SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KERAMAT

KERJA KURSUS SEJARAH TINGKATAN 1

TAJUK: SALASILAH KELUARGA

NAMA: NOR ALIA BINTI AHMAD SIRAJ

KELAS: 1 AKMAL

NAMA GURU: EN.KHOR HOOI CHOON

TARIKH HANTAR: 1 JULAI 2008

bersyukur kepada Allah S. kami dapat menyiapkan kerja kursus Sejarah ini tanpa menghadapi masalah. Nor Alia Binti Ahmad Siraj 1 Akmal . terima kasih. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli keluarga saya yang banyak membantu dalam kewangan. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pertolongan dan kerjasama cikgu. Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Khor iaitu guru matapelajaran Sejarah saya kerana tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada saya. Sekian. Tanpa bantuan dari mereka semua saya tidak akan dapat menyiapkan kerja folio Sejarah ini.W.PENGHARGAAN Saya Nor Alia Binti Ahmad Siraj.T kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya.

2 .

1 2.1 3.ISI KANDUNGAN BAB Penghargaan 1.4 2.3 2.1 1.0 1.0 2.3 3.5 3.4 3.3 1.6 4.4 2.2 2.2 3.0 Pengenalan Pengenalan Objektif Kajian Kaedah Kajian Penutup Definisi Salasilah Keluarga Pengenalan Definisi Keluarga Salasilah Kepentingan Salasilah Keluarga Penutup Salasilah Keluarga Pengenalan Sejarah Keluarga Asal Usul Ayah Asal Usul Ibu Butiran Peribadi Adik-Beradik Penutup Kesimpulan Rujukan Lampiran Komen Guru 1 2 2 2 2 3 4 4 4 5 6 7 8 8 8 10 12 14 16 18 TAJUK MUKA SURAT .2 1.0 3.5 3.

.

BAB 1 PENGENALAN .

maka hasil kajian kerja kursus ini akan dapat dikumpul dan menghuraikan mengenai sejarah atau salasilah serta asal usul keluarga saya. Bagi membantu saya untuk menyediakan kertas kerja ini. Oleh itu. saya perlu mengenalpasti langkah atau keadah yang perlu digunakan.2Keadah Kajian Bagi mendapat maklumat yang diperlukan bagi menyiapkan kerja kursus ini. 2 .1. terdapat tiga objektif telah ditetapkan iaitu: 1) 2) 3) Mengenalpasti apakah maksud atau definisi salasilah keluarga. 1. 1. Mengumpul maklumat atau sumber primer (sumber bertulis) dan sekunder (sumber lisan) yang berkaitan dengan salasilah dan asal usul keluarga saya.1Objektif Kajian Bagi menyediakan dan menyiapkan kerja kursus Sejarah Tingkatan Satu ini.3Penutup Kesimpulannya dengan melaksanakan objektif dan kaedah kajian yang telah ditetapkan di atas. Menghurai dan menerangkan tentang salasilah keluarga saya.0Pengenalan Kerja kursus bagi mata pelajaran Sejarah Tingkatan Satu ini bertajuk salasilah keluarga. 1. Antara kaedah yang akan saya gunakan ialah: 1) 2) Mengumpul sumber primer (sumber bertulis) iaitu sijil-sijil kelahiran keluarga saya dan kurikulum vitea keluarga. bab ini akan saya menerangkan dengan lanjut mengenai objektif kajian dan keadah kajian saya. saya memerlukan objektif kajian dan kaedah kajian untuk mendapatkan hasil kajian saya. Mengumpul sumber sekunder (sumber lisan) iaitu menemubual ibu dan bapa serta saudara-mara.

BAB 2 DEFINISI SALASILAH KELUARGA .

Keluarga Orientasi: keluarga yang bertanggungjawab untuk meletak mereka kepada masyarakat melalui pendidikan dan sebagainya. asal keturunan.2. Keluarga juga bermaksud satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah. 2. Perkara yang akan dijelaskan di bawah ini bertujuan untuk membantu pemahaman saya mengenai apa itu salasilah keluarga. Menurut Yayasan Budi Penyayang Malaysia pula. maksud salasilah dan juga kepentingan-kepentingan salasilah keluarga. Oleh itu.1Pengenalan Bab ini akan menerangkan mengenai beberapa definisi keluarga. dan Keluarga Prokreasi: keluarga yang bertanggungjawab menghasilkan. 4 . bapa dan anak-anak. fungsi-fungsi keluarga. Keluarga terdiri daripada empat iaitu: 1) 2) 3) 4) Keluarga Asas: terdiri daripada ibu. bersatu. Keluarga Luas: terdiri daripada beberapa keluarga asas yang sama keturunan.2Definisi Keluarga Keluarga berasal dari bahasa Sanskrit iaitu kula dan warga "kulawarga" yang bererti "anggota" "kelompok kerabat". Keluarga adalah lingkungan di mana beberapa orang yang masih memiliki hubungan darah. dapat disimpulkan bahawa salasilah keluarga adalah bermaksud susur galur sesebuah keluarga atau asal usul keturunan sesebuah keluarga.3Salasilah Menurut kamus sastera melayu. salasilah bermaksud susur galur keturunan. keluarga adalah asas kepada masyarakat dan merupakan unit terkecil dalam masyarakat. 2. membudayakan dan mensosialkan zuriat. perkahwinan atau pengambilan anak angkat.

” (Surah An-Nisaa: 1) Dalam sebuah hadis Qudsi pula Allah berfirman: "Barang siapa yang memutuskan tali kekeluargaan.a. Dan barangsiapa menyambungkan tali kekeluargaan. Selain itu.a: Nabi s.” Lebih daripada itu diriwayatkan dalam banyak hadis bahawa amalan silaturrahim akan memakmurkan rumah dan menambah usia walaupun para pelakunya bukan orang baik-baik. serta peliharalah hubungan silaturrahim kaum kerabat. Perpisahan yang terus menerus tidak 5 . dan merapat dan mengekalkan hubungan silaturahim sangatlah dituntut dalam Islam.w bersabda: Tidak akan masuk Syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan (Silaturahim). Amalan silaturrahim ini akan membersihkan segala amalan kita yang lain serta melipatgandakan kekayaan dan menolak bala. Menjejaki asal usul keturunan seseorang boleh memberi manfaat kepada hubungan silaturahim kaum kerabat. kepentingan salasilah keluarga adalah untuk mengelak masalah perkahwinan adik dengan abang kandung atau kakak dengan adik kandung (mahram) yang boleh berlaku kerana sudah lumrah suami yang pergi merantau terus kekal di perantauan.4Kepentingan Salasilah Keluarga Salasilah keluarga seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat manusia bertamadun. Manakala di kampung asal sudah ada isteri dan anak-anak yang ditinggalkan. berkahwin baru dan mendapat anak-anak pula di tempat baru. Allah berfirman: "Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut namaNya.2. akan aku putuskan hubunganKu dengan dia. Hadis Jubair bin Mut'im r. Akupun akan mengukuhkan tali kekeluargaannya nanti.

2. Maka itu adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menceritakan secara terperinci susur galur salasilah mereka kepada anak cucu supaya tidak berlaku masalah seperti perbalahan/pergaduhan antara sesama saudara mara dan perkahwinan antara adik beradik kandung. asal usul. Salasilah keluarga seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat manusia bertamadun. keturunan dan bangsa. mengetahui salasilah keluarga juga penting untuk mengelak masalah perkahwinan mahram yang mana diharamkan dalam Islam kerana akan menimbulkan masalah kekeliruan kepada masyarakat. Menjejaki asal usul keturunan saya dan setiap individu lain boleh memberi manfaat kepada hubungan silaturahim kaum kerabat serta merapat dan mengekalkan hubungan silaturahim sangatlah dituntut dalam Islam.balik-balik dan tidak memperkenalkan anak-anak isteri baru dengan anak-anak isteri lama boleh memungkinkan berlaku perkahwinan mahram ini. 6 . Selain itu. keluarga yang merupakan unit kecil kepada masyarakat mempunyai sejarah.5Penutup Kesimpulannya.

BAB 3 SALASILAH KELUARGA 7 .

Selangor setelah ayah dan ibu saya membeli rumah di sini. Oleh itu. Hasil perkahwinan ayah dan ibu saya. saya akan menyertakan butiran peribadi setiap ahli keluarga saya.1Pengenalan Dalam bab ini. Ayah saya berketurunan Jawa Ponorogo yang diwarisi dari moyang saya yang berasal dari 8 . Walau bagaimanapun.3Asal Usul Ayah Nama ayah saya ialah Ahmad Siraj Bin Sa’at.pada 6 Disember 1951 di Parit Besar. Di mana ayah saya Ahmad Siraj Bin Sa’at telah berkahwin dengan ibu saya Aminah Binti Sihat. Beliau merupakan anak kedua daripada 8 orang adik-beradik dan berasal daripada Batu Pahat di Johor. kami sekeluarga telah menetap selama 28 tahun di Taman Permata. Penerangan mengenai asal usul ayah dan ibu saya.2Sejarah Keluarga Sejarah keluarga asas saya bermula pada 5 September 1973 iaitu hari Khamis bersamaan 9 Syaaban 1394 hijrah. Berumur 57 tahun pada tahun ini dan dilahirkan pada pukul 5 pagi . 3. saya akan menerangkan mengenai latar belakang keluarga atau sejarah keluarga saya. Selain itu. 3. mereka dikurniakan lima anak perempuan. ayah saya telah berkahwin lagi satu dengan Siti Aminah Binti Mat Zin pada 9 Jun 1994 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak. Seksyen 1. Johor Darul Takzim telah berpindah ke Kuala Lumpur kerana mendapat pekerjaan sebagai Penyelia Juruteknik di Syarikat Telekom Malaysia Berhad dan kini dikenali sebagai Telekom Malaysia Berhad. Johor. Hulu Klang. Kini ibu tiri saya menetap di Wangsa Maju.3. Batu Pahat. Ayah dan Ibu saya yang berasal dari Batu Pahat.

Di muka surat sebelah. saya lampirkan gambarajah keluarga asas ayah saya.Tanah Jawa. 9 . Indonesia.

Batu Pahat.3. Ibu saya merupakan anak pertama daripada 12 adik-beradik dan juga berketurunan jawa yang diwarisi dari moyang dan turun ke datuk saya. Berumur 53 tahun pada tahun ini dan dilahirkan pada 1 Mei 1955 di Parit Besar. saya lampirkan gambarajah keluarga asas ibu saya.4Asal Usul Ibu Nama ibu saya ialah Aminah Binti Sihat. Ibu dan ayah saya adalah berasal dari satu kampung yang sama dan mempunyai hubungan persaudaraan. Namun. 10 . Keluarga ibu saya juga bertutur dalam bahasa jawa. Johor. saya dan adik-beradik saya cuma boleh memahami sedikit sahaja bahasa jawa kerana dibesarkan di Kuala Lumpur yang mana bahasa pertuturan utama adalah bahasa melayu. Ibu saya merupakan suri rumahtangga dan telah berumahtangga dengan ayah saya selama 35 tahun. Di muka surat sebelah.

.

Kini kakak saya baru berkahwin dan belum mempunyai cahaya mata. Dilahirkan pada 8 April 1975 di Hospital Daerah Batu Pahat. Kini berumur 28 tahun. seterusnya saya akan menerangkan serba sedikit butir-butir peribadi saya dan adik-beradik yang lain.5.3. 3. Johor. Johor.5Butiran Peribadi Adik Beradik Setelah menerangkan serba sedikit asal usul ayah dan ibu saya. Skudai. Maka.5. Kakak ketiga saya baru menamatkan pengajian Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).2Butiran Peribadi Kakak Kedua Anak kedua dalam keluarga saya bernama Norlailatulazma Binti Ahmad Siraj bermaksud cahaya malam kecekalan dalam Islam. dan dilahirkan pada 9 Ogos 1980 di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL). 12 . 3. 3.1Butir Peribadi Kakak Sulung Anak pertama dalam keluarga saya bernama Arlinawati Binti Ahmad Siraj dan kini berumur 32 tahun. Kakak ketiga saya ini merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat. Kini kakak ketiga saya berumur 24 tahun dan dilahirkan pada 5 Disember 1984 di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL). Kakak yang kedua berkerja sendiri dengan membuka perniagaan runcit.5. Kakak saya sudah berkahwin dan dikurniakan empat orang anak. Kakak saya yang pertama merupakan seorang suri rumah tangga.3Butiran Peribadi Kakak Ketiga Anak ketiga dalam keluarga saya bernama Siti Fatimah Binti Ahmad Siraj bermaksud cik yang tidak menyusu lagi dalam Islam.

Putrajaya dan mempunyai Diploma Pemasaran Multimedia di Kolej Multimedia Telekom Malaysia (TMMC).5. Ketika saya berumur 7 tahun sehingga 12 tahun. Kakak kelima saya ini juga berumur 13 tahun dan dilahirkan pada 22 Mei 1995 di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL).5. Saya dibesarkan di alamat 1681 Jalan Permata 4. Saya merupakan anak yang keenam daripada tujuh orang adikberadik. Kementerian Kewangan Malaysia. Kakak keempat saya kini bekerja sebagai kerani kewangan di bahagian pinjaman perumahan perbendaharaan. saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman 13 . 3.4Butiran Peribadi Kakak Keempat Anak keempat dalam keluarga saya bernama Norazima Binti Ahmad Siraj bermaksud cahaya yang mulia atau agung dalam Islam. Saya berumur 13 tahun pada tahun ini dan dilahirkan pada tarikh 19 November 1995 di Damai Service Hospital.3. Kini kakak keempat saya berumur 22 tahun dan dilahirkan pada 12 Mac 1986 di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL). Hulu Kelang. 3.6Butiran Peribadi Saya Nama saya Nor Alia Binti Ahmad Siraj dan bermaksud cahaya ketinggian dalam Islam. Kini bersekolah di Sekolah Menengah Seri Keramat dan berada di Kelas 1 Cemerlang. Taman Permata Hulu Kelang 53300 Kuala Lumpur. Namanya Siti Aishah Binti Ahmad Siraj dan bermaksud cik yang hidup bahagia dalam Islam.5Butiran Peribadi Kakak Kelima Kakak kelima saya ini merupakan cahaya mata ayah saya bersama ibu tiri saya.5. Kakak keempat saya juga merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat. Ketika saya berumur 6 tahun saya di sekolahkan di Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam Taman Permata iaitu di Taman Permata. Taman Melawati.

saya memiliki seorang ayah. Kesimpulannya. 3. Sewaktu saya berumur 12 tahun saya telah mendapat keputusan 4A 1B dalam peperiksaan UPSR dan mendapat keputusan mumtaz.s dalam Islam. Kini berumur 12 tahun dan dilahirkan pada 5 Ogos 1996 di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL). 92. 14 .6Penutup Penerangan-penerangan lanjut di atas ini adalah merupakan sejarah salasilah keluarga besar dan gambarajah salasilah keluarga besar saya dilampirkan di muka surat sebelah. Sekarang saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat dan dimasukkan ke kelas 1 Akmal 3. dua orang ibu dan tujuh orang adik beradik serta empat orang anak saudara.7Butiran Peribadi Adik Saya Anak bongsu dalam keluarga saya bernama Ibrahim Bin Ahmad Siraj dan bermaksud nama Nabi Ibrahim a. Kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Permata dan Sekolah Rendah Agama Taman Permata.Permata dan Sekolah Rendah Agama Taman Permata.0% dalam peperiksaan PSRA.5.

.

BAB 4 KESIMPULAN .

Di samping itu. 17 . Dengan mempelajari sejarah. sejarah boleh dijadikan iktibar dan pengajaran serta panduan untuk generasi masa kini dan masa akan datang. generasi kita dapat mengetahui asal-usul keluarga dan keturunan serta dapat memupuk perasaan bangga akan keluarga sendiri. sejarah dapat memupuk perasaan kasih sayang dan saling menghormati di antara satu sama lain.Kesimpulannya.

al-islam.asp?Lang=mal&ID=1483 18 . Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sejarah Tingkatan 1 & 2.org/wiki/Keluarga http://www.wikipedia.RUJUKAN Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (April.com/bayan/Display.com/doc/493893/Sejarah-Tingkatan-1dan-2 http://www.my/bm/keluarga/index.org.penyayang.my/cwm001/kamus-s. http://www.wikipedia.html http://id.org/wiki/Salasilah http://hadith.sabah.org/wiki/Keluarga http://ms.wikipedia. 2002).scribd. Kementerian Pendidikan Malaysia.edu.htm http://ms.

Gambar Bersama Nenek dan Datuk serta Sepupu-Sepupu Sebelah Ibu Saya.LAMPIRAN Gambar Sekeluarga Semasa Majlis Persandingan Kakak Kedua Saya. .

ULASAN GURU Nama Guru: Encik Khor Hooi Choon. Ulasan Guru: Markah: Tarikh: Tanda Tangan: .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful