You are on page 1of 3

SEKOLAH WAWASAN…

Selaras dengan matlamat wawasan 2020 yang memberi penekanan

serius terhadap aspek perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara

kita,maka sekolah wawasan diperkenalkan oleh kerajaan.Hal ini berkait rapat

dengan peristiwa berdarah pada 13 Mei1969,iaitu berlakunya rusuhan

kaum.Sekolah wawasan merupakan sekolah yang menempatkan tiga buah

sekolah yang berlainan aliran dalam satu kampus utama dengan berkongsi

kemudahan asa tetapi mempunyai pentadbiran yang berlainan.Konsep sekolah

wawasan yang kini dipraktikkan,dipandang sebagai salah satu usaha pemimpin

negara untuk melahirkan anak banga Malaysia yang bersifat cintakan

negara.Sekolah wawasan juga mempunyai matlamatnya yang tersendiri iaitu

menyatukan pelajar daripada pelbagai kaum di negara ini.Contohnya Malaysia

mempunyai masyarakat yang berbeza kaum iaitu melayu,cina,India dan

sebagainya.Oleh itu perpaduan harus dipupuk bagi mengeratkan ukhuwah

antara kaum .Seterusnya memantapkan integrasi kaum dan dalam masa yang

sama semua masyarat masih terus mempertahankan identity masing-masing

tanpa mengikut cara masyarakat lain.

Mengukuhkan lagi integrasi nasional dalam kalangan pelajar pelbagai

kaum disamping mengekalkan bahasa perantaraan masing-masing.Dalam hal

ini,Kerajaan menggalakkan para pelajar menggunakan bahasa Malaysia sebagai

bahasa komunikasi antara pelajar,ini dapat memudahkan segelintir pelajar yang

hanya fasih berbahasa Malaysia untuk memahami rakannya bertutur.Selain

itu,setiap masyarakat seharusnya menggalakkan persefahaman kaum pada


peringkat kanak-kanak lagi.Kanak-kanak mestilah ditempatkan di sekolah yang

berbilang bangsa bagi memupuk perpaduan antara mereka sejak kecil

lagi.Sehubungan itu,perasaan saling mengenali budaya antara satu sama lain

dan rasa hormat-menghormati haruslah ditingkatkan.Dengan adanya nilai-nilai

murni ini didalam jiwa setiap masyarakat tidak mustahil masyarakat di negara ini

hidup dalam keadaan harmoni tanpa ada sebarang persengketaan.Matlamt

seterusnya ialah satu kaedah yang terbaik bagi merealisasikan integrasi nasional

dan menghapuskan jurang yang wujud diantara pelbagai kaum di negara kita ini.

Penubuhan sekolah wawasan ini merupakan kepentingan kita bersama

bagi mengharmonikan masyarakat di negara kita.Hubungan mesra antara anak-

anak dan ibu bapa pelbagai kaum semasa belajar,menghantar atau mengambil

anak balik dan semasa menjalankan aktiviti sekolah akan mewujudkan

masyarakat harmonis.Wujudnya persaingan sihat diantara pelajar-pelajar

tersebut dalam bidang kokurikulum mahupun kukurikulum.Sekolah yang

mempunyai pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum akan terbentuknya

persaingan sihat dari segi akademik,sukan dan kegiatan luar darjah.Selain

itu,membolehkan penggunaan bahasa Melayu yang mantap.Oleh sebab setiap

pelajar menggunakan bahasa melayu,maka ini akan memantapkan penggunaan

bahasa melayu sebagai bahasa komunikasi.Mengeratkan perpaduan antara

pelajar merupakan salah satu kepentingan sekolah wawasan.Hal ini dapat

memberi kesempatan kepada warga sekolah membudayakan sikap tolak

ansur,bertimbang rasa,tolong-menolong dan hormat-menghormati dalam situasi

sebenar akan memupuk perpaduan kaum.Akhir sekali ialah dapat saling


mengenali dan memahami.Sekolah wawasan memberi peluang kepada murid-

murid dari setiap sekolah saling berkenalan dan memahami budaya,adat

resam,kepercayaan dan pandangan hidup kaum-kaum lain.