Pendidikan Inklusif

Konsep Pendidikan Inklusif 1. Perkataan inklusif berasal daripada Bahasa Inggeris inclusive yang membawa maksud termasuk atau merangkumi semua. 2. Ia boleh diertikan sebagai pendidikan umum, iaitu setiap orang individu, sama ada normal, pintar-cerdas atau cacat, adalah berhak diberi peluang pendidikan umum. Ini adalah termaktub dalam Dasar Pendidikan Negara dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang berbunyi : Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 3. Pendidikan Inklusif merupakan peluang pendidikan umum yang diberikan kepada semua kanak-kanak Malaysia, termasuk kanak-kanak cacat. Di bawah program Pendidikan Inklusif ini, kanak-kanak cacat khasnya, yang mempunyai potensi belajar, adalah ditempatkan dalam kelas biasa di bawah bimbingan seorang guru resos (guru terlatih khas) yang berkerjasama dengan guruguru biasa. 4. Bagi kanak-kanak cacat yang tidak dapat mengikuti kurikulum biasa pada peringkat permulaan, mereka akan ditempatkan di dalam Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP). 5. Pelajar-pelajar cacat ini mengikuti satu program pendidikan khas yang dirancangkan berdasarkan kebolehan mereka. Selain daripada pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris, mereka pula diajarkan kemahiran manipulatif seperti berkebun, membasuh, menggosok dan memasak. Konsep

Pendidikan Khas
1. Secara amnya, Pendidikan Khas ialah program pendidikan dirancang khusus untuk kanak-kanak istimewa, iaitu
kanak-kanak cacat dan juga kanak-kanak pintar-cerdas.

2. Secara khususnya, Pendidikan Khas merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi,
kaedah dan teknik mengajar, untuk Kanak-kanak-Kanak-kanak bukan normal tetapi luar biasa kerana sebab mereka tidak akan sanggup dapat faedah dan pencapaian yang sepatutnya daripada program sekolah biasa.

3. Mengikut Dr. Chua Tee Tee (1982), pendidikan khas ini adalah satu program pendidikan dirancangkan
khas untuk kanak-kanak istimewa, atau luar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Mereka tidak akan dapat mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak berupaya mendapat faedah sepenuhnya daripada program pendidikan sekolah biasa.

4. Kanak-kanak istimewa yang memerlukan pendidikan khas boleh digolongkan dalam 7 kategori seperti
berikut: i. ii. iii. iv. Kanak-kanak kerencatan akal (mentally retarded) Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (learning diasbilities) Kanak-kanak kecelaruan tingkah laku (behavioral disorders) Kanak-kanak cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi

vi. dan seterusnya menjadi rakyat yang berguna. iii. Melatih tenaga pengajar untuk melaksanakan program pendidikan khas dengan berkesan. vii. i. Melalui Bimbingan dan Kaunseling untuk pihak yang berkenaan agar mengikis pandangan atau sikap negatif terhadap ketidakupayaan kanak-kanak cacat menjalankan aktiviti pembelajaran di sekolah. Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi kanak-kanak cacat dengan tujuan meningkatkan konsep kendiri dan membantu mereka menyesuaikan diri dalam persekitaran hidup yang sebenar. 6. v. Untuk mencapai tujuan tersebut. . misalnya sekolah kanak-kanak buta dan sekolah kanak-kanak bisu dan pekak. program pendidikan khas adalah dilaksanakan mengikut dua model berikut: I. ii.... berupaya memberi sumbangan dan perkhidmatan kepada negara. Program pendidikan khas dilaksanakan dalam institusi khas. viii. berdisiplin dan terlatih.. Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk ibu bapa yang mempunyai kanakkanak cacat supaya mereka dapat bekerjasama dengan pihak sekolah. II. Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengisytiharkan Falsafah Pendidikan Khas yang berbunyi : "Falsafah Pendidikan Khas ialah untuk menyediakan peluang yang sama kepada kanak-kanak khas seperti yang diberi kepada kanak-kanak biasa untuk perkembangan psikososial yang seimbang. Bekerjasama dengan agensi persendirian atau pertubuhan sukarela untuk membantu mereka dari segi kewangan atau latihan untuk orang cacat. Di Malaysia. mental atau emosi kanak-kanak cacat." 7. iv. 8. Falsafah ini diselaraskan dengan objektif untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat.v. Kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat istimewa 5.. Program pendidikan khas diintegrasikan dengan program pendidikan biasa dalam institusi pendidikan yang sama. dan. Menyediakan kemudahan perubatan dan penyelidikan untuk merawat atau memulihkan kecacatan fizikal. Melatih kanak-kanak cacat dengan kemahiran dan vokasional yang membolehkan mereka menjadi warganegara yang berguna. demi mempertingkatkan peluang menjayakan program pendidikan khas dan mencapai tujuannya dengan berkesan. Berlandaskan kepada kenyataan di atas. vi. Program Pendidikan Khas ini akan dapat mengembangkan potensi mereka secara optimum. Menyediakan peluang persekolahan dengan membina sekolah-sekolah khas dan kelas khas bermasalah pembelajaran untuk Kanak-kanak-Kanak-kanak cacat. untuk memastikan bahawa sistem pendidikan itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu. Kementerian Pendidikan telah menentukan lapan strategi berikut supaya melaksanakan program pendidikan khas bagi kanak-kanak istimewa di negara kita. Kanak-kanak cacat penglihatan Kanak-kanak cacat fizikal (psikomotor atau neurosis) vii.

Kanak-kanak cacat yang mempunyai darjah kecerdasan di bawah 35 merupakan kecacatan mental yang amat buruk. dan tidak berupaya belajar lebih dari satu kemahiran secara serentak ataupun konsep yang abstrak. v. ii. Ciri-ciri kanak-kanak ini boleh diperhatikan seperti berikut: y Kanak-kanak golongan ini boleh dilatih untuk mengurus hal peribadi diri sendiri. memakan. Kanak-kanak kerencatan akal adalah kanak-kanak yang mempunyai Darjah Kercedasan (Intelligent Quotient. warisan baka keluarga. Kanak-kanak ini hanya boleh membaca atau memahami konsep matematik secara formal apabila umur mereka mencapai di antara 9 hingga 12 tahun. Mereka hanya boleh dilatih mengurus hal peribadi seperti memakai pakaian. Mereka boleh dididik dan dilatih di sekolah. Mereka belajar lambat. dan cepat lupa apa yang baru dipelajari. memakai baju dan aktiviti-aktiviti harian yang lain. tetapi berjaya dalam ujian yang . IQ)di antara 35 hingga 85. Ingatan mereka tidak kekal. dengan mengaitkan umur akal kanak-kanak kepada umur masanya. memakan.Jenis Kanak-Kanak Istimewa 1. Kanak-kanak cacat yang mempunyai darjah kecerdasan antara 50-70 merupakan kadar kecacatannya ringan atau sederhana. Mereka sukar dididik kerana kekurangan kemahiran untuk belajar apa mata pelajaran pun di sekolah. Dalam kes ini. membuang air dan sebagainya. Mengikut Terman. membersihkan badan. menjaga kebersihan diri. Mengenal Pasti Kanak-Kanak Kerencatan Akal Gunakan Ujian Mengukur Darjah Kecerdasan yang disarankan oleh Binat dan Terman. membuang air dan sebagainya. Kanak-Kanak Kerencatan Akal (Mentally Retarded) i. seperti memakai baju. iii. kekurangan zat makanan atau gangguan hormon dan sebagainya. Mereka tidak boleh mengikuti pelajaran di sekolah biasa. dan perlukan banyak aktiviti pengukuhan untuk mengekalkan kemahiran. iv. Taraf pencapaian akademik bagi kanak-kanak ini adalah di antara setengah hingga tigaperempat daripada taraf pencapaian murid-murid biasa. sehingga mereka mencapai umur 16 tahun. Ciri-ciri mereka dapat diperlihatkan seperti berikut: ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ Kanak-kanak ini boleh mengikuti pelajaran hingga Darjah 4. Mereka kurang keupayaan untuk berdikari dan memerlukan penjagaan yang rapi. seperti memakan. Kanak-kanak yang mempunyai darjah kecedasan di antara 35-49 biasanya menghadapi masalah menjaga diri sendiri. kanak-kanak tersebut mempunyai kebolehan akal yang normal mengikut umurnya. seorang kanak-kanak yang berumur genap sepuluh tahun boleh menjayakan sesuatu ujian yang dijangkakan. kecederaan. boleh disempurnakan oleh kanak-kanak normal yang juga berumur 10 tahun. Sukar bagi mereka belajar konsep yang abstrak. Mereka memerlukan bantuan orang normal untuk menolong mereka. Jika umur kanak-kanak kurang10 tahun. Kanak-kanak cacat ini adalah digolongkan dalam kumpulan murid yang belajar lambat (slow learners). maka umur akal adalah sama dengan umur masanya. Kanak-kanak dalam kategori ini biasanya menghadapi kerosakan sistem saraf akibat masalah kelahiran. Mereka hanya boleh belajar satu kemahiran asas dalam satu tempoh masa sahaja. y Kanak-kanak ini tidak berupaya belajar kecuali dengan cara menghafal.

Defmisi ini adalah diturunkan seperti berikut: " Kanak-kan ak bermasalah pembel ajaran adalah dimanifestikan daripada salah satu atau beberapa proses psikologikal yang melibatkan gangguan tatatertib dalam kefahaman dan penggunaan bahasa lisan atau tulisan. (e) Sentiasa menjauhkan diri daripada rakan-rakan sedarjah atau guru. atau aktiviti psikomotor. persepsi kognitif. kanak-kanak kerencatan akal juga boleh dikenal pasti melalui pemerhatian atau ujian saringan. Definisi untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang diterima umum adalah definisi digariskan oleh Jawatankuasa Penasihat Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak Cacat pada tahun 1986. dan kecederaan ringan otaknya. tabiat malas berusaha. sifat introvert." ii. pemikiran. iii. Selain daripada Ujian Mengukur Darjah Kecerdasan. mengeja ataupun mengira. membaca. asphyxia. tetapi memerlukan kaedah mengajar khas untuk membantu mereka belajar. 2. (c) Kaedah mengajar khas ini bukan digunakan terutamanya untuk mengajar kanak-kanak yang tidak berpeluang belajar. pertuturan. Keadaan kanak-kanak bermasalah pembelajaran khusus dirujuk sebagai halangan psikologikal atau neurologikal terhadap gerakbalas bahasa.setaraf dengan kanak-kanak berumur 10 tahun. motivasi rendah. maka dia mempunyai kebolehan akal lebih rendah daripada kanakkanak yang berumur sama dengannya. kekurangan minat dan kecederungan dalam kanak-kanak ataupun sering sakit. (b) Lemah pencapaian dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa. (f) Hanya berupaya memberi perhatian atau tumpuan singkat terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. kanak-kanak bermasalah pembelajaran dapat dikenal pasti dengan ciri-ciri yang dirumuskan berikut: (a) Pencapaian akademik keseluruhannya tidak sampai tahap memuaskan. Halangan ini dapat dihuraikan daripada kriteria-kriteria berikut: (a) Percanggahan di antara tingkah laku yang spesifik dengan kebolehan atau pencapaian kanakkanak bermasalah pembelajaran. maka kanak-kanak itu dikatakan mempunyai kebolehan akal lebih tinggi daripada kanak-kanak berumur sama dengannya. Golongan kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini biasanya mempunyai konsep kendiri negatif. Keadaan gangguan tatatertib tersebut dapat diperlihatkan daripada proses mengingat semula peristiwa lama. Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran (Learning Diabilities) i. Jika umur kanakkanak itu ialah lebih 10 tahun. . (d) Tidak menunjuk minat dalam pelajaran. Ini juga termasuk keadaan-keadaan yang dirujuk sebagai handikap persepsi. (c) Sering mengantuk dalam kelas. sama ada lisan atau tulisan. (b) Mereka tidak berupaya mengikuti pelajaran dalam kelas biasa. dyslexia. Mengenal Pasti Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran : Satu Rumusan Berdasarkan huraian-huraian di atas.

Kanak-kanak kecelaruan tingkah laku boleh dikenal pasti dengan ciri-ciri berikut: (a) Bersifat hiperaktif. kanak-kanak empat kategori seperti berikut: kecelaruan tingkah laku boleh diklasifikasikan kepada (a) Tingkah laku terbias. tetapi boleh mencapai peringkat lulus dalam Bahasa. (d) Suka membohong dan sentiasa berkhayal. 3. dan mudah tersinggung. (d) Tingkah laku antisosial : Kanak-kanak sering bertindak liar dan kerap menimbulkan masalah disiplin sekolah seperti memeras. (l) Masalahnya tidak dipedulikan atau tidak dapat dibantu mengatasinya oleh anggota keluarga. ponteng kelas dan ponteng sekolah. (b) Menunjukkan sifat penarik diri dan sering memencilkan diri daripada kumpulan sebaya. . kurang bertimbang rasa dan suka menyerang orang. (c) Bersifat pemalu dan pendiam. Mereka mungkin menghadapi masalah dalam matematik. sering berkhayal dan tidak mengendahkan nilai kendiri sendiri. (b) Sifat pengongkongan dalaman : Kanak-kanak yang bersifat pemalu. sensitif. hiperkinetik dan hiperagresif. (j) Bersifat pediam dan tidak berani bertanya. mencuri. atau tidak membuat kerja rumah langsung. Mereka sering melakukan tindakan di luar dugaan. Kanak-kanakgolongan ini adalah hiperaktifalau hiperkinetik. (h) Ingatan lemah. pasif.(g) Sering meniru atau menyalin kerja rumah rakan sedarjah. dan dapat prestasi baik dalam Senilukis. (o) Mereka bukan kanak-kanak lembam yang gagal sama sekali di sekolah.: Mempunyai tingkah laku yang menentang autoriti. (n) Tidak menghargai sahsiah diri sendiri. pendiam. Mereka tidak berminat belajar. (c) Tingkah laku ketidakmatangan : Kanak-kanak yang kurang berupaya menumpukan perhatian dalam pelajaran. (e) Suka mencuri barang orang lain. ii. (i) Bersifat pemalu dan introvert. (i) Tidak berminat belajar dan sering ponteng sekolah. mengugut. tidak suka berkawan. Secara am. (h) Suka menentang autoriti dan sering melanggar peraturan sekolah. (k) Sering ponteng sekolah. (m) Mempunyai konsep kendiri rendah. mudah lupa. (g) Mempunyai nilai kendiri yang amat negatif. tidak mematuhi peraturan atau undang-undang. (f) Mudah kehilangan akal dan perasaannya amat sensitif. Kanak-kanak Kecelaruan Tingkah Laku (Behavorial Disorders) i. Kemahiran Manipulatif atau mata pelajaran yang lain.

(b) Sering membawa buku dekat matanya untuk membaca. Kanak-kanak cacat penglihatan boleh dikenal pasti dengan ciri-ciri berikut: (a) Kesukaran membaca tulisan dan ilustrasi dalam buku serta dipapan kapur. iaitu kanak-kanak cacat pendengaran pretutur (prelingual) dan kanak-kanak cacat pendengaran postutur (postlinguaf). yang biasanya berlaku selepas telah mempunyai pengalaman bercakap.4. berbanding dengan kanak-kanak penglihatan normal yang mempunyai kadar kecekapan penglihatan 20/20. 5. (h) Sering cuba mengelakkan daripada menjawab soalan lisan orang lain kerana kurang pasti tepat apa yang disoal. (c) Sering mengesat matanya. (f) Persepsinya kurang tepat kerana tidak boleh mendengar sesuatu dengan jelas dan tepat. katarak. (i) Mencondong mukanya ke depan untuk mendengar jelas kata orang. manakala kanak-kanak cacat pendengaran postutur adalah cacat pendengaran separa atau sepenuhnya. (e) Kurang berupaya menggunakan perkataan-perkataan tepat untuk menerangkan atau menyatakan sesuatu perkara atau idea. kekurangan zat makanan ataupun kerosakan saraf optik atau menghidap penyakit seperti hypermetropia. (b) Terlalu pasif dan tidak suka bergaul dengan rakan-rakan sebaya. saraf pendengaran ataupun warisan baka. Kanak-kanak cacat penglihatan tentunya akan menghadapi masalah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (d) Matanya kelihatan kemerah-merahan. terpesong sedikit kedudukan mata hitamnya. (f) Sering merasa pening kepala. rabun warna. (g) Matanya amat sentitif terhadap cahaya. Di antara punca-punca cacat penglihatan ialah kesakitan mata. Kanak-kanak cacat pendengaran pretutur adalah kanak-kanak pekak dari sejak lahir. astigimatisme. rabun jauh. Punca-punca cacat pendengaran biasanya disebabkan kerosakan gegendang telinga. iaitu kanak-kanak rabun dekat. (g) Sering bergantung membaca pergerakan bibir orang untuk memahami maksud kata. Kanak-Kanak Cacat Penglihatan Kanak-kanak cacat penglihatan adalah kanak-kanak buta atau mempunyai kadar kecekapan penglihatan di antara 20/200 hingga 20/70 selepas pembetulan. Kanak-kanak cacat pendengaran boleh dikenal pasti dengan ciri-ciri berikut: (a) Bersifat pendiam. rabun malam. khasnya dalam proses persepsi dan penangkapan konsep dengan tepat. glaukoma dan juling. sering tersekat-sekat atau berulang-ulang. pemalu dan tidak suka bertanya. Kecacatan penglihatan merupakan kecacatan deria yang buruk sekali. Kanak-kanak cacat pendengaran biasanya digolongkan dalam dua kumpulan. (e) Matanya juling. (d) Menghadapi masalah memahami kata orang lain. Kanak-Kanak Cacat Pendengaran Dan Bermasalah Komunikasi Kanak-kanak cacat pendengaran sering menghadapi masalah komunikasi dan sukar memperajari sebutan perkataan-perkataan dengan jelas dan tepat. Kanak-kanak cacat penglihatan boleh digolongkan dalam beberapa jenis. dyslexia dan sebagainya. myopia. (c) Pertuturan mereka kurang lancar. .

kraftangan. drama. sukan. muzik.(h) Tidak dapat membaca dalam tempoh lama. Kecacatan ortopedik mempengaruhi fungsi tulang sendi atau otot. (i) Kerap menulis perkataan-perkataan dengan ejaan lama. (e) Cekap menyesuaikan diri dari segi sosial (f) Boleh bervisi j auh. (g) Mempunyai bakat memimpin. Mereka biasanya digolongkan dalam tiga kategori. menyebabkan pergerakan leher. . (b) Memperolehi kebolehan intelek am. Pergerakan anggota-anggota badan yang kurang cekap atau lancar adalah ciri yang jelas diperlihatkan bagi kanak-kanak cacat fizikal. (b) Kanak-kanak yang mempunyai bakat mencipta. (c) Kanak-kanak yang berbakat khas dalam senilukis. Menurut Dr. (d) Berbakat dalam satu atau lebih kesenian. penulisan dan sebagainya. tangan atau kakinya hingga menjadi lemah dan kurang berdaya. 7. iaitu: (a) Kanak-kanak yang mempunyai intelek yang tinggi. Dr. Chua Tee Tee. pinggang. Kanak-Kanak Pintar-Cerdas Dan Berbakat Secara am. dan sebagainya. pemikiran logik atau kemahiran bertutur. 6. pelajar pintar-cerdas ialah kanak-kanak yang menunjukkan potensi atau kebolehannya dengan cemerlang dalam aktiviti intelek seperti pemikiran abstrak. Kanak-Kanak Cacat Fizikal Kanak-kanak cacat fizikal ialah kanak-kanak yang mempunyai kecacatan ortopedik atau anggotanya. muzik dan pendidikan jasmani. Chua juga mengenal pasti tujuh ciri pelajar pintar. Kecacatan fizikal ini akan menjejaskan pencapaian akademik mereka. Mereka juga mempunyai daya ingatan yang tinggi serta berbakat mencipta atau berbakat khas dalam senilukis. penulisan. (c) Memiliki kebolehan akademik khusus. kemahiran kemanipulatif. muzik. misalnya mata pelajaran senilukis. Punca-punca utama kanak-kanak kecacatan fizikal ialah kekurangan zat makanan atau kecederaan disebabkan kemalangan. khasnya dalam pelajaran yang bergantung kepada kecekapan anggota-anggota badan. kanak-kanak pintar-cerdas atau berbakat rrierujuk kepada kanak-kanak yang ada Darjah Kecerdasan melebihi 120. drama.cerdas: (a) Mempunyai keupayaan berfikiran kreatif.

Mempunyai sifat lucu dan sering nampak riang. ‡ Sikap acuh tak acuh terhadap kerja yang diberikan oleh guru. jelas dan tepat. menginferensi dan melapor. tulisan kurang kemas atau silap mengira kerana kekurangan kesabarannya. Berupaya membuat generalisasi. Memperolehi perbendaharaan kata yang banyak dengan ditonjolkan dalam pemikiran dan pendapatnya. Menguasai kemahiran pemikiran kognitif dengan cekap. Dapat mengukuhkan dan mengekalkan dalam ingatan apa yang dipelajari tanpa banyak latihan berulang-ulangan. Suka berkawan dengan kanak-kanak dan orang dewasa yang lebih matang daripada kanak-kanak sebaya. Mengetahui dan menaruh minat terhadap banyak perkara dan peristiwa di mana kanak-kanak biasa tidak pernah menyedarinya. mengumpul. serta berupaya memahaminya dengan cepat. Mempunyai sifat ingin tahu yang amat kuat dan ketara. Mempunyai keinginan yang kuat untuk menunjukkan kehebatannya. menjadual. mengelasifikasi. Suka membaca bahan-bahan di paras kematangan. (b) Ciri-ciri aspeks negatif ‡ Hiperaktif dan tidak boleh berdiam diri. Mempunyai potensi kreativiti dan sensitiviti. Menunjukkan motivisi yang kuat. Ciri-ciri spesifik kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat Ciri-ciri spesifik yang dimanifestikan oleh kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat boleh ditinjau daripada dua aspeks. iaitu : (a) Ciri-ciri aspeks positif y ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ Boleh belajar dengan mudah dan cepat. Berminat terhadap asal-usul manusia dan alam persekitarannya. mempersepsi perkaitan. Mempunyai perasaan afektif yang tinggi. Menunjukkan minat terhadap rekaan dan ciptaan yang canggih. ‡ Si lap dalam ejaan. tidak boleh menumpukan perhatian dan sering menggangu rakan-rakan di sekelilingnya. Cekap menyiasat.Mengenal Pasti Kanak-Kanak Pintar-Cerdas Dan Berbakat Kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat boleh dikenal pasti berdasarkan ciri-ciri am dan ciri-ciri spesiflk seperti yang dihuraikan berikut: 1. . 2. Ciri-ciri am kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ Mempunyai kemahiran kognitif yang tinggi. dan membuat assosiasi secara logis. Menunjukkan sifat ingin tahu terhadap bidang dan skop yang mendalam dengan kerap kali bertanya serta membaca.

meluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman mereka. 3. Mengenal Pasti Kanak-Kanak Istimewa Melalui Ujian Saringan (Screening Test) 1. kanak-kanak istimewa juga boleh dikenal pasti melalui pemerhatian atau ujian saringan. pada masa yang lalu. ujian saringan untuk mengenal pasti kanak-kanak istimewa adalah disediakan khas untuk menentukan peringkat percapaian dalam mata pelajaran Bahasa dan Matematik sahaja. dengan mengaitkan umur akal kanak-kanak kepada umur masanya. iaitu kuasa penglihatan. Cara yang sah dan boleh dipercayai ialah penggunaan Ujian Kecerdasan (Intelligent Test). 2. ujian saringan ini juga mengukur tahap pengamatan kanak-kanak. 5. kita boleh gunakan Ujian Mengukur Darjah Kecerdasan yang disarankan oleh Binet dan Terman. menggunakan masa lapang mengikut minat dan bakat mereka. 6. menjalani kegiatan-kegiatan pembelajaran yang lebih mencabar. Kanak-kanak istimewa boleh dikenal pasti dengan cara memerhati ciri-ciri tingkah laku mereka. Mengenal Pasti Kanak-Kanak Istimewa Melalui Ujian Kecerdasan Untuk mengenal pasti kanak-kanak istimewa. meminati dan menguasai bacaan luas dengan merujuk kepada pelbagai bahan dan sumber maklumat. kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat adalah diberikan peluang menyertai aktiviti pengayaan semasa aktiviti kumpulan dalam kelas biasa. cara pemerhatian ini adalah kurang objektif dan kurang jitu. Bagaimanapun. Lazimnya. 2. memupuk minat untuk belajar sendiri.Tetapi. dan memajukan kualiti kepimpinan. Di Malaysia. selaras dengan objektif-objektif Pendidikan Khas untuk kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat yang disenaraikan berikut oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 1982 : 1. pendengaran dan psikomotor. melahir atau mengembangkan daya cipta atau kreativiti. 7. 4.‡ Suka mencari kelemahan dan mengkritik secara terbuka rakan-rakan dan guru-gurunya. . Selain daripada Ujian Mengukur Darjah Kecerdasan.

W. R. Baca ayat dan buat mengikut maksud ayat: (a) Saya buka buku. Sebut perkataan-perkataan ini : saya. z. rumah. (c) Saya berdiri atas kerusi. Isikan hurufdi tempat kosong : a b c k a e f k a . c. m. f. 5.Sebahagian Contoh Ujian Saringan Bagi Bahasa Melayu 1. (b) Saya tutup pintu. 1. C. kawan. 2. N. 3. x. Baca huruf-huruf ini : A. adik. emak. K. (d) Saya menulis di papan kapur. Baca huruf-huruf ini : a. Y. T. 4.

.

adalah ditempatkan dalam kelas biasa mengikut umur seperti kanak-kanak normal. guru biasanya gunakan kaedah kumpulan untuk menguruskan aktiviti pemulihan bagi kanak-kanak lambat (slow learners) kerana kecacatan bidang tertentu. . dan menguruskan aktiviti pengayaan bagi kanakkanak pintar-cerdas. berusaha bersama-sama menyediakan inventori untuk mengenal pasti kanak-kanak istimewa. kaedah dan teknik mengajar. merancang program pengajaran. 3. kanak-kanak istimewa pula terpaksa mengikuti pendidikan kurikulum biasa bersama dengan kanakkanak normal. 2. menyediakan alat-alat bantu mengajar. sama ada cacat atau pintar-cerdas. Bagi sekolah yang belum sempat melaksanakan program Pendidikan Khas. Bagi sekolah yang dapat peluang melaksanakan program Pendidikan Khas kerana diperuntukkan guru pendidikan khas atau guru resos serta kemudahan-kemudahan yang sesuai dan lengkap. Dalam keadaan ini.Peranan Guru Resos Dan Guru Biasa : Pengajaran Kanak-Kanak Istimewa Secara Kolaboratif Dan Koperatif 1. Ini bermakna guru biasa hendaklah juga mengajar mereka bersama dengan kanak-kanak normal. Mengikut Program Pendidikan Inklusif. serta isi pelajaran dan penilaian. guru biasa akan bekerjasama dengan guru resos itu dengan menjalankan aktiviti pengajaran khas untuk kanak-kanak istimewa mereka. menentukan strategi. kanak-kanak istimewa. guru biasa hendaklah mengajar secara kolaboratif dan koperatif dengan guru resos. Untuk menjayakan program pendidikan khas.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful