ANALISIS RESPON PENAWARAN GETAH ASLI DI KALANGAN PEKEBUN KECIL DI SABAH.

Jim Jipun* Remali Yusoff** Dullah Mulok*** ABSTRAK

Kajian ini mengenal pasti faktor utama yang mempengaruhi respon penawaran getah asli di kalangan pekebun kecil di Sabah. Justeru itu, sebuah struktur model respon penawaran getah asli di kalangan pekebun kecil getah di sabah dibentuk dan dianggar dengan menggunakan data tahunan bagi tempoh 1971-2004. Struktur model berkenaan mengandungi tiga persamaan gelagat. Model yang dibentuk bersifat blok rekursif dan dianggar dengan menggunakan Kuasa Dua Terkecil Biasa (OLS) dalam bentuk linear dalam log. Model ini menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi keluasan kawasan baru getah, keluasan kawasan getah matang dan pengeluaran getah asli di kalangan pekebun kecil di Sabah. Hasil kajian menunjukkan faktorfaktor penting yang mempengaruhi keluasan kawasan getah getah ialah harga getah tertangguh tiga tahun, perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan industri getah tertangguh tiga tahun dan bilangan buruh/pekebun kecil tertangguh tiga tahun. Keluasan kawasan getah matang dipengaruhi oleh keluasan kawasan getah matang tertangguh satu tahun dan keluasan kawasan baru getah tertangguh satu tahun. Pengeluaran getah asli dipengaruhi oleh pengeluaran getah asli tertangguh satu tahun, keluasan kawasan getah matang, harga getah dan siri masa proksi kepada perubahan teknologi. Implikasi daripada kajian didapati bahawa memastikan harga getah yang baik, meningkatkan perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan industri getah, penanaman getah secara berskala besar dan penggunaan teknologi pertanian adalah penting bagi mengekalkan dan meningkatkan perkembangan industri getah asli di Sabah. Di samping itu penilaian model juga dilakukan untuk menilai kesesuaian model tersebut antara yang sebenar dengan yang dianggar.
Kata Kunci: (Keluasan Kawasan Baru, Keluasan Kawasan Matang, Pengeluaran, Keanjalan harga dan Keanjalan Harga Silang).
* Jim Jipun ialah Pegawai Penyelidik di Unit Penyelidikan dan Pembangunan Ekonomi, Kumpulan Yayasan Sabah dan Pelajar Sarjana Ekonomi di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Sabah. ** Remali Yusoff ialah Profesor Madya di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Sabah. ***Dullah Mulok ialah Pensyarah Ekonomi di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Sabah.

PENGENALAN

Industri sektor pekebun kecil getah merupakan salah satu kegiatan pertanian yang paling popular dan dinamik di negeri Sabah. Walaupun komoditi getah kurang menguntungkan berbanding komoditi lain seperti kelapa sawit, koko dan kopi tetapi komoditi getah merupakan tanaman yang paling menguntungkan dan mudah dilaksanakan di kalangan pekebun kecil. Ini kerana kos bagi penanaman getah adalah rendah berbanding komoditi komersial lain. Pada tahun 2004,
sumbangannya kepada eksport negeri ialah RM188,693,193. Keluaran getah yang dieksport adalah terdiri daripada getah piawaian Malaysia (SMR) dan getah Speciality (Lembaga Industri Getah Sabah, 2004).

1

937 hektar pada tahun 2002. SPKG telah menyumbangkan sebanyak 95 peratus dari jumlah pengeluaran getah asli negeri Sabah dalam tahun 2003 (Lembaga Industri Getah Sabah. keluasan kawasan getah matang sektor pekebun kecil di Sabah didapati telah berkembang daripada hanya seluas 53. Sabah (IDS). memandangkan SPKG merupakan salah satu komponen penting dalam sektor pertanian iaitu sebagai penyumbang utama kepada industri getah negeri Sabah. Pada tahun 2005 terdapat seluas 15.972 hektar pada tahun 1995 dan seterusnya kepada 69. Maka terdapat keperluan untuk mengenal pasti variabel-variabel yang berpengaruh supaya langkah-langkah yang wajar dapat dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku dalam sektor ini.250 hektar pada tahun 1985 kepada 64. Sabah (IDS).73 hektar dan 177. pengeluaran yang tidak konsisten dan mengalami kekurangan pembekalan getah asli menyebabkan agensi-agensi berkaitan sukar untuk menyalurkan teknologi-teknologi baru untuk meningkatkan pengeluaran. sektor pekebun kecil getah (SPKG) di Sabah telah mengalami berbagai-bagai perubahan. 2005b). (Lembaga Industri Getah Sabah. kerajaan juga menggalakan penghasilan getah untuk keluaran kayu getah. Model ini dibentuk untuk menganalisis faktor-faktor utama yang mempengaruhi keluasan kawasan baru getah.250. menurut statistik pengeluaran getah asli negeri Sabah yang dikeluarkan oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).108 hektar lagi baki kawasan yang masih belum ditanam dan berpotensi untuk tanaman getah. keluasan kawasan getah matang dan pengeluaran getah asli di kalangan pekebun kecil dengan harapan model ini dapat digunakan untuk menganalisis permasalahan industri sektor pekebun kecil getah ini.435 hektar dan meningkat kembali kepada 52. Kepentingan sumbangan sektor pekebun kecil getah (SPKG) dalam keutuhan ekonomi negeri Sabah memang tidak dapat disangsikan lagi. Tetapi keluasan kawasan getah matang ini telah jatuh dengan mendadak pada tahun 2003 iaitu menurun kepada 45. 46. Sejak dari awal pembangunan iaitu sekitar 1940an.34 hektar (termasuk getah belum matang) berbanding sektor estet dan ladang swasta. Oleh itu.564 tan metrik (Lembaga Industri Getah Sabah. Pemprosesan lanjut ini akan mengeluarkan keluaran atau barangan yang bermutu tinggi. 2003) dengan keluasan 57. 2005b).263 tan metrik berbanding jumlah pengeluaran pada tahun 2001 (kejatuhan yang mendadak dalam pengeluaran getah asli di kalangan pekebun kecil) yang hanya mencatatkan sebanyak 27. Kajian ini bertujuan untuk membentuk satu model respon penawaran getah asli di kalangan pekebun kecil di Sabah.Keluaran ini kemudiannya dihantar ke Semenanjung Malaysia untuk kerja pemprosesan seterusnya. 1999). jumlah pengeluaran getah asli di kalangan pekebun kecil telah mengalami peningkatan yang agak memberangsangkan pada tahun 2002.053 hektar yang dapat dilaksanakan kerana kekurangan peruntukkan kewangan (peruntukkan kewangan terhad) dan seluas 11.161 hektar permohonan untuk penanaman getah yang diterima daripada para pekebun kecil tetapi hanya seluas 4.463 tan metrik. Kerajaan mempromosikan keluaran perabot kayu getah yang kini kepentingannya telah meningkat di pasaran dunia (The Institute for Development Studies.25 hektar (Lembaga Industri Getah Sabah. masing-masing hanya seluas 5. 2003 dan 2004 iaitu masing-masing mencatatkan jumlah pengeluaran sebanyak 31. Namun.834 tan metrik dan 68.47 hektar pada tahun 2004 (Lembaga Industri Getah Sabah. 2 .953. 1999). 2005c).756. Selain itu. Pada masa ini. Walau bagaimanapun pada masa ini penanaman getah hanya dijalankan secara kecil-kecilan sahaja (The Institute for Development Studies. 2005b). Menurut statistik keluasan kawasan getah matang negeri Sabah yang dikeluarkan oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS). penanaman getah lebih ditumpukan kepada sektor pekebun kecil kerana sektor estet kurang/tidak lagi berminat untuk penanaman getah yang tidak menguntungkan bagi mereka (Lembaga Industri Getah Sabah. Begitu juga dengan prospek pada masa hadapan. 2005b). mereka menghadapi risiko yang tinggi dalam menyalurkan sesuatu teknologi baru (khususnya teknologi pemprosesan hasil) dengan tiada pengeluaran yang konsisten.

TIME = Siri masa proksi kepada perubahan teknologi. ut) Qt = ƒ (Qt-1 . Lt = Pengurangan bersih dalam keluasan getah disebabkan oleh kawasan yang ditinggalkan atau ditanam dengan tanaman lain. At = Keluasan getah cukup umur (matang) di awal tempoh. ut) Di mana. OPt = Harga komoditi pengganti pada masa t. OPt-1 . Model Mohammad Alias (1985. 1987) mengandungi tiga persamaan iaitu persamaan yang menentukan stok pohon ditanam (kawasan baru). Model ini merupakan pengubahsuaian dan pembaikan daripada model-model terdahulu yang dibina oleh Nerlove (1958). Persamaan (4) adalah persamaan keluasan kawasan baru getah. Ketiga-tiga persamaan model Mohammad Alias (1985. OPt . NRPt-1 . NRPt-i = Harga getah pada masa t-i lalu. Sub model ini adalah berfungsi kepada variabel harga getah itu sendiri dan variabel eksogen/penerang yang lain. 1987) dapat diringkaskan seperti berikut: It = ƒ (NRPt . RPt-i . OPt = Harga komoditi pengganti pada masa t. KELUASAN KAWASAN BARU GETAH (1) (2) (3) Spesifikasi model keluasan kawasan baru getah di kalangan pekebun kecil di Sabah adalah berdasarkan kepada model yang dibina oleh Mohammad Alias (1987). OPt. NRPt = Harga getah pada masa t. NPt-i . ut) Di mana. Model keluasan kawasan baru yang dibina oleh Mohammad Alias (1987) dapat diringkaskan seperti berikut: It = ƒ (NRPt. Wickens & Greenfield (1973) dan Mohammad Alias (1985a. 1985b). It = Keluasan kawasan baru/stok pohon ditanam pada masa t. NRPt = Harga getah pada masa t. TIME . RPt-i = Jumlah keluasan ditanam semula yang masih hidup dilaksanakan t-i tempoh lalu dan mengeluarkan hasil pada masa t. OPt-i = Harga komoditi pengganti pada masa t-i lalu. 3 (4) . ut = Variabel rawak. keluasan cukup umur (matang) dan Output (pengeluaran). Lt . NPt-i = Jumlah keluasan tanaman baru yang masih hidup yang dilaksanakan t-i tempoh lalu dan mengeluarkan pada masa t.KERANGKA MODEL Persamaan model respon penawaran getah asli bagi kajian ini pada dasarnya berdasarkan kepada model respon penawaran getah asli yang dibina oleh Mohammad Alias (1985. Qt = Output getah asli pada masa t. ut = Variabel rawak. It = Stok pohon ditanam pada masa t. ut) At = ƒ (At-1 . 1987).

Selain itu. INVt. Secara ringkas. β 2. keluasan kawasan baru getah juga dijangka dipengaruhi oleh bilangan buruh/pekebun kecil. NEWAREAt = Permintaan penanaman getah pada masa t. β 0 = Pintasan regresi. 1987). maka model keluasan kawasan baru getah bagi kajian ini adalah seperti berikut: NEWAREAt = ƒ (PRubt. Wickens & 4 . LABOURt-3 = Bilangan buruh/pekebun kecil tertangguh tiga tahun. POilt-3 = Harga kelapa sawit tertangguh tiga tahun. Model ini merupakan pengubahsuaian dan pembaikan daripada model-model terdahulu yang dibina oleh Nerlove (1958). 1987). POilt-3 = Harga kelapa sawit tertangguh tiga tahun. LABOURt-3 = Bilangan buruh/pekebun kecil tertangguh tiga tahun. PRubt-3 = Harga getah tertangguh tiga tahun. KELUASAN KAWASAN GETAH MATANG (5) (6) Spesifikasi model keluasan kawasan getah matang dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada model yang dibina oleh Mohammad Alias (1985. keluasan kawasan baru getah juga dijangka meningkat dengan pertambahan perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan industri getah. β 3 & β 4 = Parameter dianggar.Berdasarkan kepada pengubahsuaian model dan pendekatan yang dibina oleh Mohammad Alias (1985. ut = Variabel rawak. INVt-3 = Perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan industri getah tertangguh tiga tahun. Persamaan tersebut adalah seperti berikut: Ln NEWAREAt = β 0 + β 1 Ln PRubt-3 + β 2 Ln POilt-3 + β 3 Ln INVt-3 + β 4 Ln LABOURt-3 + ut Di mana. β 1. INVt-3 = Perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan industri getah tertangguh tiga tahun. ut) Di mana. LABOURt. keluasan kawasan baru getah dijangka dipengaruhi oleh harga getah itu sendiri. PRubt-3 = Harga getah tertangguh tiga tahun. POilt. Kelapa sawit diandaikan pengganti bagi getah dalam persaingan penggunaan tanah serta keanjalan harga silang adalah dijangka positif. NEWAREAt = Keluasan kawasan baru getah pada masa t. Seterusnya. persamaan (5) di atas juga dapat ditulis dalam bentuk persamaan hubungan log linear. Bagi tujuan dan memudahkan penganggaran. ut = Variabel rawak. Kesemua variabel penerang ini ditangguhkan sebanyak tiga tahun.

Lt = Pengurangan bersih dalam keluasan getah disebabkan oleh kawasan yang ditinggalkan atau ditanam dengan tanaman lain. (8) (7) Secara ringkas. Persamaan (7) adalah keluasan kawasan getah cukup umur/matang yang berfungsi terhadap jumlah keluasan tanaman baru getah yang masih hidup dilaksanakan t-i tempoh lalu dan mengeluarkan pada masa t. NPt-i = Jumlah keluasan tanaman baru yang masih hidup yang dilaksanakan t-i tempoh lalu dan mengeluarkan pada masa t. = Keluasan getah matang tertangguh satu tahun. persamaan (8) di atas juga dapat ditulis dalam bentuk persamaan hubungan log linear. MATAREAt MATAREAt-1 NEWAREAt-1 LOSTAREAt = Keluasan getah matang pada masa t. Model keluasan kawasan matang yang dibina oleh Mohammad Alias (1987) dapat diringkaskan seperti berikut: At = ƒ (At-1 . LOSTAREAt) Di mana. keluasan getah matang juga dijangka dipengaruhi jumlah keluasan kawasan getah yang ditebang untuk ditanam semula getah dan lain-lain tanaman pada masa kini. RPt-i . Persamaan tersebut adalah seperti berikut:Ln MATAREAt = β 0 + β 1 Ln MATAREAt-1 + β 2 Ln NEWAREAt-i + β 3 Ln LOSTAREAt-i + ut Di mana. NPt-i . ut) Di mana. 1985b). Mohammad Alias (1985a. Bagi tujuan dan memudahkan penganggaran. RPt-i = Jumlah keluasan ditanam semula yang masih hidup dilaksanakan t-i tempoh lalu dan mengeluarkan hasil pada masa t. Lt . ut = Variabel rawak. jumlah keluasan tanaman semula getah yang masih hidup dilaksanakan t-i tempoh lalu dan mengeluarkan pada masa t dan pengurangan bersih dalam keluasan getah disebabkan yang ditinggalkan atau ditanam tanaman lain. MATAREAt = Keluasan getah matang pada masa t. = Jumlah keluasan kawasan getah getah yang ditebang untuk ditanam semula getah dan lain-lain tanaman pada masa t. model keluasan kawasan getah matang bagi kajian ini dapat diringkaskan seperti berikut: MATAREAt = ƒ (MATAREAt-1 . NEWAREAt . keluasan kawasan getah matang dijangka dipengaruhi oleh jumlah keluasan getah matang tertangguh satu tahun dan keluasan kawasan baru getah tertangguh satu tahun. = Jumlah keluasan kawasan baru getah tertangguh satu tahun. 1987). Berdasarkan kepada pengubahsuaian model dan pendekatan yang dibuat oleh Mohammad Alias (1985. 5 (9) .Greenfield (1973). Selain itu. At-1 = Keluasan getah cukup umur (matang) di awal tempoh.

OPt-i = Harga kelapa sawit pada masa t-i lalu. β 2 & β 3 = Parameter dianggar. 1987) adalah seperti berikut: Qt = ƒ (NRPt-i. LOSTAREAt = Jumlah keluasan kawasan getah yang ditebang untuk ditanam semula getah dan lain-lain tanaman pada t. ut = Variabel rawak. Ringkasnya model pengeluaran yang dibina oleh Mohammad Alias (1985. OPt-i. 1985b). 1987). Qt = Pengeluaran/output getah asli pada masa t. harga kelapa sawit pada masa lalu dan siri masa proksi kepada perubahan teknologi. TIME) Di mana. pengeluaran getah asli juga dijangka ditentukan oleh harga getah semasa. NRPt-i = Harga getah pada masa t-i lalu. 1975). Sub model ini berfungsi kepada harga getah pada masa lalu. RUBSUPt = Pengeluaran getah asli pada masa t. β 1. ut = Variable rawak. PRubt = Harga getah pada masa t. Model ini merupakan pengubahsuaian dan pembaikan daripada modelmodel terdahulu yang dibina oleh Nerlove (1958). TIME = Siri masa proksi kepada perubahan teknologi. Prubt. TIME. MATAREAt = Keluasan kawasan getah matang pada masa t. Secara ringkas. Mohammad Alias (1985a. β 0 = Pintasan regresi. TIME = Siri masa proksi kepada perubahan teknologi. Tan (1984). model pengeluaran getah asli bagi kajian ini dapat diringkaskan seperti berikut: RUBSUPt = ƒ (RUBSUPt-1. PENGELUARAN GETAH ASLI Spesifikasi model pengeluaran getah asli dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada model yang dibina oleh Mohammad Alias (1987). Wickens dan Greenfield (1973). Persamaan (10) merupakan persamaan pengeluaran/output getah. ut = Variabel rawak. Labys (1973. pengeluaran getah asli pada masa kini dijangka dipengaruhi oleh tingkat pengeluaran getah asli pada satu tahun lepas dan keluasan kawasan getah matang. MATAREAt. ut) Di mana. NEWAREAt-1 = Jumlah keluasan kawasan baru getah tertangguh satu tahun. RUBSUPt-1 = Pengeluaran getah asli tertangguh satu tahun. Selain itu. Seperti tanaman (11) 6 .MATAREAt-1 = Keluasan getah matang tertangguh satu tahun. (10) Berdasarkan kepada pengubahsuaian model dan pendekatan yang dibina oleh Mohammad Alias (1985.

RUBSUPt = Pengeluaran getah asli pada masa t. β 3.komoditi lain. kesignifikanan variabel peramal. dan statistik Durbin-Watson (D.142 Ln INVt-3 + 0.273 Ln PRUBt-3 – 1. Persamaan tersebut adalah seperti berikut: Ln RUBSUPt = β 0 + β 1 Ln RUBSUPt-1 + β 2 Ln PRubt + β 3 Ln MATAREAt + β 4 Ln TIMEt + ut (12) Di mana. persamaan (11) di atas juga dapat ditulis dalam bentuk persamaan hubungan log linear.233) (0. RUBSUPt-1 = Pengeluaran getah asli tertangguh satu tahun. β 1. 334 LM(3) = 0. a. β 0 = Pintasan regresi.866 + 0. MATAREAt = Keluasan kawasan getah matang pada masa t. R2. β 2. Bagi tujuan dan memudahkan penganggaran. Durbin-h & Breusch-Godfrey Serial Correlation LM Test. disebabkan model struktur yang dibentuk bersifat rekursif maka penganggaran dibuat dengan menggunakan kaedah Kuasa Dua Terkecil Biasa (OLS) dalam bentuk linear dalam log.753) (2. & β 4 = Parameter dianggar. TIME = Siri masa proksi kepada perubahan teknologi.W). ut = Variable rawak KEPUTUSAN EMPIRIKAL Pemilihan variabel serta tempoh tangguhan dalam spesifikasi persamaan adalah berdasarkan kepada kombinasi antara kriterion dan variabel peramal yang paling sesuai dengan teori dan ciri-ciri statistik iaitu tanda koefisien yang betul.158) (3.355 Ln LABOURt-3 (1.244 Ln POilt-3 (2. PRubt = Harga getah pada masa t. pengeluaran getah asli juga dijangka bergantung kepada kemajuan teknologi (siri masa proksi kepada perubahan teknologi). Keluasan Kawasan Baru Getah Keputusan penganggaran bagi model persamaan keluasan kawasan baru getah adalah seperti berikut: * * Ln NEWAREAt = 4.163 7 (13) .187) R2 = 0.225) ** * + 0.954 F = 135. Selain itu.

36 peratus dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah. harga kelapa sawit tertangguh tiga tahun. setiap 1. p=.36 (β =0.954.14 peratus dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah. Persamaan (13) melaporkan keputusan penganggaran bagi persamaan keluasan kawasan baru getah di kalangan pekebun kecil di Sabah dengan menggunakan kaedah Kuasa Dua Terkecil Biasa (OLS) yang dipadankan ke atas data tahunan bagi tempoh 1971-2004.014 Ln MATAREAt-1 + 0. Anggaran keanjalan bilangan buruh/pekebun kecil tertangguh tiga tahun ialah 0.14 (β =0. b.038). setiap 1.27 peratus dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah. Anggaran keanjalan keluasan kawasan baru getah tertangguh tiga tahun terhadap perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan industri getah ialah 0. perubahan keluasan kawasan baru getah dapat diterangkan oleh perubahan kombinasi antara harga getah tertangguh tiga tahun.355.0 peratus peningkatan dalam bilangan buruh/pekebun kecil pada tiga tahun lepas maka keluasan kawasan baru getah akan meningkat sebanyak 0.002 Ln NEWAREAt-1 (0.036 + 1. p=.4 peratus: R2 = 0.0 peratus peningkatan dalam harga getah pada tiga tahun lepas akan menyebabkan keluasan kawasan baru getah getah meningkat sebanyak 0.994 8 (14) .Nota: * Signifikan pada aras 5 peratus ** Signifikan pada aras 10 peratus Angka dalam kurungan adalah nilai t.091).273. Ini bermakna.003). Ini bermakna.026 Ln LOSTAREAt (-0. p=.466) (2. Keluasan Kawasan Getah Matang Keputusan penganggaran bagi model persamaan keluasan getah matang adalah seperti berikut: * * Ln MATAREA = 0. Ini bermakna. setiap 1.0.0 peratus peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan industri getah pada tiga tahun lepas maka keluasan kawasan baru getah akan meningkat sebanyak 0.142.023) (8. Harga getah tertangguh tiga tahun adalah signifikan pada aras 5 peratus untuk menerangkan perubahan keluasan kawasan baru getah di kalangan pekebun kecil. Bilangan buruh/pekebun kecil tertangguh tiga tahun adalah signifikan pada aras 5 peratus untuk menerangkan perubahan keluasan kawasan baru getah di sektor pekebun kecil. Daripada keputusan penganggaran di atas menunjukkan bahawa sebanyak 95.27 (β =0.940) . Perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan industri getah tertangguh tiga tahun adalah signifikan pada aras 5 peratus untuk menerangkan perubahan keluasan kawasan baru getah di kalangan pekebun kecil.723) R2 = 0. perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan industri getah tertangguh tiga tahun dan bilangan buruh/pekebun kecil tertangguh tiga tahun. Anggaran keanjalan keluasan kawasan baru getah terhadap harga getah tertangguh tiga tahun ialah 0.

0 peratus peningkatan dalam keluasan kawasan baru getah pada satu tahun lepas akan menyebabkan keluasan kawasan getah matang meningkat sebanyak 0. Anggaran keanjalan keanjalan keluasan kawasan getah matang terhadap keluasan kawasan getah matang tertangguh satu tahun setelah diselaraskan ialah 0. nilai anggaran keanjalan keluasan kawasan getah matang terhadap keluasan kawasan getah matang tertangguh satu tahun adalah kurang tepat/sesuai untuk menerangkan tingkat perubahan keluasan kawasan getah matang yang sebenar. Ini bermakna. keluasan kawasan baru getah tertangguh satu tahun dan keluasan kawasan getah yang ditebang untuk ditanam semula getah dan lain-lain tanaman. p=. p=.361) (5.002 (β =0.861 Ln MATAREAt (-3.006).F = 1613. setiap 1.026) (1.369 Ln RUBSUPt-1 + 0. Anggaran keanjalan keluasan kawasan getah matang terhadap keluasan kawasan baru getah tertangguh satu tahun ialah 0. Daripada keputusan penganggaran di atas menunjukkan bahawa sebanyak 99.040 Ln TIME (2. Keluasan kawasan getah matang tertangguh satu tahun adalah signifikan pada aras 5 peratus untuk menerangkan perubahan keluasan kawasan getah matang di sektor pekebun kecil. Keluasan kawasan baru getah tertangguh satu tahun adalah signifikan pada aras 5 peratus untuk menerangkan perubahan keluasan kawasan getah matang di sektor pekebun kecil.000] daripada pengeluaran getah asli sebenar pada setiap tahun.320 Durbin-h = 1. c. Jadual (14) melaporkan keputusan penganggaran bagi persamaan keluasan kawasan getah matang sektor pekebun kecil di Sabah dengan menggunakan kaedah Kuasa Dua Terkecil Biasa (OLS) yang dipadankan ke atas data tahunan bagi tempoh 1971-2004.0 peratus peningkatan dalam keluasan kawasan getah matang pada satu tahun lepas akan menyebabkan keluasan kawasan getah matang meningkat sebanyak 0.923) (2.104) = 0.049 Ln Prub t + 0.002.990 9 (15) . setiap 1.177) * ** + 0.539) R2 = 0. perubahan keluasan kawasan getah matang dapat diterangkan oleh perubahan kombinasi antara keluasan kawasan getah matang tertangguh satu tahun.10 [δ = (1-1.002 peratus dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah.3. Nilai keanjalan tersebut perlu diselaraskan.083 + 0. Walau bagaimanapun. Ini bermakna.332 Nota: * Signifikan pada aras 5 peratus Angka dalam kurungan adalah nilai t.10 peratus dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah.104 .4 peratus: R2 = 0. Pengeluaran Getah Asli Keputusan penganggaran bagi model persamaan permintaan penanaman getah adalah seperti berikut: * * * Ln RUBSUPt = .994.

Angka dalam kurungan adalah nilai t. Daripada keputusan penganggaran di atas menunjukkan bahawa sebanyak 99 peratus: R2 = 0. p=. setiap 1. Pengeluaran getah asli tertangguh satu tahun adalah signifikan pada aras 5 peratus untuk menerangkan perubahan pengeluaran getah asli di sektor pekebun kecil.201 Nota: * Signifikan pada aras 5 peratus. Ini bermakna. Anggaran keanjalan siri masa proksi kepada perubahan teknologi ialah 0.369) = 0. Anggaran keanjalan pengeluaran getah asli terhadap harga getah ialah 0. Harga getah (semasa) adalah signifikan pada aras 5 peratus untuk menerangkan perubahan pengeluaran getah asli di kalangan pekebun kecil. Ini bermakna. setiap 1.0 peratus peningkatan dalam teknologi akan menyebabkan pengeluaran getah asli meningkat sebanyak 0. 1996. p=. Pindyk & Rubinfeld. setiap 1.63 [δ = (1-0. Anggaran keanjalan pengeluaran getah asli terhadap pengeluaran getah asli setelah diselaraskan ialah 0.049.0 peratus peningkatan dalam keluasan kawasan getah matang akan menyebabkan pengeluaran getah asli meningkat sebanyak 0.000). p=.136). A. Keluasan kawasan getah matang adalah signifikan pada aras 5 peratus untuk menerangkan perubahan pengeluaran getah asli di kalangan pekebun kecil.05 peratus dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah. harga getah (semasa) dan siri masa proksi kepada perubahan teknologi.040.0 peratus peningkatan dalam harga getah akan menyebabkan pengeluaran getah asli meningkat sebanyak 0.. Siri masa proksi kepada perubahan teknologi adalah signifikan pada aras 10 peratus untuk menerangkan perubahan pengeluaran getah asli di sektor pekebun kecil. Nilai keanjalan tersebut perlu diselaraskan.04 (β =0. Anggaran keanjalan pengeluaran getah asli terhadap keluasan kawasan getah matang ialah 0. setiap 1. Oleh itu. KEPUTUSAN SIMULASI Simulasi boleh dilakukan untuk beberapa tujuan seperti mengesahkan sesuatu spesifikasi model. Ini bermakna.990. **Signifikan pada aras 10 peratus. Sekiranya spesifikasi model benar bermakna variabel-variabel yang digunakan dapat mewakili atau menerangkan keadaan sebenar sesuatu kajian.F = 665. Ini bermakna. keluasan kawasan getah matang. ujian simulasi yang lain boleh 10 .05 (β =0. analisis dasar dan tujuan peramalan (Yusoff.052). Walau bagaimanapun.86 peratus dengan andaian faktorfaktor lain tidak berubah.04 peratus dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah.323 Durbin-h = 0.861.63 peratus dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah. perubahan pengeluaran getah asli dapat diterangkan oleh perubahan kombinasi antara jumlah pengeluaran getah asli tertangguh satu tahun. nilai anggaran keanjalan pengeluaran getah asli terhadap pengeluaran getah asli tertangguh satu tahun adalah kurang tepat/sesuai untuk menerangkan tingkat perubahan pengeluaran getah asli yang sebenar.0 peratus peningkatan dalam pengeluaran getah asli pada satu tahun lepas akan menyebabkan pengeluaran getah asli meningkat sebanyak 0.025] daripada pengeluaran getah asli sebenar pada setiap tahun. 1991). p=. Jadual (15) melaporkan keputusan penganggaran bagi persamaan pengeluaran getah asli sektor pekebun kecil di Sabah dengan menggunakan kaedah Kuasa Dua Terkecil Biasa (OLS) yang dipadankan ke atas data tahunan bagi tempoh 1971-2004.631.86 (β =0.

Uc = Bahagian daripada ralat disebabkan oleh perbezaan kovarian. 1991). 1996). US = Bahagian daripada ralat disebabkan oleh perbezaan variasi. Pindyk & Rubinfeld. NEWAREA = Keluasan kawasan baru getah MATAREA = Keluasan kawasan getah matang RUBSUP = Pengeluaran getah asli RMSE = The Root Mean Squared Error. Persamaan NEWAREA MATAREA RUBSUP RMSE 0. The Root Mean Squared Error (RMSE). MAPE = The Mean Absolute Percentage Error. ianya bertujuan untuk mengukur sisihan nilai dianggar dengan nilai sebenar. Kaedah statistik UM dan US ini bertujuan untuk mengukur bahagian daripada kesilapan disebabkan oleh kepincangan dan perbezaan perubahan di antara nilai yang dianggarkan berbanding dengan nilai sebenar. Jika U = 0.150 Di mana. Theil’s Inequality Coefficient (U) Bagi kaedah RMSE.015 MAPE 0. R.021 MAE 0. 1996.006 0. Keupayaan peramalan dan ketepatan model sempurna bila U = 0 atau apabila nilai simulasi sama dengan nilai sebenar sepenjang tempoh kajian. MAE dan MAPE. Sekiranya nilai yang diperoleh semakin kecil iaitu 11 .dilaksanakan terhadap model tersebut. ii.419 0. MAE dan MAPE adalah seperti berikut: Jadual 1: Keputusan statistik simulasi. iv. Sekiranya nilai yang diperoleh semakin kecil bererti semakin tepat nilai yang dianggarkan (Yusoff.. Nilai U berada di antara 0 dan 1. Theil’s Inequality Coefficient dibahagikan kepada tiga kaedah penilaian utama yang dinamakan proportions of inequality seperti berikut: UM = Bahagian daripada ralat disebabkan oleh kepincangan. Manakala Theil’s Inequality Coefficient pula ialah mengukur ketepatan peramalan melalui perbandingan di antara nilai simulasi dengan nilai sebenar variabel endogen. Kaedah tersebut adalah seperti berikut: i.050 0. The Mean Absolute Percentage Error (MAPE). The Mean Absolute Error (MAE).008 0.. menunjukkan keupayaan model sebagai penganggar adalah sempurna dan sebaliknya. R. Pengesahan model ini adalah sangat penting kerana bagi model yang salah spesifikasi menyebabkan hasil penganggaran dan implikasi dasar yang dibuat tidak konsisten. iii.057 0. Terdapat beberapa kaedah untuk menguji ketepatan sesuatu model yang dibina tetapi kajian ini hanya menggunakan empat kaedah statistik untuk menguji ketepatan model yang dibina sebagai alat peramalan. MAE = The Mean Absolute Error. Keputusan kajian berhubung dengan ujian RMSE. tidak saksama dan pincang (Yusoff.039 0.

dapatlah dirumuskan bahawa model ekonometrik bagi permintaan penanaman getah. terdapat juga cara lain yang boleh digunakan bagi menentukan ketepatan model iaitu simulasi kebolehan model untuk menjejaki titik perubahan atau “turning point” dalam data sebenar.988 0. MAPE.012 0. Rajah 2 dan Rajah 3. 1991). ianya bererti semakin baik model dan semakin tepat nilai yang dianggarkan (Yusoff.997 Di mana. UM = Bahagian daripada ralat disebabkan oleh kepincangan. Berdasarkan kepada keputusan simulasi dengan menggunakan kaedah RMSE. ianya bererti model yang digunakan adalah baik atau semakin tepat nilai yang dianggarkan.003 0. Selain itu. NEWAREA = Keluasan kawasan getah MATAREA = Keluasan kawasan getah matang RUBSUP = Pengeluaran getah asli U = Theil’s Inequality Coefficient. satu simulasi dinamik telah dilaksanakan bertujuan melihat keupayaan model menjejaki data sejarah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. tepat dan boleh digunakan untuk simulasi dasar yang berkaitan dengan industri getah di Sabah. sekiranya nilai yang diperoleh hampir dengan satu atau bersamaan dengan satu.001 0. keluasan kawasan getah matang dan pengeluaran getah asli yang dibina dalam kajian ini boleh dianggap sebagai suatu model yang sah. Keputusan kajian berhubung dengan Theil’s Inequality Coefficient atau U statistik adalah seperti berikut: Jadual 2: Keputusan statistik simulasi (U) Persamaan NEWAREA MATAREA RUBSUP U 0.000 US 0.000 0.000 0.menghampiri kosong atau sama dengan kosong. 12 . U statistik dan simulasi garis dasar.003 Uc 0. Bagi nilai Uc.000 0. MAE.001 UM 0. Daripada keputusan yang diperoleh menunjukkan dengan jelas bahawa simulasi garis dasar dapat menjejaki nilai-nilai sebenar.. R. US = Bahagian daripada ralat disebabkan oleh perbezaan variasi. Pindyk & Rubinfeld. 1996. Berdasarkan data siri masa bagi tempoh 1971-2004.999 0. Uc = Bahagian daripada ralat disebabkan oleh perbezaan kovarian.

1971-2004.Rajah 1: Simulasi garis dasar persamaan keluasan kawasan baru getah di kalangan pekebun kecil di Sabah. Hektar 200 00 100 80 100 60 100 40 100 20 100 00 80 00 17 95 18 90 18 95 19 90 19 95 20 00 Tahun NEWAREA NEWAREAF RS = Sebenar RSF = Dianggar Rajah 2: Simulasi garis dasar persamaan keluasan kawasan getah matang di kalangan pekebun kecil di Sabah. Hektar 800 00 700 50 700 00 600 50 600 00 500 50 500 00 17 95 18 90 18 95 19 90 19 95 20 00 Tahun MATAREA MATAREAF RS = Sebenar RSF = Dianggar 13 . 1971-2004.

model tersebut dapat digunakan sebagai alat untuk menganalisis kesan perubahan dalam industri sektor pekebun kecil getah di Sabah. Harga getah yang baik menggalakkan para pekebun kecil akan terus setia dan bergiat aktif dalam aktiviti penanaman getah.Rajah 3: Simulasi garis dasar persamaan pengeluaran getah asli di kalangan pekebun kecil di Sabah. adalah mustahak untuk mengawal harga getah di Sabah agar tidak turun dengan terlalu rendah. keluasan kawasan getah matang dan siri masa proksi kepada perubahan teknologi. 500 00 400 50 400 00 300 50 300 00 200 50 200 00 100 50 17 95 18 90 18 95 RUBSUP 19 90 19 95 RUBSUPF 20 00 Tan Metrik Tahun RS = Sebenar RSF = Dianggar RUMUSAN DAN IMPLIKASI DASAR Secara keseluruhannya. Pengeluaran getah asli di kalangan pekebun kecil di Sabah dapat diterangkan secara signifikan oleh tingkat pengeluaran getah asli tertangguh satu tahun. Keluasan kawasan baru getah di kalangan pekebun kecil di Sabah adalah diterangkan dengan signifikan oleh harga getah tertangguh tiga tahun.27 (harga tertangguh tiga tahun) dan 0. Nilai keanjalan keluasan kawasan baru getah terhadap perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan industri getah tertangguh tiga tahun ialah 0.05.14. Nilai keanjalan yang agak tinggi 14 . prestasi model ekonometrik yang digunakan dalam kajian ini adalah memuaskan. Oleh itu. 1971-2004. Oleh itu. Ini menunjukkan bahawa para pekebun kecil akan mengambil kira pada perubahan harga getah dalam membuat keputusan untuk menambah keluasan kawasan getah dan menoreh getah. Nilai keanjalan keluasan kawasan baru getah dan pengeluaran getah asli terhadap harga getah ialah masing-masing sebanyak 0. perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan industri getah tertangguh tiga tahun dan bilangan buruh/pekebun kecil tertangguh tiga tahun. Model yang dibentuk sebagai satu sistem adalah baik. harga getah semasa. Keluasan kawasan getah matang di kalangan pekebun kecil di Sabah boleh diterangkan dengan signifikan oleh keluasan kawasan getah matang tertangguh satu tahun dan keluasan kawasan baru getah tertangguh satu tahun.

Ahmad Mahidin Ulong Shaban. Selain itu. Preceedings RRIM Rubber Growers’ Conference 1987: 371-383. Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. PENUTUP Kesimpulannya. Nilai keanjalan yang tinggi ini menunjukkan bahawa keluasan kawasan getah matang memberi sumbangan yang sangat penting kepada tingkat pengeluaran getah asli di kalangan pekebun kecil di Sabah. Oleh itu. 2002. disarankan agar dasar menggalakkan penanaman getah secara bersekala besar dilaksanakan. Selain itu. Muar. A New Outlook for Malaysian Smallholders in The Light of Problems Faced by Natural Rubber as The Main Crop. Ini bertujuan untuk mengekalkan atau menambah jumlah stok pohon-pohon getah matang pada masa hadapan.1986. 15 .. Edisi Kedua.04. penglibatan dan usaha bersungguh-sungguh daripada para pekebun kecil juga adalah amat mustahak bagi tujuan ini. Johore. Oleh itu. perancangan dan pemantauan industri yang berkaitan dengan getah haruslah membuat perancangan yang teliti dan sistematik untuk memastikan nasib industri getah khususnya sektor pekebun kecil di Sabah akan terus terjamin dan terbela serta mencapai kestabilan dalam ekonomi sejajar dengan kegiatan-kegiatan ekonomi yang lain. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. A Case Study of Group Approach to Rubber Replanting in Lenga. Proceegings of the Seminar on Progress and Development of Rubber Smallholders 1986: 131-139. 1987. Aliasak Ambia. Nilai keanjalan pengeluaran getah asli terhadap keluasan kawasan getah matang ialah 0. BIBLIOGRAFI Ahmad Mahdzan Ayob. et al. Nilai keanjalan pengeluaran getah asli terhadap siri masa proksi kepada perubahan teknologi ialah 0. para penggubalan polisi. Pemindahan dan penggunaan teknologi moden terutama sekali alat-alat yang menjimatkan keperluan tenaga pekerja seperti Sistem Torehan Intensiti Rendah (LITS). saiz kebun getah yang besar juga akan meningkatkan hasil keluaran getah di ladang seterusnya kepada peningkatan pendapatan di kalangan para pekebun kecil getah.86. Oleh itu. Nilai keanjalan yang agak rendah ini menunjukkan bahawa kemajuan dan penggunaan teknologi khususnya teknologi pengeluaran masih lagi rendah di kalangan pekebun kecil getah di Sabah. disarankan agar belanjawan atau perbelanjaan kewangan yang diperuntukkan oleh kerajaan ke atas pembangunan industri getah di Sabah haruslah dipertingkatkan bagi menggalakkan para pekebun kecil untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti penanaman getah.ini menunjukkan bahawa para pekebun kecil di Sabah masih lagi bergantung kepada bantuan kerajaan (Lembaga Industri Getah Sabah) dalam membuat keputusan untuk menanam atau menambah keluasan getah mereka. disarankan agar dasar menggalakkan penyaluran dan penggunaan teknologi khususnya teknologi pengeluaran di kalangan para pekebun getah di Sabah haruslah dipergiatkan. penggunaan klon lateks balak dan pemendekan tempoh matang adalah penting untuk meningkatkan pengeluaran/output serta produktiviti setiap unit kebun getah.

West Point: McGraw Hill.. American Journal of Agricultural Economics. C. Gujerati. Statistics for Economics. 2000. Southern Economic Journal. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill. 1993. 1994. pp. Methodology and Forecasting. H. & Frank Orazen. W. J. Barlow. Gotsch. 1993): 187-196.. 2001. Volume 1: Spectral Analysis. Chua Yan Piaw. Third Edition.H. K. An analysis of Supply Response. 1992.. Kuala Lumpur: OUP Draf Sabah Rubber Fund Board 1975 Estimates. & Boyd. 1993. Dynamic Supply Response and Welfare Effects of Technological Change on Perennial Crops: The Case of Cocoa in Malaysia. Essays in Econometrics: Collected Papers of Clive W. Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik Penyelidikan. D. & Florkowski. 1988. Jurnal Ekonomi Malaysia 18: 3-25. 83(2): 272-285. J. W. 2006. M. United States Military Academy. Eric Ghysels et al. N. Granjer. C. London. Modeling Perennial Crop Supply: An Illustration from the Pecan Industry. J. 2001. The Natural Rubber Industry: Its Development Technology and Economy in Malaysia. 1978. Introduction To Time-Series Modelling and Forcasting In Business and Economics. 16 . Doll. C. Journal Agricultural and Applied Economics 25 (July. Nonlinearity. 2002. vol.P. Accountig and Business Studies. R. J. Greene. Fourth Edition. N. Kuala Lumpur: OUP.. McGraw-Hill..795-805. W. Forth Edition. 1979. Barrow. Prentice Hall. 1978. New York: Prentice Hall. & Kirkpatrick. Theory With Application. Berry. S. H. Basic Econometrics. Export Demand and Stocks for Malaysian Palm Oil. Basri Abdul Talib. A. 2001. Elnagheeb.. Production Economics. Supply Response Analysis of Palm Oil in Malaysia 1961-1985. The Supply Response of Rubber in Thailand. Gaynor. Rubber in Malaysia 1876-1922. Drabble. Econometric Analysis... Ohio: Grid Inc. M. D. Understanding Regression Assumptions.. G. Buku Dua. Dowling. Seasonality. Cambridge University Press.Au. Florida State University: Sage Publications. 1973. The Malaysian Journal of Agricultural Economics (9): 47-58... P. E.

R. Lembaga Industri Getah Sabah. Third Edition. N. 1992. Basic Econometrics. Estimation and Simulation. London: Prentice Hall. Malaysian Palm Oil Board. YB. D. Economic Statistics and Econometrics. Jabatan Perangkaan Malaysia. Lim. 2005c: IOD. Hill. Boston: MC Graw Hill. A Short Note on Forecasting Natural Rubber Prices Using a Marma Model. 1971. Mad Nasir Shamsudin. Mad Nasir Shamsudin et al. et al. Using Eviews for Undergraduate Econometrics. Lembaga Getah Malaysia.K. LGM Recommendations 2003. Essential of Econometrics. Mirer. 2003. 2005b: Nota Taklimat Semasa Lawatan Rasmi Menteri pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah. 1999.. Dynamics Commodity Model: Specifications. Mad Nasir Shamsudin. 2005. Jabatan Perangkaan Malaysia. Monograf. Pertanian Ibtegrasi Berasaskan Getah. 1960-1986.C. W. Gerak Balas Penawaran Industri Lada Malaysia. The Malaysian Journal of Agricultural Economics (11): 81-102. 2003. S. Analysis of smallholders Rubber marketing in West Malaysia. Second edition.. Productivity and Sources of Growth Malaysian Agriculture. 1989. W. New York: R. 2003. Second Edition. Buku Maklumat Getah Sabah 1971. Health and Company. The Malaysian Journal of Agricultural Economics (6): 34-47. Laby’s. 2001. Hoboken: John Wiley & Sons.. 1968. The Malaysian Journal of Agricultural Economics (9): 59-68. Fourth edition. 1973. Mohammad Alias & Tuck Cheong Tang. Lembaga Getah Malaysia. Donnelley and Sons Company. 2003. Datuk Haji Abdul Rahim Ismail pada 11 Julai 2005. Natural Rubber Conference. Massachusetts: D. 17 .. et al. C. Gujerati. D. A Market Model for Malaysian Palm Oil Industry. Kuala Lumpur. T. Jabatan Perangkaan Malaysia. Rubber Research Institute. 1990. N. 1994. Jurnal Ekonomi Malaysia 28. Inc. Lembaga Industri Getah Sabah.. Monograf. Nota Teknikal Ringkasan Perangkaan Getah Bulanan. 2005. Supply Response of Malaysian Plam Oil Producers: Impact of Interest Rate Veriations. 1995.C.Gujerati. Ekonomi Malaysia Sepintas Lalu.C. Mansor Jusoh & Abdul Hamid Jaafar. Lexingrton.

Anuar Md. S. A model of Malaysia Agricultural Sector: Preliminary Result. S. Asas Pembenaan Model Ekonometrik dan Unjuran Industri Koko Di Malaysia.. et al. Pembinaan dan pemilihan Model Respon Penawaran Pengeluar Getah Asli. 1991. Florida. et al. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1988. 1999a. Peries. Analisis Ekonomi Ke Atas Penawaran dan Permintaan Biji Koko Di Malaysia. Remali Yusoff. Jurnal Ekonomi Malaysia 18: 3-25. 1985. Econometric Models and Economic Forecasts. Universiti Malaysia Sabah. A Structural Model of The Estate Sector of the Malaysian Natural Rubber Industry. Tesis Sarjana Ekonomi. Mohd. Response of Hevea brasiliensis to Fertilisers in south India. Proceedings of the International Rubber Conference 1985. 1999b.. 1985. Analisis Ekonomi Ke Atas Penawaran dan Permintaan Biji Koko Di Malaysia. Third Edition. Some Aspects of the Economics of Smollholding Rubber in Sri Lanka. 1996. Analisis Penawaran dan Permintaan Barangan Utama.Mohammad Alias. Universiti Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur: 555-577. W. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1991. Mohd. 1990. Paper persented at Fourth Economic Meeting MIER.. Ariff Hussein. Mohd. I. Remali Yusoff. Kuala Lumpur. & Rubinfeld. Supply Response In The Natural Rubber Industry. Pendyck. Singapore: McGRAW-HILL. Nichoson. 1986. Remali Yusoff. Analisis Penawaran dan Permintaan Barangan Utama. 1999c. Preceedings of the International Conference 1985. Kuala Lumpur: 84-103. Remali Yusoff. Preceedings of the International Conference 1985. Universiti Malaysia Sabah. Amin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Analisis Penawaran dan Permintaan Barangan Utama. Analisis Ekonometrik Industri Minyak Kelapa Sawit Di Sabah. Kuala Lumpur: 385-407. Universiti Malaysia Sabah. L. Anuar Md. Amin. Orlando. Mohammad Alias et al. 1988b. Punnoose. Jurnal Ekonomi Malaysia 12: 5-39 Mohammad Alias. Mohammad Alias. R. O.. 1988a. 1987. D. The Dryden Press. Kaedah Penyelidikan Gunaan Dalam Bidang Ekonomi. 1989. 18 . Microeconomi Theory: Basic Principles and Extensions. K. Teori Ekonometrik. Ekonometrik: Teori dan Gunaan.

2005. Econometrics. N. J. Supply and Demand Model of the Malaysian Cocoa Industry. 1973. PAPU Research Series. Wickens. S.. 19 . Proceegings of the Seminar on Progress and Development of Rubber Smallholders 1986: 115-129. 2001. P.. 1-32. R. Command and Programming Reference. Reasoning with Statistcs: How to Read Quantative Research. Eviews 5. F & Monge. 1986. The Econometrics of Agricultural Supply: An Application to the World Cofee Market. et al.2004.Remali Yusoff et al.. Econometrica (5): 433-439. Supply Response and Market Developments of Natural Rubber. Pp. P. H. Eviews 5. Schmidt. Boston. ______. Williams. McGraw-Hill.. M. Burger. Borneo Review 9(1): 67-86. ______. User Guide. 2003. & Greenfield. & C. New York: Harcout Collage. 1988. J. Smith.2004. The Rubber Fund Board of North Borneo. P... Rudaheranwa. Supply Response of Selected Export Comodities in Uganda. Fifth Edition. 1960: Annual Report 1960.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful