PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

:

CONGKAK

Name : I.D No : Fakulti :

ISI KANDUNGAN : y Permainan Tradisional melayu y Penghargaan y Pengenalan y Latar belakang congkak y Asas permainan y Peraturan permainan y Cara membuat congkak y Kesimpulan .

wau. sepak raga. batu seremban. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. congkak. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah . . Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. gasing dan lain-lain.PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU Permainan traditional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat.

Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah yang dikorek dan kebiasaannya buah congkak menggunakan guli-guli kaca. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam yang dinamakan µrumah¶.PENGENALAN Congkak adalah sejenis permainan tradisional melayu yang sering dimainkan oleh kaum wanita dan kanak-kanak sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. garis pusat dan 7sm. buah getah. dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut. Disebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala dibahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. congkak juga berfungsi sebagai suatu latihan mengira/mencongak. Sekiranya permainan congkak di tanah. lubang digali dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah. Jumlah kampung yang . Lubang sebesar 9sm. Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut µkampung¶. Di samping memberi keseronokan. biji saga. batu-batu kecil dan sebagainya.

biasa terdapat pada papan congkak ialah lima. tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak. .

Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. permainan ini tersebar ke Afrika. golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah. sementara di kalangan rakyat jelata. y Di Asia Tenggara. y Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. y Dari Timur Tengah. congkak dikenali sebagai warri atau awari. Bagaimanapun. congkak dikenali dengan nama congklak. congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. di Filipina. Di sana. y Pada zaman dahulu. sungka.LATAR BELAKANG CONGKAK y Congkak dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab. . bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM(Sebelum Masihi) di masa kini Jordan. Di Indonesia. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagangpedagang Arab.

ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. di Filipina disebut sungka. Terdapat juga permainan congkak dalam telefon bimbit. congkak dimainkan di seluruh dunia. Di Malaysia dan beberapa daerah di Kepulauan Riau dikenal dengan Congkak. Ada juga yang menyebutnya congklak. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. seperti daerah-daerah yang ada di pulau Jawa . Pada hari ini. aggalacang and nogarata. Sebutan dan panggilan congkak Congkak adalah permainan rakyat yang sudah berkembang cukup lama di kawasan Melayu dengan sebutan yang berbeda-beda. maggaleceng. di Srilanka dikenal dengan cangka. di Thailand tungkayon dan di beberapa daerah lain di Indonesia seperti di Sulawesi disebut mokaotan. y Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet.

Salah satu permainan yang dimainkan pada waktu itu adalah congkak. congkak hanya dimainkan oleh keluarga istana.SEJARAH PERKEMBANGAN DI MALAYSIA Congkak berasal dari Timur Tengah. Permainan ini berkembang pada masa kesultanan Malaka pada abad ke-15. Setelah kekuasaan Kesultanan Riau runtuh. terutama puteri-puteri raja dan bangsawan di sekitar Istana Penyengat. misalnya kelompok nelayan atau kelompok petani saja. terutama di kerajaan Malaka melalui dunia perdagangan. . Selain kerabat istana. pada masa ini permainan congkak hanya dimainkan oleh orangorang yang memiliki status sosial yang sama. Jadi. yang kemudian menjadi salah satu permainan rakyat Melayu. sehingga permainan ini bukan hanya milik keluarga istana atau rakyat biasa saja. tetapi juga milik masyarakat Melayu. congkak dimainkan juga oleh rakyat biasa. Rakyat biasa mulai bermain dengan keluarga istana. tetapi terbatas pada kelompok sosial tertentu. terutama dengan putri-putri raja. yang menyebar di Asia Tenggara. secara perlahan suasana mulai berubah. congkak sudah mulai dikenal di daerah Tanjung Pinang pada awal abad ke-17 sampai 18 M. Pada masa itu. dan kemudian diganti oleh kekuasaan penjajahan Belanda. seperti putri-putri raja. Status sosial antara keluarga istana dengan rakyat biasa mulai mencair. yang dimainkan oleh keluarga istana. Dalam perkembangannya.

pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di . sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri.ASAS PERMAINAN Permainan congkak melibatkan pengiraan. Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. pemain akan memulakannya dengan serentak. Untuk memulakan permainan. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan. Dalam permainan ini. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri. sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti. biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong.

Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan. setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah. ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.mana-mana kampung sendiri. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua. Setelah tamat pusingan pertama. maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. ia dianggap terbakar. .

Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak. pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. 2. sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri.PERATURAN PERMAINAN Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa: 1. . Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri. hanya selepas membuat satu pusingan. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan. 3.

Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua. maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah. maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan. setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah. Di akhir permainan.maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. 5. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak. Setelah tamat pusingan pertama. buah congkak dikira dari rumah masing-masing. ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah. 4. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. ia dianggap 'terbakar'. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya. Perbezaan Peraturan y Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang berasaskan lubang dan .

. y Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan congkak bermula serentak antara kedua-dua pemain. terdapat beberapa perbezaan dari segi peraturan.buah seperti Manchala dan Sungka. Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam.

Nilai budaya Ketelitian. kecerdasan dibutuhkan agar seorang pemain bisa memenangkan permainan tersebut. seperti salah memasukkan buah congkak ke lubang induk pemain lawan. Ketelitian dituntut agar ketika memasukkan buah congkak tidak salah. sementara kejujuran diharapkan agar masing-masing pemain bersikap sportif. dan tidak menipu lawannya ketika lawan tersebut dalam keadaan lengah. . kecerdasan dan kejujuran sangat dibutuhkan di dalam permain congkak ini. atau kesalahan-kesalahan lain.

. 6. 4. 1. 3. Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan dinamakan µkampung¶ yang mempunyai jumlah bilangan tertentu. gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak terpakai. balau dan sebagainya. 5. Hanya satu bahagian sahaja yang diperlukan dalam membuat congkak.CARA MEMBUAT CONGKAK Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau. Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai µrumah¶. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Setelah dibelah. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak. keruing. Ini penting supaya tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain. 2. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan. nangka dan sebagainya. mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak. Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut.

dan boleh dibimbit untuk dibawa ke mana-mana sahaja. . apa-apa sahaja yang agak bulat dan sesuai boleh digunakan. dan dengan pelbagai jenis rekaan. Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan. geometri dan sebagainya. biji plastik. Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pendalaman. Congkak zaman moden kebanyakkannya diperbuat dengan plastik keras atau kayu mampat. perang atau hitam. perang kemerahan. Buah congkak lazimnya menggunakan biji guli. Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah. papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-tumbuhan. dan biji getah. buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap. Congkak juga diubahsuai menjadi mudah alih (portable). batu kecil. kosmos. Namun demikian. Setelah siap. 8.7.

Oleh itu. Hanya di sesetengah sekolah sahaja yang dipertandingkan untuk memeriahkan persatuan kokurikulom mereka. Kesimpulanya. . congkak akan dibuat perhiasan sahaja dengan ada nya ukiran-ukiran ditepinya dan bentukbentuk yang unik. warisan tradisional ini haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara. kemungkinan permainan tradisional ini akan lupus dan dianggap tidak wujud lagi dengan ada nya permainan-permainan baru yang lebih canggih daripada congkak ini seperti anak-anak muda sekarang yang hanya mempertangahkan permainan video. Ini akan menyebabkan mereka µTIDAK TAHU¶ apa itu congkak.KESIMPULAN Permainan tradisional congkak ini telah wujud sejak zaman nenek moyang kita dahulu yang dulu ianya sangat popular. Malah. Lama kelamaan. Kemungkinan juga. popularitinya semakin menurun sehingga sekarang. Permainan congkak yang dimainkan dahulu tidak seperti zaman modern sekarang. pertandingannya pun tidak diperlihatkan lagi.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful