Pengenalan Ringkas Khat Arab

1.

Pengenalan Seni khat

Khat ialah perkataan Arab yang bermaksud garisan. Oleh itu, seni khat bermaksud garisan indah yang membentuk tulisan. Khat juga bermaksud tulisan-tulisan ( kitabah ) yang terikat dengan peraturan dan kaedah yang telah dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni. Tulisan-tulisan Arab pula mempunyai nilai dan kaedah tertentu yang mempunyai estetika yang tinggi. Picasso, seorang ahli seni terkenal di dunia dari Perancis pernah mengatakan, " Selepas aku melihat seni yang terdapat pada Khat Arab, aku mengakui bahwa dunia seni lukis masih terkebelakang dengan kesenian itu ". Seni khat bukan sekadar wacana penyampai maklumat tetapi mengandungi nilai abstrak yang disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan, kesinambungan, perhubungan, pergerakan, keharmonian dan sebagainya. Di antara bentuk dan jenis tulisan Khat Arab ialah:

   
Khat Kufi

Khat Thuluth Khat Nasakh

     

Khat Ijazah

   

Khat Farisi

   

Khat Diwani Khat Diwani Jali Khat Riq'ah

   

1

Contohnya seperti Thuluth dan Nasakh. LEMBUT ( KURSIF ) Dikenali sebagai Khat. Tulisan ini pada asalnya tidak dapat dibezakan dari aspek kelembutan dan kekerasan. DUMATUL JANDAL.Pengenalan Ringkas Khat Arab Carta Aliran Perkembangan Khat Arab MESIR ( HIEROGRYPHICS ) ARAMIA PHOENICIA  NABATEA ( NABATI ) ( 2M—106M) HAURAN (PECAHAN NABATI) AL-BATRA( PETRA). AL-ULA. 2 . HIRI. MADINAH ANBARI. Muncul pada zaman selepas berkembangnya Islam. Khat bermaksud khitabah yang terikat dengan peraturan dan kaedah yang telah dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni. Muncul pada zaman permulaan Islam yang dimajukan oleh bangsa Arab Hijjaz daripada huruf Nabati. KUFAH DAN MADINAH MAKKAH TAIF MADINAH KERAS ( BERSUDUT) Dikenali sebagai Khitabah. Contohnya seperti Khat Kufi Qadim.

w. ukiran pada dinding.w.a. Sejarah Ringkas Perkembangan Khat Kajian ilmiah membuktikan bahawa bangsa Arab telah mengenali khat (tulisan) melalui berbagai-bagai sumber yang sampai ke Hijjaz pada abad 6M. Rasulullah s. surat-menyurat dan lain-lainnya. Pada zaman ini juga berlaku pembaharuan dari aspek peletakan titik huruf-huruf oleh Abu Al-Aswad Al-Dua'li dan penciptaan baris-baris oleh alKhalil bin Ahmad al-Farahidi. Di kalangan suku kaum Quraisy sebelum Islam. mengizinkan penulisan Al-Quran malah berdakwah dengan menggunakan surat. Bilangan mereka yang pandai menulis di Hijjaz pada waktu ketika Islam adalah sedikit. Seterusnya Jamaluddin Yaqut al-Musta'simi yang telah membentuk enam gaya hasil pembelajarannya dari tulisan Ibnu Muqlah. terdapat 17 orang sahaja yang pandai menulis antaranya Umar bin Khattab. Rasulullah s. Seni khat pada zaman Abasiyyah Zaman ini telah menyaksikan kemuncak pembaharuan seni khat pelbagai dengan munculnya tokoh-tokoh seni seperti Abu Ali dan Ibnu Muqlah. Seni khat pada zaman permulaan Islam Kedatangan Islam membawa keperluan yang banyak kepada pembangunan tulisan lalu membuka bidang yang luas dalam penulisan dan dakwah secara persuratan. Ibnu Muqlah dianggap pembuka tirai sejarah pembaharuan seni khat manakala Abu Ali pula telah mencipta sistem nisbah dalam pembentukan huruf tunggal yang berasaskan ukuran geometri. penulisan itu terus rancak pada zaman Saidina Abu Bakar r.Pengenalan Ringkas Khat Arab 2. Kemudian. mengarahkan sahabat-sahabat untuk menulis ayat-ayat al-Quran.a. Enam gaya atau AQLAM SITTAH tersebut ialah: • • Thuluth Muhaqqaq • • Raihani Nasakh • • Riq'ah Tauqi' 3 . Ali bin Abu Talib. Hiri dan Anbari. pembaharuan seni khat berlaku melalui penulisan dengan keseimbangan baris-baris bacaan supaya sama (disebut sebagai almasyq). Seni khat pada zaman Umawiyyah Pemerintahan pada zaman ini amat menitikberatkan kemajuan seni khat kerana ia sangat diperlukan samada dalam penulisan mushaf. Pada zaman ini. hingga ke zaman Saidina Uthman dengan terhimpunnya Al-Quran Mushaf Uthmani yang ditulis semula sebanyak 6 naskhah dan diedar ke beberapa jajahan Islam. Kemudian diikuti oleh Ibnu Bawwab yang yang telah memperkembangkan sistem khat bernisbah. Uthman bin Affan dann Yazid bin Abu Suffian.a. Ianya dibawa masuk oleh ahli-ahli perniagaan Quraisy dan pada waktu itu ia dikenali sebagai tulisan Nabati. mencetak mata wang.

Pengenalan Ringkas Khat Arab Selepas kejatuhan empayar Abbasiyyah. Tanjung Malim contohnya telah melahirkan ramai guru yang mengajar tulisan jawi suatu masa dahulu. Maktab Perguruan Sultan Idris. Antara sekolah-sekolah Arab yang telah melahirkan penulis-penulis Khat tanahair ialah Madrasah AlAttas Johor. Maktab Mahmud Kedah. bidang penulisan Khat ini disemarakkan kembali di peringkat pembelajaran tanahair samada formal mahupun tidak formal agar ianya tidak pupus dimamah zaman. muncul penulis Turki. Sekolah Sultan Zainal Abidin Terengganu. Adalah lebih baik. seni khat dipelajari di Tanah Melayu melalui pengajian pondok. 4 . Islam dan tulisan Khat terus berkembang dan ianya terbukti secara rasminya melalui penemuan batu bersurat Terengganu ( 1303M). Haji Wan Salleh Fathi bin Wan Isa serta beberapa penulis muda yang semakin menonjol pada masa kini. Seni khat selepas zaman Abbasiyyah Ketika kerajaan Tartar memerintah. Ismail Hakki dan lain-lain. kemajuan seni khat diteruskan melalui pemerintahan Turki Uthmaniyyah. Terdapat penulis-penulis tempatan yang telah memasuki pertandingan di peringkat antarabangsa bahkan di kalangan mereka yang kerap menjuarai pertandingan peringkat ASEAN. Melaka telah mengambil alih peranan pusat perniagaan dan penyebaran Islam di Tanah Melayu. Turki terus cemerlang dengan penulisan Khat sehingga muncul tokoh-tokoh seni khat tersohor seperti Mustafa Raqim. Perlak. Pada kurun ke-17M. Seni khat di Alam Melayu Seni khat mula memasuki Tanah Melayu semenjak abad ke-7M melalui dakwah dan perniagaan yang mula berpusat di Gujerat. Abad ke-19. Sehingga kurun 15M. Seterusnya. sekolah-sekolah Arab dan beberapa institusi yang lain. Ahmad Qarahisari yang telah menghidupkan semula cara penulisan Yaqut. Penulis-penulis Khat tanahair yang tersohor antaranya ialah Syed Abdul Rahman bin Hasan Al-Attas. Mustafa Izzat. Madrasah Muhammadiyyah Kelantan. Sumatera kemudiannya menjadi pusat penyebaran Islam dan titik berkembangnya seni tulisan Khat di bumi Melayu. Madrasah Al-Ihya AlSyarif Perak dan lain-lain. Muhammad Nazif. Sehingga tahun 1555M. pemerintah al-Hafiz Uthman Sultan Mustafa II telah menyemarakkan seni khat Aqlam Sittah di seluruh tanah jajahannya. ramai ulama dan cendiakawan telah berpindah ke Mesir demikian juga di Iraq dan Iran.

Pengenalan Ringkas Khat Arab Bentuk-bentuk Khat Arab sebelum Islam sehingga zaman moden Ukiran Ummul Jamal –Tulisan Nabati ( 250-271M) Tulisan Humairi bersama terjemahan Arab.a.w. 5 . Raja Bahrin. Surat Rasulullah s. kepada Al-Munzir bin Sawi.

6 . Madinah ( Zaman Kulafa' al-Rasyidin) Sebuah tulisan pada zaman Umawiyyah.Pengenalan Ringkas Khat Arab Tulisan Khat Arab ( Kufi) di kubur Thabit bin Zaid pada 64H. Tulisan di Bukit Salaa'.

Pengenalan Ringkas Khat Arab Tulisan dengan peletakan titik oleh Abu Aswad al-Dua'li pada pemerintahan Yusuf Hajaj al-Thaqafi di zaman Umawiyyah Tulisan Yaqut al-Musta'simi (pencetus Aqlam Sittah) pada zaman Abasiyyah. 7 . Tulisan dengan gaya Kufi oleh Yusuf Ahmad pada 1303M di zaman Uthmaniyyah.

digalakkan menggunakan kesemua jenis pena. kayu resam dan sebagainya. Pena Resam Pena Buluh Pena Mata Besi atau Buatan 8 . Pena tumbuhan memerlukan kemahiran mengasah.1 SEBELUM MENULIS a) Peralatan menulis: Pen. Setiap pena mempunyai kelebihan masing-masing. Pena mata besi yang biasa digunakan oleh penggemar seni ini ialah Osmiroid dan Platignum.Pengenalan Ringkas Khat Arab 3. Bagi mereka yang ingin menceburi bidang ini. ASAS-ASAS AM PENULISAN KHAT 3.

Pengenalan Ringkas Khat Arab Kertas. Faber Castell. 9 . Tracing Paper atau kertas biasa (seperti A4) 80 GSM ke atas yang licin serta tidak mudah mengembangkan dakwat. Dakwat. Dakwat yang terbaik ialah yang mempunyai kehitaman yang maksimum. memudahkan pergerakan tangan semasa menulis dan warna yang bersinar ( shinning ) selepas kering. cepat kering ketika di atas kertas. Kertas yang biasa digunakan ialah Art Paper. Mattart. licin dan memudahkan pengeringan dakwat. Sebaiknya gunakan kertas yang agak tebal. Dakwat tidak boleh dibiarkan melekat pada mata pena khususnya mata pena besi kerana ianya boleh menghalang aliran dakwat semasa menulis. Antara dakwat yang biasa dipakai ialah Rotring. dibeli atau dibuat sendiri. Calligraphy dan Sheppers. Pelapik digunakan bagi menghalang kekasaran pada permukaan meja dan disyorkan pelapik yang digunakan mempunyai grid seperti contoh di bawah. buku latihan dan pelapik menulis.

Pengenalan Ringkas Khat Arab Buku Panduan dan latihan. Setiap buku panduan juga mempunyai pendekatan tersendiri mengikut iklim negara masingmasing. b) Cara duduk dan Kedudukan kertas (dada menghadap ke meja dengan 180o : 10 . Buku panduan yang terbaik ialah yang dihasilkan di timur tengah oleh penulispenulis terkenal.

3.2cm ii.Pengenalan Ringkas Khat Arab c) Cara memegang pen: i. Pen yang digunakan bersaiz mata 2. d) Suasana semasa menulis: Suasana mestilah tenang dan kemas Cahaya yang cukup serta tidak melindungi ruang kertas Jarak penglihatan tidak terlalu dekat atau terlalu jauh Perjalanan nafas yang teratur dan tidak penat e) Psikologi menulis: Menulis dalam keadaan tenang dan memberi sepenuh tumpuan kepada penulisan. 11 . b) Setiap huruf atau perkataan yang ditulis wajib mengikut Mizan (ukuran) yang betul. Menulis dengan penuh minat bukan sekadar suruhan. Keseluruhan mata pen menyentuh kertas.2 SEMASA MENULIS a) Setiap huruf yang ditulis wajib mengikut ukuran yang ditanda dalam bentuk titik. Pen dipegang selari dengan kedudukan kertas 900 iii. c) Setiap tulisan digalakkan diulang sebanyak 10 kali sebagi latih tubi yang berkesan.0mm/0. iv. Pen dipegang dengan kadar satu setengah inci dari awal mata pen.

n) Guru perlu mengingatkan murid agar membuat latihan susulan di rumah. m) Guru sepatutnya menyediakan teks terlebih dahulu dengan melakukan latihan-latihan ringkas di rumah. d) Guru sentiasa mendekati pelajar ketika latihan dibuat. kalimah dan ayat yang mudah dan mempunyai kaitan dengan pembelajaran. l) Guru membuat pembetulan menggunakan pen berdakwat merah yang sama ukuran dengan tulisan murid. i) Guru boleh menerangkan kesilapan pelajar dengan membuat perbandingan tulisan yang salah dengan tulisan yang betul. g) Guru mestilah mengawasi pergerakan tangan dan kedudukan badan mereka semasa menulis. h) Guru mestilah membetulkan kesilapan pelajar dengan baik. c) Guru mestilah menulis samada di papan hitam menggunakan kapur atau gabungan dua mata pena secara garisan (outline). a) Menulis bermula dari kaedah yang mudah kepada yang sukar. Selepas itu menulis teks tersebut semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di atas papan hitam atau bahan bantu yang sesuai. Setiap murid perlu diingatkan tentang kepekaan yang tajam semasa mendengar ulasan guru di samping mengambil perhatian yang serius untuk memahami setiap pengajaran guru terutama dalam espek pengukuhan dan pembetulan. j) Guru mestilah memastikan setiap tulisan ditulis di atas garisan yang dilukis oleh murid menggunakan pensil di dalam buku latihan. Berikut adalah beberapa disiplin dan kaedah penulisan dan pengajaran khat secara umum. f) Guru mestilah memberikan latihan kepada pelajar dengan contohcontoh perkataan. k) Mengambil kira kecondongan huruf dan kedudukan di atas atau di tengah atau di bawah garisan utama. Pelajar akan mudah hilang kepercayaan kepada guru yang hanya bercakap tetapi tidak menulis. Disiplin dan Kaedah Penulisan dan Pengajaran Khat Secara Umum Sesungguhnya proses pengajaran dan pembelajaran seni khat merupakan satu aktiviti yang susah dan memerlukan kepada kesabaran dan masa yang panjang di samping azam yang kuat tanpa rasa putus asa. 12 . antaranya . e) Guru mesti menanamkan kepada pelajar bahawa khat bukanlah sekadar satu seni atau hobi tetapi satu subjek yang diletakkan di bawah Kurikulum Pelajaran Pendidikan Islam. Guru perlu bergerak dari meja ke meja serta membetulkan tulisan pelajar secara langsung sekiranya terdapat kesilapan. tidak boleh menyebut nama pelajar yang membuat kesilapan secara umum di hadapan pelajar yang lain.Pengenalan Ringkas Khat Arab 4. Lazimnya sebanyak 10 kali ulangan penulisan dibuat. Contohnya penulisan dengan huruf tunggal diikuti kalimah dan seterusnya ayat. b) Membuat penulisan yang berulang selepas menulis satu latihan.

s) Cara meletakkan titik huruf perlu diberi perhatian. 13 .Pengenalan Ringkas Khat Arab o) Guru berhak menolak mana-mana tulisan murid yang tidak ditulis tanpa melakarkan dahulu garisan utama di atas kertas. Di sini juga guru boleh berjalan melalui setiap muridnya serta membuat beberapa pembetulan yang perlu di tempat duduk murid. t) Memastikan murid sentiasa membawa buku teks dan buku panduan lain sebagai bahan rujukan. v) Guru sepatutnya membuat pembetulan di dalam buku latihan yang disediakan. q) Guru perlu memberikan kata-kata pujian dan galakan kepada murid yang rajin dan tekun dalam usaha seni. r) Guru perlu memastikan muridnya hanya menulis teks yang diberikan sahaja. maka bolehlah dia mengulangi pelajaran dengan membuat pengukuhan atau yang seumpamanya. u) Guru memilih tempat duduk yang sesuai di dalam kelas bagi memberikan peluang kepada murid memahami setiap ulasan yang diberikan atau memilih di sudut-sudut tertentu supaya guru dapat melihat muridnya seterusnya membuat pembetulan pada penulisan mereka. tanpa menambah atau mengurangkan teks yang ada. Dalam hal ini guru tidak sepatutnya membuat sebarang pembetulan di luar dari buku latihan seperti di atas kertas conteng atau sebagainya. w) Guru perlu mengingatkan muridnya agar tidak menjadikan tulisan di dalam akhbar atau majalah atau yang seumpanya sebagai bahan rujukan dalam penulisan khat. p) Sekiranya guru mendapati beberapa huruf amat sukar untuk dikuasai oleh para murid.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful