Kesan Solat Terhadap Pembinaan Sahsiah Yang Baik

TAKRIF SOLAT 2.1 Takrif Yang Mengambarkan Rupa Solat Yang Zahir Perkataan Solat adalah diambil dari Bahasa Arab yang bermaksud : Doa memohon kebajikan dan pujian. Maka solat Allah S.W.T. kepada Nabi-Nya ialah pujian Allah kepada Nabi-Nya. Sebelum Islam, orang cArab memakai kata solat dengan erti kata sedemikian dan erti tersebut terdapat juga pada beberapa tempat di dalam Al-Quran.[1] Firman Allah S.W.T : Ertinya : ³ Dan bersolatlah atas mereka (berdoalah untuk mereka) kerana sesungguhnya solatmu (doamu) itu, menenangkan dan mententeramkan mereka´ Adapun takrif solat menurut para Fuqaha iaitu : Beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam, yang dengannya kita beribadah kepada Allah, menurut syarat-syarat yang telah ditentukan. Takrif yang diberikan oleh Fuqaha ini hanyalah mengenai rupa solat sahaja tidak mengenai hakikat dan rohnya.Tegasnya takrif tersebut hanya mengambarkan solat yang dapat didengar dan dilihat sahaja tidak termasuk ke dalam pengertian ini, hakikat dan jiwa solat. 2.2 Takrif Yang Melukiskan Hakikat Solat Ahlul Hakikah telah mentakrifkan solat dengan pengertian yang mengambarkan hakikat solat, iaitu : Berhadap hati (jiwa) kepada Allah, secara yang mendatangkan takut kepada-Nya, serta menumbuhkan di dalam jiwa rasa keagungan kebesaran-Nya dan kesempurnaan kekuasaan-Nya. Dengan lain perkataan ianya diertikan : Hakikat solat itu ialah : menzahirkan hajat dan keperluan kita kepada Allah yang kita sembah, dengan perkataan dan pekerjaan atau dengan kedua-duanya. Oleh yang sedemikian dikatakan bahawa solat itu adalah doa. Harus dimaklumi bahawa di antara persoalan yang jelas ialah : Menzahirkan hajat kita pada seseorang. Baik kita zahirkan dengan perbuatan, mahupun kita zahirkan dengan sikap keadaan.Bererti kita mohon sesuatu nikmat, atau kita mengharap supaya terhindar dari sesuatu kesusahan dan kemelaratan. 2.3 Takrif Yang Menggambarkan Jiwa Solat Ahlul Makrifah telah mentacrifkan jiwa solat dengan pengertian yang menjelaskan solat itu sebagai : Berharap kepada Allah S.W.T. dengan sepenuh jiwa, dengan segala khusyukc di hadapan-Nya dan berikhlas bagi-Nya serta hadir hati dalam berzikir, berdoa dan memuji. Ringkasnya roh solat ialah : berhadapan kepada Allah dengan khusyuk , ikhlas, hadir hati, baik dalam berzikir, baik dalam berdoac mahupun dalam memuji. Inilah roh atau jiwa solat yang sebenar.Untuk mewujudkan hal itu disyariatkanlah solat.Sekali-kali tidak disyariatkan solat berdasarkan rupanya tetapi mengingati jiwanya.

maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. dewasa. Solat juga merupakan tiang agama dan satu cibadah wajib ke atas setiap umat Islam untuk melakukannya dalam apa jua keadaan selagi akalnya masih sihat dan waras.W. dan telahpun sampai kepada kita dengan jalan-jalan yang mutawatir. Adalah perlu dijelaskan di sini. antaranya : Firman Allah S.2. yang tertentu waktunya ³ Sebagai umat Islam.T. Solat yang telah difardhukan ke atas orang-orang Islam.W. Ertinya : ³ Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat.T sahaja ) Justeru itu. yang mempengaruhi jiwa. mengingati hal ini amat wajarlah kita memakai kata solat dan jangan sekali-kali menggunakan kata terjemahannya iaitu sembahyang. menumbuhkan rasa kebesaran-Nya dan kekuasaan-Nya dengan sepenuh khusyukc dan ikhlas di dalam beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam. sebab dinamakan ibadah yang penting ini dengan nama solat adalah kerana mengingati bahawa di dalam solat itu terdapat tawajjuh ( usaha berhadap diri pada Allah ) dan doa ( seruan memohonkan hajat dan ampunan hanya kepada Allah S. memahami dan menghalusi dengan sehalus-halusnya perintah dari solat ini. Apalagi apabila diingati bahawa kata terjemahan sembahyang itu berasal dari bahasa Sanskrit yang bererti penyembahan ke atas dewa-dewa. merupakan upacara yang utama yang dilakukan bagi menerangkan rasa berhajat kepada Tuhan yang Macbud dan rasa kebesaran Allh S.A. Oleh kerana itu .4 Takrif Yang Melengkapi Rupa. Baginda nabi SAW telah berpesan kepada umat Islam sejak 1400 tahun yang lalu supaya ibubapa mengajar dan menyuruh anak-anak agar mengerjakan cibadah solat sejak umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka jika enggan solat ketika berusia 10 tahun.1 Pengenalan Solat atau sembahyang adalah rukun kedua yang menjadi asas terbinanya Islam.W.T. sekiranya solat yang sedemikian hakikat dan jiwanya itu dapat dilaksanakan pada kadar yang paling sempurna. KESAN SOLAT 3. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Jika ditinjau dalam al-Quran terdapat lebih dari 25 tempat ayat ³ aqama´ yang merujuk kepada makna perintah agar melaksanakannya atau mendirikan solat dan terdapat lebih 70 kali perkataan ³ as-solah´ atau sembahyang diulang-ulang dan disebut dalam al-Quran. . Hakikat dan Jiwa Solat Talrif yang lebih melengkapi rupa dan hakikat solat itu ialah : Berhadap hati (jiwa) kepada Allah dengan hadap yang mendatangkan rasa takut. lelaki mahupun perempuan hendaklah memerhati . sama ada remaja. Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman. menurut kaifiah yang telah dilaksanakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.W.

Kami tidak meminta rezeki kepada mu. ( dikira sebagai 50 kali solat) j.Apabila roboh atau runtuh tiang.S. Solat ialah amalan pertama yang akan ditanyakan di akhirat yang akan menjelaskan amalan lain atau menentukan nasib seseorang di sana. Allah mengeluarkan perintah kewajipannya di atas tujuh lapisan langit dengan mengangkat junjungan besar Nabi Muhammad S. Solat ialah perkara agama yang terakhir akan hilang.T. zakat dan haji. Kefardhuan solat lebih banyak disebut dalam al-Quran berbanding kefardhuan yang lain. diri.W.W.. sedangkan pahalanya tetap sama. d. Solat ialah awal pertama ibadah yang diwajibkan mendahului kewajipan puasa. (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Ianya tidak begitu kerap. kemudian dikurangkan dengan sebab rahmat Allah S. mencela orang yang menyia-nyiakan solat dan orang yang bermalas-malasan dalam melakukannya. sifat amanah. Malahan cibadah solat berupaya menjadi benteng diri mencegah dari melakukan perbuatan keji dan munkar. Solat ialah perkara terakhir yang diwasiatkan oleh Nabi Muhammad S. Allah mewajibkan solat dilakukan lima kali dalam sehari semalam.A. memuji orang yang tetap bersolat dan menyuruh anak isterinya agar turut serta bersolat.W. c. Allah S. i.Firman Allah S. terutama dalam membentuk jiwa. k.Betapa besar kepentingan dan kesan yang timbul dari solat kepada orang-orang Islam yang beriman. perpaduan.A. Allah mewajibkan umat Islam solat 50 kali dalam sehari semalam. Bukti atau dalil solat mempunyai kedudukan yang besar dan utama ialah : a. b. Solat ialah sebesar-besar rukun Islam dan tiang besarnya selepas mengucap dua kalimah syahadah. dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. keberkatan hidup berkeluarga. f. sebelum beliau wafat. sendiri naik ke sana (Mustawa) tanpa perantaraan orang tengah iaitu Jibril A.T. dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang orang yang bertakwa ³ Jadi sudah tentu pengaruh dan kesan positif solat kepada kehidupan umat Islam terlalu besar. berbeza dengan rukunrukun Islam yang lain.W. Apabila seseorang itu tidak melakukan solat maka tidalah lagi saki baki agama Islam itu. maka akan robohlah binaan Islam.T : Ertinya : ³ Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat. bermasyarakat dan bernegara. e. Allah S. Solat itu ialah tiang agama.W. l. akhlak mulia. h.W.T. g. ini disebabkan peranannya (solat) amat . tidaklah tegak agama tanpanya.

tertidur kerana terlalu letih atau mengantuk hingga luput waktunya. Kebiasaannya seseorang guru itu umurnya melebihi umur muridnya. m. mempunyai ilmu dan pengetahuan yang luas serta pengalaman yang melebihi muridnya. agar melihat dengan lebih mendalam dari kacamata bagaimana peranan solat berjaya membentuk pelajar?. maka ia wajib melakukan solat dalam waktunya.Contohnya seperti terlupa untuk melakukan solat kerana terlalu sibuk. Mereka sanggup meluangkan masa mendidik dan mengasuh pelajar ke arah kebaikan tanpa mengenal erti jemu. Umat Islam tidak perlu menghitung dan membuat peratusan terhadap bilangan anak yang tidak solat pada zaman ini. mengajar. Mereka juga ikhlas mencurahkan apa yang mereka tahu kepada para pelajarnya. Selain daripada itu.Ini adalah kerana Islam menganjurkan orang yang lebih muda menghormati orang yang lebih tua daripadanya. sesiapa yang diklasifikasikan sebagai seorang guru adalah kebiasaannya bersama pelajar atau murid dalam menyampaikan pengetahuan yang berguna tidak kira dalam apa jua bidangnya.2 Hormat Guru Guru ialah sesiapa yang pernah memperkenalkan. ia tetap berhadapan dengan Allah S. samaada secara langsung atau tidak langsung. di dalam mahupun di luar sekolah. mereka dihormati bukan sahaja kerana ilmu pengetahuannya dan juga pengalamannya tetapi juga kerana umurnya yang lebih dewasa daripada muridnya.besar.iaitu dalam waktu-waktu yang segera Tiada hukum yang membolehkan seseorang meninggalkan solat dengan alasan untuk mengqadhakannya di waktu kemudian. Selagimana seseorang Islam itu masih berakal dan sedar. Allah memuji orang yang melakukan solat lebih dari 80 kali. yang baligh. Qadha solat hanya dibolehkan bagi sesiapa yang tidak sengaja untuk meninggalkannya.W. membimbing. di hari akhirat terhadap perlakuan dan sikap anak-anak yang telah meninggalkan cara hidup Islam yang telah diwarisi sejak zaman keemasan Islam lagi.T. mereka akan kekal di dalamnya. Sebagai permulaan mari kita perhatikan antara kesan-kesan berikut : 3.T. . Solat diwajibkan ke atas semua peringkat umur.W. Seterusnya Allah memuji para hamba-Nya yang bersolat dengan baik (mengikut sunnah serta khusyuck) dan berusaha memelihara solatnya secara berterusan. Semua di atas adalah perkara yang telahpun kita akui kebenarannya tetapi di sini pengkaji mengajak sidang pembaca. Solat adalah merupakan suatu cara hidup terpenting dalam kehidupan orang yang beriman dan beragama bagi setiap orang di seluruh pelusuk dunia Islam. Justeru itu. menunjuk dan mendidik seseorang ke arah kebaikan yang diredhai oleh Allah S.Hal ini kerana mereka masih belum memperbaiki sistem pendidikan agama anak-anak yang ada kini. Kepada mereka disediakan Syurga Firdaus. Dalam lembaran kitab suci al-Quran . berakal serta cukup syaratsyaratnya. Adapun bapa. Guru juga mempunyai kemahiran yang lebih dalam bidang yang akan diajar olehnya.

Dan hati akan meninggalkan satu tompok hitam di atas satu kejahatan yang dilakukan.T. Sabda Rasulullah S. : ³ Muliakanlah guru-guru agama kerana barang siapa memuliakan mereka..W. Menghormati guru adalah merupakan satu tuntutan Allah S. bersihlah hatinya dari bintik itu. terdapat larangan-larangan yang wajib dijauhi oleh setiap hambanya sama sekali. Melalui pengulangan solat lima waktu sehari semalam yang dikerjakan secara tetap pada waktunya serta ikhlas menghindarkan dirinya daripada melakukan amalan yang buruk. setiap larangan Allah yang menimbulkan dosa haruslah ditinggalkan segera.T. Rasulullah S. maka bertambahlah bintik hitam di hatinya sehingga seluruh hati menjadi hitam ³ Melalui Hadis tersebut menjelaskan kepada kita bahawa dalam kehidupan aturan Allah ini. Dosa sepertimana yang telah dimaklumi ialah perbuatan yang melanggar hukum Allah. bererti ia telah memuliakan Aku ³ Akhlak seseorang pelajar dengan gurunya dapat diterjemahkan melalui cibadah khusus yang telah diwajibkan.W untuk bertanya tentang pengertian kebaikan dan pengertian dosa. Rasulullah S.W telah memberikan jawapan : ³ Kebaikan ialah akhlak yang baik.W. menyesal diri dan memohon ampun.A.Hati yang hitam sukar dihilangkan melalui ubat doktor tetapi hati akan menjadi putih bersih setelah mendapat rawatan dari Maha Pencipta.Disebabkan jasa dan pengorbanan guru yang tidak terhingga inilah yang menyebabkan para pelajar berjaya menduduki status yang yang selesa dalam alam pekerjaan. Pengorbanan guru amat bermakna bagi pelajar kerana tanpa guru mereka tidak akan dapat mengecapi kejayaan yang mereka idam-idamkan. Larangan yang wajib dihindari ini mengandungi hikmah-hikmah yang tersembunyi.Sebagai seorang pelajar.T.A.A. Dalam satu Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa satu ketika An -Nawas bin Samcan telah datang berjumpa dengan Rasullullah S. Jika ia bertaubat.W bersabda yang bermaksud : ³ Sesungguhnya apabila orang mukmin itu melakukan satu dosa maka akan timbullah satu bintik hitam di hatinya. Tetapi jika ia menambah dosanya.W. dan dosa ialah apa yang beredar di dalam hati mu yang kamu tidak suka orang lain mengetahuinya ³ . Salah satu dari ubatnya adalah melalui solat. Solat adalah merupakan cibadah penyucian jiwa dari sifat-sifat mazmumah ( keji ) yang terdapat dalam jiwa manusia. Dalam diri manusia terdapat seketul daging iaitu hati.W. Islam telah mengangkat martabat seorang guru ke peringkat tertinggi satu tingkat di bawah tingkatan iman dan ubudiyah kepada Allah S. Melalui cibadah khusus seumpama solat seorang hamba dalam kontek sebagai seorang pelajar dapat membina hubungan baik dengan Allah sekaligus menjadikan dirinya hormat kepada guru seumpama saranan Allah S.A.

.W. malah di luar kawasan sekolah juga turut dititik beratkan. Diam Serta Memahami Semasa guru sedang bercakap atau menyampaikan kuliah dan pengajaran di dalam kelas. Hubungan Baik Seseorang pelajar mempunyai hubungan baik dengan guru . Ini adalah bertu juan untuk memohon keberkatan ilmu yang disampaikan oleh guru dalam sesi pembelajaran. c. dan bukan sahaja semasa berada di dalam kawasan sekolah.Justeru itu apabila timbul rasa takut pada cazab siksaan Allah yang maha pedih maka ia menjadi pendinding kepada para pelajar dari melakukan sesuatu yang bersalahan dengan kehendak syariat Islam. Pengajaran guru akan dihadapi dengan penuh minat. Pelajar-pelajar juga akan tahu membezakan arahan yang patut diikuti iaitu yang tidak melanggar hukum-hukum syarak iaitu arahan yang membawa kebaikan kepada mereka. Solat berperanan di dalam membentuk pelajar menghormati gurunya sekiranya memiliki cirri-ciri berikut : a. d.W. pelajar akan diam serta memahami apa yang disampaikan oleh guru. Ia bermaksud dengan sebab solat menjadikan setiap orang lebih beringat tentang balasan dosa yang akan diterima kelak bilamana melakukan kejahatan atau melanggar batas-batas yang telah Allah S.T. pelajar menggunakan suara yang rendah dan mengurangkan percakapan. Tidak menggunakan suara yang nyaring melebihi suara guru yang akan mengakibatkan guru rasa tercabar dengan tindakan tersebut. e. sekalipun sedikit sahaja ilmu dan pengetahuan yang dicurahkan oleh guru itu. Pelajar akan bertanya sekiranya ada kemusykilan dalam sesuatu pembelajaran dan pelajar yang solat tidak terlalu pasif di dalam kelas sehingga mengakibatkan suasana menjadi hambar. Tidak Meninggi Suara Jika berkomunikasi dengan guru. f.T gariskan. Berterima Kasih Pelajar yang menghargai guru sentiasa tidak lupa untuk berterima kasih kepada guru sesudah mereka memberikan sesuatu pengajaran dan turut mendoackan mereka. b. Cinta dan Kasih Seorang pelajar akan menaruh rasa cinta dan kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik mereka.Disamping mencerminkan sikap yang kurang sopan di hadapan gurunya. Cinta dan kasih kepada guru akan mendapat keberkatan daripada Allah kerana guru adalah mulia di sisi Allah S. Mengikut Arahan Pelajar akan mengikut nasihat dan bimbingan guru dalam menghadapi liku-liku hidup yang kian mencabar dewasa ini. bukan sahaja semasa dalam sesi persekolahan malahan juga di luar sesi persekolahan .

ustaz. Merendah Diri Pelajar cemerlang selalu merendahkan diri dan tidak memanggil guru dengan namanya. Sepertimana yang telah diungkapkan sebelumnya bahawa syicar Islam telah meyakinkan lagi betapa berharganya masa dalam memberikan sumbangan terhadap kemajuan manusia seiring dengan peredaran dunia . mereka (pelajar yang menjaga solat) tidak sekali-kali mencuba menyentuh perasaan atau menyakiti hati guru dalam apa jua cara sekalipun.3 Patuhi Masa Al-Quran dan As-Sunnah telah memberikan perhatian yang sangat penting terhadap penjagaan masa. h. tetapi menggunakan kata-kata panggilan yang sesuai dan hormat seperti cikgu.Ini adalah kerana mereka dapat melihat melalui matahati mereka betapa bernilainya harga masa itu.W. mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan dan sentiasa berdoac agar Allah S. Sebagai seorang muslim kita hendaklah menjaga masa. Apalagi jika sudah lama tidak berjumpa dengan guru.ustazah. Generasi terdahulu lebih menitikberatkan terhadap penjagaan masa. pelajar akan solat untuknya. merahmati rohnya. 3. Perasaan hati guru seharusnya dijaga walau dalam apa jua keadaan. bahkan wajiblah meletakkan pengurusan masa itu sepertimana yang dikehendaki oleh Islam.Ini kerana guru sudah tentu tidak dapat mengenali rupa para pelajarnya yang telah lama tidak dijumpainya. Tidak mencukupi sekadar menyedari kewajipan menjaga masa sahaja. Mendoackan Guru Apabila guru meninggal dunia. Ini adalah penghormatan yang seharusnya dilakukan oleh setiap pelajar kepada guru-gurunya sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga kepada guru yang mendidik mereka sehinggalah mereka menempuh kejayaan. Mengenang Jasa Guru Pelajar yang baik selalu mengenangi jasa guru yang telah mencurahkan ilmu dan membimbing pelajar dengan penuh dedikasi tanpa mengira penat dan lelah. Jangan Menyakiti Perasaan Guru Sepanjang hubungan dengan guru. Seterusnya untuk kesejahteraan ummah sejagat. i. bahkan lebih penting daripada itu. j. rohani dan jasmani. peredaran matahari dan perubahan malam dan siang. k. Guru itu ibarat pelita. Bertegur Sapa Pelajar terlebih dahulu bertegur sapa guru di kala bertemu atau bersua. tuan guru ( tok guru) dan sebagainya.T.g. Penjagaan masa hendaklah seperti penjagaan harta benda . . Kewajipan yang pertama ke atas setiap muslim ialah memastikan masanya diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah untuk dunia dan akhiratnya. membakar diri bagi menerangi orang lain.

W. Dan sebaliknya akan berlaku iaitu barang siapa yang tidak mengikut perintah Allah iaitu tidak solat perniagaannya akan rugi serta modalnya juga turut hilang. Kita seharusnya sedari bahawa di antara nickmat yang tidak ternilai adalah pengurniaan Allah solat dan masa lapang. manakala nickmat solat dan masa lapang itu. Memulakan kehidupan sehariannya dengan cibadah solat dan penutupnya juga dengan cibadah solat. Begitulah keadaan kehidupan seorang muslim pada setiap hari. yang menyusun segala urusan.T. yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa ³ Setelah matahari berada di sebelah barat.W. dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi. seruan kali ketiga berkumandang menyeru manusia menunaikan solat cAsar. Semuanya itu pada masa yang telah ditentukan oleh Allah S. melalui ketetapan masa dalam setiap lima waktu solat mampu mentarbiah pelajar dari aspek patuhi masa. Pada asasnya.Pengkaji tidak bercadang untuk menjelaskan maksud solat kerana telah dijelaskan sebelumnya.Namun begitu kita tidak seharusnya tenggelam dalam lautan keduniaan. dan memberikan rezeki kepada mereka. Para ulama¶ terdahulu amatlah tidak menyukai apabila seseorang yang tidak mengisi masa lapangnya dengan acmalan-acmalan kebaikan. duduk berborak kosong di tempat-tempat awam dan lain-lain lagi.T.W. manakala maksud masa lapang di sini ialah. maka ia akan berjaya sama ada di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. adalah seperti modal perniagaan yang merupakan di antara sebab ke arah keuntungan sesuatu perniagaan. iaitu Allah S.Ketika mana malam sampai ke penghujungnya dan fajar mula terbit . untuk bangun menikmati udara pagi yang bersih lagi segar dengan bangun menunaikan solat subuh.Al Syeikh Minawi mengumpamakan seseorang yang memikul tanggungjawab itu adalah seumpama peniaga.T : Ertinya : ³ Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan mu. Ketika itu manusia diperingatkan supaya bertemu di hadapan pencipta mereka sendiri. keadaan kerugian hanyalah berlaku dalam urusan perniagaan sahaja. Jelas sekali di sini. Apabila matahari tidak menampakkan cahayanya. Justeru itu barangsiapa yang melakukan pekerjaan setelah selesai solat dan melakukan dengan penuh khusyuck. terdengar seruan menyeru manusia yang masih dibuai mimpi. Kita tidak dapat menafikan bahawa banyak dalil-dalil yang telah menjelaskan kepada kita tentang kewajipan seseorang itu untuk berusaha dalam kehidupan dunianya.T.Dengan itu masa bukan lagi suatu .Umpama berjalan-jalan tanpa tujuan. tidak terikat dengan urusan keduniaan dan tidak menghalang seseorang itu daripada urusan akhirat. samada disedari maupun tidak disedari.Manusia diminta supaya tidak tamak mengejar harta dunia. terdengar panggilan kali ke empat. menandakan panggilan untuk solat di penghujung hari iaitu solat Maghrib.Iaitu bermula dengan solat subuh di pagi hari dan di akhiri dengan solat Isya. Firman Allah S.W.Ketika itu manusia di wajibkan solat zohor. sehingga tidak mampu untuk menunaikan kewajipan solat terhadap Allah S.

Mereka mampu melakukan apa sahaja yang dikehendakki oleh nafsu jahat mereka.W. Dalam al-Quran.Ada pula yang mengatakan masa lapang bagi seorang lelaki itu adalah kelalaian manakala bagi seorang perempuan adalah pembuka jalan ke arah mengikut kehendak hawa nafsunya. Jadi ke atas setiap yang beriman kepada Allah dan yang sudah tentunya dapat menilai nickmat masa yang Allah anugerahkan buatnya serta menyedari kepentingannya maka bersegeralah kita mematuhi masa dengan mengisi masa dengan camalan-camalan kebajikan sepertimana tuntutan Allah.Usia muda adalah suatu usia yang mudah melakukan apa sahaja mengikut hawa nafsu sendiri. Adalah amat rugi.nikmat kepadanya tetapi telah menjadi satu bala kepadanya. Firman Allah S. yang tertentu waktunya ³ 3. Dengan hanya beriman kepada Allah sahajalah. keyakinan dan icktikad terhadap kewujudan dan kekuasaan Allah tidak boleh diragukan sama sekali. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentacati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran´. Tambahan pula apabila seseorang itu mempunyai sumber kewangan yang melebihi keperluan.W. Akhlak memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan tingkah laku dan kehidupan seseorang. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Allah telah menegaskan bahawa solat yang difardhukan itu mempunyai waktu-waktunya yang tertentu. Firman Allah S. apabila masa lapang dimiliki oleh belia remaja khususnya para pelajar dipersia-siakan. Sebagaimana menurut al-Ghazali : ³ Setiap yang ada dalam hati akan menzahirkan kesannya pada anggota badan sehinggalah setiap pergerakannya adalah berlandaskan kepadanya ³. Setiap tingkah laku yang lahir daripada manusia sebenarnya adalah cerminan daripada apa yang tersemat dalam dirinya.4 Akhlak Pelajar Sebagai seorang hamba Allah.T : Ertinya : ³Demi masa. Keyakinan ini menjadi tunjang dan asas dalam kehidupan seorang muslim. . Keimanan kepada Allah bukan sahaja apa yang tersemat di hati tetapi lebih tertumpu kepada acmal yang menjadi tongkat memimpin kepada akhlak yang lebih baik. Pelajar muslim pastinya tidak terlepas dari kepercayaan dan keyakinan ini. seseorang pelajar mempunyai akhlak kepada Allah sekaligus menepati syarat pertama Rukun Iman.T : Ertinya : ³ Bahawasanya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman.

Seorang pelajar Islam dikatakan berakhlak bilamana sering melakukan solat pada waktunya. Faktor yang membelakangkan akhlak jugalah yang menyebabkan sesuatu umat tidak dikira mencapai tahap ketamadunan yang sebenarnya. maka sesiapa yang melakukannya akan memperolehi cahaya .A.W. Berdasarkan ayat ini. sekaligus ia tidak dapat bermunajat dan mendekati Tuhannya.T : Ertinya : ³ Bahawasanya solat itu.mereka akan memperoleh beberapa darjat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki (nikmat) yang mulia. Sabda Rasulullah S. tempat makhluk bergantung harap.Maka dengan ini apabila akhlak menjadi sebati dalam diri ia akan menzahirkan tindakan spontan. Pada dasarnya. Justeru. Allah S. Solat itu adalah cahaya.T. iman yang sempurna akan menghasilkan akhlak yang mulia atau dengan perumpamaan yang mudah.belas kasihanNya. terutama orang-orang munafik. Dengan erti kata lain. menghalangi manusia dari Fahsya dan munkar ³ Akhlak adalah cerminan keimanan seseorang. telah berfirman : Ertinya : ³ Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka. setiap yang beriman itu mengenali Allah dan Rasulnya. Tanpa akhlak nescaya manusia akan berada di lembah kehinaan biarpun kejayaan material yang dicapai amat menakjubkan. maka bila bertambah seseorang itu dalam melakukan solat maka makin bertambah jugalah tahap keimanan mereka. Itulah orang orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Firman Allah S. kerana itu mereka cinta kepada keduanya serta patuh dengan melakukan suruhan-Nya terutama solat lima waktu. dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka. Dalam solat itu seseorang hamba bukan sahaja dapat bercakap atau berdialog dengan Tuhannya dan memohon sesuatu tetapi ia juga dapat mendekatkan diri kepada-Nya sedekat-dekatnya.W. Jadi seseorang yang tidak solat bermakna tidak membuat hubungan dengan Tuhannya. bergantung kepada nilai akhlak yang ada padanya.( Iaitu) orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka. akhlak adalah mercu tanda. dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.Suburlah akhlak yang keji dan hina. terutama semasa sedang sujud. ibarat pohon yang semata-mata bergantung kepada kesihatan dan keelokan akarnya. berjaya atau tidaknya sesuatu umat dalam melakukan proses kemajuan dan pembangunan. Sebaliknya orang-orang yang tidak beriman. mereka membenci Allah dan Rasulnya.W maksudnya : ³Golongan yang beriman yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya ³ Tamadun sesuatu umat adalah terletak kepada sejauh mana penghayatannya dan kemurnian sumber peradabannya. rahmat. Maka terputuslah daripada nikmat.

bersinar gemilang di hadapan Tuhan An Nur iaitu cahaya iman dihias indah dengan cahaya solat yang melahirkan budi perkerti yang mulia. dan ia juga menaikkan darjat orang yang berkedudukan rendah dan miskin. Kita sedia maklum bahawa setiap orang yang tidak dibatasi oleh undang-undang dan disiplin. individu itu dikatakan lemah dan tidak akan berjaya. Merendah diri adalah suatu sifat yang mulia dan terpuji. setiap pelajar Islam inginkan kejayaan di dalam peperiksaan. Tuhan Maha Pencipta. bahkan segera menurut dan mengikuti apa sahaja perintah Allah S. ditambah lagi dengan alam raksasa ghaib adalah semuanya di tangan Allah S. pelajar tidak akan terlepas dari menguasai ilmunya. dia tidak akan sombong.W.tersebut. 3. memelihara dan mentadbirkan seluruh alam ini dari dasar tujuh petala bumi dari sebelah bawah membawa ke tujuh petala langit di sebelah atas. baik. antara sebab mengapa solat ini dilakukan lima kali dalam sehari ialah untuk memeluhara manusia dalam kehidupan sehariannya yang biasanya lalai oleh adanya nafsu keinginan.Cahaya dimana seseorang dapat bergaul dalam masyarakat dengan selamat. Mengapa manusia perlu sombong sedangkan kerajaan agung yang mencipta. dan Rasulnya. negara yang bertamadun memiliki undang-undang atau disiplin diri yang tinggi.Manakala pembacaan dan latihan.T.yang mempunyai segala sifat Keagungan dan Kemuliaan : sifat kehebatan yang boleh sombong mengatasi manusia. setiap pelajar Islam hendaklah mengetahui dan mengamalkan disiplin-disiplin dan undang-undang yang .A. lupa. Dan untuk mendapat kejayaan. Jika belum dapat merendahkan diri. Cahaya solat itu berkilauan dalam hati orang mukmin.T.Solat dapat mewujudkan manusia yang patuh. hendaklah mempunyai jadual yang lengkap agar mudah diikuti oleh setiap pelajar. samada ilmu keagamaan atau ilmu mengurus dunia. terlibat dengan tabicat dan tradisi. Maka ia dapat melihat apa yang orang tidak nampak akan kebenaran dan sesuatu hakikat. Ini bermaksud barangsiapa yang kerap bersolat. Maka solat dapat mencegah dari nafsu yang buruk dan merugikan.W. bersinar ke atas mukanya dan memantul ke atas setiap anggotanya.W.T. Menurut Al-Qustani R. solat adalah alat yang dapat mengawal diri seseorang daripada dosa dan kemungkaran. maka ketahuilah bahawa kesemua makhluk yan g berakal dan tidak berakal adalah tunduk kepada Allah Tacala pada setiap masa dan mereka patuh takut dan bimbang menunggu apa sahaja yang akan dilakukan Allah kepada mereka.5 Disiplin Dalam Kelas Dalam pembinaan sahsiah yang baik. Orang yang mengenali Allah S. Umpama contoh. kelalaian. Maka solat merupakan suatu latihan bagi orang yang berkedudukan tinggi untuk dapat merendahkan diri kepada Allah. mulia dan berakhlak terpuji.Ini adalah kerana sejarah telahpun membuktikan kepada kita. Cara untuk menguasai ilmu adalah melalui pembacaan dan latihan. Sifat ini adalah pakaian utama bagi orang yang berkedudukan tinggi dan berpangkat. Sebagai pencari ilmu. disiplin diri yang ketat dan dipatuhi dengan keadaan yang sungguh-sungguh mampu mendidik ke arah remaja yang berwawasan. maka keadaan dirinya dikatakan cahaya di atas cahaya. dan mengetahui perintahNya. Di dalam agama Islam. maju dan berjaya.

Bagi seorang pelajar. solat dikira sebagai rosak (batal) atau maksud secara mudahnya solat yang dikerjakan tidak diterima oleh Allah S. pakaian dan tempat solat harus suci dari najis. · Menutup aurat: Setiap lelaki dan perempuan yang akan bersolat haruslah menutup auratnya iaitu menutupi sebahagian anggota badannya agar tidak bertelanjang yang boleh menyebabkan solatnya tidak sah dan batal.Patuh terhadap undang-undang bermakna solat dari segi zahiriah telah sempurna dan sah. · Membaca surah al Fatihah · Rukuk · Ictidal dengan thumacninah · Sujud · Duduk tahiyat akhir · Memberi salam · Tertib Setiap pelanggaran undang-undang. Undang-undang Sebelum Solat Sebelum solat kita dirikan.T kerana telah berlaku padanya kecacatan yang sepatutnya wajib dielakkan. Setiap orang bilamana melakukan solat. khusyukc akan melahirkan perilaku yang terpuji. Undangundang yang dipatuhi disulami dengan hadir hati. Jika ditinjau pada ibadah solat. maka kita harus mengetahui lebih dahulu tentang beberapa syarat solat iaitu . · Mengetahui masuknya waktu solat.telah digariskan oleh Allah untuk menjamin keberkatan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat.Sebab Islam bukan agama individu tetapi agama yang membimbing ke arah kejayaan untuk semua orang. . · Suci dari hadas kecil dan hadas besar · Badan. terdapat padanya undang-undang atau peraturan-peraturan yang wajib diikuti. wajib mematuhi undang-undang tersebut. · Menghadap kiblat b. Sebagai kajian mari kita perhatikan undang-undang tersebut : a. Undang-undang Ketika Solat Dalam mendirikan solat maka yang harus dan perlu diketahui dengan sungguh-sungguh adalah fardhu-fardhunya sebagaimana berikut : · Berniat dalam hati · Membaca takbiratul ihram · Berdiri bagi mereka yang berkuasa ketika solat fardhu. Penuntut ilmu hendaklah saling menasihati sesama mereka khususnya di dalam menjadikan diri sentiasa berada dalam keadaan berdisiplin dan mengikut garis panduan undang-undang Islam sebenar.W. akan tercanailah mengikut undang-undang yang digariskan alQuran.

Solat dikatakan rosak seandainya tidak mengikut perbuatan imam. Kita telahpun mengetahui untuk mendapat syurga Allah hendaklah mengikut garis panduan yang telah ditunjukkan Allah melalui kitabnya Al-Quran. khususnya solat. Ketenangan yang sebenar hanyalah dapat diperolehi oleh orang yang bersolat dengan ikhlas dan orang yang selalu membaca dan mendengar ayat-ayat suci al-Quran. Kepala letaknya di atas yang penuh kemuliaan di samping terletak padanya anugerah akal yang telah Allah bekalkan. 3. Bila kita bercakap mengenai kepimpinan Islam. Ketenangan adalah suatu nikmat yang penting dalam kehidupan manusia. Al-Hadis.Justeru itu telah menjelaskan kepada kita bahawa melalui solat berjama¶ah telah mendidik pelajar khususnya. Secara umumnya seseorang yang menjadi imam.Kerjasama erat di antara tanggungjawab solat dan imam selaku pemimpin amat penting dalam membentuk generasi al-Quran. kita tidak boleh lari daripada dua sumber iaitu al-Quran dan al-Hadis. Panduan tersebut adalah bertujuan untuk membentuk kehidupan masyarakat yang menjadikan Islam sebagai satu cara hidup. seseorang dapat bersolat dengan khuyuck. ianya adalah bahanbahan santapan rohani yang sebenar dan dapat memberikan ketenangan di dunia dan di . dapat bergaul dengan ibubapa secara baik. telah memegang satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan rasa penuh tanggungjawab. Imam seumpama kepala kepada anggota badan yang lain.Justeru itu orang yang bersolat adalah orang yang mempunyai kedudukan yang mulia semasa di dunia dan juga di akhirat.Di dalamnya juga terdapat pengakuan terhadap Allah dan Rasul-Nya serta pelbagai bacaan. Solat dan kepimpinan merupakan elemen utama dalam mencorakkan sesebuah institusi pendidikan. adalah benar-benar dapat mengubah insan yang mampu berfikir. mematuhi undang-undang Islam juga undang-undang sekolah selagi mana tidak berlawanan dengan syariat Islam. Otak bertindak sebagai pemandu kepada anggota badan yang lain. Ijma dan Qias. Sesungguhnya manusia yang mulia di sisi Allah ialah orang yang beriman dan bertakwa kepada-Nya pada setiap masa.6 Patuhi Undang-Undang Sekolah Solat dan kepimpinan merupakan dua perkara yang amat penting dan telah mendapat tempat yang khusus dalam syiar Islam. dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan dapat menyumbang kepada kesihatan yang sempurna. Dalam solat setiap tindakan imam akan diikut oleh makmum. di samping menjadi penentu jatuh dan bangunnya institusi pendidikan tersebut. Al-Quran dan al-Hadis mengajak serta memandu kita ke arah makruf ( kebaikan ) dan menjauhi mungkar ( kemaksiatan ).Dengan adanya ketenangan.Solat yang dimulakan dengan takbir (mengagungkan Allah Tuhan Semesta) dan dilakukan dengan rukuk dan sujud serta tahiyyat di mana di dalamnya terdapat undang-undang yang digariskan serta hendaklah dipatuhi. Maksudnya solat melalui syarat dan undang-undangnya telah mewajibkan makmum mengikut pada setiap perbuatan imam.Ini bermakna tidak ada jalan singkat untuk memperolehi ganjaran pahala melainkan menunaikan setiap perkara yang telah difardhukan Allah padanya.

Kecuali orangorang yang mengerjakan solat. Kita tidak akan mampu merealisasikan kehidupan sosial kecuali melalui berhubungan dengan orang lain iaitu melalui jalinan persahabatan dan berteman.Acuan Islam amatlah diperlukan kerana tanpa acuan yang betul. akan menghantar kepada kebahagiaan samaada di dunia dan akhirat. Sekiranya memilih teman yang baik dan mengerjakan solat serta dari keturunan yang terhormat.akhirat. Oleh yang sedemikian itu. Solat yang dilakukan mengikut perturan yang betul akan melahirkan pelajar yang patuh terhadap undang-undang sekolah selagimana undang-undang tersebut tidak bersalahan dengan Islam. bangun mengerjakan solat malam. 3. Justeru kita tidak akan mungkin menyendiri.7 Perhubungan Dengan Kawan Secara alamiah. Firman Allah S. yang tidak didasari oleh syariat Islam menjerumuskan mereka ke jurang kehancuran. Penelitian telah membuktikan bahawa orang yang berkawan dengan kelompok yang baik. Amirul Mukminin Saidina Ali telah berkata : ³ Hati-hatilah kamu berteman dengan orang-orang yang fasik. Imam Shadiq mencontohkan teman yang baik dengan angin yang menghembus di kebun bunga mawar lalu mnyebarkan semerbak mewangi.T. melaksanakan solat pada waktunya. Teman yang tidak solat akan menyeret temannya menuju kesesatan dan kerosakan moral. menjaga hukumhukum syariat Islam maka natijahnya sikapnya pasti akan berubah dengan jelas. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah. Memilih teman yang tepat adalah ibarat memilih persimpangan jalan yang berliku iaitu jalan penuh kebahagiaan atau jalan kesengsaraan. yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya´. Ketenangan yang dinyatakan berdasarkan ayat tersebut adalah ketenangan yang diperolehi melalui perlakuan solat.W. dengan teman yang baik kita akan terhibur dan merasa lega dan lapang hati sebagaimana dia terhibur ketika merasakan hembusan angin yang membawa bersama wangian mawar. persoalan yang seharusnya diperhatikan dalam pendidikan anak remaja adalah hubungan sosial mereka dalam berteman. Ertinya. kita adalah makhluk sosial dan selalu condong kepada kemajuan dan peradaban. Dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir. kerana kejahatan demi kejahatan akan bertemu´ Dalam riwayat lain. menyebabkan buruk sangka terhadap orang-orang yang baik ³.T : . Firman Allah S. : Ertinya : ³ Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Sehubungan dengan itu. Saidina Ali juga mengatakan : ³ Bertemu dengan orang-orang yang jahat. berhubungan dan berteman dengan orang lain adalah salah satu faktor terbentuknya kehidupan sosial tersebut.W.

Ibn Majah dan Tirmidzi [13] Al-Quran. dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah. Roh Sembahyang. hlm 20. 1001 Mutiara Solat : cAmalan Yang Dirindukan Syurga .Di samping solat juga mampu mendidik diri ke arah sahsiah yang baik dalam perhubungan dengan kawan-kawan.1996. [7] Abu Zahidah. atau berbuat macruf. Surah Ali Imran ayat 133. Surah Al-Macrij ayat 19-23 [19] Al-Quran. [6] Hj Hasan Muhammad Al Khairun Gozali. yang terakhir juga solat. [4] Abdul Rahman Mat Ismail. Allah telah menyebut beberapa camal kebajikan yang mewajibkan para pelakunya kekal selama lamanya di dalam syurga Firdaus. 2005.Ertinya : ³ Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka. 2003. Sebagai maklumat. Surah At Taubah ayat 103 [3] Hj Hasan Muhammad Al Khairun Gozali. hlm 1 [8] Al-Quran Surah An Nisa ayat 103 [9] Al-Quran. 2003. Surah Al Anfal ayat 2-4 [18] Al-Quran. hlm 45.2003.al. Sahsiah Pelajar Cemerlang. Yang berdiri paling depan dari amal kebajikan tersebut iaitu solat. hlm 44. hlm : 65 [11] Hadis. atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Roh Sembahyang. hlm 46. Surah Toha ayat 132 [10] Hasnan Kasan et. Allah puji orang-orang yang beriman. [1] Hj Hasan Muhammad Al Khairun Gozali. Ringkasnya untuk mendapat seorang kawan yang baik pelajar seharusnya memerhatikan perkara yang utama dahulu iaitu solat kerana segala kebaikan terpancar melalui solat.1996.Kepentingan Solat Dalam Kehidupan . Surah Al Ankabut ayat 45 [17] Al-Quran.Sifat pertama dari orang beriman yang terpuji itu ialah orang-orang yang memelihara solatnya. artikel ini adalaah kajian penulis dengan 100 orang pelajar disamping kajian dari beberapa buah buku. Maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar´. [14] Al-Quran. Riwayat Abu Hasan Al Mawardi [12] Hadis Riwayat Ahmad. Surah Al Asr ayat 1-3 [15] Al-Quran. 2003. kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah. Surah An Nisa ayat 103 [16] Al-Quran. [5] Abdul Rahman Mat Ismail. Surah An Nisa ayat 114 . 1001 Mutiara Solat : Amalan Yang Dirindukan Syurga . [2] Al-Quran . hlm 19. 1001 Mutiara Solat : cAmalan Yang Dirindukan Syurga . Al-Quran dan tafsiran yang dinyatakan dibawah.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful