FAKTOR PERMINTAAN PENGGUNAAN TELEFON RUMAH (TALIAN TETAP KEDIAMAN) BERBANDING SELULAR DI SEKITAR BANDARAYA KUCHING

ALFREAD ANAK MAGGIE 5657

FAKULTI EKONOMI DAN PERNIAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2002/03

SENARAI JADUAL

JADUAL 1:

Latar Belakang Responden

30 36

JADUAL 2: Maklumat Penggunaan Telefon Tetap Kediaman JADUAL 3: Perkaitan Pendapatan Dengan Maklumat Penggunaan Telefon Tetap Kediaman JADUAL 4: Perkaitan Sektor Pekerjaan Dengan Maklumat Penggunaan Telefon Tetap Kediaman JADUAL 5: Perkaitan Taraf Pendidikan Dengan Maklumat Penggunaan Telefon Tetap Kediaman JADUAL 6: Persepsi Responden Terhadap Faktor Perkhidmatan JADUAL 7: Persepsi Responden Terhadap Faktor Harga JADUAL 8: Persepsi Responden Terhadap Faktor Liputan JADUAL 9: Analisa Faktor Perkhidmatan (KMO) JADUAL 10: Analisa Faktor Perkhidmatan (Communalities) JADUAL 11: Analisa Faktor Perkhidmatan (Total Variance Explained) JADUAL 12: Analisa Faktor Perkhidmatan (Rotated Component Matrix) JADUAL 13: Analisa Faktor Harga (KMO) JADUAL 14: Analisa Faktor Harga (Communalities) JADUAL 15: Analisa Faktor Harga (Total Variance Explained) JADUAL 16: Analisa Faktor Harga (Rotated Component Matrix) JADUAL 17: Analisa Faktor Liputan (KMO)

41

41

42 43 44 46 47 48 49 50 51 51 52 53 54

JADUAL 18: Analisa Faktor Liputan (Communalities) JADUAL 19: Analisa Faktor Liputan (Total Variance Explained) JADUAL 20: Analisa Faktor Liputan (Rotated Component Matrix)

55 56 57

SENARAI RAJAH

RAJAH 1: RAJAH 2: RAJAH 3: RAJAH 4: RAJAH 5: RAJAH 6: RAJAH 7: RAJAH 8: RAJAH 9:

Taraf Pendidikan Sektor Pekerjaan Pendapatan Jantina Taraf Perkahwinan Jangka Masa Menggunakan Telefon Rumah Jumlah Talian Purata Bil Sebulan Pemasangan Semula

31 32 33 34 35 37 38 39 40

PENGESAHAN PELAJAR

Saya mengakui bahawa Projek Tahun Akhir bertajuk ³FAKTOR PERMINTAAN PENGGUNAAN TELEFON RUMAH (TALIAN TETAP KEDIAMAN) BERBANDING SELULAR DI SEKITAR BANDARAYA KUCHING´ ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, petikan, huraian dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya nyatakan sumbernya.

Tarikh Serahan

Alfread Anak Maggie No. Matrik: 5657 Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak

PENGESAHAN PENYELIA

Setelah diteliti Projek Tahun Akhir bertajuk ³FAKTOR PERMINTAAN PENGGUNAAN TELEFON RUMAH (TALIAN TETAP KEDIAMAN) BERBANDING SELULAR DI SEKITAR BANDARAYA KUCHING´ yang dibuat oleh Alfread Anak Maggie (No. Matrik: 5657), pihak penyelia berpuas hati dengan Projek Tahun Akhir ini sebagai memenuhi syarat pengijazahan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Perniagaan Dengan Kepujian (Ekonomi Industri Dan Organisasi)

Tarikh Serahan

Encik Jamal Abdul Nassir Bin Shaari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak

PENGHARGAAN Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada Tuhan di atas keizinan dan limpah kurniaNya. Dengan keizinan daripadaNya, saya telah dapat menyiapkan Projek Tahun Akhir ini bagi memenuhi syarat dan keperluan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Perniagaan Dengan Kepujian. Selain itu saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia saya iaitu Encik Jamal Abdul Nassir bin Shaari yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan kepada saya dalam menyiapkan projek ini. Seterusnya saya juga ingin mengucapkan rasa terima kasih kepada Puan Norzaidahwati, selaku pemeriksa kedua dan juga kepada pensyarah-pensyarah lain yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang pengajian di Universiti Malaysia Sarawak. Tidak lupa juga kepada staf-staf fakulti yang telah banyak membantu. Kepada orang tua dan adik-beradik saya, jutaan penghargaan juga ingin diucapkan. Keluarga saya telah banyak memberikan sokongan dan inspirasi kepada saya untuk menyiapkan projek ini. Seterusnya saya ingin mengucapkan penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberikan sokongan dan bantuan di dalam menyiapkan projek ini. Terima kasih kepada Abdus Salam, Ahmad Fuad Shah, Mohd Muhaimin, Bernard, Mohd. Johairi dan rakan-rakan dari Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan serta dari fakulti-fakulti yang lain. Tidak lupa juga kepada responden-responden yang telah memberi kerjasama semasa mengisi borang soal selidik. Hasil projek ini adalah kerana sumbangan anda semua. Terima kasih sekali lagi.

KERANGKA KONSEPTUAL

Permintaan perkhidmatan talian telefon

Perkaitan dengan ciri-ciri demografi

Faktor harga Faktor liputan

Faktor perkhidmatan

Senarai Jadual Senarai Rajah BAB 1: PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1.1 Pernyataan Masalah 1.2 Objektif Kajian 1.3 Rasional Kajian 1.4 Hipotesis Kajian 1.5 Definisi Istilah 1.6 Batasan Kajian BAB 2: ULASAN KARYA TERPILIH 2.0 Pengenalan 2.1 Teori Permintaan 2.2 Faktor Ekonomi 2.3 Teori Kos 2.4 Faktor Kualiti 2.5 Keperluan Sosial 2.6 Faktor Teknologi 2.7 Barang Pengganti BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan 3.1 Pengumpulan Data 3.1.1 Pengumpulan Data Primer 20 21 21-22 10 10-11 11-12 12-14 14-15 15-17 17-18 18-19 1-3 3-5 5 6 6-7 7-9 9

3.1.2 Pengumpulan Data Sekunder 3.2 Penganalisaan Data 3.2.1 Analisa Deskriptif 3.2.1.1 Pengukuran Kekerapan 3.2.1.2 Analisa Faktor 3.2.2 Analisa Statistik Inferens 3.2.2.1 Korelasi 3.3 Hipotesis Kajian BAB 4: KEPUTUSAN KAJIAN 4.0 Pengenalan 4.1 Latar Belakang Responden 4.2 Maklumat Penggunaan Talian Tetap Kediaman 4.3 Persepsi Responden Terhadap Permintaan Telefon Rumah Berbanding Selular Di Bandaraya Kuching 4.3.1 Faktor Perkhidmatan 4.3.2 Faktor Harga 4.3.3 Faktor Liputan 4.4 Analisa Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Permintaan Telefon Rumah Berbanding Selular 4.4.1 Analisa Faktor Perkhidmatan 4.4.2 Analisa Faktor Harga 4.4.3 Analisa Faktor Liputan BAB 5: PERBINCANGAN KAJIAN

22-23 23 23 23-24 24-25 25 25-26 26

27 28-33 34-40 41

41-42 42-43 44-45 45

45-48 49-52 52-55

5.0 Pengenalan 5.1 Latar Belakang Responden 5.1.1 Taraf Pendidikan 5.1.2 Sektor Pekerjaan 5.1.3 Pendapatan 5.1.4 Jantina 5.1.5 Taraf Perkahwinan 5.2 Maklumat Penggunaan Telefon Tetap Kediaman 5.2.1 Jangka Masa Penggunaan Telefon 5.2.2 Jumlah Talian Yang Digunakan 5.2.3 Purata Bil Bulanan 5.2.4 Pemasangan Semula 5.3 Analisa Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Permintaan 5.3.1 Analisa Terhadap Faktor Permintaan 5.3.2 Analisa Terhadap Faktor Harga 5.3.3 Analisa Terhadap Faktor Liputan 5.4 Kesimpulan BAB 6: KESIMPULAN DAN CADANGAN 6.0 Pengenalan 6.1 Kesimpulan 6.2 Cadangan

56 56 56-57 58 58-59 59-60 60 61 61 61-62 62 62-63 63 63-64 65 66-67 67

68 68-70 70-71

BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN Industri telekomunikasi merupakan salah satu industri yang semakin mendapat perhatian di kalangan firma-firma besar di Malaysia. Ini merupakan ia adalah salah satu daripada industri yang sedang meningkat dengan pesat. Telekomunikasi

merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan daripada penduduk yang terdapat di Malaysia. Ia telah dapat dikatakan sebagai menjadi salah satu daripada keperluan asas bagi setiap penduduk. Dengan adanya perkhidmatan telekomunikasi yang

ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi maka ia telah memudahkan perhubungan di antara individu, sama ada yang terdapat dia dalam lingkungan negara Malaysia mahupun antara individu yang berada di luar negara. Dapat dikatakan juga telekomunikasi amat mempengaruhi kegiatan dan aktiviti manusia dalam kehidupan harian mereka. Tanpa jalinan komunikasi yang baik kehidupan manusia tidak akan selancar seperti sekarang. Jalinan komunikasi pada masa sekarang dapat dikatakan sebagai sedang pesat membangun. Ia selaras dengan saranan dan juga harapan negara yang ingin

mencapai wawasan 2020 yang telah dikatakan oleh Perdana Menteri Malaysia. Untuk mencapai sasaran sebagaimana yang diharapkan negara sudah semestinya membangunkan semua sistem komunikasi yang ada di Malaysia untuk membolehkan dan memudahkan pergerakan dan juga mobiliti rakyat. Dengan adanya segala

kemudahan ini maka mobiliti dan perhungan antara manusia akan menjadi lebih mudah.

Telefon telah membuat penampilan yang pertama pada tahun 1874, iaitu semasa kemasukan residen British yang pertama ke Tanah Melayu pada masa itu. Zaman kekecohan yang berlaku menjadikan sistem telekomunikasi perlu untuk dibangunkan di Tanah Melayu. Peristiwa ini telah menjadi pemangkin untuk sistem

telekomunikasi terus berkembang. Pada tahun 1876 kabel telegraf sepanjang 27 batu telah dipasang merentasi hutan menuju ke pejabat Penolong Residen di Taiping dari Kuala Kangsar. Pada tahun 1882, Perak telah dapat menggunakan sistem

telekomunikasi yang ada untuk berhubung dengan kawasan luar dari tanah besar Tanah Melayu iaitu ke Pulau Pinang melalui kabel yang dipasang merentasi lautan. Pada 1891, selepas tujuh tahun sistem telefon wujud di England, ia telah dipasang di Kuala Lumpur. Pada tahun 1895, telah terdapat sebanyak 21 buah telefon terdapat di Kuala Lumpur dengan terpasangnya kabel telefon dan telegraf yang sepanjang 400 batu. Bagi kawasan Sabah dan Sarawak pula talian telefon hanya wujud pada tahun 1894. Pada tahun 1908, sistem telekomunikasi yang ada sememangnya telah maju terutamanya di Semenanjung Malaysia. Semenjak itu sistem telekomunikasi yang ada telah diperbaiki dari semasa ke semasa sehinggalah kepada sistem telekomunikasi yang kita nampak pada hari ini. Jika dikategorikan sistem komunikasi dia Malaysia ia boleh dibahagikan kepada telefon talian tetap, telefon talian selular dan juga komunikasi yang melalui internet. Pada kajian ini sistem komunikasi yang dikaji hanyalah yang berkaitan dengan penggunaan telefon talian tetap dan penggunaan talian selular. Talian tetap

kediaman merupakan satu cara perhubungan yang lebih biasa bagi individu. Talian

selular pula merupakan satu inovasi yang dibuat terhadap penggunaan telefon talian tetap kediaman dan ia semakin mendapat pasaran yang meluas di Malaysia. Kajian yang akan dijalankan adalah untuk melihat sejauh manakah faktor-faktor yang berkaitan akan memberikan permintaan terhadap langganan talian telefon yang ditawarkan oleh syarikat Telekom Malaysia Berhad. Kajian tersebut akan dijalankan di Kuching. Pada masa sekarang, kita dapat melihat ramai pengguna telefon talian tetap kediaman yang dipasang di rumah. Selain daripada penggunaan talian tetap di rumah ia juga amat penting bagi kegunaan pejabat. Namun pada kajian ini ia hanya akan mengkaji telefon tetap kediaman bukannya telefon tetap yang terdapat pejabat. Pemerhatian ini menunjukkan bahawa penggunaan telafon talian tetap kediaman adalah lebih tinggi berbanding dengan penggunaan telefon selular.

1.1 Pernyataan Masalah Perkhidmatan telefon merupakan salah satu keperluan asas yang penting untuk seseorang individu sentiasa berhubung dengan satu daerah atau kawasan yang lain. Terdapat banyak permintaan bagi penawaran

perkhidmatan telefon khususnya bagi perkhidmatan telefon kediaman atau telefon talian tetap yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi iaitu syarikat Telekom Malaysia Berhad. Terdapat dua jenis telefon yang terdapat di Malaysia pada masa sekarang iaitu telefon talian tetap kediaman dan juga telefon selular yang turut ditawarkan oleh syarikat telefon selular yang lain.

Walaupun terdapat telefon selular namun telefon talian tetap kediaman yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia Berhad masih lagi mendapat permintaan yang tinggi di kalangan penduduk yang terdapat di Malaysia. Masih terdapat juga banyak permintaan daripada pihak awam terhadap perkhidmatan ini. Terdapat juga kawasan yang tidak dapat ditawarkan oleh Telekom Malaysia Berhad kerana masalah tertentu. Pihak Telekom Malaysia terpaksa meningkatkan lagi kapasiti sesebuah ibusawat di kawasan yang telah mendapat liputan dalam usaha untuk menampung segala permintaan daripada pihak awam yang semakin meningkat. Dengan peningkatan tahap teknologi yang ada pada masa sekarang perkhidmatan selular telah semakin memberi tekanan kepada talian tetap kediaman yang ditawarkan oleh pihak Telekom. Setiap hari pasti ada

perubahan yang akan berlaku pada teknologi. Teknologi semakin canggih. Dengan teknologi yang semakin canggih, maka ia akan dapat mengurangkan kos operasi dan kos pembuatan produk oleh firma-firma. Sekiranya teknologi yang digunakan oleh pihak selular mampu mengatasi teknologi yang digunakan oleh Telekom ia akan mampu untuk mengatasi Telekom dalam perniagaan telekomunikasi. Jika senario ini berlaku di Malaysia adakah

pihak Telekom mampu untuk mempertahankan statusnya sebagai peneraju dalam bidang telekomunikasi di Malaysia. Ini kerana dengan teknologi yang semakin canggih maka pihak selular mampu untuk membuatkan

perkhidmatan mereka lebih baik berbanding dengan talian tetap kediaman yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia.

Persoalan yang utama di sini adalah mengapakah telefon talian tetap kediaman masih lagi mendapat permintaan yang tinggi berbanding dengan telefon selular di Malaysia. Adakah pada suatu masa nanti telefon selular akan dapat menguasai pasaran telekomunikasi? Adakah talian selular akan menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai talian tetap di rumah?

1.2 Objektif Kajian Objektif umum: Objektif umum kajian yang dijalankan ini ialah untuk mendapat gambaran sebenar tentang keadaan bidang telekomunikasi yang terdapat di Malaysia.

Objektif khusus: Objektif khusus kajian yang dijalankan ini adalah seperti yang dinyatakan di bawah: 1. Mengenalpasti dengan jelas faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan terhadap talian tetap kediaman berbanding dengan telefon selular. 2. Dengan berdasarkan hasil dan keputusan kajian yang telah dibuat, maka beberapa cadangan akan diberikan kepada pihak-pihak yang terlibat untuk tindakan yang selanjutnya.

1.3 Rasional Kajian Kajian ini dibuat kerana telefon merupakan salah satu keperluan individu pada masa sekarang. Maka dengan ini untuk mengetahui sebab

peningkatan yang tinggi dalam permintaan, faktor-faktor yang menggalakkan peningkatan tersebut hendaklah dikaji. Dengan adanya kajian yang dijalankan ini, kita dapat melihat dengan teliti dan memastikan faktor-faktor yang telah mempengaruhi permintaan terhadap talian tetap. Selain dapat melihat faktor-faktor tersebut, ia juga menyediakan cara-cara untuk meningkatkan lagi permintaan dan mempertahankan pelanggan-pelanggan yang sedia ada. Sekiranya kajian ini dapat dilakukan dengan jayanya, maka ia akan memberikan satu pengetahuan yang baru kepada masyarakat ataupun pihakpihak lain yang terlibat. Maklumat yang diperolehi juga dapat memberikan manfaat kepada firma-firma baru yang ingin memasuki industri dan menawarkan perkhidmatan telefon. Ia dapat dilakukan dengan melihat kepada faktor-faktor yang menarik minat pelanggan dalam pemilihan talian yang digunakan.

1.4 Hipotesis Kajian Hipotesis kajian yang dibuat terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi dan menyebabkan permintaan terhadap penggunaan talian tetap di rumah adalah seperti yang dinyatakan di bawah: a. Hipotesis Pertama : langganan talian tetap tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan harga yang ditawarkan oleh syarikat telefon selular.

b. Hipotesis Kedua : langganan talian tetap tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat telefon selular c. Hipotesis Ketiga : langganan talian tetap tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan liputan yang ditawarkan oleh syarikat selular.

1.5 Definisi Isilah Istilah-istilah yang akan biasa digunakan sepanjang kajian ini dibuat adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

1.5.1 Permintaan Permintaan di sini dapat didefinisikan sebagai kuantiti sesuatu barangan yang sanggup dan mampu dibeli oleh pengguna pada satu tingkat harga yang tertentu dalam tempoh masa yang tertentu (S H Lim, 1994). Definisi lain berkenaan dengan

permintaan mengatakan ia sebagai hubungan di antara kuantiti barangan yang diminta oleh pengguna dengan harga barangan tersebut (Parkin, 1996). Dengan melihat kepada kedua-dua

definisi yang dinyatakan di atas maka dapat dikatakan bahawa permintaan merupakan kesanggupan seseorang atau sekumpulan individu dalam membeli sesuatu barang ataupun perkhidmatan yang ditawarkan dalam pasaran.

1.5.2 Talian tetap kediaman (talian rumah) Talian tetap yang dimaksudkan di sini adalah merupakan salah satu sistem yang digunakan oleh pihak Telekom dalam penyediaan perkhidmatan telefon. Sistem ini memerlukan kabel yang menghubungkan satu telefon dengan telefon yang lain. Ia juga perlu didaftarkan dan pembayaran adalah menggunakan kaedah pengebilan. 1.5.3 Industri Indusri merupakan sekumpulan firma-firma yang

menghasilkan barang dan perkhidmatan yang sama jenis dalam pasaran (S. H. Lim, 1994). 1.5.4 Telefon Telefon adalah salah satu daripada alat perhubungan dalam proses komunikasi manusia. Ia merupakan satu peralatan yang dijadikan sebagai pemangkin di dalam perhubungan manusia bagi jarak yang jauh. 1.5.5 Firma/organisasi Firma/organisasi yang dimaksudkan dalam kajian yang dilakukan ini merupakan sebuah organisasi, syarikat ataupun badan yang mengeluarkan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan di dalam sesebuah pasaran. Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu unit perniagaan yang menggunakan faktor-faktor pegeluaran untuk menghasilkan barang-barang dan perkhidmatan (S H Lim, 1994).

1.6 Batasan Kajian Batasan kajian adalah perkara-perkara yang boleh menyebabkan kajian ini tidak dapat dijalankan dengan sepenuhnya. Ia juga boleh menyebabkan

kajian ini tidak dapat mencapai sasaran seperti yang diharapkan. Antara batasan yang dijangka dalam membuat kajian ini adalah seperti berikut a. Kemungkinan responden tidak menjawab soalan yang diajukan di dalam borang kaji selidik dengan jujur dan tepat. b. Kemungkinan responden tidak dapat memahami atau kurang faham dengan soalan yang diajukan di dalam borang kaji selidik. c. Data-data yang diperlukan berkemungkinan tidak mencukupi dalam membuat kajian kerana kekurangan sumber rujukan untuk membuat kajian. d. Masa untuk membuat kajian ini tidak mencukupi dan terhad dan menyebabkan kajian yang mendalam sukar untuk dilakukan.

BAB 2

ULASAN KARYA

2.0 PENGENALAN Di dalam bab 2 ini, ulasan adalah mengenai karya-karya yang lepas. Karya-karya tersebut dilihat mempunyai kaitan dengan apa yang dikaji dalam kajian ini. Terdapat beberapa faktor yang dibincangkan di dalam bab ini.

2.1 Teori permintaan Parkin (1998) telah mendefinisikan permintaan sebagai satu hubungan di antara jumlah kuantiti barang yang ingin dibeli oleh pengguna dengan harga barang berkenaan. Ini adalah dengan andaian semua faktor lain adalah ceteris peribus. Permintaan sesuatu barangan mempunyai pergantungan yang

banyak terhadap beberapa faktor lain selain harga barang atau perkhidmatan itu sendiri. Antara yang dapat menentukan permintaan sesuatu barangan dan perkhidmatan adalah seperti faktor harga barang atau perkhidmatan lain yang terdapat di pasaran, pendapatan pengguna, citarasa pengguna, jangkaan tentang keadaan masa depan, corak pengagihan pendapatan, jumlah dan komponen penduduk, dan dasar yang diamalkan oleh kerajaan (S H Lim, 1994). S H Lim (1994) juga ada mendefinisikan permintaan iaitu permintaan sebagai kuantiti sesuatu barang yang sanggup dan mampu dibeli oleh pengguna pada satu tingkat harga tertentu dalam tempoh masa yang tertentu.

Untuk mendapatkan sesuatu perhidmatan dan barangan maka seseorang individu tersebut mestilah sanggup untuk mendapatkan produk

berkenaan.sekiranya individu berkenaan tidak sanggup untuk mendapatkan produk berkenaan maka permintaan di sini tidak akan wujud. Sekiranya pembeli tidak mampu untuk membayar nilai barangan tersebut pada harga yang telah ditetapkan ia juga tidak akan dapat menjadi permintaan, ini kerana permintaan hanya wujud sekiranya terdapat individu yang mampu membayar harga yang diletakkan. Case dan Fair (1999) pula menyatakan hukum permintaan sebagai satu hubungan yang negatif di antara harga dan kuantiti yang diminta. Di sini, ia menerangkan bahawa apabila terdapat perubahan dalam harga yang diletakkan bagi barangan atau sesuatu perkhidmatan maka ia turut akan memberikan perubahan terhadap jumlah kuantiti yang bakal diminta oleh pelanggan. Apabila harga sesuatu produk meningkat maka permintaan

terhadapnya akan menurun. Apabila harga produk tersebut menurun maka jumlah yang diminta bagi produk berkenaan akan meningkat.

2.2 Faktor ekonomi Faktor ekonomi merangkumi faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian sesuatu produk. Faktor-faktor ini akan memberikan kesan terhadap kuasa beli seseorang individu. Ia merangkumi pendapatan, harga dan sewa.

Hubungan di antara harga dan langganan adalah pada keadaan yang negatif, di mana apabila harga naik maka langganan akan berkurangan jumlahnya dan

apabila harga yang dikenakan adalah rendah maka jumlah langganan akan meningkat. Mohd. Hamdan Adnan (1994) mendefinisikan harga sebagai

jumlah wang atau nilai yang diminta bagi sesuatu keluaran atau perkhidmatan dalam sesuatu pasaran dan pada masa. S H Lim (1994) mengatakan bahawa harga merupakan faktor utama bagi pengguna menentukan barang yang hendak dibeli. Bagi seseorang pengguna yang rasional, dia akan membeli atau melanggan sesuatu produk yang lebih murah harganya berbanding dengan harga produk yang lain. Perubahan tingkat harga juga akan menyebabkan perubahan pendapatan benar para pengguna (S H Lim, 1994). Dengan ini maka apabila harga barangan ini meningkat maka dengan pendapatan yang sama, maka pengguna akan mengurangkan jumlah pembelian mereka, ini kerana kuasa beli mereka telah menurun. Ahmad Mahdzan Ayob (1979) telah mendefinisikan pendapatan benar sebagai kuasa beli yang ada pada seseorang. Dengan jumlah pendapatan benar yang besar maka lebih banyak produk yang boleh dilanggani oleh seseorang itu. Mohd Hamdan Adnan (1994) pula menyatakan kuasa beli sebagai kemampuan pengguna untuk memperoleh keluaran dan perkhidmatan daripada pendapatan boleh guna seseorang individu.

2.3 Teori kos Ahmad Mahdzan (1979) telah mendefinisikan kos sebagai sebarang pengorbanan yang dibuat untuk mendapatkan sesuatu barangan yang boleh

memberi utiliti atau keuntungan. Di dalam perkiraan untuk membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan kos untuk mendapatkannya adalah amat diambil kira. Oleh sebab yang demikian, apabila terdapat dua atau lebih produk yang sama maka kos untuk memiliki produk yang dapat memuaskan hati pembeli akan diperbandingkan. Secara amnya seseorang pelanggan inginkan sesuatu barang dan perkhidmatan yang hanya memberikan kos yang rendah untuk memiliki atau menggunakannya. Ini kerana harga yang dibayar untuk

mendapatkan barangan dan perkhidmatan tersebut merupakan satu kos. Namun demikian pelanggan tersebut hanya akan membeli dan menggunakan barang dan perkhidmatan tersebut sekiranya mereka berpuas hati dengan kualiti dan sekiranya mereka mampu untuk memilikinya. Dalam kes untuk mendapatkan perkhidmatan telefon, ia akan melibatkan kos tetap dan juga kos berubah. Kos tetap merupakan segala jenis kos yang tidak berubah mengikut tingkat pengeluaran (Ahmad Mahdzan, 1979). Mengikut S H Lim (1994) pula kos tetap didefinisikan sebagai kos yang dibayar untuk memperolehi faktor-faktor tetap. Dalam kes perkhidmatan telefon kos tetap di sini merupakan bayaran tetap yang dikenakan untuk sewa talian yang dibayar kepada pemberi perkhidmatan telefon. Dalam kes talian tetap yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia Berhad ia akan dibayar kepada syarikat Telekom Malaysia Berhad. Sewa talian ini adalah tidak berubah mengikut bulan atau panggilan yang telah dibuat. Bagi kos berubah pula ia merujuk kepada bayaran yang dikenakan kepada pelanggan bagi setiap panggilan yang dibuat. Oleh sebab yang demikian

maka semakin banyak panggilan dan semakin banyak masa yang diambil untuk panggilan akan meningkatkan bayaran yang dikenakan terhadap pelanggan berkenaan. S H Lim (1994) mendefinisikan kos berubah sebagai kos yang dibayar untuk memperolehi faktor-faktor pengeluaran yang berubah kuantitinya. Kos berubah akan berubah mengikut tingkat penggunaan.

Semakin tinggi tingkat penggunaan, semakin tinggi kos berubah dan semakin rendah tingkat penggunaan semakin kecil kos berubah. Kos berubah akan menjadi kosong apabila tingkat penggunaan adalah kosong.

2.4 Faktor kualiti Kathryn M. Bartol dan David C. Martin (1998) menyatakan bahawa kualiti merupakan sifat dan bentuk yang terdapat pada sesuatu barangan dan perkhidmatan yang merangkumi keupayaan untuk memuaskan dan memenuhi keperluan. Bateman dan Snell (1999) mengatakan kualiti sebagai kebaikkan sesuatu produk, termasuk perkara seperti daya tarikan, kurang keburukan, kdadar kebergantungan yang tinggi dan boleh dipercayai untuk jangka masa yang panjang. Bateman dan Snell (1999) juga ada menyatakan bahawa

kualiti boleh diukur dengan melihat kebolehan, ciri-ciri tambahan, kadar kebergantungan, ketahanan, keupayaan dalam perkhidmatan dan nilai estatik yang terdapat pada produk tersebut. Nilai kualiti penting dalam sesebuah produk kerana ia dapat menarik perhatian dan minat pelanggan terhadap produk yang ditawarkan oleh firma. Ia juga akan menarik lebih ramai pelanggan. Pada masa kini pelanggan lebih

mementingkan kualiti produk selain harga dan kuantiti yang akan diperolehi. Orang ramai akan mengukur sesebuah firma dengan kualiti produk yang ditawarkan oleh firma berkenaan. Maka dengan ini, selain daripada untuk memperolehi jualan yang tinggi kualiti juga akan menjamin nama baik sesebuah firma. Kenneth E. Ebel (1991) telah mendefinisikan kualiti sebagai segala bentuk dan ciri-ciri yang terdapat pada produk atau perkhidmatan yang dapat serta mampu untuk memuaskan kehendak atau keperluan. Kenneth E. Ebel (1991) pula mengatakan bahawa fokus yang maksimum dan objektif setiap individu dalam sesebuah organisasi adalah mesti memuaskan kehendak pelanggan. Untuk mencapai kualiti yang diingini oleh pelanggan maka sesebuah organisasi perlu meletakkan keperluan dan jangkaan pelanggan dalam setiap proses yang ada dalam organisasi tersebut (Barkley dan Saylor, 1993). William D. Perreaurt, Jr. dan E. Jerome McCarthy (1999) pula mendefinisikan kualiti sebagai keupayaan produk untuk memberikan kepuasan kepada kehendak dan keperluan pelanggan. Ini kerana kualiti

sesuatu produk tersebut bergantung kepada bagaimana pelanggan melihat produk yang ditawarkan.

2.5 Keperluan sosial Mohd Hamdan Adnan (1994) telah memberikan beberapa contoh faktorfaktor sosial yang boleh mempengaruhi pilihan pengguna. Beliau

mengatakan bahawa keperluan asas, psikologi, budaya dan agama sebagai

contoh faktor sosial tersebut. Walaupun telefon belum lagi diisytiharkan sebagai keperluan asas individu, namun terdapat segelintir kumpulan individu yang merasakan bahawa penggunaan telefon dalam kehidupan seharian adalah amat penting. Dari segi psikologi, para pengguna ingin melanggan perkhidmatan telefon kerana ia akan memudahkan kehidupan seharian mereka. Dalam sistem sosial sesebuah masyarakat komunikasi mempunyai banyak fungsi seperti fungsi mengumpul, menyimpan, memproses dan mentransimisikan maklumat, data atau fakta (Mohamad Md. Yussof, 1993). Seseorang individu lebih cenderung untuk melakukan sesuatu perkara yang telah menjadi amalannya. Amalan pembelian ini boleh dikatakan

sebagai budaya yang diamalkan oleh individu tersebut. Budaya mengikut takrifan yang diberikan oleh Mohd. Hamdan Adnan (1994) merupakan gaya hidup sesuatu masyarakat. Masyarakat di sini merangkumi setiap individu yang terdapat di dalam sesuatu masyarakat tersebut. Terdapat juga perasaan suka dan tidak suka di dalam setiap individu namun tidak semestinya setiap individu itu tahu mengapa sesuatu pembelian atau langganan itu menjadi keperluan atau suka kepada barangan tersebut. Manusia sebagai pengguna telah biasa membeli sesuatu keluaran atau perkhidmatan tanpa memikirkan mengapa dia berbuat demikian (Mohd. Hamdan Adnan, 1994). Apabila terdapat bilangan pengeluar dan penawar yang menawarkan produk berkenaan maka para pelanggan akan menjadi lebih setia kepada sesebuah firma sahaja. Di dalam kes penyediaan telefon talian tetap di Malaysia, syarikat Telekom Malaysia Berhad merupakan

pembekal utama, maka pelanggan akan lebih tertumpu kepada perkhidmatan yang ditawarkan olehnya.

2.6 Faktor teknologi Teknologi merupakan salah satu perkara yang amat penting di dalam dunia perniagaan pada masa sekarang ini. William D. Perreault dan E.

Jerome McCarthy (1999) mengatakan bahawa teknologi adalah satu aplikasi sains yang digunakan untuk menukar sumber-sumber ekonomi kepada output. Mereka juga ada mengatakan penggunaan teknologi akan dapat memberikan kesan terhadap proses pemasaran. Ia akan memberikan kesan kepada

pemasaran dalam dua cara iaitu wujudnya produk baru dan wujudnya cara operasi atau pemprosesan yang baru. William D. Perreault dan E. Jerome McCarthy (1999) juga mengatakan pembangunan dalam teknologi membawa kepada cabaran. Walaupun perubahan teknologi yang cepat dapat

menawarkan pelbagai peluang kepada firma namun yang demikian ia juga akan membawa kepada cabaran yang besar terhadap firma. Bateman dan Snell (1999) pula mendefinisikan teknologi sebagai pengaplikasian yang sistematik terhadap pengetahuan saintifik untuk produk proses dan perkhidmatan yang baru. Kathryn M. Bartol dan David C. Martin (1998) mengatakan teknologi adalah pengetahuan, peralatan, perkakasan dan teknik kerja yang digunakan oleh sesebuah organisasi dalam menyampaikan produk dan perkhidmatan mereka. Perubahan yang berlaku dalam teknologi yang digunakan oleh firma akan menyebabkan atau memberikan kesan

kepada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan secara keseluruhan. Perubahan yang dilakukan terhadap teknologi yang digunakan oleh firma amat penting dalam menentukan daya saing firma pada masa kini mahupun pada masa hadapan. Dengan penggunaan teknologi yang lebih canggih maka firma dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di pasaran.

2.7 Analisa SWOT Kathryn M. Bartol dan David C. Martin (1998) telah menyatakan bahawa analisa SWOT merupakan satu cara untuk menganalisa situasi persaingan organisasi yang melibatkan penilaian kekuatan organisasi (S), dan kelemahan (W), serta peluang persekitaran (O) dan ancaman (T). Bateman dan Snell (1999) pula mengatakan bahawa perbandingan di antara kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dirujuk sebagai analisa SWOT. William D. Perreault dan E. JeromeMcCarthy (1999) pula mendefinisikan analisa SWOT sebagai mengenalpasti dan menyenaraikan kekuatan dan kelemahan serta peluang dan ancaman firma. Untuk melihat kekuatan dan kelemahan firma ia memerlukan penilaian terhadap faktor dalaman yang terdapat pada firma tersebut. Untuk melihat peluang dan ancaman pula adalah perlu untuk melihat dan menilai faktor luaran dan persekitaran yang relevan. Kekuatan merupakan aspek yang mempunyai potensi untuk membuat perubahan ke arah kebaikan firma khususnya dari aspek kaedah untuk terus

bersaing dalam pasaran. Sebaliknya kelemahan pula adalah satu aspek yang boleh membuatkan potensi yang ada diatasi oleh pesaing. Peluang adalah keadaan persekitaran yang membolehkan firma membuat pembaharuan yang lebih baik secara relatifnya berbanding dengan pesaing. Untuk aspek

ancaman pula ia merupakan satu keadaan persekitaran yang boleh membuatkan firma hilang keupayaan untuk memberikan saingan kepada pesaingnya di dalam pasaran. Kesemua aspek ini perlu disatukan untuk

melihat keadaan sebenar yang ada pada firma terbabit. Ia akan memberikan satu gambaran tentang keadaan persaingan pasaran. Setelah mempunyai pengetahuan tentang keadaan persaingan pasaran dan kekuatan serta kelemahan firma maka, ia boleh digunakan sebagai panduan untuk merangka strategi yang bakal digunakan dalam memperolehi kekuatan dalam persaingan. Ia juga boleh digunakan sebagai panduan untuk membuat pertahanan terhadap ancaman yang bakal dihadapi pada masa yang akan datang.

2.8 Barang pengganti Barang pengganti merupakan sesuatu produk lain yang boleh mengganti penggunaan produk dominan yang terdapat di pasaran. William D. Perreault dan E. JeromeMcCarthy (1999) telah mengatakan bahawa barang pengganti sebagai produk yang menawarkan pilihan. Dengan adanya barang pengganti maka para pelanggan akan dapat membuat pilihan dalam pembeliannya. Pelanggan akan bertukar daripada produk atau perkhidmatan yang biasa

digunakan kepada produk lain sekiranya mereka merasakan bahawa pembelian produk baru dapat memberikan faedah atau kepuasan yang lebih tinggi. Arthur A. Thompson dan A. J. Strickland III (2001)menyenaraikan bahawa kekuatan persaingan dari barang pengganti bergantung kepada tiga faktor. Faktor yang berkenaan adalah sama ada ia menarik atau tidak, sama ada pelanggan melihat barang tersebut sebagai dapat memenuhi keperluan kualiti atau nilai lain dan sama ada pelanggan boleh bertukar kepada barangan tersebut dengan mudah. Persaingan di antara barangan pengganti dengan barangan dominan akan menyebabkan perubahan dalam kualiti, prestasi dan harga produk lebih memuaskan. Ini secara langsung akan

memberikan faedah kepada pelanggan dalam pembelian produk. Micheal E. Porter (1979) juga telah meletakkan barangan pengganti sebagai salah satu daripada elemen yang perlu dikaji oleh sesebuah organisasi untuk mendapatkan kelebihan persaingan. Ini kerana barangan pengganti merupakan produk yang boleh menggugat penguasaan pasaran. Semakin banyak barangan pengganti maka semakin tinggi tekanan persaingan yang dihadapi oleh firma.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENGENALAN Kajian yang dijalankan akan menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai dengan penyelidikan yang dilakukan. Kaedah yang digunakan adalah amat penting kerana ia akan menentukan perjalanan dan kelancaran kajian yang dilakukan. Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan dalam membuat penyelidikan. Kajian yang dilakukan di sini adalah mengkaji tentang faktor-faktor yang mempengaruhi atau yang menggalakkan permintaan dan penggunaan telefon talian tetap. Kajian ini

menyumbang kepada faktor harga, faktor perkhidmatan dan faktor liputan perkhidmatan yang ditawarkan. Analisis terhadap permintaan akan terbahagi kepada dua bahagian iaitu dengan menggunakan cara kuantitatif dan juga cara kualitatif. Cara kuatitatif digunakan untuk mengukur dan mengenalpasti faktor-faktor utama yang mempengaruhi permintaan telefon talian tetap. Ia juga digunakan untuk melihat hubungan antara satu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain. Cara kualitatif pula digunakan untuk melihat perbandingan antara ciri-ciri demografi yang terlibat. Ia juga akan digunakan untuk membuat perbandingan di antara pendapat responden yang terlibat di dalam kajian ini. Dengan ini maka dapat dilihat perbezaan yang terdapat pada perkara-perkara yang berkenaan.

3.1 Pengumpulan Data Di dalam kajian yang dilakukan ini ia menggunakan dua kaedah iaitu kaedah pengumpulan data primer dan kaedah pengumpulan sekunder. pengumpulan data-data ini dilakukan untuk memperolehi maklumat yang membolehkan pengkaji mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi

permintaan terhadap telefon talian tetap kediaman.

3.1.1 Pengumpulan data primer Pengumpulan data primer yang digunakan untuk kajian ini ialah dengan menggunakan kaedah borang kaji selidik. Tujuan borang kaji selidik ini digunakan adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan dan permintaan telefon talian tetap. Namun untuk mendapatkan maklumat yang lengkap adalah tidak terjamin kerana agak sukar. Gujarati (1995) pernah mengatakan bahawa

penyelidik boleh dikatakan sebagai bernasib baik sekiranya mendapat respon daripada responden sebanyak 40% untuk borang soal selidik yang diedarkannya. Perkara ini berlaku kerana bagi kaedah soal selidik ia sememangnya akan menghadapi masalah

responden yang tidak akan memberikan respon atau kerjasama seperti mana yang diharapkan oleh pengkaji. Soalan yang dikemukakan adalah mudah dan senang untuk difahami oleh setiap responden. Ini bertujuan untuk memudahkan responden menjawab soalan dengan tepat seperti yang dikehendaki oleh penyelidik. Borang soal selidik ini diedar dibeberapa tempat yang berlainan seperti di taman-taman atau kawasan perumahan yang terdapat di sekitar kawasan Kuching. Selain itu juga ia akan diedarkan di beberapa pejabat kerajaan dengan bantuan orang yang dikenali oleh penyelidik. Borang soal selidik yang digunakan di dalam kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu: a. Latar belakang responden b. Maklumat penggunaan telefon rumah c. Faktor-faktor yang mempengaruhi langganan telefon rumah berbanding selular.

3.1.2 Pengumpulan data sekunder Pengumpulan data sekunder pula akan diperolehi daripada pembacaan yang dilakukan terhadap bahan-bahan bercetak. Antara bahan bercetak yang digunakan ialah jurnal-jurnal, majalah-majalah yang berkaitan, suratkhabar dan buku-buku

rujukan yang menyentuh tentang perkara yang berkaitan dengan

kajian yang dilakukan oleh pengkaji.

Gujarati (1995) ada

menyatakan bahawa walaupun terdapat data yang boleh diperolehi untuk menjalankan kajian ekonomi namun ia selalunya tidak begitu baik seperti yang diharapkan. Ini kerana ekonomi

merupakan salah satu cabang sains sosial maka kemungkinan terdapatnya data yang tidak tepat adalah tinggi (Gujarati,1995).

3.2 Penganalisaan Data Data yang diperolehi dianalisa menggunakan perisian Statistical Package for Social Science 10.0 For Windows (SPSS). Kaedah SPSS ini digunakan untuk mendapatkan keputusan-keputusan ujian yang dilakukan terhadap langganan telefon talian tetap. Keutamaan penggunaan kaedah ini adalah untuk menguji maklumat yang diperolehi daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada responden. Dengan menggunakan kaedah ini maka

hubungan dan kesignifikan faktor-faktor akan dapat dilihat.

3.2.1 Analisa Deskripif

3.2.1.1 Pengukuran Kekerapan S.W Chin (1996) mengatakan bahawa pengukuran dibuat bagi menyusun semua data dan dikumpulkan di dalam kelas-kelas yang tertentu. Pengukuran ini dibuat kerana ia akan menunjukkan jumlah responden yang menanda jawapan bagi soalan yang telah

diberikan. Hasil daripada pengukuran yang dilakukan ini akan dipersembahkan dalam bentuk peratusan. Jadual dan graf juga akan digunakan untuk menerangkan secara ringkas tentang data-data yang diperolehi. Graf yang

digunakan adalah seperti graf bar dan carta pai. Carta dan graf ini akan menunjukkan keputusan tentang ciri-ciri demografi yang diperolehi.

3.2.1.2 Analisa Faktor Analisa faktor yang dibuat di dalam kajian ini

membolehkan pengkaji mengenalpasti faktor-faktor yang benarbenar relevan atau logik terhadap kajian yang dijalankan. Dengan itu, pengkaji dapat mengetahui keputusan kajian yang sebenar berdasarkan maklum balas responden. Melalui analisa ini, terdapat beberapa jadual yang perlu dianalisa yang menerangkan dengan lebih jelas lagi keputusan kajian. Antara jadual keputusan berdasarkan analisa ini ialah

Kaiser-Meyer-Olkin (KMO), Communalities, Total Variance Explained dan Rotated Component Matrix. Melalui jadual KMO, ianya menerangkan sejauh mana faktor tersebut tepat atau tidak dengan melihat kepada nilai KMO yang terdapat pada jadual. Bagi jadual analisa Communalities ia menerangkan faktor yang terpenting berbanding faktor-faktor lain yang terdapat dalam

penganalisaan tersebut.

Jadual Total Variance Explained pula

menerangkan peratusan faktor-faktor terhadap kajian yang dijalankan. Peratusan faktor ini menunjukkan kepentingan

keseluruhan senarai faktor terhadap semua faktor yang dikaji. Berdasarkan kepada jadual Rotated Component Matrix, pengkaji juga dapat melihat dengan jelas apakah faktor yang terpenting terhadap kajian mereka. Ini kerana jadual tersebut menerangkan apakah faktor-faktor yang terpenting mengikut urutan pada jadual.

3.2.2 Analisa Statistik Inferens

3.2.2.1 Korelasi Korelasi digunakan untuk melihat hubungan di antara satu pemboleh ubah dengan pembolehubah yang lain. Korelasi adalah darjah hubungan dia antara dua atau lebih pembolehubah. Gujarati (1995) telah mengatakan bahawa, objektif utama analisa korelasi adalah untuk mengukur kekuatan perhubungan linear antara dua pembolehubah. Mohd Anuar (1988) pula mendefinisikan korelasi sebagai darjah hubungan di antara dua atau lebih pembolehubah. Di dalam kajian ini pengkaji akan menggunakan kaedah ini untuk melihat hubungan antara pendapatan, taraf pendidikan dan sektor pekerjaan dengan maklumat yang ada tentang penggunaan telefon tetap kediaman.

3.2.3 Analisa SWOT Selain menggunakan kaedah seperti yang dinyatakan sebelum ini pengkaji juga akan menggunakan analisa SWOT untuk melihat kekuatan, kelemahan, ancaman dan juga peluang yang bakal dihadapi oleh firmafirma yang menawarkan perkhidmatan talian telefon. Cara ini akan

melibatkan pengkaji untuk melihat industri telekomunikasi secara keseluruhan. Pengkaji akan melihat kekuatan dan peluang yang dimiliki oleh pihak Telekom Malaysia dalam industri ini. Pada masa yang sama pengkaji juga akan melihat kelemahan dan ancaman yang bakal dihadapi oleh firma tersebut. Kathryn M. Bartol dan David C. Martin (1998)

menyatakan adalah perlu untuk menganalisa situasi persaingan organisasi untuk mendapatkan kaedah untuk terus mendapat kelebihan dalam persaingan. Analisa SWOT merupakan alat yang penting untuk

mendapatkan kaedah tersebut. William D. Perreault dan E. Jerome McCarthy (1999) pula mendefinisikan analisa SWOT sebagai

mengenalpasti dan menyenaraikan kekuatan dan kelemahan serta peluang dan ancaman firma.

3.3 Hipotesis Kajian Hipotesis kajian yang dibuat terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi dan menyebabkan permintaan terhadap penggunaan talian tetap di rumah adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

a. Hipotesis Pertama : langganan talian tetap tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat telefon selular. b. Hipotesis Kedua : langganan talian tetap tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan harga yang ditawarkan oleh syarikat telefon selular

d. Hipotesis Ketiga : langganan talian tetap tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan liputan yang ditawarkan oleh syarikat selular.

BAB 4 KEPUTUSAN KAJIAN 4.0 PENGENALAN

Perkara yang akan dikemukakan di dalam bab ini adalah keputusan kajian. Keputusan-keputusan kajian ini meliputi latarbelakang responden, ciri-ciri demografi, maklumat penggunaan telefon tetap kediaman dan faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan telefon talian tetap berbanding dengan selular. Sebanyak 150 borang soal selidik telah diedarkan bagi tujuan penyelidikan. Namun hanya sebanyak 100 borang sahaja yang berjaya dikutip kembali oleh pengkaji Peratusan borang yang dikembalikan ialah sebanyak 83 peratus. Bagi penyelidikan sains sosial, kadar ini adalah dikira sebagai baik.

Analisa Kebolehpercayaan Data R E L I A B I L I T Y A N A L Y S I S - S C A L E (A L P H A) Reliability Coefficients N of Cases = Alpha = 100,0 N of Items = 16

,6559

Berdasarkan kepada analisa kebolehpercayaan ( Reliability Analysis), kajian mendapati bahawa data yang diperolehi adalah relevan dan boleh dipercayai. Analisa ini membuktikan bahawa kajian yang dijalankan mempunyai tahap kebolehpercayaan

terhadap data adalah sebanyak 0.65 atau 65 %. Analisa kebolehpercayaan data yang melebihi 0.6 adalah tinggi, relevan dan ianya boleh dipercayai, ( Abu dan Tasir, 2001).

4.1 Latar Belakang Reponden. Latar belakang responden yang dikaji di sini adalah merangkumi taraf pendidikan, sektor pekerjaan, pendapatan, jantina dan taraf perkahwinan.

Jadual 1: Latar belakang responden

Latar belakang
Sek. Rendah SRP/PMR SPM Dip/STPM Ijazah Lain-lain Jumlah Kerajaan Swasta Sendiri Jumlah Bawah RM1000 RM1000-2000 RM2000-4000 Total Lelaki Perempuan Jumlah Bujang Berkahwin Duda Janda Jumlah

Kekerapan
6 14 37 27 12 4 100 46 46 8 100 25 65 10 100 56 44 100 27 68 3 2 100

Peratusan
6.0 14.0 37.0 27.0 12.0 4.0 100.0 46.0 46.0 8.0 100.0 25.0 65.0 10.0 100.0 56.0 44.0 100.0 27.0 68.0 3.0 2.0 100.0

Taraf pendidikan

Sektor pekerjaan Pendapatan

Jantina

Taraf perkahwinan

Berdasarkan kepada Jadual 1, beberapa graf dibentuk untuk menerangkan ia secara ringkas berkenaan dengan latar belakang responden yang dikaji. Rajah 1
Taraf pendidikan 40 35 30 Peratusan 25 20 15 10 5 0 Sek. rendah SRP/PMR SPM Dip/STPM Taraf Ijazah Lain-lain 6 14 12 4 27 37

Rajah 1 di atas menunjukkan taraf pendidikan secara keseluruhan bagi respondenresponden yang terlibat di dalam penyelidikan ini. Terdapat enam kategori taraf Bilangan

pendidikan yang terdapat di sini. Yang pertama ialah sekolah rendah.

responden yang mendapat pendidikan sehingga tahap sekolah rendah sahaja ialah sebanyak 6% ataupun seramai 6 orang. Bagi reponden yang mendapat taraf pendidikan sehingga ke tahap Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula ialah sebanyak 14% atau seramai 14 orang. Reponden yang mendapat pendidikan sehingga ke tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula ialah sebanyak 37% atau seramai

37 orang. Kategori pendidikan ini juga merupakan jumlah yang terbesar bagi bahagian taraf pendidikan. Untuk taraf pendidikan diploma dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pula adalah sebanyak 27% atau seramai 27 orang. Seramai 12 orang atau sebanyak 12% responden mendapat pendidikan sehingga ke tahap ijazah. Selebihnya iaitu sebanyak 4% atau 4 orang mendapat pendidikan selain yang dinyatakan di atas.

Rajah 2

Sektor Pekerjaan Sendiri (8%)

Kerajaan (46%) Swasta (46%)

Rajah 2 menunjukkan sektor pekerjaan reponden yang terlibat. Sebanyak 46% atau 46 orang daripada jumlah reponden bekerja di sektor kerajaan. Bagi penglibatan reponden di sektor swasta, ia juga mempunyai kadar peratusan yang sama dengan sektor kerajaan iaitu sebanyak 46% atau seramai 46 orang. Bagi responden yang bekerja sendiri pula peratusan responden yang terlibat adalah sebanyak 8% sahaja atau seramai 8 orang.

Rajah 3

Pendapatan

RM2000-4000 (10%)

Bawah RM1000 (25%)

RM1000-2000 (65%)

Rajah 3 menunjukkan jumlah pendapatan bagi responden. Di sini kita dapat melihat bahawa julat pendapatan dari RM1000 hingga RM2000 merupakan jumlah peratusan yang paling tinggi di antara kesemuanya. Jumlah responden yang mempunyai pendapatan pada julat RM1000 hingga RM2000 adalah sebanyak 65% atau seramai 65 orang. Jumlah responden yang mempunyai pendapatan di bawah RM1000 adalah

sebanyak 25%. Baki 10% pula adalah bagi responden yang mempunyai pendapatan dari RM2000 hingga ke RM4000.

Rajah 4

Jantina

Perempuan (44%)

Lelaki (56%)

Rajah 4 di atas menunjukkan jantina responden yang terlibat di dalam kajian ini. Seramai 56 orang atau 56% responden lelaki yang terlibat. Manakala selebihnya iaitu sebanyak 44% atau 44 orang merupakan responden perempuan.

Rajah 5

Taraf perkahwinan

Janda Duda (2%) (3%)

Bujang (27%)

Berkahwin (68%)

Pada Rajah 5 di atas, kita dapat melihat taraf perkahwinan bagi responden yang terlibat. Jumlah responden yang paling banyak peratusannya ialah datangnya dari

golongan yang telah berkahwin. Peratusan bagi golongan ini adalah sebanyak 68% atau seramai 68 orang. Bagi golongan kedua terbesar ialah datang dari kategori bujang. Peratusan bagi golongan bujang ialah sebanyak 27% atau seramai 27 orang. Bagi

golongan duda dan janda pula ia masing-masing mempunyai peratusan sebanyak 3% dan 2%.

4.2 Maklumat Penggunaan Telefon Tetap Kediaman Maklumat penggunaan telefon merangkumi jangka masa penggunaan telefon kediaman, jumlah talian yang digunakan pada masa sekarang, purata bil bulanan dan berapa kali mereka telah membuat pemasangan semula.

Jadual 2: Maklumat Penggunaan Telefon Tetap Kediaman

Latar belakang

Jangka masa

menggunakan telefon kediaman Jumlah talian

Purata bil

Pemasangan semula

< setahun 1-5 5-10 >10 Jumlah 1 2 Total <100 100-200 200-300 Jumlah 1 kali 2 kali 3 kali 4 kali /lebih Belum pernah Jumlah

Kekerapan

11 17 26 46 100 88 12 100 50 46 4 100 30 25 12 2 31 100

Peratusan

11.0 17.0 26.0 46.0 100.0 88.0 12.0 100.0 50.0 46.0 4.0 100.0 30.0 25.0 12.0 2.0 31.0 100.0

Berdasarkan kepada Jadual 2, beberapa graf dibentuk untuk menerangkan ia secara ringkas berkenaan dengan latar belakang responden yang dikaji.

Rajah 6

Jangka masa menggunakan telefon kediaman kurang dari setahun (11%)

lebih dari 10 tahun (46%)

1 hingga 5 tahun (17%)

5 hingga 10 tahun (26%)

Pada Rajah 6 di atas dapat dilihat bahawa kebanyakkan responden telah melanggan talian tetap milik Telekom lebih dari 10 tahun. Sebanyak 46% dari jumlah keseluruhan responden telah menggunakan talian tetap Telekom lebih dari 10 tahun. Bagi jumlah peratusan responden yang telah menggunakannya selama 5 hingga 10 tahun ialah sebanyak 26%. 17% pula adalah bagi responden yang telah menggunakan talian tersebut dalam tempoh 1 hingga ke 5 tahun. Bagi kumpulan responden yang

menggunakan talian tersebut kurang dari 1 tahun pula ialah sebanyak 11%.

Rajah 7

Juml

t li

2 t li ( 2%)

t li ( %)

Rajah 7 menunjukkan jumlah talian yang digunakan oleh responden pada masa sekarang. Sebanyak 88% atau seramai 88 orang daripada jumlah keseluruhan responden hanya menggunakan satu talian sahaja di rumah mereka. Peratusan ini merupakan

jumlah yang jauh lebih tinggi berbanding dengan jumlah responden yang menggunakan dua talian di rumah mereka. Peratusan responden yang menggunakan dua talian di rumah mereka adalah sebanyak 12% atau seramai 12 orang sahaja.

Rajah 8
Purata bil sebulan

RM200-RM300 (4%)

RM100-RM200 (46%)

kurang dari RM100 (50%)

Rajah 8 di atas menunjukkan purata bil yang dibayar dalam setiap bulan oleh responden bagi penggunaan talian tetap. Peratusan yang paling tinggi ialah purata bil kurang dari RM100 sebulan. 50% daripada jumlah responden yang terlibat di dalam kajian ini membayar bil bulanan dalam purata kurang dari RM100. 46% lagi mempunyai purata bil bulanan sebanyak RM100 hingga ke RM200. Baki sebanyak 4% lagi adalah dari golongan responden yang mempunyai purata bil bulanan sebanyak RM200 hingga ke RM300.

Rajah 9
Pemasangan semula

Belum pernah (31%)

1 kali (30%)

4 kali /lebih (2%) 3 kali (12%)

2 kali (25%)

Rajah 9 di atas menunjukkan berapa kali pemasangan semula dilakukan oleh reponden yang terlibat dalam kajian ini. Jumlah peratusan yang telah pernah membuat pemasangan semula sebanyak sekali adalah sebanyak 30%. Bagi yang pernah membuat pemasangan sebanyak dua kali pula ialah sebanyak 25%. 12% pula adalah peratusan bagi responden yang telah membuat pemasangan sebanyak 3 kali. Bagi jumlah peratusan responden yang pernah membuat pemasangan sebanyak 4 kali adalah sebanyak 2%. Ia juga merupakan jumlah peratusan yang paling rendah. Peratusan yang tertinggi ialah bagi responden yang tidak pernah membuat pemasangan semula semenjak awal penggunaan telefon talian tetap kediaman.

Jadual 3. Jangka masa menggunakan telefon kediaman Pearson Correlation Pendapatan Sig. (2-tailed) N .091 100 .338 100 .031 100 .608 100 .170 .097 .216* .052 Jumlah talian Purata bil Pemasangan semula

* Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).

Ujian korelasi yang dilakukan terhadap perhubungan antara pendapatan dengan jangka masa menggunakan telefon kediaman, jumlah talian, purata bil dan pemasangan semula menunjukkan hanya purata bil bulanan yang mempunyai perkaitan dengan jumlah pendapatan. Aspek seperti jangka masa penggunaan telefon, jumlah talian yang

dilanggan dan jumlah pemasangan semula tidak berkaitan dengan pendapatan.

Jadual 4. Jangka masa Jumlah talian menggunakan telefon kediaman Pearson Correlation Sektor pekerjaan Sig. (2-tailed) N .000 100 .083 100 .895 100 .209 100 -.360** .174 -.013 .127 Purata bil Pemasangan baru/semula

** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Ujian korelasi yang dilakukan terhadap perhubungan antara sektor pekerjaan dengan jangka masa menggunakan telefon kediaman, jumlah talian, purata bil dan pemasangan semula menunjukkan jangka masa menggunakan telefon kediaman berkaitan dengan sektor pekerjaan. pekerjaan. Faktor-faktor yang lain tidak berkaitan dengan sektor

Jadual 5. Jangka masa Jumlah talian menggunakan telefon kediaman Pearson Correlation Taraf pendidikan Sig. (2-tailed) N .383 100 .232 100 .179 100 .077 100 -.088 .121 .135 .178 Purata bil Pemasangan baru/semula

Ujian korelasi yang dilakukan terhadap perhubungan antara taraf pendidikan dengan jangka masa menggunakan telefon kediaman, jumlah talian, purata bil dan pemasangan semula menunjukkan ia tidak berkaitan dengan mana-mana faktor tersebut.

4.3 Persepsi Responden Terhadap Permintaan Telefon Rumah Berbanding Selular Di Bandaraya Kuching.

4.3.1 Faktor Perkhidmatan Jadual 6. Peratusan Persepsi Responden (%) Faktor Perkhidmatan 1 Pembayaran mudah Layanan baik Penghantaran bil Bil bertepatan Mudah berurusan Selular ± jika perkhidmatan lebih baik 0 1.0 3.0 40.0 56.0 4.51 1.0 9.0 19.0 64.0 7.0 3.67 1.0 9.0 29.0 58.0 3.0 3.53 2.0 1.0 20.0 11.0 36.0 42.0 38.0 39.0 4.0 7.0 3.22 3.40 2.0 2 5.0 Sangat Tidak Setuju Tidak Pasti 3 15.0 4 52.0 5 26.0 3.95 Sangat Setuju Min

Jumlah Min

3.71

Jadual di atas merupakan ringkasan keputusan persepsi responden terhadap faktor perkhidmatan yang mempengaruhi mereka memilih telefon rumah berbanding selular. Di dalam faktor perkhidmatan ianya meliputi pembayaran mudah bil Telekom berbanding selular, layanan yang baik oleh Telekom berbanding firma selular, penghantaran bil yang bertepatan, bil yang dihantar bertepatan dengan jumlah panggilan, mudah berurusan dengan Telekom dan

pemilihan selular jika perkhidmatan selular lebih baik berbanding Telekom. Dapatan kajian di atas menunjukkan bahawa keseluruhan responden bersetuju bahawa faktor perkhidmatan mempengaruhi mereka memilih telefon rumah berbanding selular. Hal ini di buktikan dengan jumlah nilai min

keseluruhan faktor perkhidmatan dengan nilai 3.71. Oleh yang demikian, kajian dapat menyimpulkan bahawa faktor perkhidmatan adalah mempengaruhi responden di dalam pemilihan telefon rumah. Dengan ini hipotesis nol tidak dapat diterima. Pemilihan dan langganan telefon talian tetap adalah berkaitan dengan faktor perkhidmatan yang ditawarkan oleh firma selular. Keputusan: Tolak H Nul (Ho) yang pertama yang mengatakan bahawa langganan talian tetap tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan

perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat telefon selular

4.3.2 Faktor Harga Jadual 7. Peratusan Persepsi Responden (%) Faktor Harga Sangat Tidak Setuju Tidak Pasti Sangat Setuju Min

1 Sewa Caj Pendaftaran Harga Set Selular-jika harga lebih baik Jumlah Min 0 0 5.0 1.0 0

2 7.0 2.0 19.0 3.0 0

3 16.0 8.0 25.0 8.0 1.0

4 45.0 52.0 46.0 73.0 43.0

5 32.0 38.0 5.0 15.0 56.0 4.02 4.26 3.27 3.98 4.55

4.02

Melalui jadual faktor harga di atas, ianya menerangkan ringkasan persepsi responden terhadap faktor harga yang mempengaruhi responden memilih telefon rumah berbanding selular yang merangkumi kadar sewa telefon rumah adalah rendah, kadar caj panggilan yang murah, caj pendaftaran yang rendah, harga set

telefon rumah adalah murah, dan pemilihan selular sekiranya harganya lebih rendah berbanding telefon rumah. Melalui faktor harga ini, kajian mendapati bahawa nilai min keseluruhan faktor adalah 4.02. Berdasarkan kepada nilai min ini kajian dapat disimpulkan bahawa responden-responden adalah bersetuju dengan faktor harga mempengaruhi mereka memilih telefon rumah berbanding selular. Dengan ini hipotesis nol tidak dapat diterima. Pemilihan dan langganan telefon talian tetap adalah berkaitan dengan faktor harga yang ditawarkan oleh firma selular Keputusan: Tolak H Nul (Ho) yang kedua yang mengatakan bahawa langganan talian tetap tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan harga yang ditawarkan oleh syarikat telefon selular

4.3.3 Faktor Liputan Jadual 8. Faktor Liputan Sangat Tidak Setuju Luas Lebih Jelas Tiada Gangguan Sambungan Talian Selular-jika liputan lebih baik Jumlah Min 3.95 0 0 2.0 41.0 57.0 4.55 0 3.0 35.0 54.0 8.0 3.67 1.0 0 1.0 1.0 7.0 18.0 8.0 11.0 27.0 52.0 58.0 51.0 38.0 24.0 3.0 4.25 3.99 3.37 Peratusan Persepsi Responden (%) Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju Min

Faktor liputan yang diterangkan oleh jadual di atas merupakan ringkasan terhadap persepsi responden mengenai faktor ini. Faktor liputan yang tersenarai di atas merangkumi faktor liputan telefon tetap lebih luas berbanding selular,

liputan yang lebih jelas oleh telefon tetap, tiada gangguan, penyambungan ke talian lain yang sangat baik dan pemilihan selular jika liputan selular lebih baik berbanding telefon tetap. Secara keseluruhannya, responden memberikan reaksi yang baik dan setuju terhadap faktor liputan mempengaruhi mereka memilih telefon rumah. Hal ini dibuktikan melalui nilai min keseluruhan faktor tersebut yang mempunyai nilai sebanyak 3.95. Dengan ini hipotesis nol tidak dapat

diterima. Pemilihan dan langganan telefon talian tetap adalah berkaitan dengan faktor liputan yang ditawarkan oleh firma selular

Keputusan: Tolak H Nul (Ho) yang ketiga yang mengatakan bahawa langganan talian tetap tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan liputan yang ditawarkan oleh syarikat telefon selular

4.4 Analisa Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Permintaan Telefon Rumah Berbanding Selular

4.4.1 Analisa Faktor Perkhidmatan Jadual 9. Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy. ,668

Approx. Chi-Square Bartlett's Test of Sphericity df Sig.

77,316 15 ,000

KMO and Bartlett's Test Melalui jadual di atas, ianya membuktikan bahawa faktor tersebut adalah tepat kerana melebihi 0.5 yang diambilkira berdasarkan kepada nilai KMO. Nilai 0.668 menunjukkan bahawa faktor tersebut adalah tepat dan relevan. Justeru itu, analisa Kaiser-Meyer-Olkin ini mengukuhkan lagi dapatan kajian bahawa faktor perkhidmatan mempengaruhi pemilihan responden terhadap talian tetap kediaman atau telefon rumah.

Jadual 10.

Communalities
Initial Pembayaran mudah Layanan baik Penghantaran bil Bil bertepatan Mudah berurusan Selular - jika perkhidmatan lebih baik Extraction Method: Principal Component Analysis. 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000 Extraction ,254 ,438 ,703 ,550 ,404 ,879

Melalui jadual di atas keputusan kajian mendapati bahawa faktor perkhidmatan mempengaruhi pemilihan responden terhadap pemilihan telefon rumah. Melalui penilaian pada jadual ini juga, kajian mendapati nilai Extraction yang tertinggi ialah faktor selular- perkhidmatan iaitu pengguna akan beralih kepada selular sekiranya perkhidmatannya lebih baik berbanding talian tetap. Jadi, ianya merupakan faktor terpenting berdasarkan kepada analisa ini. Faktor kedua terpenting ialah faktor penghantaran bil yang terbaik oleh Telekom berbanding selular dengan nilai Extraction sebanyak 0.703. Selepas itu, diikuti oleh faktor bil yang dihantar adalah bertepatan dengan jumlah panggilan.

Jadual 11. Total Variance Explained Initial Eigenvalues

% of Component 1 2 3 4 5 6 Total 2,165 1,064 ,882 ,858 ,610 ,421 Variance 36,091 17,727 14,696 14,303 10,167 7,016

Extraction Method: Principal Component Analysis.

Jadual di atas menunjukkan peratusan terhadap tiga faktor yang terpenting. Sebanyak 68.5 % faktor perkhidmatan ini yang menerangkan terhadap kajian ini. Manakala selebihnya iaitu sebanyak 31.49 % adalah diterangkan oleh faktor lain di luar kajian ini. Nilai peratusan tersebut adalah baik dan menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan faktor perkhidmatan dengan pemilihan responden kepada talian tetap.

Jadual 12. Rotated Component Matrix Component

1 Pembayaran mudah Layanan baik Penghantaran bil Bil bertepatan Mudah berurusan Selular ± jika perkhidmatan lebih baik ,649 ,836 ,716 ,584

2

,938

Extraction Method: Principal Component Analysis. Rotation Method: Varimax with Kaiser Normalization. a Rotation converged in 3 iterations.

Jadual di atas menerangkan bahawa penghantaran bil, bil bertepatan dan layanan baik merupakan faktor terpenting. Sementara itu, faktor kedua terpenting ialah selular-perkhidmatan. Ini dibuktikan di dalam jadual Rotated Component Matrix di atas. Penganalisaan dibuat adalah melihat kepada nilai tertinggi bagi setiap komponen yang menunjukkan terbaik setelah diuji melalui analisa faktor ini.

4.4.2 Analisa Faktor Harga Jadual 13. Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy. Approx. Chi-Square Bartlett's Test of Sphericity df Sig. 74,883 10 ,000 ,624

KMO and Bartlett's Test Di dalam menganalisa faktor harga ini, kajian mendapati bahawa faktor yang dikaji adalah tepat dan boleh diterima. Hal ini dibuktikan melalui keputusan ujian KMO di atas yang mempunyai nilai sebanyak 0.624. Nilai ini jelas

membuktikan bahawa faktor harga ini mempunyai hubungan terhadap pemilihan responden kepada telefon rumah berbanding selular.

Jadual 14. Communalities Initial Sewa Caj Pendaftaran Harga set Selular ±jika harga lebih baik Extraction Method: Principal Component Analysis. 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000 Extraction ,662 ,728 ,645 ,688 ,466

Secara keseluruhannya kajian dapat mengetahui urutan kepentingan faktor harga berdasarkan kepada ujian Communalities di atas. Keputusan berdasarkan kepada jadual di atas menerangkan bahawa faktor caj panggilan telefon rumah yang rendah merupakan faktor terpenting, selepas itu harga set telefon rumah yang murah juga merupakan faktor kedua terpenting. Faktor ketiga terpanting di dalam faktor harga ini ialah kadar sewa telefon rumah yang lebih rendah berbanding selular. Justeru itu, kajian mendapati bahawa faktor harga ini

mempengaruhi responden dalam pemilihan telefon rumah.

Jadual 15. Total Variance Explained Initial Eigenvalues

Component

Total

% of Variance

1 2 3 4 5

1,984 1,206 ,848 ,551 ,412

39,671 24,113 16,958 11,017 8,241

Extraction Method: Principal Component Analysis.

Melalui analisa sebanyakmanakah faktor harga ini menerangkan terhadap kajian yang dijalankan ini, keputusan kajian mendapati bahawa sebanyak 80.74 % faktor harga ini menerangkan terhadap kajian. Selebihnya iaitu sebanyak 19.26 % adalah faktor yang di luar kajian yang tidak dimasukkan dalam kajian ini. Peratusan ini juga menunjukkan bahawa faktor harga ini mempunyai hubungan terhadap pemilihan responden kepada talian tetap atau telefon rumah.

Jadual 16. Rotated Component Matrix Component

1 Sewa Caj Pendaftaran Harga set Selular ± jika harga lebih baik ,797 ,757 ,845

2

-,803

,676

Extraction Method: Principal Component Analysis. Rotation Method: Varimax with Kaiser Normalization. a Rotation converged in 3 iterations.

Melalui keputusan analisa di atas, faktor terpenting yang mempengaruhi responden memilih telefon rumah adalah caj pendaftaran, harga set dan kadar sewa yang murah berbanding selular. Berdasarkan kepada keputusan tersebut juga, kajian mendapati faktor kedua terpenting ialah pemilihan kepada selular sekiranya faktor harga telefon rumah lebih tinggi berbanding selular. Justeru itu, keputusan tersebut jelas menunjukkan bahawa faktor harga ini adalah mempengaruhi pengguna dalam memilih telefon rumah.

4.4.3 Analisa Faktor Liputan Jadual 17. Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy. Bartlett's Test of Sphericity Approx. Chi-Square df Sig. 51,280 10 ,000 ,561

KMO and Bartlett's Test

Analisa faktor yang seterusnya ialah analisa faktor liputan. Melalui ujian KMO di atas, nilai 0.561 menunjukkan bahawa faktor liputan ini mempunyai hubungan terhadap pemilihan responden kepada telefon rumah berbanding selular. Nilai tersebut juga membuktikan bahawa faktor liputan ini adalah tepat dan relevan.

Jadual 18. Communalities Initial Luas Lebih jelas Tiada gangguan Sambungan talian Selular ± jika liputan lebih baik Extraction Method: Principal Component Analysis. 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000 Extraction ,646 ,511 ,665 ,688 ,548

Berdasarkan kepada ujian, kajian mendapati bahawa di dalam faktor liputan ini faktor sambungan talian yang baik oleh telefon rumah merupakan faktor terpenting. Faktor kedua terpenting ialah faktor tiada gangguan dan diikuti oleh faktor liputan telefon rumah yang luas berbanding selular. Oleh itu, kajian menyimpulkan bahawa faktor liputan yang baik di dalam penggunaan telefon rumah merupakan faktor yang mempengaruhi responden memilih telefon rumah.

Jadual 19. Total Variance Explained Initial Eigenvalues

Component 1 2 3 4 5

Total 1,721 1,337 ,818 ,622 ,502

% of Variance 34,417 26,737 16,366 12,442 10,038

Extraction Method: Principal Component Analysis.

Ujian penerangan keseluruhan pembolehubah di atas menerangkan sebanyak manakah faktor liputan ini menerangkan terhadap keseluruhan kajian. Keseluruhannya, kajian mendapati bahawa sebanyak 77.52 % faktor liputan ini mempengaruhi atau menerangkan terhadap kajian ini. Sebanyak 22.48 %

merupakan faktor-faktor yang di luar kajian ini atau tidak dikaji. Peratusan ini juga membuktikan bahawa terdapatnya hubungan antara faktor liputan dengan pemilihan telefon rumah berbanding selular.

Jadual 20. Rotated Component Matrix Component

1 Luas Lebih jelas Tiada gangguan Sambungan talian Selular ± jika liputan lebih baik Extraction Method: Principal Component Analysis. Kaiser Normalization. a Rotation converged in 3 iterations. ,795 ,792

2 ,793 ,558

,649 Rotation Method: Varimax with

Melalui ujian Rotated Component Matrix di atas, kajian mendapati bahawa faktor liputan ini iaitu tiada gangguan dan sambungan talian yang baik ke atas penggunaan telefon rumah merupakan faktor terpenting yang mempengaruhi responden memilih telefon rumah berbanding selular. Faktor kedua terpenting ialah liputan talian yang luas, pemilihan selular sekiranya mempunyai liputan yang lebih baik berbanding telefon rumah dan liputan jelas telefon rumah. Oleh itu, kajian dapat mengetahui bahawa faktor liputan ini mempengaruhi dan

mempunyai hubungan terhadap pemilihan telefon rumah responden berbanding selular.

4.5 Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman Yang Dihadapi Oleh Telekom Berikut merupakan kekuatan, kelemahan, peluang dan juga ancaman yang dihadapi bagi pihak Telekom mengikut pandangan penyelidik setelah meneliti borang soal selidik. Pengetahuan ini juga diperolehi melalui pembacaan.

4.5.1 Kekuatan (Strenght, S) Kekuatan yang paling utama dimiliki oleh Telekom adalah ia merupakan pembekal tunggal perkhidmatan telefon tetap kediaman yang ada di Malaysia. Selain itu kekuatan lain yang dimiliki oleh Telekom berbanding dengan firma selular ialah saiz organisasinya, liputan paling meluas dan harga perkhidmatan yang rendah.

4.5.2 Kelemahan (Weakness, W)
Kelemahan yang boleh penyelidik nampak pada pihak Telekom ialah ia tidak mampu untuk memenuhi keperluan serta kehendak pelanggan, proses pemohonan yang terlalu lama dan terdapat kelemahan pada set yang digunakan.

4.5.3 Peluang (Opportunity, S) Peluang-peluang yang ada pula ialah masih terdapat banyak kawasan yang belum mendapat perkhidmatan talian telefon dan penggunaan internet yang semakin meluas.

4.5.4 Ancaman (Threat, T) Berikut pula merupakan ancaman yang dihadapi oleh Telekom. Ancaman tersebut ialah kehilangan pelanggan kepada firma selular.

BAB 5 PERBINCANGAN KAJIAN

5.0 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai keputusan kajian yang telah dilakukan dan diperolehi pada Bab 4. Perbincangan kajian ini akan

merangkumi keputusan kajian dengan sokongan daripada fakta-fakta kajian-kajian yang lepas.

5.1

Latar Belakang Responden Latar belakang responden yang dikaji di sini adalah merangkumi taraf pendidikan, sektor pekerjaan, pendapatan, jantina dan taraf perkahwinan.

5.1.1 Taraf Pendidikan Keputusan kajian yang telah diambil adalah hasil dari penilaian borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden. Terdapat 100 borang soal selidik yang telah berjaya dikutip balik oleh penyelidik. Antara taraf pendidikan yang telah diterima oleh responden-responden adalah seperti pendidikan sekolah rendah, pendidikan menengah rendah iaitu SRP (Sijil Rendah Pelajaran) atau PMR (Penilaian Menengah Rendah), pendidikan menengah atas iaitu SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), peringkat diploma atau STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) dan

peringkat ijazah. Ada juga di antara responden yang telah mendapat taraf pendidikan yang lain selain yang dinyatakan seperti di atas. Terdapat sebanyak 6% daripada jumlah responden mendapat pendidikan sehingga peringkat sekolah rendah. Bagi pendidikan peringkat menengah rendah pula adalah sebanyak 14%. Untuk peringkat pendidikan sekolah menengah atas pula ialah sebanyak 37%. Taraf pendidikan pada peringkat ini merupakan golongan responden yang paling ramai terlibat di dalam kajian yang dilakukan. Manakala golongan responden yang

memiliki taraf pendidikan peringkat diploma atau STPM merupakan peratusan yang kedua tertinggi iaitu dengan 27% dari jumlah keseluruhan. Bagi pemegang ijazah peratusan responden yang terlibat di dalam kajian ini adalah sebanyak 12%. Baki peratusan bagi responden yang lain pula mendapat pendidikan atau taraf pendidikan yang lain selain yang telah dinyatakan di atas. Hasil daripada penilaian yang dilakukan terhadap borang soal selidik taraf pendidikan seseorang tidak memberi kesan kepada langganan talian telefon. Ini kerana perkhidmatan telefon sekarang telah dapat dikatakan sebagai salah satu daripada keperluan masyarakat. Kesedaran tentang keperluan perhubungan dalam kehidupan adalah amat tinggi di kalangan masyarakat kita. Ujian korelasi yang dilakukan juga dapat menunjukkan bahawa ia tidak berkaitan jangka masa menggunakan telefon kediaman, jumlah talian, purata bil dan pemasangan semula telefon.

5.1.2 Sektor Pekerjaan Di dalam kajian ini jumlah responden yang bekerja dengan sektor kerajaan dan yang bekerja dengan sektor swasta merupakan golongan yang paling banyak terlibat. Peratusan bagi responden yang bekerja di sektor kerajaan ialah sebanyak 46%. Manakala peratusan responden yang bekerja di dalam sektor swasta ialah sebanyak 46% juga. Peratusan ini adalah bersamaan dengan responden yang bekerja di dalam sektor kerajaan. Baki peratusan yang sebanyak 8% pula adalah bekerja sendiri. Dengan adanya gaji yang diterima untuk setiap bulan bagi perkhidmatan di dalam sektor kerajaan. Seseorang itu mampu untuk

melanggani perkhidmatan talian telefon. Begitu juga situasi dengan yang bekerja di sektor swasta, mereka mampu untuk melanggani talian tetap yang ditawarkan oleh pihak Telekom. Dengan pendapatan sebanyak

RM1000 hingga ke RM2000 adalah tidak menjadi masalah untuk seseorang individu untuk membayar bil. Bagi individu yang bekerja

sendiri mereka juga berkemampuan untuk melanggan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Telekom.

5.1.3 Pendapatan Golongan responden yang terbesar adalah memiliki pendapatan bulanan sebanyak RM1000 hingga ke RM2000. Peratusan bagi golongan majoriti ini adalah sebanyak 65%. Pendapatan dalam lingkungan ini

adalah mencukupi. Perbelanjaan harian untuk penduduk Kuching adalah

pada tahap sederhana.

Dengan ini maka dengan menggunakan gaji

sebanyak itu mereka mampu untuk membuat lebih banyak pembelian. Pembelian dalam kehidupan seharian adalah berkaitan dengan pendapatan atau jumlah wang yang diperolehi. S. H. Lim (1994) turut mengatakan bahawa pendapatan pengguna merupakan faktor yang paling penting dalam mempengaruhi permintaan sesuatu barangan. Ia juga boleh

dikatakan sebagai sebuah barang mesti bagi sesetengah golongan. S. H. Lim (1994) mengatakan bahawa permintaannya tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan.

5.1.4 Jantina Di dalam kajian ini jumlah responden yang paling banyak terlibat adalah datangnya dari pihak lelaki. Peratusan bagi responden lelaki

adalah sebanyak 56%. Manakala selebihnya iaitu sebanyak 44% adalah datangnya dari responden perempuan. Di dalam sesebuah institusi kekeluargaan, kaum lelaki selalu dikaitkan dan dikatakan sebagai ketua rumah. Sebagai seorang ketua

rumah, mereka akan menentukan keputusan dalam perbelanjaan dan sebagainya. Penggunaan dan langganan telefon kediaman merupakan

perbelanjaan dan berfungsi untuk memberikan keselesaan kepada keluarga mereka. Keselesaan kekeluarga merangkumi suami, isteri dan juga anakanak. Ini besesuaian dengan satu teori yang mengatakan bahawa kuasa beli pengguna atau keputusan yang dibuat adalah untuk memenuhi

keperluan pasangan mereka; bagi mereka yang telah berkahwin (Davis, 1976)

5.1.5 Taraf Perkahwinan Di dalam komponen taraf terdapat empat kategori. Kategori

tersebut ialah status bujang, berkahwin, duda dan juga janda. Penilaian yang telah dibuat menunjukkan bahawa kebanyakan responden adalah datangnya dari golongan yang telah berkahwin. Peratusan bagi golongan responden yang telah berkahwin adalah sebanyak 68%. Peratusan bagi responden yang masih berstatus bujang adalah sebanyak 27%. Baki

peratusan yang lain iaitu sebanyak 5% adalah responden yang berstatus duda dan janda. Di dalam sesebuah keluarga telefon adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf kehidupan. Ia juga bertujuan untuk memberi

keselesaan kepada keluarga tersebut untuk berhubung sesama sendiri ataupun untuk meningkatkan perhubungan dengan dunia luar. Satu teori yang mengatakan bahawa kuasa beli pengguna atau keputusan yang dibuat adalah untuk memenuhi keperluan pasangan mereka; bagi mereka yang telah berkahwin (Davis, 1976)

5.2

Maklumat Penggunaan Telefon Talian Tetap Kediaman Maklumat penggunaan telefon merangkumi jangka masa penggunaan telefon kediaman, jumlah talian yang digunakan pada masa sekarang, purata bil bulanan dan berapa kali mereka telah membuat pemasangan semula.

5.2.1 Jangka Masa Penggunaan Telefon Kebanyakan responden yang terlibat telah melanggan talian telefon talian tetap milik Telekom lebih dari sepuluh tahun. Jumlah peratusan responden yang telah melanggan talian ini lebih dari sepuluh tahun adalah sebanyak 46%. Bagi jumlah peratusan responden yang telah

menggunakannya selama 5 hingga 10 tahun ialah sebanyak 26%. 17% pula adalah bagi responden yang telah menggunakan talian tersebut dalam tempoh 1 hingga ke 5 tahun. Bagi kumpulan responden yang

menggunakan talian tersebut kurang dari setahun pula ialah sebanyak 11%. Keadaan ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden

mempunyai kesedaran yang awal tentang pentingnya penggunaan telefon dalam kehidupan. Mengikut keputusan ujian korelasi yang telah

dijalankan ia menunjukkan perkaitan dengan sektor pekerjaan.

5.2.2 Jumlah Talian Yang Digunakan Bagi jumlah talian yang digunakan kebanyakan responden hanya menggunakan satu talian sahaja. Peratusan responden yang menggunakan satu talian sahaja di kediaman mereka ialah sebanyak 88%. Bagi

peratusan yang selebihnya pula menggunakan dua talian di dalam kediaman mereka. Jumlah peratusan yang tinggi untuk penggunaan satu sahaja talian telefon menunjukkan jumlah langganan talian tidak berkaitan atau tidak dipengaruhi oleh taraf pendidikan yang diterima oleh responden. Selain itu ia juga tidak dipengaruhi oleh jumlah pendapatan seseorang. Ini dapat dibuktikan dengan hasil ujian korelasi yang telah dijalankan.

5.2.3 Purata Bil Bulanan Purata bil bulanan yang paling banyak peratusannya ialah kurang daripada RM100. Peratusan responden yang membayar bil kurang dari RM100 sebulan adalah sebanyak 50%. 46% lagi mempunyai purata bil bulanan sebanyak RM100 hingga ke RM200. Baki sebanyak 4% lagi adalah dari golongan responden yang mempunyai purata bil bulanan sebanyak RM200 hingga ke RM300. Kadar bil sebulan adalah berkaitan dengan pendapatan responden mengikut ujian korelasi yang telah dijalankan.

5.2.4 Pemasangan Semula Bagi pemasangan semula talian, peratusan responden yang paling tinggi adalah pada kategori kelima iaitu tidak pernah membuat pemasangan semula. Peratusan bagi pemasangan sekali adalah sebanyak 30%. Bagi yang pernah membuat pemasangan sebanyak dua kali pula

ialah sebanyak 25%. 12% pula adalah peratusan bagi responden yang telah membuat pemasangan sebanyak 3 kali. Bagi jumlah peratusan

responden yang pernah membuat pemasangan sebanyak 4 kali adalah sebanyak 2%. Ia juga merupakan jumlah peratusan yang paling rendah. Peratusan yang tertinggi ialah bagi responden yang tidak pernah membuat pemasangan semula semenjak awal penggunaan telefon talian tetap kediaman. Peratusannya adalah 31%. Pemasangan semula tidak berkaitan dengan pendapatan, sektor pekerjaan dan juga taraf pendidikan.

5.3 Analisa Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Permintaan Analisa Faktor dijalankan dengan menggunakan skala Likert iaitu dari skala sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Antara faktor yang dianalisa ialah faktor perkhidmatan, faktor harga dan faktor liputan.

5.3.1 Analisa Terhadap Faktor Perkhidmatan Berdasarkan kepada analisa faktor terhadap faktor perkhidmatan, keputusan kajian mendapati nilai ujian Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) adalah 0.668 dan nilai ini menunjukkan bahawa faktor perkhidmatan ini adalah agak tepat. Malalui analisa Communalities, keputusan analisa mendapati bahawa faktor terpenting ialah pemilihan selular sekiranya perkhidmatan selular lebih baik berbanding telefon rumah. Faktor kedua terpenting ialah faktor penghantaran bil yang baik oleh Telekom. Selepas itu diikuti pula oleh analisa Total Variance

Explained. Melalui analisa ini kajian mendapati bahawa sebanyak 68.5 % faktor perkhidmatan ini menerangkan terhadap kajian ini. Analisa Rotated Component Matrix bagi faktor perkhidmatan ini mendapati bahawa faktor terpenting ialah faktor penghantaran bil, bil bertepatan dan layanan baik oleh Telekom merupakan faktor perkhidmatan yang mempengaruhi responden memilih telefon rumah. Sementara itu, faktor kedua terpenting ialah faktor pemilihan selular sekiranya perkhidmatan selular lebih baik berbanding Telekom. Menurut Kenneth E. Ebel (1991), beliau mengatakan bahawa fokus yang maksimum dan objektif setiap individu dalam sesebuah organisasi adalah mesti memuaskan kehendak pelanggan. Justeru itu, pihak Telekom dalam mencapai

pelanggan yang maksimum mereka akan menggunakan strategi perkhidmatan. Dengan adanya perkhidmatan terbaik dari pihak Telekom ianya mampu untuk menarik pelanggan menggunakan produk mereka. Kathryn M. Bartol dan David C. Martin (1998) pula mengatakan bahawa teknologi adalah pengetahuan, peralatan, perkakasan dan teknik kerja yang digunakan oleh sesebuah organisasi dalam menyampaikan produk dan perkhidmatan mereka. Melalui penggunaan teknologi dalam sistem komunikasi, pihak Telekom mampu menyediakan perkhidmatan yang dianggap terbaik kepada pelanggan contohnya dalam pengurusan bil, pendaftaran pelanggan, pengurusan maklumat pelanggan dan urusan pembayaran bil yang mudah.

5.3.2 Analisa Terhadap Faktor Harga Nilai ujian Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) terhadap faktor harga ini ialah 0.624 yang membuktikan bahawa faktor harga adalah tepat iaitu mempengaruhi responden dalam pemilihan telefon rumah berbanding selular. Berdasarkan

kepada analisa Communalities, kajian mendapati bahawa faktor caj pendaftaran telefon rumah yang rendah merupakan faktor terpenting. Faktor harga set telefon rumah yang lebih rendah berbanding harga set selular merupakan faktor kedua terpenting yang mempengaruhi pengguna memilih telefon rumah. Sementara itu, faktor ketiga terpenting ialah faktor kadar sewa telefon rumah yang lebih rendah berbanding selular. Melalui analisa Total Variance Explained, sebanyak 80.74 % faktor harga ini menerangkan terhadap kajian yang dijalankan. Analisa Rotated Component Matrix juga membuktikan bahawa faktor caj penggilan, harga set dan kadar sewa telefon rumah yang lebih murah berbanding selular merupakan faktor terpenting. Ahmad Mahdzan (1979) telah mendefinisikan kos sebagai sebarang pengorbanan yang dibuat untuk mendapatkan sesuatu barangan yang boleh memberi utiliti atau keuntungan. Menurut beliau lagi, kuasa beli merupakan kemampuan pengguna untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Justeru itu, pengguna dalam kajian ini memilih untuk menggunakan telefon rumah disebabkan faktor kos yang di anggap lebih rendah berbanding selular. Senario ini adalah disebabkan oleh faktor pendapatan di mana pengguna cuba untuk mendapatkan kemudahan komunikasi dengan kos yang rendah tanpa

membebankan mereka.

5.3.3 Analisa Terhadap Faktor Liputan Berdasarkan kepada keputusan kajian, nilai KMO yang diperolehi ialah 0.688 yang menunjukkan bahawa faktor liputan ini adalah mempengaruhi pengguna memilih telefon rumah berbanding selular. Analisa Communalities menunjukkan bahawa faktor terpenting dalam pemilihan telefon rumah ialah penyambungan talian yang baik, tiada gangguan serta mempunyai liputan yang luas. Analisa Total Variance Explained pula membuktikan bahawa sebanyak 77.52 % faktor liputan ini menerangkan terhadap kajian yang dibuat. Ini

menunjukkan terdapatnya hubungan antara faktor liputan dengan pemilihan telefon rumah berbanding selular. Faktor tiada gangguan dan sambungan talian yang baik telefon rumah merupakan faktor terpenting berdasarkan kepada analisa Rotated Component Matrix. Faktor kedua terpenting berdasarkan kepada analisa ini ialah faktor

liputan yang luas dan jelas dalam penggunaan telefon rumah. Melalui keputusan di atas kajian mendapati bahawa pengguna memilih telefon rumah adalah disebabkan oleh faktor liputan telefon rumah yang lebih baik berbanding selular. Menurut William D. Perreault dan E. Jerome McCarthy (1999), mereka mengatakan bahawa teknologi merupakan aplikasi sains yang digunakan untuk menukar sumber-sumber ekonomi kepada output. Justeru itu, kepentingan teknologi dalam sistem komunikasi adalah dititikberatkan oleh pihak Telekom bagi menyediakan liputan terbaik kepada pelanggan. Penilaian

pelanggan terhadap liputan sistem komunikasi Telekom yang baik menyebabkan mereka memilih telefon tetap Telekom berbanding selular.

Menurut Kenneth E. Ebel (1991), beliau mendefinisikan kualiti sebagai segala bentuk dan ciri-ciri yang terdapat pada produk atau perkhidmatan yang dapat serta mampu untuk memuaskan kehendak atau keperluan pelanggan. Menurut beliau lagi, fokus yang maksimum dan objektif setiap individu dalam sesebuah organisasi adalah mesti memuaskan kehendak pelanggan. Faktor

liputan terbaik bagi Telekom merupakan satu kualiti perkhidmatan mereka yang mampu menarik pengguna memilih talian telefon rumah.

5.4

Analisa S.W.O.T Terhadap Syarikat Telekom Malaysia Berhad. Pemerhatian, penelitian dan pembacaan dari borang soal selidik, buku

serta dari sumber yang lain telah dibuat oleh penyelidik. Ditambah pula dengan pengetahuan penyelidik sendiri berkenaan dengan keadaan semasa, maka bahagian ini telah disimpulkan. Dengan ini pengkaji telah mendapat pengetahuan dan gambaran tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang ada pada Telekom berbanding dengan firma selular. Berikut merupakan kekuatan,

kelemahan, peluang dan juga ancaman yang dihadapi bagi pihak Telekom mengikut pandangan pengkaji:

5.4.1 Kekuatan (Strenght, S) Kekuatan yang paling utama dimiliki oleh Telekom adalah ia merupakan pembekal tunggal perkhidmatan telefon tetap kediaman yang ada di Malaysia. Dengan status begini maka ia dapat menawarkan perkhidmatan tersebut secara maksimum kepada setiap permintaan yang ada di pasaran. Oleh kerana ia

merupakan pembekal tunggal talian tetap kediaman, maka pihak pelanggan tidak mempunyai banyak pilihan dalam proses pembelian perkhidmatan tersebut. Pelanggan hanya ada pilihan kedua iaitu menggunakan telefon selular di kediaman mereka. Persaingan antara firma adalah kuat sekiranya kos untuk

pelanggan bertukar kepada jenama lain adalah rendah (Arthur A. Thompson dan A. J. Strickland III, 2001). Namun begitu kos untuk bertukar kepada

perkhidmatan selular adalah tinggi. Ia juga akan menyebabkan pelanggan membuat pembayaran yang lebih tinggi untuk perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat selular sekiranya kadar sewa talian dan caj panggilan masih lagi sama dengan yang ada pada masa sekarang. Kekuatan yang kedua yang dimiliki oleh pihak Telekom adalah berkenaan dengan saiz organisasinya. Firma di dalam industri akan berada pada tahap

operasi yang cekap apabila saiz firma adalah besar dan menghasilkan keluaran secara besar-besaran (S. H. Lim, 1994). Ini bermakna firma-firma baru yang mempunyai modal yang mencukupi mungkin tidak ada peluang untuk memasuki industri kerana tidak dapat bertanding dengan firma yang sudah mencapai operasi yang cekap (S. H. Lim, 1994). Pihak Telekom telah melibatkan diri dalam Peredaran masa telah

perniagaan ini sejak dari zaman awal kemerdekaan.

menyaksikan perkembangan dan kemajuan pihak Telekom. Pada masa sekarang Telekom merupakan satu syarikat telekomunikasi yang terbesar di Malaysia. Pada tahun 2002 ia juga telah berjaya mengambil alih sebuah lagi syarikat selular, antara yang terbesar di Malaysia iaitu Celcom. Di sini dapat saksikan bahawa kedudukan syarikat ini semakin kukuh sebagai peneraju dalam bidang

telekomunikasi di Malaysia. Syarikat Telekom Malaysia semakin membesar dan terus membesar. Saiz organisasi yang besar ini dapat memberikan kelebihan persaingan yang lebih baik kepada Telekom. Saiznya yang besar juga akan

memberikan satu halangan kepada firma lain untuk menceburi bidang yang sama dengan diceburi oleh Telekom. Berbanding dengan selular, saiz firma selular adalah jauh lebih kecil dan tempoh mereka meceburi bidang perniagaan ini juga masih singkat. Masih belum terdapat kekuatan yang diperlukan oleh mereka untuk bersaing dengan Telekom. Liputan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Telekom juga merupakan yang paling meluas setakat ini. Perkhidmatan yang ditawar oleh pihak Telekom dapat meliputi kawasan yang tidak tercapai oleh syarikat selular. Dengan adanya kawasan liputan yang lebih meluas maka ia dapat membuka lebih banyak peluang untuk pemasaran produknya kepada pelanggan yang berpotensi. Faktor liputan ini merupakan salah satu daripada kekuatan terunggul yang dimiliki oleh pihak Telekom setakat ini selain faktor lain. Pengurus syarikat selalunya menghadapi masalah apabila pesaing meletakkan harga pada paras yang amat rendah atau apabila kemasukkan firma baru wujud dan berkuasa dengan harga yang lebih rendah (Arthur A. Thompson dan A. J. Strickland III, 2001). Ini menunjukkan bahawa harga adalah amat penting bagi firma dan juga kepada pelanggan. Melihat keadaan yang ada pada masa sekarang, harga perkhidmatan yang ditawarkan oleh Telekom banyak membantu dalam meningkatkan perniagaannya. Sewa talian yang ditawarkan oleh firma kepada pelanggan adalah lebih murah berbanding dengan kadar sewa

yang ditawarkan oleh firma selular. Ramai pelanggan setuju dengan kenyataan ini. Kadar caj untuk panggilan yang dibuat juga adalah lebih murah berbanding dengan caj yang dikenakan oleh firma selular. Sebagai seorang pelanggan, sudah semestinya mereka akan menggunakan perkhidmatan yang dapat memberikan mereka kos yang lebih murah. Maka dapat dikatakan bahawa Telekom adalah pilihan utama dalam langganan perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia. Dalam kes ini, pelanggan juga setuju mengatakan bahawa Telekom merupakan sebuah firma yang menawarkan caj yang paling murah untuk panggilan yang dibuat. Sebagai sebuah firma yang telah lama bertapak dan menceburi bidang telekomunikasi, ia telah dapat menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Perkhidmatan di sini dapat dilihat dari segi pakej yang ditawarkan, sistem pembayaran bil, sistem aduan dan lain-lain. Perkhidmatan sebegini dapat menarik minat pelanggan baru untuk melanggan atau pelanggan lama terus melanggan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Telekom. Sebagai contoh talian aduan yang disediakan oleh pihak Telekom adalah perkhidmatan talian 1050. Dengan adanya perkhidmatan aduan yang disediakan oleh firma, maka ia dapat membantu meningkatkan lagi taraf perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Sebagai sebuah syarikat yang besar ia memiliki aset yang banyak. Aset ini dapat membantu dalam memperkuatkan lagi daya saing yang ada. Aset ini merupakan perkara yang penting sebagai pemangkin untuk meluaskan lagi perniagaan Telekom. Oleh kerana ia memiliki aset yang banyak maka, kita dapat melihat penguasaan Telekom terhadap syarikat Celcom. Antara aset yang ada

pada Telekom adalah dari segi tunai, rangkaian komputer serta sistem maklumat yang boleh mengurangkan kos operasi dan juga sekuriti yang dapat dipasarkan di pasaran saham.

5.4.2 Kelemahan (Weakness, W) Pelanggan yang terlalu ramai dapat membuatkan sesebuah firma tidak dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik seperti mana yang diharapkan oleh semua pelanggan. Keperluan dan kehendak pelanggan adalah berlainan bagi

setiap individu. Adalah mustahil untuk sebuah firma besar seperti Telekom untuk memuaskan kehendak dan keperluan setiap pelanggannya. Proses ini juga akan menggunakan kos yang besar. Apabila kehendak dan keperluan sesetengah

pelanggan tidak dapat dipenuhi maka, ia akan membuatkan pelanggan merasa tidak puas hati dengan firma. Perkara ini adalah tidak baik untuk perniagaan Telekom. Pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang

ditawarkan oleh Telekom akan berhenti dari melanggan perkhidmatan tersebut. Mereka juga akan bertukar kepada firma pembekal yang lain sekiranya ada. Sekiranya pada suatu masa nanti apabila firma selular dapat membekalkan perkhidmatan yang setaraf dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Telekom maka pelanggan akan bertukar kepada perkhidmatan selular. Untuk mendapatkan perkhidmatan talian tetap di kediaman pelanggan terpaksa menunggu lama. Terdapat kes di mana pelanggan terpaksa menunggu berbulan-berbulan dan ada yang mencecah tempoh setahun untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Telekom. Perkara ini berlaku kerana pihak

Telekom terpaksa berurusan dengan bilangan pelanggannya yang ramai. Kelewatan ini juga berpunca dari lapisan pengurusan yang ada. Pemasangan telefon kediaman tidak hanya melibatkan satu bahagian sahaja. Ia melibatkan banyak peringkat, iaitu dari pihak pengurusan sehinggalah kepada pihak teknikal yang bertanggungjawab untuk membuat pemasangan. Proses untuk meluluskan sesuatu pemohonan telah mengambil masa yang lama. Tahap kebergantungan antara satu pihak dengan pihak yang lain merupakan faktor utama yang membuatkan kelewatan proses pemasangan. Walaupun pemasaran dan

pengeluaran dapat digabungkan untuk memuaskan kehendak pelanggan, namun pelanggan tidak akan berpuas hati sepenuhnya sehinggalah masa, tempat dan penguasaan dipenuhi (Arthur A. Thompson dan A. J. Strickland III, 2001). Berbanding dengan langganan telefon selular, ia hanya mengambil masa yang singkat sahaja untuk pelanggan mendapatkan perkhidmatan yang diminta. Ini membuatkan Telekom menjadi kurang cekap berbanding dengan selular dari segi memenuhi kehendak pelanggan. Terdapat juga kelemahan yang terdapat pada produk mereka iaitu dari segi set yang digunakan. Pada masa sekarang perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) merupakan salah satu daripada perkhidmatan yang mendapat perhatian oleh pelanggan telekomunikasi. Dengan menggunakan set yang terdapat di kediaman pada masa sekarang penggunaan SMS adalah mustahil. Jika dibandingkan di antara set selular dengan set yang dimiliki di rumah, hanya set selular yang mampu untuk menyediakan perkhidmatan pesanan ringkas dalam bentuk huruf dan juga dalam bentuk grafik.

5.4.3 Peluang (Opportunity, S) Peluang yang terdapat pada pihak Telekom ialah kemampuannya untuk menyediakan perkhidmatan di kawasan yang belum mendapat sebarang perkhidmatan telefon. Masih banyak yang tidak dapat dicapai dengan

menggunakan perkhidmatan telefon. Semua penduduk yang berada di kawasan yang berkenaan merupakan pelanggan yang berpotensi untuk melanggan talian telefon yang disediakan oleh Telekom Malaysia Berhad. Bagi setiap perniagaan, pelanggan merupakan aset yang paling penting. Pihak Telekom mempunyai

peluang yang lebih besar sekiranya ia memulakan langkah awal untuk menarik penduduk di kawasan berkenaan sebagai salah seorang daripada pelanggannya. Salah satu lagi peluang yang timbul dan bakal memberikan keuntungan yang besar kepada Telekom ialah penggunaan internet yang semakin meluas di kalangan penduduk yang ada di negara kita. Untuk mencapai penggunaan

internet ia memerlukan talian telefon. Penggunaan telefon sebagai medium untuk mengakses internet merupakan satu peluang yang besar yang harus dimanfaatkan oleh pihak Telekom. Dengan ini maka pihak Telekom dapat meningkatkan

jumlah pelanggannya bagi penggunaan talian tetap kediaman. Mengakses internet menggunakan talian selular adalah mahal dan ia memerlukan sebuah set telefon yang mampu untuk menyediakan perisian bagi tujuan berkenaan. Telekom juga mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menambahkan pelanggan dengan penyelidikan dan pembangunan (P&P) yang dilakukan terhadap produk yang ditawarkan dan juga keadaan pasaran. Pihak Telekom sebagai sebuah firma besar sudah tentu mempunyai keupayaan dalam membuat

P&P. Tidak semua firma yang ada di pasaran dan yang berada dalam julat persaingan mampu untuk melakukan P&P. Ini adalah kerana ia memerlukan kos atau perbelanjaan yang amat besar. Semakin besar P&P yang dilakukan maka semakin banyak kos yang diperlukan dalam menjayakannya.

5.4.4 Ancaman (Threat, T) Ancaman terbesar yang bakal dihadapi oleh Telekom ialah kehilangan pelanggan kepada firma selular. Bagi setiap firma yang beroperasi, pelanggan merupakan satu aset yang paling penting. Tanpa pelanggan sesebuah perniagaan tidak akan berjaya. Namun buat masa sekarang ia belum lagi menunjukkan kesan yang ketara. Tetapi dengan peningkatan teknologi, penyelidikan dan

pembangunan dalam bidang telekomunikasi ia merupakan satu perkara yang tidak mustahil. Dengan penggunaan teknologi yang lebih canggih seperti penggunaan satelit sebagai pemangkin untuk perhubungan maka pada suatu masa nanti, kawasan yang boleh diliputi oleh pihak Telekom dan juga firma selular akan lebih meluas. Mungkin pada masa tersebut kawasan liputan yang ditawarkan oleh Telekom dan selular adalah sama besar. Pada masa berkenaan iaitu pada masa depan, pihak Telekom dan selular mungkin akan terus bersaing dari segi harga perkhidmatan dan kualiti perkhidmatan. Harga yang dikenakan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan juga tidak mustahil untuk diturun kerana ia boleh digunakan sebagai alat yang digunakan untuk mendapat kekuatan persaingan. Harga akan dapat diturunkan,

kerana dengan adanya teknologi yang canggih segalanya adalah mungkin. Teknologi boleh digunakan sebagai alat untuk mengurangkan kos dalam setiap perkara yang dilakukan sama ada operasi mahupun pengurusan. S. H. Lim

(1994) ada mengatakan teknologi dapat digunakan untuk meningkatkan kadar pengeluaran. Ini menunjukkan bahawa teknologi amat penting dalam

meningkatkan kekuatan persaingan.

5.5 Kesimpulan Kesimpulan yang dapat dibuat di sini adalah, faktor-faktor perkhidmatan, harga dan juga faktor liputan amat mempengaruhi langganan yang dilakukan oleh responden. Bagi faktor perkhidmatan aspek-aspek seperti layanan, pembayaran bil, penghantaran bil, ketepatan bil dan mudah berurusan telah menjadi penentu kepada langganan. Bagi faktor harga pula aspek yang menjadi penentu ialah kadar sewa, caj panggilan, bayaran pendaftaran dan harga set telefon. Seterusnya bagi faktor liputan aspek penentu ialah liputan yang lebih luas, panggilan yang lebih jelas dan tiada gangguan yang diterima serta penyambungan talian yang baik.

BAB 6

KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.0 PENGENALAN

Di dalam bahagian ini kesimpulan berkenaan dengan penyelidikan yang dilakukan akan dibuat. Selain daripada kesimpulan, beberapa cadangan dan pendapat serta komen penyelidik akan dibuat. Cadangan ini bertujuan untuk membuatkan

penyelidikan tentang tajuk ini dan juga berkenaan dengan Projek Tahun Akhir dapat dilakukan dengan lebih baik daripada yang dilakukan sebelum ini.

6.1 Kesimpulan. Melalui kajian yang telah dibuat berkenaan dengan tajuk ³Faktor permintaan telefon tetap kediaman berbanding selular di sekitar bandaraya Kuching´ dapat disimpulkan bahawa responden kebanyakkannya memberikan reaksi yang positif. Kebanyakkan mereka bersetuju dengan soalan-soalan yang diajukan. Secara

keseluruhan, responden-responden boleh dikatakan sebagai bersetuju dengan faktorfaktor pemintaan terhadap telefon tetap kediaman yang dinyatakan oleh penyelidik. Ciriciri dominan berkenaan dengan demografi adalah, kebanyakkan responden merupakan lelaki, pendapatan di antara RM1000 hingga RM2000, taraf pendidikan SPM dan telah berkahwin.

Berkenaan dengan maklumat penggunaan telefon pula, aspek dominan adalah responden kebanyakkannya menggunakan hanya satu talian sahaja, purata bil sebulan adalah di bawah RM100, tempoh langganan yang melebihi sepuluh tahun dan kebanyakkan mereka tidak pernah membuat pemasangan semula telefon semenjak dari awal penggunaan. Di dalam borang soal selidik telah meminta responden untuk menyatakan persepsi mereka untuk setiap faktor yang dinyatakan. Persepsi ini diukur menggunakan skala Likert iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Kebanyakan responden bersetuju mengatakan faktor perkhidmatan, harga dan liputan mempengaruhi permintaan. Oleh sebab yang berkenaan maka mereka telah bersetuju bahawa mereka akan melanggan perkhidmatan firma yang dapat menawarkan perkhidmatan, harga dan liputan yang lebih baik. Daripada penilaian yang telah dilakukan terhadap borang soal selidik, dapat disimpulkan bahawa, faktor perkhidmatan, harga dan juga faktor liputan adalah penting dalam pemilihan. Ini dapat dilihat, bahawa nilai min telah menunjukkan bahawa Pada masa sekarang pelanggan amat

responden bersetuju dengan faktor tersebut.

mengambil berat tentang kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh firma. Harga pula dititikberatkan kerana ia memberi kesan terhadap jumlah perbelanjaan. Bagi liputan pula, ia adalah amat penting di dalam bidang telekmunikasi. Lebih besar kawasan liputan semakin mudah perhubungan di antara dua atau lebih pihak dilakukan. Untuk mengembangkan perniagaan dan juga untuk mempertahankan perniagaan dalam bidang telekomunikasi, pihak Telekom harus mengambil berat faktor-faktor perkhidmatan, harga dan liputan yang ditawarkan kepada pelanggannya. Sekiranya pihak

selular dapat mengatasi Telekom dalam semua faktor ini maka, kemungkinan besar Telekom akan kehilangan pelanggannya. Ini akan mendatangkan masalah kepada

peniagaannya. Selain faktor yang telah dinyatakan mungkin terdapat faktor lain yang memberi kesan terhadap langganan.

6.2 Cadangan. Terdapat beberapa cadangan yang ingin diberikan oleh penyelidik berkenaan dengan Projek Tahun Akhir ini. Penyelidik merasakan penyelidikan ini masih lagi

kurang lengkap. Oleh sebab yang berkenaan maka penyelidik mencadangkan supaya terdapat penyelidikan yang lebih mendalam akan dilakukan berkenaan dengan tajuk penyelidikan ini pada masa akan datang. Ini kerana telekomunikasi adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan, maka masyarakat seharusnya mendapat pengetahuan yang lebih banyak tentang keadaan semasa dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Walaupun perkara berkaitan dengan telekomunikasi merupakan perkara

kecil bagi sesetengah pihak namun ia banyak memberi kesan terhadap perbelanjaan yang bakal dibuat. Penyelidik juga ingin menyarankan supaya bakal pengkaji yang membuat penyelidikan berkenaan dengan tajuk ini dapat memberikan tumpuan yang lebih banyak terhadap penggunaan model ekonometrik. Ia adalah supaya ramalan yang lebih tepat dapat dibuat bagi masa hadapan. Selain itu juga cadangan ingin dibuat supaya kupasan terhadap perkara ini dapat dibuat dengan lebih mendalam. Ia akan dapat membantu dalam banyak perkara terutamanya dalam faktor pemilihan jenis talian dan juga pembekal perkhidmatan yang akan dilanggani. Faktor berkenaan akan memberikan

kesan yang mendalam dalam perbelanjaan dan juga di dalam proses langganan yang dilakukan oleh pelanggan.

Di sini penyelidik juga ingin menyarankan supaya pihak yang berkenaan dapat mendekati organisasi di mana penyelidikan dilakukan. Tindakan seperti ini dapat

melicinkan perjalanan dan operasi pengkajian yang dilakukan. Ini kerana masih terdapat organisasi yang tidak memberikan kerjasama seperti mana yang diharapkan oleh pengkaji. Dengan penglibatan pihak yang terbabit, mungkin pihak organisasi berkenaan akan memberikan kerjasama seperti mana yang diharapkan oleh pengkaji. Kepada pihak yang berkenaan juga, pengkaji ingin mencadangkan supaya latihan dan panduan tentang cara ujian dan penilaian kajian dapat diberikan dengan lebih mendalam. Pihak terbabit perlu memberikan latihan yang lebih banyak tentang

penggunaan perisian seperti SPSS ataupun Excel kepada pelajar. Ini kerana perisian tersebut merupakan kunci utama untuk para pelajar mencapai matlamat dalam penyelidikannya. Masih terdapat ramai pelajar yang kurang arif tentang penggunaan perisian tersebut. Penggunaan perisian tersebut merupakan satu perkara baru bagi

kebanyakkan pelajar. Bagi sesuatu perkara baru maka, didikan dan panduan yang baik untuk memahami perkara tersebut dengan lebih mendalam adalah amat diperlukan.

RUJUKAN

Ahmad Mahdzan Ayob, Teori Mikroekonomi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1979. Arthur A. Thompson, Jr. & A. J. Strickland III, Strategic Management: Concepts and Cases, 12th Edition, McGraw Hill, 2001. Bruce T. Barkley & James H. Saylor, Customer-Driven Project Management: A New Paradigm in Total Quality Implementation, McGraw Hill, 1994. Damodar N. Gujarati, Basic Econometrics, 3th Edition, McGraw Hill. http://products.telekom.com.my/tmhistory/
http://telekom.jati.net.my/general/sitemap.php

Kathryn M. Bartol & David C. Martin, Management, 3th Edition, McGraw Hill, 1998. Kenneth E. Ebel, Achieving Excellence In Business: A Practical Guide to the Total Quality Transformation Process, ASQC Quality Press Marcel Dekker Inc., 1991. Mohamad Md. Yusoff, Media Dan Masyarakat: Satu Kumpulan Esei, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993. Mohd. Annuar, Teori Ekonometrik, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988. Mohd. Hamdan Adnan, Konsep Asas Kepenggunaan, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1994. S H Lim, Mikroekonomi: STPM, Cetakan Kedua, Pustaka Sarjana Sdn Bhd., 1994 Thomas S. Bateman & Scott A. Snell, Management: Building Competitive Advantage, 4th Edition, McGraw Hill, 1999. William D. Perreault, Jr. & E. Jerome McCarthy, Basic Marketing: A Global-Managerial Approach, 13th Edition, McGraw Hill, 1999.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.