JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.

3

PERMAINAN BAHASA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

oleh Siti Hajar Hj. Abdul Aziz Jabatan Bahasa Melayu Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa

ABSTRAK
Artikel ini memberikan penjelasan tentang beberapa perkara yang berhubung dengan permainan bahasa. Pada hari ini aktiviti permainan bahasa kurang dipraktikkan di dalam bilik darjah. Antara alasan yang diberikan adalah seperti tiada ruang di dalam bilik darjah, bilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas, aktiviti ini memerlukan perancangan yang rapi, kekangan masa, ketiadaan alat dan bahan yang berkaitan dan sebagainya. Justeru, artikel ini memberikan input yang dapat membantu para guru dalam merancang dan mengelolakan aktiviti permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. “...games can be used at all levels in language syllabus and with all types of pupils from primary school children to adults...” Alan Chamberlain (1986)

108

Permainan yang mengandungi kegiatan memberikan arahan umpamanya.3 PENGENALAN Permainan bahasa adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan. Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata. Kesedaran seperti ini akan memberi peluang kepada guru menghasilkan satu suasana pembelajaran yang menarik dan berorientasikan pelajar. Bahasa yang digunakan dalam sesuatu permainan itu tidak harus terhad kepada beberapa struktur ayat sahaja. Lazimnya. tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Teknik ini juga adalah satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian pelajar. Di samping itu. Tiada seorang pun daripada mereka dibiarkan bersendiri dan terkecuali. Setiap ahli kumpulan akan merasakan diri mereka diperlukan dalam kumpulan itu dan pada bila-bila masa sahaja mereka akan diminta bercakap dan mengutarakan pandangan. 109 . Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan menjaga disiplin kelas. Pelajar biasanya merasa seronok apabila dihadapkan dengan permainan yang mencabar. Sebaliknya. Guru harus bersedia memenuhi keperluan pelajar dalam permainan tersebut. Fungsi bahasa boleh melibatkan semua peringkat kerumitan berbahasa yang berbeza-beza. Antaranya seperti yang berikut: (a) Merangsang interaksi verbal pelajar Dalam permainan. Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa.JURNAL IPBA Jilid 3: Bil. mereka perlu terlibat sepenuhnya secara aktif dalam permainan itu. (b) Menambah kefasihan dan keyakinan Permainan bahasa boleh digunakan sebagai satu cara untuk meningkatkan kefasihan berbahasa serta menambahkan keyakinan diri. Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung. OBJEKTIF PERMAINAN BAHASA Permainan bahasa yang diintegrasikan dalam pengajaran seharusnya mempunyai beberapa objektif yang tentu. Secara tidak langsung mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka dalam bahasa yang dipelajari. boleh dimainkan pada semua peringkat bergantung pada pengetahuan bahasa dan kefasihan tertentu pelajar. mereka juga diminta memberikan alasan-alasan tertentu yang berkaitan. Peranan guru sebagai pemaklumat bahasa sangatlah penting. pelajar akan diminta bercakap untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka. mereka harus mengutarakan tekad dan berazam sepenuhnya untuk berkomunikasi. iaitu daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. terutama dalam konteks kepelbagaian bentuk kosa kata serta kecanggihan tatabahasa dan sintaksis.

Begitu juga dengan aktiviti kelas yang melibatkan penulisan karangan dan pembentukkan ayat-ayat. bukan sahaja antara pelajar dengan pelajar tetapi juga antara pelajar dengan guru. Kelemahan ini dapat diatasi sedikit demi sedikit melalui aktiviti permainan yang dirancangkan. aktiviti pengukuhan masih boleh diteruskan dengan syarat latihan dan latih tubi yang diperkenalkan itu dipelbagaikan dalam bentuk aktiviti permainan bilik darjah. pelajar berkenaan akan menemui kesukaran menyebut bunyi. biasanya mempunyai pelbagai peringkat kebolehan. Jika tiada langkah yang diambil untuk mengatasi kelemahan ini. memprotes dan memberikan hujah. Sesetengah pelajar mempunyai perasaan malu yang tebal dan ada juga yang pendiam atau tidak begitu ramah. Pelajar di dalam sesebuah kelas. pelajar dilatih berhadapan dengan interaksi kehidupan sebenar yang bakal dilalui oleh mereka dalam kehidupan di luar bilik darjah. huruf. akan meransang pelajar untuk bertindak balas. Permainan bahasa membantu merapatkan hubungan dan kerjasama antara mereka. misalnya kumpulan cergas. pengukuhan dan pengayaan Dalam pengajaran bahasa. (e) Alat pemulihan. Selepas sesuatu pengajaran. Justeru. pelajar akan merasa bosan.JURNAL IPBA Jilid 3: Bil. Permainan ini berasaskan keadilan dan pertandingan. mengantuk dan lapar. pelajar yang lemah boleh digalakkan mengambil bahagian bersama-sama dengan pelajar 110 . pengukuhan dan pengayaan. (d) Alat mengikis rasa bosan Pada waktu-waktu tertentu. Permainan mewujudkan komunikasi dalam bentuk yang semula jadi dan memenuhi keperluan pelajar apabila berhadapan dengan dunia sebenar. Sebagai aktiviti pengayaan. Walau bagaimanapun. Dengan ini. sederhana dan lemah. Latihan yang dijalankan secara berterusan mungkin membosankan pelajar. Namun demikian. gerak kerja pengukuhan pula diadakan. Kebanyakan pelajar yang lemah menghadapi masalah pengamatan dan pendengaran. umpamanya pada waktu menjelang tengah hari. Pada saat ini permainan bahasa dapat menimbulkan perasaan gembira dan menyebabkan mereka lupa sekejap rasa lapar dan mengantuk. mereka dapat menunjukkan kecergasan. permainan sangat berguna dalam aktiviti pemulihan. Dalam permainan. mereka perlu dilibatkan sama supaya perasaan negatif yang menguasai diri mereka itu dapat dihapuskan.3 (c) Menyediakan konteks pembelajaran Permainan bahasa membawa perkembangan perhubungan yang positif dalam kalangan individu yang terlibat. membunyikan suku kata dan perkataan. permainan boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk mengikut tujuannya. khususnya yang bersifat pemalu dan pasif. di samping terlibat secara berkesan dalam apa sahaja aktiviti yang dijalankan. Bayangkan sahaja bagaimana guru dapat menyampaikan pengetahuan tentang tatabahasa dan aspek-aspek pemahaman dalam keadaan yang melesukan. Ini merupakan satu suasana yang sihat dan berfaedah kepada para pelajar.

Permainan harus dapat 111 (b) (c) (d) (e) . Namun. permainan bahasa mempunyai kelebihan. PERMAINAN BAHASA SEBAGAI SATU TEKNIK PENGAJARAN Penggunaan permainan bahasa sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa bukan lagi merupakan satu perkara baru dalam dunia pendidikan hari ini. permainan harus berupaya memberikan motivasi yang tinggi dan bukan hanya setakat bertanding. pengetahuan dan pengalaman mereka. Masa untuk permainan bahasa dianggap sebagai masa istirehat yang berfaedah. jeda dan gaya yang betul. mereka ini harus diberikan tugas yang mudah yang bersesuaian dengan kebolehan dan kemampuan mereka. Di samping itu. UNSUR PERMAINAN BAHASA Aspek yang lebih ditekankan dalam permainan bahasa adalah semangat bekerjasama dan bukan pertandingan semata-mata. betul dan tepat. Sebagai satu teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.JURNAL IPBA Jilid 3: Bil. pelajar akan bertindak balas secara spontan. Ini kerana semasa bermain. Pelajar bekerjasama dalam menyempurnakan tugas tertentu yang mendorong mereka untuk berinteraksi antara satu sama lain. Dengan cara bermain pelajar dapat memperbaharui semangat dan minat untuk meneruskan pembelajaran mereka.3 yang cergas melalui permainan yang dijalankan. frasa dan ayat) dengan jelas. mereka juga boleh berlatih mengucapkan ayat dengan sebutan. Permainan adalah satu cabaran untuk mencapai satu-satu matlamat atau melaksanakan beberapa tugas yang menarik dengan jayanya. Teknik ini berperanan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pembelajaran. Ini bermakna apa yang dipelajari itu diulang-ulang sehingga kekal dalam ingatan. Sebagai bahan rangsangan. Permainan bahasa dijadikan bahan rangsangan sama ada semasa memulakan sesuatu pelajaran. permainan bahasa tentunya dapat menarik minat dan perhatian pelajar. berfikir. Teknik ini berupaya menghilangkan rasa letih dan bosan setelah belajar sehari suntuk. Ini kerana pelajar berpeluang menggunakan bahasa dalam suasana yang menyeronokkan serta terlibat secara aktif. iaitu dengan bertanya. tekanan. Keseronokan bermain seperti ini akan menghidupkan keinginan pelajar untuk belajar. meneka dan membaca. mendengar dan mengeluarkan buah fikiran secara berkesan. Pelajar berpeluang menggunakan kemahiran bahasa yang ada pada mereka dalam konteks dan situasi sebenar dan bermakna. Oleh itu. permainan dalam aktivitki pengayaan akan menambahkan kemahiran. Antaranya seperti yang berikut: (a) Untuk membolehkan pelajar membiasakan diri menyebut sesuatu bunyi (perkataan. memberikan arahan. Bagi pelajar yang cergas pula. pada pertengahan atau akhir pembelajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran. intonasi. permainan bahasa lebih merupakan teknik mengulang kaji dan pengukuhan.

(b) Interaksi Murid sekolah rendah amat gemar bertutur dan mereka juga mudah untuk bersosialisasi. Aktiviti ini harus mampu memantapkan proses penguasan bahasa dengan menimbulkan keseronokan dan suasana yang lebih harmoni.JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3 memperkayakan pengalaman pelajar dan membantu menghindarkan kebuntuan dan rasa bosan di dalam bilik darjah. (c) Pertandingan Permainan bahasa bercirikan persaingan. Persaingan boleh berlaku antara sesama peserta. Mereka lebih banyak belajar melalui rakan sebaya daripada guru mereka sendiri. Oleh sebab terdapat beberapa masalah dalam pembelajaran bahasa. belajar untuk sementara waktu sahaja dan tanpa kesungguhan serta keinginan yang mendalam. Mereka juga tidak dapat melihat kepentingan aktiviti ini dengan penggunaan bahasa dalam kehidupan mereka seharian. guru harus memikirkan faedah dan apa yang dijangka dapat dicapai melalui aktiviti permainan di dalam bilik darjah. Sudah menjadi adat pertandingan ada yang menang dan ada pula yang kalah. Ini menjadikan pelajaran bahasa sungguh membosankan. Sekiranya digunakan dengan betul. latih tubi dan latihan menulis. permainan bahasa mengeksploitasi kecenderungan bertanding tersebut untuk maksud pembelajaran. Keadaan ini boleh dieksploitasi untuk meningkatkan interaksi sesama mereka. Permainan bahasa dapat meningkatkan motivasi. Perkara penting yang patut diberikan perhatian adalah kesan daripada interaksi rakan sebaya. Oleh itu. pelajar biasanya menjadi pasif. Permainan memerlukan penyertaan individu. mereka akan melibatkan diri dalam semangat pertandingan dan berhempas pulas untuk mendapatkan jawapan yang betul. Sewaktu pelajar memainkan permainan bahasa. Ini kerana di dalam bilik darjah pelajar dikehendaki melakukan terlalu banyak aktiviti mendengar. Pelajar biasanya ingin bekerja secara aktif dan bukan hanya bertindak sebagai penonton sahaja. Motivasi mereka untuk terus belajar akan dapat dipertingkatkan sekiranya mereka dapat melihat potensi kemahiran yang dipelajari di dalam bilik darjah dapat dihubungkaitkan dengan kegunaannya di luar bilik darjah. membantu proses sosialisasi dan menyatukan pelajar daripada aras kebolehan yang berbeza-beza. Peluang menggunakan sepenuhnya tenaga dan kebolehan untuk berkomunikasi sebenarnya berkait rapat dengan pengalaman berbahasa. 112 . Jadi. masa yang dihadkan. teknik permainan boleh memberikan lebih banyak pengalaman yang berguna dan berharga jika dibandingkan dengan kaedah pengajaran konvensional. Untuk pelaksanaan teknik permainan yang berkesan. pencapaian persembahan yang terbaik atau mencapai matlamat tertentu. perkara-perkara yang berikut perlu diberikan perhatian: (a) Meningkatkan motivasi Motivasi adalah satu insentif atau rangsangan sesuatu aksi.

Semua pelajar yang terlibat dalam permainan. Semangat bekerjasama yang dipupuk melalui aktiviti permainan ini juga dapat digunakan dalam perkara-perkara lain sama ada di luar dan di dalam bilik darjah. Semua peraturan yang telah ditentukan itu bertujuan mengawal permainan dan memberikan petunjuk atau panduan kepada peserta.JURNAL IPBA Jilid 3: Bil. kumpulan kecil yang mengandungi tiga atau empat orang ahli atau aktiviti yang melibatkan keseluruhan kelas. terdapat beberapa peraturan khusus yang telah didefinisikan secara jelas. Organisasi bilik darjah mestilah dirancang dengan baik. Biasanya. Malahan kecenderungan bermain adalah satu gesaan yang semula jadi. ahli-ahli kumpulan bekerjasama antara satu sama lain untuk memastikan kemenangan bagi kumpulan mereka. di samping dapat mengredkan permainan itu mengikut nilai-nilai tertentu. (f) Peraturan permainan Dalam permainan bahasa. 113 . di samping mereka harus menggunakan kecerdasan mental dan kecergasan fizikal bagi mencapai matlamat permainan. (e) Pembelajaran semula jadi Permainan bahasa membolehkan berlakunya pembelajaran secara semula jadi. Ia terlaksana apabila seseorang itu terlibat dengan penggunaan bahasa itu secara langsung. iaitu tolong-menolong dalam suasana harmoni dagi menyelesaikan sesuatu masalah. terutama yang sentiasa berusaha mencari jalan merangsang keinginan pelajar untuk belajar. Ia juga dapat mempererat perhubungan dalam kalangan pelajar. Ia harus digunakan sebaik mungkin oleh guru. Dalam permainan. PENGELOLAAN PERMAINAN BAHASA Menyediakan pelajar atau kumpulan tertentu yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti adalah satu faktor yang penting bagi memastikan kejayaan sesuatu permainan.3 (d) Kerjasama Bekerjasama adalah satu unsur yang kukuh bagi setiap permainan yang penuh pertandingan. Banyak aspek yang berhubung dengan pembelajaran bahasa boleh berlaku melalui proses yang semula jadi. Pelajar boleh dibahagikan kepada pasangan. (g) Penamat permainan Permainan bahasa mempunyai penamat. Tidak kurang penting adalah pelajar itu sendiri tahu dan faham apa yang harus mereka lakukan. Ia mesti dilakukan walaupun pada ketika itu pemain-pemain masih belum mencapai keputusan yang sepatutnya. Pembelajaran bahasa berlaku dalam diri pelajar dan ia adalah satu proses yang perlahan. Aktiviti berpasangan atau kumpulan diadakan bertujuan untuk menggalakkan semangat bekerjasama. terdapat beberapa penentuan awal yang menandakan titik penamat untuk peserta menghentikan permainan mereka. biasanya tahu dan faham akan cara dan peraturan untuk bermain.

Guru lebih mudah untuk mengawal pasangan pelajar dengan bergerak dari satu pasangan ke satu pasangan yang lain. Bilangan ahli dalam satusatu kumpulan adalah penting dalam menentukan kelancaran permainan. Secara Individu Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Secara Berpasangan Aktiviti berpasangan merupakan satu bentuk gerak kerja yang efektif dalam melibatkan penyertaan pelajar. Dalam permainan.JURNAL IPBA Jilid 3: Bil. P G P 114 . menolak atau mengemukakan soalan. Pelajar juga perlu diberitahu bahawa setiap mereka mesti mengambil bahagian secara aktif dan menunjukkan kesungguhan. Jika masalah itu tidak dapat diselesaikannya. Semua pertukaran maklumat adalah melalui guru sama ada menerima. pembetul kesalahan dan pengadil. permainan tersebut boleh digantikan dengan jenis permainan bahasa yang dilakukan di luar bilik darjah. Guru haruslah berkecuali dan mengetepikan diri setelah arahan penting diberikan dan pelajar dapat memahaminya dengan baik. BENTUK INTERAKSI DALAM PERMAINAN BAHASA Peranan guru dalam aktiviti permainan bahasa adalah sebagai perunding. Biasanya. Permainan bahasa secara berpasangan boleh memberikan lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur. mentor. Jika bilangan pelajar dalam sesebuah kelas terlalu ramai. jika keadaan ini tidak dapat dielakkan. Keadaan ini mungkin kurang selesa. empat hingga enam orang pemain dalam satu kumpulan sudah memadai. Biasanya.3 Secara Berkumpulan Permainan bahasa boleh dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan kecil. pelajar boleh merujuk kepada guru untuk mendapatkan petunjuk dan panduan. Cara ini biasanya dilakukan untuk pelajar yang pintar dan cerdas serta telah menyiapkan tugas yang diberikan oleh guru dalam sesuatu masa tertentu. Walau bagaimanapun. permainan secara berpasangan tidak banyak menimbulkan masalah jika dibandingkan permainan secara kumpulan. Guru juga turut bertindak sebagai fasilitator dan merancang pembahagian pelajar seperti dalam rajah yang berikut: Rajah 1: Guru mengatur tetapi tidak mengawal perbincangan kelas. pelajar berfikir sendirian untuk menyelesaikan masalah yang diberi. guru hendaklah membahagikan pelajar dalam banyak kumpulan. terutama jika saiz bilik darjah itu kecil. Rajah menunjukkan tiada interaksi antara pelajar secara langsung.

P P P G Rajah 3: Guru sebagai fasilitator. P P P 115 .3 Rajah 2: Guru sebagai fasilitator bagi membimbing pelajar. Pelajar melakukan aktiviti secara berpasangan. Pelajar melakukan aktiviti dalam kumpulan masing-masing. P P P G Rajah 4: Guru menyelia aktiviti kumpulan.JURNAL IPBA Jilid 3: Bil. Interaksi yang berlaku melibatkan lebih daripada seorang pelajar.

Memberikan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi antara pelajar dengan pelajar. tetapi ia mempengaruhi penguasaan bahasa pelajar hingga ke luar bilik darjah.3 Rajah 5: Guru menyelia aktiviti pelajar. Seorang wakil pelajar berbincang dalam kumpulan lain. Oleh itu. P P P Rajah 6: Interaksi atau perbincangan antara guru dengan seorang pelajar. Melibatkan pelajar secara aktif sama ada dalam kumpulan atau kelas. P G P G P CIRI-CIRI PERMAINAN BAHASA YANG BAIK Permainan bahasa yang dijalankan di dalam bilik darjah bukan setakat berakhir di bilik darjah. pelajar dengan guru dan tindak balas pelajar terhadap bahan. guru bahasa perlu mempunyai pengetahuan tentang ciri-ciri permainan bahasa yang baik dan sesuai dipraktikkan dalam pengajaran bahasa. Antara ciri-ciri permainan bahasa yang baik adalah seperti yang berikut: (a) Dapat mengukuhkan dan meningkatkan penguasaan bahasa seperti penguasaan kemahiran mendengar. Mempunyai rangsangan dan bahan yang menarik. membaca.JURNAL IPBA Jilid 3: Bil. 116 (b) (c) (d) (e) . Dapat merangsangkan pelajar untuk bertindak balas secara aktif dan positif serta dapat mengekalkan minat mereka. Berlaku juga keadaan pelajaran bahasa yang disampaikan secara bermain dapat membantu pelajar mempelajari sesuatu yang lebih daripada aktiviti bermain itu sendiri. bertutur. menulis dan penguasaan elemen tatabahasa. sesuai dengan peringkat penguasaan bahasa pelajar.

Permainan secara berpasangan pula memudahkan guru mengawal dan memberikan perhatian kepada setiap murid. iaitu: (a) Perancangan Permainan Guru harus merancang dan mengolah bahan permainan sesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran bahasa yang diajarkan. Manakala permainan secara individu sesuai untuk aktiviti pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang pintar dan lemah. Permainan berbentuk pneghayatan kendiri dijalankan bagi memenuhi minat dan memberikan kepuasan serta keseronokan kepada diri sendiri. sikap dan pengajaran atau nilai yang telah diperolehi hasil daripada aktiviti permainan yang telah dijalankan itu. pertengahan dan akhir pelajaran. Pastikan bahan pengajaran itu lengkap dan mencukupi untuk semua pelajar di dalam bilik darjah. mencari perkataan tersembunyi atau mencari gambar tersembunyi. misalnya permainan teka silang kata. (c) Waktu Pengendalian Permainan Permainan bahasa boleh dijalankan pada peringkat awal. (b) Bentuk Permainan Permainan bahasa boleh dilakukan dalam bentuk berkumpulan. bentuk dan cara pengelolaan mengikut keperluan bermain. berpasangan atau secara individu. Dalam aspek pengendalian aktiviti. Cara pengendalian sesuatu aktiviti permainan bahasa penting. persediaan yang rapi hendaklah dibuat agar pengajaran melalui permainan itu dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Selepas permainan. iaitu bentuk pertandingan dan penghayatan kendiri. Permainan boleh dijalankan dalam dua bentuk. Guru hendaklah berbincang dengan pelajar tentang kemahiran. permainan dijalankan 117 . PENGENDALIAN AKTIVITI PERMAINAN BAHASA Sebelum sesuatu permainan itu dijalankan. Sebelum memulakan permainan. Guru juga harus menentukan ada penjaga masa dan hakim sebagai penyelia jika berkaitan. selain memilih permainan dengan berdasarkan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan. ketepatan jawapan atau kepantasan menyelesaikan masalah.JURNAL IPBA Jilid 3: Bil. Permainan bahasa dalam kumpulan kecil sesuai untuk kelas yang mempunyai bilangan murid yang ramai. Dapat dijalankan dalam jangka waktu dan tempat yang sesuai agar objektif pembelajaran dapat dicapai. perkara yang berikut perlu diambil kira. Penentuan kalah menang dalam pertandingan ditentukan dengan kiraan mata. Guru juga harus memastikan jangka masa yang diperlukan untuk sesuatu permainan agar masa dapat dirancang dengan sebaik-baiknya. Semasa permainan berlangsung. Pada peringkat awal pengajaran. guru bertindak sebagai fasilitator dan membimbing pelajar apabila diperlukan. tempoh masa.3 (f) (g) Mempunyai arahan dan peraturan yang jelas dan mudah difahami. pelajar hendaklah diberitahu tentang nama permainan.

JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.Kosa kata: siku.. mata.. tunjuk kepada.Aspek bahasa: berdiri.. (d) Tunjuk cara Sebelum aktiviti permainan dijalankan.. permainan dijalankan sebagai aktiviti pengukuhan kepada kemahiran yang telah dijalankan. kening . 118 . Ia juga membolehkan permainan berjalan dengan lancar serta mencapai objektifnya... Permainan pada peringkat ini tidak memakan masa yang panjang dan sesuai dijadikan sebagai rangsangan kepada tajuk atau kemahiran yang diajarkan. telinga.. dahi. permainan dijalankan sebagai langkah pengajaran guru. kuku. (e) Arahan dan Peraturan Permainan Guru harus menerangkan arahan dan peraturan bermain secara jelas kepada pelajar agar tidak berlaku salah faham dan kekeliruan semasa bermain..” Misalnya: “Simon berkata berdiri” Pelajar melakukan aksi yang disebutkan Pelajar berdiam diri sebentar Guru kemudian berkata “duduk” Pelajar yang membuat aksi tersebut tanpa dimulai dengan perkataan “Simon berkata. mulut. jari manis. jari hantu. iv.. Pada peringkat pertengahan. ibu jari. ii.. vi.. v. guru terlebih dahulu haruslah membuat demonstrasi atau tunjuk cara tentang cara-cara bermain kepada pelajar agar pelajar dapat memahami bentuk dan pelaksanaan permainan tersebut. pegang. vii. Pelajar ditunjukkan beberapa model yang melakukan aksi tertentu Pelajar diterangkan peraturan permainan Pelajar perlu mendengar arahan yang bermula dengan “Simon berkata. Manakala pada peringkat akhir. hidung. iii.” akan diketepikan daripada permainan. lutut. CONTOH PERMAINAN BAHASA Contoh 1 Nama permainan Kemahiran Objektif Kandungan : Maka berkatalah Simon : Mendengar dan membezakan arahan : (i) Melakukan arahan mudah yang didengar (ii) Mengenal pasti dan menamakan bahagian-bahagian tubuh : .anda : Kelas : Jenis aktiviti Prosedur Permainan i.Bahagian-bahagian tubuh . kepala.. sila angkat.3 dalam induksi set. duduk tunjukkan saya. buku lali.

Guru kelas ini seorang wanita. Kumpulan yang ahlinya banyak melakukan aksi yang betul dikira menang. jika ayat yang disebut itu salah pelajar akan berdiri) Markah akan diberi bagi setiap aksi yang betul Guru boleh mengulang aktiviti ini dengan mengemukakan ayat-ayat yang seterusnya. W. Sebaliknya. Oxford: Oxford University Press. England: Cambridge University Press. 119 . Lee. iii.JURNAL IPBA Jilid 3: Bil. Nota: Artikel ini dipetik daripada buku penulis sendiri yang bertajuk Permainan Bahasa untuk Sekolah Rendah dan Menengah (1996). Contoh 2 Nama permainan Kemahiran Objektif Kandungan Jenis aktiviti Prosedur Permainan i. iv. : Salah atau betul : Mendengar dan memahamkan arahan : (i) Mendengar ayat-ayat penyata yang diujarkan (ii) Memahami arahan mudah yang didengar : Ayat Penyata : Kelas Kumpulan mengikut barisan : ii. Bhd. Mainkan permainan ini beberapa ketika dan pelajar yang tinggal apabila permainan ditamatkan dikira sebagai pemenang. R. (Jika ayat yang disebut itu betul pelajar akan duduk di kerusi. Teriakkan beberapa ayat penyata dengan jelas Misalnya: Sekarang hujan lebat.3 viii. Dua orang pelajar tidak hadir hari ini. Games for language learning. RUJUKAN Andrew. Language teaching games and contests. (1980). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Hari ini hari Selasa. W. (1979).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful