Muhammad Firdaus Bin Khabali ± 517 Eviden Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS

)

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1Malaysia saya tujukan kepada Guru Bahasa Melayu kelas 517 Cikgu Rafizul serta rakan-rakan seperjuangan yang diredhai Allah seklian. Bediri teguh bak huruf alif saya di sini adalah untuk menyampaikan satu syarahan berkenaan gentian optik. Sehubungan dengan itu, pada jam, minit, dan saat ini tanpa melengahkan masa, saya ingin bertanya kepada anda. Adakah anda mempunyai informasi yang berkenaan dengan gentian optik ? Sudah pasti ramai dalam kalangan kita akan menggaru kepala yang tidak gatal. Barangkali kerana anda tidak memahami istilah ini. Masyarakat Melayu ada menyatakan, tidak kenal maka tidak cinta. Karier gentian optik telah dimulakan pada tahun 1966 oleh seorang rakyat Britain bernama Charles Kao dalam tesis doktor falsafahnya yang menyentuh temtang keupayaan gentian optik dalam perhubungan jarak jauh. Lebih mengejutkan, penemuan beliau ini telah dimajukan oleh sebuah syarikat kaca iaitu American Corning Glassworks pada tahun 1970 dengan membina gentian optik daripada Titanium dan Silika. Permintaan gentian optik pada masa itu begitu tinggi sehinggakan kabel telefon dalam laut TAT-8 yang merentasi Lautan Atlantik telah dibina dan digunapakai oleh rakyat Amerika bagi bertukar-tukar maklumat dengan Britain pada tahun 1988. Teknologi gentian optik yang ada pada hari ini tidak akan wujud tanpa jasa mereka. Oleh itu, kita seharusnya mengambil iktibar supaya rakyat Malaysia mampu membangunkan lebih banyak teknologi yang masih belum diteroka seperti menjana elektrik dari jalan raya. Semetelahan itu, gentian optik mempunyai kadar penyerapan cahaya yang rendah lantas membolehkan sesuatu maklumat dihantar melalui isyarat inframerah. Tambahan pula, sifat gentian optik yang mampu memerangkap cahaya dan menghasilkan suatu jenis pantulan yang lebih dikenali sebagai ³Total Internal Reflection´ memudahkan sesuatu maklumat itu dihantar dalam bentuk gelombang cahaya.

Untuk menghantar dan menerima sesuatu data, gentian optik mesti berpasangan untuk berfungsi secara maksimum seperti manusia yang juga memerlukan pasangan bagi meneruskan hidup. Penghantaran dan penerimaan data melalui gentian optik terdiri daripada dua cara iaitu menerusi aliran gelombang tunggal dan gelombang pelbagai. Aliran gelombang tunggal lebih baik kerana ia dapat mengekalkan kelajuan,amplitud serta lamda sesebuah gelombang berbanding dengan aliran pelbagai. Hal ini kerana, dalam aliran gelombang pelbagai, banyak gelombang dipancarkan pada waktu yang sama dan ia akan menyebabkan satu fenomena yang dinamakan´Fibre Fuse´. Mod aliran tunggal mampu memindahkan data sebanyak 40 Gigabait sesaat hingga 1 Terabait sesaat. Hal ini membuktikan kehebatannya. Belakangan ini dapat kita lihat syarikat Telekom Malaysia Berhad yang melancarkan jalur lebar Unifi yang berasaskan gentian optik menyediakan perkhidmatan internet pada kelajuan 20 Gigabait sesaat seperti yang kita lihat dalam iklan pada kaca televisyen. Beberapa kelebihan gentian optik termasuklah sangat ringan dan merupakan konduktor cahaya yang baik. Oleh sebab itu, maklumat-maklumat yang dihantar melaluinya tahan akan gangguan elektromagnetik dan radioaktif. Tambahan pula, gentian optik selamat digunakan kerana ia tidak mampu mengalirkan arus elektrik yang berbahaya sekiranya berlaku sebarang kemalangan. Gentian optik menghantar isyarat inframerah yang lemah dan selamat jika dibandingkan dengan isyarat gelombang mikro yang mungkin menyebabkan sel-sel tisu manusia µmasak¶ jika terdedah terlalu lama. Seperti bahan-bahan yang umum, gentian optik mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Gentian optik sukar dibaiki dan perlu diganti dengan yang baharu jika berlaku kerosakan. Hal ini menyukarkan perhubungan dalam keadaan darurat di samping kos penyelenggaraan yang tinggi. Gentian optik juga memerlukan kemahiran yang tinggi bagi memasangnya. Gentian optik memerlukan sebuah fius khas bagi tujuan keselamatan dan bertujuan supaya langkah penyelengaraan awal dapat diaksanakan. Justeru, dapat saya simpulkan bahawa teknologi gentian optik ini begitu seiring dengan kemajuan sains dan teknologi di Malaysia.Visi ini perlu ditingkatkan lagi bagi mempopularkan idea-idea baharu yang mungkin dapat menggantikan teknologi gentian optik dalam zaman ini. Oleh itu, marilah kita sama-sama memajukan nusa dan bangsa kita dengan peradaban sains dan teknologi. Sekian. Terima Kasih.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful