FATIN NATRAH BT MOHD SALLEH

PISMP PK4 JAN 2010

Kepentingan Permainan Tradisional Kepada Sosioemosi, Intelek Dan Fizikal Kanak-Kanak (Galah Panjang)

Menurut Kamus Dewan, permainan tradisional merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Permainan tradisional bukan hanya dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga oleh golongan dewasa. Ia merupakan aktiviti yang dimainkan ketika waktu lapang disamping ia turut dipertandingkan sebagai aktiviti yang menyeronokkan. Permainan ini boleh dimainkan daripada seluruh peringkat umur tidak kira daripada kanak-kanak sehinggalah kepada golongan dewasa. Di sini kita ingin lihat akan kepentingan permainan tradisional kanak-kanak. iaitu galah panjang kepada sosioemosi, intelek dan fizikal

Dari aspek sosioemosi, permainan ini dapat membina sosialisasi kanak-kanak tersebut. Ini kerana biasanya permainan ini akan dimainkan secara berkumpulan.

Secara tidak langsung disini kanak-kanak tersebut dapat bergaul dengan masayarakat disekitarnya terutama yang sebaya dengannya. Permainan ini memerlukan kerjasama antara ahli kumpulan untuk memenangi pelawanan secara tidak langsung kanak-kanak ini dapat terdidik untuk bekerja dalam kumpulan serta memupuk sikap toleransi. Semasa bermain galah panjang, kanak-kanak akan melepaskan emosinya. Mereka akan berteriak, tertawa, dan bergerak. Kegiatan seperti ini boleh digunakan sebagai terapi untuk kanak-kanak melepaskan emosi mereka dan mereka berasa gembira

permaian ini memerlukan strategi serta kepantasan pergerakan.Seterusnya dari aspek fizikal. Dengan melibatkan diri dalam permainan ini. Permainan galah panjang ini dapat mengembangkan kecerdasan intelektual mereka. jika dikaji penggunaan masa yang banyak untuk permainan cyber ini adalah sesuatu yang tidak bagus untuk kesihatan mereka amnya. . Ini kerana dewasa ini kanak-kanak sudah terdedah dengan permainan computer. Akhir sekali dari aspek intelektual. Permainan galah panjang ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti untuk memansakan badan dan membina pergerakan otot kasar mereka. Hal ini kerana mereka perlu memikirkan strategi yang sesuai untuk menang disamping mereka diberikan pengetahuan tentang cara-cara untuk bermain. kanak-kanak dapat membina gaya hidup yang sihat serta mendorong kepada kehidupan yang lebih harmonis.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful