You are on page 1of 6

Pemarkahan Karangan

Konsep Pemarkahan

Soalan esei memerlukan pelajar memberikan pandangan dan


mengolah jawapan. Pelajar dikehendaki mengemukakan idea dan
fakta bagi menyokong jawapan mereka dalam konteks yang relevan
dengan soalan. Oleh itu, tidak terdapat hanya satu jawapan yang
tepat dan memenuhi keperluan soalan. Kesesuaian soalan
bergantung kepada bagaimana pelajar mengolah jawapan dengan
sokongan fakta-fakta. Dengan itu, pemeriksa perlu memastikan
bahawa keobjektifan dan kesahan jawapan diberi perhatian yang
teliti. Konsep ini mengandungi beberapa kriteria dan kaedah yang
perlu diambil perhatian.

Secara umumnya terdapat 2 cara pemarkahan karangan dibuat:

1. Holistik - pemarkahan secara umum, tanpa memberi perhatian


kepada aspek khusus penulisan karangan seperti isi, tatabahasa,
gaya dan lain-lain. Cara ini lebih sesuai digunakan untuk menilai
penulisan pelajar di pusat pengajian tinggi kerana pelajar di IPT
sepatutnya sudah menguasai kemahiran menulis. Kesilapan
bahasa adalah minimum.
Pemarkahan Analitik  
-          markah diberi pada
peringkat-peringkat tertentu
-          markah mengikut point
jawapan
-          setiap point ditentukan
pemberatan markah
-          peraturan
menolak/pemberian markah
maksimum

Pemarkahan Holistik
-          melihat mutu jawapan
secara keseluruhan
-          memberi perhatian kepada
perkara yang boleh
dipertimbangkan
-          menentukan tahap
pencapaian keseluruhan
 

2. Analisis- permarkahan yang menilai aspek kemahiran menulis


seseorang dengan melihat secara terperinci aspek-aspek
tertentu. Kaedah ini seharusnya dipraktikkan oleh guru Bahasa
Melayu di sekolah menengah. permarkahan seperti ini penting
kerana memberi maklum balas kepada pelajar tentang kualiti
penulisan mereka dan aspek kelemahan mereka dalam penulisan
karangan

Kaedah Pemarkahan
Pada umumnya, terdapat dua kaedah pemarkahan jawapan esei
yang boleh digunakan sama ada secara berasingan atau secara
gabungan oleh pemeriksa. Kaedah permarkahan tersebut ialah
kaedah analitik dan kaedah holistik (atau global).

Kaedah Pemarkahan Analitik

Kaedah analitik dikenal juga sebagai kaedah markah poin kerana


kaedah ini memerlukan skema pemarkahan yang terperinci dan
setiap unit jawapan diberi perhatian dan pemberatan. Dalam kaedah
ini, markah diperuntukkan kepada unsur-unsur penting mengikut
pemberatannya. Unsur-unsur penting yang merangkum kriteria
kandungan, pengolahan, dan proses itu dikesan dan dimarkahi
secara berasingan. lni bermakna bahawa jika unsur-unsur tiga
kriteria tersebut banyak terdapat dalam jawapan calon, maka
tinggilah markah yang akan diberikan kepadanya. Pemarkahan
analitik memberikan perhatian bukan sahaja kepada unsur isi atau
idea utama tetapi juga kepada organisasi dan kebersepaduan unsur-
unsur berkenaan.

Kaedah analitik sering digunakan dalam peperiksaan awam, khasnya


bagi soalan yang memerlukan jawapan yang terperinci, seragam, dan
berstruktur. Skala pemarkahan yang digunakan ialah skala interval.
Skema pemarkahan yang dihuraikan secara terperinci memudahkan
pemeriksa untuk memberikan markah dengan tepat. Oleh itu
keobjektifan pemarkahan serta kebolehpercayaan dapat ditingkatkan.

Contoh Kaedah Pemarkahan Analitik

Nyatakan tiga jenis pencemaran. Cadangkan langkah yang boleh


diambil untuk mengatasai masalah tersebut.

Skema pemarkahan

Kriteria kandungan

a) Pencemaran air, udara dan bunyi.

(1 markah x 3 fakta = 3 markah)

Kriteria pengolahan

b) Punca pencemaran air.

Punca pencemaran bunyi.

Punca pencemaran udara.

(3 x 2 markah = 6markah)

Kriteria proses
c) Keaslian cadangan yang dikemukakan.

(2 x 3 markah = 6 markah)

Kekuatan Kaedah Analitik

a) Skema pemarkahan yang terperinci memudahkan pemberian


markah dengan tepat terutama apabila terdapat lebih daripada
seorang pemeriksa.

b) Memberikan gambaran yang jelas tentang asas taburan


markah, oleh sebab itu cara ini dapat menjelaskan mengapa
pencapaian calon tinggi atau rendah.

e) Pemarkahan lebih objektif. Ketekalan dapat dikekalkan


sekiranya pemeriksa menjalankan tugas dengan teliti.

Kelemahan Kaedah Analitik

a) Masa yang agak lama diperlukan untuk memeriksa setiap skrip


jawapan.

You might also like