanun Ittihad, Maddah 1.
4 Dr. Tariq al-Haj etl., al-Taswiq, hlm. 49.
5 Prof. Dr. Anwar Ahmad Ruslan, al-Himayah al-Tasriiyyah li al-Mustahlik, Dar al-Nahdah al-Arabiyyah,
Kaherah, hlm. 1.

2
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

keperluan individu bagi menunaikan keperluan dan kepentingannya”1.


Definisi ini tidaklah berlawanan dengan apa yang dikemukan oleh pakar
undang-undang dan ekonomi dan bolehlah kita memilih definisi yang
tepat mengenai pengguna iaitu: “Seseorang yang membeli barangan atau
perkhidmatan untuk menunaikan hajatnya yang berbentuk individu atau
keluarga atau keperluan-keperluan pekerjaannya”.

Setiap individu di dunia ini adalah dianggap sebagai pengguna iaitu saya,
awak, anak-anak saya dan anak-anak awak, pengeluar, pembeli, penjual,
hakim, pesalah, pemerintah, rakyat dan semua manusia yang hidup di
bumi ini merupakan pengguna. Ia termasuk dalam semua peringkat umur
semenjak dilahirkan hinggalah mati.

2.0 Maksud Perlindungan


Perlindungan (al-Himayah) menurut Bahasa Arab bermaksud mengawas,
menjaga dan memelihara2. Yang dimaksudkan di sini ialah menjaga
pengguna dengan memberi keamanan sepenuhnya secara menyeluruh
iaitu: aman dirinya, hartanya, suasana tempat kediamannya atau memberi
keselamatan terhadap segala sesuatu yang dia berurusan dengan orang
lain. Dalam Kamus Dewan melindungi bermaksud menudung,
menaungkan, memberi pertolongan atau menyelamatkan3.

Bidang perlindungan pula amatlah luas, merangkumi: pemeliharaan


persekitaran di sekelilingnya, pengawasan barangan, harga, pengagihan.
Dalam bidang perkhidmatan pula seperti mutu, kualiti, program khidmat
yang diperolehi dan belanja atau kos yang ditanggung.

1 Majalah al-Iqtisad al-Islami, Dubai, bil. 232.


2 Al-Razi, Muhammad bin Abi Bakr bin Abdul Qadir al-Razi, Mukhtar al-Sihah, al-Matbaah al-
Amiriyyah, Maddah Ha Min Ya, jil. 1, hlm. 66.
3 Hajah Noresah bt. Baharom etl., opcit., 812-813.

3
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Dengan demikian bolehlah kita simpulkan bahawa perlindungan pengguna


bermaksud: “Jaminan hasil yang diperolehi oleh seseorang individu
terhadap barangan atau perkhidmatan dengan mutu yang tinggi dan harga
yang berpatutan atau munasabah bagi memenuhi keperluan hajatnya,
memelihara hidupnya dan mencapai kemewahannya”1.

2.1 Apakah maksud pelindungan pengguna:


Menjaga pengguna daripada kerakusan peniaga dan cengkaman mereka
terhadap pengguna demi memenuhi keinginan dan kepentingan mereka
dengan melakukan penipuan, pembohongan, helah, tipudaya,
penyelewengan dan sebagainya. Dengan demikian, adalah wajib
memelihara dan memberi pelindungan kepada pengguna melalui undang-
undang, pengurusan, kehakiman, sains dan juga kemasyarakatan.
Dari sudut undang-undang ialah membuat draf undang-undang pengguna
dan penguatkuasaan undang-undang melalui pihak pemerintah. Dari sudut
pengurusan pula ialah mengawasi barangan, bahan makanan, mutu dan
memberi jaminan sepenuhnya kepada pengguna dan peraturan yang ketat
kepada pengusaha atau peniaga melalui badan pelaksana dalam sesebuah
negara. Dari sudut kehakiman pula ialah menjatuhkan hukuman yang
setimpal kepada golongan yang menyalahi undang-undang dan
memonopoli sesuatu barangan melalui sistem kehakiman. Dari sudut sains
dan kemasyarakatan pula ialah memberi ruang persaingan yang sihat,
pengiklanan yang bersesuaian menurut perspektif Islam yang suci dan
murni dengan menjauhkan daripada penipuan. Juga, memberi kefahaman
kepada pengguna tentang kebenaran maklumat-maklumat dan penjelasan
terhadap barangan dari sudut kesihatan, keselamatan dan seumpamanya.
Ini dapat dilaksanakan oleh pihak-pihak berwajib seperti Kementerian Hal
Ehwal Pengguna, Kementerian Sains dan Teknologi, Kementerian
Kesihatan, Kementerian Penerangan dan lain-lain2.

1 Anwar Ahmad Ruslam, op.cit., hlm. 3.


2 Anwar Ahmad Ruslam, op.cit., hlm. 4.

4
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

3.0 Pendidikan Pengguna


Dewasa ini, sudah wujud satu kesedaran akan pentingnya masyarakat
didedahkan kepada ilmu kepenggunaan bermula di peringkat persekolahan
lagi. Ini bagi memastikan keghairahan golongan kapitalis di era globalisasi
dalam mengeksploitasi kejahilan pengguna dapat dibendung. Pengguna
perlu diberi kesedaran bahawa mereka mempunyai lapan hak asasi, iaitu:
hak mendapatkan keperluan asas, hak mendapatkan keselamatan atau
perlindungan, hak mendapatkan maklumat, hak mendapat gantirugi, hak
membuat pilihan, hak bersuara, hak mendapat pendidikan pengguna dan
hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat1.

Buletin Perlindungan Pengguna (bil 12/2000) menyenaraikan tujuh prinsip


asas pendidikan pengguna, iaitu:
I. Kesedaran yang kritis: Pengguna dididik supaya kritis terhadap
mutu barangan dan perkhidmatan serta kualiti alam sekitarnya.
Seterusnya dididik mengenai amalan pengeluaran dan penggunaan
dan kaitannya dengan alam sekitar. Pengguna juga digalakkan agar
menyoal tentang kepenggunaan supaya berpengetahuan dan sukar
ditipu.
II. Objektiviti: Pengguna dilatih supaya boleh membuat pilihan yang
bijaksana. Tidak mudah dipengaruhi oleh iklan-iklan atau taktik-
taktik penjualan.
III. Nilai: Membentuk nilai-nilai hidup juga menguntungkan
pengguna. Tidak terburu-buru meniru nilai-nilai yang tidak sesuai.
Juga mengubah kepercayaan bahawa produk atau perkhidmatan
yang mahal atau kerap diiklankan semestinya lebih berkualiti
daripada yang berharga murah atau tidak diklankan.
IV. Sikap: Membina sikap positif dan bertanggungjawab. Berani
mengambil tindakan dan membuat aduan apabila ditipu atau
mendapat produk atau perkhidmatan tidak memuaskan. Mengubah

1 http://www.fomca.org.my/hak.htm.

5
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

sikap negatif seperti pantang melihat jiran atau kawan hidup lebih
mewah. Juga menghapuskan sikap mementingkan diri dan
sebaliknya memupuk rasa bertanggungjawab sosial serta sikap
bekerjasama dan bersatu padu.
V. Undang-undang: Memperkenalkan undang-undang yang
melindungi pengguna. Memberi kefahaman mendalam mengenai
undang-undang supaya pengguna mahir menggunakannya apabila
perlu. Pengguna juga digalakkan untuk memastikan yang undang-
undang perlindungan pengguna dikuatkuasakan dengan berkesan
dan sepenuhnya. Jika ada kelonggaran atau kelemahan dalam
undang-undang tersebut, kerajaan haruslah digesa untuk
memperketatkannya. Bila perlu, mendesak kerajaan untuk
menggubal undang-undang yang baru atau meminda undang-
undang yang ada supaya lebih berkesan.
VI. Maklumat: Maklumat adalah kuasa. Melatih pengguna bagaimana
hendak mendapat, mengguna dan menilai pelbagai maklumat
supaya kemahiran pengguna membeli dan menggunakan dapat
dipertingkatkan. Maklumat juga memberi pengguna pilihan lebih
meluas serta melindungi kita daripada produk bahaya dan amalan
buruk.
VII. Ekonomi dan Ekologi: Menerangkan tentang sistem ekonomi
negara supaya pengguna boleh menggunakan pengetahuan ini
untuk melindungi kepentingan pengguna. Juga menggalakkan
pengguna supaya berjimat cermat dalam perbelanjan harian.
Pengguna juga perlu dididik mengenai ekologi supaya mencintai
alam sekitar.
VIII. Rancangan: Pengguna dididik supaya merancang setiap tindakan
mereka. Misalnya, membuat senarai barang yang hendak dibeli
sebelum ke kedai atau ke pasar. Dengan itu, mengelak membeli
secara terburu-buru yang biasanya merugikan pengguna. Pengguna
yang terdidik adalah raja kerana merancang setiap aktivitinya dan

6
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

tahu hak-haknya sebagai pengguna. Pengguna yang merancang


adalah pengguna yang bijak dan sukar ditipu atau merasa sesal di
kemudian hari1.

Umumnya matlamat dan asas-asas dalam pendidikan pengguna adalah


tidak bercanggah dengan ajaran Islam. ia perlu difahami dan diamalkan
oleh setiap pengguna sama ada muslim atau non-muslim. Kefahaman
terhadap pendidikan pengguna, serba sedikit boleh membantu
memantapkan pemahaman terhadap perlindungan hak pengguna menurut
konsep Islam sebenar. Pelindungan pengguna sebenarnya amat berkait
rapat dengan pendidikan pengguna. Cuma ia lebih memperincikan lagi
perkara-perkara yang perlu difikir dan diperhalusi oleh seseorang muslim
sebelum berbelanja atau menggunakan sesuatu agar bersesuaian dengan
kerangka tasawwur Islam terhadap kehidupan.

4.0 Konsep Penggunaan Menurut Perspektif Islam


Menurut Islam, penciptaan alam adalah bertujuan bagi kemakmuran
manusia keseluruhannya. Ini sejajar dengan firman Allah s.w.t. di dalam
surah al-Baqarah ayat 29:

“Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi”.

Pemberian hak penggunaan alam kepada manusia digambarkan secara


jelas dan berulangkali dalam al-Quran dengan menggunakan lafaz “

 ” yang membawa erti: “dipermudahkan bagi kamu (manusia) untuk
menggunakan”.

Ringkasnya, seluruh isi alam ini, sama ada kecil atau besar, baik yang
sudah diketahui atau belum, masing-masing adalah infrastruktur yang
telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. sejak azali lagi untuk kemudahan umat

1 http://www.kpdnhq.gov.my/homepage/hep/BPD/12_2000/12_2000_7.htm

7
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

manusia. Namun, perlu diingatkan bahawa hak menggunakan alam


sebagai infrastruktur kehidupan mereka di dunia adalah tidak mutlak.
Bahkan mereka mesti menyedari beberapa hal lain yang berkaitan dengan
pemilikan harta, iaitu:
1- Asal semua perkara adalah diharuskan kepada manusia.
2- Manusia sekadar wakil yang menguruskan isi alam. Pemilikan
mereka adalah tidak mutlak bahkan bersifat pinjaman.
3- Harta kekayaan yang dimiliki adalah bersifat wasilah (instrumen)
untuk membuat kebajikan dan ia bukan merupakan matlamat
kehidupan.
4- Kekayaan yang dikurniakan bukanlah untuk dibangga-banggakan
kuantitinya, tetapi ia perlu diedar di dalam kitaran ekonomi demi
memastikan kemakmuran pengagihan di dalam sesebuah negara.
5- Manusia akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak di atas apa
yang mereka gunakan atau belanjakan di dunia ini.

5.0 Konsep Islam Dalam Melindungi Hak Pengguna


Pertama: Konsep Pengawasan oleh Allah s.w.t. dan Takut Terhadap
AzabNya.
Allah s.w.t. berfirman:

öΝçFΡr&uρ öΝä3ÏG≈oΨ≈tΒr& (#þθçΡθèƒrBuρ tΑθß™§9$#uρ ©!$# (#θçΡθèƒrB Ÿω (#θãΖtΒ#u zƒÏ%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

∩⊄∠∪ tβθßϑn=÷ès?

Maksudnya:
Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengkhianati
(amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati
amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

al-Anfaal: 27

8
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Ayat di atas memberi maksud bahawa Allah s.w.t. mengetahui perbuatan


hambanya. Barangsiapa yang takutkan Allah s.w.t. dengan berusaha dalam
pekerjaannya dan urusan perniagaannya dengan apa yang diredhaiNya
maka dia beroleh kebaikan disisi Allah s.w.t. dan sesiapa yang menipu,
berbohong, mengurangi timbangan dan sukatan dan sebagainya, maka dia
akan menerima azab yang berat. FirmanNya lagi:

∩∇∪ …çνttƒ #vx© ;六sŒ tΑ$s)÷WÏΒ ö≅yϑ÷ètƒ tΒuρ ∩∠∪ …çνttƒ #\ø‹yz >六sŒ tΑ$s)÷WÏΒ ö≅yϑ÷ètƒ yϑsù

Maksudnya:
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya
(dalam surat amalnya)!. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah,
nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

al-Zalzalah: 7-8

Nas di atas jelas bahawa mencari rezeki mestilah daripada yang baik dan
halal dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara haram dan tidak
diizinkan oleh Syarak kerana “Allah s.w.t. itu elok dan tidak menerima
kecuali yang elok”. Para pengusaha dan peniaga juga mestilah sentiasa
berniatkan untuk menunaikan satu kewajipan daripada kewajipan-
kewajipan kifayah dalam segenap aspek perkilangan atau pembuatan dan
perniagaan. Hal ini amat penting dan mereka perlu melakukannya dengan
sebaik-baiknya.

Kedua: Sentiasa Menurut Adab dan Tatasusila Yang Telah


Ditetapkan oleh Islam dalam Urusan Jual Beli.
Antara konsep nilai dan akhlak yang perlu diterapkan untuk menjaga dan
melindungi hak pengguna ialah:
1- Bersikap benar dalam urusan perniagaan. Pengeluar atau peniaga
perlu bercakap benar dalam memberi maklumat barangan dan

9
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

kualiti barangan. Daripada Abi Said r.a. daripada Nabi s.a.w.


bersabda:

‫دق ا!   ا وا وااء‬$‫ ا‬%$&‫ا‬


Maksudnya: “Peniaga yang benar dan amanah akan bersama
dengan para nabi, golongan yang benar dan golongan mati
syahid”1. Sabdanya lagi:

*+ ,‫ إ‬./ *0‫ و‬$1+ *2‫ع  أ‬$+ '() 56 , '()‫ ا‬72‫ا)(' أ‬
Maksudnya: “Seseorang muslim adalah saudara muslim yang lain,
tidak halal bagi seseorang muslim menjual kepada saudaranya
sesuatu barangan yang mempunyai aib/cacat kecuali ia
2
menjelaskannya” .

2- Tolak ansur dan memberi kemudahan dalam urusan jual beli.


3- Sentiasa memelihara akad jual beli.
4- Penyaksian dan penulisan.
5- Tidak mudah bersumpah walaupun berada dipihak yang benar.
6- Menghindari daripada urusan jual beli yang ditegah oleh Syarak.
7- Pemeriksaan teliti terhadap barangan.
8- Memperbanyakkan bersedekah.
9- Sentiasa menjaga adab-adab di pasar.
a- Mengingati Allah s.w.t..
b- Tidak meninggikan suara.
c- Mengambil berat tentang kebersihan, keceriaan dan peraturan adat
setempat.
d- Tidak lalai dan lupa dengan kewajipan solat pada awal waktu.
e- Tidak membaca al-Quran.

1 Al-Tirmidhi Sahih al-Tirmidhi dalam kitab al-Buyu’, Bab ma jaa fi al-Tujjar(1209), jil. 3, hlm. 515.
Beliau berkata hadis ini adalah hadis hasan. Al-Hakim(2142), jil. 2, hlm. 7.
2 Al-Bukhari, Sahih Bukhari, jil. 2, hlm. 731.

10
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Ketiga: Pengawasan Terhadap Tempat-tempat Jualan dan


Pemeriksaan Yang Berterusan atau Berkala.
Adalah menjadi kewajipan kepada pemerintah untuk mengawasi tempat-
tempat jualan barangan seperti kedai, pasar raya dan sebagainya supaya
tidak berlakunya amalan tidak sihat seperti penipuan, pembohongan
terhadap barangan dan perkhidmatan. Dengan adanya pengawasan yang
berterusan para pengguna akan sentiasa dilindungi dan mereka tidak
berasa bimbang dengan barangan yang dibeli. Nabi s.a.w. telah melantik
Said bin al-A’s untuk mengawasi pasar di kota Mekah1. Amalan ini juga
berterusan diamalkan di zaman Khulafa’ al-Rasyidin seperti yang
dilakukan oleh Sayyidina Umar dengan melantik seorang wanita bernama
al-Syifa’ binti Abdul Rahman al-Adawiyyah untuk menjaga dan menyelia
pasar di Madinah al-Munawwarah dan beliau disegani oleh semua ahli
peniaga di pasar tersebut kerana usianya yang telah tua2.

Keempat: Mengambil Berat tentang Timbangan, Sukatan dan


Ukuran serta Sentiasa Mengawasinya.
Islam semenjak dahulu lagi memberi penekanan yang mendalam dalam
sistem timbangan, sukatan dan ukuran bagi memastikan kepuasan dan
redha antara penjual dan pembeli. Di dalam al-Quran juga Allah s.w.t.
juga memberi ancaman dan seksa yang amat berat kepada golongan yang
mengurangi timbangan dan sukatan.

Antara hikmat pengawasan timbangan, sukatan dan ukuran kepada pihak


pengguna ialah:
a- Menanam kepercayaan di hati pihak pengguna dan
memberi rasa tenteram dengan ketepatan sukatan yang
mereka kehendaki.
b- Menjaga harta benda manusia daripada binasa dan sia-sia.

1 Yusuf bin Abdullah bin Abd al-Barr, al-Isti ab, jil. 2, hlm. 555, Dar al-Jil, Cetakan 1, Beirut, 1400H.

2 Al-Muhalla, jil. 9, hlm. 429.

11
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

c- Memberi jaminan kepada pengguna untuk memperolehi


barangan dengan sukatan yang dikehendaki.
d- Memberi khidmat kepada ekonomi negara dan kesenangan
kepada semua.
e- Menyebarkan akhlak yang mulia dalam masyarakat,
khususnya di kalangan peniaga.
f- Jaminan wujudnya pihak berwajib yang ditetapkan oleh
pemerintah jika berlakunya perselisihan tentang perkara ini
dan juga sebagai sumber rujukan.
g- Menghalang daripada penipuan kepada pengguna.

Kelima: Penetapan dan Penyelarasan Harga.


Islam membenarkan penetapan harga sesuatu barangan berlandaskan
syarat-syarat tertentu bagi membendung berlakunya monopoli dan
kemudaratan kepada pengguna akibat berlakunya kekurangan bahan atau
barangan tertentu di pasaran. Antara syarat-syarat penetapan dan
penyelarasan harga ialah1:
I. Mempunyai keperluan umum manusia seluruhnya.
II. Mestilah dengan redha dan persefahaman antara pemerintah atau
pengawas pasar dan penjual.
III. Penyelasaran harga bertujuan menghalang monopoli atau
keuntungan sesuatu pihak sahaja.
IV. Mestilah mendapat persetujuan ramai dengan mengadakan
perbincangan dan mesyuarat ahli pakar.
V. Pemerintah yang bersifat adil.
VI. Bukan kerana harga yang tinggi akibat kekurangan barangan atau
permintaan berlebihan.
VII. Mestilah barangan yang amat diperlukan sahaja termasuk harta
benda dan bidang kerja.

1 Al-Wunsyuraisi, Ahmad bin Yahya bin Muhammad, al-Mi’yar, Dar Ghab al-Islamiyy, Beirut, 1401H,
jil. 5, hlm. 85.

12
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

VIII. Mestilah tidak kerana situasi tertentu seperti ramai manusia dan
kurang penjual1.
IX. Bertujuan untuk kemaslahatan umum seperti menghalang pasaran
gelap, penyeludupan barangan, menyembunyikan barangan dan
lain-lain.

Keenam: Meneliti Segala Iklan dan Maklumat Barangan untuk


Melindungi Hak Pengguna.
Dewasa ini, para cendiakawan dan ulama telah menyatakan bahawa
aktiviti iklan-iklan dan promosi barangan mengandungi kepincangan yang
amat membahayakan seperti: keterlaluan yang bersangatan dalam
mempromosikan barangan, penipuan maklumat dan pembohongan, unsur
ghairah dan kecenderungan yang melampau, menimbulkan perasaan
tertentu dengan risalah-risalah atau bahan pengiklanan, menambahkan
harga barangan kerana kos pengiklanan, kesan kepada nilai masyarakat
dengan menggunakan kesenian berlebihan yang ghairah atau
mengekploitasi wanita atau nafsu seks secara tidak langsung dan lain-lain
lagi.

Para fuqaha terdahulu telah mengetahui cara mengiklankan sesuatu barang


dengan istilah “seruan terhadap barangan”2. Ibn al-Haj telah menjelaskan
iklan terhadap barangan dengan menyatakan: “sesetengah orang pada
zaman ini memuji barangannya dengan menipu dan menyebut suatu nama
yang lain yang tidak diketahui ramai dan sesetengahnya pula menyatakan
barangannya dengan kebaikan, faedah rekaannya...”3.
Memberi penjelasan terhadap barangan yang diniagakan dengan
menggunakan pelbagai cara adalah suatu perkara yang diharuskan oleh

1 Majmu’ Fatawa Syeikh Ibn Taimiah, jil. 28, hlm. 76; al-Turuq al-Hukmiyyah, hlm. 244. al-Hidayah, jil.
4, hlm. 93; al-Fatawa al-Hindiyyah, jil. 3, hlm. 214; Mawahib al-Jalil, jil. 4, hlm. 380; Lihat: Ahkam al-
Suq fi al-Islam, hlm. 389.
2 Al-Mughni, jil. 5, hlm. 32.
3 Ibn al-Haj al-Abdariy, al-Madkhal, jil. 4, hlm. 106, Dar al-Kitab al-Arabi, Beirut, Cetakan 2, 1972.

13
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

syarak dan ianya akan diberi ganjaran pahala jika memenuhi tiga syarat
berikut:
a. Hendaklah niat daripada iklan tersebut untuk memudahkan
urusan jualbeli dikalangan pengguna seperti sabda Nabi s.a.w.:
‫ ا اء‬5 ‫ ا‬5 ‫ ا ءا‬9‫ ا‬:‫ ر‬.i
Maksudnya: “Allah s.w.t. memberi rahmat kepada seseorang
yang mempermudahkan jualan dan mempermudahkan belian”1.
b. Mestilah berniat untuk perkhidmatan pengguna dengan cara
memberikan maklumat tentang keperluan mereka dan
mempermudahkan mereka. Ini termasuk dalam maksud nasihat
kepada para pengguna.
c. Mestilah mempunyai niat ihsan dan tolak ansur kepada keperluan
pengguna dan melihat kepada yang susah daripada yang senang
di kalangan mereka.
Islam telah menetapkan cara-cara yang sesuai untuk sesebuah industri atau
pengusaha menyiarkan iklan mengenai barangan untuk dipasarkan demi
menjaga maslahat pengiklanan, pihak penjual dan pengguna. Antaranya
ialah:
a- Sentiasa memberi maklumat benar terhadap sifat-sifat barangan.
b- Menghalang daripada memberi maklumat palsu dan penipuan serta
sumpah palsu.
c- Iklan mestilah bersesuaian dengan barangan.
d- Tidak mengiklankan barangan dengan menyembunyikan keaiban
dan kecacatan barangan.
e- Tidak memuji dan memuja barangan tersebut.
f- Tidak terdapat unsur helah dan cubaan menipu.
g- Menghalang pelbagai bentuk iklan barangan dan penrkidmatan
yang diharamkan.
h- Tidak memudaratkan orang lain atau barangan orang lain.
i- Tidak menaikkan nafsu sahwat dan ghairah.

1 Majma’ al-Zawaid, jil. 9, hlm. 18.

14
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

j- Memberi penjelasan kepada sejumlah besar pengguna dan


menghormati mereka.

Ketujuh: Memelihara dan Menjaga Kesihatan Manusia serta


Menjamin Keselamatannya.
Konsep ini perlu diberi perhatian yang mendalam bagi melindungi hak
pengguna dengan berlandaskan perkara-perkara berikut:
1- Wajib memelihara kesihatan manusia sejagat dan mengawasi
mereka daripada pelbagai penyakit. Kesihatan adalah suatu nikmat
daripada Allah s.w.t. kepada hambanya dan Allah s.w.t. menyuruh
manusia memeliharanya dan menghalang mereka daripada
memakan dan mengambil minuman yang diharamkan. Dengan
demikian, Islam mengharamkan arak dan makanan yang tidak
elok. Makanan dan minuman adalah menjadi barangan asas setiap
individu untuk meneruskan kehidupan. Pihak pengusaha perlu
menjelaskan secara terperinci bahan-bahan ramuan atau
kandungan makanan yang diusahakan untuk pasaran serta
meletakkan tarikh luput penggunaannya. Realiti yang berlaku hari
ini kita dapati konsep ini sentiasa diabaikan oleh mereka dan demi
melindungi hak pengguna, maka penulis menyarankan supaya isu
ini dikaji dan diselidik dengan lebih mendalam. Kebanyakan
penyelidikan kejuruteraan genetik dalam makanan menjurus
kepada memenuhi keperluan komersil industri memproses
makanan dan peruncit, bukannya untuk memenuhi keperilakuan
pemakanan pengguna. Oleh itu, para pengguna perlulah berhati-
hati terhadap gen-gen yang pelik dalam makanan mereka.
Kebanyakan saintis mengingatkan bahawa makanan ubah suai

15
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

genetik boleh menyebabkan kerosakan serius kepada kesihatan


dan persekitaran1.
Kepentingan pemeriksaan kesihatan dan pengawasan makanan.
Manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu makanan dan
minumannya adalah cecair yang suci bersih tidak dicemari oleh
apa-apa pencemaran. Apabila perkembangan kehidupan manusia
dan proses pemodenan maka manusia mencipta pelbagai jenis
makanan dan minuman serta cara penyimpanannya. Pelbagai cara
direka untuk penyediaan makanan seperti sejuk beku, segera, dan
lain-lain dengan cara pembungkusan yang berbeza. Islam
mengambil berat tentang kesihatan manusia.
2- Peranan negara dalam menjaga kesihatan pengguna.
a- Membuat garis panduan dan undang-undang untuk
mengawasi kilang-kilang dan pengusaha makanan dengan
mengadakan penyelidikan makmal terhadap makanan yang
dipasarkan supaya memenuhi tanda aras atau piawai yang
telah ditetapkan. Pemeriksaan berkala terhadap kedai-kedai
dan pasar yang menjual makanan, ubatan untuk
memastikan ianya selamat digunakan serta sumber air yang
mereka gunakan.
b- Badan Kesihatan di setiap kawasan perlulah mengadakan
lawatan pemeriksaan mengejut di hotel-hotel, kedai-kedai
makanan, kilang roti, kafeteria untuk memastikan mereka
mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan serta
memberi sijil layak dan lulus kepada mereka. Ini termasuk
juga peralatan yang mereka gunakan serta pekerja yang
bekerja di tempat-tempat tersebut.

1 Lihat: Mohideen Abdul Kader, Sempadan Bioteknologi Menurut Perspektif Islam, Mengenali Jenis-
jenis Makanan Ubah suai Genetik di Malaysia: Panduan kepada Pengguna, hlm. 71- 83, Institut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Cetakan 1, 2005.

16
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

c- Menjalankan pemeriksaan terhadap haiwan yang


disembelih sebelum dan selepas disembelih untuk
memastikan kebersihan dan halal dimakan.
d- Pemeriksaan tempat-tempat dan gudang penyimpanan
bahan-bahan makanan dan memastikan tahap keselamatan
makanan di tempat-tempat berkenaan. Juga memastikan
pemunya dan pemiliknya mematuhi cara-cara yang sesuai
bagi menjaga dan menyimpan bahan-bahan tersebut.
e- Pemeriksaan dan pengawasan kilang-kilang makanan dan
minuman serta memastikan mereka mematuhi piawai yang
ditetapkan.
f- Mengambil sampel setiap jenis makanan dan minuman
sama ada buatan tempatan atau luar negara untuk dijadikan
bahan kajian di makmal bagi manjaga pengguna.
g- Mengenakan tindakan undang-undang yang tegas terhadap
mereka yang tidak mematuhi syarat-syarat dan peraturan
yang telah ditetapkan serta yang diamalkan di seluruh
dunia.
3- Memberi penjelasan dan penerangan yang berkesan tentang cara-
cara untuk menyediakan makanan dan minuman yang memberi
kesihatan dan keselamatan pengguna. Ini dapat dilakukan dengan
meminta badan-badan berkenaan mengadakan seminar, bengkel
dan penyelidikan berterusan bagi menjaga mutu proses penyediaan
makanan. Selain daripada itu, mereka juga perlu mengambil tahu
mengenai pencemaran dan penyakit yang menimpa manusia.
4- Nasihat dan tunjuk ajar mengenai kepentingan pemakanan yang
sihat kepada pengguna. Para pengguna perlu juga mengambil berat
tentang jaminan keselamatan dan kesihatan mereka dengan
mengambil langkah-langkah berikut:

17
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

a- Menghindarkan diri dari membeli makanan dan minuman


yang terbuka dan dihinggap oleh lalat atau debu kerana
ianya mudah dijangkiti dan diserang penyakit.
b- Membeli barangan keperluan di tempat-tempat yang telah
diberi lesen dan sijil layak urus niaga.
c- Tidak membeli dengan penjual yang tidak diketahui
tentang asalnya atau diragui sumber barangan tersebut.
d- Membaca dan meneliti label atau penjelasan yang
dilekatkan pada bungkusan makanan atau barangan serta
mengetahui kandungan bahan tersebut dan tarikh luput
barangan.
e- Menjauhi daripada membeli barangan yang mempunyai aib
atau kecacatan yang jelas kelihatan seperti telah dibuka,
koyak atau kemek samada di bahagian luar atau dalam.
f- Barangan yang terlalu murah kebiasaannya tidak bermutu
atau tidak mengikut piawai yang telah digariskan.
g- Tidak menggunakan beg plastik hitam pada makanan
kerana ianya mengandungi karbon yang memudaratkan
kesihatan manusia.
h- Tidak menggunakan kertas akhbar untuk membungkus
makanan kerana dakwat tersebut mempunyai racun
berbahaya.
i- Memasak makanan dengan sebaik-baiknya.
j- Memakan makanan dengan segera setelah dimasak.
k- Menyimpan makanan yang telah dimasak dengan cara yang
elok dan sempurna.
l- Menjaga kebersihan dapur dan segala peralatan memasak.
m- Mengawasi bahan-bahan makanan daripada serangga
seperti lipas, cicak, tikus dan lain-lain.
n- Menggunakan air yang bersih ketika menyediakan
makanan atau minuman.

18
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

5- Kebersihan persekitaran makanan. Makanan yang tercemar


bertambah dari hari ke hari terutama di negara-negara yang
membangun akibat pencemaran persekitaran yang membahayakan
pihak pengguna. Dengan demikian, mengambil berita tentang
kebersihan persekitaran adalah amat penting dan menjadi
kewajipan Kementerian Kesihatan khususnya bagi memastikan
makanan selamat dimakan daripada pencemaran bakteria atau
bahan kimia dan lain-lain.
6- Kesan pengawasan makanan kepada pengguna. Menjaga dan
memelihara pengguna daripada pelbagai penyakit amatlah penting
untuk kesihatan manusia sejagat. Usaha ini dapat dilakukan
dengan mengawasi pengguna muslim daripada mengambil
makanan dan minuman yang diharamkan oleh Islam atau undang-
undang seperti daging dan lemak khinzir, daging dan ayam yang
tidak disembelih, minuman beralkohol dan lain-lain lagi. Antara
cara lain ialah: memberi kepercayaan pengguna terhadap barangan
di pasaran, megawal keselamatan pengguna daripada bahaya,
mengetahui penipuan pada bahan makanan, menggalakkan lagi
perkembangan pengeluaran makanan mengikut tanda aras yang
ditetapkan dan menjaga ekonomi negara daripada kerugian akibat
amalan penipuan, pembohongan, makanan beracun, pencemaran
dan tidak mematuhi peraturan.

19
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

6.0 Kesimpulan Dan Penutup


Sebagai kesimpulan, perlindungan hak pengguna merupakan satu tuntutan
syarak yang sekian lama dibicarakan oleh cendiakawan Islam. Ia
merupakan bentuk pemeliharaan setiap individu yang amat perlu difahami
dan diaplikasikan secara menyeluruh oleh umat Islam. Prinsip-prinsipnya
yang istimewa perlu didokongi dan dijadikan strategi oleh umat Islam baik
secara individu mahupun kolektif terutama dalam menghadapi tipudaya
yang pelbagai ragam di era globalisasi ini. Tugasan ini tidak boleh
dibiarkan kepada individu setiap pengguna secara individu bahkan perlu
diperbadankan oleh badan-badan berwibawa yang bertindak
menggabungkan kepakaran ummah daripada segenap lapangan.

20
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Rujukan
Ahmad bin Yusuf, Ahkam al-Suq fi al-Islam, Dar Alam al-Kutub, cetakan
1, 1989M.
Al-Bukhari, Sahih Bukhari, Muhammad bin Ismail, dar Ibn Khatir,
cetakan 3, 1407H.
Al-Haithami, Majma’ al-Zawaid, Dar al-Rayyan li al-Turath, Kaherah,
1407H.
Al-Hattab, Mawahib al-Jalil, Dar al-Fikr Beirut, 1398M.
Al-Muhalla, Ali bin ahmad bin Hazm, Dar al-Afaq al-Jadidah, Beirut.
Al-Razi, Muhammad bin Abi Bakr bin Abdul Qadir al-Razi, Mukhtar al-
Sihah, al-Matbaah al-Amiriyyah.
Al-Tirmidhi, Muhammad bin Isa bin Surah, Sunan al-Tirmidhi, Tahqiq:
Ahmad syakir, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut.
Al-Wunsyuraisi, Ahmad bin Yahya bin Muhammad, al-Mi’yar, Dar Ghab
al-Islamiyy, Beirut, 1401H.
Awdah, Abdul kadir.1983. harta dan pemerintahan dalam Islam. terj. Haji
Salahuddin Abdullah. Kuala Lumpur. Penerbitan Pustaka Antara.
Dr. Tariq al-Haj etl., al-Taswiq, Dar Dhiya’, Umman.
Hajah Noresah bt. Baharom etl., Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2002.
Ibn al-Haj al-Abdariy, al-Madkhal, Dar al-Kitab al-Arabi, Beirut, Cetakan
2, 1972.
Ibn Qudamah, Al-Mughni, Dar Fikr, Cetakan 1, Beirut, 1405H.
Ibrahim Anis etl., al-Mu’jam al-Wasit, Majma’ al-Lughah al-Arabiah,
Kaherah, 1961.
Majalah al-Iqtisad al-Islami, Dubai, bil. 232.
Majmu’ Fatawa Syeikh Ibn Taimiah, jil. 28, hlm. 76; al-Turuq al-
Hukmiyyah, hlm. 244. al-Hidayah,

21
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Mohideen Abdul Kader, Sempadan Bioteknologi Menurut Perspektif


Islam, Mengenali jenis-jenis makanan ubah suai genetic di Malaysia:
Panduan kepada pengguna, Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM),
Cetakan 1, 2005.
Prof. Dr. Anwar Ahmad Ruslan, al-Himayah al-Tasriiyyah li al-Mustahlik,
Dar al-Nahdah al-Arabiyyah, Kaherah.
Undang-undang Pelindungan Pengguna, Qanun Ittihad, Maddah 1.
Yusuf bin Abdullah bin Abd al-Barr, al-Isti’ab, Dar al-Jil, Cetakan 1,
Beirut, 1400H.
Internet
http://www.fomca.org.my/hak.htm.
http://www.kpdnhq.gov.my/homepage/hep/BPD/12_2000/12_2000_7.htm

22

You might also like