BALADA SEORANG ANAK (Erti Sebuah Kehidupan) Di awal keheningan Subuh Tatkala azan berkumandang Terdengar kicauan burung

-burung Menemani sepasang suami isteri Menanti kelahiran cahaya mata Saban tahun menanti Kini lahirnya aku seorang putera Ketika diriku Menjejaki usia enam tahun Aku disekolahkan Aku mula mengenal ABC Aku mula mengenal 123 Jenuh belajar Aku teringatkan ayah dan ibu membanting tulang empat kerat Demi diriku Demi sesuap nasi Pancaran mentari memamah lahap tubuhnya Namun mereka tetap menahan keperitan Aku belajar belajar dan terus belajar Usiaku kini meningkat remaja Air sungai remaja mengalir deras dalam diriku berpoya bercumbu bercinta menjadi makanan remajaku ibu bapaku menangis sedih ingatkanku Oh! Tuhan berdosakah aku ? Derhaka kepada ibu Derhaka kepada ayah Aku tidak mahu menanggung seksaMu Ya! Allah aku merintih kepadaMu

1

Kini aku sedari Rumah kasih yang aku diami Tidak berpenghuni Tanah pusara aku dekati Tanda maaf aku pohoni Nescaya ayah dan ibu kini Disemadi di tempat yang suci Hasil Nukilan : Z.Luzaif (Mohd Faizul Hafiz Bin A. Razak )

2

1.0.

SINOPSIS BALADA SEORANG ANAK (Erti Sebuah Kehidupan)

Balada Seorang Anak (Erti Sebuah Kehidupan) hasil ciptaan Mohd Faizul Hafiz Bin A. Razak atau nama penanya Z.Luzaif mengisahkan seorang anak yang mengimbas kembali tentang sebuah kehidupan. Dalam kehidupannya, dimulai dengan kelahiran, alam persekolahan, dan alam remaja. Di akhir penceritaan, penyajak telah bermonolog tentang kehidupannya yang keseorangan setelah ibu dan bapanya meninggal dunia. Sinopsis rangkap pertama.
Di awal keheningan Subuh Tatkala azan berkumandang Terdengar kicauan burung-burung Menemani sepasang suami isteri Menanti kelahiran cahaya mata Saban tahun menanti Kini lahirnya aku seorang putera «.

Dalam rangkap pertama, penyajak menceritakan tentang sepasang suami isteri sedang menanti kelahiran cahaya mata setelah sekian lama menanti kelahirannya. Anak lelaki itu telah dilahirkan pada waktu Subuh (dinihari) dan ditemani dengan kicauan burung-burung. Sinopsis rangkap kedua. «
Ketika diriku Menjejaki usia enam tahun Aku disekolahkan Aku mula mengenal ABC Aku mula mengenal 123 «.

Dalam rangkap kedua pula, penyajak menceritakan tentang alam persekolahan anak lelaki itu. Anak lelaki itu disekolahkan seawal enam tahun. Anak lelaki itu melahirkan rasa

3

bersyukur apabila ibu dan bapa telah menghantarnya ke sekolah sehingga dia mengenal huruf dan nombor. Sinopsis rangkap ketiga. «
Jenuh belajar Aku teringatkan ayah dan ibu membanting tulang empat kerat Demi diriku Demi sesuap nasi Pancaran mentari memamah lahap tubuhnya Namun mereka tetap menahan keperitan Aku belajar belajar dan terus belajar «..

Dalam rangkap ini pula, penyajak menceritakan kesungguhan anak lelaki itu belajar dan mendalami ilmu pengetahuan. Pada masa yang sama, penyajak menceritakan anak lelaki itu teringatkan kesungguhan ibu dan bapanya bekerja keras demi diri dan ahli keluarganya tanpa erti penat dan lelah. Penyajak menceritakan juga anak lelaki itu bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh. Sinopsis rangkap keempat. «
Usiaku kini meningkat remaja Air sungai remaja mengalir deras dalam diriku berpoya bercumbu bercinta menjadi makanan remajaku ibu bapaku menangis sedih ingatkanku «.

Dalam rangkap keempat, penyajak menceritakan tentang kehidupan anak lelaki apabia memasuki alam remaja. Di alam remaja, anak lelaki itu telah berubah sikap. Anak lelaki it sudah menjadi liar dalam kehidupannya. Anak lelaki itu sering melakukan perkaraperkara yang tidak baik sehingga membuatkan ibu dan bapanya menangis mengenangkan sikap dan perangai anak lelakinya.
4

Sinopsis rangkap kelima. « Oh! Tuhan berdosakah aku ? Derhaka kepada ibu Derhaka kepada ayah Aku tidak mahu menanggung seksaMu Ya! Allah aku merintih kepadaMu «.

Dalam rangkap kelima, penyajak menceritakan tentang keinsafan anak lelaki itu setelah hidup tanpa haluan semasa di alam remaja. Anak lelaki itu bermonolog dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T. Anak lelaki itu tidak sanggup menanggung seksaan yang ditanggungnya. Sinposis rangkap keenam dan rangkap ketujuh.
« Kini aku sedari Rumah kasih yang aku diami Tidak berpenghuni Tanah pusara aku dekati Tanda maaf aku pohoni Nescaya ayah dan ibu kini Disemadi di tempat yang suci

Dalam rangkap keenam dan ketujuh, penyajak menceritakan tentang anak lelaki itu hidup dalam kesunyian apabila ibu dan bapanya telah kembali kerahmatullah. Anak lelaki itu memohon ampun dan maaf kepada ibu dan bapanya di tepi pusara ibu dan bapaanya. Anak lelaki itu juga pasti ibu dan bapanya telah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

5

2.0.

KONSEP PERSEMBAHAN

Apresiasi sajak Balada Seorang Anak (Erti Sebuah Kehidupan) berkonsepkan pentomin. Pentonim bermaksud deklamator berada di luar pentas dan pembantu-pembantunya melakonkan untuk menjelaskan maksud sajak tersebut secara gerak. Keseluruhannya, semua pembantu akan melakonkan jalan cerita sajak itu dengan lakonan bisu.

3.0.

PAPAN CERITA SAJAK BALADA SEORANG ANAK (ERTI SEBUAH KEHIDUPAN) RANGKAP SAJAK WATAK Bapa Mak Bidan JALAN CERITA 1. Kelihatan bapa mundar-mandir menanti kelahiran anaknya. 2. Instrumen : Azan Subuh 3. Instrumen : bunyi kicauan burung. 4. Mak bidan keluar membawa anak dan diserahkan kepada bapanya. (serentak dengan alunan azan dan kicauan burung dan tangisan bayi). 5. Bapa melakonkan azan di telinga anaknya. 1. Anak lelaki ke sekolah. 2. Guru mengajar anak lelaki tersebut.

Puisi Tradisional : Endoi Di awal keheningan Subuh Tatkala azan berkumandang Terdengar kicauan burung-burung Menemani sepasang suami isteri Menanti kelahiran cahaya mata Saban tahun menanti Kini lahirnya aku seorang putera

Ketika diriku Menjejaki usia enam tahun Aku disekolahkan Aku mula mengenal ABC Aku mula mengenal 123

Guru Anak lelaki

Jenuh belajar Anak lelaki Aku teringatkan ayah dan ibu Bapa membanting tulang empat kerat Ibu Demi diriku Demi sesuap nasi Pancaran mentari memamah lahap tubuhnya Namun mereka tetap menahan keperitan Aku belajar belajar dan terus belajar

1. Anak lelaki duduk termenung. 2. Anak lelaki memandang kea rah ibu dan bapanya yang sedang bekerja.

6

Usiaku kini meningkat remaja Air sungai remaja mengalir deras dalam diriku berpoya bercumbu bercinta menjadi makanan remajaku ibu bapaku menangis sedih ingatkanku Oh! Tuhan berdosakah aku ? Derhaka kepada ibu Derhaka kepada ayah Aku tidak mahu menanggung seksaMu Ya! Allah aku merintih kepadaMu Kini aku sedari Rumah kasih yang aku diami Tidak berpenghuni Tanah pusara aku dekati Tanda maaf aku pohoni Nescaya ayah dan ibu kini Disemadi di tempat yang suci Puisi Tradisional : Syair

Anak lelaki Bapa Ibu

1. Anak lelaki hidup dalam sosial. 2. Ibu mundar-mandir menanti pulang anak lelakinya. 3. Ibu dan bapa dalam keadaan sedih.

Anak lelaki

1. Anak lelaki sudah insaf. 2. Anak lelaki itu berdoa.

Anak lelaki

1. Anak lelaki itu duduk bersendirian. 2. Anak lelaki itu berjalan keluar dan terus ke pusara ibu dan bapanya. 3. Anak lelaki itu berdoa di pusara ibu dan bapanya.

4.0.

BUSANA, PROP DAN INSTRUMEN MUZIK

Busana, prop dan instrument muzik ersembahan apresiasi sajak Balada Seorang Anak (Erti Sebuah Kehidupan) adalah seperti yang berikut :4.1. Busana Pakaian ibu ialah kain batik dan baju kurung. Pakaian bapa ialah kain pelikat dan baju melayu. Pakaian anak lelaki ialah baju t-shirt dan seluar panjang. Pakaian mak bidan ialah kain batik dan baju kurung. Pakaian guru ialah baju kemeja lengan panjang dan seluar panjang.

7

4.2.

Prop Prop-prop yang digunakan ialah meja dan kerusi.

4.3.

Instrumen Muzik Instrumen muzik yang digunakan adalah alunan azan Subuh, kicauan burung-burung dan tangisan bayi.

5.0.

PERANAN PELAJAR DALAM SAJAK BALADA SEORANG ANAK (ERTI SEBUAH KEHIDUPAN)

Watak-watak dalam sajak Balada Seorang Anak (Erti Sebuah Kehidupan) adalah seperti yang berikut : 5.1. 5.2. 5.3. 5.4. 5.5. 5.6. 5.7. 5.8. Hayati Binti Mat Desa sebagai ibu. Azaman Bin Mahmood sebagai bapa. Mohd Shahril Bin Shaari sebagai anak lelaki. Sabariah Binti Zainal sebagai mak bidan. Mohd Faizul Hafiz Bin A. Razak sebagai guru. Farah Humairah Binti Mohd sebagai pendeklamator. Zulkiflee Bin Abd. Manaf sebagai piñata bunyi. Nur Huda Binti Razali sebagai penyair.

8

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful