SOALAN

PERDANA MENTERI MALAYSIA YAB DATO¶ SERI NAJIB TUN RAZAK TELAH MENGEMUKAKAN SATU KONSEP IAITU ³ SATU MALAYSIA´.

BERDASARKAN SEJAUHMANAKAH

PEMAHAMAN KONSEP

ANDA, SATU

HURAIKAN

SECARA

KRITIS

MALAYSIA

DAPAT

MELAHIRKAN

PEMBINAAN BANGSA DAN NEGARA MALAYSIA.

1

bangsa Melayu sebagai contoh. Kita k eluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama´. dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Justeru. Ayat yang menyebut ³Kita berdiri. budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat. One People´ menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. modal serta manusia. Konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing. DEFINISI Konsep Satu Malaysia menurut penjelasan YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak: ³Kita berdiri. Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif. Demikianlah j uga dengan kaum-kaum yang lain. dapat dirumuskan kesimpulan berikut. Keupayaan membina perpaduan bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. tetapi juga sistem nilai. kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita. mereka dituntut melakukan perkara yang sama. Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja.PENGENALAN Persoalan pembinaan suatu bangsa Malaysia merupakan persoalan paling penting yang terus menjadi agenda utama negara dalam perlaksanaan semua sistem di negara ini. Berdasarkan penjelasan di atas. Perpaduan amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja. Mereka juga di tuntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum. Sementara ayat ³dan kita mengambil tindakan -tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita´ lebih menjurus dan bersangkutan dengan 2 .

Secara definisinya. dan kebudayaan. konsep 1 Malaysia dalam pendidikan merangkumi pembentukan sistem pendidikan yang ideal dan sesuai untuk keseluruhan masyarakat amnya. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia. iaitu ingin mencapai kemajuan yang seimbang dari segi ekonomi. BAGAIMANAKAH KONSEP SATU MALAYSIA DAPAT DITERAPKAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga . Penghapusan dasar pendidikan yang hanya berkepentingankan sesebuah bangsa dan menafikan hak golongan tertentu merupakan matlamat 1 Malaysia dalam pendidikan. berpegang teguh kepada nilai agama. Dasar Pendidikan Negara perlu memperkenalkan dan menerapkan nilai-nilai 1 Malaysia dalam diri dan mentaliti pelajar agar memahami kepentingan dan kewajaran gagasan ini diperkenalkan. liberal dan bertolak ansur. politik. Oleh itu. µnegara¶ bermaksud sesuatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sesebuah kerajaan dan µbangsa¶ pula bermaksud kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. tangkas serta berdaya tahan. Aspek pendidikan turut menjadi fokus utama pengenalan gagasan 1 Malaysia. Malaysia kini memasuki fasa kedua kearah mencapai wawasan 2020 dimana Malaysia ingin menjadi sebuah negara maju mengikut acuannya sediri. Institusi -institusi pendidikan di negara ini berlandaskan kurikulum yang telah ditetapkan oleh kementerian pendidikan malaysia. perkonsian ekonomi yang adil dan saksama.kepimpinan negara. dinamik. moral dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik. pembinaan negara bangsa bermaksud pembanguan sesuatu masyarakat dalam sesebuah negara. progresif dan makmur serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing. µpembinaan¶ bermaksud pembangunan. Malaysia juga berhasrat menjadi sebua h negara yang masyarakatnya bwersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. kerohanian. Persaingan yang sengit antara pelajar hari ini dalam memperoleh peluang pendidikan yang lebih tinggi menuntut kerajaan dan Badan 3 . Aspek pendidikan merupakan aspek yang penting dan aspek yang perlu diberi pertimbangan yang kuat di negara malaysia yang berbilang kaum.social.

tindakan tindakan seperti ini amat membantu dalam melahirkan golongan pemimpin yang berfikiran kreatif dan berpandangan jauh untuk masa depan negara mereka yang tercinta. pembentukan satu jenis sekolah sahaja yang menggunakan satu bahasa penghantar yang rasmi iaitu bahasa Melayu mampu melahirkan bangsa Malaysia yang mantap dari segi perhubungan antara kaumnya. Selain itu. Di samping itu. Nilai pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana -mana negara mencapai kejayaan.Bukan Kerajaan (NGO) bertindak bijak dan saksama agar peluang yang diwujudkan tidak menindas mana-mana pihak atau bangsa tertentu. Sebagaimana yang sedia maklum. Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan segala -galanya. Kekuatan dan ketahanan adalah beras askan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan. budaya membaca berupaya melahirkan ra kyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka. kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai -nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk 1Malaysia. Justeru itu. sekolah Cina dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama. Di mana sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular dan semua aliran sama ada sekolah kebangsaan. 4 .

Oleh itu. di samping meningkatkan toleransi dan cara hidup perlu keharmonian antara kaum. Konsep satu Malaysia adalah sebenarnya akviti sambungan daripada pelancaran Pelan Tindakan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PTPNIN). Konsep ini secara tidak langsung penting untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian rakyat di Malaysia kerana masyarakat yang berlainan kefahaman dan disatukan di bawah satu konsep. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. 1 Malaysia merupakan satu konsep yang mana diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia kita Datuk Seri Najib Tun Razak khasnya bertujuan untuk mengeratkan lagi perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum. Konsep satu Malaysia ini membawa makna bahawa semua rakyat dalam negara Malaysia digelar bangsa Malaysia tanpa mengira agama. yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada manamana pihak akan dipinggirkan. di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati s ebagai rakyat dalam satu negara dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. dasar -dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya.PERSOALAN KAJIAN (KRITIKAN TERHADAP KONSEP SATU MALAYSIA YANG DAPAT MELAHIRKAN PEMBINAAN BANGSA DAN NEGARA MALAYSIA) Malaysia merupakan satu Negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Pelan Lima Tahun sehingga 2010 itu turut menggariskan pemupukan dan peningkatan semangat perpaduan dan patriotik sebagai rakyat Malaysia. Satu Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum. 5 . akan tetap dilaksanakan. di samping meningkatkan toleransi dan keharmonian antara kaum. Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum. Di mana ia merupakan pelan yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Tangga adalah untuk mengurangkan seg regasi kaum serta kerenggangan dalam perhubungan inter dan intra kaum serta wilayah. warna kulit mahupun keturunan.

dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum. Ini adalah kerana walaupun sudah bertahun -tahun kita mencapai kemerdekaan namun Malaysia belum lagi benar -benar berjaya dalam usaha untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum. Sikap toleransi turut ada pada setiap rakyat Mala ysia kerana mereka sedar bahawa sikap bertolak ansur penting bagi mengekalkan keharmonian negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara.Satu Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Kedamaian dan kesejahteraan di kalangan masyarakat di Malaysia dapat mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain. K onsep ini turut dipertingkatkan dengan konsep penerimaan yang turut bermaksud bahawa rakyat Malaysia perlu menerima hakikat sejarah. rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu. yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai. Nilai -nilai aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih k ukuh dan mantap. ‡ Aspek Kedua ± Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi Nilai-nilai Aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah nilai -nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu ne gara ke arah mencapai status negara maju. Teras perpaduan ini adalah komponen -komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Konsep 1Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti berikut: ‡ Aspek Pertama ± Penerapan Teras-Teras Perpaduan Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. dan sosiobudaya yang menjadi latar kepada konsep negara bangsa yang dinamakan Malaysia. Teras Perpaduan ini didokongi oleh nilai -nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia. 6 . maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

Adakah ini dikira sebagai satu Malaysia. Adakah ini membawa kepada kesatuan padahal dalam aspek bahasa pun kita tidak bersatu. Persoalan ini dapat dijawap jika rakyat di Negara ini bertutur dalam bahasa yang sama. dan terdapat pihak ketiga yang mengganggu komunikasi mereka dengan menggunakan bahasa lain yang hanya difahami oleh salah satu pihak itu. Mereka masih lagi menganggap bahawa kelainan negatif yang dapat mereka timbulkan dalam hati semua rakyat dapat menimbulkan persaingan yang dikatakan persaingan ³hidup mati´.Namun begitu persoalan yang timbul adalah sejauh manakah ketelusan dan ketulusan kesemua kaum di Malaysia. Bahasa yang berfungsi sebagai alat komunikasi bagi mencapai matlamat perpaduan. sudah tentu pihak yang satu lagi akan terasa. cadangan³ Satu Bahasa´ perlu dijadikan akar Gagasan 1 Malaysia jika mahu melihat matlamat perpaduan tulen dalam hati setiap rakyat tercapai. mereka masih lagi degil dalam mempertahankan apa yang ada.Kelainan-kelainan seperti ini mengurangkan minat perkongsian malahan lebih menguatkan lagi sifat perkauman setiap pihak. tetapi penghayatan terhadap bahasa ini masih lagi belum dapat dilihat. Sejauh manakah penerimaan orang Melayu terhadap kaum lain di Malaysia sebagai rakyat Negara ini. Keadaan ini mengakibatkan jurang komunikasi yang besar dan secara tidak langsung membawa kepada kegagalan konsep 1 Malaysia 7 . Keberkesanan cadangan ini hanya dapat dilihat keberkesananya apabila semua rakyat dapat bertutur dalam satu bahasa. Begitu juga timbulnya persoalan di atas penerimaan kaum lain di ke atas masyaraka t kaum lain di Malaysia sebagai penduduk asal di Negara ini. apabila terdapat dua pihak yang sedang berbual dalam satu bahasa yang sama. Bagaimana mungkin pelbagai kaum boleh disatukan di bawah konsep satu Malaysia jika masing-masing masih dibenarkan bercakap dalam bahasa yang saling tidak difahami. Secara psikologi. Walaupun termaktub dalam Perlembagaan Malaysia bahawa Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan dan bahas a rasmi Negara ini. Justeru itu. Malahan para pemimpin juga masih tidak menghayatinya secara keseluruhan. Justeru itu. Dalam aspek bahasa pun kita tidak dapat bersatu. Masing -masing leka dengan status mereka dan bersikap prejudis terhadap kaum lain dan mendata ngkan perselisihan. Inilah merupakan salah satu punca timbulnya sikap prejudis dan seterusnya membawa kepada kerenggangan hubungan.

Kini tibalah masanya rakyat negara kita menghayati konsep penerimaan di mana sebelum ini mereka sudahpun bertoleransi dalam pelbagai perkara. Bahasa Melayu yang diubah kepada Bahasa Malaysia menunjukkan bahawa bahasa ini bukan sahaja milik satu kaum iaitu orang melayu tetapi milik seluruh rakyat. Walaubagaimanapun tidak semua yang dapat menerimanya kononya kerana mereka berpegang kepada konsep toleransi dan demokrasi. Kepelbagaian kaum ini sudah tentu memperlihatkan kepelbagaian bahasa yang digunakan di Malaysia. Cina. 8 . Perkataan bangsa dalam slogan ³bahasa menunjukkan bangsa´ perlulah dihayati dan dilihat secara menyeluruh iaitu sebagai bangsa Malaysia iaitu kaum Melayu.. Malaysia Indonesia sebagai contoh di mana mereka menggunakan bahasa Indonesia untuk mempersatu rakyat jelatanya. Jika sapaan rakyat di Malaysia pun kita tidak dapat fahami kesatuan apakah yang kita bawa? Apabila kita lihat pada kontrak sosial Negara ia menyarankan bahaw a bahasa yang difahami oleh semua orang dijadikan sebagai bahasa kebangsaan yakni bahasa pemersatu. India.dan mereka akan gagal untuk rapat dan bersatu padu. Gunakanlah bahasa kebangsaan dengan telus dan tulus. Bagaimana kita dapat mengukur kefahaman seseorang rakyat jika ciri bahasa tidak dikongsi bersama? Adakah orang india akan faham jika orang ci na bertanya ³ ni hau ma?´ atau adakah orang Melayu akan faham jika orang india berkata ³Vanakam´. Siam. Pengorbanan untuk berkongsi oleh orang melayu perlulah dihayati oleh semua rakyat demi mencapai hasrat Perdana Menteri kita demi mencapai 1 Malaysia. dan Portugis. Ia juga termasuk kaum minoriti seperti Sikh.masih tidak dapat menerima jika semua kaum menggunakan Bahasa Melayu. Terbukti bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang paling sesuai untuk ini. dan bukannya terhad kepada bangsa Melayu sahaja. Ini adalah untuk mempertahankan martabat bahasa mereka. Sabah dan Sarawak. Begitu menyedihkan jika orang Melayu sendiri pun termasuk para pemimpin. serta kaum peribumi Semenanjung.

Memahami dan menghayati sejarah amat penting kerana seperti mana kata seorang Ahli Falsafah 9 . Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri Malaysia semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi. Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kepada mereka kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut mana mungkin Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Sensitiviti terhadap konsep ini terbentuk kerana walaupun konsep Malaysia un tuk orang Malaysia ini berbunyi muluk dan bersifat halwa telinga kepada pendengarnya namun ia tidak berpijak di bumi nyata kerana gagal mengambil kira faktor sejarah dan realiti tempatan. Walaupun matlamatnya adalah murni namun ada pihak berkepentingan yang cuba memutarbelitkan hasrat beliau dengan menyamakan konsep ini dengan konsep Malaysian Malaysia atau Malaysia untuk orang Malaysia konsep yang menjadi teras perjuangan parti politik yang bersayap kiri.KESIMPULAN Banyak pendapat telah dimajukan oleh pelbagai pihak tentang konsep 1 Malaysia yang telah perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak apabila beliau mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan pada 3 April 2009. Di dalam konteks Malaysia ketiadaan tindakan afirmatif dan pelaksanaan meritokrasi yang tidak mengambil kira realiti ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum akan hanya menghasilkan ketidakadilan serta ketidaksaksamaan yang akhirnya akan mengakibatkan diskriminasi minoriti ke atas majoriti. Hari ini misi dan visi mulia ini diteruskan p ula oleh Datuk Sri Najib. Penyamaan ini telah menimbulkan kegusaran kepada orang Melayu ataupun bumiputera kerana ia satu konsep yang amat sensitif kepada mereka. Teras asas konsep ini ialah penolakan kepada sebarang bentuk tindaka n afirmatif dan pelaksanaan prinsip meritokrasi sepenuhnya di dalam dasar -dasar negara terutamanya dasar sosioekonomi. Konsep 1 Malaysia berbeza dari Malaysian Malaysia kerana konsep ini bertunjangkan kepada realiti te mpatan dan sejarah negara.

kenegaraan dan keadilan sosial.Amerika berketurunan Sepanyol George Santayana. Kita perlu meraikan perbezaan yang wujud sebagai sumber kekuatan bukannya terperangkap dengan polemik yang berpunca dari perkara titik bengik sehingga melupakan matlamat besar bersama. Transformasi dari toleransi kepada penerimaan ini amat penting kerana untuk Malaysia mencapai kemakmuran dan keharmonian ia memerlukan iltizam rakyat Malaysia dari pelbagai kaum. Teras kedua 1 Malaysia ialah kenegaraan yang bertunjangkan prinsip -prinsip yang terkandung di dalam P erlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. kita akan mendapati beliau sebenarnya telah pun membezakan antara kedua -dua konsep ini apabila memperincikan tiga teras utama konsep 1 Malaysia iaitu penerimaan. Jika kita mengikuti ucapan Datuk Sri Najib semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2009 Peringkat Kebangsaan. Teras pertama 1 Malaysia yang beliau nyatakan ialah mengubah asas perhubungan kaum di Malaysia dari konsep toleransi kepada konsep penerimaan. Ini termasuklah bagi merealisasikan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi serta bebas kemiskinan. Orang orang Melayu/bumiputera juga tidak perlu bimbang bahawa 1 Malaysia akan menyimpang dari peruntukan yang sudah sedia ada di dalam undang -undang tertinggi negara terutamanya Perkara 153 (Hak -hak Istimewa Melayu/bumiputera). Tragedi hitam 13 Mei 19 69 mengejutkan rakyat Malaysia kepada realiti bahawa perpaduan nasional 10 tidak boleh menyubur jika . Teras ketiga 1 Malaysia seperti mana yang diterangkan oleh Perdana Menteri pula ialah keadilan sosial. Untuk negara terus berada di hadapan keluk kejayaan semua rakyat Malaysia perlu terus membina di atas persamaan yang ada dan pada masa yang sama berlapang dada menerima perbezaan yang wujud di antara satu sama lain tanpa bersikap menghakimi atau menilai. "Mereka yang tidak belajar dari sejarah akan disumpah mengulanginya". Perlembagaan Persekutuan adalah merupakan undang -undang tertinggi negara manakala lima prinsip Rukun Negara bertindak sebagai ideologi kebangsaan adalah asas yang terbaik untuk memupuk dan mengukuhkan Perpaduan Nas ional. Oleh yang sedemikian janganlah mana -mana kaum menjadi gundah -gulana kerana 1 Malaysia tidak sekali-kali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ia ibarat sebuah peti yang penuh dengan serbuk letupan yang tidak stabil dan hanya menunggu satu percikan untuk menyebabkannya meletup. Hakikatnya tidak ada negara yang mampu maju dan makmur jika kaum majoriti terpinggir dan ketinggalan dari segi sosioekonomi jika adapun sejarah telah menunjukkan kemajuan dan kemakmuran tersebut bersifat sementara kerana negara berkenaan bukanlah sebuah negara yang stabil. Kita tidak boleh bersikap dogmatik di dalam mengurus ekonomi sebaliknya kita perlu bersikap pragmatik dan sanggup memikir di luar dari kotak kelaziman. Bagi memastikan tragedi tersebut tidak berulang maka Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah digubal dengan bermatlamatkan perpaduan dengan menggunakan dua strategi. pertama membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan kedua menyusun semula masyarakat.ketidakseimbangan sosioekonomi berlaku. Walaupun DEB telah berakhir pada tahun 1990 semangatnya masih diteruskan melalui dasar -dasar pengganti sehingga hari ini. 11 . Namun semua pihak harus memahami hakikat bahawa dasar pengagihan yang adil melalui tindakan afirmatif tidak akan berjaya di dalam kek ekonomi yang gagal berkembang secara sihat dan mapan.

wikipedia. [Tarikh bahan diakses: 25 Disember 2010] Bahasa kebangsaan.gov.my/pdf/Booklet_1Malaysia.org/wiki/Bahasa_kebangsaan.htm.com/docs/22506433/Undergraduate -assignmentPembinaanNegara-Bangsa (diakses pada 24 disember 2010) http://www.pdf (diakses pada 24 disember 2010) http://www.kpkk.RUJUKAN http://www.pdf (diakses pada 24 disember 2010) Utusan Malaysia. http://galusbm1.pmo.wikipedia. (26 Mei 2009). http://ms. http://en. Gagasan 1 Malaysia Perlu Formula Bm=2T.docstoc.org/wiki/Indonesian_language . http://malaysia-perlu-formula-bm2t. [Tarikh bahan diakses: 25 Disember 2010] Indonesian Language. [Tarikh bahan diakses: 25 Disember 2010] Memartabatkan Bahasa Melayu.blogspot. www.pdf. [Tarikh bahan diakses: 25 Disember 2010] 12 .com/.gov.my/pdf/Booklet_1Malaysia.kpkk. [Tarikh bahan diakses: 25 Disember 2010] 1 Malaysia.gov.my/dokumenattached/1Malaysia_B.

Selain daripada itu. taat setia. Selain itu. kerajaan berpendapat bahawa memastikan masalah perpecahan sesama kaum dan intra kaum akibat perbezaan ideologi politik yang wujud dapat dihapuskan dengan sepenuhnya. perpaduan sebenarnya dapat dijengahi menerusi ciri yang mendasari integriti itu sendiri. Dengan itu. Pelbagai program yang berfaedah dianjurkan sepanjang bulan tersebut bagi mencapai objektif tersebut. rnuhibah. satu generasi muda yang bersatu padu dan bersemangat pa rtriotisme tinggi dapat dilahirkan sejurus dengan misi Wawasan 2020 yang dalam melahirkan Bangsa Malaysia yang bersatupadu. Contohnya. Karnival Anak Malaysia. dasar pendidikan juga tidak ketinggalan untuk m emainkan peranan dalam hal ini. Dasar Pendidikan senantiasa digubal agar sifat perpaduan dan muafakat kaum dan nasional dapat disemai di kalangan para pelajar melalui guru guru yang berdedikasi. kerajaan juga turut melancarkan Bulan Perpaduan Peringkat Kebangsaan yang juga bertujuan untuk meningkatkan int egrasi semua negeri di Malaysia. Ini membolehkan rakyat Malaysia dapat memahami dan menghormati adat istiadat kaum lain. berwawasan dan berdaya maju. Dengan ini.7. kecintaan kepada negara dan alam sekitar. kekeluargaan. Namun begitu. Liga Sukan Komuniti dan sebagainya. Umpamanya nilai kemanusiaan. semangat perpaduan menerusi kegiatan kejiranan dan permuafakatan. kasih sayang dan percintan.0 REFLEKSI Disediakan Oleh: Purani A/P Warataraju (821209 -10-5662) Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara turut memainkan peranan yang penting bagi mengukuhkan lagi proses pembinaan negara dan bangsa terlaksana dengan baik. Penggunaan Melayu memudahkan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama dan kaum berin teraksi dengan mudah dan berkesan. menghargai nilai dan no rma hidup yang dikongsi 13 . dan menghadapi cabaran Wawasan 2020 untuk mewujudkan bangsa Malaysia. bekerjasama. Misalnya. Rancangan Khidmat Negara dan penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains kini ditukar semula dengan pengajaran dalam bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan dalam bahasa ibunda masing-masing di sekolah jenis kebangsaan . tolong-menolong.

penganjuran forum dan seminar akademik berkenaan diharapkan dapat mencetuskan idea baik ke arah mengendurkan ketegangan hubungan penduduk pelbagai bangsa. wang ringgit hatta nyawa sekalipun. Dengan ini proses mewujudkan rakyat yang berinteraksi dan menjalinkan perhubungan antara mereka di samping me wujudkan suasana persefahaman yang mesra dan harmoni dapat dipercepatkan. Kesedaran begini akan melahirkan dan memupuk semangat kekitaan dan semangat kepunyaan di kalangan mereka supaya dapat mempertahankan perpaduan nasional demi kelangsungan negara bangsa yang gagah perkasa. cemerlang. mencetus pemikiran atau idea bernas tanpa menyinggung perasaan orang lain dan kesedaran kepada pengorbanan segala -gala daripada tenaga. 14 . kebelakangan ini pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan berjabat tangan untuk mengajurkan beberapa sesi dialog dan diskusi yang dihadiri oleh pihak inteleksual mengenai isu kontroversi di sebalik konsep satu Malaysia. ekonomi dan sosiobudaya. tidak mementingkan diri sendiri menerusi semangat toleransi. Justeru. Masing-masing pentasnya sudah ada mekanisme tersendiri yang memperkejap kekisi perpaduan sesama kaum. gemilang. buah fikiran. Oleh yang demikian. lagi terbilang agar peristiwa sejar ah hitam 13 Mei 1969 tidak akan berulang lagi. Secara kesimpulannya. Tetapi yang lebih bermakna daripada itu ialah dari segi siratannya bahawa perpaduan dalam erti kata sebenarnya terbentuk oleh keterikatan dari segi politik. semua pihak harus memainkan peranan masing masing agar matlamat kerajaan mewujudkan satu bangsa Malaysia bersatu dan berpatriotik tinggi dapat dilahirkan. hormat pandangan dan tanggapan orang lain.bersama.

mencari rezeki dan membina kehidupan di bumi bertuah ini. Adalah diharapkan bahawa usaha pemupukan dan pengukuhan perpaduan nasional akan mampu bergerak secara lebih terarah kemas dan jitu melalui inisiatif konsep 1 Malaysia. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik. Jika parti -parti ini bersifat pelbagai kaum maka sudah tentu senarai keahlian dan kepimpinan mereka akan mencerminkan fakta tersebut. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar. Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. di sinilah bumi dipijak dan di sinilah juga langit dijunjung. Jadi tidak patutlah sentimen po litik jangka pendek mewarnai cara kita berpolitik di bumi bertuah ini. Kita semua adalah rakyat Malaysia yang lahir. Datuk Seri Najib Tun Razak juga menegaskan. 1 Malaysia ini sebagai satu imperatif politik yang penting kepada perpaduan nasional. sub-etnik dan kebudayaan. Aspek utama konsep ini diwujudkan ialah untuk mengeratkan lagi hubungan masyarakat majmuk di Malaysia bagi jangka masa panjang. Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang.Disediakan Oleh : Nirmala A/P Latchumanan ( 820317-02-5518) 1 Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam.Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi. gagasan Satu Malaysia adalah konsep yang mempunyai peng isian jitu dan bukannya kenyataan retorik politik semata-mata. Adalah satu kepelikan di negara ini di mana terdapat parti-parti politik yang kononnya mendakwa mereka bersifat pelbagai kaum dan memperjuangkan konsep Malaysia untuk orang Malaysia tet api pada hakikatnya adalah jauh dari sifat kemajmukan. j adi kita sebagai generasi muda harus yakin bahawa pelaburan 15 . Kesimpulannya jika hampir keseluruhan ahli -ahli dan kepimpinan mere ka datang dari satu kaum sahaja maka lebih eloklah parti politik ini menukar status mereka kepada parti satu kaum bukannya parti pelbagai kaum.

16 .yang di buat dalam usaha memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional adalah pelaburan yang berbaloi kerana masa depan generasi yang akan dan kelangsungan negara kita bergantung kepadanya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer: Get 4 months of Scribd and The New York Times for just $1.87 per week!

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times