SPA 102 PENDIDIKAN MORAL

MODUL KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

i

UNIT PENGAJIAN AM

SPA 102 PENDIDIKAN MORAL
NAMA : MUHAMMAD ZAMRI BIN HASHIM NAMA : NOR ASHIDA BINTI RODZAN
MZH/NAR/2005

(KKCP) (KKCP)

SPA 102 PENDIDIKAN MORAL

ii

BIODATA PENULIS MODUL SPA 102 PENDIDIKAN MORAL

Nama Alamat

: Muhammad Zamri bin Hashim : Kolej Komuniti Chenderoh, Peti Surat 21, Pejabat Pos Kuala Kangsar, 33007 Kuala Kangsar, Perak.

Telefon E-mail Kelulusan Pengkhususan Jawatan

: 05-7585802 : irmaz9@tm.net.my : Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan : Pengurusan Sumber Manusia : Pegawai Kaunseling / Pensyarah

Nama Alamat

: Nor Ashida binti Rodzan : Kolej Komuniti Chenderoh, Peti Surat 21, Pejabat Pos Kuala Kangsar, 33007 Kuala Kangsar, Perak.

,Telefon E-mail Kelulusan Pengkhususan Jawatan

: 05-7585802 : fadilida@yahoo.com : Sarjana Muda Senilukis dan Senireka : Seramik : Pensyarah

MZH/NAR/2005

SPA 102 PENDIDIKAN MORAL

iii

GRID KURIKULUM
Grid kurikulum modul ini berdasarkan kepada kurikulum yang sedang dijalankan di Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia.

TOPIK
PENGENALAN PENDIDIKAN MORAL DAN KONSEP-KONSEP ASAS MORAL

UNIT
1

TEORI-TEORI MORAL, PRINSIP-PRINSIP DAN PERATURAN MORAL

2

SOSIALISASI DAN PEMBENTUKAN TABIAT MORAL

3

PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT DAN NEGARA

4

KESAN KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

5

PEMBINAAN SAHSIAH DAN SOSIALISASI MASYARAKAT KONDUSIF

6

PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA

7

MZH/NAR/2005

SPA 102 PENDIDIKAN MORAL

iv

UNIT 1 :

PENGENALAN PENDIDIKAN MORAL DAN KONSEP-KONSEP ASAS MORAL 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 Pengenalan Sejarah Pendidikan Moral Kepentingan Pendidikan Moral Perbezaan antara etika dan moral Hubungkait di antara Konsep Akhlak, Kemoralan dan Agama/Kepercayaan 1.5 Konsep ‘Baik’, ‘Benar’ dan ‘Patut’.

UNIT 2 :

TEORI-TEORI MORAL, PRINSIP-PRINSIP DAN PERATURAN MORAL 2.0 2.1 2.3 2.4 Pengenalan Teori-teori Moral Prinsip Keadilan, Prinsip Autonomi dan Prinsip Altruisme Peraturan – peraturan Moral

UNIT 3 :

SOSIALISASI DAN PEMBENTUKAN TABIAT MORAL 3.0 3.1 3.2 3.3 3.3 Pengenalan Sosialisasi Norma-norma Sosial Kawalan Sosial Peranan Agen-agen Sosialisasi

UNIT 4 :

PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT DAN NEGARA 4.0 4.1 4.2 4.3 Pengenalan Peranan terhadap diri sendiri, keluarga dan warga tua Membina semangat / budaya / cara hidup kejiranan Membina budaya ikram

MZH/NAR/2005

SPA 102 PENDIDIKAN MORAL

v

UNIT 5 :

KESAN KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 5.0 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 Pengenalan Takrifan Kesan Positif Kemajuan Sains Kesan Negatif Kemajuan Sains Teknologi Maklumat Mengubah Cara Hidup Kekeluargaan Teknologi Maklumat Mengubah Etika / Nilai Masyarakat Teknologi Maklumat Mengubah Cara Berkerja dan Cara Berinteraksi

UNIT 6 :

PEMBINAAN SAHSIAH DAN SOSIALISASI MASYARAKAT KONDUSIF 6.0 6.1 6.2 6.3 Pengenalan Takrifan Pembinaan Sahsiah Masyarakat Kondusif Pembinaan Sosialisasi Masyarakat Kondusif

UNIT 7 :

PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA 7.0 7.1 7.2 7.3 7.4 7.5 7.6 Perkahwinan Takrifan Ciri-ciri Keluarga Bahagia Kebaikan Keluarga Bahagia Pembentukan Anak-anak Dalam Keluarga Peranan Anak-anak Dalam Keluarga Implikasi Keluarga Porak Peranda

MZH/NAR/2005

SPA 102 PENDIDIKAN MORAL

vi

PENYATAAN TUJUAN
Modul ini disediakan untuk kegunaan pelajar-pelajar semester 01 yang mengikuti kursus diploma / sijil di Jabatan Kejuruteraan Dan Kemahiran di Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia. Ianya bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai konsep sesuatu unit ke arah pembelajaran kendiri atau dengan bimbingan daripada pensyarah.

PRA-SYARAT KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN
Pra-syarat untuk mengikuti modul ini adalah pelajar bukan Islam yang diterima masuk ke Kolej Komuniti.

OBJEKIF AM MODUL
Di akhir modul ini, pelajar-pelajar akan dapat :Mengetahui makna istilah Pendidikan Moral dan konsep – konsep asas moral. Memahami teori-teori , prinsip-prinsip dan peraturan moral. Mengetahui makna sosialisasi dan memahami pembentukan tabiat moral. Mengaplikasikan peranan individu dalam masyarakat dan negara. Mengetahui kesan kemajuan sains dan teknologi maklumat dalam kehidupan manusia. Mengesan pembinaan sahsiah dan sosialisasi masyarakat kondusif. Membina keluarga yang bahagia.

MZH/NAR/2005

SPA 102 PENDIDIKAN MORAL

vii

PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL
1. Modul ini dibahagikan kepada 7 Unit. Setiap unit disediakan dalam jilid yang sama. 2. Mukasurat dinomborkan berdasarkan kepada KOD SUBJEK, UNIT dan HALAMAN. Contoh : SPA 102 / UNIT 1 / 5 Subjek 3. 4. Unit Halaman

Pada permulaan unit, objektif am dan khusus dinyatakan. Setiap unit mengandungi urutan aktiviti dan diberikan simbol berikut :OBJEKTIF Bahagian ini mengandungi objektif am dan khusus setiap pembelajaran.

INPUT Input mengandungi maklumat yang akan anda pelajari.

AKTIVITI Bahagian ini mengandungi proses pembelajaran secara aktif untuk menguji kefahaman anda. Anda perlu ikuti dengan teliti dan melaksanakan arahan yang diberikan.

MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI

Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalansoalan dikemukakan dalam aktiviti. FAKTA KUNCI
Isi / ringkasan penting yang berkaitan dengan input sebelum penilaian kendiri.

PENILAIAN KENDIRI Penilaian kendiri menguji kefahaman anda dalam setiap unit.

MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan dalam penilaian kendiri.

MZH/NAR/2005

SPA 102 PENDIDIKAN MORAL

viii

5. 6.

Anda perlu mengikuti unit demi unit yang disediakan. Anda boleh meneruskan unit selanjutnya setelah berjaya melalui unit sebelumnya dan yakin dengan pencapaian anda.

MZH/NAR/2005

SPA 102 PENDIDIKAN MORAL

ix

PERALATAN DAN SUMBER YANG PERLU DIGUNAKAN BERSAMA MODUL :
1. LCD 2. OHP atau projector 3. Nota edaran

RUJUKAN
1. Ghazali Darusalam, 2000. Kursus Tamadun Islam & Pendidikan Moral. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

2. Koo Kee Peng dan Tan Chee Yee, 1993. Pendidikan Moral,. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

3. N. Rajendran dan Ee Ah Meng, 1995. Pendidikan Moral (Dinamika Guru). Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

4. Robiah Kulop Hamzah. Remaja Dan Budaya. Kuala Lumpur : Institut Bahasa, Dewan Bahasa & Pustaka.

5. Udin bin Ahmad dan Mohamed Hamdan bin Abdullah. Modul Pendidikan Moral Untuk Politeknik ( A1002 ). Kementerian Pendidikan Malaysia.

6. http://rudyet.tripod.com. Meda Wahini. Keluarga sebagai Tempat Pertama Dan Utama Terjadinya Sosialisasi Pada Anak, dikunjungi 28 Februari 2005

7. http://www.islam.gov.com. Noraziti Mohamad, Jabatan Kebajikan Islam Malaysia : Hijrah Membentuk Keluarga Cemerlang, dikunjungi 28 Februari 2005

MZH/NAR/2005

SPA 102 PENDIDIKAN MORAL

x

PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENAMBAHBAIKAN MODUL DALAM P&P

1.0

PENGENALAN

Pelaksanaan modul akan membawa perubahan dari segi peranan pensyarah dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Konsep autonomi dalam P&P dan pensyarah sebagai pembimbing / fasilitator diberi penekanan.

2.0

KONSEP PENGGUNAAN MODUL DALAM PROSES P&P ADALAH SEPERTI BERIKUT:

I. Modul adalah alat bantuan mengajar (ABM) dalam bentuk nota yang berstruktur dan dinamik dan masih terdapat kelemahan. Oleh itu ianya perlu penambahbaikan dari masa ke semasa.

II. Modul adalah sebagai

ABM

yang dibekalkan dengan input, aktiviti dan

penilaian kendiri yang direka bentuk dan dirangka untuk membantu pelajar dalam proses P&P.

III. Pensyarah

boleh

menggunakan

kreativiti

sendiri

untuk

merancang

penggunaan modul dalam P&P mengikut kesesuaian topik, kebolehan pelajar dan peruntukan masa.

IV. Pensyarah tidak dibenarkan membaca terus isi kandungan modul kepada pelajar semasa sesi kuliah. Sesi kuliah adalah untuk memberi penerangan, perbincangan dan menjalankan aktiviti lain untuk mengukuhkan kefahaman pelajar.

MZH/NAR/2005

SPA 102 PENDIDIKAN MORAL

xi

V. Peranan pensyarah sudah berubah menjadi seorang fasilitator. Pelajar perlu diberitahu bahawa mereka bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran mereka. Pensyarah akan memberi galakan dan panduan untuk

melaksanakan aktiviti yang terdapat dalam modul serta menyelesaikan masalah yang timbul dalam P & P.

VI. Semasa menggunakan modul, interaksi antara pelajar perlu digalakkan melalui kerja kumpulan, perbincangan dan lain-lain.

VII. Pelajar digalakkan menjadikan penilaian kendiri sebagai asas untuk menentukan tahap pencapaian mereka. Pastikan kemajuan yang dicapai

mendapat perakuan daripada pensyarah modul.

3.0

PENAMBAHBAIKAN MODUL
I. Modul ini direka bentuk untuk pembelajaran yang berkesan mengikut kesesuaian pelajar, perubahan kurikulum, perubahan teknologi maka ianya tidak statik dan boleh dilakukan penambahbaikan dari masa ke semasa.

II.

Sekiranya terdapat kesilapan fakta atau ralat dalam modul ini adalah menjadi tanggungjawab pensyarah yang menggunakan modul ini untuk

membuat pembetulan/penambahbaikan dalam proses P & P.

III.

Pensyarah yang telah membuat penambahbaikan pada modul ini hendaklah memaklumkan kepada Penyelaras Penulisan Modul di kolej masing-masing.

IV.

Penyelaras Penulisan Modul kolej berkenaan hendaklah memaklumkan kepada kolej yang bertanggungjawab membina dan membangun modul ini

MZH/NAR/2005

SPA 102 PENDIDIKAN MORAL

xii

V.

Kolej yang bertanggungjawab membina dan membangun modul ini hendaklah melakukan penambahbaikan dan seterusnya memaklumkan kepada Pusat Modul Kolej Komuniti (PMKK), KPTM.

VI.

PMKK akan menghantar penambahbaikan dalam dalam “hardcopy” dan “softcopy” kepada semua kolej yang menggunakan modul ini.

VII.

Dengan ini proses penambaikan adalah berterusan dari masa ke semasa dan menjadi tanggungjawab bersama semua kolej yang menggunakan modul ini.

3.0

SENARIO PENGGUNAAN MODUL DALAM P&P

Secara amnya terdapat beberapa kaedah menggunakan modul dalam proses P&P. Pensyarah boleh memilih kaedah yang sesuai dengan mengambilkira keupayaan pelajar serta masa yang diperuntukkan. Sebahagian daripada kaedah ini dipersembahkan melalui empat senario pembelajaran berikut.

Walau bagaimanapun pensyarah boleh mencari kaedah-kaedah lain selain dari yang dinyatakan mengikut kreativiti masing-masing.

MZH/NAR/2005

SPA 102 PENDIDIKAN MORAL

xiii

Sebagai persediaan awal sebelum kuliah seterusnya. Pastikan semua pelajar mempunyai salinan modul, anda hanya perlu memberikan arahan seperti ini.

Minggu depan saya mahu anda semua membaca dan memahami UNIT 1. Kita akan bincang dalam kelas mengenai perkara-perkara penting mengenai topik dalam unit tersebut.

Dalam situasi seperti ini, pelajar dapat mengetahui tajuk yang akan dibincangkan pada kuliah berikutnya dan sudah boleh membuat persediaan awal.

Pensyarah boleh menggunakan isi modul sepenuhnya jika isi kandungan pada unit itu mencukupi atau memperkayakan lagi P&P dengan bahan tambahan sendiri.

MZH/NAR/2005

SPA 102 PENDIDIKAN MORAL

xiv

Dalam senario ini pensyarah menyampaikan pengajaran dengan menggunakan modul yang disediakan dan setiap pelajar mestilah mempunyai salinan sendiri. Pensyarah mengajar dengan tidak menggunakan nota sendiri.

Contoh situasi dalam kelas Semester 01, Kursus Sijil Teknologi Elektrik “Pada hari ini kita akan belajar topik yang bertajuk SOSIALISASI DAN PEMBENTUKAN TABIAT MORAL. Tajuk ini dijelaskan dalam UNIT 3, modul SPA102. Sila buka unit berkenaan.” “Dalam masa 2 jam ini, ikuti modul ini sepenuhnya dan buat semua aktiviti yang disediakan. Jika ada masalah, kita bincang bersama. Tetapi yang pentingnya anda perlu usaha sendiri terlebih dahulu. Pecahkan kepada lima kumpulan dan belajar secara berkumpulan”

Pelajar belajar dalam kumpulan di mana seorang ketua dilantik untuk menjadi pengerusi perbincangan atau mengajar rakan-rakannya. Seorang ahli dilantik sebagai kaki sibuk (devil’s advocate) yang bertanyakan soalan. Ahli yang lain membantu jika ketua kumpulan tidak mempunyai jawapan.

Semasa aktiviti, setiap ahli mencuba secara sendirian. Jika jawapan tidak diperolehi, mereka berbincang dalam kumpulan. Jika tidak dapat diselesaikan barulah dikemukakan kepada pensyarah. Tugas pensyarah ialah memastikan perbincangan secara kumpulan dilaksanakan. Sekali-sekali masuk dalam mana-mana kumpulan dan bertanya soalan untuk meninjau keupayaan pelajar.

MZH/NAR/2005

SPA 102 PENDIDIKAN MORAL

xv

Pensyarah mengajar seperti biasa menggunakan notanya sendiri tanpa berpandukan kepada modul.

Walau bagaimanapun, setiap pelajar sudah ada salinan mereka sendiri. Di akhir kuliah, pensyarah berkata kepada pelajar.

Pelajar sekalian, apa yang saya sampaikan pada hari ini terdapat dalam UNIT 7 modul kita. Jika anda tidak faham sepenuhnya apa yang saya sampaikan tadi, balik nanti ikuti unit berkenaan hingga tamat. Minggu depan kita adakan ujian untuk menilai anda!

Dalam kes ini, modul dijadikan sebagai ABM tambahan untuk pengkayaan dari apa yang disampaikan oleh pensyarah. Pelajar mempunyai dua set maklumat serta banyak contoh penyelesaian. Isi kuliah dan isi kandungan modul saling membantu kefahaman pelajar.

MZH/NAR/2005

SPA 102 PENDIDIKAN MORAL

xvi

Modul hanya menjadi bahan pembelajaran kendiri oleh pelajar. Pensyarah tidak menggunakan langsung modul tetapi menggunakan bahan sendiri sepenuhnya. Pelajar menjadikan modul sebagai bahan pengkayaan kepada isi kuliah yang disampaikan oleh pensyarahnya.

MZH/NAR/2005

SPA 102 PENDIDIKAN MORAL

xvii

SOAL SELIDIK MODUL OLEH PELAJAR
Tajuk Modul : _______________________ Nama Pelajar: _______________________ Kursus Kod Modul : ___________

No. Pendaftaran: ____________

: ____________________________________

Nama Penulis Modul : ______________________________

Sila gunakan skala berikut untuk penilaian anda :4 3 2 1 Sangat setuju Setuju Tidak setuju Sangat tidak setuju

Arahan : Tandakan [ √ ] pada ruangan skor yang dipilih.
Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 ELEMEN PENILAIAN A. FORMAT Susun atur muka surat adalah menarik. Saiz font yang digunakan adalah senang untuk dibaca. Saiz dan jenis gambar serta carta yang digunakan sesuai dengan input. Carta dan gambar senang dibaca dan difahami. Jadual yang digunakan tersusun dengan teratur dan mudah difahami. Teks input disusun dengan cara yang mudah difahami. Semua ayat berbentuk arahan dipamerkan dengan jelas. B. ISI KANDUNGAN Saya faham semua objektif dengan jelas. Saya faham pada idea yang disampaikan. Cara persembahan idea adalah menarik. Semua arahan yang diberikan mudah difahami. Saya boleh melaksanakan semua arahan yang diberikan dalam unit ini. Soalan dalam aktiviti adalah mudah dijawab. Saya boleh menjawab soalan-soalan dalam penilaian kendiri. Maklum balas boleh membantu mengenalpasti kesilapan saya. Ayat-ayat yang digunakan mudah difahami. Gaya penulisan menarik. Saya boleh mengikuti unit ini dengan mudah. Unit ini memudahkan saya mempelajari & memahami topik ini. Penggunaan modul ini menarik minat saya. 1 SKALA 2 3

4

1

2

3

4

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 1 / 1

UNIT

1
OBJEKTIF AM
asas Moral.

PENGENALAN DAN KONSEP-KONSEP ASAS MORAL

Mengetahui makna istilah Pendidikan Moral dan konsep – konsep

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini pelajar akan dapat : ◙ Menjelaskan kepentingan Pendidikan Moral. ◙ Membezakan di antara definisi etika dan moral. ◙ Mengaitkan di antara konsep Akhlak, Kemoralan, Pendidikan Moral dan Agama / Kepercayaan. ◙ Membezakan di antara konsep nilai ’Baik’, ’Benar’ dan ’Patut’.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 1 / 2

INPUT 1A

1.0

Pengenalan
Pendidikan Moral merupakan satu mata pelajaran yang menitikberatkan pembentukan nilai-nilai murni dalam diri seseorang pelajar. Melalui

Pendidikan Moral, segala aspirasi Kerajaan untuk melahirkan generasi yang sihat dari segi mental dan fizikal akan tercapai.

1.1

Sejarah Pendidikan Moral
Sejarah Pendidikan Moral bermula dengan perkembangan sekolahsekolah Melayu. di Tanah Melayu semenjak kedatangan Inggeris Kurikulum sekolah di Tanah

dan sukatan pelajaran yang digunakan

adalah ditiru dari India yang pada masa itu merupakan salah satu jajahan Inggeris. Sekolah-sekolah yang ditaja oleh mubaligh Kristian akan

menyelitkan dengan ajaran-ajaran Kristian contohnya lagu-lagu yang memuji Kristian namun di dalamnya terkandung nasihat tentang kasih sayang, hormat kepada ibu bapa, jujur, keagamaan, benar dan menjadi manusia yang baik.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 1 / 3

Pada masa yang sama juga terdapat sekolah-sekolah rakyat yang dikendalikan oleh tok guru di surau-surau, kelas-kelas Al-Quran dan di madrasah. Anak-anak Melayu yang hadir dalam kelas-kelas ini akan diajar nilai-nilai hidup seorang Islam yang soleh.

Sekolah Cina dibuka pada tahun 1929 oleh saudagar-saudagar Cina di Tanah Melayu. Kurikulum dan sukatan pelajaran sekolah adalah salinan dari kurikulum dari negeri Cina. Ini bermakna mata pelajaran ‘tao’ oleh Confucious turut diajar di sekolah-sekolah Cina. Pelajar perlu menghafal ‘wun yen wun’ yang banyak menyatakan tingkah laku yang baik dan kehidupan bermoral.

Selepas merdeka mata pelajaran Tatarakyat diperkenalkan kepada semua sekolah rendah dan menengah di Tanah Melayu. Sukatan

pelajarannya berkaitan dengan perpaduan kaum, kebersihan fizikal dan mental, kasih sayang kepada ibu bapa, adik beradik dan cintakan kekeluargaan.

Ringkasnya, Pendidikan Moral di sekolah-sekolah sudah wujud semasa dan selepas jajahan British. Pada tahun 1977 mata pelajaran Tatarakyat diubah nama kepada Sivik. Matlamat utama pelajaran Sivik ialah untuk perkembangan tingkah laku dan pembentukan akhlak yang baik dan kemoralan. Melalui mata pelajaran Sivik, semangat patriotisme, cintakan negara dan mematuhi undang-undang semakin meningkat. Dengan perkembangan ini pada April 1978 sebuah Jawatankuasa telah dibentuk bagi menyediakan dan merangka suatu draf sukatan pelajaran Pendidikan Moral. Tahun 1979 draf 16 nilai telah diperkenalkan untuk dilaksanakan bersama-sama perlaksanaan KBSR dan KBSM. Tahun 1993 mata pelajaran Pendidikan Moral telah dikenalkan di peringkat SPM sebagai matapelajaran teras persekolahan dan penilaian awam. dalam peperiksaan

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 1 / 4

1.2

Kepentingan Pendidikan Moral
1.2.1 Menjayakan hasrat kerajaan ingin membina suatu masyarakat yang adil dan harmoni serta kekayaan negara dapat dinikmati oleh semua kaum di Malaysia. 1.2.2 Supaya dapat memupuk semangat kerjasama rakyat untuk membina satu masyarakat yang progresif dan maju melalui kemajuan sains dan teknologi. 1.2.3 Untuk menjayakan matlamat negara ke arah melahirkan

masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. 1.2.4 Memupuk keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. 1.2.5 Mendidik pelajar menghormati dan mematuhi undang-undang serta peraturan berdasarkan bekerja atau membuat sesuatu hingga sempurna. 1.2.6 Menghormati hak-hak individu, mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak menjejaskan kepentingan orang lain.

1.3

Perbezaan antara Etika dan Moral

1.3.1 Definisi Etika
a) Etika didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral yang bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang itu sama ada baik atau buruk. Ia berasal daripada perkataan Greek iaitu “ethos” yang bermaksud adat atau cara hidup. Etika juga adalah falsafah tingkah laku manusia dengan melihat kepada aspek-aspek lahiriah dan batiniah.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 1 / 5

b) Etika dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: i. Etika Deskriptif /Metaetika Ia merupakan suatu disiplin yang membicarakan sejarah sistem moral yang dianuti oleh seseorang individu atau oleh golongan-golongan tertentu. ii. Etika Normatif Ianya akan menilai, mengkritik dan membuat keputusan terhadap sistem moral yang ada.

1.3.2

Definisi Moral
Moral berasal dari perkataan Bahasa Latin “moralis” yang bererti tingkahlaku yang sejajar dan sesuai dengan tatasusila atau peraturan sesebuah masyarakat. Moralis bermaksud amalan kepada ajaran keadilan dan kebaikan.

Sesuatu amalan atau tindakan yang dikatakan bermoral dapat dilihat dari segi tindakbalas atau reaksi individu terhadap situasisituasi berikut :

a)

Pengawalan diri terhadap sesuatu keinginan nafsu atau dapat menahankan diri dari melakukan sesuatu tingkahlaku yang dianggap salah.

b)

Kawalan terhadap keperluan fizikal yang berdasarkan kepada peraturan-peraturan masyarakat yang telah diterima secara rasional.

c)

Bertindak secara rasional terhadap sesuatu keputusan moral yang melibatkan penafsiran tentang apa yang dikatakan tindakan betul. Ianya dilakukan dengan adanya maklumat atau pengetahuan yang mencukupi dan dihuraikan secara objektif atau kritik.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 1 / 6

d)

Sentiasa menjaga atau bertindak dalam keadaan yang berdisplin serta menghayati sesuatu standard hidup yang dicapai sosio ekonomi masyarakat.

e)

Aristotle menitikberatkan tiga aspek tingkah laku seseorang iaitu : i. Aspek kognitif merangkumi pemahaman tentang situasi dan sebabsebab peraturan moral. ii. Aspek efektif merangkumi perasaan yang kita miliki ketika

melakukan sesuatu yang betul atau salah. iii. Aspek tingkah laku merujuk kepada tingkah laku yang ditonjolkan oleh seseorang individu.

1.3.3 Sejarah Etika

Etika mempunyai sejarah mengikut peringkat-peringkatnya :

a) Etika Para Rasul Adam a.s mempelopori etika tertua di muka bumi yang seterusnya disambung oleh para rasul lain. Semua para rasul membawa risalah tauhid yang sama dan risalah etika iaitu beribadat kepada Allah Taala dan melakukan kebaikan serta menjauhi kejahatan di atas muka bumi ini.

b) Etika Hindu Etika Hindu dari kitab Veda ( 1500 S.M ) mengandungi ajaran etika di samping dasar ketuhanannya. Ia menggalakkan penganutnya mematuhi disiplin dengan melaksanakan tuntuan ajaran agama Hindu dan upacara ibadat kepada tuhan

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 1 / 7

mereka. Kedua-duanya dianggap sebagai etika yang mulia. Sifat-sifat yang dikatakan beretika termasuklah kemerdekaan, kesihatan, kekayaan dan kebahagiaan.

c) Etika Buddha Diasaskan sejak 25 abad lagi. Etika yang diperjuangkan dalam agama Buddha ialah : ii. Sengsara, sakit sebagai lazim dalam alam ini. iii. Kembali ke dunia (reinkarnasi ) disebabkan kotornya roh dengan nafsu syahwat terdahulu. iv. Untuk menyelamatkan diri dalam usaha mencapai nirwana maka hendaklah melepaskan diri dari segala syahwat. v. Wajib menjauhi rintangan yang menghalang seseorang dalam melepaskan nafsu syahwatnya iaitu dengan memadamkan sekalian keinginan dan kesukaan.

d) Etika Kung Fu Tze Kung Fu Tze merupakan seorang ahli falsafah cina yang terkenal pada 551-478 S.M. Beliau telah mengemukakan beberapa ajaran etika iaitu: i. ii. Kesempurnaan boleh dicapai oleh orang yang bijaksana. Kebijaksanaan boleh dicapai melalui berfikir, meneliti dan belajar mencari kebenaran dan kebaikkan. iii. iv. Mengasingkan diri beribadat kepada tuhan. Menghadiri pertemuan dan perbincangan yang berkaitan dengan ilmu secara terbuka. v. Memberi kursus dan pendidikan etika kepada

masyarakat.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 1 / 8

vi.

Setiap masyarakat mesti melakukan etika yang baik dalam kehidupan seharian mereka.

e) Etika Greek Kuno Beberapa ahli falsafah kuno telah membicarakan ajaran etika. Antara tokoh-tokohnya ialah: i. Socrates (469-399 S.M) Mengemukakan ajaran etika dengan menggalakkan setiap manusia itu mengenali diri sendiri melalui dirinya. ii. Plato (427-347 S.M) adalah murid kepada Socrates. Beliau telah menulis sebuah buku yang bertajuk “Republic”. Beliau menjelaskan cara yang terbaik untuk menjalankan etika yang baik adalah dengan menjadi diri sebagai teladan yang baik dan alam ini merupakan alam yang kekal iaitu akhirat. iii. Aristotle (394-322 S.M) adalah murid kepada Plato. Beliau berpendapat tujuan beretika mulia ialah untuk mencapai kebahagiaan hidup dengan menggunakan segala kekuatan akal fikiran. iv. Antistenes (414-370 S.M) mempelopori mazhab Cynics. Beliau mengatakan bahawa manusia perlu meniru etika ketuhanan supaya beretika mulia. Masyarakat digalakkan supaya mengurangkan keperluan diri sendiri, berpuas hati, suka kepada penderitaan, menolak kelazatan, tidak takut kepada kemiskinan, tidak takut menerima cercaan

manusia asalkan beretika mulia.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 1 / 9

f)

Etika Ulama’ Islam i. Ibnu Maskawih (963-1030 M)

menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai sumber pembinaan

pemikiran etikanya. ii. Jiwa dijadikan sebagai pusat kekuasaan dan kekuatan yang mempunyai daya yang kuat dalam beretika. iii. Menurut beliau, seseorang individu hanya dapat

mempelajari etika dengan memahami dan melakukan sifatsifat yang mulia seperti tolong-menolong, cinta-mencintai dan sebagainya. iv. Imam Al Ghazali (1059-1111 M) pula merupakan seorang ulama feqah dan tasawuf. v. Falsafah etikanya meliputi kesanggupan meniru sifat-sifat ketuhanan seperti taqwa, keimanan, sabar, ikhlas, jujur, zuhud dan segala sifat kesempurnaan Allah S.W.T yang alim. vi. Beliau telah menyatakan cara pembentukan etika yang berkesan iaitu dengan hati yang suci dalam melakukan sesuatu perkara. vii. Ikhwan Al Safa ( 983 M ) membahagikan etika kepada dua iaitu etika yang diwarisi dan etika yang diusahakan dengan menggunakan ilmu psikologi sebagai asas pembahagian etika. viii. Beliau mengutamakan kebenaran berfikir dan dhamir (hati) perseorangan berdasarkan Al Quran.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 1 / 10

1.3.4

Kepentingan Etika
Ianya telah dikemukakan sejak lahirnya manusia yang pertama di muka bumi ini iaitu Nabi Adam a.s. Ini disebabkan oleh beberapa faktor :

a) Fitrah i. Berkelakuan baik atau beretika adalah satu sifat yang sesuai dengan manusia. ii. Sebaliknya berkelakuan tidak baik adalah bertentangan dengan kehendak manusia.

b) Keamanan i. Kehidupan manusia tanpa gangguan atau masalah.

c) Status manusia ii. Semua tindakan manusia hendaklah berpandukan kepada akal. iii. Manusia dan etika tidak boleh dipisahkan.

d) Survival Tamadun Dunia i. Bagi mengelakkan dari malapetaka yang dahsyat berlaku setiap manusia perlu beretika.

e) Kesempurnaan peribadi i. Seseorang manusia belum dikatakan seorang yang sempurna kalau ia memiliki semuanya tetapi mengenai etika ia masih kekurangan. ii. Manusia yang beretika tetap unggul dan menjadi manusia contoh.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 1 / 11

f) Penggalak kebaikan i. Menggalakkan lagi kebaikan kepada diri sendiri. ii. Sentiasa ambil berat terhadap keluarga, jiran dan masyarakat. iii. Kehidupan manusia hendaklah diisi dengan perbuatan – perbuatan yang baik.

g) Penghalang kejahatan i. Seseorang yang beretika sentiasa menjaga identiti dan tingkahlaku yang baik. Segala perbuatan hendaklah sentiasa dijaga dan elakkan dari melakukan perbuatan yang jahat.

Ishhhh… ko ni mengacau aku jerla!!! Aku nak buat AKTIVITI 1A ni… pergila main jauh-jauh!

Amboiiii… khusyuk nampak mengulangkaji pelajaran!!! Dahler sikit-sikit…jomler kita gi berehat jap

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 1 / 12

Masa untuk menjawab aktiviti……. Selamat Maju Jaya !!!!!!

AKTIVITI 1A
Mari kita menguji kefahaman anda berdasarkan soalan-soalan yang diberi di bawah ini. Anda boleh merujuk jawapannya pada halaman berikutnya.

1.

Berikan definisi moral. ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………

2.

Senarai DUA kepentingan Pendidikan Moral. ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………...

3.

Tuliskan sejarah etika yang sesuai di kotak sebelah dengan kenyataan di kotak sebelah kiri. Kenyataan Di bawa oleh Nabi Adam a.s Turut dibincang oleh Socrates (469-399 SM) Pengasasnya ialah Kung Fu Tze (551-478 SM) Terdapat di dalam kitab Veda (1500 SM) Ulama fiqah dan tasawuf Al Ghazali (1059-1111 M) Sejarah Etika Etika Para Rasul

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 1 / 13

MAKLUMBALAS

1A

Adakah anda telah mencuba dahulu? Jika “SUDAH” , sila semak jawapan anda :-

1.

Definisi moral iaitu:Moral berasal dari perkataan Bahasa Latin “moralis” yang bererti tingkahlaku yang sejajar dan sesuai dengan tatasusila atau peraturan sesebuah masyarakat. Dalam istilah lain Moralis

bermaksud amalan kepada ajaran keadilan dan kebaikan.

2.

Kepentingan Pendidikan Moral adalah :a. Menjayakan hasrat kerajaan ingin membina suatu masyarakat yang adil dan harmoni serta kekayaan Negara dapat dinikmati oleh semua kaum di Malaysia. b. Supaya dapat memupuk semangat kerjasama rakyat untuk membina satu masyarakat yang progresif dan maju melalui kemajuan sains dan teknologi. c. Untuk menjayakan matlamat Negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. d. Memupuk keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama kesedaran, Malaysia. dengan rukun dan dan damai serta mempunyai rakyat

keperibadian

nilai-nilai

sebagai

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 1 / 14

e.

Mendidik pelajar menghormati dan mematuhi undang-undang serta peraturan berdasarkan bekerja atau membuat sesuatu hingga sempurna.

f.

Menghormati hak-hak individu, mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak menjejaskan kepentingan orang lain.

3.

Tuliskan sejarah etika yang sesuai di kotak sebelah dengan kenyataan di kotak sebelah kiri. Kenyataan Di bawa oleh Nabi Adam a.s Turut dibincang oleh Socrates (469-399 SM) Pengasasnya ialah Kung Fu Tze (551-478 SM) Terdapat di dalam kitab Veda (1500 SM) Ulama feqah dan tasawuf Al Ghazali (1059-1111 M) Sejarah Etika Para Rasul Greek Kuno Kung Fu Tze Hindu Ulama Islam

Tengok… jawapan aku semua betul dalam aktiviti 1A ni!!! Bernas gak otak aku nie…

Haaa… dah habis buat aktiviti tu.. jomler kita gi main jap!!!! Ala.. sekejap jer…

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 1 / 15

INPUT 1BT

1.4. Hubungkait di antara Konsep akhlak, Kemoralan dan Agama/Kepercayaan 1.4.1 Konsep Akhlak
a) Dalam bahasa arab akhlak bermaksud budi pekerti seseorang individu. b) Ianya merujuk kepada kelakuan atau watak atau gerak geri seseorang. c) Ianya boleh berubah mengikut masa dan situasi tertentu.

1.4.2 Konsep Kemoralan
a) Kemoralan merupakan sesuatu yang berkait dengan

peraturan-peraturan masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu. b) Dorothy Emmet (1979) mengatakan bahawa manusia

bergantung kepada tatasusila, adat, kebiasaan masyarakat dan agama bagi membantu menilai tingkah laku seseorang. c) James Hemming (1980) menyatakan bahawa peraturanperaturan masyarakat mestilah diterima sebagai fakta-fakta kehidupan sosial masyarakat.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 1 / 16

1.4.3 Konsep Pendidikan Moral
a) Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran yang

menekankan aspek-aspek kerohanian, kemanusiaan dan kemasyarakatan. b) Masyarakat yang berilmu, bertatasusila, berbudi dan

penyayang akan memenuhi hasrat negara bagi mewujudkan masyarakat yang aman damai.

1.4.4

Konsep Agama / Kepercayaan
a) Agama mempunyai ajaran, peraturan dan perlakuan yang tercatat dalam kitab – kitab suci agama masing-masing. b) Ajaran agama dalam kitab-kitab adalah jelas menyatakan balasan atau ganjaran yang akan diterima oleh pengikutnya.

1.5

Konsep Nilai ‘Baik’, ‘Benar’ Dan ‘Patut’

1.5.1

Konsep “Baik”
Perkataan baik bermaksud memberi faedah atau bagus apabila menggunakannya. Idea baik memberi makna yang berbeza mengikut situasi atau konteks tertentu seperti : a) Baik dalam konteks pemilihan b) Baik dalam konteks nasihat c) Baik sebab memuji dan bersetuju d) Baik kerana mengahrgai e) Baik dalam hukumandan nilaian atau taksiran f) Baik disifatkan kerana kecekapan

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 1 / 17

Perkataan baik dapat digunakan secara : i. Kebaikan ekstrinsik • • • penilaian atau taksiran piawaian. masa yang diperlukan. membuat keputusan atau pemilihan.

ii.

Kebaikan instrinsik • • sokongan atau nasihat. menghargai atau memuji.

Beberapa pendapat ahli-ahli psikologi tentang “baik” : • • Aristotle Baik disifatkan sebagai kebahagiaan. Moore Baik bukan semulajadi, sukar disifatkan tetapi dapat difahami melalui intuisi. • Hobbes Baik adalah sebarang objek-objek yang diingini oleh seseorang manakala objek yang dibenci adalah buruk. • Emil Brunner Baik merupakan suatu tindakan yang sejajar dengan kehendak Tuhan. • C.I Lewis Baik merupakan pengalaman seseorang individu secara instrinsik atau dari dalam. • Confucious Baik adalah membuat tanggungjawab atau kewajipan seseorang individu dengan penuh dedikasi.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 1 / 18

Immanuel Kent Baik terdapat dua jenis kebaikan moral iaitu moral penghormatan penghormatan dan moral kemuliaan. Moral

berdasarkan perasaan moral dan

menghormati peraturan moral. Moral kemuliaan wujud kerana kebebasan manusia.

1.5.2

Konsep “Benar”
a) Kant Sesuatu tingkah laku adalah betul sekiranya ia sejajar dengan tugas atau tanggungjawab dan salah sekiranya ia bertentangan.

b) G.E Moore Sesuatu perlakuan dilabel benar atau salah adalah

bergantung kepada darjah keseronokan yang dihasilkan. Mengikut pandangan beliau hanya keseronokan mempunyai kebaikan instrinsik.

c) John Dewey Benar itu melambangkan tekanan-tekanan sosial yang dikenakan pada diri kita untuk mendorong kita berfikir dan bertindak mengikut satu-satu cara yang tetentu.

d) William C.Bagley Faktor-faktor seperti keputusan atau ketidakpuasan

langsung tidak dipetimbangkan. Tindakan mereka biasanya dilakukan dengan serta merta.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 1 / 19

1.5.3

Konsep “Patut”
Patut membayangkan sesuatu yang perlu dipenuhi atau dilakukan. Dalam etika, patut digunakan dalam tiga aspek iaitu ; a) “Tindakan patut kita lakukan” bermakna tindakan itulah yang seharusnya dipilih setelah menimbangkan semua perkara atau tindakan alternatif yang lain. b) Dalam bidang falsafah dan perbincangan biasa, istilah patut digunakan untuk membawa maksud “ jangan melakukan sesuatu yang seseorang itu patut …….” c) “Tindakan yang patut saya lakukan” bermakna satu tindakan yang digemari oleh seseorang walaupun ia mungkin bukan tindakan yang unggul.

Dalam ketiga-tiga situasi di atas, apa yang patut kita buat bukan sahaja bertindak tetapi kita pelu bertindak secara waras, bijaksana dan baik.

Anda dikehendaki menjawab semua soalan di dalam AKTIVITI 1B. Sila buat sekarang juga!!!

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 1 / 20

Mari kita buat latihan sekarang…..

AKTIVITI 1B
Sekarang mari kita uji kefahaman dan minda bersama-sama. Anda juga boleh menyemak jawapan anda pada halaman berikutnya.

1.

Apakah yang dimaksudkan dengan Konsep ‘baik’ oleh :a. Aristotle ……………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………… b. Confucious ……………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………

2.

Nyatakan satu contoh Konsep ‘baik’. ……………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………

3.

Jelaskan Konsep ‘benar’ berdasarkan pendapat-pendapat ahli-ahli psikologi. a. b. c. ……………………………………………. ……………………………………………. …………………………………………….

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 1 / 21

MAKLUMBALAS

1B

Anda boleh menyemak jawapan yang diberikan.

1.

Konsep ‘baik’ menurut:● Aristotle Baik disifatkan sebagai kebahagiaan. ● Confucious Baik adalah membuat tanggungjawab atau kewajipan

seseorang individu dengan penuh dedikasi.

2.

Antara contoh konsep ‘baik’ ialah boleh menjadi seorang teman yang dapat memberikan dorongan yang berguna dan dapat memberikan teguran yang ikhlas kepada rakan-rakan.

(c) Konsep ‘benar’ berdasarkan pendapat-pendapat ahli-ahli psikologi, ialah : i. Kant Sesuatu tingkah laku adalah betul sekiranya ia sejajar dengan tugas atau tanggungjawab dan salah sekiranya ia

bertentangan.

ii.

G.E Moore Sesuatu perlakuan dilabel benar atau salah adalah

bergantung kepada darjah keseronokan yang dihasilkan. Mengikut pandangan beliau hanya keseronokan mempunyai kebaikan instrinsik.
MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 1 / 22

iii.

John Dewey Benar itu melambangkan tekanan-tekanan social yang

dikenakan pada diri kita untuk mendorong kita berfikir dan bertindak mengikut satu-satu cara yang tetentu.

iv.

William C.Bagley Faktor-faktor seperti keputusan atau ketidakpuasan langsung tidak dipetimbangkan. Tindakan mereka biasanya dilakukan dengan serta merta.

TAHNIAH !!!!!! Anda telah berjaya menyelesaikan kesemua soalan di atas. Uji minda anda sekali lagi dalam PENILAIAN KENDIRI.

Ala.. senang jer PENILAIAN KENDIRI tu!

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 1 / 23

FAKTA KUNCI

Pengenalan
Pendidikan Moral merupakan satu mata pelajaran yang memberikan fokus kepada pembentukan nilai-nilai murni dalam diri seseorang pelajar.

Sejarah
Pendidikan Moral di sekolah-sekolah sudah wujud semasa dan selepas jajahan British. Pada tahun 1977 mata pelajaran Tatarakyat diubah nama kepada Sivik. Matlamat utama pelajaran Sivik ialah untuk perkembangan tingkah laku dan pembentukan akhlak yang baik dan kemoralan.

Kepentingan Pendidikan Moral
• • • • • • • suatu masyarakat yang adil dan harmoni kekayaan negara dapat dinikmati oleh semua kaum di Malaysia. memupuk semangat kerjasama melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. memupuk keazaman, kesanggupan menghormati dan mematuhi undang-undang menghormati hak-hak individu

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 1 / 24

Perbezaan antara Etika dan Moral
• • Etika ialah sains moral dan prinsip-prinsip moral yang bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang. Moral ialah tingkahlaku yang sejajar dan sesuai dengan tatasusila atau peraturan sesebuah masyarakat.

Konsep akhlak, Kemoralan dan Agama / Kepercayaan
• • • Akhlak bermaksud budi pekerti seseorang individu yang merujuk kepada kelakuan atau watak atau gerak geri seseorang. Kemoralan merupakan sesuatu yang berkait dengan peraturanperaturan masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu. Agama mempunyai ajaran, peraturan dan perlakuan yang tercatat dalam kitab – kitab suci agama masing-masing.

Konsep Nilai ‘Baik’, ‘Benar’ Dan ‘Patut’
.

• ‘Baik’ bermaksud memberi faedah atau bagus apabila
menggunakannya. • ‘Benar’ bermaksud sesuatu tingkah laku adalah betul sekiranya ia sejajar dengan tugas atau tanggungjawab dan salah sekiranya ia bertentangan. • ‘Patut’ bermaksud membayangkan sesuatu yang perlu dipenuhi atau dilakukan.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 1 / 25

Soalan ini lebih menjurus kepada soalan bahagian B Peperiksaan Akhir

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Semoga anda dapat menjawab soalan ini dengan jayanya.

SOALAN 1. 2. 3.

Nyatakan definisi Moral.

Berikan TIGA peringkat sejarah Etika .

Terangkan konsep ‘baik’, konsep ‘patut’ dan konsep ‘benar’ di dalam kehidupan seharian anda.

4.

Berikan 3 contoh nilai-nilai moral yang perlu ada kepada seseorang individu supaya senang diterima di dalam masyarakat.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 1 / 26

PENILAIAN KENDIRI
Adakah anda telah mencuba dahulu? Jika “SUDAH” , sila semak jawapan anda.

1.

Definisi Moral ialah moral berasal dari perkataan Bahasa Latin “moralis” yang bererti tingkahlaku yang sejajar dan sesuai dengan tatasusila atau peraturan sesebuah masyarakat.Moralis bermaksud amalan kepada ajaran keadilan dan kebaikan.

2.

TIGA peringkat sejarah etika :a. Etika Para Rasul Adam a.s mempelopori etika tertua di muka bumi yang seterusnya disambung oleh para rasul lain. Semua para rasul membawa risalah tauhid yang sama dan risalah etika iaitu beribadat kepada Allah Taala dan melakukan kebaikan serta menjauhi kejahatan di atas muka bumi ini.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 1 / 27

b. -

Etika Hindu Etika Hindu dari kitab Veda ( 1500 S.M ) mengandungi ajaran etika di samping dasar ketuhanannya. Ia menggalakkan penganutnya mematuhi disiplin dengan melaksanakan tuntuan ajaran agama hindu dan upacara ibadat kepada tuhan mereka. Kedua-duanya dianggap sebagai etika yang mulia. Sifat-sifat yang dikatakan beretika termasuklah kemerdekaan, kesihatan, kekayaan dan kebahagiaan.

c. -

Etika Buddha Diasaskan sejak 25 abad lagi. Etika yang diperjuangkan dalam agama Buddha ialah : • • • Sengsara, sakit sebagai lazim dalam alam ini. Kembali ke dunia (reinkarnasi ) disebabkan kotornya roh dengan nafsu syahwat terdahulu. Untuk menyelamatkan diri dalam usaha mencapai nirwana maka hendaklah melepaskan diri dari segala syahwat. • Wajib menjauhi rintangan yang menghalang seseorang dalam melepaskan nafsu syahwatnya iaitu dengan memadamkan sekalian keinginan dan kesukaan. Keempat – empat ajaran tersebut hanya dapat dicapai melalui bebrapa cara di bawah : • • • • • • • melazimi kebaikan Bersifat kasih sayang Suka menolong Mencintai orang lain Suka memaafkan orang Ringan tangan dalam melakukan kebaikan Berkorban untuk orang lain

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 1 / 28

3.

TIGA contoh nilai-nilai moral yang perlu ada kepada seseorang individu supaya senang diterima di dalam masyarakat ialah :a. b. c. Tolong – menolong Hormat menghormati Bersifat kasih sayang

Yeahhhh !!!!!! Aku telah berjaya menjawab kesemua soalan yang diberikan. Tak sangka aku ni ‘GENIUS’ jugak yer!!!!! UNIT 2 lepas ni mesti aku bleh buat jugak….

Eeiihh… berlagaknyer mamatnyer nie!!!!

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 2 / 1

UNIT

2
OBJEKTIF AM
peraturan moral.

TEORI-TEORI MORAL, PRINSIP-PRINSIP DAN PERATURAN MORAL

Mengetahui dan memahami teori –teori moral, prinsip-prinsip dan

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini pelajar akan dapat :◙ Menyenaraikan teori-teori Moral. ◙ Menerangkan aliran pemikiran moral. ◙ Menyatakan prinsip-prinsip moral. ◙ Membezakan peraturan moral dengan peraturan agama, undangundang dan adat.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 2 / 2

INPUT 2AT

2.0

Pengenalan
Pendidikan Moral merupakan satu mata pelajaran yang menitikberatkan pembentukan nilai-nilai murni dalam diri seseorang pelajar. Melalui

Pendidikan Moral, segala aspirasi kerajaan untuk melahirkan generasi yang sihat dari segi mental dan fizikal akan tercapai.

2.1

Teori – teori Moral
Secara amnya, teori-teori moral dapat dibahagikan kepada lima bahagian iaitu :a. Penaakulan Moral b. Emosi Moral c. Tingkahlaku Moral d. Justifikasi Moral e. Dilema Moral

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 2 / 3

2.1.1 Penaakulan Moral Penaakulan Moral bermaksud kebolehan seseorang individu berfikir secara logik terhadap sesuatu isu moral berdasarkan pertimbangan – pertimbangan moral. Di dalam masa tersebut seseorang individu perlu mempunyai kebolehan dalam : a. b. c. memahami sesuatu isu moral itu. mengenal pasti alternatif-alternatif yang ada dan kesannya. memberi pertimbangan yang adil dan objektif terhadap setiap pilihan alternatif itu. d. memikirkan konsep nilai moral sejagat dan rasional.

Kebolehan membuat keputusan hendaklah konsisten, objektif dan sejagat pada setiap situasi yang sama. Piaget (1968) dan

Kohlberg (1968) berpendapat bahawa kebolehan penaakulan moral dipengaruhi oleh perkembangan pertumbuhan yang berperingkatperingkat bermula dari peringkat kanak-kanak yang mematuhi,

menerima dan memahami peraturan – peraturan moral itu. Faktor utama dalam penaakulan moral ini adalah keupayaan memilih dan mengumpulkan maklumat. Konsep indoktrinasi akan mengubahkan pemikiran dan menghalang seseorang individu membuat

keputusan secara rasional. Kesimpulannya, penaakulan moral haruslah bebas dan selaras dengan prinsip-prinsip moral sosial masyarakat

2.1.2 Emosi Moral

Emosi moral adalah perasaan atau reaksi seseorang individu terhadap sesuatu tindakan atau pemikiran. Di antaranya seperti perasaan marah, sedih, gembira dan sebagainya. Seseorang individu dapat mengawal emosi moral jika :

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 2 / 4

a. b. c.

mengetahui asal usul sesuatu isu atau situasi itu memahami kesusahan, perasaan dan pemikiran orang lain. menyatakan perasaan diri sama. sendiri dalam keadaan yang

d. e.

membuat keputusan secara adil dan rasional. emosi moral amat penting kerana memperkuat nilai kemanusiaan dan merapatkan jurang perbezaan antara pemikiran, keputusan dan tingkah laku moral.

Oleh yang demikian, emosi moral amat penting sekali bagi setiap individu kerana ia dapat merapatkan jurang perbezaan antara pemikiran, keputusan dan tingkah laku serta memperkuat niali-nilai kemanusiaan.

2.1.3 Tingkahlaku Moral

Tingkahlaku moral

merujuk kepada segala kelakuan dan

perbuatan yang dilakukan oleh seseorang individu berdasarkan nilai-nilai dan norma-norma masyarakat. Bagi setiap individu yang bertingkah laku moral akan dapat diterima oleh masyarakat kerana mereka dianggap mempunyai fikiran yang waras. Sebaliknya, jika individu tersebut melanggar undang-undang dan bertingkah laku luar dari batasan yang telah ditetapkan maka dia akan dikenakan tindakan yang sewajarnya setimpal dengan kesalahan ataupun jenayah yang telah dilakukan. Kefahaman tingkah laku moral amat penting khasnya kepada kanak-kanak kerana kelakuan yang baik akan disemadikan dalam jiwanya dan menjadi cara hidup serta tingkah laku dirinya.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 2 / 5

2.1.4 Justifikasi Moral

Justifikasi moral bermakna alasan-alasan yang menjadikan sesuatu itu wajar dilakukan berdasarkan pertimbangan-pertimbangan moral. Alasan yang diberikan adakalanya benar dan ada juga yang direkareka bagi mencapai tujuan tertentu. Keputusan moral ini dibuat mengikut dasar prinsip kesan dan prinsip bukan kesan.

Sebagai contoh, Naresh merupakan seorang pelajar pintar di sekolahnya. Dia terpaksa berhenti dari sekolah kerana keluarganya mempunyai masalah kewangan. Naresh telah memikirkan semua alternatif dan kesan yang ada sebelum berhenti dari sekolah. Kesan ini termasuklah tidak dapat meneruskan cita-citanya sebagai seorang jurutera, masa depan yang gelap dan tekanan perasaan. Tetapi beliau telah memikirkan bahawa langkah yang diambil adalah wajar untuk dirinya dan keluarganya serta tidak

menghiraukan pandangan masyarakat terhadap dirinya. Prinsip bukan kesan ialah Naresh mempunyai kewajipan untuk

meneruskan persekolahannya. Tindakan yang diambil oleh Naresh mungkin dipengaruhi oleh situasi atau alasan-alasan tertentu.

2.1.5 Dilema Moral / Konflik Moral

Dilema moral bermaksud apabila seseorang individu terpaksa membuat pilihan antara beberapa alternatif dan semua alternatif ini melibatkan nilai-nilai moral.

Contohnya, En. Fadhil telah diminta oleh pengetua kolejnya untuk menghadiri satu mesyuarat penting di Sarawak. Dalam masa yang sama, beliau terpaksa menyiapkan satu tugasan penting untuk dibentangkan pada tarikh yang sama. Situasi ini akan menimbulkan

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 2 / 6

konflik nilai yang sukar difahami oleh orang lain. Dilema moral ini akan membawa kepada konflik sosial dan mental. Kesannya membawa masalah kepada kolej dan peribadi En. Fadhil.

2.2

Aliran Pemikiran Moral
Berfikir ialah membezakan hal, perkara dan peristiwa. Manakala

pemikiran adalah penggunaan akal untuk menyelesaikan perkara. Pemikiran seseorang individu adalah berbeza daripada orang lain dalam aspek tertentu iaitu : a. suasana hidup b. pendidikan keluarga c. pendidikan yang diterima d. pengaruh orang-orang yang berinteraksi dengannya e. lain-lain unsur kompleks

Apala nak jadi dengan diri aku ni… Periksa asyik GAGAL jer!!! Tak pernah lulus… Nak buat macam maner dah nasib badan…..

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 2 / 7

Di dalam aliran pemikiran moral terdapat beberapa pendekatan etika iaitu :a. Pemikiran rasionalis b. Pemikiran naturalis c. Pemikiran intuisionis d. Pemikiran emotivis

2.2.1 Pemikiran rasionalis

Perkataan rasionalis berasal dari perkataan latin “ratio” yang bermaksud ‘reason” atau sebab. Ia bermakna aliran pemikiran yang menganggap taakulan sebagai yang mutlak dalam soal agama dan lain-lain.

Pengertian rasionalis yang paling penting ialah pendekatan mereka yang menegaskan falsafah seperti Descartes, Spinoza dan Lei

iaitu mereka menegaskan bahawa penilaian moral bukanlah satu pernyataan atau pengesahan yang harus diterima atau ditolak mengenai sesuatu perbuatan manusia atau benda.

Desctares mengemukakan tiga golongan idea iaitu :a. b. c. Fikiran yang mewujudkan pengalaman. Fikiran sendiri. Hasil ciptaan tuhan bersama fikiran dan kerohanian manusia.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 2 / 8

2.2.2 Pemikiran Intuisionis

Perkataan “intuisi” berasal daripada perkataan latin “intueor” yang bermaksud “saya memandang tepat kepada sesuatu atau “saya merenungi”. Ia merupakan satu proses “melihat” atau “memahami” secara intelek. Menurut pandangan intuisionis, pengetahuan itu boleh diperoleh melalui fahaman atau pengertian langsung.

Beberapa pandangan mengenai intuisi ialah : a. unsur intuisi (gerak hati) terdapat di dalam semua

pengetahuan. George Santayana menggunakan intuisi untuk membawa makna kesedaran data-data di sekeliling kita. W.E.Hocking merujuk intuisi sebagai pengetahuan

mengenai diri sendiri. Unsur intuisi membolehkan kita menikmati keindahan , menetapkan standard-standard moral serta penerimaan nilai-nilai agama. b. intuisi adalah hasil penimbunan pengalaman-pengalaman lalu serta pemikiran. Intuisi merupakan jalan pendek kepada pengetahuan yang akan dihasilkan oleh pemikiran reflektif. Intuisi yang sah adalah hasil induksi atau deduksi separa sedar. c. intuisi ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara intelek. Menurut Henry Bergson (1859 – 1941) seorang ahli falsafah Perancis, intuisi dan intelek adalah berbeza. Intelek adalah alat yang digunakan oleh sains untuk menguruskan perkara dan perhubungan kuantitatif. Intuisi pula adalah kenalurian yang membolehkan kita memahami hidup kita dari segi rohani.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 2 / 9

Intuisionisme merujuk kepada pengertian

langsung oleh diri

sendiri, tentang pengetahuan diri dan dunia tanpa membuat penaakulan deduktif atau induktif bagi mengesahkan kebenaran sesetengah kenyataan. Aliran pemikiran intuisionis ini juga berdasarkan kepada gerak hati.

2.2.3 Pemikiran Emotivis

Emotivis berasal dari perkataan emosi yang berdasarkan perasaan seseorang. Emosi ialah keadaan kebangkitan seseorang sebagai reaksi terhadap kepada sesuatu benda atau keadaan. Aliran pemikiran emotivis merujuk kepada orang yang bertindak terhadap sesuatu perkara berdasarkan kepada perasaan atau emosinya. Individu yang emotivis mudah menimbulkan masalah moral.

2.2.4 Pemikiran Naturalis Naturalis ialah suatu aliran pemikiran yang berusaha untuk menggambarkan sesuatu itu dalam keadaannya yang sebenar. Individu yang naturalis akan melihat sesuatu objek itu pada keadaan yang sebenarnya.

Individu yang berfikiran naturalis mempunyai sifat-sifat berikut: a. hidup dalam keadaan tertekan kerana tidak mahu atau tidak dapat mengeluarkan pendapatnya. b. sentiasa merendahkan dirinya dan tidak mahu berinteraksi dengan orang lain. c. d. tiada motivasi dan kurang berusaha. Menurut Peter R.S dalam Ethics and Education , tabii (nature) manusia perlu diketahui sebelum memahami cara bagaimana mereka harus hidup.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 2 / 10

Ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa manusia adalah rasional secara tabii atau semula jadi berbanding dengan haiwan yang lain kerana manusia boleh menaakul serta meletakkan batasan-batasan terhadap kehendak-kehendak mereka.

Anda telahpun mempelajari unit 2 sehingga tajuk Aliran Pemikiran Moral. Mari kita menguji kefahaman masingmasing di dalam AKTIVITI 2A!!!

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 2 / 11

Masa untuk menjawab aktiviti……. Selamat Maju Jaya !!!!!!

AKTIVITI 2A
Mari kita menguji kefahaman anda berdasarkan soalan-soalan yang diberi di bawah ini. Anda boleh merujuk jawapannya pada halaman berikutnya :

1.

Jelaskan maksud bagi setiap istilah berikut : a. b. c. Penaakulan Moral Emosi Moral Justifikasi Moral

2.

Pemikiran moral terbahagi kepada EMPAT aliran iaitu : a. b. c. d. ………………………………………. ………………………………………. ………………………………………. ……………………………………….

3.

Terangkan maksud pemikiran naturalis. ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 2 / 12

MAKLUMBALAS

2A

Adakah anda telah mencuba dahulu? Jika “SUDAH” , sila semak jawapan anda :-

1.

Maksud istilah :a. Penaakulan moral adalah kebolehan seseorang individu berfikir secara logik terhadap sesuatu isu moral berdasarkan pertimbangan – pertimbangan moral.

b.

Emosi moral ialah perasaan atau reaksi seseorang individu terhadap sesuatu tindakan atau pemikiran.

c.

Justifikasi

moral

bermakna

alasan-alasan

yang

menjadikan sesuatu itu wajar dilakukan berdasarkan pertimbangan -pertimbangan moral.

2.

Pemikiran moral terbahagi kepada EMPAT aliran iaitu : a. Pemikiran rasionalis b. Pemikiran naturalis c. Pemikiran intuisionis d. Pemikiran emotivis

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 2 / 13

3.

Pemikiran Naturalis ialah suatu aliran pemikiran yang berusaha untuk menggambarkan sesuatu itu dalam keadaannya yang sebenar. Individu yang naturalis akan melihat sesuatu objek itu pada keadaan yang sebenarnya. Individu yang berfikiran naturalis mempunyai sifat-sifat berikut :hidup dalam keadaan tertekan kerana tidak mahu atau tidak dapat mengeluarkan pendapatnya. sentiasa merendahkan dirinya dan tidak mahu

berinteraksi dengan orang lain. tiada motivasi dan kurang berusaha. Menurut Peter R.S dalam Ethics and Education , tabii (nature) manusia perlu diketahui sebelum memahami

cara bagaimana mereka harus hidup.

INPUT seterusnya…..

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 2 / 14

INPUT 2BT

2.3

Prinsip Keadilan, Prinsip Autonomi dan Prinsip Altruisme
2.3.1 Prinsip Keadilan

Keadilan

merupakan

tindakan

yang

saksama

dan

hormat

menghormati di antara satu sama lain. Jika setiap individu mempunyai sifat keadilan maka mereka dapat menggunakan kuasa yang ada dengan adil dan saksama tanpa ada perasaan pilih kasih di dalam setiap tugas yang dijalankan.

2.3.2 Prinsip Autonomi

Prinsip Autonomi merangkumi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih. Tingkah laku seseorang individu adalah hasil daripada paksaan sesuatu kuasa atasan, autoriti atau kumpulan tertentu. Contohnya, seorang pensyarah mengikut arahan pengetua kolej. Oleh yang demikian, tingkah laku atau pertimbangan tersebut bukan tanggungjawab moral pensyarah terbabit kerana ia hanya mengakui atau menurut perintah pengetua kolej tersebut.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 2 / 15

2.3.3 Prinsip Altruisme

Prinsip Altruisme merujuk kepada sebarang tingkah laku atau pertimbangan moral yang akan melibatkan dengan orang lain. Sekiranya perasaan ini digunakan untuk membuat pertimbangan moral maka keputusannya adalah lebih berperikemanusiaan dan bermoral. Secara tidak langsung perasaan kasih sayang, simpati dan memikirkan perasaan orang lain akan wujud dalam diri individu tersebut. Keadaan ini dapat menjauhkan individu daripada perasaan tamak, penting diri sendiri dan berkelakuan tidak bermoral.

2.4

Peraturan – peraturan Moral
Peraturan moral merupakan kajian yang dibuat berdasarkan tingkah laku manusia yang dianggap salah atau betul mengikut peraturan moral dan undang-undang yang ada dalam masyarakat. Tingkah laku ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :a. kemahuan dengan kesedaran b. kemahuan tanpa kesedaran

Peraturan moral lebih menumpukan kepada tingkah laku yang dilakukan dengan pengetahuan nyata dan keputusan-keputusan yang dibuat. Peraturan moral menekankan cara-cara manusia berfikir, undang-undang yang ideal dan sifat-sifat tertentu tentang moral itu. Peraturan moral ini amat penting kerana manusia dilahirkan dalam suasana yang berlainan sama ada dari segi ekonomi, sosial atau fizikal bumi. Unsur-unsur ini membentuk tanggapan, cara pemikiran, nilai alam sekitar dan fizikal

manusia itu. Oleh yang demikian, peraturan moral ini dibentuk untuk

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 2 / 16

menjadi identiti kumpulan dan mengawal tingkah laku manusia supaya dapat hidup dalam masyarakat yang aman, sistematik dan bertamadun.

Eeeihhh.. susahnya! Prinsip moral dengan Peraturan moral ???? Takpe… kalau baca betul-betul mesti boleh jawabnyer!!!

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 2 / 17

2.4.1 Perbezaan Peraturan Moral Dengan Peraturan Agama

Peraturan Moral • •

Peraturan Agama

Ianya tidak mempunyai buku khas yang mencatatkan dengan teratur serta jelas peraturan-peraturan yang sepatutnya diamalkan.

Agama masing-masing mempunyai peraturannya yang tercatat dalam kitabkitab. Penulisannya adalah jelas untuk diikuti.

Tidak ada kuasa yang mendorong dan ia tidak akan menimbulkan perasaan takut dan setia kerana ia melibatkan prinsip-prinsip autonomi dan altruisme.

Menyelitkan segala balasan yang mungkin menimpa penganutnya sekiranya ia melanggar peraturan.

Tidak menetapkan tempat dan waktu untuk menjalankannya.

Menetapkan tempat serta waktu sembahyang iaitu set rutinnya dan wajib diamalkan oleh setiap penganutnya.

Menjalinkan hubungan antara manusia dengan manusia.

Menjalinkan hubungan antara manusia dengan tuhan.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 2 / 18

2.4.2 Perbezaan Peraturan Moral Dengan Peraturan Undang-undang

Peraturan Moral •

Peraturan Undang-undang •

Ditentukan oleh akal atau pandangan manusia.

Diluluskan dan ditukarkan oleh parlimen yang telah mendapat kuasa daripada perlembagaan negara.

Ia merupakan satu nilai perikemanusiaan yang berdasarkan satu pernyataankelompok manusia tertentu.

Ia merupakan suatu akta yang telah diluluskan oleh parlimen akan dan dilaksanakan oelh pihak berkuasa.

Jika tidak mengikutinya, kita akan dikutuk dan diapndang hina oleh masyarakat.

Jika seseorang melanggar peraturan undang-undang, ia akan terserah kepada pertimbangan mahkamah untuk hukuman dan dendaan.

Peraturan moral adalah peraturan yang mewujudkan perkaraperkara yang baik untuk menjauhi sesuatu yang tidak baik.

Dalam undang-undang, perasaan kasih sayang, belas kasihan tidak akan dipertimbangkan.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 2 / 19

2.4.3 Perbezaan Peraturan Moral Dengan Peraturan Adat

Peraturan Moral • •

Peraturan Adat

Ianya bersifat sejagat.

Ianya hanya dipegang oleh satu-satu kelompok manusia sahaja.

Perlu dipatuhi di manamana tempat dan pada setiap masa.

Hanya perlu dipatuhi dalam masa dan tempat yang tertentu sahaja.

Sekarang anda telahpun berjaya menamatkan UNIT 2. Ooopsss…belum selesai lagi.. anda mesti menjawab semua soalan di dalam AKTIVITI 2B! Selamat menjawab!!!!!!

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 2 / 20

Mari kita buat latihan sekarang…..

AKTIVITI 2B

Sekarang mari kita uji kefahaman dan minda bersama-sama. Anda juga boleh menyemak jawapannya pada halaman berikutnya.

1.

Terdapat TIGA jenis prinsip moral iaitu : a. b. c. ……………………………………… ……………………………………… ………………………………………

2.

Tingkah laku seseorang individu terbahagi kepada DUA bahagian iaitu kemahuan dengan kesedaran dan ………………………………

3.

Huraikan perbezaan peraturan moral dengan peraturan adat. ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… …...................................................................................................................

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 2 / 21

MAKLUMBALAS

2B

Anda boleh menyemak jawapan yang diberikan.

1.

TIGA jenis prinsip moral iaitu :a. b. c. Prinsip Keadilan Prinsip Autonomi Prinsip Altruisme

2.

Tingkah laku seseorang individu terbahagi kepada DUA bahagian iaitu :a. b. Kemahuan dengan kesedaran Kemahuan tanpa kesedaran

3.

Perbezaan peraturan moral dengan peraturan adat :a. Peraturan Moral Ianya bersifat sejagat. Perlu dipatuhi di mana-mana tempat dan pada setiap masa.

b.

Peraturan Adat • • Ianya hanya dipegang oleh satu-satu kelompok manusia sahaja. Hanya perlu dipatuhi dalam masa dan tempat yang tertentu sahaja.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 2 / 22

FAKTA KUNCI

Teori – teori Moral Teori-teori moral dapat dibahagikan kepada LIMA bahagian iaitu :a. Penaakulan moral ianya bermaksud kebolehan seseorang individu berfikir secara logik terhadap sesuatu isu moral berdasarkan pertimbangan – pertimbangan moral. Di dalam masa tersebut. Emosi Moral adalah perasaan atau reaksi seseorang individu terhadap sesuatu tindakan atau pemikiran. Tingkahlaku moral ia merujuk kepada segala kelakuan dan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang individu berdasarkan nilai-nilai dan norma-norma masyarakat. Justifikasi moral ia bermakna alasan-alasan yang menjadikan sesuatu itu wajar dilakukan berdasarkan pertimbangan -pertimbangan moral. Dilema moral ia bermaksud apabila seseorang individu terpaksa membuat pilihan antara beberapa alternatif dan semua alternatif ini melibatkan nilai-nilai moral.

b.

c.

d.

e.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 2 / 23

Aliran Pemikiran Moral
Terdapat EMPAT pemikiran moral iaitu :a. Pemikiran rasionalis Ia bermakna aliran pemikiran yang menganggap taakulan sebagai yang mutlak dalam soal agama dan lain-lain.

b.

Pemikiran naturalis Naturalis ialah suatu aliran pemikiran yang berusaha untuk menggambarkan sesuatu itu dalam keadaannya yang sebenar.

c.

Pemikiran intuisionis Ia merupakan satu proses “melihat” atau “memahami” secara intelek.

d.

Pemikiran Emotivis Aliran pemikiran emotivis merujuk kepada orang yang bertindak terhadap sesuatu perkara berdasarkan kepada perasaan atau emosinya.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 2 / 24

Prinsip-prinsip Moral
Prinsip-prinsip moral terbahagi kepada TIGA bahagian iaitu :a. Prinsip Keadilan Keadilan merupakan tindakan yang saksama dan hormat menghormati di antara satu sama lain.

b.

Prinsip Autonomi Ianya merangkumi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih. Tingkah laku seseorang individu adalah hasil daripada paksaan sesuatu kuasa atasan, autoriti atau kumpulan tertentu.

c.

Prinsip Altruisme Ianya merujuk kepada sebarang tingkah laku atau pertimbangan moral yang akan melibatkan dengan orang lain.

Peraturan-peraturan Moral
Peraturan moral merupakan kajian yang dibuat berdasarkan tingkah laku manusia yang dianggap salah atau betul mengikut peraturan moral dan undang-undang yang ada dalam masyarakat.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 2 / 25

Soalan ini lebih menjurus kepada soalan bahagian A Peperiksaan Akhir

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Semoga anda maju jaya.

Arahan : Anda dikehendaki memilih SATU jawapan sahaja.

1.

Di antara berikut, yang mana satukah termasuk di dalam teori-teori moral? a. b. Pertimbangan Moral Tingkah laku Moral c. d. Keputusan Moral Pendidikan Moral

2.

Justifikasi Moral adalah a. b. c. kebolehan individu berfikir secara logik. perasaan individu terhadap sesuatu tindakan. alasan-alasan yang wajar dilakukan berdasarkan pertimbanganpertimbangan moral. d. kelakuan individu berdasarkan nilai-nilai dan norma-norma masyarakat.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 2 / 26

3.

“ Nurul Ashikin berasa amat dukacita kerana mendapat keputusan yang rendah di dalam mata pelajaran Matematik di kolejnya “. Berdasarkan situasi di atas, Nurul Ashikin dikatakan berfikiran …… a. b. Rasionalis Intuisionis c. d. Naturalis Emotivis

4.

“ Ia merupakan satu proses melihat atau memahami…..’ Kenyataan di atas menerangkan maksud a. b. Pemikiran Intuisionis Pemikiran Naturalis c. d. Pemikiran Rasionalis Pemikiran Emotivis

5.

Di antara berikut yang manakah TIDAK termasuk di dalam prinsip-prinsip moral a. b. Prinsip Autonomi Prinsip Altruisme c. d. Prinsip Penaakulan Prinsip Keadilan

Arahan : Sila isi tempat kosong di bawah.

6.

Prinsip Autonomi merangkumi …………………. dan ……………………

7.

…………………… merujuk kepada sebarang tingkah laku atau pertimbangan moral yang akan melibatkan dengan orang lain.

8.

Peraturan moral lebih menumpukan kepada tingkah laku yang dilakukan dengan …………………………. .. dan ………………………………..

9.

………………………….. menjalinkan hubungan antara manusia dengan manusia manakala ……………………….. menjalinkan hubungan tuhan.

10.

Peraturan moral bersifat sejagat manakala ……………………… hanya dipegang oleh satu-satu kelompok manusia sahaja.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 2 / 27

PENILAIAN KENDIRI
Adakah anda telah mencuba dahulu? Jika “SUDAH” , sila semak jawapan anda.

1.

a. Tingkah laku Moral

2.

c. alasan-alasan yang wajar dilakukan berdasarkan pertimbanganpertimbangan moral.

3.

c. Naturalis

4.

a. Pemikiran Intuisionis

5.

c. Prinsip Penaakulan

6.

Prinsip Autonomi merangkumi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih.

7.

Prinsip Altruisme merujuk kepada sebarang tingkah laku atau pertimbangan moral yang akan melibatkan dengan orang lain.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 2 / 28

8.

Peraturan moral lebih menumpukan kepada tingkah laku yang dilakukan dengan pengetahuan nyata dan keputusan-keputusan yang dibuat.

9.

Peraturan moral menjalinkan hubungan antara manusia dengan manusia manakala peraturan agama menjalinkan hubungan tuhan.

10.

Peraturan moral bersifat sejagat manakala peraturan adat hanya dipegang oleh satu-satu kelompok manusia sahaja.

TAHNIAH !!!!!!!!!!!! Anda telah pun berjaya menamatkan UNIT 2. Mohler kita ke UNIT 3 pula.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 3 / 1

UNIT

3
OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS

SOSIALISASI DAN PEMBENTUKAN TABIAT MORAL

Mengetahui istilah sosialisasi dan memahami pembentukan moral.

Di akhir unit ini pelajar akan dapat :◙ Mengtakrifkan istilah sosialisasi. ◙ Menerangkan norma-norma sosial. ◙ Menyatakan kawalan sosial. ◙ Menyenaraikan peranan agen-agen sosialisasi.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 3 / 2

INPUT 3AT

3.0

Pengenalan
Seorang kanak-kanak yang ingin bercampur gaul dengan kumpulan kanak-kanak yang lain akan menggunakan pelbagai kaedah untuk masuk ke dalam kumpulan tersebut. Ada sesetengah kanak-kanak akan cuba belajar mematuhi peraturan-peraturan sesuatu mainan sebelum ia dibenarkan untuk menyertainya. Sekiranya, kanak-kanak tersebut seorang yang agresif maka dia akan kerap kali disingkirkan. Proses di mana manusia mempelajari kemahiran dan sikap yang berkaitan dengan peranan sosial , mereka dikenali sebagai “sosialisasi”.

3.1

Sosialisasi
3.1.1 Takrifan Ianya merupakan suatu proses seseorang individu mempelajari

dan menerima nilai, sikap, kemahiran yang dipunyai oleh masyarakat bagi membentuk personaliti yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut.

Sosialisasi adalah proses seumur hidup. Tanpa sosialisasi seseorang individu tidak dapat berinteraksi, bekerja sebagai satu kumpulan atau melakukan kawalan diri.
MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 3 / 3

3.1.2 Tujuan Sosialisasi a. b. c. Mengajar asas-asas kehidupan dalam masyarakat. Menanamkan aspirasi-aspirasi masyarakat. Menyebarkan kemahiran-kemahiran yang penting dalam masyarakat. d. Mengajar untuk memenuhi peranan-peranan sosial.

3.1.3 Kaedah Mencapai Sosialisasi a. Seseorang individu mesti faham dengan apa yang

diharapkan daripada mereka. b. Seseorang individu mesti berusaha memenuhi kehendakkehendak masyarakat. c. Seseorang individu mesti akur dan rela mengikut peraturanperaturan masyarakat.

3.2

Norma Sosial
3.2.1 Takrifan Norma sosial merupakan kelakuan yang dimiliki oleh anggota sesuatu kumpulan tertentu. Ianya dianggap sebagai suatu garis panduan bagi anggota masyarakat yang bertingkah laku mengikut sesuatu situasi.

3.2.2 Ciri-ciri norma sosial a. Ia merupakan peraturan yang dipersetujui dan ditentukan oleh sebahagian besar ahli-ahli kumpulan atau masyarakat. b. Penerimaan dan kepatuhan kepada norma sosial amat penting bagi mewujudkan perpaduan di dalam sesuatu kelompok masyarakat.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 3 / 4

c. Contoh-contoh norma sosial ialah larangan terhadap perbuatan mencuri, membunuh, merompak dan sebagainya. d. Norma sosial akan wujud hasil daripada interaksi sosial dan ia dipelajari melalui sosialisasi dan penghayatan. e. Norma sosial akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa seiring dengan perubahan dan perkembangan sains dan teknologi. f. Tingkah laku yang tidak mematuhi norma sosial dikenali sebagai ‘lencongan’. Contohnya, sikap berterima kasih kepada ibu bapa dianggap sebagai norma manakala penderhakaan kepada ibu bapa dikatakan sebagai lencongan.

Wahai anak-anakku… Sosialisasi itu amat penting sekali kerana ia mengajar asas-asas kehidupan dalam masyarakat.

Oooohhhhh…. Itu rupanya tujuan sosialisasi. Barula den faham sekarang…

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 3 / 5

Masa untuk menjawab aktiviti……. Selamat Maju Jaya !!!!!!

AKTIVITI 3A
Mari kita menguji kefahaman anda berdasarkan soalan-soalan yang diberi di bawah ini. Anda boleh merujuk jawapannya pada halaman berikutnya :

1.

Sosialisasi adalah proses sepanjang hayat.

( Betul / Salah )

2.

Tanpa sosialisasi seseorang individu tidak dapat berinteraksi, bekerja sebagai satu kumpulan atau melakukan kawalan diri. ( Betul / Salah )

3.

Norma sosial adalah …………………………………………………………..... ……………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………

4.

Tingkah laku yang tidak mematuhi norma sosial dikenali sebagai …………………………………

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 3 / 6

MAKLUMBALAS

3A

Adakah anda telah mencuba dahulu? Jika “SUDAH” , sila semak jawapan anda :-

1.

Betul

2.

Betul

3.

Norma sosial adalah kelakuan yang dimiliki oleh anggota sesuatu kumpulan tertentu. Ianya dianggap sebagai suatu garis panduan bagi anggota masyarakat yang bertingkah laku mengikut sesuatu situasi.

4.

Tingkah laku yang tidak mematuhi norma sosial dikenali sebagai lencongan.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 3 / 7

INPUT 3BT

3.3

Kawalan Sosial

3.3.1 Ia merupakan satu cara yang digunakan oleh masyarakat atau kelompok bagi mempengaruhi tingkah laku anggota-anggotanya supaya mematuhi norma-norma dan pola-pola tingkah laku yang diterima oleh satu-satu masyarakat. 3.3.2 Kawalan sosial boleh berbentuk positif atau negatif dan kedua-dua ini mungkin bersifat formal dan tidak formal. 3.3.3 Kawalan sosial positif berasaskan motivasi positif seseorang untuk mematuhinya seperti memberi ganjaran, hadiah atau faedahfaedah lain. 3.3.4 Kawalan sosial negatif pula adalah dalam bentuk hukuman atau ketakutan terhadap hukuman. 3.3.5 Kawalan sosial formal melibatkan peraturan-peraturan, undangundang dan pelbagai badan tertentu untuk melaksanakannya seperti polis, mahkamah, penjara, hospital sakit jiwa dan pusat pemulihan akhlak. 3.3.6 Kawalan sosial tak formal merupakan pendapat umum mengenai satu-satu tingkah laku seperti teguran ataupun pujian.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 3 / 8

3.4

Peranan Agen – agen Sosialisasi

Sosialisasi bermula sejak individu itu dilahirkan dan berterusan sepanjang usianya. Seseorang itu akan mempelajari dan menerima kemahiran nilai, sikap dan peranan yang akan membentuk

personalitinya serta menyatukannya ke dalam masyarakat. Berikut adalah peranan agen –agen sosialisasi :

3.4.1 Keluarga a. Keluarga adalah agen sosialisasi yang banyak mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. b. Daripada ibu bapa, kanak-anak akan mempelajari kemahiran, sikap, norma dan nilai-nilai seperti kejujuran, amanah, rajin, bersih dan hormat-menghormati. c. Setiap ibu bapa mempunyai cara yang tersendiri untuk

mengasuh anak-anak mereka seperti bersifat garang dan autokratik, terlalu lembut atau laissez – faire dan ada juga yang bersifat demokratik. d. Saiz keluarga juga mempengaruhi sosialisasi seseorang individu kerana anak-anak dalam keluarga yang bersar mempunyai tugasan masing-masing manakala anak tunggal atau anak dalam keluarga kecil lebih dimanjakan.

3.4.2 Rakan Sebaya a. Sosialisasi melalui rakan sebaya adalah yang paling efektif kerana ia berlaku secara tidak formal dan tidak sengaja. b. Kumpulan rakan sebaya adalah kumpulan yang mengandungi individu yang biasanya mempunyai umur dan taraf yang hampir sama. c. Di dalam kumpulan rakan sebaya mereka tidak suka diganggu oleh pihak yang lebih berkuasa seperti ibu bapa atau sekolah.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 3 / 9

d. Individu itu cenderung untuk menerima pandangan, nilai dan sikap rakan-rakan sebaya kerana mahu diri mereka diterima oleh rakan-rakan sebaya mereka. e. Kesan buruk boleh berlaku apabila ahli kumpulan dikehendaki menolak nilai-nilai ibu bapa dan masyarakat serta mengikut nilai norma kumpulannya.

3.4.3 Sekolah a. Apabila kanak-kanak bersekolah, interaksinya dengan

masyarakat menjadi bertambah luas. b. Mereka akan sedar bahawa alam persekolahan mempunyai peraturan-peraturan berkelakuan baik. c. Guru-guru memainkan peranan yang penting selepas ibu bapa dalam perkembangan moral kanak-kanak. yang ketat dan memerlukannya

3.4.4 Agama a. Agama mempunyai hubungan dengan perlakuan moral. b. Agama adalah penting untuk mencapai perlakuan moral yang baik. c. Sekiranya kanak-kanak diberikan didikan agama yang kuat dan berpegang kepada keimanan, mereka tidak akan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan moral manusia. d. Agama juga dapat membentuk jiwa, moral dan akhlak yang baik serta berjiwa luhur kepada tuhan seperti yang terkandung di dalam agama Islam.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 3 / 10

3.4.5 Media Massa a. Media massa boleh meninggalkan kesan yang negatif dan positif ke atas sosialisasi seseorang. b. Ianya bergantung kepada bahan atau unsur yang didedahkan kepada mereka. c. Ibu bapa dan guru memainkan peranan yang penting di dalam mendidik anak-anak supaya mereka dapat memilih rancangan televisyen dan bahan-bahan bacaan yang baik dan sesuai untuk mereka.

Jikalau otak anda geliga seperti mentol ini… saya cabar anda untuk menjawab semua soalan di dalam AKTIVITI 3B!!!

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 3 / 11

Mari kita buat latihan sekarang…..

AKTIVITI 3B

Sekarang mari kita uji kefahaman dan minda bersama-sama. Anda juga boleh menyemak jawapannya pada halaman berikutnya.

1.

Berikan definisi kawalan sosial.

2.

Nyatakan perbezaan kawalan sosial positif dan negatif.

3.

Terdapat LIMA agen sosialisasi iaitu :a. ……………………………. b. ……………………………. c. ……………………………. d. ……………………………. e. …………………………….

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 3 / 12

MAKLUMBALAS

3B

Anda boleh menyemak jawapan yang diberikan.

1.

Kawalan sosial ialah cara yang digunakan oleh sesuatu kelompok bagi mempengaruhi tingkah laku anggota-anggotanya supaya mematuhi norma-norma dan pola-pola tingkah laku yang diterima oleh satu-satu masyarakat.

2.

Kawalan sosial positif berasaskan motivasi positif seseorang untuk mematuhinya seperti memberi ganjaran, hadiah atau faedah-faedah lain manakala kawalan sosial negatif pula adalah dalam bentuk hukuman atau ketakutan terhadap hukuman.

3.

LIMA agen sosialisasi :a. b. c. d. e. Keluarga Sekolah Rakan Sebaya Agama Media Massa

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 3 / 13

FAKTA KUNCI

Apa itu SOSIALISASI ? Proses di mana manusia mempelajari kemahiran dan sikap yang berkaitan dengan peranan sosial.

Maksud NORMA SOSIAL ? Norma sosial merupakan kelakuan yang dimiliki oleh anggota sesuatu kumpulan tertentu. Ianya dianggap sebagai suatu garis panduan bagi anggota masyarakat yang bertingkah laku mengikut sesuatu situasi.

Apakah maksud KAWALAN SOSIAL ? Kawalan sosial ialah cara yang digunakan oleh sesuatu kelompok bagi mempengaruhi tingkah laku anggota-anggotanya supaya mematuhi norma-norma dan pola-pola tingkah laku yang diterima oleh satu-satu masyarakat.

AGEN – AGEN SOSIALISASI a. Keluarga b. Sekolah c. Rakan Sebaya d. Agama e. Media Massa

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 3 / 14

Soalan ini lebih menjurus kepada soalan bahagian A Peperiksaan Akhir

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Semoga anda maju jaya.

1.

Berikut adalah tujuan proses sosialisasi KECUALI (A) (B) (C) (D) Mengajar untuk memenuhi peranan-peranan sosial. Menanamkan aspirasi-aspirasi masyarakat. Mencapai perlakuan moral yang baik. Mengajar asas-asas kehidupan dalam masyarakat.

2.

Kawalan sosial merujuk kepada (A) merupakan pendapat umum mengenai satu-satu tingkah laku seperti teguran ataupun pujian. (B) (C) bentuk hukuman atau ketakutan terhadap hukuman. cara yang digunakan oleh sesuatu kelompok bagi mempengaruhi tingkah laku anggota-anggotanya supaya mematuhi norma-norma

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 3 / 15

dan

pola-pola

tingkah

laku

yang

diterima

oleh

satu-satu

masyarakat. (D) mempelajari kemahiran nilai, sikap dan peranan yang dapat membentuk personaliti serta menyatukannya ke dalam masyarakat.

3.

Berikut adalah agen-agen sosialisasi KECUALI (A) (B) Guru Kawan karib (C) (D) Polis Televisyen

4.

Norma sosial akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa seiring dengan perubahan dan perkembangan ………………………………..

5. 6.

Kawalan sosial tak formal merupakan …………………………………………

Agama mempunyai hubungan dengan perlakuan moral. ( Betul / Salah )

7.

Media massa adalah agen sosialisasi yang banyak mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. ( Betul / Salah )

8.

Saiz keluarga juga mempengaruhi sosialisasi seseorang individu. ( Betul / Salah )

9.

Kesan positif boleh berlaku apabila ahli kumpulan menerima nilai-nilai ibu bapa dan masyarakat serta mengikut nilai norma kumpulannya. ( Betul / Salah )

10.

Apabila kanak-kanak bersekolah, menjadi kurang berkesan. ( Betul / Salah )

interaksinya dengan masyarakat

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 3 / 16

PENILAIAN KENDIRI
Adakah anda telah mencuba dahulu? Jika “SUDAH” , sila semak jawapan anda.

1. 2. 3.

C C C

4.

sains dan teknologi

5.

Kawalan sosial tak formal merupakan pendapat umum mengenai satu-satu tingkah laku seperti teguran ataupun pujian.

6. 7. 8. 9. 10.

Betul Salah Betul Betul Salah

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 4 / 1

UNIT

4
OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS

PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT DAN NEGARA

Memahami peranan individu terhadap masyarakat dan negara.

Di akhir unit ini pelajar akan dapat :◙ Menyenaraikan peranan terhadap diri sendiri, keluarga dan warga tua. ◙ Mengaitkan peranan individu dengan semangat/budaya/ cara hidup kejiranan ◙ Menerangkan budaya ikram.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 4 / 2

INPUT 4AT

4.0

Pengenalan
Menurut Kamus Dewan (DBP), individu ialah orang perseorangan atau manusia seorang diri. Bermakna setiap yang bergelar manusia ialah

individu. Oleh itu, individu mempunyai peranan dan tanggungjawab yang pelbagai, sesuai dengan fitrah semulajadi manusia itu sendiri.

4.1

Peranan terhadap diri sendiri, keluarga dan warga tua
4.1.1 Peranan terhadap diri sendiri Peranan terhadap diri sendiri, termasuklah tanggungjawab individu berkenaan kepada Tuhan dan juga dirinya. Hubungan manusia

dengan Tuhan merupakan cara bagaimana manusia itu dapat mengabdikan dirinya terhadap perintah dan larangannya. Selain itu tanggungjawab individu terhadap diri sendiri termasuklah dari aspek lahiriah dan batiniah.

Dari aspek lahiriah individu berkenaaan perlu berusaha untuk mempertingkat kemampuan dirinya termasuklah daya usaha dan penampilan diri. Manakala dari segi batiniah perlulah individu berkenaan memberikan
MZH/NAR/2005

mengisi

jiwanya dan

dengan

pengisian

yang

dapat dirinya

ketenangan

kesejahteraan

kepada

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 4 / 3

contohnya dengan penghayatan kepada agama dan ajarannya serta semangat cintakan negara.

4.1.2 Peranan terhadap keluarga. Menurut Kamus Dewan (DBP) keluarga merupakan orang yang mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain. Peranan individu terhadap keluarga mempunyai banyak cabang seperti tanggungjawab terhadap ibu bapa, seorang anak ibu

bertanggungjawab mematuhi, menghormati dan membantu bapanya.

Jika individu berkenaan seorang bapa, adalah

tanggungjawabnya untuk memberi perlindungan, nafkah, kasih sayang dan didikan kepada anak dan isterinya. Individu berkenaan bertanggungjawab dalam membentuk ahli keluarganya.

4.1.3 Peranan terhadap warga tua / warga emas Warga tua ditakrifkan sebagai mereka yang berumur 60 tahun ke atas. untuk Negara kita telah mewujudkan satu Dasar Warga Tua mewujudkan masyarakat martabat warga diri tua yang yang tinggi, sejahtera, dengan

bermaruah,mempunyai

mengoptimunkan potensi diri mereka dan menentukan mereka menikmati semua peluang di samping mendapat penjagaan dan perlindungan sebagai ahli keluarga, masyarakat dan negara. Oleh itu setiap individu adalah berperanan untuk bersama-sama menjayakan Dasar Warga Tua ini.

Kita mesti kasih mengasihani sesama makhluk di muka bumi ini

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 4 / 4

4.2

Membina semangat /budaya/ cara hidup kejiranan

4.2.1

Membina semangat di kalangan masyarakat Ianya adalah salah satu cara individu untuk menyumbang

khidmat kepada negara dengan mengambil

bahagian di dalam

apa-apa jua kegiatan yang dapat menaikkan semangat masyarakat untuk membina semangat kekitaan, semangat cintakan Negara dan semangat bersatupadu di kalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama.

4.2.2 Langkah-langkah dalam mengekalkan tradisi budaya masyarakat timur. a. Peranan sekolah Memperkenalkan budaya tradisi masyarakat timur di

peringkat awal lagi. Contohnya di peringkat sekolah rendah lagi, kanak-kanak perlulah didedahkan dengan budaya masyarakat timur, mungkin boleh dimasukkan di dalam mana-mana sukatan pelajaran. Sehinggalah mereka di

peringkat sekolah menengah hendaklah ada satu subjek tentang budaya masyarakat timur.

b.

Peranan ibubapa Ibubapa haruslah menitikberatkan budaya masyarakat timur di rumah, walaupun kehidupan kita semakin moden, budaya masyarakat timur seperti hormat-menghormati, bersopansantun saling berkerjasama haruslah dikekalkan dalam kehidupan seharian.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 4 / 5

c.

Peranan media massa Media massa berperanan penting dalam usaha

menerapkan budaya masyarakat timur di kalangan orangramai. Media massa patut memperbanyakkan ruangan-

ruangan berkaitan dengan tradisi masyarakat timur.

d.

Peranan media elektronik Media elektronik mempunyai pengaruh yang besar dalam tatacara pembentukan masyarakat akan datang. Oleh itu rancangan-rancangan yang mempunyai nilai-nilai moral

yang bercanggah dengan nilai-nilai tradisi masyarakat kita, seharusnya dikurangkan penyiarannya Perbanyakkan

rancangan-rancangan yang memperlihatkan keindahan nilai tradisi masyarakat timur.

e.

Peranan komuniti Masyarakat setempat juga mempunyai peranan dalam

pembentukan sebuah masyarakat yang berkerjasama, hormat-menghormati, saling bantu membantu dan

mengambil berat dengan persekitaran. Perasaan ini boleh dipupuk melalui aktiviti-aktiviti komuniti.

f.

Peranan kerajaan Mengadakan kempen-kempen dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan budaya. Memperkenalkan tradisi masyarakat timur ke luar, agar ia menjadi satu kebanggaan kepada rakyat. Menghalang anasir-anasir yang boleh mencemarkan nilainilai budaya masyarakat timur.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 4 / 6

g.

Peranan bukan kerajaan & badan sukarela Badan-badan selain kerajaan juga boleh memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk wang ataupun dasardasar yang dijalankan hendaklah cenderung dalam

mempertengahkan nilai tradisi masyarakat timur.

4.2.3 Langkah-langkah bagi meningkat semangat hidup kejiranan a. Peranan ibubapa Ibubapa haruslah menitikberatkan semangat berkerjasama hormat-menghormati, bersopan-santun bermula di dalam keluarga . Apabila nilai-nilai ini telah diterapkan dari rumah lagi, maka adalah mudah untuk individu tersebut apabila dapat

berada di dalam masyarakat dan seterusnya bersama-sama menaikkan semangat kejiranan.

b.

Peranan media massa Media massa berperanan penting dalam usaha

menerapkan semangat kejiranan di kalangan orang-ramai. Media massa patut memperbanyakkan ruangan-ruangan iklan berkaitan dengan nilai-nilai kejiranan.

c.

Peranan media elektronik Media elektronik mempunyai pengaruh yang besar dalam meningkatkan semangat kejiranan. Oleh itu rancanganrancangan yang mempunyai nilai-nilai moral yang

menunjukkan semangat kejiranan yang tinggi seharusnya diperbanyakkan penyiarannya. Melalui kaedah ini ia dapat memberi motivasi kepada orang ramai untuk mengamalkan semangat kejiranan ini.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 4 / 7

d.

Peranan komuniti Masyarakat setempat juga mempunyai peranan dalam

pembentukan sebuah masyarakat yang berkerjasama, hormat-menghormati, saling bantu membantu dan

mengambil berat dengan persekitaran. Perasaan ini boleh dipupuk melalui aktiviti-aktiviti komuniti.

e.

Peranan kerajaan Mengadakan kempen-kempen dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan semangat kejiranan. Contohnya memperhebatkan aktiviti rukun tetangga supaya orang ramai dapat menyertai masyarakat dalam mengawasi keselamatan tempat tinggal.

f.

Perayaan Melalui perayaan juga, semangat kejiranan dapat dipupuk. Pada waktu perayaan semangat mengadakan rumah terbuka harus ditingkatkan agar jiran-jiran yang berbilang bangsa dapat datang dan bersama-sama menikmati

suasana perayaan. Selain itu

setiap komuniti sepatutnya

meniru langkah yang diambil kerajaan sejak kebelakangan ini yang mengadakan sambutan setiap perayaan dengan besar-besaran untuk dikunjungi oleh semua orang. Apabila semangat kunjung-mengunjung ini dapat disemai, maka mudah semangat kejiranan dipertingkatkan.
Sekiranya anda berdua berjumpa dengan mana-mana orang di kawasan ini sila beri salam kepada mereka yer!!! Ingat…..orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Baikkkk cikgu !!!!!!

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 4 / 8

Masa untuk menjawab aktiviti……. Selamat Maju Jaya !!!!!!

AKTIVITI 4A
Mari kita menguji kefahaman anda berdasarkan soalan-soalan yang diberi di bawah ini. Anda boleh merujuk jawapannya pada halaman berikutnya :

1.

Peranan terhadap …………………………….. termasuklah tanggungjawab individu berkenaan kepada Tuhan dan juga dirinya.

2.

Peranan individu terhadap ……………………….. mempunyai banyak cabang seperti tanggungjawab terhadap ibu bapa, seorang anak bertanggungjawab mematuhi, menghormati dan membantu ibu bapanya.

3.

Peranan ………………, ………………, …………………., …………………., ………………., ……………… dan ……………… merupakan di antara langkah-langkah dalam mengekalkan tradisi budaya masyarakat timur.

Amacam kawan-kawan.. susah ker senang soalan ni? Kalau dah siap jom kita semak jawapan sama-sama!

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 4 / 9

MAKLUMBALAS

4A

Adakah anda telah mencuba dahulu? Jika “SUDAH” , sila semak jawapan anda :-

1.

diri sendiri

2.

ibu bapa

3.

Peranan sekolah, ibu bapa, komuniti, media massa, media elektronik, kerajaan dan badan bukan kerajaan serta sukarela.

Macam maner skang nie… betul semua tak??? Kalau ada salah.. jangan putus asa, cuba lagi dalam aktiviti 4B pula yer. SELAMAT BERJAYA!!!!

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 4 / 10

INPUT 4BT

4.3

Membina budaya ikram
4.3.1 Pengenalan Manusia dijadikan Allah S.W.T sebagai makhluk yang memerlukan pertolongan daripada manusia lain. Memberi dan menerima

pertolongan merupakan dua amalan yang lazim dilakukan bagi setiap manusia yang normal.

4.3.2 Takrifan Budaya ikram boleh diertikan sebagai satu cara hidup di mana anggota masyarakat saling menghormati, berbakti, memberi khidmat, menolong, berbuat jasa, menabur budi, melakukan kebajikan, menunjukkan rasa kasih dan belas kasihan, bertimbang rasa, dan pemurah terhadap mereka yang memerlukan

pertolongan dan bantuan. Menjaga maruah dan memelihara rahsia peribadi orang lain. Mengambil endah tentang apa yang berlaku di sekitarnya dan sentiasa sedia memberi bantuan terhadap mereka yang teraniaya. Ia melibatkan semua aspek kehidupan

bermasyarakat yang memerlukan kesediaan seseorang untuk menghulurkan bakti. Dari segi istilah lain ianya boleh diertikan

sebagai ‘budaya menolong’.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 4 / 11

4.3.3 Jenis-jenis ikram

a.

Ikram terhadap diri sendiri Adalah menjadi kewajiban manusia untuk menolong dirinya sendiri dan bukan menyerah tugas ini bulat-bulat kepada manusia lain serta semata – mata bertawakal kepada tuhan. Pergantungan yang keterlaluan kepada orang lain

merupakan satu kelemahan kerana seseorang individu dikehendaki berusaha sepenuhnya berlandaskan

kemampuan dirinya sendiri. Terdapat juga mereka yang hanya menolong dirinya sendiri sambil mengabaikan

pertolongan kepada orang lain oleh kerana sikap mementing diri yang begitu mendalam di dalam jiwanya.

b.

Ikram terhadap keluarga Individu diberikan kewajipan untuk menolong ahli

keluarganya, terutama sekali tangungjawab terhadap ibu bapa, suami atau isteri dan anak-anaknya. Namun begitu kadangkalanya terdapat individu yang menghadkan

pertolongan hanya

kepada ahli keluarganya dan enggan

menolong orang yang tidak sedarah sedaging dengannya. Mereka yang hanya mementingkan keluarga sendiri sahaja akan menghadapi masalah apabila meningkat dewasa di mana dia dikehendaki hidup dalam masyarakat yang lebih luas di mana tanggungjawabnya tidak terbatas kepada lingkungan keluarganya semata-mata.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 4 / 12

c.

Ikram terhadap masyarakat setempat Perhubungan yang erat sesama jiran sangat ditekan oleh kebanyakan masyarakat dan agama. Pengalaman

menolong di dalam konteks yang lebih luas, seperti di peringkat negara dan antarabangsa. Kadangkalanya

penekanan kepada masyarakat setempat begitu tebal sehinggakan seseorang itu enggan bertanggungjawab

kepada masyarakat yang lebih luas daripada masyarakat setempat.

d.

Ikram terhadap semua makhluk Ikram di peringkat ini perlu dipupuk di dalam masyarakat Malaysia kerana ia merupakan sebuah masyarakat majmuk dan amalan ikram seperti ini tidak bertentangan dengan ajaran agama khususnya. Di peringkat ini, pertolongan perlu diberikan berasaskan kepada hakikat bahawa segala yang ada di bumi ini adalah ciptaan tuhan yang perlu dipelihara dan dilindungi.

4.3.4 Usaha untuk meningkatkan budaya ikram

a.

Peranan keluarga Individu diberikan kewajipan sekali untuk menolong ahli

keluarganya,

terutama

tanggungjawab

terhadap Namun

ibubapa, suami atau isteri dan anak-anaknya. sesetenggah individu menolong keluarga

begitu terdorong hanya untuk sahaja tanpa memikirkan

pertolongannya kepada orang dengannya, kemungkinan

yang bukan sedarah berkenaan akan

individu

menghadapi masalah yang besar apabila

sudah dewasa

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 4 / 13

nanti, kerana pada masa itu dia dikehendaki hidup di dalam masyarakat yang lebih luas.

b.

Peranan Sekolah Memainkan peranan yang penting dalam memupuk budaya ikram di kalangan pelajarnya. Dari dalam kelas lagi budaya ikram boleh disemai, contohnya pihak sekolah boleh menggadakan pelbagai aktiviti yang melibat semangat bekerjasama di antaranya:i. Aktiviti pertandingan kelas atau sekolah tercantik dan terbersih. ii. iii. iv. Program hari terbuka Hari kitar semula Program sukan

c.

Peranan komuniti Komuniti juga merupakan satu agen yang berkesan dalam menyemaikan semangat saling berkerjasama di kalangan masyarakatnya. Komuniti haruslah memainkan peranannya sebaik mungkin untuk menjayakan budaya ikram di kalangan komunitinya. Komuniti haruslah membuat

perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk mengisi pelbagai program dan aktiviti yang berkesan untuk dijalankan di dalam komunitinya. Antaranya seperti :i. ii. iii. iv. Semangat kejiranan Kempen kebersihan kawasan persekitaran Kempen menderma Hari-hari terbuka seperti hari keluarga , sukan rakyat dan sebagainya. v. vi. Program ilmiah Perayaan- perayaan bagi setiap kaum

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 4 / 14

d.

Peranan pertubuhan-pertubuhan Pertubuhan-pertubuhan terdiri dari Pertubuhan Sukarela dan pertubuhan kerajaan juga adalah agen utama dalam mengembangkan semangat budaya ikram di kalangan rakyat Malaysia. Antaranya:i. ii. iii. Kempen budaya ikram Sumbangan – dalam bentuk wang dan sebagainya. Penganugerahan - adakan anugerah kepada manamana pihak yang bersama-sama menyokong,

membantu dan menjayakan budaya ikram. iv. Perayaan-perayaan seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas.

e.

Peranan media massa Media massa memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan sesuatu mesej kepada masyarakat dengan tujuan: i. ii. iii. Memupuk semangat. Adakan ruangan khas untuk budaya ikram. Banyakkan artikel-artikel untuk aktiviti-aktiviti

kemasyarakatan. iv. Memberikan publisiti kepada individu yang banyak berkorban secara ikhlas untuk kesejahteraan yang memberi dan

masyarakatnya. perlindungan sebagainya.

Contoh kepada

mereka anak-anak

yatim

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 4 / 15

Mari kita buat latihan sekarang…..

AKTIVITI 4B
Sekarang mari kita uji kefahaman dan minda bersama-sama. Anda juga boleh menyemak jawapannya pada halaman berikutnya :-

1.

Dari segi istilah lain, budaya ikram bermaksud ……………………..

2.

Senaraikan EMPAT jenis budaya ikram. a. b. c. d. …………………………….. …………………………….. ……………………………. …………………………….

3.

Berikan DUA contoh aktiviti yang dimainkan oleh peranan sekolah dalam usaha meningkatkan budaya sekolah. a. b. ……………………………… ………………………………

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 4 / 16

MAKLUMBALAS

4B

Anda boleh menyemak jawapan yang diberikan.

1.

‘ budaya menolong’

2.

EMPAT jenis budaya ikram : a. b. c. d. ikram terhadap diri sendiri ikram terhadap keluarga ikram terhadap masyarakat setempat ikram terhadap semua makhluk

3.

DUA contoh aktiviti : a. b. c. Hari Kitar Semula Program Sukan Aktiviti pertandingan kelas atau sekolah tercantik dan terbersih. d. Program hari terbuka

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 4 / 17

FAKTA KUNCI

Peranan terhadap diri sendiri, keluarga dan warga tua

Peranan terhadap diri sendiri Peranan terhadap diri sendiri, termasuklah tanggungjawab individu berkenaan kepada Tuhan dan juga dirinya.

Peranan terhadap keluarga. Peranan individu terhadap keluarga mempunyai banyak cabang seperti tanggungjawab terhadap ibu bapa, seorang anak bertanggungjawab mematuhi, menghormati dan membantu ibu bapanya.

Peranan terhadap warga tua / warga emas Memastikan mereka menikmati semua peluang di samping mendapat penjagaan dan perlindungan sebagai ahli keluarga, masyarakat dan negara.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 4 / 18

Membina semangat /budaya/ cara hidup kejiranan
• Membina semangat di kalangan masyarakat Ianya adalah salah satu cara individu untuk menyumbang khidmat kepada negara dengan mengambil bahagian di dalam apa-apa jua kegiatan yang dapat menaikkan semangat masyarakat. •

Langkah-langkah dalam mengekalkan tradisi budaya masyarakat timur Peranan sekolah, ibu bapa, komuniti, media massa, media elektronik, kerajaan dan badan bukan kerajaan serta sukarela.

Langkah-langkah bagi meningkat semangat hidup kejiranan Peranan ibu bapa, komuniti, media massa, media elektronik, kerajaan dan perayaan.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 4 / 19

Membina budaya ikram
• Takrif Budaya ikram boleh diertikan sebagai satu cara hidup di mana anggota masyarakat saling menghormati, berbakti, memberi khidmat, menolong, berbuat jasa, menabur budi, melakukan kebajikan, menunjukkan rasa kasih dan belas kasihan. Dalam istilah lain, budaya ikram ditakrifkan sebagai ‘budaya menolong’. •

Jenis-jenis ikram a. b. c. d. Ikram terhadap diri sendiri Ikram terhadap keluarga Ikram terhadap masyarakat setempat Ikram terhadap semua makhluk

Usaha untuk meningkatkan budaya ikram a. b. c. d. e. Peranan sekolah Peranan komuniti Peranan pertubuhan-pertubuhan Peranan media massa Peranan keluarga

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 4 / 20

Soalan ini lebih menjurus kepada soalan bahagian A Peperiksaan Akhir

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Semoga anda maju jaya.

Soalan 1

a.

Bagaimanakah caranya untuk kita membina cara hidup kejiranan.

b.

Berikan takrif budaya ikram.

Soalan 2

Kebahagiaan dan kegembiraan ibu bapa amat besar maknanya kepada kita. Apakah cara yang patut kita lakukan untuk memastikan orang tua kita sentiasa bahagia dan gembira? Bincangkan.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 4 / 21

PENILAIAN KENDIRI
Adakah anda telah mencuba dahulu? Jika “SUDAH” , sila semak jawapan anda.

Soalan 1 a. Langkah-langkah untuk kita membina cara hidup kejiranan :• Peranan Ibu bapa Ibubapa haruslah menitikberatkan semangat berkerjasama

hormat-menghormati, bersopan-santun bermula di dalam keluarga . •

Peranan media massa Media massa berperanan penting dalam semangat kejiranan di kalangan orang-ramai. usaha menerapkan

Peranan media elektronik Dengan memperbanyakkan rancangan yang mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi dapat memberi motivasi kepada orang ramai untuk mengamalkan semangat kejiranan ini.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 4 / 22

Peranan komuniti Membentuk sebuah masyarakat yang berkerjasama, hormatmenghormati, saling bantu membantu dan mengambil berat dengan persekitaran.

Peranan kerajaan Mengadakan kempen-kempen dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan semangat kejiranan.

Perayaan Pada waktu perayaan semangat mengadakan rumah terbuka harus ditingkatkan agar jiran-jiran yang berbilang bangsa dapat datang dan bersama-sama menikmati suasana perayaan.

b.

Budaya ikram boleh diertikan sebagai satu cara hidup di mana anggota khidmat, masyarakat menolong, saling berbuat menghormati, jasa, menabur berbakti, budi, memberi melakukan

kebajikan, menunjukkan rasa kasih dan belas kasihan. Dalam istilah lain, budaya ikram ditakrifkan sebagai ‘budaya menolong’.

Soalan 2 • •

Ibu bapa cuma mengharapkan kebahagiaan dan kegembiraan. Peranan individu kepada ibu bapa : a. b. c. menghargai mereka sebagai orang tua menolong kerja-kerja rumah menyumbang wang ringgit, walaupun mereka tidak meminta d. tugas murid ialah belajar hingga berjaya

Kebahagiaan akan terpancar di wajah mereka.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 1

UNIT

5
OBJEKTIF AM

KESAN KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Melahirkan generasi yang bersedia menghadapi cabaran globalisasi dan kemajuan sains serta teknologi maklumat.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini pelajar akan dapat :Mencatatkan makna kemajuan sains dan kemajuan teknologi maklumat. Menyenaraikan kebaikan dan keburukan kemajuan sains kepada manusia. Menerangkan bagaimana teknologi maklumat mengubah cara hidup kekeluargaan. Menghuraikan teknologi maklumat mengubah cara berkerja dan berinteraksi. Menulis semula cara menghadapi cabaran kemajuan teknologi maklumat dari aspek etika dan nilai masyarakat.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 2

INPUT 5AT

5.0

Pengenalan
Terlalu banyak yang perlu diperkatakan dan difikirkan serta diambil tindakan mengenai kemajuan sains dan teknologi maklumat yang sudah mula menjadi budaya dalam kehidupan masa kini. Ramai yang kadangkala seolah-olah lupa akan tanggungjawab masing-masing untuk menangani kebaikan dan keburukan kemajuan tersebut.

5.1

Takrifan
5.1.1 Kemajuan Sains

Mengikut Kamus Dewan (DBP) kemajuan bermaksud peningkatan dari banyak aspek seperti peningkatan kehidupan, ilmu dan pemikiran manusia. Sains pula adalah cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kepada kebenaran atau kenyataan semata-mata serta boleh diuji kebenarannya seperti fizik, kimia dan biologi. Kemajuan sains adalah suatu bentuk peningkatan terhadap ilmu sains itu sendiri yang berjaya menghasilkan pelbagai ciptaan sains.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 3

5.1.2 Teknologi Maklumat

Teknologi maklumat bermaksud teknologi untuk menyimpan, memproses dan menyalurkan maklumat-maklumat kepada sesiapa yang memerlukannya secara elektronik. Takrifan Kamus Dewan dan Kamus Karyanet.com ini boleh merangkumi pelbagai ciptaan seperti komputer serta perisiannya, alatan komunikasi serta internet.

5.1.3 Kesan Kemajuan Sains Dan Teknologi Maklumat

Kesan negatif dan positif kemajuan tersebut terhadap kehidupan manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar. Berbagai aspek dalam kehidupan menerima kesan baik dan buruk kemajuan ini termasuk ekonomi, pendidikan, sosial, eko-sistem, pemikiran manusia dan budaya.

KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 4

5.2

Kesan Positif Kemajuan Sains
Kesan positif yang tercetus daripada kemajuan sains terlalu banyak untuk diperbincangkan termasuklah kesan ekonomi, pendidikan dan sosial. Namun di peringkat ini ada baiknya kita membincangkan kesan yang utama terlebih dahulu.

5.2.1 Kesan Positif Dalam Bidang Ekonomi

a)

Ekonomi Individu Ekonomi individu yang suatu ketika dulu lebih bergantung kepada usaha sendiri yang terhad kini telah jauh meningkat hasil dari kemajuan sains. Kalau dahulu seorang petani bergantung kepada tenaga manusia dan kerbau kini mampu menghasilkan keuntungan berlipat ganda dengan penggunaan teknologi moden seperti mesin pembajak dan jentera penuai padi. Nelayan laut dalam boleh menggunakan sistem pengesanan jarak jauh (remote sensing) dengan kemudahan GPS (Global Positioning System) dimana mereka boleh mengesan kedudukan ikan-ikan di laut.

b)

Ekonomi Negara Kemajuan sains di negara ini telah benyak membantu membangunkan negara dalam semua aspek termasuk perdagangan dan komunikasi. Ekonomi Negara amat

bergantung kepadanya. Dari sebuah negara pertanian kita telah diiktiraf dunia sebagai negara industri. Malah sekarang kita menuju ke arah negara multimedia. Kepesatan ini melahirkan kawasan-kawasan industri termasuk industri berat seperti industri automobil. Buktinya ialah kelahiran Proton dan

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 5

Perodua

di

pasaran

automobil

dalam

negara

dan

antarabangsa.

5.2.2 Kesan Positif Dalam Bidang Pendidikan

a) Penggunaan Alat Bantuan Mengajar Penggunaan peralatan teknologi oleh guru, pensyarah dan tenaga pengajar teknikal seperti komputer, projektor LCD, kamera digital, pengimpal dan alat pengimbas, pencetak, mesin pelarik, makmal sains berkomputer membantu

menaikkan tahap pencapaian akademik pelajar samada di sekolah atau di institusi pengajian tinggi.

b) Kewujudan Sekolah Bestari Apabila kewujudan sekolah bestari menjadi kenyataan, ia membuktikan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) boleh digunakan dan diaplikasikan dalam sistem pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Maklumat dan bahan pembelajaran melalui internet banyak membantu para pelajar khususnya di institusi pengajian tinggi.

5.2.3 Kesan Positif Dalam Bidang Perubatan

Arus globalisasi yang kita turut melayarinya membuktikan betapa kemajuan sains banyak membantu kemajuan dalam bidang perubatan. Jika dahulu kanser adalah pembunuh nombor satu negara dan kehadirannya adalah menjadi suatu trauma kepada masyarakat, namun kini dengan wujudnya rawatan kanser organ secara eksplan, penyakit kanser dapat ditangani dengan mudah. Kaedah ini yang rata-ratanya menggunakan

sejenis unsur bumi iaitu Boron yang akan disuntik kepada badan

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 6

pesakit yang telah diserang oleh sel kanser. Hasilnya ialah organ kanser berkenaan akan didedahkan dengan suatu pancaran neutron pada tenaga rendah dan pelepasan Boron ke dalam partikel bertenaga tinggi akan membunuh sel barah tersebut. Pengaplikasian sains dan teknologi dalam jurusan perubatan sebenarnya telah menyelamatkan berjuta-juta nyawa manusia malahan kehadiran teknologi ini boleh menjadi penyelamat kepada nyawa insan yang sedang menanggung kesakitan.

5.2.4 Kesan Positif Dalam Bidang Aeroangkasa Sains dan teknologi juga memainkan peranan yang paling dominan dalam bidang

penjelajahan angkasa. Dengan adanya ledakan arus sains dan teknologi, pelbagai penemuan baru telah dapat ditingkatkan dengan

terciptanya satelit dan prob angkasa "Voyager 2". Bahkan dalam bidang astronomi, Voyager 2 telah membuktikan kepada para saintis dunia bahawa alam semesta ini sebenarnya bukanlah suatu ruang yang vakum tetapi ruang antara planet ini dipenuhi dengan pelbagai jenis aktiviti yang tidak dapat dikesan dari bumi. Contoh paling hebat ialah penemuan "Tompok Merah Agung" di planet Musytari sebagai lokasi persinggahan pertama Voyager 2 sekali lagi telah berjaya membongkarkan penemuanpenemuan baru dalam arena astronomi. 5.2.5 Kesan Positif Dalam Bidang Kejuruteraan Penemuan sesebuah sains Negara. boleh meningkatkan ialah imej

Contohnya

apabila

pengaplikasian fiber optik dan penggunaan bahan komposit untuk fungsi elektronik serta struktur pintar

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 7

telah mendorong sesebuah negara menaikkan imej masing-masing ke tahap negara industri. Dengan adanya fiber optik, kemampuan untuk membawa data atau maklumat dalam bentuk cahaya adalah lebih pantas dibandingkan dengan wayar kuprum. Maka tidak hairanlah seandainya penggunaan komposit matriks polimer dalam pembuatan struktur pesawat terbang, automobil, satelit, rotor helikopter dan sebagainya dalam industri gentian karbon

berasaskan bahan poliakrilonitril (PAN) semakin bertambah. Jadi, nyatalah di sini betapa penggunaan sains dan teknologi dalam kejuruteraan telah mendorong ke arah pembangunan dan

perkembangan arena berkenaan. 5.2.6 Kesan Positif Dalam Bidang Perdagangan Dan Pengangkutan Antara bidang yang dapat memanfaatkan kemajuan aeroangkasa ialah perdagangan dan pengangkutan. Satelit navigasi menerusi

teknologi GPS misalnya, kini digunakan secara efektif di Lembah Kelang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memantau pergerakan teksi-teksi yang memberi perkhidmatan kepada para pelanggan KLIA. Dengan bantuan Intelligent Vehicles System (IVS), kenderaan pintar berkenaan boleh dikesan dan dihubungi dengan mudah. Sistem ini juga telah digunakan ke atas kenderaan-kenderaan sewa untuk memantau pergerakannya. 5.2.7 Kesan Positif Dalam Bidang Geografi Kajian dan ramalan cuaca dapat dibuat secara lebih efektif dan tepat melalui kemudahan satelit pengesanan jarak jauh. Sebarang bentuk bencana

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 8

alam seperti ribut taufan, gempa bumi dan hujan lebat dapat dikesan lebih awal. Dengan itu, langkah segera untuk

mengelakkan sebarang tragedi seperti tsunami dapat diambil. . 5.2.8 Kesan Positif Dalam Bidang Pertahanan Kemajuan teknologi maklumat pula membantu memudahkan tentera pengawal sesebuah negara berhubung dengan ibu pejabatnya. Peralatan senjata yang canggih membantu

menguatkan lagi pertahanan dan keselamatan sesebuah negara. Kemudahan satelit navigasi akan membantu kerja-kerja memantau keselamatan negara dengan lebih berkesan. Oleh kerana perairan negara kita merangkumi kawasan yang luas serta mengandungi banyak pulau maka pemantauan menerusi sistem satelit adalah suatu kaedah yang paling baik. Oleh yang demikian, sistem pemantauan melalui satelit secara berterusan akan membantu mengesan pencerobohan dan juga kegiatan jenayah penyeludupan di kawasan berkenaan. 5.2.9 Kesan Positif Kepada Sistem Komunikasi Dalam bidang aeroangkasa satelit memainkan peranan penting kerana ia menyumbang kepada kepantasan dan ketepatan maklumat dihantar. Dalam bidang telekomunikasi sekali lagi satelit memberikan sumbangan besar apabila peristiwa yang berlaku jutaan batu jauhnya boleh disampaikan dalam beberapa minit sahaja.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 9

5.3

Kesan Negatif Kemajuan Sains
5.3.1 Kesan Negatif Terhadap Personaliti Individu Kehadiran arus sains dan teknologi maklumat sebenarnya turut mengundang keburukannya yang tersendiri seperti mewujudkan sekelompok masyarakat yang malas berusaha. Seandainya

difikirkan dengan mentaliti yang lebih terkehadapan, persekitaran ini wujud apabila pengaplikasian teknologi dalam setiap sektor berada pada tahap yang maksimum. Maka sudah pastilah akan lahir individu yang tidak berdaya saing kerana curahan tenaga yang diberikan terhadap sesuatu produktiviti adalah tidak secara menyeluruh. Dengan itu, sudah pastilah mutu dan kualiti produk yang terhasil akan berada pada paras yang rendah. Maka apabila hal ini telah menular ke setiap individu di sesuatu kawasan, sudah semestinya akan terpupuklah suatu "penyakit" baru dikalangan ahli masyarakat yang tidak mengenal erti serius dalam mengendalikan sesuatu hal kerana hidup mereka sentiasa dibantu oleh ruang lingkup sains dan teknologi yang begitu sofistikated. 5.3.2 Kesan Negatif Terhadap Penyimpangan Sosial Kehadiran dunia sains dan teknologi turut menjadi salah satu faktor utama ke arah penularan fenomena penyimpangan sosial (social deviancy) khususnya di kalangan remaja. Apabila aliran maklumat yang tidak terkawal dalam dunia yang sedang dilanda arus globalisasi ini, sudah pasti kebebasan yang dimiliki oleh remaja untuk mengakses maklumat-maklumat tertentu adalah secara total, lebih-lebih lagi situasi ini hanya dipandang sebelah mata sahaja oleh golongan ibu bapa. Paling membimbangkan ialah apabila remaja ini melayari laman-laman web lucah, pornografi dan sebagainya, maka lama-kelamaan akan timbullah satu keinginan

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 10

yang kuat dalam diri masing-masing untuk mencuba pengalaman baru berkenaan. Apabila hal ini berlaku, mereka pastinya akan cuba mengadaptasikan semua pengalaman berkenaan sesama sendiri dan sekali gus hal ini boleh mendorong kepada masalah kemelut moral kendiri. 5.3.3 Kesan Negatif Terhadap Akhlak Dan Moral Budaya internet telah berkembang ekoran majunya sains teknologi dan sains komputer. Ia sudahpun kita terima sebagai suatu ilmu yang diperlukan mengikut peredaran zaman tidak mampu untuk disekat lagi. Dunia tanpa sempadan ini telah membentuk peribadi anggota masyarakat kita terutamanya remaja sehingga lahirlah golongan yang tiada kekuatan dan kekebalan peribadi dalaman yang kukuh. Keadaan semakin bertambah tenat apabila dalaman diri individu itu tidak diasaskan kepada iman, taqwa, ilmu, aqal, akhlak mulia dan amal soleh. 5.3.4 Kesan Negatif Terhadap Keamanan Sejagat Penduduk dunia seolah-olah sudah tidak merasa apa-apa lagi apabila mendengar tentang peperangan, keganasan dan

penindasan di mana-mana. Negara-negara besar terus menindas negara-negara kecil dalam bentuk tekanan ekonomi. Sedar atau tidak, segala kekusutan dan kezaliman ini disumbangkan oleh kemajuan sains yang semakin hari semakin canggih peralatan senjata dicipta melaluinya. Contohnya senjata nuklear, senjata kimia dan peralatan navigasi seperti radar yang bukan sahaja boleh melihat rahsia yang tersimpan dalam negara lain malah boleh melihat terus ke dalam rumah penduduk negara berkenaan.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 11

5.3.5 Ancaman Global Teknologi Maklumat a) Penggodam Komputer Sememangnya diakui bahawa

teknologi maklumat akan memberi bentuk baru kepada corak kehidupan manusia. maklumat Melalui secara penyebaran besar-besaran

sudah tentu akan membawa kita ke suatu peradaban elektronik. Di

samping banyak kebaikan sistem ini terdapat banyak juga ancaman melaluinya. Antara ancaman yang dihadapi oleh pengguna teknologi maklumat itu sendiri ialah fenomena penggodam komputer atau 'hackers'. Terdapat golongan yang menjalankan aktiviti ini bertujuan untuk menceroboh sistem rangkaian komputer lain dan mencuri maklumat atau data penting. Ini terbukti kerana menurut satu laporan, terdapat seorang pelajar kolej di Texas telah dikenakan tindakan undang-undang setelah terlibat dalam aktiviti menggodam dengan menceroboh sistem komputer Texas dan mencuri maklumat peribadi pelajar, fakulti dan kakitangan dari universiti berkenaan. b) Pengganas Dan Sindiket Dadah Zaman maklumat semakin menghapuskan zaman perindustrian dan zaman pertanian. Pengganas dan juga sindiket pengedaran dadah memperalatkan teknologi maklumat untuk kegunaannya. Pembekal dadah boleh menggunakan sistem rangkaian internet untuk berurusan dengan pengedar dadah yang lain untuk mengadakan pertemuan melalui kod-kod rahsia. Jadi keadaan ini sudah tentu tidak dapat dihalang oleh pihak berwajib kerana
MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 12

mereka tidak dapat mengenalpasti tempat perjumpaan tersebut dengan tepat. c) Jenayah Tradisional Teknologi secanggih internet ini telah digunakan untuk

melaksanakan pelbagai jenayah tradisional seperti memeras ugut, menipu, menyebarkan bahan lucah dan juga mencuri nombor kad kredit. Walaupun nampak seolah-olah jenayah tradisional ini tersangat kecil tetapi kesannya boleh membawa kepada kehancuran sistem bermasyarakat dan bernegara.

Kalau anda semua sudah faham…. Apa kata kita buat AKTIVITI 5A !!!

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 13

Masa untuk menjawab aktiviti……. Selamat Maju Jaya !!!!!!

AKTIVITI 5A
Pelajar-pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan-kumpulan ini dinamakan Kumpulan Selesa dan Kumpulan Gelisah. Mereka dikehendaki berkumpul mengikut kumpulan selama 15 minit untuk membincangkan hujah yang akan diutarakan wakil mereka mengenai satu pernyatan yang berbunyi:

‘KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI LEBIH BANYAK KEBAIKAN DAN KEBURUKANNYA KEPADA DUNIA.’

Kumpulan Selesa akan menyokong pernyataan tersebut dan Kumpulan Gelisah akan menyangkal. Semua ahli kumpulan digalakkan mengambil bahagian. Masa perdebatan diberi hanya 30 minit.

Selepas perdebatan semua pelajar dikehendaki menulis semula hujah-hujah yang diberi dalam bentuk esei 300 perkataan

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 14

MAKLUMBALAS

5A

Adakah anda telah mencuba dahulu? Jika “SUDAH” , sila semak jawapan anda :-

Kebaikan Sains dan Teknologi Kepada Dunia

BIDANG Perubatan Perdagangan

KEBAIKAN Menyelesaikan banyak masalah penyakit . Penggunaan peralatan canggih menguruskan perniagaan. Membantu keupayaan manusia menjelajah angkasa dan planet lain. Ciptaan teknologi membantu menambahkan kepesatan aktiviti ekonomi seperti pengangkutan. Penggunaan Alat Bantu Mengajar di institusi pendidikan menghasilkan pengajaran berkesan. Ciptaan senjata canggih untuk mempertahankan negara. Penggunaan radar dan satelit untuk kajian dan ramalan cuaca.

KEBURUKAN Ramai salahgunakan ubat seperti pil khayal. Menggunakan komputer untuk menipu dalam urusniaga. Penggunaan satelit angkasa untuk pengintipan negara lain.

Aeroangkasa

Ekonomi

Pendidikan

Pertahanan

Kuasa besar dunia mengambil kesempatan mengganas dan menindas negara miskin dan merebut kekayaan negara kaya yang lain.

Geografi

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 15

BIDANG Komunikasi

KEBAIKAN Mempercepatkan komunikasi antara sesama manusia walaupun berada jauh berjuta kilometer. Membantu pembangunan infrastruktur. Digunakan oleh pengedar dadah dan penjanayah lain. Membantu menjaga keselamatan negara. Ada peralatan sains yang membantu menyampaikan ilmu dan menyedarkan mereka yang akhlaknya rosak. Gejala sosial seperti bunuh, rogol, perlakuan sumbang dan peras ugut akibat dari dorongan dalam filem-filem jenayah. Manusia menjadi malas dan tidak berdayasaing.

KEBURUKAN Menggunakan alat komunikasi untuk tujuan pengintipan.

Kejuruteraan Jenayah

Keamanan

Tercipta alat senjata yang berteknologi terkini untuk digunakan oleh penjenayah. Dunia tidak aman hasil dari ciptaan sains seperti senjata kimia. Remaja menyalahgunakan alatan sains dengan tujuan untuk berhibur semata-mata. Membantu menyatupadukan rakyat berbilang kaum melalui kempen di media elektronik. Ilmu untuk kerohanian dan pembangunan diri dalam media elektronik.

Akhlak

Sosial

Personaliti

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 16

INPUT 5BT

5.4

Teknologi Maklumat Mengubah Cara Hidup Kekeluargaan
5.4.1 Komunikasi Dan Interaksi Kerukunan keluarga bergantung banyak kepada keberkesanan komunikasi sesama ahli keluarga. Hari ini kerukunan tersebut sukar untuk direalisasikan kerana masing-masing lebih terikat dengan komputer dan internet. Bapa sibuk dengan melayari internet untuk kerjayanya sementara anak-anak sibuk juga melayari internet bermain ‘game’ atau berchit-chat dengan kawan. Akibatnya ialah interaksi sesama ahli keluarga berkurang yang akhirnya

menimbulkan pra sangka sesama sendiri. Seorang anak boleh berkomunikasi dengan ibu bapanya melalui telefon bimbit

menggunakan ‘bahasa SMS’ 5.4.2 Kemesraan Akibat terpengaruh dengan budaya barat yang diperolehi dari internet kemesraan sudah tidak wujud dalam keluarga. Adakalanya bahasa yang digunakan kasar dan tidak mengambilkira sensitiviti ahli keluarga yang lain. Akibatnya tiada lagi kesopanan dan kesusilaan. Dalam mengejar impian masing-masing ahli keluarga

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 17

susah untuk duduk semeja makan atau berbincang. Anak-anak terpaksa mencari jalan keluar untuk melepaskan rasa bosannya. 5.4.3 Kehidupan Beragama Kemurnian dan kebahagiaan yang dikecapi manusia berkeluarga banyak dibantu oleh kefahaman agama masing-masing. Namun kemajuan teknologi maklumat menyebabkan pegangan kepada agama menjadi amat longgar. Terlalu banyak fahaman anti agama dan pemikiran bebas (free thinker) dalam internet menyebabkan ramai manusia lari dari agama. Akhirnya mereka kecundang dalam kehancuran peradaban dan kepercayaan. Melalui internet banyak pihak cuba memesongkan akidah manusia dari agama masingmasing. 5.4.4 Keperluan Semulajadi Individu Dalam Keluarga Dunia perkomputeran, teknologi maklumat dan internet juga sudah tentu boleh membuat seseorang menjadi ketagih. Ini kerana mereka semua mampu melayan segala macam keperluan yang diidami setiap individu, dari keperluan naluri seksual, mental, emosi dan intelek sehinggalah keperluan spiritual. Mereka umpama sahabat dan rakan kepada mereka. Kajian yang dijalankan oleh Netaddiction.com mendapati ada lima kategori bahan kandungan dunia siber yang berisiko tinggi menyebabkan ketagihan seperti berikut: a) Ketagihan seks siber – cenderung melawati laman web porno, chatting room berkaitan seks dan lain-lain b) Ketagihan hubungan siber – keinginan yang kuat untuk berhubung sama ada melalui email, chatting, diskusi dan sebagainya

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 18

c)

Ketagihan maklumat – mudah dipengaruhi oleh laman-laman web berunsur ehwal semasa, pencarian maklumat dan pengkalan data

d)

Ketagihan

komputer

terpengaruh

dengan

peralatan

teknologi perkomputeran, ciri-ciri komputer cip dan kad, sistem bunyi dan lain-lain e) Ketagihan permainan komputer – mudah lalai akibat taksub bermain permainan komputer sehingga sukar berhenti 5.4.5 Pembaziran Masa Keluarga Terdapat kajian yang berjaya membuktikan bahawa

kebergantungan kepada komputer dan internet memberi kesan kepada kegagalan mengurus masa. Contohnya ialah kita lebih banyak menghabiskan masa di depan komputer berbanding biasa atau melebihi keperluan penggunaan yang sewajarnya. Ini adalah satu bentuk pembaziran masa. Sedangkan banyak soal lain yang boleh diuruskan seperti ekonomi keluarga dan pendidikan. 5.4.6 Peranan Individu Dalam Keluarga Masa untuk melayari internet semakin bertambah dan menjejaskan peranan sebagai seorang individu dalam keluarga. Implikasinya ialah masing-masing hidup bersendirian dalam sebuah keluarga yang penghuninya lebih dari seorang. Ibu dan bapa akan gagal menjalankan tanggungjawab mereka yang sepatutnya. Anak-anak pula tidak tahu apa peranannya dalam keluarga kerana baginya internet lebih penting dari ibu bapanya sendiri.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 19

5.4.7 Hubungan Dengan Orang Lain Adakalanya penggunaan internet boleh mengakibatkan kemarahan atau gangguan kepada orang lain seperti ibu bapa, suami atau isteri dan boleh menyebabkan pertengkaran. Kemarahan ini boleh membawa kepada penyakit mental dan pergaduhan serta

hubungan yang negatif dengan orang lain. Remaja contohnya, adakalanya mereka langsung tiada ruang untuk bersama rakan sebaya akibat leka dengan internet. 5.4.8 Perubahan Gaya Hidup Berkeluarga Budaya komputer ini adalah budaya cepat dan tepat. Kemunculan teknologi maklumat beserta dengan internet ini juga telah banyak merubah cara hidup manusia. Sistem perhubungan bertambah mudah dan cepat, pembangunan keluarga bertambah cepat, sistem pendidikan keluarga bertambah canggih, malah cara manusia berinteraksi sesamanya juga turut berubah. Dunia sekarang seolah-olah kelihatan bertambah kecil, di mana

perhubungan tidak ada lagi batas sempadannya.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 20

5.4.9 Pendedahan Kepada Maklumat Positif Berbagai ilmu dan maklumat diperolehi melalui internet. Dunia tanpa sempadan ini rupa-rupanya memberi impak positif juga kepada anak-anak. Melaluinya ahli keluarga akan sentiasa peka dan sedar akan bahaya dadah, AIDS, arak, rokok dan pergaulan bebas. Program e-Kesihatan dan e-Kerohanian adalah contoh

positif yang membantu anak-anak khususnya remaja.

5.5

Teknologi Maklumat Mengubah Etika/Nilai Masyarakat
5.5.1 Nilai Perpaduan Apabila kehidupan manusia disandarkan kepada kemajuan

teknologi maklumat kelihatan nilai-nilai tradisi sudah kian luput. Penggunaan internet menyebabkan manusia dirangsang oleh peristiwa yang berlaku di merata dunia. Rangsangan yang paling merbahaya ialah apabila kita dengan mudah didedahkan dengan cerita peperangan dan keganasan. Manusia menjadi berpuak-puak dan saling mencerca puak yang lain. Tiga puluh tahun dahulu masyarakat boleh melihat pelajar sekolah berbangsa Cina, Melayu dan India ziarah-menziarahi sesama mereka di setiap hari perayaan. Hari ini rasa perpaduan itu sudah sangat berkurang. Dalam hal ini, internet tidak banyak membantu mereka. 5.5.2 Nilai Agama Semua bangsa di negara ini mempunyai agama atau anutan masing-masing. Semua agama mengajar penganutnya perkaraperkara positif termasuk soal amalan harian, berinteraksi,

keikhlasan, kemanusiaan dan beribadah kepada Tuhan. Sejauh

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 21

mana internet membantu nilai murni ini? Sebenarnya terdapat laman-laman web yang memberi maklumat agama dan peringatanperingatan kepada penganutnya. Di sebalik cerita gembira tentang manusia, rupa-rupanya lebih banyak maklumat dalam komputer yang memesongkan kita daripada kepercayaan masing-masing. 5.5.3 Nilai Budaya Nilai budaya yang cantik dan menarik kita warisi dari nenek moyang. Masyarakat negara ini dikenali dengan kesopanan, kesantunan, menghormati sesama sendiri dan mewarisi pakaian kebudayaan atau tradisi berbagai kaum. Di celah-celah

kebanggaan kita itu dapat kita lihat remaja di jalanan yang rakus, berpakaian selekeh dan koyak-rabak, berambut ala-remaja barat dan bergaul lelaki dan perempuan tanpa batasan. Rasa malu sudah kian hilang sehingga ada yang sanggup bercumbuan di khalayak ramai. Ketagihan internet adalah sebahagian dari faktor menyebabkan mereka menjadi demikian. 5.5.4 Nilai Pendidikan Internet membuka peluang untuk kita membangunkan diri kerana melaluinya kita boleh meningkatkan kemahiran diri dan tahap pendidikan yang kita miliki. Siapa saja termasuk suri rumah boleh meningkatkan tahap pendidikan melalui internet. Menggunakan ‘Online Direct Learning’ (ODL) kita boleh belajar sampai ke tahap ijazah dan sarjana. Di negara ini ia dikenali sebagai Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Melalui kaedah ini pelajar berinteraksi terus melalui e.mel dan Tele-Sidang (tele-conference) dengan pensyarah atau tutornya.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 22

5.5.5 Nilai Patriotik Cintakan bangsa, agama dan tanah air adalah nilai patriotik yang sepatutnya ada pada setiap warganegara. Dari satu sudut, teknologi maklumat membantu meningkat nilai patriotik di kalangan pelayar internet. Ini kerana terdapat laman-laman web yang khusus dibina untuk tujuan tersebut. Dari sudut yang lain pula internet membawa jauh pelayarnya dari nila-nilai patriotik. Terdapat web yang menghasut kita bencikan negara sendiri sambil

mengagungkan budaya luar. 5.5.6 Nilai Kemanusiaan Melalui internet remaja khususnya belajar untuk tidak menghormati orang lain lebih-lebih lagi kalau mereka dari kaum lain. Terlalu banyak dipaparkan kehidupan manusia yang hilang jatidirinya dan hancur nilai kemanusiaannya dalam internet. Kehidupan remaja liar di barat menjadi model kepada sebahagian besar remaja negara ini. Rasa kesukarelawan (volunteerism) semakin pudar. Hormat kepada orang yang lebih tua sudah tidak penting kepada sesetengah pihak dalam dunia siber ini.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 23

5.6

Teknologi Maklumat Mengubah Cara Bekerja Dan Berinteraksi
5.6.1 Tumpuan Kepada Pekerjaan Masa untuk melayari internet semakin banyak dan ia sebenarnya menjejaskan prestasi kerja seorang pekerja. Tumpuan kepada tugas yang diberikan majikan kadang kala gagal dilaksanakan bukan kerana kekurangan masa tetapi terlalu banyak digunakan untuk melayari internet. Apabila tumpuan tidak dapat diberi secara serius hasil kerja sudah tentu mengecewakan dan menjejaskan tahap produktiviti. 5.6.2 Kerajinan Bekerja Tidak dapat dinafikan teknologi maklumat banyak membantu bidang kerjaya dalam semua sudut. Tetapi apabila sebuah organisasi menggunakan sepenuhnya kecanggihan teknologi ini ia akan menyebabkan pekerja jadi malas. Seorang pengawal keselamatan tidak perlu lagi berjalan di sekitar tempat jagaannya tetapi duduk di bilik kawalan sahaja kerana pengguna ‘close circuit television’ (CCTV). 5.6.3 Penggunaan Masa Komputer banyak membantu dalam berbagai bidang diproses kerjaya. dengan Maklumat sangat diterima pantas. dan Ini

menjimatkan penggunaan masa. Sebahagian masa yang masih ada boleh digunakan untuk tugas lain yang diberikan majikan.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 24

5.6.4 Komunikasi Dalam organisasi pekerjaan seorang pekerja terpaksa

berkomunikasi dengan rakan sekerja atau pihak lain. Di suatu ketika ia berkomunikasi dengan rakan sejawatnya. Di waktu lain ia berkomunikasi dengan pegawai atasannya. Di waktu lain pula ia berinteraksi dengan pekerja bawahannya. Dari sudut positifnya maklumat atau perbincangan yang diberikan oleh pakar-pakar komunikasi melalui internet membantu pekerja tersebut

memperbaiki amalan komunikasinya. Dilihat dari sudut negatifnya pula pekerja mudah leka dengan komputer samada untuk mencari maklumat atau bermain mainan komputer (computer games) dan situasi demikian menyebabkan wujud jurang yang jauh antara seorang pekerja dengan yang lain. Halangan komunikasi juga berlaku antara pekerja dengan majikan. Kepercayaan majikan terhadapnya akan terjejas. Kemesraan sesama pekerja hilang dan manisnya bekerja tidak dapat dikecapi. 5.6.5 Perolehan Maklumat Sejajar pekerjaan dengan pengembangan pekerjaan

masakini,

berkemahiran rendah dan pekerjaan berkemahiran memerlukan maklumat tinggi kemahiran tinggi dan sama-sama teknologi terkini. Dalam lain perkataan,

yang

masyarakat maklumat (information society) yang maju boleh mewujudkan budaya kerja yang lebih profesional dan mempunyai kompetensi yang sentiasa meningkat. Kerjaya yang melibatkan transaksi niaga antarabangsa contohnya memerlukan bekalan maklumat yang cepat dan terkini. Antaranya ialah maklumat mengenai matawang dunia, perubahan teknologi, peluang

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 25

pelaburan di luar negara, eksport dan import, percukaian dan bekalan tenaga buruh.

5.7

Kesimpulan
Dapatlah disimpulkan bahawa kehadiran dan perkembangan sains dan teknologi maklumat sebenarnya amat bermanfaat kepada semua jenis sektor tetapi pada masa yang sama dapat mengundang pelbagai implikasi buruk khusus kepada sesebuah negara, malahan kesannya akan lebih ketara dalam dunia sejagat. Apabila kewujudan sains dan teknologi maklumat tidak dimanipulasikan sebaik mungkin, sudah pastilah khalayak ramai akan menuding jari dan menyalahtafsirkan kehadiran arus ini sebagai pemusnah tamadun sesebuah bangsa akibat tercetusnya beberapa masalah dan ancaman baru sains dan teknologi maklumat yang sukar dibendung. Oleh itu, setiap individu wajar menggembeleng tenaga untuk mengaplikasikan kehadiran sains dan teknologi maklumat secara terkawal untuk melahirkan negara yang maju lebih-lebih lagi dengan adanya teknologi ICT (Information And Communication Technology).

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 26

Mari kita buat latihan sekarang…..

AKTIVITI 5B
Arahan : Sila jawab SEMUA soalan di bawah.

1.

Huraikan DUA keperluan semulajadi manusia yang boleh dipenuhi melalui akses kepada internet tetapi sering disalahgunakan oleh pelayar internet.

a) b)

……………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………

2.

Berikan pendapat anda mengenai peranan teknologi maklumat membantu menanamkan nilai pendidikan dalam masyarakat. ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………

3.

Berikan DUA cadangan bagaimana untuk mengelakkan penyalahgunaan penggunaan internet dan komputer.

a) ………………………………………………………………………………… b) …………………………………………………………………………………

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 27

MAKLUMBALAS

5B

Anda boleh menyemak jawapan yang diberikan.

1.

Huraikan DUA keperluan semulajadi manusia yang boleh dipenuhi melalui akses kepada internet tetapi sering disalahgunakan oleh pelayar internet. a) Keperluan seks. Komputer disalahgunakan dengan mengakses laman-laman lucah yang membawa natijah tidak sihat kepada individu dan masyarakat b) Keperluan spiritual. Internet dilayari dan tidak dapat lari dari pendedahan berani mengenai nilai-nilai kehidupan barat yang jahat.

2.

Berikan pendapat anda mengenai peranan teknologi maklumat membantu menanamkan nilai pendidikan dalam masyarakat. Sejak dari usia anak kecil lagi individu boleh menimba ilmu dari internet hinggalah ke peringkat ijazah kerana internet penuh dengan ilmu pengetahuan.

3.

Berikan cadangan anda bagaimana untuk mengelakkan penyalahgunaan penggunaan internet dan komputer. a) b) Tambahkan ilmu kerohanian dalam diri Rancang sebelum menggunakan internet supaya tidak terpesong.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 28

FAKTA KUNCI

TOPIK Kemajuan Sains

KENYATAAN Kemajuan sains adalah peningkatan terhadap ilmu sains itu sendiri yang berjaya menghasilkan pelbagai ciptaan sains. Menyimpan, memproses dan menyalurkan maklumat-maklumat kepada sesiapa yang memerlukannya secara elektronik. Kesan negatif dan positif kemajuan tersebut terhadap kehidupan.

Teknologi Maklumat Kesan Kemajuan Sains Dan Teknologi Maklumat

Kesan Positif Kemajuan Sains

Kemajuan sains memberikan banyak impak positif kepada kehidupan manusia termasuklah bidangbidang seperti ekonomi, pendidikan, perubatan, aeroangkasa, kejuruteraan, perdagangan, pengangkutan, geografi, pertahanan dan sistem komunikasi. Kemajuan sains juga memberi impak negatif kepada kehidupan manusia yang menyentuh perkara-perkara seperti personality individu, penyimpangan sosial, akhlak, moral, kerohanian, keamanan sejagat dan pembangunan. Terdapat juga ancaman global teknologi maklumat yang sukar dikawal.

Kesan Negatif Kemajuan Sains

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 29

TOPIK

KENYATAAN Cara hidup kekeluargaan berubah dengan begitu cepat hasil daripada kemajuan teknologi maklumat. Perubahan ini berbentuk positif dan negative. Antaranya ialah dalam aspek berikut:

Teknologi Maklumat Mengubah Cara Hidup Kekeluargaan

• • • • • • • •

Komunikasi Dan Interaksi Kemesraan Kehidupan Beragama Keperluan Semulajadi Individu Dalam Keluarga Pembaziran Masa Keluarga Peranan Individu Dalam Keluarga Hubungan Dengan Orang Lain Perubahan Gaya Hidup Berkeluarga Pendedahan Kepada Maklumat Positif

Teknologi Maklumat Mengubah Etika/Nilai Masyarakat

Etika dan nilai masyarakat juga turut berubah akibat kemajuan teknologi maklumat. Contohnya nilai perpaduan dimana manusia sudah tidak cukup masa untuk bermasyarakat dan perpaduan tergugat akibat leka dengan komputer dan internet. Selain nilai perpaduan juga turut berubah ialah Nilai Agama, Nilai Budaya, Nilai Pendidikan, Nilai Patriotik dan Nilai Kemanusiaan. Di suatu sudut teknologi maklumat mengubah budaya bekerja kea rah yang lebih baik seperti kepantasan menerima dan menghantar maklumat dan menimbulkan rajin bekerja dengan alatan canggih. Dari sudut lain pula ia menanamkan gaya bekerja negatif seperti pengurusan masa yang terganggu dan perolehan pelbagai maklumat yang tidak terkawal.

Teknologi Maklumat Mengubah Cara Bekerja Dan Berinteraksi

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 30

Fikirkan, bincangkan dan berikan respons anda secara berkumpulan.

Pelajar-pelajar dibahagikan kepada empat kelompok perbincangan. Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan soalan-soalan di bawah ini dan menyerahkan hasil perbincangan kepada pensyarah untuk diberikan penilaian.

Cuba berikan respon anda kepada soalan-soalan berikut:-

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kemajuan sains dan teknologi maklumat?

2. Senaraikan TIGA kebaikan dan TIGA keburukan kemajuan sains.

3. Dalam keadaan bagaimanakah kemajuan teknologi maklumat boleh merosakkan remaja masakini?

4. Berikan pendapat anda mengenai LIMA cara untuk meningkatkan kualiti kerja menggunakan kemudahan komputer dan internet.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 31

PENILAIAN KENDIRI
Adakah anda telah mencuba dahulu? Jika “SUDAH” , sila semak jawapan anda.

1.

Kemajuan sains adalah peningkatan terhadap ilmu sains itu sendiri yang berjaya menghasilkan pelbagai ciptaan sains manakala teknologi maklumat membawa maksud menyimpan, memproses dan menyalurkan maklumat-maklumat kepada sesiapa yang

memerlukannya secara elektronik.

2.

Kemajuan sains memberikan banyak impak positif kepada kehidupan manusia termasuklah bidang-bidang seperti ekonomi, pendidikan, perubatan, aeroangkasa, kejuruteraan, perdagangan, pengangkutan, geografi, pertahanan dan sistem komunikasi.

Kemajuan sains juga memberi impak negatif kepada kehidupan manusia yang menyentuh perkara-perkara seperti personaliti

individu, penyimpangan sosial (social deviancy), akhlak, moral, kerohanian, keamanan sejagat dan pembangunan. Terdapat juga ancaman global teknologi maklumat yang sukar dikawal.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 5 / 32

3.

Remaja ini melayari laman-laman web lucah, pornografi dan sebagainya, maka lama-kelamaan akan timbullah satu keinginan yang kuat dalam diri masing-masing untuk mencuba pengalaman baru berkenaan. Apabila hal ini berlaku, mereka pastinya akan cuba mengadaptasikan semua pengalaman berkenaan sesama sendiri dan sekali gus hal ini boleh mendorong kepada masalah kemelut moral kendiri.

4.

Jawapan daripada pelajar adalah bebas.

SYABAS para pelajar sekalian. Anda semua telah menamatkan UNIT 5 dengan jayanya! Selesai sudah unit ini, apa kata kita pergi ke UNIT 6 pula.

Jomler kita belajar pula di UNIT 6…

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 6 / 1

UNIT

6
OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS

PEMBINAAN SAHSIAH DAN SOSIALISASI MASYARAKAT KONDUSIF

Membina sahsiah dan sosialisasi pelajar-pelajar supaya dapat menyesuaikan diri dan membantu membentuk sebuah masyarakat yang kondusif.

Di akhir unit ini pelajar-pelajar dapat: Memahami maksud sahsiah. Memahami maksud sosialisi. Mengetahui maksud masyarakat yang kondusif. Memahami faktor-faktor yang membantu kepada pembinaan sahsiah sebuah masyarakat yang kondusif. Bersama anggota masyarakat menggunakan pendekatan terbaik bagi melaksanakan proses pembinaan sahsiah masyarakat. Memahami faktor-faktor yang membantu kepada pembinaan sosialisasi sebuah masyarakat yang kondusif. Memahami dan mampu bersama anggota masyarakat menggunakan kaedah dan perlaksanaan yang betul dalam pembinaan sosialisasi masyarakat yang kondusif.
MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 6 / 2

INPUT 6AT

6.0

Pengenalan
Kesejahteraan sebuah komuniti bergantung kepada banyak faktor. Antara faktor yang akan menentukan tercetusnya kesejahteraan tersebut ialah keberkesanan proses pembangunan sahsiah dan sosialisasi anggota komuniti berkenaan. Kegagalan proses ini akan menyaksikan berbagai bentuk penyimpangan sosial berlaku dan kehancuran peribadi, budaya dan agama. Natijahnya nanti ialah suatu kehidupan masyarakat yang tidak lagi kondusif.

6.1

Takrifan
6.1.1 Sahsiah Sahsiah bermakna peribadi atau personaliti. Ia merujuk kepada petunjuk yang mencirikan peribadi orang berkenaan. Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu yang membezakannya daripada orang lain. Sifat sahsiah merangkumi gaya hidup, kepercayaan, harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak seseorang.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 6 / 3

6.1.2 Sosialisasi Satu proses dimana manusia mempelajari kemahiran dan sikap yang berkaitan dengan peranan sosial mereka termasuklah menghayati norma dan nilai masyarakat. Nilai ialah tanggapan mengenai apa yang baik atau buruk dalam sesebuah masyarakat. Norma ialah kelakuan standard yang dikongsi oleh ahli-ahli kumpulan.

6.1.3 Masyarakat Kondusif Sekelompok manusia yang hidup dalam satu komuniti yang mempunyai persekitaran, pemikiran, budaya, penghayatan

kerohanian dan aktiviti kehidupan yang selamat, sejahtera, bermoral, bersih dan sihat dari segi mental, fizikal, sahsiah, emosi dan rohani.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 6 / 4

Masa untuk menjawab aktiviti……. Selamat Maju Jaya !!!!!!

AKTIVITI 6A

Sekarang mari kita uji kefahaman dan minda bersama-sama. Anda juga boleh menyemak jawapannya pada halaman berikutnya. 1. Berikut ialah takrifan istilah sahsiah. Isikan tempat-tempat kosong dengan perkataan atau frasa yang relevan mengenainya. Anda boleh memilih frasa-frasa berikut jika perlu iaitu:

Watak budi pekerti

peribadi sifat personaliti

gaya hidup kepercayaan

tabiat nilai

Sahsiah bermakna …………………….. atau personaliti. Ia merujuk kepada traits yang mencirikan peribadi orang berkenaan. Peribadi menggambarkan ……………………… yang membezakannya daripada orang lain. Sifat sahsiah merangkum …………………..., motif, pemikiran,

……………………,

harapan,

………………………,

perasaan, ………………………, persepsi, ……………………., sikap dan ……………………….. seseorang.

2.

Senaraikan EMPAT ciri masyarakat yang tidak kondusif.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 6 / 5

a. ……………………………………………………............. b. …………………………………………………………….. c. …………………………………………………………….. d. …………………………………………………………….

Kalau anda sudah selesai menjawab kesemua soalan di atas, apa kata kita semak semula jawapan anda di dalam MAKLUMBALAS 6A!!!

MZH/NAR/2005

MAKLUMBALAS

6A

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 6 / 6

Mari kita menguji kefahaman anda berdasarkan soalan-soalan yang diberi di bawah ini. Anda boleh merujuk jawapannya pada halaman berikutnya : 1. Takrifan istilah Sahsiah Sahsiah bermakna peribadi atau personaliti. Ia merujuk kepada traits yang mencirikan peribadi orang berkenaan. Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu yang membezakannya daripada orang lain. Sifat sahsiah merangkum gaya hidup, kepercayaan, harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak seseorang. 2. Ciri-ciri masyarakat yang tidak kondusif :a. Berpemikiran sempit b. Kurang penghayatan kerohanian c. Tidak bermoral d. Persekitaran yang membosankan

MZH/NAR/2005

INPUT

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 6 / 7

6.2

Pembinaan Sahsiah Masyarakat Kondusif
6.2.1 Faktor-faktor Yang Membantu Kepada Pembinaan Sahsiah Masyarakat

a.

Budaya Semua kaum di negara ini mempunyai amalan kebudayaan masing-masing yang kesemuanya menjurus kepada

pembinaan sahsiah kaumnya. Kembali kepada amalan budaya yang murni seperti bertegur sapa, bersopan santun, menghormati kaum lain, semangat kolektif di kalangan ahli masyarakat berbilang kaum akan membantu membina semula sahsiah masyarakat yang baik

b.

Agama Semua agama mengajar umatnya hidup beretika dan mempunyai sahsiah yang tinggi. Kejayaan mengamalkan ajaran agama masing-masing akan membantu pembinaan sahsiah. Contohnya agama Islam mengajar umatnya supaya membaca doa sebelum makan. Begitu juga agama Kristian,

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 6 / 8

Hindu dan Budha mengajarkan nilai yang sama kepada penganutnya.

c.

Ilmu Pengetahuan Rendahnya ilmu pengetahuan atau longgarnya pengamalan ilmu yang dipelajari di sekolah menyebabkan masyarakat tidak bersahsiah. Oleh itu penimbaan ilmu pengetahuan setinggi yang boleh merupakan langkah terbaik sebagai usaha membina sahsiah masyarakat. Hanya ilmu

pengetahuan yang dapat membezakan anggota masyarakat yang bersahsiah atau sebaliknya.

d.

Pendidikan Tidak Formal Selain ilmu pengetahuan yang diterima secara formal di sekolah pendidikan tidak formal seperti di rumah dan dalam masyarakat itu sendiri memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah sebuah masyarakat. Di rumah ibu bapa serta adik beradik boleh membantu membina sahsiah sesama mereka.

e.

Keperihatinan Anggota Masyarakat Sering kita dengar orang berkata, “Dia tu bukan anak aku. Kalau aku tegur nanti melenting ibubapanya”. Kata-kata yang negatif seperti itu adalah gambaran kebimbangan anggota masyarakat untuk menegur anak-anak jirannya sendiri dengan tujuan untuk membantu atau menasihat. Ini membuktikan peranan jiran dan pemimpin masyarakat juga sangat diperlukan dalam usaha membina sahsiah

masyarakat.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 6 / 9

6.2.2 Strategi Dan Metodologi Pembinaan Sahsiah Masyarakat Kondusif

a.

Program Kejiranan Melalui program kejiranan seperti gotong royong, merayakan bersama perayaan agama dan kawalan keselamatan secara tidak langsung dapat membantu membina sahsiah yang baik bagi kelompok komuniti berkenaan.

b.

Kempen Terdapat berbagai kempen pernah dianjurkan pihak

kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) supaya sahsiah yang baik terbina dalam masyarakat. Contohnya kempen yang baru sahaja dilaksanakan iaitu Kempen Berbudi Bahasa. Penglibatan semua agensi kerajaan, sebahagian pihak swasta dan NGO melalui berbagai media seperti televisyen, akhbar, majalah, risalah, sekolah dan institusi pendidikan yang lain telah sedikit sebanyak menyedarkan semula masyarakat bahawa sahsiah berbudi bahasa itu penting dan boleh melahirkan masyarakat yang kondusif.

c.

Program Anjuran Institusi Keagamaan Pendekatan keagamaan boleh juga membantu usaha murni ini. Institusi keagamaan seperti Kesatuan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), The Malaysian Roman Catholic Society dan The Hindu Service Sangam boleh mendidik penganut agama masingmasing supaya meningkatkan sahsiah diri

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 6 / 10

d.

Program Sukan Dan Riadah Berbagai program sukan dan riadah boleh dianjurkan berbagai pihak seperti Persatuan Rumah Pangsa, Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK), Jawatan Kuasa

Kemajuan Felda dan Jawatan Kuasa Pengurusan Estet. Disamping bersukan seperti sukaneka, futsal, badminton dan senamrobik nilai-nilai murni boleh dipupuk seperti perpaduan dan kejiranan.

e.

Ceramah Dan Bengkel Ceramah, bengkel dan seminar boleh digunakan sebagai media menyampaikan input-input pembinaan sahsiah

masyarakat. Berbagai pihak seharusnya terlibat termasuklah sekolah, institusi pengajian tinggi, pemimpin masyarakat dan institusi agama. Tajuk-tajuk berkaitan undang-undang,

semangat kerjasama, menghormati warga emas, menjaga kebersihan tempat awam dan bahaya dadah dan AIDS adalah sebahagian tajuk yang perlu diberi keutamaan.

Anda dikehendaki menjawab semua soalan di dalam AKTIVITI 6B. Sila buat sekarang juga!!!

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 6 / 11

Masa untuk menjawab aktiviti……. Selamat Maju Jaya !!!!!!

AKTIVITI 6B

Sekarang mari kita uji kefahaman dan minda bersama-sama. Anda juga boleh menyemak jawapannya pada halaman berikutnya.

1. Berikut ialah LIMA kenyataan berkenaan faktor-faktor yang boleh membantu pembinaan sahsiah masyarakat kondusif. Isikan kotak kosong di sebelah kenyataan tersebut. (Kotak yang pertama telah diisi sebagai contoh.)

Kenyataan Pendidikan di rumah dan dalam masyarakat itu sendiri memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah sebuah masyarakat. Kejayaan mengamalkan ajaran agama masing-masing akan membantu pembinaan sahsiah. Sering kita dengar orang berkata, “Dia tu bukan anak aku. Kalau aku tegur nanti melenting ibubapanya”. Kembali kepada amalan budaya yang murni seperti bertegur sapa, bersopan santun, menghormati kaum lain dan semangat kolektif. Rendahnya ilmu pengetahuan atau longgarnya pengamalan ilmu yang dipelajari di sekolah menyebabkan masyarakat tidak bersahsiah

Faktor Pendidikan Tidak Formal

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 6 / 12

2. Nyatakan TIGA program yang boleh dianjurkan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti untuk membantu membina sahsiah komuniti setempat. a. ………………………………………………………. b. ………………………………………………………. c. ………………………………………………………..

Okay….sekarang mari kita semak semula jawapan anda di muka surat sebelah.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 6 / 13

MAKLUMBALAS

6B

Anda boleh menyemak jawapan yang diberikan.

1. Berikut ialah LIMA kenyataan berkenaan faktor-faktor yang boleh membantu pembinaan sahsiah masyarakat kondusif.

Kenyataan Pendidikan di rumah dan dalam masyarakat itu sendiri memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah sebuah masyarakat. Kejayaan mengamalkan ajaran agama masing-masing akan membantu pembinaan sahsiah. Sering kita dengar orang berkata, “Dia tu bukan anak aku. Kalau aku tegur nanti melenting ibubapanya”. Kembali kepada amalan budaya yang murni seperti bertegur sapa, bersopan santun, menghormati kaum lain dan semangat kolektif. Rendahnya ilmu pengetahuan atau longgarnya pengamalan ilmu yang dipelajari di sekolah menyebabkan masyarakat tidak bersahsiah

Faktor Pendidikan Tidak Formal Agama Keperihatinan Anggota Masyarakat Budaya Ilmu Pengetahuan

2. Nyatakan TIGA program yang boleh dianjurkan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti untuk membantu membina sahsiah komuniti setempat. a. b. c. Sukan Rakyat Ceramah Perpaduan Kempen Budi Bahasa

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 6 / 14

INPUT 6C

6.3

Pembinaan Sosialisasi Masyarakat Kondusif
6.3.1 Faktor-faktor Yang Membantu Kepada Pembinaan Sosialisasi Masyarakat

a. Keluarga Lazimnya seorang ibu atau bapa akan mendidik anaknya sejak dari bayi. Sebagai anggota masyarakat anaknya akan membawa nilainilai yang dipelajarinya ke tengah masyarakat dan terbinalah sosialisasi masyarakat tersebut seperti sikap, kemahiran, norma dan nilai-nilai seperti kejujuran, amanah, rajin, bersih dan hormatmenghormati.

b. Rakan Sebaya Individu sanggup mengorbankan nilai yang diterima dari ibubapa dan menerima cara hidup yang diterima dari rakan sebaya. Akhirnya individu tersebut bersama kumpulan rakan sebayanya akan membentuk satu rupa baru sosialisasi masyarakatnya.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 6 / 15

c. Institusi Pendidikan Bentuk sosialisasi masyarakat boleh bermula di sekolah rendah dan menengah kerana apa yang mereka dapat di sekolah itulah yang sepatutnya menjadi amalan di tengah masyarakat. Contohnya mematuhi masa dan undang-undang serta berinteraksi secara sopan di hadapan orang dewasa.

d. Media Massa Radio, televisyen, akhbar, majalah, komik, buku cerita dan internet adalah sebahagian daripada agen pembentukan sosialisasi

masyarakat. Kesannya amat ketara sehingga ada pengguna media massa berubah cara hidupnya sehingga meninggalkan normanorma murni yang sedia ada.

e. Status Sosioekonomi Kajian yang dibuat oleh Kohn (1969) menunjukkan sosialisasi masyarakat berbeza kerana berbeza status sosioekonominya. Masyarakat pertengahan berbeza dari segi pertuturan, gaya pergaulan dan komunikasinya dibandingkan dengan masyarakat atasan.

f. Perbezaan Kebudayaan Pemikiran dan tingkahlaku manusia yang diwarisi dari generasi terdahulu berubah mengikut perubahan masa dan kebudayaan sesuatu kaum itu. Budaya orang barat membuktikan mereka tidak menghalang pergaulan bebas lelaki dan perempuan berbanding orang timur yang lebih berpegang kepada ajaran agama.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 6 / 16

6.3.2 Kaedah Dan Perlaksanaan Proses Pembinaan Sosialisasi Masyarakat

a. Kaedah Pelaziman (Conditioning) Sosialisasi masyarakat terbentuk bermula dari pembentukan sosialisasi individu. Seorang individu lahir ke dunia dalam keadaan pasif. Seterusnya sosialisasinya dibentuk oleh

persekitaran, ibubapanya dan pendidikan. Demikianlah juga masyarakat, dibentuk sosialisasinya melalui budaya dan adat resam kaumnya yang seterusnya menjadi satu kelaziman.

b. Kaedah Imitasi/Identitifikasi (Imitation/Identification) Anggota komuniti tertentu biasanya terikut-ikut dengan model komuniti lain dalam dan luar negara. Peniruan ini berlaku dalam berbagai bentuk termasuklah tingkahlaku, cara bercakap dan berpakaian serta cara pergaulan. Jika tidak dibendung

sosialisasi masyarakat barat akan jadi idola masyarakat setempat dan hilanglah budaya sendiri.

c. Kesedaran Dalaman (Internalization/Learning To Cope) Proses sosialisasi akan lebih berkesan jika proses itu berlaku akibat kesedaran dalaman mesyarakat itu sendiri. Masyarakat menyedari bahawa norma, nilai dan tingkahlaku memiliki makna tertentu bagi masyarakatnya. Contohnya keperluan kepada hidup beragama.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 6 / 17

d. Penerapan Ilmu Proses sosialisasi boleh dibantu oleh aktiviti pembudayaan ilmu melalui institusi pendidikan seperti sekolah. Kesedaran tentang pentingnya pendidikan suatu masa dahulu berbeza dengan sekarang dimana setiap individu dalam masyarakat merasakan ianya penting untuk kelangsungan hidup (survival)

e. Penstrukturan Semula Perlu ada pihak-pihak tertentu membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) mengenai bentuk sosialisasi masyarakat yang jauh meninggalkan tatabudaya tradisi yang harmonis. Hasil dari kajian tersebut perlu dirancang usaha menstrukturkan semula amalan sosialisasi masyarakat. Contohnya kaedah berkomunikasi, berhubung, bergaul, bergiat dalam komuniti dan mengamalkan ajaran agama.

AKTIVITI 6C

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 6 / 18

Masa untuk menjawab aktiviti……. Selamat Maju Jaya !!!!!!

AKTIVITI 6C

Sekarang mari kita uji kefahaman dan minda bersama-sama. Anda juga boleh menyemak jawapannya pada halaman berikutnya. 1. Berikut ialah faktor yang membantu proses pembinaan sosialisasi masyarakat. Tandakan ( / ) jika bersetuju dan ( X ) jika tidak bersetuju dalam kotak dihujung setiap kenyataan. Bil 1 2 Kenyataan Proses sosialisasi melalui pendidikan bermula di instiusi pengajian tinggi Hasil dari penyelidikan usaha boleh dirancang untuk menstrukturkan semula amalan sosialisasi masyarakat. Anak-anak akan membawa nilai-nilai yang dipelajarinya di rumah ke tengah masyarakat dan terbinalah sosialisasi masyarakat tersenut seperti sikap dan kemahiran. Kajian yang dibuat oleh Kohn (1969) menunjukkan sosialisasi masyarakat tidak berbeza walaupun status sosioekonominya berbeza. Internet adalah sebahagian daripada agen pembentuk sosialisasi masyarakat. Setuju Tidak Setuju

3

4

5

2.

Berikan contoh program yang boleh dilaksanakan menggunakan kaedah atau pendekatan di bawah ini. a. Penerapan Ilmu b. Penstrukturan Semula

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 6 / 19

MAKLUMBALAS

6C

Anda boleh menyemak jawapan yang diberikan. 1. Berikut ialah faktor yang membantu proses pembinaan sosialisasi masyarakat. Bil 1 2 Kenyataan Proses sosialisasi melalui pendidikan bermula di instiusi pengajian tinggi Hasil dari penyelidikan usaha boleh dirancang untuk menstrukturkan semula amalan sosialisasi masyarakat. Anak-anak akan membawa nilai-nilai yang dipelajarinya di rumah ke tengah masyarakat dan terbinalah sosialisasi masyarakat tersenut seperti sikap dan kemahiran. Kajian yang dibuat oleh Kohn (1969) menunjukkan sosialisasi masyarakat tidak berbeza walaupun status sosioekonominya berbeza. Internet adalah sebahagian daripada agen pembentuk sosialisasi masyarakat. Setuju (/) Tidak (X) X

/

3

/

4

X

5

/

2.

Contoh program yang boleh dilaksanakan menggunakan kaedah atau pendekatan di bawah. a. Penerapan Ilmu Kempen Masyarakat Bersatupadu di sekolah.

b. Penstrukturan Semula Ceramah dan seminar di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi dan kampung-kampung.
MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 6 / 20

FAKTA KUNCI
Sahsiah merujuk kepada petunjuk yang mencirikan peribadi orang berkenaan. Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu yang membezakannya daripada orang lain. Sifat sahsiah merangkum gaya hidup, kepercayaan, harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak seseorang. Sosialisasi ialah proses dimana manusia mempelajari kemahiran dan sikap yang berkaitan dengan peranan sosial mereka termasuklah menghayati norma dan nilai masyarakat. Masyarakat kondusif ialah sekelompok manusia yang hidup dalam satu komuniti yang mempunyai persekitaran, pemikiran, budaya, penghayatan kerohanian dan aktiviti kehidupan yang selamat, sejahtera, bermoral, bersih dan sihat dari segi mental, fizikal, sahsiah, emosi dan rohani.

PEMBINAAN SAHSIAH MASYARAKAT KONDUSIF

Agama Pendidikan Tak Formal
FAKTOR PEMBANTU

Budaya Ilmu Pengetahuan

Keperihatinan Masyarakat

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 6 / 21

PEMBINAAN SAHSIAH MASYARAKAT KONDUSIF Kempen dan Pameran Program Kejiranan

STRATEGI DAN METODOLOGI

Program Keagamaan Ceramah dan Bengkel

Sukan dan Riadah

MEDIA MASSA INSTITUSI PENDIDIKAN FAKTOR PEMBANTU KELUARGA STATUS SOSIOEKONOMI

PEMBINAAN SOSIALISASI MASYARAKAT KONDUSIF
KAEDAH DAN PERLAKSANAAN

RAKAN SEBAYA PELAZIMAN KESEDARAN DALAMAN IMITASI PENSTRUKTURAN PENERAPAN ILMU

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 6 / 22

Soalan ini lebih menjurus kepada soalan bahagian B Peperiksaan Akhir

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Semoga anda maju jaya.

1. Perbahasan bertajuk ‘Membina masyarakat yang kondusif lebih bergantung kepada peranan kerajaan daripada peranan individu dalam masyarakat’.

2.

Jawab soalan di bawah dan serahkan jawapan kepada pensyarah untuk diberi penilaian. a) Berikan definisi sahsiah dan masyarakat kondusif.

b) Senaraikan TIGA faktor yang boleh membantu pembinaan sahsiah sesebuah masyarakat.

c) Senaraikan TIGA kaedah atau metodologi yang boleh dilakukan oleh masyarakat sendiri untuk meningkatkan sosialisasi mereka.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 6 / 23

PENILAIAN KENDIRI
Adakah anda telah mencuba dahulu? Jika “SUDAH” , sila semak jawapan anda.

Soalan 1 Perbahasan bertajuk ‘Membina masyarakat yang kondusif lebih

bergantung kepada peranan kerajaan daripada peranan individu dalam masyarakat’

Isi Pencadang :-

1. Prasarana atau persekitaran yang cantik dan ceria dibina oleh Kerajaan.

2. Kempen yang lebih berkesan ialah melalui media kepunyaan Kerajaan.

3. Kerajaan yang memperuntukkan wang untuk pembinaan kawasan perumahan dan kampung kondusif.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 6 / 24

4. Kementerian Pelajaran bertanggungjawab memasukkan perkaraperkara mengenai masyarakat kondusif ke dalam sukatan pelajaran berkenaan di sekolah dan institusi pengajian lain.

5. Berbagai seminar dan bengkel adalah tanggungjawab kerajaan menganjurkannya bukan oleh individu.

Isi Pembangkang :-

1. Apa jua bentuk aktiviti mestilah dilaksanakan oleh kelompok individu walaupun kerajaan membiayainya.

2. Sahsiah dan sosialisasi masyarakat tidak akan berubah kalau individu dalam masyarakat itu sendiri tiada kesedaran dalaman untuk berubah.

3. Amalan

keagamaan

bukan

tanggungjawab

kerajaan

merealisasikannya tetapi diri individu itu sendiri.

4. Untuk menjayakan sesuatu kempen perlulah dengan anggota masyarakat itu sendiri.

5. Masyarakat yang kondusif hanya boleh diwujudkan apabila setiap warga komuniti itu mempunyai semangat kolektif untuk

menjayakannya.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 6 / 25

Soalan 2

a.

Sahsiah ialah peribadi atau pernaliti yang menggambarkan sifat personaliti individu yang membezakannya daripada orang lain.

Masyarakat kondusif ialah sekelompok manusia yang hidup dalam satu komuniti yang mempunyai persekitaran, pemikiran, budaya, penghayatan kerohanian dan aktiviti kehidupan yang selamat, sejahtera, bermoral, bersih dan sihat dari segi mental, fizikal, sahsiah, emosi dan rohani.

b.

TIGA faktor yang boleh membantu pembinaan sahsiah sesebuah masyarakat :i. ii. iii. agama budaya ilmu pengetahuan

c.

TIGA kaedah atau metodologi yang boleh dilakukan oleh masyarakat sendiri untuk meningkatkan sosialisasi mereka ialah :i. ii. iii. kesedaran dalaman imitasi penerapan ilmu

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 1

UNIT

7
OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini pelajar-pelajar dapat:

PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA

Mengetahui metodologi dan prosedur membentuk sebuah keluarga bahagia.

Mentakrifkan maksud perkahwinan dan kekeluargaan. Mentakrifkan maksud kebahagiaan dan kerukunan keluarga. Menyenaraikan ciri-ciri sebuah keluarga yang bahagia. Menyatakan kebaikan keluarga bahagia. Menulis semula pembentukan anak-anak dalam keluarga. Menyatakan peranan anak-anak dalam keluarga. Mengenalpasti implikasi keluarga yang porak peranda.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 2

INPUT 7AT

7.0

Pengenalan
Kegagalan memainkan peranan di tengah masyarakat yang lebih besar menyebabkan masyarakat itu berhadapan dengan pelbagai isu yang menggugat keamanan dan kestabilan. Adalah menjadi tugas setiap anggota masyarakat untuk memahami peranan masing-masing agar terbentuk keluarga bahagia. Institusi keluarga adalah agen prima atau teras kepada pembentuk sebuah masyarakat yang unggul dan cemerlang.

7.1

Takrifan

7.1.1 Perkahwinan adalah satu proses penyatuan antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Penyatuan ini adalah secara sah mengikut perundangan agama dan sivil. Ia juga merupakan penyatuan dua keluarga yang biasanya tiada pertalian

kekeluargaan. Perkahwinan bertujuan untuk menjaga nama baik agama dan moral kehidupan serta menjaga maruah keluarga dan masyarakat. Setiap perkahwinan akan melahirkan satu institusi kekeluargaan yang baru. Institusi ini akan menjadi sebahagian daripada komponen komuniti. Ia akan secara langsung atau tidak langsung bertanggungjawab ke atas keluarganya sendiri dan

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 3

bertanggungjawab serta berperanan kepada komuniti di mana ia berada 7.1.2 Keluarga Keluarga ialah sekelompok kecil manusia yang dijalinkan oleh keturunan yang sama yang terbentuk hasil daripada perkahwinan. Keluarga biasa dianggotai oleh suami, isteri dan anak-anak. Terdapat anggota keluarga terjalin melalui pertalian darah dan ada yang tidak atau saudara angkat. 7.1.3 Bahagia Bahagia ditakrifkan sebagai satu suasana atau situasi yang aman, sentosa, selesa dan kondusif. Ia meliputi dalaman diri individu atau kelompok dan juga persekitaran dalaman dan persekitaran luaran. Ia digambar secara aplikasi tingkahlaku atau pernyataan secara lisan atau secara melihat natijahnya.

7.1.4 Pembentukan Keluarga Bahagia Pembentukan keluarga bahagia

ialah satu proses membina secara terancang sebuah keluarga yang kondusif, aman, makmur dan

sejahtera melalui pelbagai metodologi termasuk pendekatan agama, budaya, etika, pendidikan tidak formal dan pendidikan formal.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 4

Masa untuk menjawab aktiviti……. Selamat Maju Jaya !!!!!!

AKTIVITI 7A
1. Apakah yang dimaksudkan dengan perkahwinan.

……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………

2. Keluarga boleh ditakrifkan sebagai ……………………………...................... ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………

3. Apakah matlamat sebenar pembentukan sebuah keluarga bahagia.

…………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 5

MAKLUMBALAS

7A

Mari kita menguji kefahaman anda berdasarkan soalan-soalan yang diberi di bawah ini. Anda boleh merujuk jawapannya pada halaman berikutnya :

1. Perkahwinan adalah satu proses penyatuan antara seorang lelaki dan
seorang perempuan secara sah mengikut perundangan agama dan sivil di samping penyatuan dua keluarga yang biasanya tiada pertalian kekeluargaan

2. Keluarga ialah sekelompok kecil manusia yang dijalinkan oleh
keturunan yang sama yang terbentuk hasil daripada perkahwinan.

3. Pembentukan keluarga bahagia bertujuan membina secara terancang
sebuah keluarga yang kondusif, aman, makmur dan sejahtera melalui pelbagai metodologi termasuk pendekatan agama, budaya, etika, pendidikan tidak formal dan pendidikan formal.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 6

INPUT 7BT

7.2

Ciri-Ciri Keluarga Bahagia
7.2.1 Keluarga Yang Berilmu Ibu bapa perlu bertanggungjawab sepenuhnya bagi mempastikan seluruh anggota keluarga menerima ilmu keduniaan dan

keakhiratan yang cukup. Ia akan membantu keluarga bahagia kerana orang yang berilmu sentiasa berada dalam keadaan rasional walaupun dalam tertekan.

7.2.2 Keluarga Berkasih Sayang Kasih sayang mampu dilahirkan melalui tingkahlaku, perhatian, pengorbanan dan persefahaman di kalangan ahli keluarga dan ini membantu memahami. menjadikan keluarga tersebut ceria dan saling

7.2.3 Pengurusan Keluarga Secara Kolektif Apabila semua ahli keluarga termasuk ibu, bapa dan anak-anak bersama menguruskan keluarga ia akan menjadi sesuatu yang indah dan menyeronokkan. Antara petua yang perlu difikirkan ialah:

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 7

a) b) c) d) e)

Bahagikan tugas mengikut minat masing-masing Lakukan bersama-sama kerja-kerja di rumah Elakkan mengkritik antara satu sama lain. Elakkan paksaan dalam menyempurnakan tugas. Menganggap kerja rumah bukan satu bebanan.

7.2.4 Bijak Menangani Masalah Masalah akan jadi halangan, cabaran dan dugaan untuk membina keluarga bahagia. Kebijaksanaan menangani masalah akan membantu pembinaan keluarga bahagia. Banyak pendekatan atau kaedah boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam keluarga antaranya kaedah sumbangsaran (brainstorming), diskusi terpimpin dan menggunakan sistem syura.

7.2.5 Keluarga Bertanggungjawab Bertanggungjawab di sini bermaksud bertanggungjawab kepada diri sendiri selaku ahli keluarga, bertanggungjawab kepada ibu dan bapa bagi anak-anak, bertanggungjawab kepada anak-anak bagi ibu bapa dan bertanggungjawab kepada keluarga dan kepada Tuhan bagi semua ahli keluarga.

7.2.6 Penghijrahan Dalam konteks ini penghijrahan bermaksud berubah dari satu keadaan yang tidak bahagia kepada keadaan yang lebih bahagia. Keadaan yang tidak aman, tenteram dan kondusif kepada yang lebih aman, tenteram dan kondusif melalui perancangan yang rapi dan muhasabah diri.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 8

7.2.7 Tolak Ansur Dalam Kepimpinan Bapa dan ibu selaku pemimpin keluarga perlu ada tolak ansur dalam apa jua arahan dan usaha yang dilakukan dalam rumahtangga. Pendekatan demokrasi dalam keluarga adalah yang terbaik disamping pendekatan keagamaan. Perlulah ada sekalisekala ‘budibicara’ atau ‘empowerment’ digunakan.

7.2.8 Persekitaran Kondusif Suasana persekitaran yang kondusif perlu diwujudkan supaya anak-anak terutamanya berminat untuk sentiasa berada di rumah. Ini termasuklah dalam rumah yang cantik, kemas dan selesa serta luaran rumah yang menarik dan menenangkan fikiran dengan lanskap yang terancang.

7.2.9 Fleksibiliti Dalam Peranan Sering timbul masalah apabila seorang menganggap dia sahaja yang betul kerana dia adalah bapa. Adakalanya bapa perlu menurunkan egonya ke tahap sama dengan anak-anak.

Adakalanya pula anak boleh melakukan apa yang ibu, bapa atau abang dan kakaknya lakukan seperti membenarkan memberi pandangan.

7.2.10 Komunikasi Berkesan Semua ahli keluarga perlu ada kemahiran komunikasi yang tinggi agar tidak timbul benteng pemisah antara ibubapa dan anak-anak. Komunikasi asertif adalah yang terbaik bukan komunikasi agresif atau pasif.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 9

Masa untuk menjawab aktiviti……. Selamat Maju Jaya !!!!!!

AKTIVITI 7B

Sekarang mari kita uji kefahaman dan minda bersama-sama. Anda juga boleh menyemak jawapannya pada halaman berikutnya.

Soalan 1

Bahagikan kelas kepada dua kumpulan. Wujudkan satu perdebatan dalam bilik kuliah. Tajuk berkaitan dengan faktor kepada kegagalan mewujudkan sebuah keluarga bahagia. Kumpulan pertama menegakkan pendapat bahawa

kegagalan tersebut berpunca daripada faktor dalam keluarga itu sendiri. Kumpulan kedua menegakkan pendapat bahawa kegagalan tersebut adalah akibat faktor luaran.

Moh kiter BERDEBAT weiiiihhhh……

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 10

MAKLUMBALAS

7B

Anda boleh menyemak jawapan yang diberikan.

Soalan 1

Punca kegagalan membina sebuah keluarga bahagia :a. Faktor Dalaman • • • • • • • Tidak mementingkan ilmu dalam keluarga. Tidak kasih sayang sesama ahli keluarga. Pengurusan keluarga tidak secara kolektif. Tidak bijak menangani masalah. Tiada rasa bertanggungjawab sebagai ahli keluarga. Tiada tolak ansur dalam urusan keluarga. Amalan komunikasi dalam interaksi yang tidak berkesan.

b.

Faktor Luaran • • • • • • Pengaruh media massa yang membawa kepada kehancuran institusi kekeluargaan. Pengaruh negatif rakan sebaya yang gagal dibendung. Persekitaran rumah yang tidak kondusif. Prasarana yang dipenuhi pusat-pusat hiburan. Tarikan yang lebih menarik di luar rumah. Cabaran taraf kehidupan yang bersaing di luar rumah.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 11

INPUT 7C

7.3

Kebaikan Keluarga Bahagia
Apabila seorang perempuan yang akan bergelar isteri menerima lamaran perkahwinan daripada seorang lelaki yang bakal bergelar suami di hadapan seorang jurunikah dan disahkan oleh saksi-saksi di hadapan seluruh sanak saudara dan rakan taulan, apa sebenarnya yang terbayang di dalam minda semua yang hadir? Semua pasti memberikan jawapan yang sama iaitu mengharapkan kebahagiaan, kerukunan dan zuriat yang ramai. Apabila ciri-ciri keluarga bahagia di atas tercapai banyak kebaikan akan diperolehi oleh seluruh ahli keluarga dan sanak saudara. Kebaikannya ialah:

7.3.1 Keluarga Yang Dinamik Keluarga bahagia terdapat ciri-ciri dinamik di dalamnya seperti ahli keluarga berpendidikan tinggi, berbudi mulia, berwawasan dan boleh membimbing keluarga lain ke arah kecemerlangan. Biasanya dari keluarga sebeginilah lahir seorang ibu yang dianugerahkan sebagai ibu mithali.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 12

7.3.2 Keluarga Yang Proaktif Ahli keluarga bahagia dihormati oleh masyarakat sekeliling kerana keperihatinannya terhadap pembangunan masyarakat. Biasanya keluarga ini akan mendahului keluarga di sekitarnya dalam berbagai aspek termasuk mendidik anak-anak ke menara gading, menjadi pelopor kepada kegiatan-kegiatan ekonomi tertentu, dan mengeluarkan idea-idea kreatif untuk pembangunan kampungnya.

7.3.3 Tidak Membosankan Dalam keluarga bahagia ini ibu, bapa dan anak-anak hidup dalam ceria dan gembira selalu. Rumah yang cantik luar dan dalamnya walaupun kecil. Terdapat ruang atau bilik yang sangat sesuai untuk mentelaah pelajaran. Terdapat unsur-unsur hiburan yang ringan dalam rumah. Sering bersama ahli keluarga berehat dan bersantai.

7.3.4 Keutuhan Pertalian Keluarga Pertalian antara ahli keluarga bahagia sangat rapat. Sentiasa berhubung walaupun tinggal berjauhan. Jika anak-anak sudah mempunyai keluarga sendiri, hubungan mereka adik beradik dan ibubapa masih seperti mereka kecil.

7.3.5 Interaksi Dan Transaksi Menarik Interaksi antara ahli keluarga dan transaksi hubungan suami isteri sungguh menarik dan menyeronokkan dalam sebuah keluarga bahagia. Komunikasi lisan yang digunakan penuh kesopanan yang diselang-selikan oleh jenaka. Suami isteri mampu

mewujudkan transaksi menarik sehingga boleh dicontohi anakanak.
MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 13

7.3.6 Anak-Anak Yang Sejahtera Jarang sekali kedengaran anak-anak dari keluarga bahagia bermasam muka atau menyusahkan ibubapa. Biasanya mereka bangga dengan kehebatan ibubapa mereka dan kejahteraan yang mereka perolehi akan mereka balas apabila mereka dewasa.

7.3.7 Ibubapa Yang Cemerlang Ibubapa yang cemerlang datang dari sebuah keluarga yang bahagia. Kecemerlangan ibubapa biasanya selari dengan

kecemerlangan anak-anak.

7.3.8 Anak-Anak Yang Cemerlang Hanya keluarga bahagia sahaja mampu menjadi anak-anak cemerlang dunia dan akhirat. Kebahagiaan yang diperolehi menyebabkan cemerlang. anak-anak senang, tenang dan akhirnya

7.3.9 Cekap Dalam Tugas Kebahagiaan yang dikecapi menyebabkan semua tugas di rumah atau di tempat kerja terlaksana dengan baik dan cekap. Ini kerana mereka langsung tiada tekanan yang mengganggu

7.3.10 Masalah: Tidak Menjadi Tekanan Tetapi Cabaran Ramai orang menganggap masalah adalah tekanan. Bagi anakanak keluarga bahagia mereka sama-sama menganggap tekanan adalah cabaran.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 14

7.3.11 Maruah Keluarga Terbela Menjaga dan mempertahankan maruah keluarga hanya dapat dibuat kalau keluarga itu bahagia.

7.3.12 Menjadi Kebanggaan Semua Keluarga bahagia biasanya akan menjadi kebanggaan semua termasuk sanak saudara dan dan keluarga dalam kawasannya.

Hari ini aku telah berjaya mengenggam segulung ijazah. Semua ini adalah hasil dorongan dan sokongan daripada keluarga yang sentiasa mengambil berat tentang diriku. Jangan jealous yerrr….

Eeeeiiihhhh….. berlagaknya mamat nie !!!!

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 15

Masa untuk menjawab aktiviti……. Selamat Maju Jaya !!!!!!

AKTIVITI 7C

Sekarang mari kita uji kefahaman dan minda bersama-sama. Anda juga boleh menyemak jawapannya pada halaman berikutnya. Soalan 1. Pecahkan pelajar dalam kelas kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki membentang apa yang mereka bincangkan dalam kumpulan iaitu ‘sejauh manakah keluarga bahagia boleh memberikan kebaikan kepada keluarga itu sendiri dan kepada komuniti sekelilingnya’. 2, Huraikan satu persatu kebaikan keluarga bahagia di bawah ini. a) b) c) d) e) Keluarga yang dinamik Keluarga yang proaktif Anak-anak yang sejahtera Maruah keluarga terbela Masalah tidak menjadi tekanan

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 16

MAKLUMBALAS

7C

Anda boleh menyemak jawapan yang diberikan. Soalan 1 Kebaikan Keluarga Bahagia Kepada Keluarga Itu Sendiri: • • • • • Menjadi keluarga yang dinamik, berdaya maju dan hebat Menjadi keluarga yang proaktif, sentiasa lebih kehadapan dari keluarga yang lain Semua isi rumah cekap dalam tugas masing-masing Berjaya membela maruah keluarga Melahirkan ibu bapa yang cemerlang

Soalan 2 Huraian Kepada Kebaikan Keluarga Bahagia a. Keluarga Yang Dinamik Keluarga bahagia terdapat ciri-ciri dinamik di dalamnya seperti ahli keluarga berpendidikan tinggi, berbudi mulia, berwawasan dan boleh membimbing keluarga lain ke arah kecemerlangan b. Keluarga Yang Proaktif Ahli keluarga bahagia dihormati oleh masyarakat sekeliling kerana keperihatinannya terhadap pembangunan masyarakat c. Anak-Anak Yang Sejahtera Wujud satu perhubungan yang harmoni sesama adik-beradik

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 17

d.

Maruah Keluarga Terbela Menjaga dan mempertahankan maruah keluarga hanya dapat dibuat kalau keluarga itu bahagia.

e.

Masalah: Tidak Menjadi Tekanan Tetapi Cabaran Ahli keluarga sama-sama menganggap tekanan adalah cabaran.

Topik seterusnya :“ PEMBENTUKAN ANAK-ANAK DALAM KELUARGA “

Sila beri perhatian pada topik seterusnya…..

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 18

INPUT 7D

7.4

Pembentukan Anak-Anak Dalam Keluarga
Perkembangan anak-anak banyak bergantung kepada perkembangan sikap sosialnya dan input pendidikan yang diterimanya. Melalui proses sosialisasi itu anak-anak akan memperoleh gabungan mantap dalam dirinya ilmu pengetahuan, nilai-nilai, sikap dan perilaku. Proses itu juga perlu seiring dengan usaha pembentukan anak-anak oleh berbagai pihak termasuk ibubapa, sekolah, komuniti dan institusi masyarakat di sekeliling seperti masjid, rumah ibadah, badan bukan kerajaan, persatuanpersatuan belia dan perkumpulan wanita. Antara komponen-komponen utama dalam diri anak-anak yang perlu diambil kira dan dikawal dalam pembentukan ini antaranya ialah seperti berikut.

7.4.1 Fizikal Pembentukan fizikal perlu sejak dari anak itu lahir lagi. Perubahan semulajadi anak dari bayi kepada kanak-kanak dan remaja seterusnya kepada dewasa perlu ditambah oleh ibubapa dengan makanan seimbang, bersih dan berkualiti supaya fizikalnya berkembang secara normal.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 19

7.4.2 Rohani Pembentukan kerohanian juga perlu bermula dari bayi.

Penerapan nilai kerohanian seperti cinta kepada Tuhan, taat kepada Nabi, menjadikan ibadah satu budaya dan melakukan sesuatu berasaskan kepada hukum agama perlu dilakukan secara serius.

7.4.3 Sosial Pembentukan sosial anak-anak bermakna mendidik dan

mengawal pergerakan mereka supaya tidak bertentangan dengan budaya dan etika ketimuran serta norma masyarakat tempatan.

7.4.4 Emosi Pembentukan emosi memerlukan ibubapa yang mempunyai asas psikologi dan kaunseling untuk membantu anak-anak

mengendalikan emosinya dengan cara yang betul khususnya anak remaja yang emosinya sering tidak stabil.

7.4.5 Mental Pembentukan mental anak-anak dilakukan dengan memberikan input pendidikan samada secara tak formal oleh ibubapa atau secara formal oleh guru-guru di sekolah. Mental yang cerdas dan sihat juga bergantung kepada pemakanan.

7.4.6 Harga Diri Pembentukan harga diri sebenarnya ialah kesepaduan

pembentukan sosial, mental, rohani, etika dan budaya. Gabungan ini akan melahirkan anak-anak yang tahu dan mahu menjaga harga diri sendiri dan keluarga.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 20

Masa untuk menjawab aktiviti……. Selamat Maju Jaya !!!!!!

AKTIVITI 7D
Sekarang mari kita uji kefahaman dan minda bersama-sama. Anda juga boleh menyemak jawapannya pada halaman berikutnya.

1.

Pembentukan anak-anak dalam keluarga bergantung kepada perkembangan dirinya dalam beberapa aspek. Berikan contoh perkembangan tersebut dalam rajah di bawah.

Aspek Pembentukan Anak Fizikal Rohani Sosial Mental Emosi Harga Diri

Contoh

2.

Senaraikan TIGA faktor yang menyebabkan ibubapa gagal membentuk anak-anaknya. Berikan pendapat anda sendiri. a. …………………………………………….. b. …………………………………………….. c. ……………………………………………..

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 21

MAKLUMBALAS

7D

Anda boleh menyemak jawapan yang diberikan.

Soalan 1 Pembentukan anak-anak dalam keluarga bergantung kepada perkembangan dirinya dalam beberapa aspek. Berikut contoh perkembangan tersebut dalam rajah di bawah. Aspek Pembentukan Anak Fizikal Rohani Sosial Mental Contoh Sejak lahir seorang bayi hingga berubah menjadi kanak, remaja dan dewasa. Mempunyai agama dan beramal dengannya. Menjadi aktif dalam kerja-kerja sosial. Menjadi seorang yang cemerlang dalam akademik. Tenang walaupun sedang berhadapan masalah. Tidak membiarkan dirinya rosak.

Emosi Harga Diri

Soalan 2

TIGA faktor yang menyebabkan ibubapa gagal membentuk anak-anaknya. a) Kurang ilmu keibubapaan. b) Tiada ‘role-model’ yang hampir dengannya.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 22

c) Kesibukan ibubapa bekerja menyebabkan penumpuan terhadap pembentukan anak-anak menjadi kurang.

INPUT 7E

7.5

Peranan Anak-Anak Dalam Keluarga
Peranan anak-anak dalam keluarga amat penting kerana ia menyumbang kepada pembentukan sebuah keluarga bahagia. Peranan ini boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu peranannya kepada diri sendiri, ibu, bapa, adik-beradik lain termasuk adik angkat, nenek atau datuk dan peranannya kepada jiran tetangga.

7.5.1 Peranan Kepada Diri Sendiri a. Menggarab sebanyak mungkin ilmu pendidikan. b. Menjaga maruah diri, akhlak dan disiplin. c. Menjaga kesihatan fizikal, mental dan emosi. d. Istiqomah dalam amalan agama dan kerohanian.

7.5.2 Peranan Kepada Ibu Dan Bapa a. Menghormati ibubapa. b. Taat dan patuh. c. Menjaga maruah ibu bapa. d. Mengenang dan membalas jasa.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 23

e. Memberi perhatian ketika ibubapa tua.

7.5.3 Peranan Kepada Ahli Keluarga Yang Lain a. Menghormati adik-beradik yang tanpa mengira samada mereka adik-beradik kandung atau angkat. b. Menjaga dan mempertahankan maruah mereka apabila

diperlukan. c. Mengenang dan membalas jasa mereka.

7.5.4 Peranan Kepada Komuniti Sekeliling a. Menghormati setiap anggota masyarakat di sekitar tempat tinggalnya. b. Terlibat dengan aktiviti positif masyarakat tempatnya seperti gotong-royong, majlis perkahwinan, membenteras kegiatan jahat, membantu remaja dan belia dalam soal pembentukan akhlak dan menjadikan diri contoh kepada anggota masyarakat yang lain. c. Membantu jiran apabila mereka berhadapan dengan konflik. d. Menziarahi keluarga lain pada hari perayaan tanpa mengira agama dan bangsa. Contohnya anak keluarga India menziarahi keluarga Islam semaha Hari Raya Aidilfitri dan menziarahi keluarga Cina semasa Tahun Baru Cina.

7.6

Implikasi Keluarga Yang Porak Peranda
Ketika mula berkahwin, tidak ada pasangan suami isteri yang normal yang pernah terbayang rumahtangganya akan porak peranda suatu ketika nanti. Kadangkala keruntuhan sebuah istana tidak dapat dibendung lagi. Apakah implikasinya dan kepada siapa implikasi ini memberi kesan.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 24

7.6.1 Hidup Yang Tidak Dirahmati Keluarga porak peranda tidak mendapat rahmat dari Tuhan. Rezeki yang diterima tidak mendapat berkat. Keadaan akan berterusan selagi tidak bertaubat.

7.6.2 Hukuman Tuhan Keluarga porak peranda menerima hukuman Tuhan ketika di dunia dan di akhirat. Di dunia hidupnya penuh gelisah dan ditimpa berbagai penyakit. Hukuman ini adalah hasil daripada gagalnya amalan kerohanian dilaksanakan.

7.6.3 Gangguan Emosi Akibat daripada emosi yang tidak dikawal sehingga menjadikan ia tidak stabil, keluarga porak peranda akan terus terganggu emosinya.

7.6.4 Gangguan Sosial Berbagai gangguan sosial seperti anak-anak terlibat dengan lepak, berfoya-foya, membazirkan wang di pusat-pusat hiburan, merogol, membunuh dan menjadi pelacur. Ada juga ibu dijadikan pelacur oleh suaminya sendiri.

7.6.5 Gangguan Pembelajaran Anak-anak dari keluarga porak peranda tidak dapat menumpukan kepada pembelajaran di sekolah dan di rumah akibat keluarga yang porak peranda. Bagi mereka rumah itu bagaikan neraka , takut dan membosankan.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 25

7.6.6 Gangguan Mental Statistik melalui kajian pakar-pakar menunjukkan anak-anak atau ibubapa yang berada di pusat rawatan mental datang dari keluarga porak peranda. Anak tidak menghormati ibu lagi, adik-beradik sering bergaduh. Akhirnya berlaku tekanan mental yang serius.

7.6.7 Gangguan Kesihatan Fizikal Rumah yang porak peranda keadaannya lintang pukang, kotor dan membenarkan penyakit membiak. Kesannya ialah ahli keluarga diserang berbagai penyakit fizikal.

7.6.8 Kecelaruan Personaliti Remaja Remaja dari keluarga porak peranda menjadi keliru dan celaru. Di sekolah guru-guru menekankan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan. Di rumah keadaan berlawanan sama sekali. Tiada model terbaik untuk diikuti. Personaliti yang tidak menentu menyebabkan ia terjerumus ke lembah yang tidak sihat.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 26

Masa untuk menjawab aktiviti……. Selamat Maju Jaya !!!!!!

AKTIVITI 7E
Sekarang mari kita uji kefahaman dan minda bersama-sama. Anda juga boleh menyemak jawapannya pada halaman berikutnya. 1. Senaraikan EMPAT peranan anak-anak kepada ibubapa.

a. ………………………………………………………………. b. ……………………………………………………………... c. ……………………………………………………………… d. ………………………………………………………………

2.

Senaraikan EMPAT implikasi keluarga yang porak peranda.

a. ………………………………………………………………. b. ………………………………………………………………. c. ………………………………………………………………. d. ………………………………………………………………

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 27

MAKLUMBALAS

7E

Anda boleh menyemak jawapan yang diberikan.

1.

Peranan Anak-Anak Kepada Ibu Bapa : a. b. c. d. Taat dan patuh. Menjaga maruah ibu bapa. Mengenang dan membalas jasa. Memberi perhatian ketika ibubapa tua.

2.

Implikasi keluarga yang porak peranda : a. b. c. d. Hidup mereka tidak akan mendapat rahmat dari Tuhan. Berlaku gangguan emosi terhadap anak-anak dan ibubapa. Berlaku gangguan pembelajaran bagi anak-anak. Wujud kecelaruan personaliti di kalangan remaja.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 28

FAKTA KUNCI

Perkahwinan adalah satu proses penyatuan antara seorang lelaki dan seorang perempuan secara sah mengikut perundangan agama dan sivil di samping penyatuan dua keluarga yang biasanya tiada pertalian kekeluargaan. Keluarga ialah sekelompok kecil manusia yang dijalinkan oleh keturunan yang sama yang terbentuk hasil daripada perkahwinan. Bahagia ditakrifkan sebagai satu suasana atau situasi yang aman, sentosa, selesa dan kondusif Pembentukan keluarga bahagia ialah satu proses membina secara terancang sebuah keluarga yang kondusif, aman, makmur dan sejahtera melalui pelbagai metodologi termasuk pendekatan agama, budaya, etika, pendidikan tidak formal dan pendidikan formal Ciri-Ciri Keluarga Bahagia Keluarga Yang Berilmu Keluarga Berkasih Sayang Pengurusan Keluarga Secara Kolektif Bijak Menangani Masalah Keluarga Bertanggungjawab Penghijrahan Tolak Ansur Dalam Kepimpinan Persekitaran Kondusif Fleksibiliti Dalam Peranan Komunikasi Berkesan

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 29

Kebaikan Keluarga Bahagia Keluarga Yang Dinamik Keluarga Yang Proaktif Tidak Membosankan Keutuhan Pertalian Keluarga Interaksi Dan Transaksi Menarik Anak-Anak Yang Sejahtera Ibubapa Yang Cemerlang Anak-Anak Yang Cemerlang Cekap Dalam Tugas Masalah: Tidak Menjadi Tekanan Tetapi Cabaran Maruah Keluarga Terbela Menjadi Kebanggaan Semua Pembentukan Anak-Anak Dalam Keluarga Fizikal Rohani Sosial Emosi Mental Harga Diri Peranan Anak-Anak Dalam Keluarga Peranan Kepada Diri Sendiri Peranan Kepada Ibu Dan Bapa Peranan Kepada Ahli Keluarga Yang Lain Peranan Kepada Komuniti Sekeliling Implikasi Keluarga Yang Porak Peranda Hidup Yang Tidak Dirahmati Hukuman Tuhan Gangguan Emosi Gangguan Sosial Gangguan Pembelajaran Gangguan Mental Gangguan Kesihatan Fizikal Kecelaruan Personaliti Remaja

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 30

Soalan ini lebih menjurus kepada soalan bahagian A Peperiksaan Akhir

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Semoga anda maju jaya. PUZZLE KELUARGA BAHAGIA A P O I Q E C P U P W T Z E I P A L P R O A K T Z K K I O E K A L U M P H H K R U U A W H W N T A I N Q I R W N V Q T E F A X E I W K N W R A S F A S T S S L E Q Y E Q O R E T D A P O R A K P O P A U Q R
MZH/NAR/2005

F A Z I S L C S D T K H J P Y E T

Y K U F O P U I U P J K Y U I R O

I U J L H D S A S E S D J G U A P

L O D E U X Q E R N T X I H J N K

O I L A S B A H A G I A D L K D O

M M U Y Q X D E R H A T Y U A A S

E T M R O P O P I I Y R H J D I U

N I T M L A E N T T P L K O H X H W Q R Q Y J R Y D Y J R A H Q H A Q I N A S O W O L R D P U Q D T L

G E S H Q W P J A L O S L Q G W T E F E U R K R K Y J P J P D Z G J I Q H A N J H K A G S O M E O L I Y Y T K J E C G E T X Z R O Z S U

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 31

Arahan : Sila lengkapkan kesemua tempat kosong di bawah berpandukan puzzle di muka surat sebelah.

Soalan

1.

……………………. satu proses penyatuan antara seorang lelaki dan seorang perempuan secara sah mengikut perundangan agama dan sivil.

2.

Sekelompok kecil manusia yang dijalinkan dari keturunan yang sama yang terbentuk hasil daripada perkahwinan dikenali sebagai ………………

3.

………………….. ditakrifkan sebagai satu suasana atau situasi yang aman, sentosa, selesa dan kondusif.

4.

Keluarga bahagia terdapat ciri-ciri ……………….. di dalamnya seperti ahli keluarga berpendidikan tinggi, berbudi mulia, berwawasan dan boleh membimbing keluarga lain ke arah kecemerlangan.

5.

Keluarga yang …………………… akan mendahului keluarga lain di sekitarnya dalam berbagai aspek seperti mendidik anak-anak ke menara gading.

6.

Dalam konteks ciri –ciri keluarga bahagia, …………………….. bermaksud berubah dari satu keadaan yang tidak bahagia kepada keadaan yang lebih bahagia.

7.

Pembentukan ………………….. memerlukan ibubapa yang mempunyai asas psikologi dan kaunseling dalam mendidik anak-anak mereka.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 32

8.

Pembentukan ………………… anak-anak dilakukan dengan memberikan input pendidikan samada secara formal dan tak formal.

9.

Salah satu peranan anak-anak kepada …………………ialah menghormati setiap anggota masyarakat di sekitar tempat tinggalnya.

10.

Remaja dari keluarga ……………………………. menjadi keliru dan celaru.

Tak sangka yer… kita dah pun sampai ke bab terakhir. Sedih rasanya…

Kenapa nak sedih plak… nanti kita akan berjumpa dalam modul yang lain plak.

MZH/NAR/2005

PENDIDIKAN MORAL

SPA102 / 7 / 33

PENILAIAN KENDIRI
Adakah anda telah mencuba dahulu? Jika “SUDAH” , sila semak jawapan anda. A P O I Q E C P U P W T Z E I P A L P R O A K T Z K K I O E K A L U M P H H K R U U A W H W N T A I N Q I R W N V Q T E F A X E I W K N W R A S F A S T S S L E Q Y E Q O R E T D A P O R A K P O P A U Q R 1. 2. 3. 4. Perkahwinan keluarga Bahagia dinamik F A Z I S L C S D T K H J P Y E T 5. 6. 7. 8. Y K U F O P U I U P J K Y U I R O I U J L H D S A S E S D J G U A P L O D E U X Q E R N T X I H J N K O I L A S B A H A G I A D L K D O M M U Y Q X D E R H A T Y U A A S E T M R O P O P I I Y R H J D I U N I T M L A E N T T P L K O H X H W Q R Q Y J R Y D Y J R A H Q H A Q I N A S O W O L R D P U Q D T L 9. 10. G E S H Q W P J A L O S L Q G W T E F E U R K R K Y J P J P D Z G J I Q H A N J H K A G S O M E O L I Y Y T K J E C G E T X Z R O Z S U

proaktif penghijrahan emosi mental

komuniti porak peranda

MZH/NAR/2005

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful