TEORI PEMEROLEHAN BAHASA Teori mengandungi suatu gambaran tentang hubungan sebab akibat antara variabel.

Dalam sesuatu teori, terkandung keunggulan yang dapat menjelaskan sesuatu gejala dan juga mempunyai kekuatan untuk meramalkan sesuatu gejala (Best, john W. 1982 : 21). Teori ialah suatu tindakan intelektual bagi menjelaskan hakikat yang berkait rapat dengan panorama yang kompleks, konkrit atau abstrak berdasarkan pemerhatian yang rapi dan teliti. Teori juga mengandungi fakta yang saling berhubung kait bagi menjelaskan sesuatu hal atau sebab. Tegasnya, sesuatu teori akan menjelaskan sesuatu aspek tertentu , sama ada memperkatakan mengapa, bagaimana atau apa (Marzukhi Nyak Abdullah, 1993 : 840). Dalam soal kajian bahasa, terdapat banyak teori linguistik yang menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pendapat yang berbeza-beza dalam kalangan para sarjana linguistik tentang pemerolehan dan penguasaan bahasa telah menyebabkan wujudnya pelbagai teori bahasa. Daripada teori yang pelbagai itu, terdapat dua sahaja teori yang dianggap penting berhubung dengan masalah ini yang ditimbulkan oleh ahli-ahli empiris dan ahli-ahli rasionalis. Golongan pertama yang mewakili Aliran Behavioris mendokong Teori Mekanis sementara golongan kedua yang mewakili Aliran Kognitif pula mendokong Teori Mentalis. TEORI MEKANIS/ BEHAVIORIS (SKINNER) Teori ini berpendapat bahawa bahasa ialah proses prilaku dan mementingkan satu rangkaian turutan antara sebab dan kesan. Ia menganggap bahasa sebagai hasil gabungan rangsangan dan gerak balas yang bergantung kepada naluri manusia. Faktor persekitaran dianggap sebagai rangsangan dan tindak balas terhadap rangsangan itu dianggap sebagai tindak balas. Teori ini menolak pendapat yang menghubungkan proses penghasilan bahasa dengan operasi mental. Teori ini juga memberi penekanan kepada bentuk-bentuk linguistik. Segala penghasilan bunyi atau sebutan sesuatu kata harus dilakukan secara tepat terutamanya dari aspek fonologi, struktur intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain.

maka bahasa dapat dilahirkan sebagai gerak balas terhadap rangsangan itu. Justeru. Ini bermakana bahasa perlu dikuasai melalui proses pengulangan kerana teori ini beranggapan bahawa penguasaan bahasa ialah satu proses mekanis yang tidak melibatkan pemikiran atau daya mental. Kanak-kanak belajar bahasa secara tidak formal melalui proses peniruan daripada ibu bapa atau ahli keluarga mereka. berpendapat bahawa latihan pengulangan secara mekanis adalah sangat penting untuk pengurusan bahasa dan akan menarik minat pelajar jika guru merancang pelajarannya dengan teliti. Mereka menguasai bunyi-bunyi dan menyebut perkataan-perkataan yang mereka dengar berulang kali sehingga mereka dapat menuturkan ayat-ayat yang lengkap. Sekiranya tingkah laku manusia yang lain itu berpunca daripada adanya rangsangan. Teori ini berasaskan cara pemerolehan bahasa pertama kanak-kanak. Alan Healey (1975: 285). Teori ini juga beranggapan bahawa bahasa adalah tingkah laku manusia yang lahir sebgai gerak balas terhadap rangsangan. Menurutnya. hubungan mental tidak dapat diamati. Manusia akan bertindak terhadap sesuatu sekiranya terdapat rangsangan dari dalam diri atau persekitarannya. Ini bermakna beliau lebih mengutamakan rangsangan tindak balas serta mengenepikan fungsi mental atau otak kerana menurutnya. bukan sebagai himpunan . latihan dan latih-tubi perlu dijalankan secara kerap kerana kemahiran bahasa dilihat sebgai satu kebiasaan. bahasa ialah alat untuk berkomunikasi. Bloomfield pula berpendapat bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia yang sama dengan tingkah laku manusia yang lain. bahasa juga adalah semata-mata sistem bentuk. dan bukan proses mental atau kognitif. Skinner menerusi teori behaviorisme berpandapat bahawa bahasa hanya dapt dikuasai melalui operasi rangsangan dan tindak balas yang merupakan proses naluriah semata-mata. Teori ini amat mementingkan aspek lisan seperti percakapan atau pertuturan kerana bagi mereka.Untuk memperolehi kemahiran bahasa. beliau berpendapat bahawa perkara yang perlu dikaji ialah tingkah laku yang terjadi ketika ucapan itu lahir daripada mulut seseorang hingga ucapan itu diterima serta difahami oleh pendengar.

Ia menghindari faktor-faktor yang berkaitan dengan psikologi. Aliran ini mengkaji bahasa secara saintifik dan empirical. Apabila pengulangan dapat diwujudkan. Kanak-kanak belajar berbahasa daripada data bahasa yang didengar. iaitu dengan mengkaji bahasa lisan yang merujuk kepada ucapan yang dikeluarkan oleh penutur. bukan apa yang dituliskan. Golongan behavioris berpendapat bahawa pengukuhan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting dan ia dapat dilakukan dengan memberi ganjaran kepada seseorang pelajar apabila mereka memberikan gerak balas yang betul. keistimewaan pengiktirafan atau sebagainya. teori ini menganggap bahasa sebagai satu set kebiasaan yang diserapkan dalam sistem saraf penutur bahasa ibunda.makna yang menjadi simbol pemikiran (Raminah Hj. perkara yang penting utnuk dihuraikan ialah apa yang dituturkan. a. Justeru. kami dapat merumuskan teori mekanis ini seperti berikut. Bahasa dikuasai sama seperti kita menguasai kemahiran-kemahiran mekanis yang lain kerana bahasa dianggap sebagai satu tingkah laku manusia. ia akan dapat membentuk tindak balas yang dikehendaki. Bahasa dikuasai memalui proses pengulangan sehingga ia membentuk satu kebiasaan atau tabiat. Sekiranya kanak-kanak diberi pengukuhan seperti pujian. Ganjaran buka sahaja bertujuan untuk menggalakkan pelajar memberikan gerak balas yang betul. Huraian bahasa secara deskriptif ini dipelopori oleh Leonard Bloomfield. . tidak mementingkan makna dalam analisis bahasa dan tidak berpegang kepada peraturan-peraturan bahasa yang bersifat normatif. proses pembelajaran akan berlaku. kemudian diulang-ulang sehingga menjadi kebiasaan. Secara ringkasnya. Aktiviti berbahasa adalah sama seperti aktiviti lain dan aktivit ini dikuasai oleh kanak-kanak melalui hubungan rangsangan dan gerak balas. tetapi ia juga penting untuk mewujudkan pengulangan. Golongan behavioris cenderung kepada huraian bahasa secara deskriptif atau stuktural. 1985 : 18). b. Kesimpulannya. Sabran dan Rahim Syam.

Ahli-ahli ini menekankan bahawa kanak-kanak sejak dilahirkan telah dibekalkan dengan dengan satu alat dalam otak mereka memahami bahasa yang didengarnya dengan mudah. Lenneberg. Bahasa dihuraikan secara diskriptif atau struktural. Pendokong teori ini terdiri daripada Wolfgang Kohler (1887-1967). Segala perubahan tingkah laku atau disebut . Ganjaran pula dapat mewujudkan pengulangan dan menggalakkan pelajar member gerak balas yang betul. teori ini memandang pembelajaran sebagai satu proses pemikiran dan bukan sekadar satu pembentukan kebiasaan yang mementingkan latihan dan pengulangan. dan E. Teori yang dibicarakannya itu telah meluaskan lagi dunia penemuan tentang proses perkembangan kognitif yang dianggap bersifat universal. Jerome S. d. iaitu percakapan dan pertuturan amat dipentingkan. Bruner. Istilah kognitif ini mula diperkatakan oleh Jean Piaget pada awal tahun 1960-an dengan teori-teori psikologi perkembangannya. Teori kod-kognitif menekankan peranan otak atau fikiran dalam proses pembelajaran. Bahasa ialah satu sistem bentuk yang berupa unsure-unsur bunyi yang dituturkan dan bukan sebagai satu himpunan makna yang memerlukan operasi mental. Kurt Kaffka (1886-1941). Miller (1909) Jean Piaget. f.c. morfologi dan sintaksis. yang kesemua mereka merupakan ahli-ahli psikologi kognitif. TEORI KOD-KOGNITIF (PIAGET) Teori Pembelajaran Kod-kognitif dipelopori oleh mazhab kognitif atau mentalis yang amat berbeza dengan teori pembelajaran behavioris. Ia dihuraikan mengikut peeringkat-peringkat tertentu seperti fonetik atau fonologi. Bahasa dianggap sebagai alat komunikasi yang terhasil apabila adanya rangsangan dan gerak balas. Kebiasaan berbahasa dapt diperoleh melalui latih-tubi dan diikuti dengan pengukuhan dan ganjaran. Oleh itu. David Ausubel. e. George A. H. Aspek lisan.

Pada peringkat akhir deria motor. . iaitu pematangan. Mereka menggunakan bahasa untuk pernyataan diri dan berinteraksi dengan persekitarannya. Ini kerana terdapat empat faktor yang membantu atau membantut perkembangan kognitif individu. pengalaman. Peringkat olahan bermula pada usia dua hingga enam tahun. Kanakkanak menggnakan deria motornya untuk berinteraksi dan mengetahui alam sekelilingnya. Mereka belum menguasai lambing bahasa untuk member nilai kepada sesuatu benda.sebagai pembelajaran itu adalah hasil daripada proses kognitif yang berlaku dalam diri manusia itu sendiri. terdapat perbezaan antara kanak-kanak yang cerdas dengan kanak-kanak yang lembab otaknya dalam mencapai zaman operasi formal. interaksi sosial. Dengan kebolehan berbahasa ini. dan perimbangan antara ketiga-tiga faktor tersebut. Sebagai pendokong utama teori ini. mereka bukan sahaja menggunakan bahasa untuk bercakap bersendirian. Jean Piaget berpendapat bahawa perkembanagan kognitif berlaku secara berperingkat-peringkat. Pada peringkat ini. Pada peringkat ini. mereka tidak lagi menggunakan deria motor sematamata. mereka menjadi lebih bebas dan lebih berupaya untuk mempertingkat keupayaan berbahasa mereka. peringkat olahan konkrit. kanak-kanak sudah mempunyai sedikit sebanyak keupayaan untuk berbahasa dan mereka sentiasa berinteraksi dengan persekitarannya. semua kanak-kanak normal mesti melalui zaman ini secara berperingkat-peringkat menurut susunan tersebut. dan peringkat olahan formal. malah pengalaman baharunya dilambangkan melalui bahasa. mereka sudah boelh menguasai bahasa dan konsep dengan cepat. kanka-kanak belum mampu menggunakan otaknya. Melalui interaksi tersebut. Apabila mencapi umur empat tahun. Menurut beliau. tetapi juga untuk berbincang. Namun demikian. mereka sudah boleh bertutur dengan fasih. bercerita dan berkomunikasi dengan orang lain di persekitarannya. Peringkat deria motor kanak-kanak bermula sejak lahir hingga berumur dua tahun. Pada peringkat ini. peringkat olahan. Beliau telah mengemukakan empat peringkat perkembanagn kognitif iaitu peringkat deria motor.

Mereka dapat memahami banyak perkara dan memyelesaikan masalah secara logik dan abstrak. kanak-kanak sudah boleh menggunakan pemikiran logik. perkembangan kognitif kanak-kanak mula mencapai kemuncaknya. Pada peringkat ini. mengkelaskan benda-benda mengikut saiz atau warna. Perkembangan kognitif mereka sudah agak maju tetapi mereka masih memerlukan objek-objek dan peristiwa-peristiwa konkrirt dalam menyelesaikan masalah. Peringkat terakhir ialah peringkat olahan formal yang bermula pada usia 12 tahun ke atas. menguasai konsep pengekalan. Mereka mula membaca. . Mereka mula menggunakan bahasa secara aktif untuk berkomunikasi dalam bentuk koperatif. Mereka juga dapat menyelesaikan masalah-masalah verbal yang kompleks dan menguji perasaan dan pemikiran. Mereka juga sudah dapt menerima pendapat orang lain melalui penggunaan bahasa yang lebih luas.Peringkat olahan konkrit bermula pada umur enam hingga 12 tahun. dan memahami konsep pembalikan. Pada peringkat ini. Perkembangan mental dan penguasaan perbendaharaan kata mereka semakin bertambah. menulis dan mengira serta sangat suka bercakap atau bertutur.

Berdasarkan teori tersebut. iaitu bermula daripada brsuara sehingga boleh . Mereka belajar bahasa secara tidak formal kerana perkembangan bahasanya seiring dengan perkembangan mentalnya. perkembangan bahasa mereka adalah mengikut jadual dan bukan datang daripada rangsangan dan gerak balas. Terdapat satu jangka masa kritikal iaitu masa subur untuk bahasa merea berkembang dan mereka mudah untuk memperoleh sesuatu bahasa secara aktif pada waktu tersebut. dapatlah kami rumuskan bahawa setiap manusia sebenarnya semula jadi mempunyai penguasaan bahasa di dalam mindanya. Ini bermaksud.Kanak-kanak boleh membuat peaturan bahasanya sendiri tanpa mempelajarinya terlebih dahulu. Manusia semula jadi dilahirkan dengan Alat Penguasaan Bahasa (Language Acquisition Device) yang membolehkan mereka menguasai bahasa. Teori ini dapat dikukuhkan lagi dengan sokongan seorang tokoh bernama Lenneberg (1967).Bahasa tersebut telah sedia ada di dalam minda kita sejak dilahirkan lagi.Menurut beliau.Cuma bahasa tersebut tidak dapat digunakan sepenuhnya hinggalah tiba waktu matang bahasa tersebut berkembang. mereka boleh untuk merumus dan membentuk ayat-ayat mengikut sistem bahasa yang mereka peroleh dengan menggunakan keupayaan sedia ada pada mereka. teori ini menganggap bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan satu kebolehan semula jadi manusia. kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu bapa yang pekak dan bisu masih boleh bertutur pada peringkat umur yang sama dengan kanak-kanak lain sekiranya mereka terdedah kepada lingkungan atau suasana berbahasa. Ini bermakna.Golongan ini berpendapat jika seseorang kanak-kanak diberi pendedahan kepada sesuatu bahasa. kebolehan berbahasa dalam kalangan kanak-kanak adalah berdasarkan jadual secara biologis.Tambahan beliau lagi.TEORI MENTALIS (CHOMSKY) Konsep bahasa menurut Teori Mentalis atau dengan nama lainnya Teori Rasionalis berpendapat bahawa bahasa adalah pengetahuan yang dihasilkan oleh satu proses di dalam otak.

Teori mentalis ini berpendapat bahawa binatang juga menggunakan pola fikirannya dalam menyelesaikan masalah. Ini bermakna mereka boleh memahami pertuturan orang lain sebelum mereka sendiri boleh bertutur. µmari¶. Kebolehan berbahasa sudah terancang dalam diri kanak-kanak yang menyebabkn mereka memperoleh bahasa secara natural. µberdiri¶ atau µtepuk tangan¶. maksu. nenek dan kakak. kami dapati teori ini tidak sependapat dengan teori mekanis yang menolak penggunaan fikiran dalam melakukan aktiviti pembelajaran. mereka dapat memahami bunyi pertuturan yang berbeza atau arahanarahan mudah yang ditunjukkan kepada mereka. Proses ini akan berterusan sehingga keupayaan berbahasa mereka menjadi sempurna seiring dengan kematangannya. Kedua-dua perkara tersebut sangat penting kerana competence berfungsi untuk menghasilkan ayat alam bentuk performance. Manusia menggunakan fikiran dalam pembelajaran supaya dapat memhami dan mengenali sesuatu perkara. Perkembangan bahasa ini berpanjangan sehingga mereka berumur empat hingga lima tahun. Ini menunjukkan bahaw kanak-kanak dapat mengenali pola-pola pertuturan. µjangan¶. Lenneberg juga berpendapat bahaw pada peringkat umur tersebut. Golongan mentalis mengatakan bahawa manusia secara semula jadi telah dikurniai competence dan performance. Ini bermakna mereka boleh memahami pertuturan orang lain sebelum mereka sendiri boleh bertutur. Beliau juga menyatakan bahawa kanak-kanak mendapat kebolehan memahami lebih dahulu daripada kebolehan bertutur. iaitu kebolehan untuk membuat rumus-rumus tentang bahasa dalam pemikirannya dan aspek penggunaan terhadap apa yang diketahuinya tentang bahasa itu.Oleh itu . Ini kerana embelajaran bahas berkait rapat dengan proses mental dan bukan mekanikal semata-mata. seperti µduduk¶. Contohnya. Contohnya kanak memanggil semua perempuan yang sebaya dengan ibunya µmak¶ kerana mereka masih tidak dapat membezakan antara makcik. kanak-kanak tidak dapat membezakan perkataan yang mengandungi makna khusus kerana pada peringkat ini mereka menyebut yang umum dahulu kemudian yang khusus.Oleh itu.mencipta ayat-ayat yang lengkap.

Kedua. Alat ini menyebabkan kanakkanak mampu membentuk rumus-rumus bahasanya sendiri tanpa mempelajarinya terlebih dahulu. Ketiga. penguasaan bahasa melibatkan proses mental.golongan ini menekankan hubungan yang erat antara bahasa dengan pemikiran. Antara ciri-ciri penting yang kami dapati daripada teori mentalis ini adalah. manusia secara semula jadi mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa kerana manusia sejak lahir telah dibekalkan dengan alat penguasaan bahasa. dan menginterprestasi ayat-ayat yang didengar atau dibentuknya. dua perkara penting yang memainkan peranan dalam penguasaan bahasa manusia adalah competence dan performance yang menyebabkan manusia mempunyai daya cipta untuk menghasilkan dan menggunakan bahasa yang diketahuinya. Dengan kata lain. . teori ini menganggap bahawa bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh saru proses dalam otakdan saraf setelah menerima bahan dalam bentuk rangsangan melalui pancaindera. penguasaan bahasa mempunyai kaitan yang sangat erat dengan kebolehan mental melalui pemikiran untuk membolehkan manusia menghasilkan rumus-rumus bahasa yang tidak terbatas. ia akan menggunakan fikirannya supaya ayat yang dihasilkannya gramatis dan bermakna. iaitu apabila seseorang mahu menggunakan bahasa. Kesimpulannya. Peranan kognisi yang ada pada otak manusia membolehkan manusia menghasilkan rumus-rumus bahasa yang akan digunakan untuk membentuk atau memperturunkan ayat-ayat. pertama.

Bowerman. Dalam pertuturan bahasa orang dewasa pula. Pada peringkat ini.Semua fungsi ini terdapat dalam ujaran3 yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Halliday berpendapat bahawa kanak-kanak menguasai bahasa kerana mereka ingin memenuhi keperluan untuk berinteraksi dalam situasi sosial masyarakat dan persekitaran mereka. heurstik2. selepas kanak-kanak berjaya menguasai fungsi ujaran bahasa itu. yang diujarkan. mengetahui sesuatu perkara melalui pengalaman sendiri (bukan kaedah pengajaran atau pembelajaran). Keperluan berinteraksi pada peringkat awal kanak-kanak bertujuan untuk memenuhi keperluan peribadi mereka.K. tetapi tidak menjamin pentafsiran itu dalam bentuk bahasa. contoh: bunyi-bunyi ini tidak boleh dihubungkan dgn sebarang ujaran. bahkan tujuan interaksi adalah untuk menyampaikan maklumat kepada orang lain. fungsi instrumental itu dilahirkan melalui unsur-unsur tatabahasa. Schlesinger. sesuatu yang diucapkan atau disebutkan (mis perkataan). dan lain-lain). Contoh : Dia tidak dpt mendengar ujaran orang itu dengan jelas. 3 1. Apabila wujud fungsi ini dalam ujaran 1 2 irama suara (dalam bacaan. Cromer dan Wells. Skinner (1997) dan Ringler (1978) terhadap pemerolehan bahasa kanak-kanak akibat interaksinya dengan penjaganya.A. Seterusnya Halliday berpendapat. mereka juga menggunakan bahasa untuk tujuan memenuhi fungsi instrumental1. ayat tanya dan ayat majmuk semasa berinteraksi. Fungsi ini wujud dalam ujaran kanak-kanak apabila mereka menyedari bahawa tujuan menyuarakan ujaran bukan semata-mata untuk berinteraksi bagi memenuhi keperluan asas mereka. 2.Mereka beranggapan bahawa kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik. seperti menggunakan ayat penyata.Ahli-ahli bahasa berkenaan epenapat mengatakan bahawa kebolehan kognitif sahaja tidak dapat menjelaskan pemerolehan bahasa kerana perkembangan kognitif hanya melengkapkan kanak-kanak dengan kebolehan mentafsir makna dalam mental.TEORI INTERAKSIONALIS (HALLIDAY) Pelopor-pelopor teori pembelajaran interaksionalis adalah terdiri daripada Halliday M. . nyanyian. Oleh itu fungsi tersebut dianggap sebagai makna yang terkandung dalam sistem bahasa kanak-kanak.Pendapat ini diperkukuhkan melalui kajian yang dilakukan oleh ahli psikologi. percakapan. dan imaginatik. mereka akan menguasai pula fungsi informatif bahasa atau dengan istilahnya fungsi idensional. Dalam kaedah ini pelajar dibimbing untuk membuat penemuan sendiri bahan pembelajaran dan menggunakan konsep dalam latihan. membolehkan atau dapat membantu seseorang mempelajari.

Ketiga.Interaksi bahasa pula penting untuk membantu kanak-kanak menguasai peraturan-peraturan bahasa. menyatakan perasaan hati. struktur bahasa dapt dikuasai dengan berkesan jika pelajar menumpukan perhatian terhadap tugas atau aktiviti yang bermakna. guru disarankan supaya memberikan banyak latihan untuk membolehkan pelajar menggunakan sistem bahasa yang betul. Dalam pengajaran bahasa. sementara bahasa orang dewasa mengandungi lebih daripada satu fungsi. Seterusnya. dan bertanya tentang apa-apa maklumat yng mereka terima.Namun sepatutnya makna dan struktur bahasa berjalan serentak untuk membolehkan pelajar berinteraksi dengan menggunakan sistem tatabahasa yang dipelajarinya dengan betul. Halliday juga menyatakan bahawa perbezaan yang ketara antara sistem bahasa kanak-kanak pada peringkat awal dengan sistem bahasa orang dewasa ialah sistem bahasa kanak-kanak berupaya menyatakan satu-satu fungsi.Beliau menegaskan bahawa sistem tatabahasa kanak-kanak diperoleh kerana kanak-kanak mempunyai keperluan untuk menyatakan dua perkara dalam satu masa. teori ini juga mementingkan komunikasi atau interaksi (lisan).Tambahan beliau lagi. Aktiviti bahasa yang dirancang dengan teliti dapat membantu pelajar menguasai penggunaan sistem bahasa dan menggunakan bahasa dengan lebih fasih. pembelajaran bahasa bukan sekadar mempelajari struktur dan peraturan sesuatu . iaitu mengetahui undang-undang dan peraturan linguistik bahasa yang mereka gunakan. pertama. mereka mula menyedari perlu menguasai tatabahasa. Ini bermakna.kanak-kanak. Kedua. situasi sosial penting dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak. Guru juga perlu memastikan bahan pengajran yang digunakan dapat menyediakan aktviti yang bermakna untuk membolehkan pelajar menggunakan struktur bahasa yang dielajari dengan cara yang bermakna dan berkesan. iaitu yang dapat digunakan dalam kehidupan sehari-hari. pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Keperluan ini dapat dipenuhi melalui penggunaan ayat yang betul mengikut peraturan tatabahasa supaya dapat difahami oleh orang lain. teori ini juga menganggap penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa. Kesimpulan yang dapat kami ringkaskan mengenai teori pembelajaran bahasa interaksionalis adalah. Contohnya kanak-kanak perlu memberi maklumat.

Oleh yang demikian. pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai interaksi linguistik supaya mereka dapat mempelajari cara menggambarkan makna kognitif dalam bentuk bahasa dengan lebih tepat.bahasa. . tetapi apa yang lebih penting ialah pelajar belajar berinteraksi.

Pengajaran pemulihan boleh dieertikan sebagai usaha atau perkhidmatanperkhidmatan khas yang dilakukan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah dan kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa. di piusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan. µsembuh¶ atau µbaik semula¶. Secara keseluruhan. tetapi sebenarnya dihubungkan dengan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran. serta dilaksanakan dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan. menyatakan bahawa pendidikan pemulihan kalau diteliti secara lebih mendalam adalah lebih terbatas dan khusus sifatnya kerana bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid lembap atau lambat mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang lain. .KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN Menurut Kamus Dewan. Banyak pendapat telah dikemukakan tentang pendidikan pemulihan. perkataan µpulih¶ bermaksud µkembali seperti biasa¶. Pengajaran pemulihan biasanya berkaitan dengan usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. Mengikut pendapat-pendapat tersebut. Pencapaian pembelajaran murid-murid ini biasanya berada di bawah tahap pencapaian yang sepatutnya. Justeru. Koh Bon Boon (1982 : 2). pendidikan pemulihan bertujuan untuk mengatasi masalah kelemahan yang dihadapi oleh guru dan murid dalam proses pengajaran dan pemulihan. istilah murid-murid pemulihan atau murid-murid lambat membawa erti bahawa murid-murid ini mempunyai pencapaian yang rendah berbanding dengan murid-murid yang lain yang sama peringkat persekolahan dengan mereka. mereka mestilah diberi pengajaran pemulihan yang sesuai supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid-murid lain tidak akan menjadi terlalu ketara. Maksud perkataan µpulih¶ di sini bukanlah sembuh daripada sakit.

para pelajar yang gagal akan terus tenggelam. Tanpa pendidikan pemulihan. Justeru. para pelajar yang gagal tidak akan mendapat peluang kali kedua. . Dalam erti kata lain.PENUTUP Pelbagai huraian dan pandangan telah diberikan mengenai pendidikan pemulihan dan ini telah memberi penjelasan kepada kita bahawa pendidikan pemulihan merupakan satu aspek yang penting dalam program pendidikan umum. usaha Kementerian Pendidikan Malaysia yang memperkenalkan pendidikan pemulihan wajarlah dihargai kerana ia mampu membantu pelajar yang gagal untuk memperbaiki kelemahan di samping dapat mendorong mereka untuk turut sama mencapai kejayaan dalam pelajaran.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful